Ahad, 22 Disember 2013

Viagra Politik: Najib malukan MCA, kata Guan Eng

DAP menyifatkan parti komponen BN, MCA telah dimalukan Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-60, semalam.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, penghinaan politik itu bukan daripada kekalahan pada pilihan raya umum lalu atau penolakan daripada rakyat tetapi dari kawan baik mereka sendiri.

“Jika MCA perlukan viagra politik daripada Kementerian Kesihatan seperti dinasihatkan Najib, ia hanya membuktikan kewujudan MCA bukan kerana prinsip mereka ataupun untuk berkhidmat kepada rakyat. Tetapi semata-mata berkhidmat untuk kepentingan Umno.

“Kegagalan MCA menegur Presiden BN dan Umno untuk komen yang sebegini menunjukkan betapa patuhnya MCA,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Guan Eng mempertikaikan tindakan MCA hanya membiarkan dirinya dimalukan di bangunan sendiri.

Angkara budaya rasuah UMNO, Malaysia diambang bankrap

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menegaskan selagi UMNO/Barisan Nasional (BN) dibiarkan terus memerintah, Malaysia bakal berdepan risiko bankrap.
Beliau berkata, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bukan penyelesaian untuk mengelak daripada masalah itu kerana punca utamanya adalah penyelewengan yang sehingga kini masih tidak dapat dibendung dan semakin membarah.
“Hari ini kita menolak GST kerana Malaysia belum bersedia untuk menerimanya.
“Apakah kekurangan GST menyebabkan bankrap? Tidak, bukan GST dan bukan juga cukai yang membawa kepada bankrap. Penyebab utamanya adalah urus tadbir buruk dan rasuah melampau dalam kerajaan.
“Selagi ia tidak dapat dihapuskan, GST tidak patut sama sekali dilaksanakan dalam negara ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam ceramah ‘Faham GST, Tolak GST di Padang Kelab Sultan Sulaiman, malam tadi.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah itu menambah, dengan memiliki limpahan sumber alam yang banyak berbanding negara lain, ia pasti amat memeranjatkan jika Malaysia terheret sama dalam krisis bankrap.
“Jika Malaysia di sebalik kekayaan sumber semulajadi contohnya seperti minyak dan balak boleh bankrap kemudian nanti, siapa yang patut dipersalahkan?
“PR dan seluruh rakyat tidak bersalah, yang perlu bertanggungjawab adalah pemimpin korup UMNO/BN dan kroni mereka,” tegasnya.

Matinya suara mahasiswa pasca PRU-13: Dah jadi UMNO?

Oleh: Hafiz Zainuddin

maxresdefault
BAKAR diri, Boazizi, graduan itu sudah mati. Dari satu pekan kecil bernama Sidi Bouzid, api kemarahan masyarakat tercetus dan merebak hingga runtuhnya empayar Presiden Zainal Abidin Ali pemerintah Tunisia. Debu-debu suci Sahara menjadi saksi letusan Arab Spring sampai singgah ke negara Timur Tengah yang lain. Itu kisah benar dicatat sejarah seorang manusia, anak muda yang nekad dan kecewa, memanifestasikan pembebasan.
Malaysia? Walaupun sebelum ini ada yang terlalu optimis terhadap gerakan rakyat yang disebut-sebut Malaysian Durian, ia jauh untuk menjadi mampu. Malaysian Durian gagal. Yang tinggal hanya durian Bota timbang kilo laku terjual di Pasar Pudu.
Kebangkitan anak muda, mahasiswa atau yang selalu Hishamuddin Rais, tokoh NGI itu petik “Dunia ini milik anak muda akhirnya..” tidak kesampaian.
Sebabnya mudah, anak muda Malaysia, graduan IPTA dan IPTS sibuk menamatkan pengajian demi sebiji kereta dan kahwin cepat. Wacana hanya tinggal wacana, bila timbul polemik, wacana lagi. Maka, berwacanalah sampai mati dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap jadi entiti ‘maha kuasa’.
Apa lagi Pakatan Rakyat boleh buat? Apa lagi mahasiswa, anak-anak muda pemimpin masa depan ini mampu buat? Siapa ikut kata siapa, siapa buat kerja siapa? Perlukah begitu? Atau slogan idealisme mahasiswa sudah lama masuk lombong?
Bukan anarkisme?
Sekitar tahun 1970-an negara memiliki ramai aktivis siswa yang handal. Baik pidato, baik tindakan. Perjuangan mereka jelas demi masyarakat miskin lagi tertindas, menolak hegemoni pembodohan pemerintah dan menjadi contoh buat zaman.

The Heat: Guna Hak Berfikir Sebelum Hak Bersuara?

Oleh: Haris Zuan

the heat
BETUL, berapa kerat sahaja yang baca The Heat. Malah sebelum permit The Heat ini digantung tidak bertali (meminjam istilah Fathi Aris Omar) oleh Kementerian Dalam Negeri, kebanyakan kita tidak sedar pun akan kewujudan akhbar mingguan ini. Tetapi kita pastinya tidak terlalu naif untuk menyedari bahawa tindakan ini adalah peringatan untuk yang lain agar lebih ‘berhati-hati’ dalam laporan mereka.
Sebagai latar untuk perbincangan ini, suka diingatkan, Malaysia berada di kedudukan 145 untuk Indeks Kebebasan Media yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders, ketinggalan di belakang Bangladesh, Kemboja, dan Indonesia, syukur sedikit baik berbanding negara komunis Korea Utara. Mengapa kita harus malu dengan rekod ini dan bagaimana kebebasan akhbar ini mempengaruhi tahap kecerdikan kita dalam membuat keputusan?
Apa kaitannya kebebasan akhbar dengan demokrasi?
Pertamanya bagi memahami perkara ini, kita harus pulang kepada idea paling asas dalam demokrasi perwakilan (representative democracy) yang kita amalkan kini. Oleh kerana penduduk Malaysia ini terlalu ramai, maka tidak semua orang mampu terlibat aktif dalam proses membuat keputusan. Bayangkan sahaja dalam sebuah kampung, setiap kali diadakan mesyuarat, hanya beberapa kerat sahaja yang mampu hadir. Apatah lagi untuk ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri bagi setiap sidang.
Perkara ini boleh kita fahami atas dua alasan. Pertama tidak semua orang mempunyai masa lapang untuk hadir mesyuarat dan keduanya tidak semua orang berminat dengan semua isu yang dibincangkan serta mungkin juga tidak mempunyai pengetahuan mendalam akan setiap isu yang ingin dibincangkan.

Jangan salahguna agama untuk politik – Dr. Asri


1383734_10152038950252990_940857473_n
SHAH ALAM, 21 DISEMBER – Rakyat turun ke jalanraya dan mengadu kepada Tuhan kerana kerajaan sudah tidak lagi mendengar keluh kesah mereka, bukan bermakna rakyat mahukan sebarang bentuk negara tetapi mahukan keadilan.
Demikian analisa bekas mufti Perlis, Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin terhadap revolusi berganda di Mesir yang akhirnya menyaksikan Presiden ke-lima negara tersebut, Dr Mohamad Morsi digulingkan.
Beliau mengulas lanjut soal meletakkan label ‘negara Islam’ yang bagi beliau bukanlah perkara yang terlalu penting.
1486787_10152451821343852_1814983829_n“Pakistan pun ada enakmen undang-undang Islam, tetapi lihat negara dia punyalah kotor. Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada Islam. New Zealand lebih Islam daripada Pakistan,” ujarnya dalam wacana ‘Ikhwan Muslimin: Musuh atau kawan’ di sini, hari ini.
Dr Asri turut berkata bahawa Islam tidak wajar dipergunakan untuk tujuan politik, malah menegaskan bahawa daripada Islam disalahgunakan bagi tujuan politik lebih baiklah agama dipisahkan daripada urusan politik.
Beliau berucap di wacana anjuran PTS Media Group membedah buku terbitan syarikat terbabit, ‘Di Sebalik Ikhwan Muslimin’ terjemahan tulisan Douglas Thompson hasil wawancara bersama Youssef Nada, strategis kewangan Ikhwan.
Sekularisme tidak memusuhi Islam

Isu naikkan harga dulu, rujuk balik janji BN

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini menggesa rakyat agar merujuk kembali manifesto dan janji BN berkenaan isu kenaikan harga barang serta penstrukturan semula subsidi bagi menilai sama ada PR mahupun BN yang betul.

Menurut Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang mengatakan bahawa pembangkang hanya pandai bermain drama mengenai isu kenaikan ini, padahal pembangkanglah yang memulakannya terlebih dahulu hanyalah helah politik BN semata-mata.

“Isu siapa yang naikkan harga barang ini sila rujuk kepada manifesto dan janji BN terdahulu dan realiti sekarang.

“…usah berdolak-dalik, sekian,” katanya melalui kiriman SMS kepada Sinar Harian Online hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, menggesa rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang susulan kenaikan harga barang yang akan dilaksanakan tahun hadapan.

Menurut Najib, kenaikan harga barangan serta penstrukturan semula subsidi adalah langkah terbaik bagi memastikan rakyat mendapat manfaat yang sepatutnya.

Political viagra the ULTIMATE HUMILIATION for MCA in its own building

MCA suffered the ultimate political humiliation, not from the general election losses and rejection by the rakyat, but from their long time friend in UMNO when Prime Minister Datuk Seri Najib Razak told the MCA General Assembly yesterday,
Political viagra the ULTIMATE HUMILIATION for MCA in its own building - Guan Eng"You have the members, you have the people, but it's like the flesh is there but the spirit is weak. We need some political Viagra... We ask the Health minister to provide the medication"
With friends like Umno, who needs enemies
Political parties form, survive and evolve through the passionate fire of principles and to bring about desired change for the rakyat. When political parties lose sight of these principles and are tainted by the corrupting influence of money and power, they will be rejected by the rakyat.
The UMNO’s President advice to MCA that the Health Ministry issues political viagra to revive itself only reminds Malaysians that with friends like UMNO, who needs enemies?
If MCA needs political Viagra from the Health Ministry as advised by Najib, then they only prove that MCA exists not for their principles or to serve the rakyat, but merely to serve the interests of UMNO. MCA’s failure to reproach the BN and UMNO President for these dismissive remarks shows how submissive MCA has become.
If MCA dare not object when they are humiliated in their own building and openly in front of their members, how then can the rakyat expect MCA to fight UMNO to defend Malaysian rights?
Relative poverty has shot up

Flashmob Sogo: 50 Peserta Berkumpul Bantah Kenaikan Harga Barang

Jingga 13 Desak Kerajaan 47% BN Turun Harga Barang

Syria - Aleppo under attack

Thousands rally in Cambodia demanding PM step down

Thousands gather to demand Thai PM resigns

Jingga 13: Bantah Kenaikan Harga Barang Depan Sogo

Dr Ghauth Jasmon: Orang Melayu Perlu Pertolongan Untuk Mengubah Minda

Rasuah punca utama negara bankrap

KUALA LUMPUR – Masalah rasuah adalah punca utama sesebuah negara bankrap, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Menurutnya, pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikatakan dapat mengelakkan negara daripada bankrap, bukanlah penyelesaian utama.

“Ada yang kata kalau tak laksanakan GST, negara akan bankrap. Tapi kita lihat negara lain yang tak amalkan GST tidak pula bankrap, begitu juga sebaliknya.

“Ini kerana cukai sama ada GST atau bukan GST bukan faktor utama. Sebaliknya masalah korupsi, pemborosan dan pengurusan kerajaan yang tidak cekap adalah punca negara bankrap,” katanya di majlis perasmian kempen
Faham GST Tolak GST anjuran PR, di sini, kelmarin.

Mengenai aspek pendidikan, Kit Siang berkata, kerajaan perlu memandang serius laporan kedudukan sistem pendidikan negara di peringkat antarabangsa.

“Baru-baru ini, kita dapat keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Tapi, kita tidak boleh hanya berbangga dengan laporan pelajar yang dapat semua A.

“Sedangkan kedudukan kita tercorot daripada 65 sekolah di peringkat dunia. Ini menunjukkan kita ada krisis dalam kualiti pendidikan,” katanya.

Raja Kamarul Bahrin, dulu langgar undang-undang, kini pembuat undang-undang


Perjuangan mendapatkan hak penjagaan anaknya di Australia membantu dirinya untuk membela minoriti di Malaysia, kata Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 Disember, 2013.Perjuangan mendapatkan hak penjagaan anaknya di Australia membantu dirinya untuk membela minoriti di Malaysia, kata Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 Disember, 2013.Ahli Parlimen sepenggal bagi Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad adalah seorang yang tenang. Tetapi, di sebalik wajah itu tersembunyi sifat dan peribadi sebagai ahli politik, arkitek yang rapat dengan warisan Melayu dan ayah penyayang dan kasih sayang seorang datuk.
Beliau melalui saat kelam suatu ketika dahulu yang mencuri perhatian dunia. Sesuatu yang tidak dijangka akan dilakukan kerabat diraja Terengganu ini apabila menculik dua anaknya, Raja Shahirah dan Raja Mohamad Baharuddin (Iddin) daripada bekas isterinya, Jacqueline Pascarl-Gillespie di Australia.
Raja Kamarul mengambil tindakan drastik tersebut selepas letih dengan layanan drakonian Mahkamah Keluarga Australia.
Beliau yang kini mendirikan rumah tangga dengan artis jazz tempatan, Datin Noryn Aziz bagaimanapun tidak pernah menyesal dengan tindakan berkenaan.

Flash Mob SOGO: Aktivis bantah kenaikan harga, tindakan KDN gantung The Heat


Flash Mob anjuran NGO, Jingga 13 yang memprotes kenaikan harga dan kos hidup di Kuala Lumpur. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 Disember, 2013. 
Flash Mob anjuran NGO, Jingga 13 yang memprotes kenaikan harga dan kos hidup di Kuala Lumpur. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 Disember, 2013.Sekumpulan aktvis yang menggelarkan diri mereka Jingga 13 membantah siri kenaikan harga barang keperluan asas dan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit penerbitan akhbar mingguan The Heat.
Jingga 13 yang rapat dengan PKR mengadakan “flash mob” di hadapan Kompleks Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur sambil memegang poster menyebabkan orang ramai tertarik.
“Kami membantah kenaikan harga barang yang dilakukan tanpa rasa bersalah dan bertanggungjawab kepada rakyat,” kata Koordinator Jingga 13 Fariz Musa dalam ucapannya.
“Kami juga membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung The Heat. Ini merupakan pencabulan terhadap kebebasan media,” tambahnya.
Protes yang dilakukan turut menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang di kawasan sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman. Gambar The Malaysian Insider. 
Protes yang dilakukan turut menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang di kawasan sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman. Gambar The Malaysian Insider.Dalam selebaran yang diberikan kepada orang ramai, Jingga 13 menyatakan mereka membantah kenaikan tarif elektrik, harga tol, harga bas sekolah dan bil Astro.
“Flash mob” itu dihadiri lebih kurang 40 orang aktivis.

Ku Li: Melayu gagal dalam ekonomi kerana tidak kompetitif


Ku Li mahu orang Melayu menilai semula mengapa mereka gagal dalam aktiviti ekonomi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 Disember, 2013.Ku Li mahu orang Melayu menilai semula mengapa mereka gagal dalam aktiviti ekonomi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 Disember, 2013.Tengku Razaleigh Hamzah menasihatkan orang Melayu untuk menilai semula mengapa mereka gagal dan ketinggalan dalam aktiviti ekonomi berbanding merungut dan membuat tuntutan tidak munasabah.
Bekas menteri kewangan itu yang lebih mesra dengan gelaran Ku Li berkata, bilangan “key-personnel” daripada kalangan orang Melayu di sektor korporat menurun dengan sangat signifikan berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Beliau berkata, sementara Felda Global Ventures (FGV) yang diasaskan oleh Felda sudah berkembang luas dengan jumlah dagangan besar, orang Melayu dan Bumiputera masih gagal untuk menerajuinya.

Perkasa perlu nilai semula mengapa Melayu juga tolak mereka, kata Ku Li

Tengku Razaleigh Hamzah menggesa Perkasa memikirkan mengapa ada sekelompak orang Melayu yang tidak memahami perjuangan mereka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Disember, 2013. 
Tengku Razaleigh Hamzah menggesa Perkasa memikirkan mengapa ada sekelompak orang Melayu yang tidak memahami perjuangan mereka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Disember, 2013.

Perkasa mesti memikirkan mengapa perjuangan mereka turut ditolak termasuk dari kaum Melayu, kata veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah semasa memberikan ucapan perasmian perhimpunan kumpulan itu di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut bekas menteri kewangan yang dijemput sebagai tetamu kehormat hari ini, Perkasa dilihat sebagai pemecah perpaduan kaum yang selama ini menjadi tunjang kestabilan Malaysia walaupun mempunyai niat baik.
“Perkasa dianggap ultra, radikal, rasis dan tidak bertanggungjawab oleh setengah masyarakat bukan-melayu dan lebih mendukacitakan diremehkan, atau diperlekehkan oleh masyarakat Melayu yang seharusnya merupakan masyarakat yang dibela oleh Perkasa.
“Lebih parah, Perkasa dilihat sebagai pemecah perpaduan kaum yang selama ini menjadi tunjang kestabilan Malaysia,” kata Razaleigh semasa merasmikan  persidangan agung Perkasa ke-4 di Pusat Islam, Kuala Lumpur, hari ini.

RAMPAS KUASA ALA PERKASA!!


TAHUN 2011 DULU  PERKASA AMBIL ALIH PERANAN PAS .. TAHUN 2013 AKAN AMBIL ALIH PERANAN UMNO PULA!!!!

PENGKHIANAT KANTOI: SIAPA YANG JUAL NEGARA!



Sebelum PRU 13 lalu para blogger berjiwa UMNO pekat totok mencanang di alam maya satu dunia ceritakan kononnya DSAI jika diberi mandat dan amanah memimpin negara ini maka beliau akan jual dan pajak Malaysia secara borong dan pukal kepada negara-negara asing.

Apa yang blogger pendakap perjuangan UMNO tak kata kat DSAI.

Akhirnya laporan dari Bank Dunia telah mendedahkan siapa yang jual aset negara semata-mata nak capai sasaran defisit.

Itu tak masuk tanah elite di Johor Bahru di jual kepada syarikat dari negara China sebanyak RM4.5 billion.

Pendedahan yang dilakukan oleh Bank Dunia bukan perkara kecil yang boleh dipandang enteng.

Apakah juak-juak UMNO mau spin berita katakan Bank Dunia bersengkongkol dengan negara-negara asing untuk guling kerajaan? .. Bukankah itu saja modal yang ada dalam kepala setiap para blogger berjiwa UMNO?

Umno masih berkuasa,bukan Perkasa...ha.ha..ha..!!

Kenyataan ‘harimau tanpa taring’: Umno masih berkuasa, bukan Perkasa, kata Ahmad Maslan

“Umno mempunyai rangkaian lebih besar berbanding Perkasa.

“Kami mempunyai 20,000 bahagian yang mereka (Perkasa) tidak ada. Kami mempunyai 191 cawangan dan 3.4 juta ahli sementara Perkasa belum lagi mencapai tahap itu,” katanya yang juga Timbalan Menteri Kewangan.


Beliau berkata, ada pada masa tertentu, suara Perkasa nampak seperti “lebih meresap” bergantung kepada kepada isu, tetapi Umno masih tetap “bos”.

“Tetapi, itu adalah pendiriannya dan kita (Umno) tidak mahu mempertikaikannya dengan mereka (Perkasa).

“Kita tidak melihat tindakannya itu sebagai sesuatu yang negatif,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Keusahawanan Melayu Inovatif di Kuala Lumpur, hari ini.

Perkasa hari ini memberi amaran bakal menggantikan parti Melayu terbesar Umno jika mereka gagal mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Bercakap dalam Persidangan Agung Perkasa ke-4, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, berkata Umno menunjukkan bahawa mereka lemah dan “tidak bertaring” dalam mempertahankan hak Melayu.

“Jika Umno penat, letih dan tidak bertaring, kami daripada Perkasa boleh ambil alih tempat kamu,” kata Ibrahim disambut dengan sorakan hampir 500 perwakilan pertubuhan itu dari seluruh negara di Pusat Islam, Kuala Lumpur, hari ini.

Perkasa vs Umno, taring siapa lebih tajam..!!

Adakah Najib Tun Razak akan tunduk kepada tunduk kepada Ibrahim Ali.

PETALING JAYA: Perkasa bakal mengaum lebih kuat bagi memberitahu Umno bahawa taringnya boleh mencederakan parti yang sedang berkuasa itu.
Datuk Ibrahim Ali secara terang -terang memberi amaran bahawa Perkasa boleh menggantikan Umno untuk membela orang Melayu dan agama Islam.
Tokoh veteran itu meminta  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberhentikan retorik yang sedang didendangkan.
Ibrahim nampak berani kerana beliau mendakwa Najib dan Umno menang kerana Perkasa.
Sama ada ia satu gertakan atau tidak, hubungan Perkasa dan Umno adalah seperti orang bercinta.
Benci tapi rindu.
Umno memerlukan Perkasa untuk mendapatkan pengundi Melayu yang kini terbelah tiga.
Umno terpaksa bersaing dengan PAS dan PKR untuk meneruskan survival parti.
Umno jika sendirian sangat untuk mendapatkan undi Melayu terutama pada pilihan raya umum lima tahun lagi.

27 police reports against KL mayor

Ku Li dukacita PERKASA bawa konotasi tak baik

Melayu tak boleh salahkan bangsa lain jika tak berjaya, kata Ku Li

Nurul Izzah: Pendidikan Masa Hadapan Demi Malaysia Yang Lebih Baik

PERKASA pantau prestasi PM, kabinet, tetapkan KPI mereka

Tanpa PERKASA, mustahil Umno, BN menang PRU-13

Umno lemah, tak bertaring, PERKASA galang ganti - Ibrahim Ali

Ong Kian Ming: Hala Tuju Barisan Nasional Adalah "Kroni Dibantu, Rakyat Dibeban"

Shamsul Iskandar: Semua Yang BN Buat Terbaik Dalam Dunia?

Rafizi Ramli: Berani Naikkan Harga Barang, Kita Akan Turunkan Najib Daripada Kerusi Perdana Menteri

Dr Dzulkefly Ahmad: Kita Ikat Perut Kerana Mereka Akan Gasak Sampai Teruk Kita Semua

Azmin Ali: Najib & Rosmah, Rakyat Akan Menghukum & Menggulingkan Kamu Yang Zalim Kepada Rakyat

Najib Sudah Boleh Dikategori Perdana Menteri OKU

Sesiapa pun kini tidak dapat lagi menyembunyikan kebimbangannya terhadap keupayaan Najib dalam memimpin negara ini. Pretasinya merosot hari demi hari, kedudukan ekonomi kian memburuk, hutang negara bertambah dan kehidupan rakyat tidak pernah menjadi lebih baik.

Menambahkan beban derita rakyat melalui pelbagai kenaikan kos sara hidup bagaikan sudah menjadi amalannya, terutama sejak berakhirnya PRU 13 lalu. Di sebalik pelbagai janji untuk memulihkan ekonomi dan menyatakan prestasi ekonomi negara berada di landasan yang betul, hakikatnya semakin hari semakin banyak wang dari poket rakyat yang cuba disedut atas nama kesejahteraan negara dalam jangka panjang kononnya.

Dan setiap kali berlaku kenaikan dan menambahkan derita rakyat, Najib seolah-olah tidak berasa berdosa melakukannya. Beliau sentiasa mencari hujah-hujah yang logik untuk mewajarnya segala kenaikan itu, walaupun banyak daripada hujahnya kelihatan dangkal dan tidak masuk akal.

Dalam mempertahankan kenaikan pelbagai harga barang dan perkhidmatan, Najib telah membandingkan dengan kenaikan gaji dan elaun wakil rakyat di Selangor dengan menyatakan kerajaan PRlah yang lebih dulu melakukan kenaikan. Sekali pandang, hujah Perdana Menteri itu nampak ada betulnya tetapi hakikatnya beliau lupa bahawa kerajaan telah menaikkan harga minyak sebaik saja berakhir pilihanraya pada 5 Mei lalu sedangkan kenaikan gaji wakil rakyat Selangor hanya baru diluluskan dan belum pun berkuatkuasa lagi.

Ia kemudian diikuti dengan kenaikan harga gula, tarif letrik, tol dan pelbagai lagi. Inilah yang telah menambahkan lagi kos sara hidup hidup rakyat. Lagi pula tiada kaitan antara kenaikan gaji wakil rakyat di Selangor dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dilakukan Najib itu. Beliau hanya cuba memesongkan kesalahannya ke bahu orang lain.

Senarai Kenaikan Harga Barang 2013-2014

Tahun 2013, terutamanya sejak BN mengalih alih pentadbiran negara semula, seperti 55 tahun yang lepas, kita menyaksikan beberapa siri kenaikan harga barang. Kesan dari pelan rasionalisasikan subsidi yang di susun oleh kerajaan konon nya atas nama pemulihan ekonomi negara yang berada di ambang kegawatan dan negara akan berada di ambang kebankrupan jika tidak di atasi dari sekarang.

Pun begitu.

Ada beberapa perkara yang menimbulkan tanda tanya pada orang awam.

1. Jika benar negara berada di ambang kegawatan - kenapa pemimpin2 negara masih berboros seperti selalu bahkan semakin melampau2 jadinya? Bukan nya jika penjimatan itu perlu dilakukan, maka ia harus bermula dulu dari perbelanjaan berhemah dari semua kementerian2 yang wujud? Nampaknya ketirisan dan penyelewengan masih lagi wujud dari tahun ke tahun.

2. Jika benar ekonomi negara bermasalah dan rakyat perlu hulurkan tangan ringankan beban negara, maka kenapa pula kerajaan masih mengekalkan perbelanjaan2 yang tidak perlu seperti subsidi untuk kroni IPP dan juga masih meneruskan amalan2 yang tidak sesuai seperti perbelanjaan tinggi setiap kali gunakan pesawat kerajaan?

Nampaknya, tindakan kerajaan kadang kala tidak seiring dengan apa yang mereka ucapkan. Kadang2 nampak macam ekonomi gawat bila subsidi demi subsidi terhadap rakyat di kurangkan. Konon nya atas alasan rakyat tidak perlu malas, berhenti bergantung harap pada subsidi dan subsidi sepatutnya disalurkan kepada mereka yang benar2 memerlukan aje.

Kerajaan 47% BN perlu dedah perjanjian konsesi tol

Nik Abduh Nik Abdul Aziz 
KOTA BHARU - Kerajaan digesa membuat pendedahan mengenai perjanjian konsesi yang pernah dibuat ketika zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum menaikkan bayaran tol.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, isu tol tersebut kini timbul kesan daripada perjanjian konsesi sebelum ini.

“Perjanjian konsesi ini boleh menjerut rakyat dan memerangkap Barisan Nasional (BN) itu sendiri dan ia menunjukkan usaha yang tidak menepati janji kepada rakyat. Aspek ini tidak meyakinkan rakyat dan hanya dilihat sebagai janji manis BN sebelum ini sekiranya kenaikan tol benar-benar dijalankan,” katanya kelmarin.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengingatkan semula aku janji kerajaan BN agar mengkaji semula cadangan kenaikan kadar tol kerana  sebelum ini pernah berjanji akan mengurangkan kadar tol secara berperingkat.

The Heat: Kalau anak jantan apa nak takut, sindir Kadir Jasin


Penggantungan akhbar boleh meningkatkan profil dan jualan apabila kembali diterbitkan, kata Datuk A Kadir Jasin. Gambar fail.Penggantungan akhbar boleh meningkatkan profil dan jualan apabila kembali diterbitkan, kata Datuk A Kadir Jasin. Gambar fail.Susulan penggantungan akhbar The Heat tanpa sebarang alasan konkrit, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press Berhad, Datuk A Kadir Jasin, berkata langkah berkenaan bukan tindakan proaktif kerana sesetengah akhbar semakin berkembang selepas digantung.
Mengambil contoh akhbar milik MCA, The Star dan Sin Chew Daily yang digantung penerbitannya pada 1987, kedua-dua akhbar berkenaan kini menjadi akhbar utama bacaan rakyat.
"Bagi The Star dan Sin Chew, penggantungan meningkatkan profil dan jualan mereka apabila mereka kembali diterbitkan," kata Kadir dalam blognya.
Tindakan Putrajaya menggantung The Heat, katanya, adalah mengulangi kesilapan lama, seperti ketika pemimpin kerajaan mengkritik blog vokal suatu ketika dahulu yang kemudiannya memberikan publisiti kepada blog berkenaan.
Ketika serangan terhadap blog-blog berkenaan, Kadir berkata, ada menteri yang menggelar mereka sebagai "goblok" (perkataan bahasa Jawa yang bermaksud bodoh) dan "penembak curi", dan Khairy Jamaluddin yang ketika itu pembantu kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menggelar mereka monyet.

Malaysia bankrap 9 tahun lagi?

PERKARA paling menakutkan untuk kita bayangkan ialah jika negara jatuh bankrap yang sudah pasti akan membawa rakyat kepada suatu kehidupan yang memeritkan, terpaksa menganggur dan harga barang melambung.

Itulah gambaran diberikan Makmal Rasionalisasi Subsidi (MRS) yang menjangka hutang negara meningkat 100 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2019 jika dasar pemberian subsidi diteruskan.
Malaysia Menurut MRS, Malaysia mungkin akan bankrap dalam tempoh sembilan tahun akan datang jika polisi yang diamalkan sekarang diteruskan dengan mengambil kira jumlah pembiayaan subsidi ditanggung kerajaan mencecah
lebih RM70 bilion setahun.
Subsidi boleh dimansuhkan jika rakyat mampu membeli barangan keperluan asas pada harga sebenar.
Malangnya, sebahagian besar rakyat masih tergolong dalam kelompok berpendapatan sederhana dan miskin.
Golongan ini masih memerlukan bantuan daripada kerajaan dalam bentuk subsidi untuk meneruskan kehidupan kerana kos sara hidup tinggi, terutama mereka yang tinggal di bandar besar.
Kerajaan seharusnya bersedia menyemak semula pendapatan semua sektor pekerjaan di negara ini kepada nilai munasabah supaya masyarakat boleh berkompromi sekiranya subsidi ditarik semula.
MRS ditubuhkan untuk mengkaji langkah sesuai dalam merasionalisasikan pemberian subsidi agar kesan pemansuhan atau pengurangannya tidaklah sehingga menjejaskan kehidupan rakyat disampaing berupaya mengukuhkan ekonomi negara.
Langkah yang seperti ini sangat penting untuk memastikan negara kekal berdaya saing sekali gus mewujudkan iklim pelaburan yang telus dan mapan.
Mengikut cadangan makmal itu, pemberian subsidi antara aktiviti perdagangan yang tidak menguntungkan.
Ia menimbulkan kesan ke atas ekonomi Malaysia yang sedang membangun.
Pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengenai bahana yang akan menimpa negara dalam tempoh sembilan tahun akan datang jika negara masih mengekalkan subsidi termasuk antara kesan
jangka panjang yang dijangkakan jika polisi itu diteruskan.
Kalau benar disebabkan subsidi negara boleh jatuh bankrap, rakyat sudah tentu rela ia dihapuskan.
Ini kerana tiada rakyat yang mahu negaranya bankrap sekali gus lebih teruk menjejaskan berbanding kehidupan yang dilalui sekarang.
Bagaimanapun timbul persoalan dalam isu tingkat pendapatan, apakah dengan apa yang diperolehi majoriti hari ini, rakyat Malaysia mampu hidup selesa dalam keadaan kos hidup mencanak sedangkan tangga gaji di takuk lama?

Lawak Ahad: Perkasa beri amaran ganti Umno jika parti itu gagal bela Melayu..!!


Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali (kiri) dan Tengku Razaleigh Hamzah di Persidangan Agung Perkasa ke-4. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Disember, 2013.Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali (kiri) dan Tengku Razaleigh Hamzah di Persidangan Agung Perkasa ke-4. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Disember, 2013.Perkasa hari ini memberi amaran bakal menggantikan parti Melayu terbesar Umno jika mereka gagal mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Bercakap dalam Persidangan Agung Perkasa ke-4, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, berkata Umno menunjukkan bahawa mereka lemah dan “tidak bertaring” dalam mempertahankan hak Melayu.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, jika Umno gagal dengan Agenda Pemerkasaan Bumiputera, Perkasa tidak teragak-agak untuk mengambil alih peranan parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu.
“Jika Umno penat, letih dan tidak bertaring, kami daripada Perkasa boleh ambil alih tempat kamu,” kata Ibrahim disambut dengan sorakan hampir 500 perwakilan pertubuhan itu dari seluruh negara di Pusat Islam, Kuala Lumpur, hari ini.

Graduan pendidikan masih menganggur..!!

TEKA TEKI mengenai masa depan graduan ijazah sarjana muda pendidikan IPTA dan IPTS masih lagi menjadi tanda tanya.
Walaupun mendapat tempat ketiga paling tinggi bagi kategori paling setuju dalam semua kategori isu yang diketengahkan dalam laman web bajet 2014, namun masalah ini belum lagi mendapat perhatian daripada pihak pemerintah khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyelesaikan isu penempatan graduan ISMP ini.
Ada dalam kalangan daripada kami yang tamat pada Januari 2013 dan Jun 2013  kini masih belum lagi diberi penempatan dan terus dibiarkan menganggur ibarat digantung tidak bertali.
Keresahan graduan semakin bertambah apabila Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025  menyatakan bahawa hanya 30 peratus graduan pendidikan terbaik sahaja yang akan diambil untuk menjadi guru.
Menjadi tanda tanya kemanakah halatuju graduan yang selebihnya itu? Inilah yang menjadi punca keresahan ramai graduan apabila sehingga kini tiada panggilan temuduga diadakan untuk graduan ISMP.
Lebih menyinggung perasaan kami apabila terdapat graduan DPLI-KPLI yang tamat pada Jun 2013 dipanggil terlebih dahulu untuk sesi ditemuduga berbanding kami yang menunggu setahun tanpa ada panggilan temuduga dijalankan.

Dengan GST dan inflasi, Pakatan mahu tawan undi pedalaman

Pemimpin PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, kenaikan kos sara hidup dan harga barang akan menjadi penentu kepada masa depan politik di kawasan pedalaman Perak.
Biasanya, kebanyakan penduduk kampung adalah penyokong tegar Barisan Nasional (BN), tetapi dengan kehimpitan hidup disebabkan pengurangan subsidi gula, petrol dan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), situasi ini bakal berubah.
Dr Idris berkata, sebagai contoh, penyokong tegar Umno yang beliau temui sudah meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan pilihan mereka dan mereka sudah mula rasai kenaikan kos hidup disebabkan harga petrol dan gula yang lebih mahal.
"Mereka sudah marah. Ini belum GST lagi," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Pandangan Idris mencerminkan perasaan kebanyakan pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat (PR) di seluruh Malaysia.
Peningkatan kos hidup dan cukai baru GST yang dirasai semua termasuk penduduk luar bandar, akan memecahkan cengkaman psikologi BN terhadap mereka.
Tetapi, pemimpin PR sedar mereka menghadapi cabaran dan rintangan yang tinggi.
Ini kerana mereka perlu menagani kemisikinan dan kekurangan maklumat penduduk kawasan pedalaman yang selama ini menyebabkan orang kampung masih menjadi penyokong BN.
Keperitan hidup semakin mencengkam
Buat masa sekarang, rasa tidak puas hati masyarakat terhadap BN sudah menjadi satu realiti.
Sebuah tinjauan pendapat dilakukan badan bebas Merdeka Center pada 4 - 12 Disember menunjukkan 47 peratus daripada mereka yang dikaji menyatakan kekecewaan terhadap peningkatan kos sara hidup.
Kajian itu dilakukan selepas pentadbiran BN mengurangkan subsidi petrol dan gula, serta mengumumkan kenaikan harga tol dan tarif elektrik.
Ia juga selepas Bajet 2014 meluluskan pelaksanaan GST yang akan berkuatkuasa pada April 2015.
Sebanyak 49 peratus responden melahirkan rasa tidak puas hati dengan hala tuju negara berbanding dengan 41 peratus yang berpuas hati.
Majoriti atau 45 peratus daripada 49 peratus yang tidak puas hati itu berkata perasaan mereka disebabkan inflasi dan keadaan ekonomi yang tidak baik.
Lebih mengejutkan, 45 peratus daripada responden yang duduk di luar bandar melahirkan rasa tidak puas hati dengan hala tuju negara.
Tambahan pula, jumlah responden Melayu yang mengatakan mereka berpuas hati dengan kerajaan menurun daripada 67 peratus kepada 52 peratus.
Keputusan kajian itu memberi peluang kepada PR, khususnya PAS, kerana ia adalah pesaing utama Umno dalam mendapatkan sokongan pengundi Melayu-Islam luar bandar.
Seperti yang pernah dikatakan oleh pemimpin PAS Terengganu, Nik Zawawi Nik Salleh, PAS mendapat banyak sokongan daripada pengundi Melayu-Islam di bandar semasa Pilihan Raya Umum 2013.

Najib, Rosmah lawat Arab Saudi pula....

MADINAH:  Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Arab Saudi dijangka melonjakkan lagi hubungan Kuala Lumpur-Riyadh di tahap lebih tinggi dalam pelbagai bidang.
Kuasa Usaha Sementara di Kedutaan Besar Malaysia di Arab Saudi 'Alauddin Mohd Nor berkata kunjungan ini menunjukkan hubungan erat yang sedia terjalin antara kedua-dua buah negara sejak lebih 50 tahun lalu.
Beliau bercakap dalam sidang media sempena lawatan kerja empat hari Perdana Menteri di Arab Saudi.
Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongan yang dijadual tiba lewat petang Sabtu (semalam) akan menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi dan menziarahi makam Nabi Muhammad S.A.W yang terletak di dalam masjid itu.
Esok, Najib dijadual melawat beberapa tempat bersejarah seperti Masjid Quba, Bukit Uhud dan Masjid Qiblatain di sini sebelum berlepas ke Makkah untuk menunaikan umrah.
Najib dijangka menghadap Penjaga Dua Rumah Suci Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud pada Isnin (tempat dan waktu akan ditetapkan) dan pada Selasa beliau akan menunaikan tawaf Wida' sebelum berlepas pulang.

Pendidikan masa hadapan demi Malaysia lebih baik

Nurul Izzah Anwar

Ditakdir sudah bila Safiyah berumur sekitar lima tahun soalan yang ditanyakan kepada mamanya; selain soalan lazim seperti “mama buat apa di Parlimen; atau kenapa ceramah selalu kena malam-malam?;” adalah soalan: “Siapa yang cipta telefon? Atau piano? Atau televisyen? Takde ke orang Malaysia?,” yang mengingatkan saya kepada kata-kata John Adams, Presiden Amerika Syarikat kedua [1735-1826];
I must study politics and war that my sons may have liberty to study mathematics and philosophy. My sons ought to study mathematics and philosophy, geography, natural history, naval architecture, navigation, commerce, and agriculture, in order to give their children a right to study painting, poetry, music, architecture, statuary, tapestry, and porcelain.
Begitulah persoalan yang dianjurkan oleh Safiyah; yang seharusnya ditanyakan oleh kita semua. Begitulah kita - yang bernaung di tempat lahirnya Kesultanan Melaka; pelabuhan yang menemukan seantero dunia; namun terhad buah fikirannya hinggakan hadiah Nobel yang sudah dimenangi negara seperti Bangladesh, bukan sahaja tidak mampu disebut oleh bibir, jauh pula terlintas di benak fikiran.
Realiti sebegini yang memaknakan kerelevan tenaga dan buah fikir Teach For The Need (TFTN); yang berhasil dalam: melaksana konvensyen pendidikan yang begitu gilang-gemilang tanpa sesen pun dana kerajaan dan lebih penting lagi melontar cabaran baru di tengah belantara pendidikan Malaysia yang terkedu berterusan dengan pengumuman seperti:
“Kualiti pendidikan yang diterima oleh pelajar Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia. Lebih baik daripada Amerika Syarikat, Great Britain dan Jerman.”
Tiba saja TFTN di persada pendidikan negara, maka bermula era politik pendidikan jujur dan berani; jujur mengkritik kelemahan sedia ada, dan berani menongkah arus dalam cubaan menyelesaikan masalah struktur pendidikan tanah air.
Kata TFTN, bagi setiap sekolah, atau kelas, sekurang-kurangnya 10 peratus daripada anak-anaknya sudah tentu terjerumus dalam perangkap buta huruf - tidak boleh membaca dan menulis.
Walau saya mulanya sinis, terkedu juga saya apabila ditemukan dengan 40 pelajar darjah 6 yang buta huruf sedang saya menghantar jambangan bunga sempena Hari Guru di sebuah sekolah rendah di Lembah Pantai.
Saya hanya boleh memasuki premis sekolah kebangsaan secara spontan membawakan sejambang bunga ros - kerana dihalang secara rasmi gara-gara Pekeliling keluaran Menteri Pendidikan.
Setelah dipertemukan sendiri dengan anak-anak bijak namun buta huruf ini, jalan penyelesaian terbaik adalah dengan membawa sukarelawan TFTN masuk; Mereka yang apolitikal, tidak partisan, dan bersedia menabur bakti untuk memperbaiki lompang buta huruf sedemikian - supaya semua anak di Malaysia diselamatkan dengan keupayaan asas untuk maju ke depan.
Menongkah arus jangan tanpa Pendayungnya! Berbilion ringgit buat PPSMI; segenerasi tikus makmal terkorban

Kadar baharu tol diteliti semula

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji dan meneliti kadar baharu tol lebuh raya supaya tidak memberi keuntungan yang tidak munasabah kepada syarikat konsesi lebuh raya sehingga membebankan rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga sedang mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat termasuk memberi pas bermusim dengan diskaun kepada pengguna yang kerap menggunakan lebuh raya.
"Kita tidak mahu pemegang konsesi dapat pulangan yang terlalu tinggi, ini kerajaan sedang teliti, jangan kenaikan ini beri keuntungan yang tak munasabah kepada pengusaha tol.
"Kita sedang mencari jalan bagaimana kalau ada cara lain. Mungkin bagi pengguna yang kerap, kita boleh bagi pas bermusim dengan diskaun kepada mereka. Ini langkah-langkah yang kita sedang fikirkan," katanya dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan ke-60 MCA di Wisma MCA di sini semalam.
Beliau berkata, kutipan tol di lebuh raya adalah perlu dan tidak dapat dielak kerana syarikat konsesi perlu membayar balik pinjaman yang digunakan untuk membiayai pembinaan lebuh raya.
"Bila sektor swasta buat lebuh raya, mereka kena pinjam duit. Anda adalah peniaga, bolehkah anda keluarkan sendiri dana RM5 juta? Anda perlu meminjam, anda perlu ke pasaran bon dan perlu membayarnya.
"Duit dari mana, daripada tol. Kalau tak ada tol, kena naikkan cukai. Bagaimanapun, tol dikenakan kepada orang yang gunakan jalan lebuh raya sahaja," katanya. - Bernama

MRR2 jadi pusat longgok sampah, jika ia berlaku di Selangor...raya sakan ler kerajaan 47% BN..!!

KUALA LUMPUR - Kegagalan syarikat kontraktor yang dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menguruskan sampah di ibu negara menjadi punca utama sejumlah 2,500 tan sampah terpaksa dilonggokan di bahu Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) berhampiran Stesen Pemindahan Sisa Pepejal di Kepong semalam.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan  berkata, pihaknya memandang serius tindakan pemandu lori yang membuang sisa pepejal di sepanjang jalan berkenaan dan akan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Menurut beliau, perbuatan mereka jelas telah melanggar Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) serta menjejaskan perjalanan kenderaan di MRR2 dan imej Kuala Lumpur.
"Saya ingin memaklumkan bahawa kementerian telah mengambil tindakan segera termasuk oleh semua pihak bertanggungjawab iaitu Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan meminta bantuan dari Alam Flora bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Heading into harm's way in South Sudan

No recovery as hospital explodes in Aleppo

Egypt's Morsi faces trial for prison break

Lepas SOLAT Baru Perasan AURAT Terbuka - Ustaz Azhar Idrus

UAI Menyakat..Takkan Sorang Je!

Nak Kahwin, Mak Kata Muda Lagi! - Ustaz Azhar Idrus