Isnin, 16 Disember 2013

20,000 objection letters given to mayor



Nurul Izzah: 'Be transparent in DBKL assessment rate'



Majlis Perlepasan Sukarelawan Ops Bersih Pahang - Terengganu Oleh Pas Selangor



USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI: CERAMAH PERDANA PASCA MUKTAMAR PAS KE 59



IR MUHD KHAIRIL NIZAM KHAIRUDDIN: CERAMAH PERDANA PASCA MUKTAMAR PAS KE 59



YB USTAZ SAIFUL BAHRI MAMAT: CERAMAH PERDANA PASCA MUKTAMAR PAS KE 59



SUHAIZAN KAIAT: CERAMAH PERDANA PASCA MUKTAMAR PAS KE 59

YB DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG: CERAMAH PERDANA PASCA MUKTAMAR PAS KE 59

YB USTAZ AZAM ABDUL SAMAT: CERAMAH PERDANA PASCA MUKTAMAR PAS KE 59

Kenaikan Tambang Bas Sekolah 2014 Sebanyak 40%! Punca Kenaikan Harga Diesel 20sen/L

Tambang Bas Sekolah
Kenaikan Tambang Bas Sekolah naik 2014 : Sekali diperhatikan gelagat dan trend kenaikan di Malaysia yang hangat berlaku ketika ini, semacam sudah ada perjanjian pula.
Masing-masing mahu mengemukakan hak untuk “dihalalkan” kenaikan harga pada tahun 2014. Atas nama alasan kesan rantaian dek kerana kenaikan harga diesel sebanyak 20 sen, akhirnya pengusaha bas sekolah sudah tidak tahan lagi untuk menanggung….

Kenaikan Tambang Bas Sekolah 2014 : GPBS VS SPAD

Oleh itu, memandangkan pengusaha bas sekolah menjalankan operasi berunsur keuntungan, bukannya kebajikan akhirnya terbaru bermula tahun depan (tahun 2014) Kesatuan pengendali bas sekolah mengumumkan kenaikan tambang bas sekolah naik apabila surcaj tambahan 40 peratus ke atas kadar tambang dikenakan bermula  penggal persekolahan bermula bulan Januari 2014, sekiranya kerajaan tidak mendedahkan kadar baru bagi perkhidmatan itu.
  • Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat gagal menjalankan semakan semula tambang bas sekolah 2014
  • Mesyuarat agung tahunan, Gabungan Persatuan Bas Sekolah (GPBS) mahu naik surcaj tambang bas sekolah 2014
  • Punca kenaikan tambang bas sekolah 2014? Kenaikan harga minyak diesel 20 sen @ pelarasan subsidi diesel 20 sen @ pengurangan subsidi diesel 20 sen (KLIK SINI)
Jikalau sebelum ini tambang bas sekolah sekitar RM100. Tahun 2014, tambang bas sekolah 2014 bakal melonjak kepada RM140. Apa kata anda pula? 

Cukai taksiran: Rakyat terbeban kenaikan serentak dengan harga barang


hiasan-orang ramai- WIRA2909  (19)


KUALA LUMPUR, 16 DISEMBER: Rata-rata kebanyakan rakyat tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan menaikkan kadar cukai taksiran hartanah sehingga 300 peratus ketika mereka dihimpit dengan pelbagai kenaikan harga barangan lain.
Perasaan itu terhambur ketika perhimpunan membantah kenaikan cukai taksiran yang disertai kira-kira 300 orang di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini, pagi tadi.
Seorang warga kota, Yee Kam Heng, 57, berkata, kenaikan cukai taksiran itu terlalu tinggi dan ternyata tidak munasabah dan membebankan rakyat.
“Bukan tidak boleh naik langsung, tapi terlalu tinggi dan tidak munasabah. Pada masa sama, elektrik dan petrol juga naik. GST (Cukai barangan dan Perkhidmatan) akan dikenakan nanti,” katanya.
Katanya lagi, kenaikan itu lebih menyedihkan kerana tidak disertakan dengan pembaikan infrastruktur dan perkhidmatan DBKL sendiri.
“Infrastruktur masih seperti dulu. Kalau hujan lebat akan banjir, jalan pula berlubang,” kata Yee yang tinggal di Cheras.
Pada sesi Parlimen lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan kadar cukai taksiran berkuatkuasa 1 Januari 2014.

Kerajaan ‘tidak ada pilihan’ wajib ditolak segera

KUALA LUMPUR, 16 DISEMBER: Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee mengecam kenyataan kerajaan yang mendakwa tidak mempunyai pilihan lain kecuali mengurangkan subsidi untuk mengelak daripada terus mengalami defisit kewangan.
Beliau berkata, kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed itu jelas tidak bertanggungjawab dan membelakangi kepentingan rakyat.
“Banyak lagi pilihan, Menteri. Hapuskan rasuah, ambil alih konsesi tol lebuhraya mengikut syarat perjanjian, mansuhkan monopolis beras, gula, besi keluli dan barangan asas.
“Laksanakan perolehan tender terbuka. Hentikan penswastaan secara rundingan terus. Hukum Menteri serta pegawai yang tidak bertanggungjawab, pecah amanah dan runding semula perjanjian janakuasa elektrik bebas berat sebelah.
“Kepentingan rakyat mesti didahulukan, jangan hanya berjanji kosong atau lebih baik ubah saja kerajaan yang ‘tidak ada pilihan’ ini,” katanya dipetik daripada laman sosial Facebook milik beliau.
Mustapa dalam forum sambutan tiga tahun Program Transformasi Ekonomi di Putrajaya hari ini menyatakan kerajaan tidak mempunyai pilihan selain meneruskan polisi pengurangan subsidi.
Menurutnya, walaupun keputusan itu menyebabkan kos sara hidup namun jika tidak dilakukan, ia akan terus memberi tekanan kepada kantung negara.
“Apa lagi pilihan kita?,” soal Mustapa.

Mangsa Kerakusan: Mengapa kenaikan bertindan dalam tempoh singkat?


ISNIN. Sebilangan besar masyarakat dunia merasakan emosi pada pagi hari Isnin adalah sedikit kendur. Kekenduran pagi Isnin ini turut diberi nama jolokan 'Monday blues'.
Namun bagi saya, Isnin kali ini lain benar rasanya. Jauh lebih bersemangat dari Isnin yang lain. Mungkin faktor kemenangan besar Liverpool terhadap pasukan Spurs mempengaruhi hormon adrenalin untuk lebih bersemangat - semangat 5-0.

Pagi ini juga saya terlihat muka depan akhbar Sinar Harian yang agak mencuri perhatian. Muka depan yang terpampang perkataan "Tolonglah Jangan Naik" di semua edisi Sinar Harian seluruh negara, dengan berlatarbelakangkan lebuh raya yang penuh sesak dan juga satu gambarajah berfakta mengenai 'rasionalisasi subsidi'.

Tajuk muka depan akhbar tersebut mencerminkan sesuatu yang lahir dari marhaen. Ia satu rayuan rakyat seolah-olah merayu supaya janganlah terus menambah beban. Apakah yang dirayu itu?

Jika rayuan itu memohon supaya kerajaan lebih berhati perut, saya percaya rayuan tersebut umpama mengejar fatamorgana.

Saya terus membelek akhbar sinar secara online untuk mencari sesuatu yang mungkin istimewa dalam edisi bertarikh hari ini. Akhirnya saya menemui satu tulisan menarik bertajuk "2014 tahun mencabar" oleh wartawan Sinar Harian.

Tulisan tersebut menghuraikan kenaikan demi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak, telah dan bakal berlaku. Antaranya ialah kenaikan harga petrol pada September, kenaikan harga gula pada Oktober, kenaikan tarif elektrik pada Januari depan, semakan harga gas, semakan harga tiket pengangkutan awam seperti LRT dan juga peningkatan kadar tol yang melibatkan 13 lebuh raya.

Rafizi boleh periksa akaun bank saya, kata AG

KUALA LUMPUR - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sedia memberi surat kuasa kepada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli untuk memeriksa akaun bank di mana-mana negara, kononnya beliau menerima wang sogokan berkaitan tuntutan bertindih Pulau Batu Putih.

Dalam kenyataan empat perenggan di sini hari ini, Abdul Gani berkata, surat kuasa atau autoriti itu akan diberikan jika Rafizi mahu memeriksa akaun bank di mana-mana negara, termasuk di Hong Kong, kononnya berjuta-juta dolar dimasukkan ke atas nama beliau sebagai wang sogokan berkaitan kes itu yang didengar di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Beliau turut menjemput Rafizi, yang juga Pengarah Strategik PKR, ke pejabatnya pada bila-bila masa bagi mendapatkan surat kuasa jika mahu memeriksa akaun bank atau mana-mana institusi kewangan di mana-mana negara.

"Saya juga menafikan dengan keras dakwaan yang disebarkan ke atas saya sejak sebulan yang lalu dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas semua yang terbabit menyebarkan dakwaan tidak berasas sama sekali ke atas saya," tegas beliau.

Suu Kyi abai isu Rohingya

Oleh AZEEM IBRAHIM
SANGAT ironis yang Aung San Suu Kyi dianugerahkan Hadiah Sakharov untuk Kebebasan Pemikiran oleh Kesatuan Eropah, yang diberikan kepada pejuang-pejuang hak asasi manusia yang mengabdikan diri untuk perjuangan.
Pada masa dunia melihat padanya dan mengharapkan kepimpinan moral, tindakan beliau berdiam diri berhubung penderitaan kaum Rohingya Myanmar sangat mengejutkan.

Seramai 800,000 Muslim Rohingya di negeri Arakan disifatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai minoriti yang paling dizalimi. Apabila Suu Kyi ditanya tentang Muslim Rohingya, beliau menunjukkan kekurangan pemahaman dan belas kasihan, sesuatu yang mengejutkan.
Satu respons biasa beliau ialah kedua-dua pihak – penganut Buddha dan Muslim – samasama menderita, yang jelas salah kerana Buddha Myanmar tidak menderita seperti Rohingya yang tidak mempunyai negara dan terpaksa tinggal di kem-kem pelarian.
Dalam stu wawancara di televisyen BBC pada Oktober 2013, beliau menafikan yang negaranya terlibat dalam pembersihan etnik dan menberi gambaran bahawa keganasan terhadap Muslim Rohingya disebabkan oleh ketakutan pada “kuasa Muslim global.” Respons ini sangat mengejutkan daripada seorang penerima Hadiah Nobel Keamanan.
Mungkinkah Suu Kyi sendiri secara peribadi mempunyai prejudis terhadap Muslim berkulit gelap dan kurang keberanian untuk menggunakan pengaruhnya untuk menghentikan keganasan yang berlaku?

Mandela: Saya sedia mati demi perjuangan

Oleh Lim Hong Siang
SEPERTI biasa, ramai akan berebut-rebut untuk mengkalungkan penghargaan kepada tokoh atau pejuang terkemuka yang meninggal dunia.
Pujian yang melimpah, dan motifnya kantoi apabila seseorang itu mengambil kesempatan untuk mengaitkan dirinya dengan tokoh itu. Hujah sebegini menjadi lawak yang jijik – menyamakan perjuangan Umno dengan perjuangan Nelson Mandela sama ada mencerminkan pengetahuan sejarah seseorang politikus yang cetek, atau perwatakannya yang jelek.

Ramai yang mengenang Nelson Mandela sebagai ikon menentang perkauman. Namun, politik perkauman tetap akan dijirus arus zaman jikapun tanpa Nelson Mandela, kerana idea sebegini semakin sukar dipertahankan apabila tamadun manusia berkembang.
Bagaimana seseorang manusia mempertahankan ketuanan sesuatu warna kulit sedangkan tiada manusia di dunia ini yang mampu menentukan warna kulitnya sendiri ketika dilahirkan?
Justeru itu, Nelson Mandela mungkin lebih sebagai pemangkin. Tetapi peranan beliau tetap penting dalam konteks zaman 1960-an. Beliau dihadapkan ke mahkamah dengan pertuduhan mengkhianati negara yang boleh berakhir dengan hukuman mati.
Di situ Mandela melafazkan  hujah terakhirnya untuk membela diri.
"Sepanjang hayat saya, saya menawarkan diri dalam perjuangan untuk orang Afrika.
“Saya pernah menentang dominasi orang putih, dan saya pernah menentang dominasi orang berkulit hitam. Saya mendukung idealisme untuk membina sebuah masyarakat yang demokrasi dan bebas, di mana semua orang hidup dengan harmoni dan memiliki peluang yang sama rata.
“Saya berharap saya hidup untuk merealisasikan idealisme ini. Namun, seandainya keadaan memerlukan, saya juga bersedia untuk mati demi idealisme ini."

Malaysia bertukar menjadi negara ‘fasis agama’, kata bekas menteri


Imej Malaysia sebagai sebuah negara sederhana diselar oleh bekas menteri Kabinet yang mengatakan negara sudah bergerak kearah menjadi “fasis agama”.
Menurut Datuk Zaid Ibrahim (gambar), serangan “Syiah” terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan lain-lain membunuh kebebasan beragama di Malaysia.
Katanya sekarang terpulang kepada rakyat Malaysia sama ada mahu membiarkan trend ini berterusan atau mempertahankan kebebasan beragama.
“Kita bukan sahaja dinafikan kebebasan berpolitik, akan tetapi kebebasan individu seperti kepercayaan peribadi.
“Kita sudah menyaksikan serangan terbaru terhadap penganut Syiah yang sebelum ini hanya berlaku di Timur Tengah dan Pakistan.
“Perang Sunni-Syiah menyebabkan dunia Islam tonggang terbalik dengan pembunuhan tidak bersebab dan kini ianya melanda negara kita,” katanya memberi komen terhadap pertuduhan terhadap Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu.

Syiah, serangan persepsi terhadap Mat Sabu oleh UMNO@BN

Oleh Timmy Say
Isu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dituduh sebagai seorang pengamal Syiah oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih hangat diperkatakan.Mereka yang menyokong Mat Sabu terus meremehkan bukti gred B yang dikeluarkan KDN dan ketawakan bukti gred A yang didakwa akan diserah pada Jakim untuk tindakan lanjut.

Kumpulan ini juga menyeru KDN untuk membuktikan tuduhan mereka dengan bukti lebih kukuh (tapi bukti kukuh bagaimana yang tidak akan menimbulkan pertikaian masa ini?) dalam menuduh Mat Sabu sebagai pengamal Syiah.
Untuk membersihkan nama Mat Sabu, kumpulan ini menyokong Mat Sabu untuk menyaman KDN dan juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Bagi mereka yang tidak menyokong Mat Sabu pula, kumpulan ini lebih menekan Timbalan Presiden PAS itu untuk melakukan perkara untuk menyucikan nama beliau sendiri, termasuk saman malu pada KDN dan Zahid.
Walaupun Mat Sabu melakukan deklarasi terbuka bahawa beliau seorang pengikut Sunnah Wal Jamaah, namun bagi mereka yang tidak menyokongnya lebih cenderung untuk mempercayai bahawa beliau sedang bertaqiyyah (Mengikut kepercayaan Syiah, menyembunyikan fakta sebenar iaitu taqiyyah adalah dibenarkan).
Golongan ini tidak kisah pada bukti yang KDN kemukakan dan tuduhan kepada Mat Sabu, mereka lebih mementingkan Mat Sabu melakukan perkara yang pada pendapat mereka tidak akan dilakukan oleh penganut Syiah.
Antaranya:

Syiah: Tindakan KDN dan Jakim dipersoal

SHAH ALAM - Jika kerajaan serius mengambil tindakan terhadap pengikut Syiah,  sewajarnya individu yang mengaku menganut ajaran itu yang perlu ditahan bukannya orang yang tidak mengaku ahli Syiah.

Demikian menurut Ahli Jawatankuasa Pas, Idris Ahmad yang menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memaksa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu supaya mengemukakan bukti bukan pengikut Syiah merupakan perkara yang tidak munasabah.

“Sebelum ini kerajaan sendiri pernah umumkan jumlah pengikut Syiah, dan ada individu yang mengaku sebagai pengikut ajaran Syiah, jadi kenapa mereka pula tidak ditahan?

“Tapi yang disibukkan sekarang adalah orang yang tidak mengaku Syiah, ini yang jadi bahan ketawa orang ramai,” katanya kepada Sinar Harian.

Syiah: Tindakan bukan sebab politik, individu kata menteri Umno

Jamil Khir Baharom 
KUALA LUMPUR - Tindakan terhadap pengamal ajaran Syiah bukan berdasarkan individu atau parti politik tetapi kerana mereka telah bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996 telah memutuskan ajaran Syiah bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Sebab itu ulama meletakkan daripada sudut peraturan hukum tidak membenarkan untuk berpegang kepada mana-mana ajaran yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Negara hari ini.
Jamil Khir juga tidak menafikan pelancong dan pelajar warga Iran di negara ini agak ramai yang mungkin membawa masuk fahaman Syiah melalui aktiviti kebudayaan seperti sambutan Hari Karbala.

Pemuda Umno bantah kenyataan tidak sensitif menteri JPM berhubung kenaikan tol..ha..ha..!!

Pemuda Umno hari ini mengkritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar atas saranannya kepada pengguna lebuh raya menggunakan jalan alternatif sekiranya tidak bersetuju dengan kenaikan tol.
“Kami tidak bersetuju dengan kenyatannya. Beliau perlu lebih berhati-hati dengan apa yang dikatakan.
Kenyataan itu memperlihatkan rasa tidak sensitif terhadap keperluan rakyat,” kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
“Terpulang kepada rakyat untuk memilih dan jangan mengajar mereka,” katanya.
Terdahulu, Abdul Wahid berkata pengguna jalan raya yang tidak bersetuju dengan kenaikan tol boleh menggunakan jalan alternatif biarpun syarikat konsesi akan menyelaras kadar kenaikan mengikut jumlah trafik.
“Kami menyediakan jalan alternatif kepada mereka yang sanggup membayarnya. Kepada yang berasa kadar tersebut terlalu tinggi, mereka ada pilihan untuk tidak melaluinya,” katanya.
Khairul berkata Pemuda Umno mempunyai beberapa cadangan yang dapat diteliti oleh Putrajaya dan syarikat konsesi.
Salah satu cadangannya adalah syarikat konsesi mengurangkan tol melalui Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR).

Perlu ada bukti kukuh dakwa pengikut Syiah...bukan ikut gred macam KDN eh..!!!


Jamil Khir Baharom  

PUTRAJAYA - Jabatan agama perlu mempunyai bukti yang kukuh untuk melakukan pendakwaan terhadap pengikut fahaman Syiah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
  
Ini kerana katanya perkara sedemikian tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
  
Dakwaan hanya boleh dilakukan menerusi pengakuan individu itu sendiri selain memerlukan saksi bagi menguatkan pendakwaan, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pencegahan Jenayah Syariah, di sini hari ini.
  
Sehubungan itu, Jamil Khir meminta semua pihak agar tidak mengukur tindakan yang diambil oleh jabatan agama terhadap pengikut Syiah hanya bersandarkan bilangan kes yang diselesaikan.
 
"Jabatan agama sangat serius mengenai soal akidah ini.
    

Contohi pendekatan Ustaz Azhar Idrus tarik generasi muda dekati Islam

2sSHAH ALAM 16 DIS : Para pendakwah disarankan untuk mengikuti strategi penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus untuk menarik minat anak-anak muda supaya mendekati ajaran Islam dan mempraktikkannya dalam kehidupan.
Exco Hal Ehwal Islam,Sallehen Mukhyi, berkata pendekatan Ustaz Azhar wajar dijadikan contoh kerana penceramah itu bijak mengatur strategi seiring dengan kemahuan dan selera anak-anak muda, namun masih berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah.
Katanya, dalam dunia serba mencabar pada hari ini, kreativiti dalam menjalankan usaha berdakwah juga perlu agar segala mesej penting dapat disampaikan dengan cara yang berkesan.
“Ada yang tanya Ustaz Azhar, boleh atau tidak saya bawa ‘awek’ saya naik motor, Ustaz (Azhar) jawab boleh, tetapi ayah ‘awek’ awak kena duduk di tengah-tengah.
“Ini strategi Ustaz (Azhar) sebab dia tahu bahawa anak muda tidak mahu mendengar perkataan ‘tidak boleh’, maka dia bagi jawapan yang anak muda hendak dengar tetapi diselitkan syarat di sebalik ‘boleh’ itu,” kata Sallehen.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian program Simposium Pendakwah Muslimah yang diadakan di Dewan Auditorium Jubli Perak di SUK pagi tadi.

Perjanjian konsesi bukan alasan naik tol

Alasan bahawa tol mesti dinaikkan kerana ia sebahagian daripada perjanjian dengan syarikat konsesi terlalu dangkal dan tidak boleh diterima, kata PKR.

Pengarah strateginya Rafizi Ramli berkata, ini kerana, sebahagian besar syarikat pemegang konsesi dikuasai oleh anak-anak syarikat kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Anggota Parlimen Pandan itu justeru berkata, kerajaan oleh itu mempunyai kuasa dan pengaruh untuk merunding semula terma berkaitan.

"Ini bermakna, kerajaan persekutuan mempunyai kuasa dan pengaruh untuk duduk berbincang dengan pemegang-pemegang konsesi sama ada melalui pemilikan saham pemegang konsesi ini atau bantuan kewangan yang telah pun diberikan kepada syarikat pemegang konsesi," katanya.

Kesilapan perjanjian konsesi olej kerajaan BN punca kadar tol naik, kata Khalid Ibrahim


Kesilapan kerajaan pusat ketika membuat perjanjian dengan syarikat konsesi lebuh raya tanpa menyatakan jumlah keuntungan maksimum yang boleh dikutip mengakibatkan rakyat terpaksa membayar tol lebih daripada sepatutnya.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata kesilapan ini sepatutnya diperbetulkan kerajaan pusat sejak sekian lama supaya rakyat tidak lagi terbeban dengan keadaan ini.
Khalid, bekas tokoh korporat negara berkata, perjanjian konsesi lebuh raya lebih menumpukan kepada tempoh perjanjian sehingga mengakibatkan syarikat konsesi mengaut keuntungan berganda yang melampaui kos perbelanjaan awal yang telah dikeluarkan untuk menyiapkan projek berkenaan.
“Kita dapati syarikat konsesi, apabila membentangkan kertas kerja, menyatakan peratus pertumbuhan trafik adalah lebih rendah dari apa yang berlaku sekarang.
“Ini bererti aliran tunai atau pendapatan hasil untuk konsesi adalah lebih besar daripada apa yang dijangkakan.
“Walau bagaimanapun pemegang konsesi masih menuntut walau mereka sudah memperoleh (keuntungan) daripada apa yang dijangkakan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dalam sidang medianya sebagaimana dilaporkan Selangorkini.
Bagi beliau, kerajaan pusat perlu menyemak semula pulangan keuntungan yang diperoleh syarikat konsesi dan mengubah pendirian mereka kerana pada dasarnya kerajaan sudah membayar lebih dari sepatutnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan

Politik Rasionalisasi Umno

Dasar sekular dan cabaran PAS di sepanjang perjuangan

Perhimpunan agung Umno baru selesai. Ia selesai terkemudian daripada muktamar PAS. Namun kedua-duanya ada asas perbincangan yang saling berkaitan. Antaranya ialah berkaitan dengan nilai perjuangan dan kebenaran dasar. Pada perhimpunan Umno terungkap penggulungan presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mahukan meminda perlembagaan partinya supaya jelas keIslamannya.

Sementara pada muktamar PAS sebelum itu, presidennya Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencetus kesediaan untuk bermuzakarah atas isu Islam dan Melayu. Oleh itu bagi pemahaman umum, kedua-dua presiden parti utama di Malaysia hari ini dilihat komited untuk mewakili umat Islam dan orang Melayu, khususnya dalam beberapa isu yang mempunyai nilai bersama (baca: Islam dan Melayu).
Justeru menunjah nilai bersama ini, pastinya Umno akan sentiasa menjulang kononnya mereka hebat di depan rakyat dan perjuangan yang benar dalam membela semua isu agama dan bangsa di negara ini. Di sisi mereka (baca: pemimpim Umno), tiada parti lain yang berjuang sepenuh keikhlasan dan kebenaran melainkan Umno, terutama dalam memperjuangkan Islam dan membela orang Melayu. Di sisi mereka juga, tiada lain bagi PAS melainkan kepalsuan dan retorika yang melampau. Malah mereka akan menafikan apa sahaja kebobrokkan terhadap nilai Islam dan kemurnian Melayu jika dikaitkan dengan Umno (dasarnya). Sedangkan apa yang berlaku, banyak kepincangan dasar yang dirancang oleh Umno yang merugikan agama Islam dan orang Melayu. Antara yang paling nostalgik (akibat dasar bobrok) ialah kegagalan dasar pendidikan dalam memperdanakan sistem Islam di persada nasional, sehingga pendidikan Islam bukan menjadi yang wajib (compulsory) untuk semua pelajar Islam. Sehinggakan ada ibu bapa Muslim yang sanggup mengecualikan anaknya daripada mengikuti kurikulum Islam. Hal yang serupa melanda warisan Melayu, apabila tulisan jawi tidak lagi menjadi sebahagian daripada pengajaran di sekolah. Akibatnya berlaku kadar buta jawi yang semakin tinggi dan turut melembabkan pencapaian anak-anak Melayu bagi menguasai bahasa dan pembacaan Al-Quran. Kini, melalui sistem pendidikan konvensional (berpandukan dasar pendidikan yang mengkesampingkan agama) telah lahirnya masyarakat Melayu yang sekularis dan nipis nilai-nilai hidup beragama (religious).

Lembab macam Barisan Nasional

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
KENYATAAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shahidan Kassim bahawa pengurusan banjir di Malaysia adalah yang terbaik di Asia Tenggara ternyata hanya propaganda untuk membohongi rakyat Malaysia. Zaman di mana makLumat cuma di hujung jari, rakyat dapat membuat perbandingan dengan pantas sekali. 

Di media sosial, tersebar foto pengurusan banjir di Thailand di mana khemah dan sekatan disediakan untuk setiap mangsa banjir. Thailand bukan negara majoriti umat Islam tetapi mereka tahu menghormati hak persendirian. Malaysia sebuah negara Islam yang akan meletakkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam perlembagaan, mangsa banjir diuruskan ala kadar oleh kerajaan BN. Lelaki, perempuan, kecil, besar, tua, muda dihimpunkan dalam satu dewan – langsung tidak mengikut Sunnah.
Masalah bagi kaum wanita hendak menyalin pakaian atau menyusu anak. Kalau wanita Muslim diasingkan pada satu  tempat, boleh juga mereka membuka tudung.
Bagi yang mahu mempertahankan syariat terpaksalah menutup aurat 24jam sepanjang berada di pusat penempatan banjir. Kerajaan BN tidak sempat untuk memikirkan itu semua, Mungkin kerana menganggap semua itu bukan masalah besar. Isteri Perdana Menteri pun sentiasa berbogel kepalanya.
Banjir melanda lima buah negeri kali ini iaitu Johor, Melaka, Pahang, Terenggau dan Kelantan.
Hampir 70 ribu terpaksa dipindakan di seluruh negara merupakan jumlah yang sangat besar.
Pahang dan Terengganu adalah dua buah negeri yang paling terkesan. Ada kawasan air banjir hingga mencecah bumbung. Kawasan yang jarang ditimpa banjir turut mengalaminya untuk kali pertama.
Ada yang berpindah ke pusat penempatan yang juga dinaiki air. Pelbagai kerumitan dialami oleh mangsa banjir. Mereka tidak dipindahkan segera dengan bantuan pelbagai unit dalam kerajaan. Ramai yang terpaksa menyelamatkan diri dengan inisiatif sendiri.

Pengikut 'ajaran Harun' didakwa bunuh Ahmad Raffli

Pengikut 'Ajaran Harun' didakwa bunuh Ahmad Raffli  
Harun Mat Saat, 47, (duduk) bersama Sumustapha Suradi, 39 (dua, kiri) yang didakwa membunuh Ketua Penolong Penguatkuasa (Jaip) Ahmad Raffli Abdul Malek, ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi Kauntan, hari ini. - Foto Bernama
KUANTAN - Ketua ajaran sesat  'Ajaran Harun' dan tiga pengikutnya dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini hari ini berhubung tuduhan membunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raffli Abd Malek.
Seorang daripada pengikut ajaran sesat itu, Sumustapha Suradi, 39, dari Kampung Sibugal Besar, Sandakan, Sabah, didakwa membunuh Ahmad Raffli, 49, di hadapan rumah mangsa di Lorong IM2/29, Bandar Indera Mahkota di sini jam 1.50 tengah hari 10 November lepas bersama dua orang lagi yang masih bebas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.
Ketua ajaran sesat itu, Harun Mat Saat, 47, isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 30, dan seorang lagi pengikutnya, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37, pula didakwa bersama-sama dengan Sumustapha dan dua lagi yang masih bebas bersetuju antara satu sama lain melakukan konspirasi jenayah yang membawa kepada pembunuhan Ahmad Raffli.

KPF jual 51% ekuiti saham pada harga rendah

Presiden Anak Mazlan Aliman mendakwa, nilai yang dibuat beberapa firma bebas lain menunjukkan saham itu boleh dijual dengan harga lebih tinggi.

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) menjual 51% ekuiti saham kepada Felda GLobal Venture Holdings Berhad (FGVH) pada harga rendah.
KPF menjual keseluruhan 112 juta (51%) unit saham dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada FGVH membabitkan jumlah bernilai RM2.2 bilion dengan nilai RM19.61 sesaham secara tunai.
Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Agung Khas (EGM) KPF di Menara Felda pada 27 Oktober lalu dan mendapat persetujuan majoriti besar perwakilan.
Bagaimanapun Presiden Anak Mazlan Aliman mendakwa, nilai yang dibuat beberapa firma bebas lain menunjukkan saham itu boleh dijual dengan harga lebih tinggi.
Menurutnya, firma penyelidik Kenanga Research dalam laporan 8 November 2012 menilaikan 51% ekuiti saham itu boleh dijual dengan jumlah RM3.2 bilion, manakala TA Securities pada Julai 2013 menilaikan jumlah RM4.08 bilion dan Bank CIMB RM2.8 bilion (19 Julai 2013).
“Bagaimana jumlah nilai itu boleh dipersetujui sedangkan laporan penganalisis hasil kajian awal membuktikan nilainya lebih besar daripada itu.

Rafizi minta pertolongan Hong Kong siasat dakwaan penyelewengan Gani Patail

Susulan pendedahan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim mengenai salah laku Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, PKR akan meminta kerjasama pihak berkuasa Hong Kong untuk menyiasat isu tersebut.
Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, keputusan itu diambil memandangkan masih tiada tindakan konkrit dari pihak berkuasa negara ini di atas pengakuan Mat Zain itu.
"Oleh yang demikian, sebagai Ahli Parlimen dan Pengarah Eksekutif badan pemantau rasuah National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW Centre) saya telah membuat keputusan untuk menghubungi pihak berkuasa Hong Kong untuk membawa perkara ini ke perhatian mereka bagi siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Rafizi, NOW Centre mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa Hong Kong dan beberapa Ahli Parlimen Hong Kong semasa siasatan terhadap dakwaan salah laku rasuah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dibuat di Hong Kong tahun lalu.
"Kerana itu saya akan menghantar laporan dan permohonan rasmi kepada Setiausaha Keadilan Hong Kong, Pengarah Pendakwaan Awam Hong Kong Rimsky Yuen, Keith Yeung, dan Ahli Parlimen Hong Kong James To untuk menyiasat dakwaan wang sogokan dimasukkan ke akaun Tan Sri Gani Patail di Hong Kong," katanya.

Kurangkan subsidi: Apa lagi pilihan kita, soal kerajaan UMNO@BN..??

Polisi pengurangan subsidi yang menyebabkan kos sara hidup naik terpaksa dilakukan kerajaan bagi mengelakkan negara terus mengalami peningkatan defisit dalam kewangan negara, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menurutnya, ia satu keputusan sukar bagi pihak kerajaan namun jika ia tidak dilakukan, ia akan terus memberi tekanan kepada kantung negara.

"Ia adalah satu isu yang sukar bagi kerajaan. Apa pilihan kita? Buat seperti biasa, dengan defisit dan ketidakcekapan?

"Kalau kita teruskan polisi sekarang yang tidak berbuat apa-apa, ia akan menyebabkan tekanan kepada akaun semasa kita.

"Yang penting kita buat ini secara beransur-ansur dalam masa beberapa bulan.

"Rakyat kena faham bahawa jika kita tak buat apa-apa kita akan berhadapan masalah dalam masa depan," katanya sewaktu dalam forum sambutan tiga tahun Program Transformasi Ekonomi di Putrajaya pagi tadi.

Jawatankuasa Fatwa Perlis haramkan daun ketum

Jawatankuasa memandang serius masalah ketagihan ketum yang boleh mengancam masa depan ummah dan akhir-akhir ini didapati menular dalam kalangan generasi muda termasuk murid sekolah rendah

KANGAR: Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan penggunaan daun ketum  (gambar) dan produknya kerana pengunaan tumbuhan itu membawa kerosakan kepada mereka yang menggunakannya.
Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pada 30 Oktober  lepas dan sudah disembah maklum kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.
Jawatankuasa memandang serius masalah ketagihan ketum yang boleh mengancam masa depan ummah dan akhir-akhir ini didapati menular dalam kalangan generasi muda termasuk murid sekolah rendah, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Sehubungan itu juga kata Juanda, jawatankuasa tersebut mengusulkan kepada kerajaan agar mewujudkan undang-undang dan hukuman lebih berat seperti tindakan penyalahgunaan dadah, bagi mengekang ketagihan ketum.
“Letakkan penyalahgunaan daun ketum dan produknya di bawah Akta Dadah Berbahaya berbanding sekarang di bawah Akta Racun 1952 yang hanya membawa hukuman denda sehingga RM10,000 dan/atau penjara selama empat tahun bagi mereka yang disabit memiliki, memproses atau menjual daun ketum,” katanya.

Jakim salah fakta Syiah

Kenyataan Jakim bahawa amalan Syiah berkembang di Tanah Melayu selepas Revolusi Iran ialah menunjukkan Jakim tidak memahami Syiah.

PETALING JAYA: Dua hari lepas, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menegaskan bahawa semua ajaran dan fahaman Syiah menyeleweng daripada pegangan Ahl Sunnah Wal Jamaah (AWSJ) dan hukum syarak.
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha (gambar)  berkata kajian jabatannya mendapati bahawa Syiah berasaskan ajaran Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah atau Imam Dua Belas aktif selepas Revolusi Iran pada tahun 1979.
Jabatan tersebut turut mengenal pasti seramai 1500 pengikut Syiah.
Menurutnya penyelewengan ajaran Syiah Imam Dua Belas ialah seperti berikut:
a) meyakini imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada sebarang dosa
b) mengkafirkan para sahabat Rasulullah (c) tiada solat Jumaat
d) mengharuskan jamak solat fardu dalam semua keadaan
e) menghalalkan nikah muta’ah (f) penyanjungan keterlaluan kepada Saidina Ali ibu Abi Taib sehingga disamatarafkan dengan Rasulullah, Nabi Muhammad saw
(g) menambah nama Saidina Ali dalam kalimah syahadah selepas nama Nabi Muhammad.
Walau bagaimanapun, kajian antropologi dan sosiologi menunjukkan bahawa pengikut Syiah wujud di Tanah Melayu sejak berkurun lamanya sebelum tercetusnya Revolusi Iran.
Ini menunjukkan bahawa pihak Jakim tersilap di dalam kajian mereka.

Kekaguman: Teruskan perjuangan, jangan peduli ‘cerita dongeng’ KDN

Dari segi perundangan, seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan sebaliknya. Dan beban untuk membuktikan kesalahan itu jatuh kepada penuduh, bukan orang yang dituduh perlu membuktikan dia tidak bersalah, kata Haris Ibrahim

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu disarankan untuk tidak mempedulikan ‘cerita dongeng’ yang mengaitkannya dengan fahaman syiah.
Sebaliknya, Pengasas NGO Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim menyarankan supaya pemimpin kedua tertinggi PAS itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu untuk meneruskan perjuangannya membela nasib rakyat dan negara.
Haris, yang merupakan seorang peguam berkata Mat Sabu tidak harus melayan tuduhan kepadanya kerana ia adalah tugas Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membuktikan bahawa Mat Sabu mengamalkan fahaman Syiah.
“Dari segi perundangan, seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan sebaliknya. Dan beban untuk membuktikan kesalahan itu jatuh kepada penuduh, bukan orang yang dituduh perlu membuktikan dia tidak bersalah.
“Tapi ini Malaysia, jadi kita paham. Sistem perundangan kita memang terbalik,” katanya apabila dihubungi hari ini.

Terkagum: Dr. Asri Belasah Zamihan KDN


Dr. Asri dalam kenyataan dalam media sosial mempertikaikan kredibiliti usaha KDN mengumumkan beberapa bukti penglibatan tokoh politik sebuah parti dalam ajaran Syiah.
Malah dalam status terkini Dr. Asri, beliau mempertikaikan bukti berdasarkan gred yang dinyatakan Zamihan (gambar).
Dalam status itu, Dr. Asri berkata;
“Tongkat Ali dan Kacip Fatimah adalah pengaruh Syiah dalam perubatan Melayu tidak dinamakan Abu Bakar atau Aishah tapi dipilih nama yang dipuja Syiah.
“Namun jika minum kopi Tongkat Ali atau serbuk Kacip Fatimah tidak tidak boleh dijadikan bukti gred C atau D bahawa kita telah menganut Syiah.
“Kita mungkin dapat gred A tenaga batin tapi bukan tenaga Syiah..lebih lucu jika ada yang terbukti Syiah dalam tulisannya serta berguru pula dengan Hassan Saqqaf yang pro Syiah tapi berlakon tidak setuju dengan Syiah”.

Lebih 40,000 bantahan, DBKL mesti batal kenaikan cukai

Nurul Izzah bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan borang bantahan kenaikan cukai di bangunan DBKLNurul Izzah bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan borang bantahan kenaikan cukai di bangunan DBKL
KUALA LUMPUR 16 DIS: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mendesak Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib membatalkan kenaikan cukai pintu Kuala Lumpur sehingga semua proses undang-undang selesai.
“Tolong batalkan arahan ini sehingga mereka mendengar semua bantahan dan proses pendengaran,” kata Nurul Izzah kepada pemberita selepas menyerahkan borang bantahan penduduk kepada DBKL.
Beliau kesal kenaikan diputuskan Datuk Bandar sewenang-wenangnya walaupun sebelum ini memberi jaminan tiada kenaikan cukai.
“Tahun lepas beliau dengan bangganya mengatakan kutipan cukai adalah yang tertinggi dan tiada keperluan untuk mereka menaikkan cukai. Terangkan kepada kami kewajaran menaikkan cukai ini.
“Mengapa dalam tempoh tidak sampai setahun beliau mengubah fikiran?” soal Izzah.
DEMO_DBKL“Kenaikan ini mengejutkan warga kota yang majoritinya mempunyai pendapatan rendah,” tambahnya.
Menurut Nurul Izzah, lebih 40,000 borang bantahan dihantar melalui ahli parlimen parlimen Pakatan Rakyat setakat ini.
“Mengikut undang-undang, pihak kami perlu dipanggil untuk sesi pendengaran, Setiap rakyat yang mereka panggil untuk pendengaran, rakyat perlu tahu.
“Kita sudah ada perbincangan sebelum ini. Sekarang kita mahukan keterbukaan maklum balas daripada Datuk Bandar sendiri.

Wargakota berhimpun, bantah kenaikan cukai pintu DBKL

"Kenaikan Cukai Taksiran DBKL Mendadak,Tidak Berpatutan"

Anggota polis tampar orang awam ditukar ke IPD

Kenaikan tol untungkan konsesi, bebankan rakyat

Putrajaya perlu memberi penjelasan kepada rakyat berhubung rasional kenaikan tol kerana usaha itu  hanya memberi keuntungan kepada syarikat konsesi dan tidak kepada pengguna, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, hari ini.
Syarikat konsesi boleh menaikkan kadar tol setiap tiga tahun namun Putrajaya menghalang kenaikan sebelum ini dengan membayar pampasan kepada syarikat konsesi menerusi perjanjian yang ditetapkan.
Lim berkata, syarikat konsesi tidak harus menaikkan kadar tol apabila kos pelaburan mereka berjaya dikutip.
"Sebagai contoh, jambatan Pulau Pinang mengenakan tol sebanyak RM7. Syarikat konsesi berjaya mengutip kos pelaburan RM600 juta.
"Syarikat tersebut hanya mengutip keuntungan bersih daripada bayaran tol ditolak dengan kos penyelenggaraan. Kami menentang kenaikan ini tetapi perjanjian ditandantangani dan rakyat perlu menerimanya.
"Perjanjian itu memberi faedah kepada tidak lebih 20 syarikat dan bukannya 28 juta rakyat Malaysia,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu di pejabatnya di George Town hari ini.
Lim berkata demikian ketika mengulas cadangan kenaikan tol yang akan berlaku pada tahun depan mengikut perjanjian di antara kerajaan persekutuan dan syarikat konsesi.

Rakyat celik penyelewengan dan peranan kerajaan

Muhammad Firdaus Bakar

Resah rakyat dan sesiapa sahaja terhadap masa depan negara pasti ada alasan dan sebab tersendiri. Keadaan politik semasa tanah air membikin semua menarik nafas panjang. Lelah dan letih.
Apa daya rakyat membantah? Bantahan dibalas dengan pembodohan agar rakayat tidak lagi membantah lantas mengiyakan tindak tanduk kerajaan.
Apakah yang bakal dihadapai oleh anak cucu kita jika keadaan kekal sebegini? Sepak terajang dalam gelanggang politik tidak terduga.
Erti demokrasi hanya tinggal kata-kata yang diucap indah dibibir politikus. Merujuk Kamus Dewan, salah satu maksud demokrasi adalah, “keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas”.
Realitinya? Nah! Politikus berkelana mewah diastana sana, rakyat derita tidak mampu walau bercelana.
Satu telahan yang tidak dapat dinafikan, rakyat semakin mengharungi bara politik yang semakin perit. Keangkuhan politikus tidak kenal diri tanpa menghiraukan keinginan rakyat yang murni.
Lidah diikat, mulut disumbat, dicemuh hanya kerana wang dan kuasa. Suara rakyat dituli, harapan rakyat dibisu.
Kami mahasiswa, kami rakyat mendambakan tanah air ini dicorak baik selepas peralihan kuasa. Kami impikan kepimpinan yang berakar pada aspirasi rakyat, bermuara dari kesedaran tuntutan ilahi.
Rakyat diutamakan hanyalah retorik. Keperluan rakyat sememangnya adalah keutamaan. Bukan dengan menggula-gula rakyat dengan menabur wang, tetapi dengan kejujuran membanteras penyelewengan, memerangi pengkhianatan dan kualiti kepemimpinan.
Peranan kerajaan
Peranan utama kerajaan adalah meninggikan taraf hidup rakyat jelata, pembangunan pertanian, perindustrian, perdagangan, dan pelancongan merupakan antara industri yang dapat memberi perubahan kepada taraf hidup rakyat.

Polis panggil Mat Zain berhubung dakwaan terhadap Peguam Umno


Datuk Mat Zain Ibrahim akan dipanggil berhubung laporan polis, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Gambar fail.Datuk Mat Zain Ibrahim akan dipanggil berhubung laporan polis, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Gambar fail.Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis akan merekodkan kenyataan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim atas laporan polisnya semalam yang menuduh Peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memfailkan afidavit palsu.
Ketua Polis Negara itu berkata, Mat Zain mungkin akan dipanggil hari ini berhubung laporan polisnya yang dibuat di Balai Polis Setapak semalam.
“Kita akan lihat kesalahan yang didedahkan dalam kenyataan ini,” katanya pada sidang media di Cheras petang ini dipetik daripada laporan Malaysiakini.

K’jaan digesa gantung khidmat AG sebaik siasatan di Hong Kong dibuka

PETALING JAYA 16 DIS: Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, Peguam Negara (AG) Tan Seri Abdul Gani Patail perlu digantung tugas sebaik kertas siasatan terhadapnya dibuka pihak berkuasa Hong Kong.
gani_patailMenurut Rafizi laporan dan permohonan rasmi telah dibuat kepada Setiausaha Keadilan Hong Kong, Rimsky Yuen dan Pengarah Pendakwaan Awam, James To bagi menyiasat pendedahan wang sogokan yang dimasukkan ke akaun Gani di Hong Kong.
“Setakat pengetahuan saya mengenai pihak berkuasa Hong Kong, mereka berkuasa menyiasat urusniaga pemindahan wang ke akaun di negara itu jika disyaki melibatkan rasuah atau penggubahan wang haram.
“Saya percaya jika siasatan dapat dimulakan di Hong Kong kerajaan Malaysia tiada pilihan kecuali respon mengenainya termasuk menggantung perkhidmatan Gani sehingga siasatan di negara itu selesai,” katanya lagi.
Rafizi berkata, maklumat berhubung pendedahan tersebut tidak akan diserah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan suruhanjaya anti rasuah Hong Kong.
Ini ekoran prestasi mengecewakan ‘kerjasama’ kedua agensi itu dalam kes penggubahan wang haram melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sebelum ini.

Dakwaan rasuah Gani Patail diadu ke Hong Kong

RAFIZIPETALING JAYA 16 DIS: Dakwaan rasuah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail seperti didedah bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim dalam akuan bersumpahnya akan diadu kepada pihak berkuasa Hong Kong, kata ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
“Pendedahan terbesar dalam akuan bersumpah (SD) itu ialah dakwaan rasuah bersabit kes tuntutan bertindih Pulau Batu Putih di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
“Antaranya mendakwa mengenai akaun Gani di Hong Kong,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Pada 25 Mei 2008, ICJ memutuskan Pulau Batu Putih yang terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusoh, Johor adalah milik Singapura dengan Gani mengetuai pasukan undang-undang Malaysia ketika itu.
Manakala Mat Zain baru-baru ini membuat SD berhubung perbincangannya dengan Tan Sri Shafee Abdullah, peguam yang sering mewakili pemimpin Umno dan menyebut nama Gani dalam kes tertentu.

Guna Jalan Tanpa Tol: Makin tak rasional dah BN ni, hilang akal kot...!!!

Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenaikan tol yang bakal berlaku tahun hadapan adalah munasabah.
"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium.
"Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Wahid juga menegaskan pihak konsesi perlu menjalankan kajian daya saing untuk memastikan sama ada pengguna dapat menerima kadar tol baru yang dicadangkan sebelum ia dilaksanakan.
"Projek ini dicadangkan dan dilaksanakan oleh sektor swasta dan kerajaan kerajaan akan tentukannya berdasarkan keperluan memandangkan kita perlu pertimbangkan memperbaiki infrastruktur pada kos lebih rendah," terang beliau lagi.

Anggota Polis Menampar Orang Awam Di Bayan Baru

Afidavit palsu Peguam Umno: Polis akan rekod kenyataan Mat Zain

Authorities intimidate anti-assessment rally protesters

Kenaikan Tol 2014: Rafizi Sifatkan Kenyataan Menteri JPM Dangkal

Kenaikan Cukai Taksiran Melampau: Lebih 500 Protes di Dataran DBKL

Dorell Leiking: Kerajaan Baru PR, Tunggu Sabah Dan Sarawak

Tak salah pertahankan bahasa ibunda - Samad Said

Orang ramai merungut jika tambang bas sekolah naik 40%, kerajaan BN peduli apa..!!

Polis: Tindakan menunggu penganjur bantahan di DBKL

TOL NAIK : Tak sampai 20 sykt untung tapi 28 juta rakyat Malaysia rugi

Rakyat Makin Sengsara Dengan Pelbagai Kenaikan Oleh Kerajaan UMNO-BN

Rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta golongan fakir miskin bakal berdepan dengan pelbagai kenaikan selepas PRU13 bermula dengan kenaikan petrolieum.Kenaikan gula turut diikuti selepas pembentangan budjet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan.
Kini seluruh pengguna Astro pula berdepan dengan kenaikan RM2 bagi Pakej Famili dan RM6 bagi Pakej Sukan yang telah berkuatkuasa 11 November 2013 turut menambahkan tekanan pada lebih 3juta pengguna Astro yang terpaksa membayar kenaikan pakej tersebut sedangkan Astro umumkan perolehan RM2.3 Billion untuk 6 bulan pertama berakhir 31 Januari 2014 iaitu peningkatan 13 peratus. Sedangkan Menteri Penerangan,Komunikasi dan Multimedia mempunyai kuasa terhadap mengawal dan menentukan harga pakej langanan yang ditawarkan Astro.
Bermula Januari 2014 pula rakyat Malaysia pula akan berdepan dengan kenaikan elektrik sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Seri Maximus Ongkili baru-baru ini sebanyak 15 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, manakala di Sabah dan Labuan berjumlah 5sen. Satu kenaikan yang sangat ketara.
Wargakota Kuala Lumpur pula bakal berdepan dengan kenaikan tambang LRT dan Monorel berkuatkuasa pada 2014 sudah pasti akan membebankan para pengguna pengangkutan awam tersebut. Kerana LRT dan Monorel adalah merupakan pengangkutan golongan berpendapat rendah dan sederhana, mahasiswa, pelajar-pelajar dan warga miskin.

Putrajaya boleh hentikan kenaikan tol, kata Rafizi


Putrajaya mampu menghentikan semua cadangan kenaikan kadar tol, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 16 Disember, 2013.Putrajaya mampu menghentikan semua cadangan kenaikan kadar tol, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 16 Disember, 2013.Putrajaya boleh menghentikan cadangan kenaikan tol kerana kebanyakan syarikat konsesi tol merupakan syarikat berkaitan kerajaan, kata Rafizi Ramli.
Pengarah Strategi PKR itu berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar kenaikan tol tidak dapat dielakkan adalah tidak benar kerana mereka mempunyai kuasa untuk mengawal kenaikan harga.
"Kebanyakan pemegang konsesi dalam negara menerima modal kerajaan semasa pembinaan lebuh raya.
"Contohnya Maju Expressway (MEX) diberikan dana penuh berjumlah RM976.7 juta," kata Ahli Parlimen Pandan itu dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.
Hujung minggu lalu Abdul Wahid berkata, kenaikan harga tol pada 2014 tidak dapat dielakkan kerana kerajaan sudah menandatangani perjanjian dengan syarikat konsesi.

PKR dedah pelaburan Petronas RM15.8 bilion berisiko tinggi rugi

rafizi-TI-01PETALING JAYA 16 DIS : PKR mendedahkan pelaburan Petronas berjumlah RM15.8 bilion di Kanada berisiko tinggi ekoran beberapa syarikat besar dunia yang melabur di dalam gas asli bantuan (shale gas) kerugian berbilion ringgit.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata sepatutnya Petronas lebih berhati-hati memasuki industri itu ketika syarikat besar sedang mengalami kerugian besar.
Katanya, tiga syarikat besar yang mengalami kerugian itu antaranya syarikat gas asli terbesar Kanada iaitu Encana Corporation, syarikat British iaitu BG Group dan syarikat minyak dan gas Australia iaitu BHP.
“Pada 27 Julai 2012, Encana Corporation kerugian RM5.2 bilion (1.7 bilion dolar kanada) apabila terpaksa melupuskan nilai pelaburannya di dalam rezab gas asli batuan yang tidak memberikan pulangan seperti dirancang. Mereka mengumumkan bahawa akan lebih banyak syarikat kerugian dari operasi masa depan.
“BG Group juga melupuskan bilai pelaburan yang berjumlah RM3.9 bilion (1.3 bilion dolar kanada)
“Begitu juga dengan BHP kerugian RM7.5 bilion (2.5 bilion dolar Kanada) selepas membeli rezab gas asli batuan dari Chesapeake Energy setahun sebelum itu jatuh merudum sepanjang 2012. Dalam tempoh setahun, nilai pelaburan BHP susut hampir separuh dari nilai pelaburan asal,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.

Kenapa tak dakwa saya Syiah - Anwar

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tuduhan Syiah terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak lebih sebagai agenda Umno BN untuk menjatuhkan musuh politik mereka.

Lebih malang katanya, Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) juga dilihat cuba dijadikan boneka oleh pemimpin politik BN bagi mencapai matlamat itu.

Menurut Anwar, sekiranya kerajaan sudah cukup bukti maka teruskan pendakwaan dan jangan hanya retorik semata-mata.

"Saya ingin bertanya kepada pegawai Jakim adakah beliau mengikut arahan dari Naib Presiden Umno (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) atau berdasarkan undang-undang Islam?" soal Anwar.

"Kerana sebelum ini ada kes yang saya bawa di Mahkamah Syariah, Jakim tidak pernah menolong, Jakim perlu tetapkan pendirian dulu," katanya dipetik The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan buku "Spirit of Merdeka" di Hotel Empire, Subang Jaya semalam.

KDN sebelum ini mendedahkan '10 bukti' yang mengaitkan Mohamad terlibat ajaran Syiah yang salh satunya mendakwa kerana Mohamad mengagumi Khomeini.

KL RESIDENTS protest assessment hike outside City Hall, demand Mayor's RESIGNATION

KL RESIDENTS protest assessment hike outside City Hall, demand Mayor's RESIGNATION
KUALA LUMPUR — Hundreds of property owners braved the morning traffic to congregate outside the Kuala Lumpur City Hall headquarters to protest against a controversial hike in assessment rates.
They were joined by their Members of Parliament for the various constituencies within the Federal Territory of Kuala Lumpur.
Conspicuously absent was the MP for Putrajaya Tengku Adnan, the Umno minister responsible for mooting the hike. Adnan is the current Minister in Charge of the Federal Territories.
"Tomorrow is the last day for submitting objection letters against the assessment hike to City Hall. Just this morning alone, we handed over more than 20,000 letters - just imagine how furious the people are," Opposition MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle.
"Yes, I know the general election is over and there seems to be a rush by Prime Minister Najib Razak to jack up the prices of everything from petrol to electricity to toll. It is obvious his government is trying to ram these through as soon as possible so that the people will forget all these by the time the next general election comes along. This is extremely unscrupulous and we will give our full support to the people in their fight against such injustice."
Political revenge
The protesters also demanded the resignation of Kuala Lumpur Mayor Ahmad Phesal Talib, whom many accused of "taking revenge" for the failure of his mentor Raja Nong Chik, the former FT Minister, to snatch the Lembah Pantai parliamentary seat from the Opposition.
“The assessment rate hike for KL properties is not fair and cannot be accepted,” said Opposition MP for Cheras Tan Kok Wai.
“Local elections must be held so that the mayor will be elected by the people. Only then will the mayor and DBKL understand our suffering."

Bahasa 20,000 bantahan dihantar: Ratusan warga KL himpun depan Menara DBKL


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar membawa masuk kotak berisi surat bantahan kenaikan cukai pintu ke DBKL. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Disember, 2013.Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar membawa masuk kotak berisi surat bantahan kenaikan cukai pintu ke DBKL. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Disember, 2013.Ratusan warga kota berhimpun di hadapan Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini bagi menghantar bantahan terhadap kenaikan cukai pintu bermula Januari 2014.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyerahkan notis bantahan itu kepada pegawai Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan menerima cop penerimaan.
Sementara ahli parlimen Kuala Lumpur itu menghantar notis bantahan kepada Datuk Bandar, ribuan warga kota hari ini mendesak Datuk Bandar turun ke perkarangan Menara DBKL.
Nurul Izzah berkata, Ahmad Phesal pada tahun lalu menyatakan prestasi cemerlang akaun DBKL tetapi mahu menaikkan kadar cukai pintu bermula Januari depan.
Warga Kuala Lumpur berkumpul membantah kenaikan cukai taksiran yang dikenakan DBKL bermula Januari. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Disember, 2013.Warga Kuala Lumpur berkumpul membantah kenaikan cukai taksiran yang dikenakan DBKL bermula Januari. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Disember, 2013.Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, berkata terdapat lebih 20,000 surat bantahan terhadap cadangan kenaikan cukai pintu dihantar menjelang tarikh tutup bantahan esok.
“Kenaikan cukai pintu bagi pemilik hartanah di KL tidak adil dan tidak boleh diterima,” kata Ahli Parlimen Cheras daripada DAP, Tan Kok Wai.

Kenaikan tol pelengkap pakej penderaan kerajaan BN terhadap rakyat

Kenaikan tol pelengkap pakej penderaan
SEREMBAN - Kenaikan kadar tol dijangka tahun depan, dilihat menjadi pelengkap pakej penderaan terhadap rakyat.

Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, pihaknya membantah perkara itu dan menganggap ianya tidak masuk akal memandangkan rakyat sudah cukup terbeban dengan beberapa kenaikan oleh kerajaan sebelum ini.

Menurut Mohd Nazree, sepatutnya kadar tol semakin rendah dari tahun ke tahun kerana syarikat konsesi mendapat pulangan modal bagi pembinaan lebuh raya, ditambah keuntungan berlipat ganda menerusi pertambahan kenderaan menggunakannya.

“Secara tidak langsung, keadaan ini menggambarkan betapa kerajaan pimpinan BN gagal mentadbir negara dengan baik berikutan banyak kenaikan harga berlaku, sedangkan baru tujuh bulan PRU13 berlalu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

GST beri kesan pada KDNK, kemelesatan dijangka 2016

azrul_bimbSHAH ALAM 16 DIS : Pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) oleh Kerajaan Pusat pada 1 April 2015 bakal memberikan kesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seterusnya menyebabkan berlakunya kesan buruk berganda kepada isi rumah.
Penganalisis ekonomi, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata walaupun jangkaan inflasi hanya bertambah sebanyak 4 peratus di atas kertas, realiti hidup rakyat biasa bakal terjejas teruk.
Katanya, ia menyebabkan orang ramai mengurangkan aktiviti pembelian dan menyebabkan transaksi ekonomi menjadi lembap dan seterusnya runtuh.
Gst biasa“Saya tak suka jadi penyampai berita buruk tetapi risiko akan ada risiko kemelesetan ekonomi paling lewat pada 2016 adalah sangat tinggi pada pendapat saya,” kata beliau.
“Ekonomi Malaysia bertambah teruk dan langkah kerajaan melalui Pelan Rasionalisasi Subsidi (SRP) serta (GST) hanya membawa kepada kemelesetan ekonomi dalam tempoh tidak sampai tiga tahun akan datang,” kata Azrul.
Beliau berkata demikian dalam Forum “Apa yang salah dengan ekonomi kita” anjuran Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) di ibu negara malam tadi yang dipetik dari Malaysiakini.

Ribuan himpun depan DBKL bantah kenaikan cukai taksiran melampau

demo_dbkl9
KUALA LUMPUR 16 DIS: Lebih 1,000 hadir ke himpunan membantah kenaikan cukai taksiran di hadapan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi ini.
Himpunan bermula jam 11 pagi tadi sambil diawasi kira-kira 30 anggota penguatkuasa DBKL dan polis beruniform.
demo_dbkl4Penguatkuasa DBKL turut membuat sekatan ke pintu masuk utama bangunan DBKL di Jalan Raja Laut.
Peserta himpunan yang berkumpul sejak jam 10 pagi ini turut melaungkan slogan ‘Turun Datuk Bandar’ dan ‘Rakyat bantah kenaikan cukai pintu oleh DBKL’.
Mereka turut membawa kain rentang tertera perkataan ‘Kami mahu pentadbiran msra rakyat, bukan buli rakyat’ dan ‘Kami tuntut Datuk Bandar dipilih melalui pilihan raya umum”.
demo_dbklHadir sama ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, ahli parlimen batu, Tian Chua, Teresa Kok (Seputeh), Tan Kok Wai (Cheras) selain pimpinan Pas kawasan Batu dan Bukit BIntang.
Kumpulan ahli parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan ini akan menyerahkan lebih seribu borang bantahan kenaikan cukai taksiran kepada DBKL pagi ini.

'Jenayah' culas ekonomi bukan sekadar retorik - Dr Dzul

 
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata keadaan ekonomi yang kucar-kacir sekarang berpunca dari keculasan kerajaan BN dalam pentadbiran ekonomi.

Malah menurut beliau, bukan satu perkara retorik apabila menyalahkan BN yang terus terang 'merosakkan' keadaan ekonomi hingga rakyat terbeban di negara ini.

NONE"Sekarang ini kita lihat ringkasnya, inilah dia kecurangan, pengkhianatan kerajaan yang sepatutnya mengagihkan semula kekayaan tetapi sebaliknya mengizinkan kroni menghimpun segala kekayaan.

"Dan ini jenayah paling berat dosa yang dilakukan kerajaan BN dan ini bukan retorik," kata beliau dalam forum "Apa yang salah dalam ekonomi kita" anjuran Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

Dzulkefly turut menyelar syarikat berkaitan kerajaan dan milikan kroni yang sepatutnya membantu dalam pengagihan kekayaan rakyat sebaliknya mengaut keuntungan untuk diri sendiri.

Beliau memberi contoh syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menurutnya wajib mengimbangi khidmat kepada rakyat sebagai ‘pemilik' sebenar berbanding perhitungan keuntungan semata-mata.

Malah cubaan monopoli boleh syarikat milikan kroni atau GLC sendiri langsung tidak membantu rakyat menghadapi masalah kenaikan kos.

"Kenapa Bernas ditubuhkan? Antara lain untuk pengagihan kekayaan, sama juga dengan Felda.

"Asalnya GLC seperti ini adalah untuk pengagihan semula kekayaan di negara kita ini, mereka melakukan semua perkara ini untuk memacu ketamakan," kata beliau.

20% elitis kuasai 40% kekayaan

Ahli Parlimen DAP gesa kerajaan tangani kenaikan harga tol

Selepas beberapa siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan, kini rakyat terpaksa berdepan dengan kenaikan harga tol.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen DAP, Gobind Singh Deo memberi amaran kepada Putrajaya agar bertanggungjawab ke atas tindakan menandatangani perjanjian berat sebelah dengan syarikat konsesi lebuh raya sehingga membebankan rakyat.
"Ini termasuk hak mengurangkan kadar tol apabila jumlah trafik di lebuh raya meningkat.
"Ini bermakna margin keuntungan yang dijangka bakal diraih sebenarnya telah tercapai," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berhubung kadar kenaikan tol pada tahun hadapan tidak dapat dielakkan kerana ia antara syarat dalam perjanjian antara kerajaan dan syarikat konsesi.
Menteri yang dulunya bekas Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Maybank itu berkata, kenaikan kadar tol sepatutnya dilakukan sejak 2011, namun pelaksanaan itu ditunda.
Abdul Wahid berkata, kerajaan terpaksa mengambil RM400 juta daripada kutipan hasil pembayar cukai yang ia sebenarnya digunakan untuk tujuan lain.
"Sekarang masa untuk memenuhi syarat tersebut malah kenaikan juga merupakan kiraan adil kepada pembayar cukai memandangkan pengguna menggunakan lebuh raya sebagai jalan alternatif mereka dan ia tidak digunakan setiap hari," katanya.
Sebelum ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof dalam kenyataannya berkata, kadar tol akan dikaji semula  tahun depan sebagai memenuhi perjanjian di antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuhraya.