Ahad, 15 Disember 2013

Satu Banglasia Satu Bahasa

Dalam banyak-banyak perkara negatif tentang Bangla ni tapi sesuatu  yang bagus bangsa bangla ni,diaorang rajin bekerja dan tak memilih kerja.Dapat duit kirim pada keluarga kat sana..

MB : Tiada kenaikan tarif air di Selangor walaupun Kerajaan Pusat naik kadar elektrik

air-syabas_MB1SHAH ALAM 15 DIS : Kerajaan Selangor menyatakan komitmen untuk tidak akan menaikkan harga air walaupun kadar caj elektrik dinaikkan Kerajaan Pusat mulai 1 Januari 2014.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pendekatan itu diambil ekoran mahu membantu meringankan beban rakyat.
“Walaupun Kerajaan Pusat mengambil langkah menaikkan caj elektrik tetapi Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk tidak menaikkan harga air,” katanya dalam ucapannya ketika lawatan kerja ke Rumah Puteri Arafiah Seksyen 7, di sini.
Hadir sama isterinya yang juga Yang diPertua Kebajikan dan Amal Wanita negeri (PEKAWANIS) dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Rumah Puteri Arafiah, Puan Sri Salbiah Tunut.
Turut hadir Ketua Pentadbir Perbadanan Menteri Besar (MBI), Rohany Datuk Talib dan wakil pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Norita Mohd Sidek serta Exco Kebajikan, Rodziah Ismail.

PAS Terengganu bentuk jawatankuasa sesi 2013-2015

KUALA TERENGGANU: Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu membentuk jawatankuasa sesi 2013-2015 pada mesyuarat yang diadakan di pejabat perhubungan PAS negeri di sini, hari ini.

Pada mesyuarat yang dipengerusikan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saiful Bahri Mamat (gambar) itu, Adun Bukit Tunggal, Dr Alias Abdul Razak dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, Yahaya Ali (Timbalan Pesuruhjaya 2) dan Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh (Timbalan Pesuruhjaya 3).

Yahaya dan Nik Zawawi adalah setiausaha dan ketua penerangan sesi lalu.

Muhyiddin Abdul Rashid dilantik sebagai Setiausaha sementara penolong-penolongnya ialah Zakaria Dagang, Abdullah Suhaimi Zakaria dan Adun Chukai, Hanafiah Mat.

Ketua Penerangan pula diamanahkan kepada Adun Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah, M Shukrimun Shamsudin (Bendahari) dan Adun Alor Limbat, Ariffin Deraman (Pengarah Pilihan raya).

Bagi ketua dewan peringkat negeri pula terdiri daripada Datuk Husain Awang (Ulamak), Kamaruzaman Abdullah (Pemuda) dan Safinah Jusoh (Muslimat) yang dipilih pada muktamar masing-masing.

Mohd Amar, Husam kekal Timbalan P’jaya PAS Kelantan

KOTA BHARU: Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan, hari ini telah menyenaraikan jawatankuasa bagi sesi 2013-2015.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, Timbalan Pesuruhjaya 2, Senator Datuk Dr Johari Mat (gambar) dan Timbalan Pesuruhjaya 3, Datuk Husam Musa.

Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, pada masa yang sama Badan Perhubungan PAS negeri telah melantik Zulkifli Mamat sebagai setiausaha, penolong setiausaha satu dan dua, masing-masing Nasir Daud dan Ustaz Asri Mohd Zain.

Katanya lagi, Bendahari pula, Datuk Hanifa Ahmad, Pengarah Pilihanraya, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangan, Datuk Nasaruddin Daud.

Rombakan kepimpinan PAS Kedah

ALOR SETAR:  Ketua Pembangkang DUN Kedah, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah sementara Dato’ Dr. Ismail Salleh dikekalkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi adalah muka baru dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3.
Ketika mengumumkan senarai kepimpinan baru Badan Perhubungan PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar selaku Pesuruhjaya memberitahu, lantikan dibuat adalah dengan mengambil kira bakal pemimpin akan datang yang perlu dipersiapkan dari awal.
Bekas Presiden Kulim Hi-Tech Park, Muhd Sobri Osman dilantik sebagai Bendahari dan Che Had Dhali sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri.
Mereka berdua juga ialah muka baru dalam Dewan Harian.
 Ustaz Musodak Ahmad dan  Muhammad Sanusi Md Noor dikekalkan sebagai Setiausaha dan Ketua Penerangan.

Tony Pua dipilih ketuai DAP Selangor

MP Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini dipilih untuk menggantikan Teresa Kok sebagai pengerusi DAP Selangor.

Pua dalam kenyataannya selepas pemilihan itu berkata, beliau menerima tanggungjawab berat dan cabaran berkenaan dengan perasaan rendah hati.

“Saya berada di peringkat di mana DAP memenangi kesemua kerusi yang ditandingi di Selangor dan sukar diatasi.

“Cabaran saya selepas ini adalah untuk mengekalkan rekod tersebut, dan untuk tidak menjejaskan rekod pemimpin sebelum saya,” katanya.

Katanya, beliau mensasarkan untuk turut membantu sekutu DAP dan komponen Pakatan Rakyat di negeri lain.

Jakim jangan jadi boneka politik BN, kata Anwar

Anwar gesa Jakim tidak jadi boneka BN. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Disember, 2013. 
Anwar gesa Jakim tidak jadi boneka BN. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Disember, 2013.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) tidak seharusnya membenarkan diri mereka menjadi boneka untuk menjatuhkan musuh politik Barisan Nasional (BN).
Mengulas tuduhan Syiah terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Anwar berkata, sekiranya kerajaan sudah cukup mempunyai bukti maka teruskan pendakwaan dan jangan hanya retorik semata-mata.
Menurut Anwar, Mohamad yang mesra dengan penggilan Mat Sabu perlu diberi peluang untuk membela dirinya diatas tuduhan menganut fahaman Syiah semata-mata kerana kagum dengan Ayatollah Ruhullah Musawi al-Khomeini.
"Dalam perundangan Islam pun sudah termaktub yang menuduh harus kemukakan bukti kemudian barulah dituduh membela diri.
"Jadi biarlah beliau diberi ruang dan peluang," kata Anwar kepada media selepas melancarkan buku "Spirit of Merdeka" di Hotel Empire, Subang Jaya hari ini.
Susulan dari pendedahan 10 bukti Kementerian Dalam Negeri (KDN) Mohamad terlibat dengan fahaman Syiah, Jakim pula tampil memberi kenyataan untuk menggesa pemimpin PAS itu mengemukakan bukti.
"Saya ingin bertanya kepada pegawai Jakim adakah beliau mengikut arahan dari Naib Presiden Umno atau berdasarkan undang-undang Islam?" soal Anwar merujuk kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Kerana sebelum ini ada kes yang saya bawa di Mahkamah Syariah, Jakim tidak pernah menolong, Jakim perlu tetapkan pendirian dulu," katanya.

You can’t kill the news bearer and look good

Malaysians have the right to know what their leaders are up to. 

Sixty years ago, when Marilyn Monroe sang Diamonds are a Girl’s Best Friends, little did she know some women would take the song as gospel truth.
The Prime Minister’s wife, who goes by the title First Lady of Malaysia, has made a name for herself not by her philanthropic efforts, unfortunately, but by the public’s association of her with all things expensive.
But the public had better beware. It has become dangerous to get on Rosmah Mansor’s wrong side, as The Heat recently found out.
The weekly’s publisher has received a show-cause letter from the Home Ministry, believed to be over the front-page article of its Nov 23-29 issue, “All eyes on big spending Najib”.
It is also believed that editor-in-chief David Lee Boon Siew was summoned to the ministry a week ago and told to tone down the magazine’s reports.
HCK Media, the publisher, has 14 days to reply to the show-cause letter, which was issued late last week.
In this country, speaking the truth comes at a price, particularly when it is Rosmah who is being spoken about.
Still, there should be no excuse for hiding the truth. Malaysians have every right to know what their leaders and their immediate family members are up to. This is especially applicable to Rosmah because she seems to be doing what the rakyat has paid others to do.
At least that’s what her defenders, including her husband, tell us.
According to her blog, Rosmah actively champion’s women’s issues. That’s well and good. All of her predecessors were also, in one way or another, involved with women’s issues and welfare programmes, but none of them attracted controversy.

Bukti ikut gred: KDN macam meniaga 'teloq'..

SHAH ALAM - Apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan bukti yang didedah Khamis lalu bersabit dakwaan kononnya Mohamad Sabu ahli Syiah hanya bukti gred B, Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar menganggap kementerian itu umpama berniaga telur.

Menurut Mahfuz yang dipetik dari laman mikro Twitter miliknya, kenyataan menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggunakan istilah gred, tidak ubah seperti berniaga telur kerana lazimnya ia digunakan dalam perniagaan itu.

"Syiah. KDN miliki bukti gred A. Macam berniaga teloq (telur) ayam. Ada macam-macam gred," ujar Mahfuz.

Ahmad Zahid hari ini berkata, tindakan selanjutnya berkaitan isu Syiah ini bukan lagi di bawah bidang kuasa kementeriannya sebaliknya ia sudah memasuki peringkat penguatkuasaan.

FOMCA : Kerajaan Pusat patut tangguh naik kadar tol

FOMCA
SHAH ALAM 15 DIS : Kerajaan Pusat patut menangguhkan kenaikan kadar tol yang dijangka bermula 2014 kerana ia akan menambah bebanan kepada ekonomi rakyat ekoran pelbagai jenis kenaikan barang dan perkhidmatan juga akan berlaku.
Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abd Rahman,berkata kenaikan yang dikatakan berpunca daripada perjanjian konsesi itu sebenarnya hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.
Katanya, perjanjian berat sebelah itu juga akhirnya akan menambah beban rakyat dengan pelbagai kenaikan bermula tahun 2014.
“Sudah banyak kali semakan tol dibuat. Dalam perjanjiannya, setiap tiga tahun kadar tol akan disemak, jika tidak patuhi kerajaan perlu bayar pampasan itu.
“Dalam masalah ini, kita lihat kerajaan tidak mahu lagi membayar oleh itu kadar tol dinaikkan dan kerajaan terpaksa membenarkan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengesahkan kadar tol akan dinaikkan pada tahun hadapan.

Kerajaan Umno@BN guna helah naikkan tol

KUALA LUMPUR 15 DIS: Kerajaan menggunakan helah untuk menaikkan kadar tol pada tahun hadapan, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli,
Beliau berkata, kerajaan sengaja menjadikan perjanjian konsesi dengan syarikat konsesi lebuh raya sebagai alasan utama  menaikkan kadar tol, sedangkan perkara itu masih boleh dirundingkan.
“Pihak kerajaan boleh berunding dengan pihak konsesi sebagai jalan mudah untuk tidak membebankan mereka dan rakyat.
“Jangan gunakan alasan bahawa pihak mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana perkara berkaitan kenaikan tol ini sudah terkandung dalam perjanjian,” katanya kepada Suara Keadilan.
Rafizi berkata, kerajaan sepatutnya tegas menyekat kenaikan tersebut kerana lebuhraya yang bertol  juga dibiayai oleh pinjaman mudah kerajaan.
“Pembinaan lebuhraya turut melibatkan geran atau pinjaman yang disediakan oleh kerajaan kepada konsesi-konsesi yang terlibat. Maka, kerajaan berhak untuk turut serta membuat keputusan dan menghalang kenaikan yang memang membebankan rakyat,” tegasnya.
Tambahnya, beberapa konsesi lebuh raya turut dimiliki oleh kerajaan dan sebahagian yang lain telah mencatatkan keuntungan besar dari kutipan tol.
“Konsesi lebuhraya seperti Plus Expressway Berhad dimiliki oleh kerajaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional.
“Walaupun konsesi lain bukan milikan sepenuhnya oleh kerajaan, tetapi sebahagian besar pemegang sahamnya adalah milik pihak kerajaan melalui kroni mereka.

Naik Tol, satu lagi janji BN ‘kenakan’ rakyat ditepati

yahya shari 01SHAH ALAM 15 DIS : Kenaikan kadar tol yang dijangka bermula tahun hadapan merupakan satu lagi janji Barisan Nasional (BN) untuk mengenakan rakyat ditepati, kata Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Shari.
Beliau berkata perkara terbabit sudah dijangka dan sentiasa berlaku selepas Barisan Nasional memenangi pilihanraya umum.
Katanya, sudah menjadi satu kemestian dalam pentadbiran kerajaan yang ditadbir BN untuk membuat rakyat terbeban dan menderita ekoran kegagalan mentadbir negara dengan baik.
Beliau menganggap tol yang sedia ada sudah cukup membebankan rakyat dan kini secara berterusan kerajaan menindas rakyat dengan kenaikan kadar tol yang baru.
“Seperti biasa ia satu lagi janji BN untuk mengenakan rakyat ditepati sedangkan tol yang sedia ada sudah cukup membebankan rakyat.
“Ia tidak sepatutnya berlaku kerana secara berterusan kerajaan bawah pimpinan BN menindas rakyat,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Tol naik, syukur Malaysia masih aman

KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar bahawa kenaikan tol tahun hadapan tidak dapat dielakkan mendapat kritikan masyarakat di media sosial.

Dalam keadaan beberapa kenaikan diumumkan sebelum ini, termasuk harga petrol, gula, tarif elektrik, pengumuman baru kenaikan tol ini dilihat satu lagi beban yang terpaksa ditanggung rakyat khususnya pengguna lebuh raya.

Beberapa komen di Facebook walaupun tidak secara jelas, namun sinis terhadap keputusan kerajaan itu.
Malah ada yang berpendapat, pengumuman terbaru ini sebagai tindakan 'janji ditepati' oleh BN sesuai dengan slogan 'rakyat didahulukan' atau 'rakyat kena dahulu'.

"Syukur Alhamdulillah. ..pagi2 bukak mata dapat berita mcm ni, mcm ni yg kita nak..takpe, yg penting Malaysia aman," kata Amy Setapak.
"Sekarang? giliran pemimpin BN balas budi sokongan rakyat dengan 'hadiah2' kenaikan segala benda. Nak tunggu kedai kopi dikampung jual nasi lemak RM30 sebungkus, karipap RM10 sebiji, roti canai RM25 sekeping baru nak bantah. Terima Kasih BN kerana 'DAHULUKAN RAKYAT'...," kata Ridzuan Mohammad.

"Hiduppp BN.......rakyat didahulukan...," komen seorang lagi pengguna, Nan Manjoi.

Mat Zain buat laporan polis terhadap Shafee, dakwa peguam Umno itu berbohong



Datuk Mat Zain Ibrahim akhirnya membuat laporan polis terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) mengatakan peguam Umno itu memalsukan afidavit yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang.
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu membuat laporan polis di Balai Polis Setapak tengah hari ini.
Shafee memfailkan afidavit di Mahkamah Rayuan minggu lalu sebagai respon kepada permohonan kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyingkirkannya dari mewakili kerajaan sebagai Timbalan Pendakwa Raya dalam rayuan Putrajaya terhadap pembebasan Anwar dari tuduhan liwat.
Rayuan Anwar akan didengar di Mahkamah Rayuan Khamis ini.
"Dengan segala hormatnya saya memaklumkan yang saya telahpun membuat laporan polis jam 2.11 petang ini, yang dijadikan Putrajaya Presint 7 Rpt:10437/13 bth.15.12.2013.
"Laporan ini adalah terhadap Tan Sri Mohammad Shafee bin Md Abdullah bersangkutan dengan Afidavit Jawapan diikrarkan pada 10.12.2013, yang beliau failkan dalam perkara Mahkamah Rayuan (Bidang Kuasa Jenayah) No: W-05-19-01/2012," tulis Mat Zain dalam satu kenyataan yang disertakan bersama-sama dengan laporan polis yang dibuat beliau.
Mat Zain mendakwa Shafee membuat dua kesalahan, sengaja membuat kenyataan palsu yang dibuat dalam Afidavit Jawapan dan menyembunyikan fakta material yang ada kaitan dengan prosiding Rayuan Jenayah kes Liwat II.

KAGUM: 'Bukti Syiah' Mat Sabu tak akan didedah - Zahid

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bukti yang didakwa mengaitkan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah tidak akan didedahkan kepada umum.

Laporan The Star Online menyebut, Zahid Hamid berkata beliau juga akan berhenti dari membuat kenyataan selepas menyerahkan bukti tersebut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Tugas kami (Kementerian Dalam Negeri) adalah untuk memastikan keselamatan negara manakala tugas Jakim pula ialah melihat isu yang melibatkan akidah.

"Jadi, amat penting untuk menyerahkan bukti kepada jabatan (Jakim)," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai langkah lanjut Kementerian Dalam Negeri (KDN) setelah mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad Sabu dalam Syiah Khamis lalu.

KDN juga dilaporkan memiliki bukti lebih bermutu - dikategorikan sebagai "gred A" - yang didakwa boleh mengaitkan Mohamad sebagai pengikut Syiah.

Penolong setiausaha bahagian keselamatan dan ketenteraman awam KDN Zamihan Mat Zain mendakwa, bukti berkenaan termasuk kenyataan dari individu didakwa "anak buah" Mohamad.

Imam Khomeini

Selepas 24 tahun meninggal dunia, nama Ayatollah Ruhullah Musawi al-Khomeini (gambar) terus disebut-sebut di Malaysia walaupun kali ini pemimpin besar Revolusi Iran itu digunakan untuk menuduh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai penganut fahaman Syiah.
Timbulnya nama Khomeini kali ini sudah pasti menyebabkan beribu-ribu pemuda Malaysia menggunakan khidmat “Google” untuk mempelajari tentang siapakah manusia hebat ini.
Daripada tidak tahu siapa itu Imam Khomeini kini mereka bukan sahaja mengenali tokoh itu malah mempelajari tentang Revolusi Iran yang pernah mengoncangkan dunia pada 1979.
Mereka akan mempelajari bahawa 34 tahun lalu rakyat Iran bangkit untuk menumbangkan regim Mohamad Shah Reva Pahlavi dan menukar sistem pemerintahan negara itu daripada diperintah oleh raja kepada sebuah negara republik.
Pemuda-pemuda Malaysia akan sedar, rupa-rupanya untuk menukar kerajaan tidak semestinya melalui pilihan raya. Terdapat banyak jalan lain seperti pilihan jalan raya.
Yang lebih rajin akan mempelajari dengan lebih dalam lagi dan pasti akan bertemu dengan watak Dr Ali Shariati, orang yang dikatakan sebagai arkitek Revolusi Iran.

KAGUM: Apa Yang Pegawai Agama KDN, Ustaz Dr Zamihan Nakkan Dari Mat Sabu??

PETALING JAYA: Mohamad Sabu berkata terpulang kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membuktikan beliau seorang pengikut kumpulan Syiah, berbanding dirinya yang perlu membuktikkan dia tidak bersalah.
"Beban pembuktiaan di tangan mereka kerana merekalah yang menuduh saya.
"Berdasarkan pengetahuan saya, begitulah cara undang-undang di Malaysia," kata Timbalan Presiden PAS kepada The Star Online dalam satu khidmat pesanan ringkas.
Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri dilaporkan menggesa Mohamad tampil mengemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah.
Pegawai Agama KDN, Ustaz Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari (gambar) berkata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu juga perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN semalam yang mengaitkannya dengan fahaman syiah.
Khamis lepas, KDN mengemukakan 10 bukti yang mendakwa Mat Sabu mempunyai kaitan dengan fahaman Syiah, yang dilabelkan sebagai ajaran sesat di Malaysia.
Antara bukti yang dikemukakan ialah Mat Sabu didakwa menghadiri kelas agama anjuran dua pemimpin Syiah di Bukit Merah pada 2011 dan sering menyatakan rasa kagumnya terhadap pentadbiran pemimpin Syiah di Iran, Ayatollah Ruhollah Khomeini.
Bukti berkenaan dikemukakan selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan pemimpin 'nombor dua' PAS terlibat dengan ajaran syiah.
Mat Sabu bagaimanapun telah menafikan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

KAGUM: Itu hanya bukti Gred B, kata Zahid

BAGAN DATOH - Kementerian Dalam Negeri akan menyerahkan semua bukti yang mengaitkan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan lanjut.
  
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia berikutan kes itu telah masuk ke peringkat penguatkuasaan.
  
"Segala bukti termasuk bukti Gred A akan diserahkan kepada Jakim kerana kami (KDN) terlibat soal keselamatan manakala soal akidah kita serah kepada pihak berkuasa agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Air Bagan Datoh di sini, hari ini.
  
Beliau berkata, sebarang tindakan berhubung kes berkaitan Syiah dibuat oleh Jakim dan Majlis Agama Islam negeri.
  
KDN sebelum ini mendedahkan 10 bukti yang dikategorikan sebagai Gred B mengenai pembabitan Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu dengan Syiah.

Bukti kukuh yang dikategorikan sebagai Gred A belum didedahkan kepada umum.
  
Ditanya sama ada bukti Gred A akan didedahkan kepada umum, Ahmad Zahid berkata bukti itu hanya akan diserahkan kepada Jakim.
  
Beliau yakin tindakan tegas akan diambil oleh pihak berkuasa agama terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan fahaman syiah.  - Bernama

UMNO penyelamat manusia dunia dan akhirat?

Oleh Aspan Alias
Isu Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah yang dihebohkan sekarang ini tidak kena-mengena dengan akidah atau perjuangan Islam. Itu hanya permainan politik pimpinan UMNO yang kini semakin terhakis dari pandangan rakyat. Pemimpin yang mengeluarkan isu Syiah sejak perhimpunan agung yang lalu sehingga sekarang ini tidak pun mengamalkan cara dan kehendak Ahli Sunnah Wal Jamaah itu. 

Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam UMNO itu telah dan masih melanggar pantang larang sebagai ASWJ itu. Ketandusan idea politik mereka menyebabkan ada pihak yang mahu dikalangan kita orang Islam ini bergaduh, kerana sejak beberapa ketika dahulu UMNO itu ‘survive’ di atas perpecahan orang Melayu yang rata-rata beragama Islam itu.
Malahan UMNO yang didaftarkan pada bulan Februari 1988 dahulu diasaskan oleh perpecahan orang Melayu khususnya ahli-ahli UMNO. UMNO tidak mungkin ‘survive’ dalam situasi tenang dan aman, kerana jika keadaan politik itu aman, maka UMNO merasa takut rakyat memberikan fokus untuk menilai prestasi mereka terhadap rakyat.
UMNO sentiasa merasakan mereka sedang berjalan dalam keadaan gelap gelita dan sunyi dan terpaksa membuat bising dengan menyanyi atau membakar mercun untuk memecah kesunyian yang amat mereka takuti. Semasa kampung saya belum mendapat kemudahan eletrik, keadaan pada malam hari amat gelap.

KAGUM: KDN yang perlu bukti tuduhan - Bang Mat

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertanggungjawab mengemukakan bukti kerana mendakwa beliau sebagai pengikut Syiah dan bukan sebaliknya.

Beliau mengulas gesaan oleh pegawai agama KDN, Zamihan Moat Zain yang mahu Mohamad mengemukakan bukti bagi menadikan tuduhan tersebut.

"Beban bukti di tangan mereka (KDN) kerana mereka yang menuduh saya.

"Sepanjang pengetahuan saya, itu caranya undang-undang berjalan di Malaysia," katanya seperti dipetik dalam laporan the Star Online.

Zamihan semalam menggesa Mohamad agar berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN kelmarin.

Beliau meminta Mohamad berbuat demikian sekiranya tokoh PAS itu tidak yakin dengan bukti yang dikemukakan.

"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, (Mohamad) sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan.

"Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat khabar," katanya seperti dipetik dalam laporan Bernama semalam.

Punca Harga Minyak Naik - Ustaz Azhar Idrus

Ahli Parlimen pembangkang batal demonstrasi, pilih sesi ‘bertemu’ rakyat esok


Selepas menerima pelbagai halangan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pemimpin Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) memutuskan untuk mengadakan sesi bertemu orang ramai selama sejam esok sebelum tengah hari di Dataran DBKL.
Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan merangkap Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai (gambar), berkata rancangan tersebut ditukar bagi mengelak polis melakukan sekatan jalan menghalang orang ramai menghadiri perhimpunan.
"Ia adalah hari bekerja, jika terdapat sekatan jalan raya ia pasti tidak selesa kepada orang ramai.
"Kami mahu memastikan mesyuarat tersebut berjalan dengan lancar," katanya menjelaskan alasan keputusan tersebut dibuat.
Tan berkata, orang ramai boleh datang pada jam 11 pagi untuk berjumpa ahli Parlimen kawasan mereka dan menyatakan bantahan serta rasa tidak puas hati terhadap kenaikan tarif cukai pintu yang baharu.
Beliau juga menggesa kepada pihak berkuasa supaya tidak mewujudkan sebarang halangan pada esok hari.
"Kami adalah ahli Parlimen yang dipilih dan mahu berjumpa dengan rakyat kawasan kami untuk mendengar keluhan mereka.

Tidur Masa Khutbah..'Hok Mu Kate Tu Betoooooooou..zzz' - Ustaz Azhar Idrus

Seronok Sangat laaaah..Kahwin! - Ustaz Azhar Idrus

KAGUM: Bukti kait Mat Sabu Syiah diserah kepada Jakim, kata Zahid

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyerahkan semua bukti yang mengaitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan lanjut.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia berikutan kes itu kini masuk ke peringkat penguatkuasaan.
"Segala bukti termasuk bukti Gred A akan diserahkan kepada Jakim kerana kami (KDN) terlibat soal keselamatan manakala soal akidah kita serah kepada pihak berkuasa agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Air Bagan Datoh, hari ini.
Beliau berkata, sebarang tindakan berhubung kes berkaitan Syiah dibuat oleh Jakim dan Majlis Agama Islam negeri.
KDN sebelum ini mendedahkan 10 bukti yang dikategorikan sebagai Gred B mengenai pembabitan Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu dengan Syiah.
Beliau berkata, bukti kukuh yang dikategorikan sebagai Gred A belum didedahkan kepada umum dan bukti itu hanya akan diserahkan kepada Jakim.
Beliau yakin tindakan tegas akan diambil oleh pihak berkuasa agama terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan fahaman Syiah. - Bernama

Berebut Awek Sotong Kering..'Bini Kentut, Suami Terjaga' - Ust Azhar Idrus

Dengar Kuliah Di Internet/YouTube..Adakah Dikira Taman Syurga Juga? - Ustaz Azhar Idrus

Susu SOYA Tak Baik Untuk Kesihatan?? - Ustaz Azhar Idrus

Terbaca Tahiyyat Awal Macam Tahiyyat Akhir - Ustaz Azhar Idrus

Qiblat Bagi Solat Hormat Waktu - Ustaz Azhar Idrus

Cara Paling Afdhal Ikut Imam - Ustaz Azhar Idrus

Tambang bas naik jika kenaikan kadar baru tidak diumum

Kenaikan kadar tol: Komen Timbalan Presiden FOMCA

From Datuk T-Anwar to Mat Sabu-Shia, it confirms Umno bigwigs like Zahid LACK BASIC IQ

The nation still remembers how Opposition leader, Anwar Ibrahim was portrayed in a video having sex with a China doll.
From Datuk T-Anwar to Mat Sabu-Shia, it confirms Umno bigwigs like Zahid LACK BASIC IQThe video clip, supposedly from a spy camera hidden in a closet, hit the streets, but the entire plot fell apart and people knew straightaway it was another of Umno Baru’s fitnah against Anwar.
The latest plot is to try to weaken PAS’s deputy president, Mohammad Sabu, who is known to all fellow Malaysians as Mat Sabu. The biggest weakness in this entire plot is the challenge by a young ustaz (Islamic scholar)who is a religious officer with the Home Ministry by the name of Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari.
In the latest report, Ustaz Zamihan has challenged Mat Sabu to deny the charges of being a Shiite. In a court of law, the onus is on the Home Ministry to prove beyond doubt that Mat Sabu is a Shiite. But as it is now, the evidences given are what Zamihan claims to be “Grade B” evidence.
As a non-Muslim reading about the so-called expose, it makes me wonder how our public funds are used by the government to go on a witch hunt. One’s faith is a personal matter but it looks like the Home Ministry is going on a witch hunt: Who is Shiite, who is not?
End of UMNO Baru’s political future
If this witch-hunting is allowed to dominate Malaysian politics, it will soon be the end of the UMNO-led Barisan Nasional.
UMNO, before it was declared illegal in the historic court decision of 1987, and its leaders such as Tun Abdul Rahman, and even Tun Hussein Onn would not have imagined UMNO would resort to all sort of fitnah in order to stay in power.
What's worse is the way how Islam is being portrayed by certain individuals who are using it for their own political expediency. When a minister gets excited over the expose even before the nation got to hear it from the Home Ministry’s secretary general, the motive has to be nothing but political.
Ahmad Zahid Hamidi as Home Minister should be made responsible for his actions. His conclusion, even before the evidences were brought forward to the public, was, in my opinion, not only malicious but clearly a reflection of the political culture that is so synonymous to what UMNO Baru is what it is today.

Berbagai transformasi dilaungkan, tetapi UMNO 'business as usual'

Global Financial Integrity (GFI) sekali lagi memberikan lapuran yang jumlah pengaliran wang secara haram keluar negara meletakkan Malaysia sebagai negara yang keempat tertinggi di dunia ini. Terdahulu Malaysia telah kehilangan sejumlah  RM1.03 trillion dari tahun 2001 sehingga tahun 2009 dan rakyat masih lagi berdiam diri dan hakikat ini tidak menjadi perkara besar bagi rakyat negara ini.
Entah bagaimana negara ini merupakan johan dalam isu yang buruk seperti ini dan isu ini ditatap oleh masyarakat antarabangsa. Tetapi dalam bidang lain Malaysia masih merangkak tidak dapat bergerak untuk kebaikan jika berbanding dengan negara lain. Bola sepak kita tidak menunjukkan apa-apa kemajuan malahan lebih mundur dari keadaan dahulu.
Kita menduduki tempat ke 160 dari 180 buah negara yang berkerajaan dan mempunyai pasukan bolasepaknya sendiri. Kita ketinggalan jauh dari Bangladesh dalam sukan ini dan kita adalah di antara negara yang paling hebat slogan yang di bawa ke negara tempat sukan ini di adakan. Dalam semua bidang, diperingkat antarabangsa kita ketinggalan. Kita hanya duduk di hadapan dalam bidang rasuah dan bidang membawa lari ‘ill gotten monies keluar negara dalam jumlah yang besar.’
Kalau kita harapkan pimpinan dan kroni-kroni ini untuk memperbaiki diri mereka dan berhenti atau memulangkan kembali wang yang di bawa lari keluar negara ini secara sukarela diatas kesedaran masing-masing, ia tidak akan berlaku. Sesiapa yang mengharapkan itu berlaku mereka adalah 'bermimpi disiang hari'. Jika ahli-ahli UMNO sedar mereka lah yang boleh melakukan pemulihan itu. Jika ahli-ahli UMNO tidak mampu melakukannya kerana himpitan budaya buruk ini, maka rakyat akan melakukannya.

Zahid Hamidi harus diajar, caranya terserah..!!

Yang sempat saya baca ada dua orang pengamal undang-undang (peguam) yang memberi pandangan atau nasihat kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengenai cadangannya untuk saman Naib Presiden Umno Zahid Hamidi yang dianggap telah memfitnah dan memburukkan dirinya dengan fahaman Syiah. Zahid membuat dakwaan itu semasa di pentas Umno.

Seorang darinya, Dr Zulqranian Lukman penguam muda yang meningkat naik dan juga aktivis Pas. Manakala seorang lagi Zaid Ibrahim seorang pengamal undang-undang berpengalaman dan terkenal serta bekas menteri undang-undang di zaman Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Zulqranian memberi pandangan dari sudut prosuder perundangan berpandukan kepada kes-kes yang telah lepas berhubung keberkesanan (kejayaan) atas tindakan bakal dilakukan Mohamad Sabu itu. Mengikut hematnya bukan mudah Mohamad Sabu akan menang dengan saman itu.

Beliau mengambil contoh macam mana Anwar Ibrahim sewaktu menyaman Mahathir Mohamad apabila Mahathir menuduh bekas TPM itu peliwat, ia dengan mudah ditolak mahakmah. Alasan yang diambil oleh mahkamah apa yang Mahathir kata itu sebagai termasuk dalam rukun-rukun, komen berpatutan (fair comment), atau kepentingan bersyarat (qualified privilege), kepentingan mutlak (absolute privilage) atau justifikasi (justification). Zulqarnaian tidak menyebut kemungkinan mahkamah tolak kerana pengaruh dan kedudukan Mahathir?

Berdasar apa dilalui Anwar itu, Zulqarnain mengingatkan Mohamad Sabu agar tidak mudah mengambil tindakan mahkamah. Sebalik apa yang disarankan ialah, agar Mohamad terlebih dahulu menyelesaikan kes itu dengan membiarkan pihak KDN atau kerajaan negeri mendakwanya atas kesalahan disebut Zahid itu.  KSU Kementerian Dalam Negeri, segeralah saman Mohamad Sabu sebab anda telah mendedahkan 10 bukti Mohamad Sabu sebagai Syiah? Sila... sila...

Mangsa banjir kecil hati, bukan tak dapat roti seperti didakwa tok nan..!!

KUANTAN - Sekumpulan ahli Umno keluar parti bukan kerana tidak dapat roti, tetapi kerana kecewa dengan kelemahan petugas agensi kerajaan mengendalikan isu banjir, di sini, baru-baru ini.

“Bukan sebab roti, tapi rata-rata orang Kuantan, terutama mangsa banjir, berkecil hati dengan kelemahan agensi kerajaan kendali isu banjir," kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, semalam.

Katanya, mereka amat terasa hati apabila kepayahan yang mereka alami seolah-olah dilayan sambil lewa oleh pihak kerajaan.

Fuziah Salleh, yang juga Naib Presiden PKR berkata demikian ketika mengulas punca sebenar ahli-ahli Umno Cawangan Tanah Putih Baru, di sini, bertindak keluar parti dan memohon menyertai PKR.

Bangladesh clashes turn deadly after Islamist leader executed

Maksud "Tidak Akan Masuk SYURGA" Bagi Pelaku DOSA BESAR - Ustaz Azhar Idrus

Halalkan Hutang Orang, Senang Di Akhirat - Ustaz Azhar Idrus