Jumaat, 20 Disember 2013

Siapa Percaya: Saya dengar keluhan rakyat, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata beliau mendengar keluh-kesah rakyat terutama berkenaan kenaikan kos sara hidup.
Beliau menegaskan kerajaan sentiasa mencari formula sesuai untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka.
Dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya, Najib berkata pada masa sama, kerajaan juga perlu memandang ke hadapan demi memastikan ekonomi negara terus mampan.
"Disebabkan itu, kerajaan bersetuju menubuhkan Makmal Mengenai Kos Sara Hidup di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu)," katanya.
Beliau menjelaskan makmal itu bertujuan mengkaji serta merangka langkah susulan untuk meringankan beban rakyat dalam mengharungi masalah kenaikan kos sara hidup. - Bernam

Kenapa KAABAH Juga Kena Banjir? - Ustaz Azhar Idrus

Gani Patail kompromi dengan Shafee?

sivarasa
KUALA LUMPUR 20 DIS: Ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah syak wujud kompromi antara Peguam Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail dengan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selepas pendedahan perakuan bersumpah (SD) bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.
Kata Sivarasa, sebelum ini Shafee begitu kritikal terhadap Gani seperti pendedahan dalam SD Mat Zain.
“Apakah wujud kompromi antara Gani Patail dengan Shafee Abdullah?
gani_patail“Kerana sebelum ini Shafee menuduh Gani seolah-olah Peguam Negara itu seorang penjenayah.
“Dalam masa sama Shafee terima lantikan Gani untuk menjadi timbalan pendakwa raya (DPP) dalam rayuan kes keputusan Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kenapa Shafee terima lantikan? Bukankah ini satu konflik kepentingan? kata Sivarasa kepada Keadilandaily.
Dalam SD Mat Zain, Shafee menuduh Gani Patail sengaja tidak mengemukakan keterangan penting dalam kes pertikaian Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Tol: Kerajaan 47% BN kata belum keluar arahan...jeng..jeng..!!

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih belum mengeluarkan arahan kepada mana-mana syarikat konsesi berhubung kenaikan kadar tol lebuh raya, kata Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof.
  
Beliau menjelaskan bahawa berdasarkan Perjanjian Konsesi sedia ada, terdapat beberapa lebuh raya yang mana kadar tol akan dinaikkan pada 2014.
  
"Namun, kerajaan masih belum mengeluarkan arahan kepada mana-mana syarikat konsesi yang terlibat," katanya dalam kenyataan kepada Bernama malam ini.
  
Sebaliknya, beliau berkata kerajaan masih lagi mempertimbang langkah terbaik untuk mengurangkan kesan kenaikan kadar tol kepada rakyat dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak.
  
Katanya, ini termasuk mengadakan makmal yang dikendali Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) untuk mengkaji implikasi kenaikan kadar tol
pada 2014.

Fadillah menjelaskan sejak 2008, kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah dalam mengurangkan beban kewangan pengguna lebuh raya, antaranya penangguhan kenaikan kadar tol sejak 2008 hingga 2013, untuk 15 lebuh raya.

LFL: Ada beratus pendakwaraya, kenapa AG lantik Shafee?

ERIC_PAULSEN - Copy
KUALA LUMPUR 20 DIS: Lawyer for Liberty (LFL) menggesa kerajaan menarik lantikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai ketua pendakwaraya dalam kes rayuan pembebasan Fitnah II, kerana pejabat Peguam Negara (AG) mempunyai ratusan pendakwaraya.
“Ini mengukuhkan persepsi orang ramai bahawa pejabat AG berpihak dan bertindak atas arahan Umno untuk mendakwa pembangkang dan mencipta tuduhan politik.
“Pejabat AG mempunyai ratusan timbalan pendakwaraya yang berkelayakan. Shafee takkan mampu memberikan perbicaraan yang adil. Lantikan Shafee sebagai pendakwaraya mesti ditarik semula,” kata jurucakap LFL, Eric Paulsen (gambar).
Kata Eric, Shafee adalah peguam Umno yang terkenal dan muncul di mahkamah sebagai penasihat dalam banyak kes melibatkan kepentingan Umno.

Rafizi ke Hong Kong awal Januari siasat akaun Gani Patail

PETALING JAYA 20 DIS: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan ke Hong Kong awal Januari 2014 untuk memeriksa akaun bank Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail.
rafizi_HKIni berikutan dakwaan dibuat dalam akuan bersumpah (SD) bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim bahawa wujud unsur rasuah dalam kes tuntutan bertindih Pulau Batu Puteh hingga negara kalah di dalam tuntutan tersebut.
“Saya akan ke sana pada awal tahun hadapan (Januari) memandangkan sekarang penduduk Hong Kong sibuk membuat persiapan Krismas.
“Masa yang sesuai dalam minggu pertama atau kedua Januari,” kata Rafizi kepada Keadilandaily ketika ditemui di ibu pejabat KEADILAN.
Katanya, beliau akan tetap ke sana walaupun tidak mendapat surat kuasa daripada Gani.
“Saya sudah hantar surat rasmi kepada beliau pada 19 Disember lalu dan hanya menunggu jawapan daripada pihak beliau berhubung syarat-syarat yang saya tetapkan.
“Jika tidak mendapat surat kebenaran daripada beliau, saya akan bekerjasama dengan pihak di Hong Kong bagi memastikan urusan siasatan ini berjalan lancar,” ujarnya.
Menurut Rafizi, beliau sedang mencari masa yang sesuai dengan jabatan dan individu yang terbabit di sana.
“Siasatan melibatkan beberapa pihak dan salah satunya ialah ‘Security of Justice’,” katanya.

2014 bakal digegar dengan himpunan rakyat bangkit



Pemimpin Bermewah: Kenaikan tarif elektrik dan tol tidak dapat dielakkan - Najib





TGNA | Kuliah Jumaat 20 Dis 2013



Wahabi dan Syiah: Shahidan enggan buang masa berdebat dengan “pegawai rendah KDN”...takut kalah eh..!!

Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menolak cabaran berdebat dengan Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari mengenai isu Wahabi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, sebagai menteri yang mementingkan kebajikan beliau tidak mahu membuang masa.
"Saya tidak mahu memberi sebarang komen, membuang masa melayan kerenah pegawai rendah kerajaan seperti  itu," katanya kepada The Malaysian Insider.
Hari ini Zamihan mencabar Shahidan untuk berdebat mengenai isu Wahabi kerana berpendapat fahaman tersebut tidak sesuai di Malaysia.
Katanya, tiada keperluan menegakkan fahaman Wahabi kerana Shahidan sendiri pernah mengakui Wahabi umpama hantu dan tidak seharusnya berpegang kepada fahaman hantu.
"Saya sedia berdebat dengan Shahidan dan beliau boleh menetapkan tempat serta tarikhnya tetapi siapa yang tewas perlu melepaskan jawatan masing-masing," katanya.

MCA: Semua wanita menentang Ku Nan

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor diminta memohon maaf kerana kenyataannya yang membandingkan wanita dengan harta tanah, kata bekas ketua Wanita MCA Yu Chok Tow.

Ditemui dalam perhimpunan agung Wanita MCA di Kuala Lumpur hari in, Yu berkata, kenyataan Tengku Adnan itu cetek dan memperkecil-kecilkan wanita.

NONE"Pandangan itu cetek dan memperkecil-kecilkan wanita. Nilai wanita terletak pada hatinya, adab sopan dan kebolehan, bukan pada solekannya.

"Kami mahu beliau betulkan kenyataannya. Kami percaya semua wanita menentangnya.

"Kami, wanita, bukan produk atau harta tanah. Perbandingan itu tidak kena," kata Yu kepada pemberita.

Tengku Adnan, atas kapasiti sebagai menteri Wilayah Persekutuan, membandingkan wanita dengan harta tanah dalam menjustifikasikan kenaikan kadar cukai taksiran untuk harta tanah di Kuala Lumpur.

Rakyat marah kerana...

Rakyat marah kerana:

1. kerajaan dan pemimpin tidak dilihat berkongsi beban bersama rakyat.

2. beban sepenuhnya dilihat ditanggung rakyat sepenuhnya.

3. mengambil jalan mudah dengan menaikkan kadar tanpa memikirkan alternatif lain

4. menggunakan alasan untuk menguatkan ekonomi negara walhal yang merosakkan kewangan negara ialah keborosan, ketirisan, pembaziran, salahguna kuasa dan rasuah dan bukan sepenuhnya pada subsidi yang diberikan pada rakyat.

5. memberikan hujah-hujah menyokong kenaikan kadar yang tidak masuk akal dan menyinggung perasaan rakyat

6. tidak pernah melihat kerajaan mengambil inisiatif untuk mengurangkan perbelanjaan pengurusan kerajaan terlebih dahulu sebelum menasihatkan rakyat untuk menanggung beban.

Sepatutnya:

1. Kerajaan patut mengumumkan janji untuk mengurangkan bil elektrik Seri Perdana dan semua kementerian sebanyak 15 peratus (kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan gaji Menteri dipotong RM100) tatkala tarif elektrik diumumkan naik supaya dilihat kerajaan turut berjimat.

Petronas bayar 90 peratus lebih mahal beli saham Progress Energy

RAFIZI_PC_HQPETALING JAYA 20 DIS: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mempersoalkan kenapa Petronas membayar sehingga 90 peratus lebih mahal bagi saham-saham Progress Energy sedangkan harga gas di Amerika jatuh menjunam.
Katanya, Bloomberg melaporkan pada 27 Julai 2012, Petronas menawarkan untuk membeli saham- saham Progress Energy pada harga C$22 satu saham, iaitu 90 peratus lebih mahal dari harga terakhir semasa saham-saham itu diniagakan di pasaran saham.
“Nilaian semasa harga saham adalah berkait dengan nilai rezab yang dipegang.
“Pada ketika harga gas melonjak tinggi sekitar tahun 2008 – 2010, harga saham Progress Energy tidak berubah menunjukkan nilaian C$11 satu saham itu adalah harga yang diterima pakai oleh pasaran dan industri,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat KEADILAN.

Kerana terlalu hangat maka akhbar The Heat ‘dihangitkan’, kata Pak Samad


Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said (gambar) hari ini menyelar  tindakan Kemeterian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung akhbar mingguan The Heat hanya kerana memaparkan perbelanjaan mewah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau menyifatkan perbuatan kerajaan mengarahkan penggantungan akhbar itu sebagai satu lagi tindakan yang mematikan demokrasi di negara ini.
"Saya anggap akhbar itu kerana terlalu hangat maka ia dihangitkan, rupanya adalah salah apabila media cuba mendedahkan kepada rakyat tentang perbelanjaan mewah Perdana Menteri dan isterinya.
"Maka di manakah demokrasinya mengapa kerajaan ini begitu takut dengan suara media? Dengan suara rakyat? Apakah bila tidak suka pasti akan disekat atau dimatikan terus?" kata Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad kepada The Malaysian Insider.

Kempen ‘Faham GST Tolak GST’ dilancarkan malam ini

Faham_GSTKUALA LUMPUR 20 DIS: Kempen Faham GST Tolak GST akan dilancarkan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur jam 8 malam ini.
Kempen tersebut dilancarkan bagi memberi penerangan menyeluruh mengenai mekanisme pelaksanaan GST dan bebanan yang bakal dihadapi rakyat.
Majlis Pelancaran tersebut akan dihadiri pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Turut menyampaikan ceramah malam ini ialah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dan Pengarah Penyelidikan Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.
Orang ramai dijemput menghadiri majlis pelancaran tersebut.

Aktivis seru wartawan demo, pulau program k'jaan 47% BN

Bekas presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) Hata Wahari menyeru wartawan, editor dan pemilik media memboikot daripada membuat liputan program kerajaan dan pemimpinnya sebagai reaksi kepada penggantungan The Heat semalam.

penang media forum 220511hata wahari"Saya ingin menyoal semua wartawan di Malaysia ini, sampai bila kita hendak membiarkan perkara ini berlaku dan adakah kita seperti selalu hanya melihat dan melaporkan sahaja perkara ini berlaku.

"Mari kita bersama-sama bersatu hati membuat demonstrasi besar-besaran di mana kita memilih satu hari untuk tidak membuat liputan, kita kosongkan media-media atas talian, letakkan warna hitam dalam media atas talian, akhbar dan pelbagai lagi media.

"Mari kita berdemonstrasi di hadapan pejabat perdana menteri, Putrajaya untuk menyatakan bantahan kita terhadap kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN)," kata beliau dalam kenyataan medianya hari ini.

Hata, bekas wartawan kanan Utusan Malaysia itu menyifatkan penggantungan permit The Heat itu sebagai satu lagi sejarah hitam dalam dunia kewartawanan Malaysia.

Katanya, rekod kebebasan media yang teruk telah menyaksikan banyak akhbar mengalami masalah termasuk digantung permit kerana menyiarkan berita, rencana dan pelbagai lagi penulisan yang menegur kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya.

Jika SD tiada nilai, kenapa respon, soal Mat Zain kepada Shafee


Datuk Mat Zain Ibrahim mempersoal tindakan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang memberi respon terhadap SD yang dikatakan tidak boleh dipakai. Gambar fail.Datuk Mat Zain Ibrahim mempersoal tindakan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang memberi respon terhadap SD yang dikatakan tidak boleh dipakai. Gambar fail.Bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim mempersoalkan tindakan pendakwa raya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberikan respon terhadap Akuan Berkanun (SD) beliau, sedangkan dalam hujahnya, Shafee berkata SD berkenaan tiada nilai.
"Sekiranya SD saya itu tidak boleh diterima pakai, mengapa Shafee membuat dua afidavit pada 10 Disember 2013 dan 18 Disember 2013 dan menjawab setiap perenggan di dalamnya," soal Mat Zain dalam kenyataannya hari ini.
Kenyataan berkenaan dikeluarkan Mat Zain  selepas mahkamah awal hari ini menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan Shafee sebagai pendakwa raya kes liwat II beliau untuk kali kedua atas alasan SD berkenaan sekadar khabar angin dan tidak mempunyai asas.

PKR dakwa k'jaan 47% BN jual aset negara

Kerajaan Selangor Masih Benarkan Perjudian & Arak? - Ustaz Azhar Idrus



Ustaz Syamsul Zaman B. Sukri | Kuliah Jumaat 20 Dis 2013



Anwar: Najib going back on demoratic promises



Shafee mulls legal action against Mat Zain, press



PKR: Govt selling off national assets



"1Malaysia" Pada Kalimah ALLAH?

ALLAH UMNO ALLAH 1 MALAYSIA?

Mana janji Najib mansuh Akta Mesin Cetak & Penerbitan?

Big SpendingKUALA LUMPUR 20 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi memungkiri janjinya untuk memansuhkan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 (PPPA) apabila menggantung akhbar mingguan The Heat.
“Penggantungan The Heat membuktikan kata-kata Najib pada 2012 untuk meminda PPPA hanya tindakan kosmetik untuk menipu orang supaya percaya kepada ‘pendemokrasian BN’.,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
“Penggantungan ini tidak demokratik, sewenang-wenangnya dan serangan terhadap kebebasan akhbar. Ia dibuat untuk mengekalkan ketakutan, kepatuhan dan melemahkan media,” kata Surendran yang juga ahli parlimen Padang Serai.
Kata Surendran, langkah itu bercanggah dengan janji Najib sendiri dalam perutusan Hari Malaysia pada 15 September 2011 yang mengumumkan pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Tambah Surendran, penggantungan The Heat adalah perbuatan balas dendam kerana akhbar mingguan itu mengkritik Najib dan isternya Rosmah Mansor.
“Apakah mengkritik perdana menteri dan isterinya boleh dianggap mengancam keselamatan negara, ketenteraman awam dan moraliti?
“Penggantungan (The Heat) jelas melanggar Perkara 10 perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak kebebasan bersuara , termasuk kebebasan akhbar,” tegas Surendran.

World Bank report shows Putrajaya may have sold off country’s assets

The government has sold off and mortgaged RM5.6 billion worth of national assets to compensate for its leakages and wastages, says Rafizi Ramli.

PETALING JAYA: In a bid to cap the budget deficit, Najib Tun Razak’s administration has resorted to selling off and mortgaging national assets to gain RM5.6 billion in revenue, PKR’s Rafizi Ramli said today.
Citing a World Bank report titled Malaysia Economic Monitor: December 2013, Rafizi claimed that this “desperate move” was done to compensate for the government’s leakages and wastages the past year.
“I suspect that the sale of these assets has already happened because it’s purpose was to reach the target of a 4 percent deficit by 2014 – a target which the government has failed to achieve,” the Pandan MP told a press conference at the party headquarters here today.
“This means the country’s assets have been sold off and mortgaged so that the proceeds gained from it in 2013 can reduce the gap between the country’s revenue and expenditure.”
The report states: “Of the additional RM11.8 billion in revenues expected to be raised compared to budget estimates, RM7.4 billion originated from non-tax sources, including RM1.4 billion ofproceeds from asset sales and RM4.2 billion from the securitization of government mortgages.”

UN impressed with M’sia’s poverty reduction record

The United Nations had praised Malaysia for its impressive poverty reduction record. 

KUALA LUMPUR: Malaysia received thumbs up from the United Nations (UN) for having made impressive strides in reducing poverty since achieving independence in 1957.
Today Malaysia is considered as a upper middle income country with high human development index.
United Nations (UN) Special Rapporteur on the Right to Food Olivier De Schutter said between 1995 and 2012, the incidence of aggregate Malaysian poverty was reduced from 8.9 to 1.7 percent and urban poverty reduced from 3.7 percent to 1.0 percent.
The rural poverty, a major cause of concern at one time, was reduced from 15.3 percent to 3.4 percent.
“Disparities in income levels amongst Malaysia’s 13 states and three Federal Territories have also been narrowing. The poorest state, Sabah has experienced the highest reduction in poverty, from 19.7 percent in 2009 to 6.1 percent in 2012.
“The number of people living in hardcore poverty, unable to meet their basic food needs, has decreased from 0.7 percent in 2009 to 0.2 percent in 2012,” he told a press conference at the end of his first official visit to the country, here recently.
During his nine-day visit to assess the realisation of the right to food in Malaysia, De Schutter held consultations with a number of ministries and consulted broadly across the civil society.
De Schutter’s report would be presented on March 10, 2014 in Geneva, Switzerland to the 47-member Human Rights Council.

Tarif Elektrik Naik: Sebahagian pelabur Jepun di Malaysia dijangka pindah ke negara lain..

Dalam usaha mereka untuk meredakan kemarahan majoriti rakyat berikutan pengumuman kenaikkan tarif elektrik oleh Menteri Tenaga, Teknoligi Hijau dan Air baru-baru ini beberapa orang pemimpin UMNO bertaraf Menteri cuba untuk memperbodohkan rakyat.

Berbekalkan ayat yang hampir sama mereka mempertahankan tindakan Kerajaan Barisan Nasional yang bercanggah dengan akujanji mereka sebelum PRU13 iaitu mengurangkan kos sara hidup.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek, menyifatkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 15 peratus yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun hadapan sebagai rasional dan tidak banyak memberi kesan kepada orang ramai.

“…ramai dari kita sebenarnya yang tidak terkesan pun! Jadi , bertenanglah,” katanya yang dipetik menerusi laman mikro Twitternya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pula berkata kenaikan tarif elektrik yang berkuat kuasa Januari ini, tidak akan menjejaskan pengguna biasa terutama yang mempunyai bil RM70 dan ke bawah sebulan.

Beliau berkata kenaikan itu hanya memberi implikasi ke atas pengguna yang bil elektrik bulanannya RM150 dan ke atas sahaja.

Tajam-tajam mata pena, tajam lagi telunjuk menteri 47%?

Pepatah mata pena lebih tajam dari mata pedang mungkin tidak sesuai menggambarkan situasi yang menimpa The Heat - akhbar mingguan berbahasa Inggeris yang digantung penerbitannya baru-baru ini.

Akhbar itu jadi sasaran Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas paparan berita muka depan yang menayangkan fakta pemborosan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor, menjadi siulan.

NONEMaka, gerombolan KDN pun - tanpa teragak-agak tapi terangguk-angguk patuh menjalankan perintah. The Heat yang baru setahun jagung digantung penerbitannya.

Aneh, ketika undang-undang berkaitan penerbitan fitnah berserakan termaktub dalam buku perundangan, penggantungan tetap jadi pilihan paling mudah.

Tentu, penggantungan tidak memerlukan semakan fakta di mahkamah. Kerajaan mungkin belajar dari kemenangan Malaysiakini dalam isu permohonan permit. Mereka tidak mahu kalah lagi. Kerajaan mahu menang tanpa berlawan hujah.

Lebih-lebih lagi, kesahihan fakta mungkin lebih terserlah jika saman dilakukan. Jadi, pedulikan fakta, yang penting gantung dulu - macam kes jenayah sebelum ini - tembak dulu, kemudian cari bukti.

Bukankah itu resam Datuk Seri Zahid Hamidi?

Nasib 'Suara Keadilan'

Barangkali ada suara-suara yang membandingkan 'kebebasan' yang dinikmati Suara Keadilan yang lebih garang menganyang Umno-BN khususnya Najib dan Rosmah.

Mungkin benar. Tapi, jangan lupa akhbar rasmi PKR itu sendiri lebih awal dimangsai. Hingga kini, tiada permit penerbitan diberi sejak tiga tahun lalu.

Suara Keadilan bergerak underground walaupun 'terlepas bebas' dalam pasaran tempatan hingga mampu mencapai jualan 260,000 naskhah bagi dua penerbitan untuk seminggu menjelang pilihan raya umum lalu.

Tengku Adnan hina wanita Malaysia, digesa minta maaf

zuraidah
KUALA LUMPUR 20 DIS: Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor perlu mengambil kelas pendidikan gender, gesa Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.
Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar dalam satu kenyataan semalam menghina wanita Malaysia apabila menyatakan bahawa ‘hartanah seperti wanita, harganya meningkat apabila memakai alat solek’.
“Mengatakan ‘jika tidak memakai alat solek harganya menurun’, Tengku Adnan telah menghina semua wanita.
“Menteri Wilayah perlu mengambil kelas pendidikan gender kerana menyamakan wanita dengan hartanah,” kata Zuraida dalam kenyataan.
Ku_NanKata Zuraida, Malaysia memerlukan menteri yang lebih berkualiti berbanding seperti Tengku Adnan.
“Kenyataan tak masuk akal ini tak seharusnya datang dari seorang pemimpin.
“Menteri mewakili negara dan pendapat seksis seperti ini hanya menunjukkan betapa mundurnya barisan kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” kata Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang.
Tambah Zuraida, wanita Malaysia akan selamanya dilihat sebagai hartanah sekiranya terus menyokong sikap menteri seperti Tengku Adnan.
“Kita akan dipaksa untuk memakai alat solek untuk meningkatkan nilai kita,” kata Zuraida.

Gantung 'The Heat' dendam peribadi Najib dan Rosmah

Penggantungan akhbar mingguan The Heat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dibuat akibat "dendam peribadi" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata PKR.

Naib presidennya N Surendran berkata, penggantungan itu menunjukkan bahawa pentadbiran Najib "zalim dan tidak layak mentadbir sebuah negara demokratik".

NONE"Penggantungan ini tidak demokratik, dilakukan secara sewenang-wenangnya dan serangan besar terhadap kebebasan akhbar.

"Ia dibuat untuk mengekalkan ketakutan, kepatuhan dan melemahkan media," katanya.

The Heat dipercayai digantung penerbitannya ekoran penyiaran artikel berhubung perbelanjaan mewah Najib dan isterinya Rosmah Mansor.

Dalam kenyataannya hari ini, Surendran yang juga anggota Parlimen Padang Serai mempersoalkan sama ada mengkritik perdana menteri dan isterinya boleh dianggap mengancam keselamatan negara, ketenteran awam dan moraliti.

Kerajaan 47% BN baru cuba cari jalan kurangkan kesan kenaikan elektrik dan tol

Datuk Seri Najib Razak berkata, kenaikan tarif elektrik dan tol tidak dapat dielakkan demi memelihara kestabilan ekonomi, tetapi kerajaan akan mencari jalan untuk melindungi dan mengurangkan kesannya kepada rakyat.
"Jangan fikir kerajaan tidak prihatin kepada rakyat walaupun sekarang banyak bicara soal kenaikan tol, elektrik dan sebagainya, sebenarnya perkara ini amat sukar untuk tidak dilaksanakan.
"Implikasi kalau tidak dilaksanakan, boleh menjejaskan ekonomi negara, rakyat akan tanggung kesusahan yang lebih sebenarnya," kata perdana menteri semasa berucap pada majlis penyerahan bantuan mangsa banjir peringkat nasional dan penghargaan kepada para sukarelawan di Masjid Abu Bakar, Temerloh, di Temerloh, hari ini.
Beliau memberi contoh kenaikan tol, dan menjelaskan bahawa satu mekanisme akan dibuat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang terbabit.

Rafizi hantar surat kebenaran semak akaun Peguam Negara


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hantar surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Gambar fail.Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hantar surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Gambar fail.Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menghantar surat permohonan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail semalam untuk mendapatkan kebenaran menyemak akaun milik peguam kontroversi tersebut.
Gani berdepan tuduhan oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa beliau terlibat dalam rasuah ketika mengendalikan kes tuntutan erhadap pemilikan Pulau Batu Putih dengan Singapura.
"Untuk memastikan proses semakan ini benar-benar telus, saya menghargai keterbukaan Tan Sri untuk memberikan surat kebenaran menyemak semua akaun," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat PKR, pagi ini.

Putrajaya jual aset negara untuk capai sasaran kurangkan defisit

PKR mendakwa Putrajaya menjual aset negara untuk mencapai sasaran mengurangkan hutang negara tetapi rakyat pula terpaksa berdepan dengan tekanan kos barang yang naik mendadak.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa langkah tersebut diambil bertujuan menurunkan defisit ke paras 4% daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang ditetapkan pentabdiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Lebih memeranjatkan, perdana menteri dilaporkan akan mengambil jalan menjual aset negara dan menerbitkan lebih banyak sekuriti hutang daripada aset negara semata-mata untuk menutup kegagalan pentadbiran ekonomi beliau mencapai sasaran defisit yang beliau sendiri tetapkan," katanya.
Rafizi berkata, pendedahan tersebut boleh diperoleh dalam laporan terkini Bank Dunia, "Malaysia Economic Monitor: December 2013" yang dikeluarkan baru-baru ini.
Laporan Bank Dunia mendedahkan pendapatan kerajaan Malaysia akan dijana termasuk RM1.4 bilion daripada aktiviti penjualan aset dan RM4.2 bilion daripada sekuriti hutang daripada aset-aset negara (securitization of government mortgages).
"Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentabiran Najib sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta negara melalui securitization of government mortgages untuk menampung keborosan pembaziran kerajaannya.
"Saya syak rancangan menjual aset negara ini sudah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013 yang sebenarnya gagal," katanya.

Kesatuan wartawan kutuk langkah KDN


Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) mengutuk keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung akhbar mingguan, The Heat.

Presiden NUJ Chin Sung Chew (bawah) berkata hal itu tidak sepatutnya berlaku kepada media yang hanya menjalankan tugas kepada negara.

NONE"Media itu sendiri hanya memainkan peranan dalam memantau segala salah laku kerajaan yang memerintah.

"Kita mesti memberi orang ramai akses kepada informasi sebegitu kerana mereka berhak, dan ia berkaitan kepentingan awam," kata beliau dalam SMS kepada Malaysiakini.

Ching turut berkata tindakan penggantungan oleh pentadbiran Najib ini sebagai langkah kurang bijak.

"Dengan ranking kebebasan media seperti yang dilaporkan Reporters Without Borders di tempat ke-145 pada 2013, tidak bijak untuk kerajaan mengambil tindakan sebegini ke atas media," kata beliau.

NUJ dianggotai kira-kira 1,500 wartawan pelbagai media cetak di Semenanjung Malaysia dan menjadi perkumpulan petugas media terbesar di negara ini.

Pilihan politik, kata CIJ

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Masjalizah Hamzah (bawah) berkata penggangtungan tersebut menunjukkan pentadbiran Najib tidak serius untuk menambah baik kebebasan bersuara.

Kes-kes hangat mahkamah sepanjang 2013

KUALA LUMPUR: Apabila kalimah 'Allah' dibawa ke mahkamah, ramai yang memberi perhatian, dan saluran yang diambil sesetengah pihak ini menjadikan ia topik 'perbicaraan' orang ramai tahun 2013.
          
Walaupun isu ini tercetus pada 2009, tetapi perhatian tertumpu apabila kes itu dibawa untuk rayuan di mahkamah tahun ini.
          
Pada 14 Okt lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, sebulat suara memutuskan membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan majalah mingguan mereka 'The Herald'.
          
Keputusan itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakannya.
          
Hakim Mohamed Apandi berkata mahkamah berpendapat bahawa kalimah Allah tidak pernah menjadi bahagian penting dalam amalan kepercayaan agama Kristian.

Beliau berkata dengan mengambil kira fakta sejarah dan agama, beliau tidak dapat menemui sebarang sebab munasabah kenapa responden (Titular Roman Catholic Archbishp of Kuala Lumpur) berkeras untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan buletin mingguan mereka.
          
"Nama Allah tidak muncul walaupun sekali sama ada dalam kitab Perjanjian Lama atau Baharu. Dalam dunia Bible, 'God' sentiasa dikenali sebagai Yahweh," kata Hakim Mohamed Apandi.
          
Yang menjadikan 'perbicaraan' orang ramai ini berterusan ialah apabila kes itu tidak berakhir di situ kerana pihak Gereja Katolik telah membuat permohonan untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan yang akan didengar pada 24 Feb 2014 di Mahkamah Persekutuan.
          
Selain kalimah Allah, isu mempermainkan agama oleh pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee turut menghangatkan cerita mahkamah tahun ini apabila mereka didakwa di bawah Akta Hasutan 1948, Akta Penapisan Filem 2002 dan Kanun Keseksaan.

Perbezaan - Maulana & Habib - Dato Dr MAZA

Sunnah Yang Sentiasa diLakukan Nabi? - Dato Dr MAZA

Pakar-pakar ekonomi, tolong jangan jadi ‘Pak Karut’ kerajaan 47% BN


Dr Dzulkefly Ahmad

Telah diramalkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menggunakan ‘professionals’ untuk mengesah dan menyokong tindakan ‘menggila’ mereka menaikkan apa juga yang boleh dinaikkan. Golongan ini adalah ahli-ahli ekonomi.
Najib guna pendekatan ‘conditioning’ minda bagi mengurangkan kejutan kepada rakyat. Najib percaya rakyat mudah untuk terima penerangan pakar-pakar ini.
Ketua Ekonomis CIMB serta Ketua Ekonomis RAM, sebuah agensi penarafan tempatan adalah antara yang terawal membuat percubaan. Ramai lagi yang boleh dibariskan dan bakal bersuara.
Kedua-dua mengingatkan pengguna-rakyat bahawa inflasi akan melonjakkan ke paras Indeks Harga Pengguna (CPI) 3% tahun depan berbanding kenaikan ke 2% dalam Oktober setelah penarikan subsidi akibat kenaikan petrol dan diesel dikenakan pada bulan September lalu.
Ramalan inflasi agresif ini tidak perlu pakar untuk buat. Ia pasti nanti akan berlaku selepas kenaikan tarif elektrik, kos  pengangkutan awam seperti LRT dan monorel serta kadar tol 13 lebuh raya untuk tahun 2014. Ini selepas subsidi gula tamat baru-baru ini.
Pakar ekonomi ini juga menjangkakan dinaikkan beberapa kali lagi kos bahan bakar  iaitu petrol dan diesel.
Sebaliknya rakyat makin mula gerun memikirkan dan tidak boleh membayangkan kesan ke atas inflasi yang pastinya lebih daripada CPI 4% yang diwawarkan oleh pakar ini.
Memang rakyat selalu terasa lebih perit dan sakit lagi, kerana CPI tidak mencerminkan kedudukan sebenar inflasi sesuatu barangan atau perkhidmatan (pengangkutan). Perkiraan CPI adalah mengikut satu ‘formula wajaran- weightage’ dalam satu bakul barangan dan perkhidmatan (12 kategori berjumlah 512 semuanya) keperluan isi rumah dalam sesuatu tempoh yang ditetapkan.
Dalam pada itu, kedua-dua ahli ekonomi juga mengiktiraf bahawa golongan berpendapatan rendah iaitu di bawah RM3,000 menjadi paling terbeban dengan kenaikan kos harga barang atau inflasi ini. Apatah lagi yang hanya mendapat RM1, 500 sebulan.
Golongan ini  juga akan mula mencari kerja luar untuk menambahkan pendapatan sekali gus membawa pelbagai risiko sosial.

Najib silap langkah, gagal selesai tiga isu penting

SHAH ALAM 20 DIS: Isu ekonomi, keselamatan dan pendidikan adalah tiga faktor penting yang gagal diselesaikan kerajaan sehingga kini dilihat menjadi punca kemerosotan populariti, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hal itu termasuk faktor keluarga terutama membabitkan pembabitan isteri beliau, Datik Seri Rosmah Mansur dalam beberapa perkara berkenaan kerajaan menambahkan lagi tekanan kepada keadaan terbabit.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, kelemahan yang gagal diperbetulkan seperti dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara sehingga mengakibatkan ketirisan wang rakyat mengundang keraguan ditambah dengan tindakan tidak popular menaikkan harga barang secara berturut-turut.
“Saya fikir ini bukan tindakan yang bijak kerana beliau mempunyai peluang yang jelas memperkasakan Suruhjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), selain memberikan kuasa secukupnya kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk mengambil tindakan.
“Namun, ia sudah terlewat. Akhirnya kerajaan mengeluarkan polisi tidak popular seperti menaikkan harga barangan seperti tarif elektrik, tol, penarikan subsidi gula dan minyak,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, semalam.

Negara UMNO: Pelajar UiTM disaman kerana pelekat kereta Nik Aziz


Gambar kereta yang disaman di UiTM kerana mempunyai pelekat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tersebar di laman sosial. - Gambar daripada Facebook Nik Aziz.Gambar kereta yang disaman di UiTM kerana mempunyai pelekat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tersebar di laman sosial. - Gambar daripada Facebook Nik Aziz.Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) disaman kerana mempunyai pelekat kereta Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selain kerana meletakkan kenderaan secara tidak sah.
Insiden ini dipercayai berlaku kepada pelajar UiTM kampus Sri Iskandar, Perak.
Gambar kereta yang dikunci dan surat saman tersebar di laman sosial termasuk akaun Facebook bekas menteri besar Kelantan itu dan mengundang 23,196 tanda suka kepada posting tersebut.
Kebanyakan pengguna internet menyelar tindakan tidak demokratik UiTM itu yang menghalang pelajar mereka untuk mengekspresikan pendirian politik.
“Kat mane ye saya boleh beli sticker gambo Tok Guru yg kaler hijau putih tu? Nak beli dua tampal depan belakang.
“This is my car, I can do watever the heck dat i wanna do! (Ini kereta saya, saya boleh buat apa saya suka),” tulis Haanasz Fais di ruangan komen di akaun Facebook Nik Abdul Aziz.
“Ini menunjukkan betapa gentarnya musuh-musuh di luar sana, baru pelekat belum semuka lagi. Mau terkencing tu,” tulis seorang lagi yang bernama Nuri Gold.
Ketika The Malaysian Insider menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM kampuk induk di Shah Alam untuk mendapatkan pengesahan mengenai isu ini, pegawai yang menjawab panggilan enggan memberikan sebarang komen.

Bolasepak: Malaysia tutup kalendar 2013 dengan ranking 154 dunia


Skuad bola sepak negara menutup kalendar 2013 dengan peningkatan dalam kedudukan ranking bola sepak dunia selepas apabila menghuni tangga ke-154.
Ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) semalam menunjukkan skuad negara naik empat anak tangga berbanding kedudukan ke-158 bulan lalu.
Pada Januari, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-158 disusuli 159 pada Februari, 164 (Mac), 163 (April), 161 (Mei) selain kekal pada kedudukan ke-159 dunia pada Jun dan Julai, Ogos (162), September (161) dan Oktober (160).
Kedudukan terbaru itu menyaksikan Malaysia berkongsi tempat bersama tiga negara lain iaitu Liechtenstein, Puerto Rico dan India.
Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia bagaimanapun turun dua anak tangga ke kedudukan ketujuh di belakang Filipina (127), Myanmar (130), Vietnam (144), Thailand (146), Singapura (150) dan Laos (152).
Di peringkat Asia, Malaysia naik satu anak tangga ke kedudukan ke-30 daripada 46 negara.
Sementara itu, naib juara Piala Konfederasi 2013, Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,507 mata manakala Jerman dan Argentina masing-masing mengekalkan kedudukan kedua dan ketiga terbaik dunia.
Jerman dan Agentina masing-masing mengumpul 1,318 mata dan 1,251 mata. Kedudukan ranking Fifa itu melibatkan 209 negara. - Bernama

UMNO@BN DENGAN BOHONG BERPISAH TIADA ... UMPAMA KENTUT DGN TAIK!!


EDISI KANTOI MENIPU OLEH KERAJAAN UMNO/BN ISU TOL NAIK TAHUN HADAPAN ... BULAN FEBRUARI 2013 KATA KERAJAAN UNTUNG BERPULUH2 JUTA TAK PERLU NAIKKAN TOL .. BULAN DISEMBER CAKAP JIKA TIDAK DINAIKKAN TOL KERAJAAN KENA BAYAR PAMPASAN RM400 JUTA!!!!

21 Feb 2013 - Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata "Penstrukturan semula tol lebuh raya menguntungkan pengguna dan kerajaan, selain tol tidak dinaikkan, kerajaan juga tidak perlu lagi membayar pampasan kepada syarikat pengendali lebuh raya...

Ulang sekali lagi TOL TIDAK DINAIKKAN DAN KERAJAAN TIDAK PERLU BAYAR PAMPASAN... TETAPI

14 Dis 2013 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar pula berkata Kerajaan terpaksa membelanjakan RM400 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.

Dalam tempoh tidak sampai setahun atau paling tepatnya 10 bulan boleh flip flop dan berbelit lidah nak menipu rakyat.

Biawak pun tidak bercabang belit macam lidah para pemimpin UMNO.

Lidah biawak sudah kira tidak sesuai dan obselete kini untuk diguna pakai bagi mengambarkan seorang yang suka cakap berbelit-belit menipu .. Ayat yang sesuai kini dan selamanya ialah ' LIDAH UMNO.

UMNO DENGAN BOHONG BERPISAH TIADA ... UMPAMA KENTUT DGN TAIK!



Gantung akhbar The Heat tidak tutup keborosan PM dan isteri

KUALA LUMPUR: Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengantung akhbar mingguan The Heat membuktikan sikap kuku besi Kerajaan BN yang antikebebasan media, tegas kumpulan NGO, Jingga 13 Malaysia.
Koordinator Panatia Tugas-Tugas Khasnya, Nikson Abdillah berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat semakin tidak relevan dan mempergunakan kuasa untuk mengekang amalan demokrasi dan kebebasan media di negara ini.
Akhbar The Heat dalam laporan bertajuk "All Eyes On Spending PM Najib" November lalu mempersoalkan perbelanjaan Perdana Menteri dan isteri beliau.
Ekoran daripada itu, akhbar tersebut menerima surat tunjuk sebab daripada KDN seterusnya digantung permit penerbitan.

Menurut Nikson, KDN sewajarnya tidak dipengaruhi atau dikawal oleh mana-mana pihak termasuk Perdana Menteri,isteri Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri tetapi bersikap profesional memandangkan laporan The Heat itu tidak dilihat sebagai menggugat keselamatan negara.
“Jingga 13 mendesak agar Kementerian Dalam Negeri menghentikan tindakan tidak demokratik dan menarik balik penggantungan permit akhbar The Heat. Tindakan Kementerian Dalam Negeri akan terus dilabel sebagai antidemokrasi dan sudah pasti memberikan kesan negatif kepada gerakan kebebasan media,” ujarnya.

Ujar Nikson, imej boros  dan mewah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak boleh ditutup oleh tindakan terhadap akhbar The Heat.
“Di saat rakyat bergelut dengan pelbagai kenaikan , Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor terus memberikan imej negatif kepada rakyat dan negara,” kesal beliau.

Tiada beza Ahli Sunnah, ASWJ - Dr Maza

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin  
SHAH ALAM - Tiada perbezaan pengertian antara Ahli Sunnah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ia hanya ringkasan penggunaan istilah oleh sesetengah pihak.

Menurutnya, pihak yang mengatakan pengertian itu tiada persamaan sebenarnya tidak mengetahui hal sebenarnya.

"Maknanya sama sahaja. Ahli Sunnah itu hanya ringkasan penggunaan. Siapa sebut ada beza dia tak reti. Selalunya sebut Ahli Sunnah untuk pendekkan ayat namun, maksud sebenar masih merujuk kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Memetik fatwa Majls Fatwa Kebangsaan, pengertian sunnah ialah sunnah Rasulullah SAW, pengertian jemaah ialah kumpulan sahabat dan tabien yang bersepakat di atas kebenaran daripada Kitab ALLAH dan sunnah Nabi.

Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-sunnah dan pendapat sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab ALLAH dan Sunnah Rasulullah SAW.

Mas kahwin tak pernah naik sejak zaman Jepun?

TEMERLOH: PAS Pahang akan menghantar memorandum kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) bagi mempertimbangkan kadar mahar atau mas kahwin di negeri ini supaya dinaikkan.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, persoalan tersebut ditimbulkan dalam mesyuarat perhubungan semalam berikutan usul daripada PAS Kawasan Pekan.

 “Kadar mas kahwin di Pahang ini terlalu murah iaitu RM22.50 dan tidak pernah naik-naik sejak zaman Jepun sedangkan jika kita lihat sepanjang tempoh itu semua barang telah naik.

“Pendirian PAS Pahang ialah kita akan angkat usul ini kepada Muip. Mas kahwin di Pahang ini terlalu rendah, banyak negeri dah naik. Cadangan dari Pekan kadar dicadangkan RM250.

“Tetapi PAS Pahang mahu Maip semak semula kadar tersebut kerana kita mahu lihat jumlah yang lebih munasabah dan adil. Harga minyak pun kerajaan semak tiga sekali tahun,” katanya.

KDN bentang undang-undang perangi hina Islam dan institusi diraja


Kementerian Dalam Negeri (KDN) dijangka membentangkan rang undang-undang baharu dalam usaha memerangi penyebaran fitnah dan penghinaan ke atas agama Islam serta institusi diraja, khasnya daripada media alternatif.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ini susulan peningkatan kes seumpama itu sejak kebelakangan ini selain pendirian kerajaan untuk tidak mengharamkan mana-mana media alternatif secara melulu.
"Perkara ini sering berlaku dan perlu ditangani segera. Jadi bila dibentangkan di Dewan nanti, harap ia disokong," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) (Pindaan) 2013 di Dewan Negara, di Kuala Lumpur, semalam.
Rang Undang-Undang Sosma dibentangkan bagi meminda dua seksyen dalam akta tersebut iaitu Seksyen 6 dan Seksyen 30 yang bertujuan memperkukuh tindakan yang boleh diambil terhadap penjenayah.
Pindaan ke atas Seksyen 6 bertujuan mengehadkan kebenaran untuk membuat pintasan komunikasi hanya ke atas maklumat berkaitan jenayah dan keselamatan dan bukan untuk tujuan politik.
Dr Wan Junaidi berkata, sebarang pintasan komunikasi daripada pemberi perkhidmatan hanya boleh dilakukan selepas mendapat kebenaran Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dan bukannya mana-mana pegawai polis termasuk Ketua Polis Negara.

Rosmah Mansor (RM) Paling Berkuasa di Malaysia?

Surat Rosmah Mansor
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.
Pembaca yang amat dikasihi; Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.
Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif. Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya.
Penjelasan secara ‘face to face’ itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.
Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama ‘membunuh diri sendiri’.

Pertama: Isu Pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006

Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu.
Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

Kedua: Cincin Berlian Berharga RM24 Juta

Cincin Rosmah Mansor
(KLIK SINI) Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah ‘regular customer’ kepada jewelry Jacob & Co.

Nilai mata wang jatuh akibat kelemahan kerajaan 47% BN

SHAH ALAM – Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara berterusan tanpa kawalan, akan memberi kesan kepada nilai mata wang negara.

Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, nilai RM1 pembelian barang ketika ini dijangka turun kepada 80 atau 90 sen pada tahun hadapan dan 2015, berikutan kenaikan harga secara bertindan.

Beliau berkata, kejatuhan nilai wang itu juga akan menyebabkan kuasa beli pengguna semakin berkurangan.

“Jika dilihat kenaikan tarif elektrik dan tol serta pengurangan subsidi gula, ia memberi kesan kepada pengguna dengan kenaikan harga barang dan inflasi juga dijangka meningkat dan ini memerlukan pemantauan berkala daripada pihak kerajaan.

“Jadi tidak ramai pengguna akan membeli (barang dan perkhidmatan) mungkin sebab mahal,” katanya ketika ditanya berhubung kuasa beli pengguna dalam tempoh dua tahun akan datang.

Mohamad Fazli berkata, kesan kenaikan harga sesetengah barang dan perkhidmatan bermula bulan hadapan, secara tidak langsung akan menyebabkan berlaku fenomena gelembung hartanah, iaitu situasi di mana masyarakat tidak berkemampuan membeli hartanah kerana bebanan hutang isi rumah tinggi.

Orang politik boleh, 'The Heat' dilarang?



 
Dari dulu-dulu lagi, saya memang tidak pernah faham perkara ini: Kenapa kita benarkan parti pembangkang bergerak tetapi tutup media kritis?

Orang politik dibenarkan tubuh cawangan parti sampai ke ceruk-ceruk pedalaman, dibiarkan memaki kerajaan sepuas-puas hati dan diraikan di Parlimen serta Dewan Undangan Negeri.

Kenapa wartawan tidak diberikan layanan seumpama itu? Kenapa mereka tidak boleh menubuhkan syarikat media dan mengedarkan akhbar mereka di merata-rata tempat?

Apa istimewanya ahli politik pembangkang berbanding wartawan kritis sehingga satu duduk di kelas atas, sementara satu lagi harus terjerembab jadi warga kelas bawah?

Apakah kerana orang politik kerjanya hanya bercakap, sementara wartawan sepanjang masa hanya menulis, maka harus didiskriminasikan?

Apakah kerana ahli politik asyik berdiri di pentas ceramah, manakala wartawan sepanjang waktu di meja tulis, maka kami harus dianaktirikan?

Penggantungan The Heat, yang baru setahun jagung, menjadi contoh paling klasik.

Mahfuz: Manifesto BN terbukti cakap kosong

SHAH ALAM – Manifesto BN dalam PRU13 lalu terbukti hanya sekadar cakap kosong apabila bertindak membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan dan terbaharu isu kenaikan harga tol.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata tindakan BN ini harus menjadi pengajaran  supaya rakyat tidak akan terpedaya lagi dengan "gula-gula" menjelang pilihan raya.

“Sekarang apa yang kita dapat lihat, kerajaan hanya melaungkan slogan kosong janji ditepati tanpa merealisasikan apa yang dijanjikan kepada masyarakat.

“Apabila sudah berlaku perkara sebegini, apa yang rakyat boleh lakukan hanya menjerit minta mereka (kerajaan) turunkan harga. Tetapi jeritan rakyat ini sudah tentu tidak memberikan kesan kepada mereka.” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Warga KL masih marah penilaian hartanah tinggi, walaupun cukai taksiran rendah



Warga kota yang tidak berpuas hati dengan cukai taksiran menghantar surat bantahan kepada DBKL, awal minggu ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 Disember, 2013.Warga kota yang tidak berpuas hati dengan cukai taksiran menghantar surat bantahan kepada DBKL, awal minggu ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 Disember, 2013.Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mungkin sudah memotong cukai taksiran antara 1 hingga 4% tetapi persatuan penduduk dan penggubal undang-undang berkata, isu penilaian hartanah masih belum diselesaikan lagi.
Pemilik hartanah di kota berkata, di sebalik sedikit pengurangan itu, mereka masih perlu membayar lebih dalam kadar cukai taksiran kerana ada nilai hartanah naik sehingga 300% selepas penilaian dibuat.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata jumlah yang perlu dibayar masih lagi ‘mengarut’.
“Kita tidak bantah kadar itu tetapi penilaian hartanah yang tiba-tiba meningkat sehingga 300%. Rakyat masih perlu bayar lebih,” katanya.

Mahfuz: Janji gula beri garam

SHAH ALAM - Manifesto BN dalam PRU13 lalu terbukti hanya sekadar cakap kosong apabila bertindak membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan dan terbaharu isu kenaikan harga tol.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan BN ini harus menjadi pengajaran  supaya rakyat tidak akan terpedaya lagi dengan 'gula-gula' menjelang pilihan raya.

“Sekarang apa yang kita dapat lihat, kerajaan hanya melaungkan slogan kosong janji ditepati tanpa merealisasikan apa yang dijanjikan kepada masyarakat.

“Apabila sudah berlaku perkara sebegini, apa yang rakyat boleh lakukan hanya menjerit minta mereka (kerajaan) turunkan harga. Tetapi jeritan rakyat ini sudah tentu tidak memberikan kesan kepada mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.