Rabu, 11 Disember 2013

Harga makanan dijangka naik 10 peratus

mohd-yusof-abdul-rahmanKUALA LUMPUR 11 DIS: Harga makanan dan minuman dijangka meningkat sekurang-kurangnya 10 peratus akibat kenaikan harga gula, kata pengarah komunikasi Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman.
Kata Yusof (gambar) kenaikan 10 peratus dijangka terdiri dari jenis makanan siap di restoran-restoran.
“Ada sesetengah kedai makan di Kuala Lumpur yang menaikkan harga makanan panas seperti nasi goreng sehingga RM7 sepinggan.
“Ini kerana harga bahan masakan seperti gula yang dibeli secara runcit oleh pemilik restoran telah meningkat,” katanya kepada Keadilandaily.
Manakala harga barangan yang dipek dan bertin dijangka turut meningkat kerana gula merupakan kandungan utama bahan makanan dan minuman.
Kata Yusof, walaupun hanya satu harga item yang meingkat, ia tetap memberi kesan berikutan hampir keseluruhan jenis makanan dan minuman menggunakan gula.
“Kelompok paling terkesan akibat kenaikan ini sudah tentu golongan muda dan mereka yang tinggal di bandar.
“Ini kerana mereka bekerja sepanjang hari dan berada di pejabat. Mereka bergantung dan menjadi pengguna tetap ,” tambahnya.

Tambang LRT naik, kerajaan BN makin rakus

yahya-sahriKUALA LUMPUR 11 DIS: Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, kenaikan tambang pengangkutan awam jenis LRT dan monorel menunjukkan kerajaan pimpinan Umno-BN semakin rakus dan tidak mempedulikan beban hidup rakyat.
“Ini agaknya janji mereka untuk mendahulukan rakyat. Rakyat terpaksa tanggung dahulu bebanan negara.
“Sedangkan mereka masih boleh guna semua kemudahan untuk terus bergembira,” kata Yahya (gambar) kepada Keadilandaily.
Beliau mengulas kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini yang menyatakan untuk mengkaji semula struktur tambang pengangkutan awam itu.
LRT_sesakKadar tambang LRT dijadualkan naik berdasarkan peningkatan tarif elektrik 15 peratus bermula Januari 2014.
“Apakah mereka tak sedar terlalu ramai pengguna perkidmatan awam akan menanggung kesannya,” kata Yahya.
“Mereka (pimpinan Umno-BN) jangan samakan diri mereka dengan rakyat yang terpaksa bermati-matian bekerja untuk mencari rezeki,” tambahnya.
Dalam pada itu, Yahya menggesa rakyat Malaysia menilai wabak kenaikan harga barangan akibat kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-13.
“Rakyat perlu bijak menilai. Jangan nanti diberi bantuan BRIM, mereka jadi mabuk dan terlupa bahawa selepas pilihan raya mereka dihadiahkan dengan pelbagai kenaikan harga barang.
Difahamkan, purata bilangan pengguna harian pengangkutan rel bagi laluan Kelana Jaya sahaja pada 2012 direkodkan berjumlah 228,083 orang.

Naik Tambang Pulak: Apa lagi kerajaan BN mahu?

Belum reda lagi kemarahan rakyat tentang tindakan kerajaan menaikkan tarif elektrik, kini telah terdengar desas-desus bahawa tambang pengangkutan awam jenis LRT dan monorel pula akan dinaikkan.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menyatakan sedang mengkaji semula struktur tambang pengangkutan awam itu.

Syed Hamid berkata, ini disebabkan faktor peningkatan tarif elektrik di samping bagi memastikan jangka panjang industri rel mapan serta mengurangkan kebergantungan sokongan kewangan kerajaan.

Tindakan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan harga tambang pengangkutan awam adalah rentetan 'penderaan' ke atas rakyat setelah pengumuman kenaikan tarif elektrik baru-baru ini.

Harga tambang pengangkutan awam jenis LRT dan monorel ketika ini sudah cukup membebankan rakyat di ibu kota dan dengan harga baru yang bakal diumumkan nanti akan menambahkan lagi beban yang ditanggung.

Anwar: Masyarakat Islam perlu reformasi pendidikan & pembaharuan intelektual

anwar-ibrahim
WASHINGTON, AS 11 DIS: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masyarakat Islam di seluruh dunia perlu maju dan menyesuaikan diri dengan cabaran globalisasi melalui reformasi pendidikan tinggi dan pembaharuan intelektual.
Menurut Anwar, reformasi pendidikan tinggi dalam masyarakat Islam perlu berkembang daripada bentuk tradisional tanpa meninggalkan tradisi kajian keilmuan Al-Quran dan Hadis.
Namun, beliau menyatakan kebimbangan apabila keperluan mendemokrasikan akses pendidikan masih menjadi masalah yang berpanjangan di negara-negara Islam.
“Krisis pendidikan tinggi dalam masyarakat Islam boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara. Salah satu ialah kurangnya memberi tumpuan kepada pembangunan sosio-ekonomi,” kata Anwar.
Beliau berkata demikian pada ucaptama di Simposium ‘Reformasi Pengajian Tinggi dalam Masyarakat Islam’ yang dianjurkan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) di Woodrow Wilson International Center for Scholars, Washington, AS.
Dalam pada itu Anwar berkata, antara punca krisis tersebut ialah pemilihan sumber, kandungan, kualiti, kewangan serta isu-isu tadbir urus.
Anwar di Wilson Center, Washington DC dalam program 'Reform of Higher Education in Muslim Societies'.“Di saat masyarakat lain telah mengubah sistem mereka, negara-negara Islam pula masih bergelut dengan cabaran mengintegrasikannya dalam pendidikan moden,” ujarnya.
Anwar di Wilson Center, Washington DC dalam program ‘Reform of Higher Education in Muslim Societies’.
Tambah beliau, masyarakat Islam tidak perlu alergik dengan barat, bahkan mengambil manfaat dari keilmuan dan sistem pendidikan peradaban itu untuk membangunkan ummah.

Desakan rakyat boleh turunkan kos sara hidup

Desakan rakyat boleh turunkan kos sara hidup  
Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat ketika berada dalam kempen Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), di pusat membeli-belah termuka di ibu negara, hari ini
SHAH ALAM – Keberkesanan sesuatu kempen kesedaran itu tidak akan berjaya sekiranya rakyat tidak memberi sambutan yang sewajarnya khususnya isu yang melibatkan kepentingan masyarakat umum termasuklah kenaikan kos sara hidup di negara ini.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata kepedulian dan kerjasama rakyat itu penting dalam menjayakan kempen kesedaran itu bagi memastikan nasib rakyat terbela akibat tindakan kerajaan Barisan Nasional yang menaikkan beberapa keperluan rakyat akibat penghapusan subsidi selepas PRU13 lalu.

“Berjaya atau tidak kempen Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) itu bergantung pada sambutan daripada rakyat, kalau rakyat rasa perlu menyokong saya yakin kempen ini beri kesan.

“Jika rakyat tidak peduli, saya percaya kempen ini sukar berjaya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Isu Syiah 'hilang' jika Umno, Pas bersatu?

SHAH ALAM - Umno yang mengaitkan ajaran Syiah dengan pemimpin nombor dua Pas itu hanya sekadar khabar angin "lama" jika tidak ada tindakan dilakukan.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, perkara itu cuba dibangkitkan untuk menonjolkan parti masing-masing di hadapan rakyat sebagai  pejuang, khususnya dalam agama Islam dan kaum Melayu.

Menurutnya, perkara berkaitan agama Islam dan kaum Melayu telah lama digunakan oleh Umno dan Pas termasuk isu Syiah untuk mengekalkan sokongan rakyat.

"Bagi saya isu Syiah ini sebenarnya bukan perkara besar bagi kedua pemimpin terlibat, ia hanya sekadar untuk menghangatkan Perhimpunan Agung Umno contohnya.

"Sebab saya lihat perkara ini telah lama, khabar angin yang mengaitkan pemimpin nombor dua Pas ini sering diperkatakan namun tiada tindakan, akhirnya senyap," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Banjir: Nasihat kepada Majlis Keselamatan Negara

Kolar Putih

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas respons yang diberikan terhadap surat terbuka Nur Adilla Abd Rahim. Namun, tindakan MKN memberi respons secara bentuk rencana bukan tindakan perhubungan raya (public relations) yang tepat.
Sebagai salah sebuah agensi Kerajaan, MKN sepatutnya mengeluarkan kenyataan akhbar secara rasmi sahaja dan bukannya panjang berjela dan terperinci seperti jawapan Parlimen yang dijawab oleh menteri atau timbalan menteri.
Respons terperinci yang diberikan adalah baik namun ia terdedah kepada keburukan yakni orang ramai boleh mempersoalkan setiap perincian yang diberikan. Adalah lebih baik selepas ini MKN mengeluarkan kenyataan yang lebih umum, ringkas dan padat.
Oleh kerana MKN telah memberikan respons yang terperinci, izinkan penulis untuk mengutarakan beberapa persoalan dan pendapat penulis terhadap setiap hujah MKN.
Kenyataan MKN bahawa sistem pengurusan bencana di Malaysia setaraf dengan sistem antarabangsa seperti badan-badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah pengiktirafan badan-badan tersebut ataupun PBB sendiri, ataupun hanya pengiktirirafan diri sendiri oleh MKN?
Seterusnya, kenyataan MKN bahawa hasil post-mortem pengurusan banjir bagi musim tengkujuh lalu digunakan bagi memperbaiki kelemahan. Bolehkah hasil post-mortem ini didedahkan/dibentangkan kepada umum supaya lebih banyak input/idea jalan penyelesaian yang tuntas boleh diberikan?
Selain itu, tindakan MKN dengan hanya menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat pusat mahupun negeri adalah tidak mencukupi, malah adalah tindakan lapuk. Jika semua jawatankuasa ini gagal, maka sebuah lagi jawatankuasa akan ditubuhkan untuk menyiasat kegagalan jawatankuasa-jawatankuasa sedia ada. Ini pendekatan lapuk.

Kos sara hidup melonjak, mahasiswa rancang ke jalan raya

gamisKUALA LUMPUR 11 DIS: Sekiranya kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan menurunkan kos sara hidup rakyat yang melonjak, mahasiswa di seluruh negara akan turun ke jalan raya membuat bantahan.
“Jika tiada tindakan segera dibuat kerajaan, maka mahasiswa seluruh negara sedia ke jalan raya,” kata pengerusi Majlis Politik Nasional Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) Ahmad Afif Zulkifli,.
Ahmad Afif berkata, Gamis turut bekerjasama bersama Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) serta parti politik bagi memastikan hasrat itu direalisasikan.
mahasiswa_demonstrasi“Gamis bersama NGO Turun akan meneruskan siri penerangan kesan lonjakan kos sara hidup kepada rakyat dan mahasiswa dan edaran risalah secara konsisten,” katanya.
Dalam tempoh kurang sebulan kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik 15 peratus, cukai taksiran DBKL, penarikan subsidi gula dan kenaikan tarif air di beberapa buah negeri.
Terbaru, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kajian semula tambang LRT pada 2014 atas alasan kenaikan tarif elektrik dan semakan semula tambang selepas 10 tahun.

Shahrizat masih agungkan Najib biarpun jelas tersalah langkah, kata wartawan veteran


Datuk A Kadir Jasin menempelak Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil (gambar) yang masih mengagungkan Datuk Seri Najib Razak dengan menggelar ‘mahaguru’meskipun kesalahan demi kesalahan dilakukan Perdana Menteri itu.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP) itu berkata, antara kelemahan Najib adalah kegagalannya menawan semula Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang disifatkannya rekod lebih buruk berbanding mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Najib tidak tahu apa yang perlu dilakukan di Selangor. Inilah ‘mahaguru’ Shahrizat,” katanya melalui kiriman di blog bertajuk “Ketua Wanita dan Mahaguru”.
Beliau berkata krisis moral juga turut membayangi Umno dan BN setelah bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkirkan daripada parti atas isu tersebut.
Katanya, mujur Najib tidak meluluskan usul Shahrizat semasa Perhimpunan Agung Umno 2013 (PAU 2013) lalu untuk menubuhkan Bank Wanita yang turut menyarankan agar akaun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diperiksa bagi memastikan ia berada dalam keadaan teratur.
“Shahrizat tinggal serumah dan tidur bersama suami Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail tetapi beliau mendakwa tidak tahu-menahu suami dan anaknya terlibat dengan National Feedlot Corporation (NFC),” katanya yang menyifatkan rakyat tidak mudah diperbodohkan.
Kadir turut menyelar Najib atas cubaannya melantik bekas ahli PAS Mohammad Kazim Elias ke dalam ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno pada hujung bulan lalu namun ditolak oleh pendakwah bebas itu.

Orang Ramai Bantah Kenaikan Harga Tambang LRT & Monorel

SPAD: Naik harga tambang mungkin 3-6 bulan lagi..!!!

Tambang naik : Apa kata pengguna?

Student groups to pressure gov't to reduce peoples' burden

PAS lancar 'Ops Cuci' bantu mangsa banjir

Salahuddin bergotong-royong mencuci perkakas dapur rumah mangsa banjir.
KEMAMAN: PAS di semua peringkat diarah menghantar sukarelawan bagi membantu membersih rumah mangsa banjir yang terjejas teruk khususnya di Kemaman dan Kuantan.

Bagi tujuan itu juga Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah melancarkan `Ops cuci' rumah mangsa banjir pada setiap minggu bermula hari Jumaat hingga Ahad.

Katanya, semua pimpinan PAS setiap kawasan dan negeri perlu mengambil peranan dengan mengarahkan ahli masing-masing untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.

Beliau berkata, bantuan daripada seluruh negara perlu dilakukan segera memandangkan Pahang dan Terengganu merupakan negeri yang dilanda banjir besar kali ini.

"Saya harap semua mangsa banjir bersabar dengan ujian Allah kerana ia akan mendapat ganjaran yang lebih besar, insyAllah," katanya.

Banjir: Senator terkilan menteri BN perlekeh Unit Amal

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara, Senator Khairiah Mohamad terkilan dengan sikap seorang menteri yang memperkecilkan peranan dan bantuan yang dihulurkan Unit Amal Malaysia dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Kuantan.

Beliau ketika berucap membahaskan Bajet 2014 berkata, menteri terbabit sepatutnya menggalakkan sikap yang ditunjukkan oleh sukarelawan Unit Amal yang menjalankan tugas penuh kerelaan tanpa pernah meminta-minta bayaran.

"Saya terkilan apabila menteri ketika menjawab soalan ahli Dewan Negara telah memperkecilkan peranan dan  bantuan yang diberikan oleh badan sukarela seperti apa yang disebut Jabatan Amal.

"Saya maklumkan di sini Unit Jabatan Amal ini dianggotai oleh anak-anak muda kita daripada pelbagai peringkat umur. Mereka ini adalah sukarelawan yang dikerah pada bila-bila masa dan tidak dibayar," katanya.

Katanya, atas semangat inilah datangnya pertolongan cemas dari seluruh negara yang membawa wang, air mineral, lampin pakai buang, makanan, tilam, tikar dan kain selimut, pakaian dan sebaginya.

Sikap inilah, katanya perlu disanjung dan mengucapkan penghargaan terima kasih bukannya memperkecil-kecilkan mereka.

Kenyataan Kadir Jasin lambang kekecewaan penyokong Umno, kata penganalisis

Penganalisis berpendapat kenyataan bekas wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin tidak boleh dipandang remeh dan perlu mendapat perhatian pemimpin kerajaan kerana ia menggambarkan kekecewaan seorang penyokong Umno.
Ketua Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata meskipun cadangan Kadir lebih dilihat sebagai sindiran namun perkara itu tidak boleh dibiarkan kerana ia memberi kesan kepada kepimpinan kerajaan dan Umno terutamanya.
“Pandangannya berbentuk sinis tetapi perlu diberikan perhatian serius. Amat penting bagi pemimpin kerajaan memahaminya secara serius kerana ia melihatkan penyokong Umno sudah mula mengeluarkan pandangan yang melambangkan kekecewaan.
“Jangan dibiarkan orang yang menyokong kerajaan ini semakin kecewa dengan apa yang berlaku.” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Kadir pada Ahad lalu menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengkaji semula peranan menteri Kabinet selain melantik isteri Datin Seri Rosmah Mansor sebagai Menteri Tugas Khas.
Katanya melalui pelantikan itu, tiada pihak boleh membantah campur tangan Rosmah atau menuduh Najib dan anggota Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan penggunaan kemudahan kerajaan.
“Saya dah berbuih mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan dilantik menjadi menteri malah ke jawatan Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata,” katanya yang menyatakan usaha itu boleh dibuat melalui pelantikan Rosmah sebagai senator.

"TURUN" dilancar bantah kos sara hidup makin membeban

KUALA LUMPUR: Sekumpulan mahasiswa hari ini melancarkan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) yang akan bertindak sebagai kumpulan pendesak bagi membantah kos sara hidup yang semakin membebankan.

Dipengerusikan Azan Safar, pelancaran Turun diadakan di hadapan pusat membeli-belah Sogo petang ini dengan mengadakan Pidato Anak Muda.

Pidato disampaikan oleh Azan sendiri, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiyat, Ketua Dapsy, Teo Kok Seong, wakil Gabungan Mahasisawa Islam SeMalaysia (Gamis), A fif Zulkipli dan wakil Sigma, Nurul Syifa' Abdullah.

Menurut Azan, Turun menggariskan tiga objektif dan akan membawa lima agenda.

Objektif Turun adalah bertindak sebagai jentera penerangan kesedaran kepada rakyat untuk turut sama bangkit sebagai respons kepada kegagalan tata kelola kerajaan dalam menguruskan kebajikan rakyat.

Turun juga akan bertindak sebagai kumpulan pendesak yang membawa suara anak muda Malaysia terhadap tindakan kerajaan hari ini.

Selain itu Turun akan bertindak sebagai pusat pengumpulan anak muda yang tertindas dan tertekan untuk memperjuangkan nasib kehidupan mereka.

Barang Naik: Bahasa yang orang Melayu boleh faham....

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
AKIBAT kenaikan harga petrol dan gula selepas PRU13, sekarang rakyat sedang merasai kesannya.Kenaikan harga petrol dan gula memanglah kecil sahaja tetapi kesan kenaikannya sangat besar.
Semua kos perkhidmatan dan barangan yang berkaitan dengan petrol, meningkat naik. Begitu juga harga makanan yang berkaitan dengan gula. Ataupun yang tidak ada kaitan, tetapi apabila sebahagian besar harga barangan lain naik, maka mereka turut naik.

Pembangkang pernah membangkitkan kesan kenaikan tersebut sebaik sahaja harga petrol dan gula dinaikkan, namun pihak kerajaan bijak mengajar penyokong tegar mereka untuk berloyar buruk. Antaranya, “Dulu pun saya isi minyak RM50, sekarang RM50 juga mana ada naik?”, “Tak boleh beli banyak, beli sikit”, “Baguslah harga gula naik, kurang penyakit kencing manis”, “Mahal pun barang masih ada di Malaysia, kalau duduk dekat Afrika makanan pun tak ada, nak beli apa”. Seronok juga mendengar rakyat dari kalangan burung-burung tiong itu mempamerkan kebodohan diri sendiri.
Nah, hari ini tidak ada siapa yang tidak merungut mengenai kenaikan harga barangan.
Bahasa yang orang Melayu boleh faham Termasuk juga orang yang dulu seronok berloyar buruk menyindir pembangkang. Kalau setakat membawa wang tunai RM50, usahlah ke pasar, pasaraya atau pekan sehari.
Tidak banyak barang yang boleh dibeli berbanding sebelum ini. Semua barangan naik mendadak. Ikan kembung yang dianggap paling murah dahulu kini mencecah hampir RM10 sekilogram. Kalau mahu juga yang murah, belilah yang sudah pecah perut.
Hidup bukan hanya untuk makan saja. Isi petrol, belanja sekolah anak-anak, segala bil bulanan untuk utiliti, bayar kereta, rumah, perabut, barangan elektrik – semuanya perlukan duit. Ia menjadikan sebahagian besar rakyat Malaysia kini hidup di bawah paras kemiskinan, yakni pendapatan yang ada tidak mampu menampung keperluan hidup.
Sekarang adalah musim persekolahan akan mula dibuka untuk 2014. Keperluan seorang anak untuk memulakan persekolahan sesi baru kini tidak kurang RM100 setiap seorang.
Kecuali wanita pertama Malaysia, Rosmah Mansor serta kawan-kawan yang semewah dengannya, selain itu semua akan pening kepala menghadapi musim baru persekolahan.

Sempena dengan kenaikkan tarif elekritk, Tambang LRT dan Monorail akan dinaikkan.. macam biasa paling rendah dalam dunia..!!!

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menyatakan sedang mengkaji semula struktur tambang pengangkutan awam itu.

Beliau juga berkata, peningkatan itu bergantung kepada peningkatan tarif elektrik yang akan bermula Januari depan.

"Sudah 10 tahun tambang tak pernah dinaikkan, jadi kadar tambang LRT dijadualkan akan naik tahun depan," katanya.

Dalam pada itu, Syed Hamid berkata, kajian itu akan dilakukan secara menyeluruh dan mengambil kira beberapa faktor untuk memastikan kenaikan itu tidak membebankan rakyat.

"Ia akan menjadi satu keadaan menang-menang antara kemampuan orang ramai dan kemampanan industri kereta api.

Macam biasa jugak laa.. Dia kata kenaikkan ini adalah paling rendah dalam dunia...

Duit rakyat hangus bayar gaji penasihat PM paling ramai dalam dunia..!!

Oleh AZAMIN AMIN
RUPANYA, dalam keadaan kegawatan rakyat menghadapi kesan ekonomi yang menekan namun, seperti rasa tidak bersalah atau tanpa merasa apa-apa, kerajaan begitu mudah membelanjakan wang hasil cukai rakyat bagi tujuan yang tidak munasabah.
Telah ada jawatan Menteri, duta dan pegawai kerajaan diisi untuk melaksanakan tugas, kerajaan sewenangnya melantik sekali lagi beberapa tokoh, hanya sekadar menjaga hati dan membazirkan lagi dana yang sepatutnya dijaga diguna secara cermat.

Pedulikan apa rasa dan beban rakyat, yang penting orang kuat parti ‘disantuni’ dengan gaji dan jawatan yang diberi sedangkan ada antaranya masih terpalit dengan kes dakwaan salahlaku, yang juga membabitkan duit rakyat!
Jawatan awam itu dilihat duplikasi kepada jawatan sama seperti duta di India dan China di mana ada lantikan duta khas yang menerima gaji bulanan sama seperti jawatan menteri.

PKR Sarawak tempelak fitnah pemimpin PBB-BN

Dakwaan rancangan untuk berdemo di hadapan kediaman Taib bukan rancangan PKR seperti yang didakwa dalam sebuah akhbar rasmi negeri.
MIRI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menempelak dakwaan pimpinan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) bahawa PKR akan mengadakan satu demonstrasi di depan kediaman Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Dakwaan rancangan untuk berdemo di hadapan kediaman Taib bukan rancangan PKR seperti yang didakwa dalam sebuah akhbar rasmi negeri.
Jurucakap PKR Sarawak, Zulhaidah Suboh (gambar) menegaskan bahawa PKR Sarawak tidak terlibat dengan demonstrasi yang bakal di rancang depan kediaman Ketua Menteri, Taib Mahmud yang dikaitkan dengan seorang individu bernama Che’gu Bard yang kononnya daripada PKR pusat.
“Tiada sebarang perancangan dan perbincangan antara pimpianan PKR berkenaan dengan demo yang menjadi ketakutan BN,
“Sebelum membuat sebarang komen kerajaan seharusnya mencari fakta kebenaran dan bukan semberono menabur fitnah,
“Jika ada sekali pun rakyat pro PKR yang terlibat, mereka bukan wakil PKR. Kehadiran mereka atas kapasiti individu dan aktivis semata mata.” beliau berkata kepada FMT mengenai isu demo terbabit.
ADUN Semop, Abdullah Saidol berkata Taib Mahmud mendapat mandat yang besar paa Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas dan tiada sebab untuk menggesa Taib meletak jawatan.
Abdullah dalam satu kenyataan berkata; “Dari mana PKR mendapat hak untuk menuntut Ketua Menteri kami meletak jawatan?”
Zulhaidah juga berkata pimpinan BN Sarawak sudah lupa bahawa Taib Mahmud pernah mengumumkan beliau akan berundur daripada jawatan tertinggi itu semasa beberapa Pilihan Raya Negeri yang lepas.
“Siapa sebenarnya penipu dan pembohong?” ujar beliau

Muzakarah: 'Kami belum terima pelawaan minum teh' dari Wanita Umno...!!!

SITI-ZAILAH-MOHD-YUSOF
SHAH ALAM - Selepas beberapa hari Perhimpunan Agung Umno berlalu, Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff bagaimanapun masih belum menerima apa-apa pelawaan 'minum teh' sepertimana yang dinyatakan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Kita Muslimat, tak dapat apa-apa pelawaan daripada dia (Shahrizat), kita sentiasa terbuka untuk muzakarah.

"Kami tak akan tunggu macam itu saja pelawaan itu, kami tak akan membazirkan masa kami.

"Tapi kalau itu setakat nak gimik politik... kami banyak kerja lain nak buat," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Siti Zailah berkata demikian ketika ditanya sama ada Dewan Muslimat ada menerima sebarang pelawaan daripada Wanita Umno, yang sebelum ini mahu menjadi pemangkin kepada muzakarah pertama Umno-Pas.

Syiah: Rupa-rupanya itu tujuan Umno-BN


HAMBALI AKRAM

Hari ini saya, keraguan saya tentang usaha-usaha kerajaan “menyerang” syiah mula kelihatan. Jelas, dalam akhbar kerajaan Umno-BN melalui menteri KDN memulakan serangan fasa kedua iaitu mengaitkan secara langsung pimpinan PAS dengan syiah.

Sedari awal saya agak curiga dengan kesungguhan Umno-BN untuk membantera ajaran syiah di Malaysia. Setahu saya Umno-BN bukanlah bersungguh-sungguh mengambil peduli sesuatu ajaran itu sesat atau tidak – yang penting bagi mereka ialah bagaimana mahu mengekalkan kuasa yang ada.

Seperti yang dijelaskan oleh Mursyidul Am PAS bahawa pegangan kebangsaan yang dianuti oleh Umno itu sendiri tidak selari dengan Ahlul sunnah wal jamaah. Jadi, ada mereka kisah tentang syiah sama ada sesat atau tidak.

Namun, sebaik menyedari bahawa isu syiah ada keuntungan politik, mereka dengan tangkas menjadi juara untuk menanganinya. Umno-BN memang bijak dalam hal ini. Jika mereka benar-benar juara dalam mempertahan akidah umat Islam di Malaysia, kenapa sepanjang menerajui kuasa lebih 50 tahun masih ramai umat Islam yang jahil – hatta dalam perkara asas Islam!

Oleh itu, saya meragui  keikhlasan Umno-BN menangani isu syiah ini, bahkan lebih kepada kepentingan kuasa politik mereka. Apatah lagi dalam PAU baru-baru ini, dengan jelas menterinya menghalakan sasaran kepada PAS!

Shafee mahu dedah hubungan Mat Zain-Anwar..Jeng..Jeng..!!


Penguam Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim telah membuatkan kenyataannya condong ke satu pihak dalam pengakuan berkanun bertarikh 7 Oktober itu.

Shafee yang dilantik oleh Peguam Negara Abdul Gani Patail untuk mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan kes Liwat II berkata, pihak pembelaan perlu meneliti afidavitnya berhubung permohonan ketua pembangkang itu.

Anwar telah memohon untuk menyingkirkan Shafee dari mengetuai pasukan pendakwaan sekali lagi selepas Anwar usahanya sebelum ini menemui kegagalan.

"Afidavit saya disokong oleh bekas (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial) Datuk Ramli Yusuff. Saya tidak perlu meminta Matthias Chang untuk mengesahkannya, tetapi tidak perlu melibatkan Tun (Dr Mahathir Mohamad)," kata Shafee.

"Tetapi akan ada pendedahan menarik akan didengar (berhubung permohonan Anwar untuk menyingkirkannya), berkaitan hubungan Mat Zain dengan Anwar," katanya.

Shafee nafi sebut dakwaan salahlaku AG..Jeng...Jeng..!!!


Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menafikan bahawa beliau telah membuat kenyataan berhubung dakwaan salah laku ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kes yang menyebabkan Malaysia kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

“Saya tidak pernah membayangkan atau menyebut (apa-apa) berhubung dana di Hong Kong atau perkara seperti itu,” katanya dalam afidavit setebal 26 halaman yang difailkan semalam.

Afidavit itu bagi menyanggah dakwaan dalam pengakuan bersumpah oleh bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

Shafee yang menyifatkan Mat Zain sebagai “pemarah” juga dengan tegas menafikan menerima apa-apa maklumat mengenai dakwaan berhubung tindakan dan kawalan Abdul Gani ke atas kes Pulau Batu Puteh yang diputuskan Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 23 Mei 2008.

Shafee seterusnya menafikan bahawa beliau membuat kenyataan mengenai siasatan kes 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diketuai oleh Mat Zain.

“Semua perkara yang dikaitkan oleh Mat Zain kepada saya itu adalah khabar angin sekiranya ia berpunca daripada saya dan tidak boleh dijadikan bahan atau penyebab kepada apa-apa laporan polis yang bertanggungjawab ke atas sesiapa pun,” katanya.

Bang Mat: Dulu komunis, sekarang syiah, akan datang...?

MOHAMAD SABU

Daripada saya bersekolah pada tahun 1961, kita mula ingat dengan berbagai-bagai peristiwa sejak daripada darjah 3, 4, 5, 6 dan seterusnya ke sekolah menengah, sampailah kepada institut pengajian tinggi. Cerita yang popular pada waktu itu ialah kejahatan komunis, buruknya ideologi komunis, iaitu komunis kerjanya ialah membunuh orang ramai, menjahanamkan infrastruktur kerajaan, tidak percaya kepada Tuhan, mereka adalah pengganas dan amat ganas.

Melawan komunis adalah merupakan satu jihad, kerana pada waktu itu British dan kuasa barat mengahadapi komunis “insurgent” di Eropah, di Russia dan di Malaya. Komunis dan rangkaiannya bangun menentang penjajah British dan juga berusaha untuk menghalau British daripada Malaya dan tanah jajahannya.

Selepas merdeka, kerajaan Malaya yang merdeka menghadapi serangan atau pun penentangan daripada komunis yang berterusan. Di luar daripada Malaya pula berlaku peperangan Vietnam. Vietnam Utara dengan ideologi komunis, manakala Vietnam Selatan didokong oleh Amerika dan negara-negara barat. Malaya atau Malaysia bersama dengan rangkaian Amerika dan negara-negara barat menentang kemaraan regim komunis di Vietnam pimpinan Ho Chin Minh.

Mao Tze Tung yang berjaya membentuk kerajaan melalui “long march” yang dibuat pada tahun 1949 memang menggegarkan kuasa-kuasa serantau, khasnya Britain dan Amerika yang menguasai rantau Pasifik dan Asia Tenggara.

Manakala Russia pula, semakin hari semakin kuat menguasai negara-negara yang sekarang disebut CIS, dan pada tahun 1978 telah menguasai Afganistan. Oleh itu komunis, sosialis dan ideologi negara yang didokong oleh mereka menjadi musuh yang amat sangat kepada Malaya (Malaysia) negara British, Amerika dan sekutu Eropah Barat.

Ribuan menjadi mangsa, bahkan ratusan ribu telah menjadi mangsa hasil pertarungan komunis dan non-komunis, sama ada di Malaya atau di negara-negara lain. Bahkan di Vietnam sehingga jutaan rakyat telah terkorban.

Is Zahid telling Mat Sabu: Don't interfere in my assault case or I WILL NAIL YOU FOR 'SHIA'

Is Zahid telling Mat Sabu: Don't interfere in my assault case or I WILL NAIL YOU FOR 'SHIA'KUALA LUMPUR - Home Minister Zahid Hamidi's aggressive lunges at political rival Mohamad Sabu, the PAS deputy president, has raised eyebrows especially when Zahid accused 'certain' PAS leaders of allegedly 'deviant' leanings towards the Shia branch of the Islam religion.
But perhaps the latest announcement by lawyer Karpal Singh may help to shed some light on Zahid's dogged bid to drag Mat Sabu into the Shia controversy.
According to Karpal, who is also the DAP chairman, Mat Sabu had many friends with information about Amir Bazil Abdullah, a businessman who had accused Zahid of assaulting him.
Amir has gone 'missing' after failing to show up at the Shah Alam High Court on December 5 for the case against Zahid, raising concerns about the businessman's whereabouts.
"He (Mat Sabu) has promised to get in touch with his friends and some party members to locate my client, who has to be present in court at the end of the month," The Malaysian Insider reported Karpal as saying.
If Amir does not appear in court, the case against Zahid may be struck out.
Picking on Mat Sabu
Meanwhile, Mat Sabu told the news portal that he had sent out feelers to find out where Amir was, based on his last known address.
Amir Bazli was supposed to be present in the Shah Alam High Court to inform judge Vernon Ong on the purported terms of settlement between him and Zahid.
At the recent Umno general assembly, party leaders led by Zahid had taken turns in calling for a clampdown on Shia Muslims. This is despite the 57-member Organisation of Muslim Cooperation's stand in support of good relations between Sunnis and Shias.
Other local Muslim groups have called for the same treatment towards Shias, although they said the denomination should not be recognised as a branch of Islam in Malaysia.
Zahid, an Umno vice president, had said during his speech that he was perplexed as to how PAS, as an Islamist party, could have elected a Shia leader to its "number two top post".

Although, Zahid did not name the PAS leader, it is common knowledge that Mat Sabu retained the PAS deputy president’s post in the party's election held last month.
As criticism for his perceived bullying rose, Zahid has since retreated, saying he had not mentioned Mat Sabu's name directly. Zahid has passed the buck to his ministry officials, who have said they will hold a press conference soon to reveal all the evidence they had against 'certain' PAS leaders whom they insist were Shia followers.

NGO Pro-UMNO gesa KDN segera dedah bukti Mat Sabu Syiah

Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan bukti mengaitkan pemimpin nombor dua PAS, iaitu Mohammad Sabu dengan fahaman Syiah seperti didakwa menterinya,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Pengerusinya, Abdul Rani Kulup, berkata dakwaan yang dikatakan menteri tersebut adalah perkara serius sekiranya  benar kerana ia bakal mengancam agama Islam di negara ini.
"Kita mahu KDN segera kemukakan bukti kerana sekarang ini kita hanya mendengar tuduhan tanpa bukti. Rakyat sekarang ini tertunggu-tunggu kerana kalau benar, maka tindakan perlu disegerakan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Abdul Rani berkata, sebagai sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan yang mendukung Malaysia sebagai sebuah negara Islam, beliau menuntut KDN dan pihak berkuasa yang lain menumpukan pelaksanaan dengan mengambil tindakan daripada hanya membuat tuduhan.

Masa depan PKR bukan di tangan Anwar, rakyat jadi penentu, kata Azmin


Masa depan PKR terletak pada rakyat, bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.Masa depan PKR terletak pada rakyat, bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menepis tanggapan bahawa masa depan parti tersebut terletak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya menegaskan ia akan ditentukan oleh rakyat.
Azmin berkata, PKR bukan sebuah parti yang berpusatkan kepada Anwar semata-mata tetapi ia berteraskan reformasi yang  diasaskan rakyat Malaysia.
"Saya nyatakan tadi, peranan beliau sangat diperlukan dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR).
"Namun perlu saya tegaskan di sini bahawa PKR ini bukan Anwar centric parti. Ini bukan parti milik Anwar, ini parti milik massa yang berteraskan reformasi," katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara eksklusif mengenai masa depan PKR selepas berakhir pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini.
Azmin berkata, beliau tidak menafikan penubuhan awal parti tersebut bersimbolkan kezaliman yang berlaku kepada Ketua Pembangkang itu, tetapi tuntutan berubah seiring dengan peredaran masa pada ketika ini.

Terdedah AURAT Ketika SOLAT - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Ambil WUDUK Dalam Keadaan BERBOGEL - Ustaz Azhar Idrus

LRT and KL Monorail fares could go up next year

Tender Terbuka Lebuhraya Rakyat- YB Dato' Hj Hanifa Ahmad

Documentary 'The Court' screened at the Freedom Film Festival

Sen Pn. Khairiah Mohamad [ Kelantan ] Bahas Bajet 2014

Runtuh 7 Kali: Pesakit bimbang setiap kali hujan di Hospital Serdang




Dalam masyarakat Melayu hujan dianggap rahmat. Tetapi di Hospital Serdang, yang sering terjadi insiden siling runtuh, anggapan sebaliknya berlaku.

Setiap kali hujan lebat, pelbagai pihak, terutamanya pesakit bimbang kejadian tidak diingini sekali lagi berulang.

Seorang pengunjung Vimala Singram (kanan), 50, berkata, adiknya yang ditahan di hospital itu kerana denggi sejak sebulan lalu menyuarakan perkara itu kepadanya.

"Biasanya bila hari hujan tiba-tiba akan runtuh, adik saya selalu risaulah waktu hujan. Mula-mula mereka kata bangunan baru sebab tu ada siling runtuh tapi sudah banyak kali jadi ini macam ini," katanya.

Ini memandangkan, pada tahun ini sahaja sudah empat kali berlaku runtuhan siling di situ. Manakala sejak insiden pertama pada 30 Januari 2011, sudah tujuh kali kejadian sama berulang.

Malah, dalam tempoh terdekat, dua runtuhan berlaku dalam jarak lima hari sahaja akibat hujan lebat.

Ketika ditemui Malaysiakini di hospital itu semalam, Vimala berkata, beliau sendiri pernah menyaksikan kejadian itu dengan mata kepalanya sendiri pada 2011.

"Dulu, pada tahun 2011, dekat tempat pendaftaran, siling jatuh, siling kaca. Nasib baik insiden selepas pukul 5 petang (ketika orang tidak ramai), kalau tak tahulah macam mana," kata Vimala.

Persoal kontraktor, jurutera projek

Sementara itu, seorang lagi pelawat yang hanya mahu dikenali sebagai Rani turut menyatakan kebimbangan itu sejak dimaklumkan perkara itu oleh saudaranya.

Banjir: Respon terhadap respon kepada surat terbuka

Izzat Noor

Kejadian banjir yang berlaku di negeri pantai timur baru-baru ini membuka ruang setiap pihak di Malaysia untuk menuding jari antara satu sama lain.  Perkara ini sekali gus mencemarkan usaha baik yang dilakukan sesetengah pihak ekoran segelintir rakyat Malaysia yang lebih gemar berbahas tentang keburukan tanpa memberi kredit kepada usaha baik yang dilakukan. Lebih parah lagi, kebanyakan suara sumbang ini hanya tahu mengkritik dan membuat perbandingan tanpa memberi sebarang idea yang bernas dalam menyelesaikan masalah atau isu ini.
Saya tidak berminat untuk membandingkan Malaysia dengan negara lain, mahupun mengkritik usaha yang dilakukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pelbagai pihak lain yang turun padang untuk membantu mangsa banjir. Pengalaman saya di Tacloban, Filipina selama 11 hari menunjukkan bahawa Malaysia lebih tangkas dalam menggerakkan bantuan bencana alam. Pengalaman saya di New York ketika ribut Sandy pula menunjukkan bahawa Malaysia masih perlu meningkatkan mutu bantuan kecemasan daripada segi bantuan kepada mangsa dan bantuan sesama mangsa. Justeru, lebih baik bagi saya untuk memfokuskan kepada Malaysia, langkah dan iktibar yang boleh diambil untuk sama-sama menjadikan Malaysia negara yang peka terhadap bencana alam.
Sama ada surat terbuka Nur Adilla Abd Rahim mahupun respon yang diberikan oleh MKN gagal menggariskan langkah yang boleh atau akan diambil pada masa depan.
Tidak asing lagi untuk penduduk di negeri pantai timur dan utara seperti Perlis, Kedah, Terengganu, Kelantan dan Pahang bahawa di antara November hingga Januari adalah tempoh banjir sering berlaku. Ia bukanlah perkara asing malah menjadi seolah-olah tradisi apabila menjelang bulan berkenaan, penduduk sudah sedia maklum akan kemungkinan berlakunya banjir di kawasan mereka. Sebagai penduduk yang berasal dari Jitra, Kedah, saya sudah sedia maklum perkara ini.
Pertamanya, seperti pepatah melayu, "Jika takut dilambung ombak, mengapa berumah di tepi pantai?", begitulah juga situasi bencana banjir seperti ini. Saya tidak mencadangkan untuk penduduk di negeri-negeri ini untuk berpindah atau menambak tanah supaya lebih tinggi, tetapi, persediaan saat akhir seolah-olah “sudah terhantuk baru tengadah” kerana umum sudah sedia maklum akan kebarangkalian banjir.
Sebagai contoh, apabila berlaku hujan yang tidak berhenti lebih daripada sehari atau hujan lebat dalam tempoh yang lama, tindakan pantas sepatutnya dilakukan. Banjir bukan bencana yang tiba-tiba muncul tanpa sebarang petanda. Sekurang-kurangnya, hujan terlalu lebat, atau kenaikan paras air yang sedikit sudah cukup untuk memberi signal bahawa banjir akan berlaku dan gerakan membantu sudah boleh dilakukan. Sebagai contoh, apabila paras air meningkat, barangan berharga sudah boleh dipindahkan walaupun tidak menunjukkan sebarang tanda banjir besar.

Sudahlah harga barang naik, denda hilang MyKad naik juga?

KUALA LUMPUR: Cadangan pihak kerajaan meningkatkan kadar hukuman terhadap individu yang didapati bersalah menghilangkan kad pengenalan MyKad mereka tidak begitu realistik.

Menurut Yang Dipertua PAS Miri, Jofri Jaraiee, tiada siapa pun suka atau sengaja menghilangkan MyKad.

“Adakah dengan menaikkan kadar hukuman terhadap individu yang kehilangan MyKad dapat menyelesaikan masalah kehilangan ribuan MyKad?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Misalnya, kata beliau penduduk di pedalaman Sarawak yang tinggal jauh dari bandar sudah tentu menyukarkan mereka untuk menukar atau membuat MyKad baru yang hilang.

Katanya, kos pengangkutan dan tempat tinggal mereka untuk sampai ke bandar memerlukan ratusan ringgit.

Tambahnya, bagi golongan yang kurang berkemampuan sudah pasti mereka tidak mampu untuk ke bandar semata-mata untuk menukar atau membuat MyKad baru.

Katanya lagi, kebanyakan kehilangan MyKad penduduk di pedalaman menurut salah seorang penduduk yang berasal dari pedalaman Baram ialah sebab kualiti MyKad dulu tidak begitu baik, mudah rosak dan akhirnya mereka buang begitu saja sebab sukar bagi mereka menukar dengan MyKad baru kerana kos perjalanan pulang balik dari kampung ke bandar begitu tinggi.

Lighting up Borneo, one village at a time

Banjir Pahang: Bantuan masih diperlukan

Sudut Pandang: Sembang hak asasi manusia

Sembang Politik Bersama Dato' Husam Musa & Dato' Dr MAZA FULL | 15 Nov 2013

BNM likely to raise OPR next year

The government's move to cut back on subsidies will prompt the central bank to hike up rates to check on inflation. 

by Sathish Govind
PETALING JAYA: Inflationary pressures from the government’s subsidy roll-backs is likely  to prompt Bank Negara Malaysia (BNM) to increase the overnight policy rate (OPR) by 25 basis points after the first-quarter (1Q) of 2014, according to United Overseas Bank Ltd (UOB) senior economist Alvin Liew.
Liew said he did not see BNM increasing the rates more than once because the inflationary pressure is well-contained.
“The inflationary pressures on the Malaysian economy would be on account of the subsidy rationalisation programme and the recently announced tariff hikes which may prompt the authorities to step in,” he said at the UOB briefing on the economy in Kuala Lumpur yesterday.
Looking forward, Liew said the Malaysian economy is expected to grow by 5.2% next year and this would be largely driven by export recovery along side with other Asian countries.
He said the various reforms carried out by the government would be able to contain the fiscal deficit at 3.5% of the gross domestic product (GDP), adding that these reforms would augur well for the long-term outlook.
Liew said while the various reforms are likely to reduce aggregate demand in the short term, it will be offset by exports in the short-term and the expansion of the real economy in the long-term.
Meanwhile, the World Bank in its Economic Monitor report said that Malaysia’s GDP easing to 4.5% in 2013 and forecasts 4.8% in 2014 and 4.9% in 2015.

S'pura terus buru perusuh, haramkan alkohol





 
Pemangku Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata polis telah menangkap beberapa orang lagi yang terbabit dalam rusuhan malam hari Ahad lepas di Little India.

Katanya, siasatan akan diteruskan supaya mereka yang telah melanggar undang-undang dikendalikan dengan tegas dan adil sejajar undang-undang.

"Bagi menentukan keadaan terus tenteram, kami telah mengharamkan alkohol. Polis telah menambah kehadiran mereka di kawasan kediaman pekerja asing dan di tempat mereka sering berkumpul agar kehidupan dapat berjalan seperti biasa yang mungkin dan setiap orang merasa selamat," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pada petang hari Selasa.

Teo, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Nasional dan Menteri Dalam Negeri, berkata Jawatankuasa Penyiasat (COI) akan dibentuk menjelang hujung minggu ini.

"Kami akan sediakan nama dan terma rujukan dan ini akan membolehkan perhatian lebih mendalam terhadap insiden ini dan juga untuk menyemak prosedur semasa bagi pekerja asing berhimpun dan melihat sama ada perlu dilakukan penambahbaikan," katanya.

- Bernama

M’sia must pull out now, says anti-TPPA group

WikiLeaks report alleges unfair US pressure on negotiating partners.
PETALING JAYA: Malaysia has been urged to pull out of the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) following a WikiLeaks report alleging that the United States is pressuring potential member countries to speed up the negotiating process.
Referring to a two-part TPPA memo leaked yesterday by WikiLeaks, the Bantah TPPA coalition said it confirmed that Washington was exerting undue pressure on its negotiating partners to give itself an advantage.
“The US at the same time is still refusing to make concessions,” the group said in a media statement.
“They still will not allow workers to go to the US and the US is still the only TPPA member country to keep agricultural export subsidies.”
Commenting on the memo’s reference to the TPPA chapter on Investor-State Dispute Settlement (ISDS), it said it was worrying that Malaysia was asking only for minor safeguards.
“Malaysia seemed content for ISDS to apply to the right to invest in Malaysia. The only safeguard Malaysia still wants is the right to screen future investments.”

Making the rakyat pay

The recent price hikes are just the beginning. Tolls, public transport fares, Quit Rent, sewerage and cooking gas too will go up soon enough.

No leader of a nation will trouble its citizens unless he himself is in trouble. And this seems to be the case with Prime Minister Najib Tun Razak for right now he is having trouble in servicing the nation’s national debt.
The solution however is very simple. He just needs to trouble the citizens by obtaining funds from them to service the debt and that is what he is doing now via subsidy cuts.
After the petrol hike in early September, we had subsidy cuts for sugar and then the hike in assessment for KL and Ipoh followed by the hike in power tariff which will begin in three weeks time. One after another it is just bad news for the low-wage earner at year-end.
According to the former PAS Kuala Selangor MP Dzulkefly Ahmad, the low-wage earner not only has to bear the burden of these hikes but also the ‘knock-on chain effect’ from these price increases.
“All these hikes will cause the price of groceries and services to go up, not to mention the fact that factories will also be increasing the prices of their products.
“The low-wage earners suffer the most because they will not be getting big pay hikes to commensurate with the increase in the cost of living unlike those in the executive level,” remarked the current PAS Research Director.
This will simply mean that the low income group will need to tighten up their belt more which will in turn adversely affect their standard of living.
“The inflation rate for the poor and the low-income group will be much higher than 4% which may cause them to default in their monthly loan repayments. As of now the statistics concerning the Non-Performing Loans (NPL) has been purposely kept a secret by Bank Negara.

Banjir : Mai naik bot mewah pusing sana sini sambil angkat tangan lepas tu belah pie Jepun

Najib adakan lawatan ke tokyo
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja ke Tokyo, Jepun mulai Khamis hingga Ahad ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan 40 Tahun Penubuhan Hubungan Dialog Asean-Jepun.

Najib akan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Turut menyertai rombongan perdana menteri ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin serta pegawai kementerian dan agensi kerajaan berkaitan.

Sidang kemuncak pada Sabtu itu dianjurkan untuk memperingati hubungan dialog antara Asean dan Jepun yang terjalin sejak 40 tahun lepas.

Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, para pemimpin Asean dan Jepun dijangka memberi penekanan semula kepada hubungan rapat dan berpanjangan kedua-dua pihak, selain memperaku tiga dokumen yang akan menggariskan program serta aktiviti yang akan memperkukuhkan lagi hubungan sedia ada.

Unit Amal bantu orang Umno dan bukan Islam di musim banjir

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memuji kecekapan anggota-anggota sukarelawan PAS seperti Unit Amal yang bertindak pantas menyelamatkan mangsa-mangsa banjir di Kemaman.

KEMAMAN: Siapa kata Unit Amal PAS hanya membantu mangsa banjir di kalangan orang PAS sahaja? Mereka turut menolong mangsa banjir tak kira orang umno atau bukan Islam.
Tindakan pantas, cekap dan tidak pernah mengenal erti penat lelah anggota sukarelawan daripada Jabatan Amal Malaysia mendapat pujian PAS.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memuji kecekapan anggota-anggota sukarelawan PAS seperti Unit Amal yang bertindak pantas menyelamatkan mangsa-mangsa banjir di Kemaman.
Malah, katanya kerja-kerja sukarelawan ini perlu diteruskan termasuk kepada orang Umno dan masyarakat bukan Islam.
“Unit Amal ini, dalam Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini, saya puji dia dan saya sebut sukarelawan terbaik dalam dunia Islam.
“Kerja-kerja sukarelawan ini perlu kita teruskan termasuk kepada orang-orang Umno dan orang bukan Islam, dan kita harap mereka menerima baik khidmat dari Unit Amal kita,” ujarnya hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menziarahi penduduk di Taman Fikri Chukai yang telah kembali ke rumah masing-masing, gotong-royong membersihkan rumah dilakukan oleh anggota Unit Amal Hulu Terengganu.

Sidang DUN Terengganu: Kerajaan BN Tolak Bincang Usul Banjir Besar

Suhakam saran dialog bincang Sunni-Syiah di Malaysia


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyarankan majoriti penganut Islam Sunni dan sebilangan kecil penganut Syiah di negara ini untuk berbincang mengenai kempen kerajaan baru-baru ini untuk menghapuskan Syiah.
Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam (gambar), berkata mazhab dalam Islam harus turut dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kebebasan bagi setiap masyarakat untuk mengamalkan agama mereka.
Katanya, walaupun terdapat pertumpahan darah di kalangan dua kumpulan tersebut di negara lain, perbezaan amalan serta pendapat harus dibincangkan dalam sebuah dialog dan bukan secara konflik.
Syiah adalah mazhab kedua terbesar Islam menurut laporan Pew Research Centre.
Penganutnya membentuk 10% hingga 20% masyarakat Muslim di dunia yang dianggarkan seramai 1.6 billion.

Boleh dijel jika sebar Syiah

 Musa Awang SHAH ALAM – Individu yang didapati menyebarkan sesuatu ajaran bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dikenakan hukuman di bawah Enakmen Jenayah Syariah.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, hukuman itu berdasarkan kesalahan menghina pihak berkuasa agama apabila melakukan sesuatu berlawanan dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Menurutnya, sekiranya ajaran itu telah difatwakan sebagai ajaran sesat atau haram untuk disebarkan, maka jika bersalah individu itu akan dikenakan hukuman tersebut.

“Berhubung isu Syiah, berdasarkan fatwa yang dikeluarkan tidak menyebut Syiah sebagai ajaran sesat, tetapi ia sesuatu ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Orang Islam dilarang untuk menyebarkannya. Sekiranya dilakukan, barulah tahanan untuk enakmen tersebut akan dijalankan iaitu denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kes tumbuk Zahid Hamidi: Karpal cari anak guamnya yang hilang..!!

Peguam Karpal Singh  menggunakan rangkaian politik untuk mengesan anak guamnya, Amir Bazli Abdullah (gambar)  yang masih terikat dengan kes tuntutan saman terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa menyerangnya.
Amir Bazli, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, gagal menghadirikan diri di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 5 Disember lalu untuk prosiding kesnya di hadapan hakim hingga menyebabkan peguamnya bimbang di mana ahli perniagaan itu berada kini.
Pengerusi DAP itu turut mendapatkan bantuan daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu untuk mencari Amir Bazli.
Karpal berkata, beliau mendapatkan bantuan Mohamed atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu kerana ahli politik itu mempunyai rakan dan ahli parti yang mungkin tahu di mana anak guamnya berada.
“Beliau berjanji untuk menghubungi beberapa rakannya dan ahli parti untuk mengesan anak guam saya yang perlu hadir di mahkamah hujung bulan ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Mohamed memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau sudah mengarahkan beberapa rakan untuk mencari di mana ahli perniagaan itu berada kini, berdasarkan kepada alamat terakhirnya.
Amir Bazli sepatutnya hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 5 Disember lalu untuk memaklumkan kepada Hakim Vernon Ong mengenai terma penyelesaian kes membabitkan dirinya dan Ahmad Zahid.

Malaysia perlu tingkat persediaan bencana

Oleh HARIS ZALKAPLI
Bencana banjir sentiasa menjadi peristiwa besar negara kita setiap tahun, yang biasanya terjadi pada musim yang sama dan cuma dibezakan oleh tahap bencana tersebut.

Pengalaman berdepan banjir sepatutnya telah menyediakan kita untuk menangani dan menguruskan bencana tersebut.

Bencana banjir, sejak kebelakangan ini kelihatan semakin dahsyat, ekoran pelbagai faktor termasuk alam sekitar yang semakin banyak berubah.

Sebagai sebuah negara yang bencana alam utamanya ialah banjir, Malaysia sewajarnya meningkatkan persediaan menghadapi kemungkinan bencana ini berlaku pada bila-bila masa.

Pendidikan berkaitan menangani bencana - yang tidak terhad kepada banjir - perlu disebarluas melalui pelbagai cara,  agar persediaan menghadapi bencana diambil perhatian oleh semua.

Persediaan bukan sahaja perlu dilakukan oleh pihak berkuasa, tetapi orang ramai juga perlu sentiasa memastikan persediaan yang munasabah bagi menghadapi kemungkinan bencana alam.

Antara yang paling mudah dilakukan ialah persediaan penyimpanan barangan paling asas, seperti air minuman dan air bersih dalam botol, beras, dan makanan dalam tin dan kering, antara keperluan paling utama.

Penyimpanan stok air bersih dan air minuman sewajarnya telah diberi perhatian dan diamalkan, ekoran gangguan bekalan air yang agak biasa dihadapi oleh penduduk di sesetengah kawasan seperti Lembah Kelang.

Kuasa sebuah buku mengenal seorang insan keturunan Jawa

Jokowi atas beca, foto dari buku tentangnya.
Bila saya membedal Naib Presiden Umno keturunan Jawa, Zahid Hamid ada orang sms menjelaskan dia juga Jawa tetapi tidak seperti Zahid. Ada juga yang memberi komen mengingatkan saya agar menulis secara baik dan berhemah serta tidak membabitkan orang Jawa. Ada yang mengingatkan agar saya mengambil wap wangian Tokguru dalam penulisan disebabkan saya kononya baik dengan tokguru.

Saya percaya mereka yang memahami penggunaan anak Jawa dalam penulisan itu tidak akan mudah terasa. Anak Jawa dalam konteks itu signifiken kepada naib presiden itu saja.

Pun begitu terima kasih atas pesan dan ingat itu. Kita dituntut untuk saling ingat mengingati. Tulisan itu juga bertujuan sama.

Dan saya jarang melupai akan keperibadian Tokguru Nik Aizi. Selalu mengambil filsafahnya termasuk; bahawa apalah ada kepada bangsa? Sama ada Jawa, Bugis, Melayu atau Orang Asli sama saja di sisi Allah. Kata Shakespeare sekuntum bunga tahi ayam itu kalau dinamakan ros sekalipun ia tetap akan berbau busuk.

Kita tinggal citra Zahid yang kini merasakan dia hebat dan boleh melemparkan tuduhan atau membuat provokasi kepada sesiapa saja. Kita doakan mudahan lonjakannya ke langit kuasa akan menemukan juga dia dengan alang-alang sira multha.

Cuma kebetulan saya diberikan Allah mengenali serba sedikit manusia bernama Zahid ini. Nyalaan reformasi (1998) untuk membela keadilan dan kebenaran memberikan saya peluang mengenali hati dan budinya dari dekat. Saya sempat bersembang penuh bersemangat dengannya semasa di rumah Anwar Ibrahim. Isterinya juga ada sama. Lebih jauh dari itu pernah merancang sesuatu yang mungkin pahit untuk disebut dan tidak disukainya kini.

Bahkan sebelum meletus reformasi beliau pernah menjemput saya di rumah (Flat Wangsa Maju) dan membawa ke rumah 'agam' bapaknya di Bagan Datoh. Dan saya juga pernah ke rumahnya di Country Height di Kajang, bersembahyang dan makan.

Gelanggang PRU14 adalah siapa lebih Islamik, kata penganalisis


Umno dikatakan sengaja menonjolkan sisi Islamiknya untuk menarik sokongan orang Melayu menjelang PRU14. Gambar fail.Umno dikatakan sengaja menonjolkan sisi Islamiknya untuk menarik sokongan orang Melayu menjelang PRU14. Gambar fail.Gelanggang sebenar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah bagi memperlihatkan siapa lebih Islamik di mata rakyat berikutan kecenderungan rakyat khasnya orang Melayu mendekati Islam di negara ini.
Atas alasan itu, Umno didakwa sedang berusaha untuk menjadi lebih Islamik berbanding PAS bagi membolehkannya merebut sokongan pengundi Islam menjelang pilihan raya tersebut.
"Bagi saya gelanggang sebenar PRU14 adalah siapa lebih Islamik. Sudah lama saya perhatikan hal ini," kata strategis PAS, Dr Dzulkefly Ahmad yang juga Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.
Bagi mencapai hasrat itu, Umno melantik tokoh agama Ustaz Mohamad Kazim Elias menjadi ahli Majlis Tertinggi (MT), mencadangkan pindaan perlembagaan untuk memasukkan Islam ahli sunnah wal jamaah dan berhubung langsung dengan tokoh Hamas, Khaled Mishal yang selama ini dituduh sebagai pelampau.

Penganalisis kecam Perkasa beri amaran tsunami Kristian


Tsunami Kristian dalam pilihan raya umum yang akan berlangsung lima tahun dari sekarang? Tidak mungkin, kerana itu hanya hantu Perkasa, kata penganalis politik terhadap amaran oleh kumpulan hak Melayu itu kepada kumpulan minoriti agama di negara ini.
Penganalisis berkata, jika pemerintah Barisan Nasional (BN) peka terhadap keperluan orang Kristian, mereka tidak perlu bimbang tentang apa-apa ancaman kepada survival Melayu dan agama Islam dalam negara ini.
Penganalisis politik, Khoo Kay Peng, berkata kebimbangan yang lebih besar adalah kesan daripada keputusan mahkamah terhadap isu nama Allah kerana ia menyentuh sensitiviti masyarakat Kristian, dan turut mendapat kutukan seluruh dunia.
"Kristian diamalkan oleh hanya 9% daripada jumlah penduduk Malaysia. Satu-satunya ancaman dalam pilihan raya akan datang adalah dari Sarawak dan Sabah. Jika kerajaan yang diterajui BN sensitif kepada keperluan Kristian, sepatutnya mereka tidak bimbang ancaman itu," katanya.
Sabtu lalu, Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin (gambar) menekankan tujuh ancaman kepada survival Melayu-Islam di Malaysia dan memberi amaran bahawa dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, ia boleh berubah menjadi "tsunami Kristian" jika ancaman ini tidak ditangani dengan serius.