Salji di Timur Tengah Evolusi alam atau balasan?
KEHADIRAN salji di beberapa negara di Timur Tengah baru-baru ini menimbulkan pelbagai andaian termasuk ramai masyarakat menganggapnya sebagai petanda kiamat dan pembalasan dari ALLAH SWT terhadap kezaliman di Mesir dan Palestin.

Namun, tidak terkecuali juga apabila beberapa teori sains menyatakan, kejadian itu  merupakan sebahagian daripada evolusi alam taat kala proses pemanasan global semakin aktif di Kutub Utara dan Selatan.

Kira-kira 60 tahun lalu, Palestin yang merupakan sebuah negara di bawah cengkaman Zionis, dilaporkan pernah dilanda salji.

Minggu lalu, negara itu sekali lagi dilanda ribut salji sehingga melumpuhkan seluruh Israel dan Tebing Barat serta menenggelamkan kawasan di Genting Gaza.

Kira-kira 30,000 isi rumah di seluruh negara terputus bekalan elektrik di mana hampir 9,000 daripada mereka merupakan penduduk di Baitulmuqaddis.

Dua lebuh raya utama ke bandar itu ditutup di kedua-dua arah dan salji setebal antara 45 hingga 60 sentimeter dengan suhu 2 Celsius meliputi kawasan di kota suci itu.

Semua jalan menuju ke Tel Aviv, Golan Heights dan Lapangan Terbang Ben-Gurion terpaksa ditutup.