Khamis, 19 Disember 2013

Selangor mampu halang kenaikan tol

Amir Hussin Baharudin 
SHAH ALAM – Walaupun dengan pegangan minoriti 30 peratus saham Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam beberapa syarikat konsesi tol, ia ada pengaruh bagi merealisasikan hasrat menghalang kenaikan tol.

Pakar Ekonomi dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharudin berkata, pegangan 30 peratus saham PKNS dalam syarikat konsesi memanglah dilihat hanya mampu bersuara dan tidak akan memuktamadkan keputusan menghalang kenaikan kadar tol tahun depan.

“Bagaimanapun, jika kena dengan percaturan politik perniagaan, hasrat kerajaan Selangor untuk tidak menaikkan kadar tol boleh terlaksana.

“Walaupun hanya memegang 30 peratus saham, ia tidak mustahil,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri juga ada kuasa menentukan kadar tol jika percaturan itu berjaya dilaksanakan.

Amir  berkata, kerajaan Pusat tidak perlu menunggu kerajaan negeri seperti kerajaan Selangor untuk menghalang kenaikan tol kerana kebanyakan syarikat konsesi lebuh raya di negara ini adalah anak syarikat kerajaan (GLC) Persekutuan.

Selangor: Tiada kenaikan kadar tol di LSA tahun depan

LSA
KUALA LUMPUR - Kesas Sdn Bhd hari ini mengumumkan kadar tol tidak akan dinaikkan bagi Lebuh Raya Shah Alam (LSA) tahun depan.
  
KESAS dalam satu kenyataan berkata LSA tidak disenaraikan sebagai satu daripada lebuh raya di mana caj tol akan dinaikkan.
  
"Sebagai pemegang konsesi LSA, kami menolak sebarang kenyataan serta laporan yang disiarkan atau dihebahkan berhubung isu ini," kata syarikat itu.
  
Ura-ura mengenai kemungkinan kenaikan kadar tol timbul selepas Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata ia akan disemak semula tahun depan bagi mematuhi perjanjian antara kerajaan dan pemegang konsesi.
  
Satu laporan akhbar baru-baru ini melaporkan bahawa tol dijangka meningkat antara 30 sen dan RM1 bagi 13 lebuh raya. - Bernama

Banjir: Surat terbuka Yb Fuziah Salleh kepada MKN

Kenyataan Media MKN bertarikh 18 Disember 2013 bertajuk "Perkembangan Terkini Status Bencana Banjir Seluruh Negara dan Persiapan Kerajaan Dalam Menghadapi Gelombang Kedua Bencana Banjir 2013/2014" adalah dirujuk.

Di sini saya ingin mengalu-alukan pemakluman berkenaan kemungkinan berlakunya Gelombang Kedua Bencana Banjir 2013 beserta dengan langkah-langkah menghadapi situasi ini yg telah digariskan oleh Setiausaha MKN Datuk Mohammad Thajudeen Bin Abdul Wahab.

Saya juga mengalu-alukan langkah mengatur gerak aset pengurusan banjir di negeri-negeri yang tidak terjejas banjir ke negeri Trengganu, Pahang dan Johor. Alangkah baiknya sekiranya MKN telah berbuat demikian sewaktu Gelombang Pertama dahulu.

Oleh kerana banjir Gelombang Pertama merupakan sesuatu yang luar biasa, juga tanpa amaran menyeluruh yang dikeluarkan oleh MKN, didapati keadaan amat gawat pada awal pagi 4 Disember apabila didapati ribuan mangsa telah berpindah ke pusat-pusat pemindahan banjir di Kuantan. Di dalam keadaan yang sungguh gawat ketika itu, saya berasa amat kesal kerana MKN lambat bertindak dan lambat pula mengambil langkah-langkah korektif daripada pengurusan banjir secara biasa kepada pengurusan banjir secara luar biasa.

Saya juga berharap semoga MKN telah belajar melalui kesilapan mereka di dalam menghadapi Gelombang Pertama Banjir 2013 dan telah juga mengambil langkah penambahbaikkan di dalam Prosedur Pengurusan di pusat-pusat pemindahan banjir.

Akibat tekanan DBKL potong cukai pintu antara 2 hingga 3%

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memotong kadar cukai taksiran untuk pemilik harta tanah di ibu negara antara dua hingga tiga peratus bermula 2014.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Dengan kadar baru itu, premis komersial akan dikenakan kadar 10 peratus sementara kediaman akan dikenakan sebanyak empat peratus.

Tindakan itu dipercayai diambil ekoran bantahan meluas pelbagai pihak, termasuk pembangkang dan masyarakat awam.

TOL : Ayoyo Samy


Berpuluh cukai GST di setiap peringkat penghasilan produk

rafizi_mpaj_GSTPANDAN 19 DIS: Harga barang-harga keperluan harian tetap akan naik memandangkan kos pengeluaran barang tersebut dikenakan cukai GST (cukai barang dan perkhidmatan) di setiap peringkat.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, antara contoh ialah penghasilan beras di kilang yang terpaksa melalui berpuluh-puluh cukai GST di setiap peringkat.
“Kalau kita lihat penghasilan beras daripada sawah padi ke kilang, penggunaan jentera, mesin, eletrik di kilang, pembelian plastik pembungkusan, semuanya kena GST.
“Peniaga tak boleh membuat ‘tax return’ kerana ia (beras) merupakan barang yang dikecualikan cukai. Pilihan yang ada adalah menaikkan harga barang untuk mengelakkan kerugian,” kata Rafizi.
rafizi_mpaj_GST2“Pengilang terpaksa menaikkan harga untuk menanggung kenaikan kos operasinya yang terlibat secara langsung dengan GST.
“Hakikatnya, walaupun barang-barang ini dikecualikan daripada cukai, harganya tetap akan naik,” katanya.
Beliau berkata demikian di hadapan lebih 300 hadirin dalam taklimat ‘Fahami GST, Tolak GST’ di auditorium Majls Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) malam tadi.
Tambahnya lagi, syarat pematuhan (compliance) yang lebih ketat juga akan memberikan kesan dalam peningkatan harga barang dan perkhidmatan.
“Setiap perniagaan yang ingin melaksanakan GST terpaksa menanggung kos baru seperti mengupah firma akauntan untuk memastikan rekod yang berkaitan GST seperti invois, resit dikemaskini apabila diaudit oleh jabatan kastam
“Ini akan menambahkan kos,” ujarnya.

Peniaga kecil terpaksa kenakan GST untuk elak rugi

rafizi_mpaj_GST2 - CopyPANDAN 19DIS: Peniaga berskala kecil terpaksa mendaftar sebagai perniagaan yang mengenakan GST kepada Jabatan Kastam bagi membolehkannya menuntut kredit barang daripada pengedar dan pengilang besar.
Menurut Rafizi cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan dibayar balik (refund) kepada peniaga atas barangan yang dibeli diistilahkan sebagai ‘kredit GST’.
“Ini bagi membolehkan peniaga mendapat ‘kredit GST’ daripada Jabatan Kastam.
“Jika peniaga tidak menuntut kredit GST tersebut, mereka akan rugi,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam taklimat ‘Fahami GST, Tolak GST’ di auditorium Majls Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) semalam.
“Syarikat atau perniagaan yang menjual barang atau perkhidmatan melebihi RM 500,000 setahun wajib mendaftar untuk mengenakan GST,” tambahnya.
Namun menurut Rafizi, perniagaan yang jualannya kurang daripada RM 500,000 turut mengenakan GST.
“Kerajaan mengutip cukai GST daripada pengedar dan peniaga,” katanya.

Surat terbuka kepada PM 47%: Ke mana duit kami pergi?

Syahir Sulaiman

YAB Datuk Seri,
Tidak dapat dinafikan, Malaysia yang dipimpin YAB kini berhadapan masalah ekonomi.
Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) diunjur malar, defisit kian melebar, hutang makin mengakar, inflasi terus menjalar dan tabungan semakin sukar.
Walaupun transformasi dijana dan janji dijaja, barah rasuah dan disiplin integriti masih kekal di tahap lama.
Kerajaan YAB dilihat mengambil formula mudah untuk mengatasi masalah ini – cukai dinaikkan, subsidi dikurangkan, integriti dipersoalkan.
YAB pasti mengerti, pelbagai perbelanjaan, subsidi dan bantuan yang diberi kerajaan, semuanya dipungut daripada rakyat.
Pendapatan rakyat dicukai, keuntungan rakyat dicukai, perbelanjaan rakyat dicukai, manakala simpanan rakyat dipinjam untuk membiayai hutang kerajaan.
Jika demokrasi adalah pemerintahan “dari rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat”, ekonomi yang sihat juga begitulah sifatnya.
Untuk pengetahuan YAB, kami anak muda juga cakna memikirkan hal ekonomi negara. Saban hari kami hadapi – harga makan minum mahal, harga rumah mahal, sewa rumah mahal, harga kereta mahal, tambang bas dan teksi mahal.
Hendak belajar perlu berhutang, hendak berniaga tiada modal, hendak bekerja peluang terhad, hatta hendak berkahwin terpaksa meminjam.
Tidak cukup dengan itu, YAB mengumumkan kenaikan 20 sen harga petrol selepas empat bulan pilihanraya, harga gula diumum naik 34 sen selepas lima bulan pilihanraya, tarif elektrik diumum naik 15% selepas enam bulan pilihanraya dan terkini tol lebuhraya pula mahu dinaikkan, yang semuanya tidak pernah dijanjikan.

Harta tanah: Jangan jadi macam 'flipper' Umno

Kerajaan Pulau Pinang memberi amaran kepada pemain dalam sektor harta tanah supaya tidak bertindak seperti dua pemimpin Umno yang didakwa mengaut keuntungan segera melalui aktiviti flipping.

Property flipping bermaksud penjualan harta tanah secara cepat setelah pembelian untuk mendapat keuntungan segera.

Ketua menterinya Lim Guan Eng berkata, aktiviti itu sebagai contohnya dapat dilihat dalam urus niaga penjualan tanah segera yang dilakukan dua pemimpin itu melibatkan 30 orang penduduk di Kampung Terang pada tahun 2012.

Tambahnya, hasil penjualan itu memberi keuntungan sebanyak 60 peratus atau RM 5juta kepada mereka hanya dalam masa dua bulan setengah sahaja.

Kes itu pertama kali didedahkan oleh bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Abdul Halim Hussein.

NONEBeliau mendedahkan dokumen bukti menunjukkan penjualan tanah itu kepada pihak ketiga oleh ketua Umno Bukit Gelugor dan ketua pelaksanaan strategi BN Omar Faudzar (kanan) serta ketua Umno Bukit Mertajam Musa Sheikh Fadzir.

Berdasarkan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia, kedua-dua mereka bertindak sebagai pengarah syarikat yang menjual tanah di Kampung Terang kepada pihak ketiga.

"Jangan jadi macam flipper Umno, sebab jika kamu lakukannya, kami akan kenakan levi dua peratus pada kamu," kata Lim dalam sidang akhbar semalam.

Bukan rasionalisasi subsidi tetapi rasionalisasi boros

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak boleh mengamalkan sindrom penafian apabila rakyat menyatakan bantahan terhadap kenaikan kos hidup yang kini menyebabkan rakyat semakin resah.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, penyelesaian populis dengan memberi wang tunai kepada rakyat tidak boleh diterima sebagai penyelesaian yang betul kerana ia hanya suatu suntikan tahan sakit yang hanya bersifat sementara.

“Yang penting dan lebih asasi ialah mengatasi isu penyelewengan dan salah urus wang negara,” ujarnya dalam satu kenyataan, seperti di bawah.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berpendiran bahawa kenaikan kos hidup akibat pelbagai pengumuman kerajaan mengenai langkah mengurangkan subsidi dari satu barangan ke satu perkhidmatan dalam jangka waktu yang sangat singkat, sangat membebankan rakyat.

Walaupun alasan kenaikan kos tidak dapat dielakkan namun realiti ketirisan wang awam akibat perbelanjaan boros di peringkat kerajaan juga tidak dapat diterima sama sekali.

Akibatnya apa yang dikatakan rasionalisasi subsidi dalam perbelanjaan kerajaan ternyata memberi kesan yang semakin memburukkan ekonomi negara. Ia tidak lagi boleh dinamakan rasionalisasai subsidi tetapi adalah rasionalisasi pemborosan.

Sementara kami faham bahawa rasionalisasi subsidi ada alasannya namun ia tidak membawa makna apa-apa jika tidak berlaku serentak dengan itu  rasionalisasi perbelanjaan.

Kerajaan 47% didesak siasat kematian jurutera Lynas

Fuziah Salleh
KUANTAN 19 DIS: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendesak kerajaan dan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (DOSH) untuk menyiasat kematian seorang jurutera Lynas.
“Laporan dan maklumat diterima mengenai kematian, mangsa terjatuh ketika mengambil sampel. Apakah benar ia punca kematian?
“Atau pekerja itu tidak memahami apa yang terkandung dalam SOP (prosedur standard) keselamatan tersebut? soal Fuziah.
Pada 13 Disember, jurutera kilang nadir bumi Lynas, Mohamad Fadzli Mohamad Rafdzi, 33, ditemui mati lemas di sebuah kolam dalam kawasan kilang di kawasan Perindustrian Gebeng.
Justeru, kata Fuziah Lynas harus bertangunggjawab sekiranya benar kematian berpunca daripada SOP keselamatan yang tidak jelas.
“DOSH perlu segera memberi laporan siasatan kematian jurutera kepada awam mengenai kilang kontroversi itu,” katanya dihubungi Keadilandaily.
Fuziah berkata, beliau kini sedang mendapatkan maklumat menyeluruh mengenai insiden tersebut.

Did we ask ‘apa lagi Melayu mahu’ in 1999?

A delegate to the MCA Youth assembly also reminds Umno that the BN will never retain its two-thirds majority in Parliament unless MCA candidates win seats at the general election. 

KUALA LUMPUR: Umno came under fire from a MCA Youth delegate, at the movement’s annual general assembly here today, for insulting the Malaysian Chinese community after the 13th General Election in May this year.
Federal Territories MCA Youth delegate Chris Wong reminded Umno, which forms the backbone of the ruling Barisan Nasional government, that it was the Chinese votes that helped the ruling coalition retain power after the 1999 General Election.
Referring to the Umno-owned daily Utusan Melayu’s front page headline on May 6, entitled ‘Apa Lagi Cina Mahu?’ (What more do the Chinese want?), he said MCA never heaped scorn on the Malays when the community turned its back on the BN at the 1999 polls.
“In 1999 when the Chinese were fully behind the Barisan Nasional, did we ever ask ‘apa lagi Melayu mahu’?”
“Today we are called all sorts of names such as pendatang (immigrants) because the Chinese did not deliver votes for the BN.
“I want to tell Umno, without MCA, BN would never have two-thirds majority (in the Parliament). So do you want to continue calling us pendatang?” he said, in a strong-worded speech.

SD Mat Zain: Najib kemuka afidavit palsu sorok salahlaku Gani

MAT_ZAINKUALA LUMPUR 19 DIS: Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim (kanan) dalam akuan bersumpahnya mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengemukakan afidavit palsu.
Dalam perakuan bersumpah Mat Zain yang didedahkan 7 Oktover lalu, Najib mengemukakan afidat pasli untuk menyorokkan salahlaku Peguam Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail.
Menurut Mat Zain, pada September 2011 satu sapina diserahkan kepada Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk memberi keterangan dalam kes perbicaraan fitnah II keatas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun Najib Razak menerusi peguamnya mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk mengetepikan sapina berkenaan.
Najib mengikrarkan afidavit sokongan dan pembetulan pada September 2011 bagi menyokong permohonannya.
Najib didalam Afidavit tersebut memohon supaya sapina tersebut diketepikan kerana beliau tidak dapat memberikan sebarang keterangan yang relevan yang dapat membantu mahkamah dalam perbicaraan tersebut.

BNBBC: Turun harga tol, jangan naikkan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Datuk Shahrir Samad berkata kerajaan perlu memenuhi janji dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 untuk menurunkan harga tol sekitar Lembah Kelang secara berperingkat-peringkat.

Shahrir yang dipetik dalam laporan The Star menyebut, kerajaan perlu memenuhi janji tersebut dan tidak membiarkan pemegang konsesi menaikkan kadar tol berkenaan.

“Perkara utama di sini, manifesto kita menyatakan bahawa kadar tol akan dikurangkan secara berperingkat dan sebab ini BNBCC berharap tidak akan berlaku apa-apa peningkatan,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Manifesto itu antara lainnya menggariskan akujanji secara khusus untuk mengurangkan kadar tol dalam kawasan tersebut secara berperingkat-peringkat dalam tempoh lima tahun akan datang, kata MP Johor Bahru itu.

Bagaimanapun, Shahrir berkata BNBBC masih belum menyatakan sikap mereka ke atas kenaikan berkenaan kerana kerajaan masih belum mengesahkan perkara itu, lapor The Star lagi.

Setelah menerima tekanan, DBKL umum kadar baru cukai pintu


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akhirnya membuat keputusan untuk menurunkan kadar cukai pintu baru berikutan protes besar-besaran oleh pemilik hartanah di bandar.
Pemilik hartanah komersial dan kediaman akan dikenakan kenaikan 10% dan 4% masing-masing.
Sebelum itu, DBKL mengenakan kenaikan 12% and 6% ke atas hartanah komersial dan kediaman.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) mengumumkan hal itu selain berkata kadar cukai baru bergantung kepada lokasi hartanah.
"Hartanah yang berada di kedudukan 36 batu dari Kuala Lumpur akan dikenakan kadar berbeza berbanding mereka yang tinggal lebih jauh dari jarak tersebut," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat DBKL hari ini.
Beliau berkata rebat khas akan diberikan kepada kumpulan pemilik hartanah tertentu seperti orang kelainan upaya (OKU), pesara dan pemilik yang menetap di hartanah sendiri.

Rosmah bermewah, akhbar mingguan The Heat digantung serta merta oleh KDN


Akhbar mingguan The Heat digantung serta-merta oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dipercayai disebabkan artikel muka hadapan berhubung perbelanjaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di portal The Ant Daily, akhbar The Heat mengesahkan peneribitan mereka sudah digantung.
"Akhbar ini tidak akan diterbitkan seperti yang dijadualkan pada 21 Disember," kata The heat.
Akhbar mingguan tersebut diberikan surat tunjuk sebab minggu lepas dan Ketua Pengarang David Lee Boon Siew turut dipanggil KDN ke Putrajaya dan diminta untuk melembutkan berita mereka.
The Malaysian Insider difahamkan, walaupun KDN tidak menyatakan secara spesifik berhubung mana-mana artikel, dipercayai ianya disebabkan oleh ertikel bertajuk “All eyes on big spending Najib” yang diterbitkan dalam isu 23-29 November.
Dipercayai, penerbitnya HCK Media diberikan masa 14 hari untuk memberikan jawapan.
Difahamkan, kesemua pemberita sudah diberitahu mengenai perkara ini dalam satu mesyuarat hari ini.
Sementara Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider mengatakan beliau tidak tahu mengenai pergantungan akhbar mingguan itu.
Bagaimanapun Pengarang Kanan HCK Media Chong Cheng Hai enggan mengulas apabila dihubungi.

The Heat suspended indefinitely

Taliban strikes US Afghan base, NATO trucks on fire

Sen Saiful Izham Bahas RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013

Sen Saiful Izham Bahas RUU Penjara (Pindaan) 2013

Sen Dr Syed Husin Ali Bahas RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah2 Khas) (Pindaan) 2013

Sen Dato Dr Johari Mat Bahas RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah2 Khas) (Pindaan) 2013

Sen Pn Khairiah Mohamed Bahas RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah2 Khas) (Pindaan) 2013

Sen Saiful Izham Bahas RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah2 Khas) (Pindaan) 2013

TOL: Ini Kalilah

Terpulang kepada kerajaan 47% BN naikkan harga, rakyat tak perlu ke jalanan, kata Ibrahim Ali

Isu Syiah : Akidah Ahli Sunnah Perlu di Perkasakan - Dato' Tuan Ibrahim

K'jaan 47% BN kata potong subsidi baik untuk rakyat

Langkah kerajaan menaikkan pelbagai kadar, sekali gus mengurangkan subsidi, mungkin tidak popular, tetapi ia baik untuk ekonomi dan "baik untuk rakyat", kata jurucakap kerajaan.

"Untuk mempertahankan ekonomi kukuh Malaysia, kita perlu menjadikan perbelanjaan kita terkawal. Ini bermaksud menaikkan beberapa kadar dan memotong beberapa subsidi...

NONE"Sesetengah langkahnya mungkin tidak popular tetapi dalam tempoh sederhana ia baik untuk untuk ekonomi dan juga baik untuk rakyat," kata jurucakap kerajaan dalam kenyataan hari ini.

Langkah itu juga perlu bagi mengekalkan kedatangan pelabur dan membantu Malaysia pertumbuhan kukuh dalam bidang pekerjaan dan pendapatan sejak empat tahun lepas.

Penggal kedua pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaksikan kenaikan petrol dua kali tahun ini, diikuti dengan harga gula.

Tarif elektrik, kadar kos pengangkutan awam dan tol di 15 lebuh raya pula dilaporkan meningkat tahun depan.

Cukai barangan dan perkhidmatan pula akan diperkenalkan pada 2015.

Anwar akan fail salah laku Shafee kepada Lembaga Disiplin Peguam

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambarr) akan memfailkan laporan salah laku peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kepada Lembaga Disiplin Peguam kerana gagal mendedahkan salah laku Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Anwar berkata kepada pemberita di Putrajaya hari ini, Shafee gagal melaporkan maklumat jenayah yang dilakukan Abdul Gani, seperti didedahkan olah Akuan Bersumpah (SD) bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.
"Saya akan kemukakan bantahan atau surat aduan dan akan diadakan dalam tempoh beberapa hari akan datang.
"Banyak salah laku percanggahan dan kegagalan Shafee untuk melaporkan maklumat jenyah yang dilakukan (Abdul Gani)," kata Anwar ketika ditemui di Istana Kehakiman, Putrajaya.
Katanya, perkara itu tidak boleh dipandang ringan meskipun kesalahan itu dilakukan oleh mereka yang mempunyai kedudukan tinggi.
"Kita tidak boleh pandang ringan umpama orang ada kedudukan tidak dikenakan tindakan. Peguam Negara tidak ambil tindakan.
"Pihak berkuasa seperti SPRM pun tidak menyiasatnya," katanya merujuk kepada badan pencegahan rasuah negara ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Tighten your belt in 2014, say economists

Middle to lower income groups will likely face more financial distress next year in the wake of the simultaneous price hike of electricity tariff, toll, public transportation and fuel. 

PETALING JAYA: 2014 will be a bleak financial year for Malaysians as they face an increase in toll prices, electricity tariff rates, public transportation and possibly even further fuel subsidy cuts.
This will only mean two things: higher inflation and less money in pockets for consumers to spend, economists confirmed today.
“Consumers will have to brace themselves for rising cost of living as the price hike started with the fuel subsidy cut, followed by the complete abolishment of the sugar subsidy,” Lee Heng Guie, CIMB’s chief economist, told FMT.
“Going into 2014, we have higher electricity tariff, toll rates, and there could be other forms, including rising fuel costs. This will definitely put pressure on inflation and the result is inflation has moved to 2.0 percent in October, to next year where we are looking at 3 percent.”
He said the lower income group – those households earning below RM3,000 – would be hit the hardest, and the BR1M cash vouchers would only provide partial relief to the poor.
“BR1M would not offset the rising prices 100%. To do that would only worsen the budget deficit and incur more expenses for the government,” said Lee.
Dr Yeah Kim Leng, group chief economist of RAM holdings, said the lower and middle income groups would likely face more financial distress and an increase in household debt starting from next year, and this would in turn incur social repercussions as individuals took on extra jobs to manage the higher cost of living.

Senator UMNO@BN desak kerajaan 47% banteras rasuah, ketirisan sebelum bebankan rakyat

Senator Ezam Mohd Noor dari Barisan Nasional (BN) menggesa kerajaan untuk memerangi rasuah dan ketirisan dalam perbelanjaan negara sebelum membebankan rakyat jelata dengan kenaikan kos kehidupan.
Menurut Ezam, pimpinan kerajaan seharusnya mengambil langkah tegas dan cepat untuk memperbetulkan orientasi beberapa kalangan pembuat dasar akhir-akhir ini yang mengambil jalan mudah menaikkan tarif untuk selesaikan masalah mereka sekaligus membebankan rakyat.
“Tumpuan harus diberikan kepada soal ketirisan, suapan rasuah, rundingan perjanjian yang berat sebelah dan terlalu untungkan golongan korporat,” kata Ezam kepada The Malaysian Insider mengulas mengenai kenaikan harga pelbagai barangan keperluan.
“Sebagai ahli jawatankuasa rasuah saya mahu ada tumpuan khusus kepada soal rasuah dalam selesaikan masalah.”
Menurut Ezam yang merupakan bekas Ketua Pemuda PKR itu, kerajaan yang bercirikan negara maju seharusnya lebih efisien dan canggih dalam merungkai masalah.
“Cara ini bukan cara sebuah kerajaan transfsormasi yang seharusnya lebih tangkas tangani masalah di samping mempertahankan kedudukan rakyat bawahan.
“Bukan dengan jalan mudah naikkan tarif dan minta rakyat tanggung beban,” kata Ezam dengan nada tegas.

Kenaikan tarif elektrik masih belum cukup biayai kos dan perbelanjaan TNB tapi untung berbilion..!!

Kenaikan tarif elektrik baharu berkuat kuasa 1 Januari 2014, masih tidak mencukupi untuk menampung kos dan perbelanjaan Tenaga Nasional Bhd (TNB), kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga Datuk Ir Ahmad Fauzi Hasan.
"TNB masih perlu meminjam untuk bangunkan infrastruktur berikutan infrastruktur sedia ada di Semenanjung Malaysia sudah berusia, dengan sistem pembekalan atau penghantaran baharu perlu dibangunkan dari selatan ke Lembah Klang, yang memerlukan perbelanjaan berbilion-bilion ringgit.
"Begitu juga loji jana kuasa baharu perlu dibina dan ini membabitkan banyak sumber kewangan untuk 20 tahun akan datang, terutama semakin banyak loji jana kuasa yang ditamatkan operasi akibat tamat tempoh," katanya.
Ahmad berkata demikian kepada pemberita pada 'Sesi Penerangan Penetapan Tarif Elektrik Di Semenanjung Malaysia' yang disertai lebih 40 wakil daripada Persatuan Industri dan Pengguna, di Putrajaya sini hari ini.
Beliau berkata TNB membelanjakan sekitar RM6 bilion hingga RM7 bilion setiap tahun untuk perbelanjaan modal dan penyenggaraan infrastruktur, berbanding keuntungan direkodkan tahun ini sebanyak RM4.6 bilion.
Menurut Ahmad sebagai agensi kawal selia, Suruhanjaya Tenaga akan memantau secara teliti kecekapan operasi dan setiap perbelanjaan TNB mulai tahun hadapan.

Kerajaan 47% kaji bentuk baharu BR1M untuk menang PRU14..!!

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan sedang mengkaji penyediaan bentuk baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia yang mungkin diperkenalkan menjelang 2015.
  
"Kami sedang menjalankan beberapa kajian mengenai kaedah untuk meneruskan BR1M, dan bentuknya. Kami harap menjelang 2015, model baharu yang menghubungkannya dengan rasionalisasi subsidi kerajaan dapat diperkenalkan," kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
  
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Skim Pembiayaan Hak milik Intelek di sini hari ini.
  
Model baharu subsidi akan lebih berkesan berbanding format semasa yang diamalkan oleh kerajaan.
  
"Ini merupakan waktu penyesuaian," katanya sambil menambah bahawa dalam jangka panjang, kerajaan mahu membantu rakyat menikmati pendapatan tinggi dan bukan hanya BR1M atau baucar buku untuk pelajar.
  

PBS, SPPBS: Kerajaan 47% jangan nafi pandangan guru

SHAH ALAM  - Kerajaan dinasihatkan tidak mengetepikan pandangan guru-guru berhubung Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

AJK Pas Pusat, Nasrudin Hassan, berpendapat, referendum perlu diwujudkan sebagai satu mekanisme untuk mendapatkan pandangan dalam usaha menambah baik pelaksanaan itu.

“Jangan menafikan pandangan golongan pendidik kerana mereka merupakan pihak pelaksana sistem dan pastinya tindakan mereka akan mencerminkan keberkesanan sistem berkenaan.

“Kita tidak mahu pihak kerajaan mengusulkan dasar yang tidak matang sehingga akhirnya akan berlaku 'flip flop' dan merugikan banyak perkara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) melahirkan rasa kecewa apabila permohonan untuk berbincang dengan pihak Kementerian Pendidik Malaysia (KPM) berhubung kepincangan PBS dan SPPBS tidak dilayan sehingga kini.

Bantuan 'one-off' tak cukup untuk golongan pendapatan sederhana, rendah - FOMCA



MCA to Umno: Extremism will further drive Chinese away from BN



Wacana Anak Muda Malaysia



PAS terajui dua demo besar pada 2014



Transformasi Umno & gerak kerja PAS

PERKEMBANGAN  pasca Perhimpunan Agung Umno ke-67 yang lalu, termuat satu rencana bertajuk “Menjana pewaris beridealisme Islam” (Berita Harian, 16 Disember 2013). Penulisnya ialah Yang Dipertua YADIM, Dr Asyraf Wajdi Dusuki bekas pensyarah UIAM dan juga bekas calon BN pada pilihan raya umum 2008 di parlimen Tumpat.
Tujuan rencana tersebut, pertama sebagai penegasan betapa Umno sebuah parti yang membawa agenda membela bangsa dan agama, dan keduanya sebagai sesi muhasabah atas ucapan Presiden Umno akan pentingnya perkaderan sebagai teras perjuangan.
Wajar dinyatakan, sebagaimana penegasan ucapan dasar Presiden Umno (dileterkan sebagai pengisian transformasi), isu membela bangsa Melayu (baca: memperteguh ekonomi Melayu) adalah transformasi pertama, membela agama (baca: mempertegak maqasid syariah) adalah transformasi kedua dan perkaderan (baca: memperkukuh perkaderan parti) adalah transformasi ketiga.
Ini antara tiga daripada lima transformasi Umno (dua transformasi lagi adalah mempersiaga jentera dan menetap petunjuk prestasi utama). Semuanya dileterkan secara retorika demi menampilkan kepimpinan Presiden Umno (Datuk Seri Mohd Najib) sebenarnya boleh diyakini ke arah memenuhi masa depan Umno.
UMNO PENGASAK UTAMA KEMARAAN PAS
Topik ini sengaja direncanakan bertujuan menghidupkan idea ucapan dasar Presiden Umno kepada suatu pembikinan strategi menuju realiti. Begitu pula, penulis berminat menelitinya kerana ia boleh dijadikan titik pemikiran bersama (para pemimpin dan jentera petugas PAS) untuk memahami perjalanan parti pesaing. Ini kerana Umno sebagai pengasak utama kemaraan PAS, khususnya di kawasan dominasi Islam-Melayu adalah sentiasa sedar bagi memastikan hegemoninya berada dalam situasi kukuh.
Sehubungan itu, PAS sewajarnya mengambil perhatian (dan tindakan) serius atas keazaman parti pesaingnya. Terutama dalam meneliti apa yang dileterkan Presiden Umno, antaranya menyebutkan tujuan perkaderan adalah, “untuk melahirkan pemimpin masa depan mengambil tempoh yang lama, maka parti Umno perlu mengkader ahli-ahli baru dan orang-orang muda supaya parti Umno ini menjadi sebuah parti yang lestari sampai bila-bila”.

Mundur 40 tahun, Kamaruddin tidak kenal dan jejak kaki di Kelantan..!!

KUALA LUMPUR: Tuduhan dilemparkan Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar (gambar)  kononnya  Kelantan mundur 40 tahun membuktikan beliau tidak pernah menjejakkan kaki serta mengenali negeri itu secara dekat.

Jelas Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd Hatta Ramli kepada Harakahdaily, kenyataan Kamaruddin itu turut menunjukkan beliau tidak mendapat maklumat serta statistik yang lengkap mengenai kejayaan Kelantan berbanding negeri-negeri lain.

Menurutnya lagi, Kamaruddin perlu melawat Sabah dan Sarawak terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang tidak berasas.

"Saya tidak tahu dari mana beliau mendapat maklumat tersebut dan bagi saya kenyataan sedemikain menunjukkan beliau tidak pernah menjejak kaki ke Kelantan atau mengenali negeri itu.

"Nasihat saya cuba melawat Sabah dan Sarawak, lihat negeri yang berada di bawah  BN dari segi kemajuan lepas itu baru boleh bandingkan dengan Kelantan.

"Baru kita tahu negeri mana yang lebih mundur, jangan menuduh tanpa bukti serta fakta yang kukuh," jelasnya.

Terima dgn segala puas hati dan patuh kehendak pimpinan - TGNA



Beza Ahli Sunnah, Ahli Sunnah Wal Jamaah - Datuk Mokhtar Shafie.



Mat Sabu: 2014 will be the year of demonstrations



Laporan Al Jazeera Tentang Kesusahan Rakyat Malaysia...Angkara Kerajaan 47%



Syiah:Tolak Ideologi, Akui Kewujudan Mereka. - Ulama Umno

Kerajaan 47% BN tidak wajar terus bohongi rakyat

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya terus berbohong bahawa perjanjian lebuhraya tidak boleh dirunding semula bagi menghalang kenaikan kadar tol bagi syarikat yang sudah mendapat balik pelaburan atau kos pembinaan lebuhraya apabila BN berjaya berunding semula perjanjian itu pada 2010 bagi mengelak tol dinaikkan menjelang Pilihan Raya Umum 2013 lalu.
Rakyat Malaysia yang memilih BN terus menerajui negara selepas PRU-13 berdepan dengan kenaikan besar bayaran tol membabitkan 13 lebuhraya di negara ini pada 2014 berikutan kenaikan tarif elektrik yang diumumkan, 2 Disember lalu.
Bagaimanapun BN dengan angkuh menjustifikasikan kenaikan kadar tol itu dengan menyarankan rakyat Malaysia menggunakan jalan alternatif bebas tol yang kurang bermutu daripada mengakui menggadaikan kepentingan rakyat biasa dan peniaga kecil bagi memuaskan ketamakan kroni mereka.
Jika Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Wahid Omar boleh menggesa pemandu memilih menggunakan laluan alternatif jika tidak berpuas hati dengan kenaikan tol yang akan berlaku di lebuhraya, mengapa rakyat tidak diberi kebebasan bertanya berhubung pemilihan syarikat konsesi tol yang diberi tanpa tender kompetitif terbuka?

Populariti Najib jatuh akibat mungkir janji

KUALA LUMPUR 19 DIS: Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jatuh menjunam gara-gara memungkiri janji yang dibuatnya menjelang pilihan raya yang lalu.
Tinjauan yang dilakukan oleh Pusat Kajian Merdeka Center mendapati populariti Presiden Umno itu menjunam 10 mata kepada 52 peratus pada Disember berbanding Ogos tahun ini.
Tinjauan di kalangan 1,005 orang responden terdiri daripada pengundi Melayu, Cina dan India berkenaan merekodkan tahap populariti Najib yang paling rendah sejak dilantik sebagai perdana menteri pada September 2009.
Paling banyak merosot di kalangan pengundi masyarakat India iaitu sebanyak 19 peratus dari 76 peratus pada Ogos lalu dan kini menjunam kepada 57 peratus.
Kajian tersebut juga mendapati populariti Najib hanya merosot lima peratus kalangan pengundi tanpa capaian Internet berbanding pengundi tanpa capaian Internet dengan kadar kemerosotan lebih dua kali ganda sebanyak 12 peratus.
“Masa culaan ini dibuat adalah selepas pengurangan subsidi bahan bakar pada September 2013, pembentangan belanjawan negara 2014 sewaktu kerajaan mengumumkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenyataan tambahan berkenaan kenaikan tarif elektrik yang dijangka bermula pada Januari 2014,” kata Merdeka Center dalam kenyataannya.

Tarif elektrik naik kerana kos janakuasa, selenggara..!!

Suruhanjaya Tenaga menjelaskan bahawa peningkatan tarif elektrik yang diumumkan perdana menteri awal bulan ini adalah untuk menampung kos penyelengaraan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia dan kos janakuasa tenaga dari bahan api.

Ketua pegawai eksekutif suruhanjaya itu Datuk Ahmad Fauzi Hasan dalam ucapannya hari ini menjelaskan, kos penyelenggaraan itu turut melibatkan kerosakan yang banyak berlaku di janakuasa dan juga ke atas masalah ketidaklancaran sistem.

Masalah berkenaan dikesan banyak berlaku sejak tiga tahun lalu, katanya.

"Kita juga mengalami masalah pembekalan gas yang tidak cukup untuk menampung keperluan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia.

Pemain industri: Syarikat konsesi tidak alami kesan kenaikan harga barang, kenapa perlu naik tol?

Pemain industri Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia (Misif) menyifatkan kenaikan harga tol adalah tidak munasabah kerana syarikat konsesi tidak menerima sebarang kesan daripada kenaikan harga barang seperti yang dialami rakyat.
Presiden Misif Datuk Soh Thian Lai berkata, syarikat konsesi telah menikmati banyak keuntungan menerusi peningkatan pengguna jalan raya.
"Mereka juga tidak menerima kesan ketara oleh faktor-faktor lain seperti turun naik mata wang, kenaikan kadar elektrik dan harga bahan api, dan lain-lain, tidak seperti yang dialami pengindustri khususnya dalam sektor perkilangan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Soh berkata satu-satunya aspek yang akan memberi kesan kepada kos operasi konsesi adalah sekiranya gaji pekerja meningkat.

Kempen tolak GST dilancarkan esok

Faham_GST KUALA LUMPUR 19 DIS: Kempen membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) anjuran Sekretariat Pakatan Rakyat akan dilancarkan pada 20 Disember ini di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Program yang bermula seawal 8 malam itu dinamakan ‘#Faham GST-Tolak GST’ dan bakal dihadiri tiga tokoh Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Semua dijemput hadir.
Datuk Seri Najib Razak ketika membentang Bajet BN 2014 pada 25 Oktober lalu mengumumkan pelaksanaan GST dengan kadar enam peratus setahun berkuatkuasa 1 April 2015 walaupun ia dibantah rakyat Malaysia ekoran kesannya yang membebankan rakyat.

Perjanjian lebuh raya lumayan tetapi rakyat menjadi mangsa kelemahan kerajaan 47%

Amalan penswastaan Putrajaya sekali lagi berdepan kritikan, dengan penganalisis berkata rakyat terpaksa membayar harga yang tinggi terhadap perjanjian konsesi berat sebelah menyebabkan harga tol akan naik bulan depan.
Kesilapan Putrajaya pada masa lalu kembali berulang kerana terikat dengan perjanjian tersebut dan kenaikan tol adalah salah satu daripada perjanjian - kerajaan terpaksa mengalah dan tunduk kepada syarikat konsesi.
Sebanyak 15 lebuh raya bakal mengalami kenaikan tol antara 50 sen dan RM2 tetapi kerajaan belum lagi mengumumkan kadar akhir.
Cadangan kenaikan tol diumumkan ketika Putrajaya telah pun mengumumkan kadar tarif elektrik baru serta cadangan untuk menaikkan kadar tambang pengangkutan awam di ibu kota.
"Jika anda menandatangani perjanjian, anda perlu berpegang dengan apa yang anda telah tandatangani," kata perunding ekonomi Majlis Penasihat Ekonomi Negara dan seorang pegawai bank Syed Akbar Ali (gambar) kepada The Malaysian Insider.
"Jika anda menentang kenaikan tersebut, mengapa anda menandatangani perjanjian itu," ujarnya yang mempersoalkan tindakan kerajaan.
Syed Akbar merujuk kepada manifesto (BN) pilihan raya Barisan Nasional (BN), di mana Datuk Seri Najib Razak berjanji kadar tol akan dikurangkan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun.
"Beliau adalah PM ya. Tetapi dengan pihak berkuasa mana beliau berjanji? Satu perjanjian, yang mengikat secara sah telah ditandatangani."
Ketua ekonomi RAM Holdings Berhad Dr Yeah Kim Leng bersetuju, sambil menambah bahawa jika perjanjian konsesi tidak dipenuhi, kredibiliti kerajaan akan berdepan risiko.
"Bukan itu sahaja, penarafan kredit Malaysia juga akan terjejas.
"Sudah tentu kerajaan boleh menggunakan pengaruhnya untuk meminta syarikat-syarikat konsesi lebuh raya ini lebih bertimbang rasa dalam kenaikan tol," katanya lagi.
Bagaimanapun, ahli ekonomi menggesa Putrajaya untuk melihat ke dalam isu ini 'satu persatu', meneliti mana satu tol yang buat untung atau sebaliknya.

Tuduhan Syiah macam kemuncup melekat di seluar

ALOR SETAR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memandang enteng tuduhan Syiah yang dibuat pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadapnya dengan menganggap seolah-olah 'kemuncup yang melekat di seluar' sahaja.

"Saya sedar apa yang dilakukan oleh mereka adalah bertujuan untuk menyibukkan kita (PAS) dengan kerja menjawab tuduhan atau membuat penafian.

"Dengan itu pemimpin Umno/ BN berharap usaha kita menggerakkan penentangan rakyat terhadap kenaikan harga barang, tarif elektrik, tol dan sebagainya akan dilupakan," ujarnya.

Sedangkan, katanya, 10 tuduhan yang dibuat KDN untuk mengaitkannya dengan ajaran Syiah langsung tidak berasas dan hanya menjadi bahan gelak ketawa rakyat.

Mohamad yang ditemui di majlis Taklimat dan Dailog Menuntut Kenaikan Harga Padi anjuran Belatani di sini berkata, beliau tidak akan melayan atau menjawab semua tuduhan tersebut sebaliknya menyerahkan kepada peguam untuk menguruskan dakwaan Menteri Dalam Negeri mengikut saluran keadilan.

"Saya akan teruskan kerja saya membela rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga minyak, elektrik, tol... isu peningkatan kos hidup, isu GST, TPPA, walaupun pemimpin Umno/BN cuba untuk mengalih fokus saya," tegasnya.

Syiah, Mat Sabu dan kesesatan terpilih

MOHAMED HANIPA MAIDIN
MUNGKIN Haji Mohamad Sabu ialah pemimpin PAS  paling kerap diuji dengan pelbagai ujian. Apa yang Umno tidak lakukan bagi mendepani Mat Sabu. Di tahan ISA dua kali Mat Sabu tetap istiqamah. Ditangkap dan ditahan dilokap terlalu banyak dan kerap.

Didakwa di mahkamah, dulu, kini dan tidak tahu sampai bila. Siapakah pemimpin PAS yang terpaksa berhadapan dengan lebih 1000 laporan polis selain Mat Sabu? Mungkin laporan sebanyak itu boleh tersenarai dalam Buku Rekod Guiness sebagai laporan yang paling banyak di Malaysia atau di Asia atau mungkin juga di dunia.

Semasa kes Almarhum Mat Indera dahulu, ada yang minta Mat Sabu ditarik  kerakyatan, di buang negara, diancam dengan simbahan asid ke atas beliau dan keluarga, dicuba bakar rumahnya, diganggu ceramahnya, dipotretkan gambarnya dengan bintang tiga dan akhirnya didakwa di mahkamah.

Kita tidak pasti adakah Umno masih mempunyai senarai tuduhan baru di dalam stoknya untuk dilabelkan ke atas Mat Sabu selepas label Syiah. Tidak peritkah insan bernama Mat Sabu jika musuh di luar dan juga kawan di dalam berkongsi menuduh beliau dengan tuduhan Syiah.

Tapi itulah Mat Sabu. Dalam keadaan orang ramai beristirehat di rumah beliau berceramah di seluruh pelosok daerah dan kampung menyedarkan rakyat betapa bobroknya Umno dalam memerintah negara. Jika orang lain gembira meraikan perkahwinan anak gadis mereka, Mat Sabu pula dikepung , dipecah cermin keretanya dengan ganas, digari, ditangkap dan diaibkan saat beliau dan keluarga ingin meraikan perkahwinan anak gadisnya. Untuk Umno, adakah kamu fikir Allah melupakan segala kezaliman yang kamu lakukan ke atas Mat Sabu?

Orang S'wak mangsa 'pengundi hantu'?

Adakah penduduk Sarawak dijadikan mangsa "pengundi hantu" dan pengundi pos di Semenanjung Malaysia ekoran satu penemuan kes minggu ini?

NONEPersoalan itu ditimbulkan setiausaha DAP negeri Alan Ling Sie Kong (kanan) selepas Andrew Laja, 54, dari Ulu Tinjar, Baram, mendapati beliau didaftarkan sebagai pengundi di Perak.

Selepas mendaftar sebagai pengundi pada 1996, Andrew terlepas tiga pilihan raya Parlimen dan empat pilihan raya negeri kerana namanya tidak terdapat dalam daftar pemilih di Baram.

Pada Selasa lalu, beliau baru sedar bahawa beliau didaftarkan sebagai pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang dan Parlimen Tanjung Malim.

Namanya juga tersenarai sebagai pengundi polis.

Mengetengahkan kes Andrew itu, Ling meluahkan kebimbangannya atas kemungkinan lelaki itu menjadi "mangsa pengundi hantu" dan boleh jadi lebih ramai penduduk Sarawak mengalami nasib sama.

Kenaikan: PR didesak rakyat turun ke jalanan

PETALING JAYA - Pakatan pembangkang mendakwa didesak oleh orang ramai untuk turun ke jalanan membantah kenaikan kos hidup yang berpunca daripada pengurangan subsidi yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, rakyat yang merasa bebanan itu mendesak pembangkang untuk memberi tekanan kepada kerajaan supaya dapat menimbang semula keputusan mengurangkan subsidi keperluan tertentu seperti minyak petrol.

“Kami akan bincangkan isu ini secara lanjut dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR Jumaat ini. Agenda mesyuarat ini hanya satu iaitu berbincang mengenai kenaikan harga yang diumumkan kerajaan.

“Sama ada kita akan adakan perhimpunan besar-besaran atau tidak, akan diputuskan Jumaat ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, mesej yang diutarakan rakyat itu sangat jelas bahawa mereka sangat marah dengan kenaikan yang bertindan dalam tempoh enam bulan ini.

Isu tol: Kerajaan 47% patut lebih prihatin kata MP BN

SHAH ALAM - Kerajaan seharusnya lebih prihatin dengan bebanan yang dihadapi rakyat kerana banyak kenaikan berlaku dalam tempoh terdekat.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin berkata, jika kerajaan terus bertegas menaikkan kadar tol, sudah pasti ia lebih menekan rakyat.

“Saya berharap kerajaan mengkaji semula kenaikan itu, kerana kita (BN) perlu berpegang kepada janji yang telah dibuat sebelum ini.

“Saya percaya ada ruang untuk kerajaan berbuat (mengkaji) demikian, jika diteruskan juga rakyat akan melabel kerajaan s tidak prihatin,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mas Ermieyati yang juga Ketua Puteri Umno berkata, sebagai wakil rakyat, beliau mendapat banyak keluhan daripada rakyat bawahan apabila berlaku kenaikan barangan dan perkhidmatan dalam masa singkat.

“Dalam tempoh dua ke tiga hari ini ramai mengadu mengenai bebanan dihadapi dan terbaru mengenai kenaikan tol, sehubungan itu saya harap kerajaan menimbang semula,” katanya.

Menurutnya, sebagai kerajaan yang prihatin seharusnya memberi fokus dalam usaha meningkatkan pendapatan rakyat bagi membolehkan golongan bawahan dan pertengahan menampung kos sara hidup masa kini.

Tuduhan ke atas saya hanya bersifat sementara - Bang Mat

Walaupun dituduh pengamal mazhab Syiah, Mat Sabu tidak berdendam dengan Zahid

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu malam tadi menyifatkan tuduhan Menteri Dalam Negeri  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau menganuti fahaman mazhab Syiah, adalah merupakan satu tindakan jangka pendek yang pernah dilakukan oleh pemerintah terdahulu sewaktu penentangan terhadap fahaman komunis.

Sewaktu ditemubual semalam, Mohamad Sabu atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu kelihatan tidak gusar dengan dakwaan sedemikian malah dengan yakin menerangkan bahawa hal berkenaan akan lenyap tidak lama lagi.

“Dahulu di zaman 60an, 70an,dan 80an, hasutan bahawa komunis itu jijik dan kotor dimainkan dengan begitu hebat sekali. Perang Amerika dengan Vietnam sebagai contohnya kita lihat bagaimana fahaman komunis itu dikatakan fahaman paling kejam di dunia,”
“Akan tetapi selepas Amerika tewas di Vietnam dan apabila Amerika mula berdagang bersama China, momok komunis itu hilang dan sehingga hari ini kita lihat bagaimana China telah menjadi satu sosok ekonomi yang kuat di dunia,”
“Jelas permainan seperti ini tidak akan kekal lama,” kata beliau.
Veteran PAS itu juga menyifatkan tindakan Ahmad Zahid yang cuba memperhangatkan isu fahaman Syiah adalah sebagai ‘manusia yang terperangkap dengan permainan ideologi’ sambil menambah bahawa ramai diantara kita yang telah jatuh kedalam permainan kuasa besar.
“Iran ditakuti oleh Amerika dan Israel kerana berjaya menghidupkan program kuasa nuklear dan hampir semua negara di timur tengah di takut takutkan malah diugut oleh Amerika untuk tidak meneruskan hubungan dagangan,”

Demokrasi: Prinsip atau sekadar alat?

Hasbullah Faudzi

Demokrasi, apakah dilihat sebagai suatu prinsip yang dibiaskan melalui sikap atau semata-mata menanggapinya sebagai alat demi sebuah cita-cita politik dan kekuasaan?
Demokrasi yang dilihat sebagai prinsip, akan terrefleks melalui sikap manusia dalam menyantuni manusia lain. Bahkan, segala elemen yang mengundang pada kecelaruan prinsip demokrasi, akan jelas-jelas ditolak. Mereka tidak akan kecewa apabila sahabatnya berbeza pandangan dengannya serta berbeza pilihan calon dalam pemilihan politik kepartiannya. Mereka akan tetap menghormati keputusan yang diambil oleh sahabatnya, kerana soal kefahaman tentang perjuangan itu berbeza-beza menurut intepretasi dan pengalaman individu terbabit.
Sedangkan, apabila demokrasi dilihat sebagai alat untuk sebuah pemerintahan, maka, demokrasi dilihat sebagai sebahagian daripada alat untuk mencapai tujuan. Bahkan, sekiranya perlu melakukan persekongkolan dengan penguasa, sebagaimana cubaan yang dilakukan oleh Machiavelli dalam penulisannya "The Prince" untuk mengiktiraf keluarga de Medici untuk kepentingan politiknya, maka mereka akan lakukan.
Seperti harus kita tanyakan kembali, demokrasi apakah ini, andai penyempadanan kawasan tetap akan memihak kepada golongan yang kalah? Pabila demokrasi itu dilihat hanya pada nama pilihan raya dan pemilihan secara terbuka, begitulah jadinya. Demokrasi hanya dilihat sebagai alat, seperti alat untuk melegakan hati semua pihak, dengan mengadakan rundingan meja bulat, walhal telah dipersetujui oleh sekalian menteri untuk menaikkan harga gula, petrol, listrik dan kenakan cukai barangan.

MCA beri amaran Umno jangan bangkit kemarahan bukan Melayu


MCA memberi amaran Umno hari ini agar lebih berhati-hati dalam ucapan dan tindakan supaya tidak membangkitkan kemarahan bukan Melayu dan mengatakan pengundi Cina tidak akan kembali kepada Barisan Nasional (BN) jika pemimpin hanya memperjuangkan bangsa tertentu sahaja.

"Keadaan ini akan memberi kesan atau memusnahkan masa depan BN," kata bekas ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong (gambar) dalam ucapannya di perhimpunan agung tahunan Pemuda MCA menjelang pilihanraya sayap itu hari ini.


Selepas pilihan raya umum Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menyalahkan ’tsunami Cina’ terhadap prestasi buruk BN dengan mengatakan bahawa beliau tidak menjangka dipinggirkan oleh masyarakat Cina.


2014 bakal jadi tahun demo

Dengan kenaikan pelbagai harga barang dan perkhidmatan, tahun 2014 yang bakal tiba dua minggu lagi mungkin akan menjadi tahun demonstrasi.

NONETimbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (kanan) malam tadi mengumumkan, sebuah perhimpunan besar-besaran akan diadakan pada 1 Mei ini, yang juga Hari Buruh, bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup rakyat.

Menjeling itu juga, katanya, "perhimpunan kecil-kecilan" akan tetap diadakan bagi membina momentum menjelang perhimpunan yang belum ditetapkan lokasi dan tarikh tetapnya itu.

Menurutnya, himpunan "kecil" yang boleh mencapai jumlah 20,000 orang itu akan bermula di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, di ibu negara esok.

NONE"Kemuncaknya, 1 Mei, saya sendiri akan bergerak ke seluruh Malaysia bersama NGO untuk ajak orang (turun) pada 1 Mei ini yang kebetulan Hari Pekerja.

"Yang menderita sekarang adalah pekerja awam khasnya dengan tambang sekolah, semuanya sekali.

"Maka eloklah rakyat kita keluar (berhimpun) kerana negara kita miskin, bukan kerana tak ada hasil tetapi kerana rasuah dan penyelewengan.

"Ini yang perlu ditekankan kepada rakyat," katanya sewaktu wawancara kelolaan Radio Bangsar Utama bersama beberapa wartawan atas talian, termasuk Malaysiakini.

Rosmah Mansor...Cer Jawab Ni Dulu Beb..!!!

"Saya tidak mengharapkan orang akan berterima kasih atau bersyukur dengan usaha kecil saya itu tetapi tolong jangan asyik mencari salah orang lain, atau menjaga tepi kain orang lain. Dan jangan mengada-adakan cerita, berdosa besar. Saya tak mengata orang, tak memburukkan pembangkang,"- Mama Rosmah.

PERGHH.

Ingat aku akan terbeli dan cayor la lepas baca penjelasan kat bawah neh? Jangan harap la mama Rosmah oi. Makin bertambah2 pelik lagi ada. Nak tahu kenapa?

1. Apa bukti program PERMATA jadi beberapa negara luar sedangkan kejayaan program itu sendiri diragui dalam negara?


2. Kalau ye pergi sana buat kerja apa jadahnya pula isteri2 menteri ikut sekali? Mereka buat apa? Takan jadi makcik2 pacak kot? Shahrizat pun ada sekali. Kenapa? Apa peranan2 mereka semua? Kenapa itu tak didedahkan juga? Ce citer.

3. Siap membesar2kan lagi citer yang mama Rosmah pernah bantu rakyat Malaysia. Perlu ke citer tue? Rasanya tak perlu. Apatah lagi ada beberapa pihak menafikan bahawa mama Rosmah berperanan dalam menyelamatkan rakyat Malaysia sebaliknya ia adalah hasil usaha dari pihak2 lain. Apa pun aku rasa ia mungkin hasil kolektif. Sana sikit, sini sikit, sama2 membantu, sama2 berperanan. Tak kisah la tue. Tapi perlu ke memperbesar2kan citer tue dan perlu ke bagitau satu dunia yang mama Rosmah rapat dengan isteri Hosni Mubarak? Ini bukan perkara yang membanggakan pun.. aduhai.

4. Sekali lagi rakyat minta bukti. Apa keuntungan dan kebaikan kepada rakyat dengan lawatan2 kerja yang dibuat oleh Rosmah Mansur ke beberapa buah negara?

5. Tidur hotel, makan dan sebagainya guna duit sapa?

Mohon mama Rosmah jawab yang ini dulu la. Ini aje pun yang penting2 rakyat nak tahu. Lain2 yang bersifat peribadi HARAM rakyat nak amek peduli. Terima kasih ye mama ku sayang. Mohon jangan spin lagi ye.

Bersediakah rakyat ikat perut?

Nampaknya saya dan keluarga kenalah ikat perut. Hal ini kerana harga barangan keperluan harian semakin hari semakin membimbangkan melambung naik. Bayangkan harga ikan kembung, selar dan berjenis ikan lain yang manusia boleh makan sudah naik harganya hingga mencecah RM20 sekilogram dan udang yang kecil saja saiznya dahulunya RM10 sekilogram kini sudah RM28 sekilogram.

Adakah kita akan menghadapi inflasi atau mata wang kita sudah susut nilainya ataupun keadaan terpaksa kerana fenomena di seluruh dunia menghadapi ancaman dan turut terlibat menghadapi situasi sebegini? Ataupun adakah negara kita saja berhadapan dengan masalah kerana tidak bijak menanganinya.

Apa akan jadi nilai RM100 pada tahun 2020 nanti? Adakah dengan nilai sebegitu pada masa itu hanya mampu beli sekilo udang atau sotong? Atau dengan nilai wang kertas RM100 hanya boleh bertahan makan nasi lemak di sebelah pagi dan untuk makan tengah hari sahaja tetapi untuk makan malam sudah tidak mampu lagi?

BN tidak sensitif penderitaan rakyat

KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar pengguna jalan raya disarankan menggunakan jalan biasa bagi menggelak membayar tol membuktikan kerajaan BN langsung tidak sensitif dengan penderitaan rakyat.

Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof apa yang diperjuangkan oleh kerajaan BN hanya untuk kepentingan dan keuntungan poket sendiri dan kroni mereka.

Katanya, kenyataan itu jelas tidak bertanggungjawab dan sebagai kerajaan seharusnya mereka memikirkan dan menyelami kemampuan rakyat dengan kos sara hidup yang tinggi dengan harga barangan bertambah mahal.

Beliau menegaskan kerajaan seharusnya memikirkan pendapatan rakyat masih ramai yang berada di bawah garis kemiskinan ditambah dengan isu pengangguran yang belum dapat diselesaikan oleh kerajaan BN.

"Kerajaan seharusnya melihat beban yang ditanggung oleh rakyat begitu besar terutama mereka yang berpendapatan rendah," katanya.

Kalau AES boleh ambil, kenapa tidak konsesi tol?

KUALA LUMPUR: Jika kerajaan boleh mengambilalih pengendalian Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), mengapa kerajaan tidak boleh mengambilalih syarikat-syarikat konsesi tol, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar.

"Jika kerajaan Barisan Nasional (BN) benar-benar serius mahu membantu rakyat daripada tekanan kenaikan tol, mengapa tidak ambilalih pengendalian tol dari syarikat-syarikat yang diberikan konsesi seperti yang dilakukan ke atas pengendalian AES?

"Jika kerajaan ambil alih, tidak timbul lagi soal perjanjian atau apa sahaja yang menjadi alasan kerajaan untuk membenarkan kenaikan tol," kata beliau.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Bagi Mahfuz, hujjah kerajaan itu tidak boleh diterima memandangkan badan-badan kerajaan seperti  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah pemegang saham utama hampir kesemua syarikat konsesi tol.

'Saya tak kelahi peribadi dengan Zahid Hamidi' - Bang Mat

Walaupun dituduh bertubi-tubi sebagai penganut mazhab Syiah, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak menganggap serangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
itu sebagai bersifat peribadi terhadap dirinya.

Menurutnya, beliau tetap mesra dengan pemimpin-pemimpin Umno walaupun berbeza fahaman politik.

"Saya tak ada bergaduh personal, saya kalau jumpa mereka rapat semua termasuk yang paling kuat saya serang dahulu, Tan Sri Muhamad Mohd Taib (bekas menteri besar Selangor). Sekarang dia kawan baik.

"Macam Zahid Hamidi juga, tiada apa-apa personal dengan dia, kita berlawan atas dasar perkara-perkara tertentu dan bukan berkelahi atas perkara peribadi dan sebagainya," katanya dalam wawancara khas bersama beberapa media atas talian, termasuk Malaysiakini malam tadi.

Bercakap dalam wawancara kelolaan Radio Bangsar Utama di ibu negara, Mohamad juga menegaskan, persoalan tentang kedudukan Syiah sebagai mazhab dalam Islam sepatutnya dibincangkan golongan ilmuwan.

Perang Bermula: Hukum Syiah boleh tetapi jangan Wahhabi kata Shahidan pada Zamihan KDN

Datuk Seri Shahidan Kassim menyelar Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari kerana turut melibatkan aliran Wahhabi dalam serangan kerajaan terhadap penganut fahaman Syiah.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Zamihan cuba mengelirukan umat Islam di Malaysia dengan kefahaman salah mengenai aliran Wahhabi dan ramai orang-orang Umno marah dengan tindakan tersebut.
"Pegawai di KDN nak hukum pasal Syiah itu tidak mengapa kita boleh sokong. Namun mencampuradukkan Wahhabi dan sebagainya merupakan satu perbuatan yang tidak boleh terima," katanya dalam satu temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider.
"Kita tidak ada masalah dengan tindakan Zamihan dalam menentang pengaruh Syiah.”
Zamihan sebelum ini semasa masih bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pernah menjadi kontroversi apabila mengaitkan empat tokoh politik dan agama iaitu bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya, Shahidan dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan fahaman Wahhabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI).
Menurut Shahidan yang merupakan bekas Menteri Besar Perlis itu, pengasas fahaman Wahhabi Syeikh Muhammad Abdul Wahab lebih mirip melaksanakan amalan Nabi Muhamad dan sebahagian besar daripada ajarannya diasaskan oleh Muhammad Ibni Hanbal yang merupakan imam kepada mazhab Hanbali.
"Muhammad Abdul Wahab menaikkan semangat jihad dan menentang orang-orang putih yang telah pun menguasai Bani Uthmaniyyah (memerintah Mekah/Madidinah di bawah negara Hijaz) bila penguasaan British semakin bertambah kuat," katanya.