Khamis, 12 Disember 2013

Sen. Saiful Izham [ Kedah ] Bahas Bajet 2014

Sen Dato' Dr Johari Mat [ Kelantan ] Bahas Bajet 2014

KAGUM: KDN kemuka 10 ‘bukti’ dakwa Mat Sabu Syiah

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi menggariskan 10 maklumat mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu cenderung dan terlibat dengan fahaman syiah di Malaysia.
        
Beliau berkata pemimpin nombor dua PAS yang dikenali sebagai 'Mat Sabu' itu didapati menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara ulama Syiah Iran Imam Khomeini melalui tulisannya bertajuk "Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf Khomeini" dalam ruangan Fikrah, akhbar Harakah halaman 16 pada 5 hingga 15 Julai 2008.
  
"Selain itu, beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Jun 2011 turut menyatakan kekaguman dengan kepemimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorak pemikiran beliau," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
  
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata seorang pemimpin PAS cenderung dan terlibat fahaman syiah.
  
Abdul Rahim juga berkata Mohamad semasa mengulas perutusan Hari Krismas pada 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia, turut menggunakan pendekatan Imam Khomeini sebagai terma rujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan di mana kenyataan itu dimuatkan dalam Harakah Daily pada 25 Dis 2008.
        
Kenyataan itu ialah: "Imam Khomeini telah menghantar mesej kepada penganut Kristian melalui siaran agensi-agensi berita. Para penyokong yang mengiringi Khomeini ketika dalam buangan di Neaupe Le Chateau, Perancis menceritakan mereka diminta oleh Imam Khomeini supaya membahagi-bahagikan hadiah kepada penduduk di situ pada Hari Krismas".
 
 Selain itu Abdul Rahim berkata temuramah dibuat oleh agensi berita 'Antara Pos' dengan Timbalan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Aidit Ghazali menjelaskan Mohamad merupakan ikon Syiah dan gagal menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah.
  

KAGUM: PAS sifatkan bukti SYIAH KDN terlalu dangkal

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan pendedahan Kementerian Dalam Negeri kononnya 'bukti' bagi mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan ajaran Syiah sebagai terlalu dangkal.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, bukti-bukti itu bukan sahaja dangkal, malah jauh sekali untuk mengaitkan Mohamad dengan akidah Syiah.

"Melawat Iran contohnya, ramai orang pergi lawat Iran. Saya sendiri beberapa kali pergi ke sana.

"Adakah orang yang pergi melawat China dikira menganut ajaran Komunis?

"Bagaimana pula dengan Umno yang menjalin hubungan kerjasama dengan  Parti Komunis China (CPC), adakah Umno juga Komunis," soal Mustafa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan 'bukti' Mohamad Sabu terlibat ajaran Syiah oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi hari ini.

KAGUM: Bekas menteri kabinet BN juga akui kagumi Khomeinie..!!

KUALA LUMPUR: Bukti yang didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung dakwaan bahawa timbalan presiden PAS Mohamad Sabu seorang pengikut Syiah tidak meyakinkan bekas anggota kabinet Datuk Saifuddin Abdullah, lapor Malaysiakini.
KDN hari ini antara lainnya membangkitkan bahawa Mohamad pernah menyatakan kekaguman ke atas kepemimpinan dan perjuangan revolusi Iran 1979 Imam Ruhollah Khomeini.
Saifuddin dalam tulisan di Twitter berkata, beliau juga mengagumi Khomeini, dan juga tokoh revolusi lain seperti ikon anti-apartheid Nelson Mandela, pemimpin gerila Bolivia Che Guevara, dan pejuang kebebasan India Mahatma Gandhi.
"Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, komunis, Hindu?
"Saya juga kagumi Khomeini. Adakah saya Syiah?," tulis bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu.

Seorang lagi bekas anggota Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim juga menyatakan rasa hairan dengan alasan KDN tersebut, yang disifatkannya sebagai "karut".

"Apa dah jadi? Apa salah kalau saya kagumi Khomeini? Atau (pejuang hak sivil golongan kulit hitam) Martin Luther (King Jr) atau (tokoh falsafah Cina) Confucius.
"Bukan berti saya tukar agama atau akidah. Karut," tulisnya.
Turut hairan dengan alasan KDN itu ialah Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh yang berpendapat sumber yang digunakan untuk siasatan tersebut sepatutnya digunakan untuk membanteras jenayah.
"Tentulah lebih baik jika sumber dan masa mereka digunakan untuk memerangji jenayah dan bukannya Mat Sabu," kata ADUN DAP itu di laman sosial tersebut.
KDN menyenarai bukti ke atas dakwaan berkenaan, dalam satu sidang media khas di Putrajaya petang ini.

Ketua setiausaha kementerian tersebut Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi antara lainnya menyatakan bekas tahanan ISA itu juga pernah 'berselawat' sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada 2005.

Rahim berkata maklumat itu hasil dari temuramah antara pegawai KDN Zamihan Mat Zin bersama Ahli Majlis Fatwa Kedah, Profesor Madya Dr Abdul Aziz Hanafi.

Menurutnya, Mohamad juga pernah memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan Hassan Nasrullah.

Rahim berkata Mohamad juga kerap kali berulang-alik ke Iran untuk beberapa urusan seperti program penghantaran pelajar di Qom, Iran dan sudah empat-lima kali bertemu Hassan.

PAS hendak dihancurkan dengan Syiah?

Oleh Mohd Sayuti Omar
Apa yang dimaksudkan oleh Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi orang nombor dua di dalam Pas menganuti faham Syiah, adalah sah Mohamad Sabu yang kini adalah timbalan presiden Pas. Perkara itu didedahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Abdul Rahim Radzi ketika mendedahkan bukti penglibatan Mohamad Sabu dalam Syiah. 

Dalam satu sidang akhbar khas yang dinanti-nanti umum di Putrajaya hari ini, Rahim menjelaskan ada 10 fakta yang dikumpul termasuk maklumat dari Mohamad sendiri yang boleh megaitkan timbalan presiden Pas itu sebagai Syiah.

Antara maklumat itu kata Rahim ialah, berdasarkan tulisan Mohamad Sabu di dalam Harakah yang menggesa agar mencontohi semangat kepimpinan Imam Khomeini. Selain itu adalah juga hasil temuramah dengan seorang ustaz oleh pegawai agama KDN berhubung penglibatan Mohamad Sabu.


Kekaguman Mohamad Sabu kepada kepimpinan Imam Khomeini semasa memerintah Iran juga turut disebut sebagai bukti. Yang lainya mengenai pertemuan Mohamad Sabu dengan Setiausaha Agung Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah. Jika tidak silap pertemuan ini dirakam dan disebarkan meluas dalam internet. Bukti lain tentang kunjungan Mohamad ke sebuah masjid di Satun, Thailand.

Selain bukti itu juga termasuk kehadiran Mohamad Sabu dalam pengajian Syiah yang dikendalikan oleh ustaz fahaman Syiah di negara ini. Mohamad juga dikatakan sembahyang seperti penganut fahaman Syiah apabila meletak batu leper di tempat sujud. Bukti ini menurut pengakuan seorang imam di Kedah.

Kalau memerhatikan kepada bukti-bukti itu ia tidak cuku kuat untuk mendakwa dan mengheret Mohamad Sabu ke mahkamah atas tuduhan menganuti ajaran Syiah dan disabitkan dengan mana-mana hukum agama. Ia merupakan bukti berbentuk persepsi dan terjemahan 'hanyir' secara bebas. Tidak mudah untuk mempertahankan bukti itu sebagai salah atau sesat dengan kitab-kitab agama, kerana persoalan Syiah subjektif dan khilafiah.

Selamatkanlah negara kita, siapa yang boleh melakukannya?

Hasil dari kelemahan pimpinan dan teraju negara, kita melihat banyak pihak yang telah berani menyentuh tentang isu yang telah dilindungi oleh Perlembagaan. Dulu tidak boleh disentuh kini menjadi isu yang sering disebut dan disentuh oleh setengah pihak. Perlembagaan dan Undang-Undang itu tetap Perlembagaan dan Undang-Undang, dan ia tidak semestinya boleh dilaksanakan jika kepimpinan yang lemah. Ia akan lebih merumitkan lagi jika rakyat dan mereka yang berkepentingan tidak menghormati perlembagaan itu.
Pimpinan yang lemah menghasilkan persepsi buruk dan kurang hormat setengah pihak terutamanya bagi pihak yang mempunyai banyak kepentingan politik untuk bangsa dan keluarga mereka. Ada pihak yang cuba mempersoalkan keistimewaan orang-orang  Melayu dan Bumiputra sekarang ini, sedangkan itu telah pun dipersetujui sebelum kita mencapai kemerdekaan lagi.
Ada pihak yang mengambil kesempatan dengan kelemahan pimpinan hari ini dan ditambah pula dengan setengah pihak mahu mengambil kesempatan menangguk di ‘air yang keruh’ dengan meminta UiTM dibuka kepada bukan Bumiputra untuk bersama memasuki institusi pengajian tinggi yang dari awal dikhaskan kepada Bumiputra sahaja.
Ia adalah peruntukan yang sedia ada sebelum pun berlaku kejadian 13 Mei 1969 yang menghasilkan DEB (Dasar Ekonomi Baru) dahulu. Tetapi tidak ada siapa yang mahu memberi tahu rakyat tentang isu, hanya Bumiputra sahaja yang layak menyertai UiTM itu. UiTM atau ITM semasa itu, tertubuh lama sebelum kejadian 13 Mei 1969 yang telah menghasilkan DEB dahulu.

Anak muda diseru ‘gegar’ DBKL bantah kenaikan cukai

16_12KUALA LUMPUR 12 DIS: Anak muda di Kuala Lumpur diseru berhimpun 16 Disember ini di hadapan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi manyatakan bantahan kenaikan cukai taksiran.
“Ada kenaikan mencecah 240%. Jelas menekan golongan muda, orang miskin dan berpendapatan rendah,” kata penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan, Azmir Mustafa.
“Warga kota, khususnya golongan muda diseu untuk sama berhimpun membantah dan ‘menggegar’ DBKL berhubung kenaikan itu,” tegasnya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Rozan Azen Mat Asep berkata, beberapa langkah persediaan dibuat menjelang himpunan bantahan 16 Disember ini.
Namun, daripada respon orang ramai, ramai yang tidak tahu cara untuk menyatakan bantahan.
“Sepanjang tiga minggu lepas, banyak program penerangan dibuat mengenai kenaikan cukai,” kata Rozan kepada Keadilandaily.

Syiah: Kita tidak mahu jadi seperti Iraq, kata Zahid Hamidi

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  menegaskan enggan menjadikan Malaysia seperti Iraq yang disifatkan sebagai negara tidak aman akibat ajaran Syiah.
"Iraq dulunya hanya berpegang pada satu fahaman iaitu Sunni, tetapi apabila mereka menerima ajaran Syiah, ia menyebabkan kacau bilau. Kita tidak mahu ia berlaku di sini," katanya kepada pemberita hari ini.
Ahmad Zahid berkata demikian mengulas kenyataan seorang ahli Parlimen di Baghdad, Iraq iaitu Syeikh Jalaluddin Ash-Shoghir mendakwa kerajaan Malaysia secara rasminya menjadi negara pertama mengkafirkan mazhab Syiah secara terbuka.
"Syarikat-syarikat Malaysia begitu gembira meraih keuntungan daripada pelaburan projek di Iraq dan negeri itu juga banyak memberi peluang perniagaan kepada kerajaan Malaysia," katanya melalui kenyataan yang tersebar di laman Youtube.
Syarikat minyak gergasi Malaysia, Petronas melabur dalam industri telaga minyak di Gharraf, Iraq.

Rafizi desak Najib letak jawatan kerana aliran wang haram tinggi


Rafizi Ramli (gambar) mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai Menteri Kewangan pendedahan laporan Global Financial Integrity (GFI) berhubung “Aliran Wang Haram di Kalangan Negara Membangun 2002 – 2011” yang menyatakan jumlah aliran wang keluar dari Malaysia adalah keempat tertinggi di dunia.
Menurut Pengarah Strategi PKR itu, laporan terbaru GFI mengesahkan terdapat kaitan antara jumlah aliran wang haram yang tinggi dengan pelbagai masalah kewangan dihadapi negara  berpunca daripada masalah yang sama iaitu rasuah.
"Najib sewajarnya melepaskan jawatan Menteri Kewangan kerana jumlah aliran wang haram yang begitu tinggi ini adalah bukti kegagalan beliau sebagai Menteri Kewangan.
"Kedegilan Najib  menerima pakai kesimpulan-kesimpulan ini akan terus merencatkan kemajuan ekonomi negara dan menekan rakyat,"  kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini merujuk kepada Najib yang juga merupakan Perdana Menteri.
Katanya, sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara, laporan tahunan GFI juga sebagai bukti bahawa rasuah di Malaysia sudah bertambah parah.

Mat Zain: Shafee tak sebut dokumen kait AG




 
Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datu Mat Zain Ibrahim mempersoalkan tindakan Tan Sri Shafee Abdullah kerana tidak membangkitkan mengenai bungkusan dokumen yang diserahkan kepada peguam kanan itu pada 24 September lalu.

Katanya, Shafee perlu menjelaskan berhubung dokumen berkenaan, yang tidak disebut dalam afidavit peguam berkenaan di mahkamah semalam.

Mat Zain dalam kenyataannya hari ini mendakwa, bahan yang diserahkannya itu adalah bukti paling penting yang boleh membuktikan dakwaan bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail terlibat dalam pemalsuan bukti dalam siasatan kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Shafee perlu menjelaskan kepada mahkamah sebab beliau menyembunyikan satu fakta penting bahawa beliau mengakui menerima satu bungkusan dokumen daripada saya pada 24 September, dua minggu sebelum SD (pengakuan berkanunnya) diperakui dan apa yang boleh dibuktikan oleh dokumen tersebut,” kata Mat Zain.

Pemuda PAS bentuk jawatankuasa sesi 2013-2015

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah berjaya membuat beberapa pelantikan baharu jawatankuasa DPPM bagi sesi 2013-2015.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, hasil dari mesyuarat DPPM semalam, beberapa portfolio penting berjaya diisi.

Mohd Nasaie Ismail dilantik sebagai Setiausaha DPPM, Ustaz Yussaine Yahya (Bendahari), Ustaz Zaharuddin Mohamad (Ketua Penerangan) manakala Pengarah Pilihanraya adalah Mohd Sany Hamzan.
Jawatan Penolong-penolong Setiausaha DPPM serta pelantikan beberapa jawatankuasa tambahan dan pembentukan lajnah serta jabatan pula akan dilantik selepas Pelan Strategik DPPM.

Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa DPPM bagi sesi 2013-2015:

Pengerusi tetap: Ustaz Kamal Ashaari
Timbalan Pengerusi tetap: Dr Ustaz Riduan Mohd Nor
Ketua Pemuda: Suhaizan Kaiat
Timbalan Ketua Pemuda: Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
Naib Ketua Pemuda: Ir Muhd Khairil Nizam Khiruddin
Setiausaha: Mohd Nasaie Ismail
Bendahari: Ustaz Yussaine Yahya
Ketua Penerangan: Ustaz Zaharuddin Mohamad
Pengarah Pilihanraya: Mohd Sany Hamzan

Ahli jawatankuasa DPPM yang dipilih dalam Muktamar DPPM:

1. Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joffre
2. Mohd Fadli Ghani
3. Ustaz Mohd Fadhli Shaari
4. YB Ustaz Ahmad Yahya
5. Mohd Shahir Che Sulaiman
6. Mohd Faizul Salleh
7. Ustaz Afnan Hamimi bin Taib Azzamudden
8. YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan
9. Nurul Islam Mohd Yusoff
10. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus

Ketua Pemuda PAS negeri-negeri:-

Perlis: Ustaz Yussaine Yahya
Kedah: Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Pulau Pinang: Ustaz Mohd Yusni Mat Piah
Perak: Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss
Selangor: Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim
Wilayah Persekutuan: Ir Muhd Khairil Nizam Khiruddin
Negeri Sembilan: Ustaz Nor Azman Mohamad
Melaka: Jauhar Mohd Dawi
Johor: Mohd Faizul Saleh
Pahang: Ustaz Nazri Ahmad
Terengganu: Ustaz Kamaruzaman Abdullah
Kelantan: Ustaz Mohd Fadli Shaari
Sabah: Lahirul Latigu
Sarawak: Mohd Arifiriazul Paijo 

"Saya juga kagum Khomeini. Adakah saya Syiah? - Saifuddin Abdullah


 
Bukti yang didedahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung dakwaan bahawa timbalan presiden PAS Mohamad Sabu seorang pengikut Syiah tidak meyakinkan bekas anggota kabinet Datuk Saifuddin Abdullah.
KDN hari ini antara lainnya membangkitkan bahawa Mohamad pernah menyatakan kekaguman ke atas kepemimpinan dan perjuangan revolusi Iran 1979 Imam Rhollah Khomeini.
Saifuddin dalam tulisan di Twitter berkata, beliau juga mengagumi Khomeini, dan juga tokoh revolusi lain seperti tokoh anti-apartheid Nelson Mandela, pemimpin gerila Bolivia Che Guevara, dan pejuang kebebasan India Mahatma Gandhi.
"Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, komunis, Hindu?
"Saya juga kagum Khomeini. Adakah saya Syiah?," tulisnya.

SYIAH: JANGAN KETAWA KUAT SANGAT ... NANTI UMNO MALU!! KAGUM DAN BERKAWAN JADI SATU KESALAHAN BEB..!!!



Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi menyatakan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu pernah 'berselawat' sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada 2005.

Dalam kenyataan yang dibacakan hari ini, Rahim berkata maklumat itu hasil dari temuramah antara pegawai KDN Zamihan Mat Zin bersama Ahli Majlis Fatwa Kedah, Profesor Madya Dr Abdul Aziz Hanafi.

"Dr Abdul Aziz Hanafi menjelaskan bahawa Mohamad Sabu pernah melafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan oleh penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada tahun 2005," kata Abdul Rahim.

Bang Mat: 'Ya, saya kagum Khomeini, tapi bukan Syiah'...Tapi di Malaysia kagum jadi satu kesalahan...??

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengakui kagum dengan kepimpinan bapa revolusi Iran Ayatullah Khomeini serta pemimpin Lubnan Hassan Nasrallah.

Bagaimanapun beliau tetap menafikan mengikuti fahaman Syiah.

"Dakwaan kagum dengan Khomeini, saya ucap terima kasih.

"Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh bawa orang Islam berdiri sendiri.

"Saya juga kagum dengan Hassan Nasrullah," kata beliau dalam kenyataan ringkas hari ini.

Mohamad yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu turut menyatakan akan menyerahkan isu tersebut untuk diteliti peguamnya.

Pemilihan 29 Sept: DAP mahu seret RoS ke mahkamah kerana arahan “mengarut”


DAP mengadakan kongres khas parti pada September lalu untuk memilih semula ahli jawatankuasa kerja. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 12 Disember 2013. 
DAP mengadakan kongres khas parti pada September lalu untuk memilih semula ahli jawatankuasa kerja. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 12 Disember 2013.

DAP mahu membawa Pendaftar Pertubuhan (RoS) ke mahkamah selepas menerima surat dari badan itu yang tidak mahu mengiktiraf pemilihan semula parti itu pada 29 September.
Dalam surat bertarikh 12 Disember kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, RoS menasihati Lim untuk memberitahu Ahli Jawatankuasa Kerja (CEC) untuk tidak membuat keputusan bagi pihak parti itu sehingga siasatan berhubung pemilihan semula dijalankan.
Surat itu juga mengatakan DAP akan diberitahu mengenai keputusan penyiasatan mereka dan selepas DAP menyediakan empat set dokumen.
Dokumen diperlukan adalah notis pemilihan semula dihantar kepada 2,575 ahli, senarai perwakilan dengan nama, alamat dan bahagian, senarai 985 bahagian dengan status “Sijil A” dan senarai 1,740 perwakilan yang layak mengundi dalam pemilihan semula itu.
Sambil menggelar arahan itu “mengarut”, Setiausaha Pengelola DAP Anthony Loke (gambar, kiri) berkata, parti itu tidak boleh menerima arahan seperti itu kerana ia akan memberikan implikasi serius.
“Parti itu tidak boleh beroperasi dalam keadaan vakum. Jika RoS mengambil masa lama untuk penyiasatan, apakah kita tidak boleh beroperasi?
“Apakah ini bermakna kami tidak boleh menggunakan pejabat agung dan tidak boleh tandatangani cek untuk membayar pekerja kami?
“Apa yang kami tahu, CEC masih sah dan mempunyai kuasa sehingga RoS memberitahu sebaliknya,” katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Teruknya, aliran keluar wang haram RM1.2 trilion..yang ni tak salah eh..!!

KUALA LUMPUR: Prestasi cemerlang Malaysia sebagai juara korupsi dunia diwajarkan dengan RM173.84 bilion (USD54.18 bilion) aliran keluar wang haram pada 2011, keempat paling teruk di dunia, kata Lim Guan Eng.

Menurut Setiausaha Agung DAP itu, bagi tahun tersebut, kedudukan Malaysia berada di belakang Rusia (USD191.14 bilion), China (USD151.35 bilion) dan India (USD84.94 bilion).

Katanya, menurut laporan pemerhati kewangan berpusat di Washington, Global Financial Integriti, walaupun populasi Malaysia kecil, ia memiliki aliran keluar wang haram yang lebih tinggi berbanding negara dengan populasi lebih besar di dunia antara tahun 2002-2011 dengan jumlah USD370.38 bilion.

“Jenayah, rasuah dan pengelakan cukai telah dikenalpasti sebagai penyumbang utama,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, dengan jumlah kerugian besar sebanyak RM1.2 trilion atau USD370.38 bilion dalam bentuk wang haram antara tahun 2002-2011, jelas sekali bahawa jumlah kerugian daripada wang haram ini adalah lebih besar daripada KDNK Malaysia untuk tahun ini mahupun tahun hadapan.

Demi Menjaga Air Muka Zahid, KDN Terpaksa Memperbodohkan Diri Sendiri....

KDN: Mat Sabu selawat Syiah, kagumi Khomeini

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi menyatakan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu pernah 'berselawat' sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada 2005.

Dalam kenyataan yang dibacakan hari ini, Rahim berkata maklumat itu hasil dari temuramah antara pegawai KDN Zamihan Mat Zin bersama Ahli Majlis Fatwa Kedah, Profesor Madya Dr Abdul Aziz Hanafi.

"Dr Abdul Aziz Hanafi menjelaskan bahawa Mohamad Sabu pernah melafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan oleh penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada tahun 2005," kata Abdul Rahim.
Abdul Rahim berkata Mohamad juga pernah menyatakan kekagumannya dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin revolusi Iran 1979, Imam Ruhollah Khomeini serta memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan Hassan Nasrullah.

Rahim berkata Mohamad juga kerap kali berulang-alik ke Iran untuk beberapa urusan seperti program penghantaran pelajar di Qom, Iran dan sudah empat-lima kali bertemu Hassan.

"Ketika mengulas mengenai perutusan hari Krismas pada tahun 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia, beliau telah menggunakan pendekatan ulama Syiah iaitu Imam Khomeini sebagai terma tujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan," kata beliau.

KDN sahkan Mat Sabu amalkan Syiah..Jeng...Jeng.....!!

KDN: Kagumi Khomeini, satu contoh Mat Sabu berfahaman Syiah

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
December 12, 2013
Latest Update: December 12, 2013 05:34 pm
Abdul Rahim di sidang akhbar bagi mendedahkan bukti terhadap Mat Sabu yang dikatakan berfahaman Syiah di Putrajaya. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Disember, 2013. 
Abdul Rahim di sidang akhbar bagi mendedahkan bukti terhadap Mat Sabu yang dikatakan berfahaman Syiah di Putrajaya. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Disember, 2013.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan 10 bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeni.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Mohamad adalah orang yang disebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.
"Penama yang menjadi subjek dalam kenyataan Ahmad Zahid sebelum ini adalah Mohamad. Beliau pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisan di Harakah pada Julai 2008.
"Beliau juga menyatakan kekaguman kepimpinan perjuangan Khomeini yang mana banyak mencorakkan kepimpinan beliau melalui ucapan pada Jun 2011," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.
Wajah Khomeini di matawang Iran. Gambar fail.Wajah Khomeini di matawang Iran. Gambar fail.Ahmad Zahid berkata di Pulau Pinang hari ini, bukti-bukti untuk menyokong tuduhan Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu terlibat dalam aktiviti Syiah akan didedahkan hari ini.
Apabila ditanya jika pengumuman tersebut adalah mengenai dakwaan ke atas Mohamad, dia berkata, "Ia tentang perlibatan beliau dalam aktiviti Syiah". – 12 Disember, 2013.

<iframe width="560" height="315" src="//www.youtube.com/embed/ONy-AC30fa8?rel=0" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>





KDN sahkan Mat Sabu amalkan Syiah

KDN  
PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri hari ini mengesahkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu terlibat dengan ajaran Syiah berdasarkan beberapa bukti yang dikumpulkan pihak berkuasa daripada percakapan lisan, penulisan dan video di Internet.

Perkara itu didedahkan Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi sambil membentangkan 10 bukti yang mengaitkan pemimpin nombor dua Pas itu.

KDN Sahkan Mat Sabu Amalkan Syiah.

Mat Sabu selawat Syiah, kagumi Khomeini - KDN

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi menyatakan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu pernah 'berselawat' sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada 2005.

Dalam kenyataan yang dibacakan hari ini, Rahim berkata maklumat itu hasil dari temuramah antara pegawai KDN Zamihan Mat Zin (gambar) bersama Ahli Majlis Fatwa Kedah, Profesor Madya Dr Abdul Aziz Hanafi.

"Dr Abdul Aziz Hanafi menjelaskan bahawa Mohamad Sabu pernah melafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan oleh penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada tahun 2005," kata Abdul Rahim.

Abdul Rahim berkata Mohamad juga pernah menyatakan kekagumannya dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin revolusi Iran 1979, Imam Ruhollah Khomeini serta memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan Hassan Nasrullah.

Kagumi Khomeini, satu contoh Mat Sabu berfahaman Syiah - KDN


Abdul Rahim di sidang akhbar bagi mendedahkan bukti terhadap Mat Sabu yang dikatakan berfahaman Syiah di Putrajaya. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Disember, 2013. 
Abdul Rahim di sidang akhbar bagi mendedahkan bukti terhadap Mat Sabu yang dikatakan berfahaman Syiah di Putrajaya. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Disember, 2013.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan 10 bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeni.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Mohamad adalah orang yang disebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.
"Penama yang menjadi subjek dalam kenyataan Ahmad Zahid sebelum ini adalah Mohamad. Beliau pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisan di Harakah pada Julai 2008.
"Beliau juga menyatakan kekaguman kepimpinan perjuangan Khomeini yang mana banyak mencorakkan kepimpinan beliau melalui ucapan pada Jun 2011," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.
Ahmad Zahid berkata di Pulau Pinang hari ini, bukti-bukti untuk menyokong tuduhan Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu terlibat dalam aktiviti Syiah akan didedahkan hari ini.
Apabila ditanya jika pengumuman tersebut adalah mengenai dakwaan ke atas Mohamad, dia berkata, "Ia tentang perlibatan beliau dalam aktiviti Syiah".

Even China can cut its illicit outflows, but in M'sia DIRTY MONEY RISES TO RM1.2 TRILLION

Even China can cut its illicit outflows, but in M'sia DIRTY MONEY RISES TO RM1.2 TRILLIONKUALA LUMPUR - Despite figuring in the top 5 of the world's most corrupt countries for several years now, Prime Minister Najib Razak's government has done little to stem the massive flows of illicit money channeled out of the country through graft, crime and tax evasion.
According to the latest annual report from the US-based Global Financial Integrity, Malaysia lost over US$370 billion (RM1.2 trillion) to illicit outflows in 10 years since 2002.
In 2011 alone, the amount siphoned out was US$54 billion.
"We have a situation in Malaysia where the authorities simply refuse to recognize the GFI (Global Financial Integrity) figures. They even challenge the motives behind the GFI releasing its report. This is tantamount to a blanket cover-up by the Malaysian government for reasons best known to their top leaders, their families and cronies," MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle.
"The Najib administration should have the decency to admit their fault. They should take a leaf from the Chinese government, which seems to have succeeded in cutting by more than half their illicit funds outflow, while we are still on an increasing trend."
Malaysia corruption champion per capita
Tian was referring to the cumulative outflow of US$1,080 billion racked up by China in the 10 years from 2002 to 2011, which is less than half  the US$2,740 billion recorded during the 2001 to 2010 period.
By contrast, Malaysia's illicit outflows rose to US$370 billion versus the previous year's U$285 billion.
'Crime, corruption and tax evasion has been identified as amongst the main causes. With a total of RM1.2 trillion or USD 370.38 billion lost from dirty money between 2002-11, this huge loss of funds from dirty money is larger than Malaysia’s GDP this year or next year," DAP secretary-general Lim Guan Eng said in a statement.
"Every country on the top 10 list of shame, has a population larger than Malaysia. There is no doubt that on a per capita basis, Malaysia wins hands down as the world champion of corruption validating the new title awarded by Transparency International and Wall Street Journal over the last one year."
Global wake-up call but not for the Najib administration

Khalid: Selangor salary still lower than Sarawak, no rush for review

Sidang Media Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP YB Anthony Loke Siew Fook (12.12.13 - KL)

M'sia losing billions in illicit financial flows

World Bank: 2014 will be tough on Malaysian households

PAU: Najib puji Rosmah vs Anwar puji Azizah - Video

Video di atas adalah video dari KiniTV yang PM Najib razak memuji dan mendedahkan dua rahsia jasa besar Rosmah di Perhimpunan Umno 2013. Ada yang seronok dengan jasa Rosmah tersebut tetapi yang tak seronok dan mengkritik lebih besar jumlahnya. Ia mendapat kritikan pelbagai pihak sehingga A.Kadir Jasin menempelak supaya beberapa menteri dipecat dan digantikan dengan Rosmah Mansor.

Mahacai tidak berpuas hati sehingga terpaksa menyelongkar video Anwar memuji isterinya Wan Azizah semasa Perhimpunan Agung Umno 1997.
Nilaikan sendiri kedua-dua video tersebut. Rasanya Anwar memuji Azizah tak mendapat kritikan sebagaimana Najib memuji Rosmah.

Ideologi 'Awang Liku' mana selepas Syiah?

Bang Mat

Sejak saya bersekolah pada tahun 1961, kita mula ingat dengan pelbagai peristiwa sejak darjah 3, 4, 5, 6 dan seterusnya ke sekolah menengah, hinggalah ke institut pengajian tinggi.

Cerita yang popular pada waktu itu ialah kejahatan komunis, buruknya ideologi komunis, iaitu komunis kerjanya membunuh orang ramai, menjahanamkan infrastruktur kerajaan, tidak percaya kepada Tuhan, pengganas dan amat ganas.

NONEMelawan komunis merupakan jihad kerana pada waktu itu British dan kuasa Barat menghadapi pemberontakan komunis di Eropah, Rusia dan Malaya.

Komunis dan rangkaiannya bangun menentang penjajah British dan berusaha menghalau mereka daripada Malaya dan tanah jajahannya.

Selepas merdeka, kerajaan Malaya yang merdeka menghadapi serangan atau penentangan daripada komunis yang berterusan.

Manakala, di luar Malaya pula berlaku peperangan Vietnam, Vietnam Utara dengan ideologi komunis.

Sementara itu, Vietnam Selatan didokong oleh Amerika dan negara Barat. Malaya atau Malaysia bersama dalam rangkaian Amerika dan negara Barat menentang kemaraan rejim komunis di Vietnam pimpinan Hu Chin Minh.

beijing story 010805 chairman mao potraitMao Tze Tung yang berjaya membentuk kerajaan melalui long match yang dibuat pada tahun 1949, memang menggegarkan kuasa-kuasa serantau khasnya Britain dan Amerika yang menguasai rantau Pasifik dan Asia Tenggara.

Manakala Rusia pula, semakin hari semakin kuat menguasai negara-negara yang sekarang disebut CIS, dan pada tahun 1978 menguasai Afganistan.

Oleh itu komunis, sosialis dan ideologi negara yang didokong oleh mereka menjadi musuh yang amat sangat kepada Malaya (Malaysia) negara British, Amerika dan sekutu Eropah Barat.

Ribuan manusia menjadi mangsa, bahkan ratusan ribu menjadi mangsa hasil pertarungan komunis dan non-komunis sama ada di Malaya atau di negara-negara lain. Bahkan di Vietnam sehingga jutaan rakyat telah terkorban.

Pertarungan kuasa
Sementara itu, polis dan tentera serta orang ramai di Malaya ramai terkorban, begitu juga pihak mendokong komunis ramai terkorban dalam pertarungan ideologi, pertarungan negara, pertarungan kuasa (adikuasa) di atas muka bumi ini.

2014 bakal diingati Tahun Barang Naik - Rafizi

KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli berkata, kenyataan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) seperti yang dilaporkan media bahawa kerajaan sedang menimbang untuk menaikkan tambang pengangkutan awam mengesahkan lagi dakwaan beliau sebelum ini bahawa tahun 2014 bakal diingati sebagai Tahun Barang Naik (BN) 2014.

“Saya pernah memberi amaran bahawa Barisan Nasional merancang untuk menaikkan satu persatu harga perkhidmatan dan barang keperluan sepanjang tahun 2014 untuk memastikan kenaikan harga ini berlaku sebelum GST dilaksanakan menjelang Mac 2015,” ujar Pengarah Strategi PKR itu dalam satu kenyataan.

Katanya, Barisan Nasional tahu bahawa pelaksanaan GST akan melonjakkan kadar inflasi, maka sukar untuk mereka menaikkan harga barang keperluan selepas pelaksanaan GST memandangkan pilihanraya umum perlu dipanggil sekitar 2017 atau 2018.

Beliau berkata, keputusan untuk menaikkan harga barang telah pun dibuat seawal tahun pertama Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam tahun 2009 lagi.

Malah sejak 2009, ujarnya Pemandu dan menteri yang bertanggungjawab, Datuk Seri Idris Jala secara terbuka membincangkan rancangan penarikan balik subsidi dari pelbagai sektor termasuk kadar pengurangannya sekali yang melibatkan kadar tol, harga gula dan makan, tarif elektrik dan lain-lain.

Apa Lagi Akan Naik Selepas Ini?

Kebimbangan utama rakyat kini ialah kenaikan kos sara hidup yang bagaikan tiada penghujungnya. Perkembangan selepas PRU 13 ini lebih menunjukkan kerajaan pimpinan Najib lebih ghairah untuk menaikkan apa saja yang boleh dinaikkan bagi menampung kantung negara yang makin berkurangan serta hutang yang makin bertambah.

Bermula dengan kenaikan minyak, penghapusaan subsidi gula, pengenalan cukai GST yang bermula pada 2015, kenaikan cukai pintu DBKL, kenaikan tarif letrik sebanyak 15 peratus dan kini kenaikan juga bakal dikenakan kepada tambang LRT dan monorail serta kadar tol di beberapa lebuhraya.

Walaupun kenaikan tambang LRT dan monorail belum ada kepastian lagi, sebaliknya SPAD hanya mengatakan akan melakukan kajian menyeluruh yang meliputi pelbagai aspek yang turut melihatkan kenaikan kos berikutan meningkatnya tarif letrik, ia tentulah berkaitan kenaikan tambang. Kalau bukan untuk menaikkan tambang, apa perlunya kajian menyeluruh dilakukan?

Dan sama seperti hujah klasik untuk menaikkan cukai pintu DBKL iaitu kenaikan tidak pernah dilakukan sejak 21 tahun lalu, SPAD juga mengatakan kajian tambang LRT dan monorail tidak pernah dinaikkan sejak 12 tahun lalu.

Inilah cara kerajaan bekerja. Sebelum pilihanraya, nadanya semua elok-elok dan pelbagai janji bahawa tiada kenaikan atau pertambahan beban rakyat akan dilakukan, tetapi sebaik saja pilihanraya berakhir, semuanya berubah. Macam-macam hujah cuba dijustifikasikan untuk mrnghalalkan kenaikan itu.

Rafizi sedia mohon maaf jika “pesta kenaikan harga 2014” dihentikan kerajaan BN



Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (gambar) bersedia memohon maaf secara terbuka kepada Barisan Nasional (BN) kerana mengkritik parti itu secara konsisten kerana memotong subsidi dan menaikkan harga barang satu persatu dalam tahun 2014.
Katanya, permohonan maaf itu hanya akan dilakukan sekiranya BN membuat akujanji dengan rakyat bahawa tidak akan ada sebarang kenaikan tambang pengangkutan awam sehingga 2017.
“Saya mendesak BN membuat akujanji dengan rakyat bahawa tidak akan ada sebarang kenaikan tambang pengangkutan awam sehingga tahun 2017. Jika akujanji ini dibuat, saya bersedia memohon maaf secara terbuka kepada BN atas kritikan menaikkan harga barang satu persatu dalam tahun 2014 ini.
“Oleh yang demikian, jika BN ingin membuktikan bahawa mereka tidak merancang untuk menaikkan harga barang satu persatu sepanjang tahun 2014 sebelum pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), saya mendesak akujanji itu dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar memberi isyarat tambang pengangkutan awam LRT dan monorel bakal dinaikkan tahun hadapan dengan memberi alasan kenaikan tersebut wajar dengan tiada kenaikan tambang sejak 10 tahun yang lalu.

Retorik anti-Syiah boleh jejas imej Malaysia, kata penganalisis


Menurut Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, mengkafirkan penganut Syiah tidak berlaku secara rasmi walaupun di Arab Saudi, yang mempunyai kelompok penganut Syiah termasuk di Madinah. - Gambar The Malaysian Insider, 12 Disember, 2013.Menurut Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, mengkafirkan penganut Syiah tidak berlaku secara rasmi walaupun di Arab Saudi, yang mempunyai kelompok penganut Syiah termasuk di Madinah. - Gambar The Malaysian Insider, 12 Disember, 2013.Malaysia harus mencontohi negara Islam di Timur Tengah dalam menguruskan perbezaan mazhab, di mana penganut mazhab Sunni tidak pernah mendakwa kumpulan Syiah di negara mereka terkeluar dari Islam, menurut seorang pakar hubungan antarabangsa.
Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya, berpendapat jika Malaysia tidak berhati-hati dalam perkara ini, imej negara akan terjejas dan pendukung hak asasi manusia akan menuduh Malaysia tidak mengamalkan toleransi sesama umat Islam.
“Kita perlu berwaspada dalam hal ini. Kita bimbang perbuatan ini membuka ruang seluas-luasnya kepada campur tangan Barat yang ingin melihat perpecahan umat Islam. Malah ada yang mengatakan agenda melagakan Syiah dan Sunni ini sudah lama dipasang pihak tertentu,” kata Mohamad.
“Di peringkat antarabangsa sekali pun seperti di Arab Saudi bukan sedikit penganut Syiah termasuk di Madinah. Walaupun ada pertembungan politik di kawasan tertentu dengan mazhab Syiah, tidaklah mereka ini sampai ke peringkat mengatakan Syiah terkeluar daripada Islam,” katanya.
Menurut Mohamad, apabila kerajaan mengambil pendekatan drastik memerangi Syiah, ia membawa kepada pengasingan umat Islam di negara ini.
“Apabila kita memberi penekanan berlebihan kepada Sunni, maka dengan sendiri ia membawa kepada pengasingan agama.

Dakwaan Syiah pemimpin PAS hari ini.. - Zahid




 
Penglibatan pemimpin kanan PAS dalam aktiviti Syiah akan didedahkan dalam sidang media khas di Kuala Lumpur pada petang ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Ditanya sama ada beliau merujuk kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Zahid hanya menjawab akan mengumumkan "penglibatannya".

"Oleh kerana dia mahu melihat bukti, kita akan tunjukkan bukti," kata Zahid dalam sidang media di ibu pejabat polis di Pulau Pinang hari ini.

Zahid berkata, pihaknya tidak bermain politik dan hanya memfokuskan kepada isu.

Malaysia masih 'unggul' dengan wang haram

Jenayah, rasuah dan pelarian cukai - berbilion ringgit wang haram daripada Malaysia, antara negara teratas dalam pelarian modal haram, terus berlaku.

NONESejumlah RM173.84 bilion (AS$54.18 bilion) disalurkan daripada Malaysia pada 2011, menurut pemantau kewangan Global Financial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington dalam laporan tahunan terkininya yang mengesan pelarian modal.

Malaysia diletakkan di kedudukan nombor empat dalam laporan terkini GFI.

Laporan tahun lalu meletakkannya di kedudukan kedua apabila hampir RM200 bilion wang haram disalur keluar dari Malaysia pada 2010.

Laporan sebelum ini meletakkan Malaysia di belakang China dalam pelarian wang haram global.

GFI masih belum memperoleh data untuk 2012 dan 2013. Bagaimanapun, ia akan dimasukkan dalam laporannya yang akan datang.

Untuk tahun 2010, Malaysia di belakang Rusia (AS$191.14 bilion), China (AS$151.35 bilion) dan India (AS$84.93 bilion).

Jawapan Shafee “sampah”, Mat Zain cabar peguam tuntut siasatan terhadap akuan bersumpah..Jeng..Jeng...!!


Shafee semalam berkata beliau akan mendedahkan hubungan Mat Zain dengan Anwar di mahkamah minggu depan.Shafee semalam berkata beliau akan mendedahkan hubungan Mat Zain dengan Anwar di mahkamah minggu depan.Jawapan balas Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah terhadap permohonan kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan peguam Umno itu dari bertindak sebagai Timbalan Pendakwaraya hari ini dianggap sebagai “sebakul sampah" oleh Datuk Mat Zain Ibrahim.
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur itu turut mengalu-alukan kenyataan Shafee untuk mendedahkan hubungannya dengan Anwar.
“Saya sekarang mencabar Shafee untuk menuntut Perdana Menteri mengarahkan siasatan menyeluruh terhadap akuan bersumpah (SD) saya dan baru dia tahu di mana kedudukannya.
“Saya akan mengkaji afidavit Shafee satu demi satu dan merekodkan pemerhatian saya dalam SD akan datang. Pada saat ini saya boleh katakan afidavit dia tidak lengkap dan merupakan sebakul sampah.
“Saya mempunyai hak untuk mengambil tindakan selanjutnya,” kata Mat Zain.

MAN WITHOUT A CORE: Najib betrays his own Moderates Movement with Sunni Islam call

Amongst the more ridiculous propositions to emerge from the recently concluded Umno General Assembly was the suggestion that Article 3 of the Federal Constitution should be amended to stipulate that Islam in Malaysia refers to the practice of the Sunnah Wal Jamaah, or Sunni denomination.
MAN WITHOUT A CORE: Najib betrays his own Moderates Movement with Sunni Islam callSuch a move, according to various Umno leaders including party Vice-President and Home Minister Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, was necessary in order to “protect the sanctity of the teaching of Sunnah wal Jamaah and to stop the spread of other teachings in the country.”
This suggestion comes hot on the heels of the Home Minister’s vilification of the Shia sect as a deviant ideology, while attempting to link Pas leaders, in particular party Deputy President Mat Sabu, as Shia followers.
Most incredibly, this call was met favourably by Umno President Dato’ Sri Najib Razak who, in his closing speech, promised that the party constitution would be amended to define Islam as that of the Sunni denomination. Although the Prime Minister did not go so far as to agree to amend the Federal Constitution, he certainly did not rule it out when asked.
A voice of sanity (but for how long?)
Thankfully, a voice of sanity has emerged in the form of former Umno Supreme Council member and now Chief Executive Officer of the Global Movement of Moderates, Dato’ Saifuddin Abdullah, who appears to have broken ranks with his party colleagues.
In a press conference recently, Dato’ Saifuddin said that “there is no need to amend the Federal Constitution to specify Islam as the Sunni denomination” as “it is sufficient that the Federal Constitution already plainly states Islam as the religion of the federation.”
Dato’ Saifuddin also expressed concern that attempts to define Islam in the constitution in such a specific manner would not be inclusive, and that he did not believe in the “holier-than-thou approach” in handling this issue that he deems to be “exaggerated.”
Najib’s false moderation
In 2010, Najib spearheaded the formation of the Global Movement of Moderates (GMM) by calling upon “members and leaders of the world's major faiths to censure and reject their own extremists.”
However, far from practising what he preaches, Najib’s own government has consistently submitted to the demands of the very extremists he is asking the world to reject.

Malaysia bled RM174 billion dirty money in 2011, says global anti-graft watchdog


About RM173.84 billion was illegally siphoned out of Malaysia in 2011, making the country the fourth largest exporter of illicit capital that year after Russia, China and India, said anti-graft watchdog Global Financial Integrity (GFI).
The Washington-based research and advocacy organisation said crime, corruption, and tax evasion drained $946.7 billion (RM3.05 trillion) from the developing world in 2011, up more than 13.7% from 2010 – when illicit financial outflows totalled $832.4 billion (RM2.64 trillion).
“As the world economy sputters along in the wake of the global financial crisis, the illicit underworld is thriving… siphoning more and more money from developing countries each year,” said GFI president Raymond Baker when releasing the "Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2002-2011" report.
The findings in the study peg cumulative illicit financial outflows from developing countries at $5.9 trillion (RM19 trillion) between 2002 and 2011.
“Anonymous shell companies, tax haven secrecy, and trade-based money laundering techniques drained nearly a trillion dollars from the world’s poorest in 2011, at a time when rich and poor nations alike are struggling to spur economic growth.
“While global momentum has been building over the past year to curtail this problem, more must be done.  This study should serve as a wake-up call to world leaders: the time to act is now,” said Baker.
The "Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2002-2011" report is GFI’s 2013 update on the amount of money flowing out of developing economies as a result of crime, corruption and tax evasion. It is also the first GFI report to include data for the year 2011.

Kejahilan dan pelampau mazhab punca serangan ke atas Syiah, kata ahli akademik



Dr Faizal ketika berucap di sebuah forum di Dublin, Ireland. - Gambar akaun Facebook Mohd Faizal Musa, 12 Disember, 2013. 
Dr Faizal ketika berucap di sebuah forum di Dublin, Ireland. - Gambar akaun Facebook Mohd Faizal Musa, 12 Disember, 2013.

Kejahilan dan tindakan melampau golongan Islam aliran Sunnah yang mempengaruhi pihak berkuasa agama telah mendorong gerakan anti-Syiah di Malaysia walaupun masyarakat minoriti ini sebenarnya mempunyai susur galur yang kukuh di negara ini sejak berabad lalu, kata seorang ahli akademik.
Dr Mohd Faizal Musa, ahli sosiologi Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata ekstremis di kalangan pihak berkuasa agama telah menyebarkan mitos bahawa Islam Syiah hanya bermula pada tahun 1979, iaitu ketika Revolusi Islam Iran, dan kononnya mazhab yang merupakan kedua terbesar dalam Islam ini merupakan satu ancaman luar.
Faizal berhujah sikap tidak toleran pihak berkuasa agama dan kumpulan Islam Sunnnah terhadap golongan Syiah adalah kerana mereka telah dipengaruhi oleh Wahabi - fahaman konservatif Islam yang berasal dari Arab Saudi.
"Wahabi di Malaysia cenderung menganggap Syiah sebagai ‘satu lagi agama’, dan menuduh pengikut Syiah sebagai 'kafir’, 'bid'ah ', 'sesat', dan 'bukan Islam'," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.
Katanya, Wahabi juga menyukarkan dialog Sunnah-Syiah, dan lama-kelamaan kejahilan dan ketakutan masyarakat Sunnnah terhadap Syiah menjadi sebati.
Menurut Faizal, masyarakat Islam Syiah bermula seawal abad ke-14 iaitu sezaman dengan ketibaan Islam aliran Sunnah ke Asia Tenggara melalui pedagang-pedagang Arab.
Komuniti ini terus berkembang di Indonesia, Thailand, Myanmar, Singapura dan Malaysia, ditambah dengan kedatangan pengikut Syiah dari Pakistan, Afghanistan dan India.
Sejak berabad lamanya, kedua-dua komuniti ini tinggal bersama dan disatukan melalui perkahwinan tanpa sebarang permusuhan atau konflik.
Malah, ada pengikut fahaman Syiah yang ditemuramah Faizal masih dapat mengesan asal-usul mereka sehingga seawal tahun 1800.

Adakah TPP perjanjian realistik?

Adakah TPP perjanjian realistik? 
 Menteri-menteri perdagangan negara TPP menghadiri mesyuarat empat hari di Singapura pada 7 Disember lalu. FOTO: AFP
SAN FRANCISCO - Berita mengenai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) tidak berjaya dimuktamadkan mengikut tarikh sasarannya tahun ini menimbulkan pertanyaan sama ada perjanjian perdagangan bebas (FTA) itu benar-benar boleh dirundingkan atau tidak.

Sebelum pengumuman itu lagi, beberapa ahli akademik di Amerika Syarikat (AS) telah pun menyatakan mereka tidak yakin TPP boleh dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Pengarah Pusat Pembangunan Antarabangsa Universiti Stanford di San Francisco, Nicholas Hope berkata, perjanjian itu terlalu bercita-cita tinggi sehingga menimbulkan pertanyaan sama ada semua negara boleh bersetuju dengan apa yang dituntut dalam TPP.

“Bolehkah TPP ini benar-benar dirundingkan? Pada pendapat saya, TPP meletakkan sasaran terlalu tinggi dalam beberapa aspek. Sukar untuk bayangkan negara yang ingin sertai TPP akan terima semua peraturan (dalam TPP).

“Dan jika terlalu banyak pula pengecualian, itu hanya akan memusnahkan nilai (yang ingin diperoleh daripada TPP),” katanya semasa ditemui di Universiti Stanford, 9 Disember lalu.

Hope juga berkata, beliau tidak yakin Kongres AS akan meluluskan penyertaan negara itu dalam TPP selepas ianya dimuktamadkan.

“Kongres AS dilihat kurang bekerjasama dan walaupun ada anggota (parti pembangkang) Republikan yang mungkin menyokong perdagangan bebas, mereka pasti akan menghalang apa-apa usaha yang boleh membuatkan (Presiden AS Barack) Obama nampak bagus,” katanya.

Proton pengeluar kereta atau punching bag?

Norzafry Norhalim

Proton Suprima S. - Gambar ehsan laman Proton Edar.Proton Suprima S. - Gambar ehsan laman Proton Edar.Apabila Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord. Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini.
Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa noktah berikut:
1. Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan.
2. Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi  jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda,  mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham.
3. Ramai pengkritik tidak memahami hakikat industri automotif yang ‘super-kompetetif’. Kilang Mitsubishi di Australia pada tahun 2006 pernah ditutup selama 4 minggu kerana tiada permintaan. Majikan lama saya, Ford Australia di Geelong baru-baru ini telah mengisytiharkan mereka akan menutup kilang mereka mulai tahun 2016 kerana mengalami kerugian yang cukup besar, di mana mereka telah mengumpul kerugian sebanyak A$600 juta sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ford telah bertapak di Australia selama 90 tahun, jadi bagaimanakah pula agaknya Proton yang hanya 1/3 usia berbanding Ford Australia berdepan dengan cabaran ini?

Banjir: Pegawai polis terharu, kesal belasah Unit Amal semasa Bersih 3

PEGAWAI POLIS PEKAN TERHARU SUMBANGAN UNIT AMAL KESAL BELASAH MEREKA SEMASA BERSIH 3

Sampai masanya, kebaikan itu akan dihargai...

Saya mempunyai seorang teman, pegawai polis berasal dari Kelantan bertugas di satu IPD di negeri asal Perdana Menteri.

Sudah lama beliau dan keluarga adalah pengunjung tetap klinik saya setiap kali pulang ke kampungnya di Kelantan walaupun dia tahu tuan punya klinik yang merawatnya dan keluarganya adalah bekas calon PAS dalam pilihanraya umum.

Biasa kami berbual dalam banyak perkara termasuk isu-isu politik semasa negara. Kami berdua bersikap terbuka dalam perkara ini. Pandangan saya dihormati dan pandangannya juga saya hormati.

Sejurus sebelum Himpunan BERSIH 2.0 dulu, beliau bertandang ke klinik saya. Secara terbuka saya maklumkan kepadanya bahawa saya akan turut hadir ke himpunan tersebut. Sebagai seorang pegawai polis, beliau menunjukkan riak wajah tak bersetuju dengan tindakan saya sambil memaklumkan bahawa beliau juga turut diarahkan bertugas semasa himpunan tersebut. Sempat saya bergurau, "jangan katok saya deh..."

Antara air banjir dan air mata...

- Cukupkah RM500 untuk setiap keluarga mangsa banjir? - Marhaintua

Banjir besar fasa pertama di pantai timur sudah reda kini dan ramai mangsa banjir sudah pulang untuk membersihkan rumah sambil menilai apa lagi yang ada untuk diselamatkan. Yang pasti kebanyakan buku sekolah anak-anak sudah hancur lusuh. Gerobok dan almari tidak boleh dipakai lagi, terutama yang diperbuat daripada jenis ‘serbuk kayu padat’ (density wood).
Begitu juga dengan alat-alat elektrik dan elektronik seperti peti air, peti telivisyen, radio, oven dan microwave perlu dihumban sahaja. Kalau hendak dijual pun tidak laku lagi.

Yang ada motorsikal mungkin tidak merasa sukar memperbaikinya kerana besar kemungkinan motorsikal itu dibawa ke stesen perpindahan mengangkut barang-barang semasa menyelamatkan diri. Begitu juga dengan kereta. Akan tetapi kalau kereta tertinggal di rumah kerana terlalu lambat untuk melarikannya, kereta itu perlu di ‘overhaul’ untuk mengeluarkan lumpur yang masuk ke ruang blok enjin dan minyak hitamnya perlu diganti.

Setiap waktu TV kerajaan menayangkan kisah mangsa banjir mencuci rumah sambil memuji kerajaan UMNO kerana memberi mereka bantuan sebanyak RM500 setiap keluarga. Ada yang berterima kasih sambil melinangkan airmata. “Syukurlah kerajaan UMNO bertimbang rasa memberikan bantuan RM500 untuk keluarga saya...” Inilah dasar Melayu sudah menjadi hamba abdi pihak pemintal minda.

Ketua tentera pula menyebut segala bantuan yang diberikan oleh tentera yang cukup canggih sambil menempatkan lebih 2,000 askar di Terengganu dan 2,500 askar di Kelantan. Soalnya sekarang kenpa setakat 4,500 askar sahaja? Kalau di Semenanjung ada 20 batalion askar, sudah ada 16,000 anggota paling kurang.

Kenapa tidak dikerahkan sepuluh ribu askar ke tempat mangsa banjir untuk bantu membetulkan rumah yang hampir tumbang, membersihkan selut dan lumpur yang menutupi lantai? Bukankah tentera mempunyai mesin mudah alih untuk memancut air deras?

Di Dewan Negara, Menteri bertanggungjawab lantang bersuara tentang bekalan mencukupi tetapi menuduh orang “berbaju merah” yang datang hanya selepas empat hari banjir untuk mengungkit persiapan kerajaan yang dikatakan tidak sempurna.”

Fahamilah Perasaan Manga Banjir

Apapun, keadaan sebenarnya saya harap semua pihak yang terlibat dengan kerja-kerja membantu mangsa banjir faham trauma yang sedang bergolak dalam kalbu setiap mangasa banjir. Mereka trauma kerana kehilangan segala-galanya kecuali nyawa.

Kerana itu saya amat terkejut apabila Najib mengumumkan bayaran wang bantuan sebanyak RM500 kepada setiap keluarga mangsa banjir. Beliau juga menyatakan bahawa bank-bank seperti Maybank sudah bersetuju untuk memberikan lanjutan tempoh hutang bulanan yang perlu dibayar oleh mangsa banjir yang berhutang pada bank.
Cuba kita fikirkan baik-bak, apakah yang boleh dibuat oleh setiap keluarga dengan wang sebanyak RM500 itu?

BANJIR: LEBIH 100 AHLI UMNO KUANTAN ISTIHAR SOKONG PKR

Sewaktu menghadapi banjir terbesar di Pahang beberapa hari lalu, kesemua Wakil Rakyat dari PKR khususnya dengan komitmen padu juga dari Wakil Rakyat dari PAS terutamanya di kawasan paling teruk di landa banjir iaitu di kawasan Kuantan dan Indera Mahkota, mereka tidak pernah berehat dan mengira waktu untuk terus merasai kesusahan yang dialami oleh rakyat di kawasan mereka.
 
YB Fuziah menerima borang keahlian.  Turut sama Adun Teruntum, YB Sim Choon Siang
 
Tiada langsung program berkempen mencari ahli atau merayu penduduk untuk menyokong kami sewaktu melakukan tugas membantu mangsa-mangsa banjir, kecuali kami turun dengan vest, topi atau bendera PKR sebagai jenama yang dibawa sebilang masa.  Bantuan dihulurkan sedaya upaya tanpa mengira fahaman politik dan kami tidak menunggu bantuan atau jentera dari Kerajaan Pusat mahupun Negeri untuk mula bertindak. Disaat Umno berhimpun dengan gelak tawa serta sesi bodek dan mengampu pimpinan mereka di PWTC, Wakil-Wakil Rakyat dari PR meredah air, mengharung banjir mencari para penduduk untuk diselamatkan.  Bukan kami menafikan bantuan dari Kerajaan Pusat mahupun jentera dari Kerajaan Negeri tetapi kami tidak bertindak atau mengambil masa terlalu lama menanti itu semua.

Mami Jat dan si Mahaguru...

 
Shahrizat masih agungkan Najib,si Mahaguru yang sering tersalah langkah...

Datuk A Kadir Jasin menempelak Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil (gambar) yang masih mengagungkan Datuk Seri Najib Razak dengan menggelar ‘mahaguru’meskipun kesalahan demi kesalahan dilakukan Perdana Menteri itu.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP) itu berkata, antara kelemahan Najib adalah kegagalannya menawan semula Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang disifatkannya rekod lebih buruk berbanding mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Najib tidak tahu apa yang perlu dilakukan di Selangor. Inilah ‘mahaguru’ Shahrizat,” katanya melalui kiriman di blog bertajuk “Ketua Wanita dan Mahaguru”.

Beliau berkata krisis moral juga turut membayangi Umno dan BN setelah bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkirkan daripada parti atas isu tersebut.

Katanya, mujur Najib tidak meluluskan usul Shahrizat semasa Perhimpunan Agung Umno 2013 (PAU 2013) lalu untuk menubuhkan Bank Wanita yang turut menyarankan agar akaun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diperiksa bagi memastikan ia berada dalam keadaan teratur.


“Shahrizat tinggal serumah dan tidur bersama suami Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail tetapi beliau mendakwa tidak tahu-menahu suami dan anaknya terlibat dengan National Feedlot Corporation (NFC),” katanya yang menyifatkan rakyat tidak mudah diperbodohkan.

Yingluck diberi 24 jam letak jawatan

Yingluck diberi 24 jam letak jawatan  
Kumpulan anti kerajaan masih berkumpul di hadapan pejabat Yingluck, semalam.
BANGKOK - THAILAND. Kumpulan penentang kerajaan Thailand memberi masa 24 jam kepada Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra supaya meletak jawatan meskipun beliau enggan berbuat demikian.

Dipetik laporan AP, kumpulan itu juga menyatakan keazaman untuk tetap menubuhkan majlis rakyat yang akan mentadbir negara.

Kelmarin, perintah khas Raja Bhumibol Adulyadej menjadualkan pilihan raya diadakan pada 2 Februari tahun depan dan menamatkan Yingluck sebagai Perdana Menteri sementara hingga undian berlangsung.

Pemimpin penentang, Suthep Thaugsuban yang menghadapi waran tangkap kerana memberontak masih terus melakukan ucapan awam di hadapan lebih 150,000 pengikut  di pentas berhampiran pejabat Yingluck.

Beliau juga dikatan mencabar pihak berkuasa untuk menahannya.

"Jika polis berani, sila tahan saya. Saya rela ditahan demi kedaulatan negara.

Kudeta: Uskup Dedahkan Ikhwanul Muslimin Selalu Lindungi Gereja

Kaherah - Uskup Wilayah Almenya di Mesir bernama Makarius, menyatakan bahawa para demonstran yang menentang kudeta selalu membentuk jawatankuasa sosial bagi melindungi gereja-gereja, terutama jika jalan-jalan berhampiran gereja tersebut sering dilalui oleh konvoi-konvoi demonstran, portal dakwatuna dipetik.

Hal itu dinyatakannya ketika beliau diwawancarai oleh lamanwab masralarabia.com, Jumaat (6/12/2013) minggu lepas.

Beliau mengatakan bahawa jika Ikhwanul Muslimin yang menyelenggarakan demonstrasi, maka mereka akan melindungi gereja.

Sebaliknya, Makarius menyatakan pihak polis yang telah mengabaikan tugas utamanya yang di antaranya melindungi gereja. Bahkan terdapat individu-individu tertentu dalam polis yang mempunyai hubungan erat dengan mereka yang selalu melanggar undang-undang, atau preman.

Sedangkan ketua pejabat polis wilayah lansung sama sekali tidak mengetahui peta keadaan wilayah provinsi Almenya.