Selasa, 17 Disember 2013

BN main ‘silap mata’, janji turun tol dalam Manifesto PRU-13 ‘ghaib’

janji_dicapatiSHAH ALAM 17 DIS: Gara-gara gagal melaksanakan janji menurunkan kadar tol antara bandar seperti mana dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) ketika menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu, BN mula bermain ‘silap mata’ dengan ‘menghilangkan’ manifesto mereka yang sebelum ini dipaparkan di laman sesawang www.barisannasional.org.my.
Di muka surat 12 di bawah perkara ‘Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar’ manifesto bertajuk ‘Rakyat Didahulukan – Menepati Janji, Membawa Harapan’ itu menjanjikan untuk mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.
‘Kehilangan’ itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pengumuman kerajaan untuk menaikan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun hadapan, bertentangan dengan janji menurunkan kadar tol seperti mana terkandung dalam manifesto itu.

Tol naik: Protes bantah, kerajaan tidak peduli rakyat

KUALA LUMPUR: Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) akan menganjurkan satu protes berikutan kadar tol yang dikatakan akan meningkat pada tahun hadapan.

Penyelaras Protes, Dr. Mohd Hatta Ramli berkata perincian berkaitan protes itu akan dibincangkan bersama jawatankuasa Protes yang lain sebelum satu kata putus diambil berhubung perkara itu.

Tegas Dr. Hatta, tindakan ke arah tersebut perlu dilakukan memandangkan kerajaan hari ini tidak mengendahkan kemarahan dan kebimbangan rakyat yang memuncak kebelakangan ini ekoran kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Perbincangan itu, katanya akan diadakan dalam tempoh terdekat.

"Kita lihat langkah untuk mengadakan protes ini memang perlu dilakukan. Rakyat sudah semakin terbeban dengan pelbagai kenaikan sebelum ini.  Namun, kerajaan tidak ambil peduli segala kecaman rakyat.

"Malah, ada pula menteri yang mencadangkan supaya sesiapa yang tidak mahu membayar tol, perlu menggunakan jalan lain. Ini kenyataan tidak bertanggungjawab daripada seorang menteri. Jadi, rakyat akan turun membantah," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Selepas PRU13, kerajaan BN semakin menindas rakyat

SHAH ALAM: Dewan Muslimat PAS Pusat memandang serius tindakan kerajaan BN menaikkan harga barangan keperluan asas dan perkhidmatan yang melampau kerana ia amat tidak prihatin, menindas dan membebankan rakyat.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff menegaskan langkah kerajaan BN merasionalisasikan subsidi  secara  mendadak dan berlaku secara bertindan memburukkan keadaan menekan majoriti rakyat yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Beliau berkata, kenyataan Menteri yang menyebut kenaikan harga petrol dan tarif elektrik serta pengurangan subsidi tidak akan menjejaskan kehidupan rakyat adalah satu kenyataan yang dangkal dan tidak bertanggungjawab.

Menurut beliau, rakyat terutama golongan muda perlu bersuara  secara vokal agar rintihan mereka didengari dan seterusnya menggesa pihak kerajaan agar mengambil langkah yang konkrit lagi drastik agar rakyat tidak terus-terusan tersepit dan terbeban.

"Orang ramai terutama ibu bapa dan anak-anak muda di samping harus bersabar dalam menghadapi kesempitan ekonomi," tegasnya.

Isu Syiah hanya dendam politik Umno – TG Nik Aziz

KOTA BHARU: Isu syiah yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, hanya kerana dendam politik bagi ‘memerangkap’ pemimpin serta parti itu semata-mata.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kerana ingin memburukkan imej parti Islam itu pada mata umum, pemimpin Umno sanggup membuat dakyah baru.

“Sekiranya pemimpin  Umno ingin memerangi Syiah, kenapa pengikut ajaran itu sebagaimana yang dilaporkan berlaku di Kedah tidak ditangkap,” ujarnya.

Menurutnya lagi, Umno sebenarnya tiada ‘modal baru’ untuk dihidupkan bagi menarik sokongan, sebaliknya ‘memerangkap’ orang nombor dua pimpinan PAS kononnya terlibat dengan fahaman Syiah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu Syiah yang masih belum berakhir melibatkan Mohamad Sabu di samping tindakan undang-undang yang bakal diambil olehnya.

Jelas Tuan Guru, tetapi orang yang mengaku Syiah sebagaimana di Kedah baru-baru ini tidak pula diambil tindakan.

“Najib, mana akujanji BN turunkan kadar tol lepas PRU-13?

janji_dicapatiKUALA LUMPUR 17 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terang-terangan menipu rakyat Malaysia apabia menaikkan kadar tol, berlawanan dengan akujanji kempen pilihan raya umum ke-13 Barisan Nasional.
Antara manifesto BN di bawah tajuk Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar ialah ‘mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat’.
“Ini merupakan pembohongan yang bertaraf lima bintang, kerana dilakukan orang yang berkedudukan tinggi dalam negara ini,” kata pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.
14 Disember lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengesahkan kadar tol dinaikkan pada tahun hadapan.

Menteri BN diminta jangan malukan rakyat dengan hujah dangkal

OngSHAH ALAM 17 DIS : Menteri Kerajaan BN diberi peringatan untuk tidak lagi memberi alasan dan hujah yang tidak masuk akal, seterusnya memalukan rakyat secara keseluruhannya.
Sebaliknya mereka perlu bersikap lebih professional dan matang dalam mencari penyelesaian sesuatu masalah serta tidak mudah menjadikan rakyat sebagai mangsa ketidakcekapan mereka menjalankan tugas.
Mahasiswa, Samuel Ong Kuo Xian, 19, berkata beliau adakalanya seolah-olah tidak mempercayai bahawa kebanyakkan alasan diberikan Menteri BN bersifat dangkal dan tidak logik.
Lebih teruk lagi, katanya, beliau terpaksa menahan malu apabila rakannya daripada Taiwan menjadikan hujah pemimpin tertinggi Malaysia dalam mengendalikan sesuatu isu sebagai bahan lawak jenaka.
“Wahai Menteri yang diundi rakyat, tolonglah anda semua bersifat lebih bertanggungjawab dengan setiap kata-kata anda dan jangan mengambil mudah dan sambil lewa amanah yang diberi rakyat jelata.
“Buatlah kami bangga dengan anda, jalankan tugas anda dengan betul dan jujur dan bukan sebaliknya, kami anak-anak muda pada hari ini bukan bodoh untuk menilai hujah anda,” tegas Samuel Ong, pelajar di sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di Subang Jaya.
hanifBeliau berkata demikian ketika diminta Selangor kini untuk memberikan pendapat mengenai pelbagai kenaikan yang diumumkan Kerajaan BN satu demi satu; bermula dengan petrol, harga gula, perlaksanaan GST, tarif elektrik dan terbaru kadar tol.
Sementara itu, seorang lagi mahasiswa, Hanif Mahpa, 21,  berkata Kerajaan BN perlu berfikir secara lebih kritis dan inovatif dalam menyelesaikan sesuatu isu yang berkepentingan, dan bukan sekadar bercakap sesedap rasa.
“Kita faham kenaikan cukai memang perlu di sesebuah negara untuk membolehkan kerajaan peroleh pendapatan menjana ekonomi dan pembangunan negara.
“Tetapi jika kita lihat laporan Audit Negara, berapa banyak pembaziran, ketirisan dan pemborosan yang dilakukan kerajaan.

Gaya Najib memperbodohkan rakyat selepas PRU13

Inilah kata-kata lunak Datuk Seri Najib Razak selepas PRU, selepas mengsengsarakan rakyat dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Terkini dengan kenaikan tol.
“Realiti ini, saya percaya, anda semua sedar. Sebab itulah cara kita mentadbir negara mestilah cara berhemah, cara kita bukan cara populis.
“Saya boleh jadi perdana menteri yang berdiri atas platform populis, tapi dengan cara itu saya akan meranap dan merosakkan masa depan negara yang tercinta,” katanya ketika merasmikan konvensyen tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ke-26 di Kuala Lumpur hari ini.
Adakah Najib tidak menggunakan pendekatan populis sebelum PRU sebelum ini? Atau adakah beliau lupa dengan tindakan sebelum ini.
Dah mengsengsarakan rakyat, Najib sembang besar kerana PRU telah berlalu. Tunggu dan lihat bagaimana pendekatan Najib setahun sebelum PRU14 akan datang.
Najib boleh berlunak ketika ini kerana Melayu mudah lupa!!

"SAYA SAMAN ZAHID SAHAJA" - BANG MAT


Datuk Wahid jangan jadi macam menteri lain...!!

Anak muda khususnya mahasiswa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam berkaitan isu kenaikan tol lebuh raya. Berdasarkan reputasi kepimpinan dan pengalaman beliau sepanjang memegang Maybank, kita terkejut dengan kenyataan yang bersifat kurang bijak daripada beliau. Kita menganggap kenyataan yang dikeluarkan beliau bersifat angkuh tanpa mengambil peduli kesengsaraan yang dilalui oleh rakyat melalui siri-siri penderaan satu demi satu di negara ini. Ini bukan soal nak bayar tol atau tidak, juga bukan soal perjanjian konsesi yang terkandung, tapi ini soal kesungguhan kerajaan untuk mengurangkan beban dan kesengsaraan rakyat.

Memetik laporan bajet 2011, kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib pernah mengumumkan kenaikan harga tol tidak akan berlaku dalam tempoh 5 tahun. Lalu kita ingin bertanya kepada Datuk Wahid, adakah Datuk lupa untuk merujuk kenyataan Perdana Menteri dalam laporan ini dengan terus mengumumkan kenaikan harga tol tahun depan?

Perkara ini seolah-olah dilihat sebagai agenda menguntungkan kroni semata-mata tanpa mengambil kira nasib rakyat yang makin tertekan di negara sendiri. Sepatutnya kadar tol semakin rendah berikutan syarikat konsesi mendapat pulangan yang lumayan melalui pertambahan bilangan kenderaan yang menggunakannya.

Fathul Bari: Mat Sabu perlu nafi bukti gred B


 
Ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya menjelaskan bahawa beliau hanya menyarankan kepada Mohamad Sabu menafikan 10 bukti gred B oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengaitkan timbalan presiden PAS itu dengan fahaman Syiah.

Anggota exco Pemuda Umno itu dalam laporan Sinar Harian hari ini berkata beliau tidak bermaksud bahawa pemimpin popular PAS itu bertanggungjawab untuk membuktikan dirinya bukan pengikut Syiah.

fathul bari 110913Penjelasan itu timbul selepas ekoran kenyataan Mohamad bahawa  pihak yang bertanggungjawab untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan itu adalah KDN dan bukan sebaliknya.

Mohamad juga telah menafikan bahawa beliau seorang pengikut Syiah dan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang menuduhnya.

Fathul Bari seterusnya berkata, Mohamad juga perlu menegaskan pendiriannya ke atas fahaman Syiah untuk menangkis pandangan negatif ke atas pemimpin parti Islam itu.

“Kalau nak bebaskan diri daripada semua tuduhan itu beliau perlu bezakan pendiriannya dengan pendirian Syiah. Tetapi mana pendirian beliau tentang Syiah selama ini?

“Saya tidak maksudkan beliau perlu kemuka bukti, apa yang saya sebutkan (ialah beliau) perlu menafikan kerana sekarang ini banyak petunjuk dirinya ke arah Syiah,” katanya lagi.

Kenaikan tol untuk isi kantung Putrajaya

putrajayaKUALA LUMPUR 17 DIS: Kenaikan tol tahun depan tidak lebih dari sekadar untuk mengisi kantung Putrajaya, kata pengarah strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Katanya, kenaikan kadar tol sebenarnya sama dengan tindakan kerajaan mencukai rakyat dengan cukai tambahan.
Ini kerana keuntungan syarikat pemegang konsesi yang dimiliki kerajaan akhirnya kembali ke kantung Putrajaya untuk diboroskan oleh Datuk Seri Najib Razak dan kabinetnya.
“Sebarang kenaikan kadar tol menghina rakyat pada kala kerajaan dan pemegang konsesi bermewah dengan keuntungan yang sudah pun terlalu tinggi,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Lima belas lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur bakal menaikkan kadar tol antara 50sen hingga RM2 bermula 1 Januari 2014.
Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof hari ini dilaporkan berkata, jumlah sebenar kenaikan belum diputuskan.
Lebuh raya terbabit: Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sprint, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Maju (Mex), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Smart dan Sistem Lingkaran-Lebuh Raya Kajang (Silk).

Ada ‘tangan ghaib’ sebalik pembelian tinggi rezab gas Petronas

rafizi-TI-01PETALING JAYA 17 DIS: Petronas didakwa membayar harga dua kali ganda lebih tinggi kepada Progress Energy bagi setiap tong rezab gas batuan dibeli berbanding urusniaga lain dimeterai Petronas sepanjang 2012 hingga 2013 dan urusniaga serupa syarikat petroleum lain.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata sepatutnya pembelian itu perlu dijalankan pada harga lebih berpatutan dengan harga pasaran berdasarkan urusniaga yang dibuat sekitar tempoh perjanjian pembelian itu dimeterai.
Pembelian rezab gas batuan melibatkan bayaran sebanyak RM15.8 bilion itu melibatkan harga rezab setiap tong bernilai US Dollar 16.42.
Ia berbanding pembelian antara syarikat 3D Oil dengan pembeli Hibiscus Petroleum yang hanya berharga US Dollar 7.02 setiap tong dan antara OGX dengan Petronas sendiri dengan hanya harga US Dollar 7.46 setiap tong.
“Petronas dipengaruhi membeli Progress Energy pada harga yang begitu tinggi dan tidak mengikut pertimbangan komersial semata-mata.
“Ini mirip amalan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang menyaksikan syarikat pelaburan negara seperti 1MDB membayar harga berlipat kali ganda dari harga pasaran untuk membeli aset penjanaan elektrik dari IPP yang konsesinya tamat.

Dadah RM14j: Pegawai kanan kastam ditahan

Dadah RM14j: Pegawai kanan penguat kuasa ditahan  
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin (dua,kiri) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas yang dianggarkan bernilai RM14 juta pada Sidang Media mengenai penumpasan dua sindiket pengedaran dadah antarabangsa di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Polis percaya dapat menumpaskan sindiket penyeludupan dadah dengan penahanan 11 lelaki termasuk pegawai kanan dan pegawai penguatkuasa serta warga asing dalam beberapa serbuan di ibu negara dan Negeri Sembilan.  

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata mereka disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah antarabangsa bernilai RM14 juta melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Beliau berkata dalam serbuan di sekitar Taman Desa, Jalan Klang Lama, Brickfields dan Jalan Pudu di sini, serta Nilai dan Seremban di Negeri Sembilan pada Sabtu lepas dan semalam, polis menahan empat lelaki warga Nigeria, seorang lelaki warga India dan enam lelaki tempatan berumur antara 22 dan 58 tahun.

Ranhill kunci mulut isu siling Hospital Serdang runtuh 7 kali..!!




 
Kontraktor yang membina Hospital Serdang bernilai RM690 juta enggan mengulas rentetan insiden siling runtuh di situ sejak 2011, enam tahun selepas pusat perubatan itu beroperasi.

Ketika dihubungi, Ranhill Bhd enggan mengulasnya dan menegaskan, perkara itu masih dalam siasatan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurut laporan tahunan Ranhill, yang diterbitkan sebelum penyahsenaraian konglomerat itu pada 2011, kerja-kerja itu dilaksanakan oleh anak syarikatnya Ranhill Civil Sdn Bhd.

Walaupun Ranhill Civil sudah dibubarkan, Malaysiakini difahamkan, badan induknya masih mempunyai wakil dalam mesyuarat bersama JKR berhubung insiden yang menimbulkan kemarahan awam itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam pada 13 Disember lalu berkata, kementeriannya akan mengambil tindakan tegas, termasuk menyaman kontraktor Hospital Serdang ekoran insiden runtuhan siling di hospital itu.

Tanpa menyebut nama syarikat itu, beliau berkata, kementerian tidak menyembunyikan isu ini dan kontraktorlah yang bertanggungjawab terhadap bangunan itu.

ABIM gesa M'sia tamatkan hubungan dengan Vatican



 
NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa Putrajaya agar menamatkan hubungan diplomatik dengan Vatican susulan laporan tentang spekulasi badan itu untuk melantik ketua biskop baru di Malaysia yang lebih keras bersuara dalam isu kalimah Allah.

Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan dalam kenyataannya berkata, hasrat itu boleh mencetuskan "pertembungan tajam" yang seterusnya akan mencetuskan konflik di antara penganut Islam dan Katolik di negara ini.

NONE"Sikap Vatican dalam kes ini amat dikesali, kerana ia sama sekali tidak menghormati sensitiviti di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

"Berdasarkan kepada kenyataan ini, ABIM menggesa sebarang hubungan diplomatik antara Malaysia serta Vatican ditamatkan serta merta," kata Amidi.

Ketua Gereja Roman Katolik Kuala Lumpur sebelum ini, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam meletakkan jawatan pada hari ulang tahun beliau ke-75, 6 Disember lalu, selaras dengan Canon Law.

Namun, tindakan Vatican yang menerima peletakan jawatan itu dengan cepat telah menarik perhatian beberapa pihak dan menimbulkan spekulasi yang mengaitkannya dengan ketegangan antara gereja dan kerajaan Malaysia dalam kes kalimah Allah.

Sumber yang rapat dengan Gereja Katolik memberitahu Malaysiakini bahawa tindakan tangkas Vatican itu mungkin menzahirkan kekecewaan kepada Pakiam yang dilihat condong kepada kerajaan dalam perbicaraan kes itu.

"Pendirian beliau yang dilihat ringan dalam isu Allah ini dikritik golongan paderi dan Katolik umumnya, yang mahukan Ketua Biskop lebih tegas dan lantang," kata sumber yang enggan dikenali itu.

Zahid, mana janji ‘berita baik terhadap tahanan ISA’

KUALA LUMPUR: Suaram Rakyat Malaysia (Suaram) mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan semua baki tahanan ISA akan dibebaskan segera.

Penyelarasnya, Syukri Razab berkata, desakan itu dibuat memandangkan Menteri Dalam Negeri pernah menjanjikan sesuatu yang disebut sebagai ‘berita baik terhadap tahanan ISA’ semasa Hari Raya Aidilfitri yang lalu, namun janji itu hanya tinggal janji kosong.
Kenyataan beliau selanjutnya seperti di bawah.

Baki tahanan ISA bertambah satu, menjadi 7 orang

Berdasarkan rekod SUARAM, masih terdapat 6 orang tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting yang terdiri daripada 4 orang warga tempatan, seorang warga Indonesia dan seorang warga Filipina.

Kesemua tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting akan dibebaskan pada 5 Januari 2014 berdasarkan Perintah Tahanan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri.

Selain 6 orang tersebut, SUARAM mendapat maklumat mengenai terdapat seorang lagi tahanan ISA yang dikenakan Perintah Sekatan mengikut seksyen 8(5) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Berdasarkan Perintah Sekatan yang dikeluarkan, tahanan tersebut tidak dibenarkan keluar daripada Daerah Polis Petaling Jaya dan beliau wajib melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada setiap hari Isnin.

Perintah Sekatan terhadap beliau dikeluarkan pada Mac 2010 dan sepatutnya tamat pada Mac 2012.

PAS desak kerajaan kaji perjanjian konsesi lebuh raya

Dr Dzulkefly semasa sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 17 Disember, 2013.Dr Dzulkefly semasa sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 17 Disember, 2013.PAS mendesak kerajaan mengkaji semula perjanjian bersama syarikat konsesi tol bagi mengakhiri kontrak kepada syarikat yang telah mendapatkan keuntungan dan modal supaya masalah bebanan tol dapat dikurangkan.
Pengarah Kajian dan Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata dengan semakan perjanjian itu, tempoh masa perjanjian akan berdasarkan jumlah wang yang dikutip dan bukannya tempoh masa perjanjian.
“Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar adalah tidak bertanggungjawab dan sama nadanya dengan menteri yang mengarahkan untuk keluar dari Malaysia.
“Menteri yang menyertai Kabinet dengan tidak berlatarbelakangkan politik seperti Datuk Paul Low dan Wahid perlu menunjukkan profesionalisme dan prihatin kepada beban rakyat,” katanya semasa ditemui pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Dzulkefly berkata pengumuman kenaikan harga tol di antara 30 sen dan RM1 ditambah dengan kenaikan harga gula dan petrol sebelum ini sangat menekan rakyat apatah lagi tambang pengangkutan awam dan bas sekolah juga bakal dinaikkan.

PAS teguh di belakang Mat Sabu dalam serangan ‘Syiah’ oleh Zahid Hamidi dan Umno

Serangan terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menuduhnya menganut fahaman Syiah sedikitpun tidak menjejaskan kepercayaan parti Islam itu terhadapnya, malahan beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Pulau Pinang bagi meredakan ketegangan dengan kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP.
Pelantikan Mohamad memberikan isyarat PAS berdiri teguh di belakang Timbalan Presiden mereka yang tidak henti-henti berhadapan dengan serangan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan media arus perdana.
Tindakan ini juga memperlihatkan PAS lebih mementingkan kerjasama politik bersama Pakatan Rakyat (PR) daripada terjerat dalam perdebatan Sunni-Syiah yang sudah lama selesai dikalangan ulama-ulama besar kedua-dua aliran berkenaan di peringkat antarabangsa.
Hubungan rapat Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng digunakan sepenuhnya oleh PAS untuk menjernihkan kembali hubungan kedua-dua parti PR di negeri itu, yang keruh sejak kebelakangan ini.
"Mohamad dipilih kerana beliau adalah anak jati Pulau Pinang dan terkenal di negeri itu. Pemilihannya juga dapat meneruskan usaha hubungan baik dengan Pakatan Rakyat,” kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semasa mengumumkan pelantikan Mohamad di Ibu Pejabat PAS pagi tadi.

Rafizi sambut tawaran semak akaun Gani Patail

rafizi akaunPETALING JAYA 17 DIS: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini menyambut baik tawaran Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail yang menjemput beliau untuk meneliti semua akaun miliknya di dalam dan luar negara.
Rafizi berkata, bagi memastikan seluruh proses semakan kedudukan kewangan Gani Patail berjalan dengan lancar, adil dan telus, beliau akan menghantar surat rasmi yang mengandungi perincian kebenaran tersebut kepada Gani Patail hari ini.
“Kebenaran itu hendaklah mengandungi maklumat pengenalan beliau serta semua ahli keluarga terdekat seperti isteri, anak dan menantu, surat kebenaran beliau kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk kebenaran menyerahkan kepada saya maklumat syarikat beliau dan ahli keluarga terdekat mempunyai saham di Malaysia.
“Surat kebenaran kepada Bank Negara Malaysia dan pihak berkuasa untuk menyerahkan maklumat akaun bank yang dimiliki beliau dan ahli kelurga terdekat dengan maklumat perbankan setiap akaun dari Januari 2005 hingga Disember 2010 iaitu tempoh masa sebelum dan selepas kes Batu Putih,” kata Rafizi dalam sidang media PKR yang diadakan di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.
Rafizi dalam suratnya itu juga akan meminta surat kebenaran Gani untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa di Hong Kong yang bertanggungjawab dengan pendaftaran syarikat dan pihak yang berkuasa dalam menyelia industri bank untuk menyerahkan semua maklumat yang diperlukan dalam jangka masa sama.

Gangguan air oleh Syabas lonjak kos sara hidup – Fomca

mohd-yusof-abdul-rahmanKUALA LUMPUR 17 DIS: Kos sara hidup rakyat terus melonjak ekoran gangguan bekalan air melibatkan kira-kira sejuta penduduk Selangor dan Kuala Lumpur bermula pertengahan Disember ini, kata Pengarah komunikasi Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman.
“Sebagaimana berlaku sebelum ini setiap kali gangguan air, rakyat di kawasan terjejas terpaksa menyediakan wang lebih membeli air untuk kegunaan harian.
“Semakin besar sesebuah keluarga itu semakin banyaklah wang terpaksa dikeluarkan sekaligus kos sara hidup mereka meningkat selagi gangguan air berterusan.
“Ini tidak termasuk kos minyak ke kedai membeli air, selain kos tol jika mereka memilih untuk meninggalkan rumah dan menetap di rumah saudara sepanjang tempoh itu,” kata Yusof  (gambar) ketika dihubungi.
Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan Persekutuan menimbang memberi wang tambahan kepada setiap rakyat terjejas sepanjang gangguan itu.

'Binatang pun ada hak, tapi bukan Syiah' - Kamilzuhairi

Tindakan keras kerajaan terhadap kumpulan Syiah terus mengundang rintihan penganut ajaran itu di negara ini.

Mereka beranggapan hak mereka dinafikan berbanding umat Islam lain, malah bukan Islam dan binatang sendiri.

NONE"Bukan Islam di negera ini turut diberikan hak mereka. Saya juga patut diberikan hak sebagai Muslim.

"Tetapi untuk saya, tiada hak sama sekali. Malah binatang pun ada haknya," seorang pemimpin kanan masyarakat itu dipetik sebagai berkata.

Kamilzuhairi Abdul Aziz, tokoh Syiah Imamiah Malaysia, berkata demikian ketika ditanya The Wall Street Journal apa yang tinggal bagi masyarakat itu selepas pusat mereka diserbu dan buku-buku mereka diharamkan.

Provokasi isytihar Sunni musuh
Dalam wawancara yang disiarkan pada Isnin, Kamilzuhairi, 47, juga berkata, mereka juga ditindas, antaranya apabila tidak dibenarkan mengamalkan upacara keagamaan berkaitan fahaman itu.

"Pegawai penguatkuasa, pihak berkuasa agama, mereka lakukan banyak perkara yang bertentangan dengan perlembagaan dan ia satu bentuk penindasan.

Hanif Omar: Antara buta sejarah, kekeliruan fakta dan kecelaruan minda

Kolar Putih

Sebagai warganegara Malaysia yang lahir dalam era yang ditakrifkan sebagai 'Zaman Kedua' oleh Tun Hanif Omar, mantan Ketua Polis Negara dalam ucapan beliau pada 8 Disember 2013 sempena Jamuan Teh Diraja Bersama Pesara-Pesara Kerajaan Malaysia Sempena Ulangtahun ke-68 Sultan Selangor, penulis terpanggil untuk memberi sepatah dua ulasan khususnya terhadap beberapa hujah yang pada pendapat penulis merupakan ketidaktepatan malah penyelewengan fakta yang perlu diperdebatkan dan diberi penjelasan.
Namun, ingin ditekankan di sini bahawa penulis bukan pakar bertauliah atau sarjana dalam bidang sejarah atau politik tetapi sekadar seorang warganegara yang mengikuti perkembangan politik dan hal elwal semasa serta meneliti  sejarah tanah air secara objektif.
Pertama, penulis ingin menyentuh hujah yang mendakwa bahawa "Daripada segi undang-undang, Britain tidak pernah menjajah negeri-negeri Melayu melainkan dalam tempoh kurang dua tahun yang dinamakan Malayan Union di antara April 1946 dan Februari 1948" dalam era pra-Merdeka yang Tun Hanif Omar takrifkan sebagai 'Zaman Pertama'.
Sebelum kita cuba meninjau lebih mendalam lagi, sangat besar manfaatnya sekiranya kita cuba teliti definisi penjajahan dan beberapa terma berkaitan yang lain.
Umumnya, sesebuah negara atau wilayah dikatakan dijajah apabila sistem politik atau pentadbirannya dikawal oleh suatu negara, kuasa atau bangsa lain setelah ditakluki menerusi kaedah kekerasan khususnya ketenteraan ataupun diambil alih menerusi pelbagai kaedah bukan agresif atau aman. Secara lazimnya, negara atau wilayah yang ditakluki melalui cara agresif dipanggil koloni manakala negara atau wilayah yang dijajah melalui kaedah lebih aman dianggap sebagai protektorat atau negara/wilayah naungan walaupun bukanlah sesuatu yang asing bagi suatu kawasan atau wilayah yang diambil alih pentadbirannya secara aman bertukar status menjadi koloni jika ditelusuri sejarah beberapa empayar.

Standard menteri dalam sistem Umno sama ...kerajaan 47% hilang rasional..!!

Menteri atau ahli politik yang disistemkan oleh Umno mempunyai pandangan dan pola pemikiran yan sama, streotype. Tidak kira walaupun mereka itu dari latar belakang mana, iktisad atau profesionalisme bila masuk dalam kepok Umno mereka menjadi sama dan serupa. Ruang fikir mereka menjadi sempit sesempit lubang 'jebul'. Sempit dan penuh dengan colestrol rasisme, fasisme dan ortodoks.

Mereka akan lupa kepada ilmu dan disiplin diamalkan sebelum menyertai Umno. Sia-sia sesetengahnya menuntut sampai ke peringkat Phd akhirnya terjelapak dalam sistem Umno.

Mereka akan terikut dengan induk yang menjuarai sistem Umno itu sendiri. Kalau mereka berlatar belakang agama yang tahu halal haram, tahu kepentingan sifat perikemanusiaan, tetapi mereka akan lupa ilmu berkenaan.

Begitu juga kalau mereka berpendidikan ekonomi tahu pengurusan ekonomi dan sebagainya, tetapi bila sudah menjadi ahli politik mereka tidak lagi mempergunakan ilmu itu sebagai pandauan corak pemikiran mereka.

Misalnya perhati sahaja kepada jawaban-jawaban atau pun alasan diberikan menteri mengenai sesuatu tindakan yang memberi kesan langsung kepada rakyat hasil polisi dan dasar diperkenalkan kerajaan. Contohnya dalam menangani kenaikan harga barangan seperti ayam, gula, bahan bakar, kenaikan tol, cukai pintu, pengangkutan awam dan sebagainya. Bagaimana jawaban mereka? Perhatikan mereka menggunakan sifir atau formula yang sama untuk menjawab bagi meredahkan keresahan rakyat.

Zahid, Rosmah, pakej Islami

Oleh Ahmad Lutfi Othman
ARAHAN Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi secara terbuka kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom agar mengambil tindakan kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ekoran isu Syiah semasa per himpunan agung parti itu hu jung minggu lalu menarik per hatian ramai. 

Hairan juga Zahid secara menjolok mata bertindak lebih superior kepada rakan kabinetnya, dalam perhimpunan parti pula, suatu amalan yang bercanggah dengan kelaziman urus tadbir. Me mang sejak lama, pemimpin Umno tidak per nah membedakan antara ke pentingan parti dengan kerajaan. Apa nak dihairankan ... Dalam PAU juga, perwakilan dan pemimpin Umno dengan jelas membayangkan untuk mem bolot khazanah kekayaan negara di kala kita bakal berdepan situasi tidak menentu ekonomi.
Apabila kontrak kerajaan dan posisi strategik, termasuk dalam GLC, diserahkan tanpa merit kepada kroni Umno-BN, seperti dipersetujui perwakilan, maka keadaan tidak menentu itu akan semakin cepat membarah dan rakyat yang dijerut kenaikan kos sara hidup lebih tercekik lagi.
Sementara saya menganggap Zahid cuba berlagak samseng dan menonjolkan diri se bagai hero di gelanggang sen diri, kolumnis terkemuka A Kadir Jasin lebih terkesan dengan ucap an penggulungan Najib Razak yang begitu menyanjungi isterinya, Rosmah Mansor.

Mat Sabu Syiah hanya mainan politik - Zainuddin maidin

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) yang mempunyai 10 bukti mengaitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sebagai  Syiah telah menyerahkannya kepada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk tindakan selanjutnya.

Tentunya selepas ini Jakim pula akan melepaskan tangan kepada Majlis Majlis Agama Islam Negeri dan mereka  ini pula akan bercanggah antara satu sama lain dalam soal mengambil tindakan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun mencabar Kementerian Dalam Negeri jika mempunyai bukti yang kukuh, bertindaklah dan hadapkan Mat Sabu ke Mahkamah supaya dia dapat membela diri.

Setelah gempar seluruh negara bagaikan langit nak runtuh, maka akhirnya kelak rakyat akan melihat tiada sesiapa pun yang akan mengambil tanggungjawab untuk bertindak dengan berani dan tegas; orang itu serah pada orang ini, orang ini serah pada  orang itu.

Maka rakyat akan tinggal dalam keraguan dan lebih bahaya lagi, mereka juga akan semakin ragu  samaada ajaran Syiah bertentangan dengan Islam atau tidak.

Akhirnya rakyat akan  melihat dan yakin bahawa ini hanyalah suatu permainan politik agama dan imej Mat Sabu akan lebih hebat walaupun merapu dan akan lebih banyak lahir orang yang mengamalkan ajaran seperti Ajaran Harun.

Dengan itu juga kredebiliti kerajaan BN dan Umno semakin terhakis.

Berapa lamakah kita harus berada dalam permainan politik seumpama ini.

Rakyat yang semakin cerdik akan nampak permainan politik yang semakin cetek dan pandir.

Peguam: Bukti gred A atau B tak masuk akal

Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin berkata bukti yang didedahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung dakwaan mengaitkan Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah adalah perkara yang tidak masuk akal.

NONEKatanya, bukti berkataan sepatutnya ditentukan oleh mahkamah dan bukannya oleh kementerian yang diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu.

"Ia tidak masuk akal. (Bukti) gred A, gred B bukan kita tentukan. Mahkamah tentukan.

"Kalau ada 10, 20 bukti, yang kita nak lawan, seterunya adalah Zahid Hamidi, dan bukan pegawai kerajaan," katanya dalam satu sidang media media tersebut.
Beliau mendakwa, dalang sebenar dalam isu ini ialah Ahmad Zahid yang mula-mula menimbulkan tuduhan ke atas Mohamad Sabu dalam ucapan di perhimpunan agung Umno, 7 Disember lalu.

"Beliau adalah dalang sebenarnya... Tiada provokasi (tentang isu) Syiah, (tetapi) tiba-tiba sahaja (ditimbulkan oleh Ahmad Zahid.

"Isunya tuduh Mat Sabu sebagai pemimpin Syiah, kenyataan awal (Ahmad Zahid) pun sudah memfitnah. Keluar 100, 200 bukti pun tidak bermakna. Kita tidak perlu menafikan," kata Mohamed Hanipa.

Ahli parlimen Sepang itu menambah beban pembuktian tuduhan kepada Mohamad perlu dijelaskan oleh pihak yang menuduh dan pihak Mat Sabu tidak perlu menjawab tuduhan tersebut.

'Naik atau tak, konsesi tol tetap untung berganda' - Rafizi

PKR membantah keras cadangan kenaikan kadar tol yang dilapor akan bermula tahun depan kerana syarikat konsesi sudah mendapat keuntungan berlipat kali ganda dan ia sentiasa bertambah setiap tahun.

NONE"Setiap kenaikan kadar tol sebenarnya menambahkan lagi keuntungan mereka sedangkan rakyat terus terbeban dengan tekanan ekonomi," kata pengarah strateginya Rafizi Ramli (kanan).

Lima belas lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, hari ini dilaporkan akan menaikkan kadar tol antara 50sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun depan.

Dalam kenyatannya hari ini, Rafizi berkata, keuntungan itu ditunjukkan dalam rekod kewangan syarikat masing-masing antara ratusan juta hingga berbilion ringgit.

NONEMenurutnya, keuntungan bersih sebelum cukai (dengan caj susut nilai) PLUS Berhad sebanyak RM2.515 bilion bagi tahun kewangan 2011 dan perincian kos 2010.

Manakala, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), menurutnya, mencatatkan keuntungan berganda terkumpul (CAGR) sehingga 12 peratus antara tahun kewangan 2008 hingga 2012 seperti dilaporkan kajian bank.

Keuntungan bersih sebelum cukai (dengan caj susut nilai) pula RM180 juta bagi tahun 2013, kata anggota Parlimen Pandan itu lagi.

Justeru katanya, walaupun tol tidak dinaikkan, jumlah kutipan konsesi terlibat tetap naik ekoran margin keuntungan yang kekal tinggi kerana peningkatan kenderaan di lebuh raya sehingga 8.1 peratus.

"Dalam keadaan kos operasi sudah pun rendah (bagi sesetengah lebuh raya, kos penyenggaraan tidak sampai 10 peratus pun dari kutipan tol), keuntungan yang dinikmati antara yang tertinggi berbanding industri-industri lain.

"Oleh sebab itu, sebarang kenaikan kadar tol menghina rakyat pada kala kerajaan dan pemegang konsesi bermewah dengan keuntungan yang sudah pun terlalu tinggi," katanya lagi.

Kembali ke kantung Putrajaya
Sementara itu, Rafizi juga berkata, pampasan yang dibayar kerajaan kepada syarikat konsesi sebenarnya "bukanlah satu bentuk subsidi yang diwar-warkan".

najib tun razak and toll booth price issue 270209Ini kerana, katanya, subsidi bermakna belanja yang dikeluarkan kerajaan untuk menampung kos sesuatu barangan atau perkhidmatan supaya harganya dikekalkan pada paras lebih rendah.

"Dalam kes kenaikan kadar tol, jumlah kos yang ditanggung pada kadar tol sekarang pun sudah terlalu rendah hingga memberikan keuntungan yang terlampau tinggi kepada pemegang konsesi," katanya.

"Oleh itu, sebarang kenaikan kadar tol sebenarnya sama dengan kerajaan mencukai rakyat dengan cukai tambahan kerana keuntungan syarikat-syarikat pemegang konsesi yang dimiliki kerajaan ini, akhirnya kembali ke kantung Putrajaya untuk diborosi oleh Datuk Seri Najib Razak (atas) dan kabinetnya."

Kaji semula perjanjian konsessi lebuhraya, ia berat sebelah

Buat pertama kali nya, saya ingin membuat komen dari apa yang di sebut oleh Wahid, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, tentang kenaikan tol, isu yang sangat menyakitkan rakyat ini. Wahid mempertahankan kenaikan tol yang dibuat oleh ‘concessionaire’ lebuhraya kerana kenaikan itu adalah perkara yang sudah termasuk di dalam perjanjian ‘concession’ yang ditanda tangani dengan kerajaan.
Sememangnya lah begitu. Apa yang telah dipersetujui dahulu dan ditanda tangani pula perjanjian itu, maka ia terpaksa dilaksanakan mengikut lunas-lunas perjanjian itu. Elok kita beritahu Wahid yang semuanya itu difahami rakyat kerana rakyat bukan lagi buta huruf seperti dahulu.
Tetapi seperkara yang Wahid mesti tahu ialah rakyat sedang menghadapi kos kehidupan yang terlalu tinggi dan memeritkan kerana harga barang keperluan dan perkhidmatan seperti membayar tol ini amatlah tinggi. Pemimpin kita bercakap yang semua pihak perlu berkorban untuk mempastikan negara kita melalui zaman susah ini dengan sabar dan perlu berkorban untuk negara.

MACAI UMNO KINI SUDAH MULAI SEDAR BETAPA MEREKA KENA TIPU HIDUP-HIDUP OLEH KERAJAAN 47%

Kedudukkan Najib dan UMNO kini di ambang bahaya!!!!

Nampaknya tindak tanduk dan gaya pemerintahan Njib Razak semenjak menang PRU 13 lalu bukan saja mengundang kemarahan yang bukan menyokong beliau tetapi sudah ada suara-sura berani tampil secara terbuka sampai meluahkan perasaan kesalnya memberikan undi kepada UMNO/BN.

Mungkin kerana terpegun dan terpukau dengan propaganda berkilauan dari media arus perdana menjadi terpedaya akhir di tipu jua.

Bacalah sendiri luahan hati macai setia UMNO yang dikirimkan ke laman sosial FB Najib Razak sendiri.

Kalau nak nampak jelas sila klik pada foto .. Baca dan hadamkan lepas itu cuitkan sedikit saja minda anda dan bertanya ... Dimana silapnya luahan hati macai UMNO ini .. Sampai bila kalian mau terus ditipu dan di perbodohkan.. Sampai bila????? .. Cukuplah .. Enough is Enough .

Rakyat sambut baik tindakan Selangor kawal industri burung walit



The Court: Vetter's attempt giving ICC a face



Pak Samad menang Anugerah Masyarakat Sivil 2013



PKR: Toll operators earning obscence profits



Ani Arope: Even my Jew pal could say 'Alhamdulillah'



Kerajaan 47%: Saya tidak guna pendekatan populis - Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi berkata kerajaan pimpinannya tidak akan menggunakan pendekatan populis dalam mentadbir sebaliknya sentiasa berusaha untuk mengembangkan ekonomi negara.
Beliau berkata, kerajaan perlu memastikan pendapatan negara terus bertambah dan berkembang sebelum memutuskan untuk memberi 'janji-janji manis' kepada rakyat.
"Realiti ini, saya percaya, anda semua sedar. Sebab itulah cara kita mentadbir negara mestilah cara berhemah, cara kita bukan cara populis.
"Saya boleh jadi perdana menteri yang berdiri atas platform populis, tapi dengan cara itu saya akan meranap dan merosakkan masa depan negara yang tercinta," katanya ketika merasmikan konvensyen tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ke-26 di Kuala Lumpur, hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman.
Najib berkata, untuk itu kerajaan sentiasa memastikan setiap dana yang dikeluarkan dilakukan dengan berhemah bagi memastikan perbelanjaan mengurus tidak melebihi pendapatan negara.
Katanya, kerajaan tidak mahu sehingga terpaksa meminjam daripada institusi kewangan bagi melicinkan urusan pentadbiran, termasuk membayar gaji penjawat awam, kerana ia bukan sahaja akan menjejaskan ekonomi negara, tetapi juga 'resipi' yang boleh membawa musibah besar kepada seluruh rakyat.

Kalau BN tak atasi masalah kenaikan harga...kerajaan 47% tumbang dengan segera..!!

SHAH ALAM  - Beberapa bulan selepas berakhirnya PRU13,  rakyat menyaksikan kenaikan harga barang dan perkhidmatan satu demi persatu.

Bermula dengan pengurangan subsidi yang menyebabkan kenaikan petroleum RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, diikuti pemansuhan subsidi gula 34 sen, kemudian peningkatan tarif elektrik 4.99 sen satu kilowat sejam (KWJ).

Terbaru, pengumuman semakan semula kadar gas, tambang LRT dan monorel serta kadar tol membabitkan 13 lebuh raya.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani melihat tindakan kerajaan yang mengurangkan subsidi itu sebagai satu usaha untuk menangani bebanan kewangan kerajaan namun ia tetap meninggalkan kesan.

“Kerajaan dalam usaha mengurangkan beban kewangan dengan hapuskan subsidi dan sebagainya. Baru-baru ini, pengurangan subsidi gula menyebabkan harga gula melambung.

“Kesannya pada pilihan raya umum memang ada. Kalau rakyat rasa terbeban dengan keadaan ekonomi yang begitu, mereka akan beri kesan kepada pemerintah. Jika gagal menangani isu ini, ia akan jejaskan peluang BN dalam PRU14 nanti,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya, kenaikan itu memberi kesan kepada golongan kelas menengah dan kelas bawah dan kerajaan perlu mengatasi bebanan rakyat ini.

“Kenaikan harga barang mewah kita tak terasa sangat tetapi barang keperluan harian seperti gula, beras, ayam dan sebagainya akan beri kesan dalam kos sara hidup golongan kelas menengah dan kelas bawah.

“....jika kerajaan tidak kawal ia akan beri kesan kepada pengundian pada PRU14,” katanya.

Tiada alasan naik tol: PLUS untung 61 peratus, KESAS 121 peratus, Litrak 49 peratus

PETALING JAYA 17 DIS: Keuntungan pengendali syarikat pemegang konsesi lebuh raya berlipat kali ganda setiap tahun sehingga melebihi unjuran dibuat semasa menandatangani kontrak konsesi antara kerajaan dan syarikat terbabit.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata laporan tahunan syarikat Projek Lebuh Raya Utara Selatan Bhd (PLUS) menunjukkan keuntungan bersih 2011 sebelum cukai sebanyak RM2.515 bilion atau 61 peratus berbanding jumlah bersih kos faedah dan pembiayaan kewangan RM507 juta kos ditanggung pada 2010 termasuk 6 peratus kos menyelenggara.
Katanya, Syarikat pengendali Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Kesas Sdn Bhd pula mencatatkan keuntungan terkumpul berganda 121 peratus antara tahun kewangan 2008 hingga 2012 seperti dilaporkan Maybank Investment Bank Research bertarikh 6 November 2013.
Manakala Litrak Bhd yang mengendalikan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint pula berdasarkan keputusan kewangan bagi 2013 mencatatkan keuntungan bersih RM180 juta atau 49 peratus berbanding kos menyelenggara 6 peratus.

Tarif Elektrik Naik Bukan Salah Kami Kata CEO TNB .... Salah Anwar laa tue..!!

Kenaikan tarif elektrik adalah satu proses rasionalisasi subsidi oleh kerajaan dan tiada kaitan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, (CEO) Azman Mohd.

"Syarikat adalah adalah ejen pengumpul semata-mata," kata Azman kepada pemberita, selepas menghadiri majlis pelancaran memoir bekas Pengerusi TNB Ani Arope hari ini.

"Kenaikan tarif tiada kaitan dengan TNB. Tetapi kami yang dipersalahkan dalam hal ini, " katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kenaikan itu adalah perlu bagi proses rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

Tarif elektrik di negara ini telah diselaraskan untuk RM0.0499 per kilowatt jam (kWj) dan akan berkuatkuasa datang dari 1 Jan.

Oooo... bukan salah TNB tapi salah Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Najib rupanya...

Syiah: Peguam Mohd Sabu beri tempoh 3 hari kepada Zahid

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini menyerahkan kepada panel peguam PAS untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan Syiah.

Beliau berkata, barisan peguam akan memfailkan saman ke atas Zahid sahaja yang juga Naib Presiden Umno, kerana pencetus fitnah ke atas dirinya.

"Saya hari ini menyerahkan kepada panel peguam untuk mengambil tindahan ke atas Zahid berhubung ucapan beliau pada Perhimpunan Agung Umno yang mengaitkan saya sebagai pemimpin Syiah.

"Peguam hanya akan bertindak ke atas Zahid sahaja kerana beliau merupakan pencetus fitnah tersebut, yang bagi saya didasari niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan integriti saya," jelas beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.

Beliau mengambil keputusan untuk tidak akan memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan Syiah sehinggalah perkara tersebut dibawa ke mahkamah.

Mohamad juga meminta agar panel peguam meneliti ucapan Zahid pada perhimpunan tersebut yang mana wujud penyalahgunaan kuasa sebagai Menteri Dalam Negeri.

Mat Sabu saman fitnah Zahid Hamidi kerana tuduh Syiah

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan memfailkan saman fitnah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas tuduhannya semasa Perhimpunan Agung Umno 2013 yang menuduhnya sebagai penganut fahaman Syiah.
Mohamad berkata, tindakan saman ke atas Ahmad Zahid diambil kerana kenyataan Menteri Dalam Negeri itu mencetuskan fitnah yang didasari niat jahat, menjatuhkan maruah dan integriti.
"Saya menyerahkan kepada panel peguam PAS untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Zahid di atas kenyataan beliau di perhimpunan agung Umno baru-baru ini.
"Beliau menuduh saya pemimpin Syiah dan mengaitkan Syiah adalah sesat dan mengancam keselamatan negara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini.
Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Ahmad Zahid juga didapati menyalahgunakan kuasa apabila beliau sebagai Menteri Dalam Negeri memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengambil tindakan ke atas dirinya.

Syiah politik hingusan Umno, Pas tak teruja

KUALA LUMPUR - Ketika politik negara tertumpu kepada isu yang mengaitkan orang nombor dua Pas dengan isu Syiah, parti itu hari ini menyatakan isu tersebut tidak mengujakan mereka.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata demikian ketika ditanya pandangan mengenai sentimen anti Syiah yang sedang diapi-apikan kepada rakyat.

"Itu tak ada apa sebenarnya, kami tak teruja pun," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, hari ini.

Selepas 5 Disember lalu, isu Syiah kembali menjadi bualan apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaitkan orang dua Pas kononnya terlibat dengan ajaran Syiah.

Susulan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa pelbagai pihak mendedahkan bukti bagi mengesahkan dakwaan yang dibuat.

Melalui setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, 10 bukti dikemukakan kepada umum yang mengaitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu terlibat dengan ajaran Syiah.

Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu yang turut bersama dalam sidang media hari ini sekali lagi berkata, dikaitkan dengan Syiah bukan menjadi masalah besar kepada dirinya dan parti.

Tol naik: Abim anggap Wahid biadap, wajar mohon maaf

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) membantah sebarang cadangan untuk menaikkan kadar tol kerana ia membebankan rakyat terbanyak.

Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, cadangan untuk menaikkan kadar tol seperti yang diuar-uarkan oleh pemegang konsesi lebuh raya amat dikesali.

“Alasan untuk menaikkan kadar tol kerana perjanjian konsesi jelas mengenepikan kepentingan rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Abim menilai akibat daripada kenaikan kadar tol ini, rakyat yang telah sedia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan kebelakangan ini akan terus dalam keadaan tertekan.

Katanya, kenaikan kadar tol akan turut menyumbang kepada kenaikan tambang pengangkutan awam yang kebanyakannya digunakan oleh rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

“Kenyataan angkuh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, yang menyarankan agar sesiapa yang tidak setuju dengan kenaikan kadar tol memilih laluan lain yang tidak bertol, adalah amat dikesali,” ujarnya.

Siasat Akaun: Saya teruja pelawaan Peguam Negara - Rafizi

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengalu-alukan dan menghargai keterbukaan Peguam Negara yang mengeluarkan kenyataan semalam menjemput beliau mendapatkan surat kebenaran untuk meneliti semua akaun-akaun di dalam dan luar negara.

“Saya teruja dengan pelawaan tersebut kerana ini satu contoh teladan baik yang telah ditunjukkan oleh seorang penjawat awam tertinggi yang perlu diikuti oleh pimpinan-pimpinan lain termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam satu kenyataan, seperti di bawah.

Saya mengalu-alukan dan menghargai keterbukaan Peguam Negara yang mengeluarkan kenyataan semalam menjemput saya mendapatkan surat kebenaran beliau untuk meneliti semua akaun-akaun beliau di dalam dan luar negara.

Saya teruja dengan pelawaan tersebut kerana ini satu contoh teladan baik yang telah ditunjukkan oleh seorang penjawat awam tertinggi yang perlu diikuti oleh pimpinan-pimpinan lain termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anwar tuduh Shafee mendakwanya demi kejar cita-cita jadi Peguam Negara

Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengambil peranan sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) dalam rayuan kes liwatnya dengan harapan untuk menjadi bakal Peguam Negara.
Ketua pembangkang itu berkata, ramai di kalangan ahli politik dan pengamal undang-undang di Kuala Lumpur tahu bahawa Shafee secara terbuka menyatakan cita-citanya untuk menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara.
“Ini menjelaskan mengapa Shafee begitu kritikal terhadap Gani dalam akuan berkanun (Datuk Mat Zain Ibrahim),” katanya dalam afidavit kedua menyokong permohonan mengapa Shafee patut diketepikan daripada bertindak sebagai DPP dalam kes liwat.
Beliau berkata, barisan pendakwa tidak akan dapat mengendalikan kes itu dengan adil kerana Shafee cenderung dan berpihak kepada perdana menteri serta pemimpin kanan kerajaan yang lain dengan memastikan mereka tidak disabitkan dengan apa-apa kesalahan, supaya peguam Umno itu boleh dianugerahkan jawatan Peguam Negara yang amat diidamkan itu.
Anwar memfailkan afidavit itu semalam dan permohonan akan didengar di Mahkamah Rayuan pada Khamis ini.

Bekas pengarah JSJ syak wujud konspirasi pemalsuan afidavit oleh peguam Umno


Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim mengesyaki wujud konspirasi pemalsuan afidavit melibatkan trio Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Datuk Ramli Yusuff dan Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar).
Mat Zain mempersoalkan afidavit palsu peguam Umno, Shafee dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Ramli yang diluluskan oleh Pejabat Peguam Negara.
"Ramai tidak sedar afidavit dibuat oleh Shafee dan Ramli yang menjadi perkara utama dalam laporan polis saya Ahad baru-baru ini difailkan oleh Pejabat Peguam Negara.
"Mudah sahaja, apa yang saya cuba katakan adalah kandungan penuh kedua-dua afidavit disemak, diteliti dan diluluskan untuk difailkan oleh Pejabat Peguam Negara," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.
Hujung minggu lalu, Mat Zain akhirnya membuat laporan polis terhadap Shafee atas tuduhan memalsukan afidavit yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang.
Mat Zain mendakwa Shafee membuat dua kesalahan, sengaja membuat kenyataan palsu yang dibuat dalam afidavit jawapan dan menyembunyikan fakta material yang ada kaitan dengan prosiding rayuan jenayah kes Liwat II.
Mat Zain kemudian membangkitkan semula kes saman November lalu yang dikemukakan oleh Ramli ke atas Abdul Gani, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kerajaan Malaysia dan beberapa pihak lain.

TURUN timbang tiga lokasi untuk himpunan 31 Dis

Penganjur bagi perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup yang dirancang untuk diadakan pada malam ambang tahun baru masih mempertimbangkan lokasi sesuai bagi acara tersebut.
NONEPengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) Azan Safar dalam kenyataannya menyebut, tiga lokasi yang dipertimbangkan itu termasuk padang Kelab Sultan Sulaiman.
Dua lagi kawasasn yang dipetimbangkan ialah Padang Merbok dan Padang Timur, Amcorp Mall, katanya melalui sistem pesanan WhatsApp.

Menurutnya, acara itu akan menghimpunkan para aktivis, artis, pemimpin NGO serta tokoh daripada pelbagai parti politik sebagai tanda solidariti dengan golongan yang terjejas dengan kenaikan kos itu, katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Dalam kenyataannya, Azan berkata, perhimpunan bertemakan ‘2014 Tahun Sengsara Rakyat’ yang akan bermula pada jam 8 mala itu dijangka menarik kehadiran 10,000 orang.

Ia bagi menzahirkan kemarahan dan amaran rakyat kepada kerajan yang menurutnya "memeras dan mencuri harta rakyat" melalui kenaikan kos, termasuk tarif elektif, harga petrol, dan barangan keperluan, katanya.

Angkara Penyokong Umno: Tol naik antara 50sen hingga RM2 bulan depan

Lima belas lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, dilaporkan akan menaikkan kadar tol antara 50sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun depan.

Bagaimanapun, New Straits Times memetik Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof sebagai berkata, jumlah sebenar kenaikan tol masih belum diputuskan.

Lebuh raya terbabit: Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sprint, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Maju (Mex), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Smart dan Sistem Lingkaran-Lebuh Raya Kajang (Silk).

Fadilah berkata, menurut perjanjian konsesi lebuh raya, syarikat konsesi boleh menyelaras semula kadar tol setiap tiga tahun.

Bagaimanapun, katanya, syarikat konsesi tidak melakukannya dalam tempoh enam tahun terakhir. Justeru, tambahnya, peningkatannya akan dibuat dua kali ganda,

"Kerajaan membelanjakan RM400 juta pampasan jika tidak membenarkan penyelarasan," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sin Chew Daily.

Menteri 47% carilah alasan yang cerdik sikit, rakyat bukan bodoh macam penyokong Umno..!!

Alasan kerajaan ketika mengurangkan subsidi dan menaikkan pelbagai tarif ialah mahu mengelakkan negara daripada terus mengalami peningkatan defisit dalam kewangan negara.

Alasan ini, seperti juga seperti sekian banyak alasan – saya sifat sebagai menafikan daya intelektual rakyat atau dengan kata lainnya menganggap rakyat Malaysia ini bodoh-bodoh belaka.

Sebelum ini pun telah banyak alasan seumpamanya keluar dari mulut para menteri yang kebanyakannya berpendidikan tinggi. Antara contohnya ialah jika harga ayam mahal, jangan makan ayam, subsidi gula dikurangkan (harga gula naik) kerana mahu elakkan rakyat kena kencing manis, subsidi minyak dikurangkan (harga minyak naik) tetapi masih rendah berbanding negara jiran, dan banyak lagi – terkini, kalau tak nak guna tol, guna jalan biasa.

Pelik bin ajaib! Itu sahaja yang dapat saya katakan.

Disebalik alasan ini, sebahagian besar rakyat tahu bahawa defisit dalam kewangan negara disebabkan kelemahan dan sifat tamak Umno-BN itu sendiri. Lihat sahaja laporan audit negara. Pelbagai ketirisan yang didedahkan. Malah ketirisan itu berlaku berulang kali tahun demi tahun.

NGO anjur himpunan Amarah Rakyat terhadap kerajaan BN pada malam tahun baru

KUALA LUMPUR: Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) akan menganjurkan himpunan yang diberi nama Himpunan Amarah Rakyat pada malam tahun baru iaitu pada 31 Disember 2013.
Pengerusi Turun, Muhamad Azan Safar berkata, himpunan tersebut akan bermula jam 8 malam di lokasi yang akan ditentukan kemudian bagi menzahirkan kemarahan rakyat ekoran kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Beliau berkata, kenaikan harga petrol pada bulan September dan diiringi kenaikan harga gula pada bulan berikutnya  mewujudkan kesan domino kepada kenaikan harga barang asas yang lain seperti makanan, pengangkutan awam serta kemudahan-kemudahan asas rakyat yang lain yang akhirnya meningkatkan kos sara hidup dan membebankan rakyat secara keseluruhannya.

"2013 bukan penutup kepada kesengsaraan ini malah seawal tahun 2014, rakyat sudah dijanjikan dengan kenaikan tarif elektrik sekaligus memperlihatkan kenaikan pengangukatan awam berasaskan elektrik seperti monorel dan LRT. Kenaikan harga tol yang dijangka berlaku pada tahun 2014 juga pasti akan meluaskan lagi ledakan domino kenaikan kos sara hidup yang akan menjerut rakyat," kata beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tak macam jawapan menteri, kata penganalisis

SHAH ALAM - Naif dan bukan bertaraf menteri. Demikian pandangan Prof. Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff terhadap kenyataan menteri yang meminta pengguna lebuh raya menggunakan jalan biasa jika tidak mahu bayar lebih untuk kadar tol.

Ujarnya, kenyataan tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang menteri kerana ianya seolah-olah merendahkan intelektual rakyat.

“…dan bagi saya kenyataan tersebut juga bukan bersifat menteri, sepatutnya seorang menteri tersebut perlu berfikir secara rasional ketika mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kenaikan kadar tol yang diuar-uarkan bakal berlaku tahun hadapan sebagai munasabah dan mereka yang tidak bersetuju boleh menggunakan jalan biasa. 

"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium.

"Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya semalam.