Jumaat, 13 Disember 2013

'Laporan, info bocor dapati M'sia kompromi dalam TPPA'


 
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) didakwa berlembut dalam mempertahankan pendirian dalam rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), antaranya dalam isu syarikat berkaitan kerajaan (GLC), tembakau, hak harta intelek dan ubat-ubatan.

Gabungan NGO anti-TPPA berkata, perkara itu bertentangan dengan janji MITI untuk melindungi kepentingan negara dan memastikan kedaulatan dan integritinya tidak dikompromi bila berdepan dengan tuntutan yang mewakili kepentingan asing.

Pengerusi Bantah TPPA (BANTAH) Mohd Nizam Manshar berkata, pendirian itu dilihat dalam laporan media dan hasil maklumat yang bocor dalam rundingan itu terkini di Singapura antara 7 hingga 11 Disember lalu.

Katanya, berdasarkan laporan berita, TPPA menetapkan kerajaan tidak boleh menyokong GLC masing-masing yang sebenarnya perlu mendapat pulangan komersial.

Adun Pulau Pinang sebulat suara sokong kenaikan gaji


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di DUN Pulau Pinang. Gambar fail. 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di DUN Pulau Pinang. Gambar fail.

Pulau Pinang hari ini menyertai negeri Selangor untuk menaikkan gaji wakil rakyat mereka sebanyak 80% selepas diumumkan di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) menyokong langkah tersebut.
Adun Pulau Pinang akan menerima RM6,000 sebulan berbanding RM4,112.79 sebelum ini bermula Jun tahun ini.
Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Air Tawar) menerima kenaikan tertinggi sebanyak 100% selepas elaunnya dinaikkan dari RM1,000 ke RM2,000.
Kali terakhir gaji Adun Pulau Pinang diselaraskan adalah pada 2004.

Aksi ‘Saya Yang Menurut Perintah’ oleh KDN

Kolar Putih

Perasaan gerun yang biasa timbul apabila mendengar nama Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini telah lenyap dan bertukar menjadi humor. Hanya perasaan simpati yang mampu ditujukan kepada KDN yang ternyata tunduk kepada “political master” mereka.
Ucapan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri merangkap Naib Presiden Umno semasa Perhimpunan Umno rupanya hanya berdegar-degar di pentas politik. Sembang politik sememangnya begitu, kencangnya ibarat pokok pun boleh tumbang.
Yang menjadi mangsa cemuhan dan usikan di media-media sosial adalah KDN sendiri yang mana Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi selaku penjawat awam menjadi kambing hitam apabila diperkudakan seperti lembu dicucuk hidung. Mengapa bukan Menteri Dalam Negeri sendiri yang tampil untuk mengeluarkan kenyataan?
Antara fenomena yang paling parah di dalam perkhidmatan awam di Malaysia adalah fenomena “political master” yang sangat menebal.
Penjawat awam tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya dalam perkara ini kerana seperti yang sedia maklum, budaya Saya Yang Menurut Perintah (SYMP) menjadi tunjang dalam perkhidmatan awam. Rawatlah sebelum parah menjadi barah.
Para penjawat awam bermula dari Gred 1 sehingga ke peringkat JUSA mahupun TURUS hanya mahu menjaga periuk nasi mereka.
Kisah penjawat awam dinafikan kenaikan pangkat, dikenakan tindakan tatatertib, diarahkan bertukar dalam masa 24 jam dan berbagai-bagai lagi bukanlah asing di kalangan penjawat awam. Ini adalah nasib kepada penjawat awam yang dikatakan ingkar ataupun tidak sebulu dengan “political master” mereka.

KAGUM: Bukti KDN tuduh Mat Sabu Syiah tidak kukuh - Phahrolrazi


Phahrolrazi Zawawi  

ALOR SETAR - Sepuluh bukti yang dikemukakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengatakan Timbalan Presiden Pas, Mohd Sabu pengikut Syiah dianggap lebih bersifat dakwaan kerana tiada bukti kukuh.

Veteran Pas yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, alasan yang diberikan juga dianggap remeh.

"Rumusan dibuat daripada maklumat yang diperoleh daripada beberapa individu. Maklumat itu tidak boleh menjurus kepada tindakan perundangan,” katanya.

Menurutnya, adalah tidak masuk akal sekiranya seseorang individu itu dikaitkan berfahaman kiri sekiranya sekadar mengkagumi pemimpin seperti Khomeini.

“Saya sarankan Mat Sabu ambil tindakan perundangan terhadap mereka yang dakwa beliau Syiah, jika benar itu tuduhan liar, beliau berhak berbuat demikian untuk bersihkan nama yang tercalar,” katanya.

KAGUM: Zahid Hamidi & KDN anjur ‘sarkas’ paling menghiburkan abad ini

Mahfuz-1SHAH ALAM 13 DIS : Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar secara sinis menyatakan dakwaan terhadap  Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu sebagai pengikut ajaran Syiah adalah ‘satu pertunjukan sarkas yang menghiburkan di abad ini’.
Katanya, isu itu akan dijaja ke seluruh negara sebagai cara untuk mengalihkan keresahan rakyat yang terhimpit dengan pelbagai kenaikan harga barangan.
“Dakwaan itu menjadikan pertunjukan sarkas paling top di abad ini. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai tauke sarkas dan menjadikan pegawai Kementerian Dalam negeri (KDN) sebagai badut sarkas, bahkan selepas ini mereka boleh ronda seluruh Malaysia kerana semalam pertunjukan baru bermula di Putrajaya.
“Mereka boleh menghiburkan rakyat Malaysia yang sedang mengelamun dengan kenaikan harga barang. Selepas ini mereka boleh lupa beban kos sara hidup,” katanya.
Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang akhbar mendedahkan 10 bukti yang mengaitkan Mat Sabu dengan fahaman Syiah.
KDN dalam sidang medianya juga mengemukakan hujah mengaitkan Mat Sabu dengan Syiah antaranya dakwaan berselawat seperti penganut mazhab itu dan mengagumi pemimpinnnya, Ayatullah Khomeini.

KAGUM: Terdapat unsur “militan” dalam Syiah, kata KPN


Syiah di Malaysia terlibat dengan unsur terorisme, kata Abdul Khalid. Gambar fail. 
Syiah di Malaysia terlibat dengan unsur terorisme, kata Abdul Khalid. Gambar fail.

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar melabelkan komuniti Syiah di Malaysia sebagai gerakan yang mempunyai elemen "militan".
Menurut Abdul Khalid, polis bekerjasama dengan penguatkuasa agama untuk memantau penganut fahaman itu kerana sebahagian daripada mereka dipercayai terlibat dengan aktiviti keganasan.

“Sesetengah penganut agama yang ditahan sebelum ini oleh unit anti terorisme merupakan penganut fahaman Syiah. Jadi kami bekerjasama dengan Jakim untuk memantau pergerakan mereka secara dekat.
“Kami tidak mahu apa yang berlaku di Syria, Iraq, Afghanistan dan Pakistan berlaku di sini,” kata Abdul Khalid dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Selangor pagi ini.
Khalid menerangkan, pendedahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai isu Syiah semalam adalah untuk menyedarkan orang ramai dan jika fahaman itu tidak dikawal, ianya boleh menggalakkan aktiviti militan.
“Bila bercakap soal keselamatan negara, saya bertanggungjawab untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan,” katanya.

KAGUM: Semua ajaran Syiah di Malaysia menyeleweng daripada Syarak, kata Jakim


Gambar hiasan.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan semua ajaran mahupun fahaman Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak.
Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata sehubungan itu beliau menafikan sekeras-kerasnya sekiranya ada dakwaan mengatakan terdapat fahaman Syiah yang mempunyai persamaan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.
Beliau berkata berdasarkan kajian Jakim, dakyah Syiah sebagai sebuah Mazhab berasaskan aliran Syiah Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah atau Imam Dua Belas mula aktif di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada 1979.
"Jadi ajaran Syiah yang diamalkan oleh pengikut di Malaysia sehingga kini adalah aliran Imam Dua Belas ini yang bercanggah dengan ajaran Islam," katanya kepada Bernama di pejabatnya baru-baru ini.
Othman berkata antara penyelewengan aliran Syiah Imam Dua Belas itu adalah:
  • Meyakini imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada sebarang dosa.
  • Mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W.
  • Tidak ada Solat Jumaat.
  • Mengharuskan jamak solat fardu dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab.
  • Menghalalkan nikah Muta'ah. * Menolak Ijmak Ulama.
  • Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali sehingga disama tarafkan dengan Rasulullah S.A.W.
  • Menambah nama Saidina Ali dalam kalimah syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W.
Dengan memberi contoh nikah Muta'ah, Othman berkata ia bukan satu pernikahan dalam Islam malah merupakan amalan jahiliah yang amat jelas bertentangan dengan Al-Quran, hadis Rasulullah S.A.W dan Ijmak Ulama.

KAGUM: Pendedahan Syiah untuk sedarkan masyarakat - KPN

Khalid Abu Bakar 
SHAH ALAM - Pendedahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai penularan fahaman Syiah di negara ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat mengenai fahaman itu yang jika tidak dibendung, ia mampu beralih menjadi militan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, pendedahan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai Syiah adalah sebagai ingatan kepada orang ramai untuk tidak memberi peluang kepada fahaman itu dari terus tersebar kerana ia hanya boleh mengundang bahaya sebagaimana yang berlaku negara-negara Timur Tengah.

"Tengok apa yang berlaku di Syria, Iraq dan paling teruk Pakistan. Apabila Syiah menjadi besar, mereka beralih menjadi militan dan berlaku pertembungan orang Sunni dengan Syiah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

RAKAMAN GAMBAR HARI JADI ROSMAH MANSOR KE 62 TAHUN YANG MENJADI PERBUALAN UMUM..JENG..JENG..!!


Tiga malam lalu 10hb Disember 2013 di sebuah lokasi di Bukit Bintang satu jamuan ekslusif dan mewah menyambut ulang tahun kelahiran Rosmah Mansor ke 62 tahun telah diadakan.

Dikatakan ianya anjuran persendirian oleh seorang pereka fesyen berasal dari Kelantan yang terlibat dalam Islamic Fashion Festival (IFF).

Nampaknya Rosmah Mansor ini sedikit tidak ada rasa kerihatinan risau sedih mengenai nasib yang sedang menimpa rakyat di Pantai Timur yang bergelumang dengan bencana banjir.

Najib Razak baru-baru menyambut hari jadinya yang ke 60 tahun .. Rosmah Mansor ke 62 tahun .. Ermmmm..

KAGUM: ADAKAH MUKHRIZ MAHATHIR PENGIKUT SYIAH KERANA BERGAMBAR DENGAN KETUA SYIAH SE MALAYSIA?


Menteri Besar Kedah yang juga anak kepada mantan Presiden UMNO Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir pergambar bergambar mesra dengan Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz.

Jika di ikut guna pakai teori Zahid Hamidi .. adakah Mukhriz Mahathir salah seorang pengikut syiah di Malaysia?????

Pernah Ketua Kumpulan Syiah Malaysia ini membuat pengakuan bahawa antara 300,000 ke sejuta penduduk Malaysia adalah pengikut Syiah.

SUASANA SOLAT JENAZAH AS-SYAHID SHEIKH ABDUL QUADER

 PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG JAMAAT-E- ISLAMI BANGLADESH YANG DIJATUHKAN HUKUMAN GANTUNG OLEH MAHKAMAH AGUNG BANGLADESH.



Suasana Solat Jenazah as-Syahid Syeikh Abdul Quader Molla,Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh..

Berikut kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS:

Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 - 12 Disember 2013) yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran.


Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.

IGP: Saya akan bincang Jakim cadangan polis syariah

IGP: Police not given notice on rally against DBKL

North Korea Executes Leader's Uncle As Traitor

Bangladesh strike called after politician's hanging

UN finds evidence of multiple chemical attacks in Syria

Pendirian MITI Bercanggah - Bantah TPPA

SURAT CINTA DAN TERIMA KASIH DR.MAZA NI BOLEH BUAT SEMUA PEMIMPIN UMNO MENANGIS


WHY NOT JUST ARREST MAT SABU?

WHY NOT JUST ARREST MAT SABU?If Home Ministry truly believes in the ten evidences they revealed today to conclude that PAS deputy president Mohamad Sabu is practising Shia, why not just arrest him?
Why Home Ministry needs to take the route of much fanfare, stirring media hype and creating public anticipation only to reveal such weak evidences, quoting blog writers, third party’s sources and Mat Sabu’s speeches to accuse the latter follows Shia teachings?
As PAS secretary general Mustafa Ali aptly puts it – the evidences presented by Home Ministry were too vague and far from being able to use to convict Mat Sabu being involved in Shia.
Shia allegation against Mat Sabu is not new, but nothing was as official as today when Home Ministry, in a special press conference, had publicly named Mat Sabu as the person UMNO vice president Ahmad Zahid Hamidi labelled as “PAS number 2” in his closing speech at UMNO General Assembly last weekend.
Instead of Zahid, it was Home Minister secretary-general Abdul Rahim Mohamad Radzi who did the dirty job today. Why?

Syiah sect is a terrorist group, says IGP

The IGP labelled the Syiah movement in the country as a group with terrorist elements.

SHAH ALAM: The Syiah movement in the country if not monitored and controlled could lead to militant activities, the Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar said today.
Declaring that he was responsible for the country’s safety and maintaining peace and order, Khalid said the police did not want any situation that could disturb the nation’s peace and stability.
Yesterday, the Home Minister Ahmad Zahid Hamidi said the government would go hard on Syiah actvities, which were banned in Malaysia.
The Home Ministry also issued a five-page statement outlining “evidence” of PAS deputy president Mohamad Sabu being involved in Syiah activities.
Mohamad Sabu has since denied the allegation and was threatening legal action against the government.
The Syiah community was a movement with terrorist elements, Khalid told reporters at the Selangor police headquarters.
He also disclosed that the police were working closely with the respective state religious departments to monitor followers of the Syiah sect.
“Some followers who were arrested previously by the counter-terrorism unit were Syiah followers.
“We are working with Jakim (the Department of Islamic Development) to monitor their movements closely,” he added.

Najib, Rosmah show their INTOLERANCE: 'Bodyguard' Zahid issues show-cause letter to weekly

Najib, Rosmah show their INTOLERANCE: 'Bodyguard' Zahid issues show-cause letter to weekly KUALA LUMPUR - It looks like Home Minister Zahid Hamii has been busy. Fresh from stirring up a storm over the Shia issue, his ministry has switched gears to steamroll over a weekly news publication, which recently ran article titled 'All eyes on big spending Najib'.
"Why are Najib and Rosmah suddenly so publicity shy? If they dare to commit misdeeds, then they should be prepared to be exposed. And why is Zahid so quick to defend them, is he their personal bodyguard," MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle.
"To issue a show-cause letter over such a matter is draconian of the Home Ministry and a slap in the face for the Umno-BN leaders who keep talking about reforms. What sort of reform is this, to punish someone for questioning the high expenses of government leaders?"
Tian also slammed Zahid for targeting PAS deputy president Mat Sabu, whom the Home Ministry has accused of being a follower of the Shia sect, an arm of Islam.
"Attacking Mat Sabu is not only vicious and defamatory. It also shows Umno's ignorance and bigotry in the the Islamic faith," said Tian.
'The Shia attack and the show-cause letter for writing about Najib and Rosmah's expenses are a clear sign that Umno has backtracked on positive and new politics. Despite Najib's promises of being moderate, he, his wife and his government are even more intolerant than previous administrations.
Even the show-cause letter is 'hush-hush'

Najib is of course Prime Minister Najib Razak, who recently came under fire for his lavish lifestyle and refusal to tone down his spending despite slamming on new taxes on the people to cut record-high government debt.
According to Malaysiakini, news weekly The Heat was issued a show-cause letter by the Home Ministry.
In typical government fashion, the Home Ministry did not mention Najib and wife Rosmah's names in the letter.

KAGUM: Kehebatan Unit Amal waktu banjir punca isu Syiah dimain semula

Timmy Say

Isu Syiah dan tuduhan Syiah terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bermula ketika Perhimpunan Agong Umno (PAU) tengah berlangsung dalam suasana riang gembira penuh makanan manakala rakyat dilanda banjir dibiarkan dalam keadaan lapar dan kesejukan.
Ketika para pemimpin Umno sedang bersorak dan berbahas isu-isu retorik, PAS menggerakkan Unit Amal dan kempen mengutip derma seluruh negara bagi membantu mangsa-mangsa banjir.
Kehebatan, keikhlasan dan keboleh-kebergantungan pada Unit Amal tersemat di hati rakyat. Kini, mereka merasa selamat dan lega apabila melihat sesiapa yang berbaju merah datang kerana mereka tahu bantuan telah datang.
Memberikan derma dan menghantar sumbangan adalah mudah, tetapi apa yang Unit Amal PAS bawa adalah lebih daripada itu.
Mereka yang berbaju merah bukan sekadar datang menghantar makanan untuk dimasukkan ke media mahupun TV, mereka datang membawa tangan-tangan yang sedia membantu tanpa mengenal warna dan ego – sanggup mengotorkan tangan dalam segala hal yang diperlukan termasuklah kerja-kerja yang paling tidak disukai iaitu membuang sampah, mengangkut barang berat, mencuci lumpur banjir, memasak – dengan hati sukarela tanpa upah kerana semuanya dibuat atas nama Allah.
Unit Amal PAS telah mendapat tempat di hati  rakyat di musim banjir ini dan ini berlaku ketika PAU sedang berlangsung. Rakyat dapat melihat perbandingan secukupnya sikap yang ambil Umno dan PAS dalam “mendahulukan rakyat”, lebih-lebih lagi apabila rakyat di dalam keadaan darurat banjir.
Gambar-gambar pemimpin PAS yang turut meredah air banjir dan mengangkut barangan telah disebar dengan hangat dan dibandingkan dengan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melawat kawasan banjir menggunakan helikopter.

KAGUM: KDN Juara "Maharaja Lawak Mega" Untuk Tutup Tirai 2013!

Bukti KDN Mat Sabu “Syiah” jadi bahan lawak media sosial

Pendedahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan fahaman Islam Syiah menjadi “bahan lawak” di kalangan rata-rata pengguna media sosial.

Kebanyakan mereka tidak dapat menerima hujah Mohamad kagum kepada pemimpin besar Revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini sebagai salah satu bukti beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu menganut fahaman Syiah.

“KDN, adakah jika aku kagum kat John Lennon sejak di bangku sekolah sampai dah mati dia pun aku kagum, maka aku anuti fahaman John Lennon?” tulis seorang pengguna Twitter @AbdMalekHussin yang juga merupakan Ketua Staf di pejabat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Andai kagumi Khomeini jadi Syiah, aku Abdul Malek bin Hussin, KP 560814-06-5467 sejak 1979 kagumi Ayatullah Rohullah Mustafa Musawi al-Khomeini.”

KDN semalam mendedahkan 10 bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya kerana memuji perjuangan Khomeni.

KAGUM: A'uuzubillah Himinasyaitan Nirajeem

Saya sudah ada kecenderugan untuk mempercayai yang UMNO mahu melihat Syiah berkembang di negara ini tetapi ia tetap berada di dalam hati masing-masing dan tidak ditunjukkan. Malahan diluaran mereka (UMNO) bercakap mempertahankan ahli sunnah wal jamaah (ASWJ) tetapi jika Syiah berkembang ia boleh dijadikan modal untuk melemahkan PAS kerana PAS adalah parti yang amat ditakuti oleh UMNO.
Mohamad Sabu, seorang pengamal ASWJ, tetapi sengaja isu ini diisukan sebagai pengamal Syiah. Mohamad Sabu merupakan seorang pemimpin PAS yang tahap kekuatan dirinya begitu kental. Mat Sabu telah di jadikan ‘punching bag’ oleh UMNO sejak beberapa lama dahulu tetapi
Mat Sabu tetap unggul setidak-tidaknya dikalangan majoriti ahli PAS. Setakat mana perjuangan ASWJ mereka itu kerana mereka sarat dengan kesalahan-kesalahan yang di cegah oleh Ahli Sunnah Waljamaah itu sendiri. Katakan kepada mereka melakukan rasuah itu bukan ikutan ahli Sunnah. Itu ikutan syaitan yang di rejam.
Syiah dan Mat Sabu nampaknya telah dipilih oleh UMNO untuk dijadikan bahan kempen UMNO untuk menundukkan PAS. Itu sebabnya saya lebih cenderung untuk mempercayai yang jika Syiah berkembang di negara ini maka UMNO akan mempunyai isu besar terhadap PAS bagi memalingkan pandangan ramai tentang kedurjanaan yang dilakukan dan berlaku dalam UMNO di setiap peringkat.
Apa sahaja akan dilakukan oleh UMNO asalkan dapat berkuasa berterusan, dan inilah sebabnya juga yang UMNO semakin hari semakin hilang moralnya dalam perjuangan mereka. UMNO sudah hilang keupayaannya untuk mendapatkan sokongan kerana kebaikan perjuangan mereka tetapi dengan menunjukkan kelemahan pihak lain yang sengaja diadakan bagi memperolehi sokongan berterusan dari rakyat.
Jika UMNO mahu melakukan kebaikan pun, parti itu tidak dapat mengenali yang mana satu yang baik atau sebaliknya. Nampaknya hijab pimpinan UMNO sudah tertutup dan tidak mungkin tahu dan faham apa yang baik yang mereka ingin lakukan. Itu sebabnya kita nampak selalu yang mereka melakukan kerja yang tidak baik dan tidak bermoral, tetapi pada pandangan orang UMNO itu adalah kerja baik.

KAGUM: Kenapa kerajaan perangi Syiah?

Malah, ada di kalangan puak-puak pelampau di dalam Syiah menganggap Saidina Ali adalah mulia sehingga ke peringkat lebih mulia daripada Rasulullah sendiri

PETALING JAYA: Umat Islam di negara ini wajib menolak fahaman Syiah kerana terbukti ia merupakan satu fahaman sesat dan menyeleweng daripada al-Quran serta Sunnah.
Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi berkata, terdapat beberapa perkara pokok yang menunjukkan fahaman Syiah bertentangan dengan ajaran Islam sebenar antaranya ia tidak pernah mengiktiraf kesemua sahabat Rasulullah.
Berbanding golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah (sunni) beliau berkata, mereka mengiktiraf kesemua sahabat Rasulullah termasuk Saidina Ali Abi Talib yang bersama-sama berjuang menegakkan agama Allah di bumi ini.
“Puak Syiah hanya menghormati dan mengiktiraf Saidina Ali dan keturunannya manakala sahabat-sahabat besar yang lain langsung tidak diiktiraf.
“Malah, ada di kalangan puak-puak pelampau di dalam Syiah menganggap Saidina Ali adalah mulia sehingga ke peringkat lebih mulia daripada Rasulullah sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin di pejabatnya pada 9 September 2011.
Untuk rekod, Sheikh Sulaiman juga adalah pensyarah di Universiti Ummul Qura, Mekah selain memegang jawatan sebagai Ketua Majlis Pentadbiran Pejabat Dakwah dan Kesedaran Islam di Mekah.
Beliau merupakan pakar dalam fahaman Syiah dan bidang kajiannya ketika mengambil sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) juga berkaitan dengan fahaman itu.
Sheikh Sulaiman berkata, fahaman Syiah juga menganggap al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah boleh berubah dan ada kekurangan.
“Iktikad ini jelas bertentangan dengan Islam kerana al-Quran terpelihara daripada sebarang perubahan serta kekurangan kerana Allah sentiasa memeliharanya. Ini merupakan jaminan Allah dan ia disebut di dalam al-Quran.

Tiga lot tanah milik Sabasun diambil – Md Said

KUALA TERENGGANU:  Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri berhasrat mengambil balik hanya tiga daripada tujuh lot tanah milik Syarikat Sabasun Hyper Runcit Sdn Bhd 2 (Sabasun) cawangan Wakaf Tembesu bagi pembangunan Bandar Baru Perkasa Alam di Kuala Nerus.
              
"Sabasun mempunyai tujuh lot tanah dengan keluasan 10.2092 ekar di dalam kawasan pembangunan bandar baharu itu dan hasil rundingan, pemaju bersetuju untuk mengeluarkan empat lot tanah dari pelan.
              
"Bakinya, sebanyak tiga lot tanah itu akan diambil balik dan bayaran pampasan akan dibuat oleh pemaju dan sebagai ganti, pihak pemaju akan memberi tiga lot tanah yang setara keluasan dan nilainya," katanya dalam sesi penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu semalam.
              
Isu Sabasun menjadi hangat sejak sebulan lalu dan tersebar luas di laman sosial, setelah pemiliknya mendakwa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menganiaya usahawan Bumiputera apabila gagal memperbaharui lesen perniagaannya.
              
Sabasun dikategorikan sebagai sebuah ’super mini market’ yang dan bukannya ’hipermarket’ yang tertakluk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Hadi: Tongkat Ali, Kacip Fatimah berasal dari pengaruh Syiah

Hadi sedar fahaman itu tidak sesuai bagi masyarakat Islam di Malaysia dan bertegas menegah ahlinya daripada terpengaruh dengan perjuangan Syiah.

PETALING JAYA: Fahaman Syiah sudah bertapak lama di rantau ini sejak dulu sehinggakan budaya masyarakat tempatan tanpa sedar turut dipengaruhi oleh ajaran itu.
“PAS sudah mengerti betapa jahilnya masyarakat rantau ini dengan ajaran Islam, sehingga pengaruh Syiah telah pun mempengaruhi masyakat serantau alam Melayu secara bebal dengan menamakan herba tempatan yang dipercayai paling berkhasiat dengan panggilan Tongkat Ali dan Kacip Fatimah,” kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tongkat Ali, atau nama saintifiknya Eurycoma longifolia (turut dikenali pasak bumi) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila) merupakan sejenis herba tempatan digunakan secara tradisional bagi tujuan kesihatan dalaman.
Wujud dakwaan yang mengatakan tumbuhan terbabit dinamakan oleh pengikut Syiah sempena nama keluarga Nabi Muhammad SAW; Tongkat Ali (Saidina Ali bin Abi Thalib) Kacip Fatimah (Fatimah Az Zahra).
Hadi berkata, pihaknya bagaimanapun sedar fahaman itu tidak sesuai bagi masyarakat Islam di Malaysia dan bertegas menegah ahlinya daripada terpengaruh dengan perjuangan Syiah termasuk perkembangan Revolusi Iran.

KAGUM: Syiah secara keturunan jangan sebar fahaman, kata Zahid



Golongan penganut ajaran Syiah secara keturunan diminta tidak menyebarkan fahaman itu kepada umat Islam yang lain, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar).
Beliau juga menyarankan kumpulan terbabit memaklumkan aktiviti keagamaan mereka kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan segera.
"Ada pecahan dalam Syiah termasuk kumpulan Buhra...mereka lakukan amalan dalam kumpulan itu tanpa sebarkan kepada kumpulan lain.
"Saya tak kata ia (amalan Syiah) dibolehkan kerana itu bidang kuasa Jakim, tapi saya fikir elok jika kumpulan berkenaan dapat beritahu kepada Jakim bahawa mereka bergiat di sekitar ahli-ahli mereka dan tidak berhajat melakukan aktiviti penyebaran mengikut anutan mereka," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV di sini, malam tadi.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada ajaran Syiah yang diikuti secara keturunan, termasuk oleh masyarakat India, boleh terus diamalkan di negara ini.

Akhbar The Heat terima surat tunjuk sebab KDN berhubung laporan Najib, Rosmah

Akhbar mingguan The Heat dikatakan menerima surat tunjuk sebab KDN. Gambar The Malaysian Insider oleh Syahirah Rashid, 13 Disember, 2013. 
Akhbar mingguan The Heat dikatakan menerima surat tunjuk sebab KDN. Gambar The Malaysian Insider oleh Syahirah Rashid, 13 Disember, 2013.

Akhbar mingguan The Heat dikatakan menerima surat tunjuk sebab dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dipercayai akibat daripada artikel muka hadapan akhbar itu mengenai perbelanjaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
The Malaysian Insider difahamkan, walaupun surat tunjuk sebab itu tidak menyatakan secara spesifik tentang artikel mana yang KDN maksudkan, dipercayai ia disebabkan laporan muka hadapan The Heat bertajuk “All eyes on big spending Najib” diterbitkan dalam isu 23 – 29 November.
Dipercayai juga Ketua Pengarang The Heat, David Lee Boon Siew juga dipanggil oleh KDN ke Putrajaya minggu lalu dan diarahkan agar mengawal laporan wartawannya.
The Heat menerima surat tersebut beberapa hari lalu dan HCK Media yang mengeluarkan penerbitan itu mempunyai 14 hari untuk menjawab.
Apabila dihubungi Lee enggan memberikan komen berhubung isu itu.
“Kami tidak mempunyai sebarang komen,” katanya.

KAGUM: KDN perlu siasat juga Umno..!!!

Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Mohd Yunus 
SEREMBAN - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak sepatutnya memandang kepada pembangkang, sebaliknya perlu menyiasat kemungkinan ada pemimpin Umno yang menjadi pengikut ajaran Syiah.

Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, adalah tidak adil apabila Syiah hanya dikaitkan dengan pembangkang, sedangkan sesiapa sahaja boleh terlibat dalam ajaran berkenaan, termasuk pemimpin atau ahli Umno.

Beliau turut menyifatkan isu Syiah sengaja dibangkitkan sesetengah pihak dengan membabitkan pemimpin dalam kalangan Pas bertujuan mewujudkan pandangan negatif rakyat terhadap parti itu.

“Saya dapati selepas Umno menang tipis pada PRU13 lalu, isu Syiah ini sengaja digembar-gemburkan, malah dikaitkan pula dengan pembangkang.

“Kita berpegang kepada (amalan) Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Mohd Nazree berkata, sekiranya wujud penglibatan pemimpin Pas atau pemimpin pembangkang dengan ajaran Syiah, ia perlu dikemukakan dengan bukti jelas.

KAGUM: Kalau nak saman, silakan - Zahid

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha membanteras penularan fahaman Syiah di negara ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk parti-parti politik.

Beliau berkata jika tidak dibendung, fahaman itu boleh memecahbelahkan umat Islam di negara ini dan seterusnya mencetuskan perang saudara seperti yang telah berlaku di beberapa negara Timur Tengah.

"Saya tidak fikir kita mahu itu berlaku. Atas kesedaran ini, kita tekankan soal banteras dahulu sebelum ia terus tersebar luas.

"Bukanlah untuk menakut-nakutkan umat Islam di negara ini tetapi kita mahu menekankan kepentingan mengelak perpecahan ummah khususnya dari dalam," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program "Ruang Bicara" terbitan BernamaTV di Wisma Bernama di Kuala Lumpur, malam tadi.

Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno berkata terdapat 18 markas Syiah di Malaysia dengan lebih 300,000 pengikut.

Syiah-Suni-Sekolah : Indoktrinasi atau pencerahan?

Apa jua isu yang yang menjadi wacana sebagaimana praktis tamadun luar, tidak menjadi budaya awam di Malaysia

Oleh : Mahdzir Ibrahim
Pertembungan faham suni-syiah telah sangat lama terjadi. Pertembungan ini pernah mencetus pergaduhan fizikal hingga menjadi perang, tetapi pertembungan ini juga telah dapat membuka banyak wacana ilmiah di segenap pelusuk dunia.
Bukan hanya dibahas dikalangan muslim tetapi meliputi pemikir peradaban yang cuba memcecah akan kedangkalan sifat manusia yang mahu memilik-punya kebenaran atau Tuhan.
Namun, apa jua isu yang yang menjadi wacana sebagaimana praktis tamadun luar, tidak menjadi budaya awam di Malaysia sebaliknya peluang wacana ini dirampas oleh apparatus ideologi kerajaan (daulah) menjadi propaganda dan bahan ugutan.
Inilah yang cuba dijelaskan oleh Marxism bahawa ‘ideological state apparatus’ digunakan untuk mengekalkan kestabilan sosial.
Kestabilan sosial menurut faham kerajaan adalah tiada cabaran kepada kuasa dan legitimasi daulah – di sini, kerajaan UMNO BN.
Penggunaan agensi kerajaan ini juga sebenarnya satu bentuk eksploitasi dan pengkhianatan kepada kakitangan agensi kerana tidak semua kakitangan agensi yang diperalat itu rela ‘diperalatkan’ oleh parti pemerintah.

Bomoh Jawapan Bola Sepak Kita?

A Kadir Jasin
SAMBIL menanti hansard sesi kedua Kedai Kopi Assembly (KKA) siap, izinkan saya menyebut sikit mengenai bola sepak tanah air.
Sebelum itu, saya perlu jelaskan yang saya bukan kaki bola atau peminat tegar sukan. Namun saya baca mengenai sukan kerana sejak lebih sedekad, tabiat saya adalah membaca akhbar dari belakang ke hadapan. Sukan, antarabangsa dan ekonomi. Kalau ada semangat yang kuat barulah baca berita di hadapan yang sering memeningkan.
Daripada apa yang saya baca, tonton dan dengar dari media massa dan diceritakan oleh kaki bola, nampaknya macam-macam sudah dilakukan bagi menaikkan taraf bola sepak negara. Tahniah kepada semua pihak terlibat.
Kerajaan sudah beri bantuan. Kaki bola (Khairy Jamaluddin) sudah jadi Menteri Belia dan Sukan. Pemain dan pelatih luar sudah diimport. Gaji pemain bola lumayan. Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah pecat-memecat. Pintu stadium sudah dirempuh dan padang bola sudah ditakluki.

Menteri Bola Wajib Bukti Prestasi

Kita ada akademi bola. Kita ada Harimau Muda. Kita ada Harimau Malaya. Boleh kata macam-macam sudah ada. Peminat bola bertambah ramai dan semakin fanatik sampai sanggup bergaduh.
Saya dimaklumkan oleh seorang kawan yang dua tahun jadi sukarelawan Harimau Muda bahawa itulah satu-satunya harapan masa depan bola sepak Malaysia yang menunjukkan harapan. Jadi jangan rosakkan mereka dengan politik bola dan sogokan.

Bahang artikel PM, Rosmah landa 'The Heat'



 
Nampaknya menerbitkan artikel berhubung perbelanjaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor boleh menyebabkan sesuatu organisasi bermasalah.

Malaysiakini difahamkan, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mingguan The Heat berhubung artikel berjudul "All eyes on big spending Najib" dalam keluaran Novembernya.

The Heat sebuah penerbitan bawah Kumpulan HCK Capital yang diterajui oleh ahli korporat Clement Hii.

Sumber enggan mendedahkan kandungan surat itu. Begitu juga Ketua Pengarang David Lee Boon Siew.

"The Heat tiada komen untuk diberikan," katanya ketika diminta mengesahkan menerimat surat tunjuk sebab itu.

Sebelum ini, Malaysian Insider melaporkan, Pejabat Perdana Menteri mengarahkan Astro Awani menarik balik artikel berhubung Rosmah, yang ditulis berdasarkan tulisan bekas tokoh wartawan A Kadir Jasin di blog.

GFI sahkan aliran wang haram dari Malaysia berkait rasuah

gfiLaporan GFI “Aliran Wang Haram di Kalangan Negara Membangun 2002 – 2011” (Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2002 – 2011) mengesahkan bahawa ada kaitan rapat di antara rasuah dan jumlah aliran wang haram yang keluar dari sesebuah negara.
Ini adalah salah satu daripada kesimpulan paling utama yang dibuat di dalam laporan terkini yang dikeluarkan semalam. Mukasurat (xi) laporan menyatakan bahawa “..The panel data regressions also show that an increase in corruption increases trade misinvoicing..” Kesimpulan ini dibuat berdasarkan analisa empirikal data-data kewangan dari semua negara yang terbabit termasuklah Malaysia.
Laporan GFI juga mengandungi jawapan kepada beberapa persoalan teknikal yang dikemukakan oleh pihak tertentu termasuk Kerajaan Malaysia melalui Bank Negara Malaysia yang sebelum ini mempersoalkan kaedah yang digunakan.
Selain menggunakan kaedah analisa yang lebih baik, laporan GFI kali ini juga menyanggah kenyataan Kerajaan Malaysia melalui Bank Negara Malaysia yang menyalahkan ketepatan statistik (berhubung errors and omission) bagi menerangkan jumlah aliran wang haram yang besar.
Dengan jawapan-jawapan dan kaedah baru yang digunapakai oleh GFI, maka Kerajaan Malaysia tidak lagi mempunyai alasan untuk menafikan kesimpulan yang dibuat oleh GFI. Jumlah aliran wang haram yang mencecah USD54 bilion dalam tahun 2011 dan jumlah terkumpul sebanyak RM370 bilion sepanjang tempoh 2002 hingga 2011 juga bertepatan dengan bukti-bukti semasa yang rakyat sedia maklum.

Penghambaan Minda Melayu Oleh UMNO..!!!

Saya cuba terangkan dalam bahasa yang mudah supaya orang Melayu faham. Dalam negara kita ada 18 juta orang Melayu. Kita ada 3 juta ahli UMNO. Ertinya dari setiap 6 orang Melayu, terdapat 1 dari nya ahli UMNO. Siapa yang lebih ramai?
Jadi kenapa kita biarkan UMNO membuli kita? Kenapa biarkan UMNO menghamba-abdikan pemikiran orang Melayu?
Boleh kah kita yang begini ramai ditenggelamkan oleh bangsa lain? Ertinya isiu pokok orang Melayu bukanlah isiu hak dan kepentingan orang Melayu dirampas oleh bangsa lain. Ambil contoh DAP. Tunjukkan contoh DAP menolak raja2 Melayu yang kedudukan nya termetra dalam Perlembgaan Malaysia. Iaitu keduukan raja2 Melayu dilindung oleh undang2 dan ramai nya orang Melayu yang setia kepada konsep Raja Melayu.
Saya kata setia pada konsep- sebab tidak dapat dinafikan bahawa ada orang Melayu yang membenci Raja Melayu. Ini fakta dalam sejarah pun. Ada Raja yang di tombak dan ada raja yang diperangi. Biasalah lah itu. Raja adil raja disembah, raja zamil raja disanggah. Kita tidak boleh memaksa kesetiaan fisikal. Tapi saya rasa rata2 nya orang Melayu setia kepada konsep raja Melayu berpelembagaan. Raja2 Melayu pun kenalah faham konsep ini. Mana dia punah-sihat dan punai-sihat Tuanku2?

Cadangan tubuh pasukan “Polis Syariah” diperhalusi, kata Zahid Hamidi


Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memperincikan cadangan penubuhan sebuah pasukan polis khas bagi membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata cadangan itu antara lain akan membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan pegawai dan anggotanya di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai sebahagian daripada pasukan penguatkuasaan.
Untuk itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
"Ada cadangan daripada sebuah NGO (badan bukan kerajaan) untuk tubuhkan pasukan polis Syariah, banteras ajaran sesat. Ini akan dibincangkan dengan terperinci. 

Kenapa masalah Sunni dan Syiah ditimbulkan sekarang?

KUALA LUMPUR: Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah Al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas yang nyata.

“Inilah sumber hukum para Ahli al Sunnah wal Jama’ah,” tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan, ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli PAS wajib menganut mazhab Ahli al Sunnah wal jama’ah, dan tidak diizinkan mazhab yang lain di luar dari Ahlus Sunnah waljama’ah dalam PAS.

“Perkara ini tidak ada dalam perlembagaan parti lain, termasuk Umno sendiri yang berdegar Ahli al Sunnah wal Jama’ah.

“Oleh kerana berprinsipkan Ahli al Sunnah waljama’ah inilah maka Jawatankuasa Disiplin PAS boleh bertindak terhadap aliran mazhab yang lain dalam PAS, bukan sahaja dalam kes disiplin salah laku terhadap pentadbiran PAS,” jelas beliau lagi.

Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.
PAS tetap teguh dengan Ahli Al-Sunnah Wal Jama’ah, kenapa masalah sunni dan syiah ditimbulkan sekarang?
Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah Al Quran, Hadis, Ijma’ Ulama dan Qiyas yang nyata. Inilah sumber hukum para Ahli al Sunnah wal Jama’ah. Ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli PAS wajib menganut mazhab Ahli al Sunnah wal jama’ah, dan tidak diizinkan mazhab yang lain di luar dari Ahlus Sunnah waljama’ah dalam PAS. Perkara ini tidak ada dalam perlembagaan parti lain, termasuk UMNO sendiri yang berdegar Ahli al Sunnah wal Jama’ah. Oleh kerana berprinsipkan Ahli al Sunnah waljama’ah inilah maka Jawatankuasa Disiplin PAS boleh bertindak terhadap aliran mazhab yang lain dalam PAS, bukan sahaja dalam kes disiplin salah laku terhadap pentadbiran PAS.

Namun PAS yang teguh berpegang dengan Islam dan mazhab Ahli al Sunnah wal Jama’ah ini mengadakan hubungan dengan semua pihak lain, termasuklah di kalangan bukan Islam. PAS lebih ke depan dalam mengadakan hubungan dengan semua kumpulan Islam NGO yang berbeza pendekatan dan berbagai mazhab. PAS dapat membezakan dengan ilmu Islam, berdasarkan batas-batas yang diizinkan oleh syara’. Begitulah PAS menyokong kerajaan Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Iran, Oman, termasuklah negara barat dan komunis.

Can Pakatan win GE14?

Pakatan must realise that Umno is a formidable opponent with deep pockets, large armies and an uncanny ability to go into the elections with all the positives stacked in their favour.

“Based on present redelineation, Pakatan Rakyat should aim to win 135 parliamentary seats in GE14 to capture Putrajaya, with PKR, PAS and DAP each winning 45 seats and a parliamentary majority of 48.
“The performance of the Pakatan parties in the 2008 and 2013 GEs have shown that the three component parties have their basic strengths.
“If we are prepared to persevere in a common patriotic cause – to save the country from corruption, cronyism, abuses of power, exploitation of the poor and downtrodden regardless of race, religion or region, extremism and intolerance.
“And put in place good governance, public integrity, accountability, respect for democracy, human rights, moderation and tolerance, we have no reason to be pessimistic about the future of the country or the outcome of the GE14.” – DAP’s Lim Kit Siang.
Based on this statement made by Lim Kit Siang, it would seem that Pakatan has already won the GE14 and will form the next government come 2018, or thereabouts.
Lim is quite confident even as the Umno-led Barisan Nasional is slowly but surely dismantling whatever “basic strengths” and “common patriotic case” that Pakatan may have to save this country from the corruption, cronyism and abuse of power perpetrated by the BN government.
Let’s examine the facts.
Am I to believe that with all the overwhelming overt evidence of foul play, vote rigging, phantom, pendatang’s and illegal voters that number in the thousands (so Pakatan tell us), nothing can be done to present irrefutable evidence to the courts to overturn ANY of the GE13 results?

Bersih akan lancar kempen ’100 orang di 100 parlimen’

Bersih-2KUALA LUMPUR 13 DIS: Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil (Bersih) akan melancarkan kempen ’100 orang di 100 parlimen’ bagi membantah persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dijangka tidak lama lagi.
“Kita hendak bersedia dengan minimum 100 orang di setiap kawasan parlimen. Bermula dengan 100 kawasan parlimen yang kita nampak penting.
“Sasaran kita hendak dapat semaksimum mungkin pengundi yang menyokong program ini bagi menyatakan bantahan terhadap persempadanan semula SPR,” kata wakil sekretariat Bersih, Adam Adli (gambar).
ADAMSebelum ini, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam kenyataan berkata, pihaknya tidak perlu merujuk kepada mana-mana parti politik dalam urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Tambahnya, kempen tersebut ditumpukan dahulu kepada mereka yang terlibat dalam jentera pilihan raya sebelum hebahan secara besar-besaran dilakukan selepas ini.
“Kita dah buat ‘roadshow’ ke Johor, Perak, Pulau Pinang dan negeri-negeri pantai timur.
“Kita sedang membuat sesi penerangan pendidikan pengundi untuk menerangkan apa yang mereka perlu tahu berkaitan persempadanan semula yang akan dilakukan oleh SPR,” katanya lagi.

KAGUM: Bukti KDN Mat Sabu “Syiah” jadi bahan lawak media sosial


Ada yang berpendapat KDN dipergunakan oleh Zahid Hamidi atas dasar permainan politik. Gambar The Malaysian Insider. 
Ada yang berpendapat KDN dipergunakan oleh Zahid Hamidi atas dasar permainan politik. Gambar The Malaysian Insider.

Pendedahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan fahaman Islam Syiah menjadi “bahan lawak” di kalangan rata-rata pengguna media sosial.
Kebanyakan mereka tidak dapat menerima hujah Mohamad kagum kepada pemimpin besar Revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini sebagai salah satu bukti beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu menganut fahaman Syiah.
“KDN, adakah jika aku kagum kat John Lennon sejak di bangku sekolah sampai dah mati dia pun aku kagum, maka aku anuti fahaman John Lennon?” tulis seorang pengguna Twitter @AbdMalekHussin yang juga merupakan Ketua Staf di pejabat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Andai kagumi Khomeini jadi Syiah, aku Abdul Malek bin Hussin, KP 560814-06-5467 sejak 1979 kagumi Ayatullah Rohullah Mustafa Musawi al-Khomeini.”
KDN semalam mendedahkan 10 bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya kerana memuji perjuangan Khomeni.
Mohamad sebelum ini memberitahu The Malaysian Insider beliau tidak pasti sama ada KDN memaksudkan dirinya kerana Timbalan Presiden PAS bukan jawatan nombor dua dalam parti Islam itu.
“Di dalam PAS, jawatan tertinggi adalah Mursyidul Am yang dipegang oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Manakala jawatan kedua tertinggi adalah Tuan Guru Datuk Haron Din,” katanya.