Rabu, 18 Disember 2013

Kumpulan Islam selar menteri isu tol

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang menyarankan pengguna menggunakan jalan biasa jika tidak selesa dengan kenaikan kadar tol diselar kumpulan Islam.

NONEMereka melihat kenyataan itu sebagai celupar, angkuh, biadap serta tidak mempedulikan kesengsaraan rakyat.

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) antaranya amat kesal dengan kenyataan tersebut dan menyifatkan sebagai penghinaan terhadap rakyat terbanyak.

"Beliau (Wahid) sewajarnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas keceluparan yang begitu biadab," kata presidennya Amidi Abd Manan (kiri) dalam kenyataan semalam.

Abim turut memberikan komitmen turut berkempen menentang kenaikan tol dan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan yang menurutnya makin menjerut leher rakyat biasa.

Wahid pada Isnin dilaporkan berkata, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan alternatif jika menganggap kenaikan tol terlalu tinggi.
Sementara itu, Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) pula menyatakan rasa terkejut mereka dengan kenyataan "kurang bijak" Wahid itu.

"Kita menganggap kenyataan yang dikeluarkan beliau bersifat angkuh tanpa mengambil peduli kesengsaraan yang dilalui oleh rakyat melalui siri-siri penderaan satu demi satu di negara ini.

"Ini bukan soal nak bayar tol atau tidak, juga bukan soal perjanjian konsesi yang terkandung, tetapi ini soal kesungguhan kerajaan untuk mengurangkan beban dan kesengsaraan rakyat," kata Pengerusi majlis politiknya Ahmad Afif Zulkipli.

Adun & MP KEADILAN Pahang siap sedia gelombang kedua banjir

kuantan banjirKUALA LUMPUR 18 DIS: Ahli parlimen dan Adun KEADILAN Pahang telah bersiap sedia bagi menghadapi gelombang kedua banjir yang dijangka berlaku minggu ini.
“Untuk gerak kerja awal persediaan menghadapi gelombang kedua, jawatankuasa tindakan telah dibentuk,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu, Lee Cheah Chung.
Katanya, terdapat beberapa perkara yang harus diberikan tumpuan bagi menghadapi gelombang banjir kedua.
Lee berkata, empat kawasan yang berisiko banjir ialah Cenderawasih, Bukit Setongkol, Kampung Tiram dan Taman Impianku, semuanya dalam kawasan Semambu dan ia berhampiran kawasan sungai.
fuziahMengikut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia(JMM) , gelombang kedua akan berlaku pada 22 Disember depan.
Sementara itu, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh menjelaskan kerosakan yang berlaku akibat banjir kerana kebanyakan rumah ditenggelami air sehingga ke paras bumbung merosakkan keseluruhan harta benda.
“Banjir teruk menjejaskan kira-kira 20 taman perumahan, termasuk rumah-rumah kampung dan setinggan sepanjang jalan berhampiran fly over Batu 6 Kuantan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Rahman menyatakan air di kawasannya sekarang sudah surut, namun banyak yang terjejas akibat banjir.

MB arah PKNS guna pemilikan saham bagi halang kenaikan tol

PC EXCO Jan 2013 MB 01SHAH ALAM 18 DIS : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang memiliki saham dalam salah satu syarikat konsesi lebuh raya di negeri ini diarah membuat beberapa cadangan bagi menghalang kenaikan kadar tol.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri sudah meminta ahli lembaga pengarah PKNS untuk mengadakan perbicangan dengan syarikat konsesi terbabit demi kepentingan rakyat.
Katanya, kerajaan negeri berkeupayaan melaksanakan perkara itu kerana memiliki pegangan saham kira-kira 30 peratus dalam syarikat konsesi berkenaan.
“Kita arahkan ahli lembaga pengarah mewakili PKNS untuk membuat beberapa cadangan supaya syarikat ini meminta kenaikan tol tidak dilaksanakan demi menjaga kepentingan rakyat.
“Kita berharap perkara ini dapat dibincangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah dan mereka boleh buat apa-apa keputusan,” katanya dalam sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata pulangan yang diperolehi PKNS melalui pelaburan dalam syarikat konsesi lebuh raya itu juga memberangsangkan setakat ini.
Beliau berpendirian kenaikan kadar tol tidak perlu  meskipun perjanjian antara syarikat konsesi berkenaan dengan pihak berkuasa lebuh raya membenarkan perkara itu.

Harga barang naik: Kerajaan BN lupa janji manifesto PRU-13

Pengumuman pelbagai kenaikan harga oleh kerajaan membuktikan mereka lupa pada janji manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) lalu untuk menangani kos sara hidup rakyat.
Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Teo Kok Seong berkata, manifesto BN menawarkan pelbagai janji manis yang populis semata-mata untuk mendapatkan sokongan pengundi.
“Perkara pertama disebut dalam manifesto itu adalah ‘Menangani Kos Sara Hidup’.
“Tetapi tak sampai tujuh bulan, harga minyak, gula, elektrik dan sebagainya dinaikkan. Paling teruk, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksana April 2015,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, pengumuman kenaikan tol di beberapa lebuhraya pada tahun depan juga bertentangan dengan manifesto itu.
“Ia memang bertentangan dengan janji yang dimaktub dalam manifesto BN. Kemungkinan besar beliau sendiri sudah lupa segala janji BN dalam manifesto itu,” katanya kesal.
Dalam manifesto yang bertemakan ‘Menepati Janji, Membawa Harapan itu’, BN berjanji mengurangkan kadar tol antara bandar secara berperingkat dalam tempoh lima tahun.
Menurut Bernama, Perdana Menteri semalam berkata, kerajaan tidak menggunakan pendekatan populis dalam mentadbir negara.

Cukai: DBKL dan Teh di Boston


pilihan tempatan

Edry Faizal

BERSEMPENA dengan perhimpunan Bersih kali kedua pada 9 Julai 2011, A Samad Said atau Pak Samad telah menggubah sebuah puisi. Puisi yang terus mengambil tempatnya dalam sejarah perjuangan demokrasi rakyat itu bertajuk “Unggun Bersih”. Antara bait-baitnya menyebut:
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Rangkap ringkas yang membawa pembaca atau pendengar kepada satu peristiwa penting dalam sejarah. Sekali imbas mungkin kelihatan hanya rujukan kepada Samuel Adams, seorang tokoh kemerdekaan Amerika Syarikat. Satu lagi merupakan sebuah peristiwa besar menjelang Revolusi Amerika Syarikat iaitu Pemusnahan Teh di Boston pada 16 Disember, 1773, yang turut dikaitkan dengan Samuel Adams.
Suratan atau kebetulan, pada 16 Disember 2013, berlaku satu protes di Dataran DBKL bagi membantah cubaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaikkan cukai pintu. Kenaikan yang dijangka mencecah 267 peratus.
Bantahan kali ini tidak terhad sekadar meluahkan kemarahan kerana perlu membayar cukai pintu lebih tinggi. Tetapi turut kedengaran hasrat lebih besar dari kalangan demonstran, menuntut dikembalikan semula pilihan raya kerajaan tempatan.

Tahun lepas komunis, tahun ni Syiah, tahun depan apa pula? – Mat Sabu

SHAH ALAM, 18 DISEMBER: Rakyat sukar mempercayai propaganda dan kempen serangan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu oleh pihak tertentu yang menuduhnya berfahaman Syiah pula, setelah tahun lalu beliau dituduh komunis.
Beliau menyifatkan serangan isu Syiah ke atasnya bersifat sementara, seperti juga trend barat memusuhi komunisme penghujung abad lalu.
Katanya lagi, serangan ini semua adalah sekadar permainan politik.
“Kalaulah pejuang menentang komunis dulu melihat betapa baiknya kita dengan komunis sekarang, bahkan lawatan ke China ni, wah dulu orang Cina yang pergi, sekarang Melayu berebut,” ujarnya yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu.
“Sekarang ni kalau mengaku komunis sehari lapan belas kali pun kerajaan tak tangkap,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Roketkini.
Beliau yang semalam dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang baru, turut menambah bahawa apa yang berlaku terhadapnya adalah sekadar sebahagian daripada politik adu domba mengikut isu semasa.
Semalam, lidah rasmi PAS Harakahdaily melaporkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyebut bahawa isu Syiah hanyalah dendam politik bagi memburukkan parti komponen Pakatan Rakyat demi meraih sokongan orang Melayu.
Bekas Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, bahawa UMNO sudah tidak mempunyai modal baru pada saat rakyat sedang tertekan dengan kenaikan kos sara hidup malah turut semakin dijauhi MCA.
Bukan Syiah

TERBUKTI SUDAH KERAJAAN 47% UMNO/BN PIMPINAN NAJIB RAZAK KAKI PENIPU DAN MUNGKIR JANJI!!

PUTRAJAYA, 20 Sept 2011– Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak tahu bagaimana hendak menipu rakyat apatah lagi menyeleweng fakta sejarah sepertimana yang dilakukan pembangkang.

Perdana Menteri berkata perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah berada pada landasan yang benar dan jelas serta sentiasa menunaikan janji dan tanggungjawab untuk kesejahteraan rakyat serta negara.

Beliau berkata apa yang dilaungkan oleh pembangkang, antaranya janji semasa pilihan raya umum 2008 yang tidak ditunaikan sehingga sekarang, hanya untuk kepentingan dan agenda politik mereka semata-mata.

“Perjuangan kita (BN) ialah untuk menentukan negara kita semakin maju dan rakyat semakin makmur. Dari dulu lagi kita memperjuangkan perkara ini... bukan perkara baru,” kata beliau dipetik Bernama Online.

“Kita ada agenda yang amat jelas... pihak lain (pembangkang) tidak ada sesuatu yang boleh kita pegang, kepada cakap-cakap dan janjinya,” katanya pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri  Persatuan Bekas Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana hari ini.

Najib berkata kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat telah lama diperjuangkan kerajaan BN, namun ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan fakta.

19 Januari 2013 - “Saya pantang orang mungkir janji, saya rasa rakyat Selangor pun begitulah sebab kita rasa kena tipu, saya tak suka orang tipu saya, orang lain saya tak tahulah....


“Tapi saya percaya, kita ni kalau dengan manusia kena pegang pada janji, jadi BN kalau diberi mandat di Selangor, kita akan lakukan usaha lebih baik serta bersungguh-sungguh untuk mewujudkan pentadbiran yang benar-benar memenuhi inspirasi kehendak dan jangkaan rakyat Selangor,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga pengerusi BN Selangor berkata demikian kepada pendengar radio SelangorBN.FM ketika diwawancara DJ radio itu M Kavimani atau DJ Kavi sejurus melancarkan siaran radio berkenaan di Ibu Pejabat Umno Selangor, di sini jam 12.30 tengah hari semalam.


Itu adalah petikan kata-kata Najib Razak sebelum PRU 13 yang lalu ..Hakikatnya selepas PRU 13 jelas sekali Kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan beliau amat kuat menipu dan mungkir janji.

Akhirnya tuduh pihak lawan sedangkan pertuduhan itu adalah hak mutlak UMNO/BN sendiri.


Contoh terbaik AKU JANJI UMNO/BN tol akan diturunkan secara berpringkat-peringkat dalam tempoh 5 tahun .. akhirnya jadi apa??? Bukannya turun tetapi naik secara mendadak!!!!

Sesungguhnya dijajah oleh bangsa sendiri lebih perit dari dijajah oleh kuasa asing

Ramai masih tidak berpuas hati dengan jawapan dan pencerahan Abdul Wahid Omar, orang baru dalam kabinet Malaysia berhubung dengan isu tol sekarang ini. Saya amat terkejut dengan jawapannya dan telah saya sentuh dalam posting yang lepas. Saya ingin menambah sedikit lagi tentang jawapan seorang tokoh perbankan yang terkenal yang sekarang di masukkan ke dalam Jemaah Menteri Malaysia.
Tentulah seorang tokoh perbankan itu di masukkan ke dalam Jemaah Menteri itu bersebab, iaitu untuk menambah nilai dan kekuatan kepada Jemaah Menteri kita itu untuk kepentingan rakyat. Walaupun ramai telah mengalu-ngalukan beliau menyertai kabinet dengan harapan menggunung, tetapi saya tidak berasa begitu sejak dari awal kemasukan beliau, kerana UMNO itu adalah pelemah kepada pemikiran manusia. Sekarang Wahid sudah menjadi mangsa UMNO yang terakhir sekali.
Bukan Wahid orang yang pertama yang bergelar ahli korporat yang menyertai kabinet Malaysia tetapi sebelum ini ramai telah dibawa masuk tetapi mereka tidak boleh mengubah UMNO itu, tetapi mereka diubah dan dipengaruhi oleh ‘attribute’ jembel kabinet negara itu.
Isu tol ini perlu mendapat tentangan dari rakyat kerana ia amat tidak adil dan kandungan perjanjian yang tidak diketahui umum itu memeritkan rakyat tidak terkira. Pada 1hb Januari yang akan datang ini (2014), 15 pemegang konsessi akan menaikan tol dari .50 sen sehingga RM2 dan ini merupakan tindakan yang sangat tidak berperi kemanusiaan terhadap rakyat yang sudah tersedia menderita sekarang ini.

Ustaz Azhar Idrus wajar dijadikan contoh

Rafizi sambut tawaran semak akaun Gani Patail

Ada 'tangan ghaib' sebalik pembelian tinggi rezab gas Petronas

Konsesi lebuh raya untung berlipat ganda, kenapa perlu naikkan tol

Muflis kalangan orang muda

Fuziah Salleh: Alam Sekitar Adalah Sesuatu Yang Harus Diwariskan Kepada Anak Cucu Kita

Elizabeth Wong: Kita Harus Memberi Sokongan Padu Kepada Semua Pergerakan Yang Pro Alam Sekitar

Tian Chua: On This Earth We Are Only The Caretakers, We Have No Right To Abuse It

Hak 6 - Berlaku Adil Antara Anak Anak - Abu Anas Madani

Hak 5 - Didik Dgn Didikan Yang Baik - Abu Anas Madani

Hak 4 - Beri Nafkah Kepada Anak Anak - Abu Anas Madani

Hak 3 - Aqiqah - Abu Anas Madani

Hak 2 - Berikan Nama Yang Baik - Abu Anas Madani

Hak 1 - Pilih Isteri Yang Solehah - Abu Anas Madani

Doa Ketika Bersama Isteri - Abu Anas Madani

Tanggung Jawab Seorang Muslim Kepada Keluarganya - Abu Anas Madani (Dr Abdul Basit)

Masalah aliran wang haram: Korupsi atau manipulasi?

Zaim Zahed

Baru-baru ini Global Financial Integrity (GIF), satu badan yang mempunyai misi membantu membanteras masalah aliran wang langkau sempadan secara haram, telah melancarkan edisi terbaru laporan berkenaan isu pengaliran wang haram dunia. Menurut laporan ini, negara kita berada di tempat keempat di kalangan negara membangun (selepas Rusia, China, dan India) berdasarkan kepada jumlah aliran keluar wang secara haram. Dianggarkan sebanyak AS$54.18 bilion (RM174 bilion) telah mengalir keluar dari sempadan negara ini secara haram pada tahun 2011.
Sememangnya, RM174 bilion bukanlah suatu jumlah yang kecil dan sekiranya ia benar-benar berlaku, ini adalah satu kerugian yang besar kepada negara kerana wang tersebut jika kekal berada dalam sempadan negara mungkin boleh digunakan untuk tujuan yang lebih produktif. Liputan oleh media tempatan pula menunjukan seolah-olah aliran keluar wang tersebut itu adalah wang haram daripada hasil korupsi.
Adakah ini benar?
Sebelum kita menjawab persoalan tersebut, terdapat beberapa isu yang perlu diberi perhatian dalam kita menilai sejauh-mana ketepatan penemuan laporan setebal 68 muka surat ini. Pertama, dapatan yang diperolehi oleh kajian ini hanyalah satu anggaran dan ia diperolehi melalui metodologi yang berasaskan kepada beberapa andaian yang tidak berapa tepat. Apa yang menjadi tumpuan hanyalah angka RM174 bilion tersebut. Kedua, persoalan bagaimana angka tersebut dicapai dan sejauhmana ia menggambarkan situasi sebenar lansung tidak disentuh.
Berbalik kepada persoalan diatas, adakah RM174 bilion ini wang haram? Jawapannya ringkas, daripada laporan ini sendiri, adalah tidak. Diangarkan 80% daripada aliran wang haram ini berpunca daripada ‘trade misinvoicing’, manakala bakinya adalan aliran wang keluar dari pekerja asing di negara ini. Jelas, RM178 bilion ini bukannya wang korupsi. ‘Trade misinvoicing’ ini berlaku kerana banyak syarikat, terutamanya syarikat multi-national, tidak jujur dalam pengisytiharan nilai eksport mereka. Dalam erti kata lain, syarikat yang mengeksport mungkin tidak merekodkan eksport mereka, atau mengisytiharkan nilai yang berlainan.

K'jaan BN diingatkan pada manifesto PRU13 kurangkan tol

Anggota Parlimen Kepala Batas daripada BN R Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini mengingatkan kerajaan BN kepada akujanji mereka sendiri dalam pilihan raya berhubung kos sara hidup sebelum menaikkan kadar tol lebuh raya.

NONEKatanya, dalam akujanji itu, BN secara spesifik berjanji mengurangkan kadar tol antara bandar secara berperingkat-peringkat dalam agenda pembangunan infrastruktur bertaraf dunia dan pembangunan luar bandar.

"Cadangan kenaikan kadar tol yang dikemukakan oleh pihak kerajaan wajar dikaji semula secara menyeluruh.

"Kenaikan dalam apa sahaja kuantum, akan menyukarkan rakyat khususnya dalam bandar, dan kalangan mereka yang sentiasa perlu menggunakan laluan bertol, baik dalam bandar mahupun antara bandar."

SAMM nafi terlibat himpunan guling kerajaan

SAMM 
SHAH ALAM - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang menganjurkan Protes Rakyat Ambang 2014 di Dataran Merdeka, hujung bulan ini menafikan penglibatan mereka dalam satu penganjuran himpunan di lokasi sama yang bertujuan mengguling kerajaan.
Pengarah Propagandanya, Edy Noor Reduan berkata, tidak dinafikan ada pihak atau individu tertentu yang bertindak agresif cuba untuk menganjur perhimpunan di lokasi sama dengan harapan menggulingkan kerajaan.

“Namun sekiranya kerajaan yang lemah ini terguling dengan sendirinya hasil dari 'polisi' yang diperkenalkan, maka tidak boleh disalahkan sesiapa melainkan kerajaan itu sendiri," katanya.

Beliau berkata, Protes Rakyat Ambang 2014 itu bagi menyatakan bantahan terhadap peningkatan kos sara hidup secara melampau.

Menurutnya, ambang tahun 2014 yang disambut di Dataran Merdeka setiap tahun dipilih sebagai waktu dan lokasi yang paling sesuai untuk sebuah protes rakyat besar-besaran.

NOT EVEN BR1M CAN SAVE 'CHESS GRANDMASTER' NOW! Najib's rating PLUNGES to 52%

KUALA LUMPUR - Prime Minister  Najib Razak's approval rating has plunged a shocking 10 percentage points or by nearly 20% to its lowest level ever at 52% compared with 62% three months ago in September.
NOT EVEN BR1M CAN SAVE 'CHESS GRANDMASTER' NOW! Najib's rating PLUNGES to 52%"It is regrettable that BN supporters are waking up too late to see the true colors of the PM. This is a grave warning to him that he better not try to bully the people now that Umno-BN are in control of Parliament. If Najib continues to bully the 'rakyat' (citizenry), not even BR1M 3, 4,5 can save him and his coalition," Opposition MP for Lembah Pantai Nurul Izzah told Malaysia Chronicle.
She was referring to the two rounds of RM500 cash vouchers that the Najib administration handed out as costs of living 'aid' to the people in the the run up to the May 5 general election but which the Opposition says is the same as vote buying.
'Secret weapon' no more
Indeed, BR1M has been regarded as Najib's 'secret weapon' but with the national coffers at low tide and government debt at record high, there is little room left for Najib to maneuver.
He rushed to jack up fuel prices in September, abolished the sugar subsidy and is slated to raise electricity tariffs as well as slap on an exorbitant toll rate hike on road uses come 2014.
However, it looks like the Malaysian people have sniffed out the rat in Najib's political strategy, albeit a bit too late.
Few seem to have confidence in his grandiose economic visions and balk at his outright racial bullying of the non-Malay minorities and using Islamic conservatism to control his own Malay community, which form the bulk of Malaysia's 28 million population.
Shahrizat's " grand chessmaster": What would Dr M say?
Not surprisingly, respondents in the Merdeka Centre survey voted with their feet.

Close to half or 49 percent of the 1,005 registered voters surveyed between Dec 4 and 12 believe that the country is heading south, compared with 41 percent who feel otherwise.
This is the government's worst showing since October 2008, the last month of fifth prime minister Abdullah Ahmad Badawi's tenure, when 45 percent of Malaysians were pessimistic about the nation's direction.
"I would say the ratings drop is consistent with his glaring absence in the public space. No new ideas, no policies and no will to lead. Deep down, he knows he lost the election and that's why he has no confidence to put through reforms or say 'no' to his Umno party," Wong Chen, the Opposition MP for Kelana Jaya told Malaysia Chronicle.

SD Mat Zain: Najib Razak sembunyi salah laku Gani Patail

MAT_ZAIN
KUALA LUMPUR 18 DIS: Datuk Mat Zain Ibrahim (kanan) didalam akuan bersumpahnya mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah secara sengaja dan sedar menyembunyikan maklumat mustahak.
Dalam perakuan bersumpah tersebut, ‘maklumat mustahak’ yang dimaksudkan ialah salah laku jenayah bagi melindungi Gani Patail dalam kes pemalsuan laporan kes mata lebam melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu, beliau telah mengirimkan maklumat lengkap bertulis disertai beberapa dokumen yang telah dipalsukan Gani Patail kepada Najib Razak pada Febuari 2009.
Namun menurutnya keputusan siasatan kes pemalsuan laporan tersebut oleh satu panel bebas telah terganggu.
gani_patailIni kerana Najib Razak menurut Mat Zain mempunyai masa yang cukup untuk mengedarkan maklumat yang sepatutnya dan bertindak menyembunyikan selain tidak menyalurkan maklumat-maklumat berkenaan kepada pihak berkenaan.
Kata Mat Zain dalam akuan setebal 31 muka surat itu, tindakan tersebut menyebabkan Gani dan seorang lagi individu terlibat terlepas dari didapati bersalah atas tuduhan pemalsuan laporan yang dilakukan.
Dokumen yang diserahkan kepada Najib itu antara lain menjelaskan peranan yang dimainkan oleh Gani dan seorang lagi individu yang terlibat dengan pemalsuan tersebut selain cara pemalsuan dokument siasatan tersebut dibuat.

54 peratus tak percaya hujah ekonomi k'jaan BN

Lebih dari separuh responden yang ditinjau oleh pusat kajian Merdeka Center berkata mereka “tidak percaya dengan kenyataan kerajaan mengenai ekonomi”.
Malah, seorang dari setiap lima orang yang diselidik dalam tinjauan itu berkata mereka “amat tidak percaya” dengan kenyataan berkenaan.

Tinjauan berkenaan meminta responden menyenaraikan masalah utama yang dihadapi negara ini dan mendapati isu ekonomi menjadi kebimbangan utama yang digariskan oleh 67 responden.

Kebimbangan lain yang disenaraikan di tahap lebih rendah ialah isu kaum, isu politik, jenayah dan masalah sosial.

Selain itu, kira-kira 55 peratus dari 1,000 rakyat Malaysia yang menjadi responden dari seluruh Malaysia berkata mereka tidak memahami Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dibentangkan oleh perdana menteri dalam Bajet 2014.

Boleh Percaya Ke..!! Kenaikan tarif elektrik libatkan bil RM150 dan ke atas sahaja, kata Ahmad Maslan


Kenaikan tarif elektrik yang berkuat kuasa Januari ini, tidak akan menjejaskan pengguna biasa terutama yang mempunyai bil RM70 dan ke bawah sebulan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar) hari ini.
Beliau berkata kenaikan itu hanya memberi implikasi ke atas pengguna yang bil elektrik bulanannya RM150 dan ke atas sahaja.
"Tidak ada tambahan kalau kita kekalkan penggunaan elektrik seperti biasa.
Mereka yang guna elektrik RM150 akan alami tambahan bayaran antara RM12 dan RM20 sebulan," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Kewangan 2013 di Dewan Negara hari ini.
Ahmad berkata semakan dengan rekod Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapati kira-kira 70% daripada penggunanya tidak terlibat dengan kenaikan itu sebaliknya ia memberi kesan terhadap 30% pengguna yang terdiri daripada pihak industri.
Menurutnya kerajaan juga menanggung bil elektrik bagi lebih sejuta rumah rakyat miskin yang kosnya berjumlah kira-kira RM150 juta setahun.
Beliau turut memberitahu Dewan Negara bahawa Dasar Rasionalisasi Subsidi yang melibatkan pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM24.8 bilion.
Penjimatan itu membolehkan kerajaan menggunakan wang berkenaan untuk melaksanakan pelbagai projek lain yang memanfaatkan rakyat termasuk membina balai raya dan universiti, katanya. - Bernama

Kos sara hidup naik tanda negara berada di landasan salah, lapor kajian


Kenaikan harga minyak juga menjadi petanda kepada keadaan ekonomi negara yang semakin tidak stabil. Gambar fail.Kenaikan harga minyak juga menjadi petanda kepada keadaan ekonomi negara yang semakin tidak stabil. Gambar fail.Rakyat menyifatkan kenaikkan kos sara hidup sebagai isyarat negara berada di landasan salah, menurut kajian terbaru Merdeka Center.
Sebanyak 49% responden yang ditinjau bersetuju Malaysia berada di landasan salah berbanding 41% yang menyokong.
Daripada jumlah tersebut, 30% responden menyifatkan kenaikan harga minyak, inflasi dan kenaikkan kos sara adalah isyarat utama ke arah itu.
Sebanyak 35% masyarakat Melayu bersetuju, diikuti 78% masyarakat Cina dan 43% masyarakat India.
Indeks Harga Pengguna (CPI) pada bulan November 2013 meningkat kepada 2.9% selepas Jabatan Statistik mengeluarkan data terkini hari ini.
Kadar tersebut tertinggi sejak Disember 2011 dan selari dengan ramalan susulan pemotongan subsidi minyak yang diumumkan Putrajaya pada September lalu.
Kajian terkini tersebut dijalankan pada 4 hingga12 Disember baru-baru ini sebaik sahaja berakhir Perhimpunan Agung Umno 2013.
Bagi kajian bulan Disember 2013, sebanyak 1,005 pengundi berdaftar diambil sebagai sampel, 60% terdiri daripada masyarakat  Melayu, 31% Cina dan 9% adalah India.

Protes rakyat malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka

new_year_2014Mutakhir ini, rakyat telah dikejutkan oleh pelbagai kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan sekaligus meningkatkan kos sara hidup secara mendadak. Ia menerbitkan kegelisahan orang ramai terpancar melalui pelbagai laporan media termasuklah di media sosial. Malah, respon kebanyakkan menteri terhadap kenaikkan ini turut memacu kemarahan rakyat.
Justeru itu, hasil perbincangan melalui media sosial, hadir idea untuk bersama menyatakan protes terhadap peningkatan kos sara hidup secara melampau. Sambil menyifatkan tahun 2014 adalah tahun yang begitu mencabar, malam 31 Disember / ambang tahun 2014 yang disambut di Dataran Merdeka setiap tahun dipilih sebagai waktu dan lokasi yang paling sesuai untuk sebuah protes rakyat besar-besaran.
Inisiatif rakyat ini boleh dilihat melalui sebuah laman FB yang mengumpul kehadiran orang ramai ke Dataran Merdeka pada malam tersebut. Usaha ini berhasil apabila lebih seribu pengguna FB mengesahkan kehadiran dalam masa hanya beberapa jam. Laman tersebut adalah seperti di bawah;
Laman jemputan acara 
Hashtag untuk twitter: #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis #RPDM31D
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyahut cabaran mempromosi protes rakyat ini secara maksima, menyeru kepada semua pihak termasuk NGO, aktivis dan orang ramai tanpa mengira warna kulit dan fahaman kepartian. SAMM percaya semua tidak terkecuali, samada penyokong kerajaan atau sebaliknya, merasai bebanan kenaikan harga barang serta perkhidmatan yang melampau dan bertindan-tindan.

Populariti Najib jatuh 10%, paling rendah dalam sejarah, lapor Merdeka Centre

Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) jatuh paling rendah sejak memegang jawatan itu apabila ratingnya jatuh daripada 62% Ogos lalu ke 52% pada bulan Disember ini, lapor kaji selidik yang dibuat oleh Merdeka Centre.
Menurut Merdeka Centre, kajian itu dibuat selepas pemotongan subsidi minyak dibuat oleh kerajaan pada September 2013, pembentangan Bajet 2014 yang memperkenalkan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenyataan peningkatan tarif elektrik mulai Januari 2014.
Menurutnya, isu ekonomi terutamanya kenaikan harga dan inflasi menjadi kebimbangan sehingga 67% daripada respondan yang ditanya.
Kajian itu mendapati, 57% daripada pengundi di Semenanjung Malaysia tidak faham bahagaimana GST berperanan dan memberikan kesan kepada mereka.
54% daripada mereka juga tidak percaya kepada kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin kerajaan berkenaaan keadaaan ekonomi negara.
Jumlah yang melahirkan rasa gembira dengan kerajaan juga jatuh merudum kepada 38% berbanding 50% Ogos 2013 lalu, yang menunjukkan  kejatuhan kepada sikap positif di kalangan semua peringkat di negara ini.
Merdeka Centre juga mendedahkan data yang tidak pernah didedahkan dalam kajian pendapat selama ini iaitu untuk bukan Jun 2013 dan Ogos  2013.
Kajian terkini ini dibuat serentak dengan Perhimpunan Agung Umno ke atas 1,005 orang pengundi berdaftar iaitu 60% di kalangan Melayu, 31% Cina dan 9% India yang dibuat melalui perbualan menerusi telefon.

Mereka dipilih secara rawak yang mewakili masyarakat Malaysia yang berbeza bangsa dan jantina.
Kajian bulan Jun 2013 mengandungi 1006 orag responden manakala  1008 orang responden untuk kajian Ogos 2013.

Ucapan terima kasih kepada PM, BN dan pengundi BN

Jom naikkan kain rentang ucapan terima kasih kepada kerajaan 1Malaysia kerana telah mendahulukan rakyat dalam kenaikan harga barangan dan perkhidmatan:

 
 
 

Di atas adalah contoh-contoh kain rentang yang boleh dibuat sepanjang tahun sehingga PRU14!
 

Anti-TPPA protest

Sen Saiful Izham Bahas RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013

Sen Dato' Dr Johari Mat Bahas RUU Kanun Keseksaan

DN 18/12/13: Sen Pn Khairiah bt Mohamed Bahas RUU Kanun Keseksaan

DN 18/12/13: Sen Dr Syed Husin Ali Bahas RUU Kanun Keseksaan

'GST is like giving more alcohol to a drunkard'

S'gor halang kenaikan tol di tiga lebuh raya

Anwar: Rasuah satu peratus saja sudah cukup tinggi

Petani dan Nelayan Sertai Himpunan Bantah TPPA

Anwar kesal BN 'perguna' tokoh korporat naikkan harga barangan

Anwar: Najib only a 'populist' before GE13



Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!.. Apa Kata Penonton?



Ada Orang Marah Kuliah Agama UAI Ada LAWAK



"Orang Tanya Kenapa Kereta Kite Kena Sikit Je" - Ustaz Azhar Idrus



Syiah: Umno cuba raih simpati pengundi Melayu

SHAH ALAM: Isu Syiah yang ditimbulkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung Umno lalu membuktikan Umno cuba meraih simpati undi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Jelas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad pada sidang media di pejabatnya hari ini, Umno cuba menonjolkan diri mereka sebagai sebuah parti yang lebih Islamik dengan menuduh pihak lain sebagai Syiah.

Katanya lagi, Umno melihat sokongan undi Melayu pada PRU14 akan menentukan kemenangan parti itu nanti sehingga mereka terpaksa melemparkan fitnah tanpa mempunyai asas yang kukuh.

"Mereka cuba tonjolkan diri bahawa parti itu lebih Islamik berbanding PAS sehingga melemparkan tuduhan Syiah kepada pemimpin PAS.

"Sedangkan dalam masa yang sama ketika Umno cuba menonjol sebagai parti Islamik, mereka tidak sedar budaya rasuah, penyelewengan, ketirisan terus berlaku dalam parti itu dan rakyat sedar penyelewengan mereka," jelasnya.

Beliau yang turut berpendapat kenyataan Zahid itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana melakukan fitnah tanpa mempunyai bukti yang kukuh.

Barang naik: Angkara penasihat atau tanda lemahnya Najib?


Kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berturut-turut sejak beberapa bulan lalu mula menimbulkan keresahan kepada rakyat. Setelah beberapa kenaikan berlaku, pertanyaan yang sering bermain di fikiran ialah, apakah lagi akan naik selepas ini?
Setelah kenaikan tarif letrik sebanyak 15 peratus bermula Januari 2014, kenaikan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 di beberapa lebuh raya bermula tarikh yang sama, mungkin adalah hadiah tahun baru paling menyedihkan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat. Lebih-lebih lagi, janji pengurangan tol antara bandar adalah antara janji BN yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Dengan pengumuman kenaikan tol semalam bermakna kerajaan ‘membakulsampahkan’ janjinya sendiri kepada rakyat sehingga dilaporkan kandungan manifesto itu sudah pun dipadamkan daripada laman web BN. Ia menunjukkan satu lagi bukti janji dicapati, bukannya ditepati.
Sebelum ini, walaupun hanya mencapai kemenangan paling buruk dalam sejarah BN, kerajaan juga sudah mengumumkan kenaikan harga minyak, penghapusan subsidi gula, kenaikan cukai pintu DBKL dan pelaksanaan cukai GST yang akan bermula pada April 2015.
Dengan segala kenaikan yang dilakukan kerajaan itu, semua kos kehidupan kini sudah meningkat dan rakyat mempunyai semakin kurang wang dalam poket masing-masing.
Keresahan rakyat terhadap kerajaan kini boleh didengari di mana-mana. Di dalam Umno dan kerajaan sendiri sudah mula kedengaran suara-suara yang semakin lantang menolak pelbagai kenaikan yang dilakukan oleh kerajaan ini. Pemuda Umno misalnya tidak berselindung lagi menyatakan rasa tidak senangnya dengan kenaikan yang bertalu-talu sejak kebelakangan ini dan akan membangkitkannya dalam mesyuarat Kabinet.
Blogger dan laman sosial pro Umno dan kerajaan juga mulai bersikap kiri dengan mengkritik pelbagai kenaikan yang berlaku sejak kebelakangan ini yang dianggap tidak sensitif terhadap kehidupan rakyat yang sudah sedia terhimpit kehidupannya. Lebih daripada itu, kenaikan harga barang dan perkhidmatan ini juga seolah-olah menunjukkan kerajaan tidak mengenang budi pengundi luar bandar yang memenangkannya dalam pilihan raya lalu.
Bagaimanapun, bagi kebanyakan pemimpin Umno dan blogger pro kerajaan, mereka lebih banyak menyalahkan penasihat Najib dalam semua kenaikan yang berlaku ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala yang mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan atau Pemandu serta penasihat kanan Najib, Omar Ong adalah dua individu yang paling banyak dipersalahkan kerana mereka berdua yang dikatakan memberi nasihat mengenainya kepada Najib.

Pemuda PAS terajui kempen bantah kenaikan tarif elektrik



Liku Perjalanan Politik Mat Sabu





Tol naik: Kerajaan BN lemah buat perjanjian berat sebelah

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta berhenti memberi alasan dan terus membebankan rakyat kerana kelemahan mereka sendiri.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar bahawa tol mesti dinaikkan kerana ia sebahagian daripada perjanjian dengan syarikat konsesi menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan.

Beliau berkata, kerana kelemahan kerajaan yang membuat perjanjian yang berat sebelah, rakyat yang harus menanggung beban kenaikan tol.

"Satu kenyataan yang menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab pihak kerajaan kerana hakikatnya Wahid harus tahu bahawa perjanjian yang dikatakan tidak dapat dielakkan ialah perjanjian yang dibuat kerajaan.

"Kelemahan kerajaan membuat perjanjian berat sebelah akhirnya membebankan dan menganiayai pengguna lebuh raya.

“Kerajaan tidak boleh terus memberi alasan kerana kelemahan mereka. Akhirnya apa pun kelemahan kerajaan rakyat yang kena tanggung," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, kenaikan tol boleh dielakkan kerana kerajaan mempunyai kuasa untuk berunding dengan syarikat konsesi yang dikendalikan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Aktivis PAS kutip tandatangan bantah tarif elektrik naik

 
PAS Wilayah Persekutuan mensasarkan untuk mengumpul 10,000 tandatangan dalam tempoh dua minggu bagi membantah kenaikan tarik elektrik yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal bulan ini.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Khairil Nizam Khirudin berkata, beliau gembira dengan sambutan menggalakkan dari para pengguna tren LRT, ketika program itu dijalankan di stesen Sentul Timur semalam.

“Program hari ini sebagai satu 'kickstart' untuk kita membantah kenaikan tarif elektrik ini, seterusnya kita akan mendapatkan tandatangan di seluruh kawasan di Kuala Lumpur.

“Ia bagi mendapatkan sokongan rakyat yang sama-sama merasakan beban kenaikan tarif elektrik ini, Ia akan membawa kesan domino kepada rakyat.

Ahli Parlimen PAS gesa Selangor jangan tiru kerajaan pusat naik harga


Ahli Parlimen PAS Khalid Samad (gambar) hari ini menggesa kerajaan negeri Selangor supaya tidak meniru kerajaan pusat yang sejak kebelakangan ini mengumumkan beberapa siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang membebankan rakyat.
"Kerana itu kita menyarankan kerajaan negeri supaya tidak mengikut kegilaan kerajaan pusat yang hanya tahu mengambil duit daripada rakyat tanpa mengira kesannya," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam.
Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu, tindakan kerajaan pusat yang terus menerus mengumumkan kenaikan harga barang telah menimbulkan kerisauan di kalangan rakyat yang terpaksa menghadapi peningkatan kos sara hidup.
Khalid berkata adalah penting kerajaan negeri memastikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak menaikkan kadar sewaan, lesen atau sebarang bayaran yang perlu dibayar oleh pengguna.
Beliau berkata tindakan tersebut dapat membantu rakyat dalam menangani situasi mencabar dalam berdepan dengan kenaikan harga barangan sekarang.

Politik Terdesak: SMS ‘Jom Shopping Kembali Ke Sekolah’ palsu, fitnah untuk gugat PR Selangor

SMS-PALSUPemberian baucer RM200 untuk Program ‘Jom Shopping Kembali Ke Sekolah’ untuk anak Selangor yang disebar luas dalam sistem pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi ‘Whatsapp’sejak semalam adalah palsu.
Justeru, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berharap orang ramai khususnya ibu bapa tidak terpengaruh fitnah yang sengaja dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.
“Ini SMS tidak bertanggungjawab yang sengaja menyusahkan dan mengelirukan semua pihak selain mengecewakan ibu bapa khususnya mereka yang berpendapatan rendah.
“Kesannya, semua 56 Pusat Khidmat DUN dan Pejabat Ahli Parlimen dihujani panggilan daripada rakyat berhubung dakwaan pemberian baucer itu,”katanya.

Sejak semalam, SMS pemberitahuan pemberian baucer RM200 untuk membeli barangan keperluan sekolah kononnya dari Kerajaan Selangor di bawah Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, disebar luas.
Dengan menetapkan syarat penerima dari kalangan murid darjah satu hingga tingkatan enam atas hanya perlu membawa kad pengenalan dan hadir bersama ibu bapa (pengundi Selangor) boleh menebus baucer itu di semua pasar raya kecuali MyDin dan Kedai 1Malaysia.
SMS itu juga memaklumkan, baucer boleh diambil di seluruh Pusat Khidmat DUN mulai 16 Disember hingga 28 Disember depan.
Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Selat Klang membuat laporan polis kira-kira jam 11.00 malam semalam selepas menyedari kewujudan SMS fitnah itu.

ALIRAN WANG HARAM TIADA KAITAN DENGAN GST


Laporan Global Financial Integrity (GFI) mengenai jumlah aliran wang haram keluar dari Malaysia yang menduduki tangga keempat tertinggi di dunia sebaiknya dipandang serius. Sikap yang mempersoalkan angka-angka dan lebih cenderong bersembunyi di belakang statistik tidak akan membantu Malaysia mengatasi masalah ini pada kala kedudukan kewangan negara semakin rapuh.
Kenyataan rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Paul Low yang meremehkan unsur rasuah dan kegiatan haram yang menyumbang kepada aliran wang haram itu membayangkan sikap Barisan Nasional. Tidak kiralah sama ada komponen rasuah itu hanya 20% atau 50% dari jumlah aliran wang haram, jumlahnya adalah berpuluh bilion ringgit setiap tahun dan mempunyai kesan besar kepada ekonomi negara.
Terbaru, Barisan Nasional memberi alasan bahawa pelaksanaan GST akan membantu mengurangkan aliran wang haram dengan mengurangkan masalah “trade mispricing”.
Saya ingin menegaskan bahawa GST tidak mempunyai pengaruh yang besar terhadap masalah aliran wang haram, apatah lagi yang berhubung dengan jualan eksport ke luar negara. GST ke atas eksport adalah pada kadar sifar (zero rated supply) dan tidak mempunyai kesan pun ke atas harga barangan eksport.
Masalah “trade mispricing” selalunya diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri melalui audit percukaian kerana ia bersabit dengan cubaan mengelak cukai dengan mengenakan transfer pricing yang tidak adil.

Mat Sabu: Saya Ahli Sunnah

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno kali ke-67 lalu mendakwa  'orang nombor dua' Pas adalah salah seorang pemimpin Syiah.

Bagi mengukuhkan dakwaan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan 10 bukti yang mengaitkan 'orang nombor dua' Pas itu terbabit ajaran Syiah.

Tidak perlu berteka-teki kerana 'orang nombor dua' Pas sekarang ialah Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, yang menjawat jawatan timbalan presiden.

Justeru, Wartawan Sinar Harian, Robiatuladawiyah Abd Rashad, Jamilah Hamzah dan Muhamad Adzhar Tajuddin bersama jurukamera Md Nidzam Osman dan jurufoto Azmi Aryanto mendapatkan penjelasan daripada Mat Sabu sendiri mengenai isu tersebut.


SINAR HARIAN: Sekali lagi dipilih sebagai Timbalan Presiden Pas, bagaimana Tuan menerima pelantikan pada kali ini?

MAT SABU: Saya menerima pelantikan itu dengan penuh rasa tanggungjawab dan mengakui dengan kekurangan yang ada.

Walaupun begitu, dalam Pas, kita bertindak selaku satu unit, kelebihan atau kekurangan seseorang itu akan ditampung sekali gus menjadi satu keputusan yang lebih jitu dan kuat.

Maksudnya, hala tuju parti bukan bergantung pada individu tetapi lebih terarah kepada kumpulan atau jemaah itu. 


SINAR HARIAN: Sejak pembabitan Tuan dalam arena politik, semestinya ada dugaan dan halangan yang terpaksa ditempuhi, apakah dugaan terbesar sepanjang bergelar ahli politik?

MAT SABU:  Media dilihat masih lagi tidak adil. Kebebasan media terutama sekali media yang dimiliki kerajaan atau ada saham kerajaan.

Kita terpaksa berjuang dengan serba kekurangan untuk mendapatkan demokrasi yang adil serta pilihan raya yang adil. Di bawah Akta Polis misalnya, kita tidak dibenarkan berhimpun lebih daripada 5 orang.

Selain itu, jika hendak mengadakan ceramah, kita juga diwajibkan mendapat kebenaran daripada polis.

Kebiasaannya, di bawah akta ini kita dapat melihat dengan jelas pemerintah menggunakan kuasa untuk melarang ceramah atau himpunan yang selalu disuraikan dengan gas pemedih mata.

Perkara seperti itu pernah berlaku pada ceramah di Markas Pas, Kuala Kedah. Di situ, dua kali saya ‘ditembak’ dengan gas pemedih mata oleh polis.

SPPBS: NGO kecewa KPM tak beri layanan

SPPBS 
SHAH ALAM - Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) kecewa apabila permohonan untuk berbincang dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung kepincangan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) tidak dilayan sehingga kini.

Menurut Ketua Gerak Kerjanya, tiada maklum balas diterima terhadap surat permohonan yang dihantar pada 30 November lalu.

“SGMM kecewa kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan tidak memberi respon dengan surat permohonan SGMM bertarikh 30 November 2013.

“Ia untuk mengadakan Mesyuarat Meja Bulat bagi membincang dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah kepincangan sistem PBS,” katanya dalam satu kenyataan.

Pendidikan: Kerajaan Umno@Bn hanya buat pengumuman kosong


Badan bebas Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) membidas kerajaan kerana banyak membuat pengumuman kosong yang tidak menunjukkan hasil dalam meningkatan kualiti pendidikan negara.
Malaysia hanya berjaya berada di kedudukan ke-55 daripada 65 negara dalam ranking keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (Pisa) yang diumumkan baru-baru ini.
Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan (gambar), berkata terlalu banyak pembaharuan ‘berilusi’ yang dicipta menerusi pelbagai pengumuman oleh kerajaan.
"Tetapi kita kena ingat ini hanya pengumuman. Realitinya, tidak ada apa-apa yang berlaku dan kita tidak lihat satu sistem yang memberi faedah besar," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Baru-baru ini, keputusan skor PISA menunjukkan sistem pendidikan negara berhadapan dengan krisis.
Prestasi pelajar berusia 15 tahun ketinggalan jauh di belakang negara-negara kurang maju seperti Vietnam.

Kerajaan S'gor akan halang kenaikan tol 3 lebuh raya


 
Selangor akan menggunakan kedudukannya sebagai pemilik saham utama dalam tiga syarikat konsesi lebuh raya di negeri itu untuk menghentikan kenaikan tol yang dirancang.

Penasihat ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menteri besar setuju untuk mengeluarkan arahan kepada wakil kerajaan dalam syarikat konsesi untuk tidak menyokong kenaikan tol.

Ketiga-tiga lebuh raya itu, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint.

"Kami mahu berikan pesanan kepada kerajaan persekutuan, mereka boleh lakukan perkara sama dengan syarikat berkaitan kerajaan yang memiliki saham dalam syarikat konsesi lebuh raya," katanya.

Anak Nik Aziz tegah menantu Pak Lah ambil tindakan populis


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar jangan ambil tindakan populis, kata Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Gambar fail.Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar jangan ambil tindakan populis, kata Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Gambar fail.Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar diminta tidak mengambil tindakan populis untuk membela golongan belia tetapi segera menjawab keresahan rakyat susulan daripada kenaikan harga barang dan perkhidmatan hari ini.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dalam satu kenyataan hari ini berkata, apabila sudah berlaku kenaikan harga, baru Khairy mengeluarkan kenyataan hendak berbincang dan kononnya membela nasib golongan belia.
Katanya, ramai ahli Dewan Rakyat yang bersidang sehingga 5 Disember lalu termasuk senator yang sedang bermesyuarat hari ini menyuarakan hasrat hati belia namun, setakat ini tidak diketahui apakah tindakan kerajaan dalam menangani perkara ini.

Tarif lektrik dan bonus lima bulan kakitangan TNB....

Dr Azman Ibrahim

Khabarnya kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bakal terima durian runtuh. Saya hanya mampu mengucapkan tahniah atas rezeki yang bakal mereka terima.
Mereka juga warga dan rakyat seperti kita, punya tanggungan dan beban kewangan. Mereka juga bekerja untuk memberikan khidmat kepada majikan dan negara.
Mungkin ada perkiraan tertentu yang mewajarkan anugerah bonus ini diberikan kepada mereka.
Semoga dengan bonus yang dikira agak besar ini, kakitangan TNB akan melipatgandakan lagi kecemerlangan hasil kerja.
Kenaikan tarif elektrik yang bakal dinikmati bermula tahun hadapan bukan salah kakitangan TNB. Mereka adalah pekerja, bukannya pembuat dasar dan polisi. Yang menentukan dasar dan polisi sesebuah GLC seperti TNB adalah kerajaan yang memerintah. Kenaikan tarif elektrik bukannya ditentukan oleh CEO TNB, tetapi ditentukan oleh kerajaan BN setelah dibincangkan dalam Kabinet dan diumumkan oleh menteri yang bertanggungjawab.
Saya tidak mempertikaikan kakitangan yang cuma bekerja mematuhi arahan majikan apatah lagi untuk memandang serong terhadap mereka. Sebahagian daripada mereka bukannya orang lain, sanak saudara kita juga.
Bila tarif elektrik naik, kakitangan TNB pun turut bayar bil elektrik seperti kita. Yang tidak perlu bayar bil elektrik sendiri adalah PM, Timbalan PM dan menteri.

Bekas menteri Umno dakwa isu Syiah dikendali cara pandir, politik cetek

Bekas Menteri Penerangan melahirkan rasa kesal dan tidak puas hati dengan cara isu Syiah dikendalikan di negara ini dan menyifatkan ia hanya permainan politik yang semakin cetek dan pandir sahaja.
Tan Sri Zainuddin Maidin dalam tulisannya di Sinar Harian berkata, setelah gempar seluruh negara bagaikan langit hendak runtuh, maka akhirnya kelak rakyat akan melihat tiada sesiapa pun yang akan bertanggungjawab untuk bertindak dengan berani dan tegas.
"Orang itu serah pada orang ini, orang ini serah pada orang itu," tulis bekas Ketua Pengarang Utusan yang lebih dikenali sebagai Zam itu.
Maka, katanya, kredibiliti kerajaan Barisan Nasional dan Umno semakin terhakis.
"Berapa lamakah kita harus berada dalam permainan politik seumpama ini," katanya.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mempunyai 10 bukti mengaitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) sebagai  Syiah menyerahkannya kepada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk tindakan selanjutnya.
Jakim pula melepaskan tangan kepada Majlis Majlis Agama Islam Negeri dan mereka  ini pula akan bercanggah antara satu sama lain dalam soal mengambil tindakan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar KDN, jika mempunyai bukti yang kukuh, bertindak dan hadapkan Mohamad ke mahkamah supaya dia dapat membela diri.
Sebelum itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan orang nombor dua PAS adalah Syiah dalam ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno 2013.

Dikait Syiah oleh Umno, Mat Sabu tetap 'cool'

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan kelewatannya bertindak apabila dikaitkan dengan isu Syiah kerana mahu kekal "cool".

Bercakap kepada Sinar Harian dalam wawancara khas semalam, Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, apabila dirinya dikaitkan dengan fahaman itu, perkara pertama dilakukan adalah tidak boleh melatah dan perlu berbincang dengan individu yang lebih arif mengenainya.

"Saya orangnya jenis "cool",  saya kena berbincang dengan peguam dan benda ini bukan benda perlu melatah apa-apa.

"Saya pun sudah sebut dah tajuk ini (dalam sidang media), biarlah ia di mahkamah, baik kita cakap benda lain," katanya dalam temu bual yang diadakan di pejabatnya, semalam.

Awal bulan ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno menyatakan pembabitan pemimpin nombor dua Pas itu dengan fahaman Syiah.

When silence is inelegant

Our People-First PM must speak up on the various issues affecting the welfare of citizens

Selena Tay

PETALING JAYA: When citizens are writhing under the weight of high prices and worried to death that things will only get worse, it is no longer adequate for the government to try to reassure them with abstractions and platitudes.
How, for instance, will “more funds for development” bring down the price of food so that our children do not go to school hungry? How long will this “development” take? When will it result in a reduction of the inflation rate? We need to be convinced that our children will not suffer prolonged malnutrition, and we do not want them to endure for too long the aggravation of having to do their homework by candle light as we scrimp on electricity.
Silence is elegant only when the provocation to break it is frivolous or malicious. As a prime minister who has pledged a “People First” policy, Najib must address these genuine concerns of the people—and address them with concrete explanation.
Our PM has been inelegantly silent on a lot of issues since BN scraped through the 13th general election and his administration started to pile onto hapless Malaysians a shocking series of so-called subsidy-saving measures that look more like crony-enrichment strategies and/or desperate attempts to make up for profligate spending in his first term to ensure his survival for a second term.