Selasa, 10 Disember 2013

Syiar Islam Ala UMNO..!!!

Yang di bawah ini ajaran Islam jenis apa pulak yang mengizinkan sentuhan dengan bukan-muhrim wahai Zahid?



Itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan. Belum sempat kamu rencanakan pendedahan terhadap tuduhan palsu kamu, Tuhan mendedahkan dahulu untuk menunjukkan siapa sebenarnya kamu!

Banjir: MP Kuantan adakan pemeriksaan kesihatan cegah penyakit

Khidmat kesihatan di Sekolah Kebangsaan Ubai, KuantanKUANTAN 10 DIS: Keracunan makanan dan jangkitan penyakit berjangkit biasanya lebih mudah tersebar selepas bencana banjir yang berpunca dari keadaan persekitaran yang kurang bersih.
Justeru, atas keperihatinan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan beberapa petugas kesihatan, mereka mengambil inisiatif mengadakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan di Kampung Semangat, Kuantan.
Khidmat kesihatan di Sekolah Kebangsaan Ubai, Kuantan
“Pemeriksaan kesihatan bagi memastikan penduduk berada dalam keadaan sihat amat penting.
“Kita berterima kasih kerana ada rakan-rakan yang sanggup turun bagi memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada mangsa-mangsa ini,” kata Fuziah kepada Keadilandaily.
Tambahnya, walaupun ramai mangsa banjir dibenarkan pulang,namun pihaknya sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan sebahagian kawasan dinaiki air semula.
“Kita sentiasa bersiap sedia. Tumpuan kita beri di kawasan sekitar Sungai Pahang.

Mat Zain: Najib tahu Gani Patail palsukan keterangan

MAT_ZAINKUALA LUMPUR 10 DIS: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam akuan bersumpahnya (SD) mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tahu peranan dimainkan Peguam Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail dalam pemalsuan keterangan insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mat Zain dalam akuan bersumpahnya menyatakan beliau telah bertemu Najib selama setengah jam yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya pada bulan Oktober 2008.
Menurut SD Mat Zain, pertemuan tersebut diatur oleh seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan akrab dengan Najib dan beberapa pemimpin tertinggi Umno yang lain.
Mat Zain (gambar) mengesahkan kepada Najib bahawa kejadian pemalsuan keterangan laporan perubatan yang diadukan oleh Anwar memang benar berlaku dan terdapat dokumen- dokumen untuk membuktikan dakwaan Anwar.

Bakal Kantoi: Betulke Rosmah bantu bebaskan pelajar Malaysia di Mesir? Macam tipu saja.. jeng...jeng,,!!!

Kenyatan Najib yang dengan bongkaknya mendakwa Rosmah adalah orang yang bertanggungjawab mendapatkan pembebasan pelajar yang ditangkap polis Mesir tidak dapat dibuktikan.

Pertama sekali, Najib ternyata silap apabila mendakwa pelajar itu, Ibrahim Mohd Azmi ditangkap kerana tuduhan mengintip.

Hakikatnya Ibrahim Mohd Azmi ditangkap ketika bersama-sama konvoi Viva Paletine bersama-sama enam orang yang lain.

 Beliau ditangkap ketika mengambil gambar kekerasan polis anti rusuhan Mesir terhadap sukarelawan Viva Palestine.

Mengenai penglibatan Rosmah pula, kabel diplomatik dan laporan antarabangsa membawa berita yang jauh berbeza.

Laporan antarabangsa menunjukkan bahawa perundingan antara pegawai Viva Palestina, Turki dan British dengan pihak berkuasa Mesir bagi membebaskan Ibrahim Mohd Azmi dan enam yang lain tanpa dakwaan, tidak menyebut langsung tentang campur tangan Rosmah.

Sebagai balasan Viva Palestine akan membebaskan dua orang polis anti rusuhan Mesir yang ditawan mereka. Sangat aneh kerana tiada satu pun media antarabangsa melaporkan penglibatan Rosmah dengan usaha itu dalam carian di internet kecuali media tempatan iaitu The Star.

Adalah tidak diketahui sejauh mana hubungan tidak rasmi Rosmah dengan isteri Hosny Mubarak, telah membantu pembebasan Ibrahim Mohd Azmi seperti yang didakwa oleh Najib dan The Star.

Ni laporan dari The Ant Daily..

Did Rosmah really rescue Malaysian student detained in Egypt?

Despite Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's exhortations of his wife Datin Seri Rosmah Mansor's role in securing the release of a Malaysian student detained by Egyptian authorities in 2010, questions remain as her involvement was not evident in international news reports except for articles carried by national news agency Bernama and several local papers.

'Amal kerana Allah' kunci kekuatan Unit Amal PAS


KUALA LUMPUR: Moto 'Beramal Kerana Allah menjadi asas kekuatan anggota Jabatan Amal Malaysia di bawah Pemuda PAS Malaysia (PPM) untuk memberikan perkhidmatan apabila diperlukan.
Terkenal dengan gelaran 'tentera merah', anggota Unit Amal ini sering muncul menghulurkan bantuan kepada komuniti yang memerlukan disaat ditimpa musibah.

Kemunculan mereka membantu mangsa banjir di Johor, Pahang dan Terengganu ketika ini sekali lagi menjadi sebutan masyarakat khususnya mereka yang terlibat dengan banjir sendiri.

Ketua PPM, Suhaizan Kaiat berkata, anggota Unit Amal tidak pernah mengharapkan pujian masyarakat dalam setiap khidmat bantuan yang diberikan sebaliknya menghulurkan bantuan secara sukarela.

"Bukan pujian manusia yang kita cari. Bukan publisiti yang kita mahu. Bagi Unit Amal, niat kita membantu orang yang memerlukan dan semoga ia dikira sebagai amal ibadah.

"Usaha ini sangat murni dan bagi Pemuda PAS, memang kita tidak mampu balas dengan wang ringgit," katanya kepada Harakahdaily.

Tubuh pasukan khas cari penyelesaian isu banjir di Kuantan - Fuziah

fuziah1SHAH ALAM, 10 DIS : Sebuah pasukan khas untuk mengkaji penyelesaian berhubung isu banjir di Kuantan, Pahang akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi memastikan kejadian sama tidak menimpa rakyat di kawasan itu.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata program tebatan banjir sedia ada tidak mampu mengatasi bencana itu berikutan ia tidak selaras dengan pembangunan pesat di bandar berkenaan.
Beliau berkata pelaksanaan kajian itu adalah sasaran utamanya sebagai wakil rakyat untuk penggal kali ini dan diyakini dapat dimanfaatkan untuk jangka masa panjang.
“Saya ketika ini sedang tubuhkan satu pasukan khas untuk mengkaji bagaimana kita boleh elakkan perkara itu sama daripada terus berlaku.
“Ini demikian kerana program tebatan banjir yang dilaksanakan tidak mampu menampung pembangunan di Kuantan dan kita perlu membuat kajian terperinci berhubung perkara ini,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.
Sementara itu ketika mengulas mengenai keadaan banjir di Kuantan yang telah memasuki hari ketujuh, Fuziah berkata kebanyakan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing mulai petang semalam berikutan air semakin surut dan bekalan elektrik sudah disambung semula.

Obama Urges World: Act on Mandela Legacy

Moon: 'South Africa Has Lost a Hero'

Obama shakes hands with Raul Castro at Mandela's memorial

World leaders in Mandela memorial

Munasabah ke UMNO itu penyelamat agama Islam?

TIdak munasabah UMNO yang berbentuk dan bercirikan hari ini boleh diyakini sebagai parti yang membina dan mempertahankan kedudukan orang Melayu dalam kehidupan siasah dan bernegara.  Apa yang disebut olah Najib yang Melayu akan tiada jika UMNO tiada, itu adalah satu isu yang perlu dibahaskan oleh semua rakyat kerana itu adalah pandangan yang amat menyesatkan.
Najib seolah-olah hendak menguatkan kata-kata yang Melayu tidak akan hilang di dunia ini jika UMNO masih berkuasa dalam kerajaan dan politik negara. Sebenarnya keadaan melayu semakin tidak terjamin jika UMNO masih dipimpin oleh pemimpin sekarang ini. Bagi saya, yang saya nampak ialah Melayu akan hilang dunianya jika masih memberikan mandat kepada pimpinan dan barisan yang ada pada hari ini.
Saya menyebut tadi dengan jelas, UMNO yang ada hari ini tidak akan membina orang Melayu, jauh sekali untuk mempertahankan Melayu dari menjadi bangsa yang dhaif suatu hari nanti. Kalau di umpukkan kepada UMNO dan kepimpinan dahulu, ia mungkin memberi makna dan diterima baik. UMNO semakin hari semakin mendhaifkan bangsa melayu sehinggakan Melayu sudah menjadi bangsa yang sangat keliru dan tidak lagi tahu untuk mengenali yang mana baik dan mana yang buruk.
Jika masih tidak disedari ramai terutamanya kepada kepimpinannya, melayu akan hilang segala identiti sebagai bangsa yang bertambah maju tetapi sebaliknya menjadi bangsa yang semakin hari semakin mundur. UMNO, lebih-lebih lagi kepimpinan atasannya tidak nampak tanda-tanda yang mereka memahami apa yang dimaksudkan maju atau mundurnya sesuatu bangsa itu.
Kemunduran yang kian hari dialami secara tidak sedar oleh orang Melayu ialah mundur dalam semua bidang kehidupan, termasuk dalam pemikiran dan nilai agama mereka serta persepsi mereka terhadap kehidupan secara keseluruhannya. Pimpinan utama UMNO berkata seolah-olah tidak ada agama, tidak ada bangsa, dan tidak ada sesuatu kepada bangsa kita masa sekarang dan masa hadapan jika UMNO tidak terus menjadi kerajaan.

Desas desus harga tol naik: BN tambah bebanan rakyat

SHAH ALAM 10 DIS : Kerajaan pusat diingatkan tidak sesuka hati menaikkan kadar tol selepas kenaikan beberapa harga barang dan perkhidmatan yang berlaku dalam tempoh singkat.
Ketua Biro Pelaburan dan Perdagangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen, berkata jika benar kerajaan pusat berhasrat menaikkan kadar tol, mereka diminta untuk mendedahkan terma perjanjian konsesi kepada umum dan jangan menggunakan alasan tidak masuk akal.
Katanya, pakar ekonomi dan rakyat dapat menilai kewajaran tindakan kerajaan itu dengan adanya pendedahan perjanjian konsesi daripada pihak terbabit.
naik tol“Jika benar telus, dedahkan berapa kos pembinaan sesuatu lebuh raya dan jumlah kutipan yang dibuat sepanjang ia beroperasi.
“Jangan mudah bebankan rakyat tetapi syarikat kroni kenyang dengan hasil yang dikaut berlipat ganda sejak bertahun lamanya,” kata Wong Chen.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kelana Jaya dihubungi Selangorkini bagi mengulas desas-desus bahawa kadar tol di beberapa lebuh raya sekitar Lembah Klang akan dinaikkan pada tahun hadapan.
Dakwaan itu mula timbul ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof bahawa kerajaan pusat akan membuat keputusan sama ada kadar tol akan kekal atau dinaikkan, pada awal Januari ini.
Fadillah berkata, kerajaan pusat dapat menjimatkan sehingga RM 400 juta setahun jika bayaran pampasan kepada syarikat konsesi dihentikan.

Lebih 100 suspek dikenalpasti bawah 'PCA baru' - KPN


 
Polis menyenaraikan lebih 100 suspek untuk ditahan bawah pindaan baru Akta Pencegahan Rasuah, umum Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya, polis sedang menunggu supaya pindaan itu diwartakan, diharapkan dalam beberapa minggu lagi.

Pindaan itu, antara lain, membenarkan penahanan tanpa bicara sehingga dua tahun untuk satu-satu masa.

Ditanya sama ada senarai itu berjumlah puluhan atau lebih seratus nama, Khalid menjawab: "Lebih daripada itu."

Sementara itu, bawah PCA sedia ada, seramai 41 suspek ditahan atas dakwaan terlibat dalam sindiket haram, katanya lagi.

Kerana satu panggilan telefon dari JPM, berita Rosmah wajar jadi menteri ditarik balik

Ekoran panggilan telefon dari Pejabat Perdana Menteri, laman web Astro Awani online telah menarik balik satu berita mengenai cadangan bekas Ketua Pengarang New Straits Times Datuk A. Kadir Jasin  yang mencadangkan agar isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dilantik sebagai menteri.
Berita itu tidak ada lagi dalam laman web sejak tengahari semalam selepas disiarkan sehari sebelum itu. Namun begitu tulisan asal kadir masih disiarkan oleh laman ini.
Ketika dihubungi, seorang kakitangan Astro Awani memaklumkan, ia dibuang atas arahan Pejabat Perdana Menteri.
Namun pengarang laman ini ketika dihubungi enggan memberikan sebarang pengesahan dan meminta pihak atasannya menjawab persoalan ini.
Kadir pula ketika dihubungi menegaskan beliau tidak tahu-menahu arahan penarikan balik penyiaran berita tersebut.
Beliau enggan memberi komen lain mengenai hal itu dan berkata artikelnya yang bertajuk "PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa" yang disiarkan Ahad lalu adalah pandangan sebagai rakyat jelata dan wartawan.
"Saya tidak tahu-menahu mengenai adanya arahan menarik balik berita Astro Awani atau mana-mana portal media, maka pertanyaan itu saya tidak boleh jawab.

Kritikan Kadir Jasin bukti pertembungan puak dalam Umno

KUALA LUMPUR 10 DIS: Kritikan bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin terhadap Datuk Seri Najib Razak membuktikan bibit perpecahan dalam Umno.
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid, berkata kritikan bekas wartawan berpengalaman itu mewakili suara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak percaya dengan kepimpinan Najib.
“Sebagai orang yang rapat dengan Mahathir, kita percaya ia mungkin kritikan yang mewakili Mahathir sendiri. Akibat kritikan ini, akan ada dua puak yang tidak sependapat dalam Umno,” katanya.
Kadir Jasin pada 8 Disember lalu secara sinis mencadangkan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilantik ke jawatan menteri, malah ke jawatan perdana menteri.
“Langkah itu bagi menjimatkan perbelanjaan negara kerana jasa berkenaan menunjukkan Rosmah lebih cekap daripada menteri sedia ada, sindir Kadir dalam tulisannya melalui blognya.

Rakyat Sarawak himpun di Padang Kuching bangkit isu tanah

Kch5KUCHING 10 DIS: Kira-kira 300 rakyat Sarawak berhimpun di Padang Merdeka Kuching pagi ini sempena Hari Hak Asasi Sedunia bagi membangkitkan tuntutan tanah adat (NCR).
Menurut penyelaras SAMM Kuching, Azan Akma, isu utama yang dibangkitkan adalah tuntutan keatas hak tanah yang kritikal di Sarawak.
“Himpunan hari ini juga bagi membangkitkan isu pembinaan empangan Murum, Baram dan lain-lain yang menjadi ancaman kepada tanah milik rakyat.
Kch4“Sebab isu tanah bukan isu orang Iban atau orang Asal sahaja, tetapi juga kepada orang Melayu Sarawak dan suku lain.
“Sehingga kini ada 400 kes tanah rakyat yang dirampas di Sarawak kini dibawa ke mahkamah,” kata Akma kepada Keadilandaily.
Himpunan bermula jam 10 pagi tadi disertai Sadia, NGO masyarakat Iban Sarawak, Grass (Gerakan Sabah Sarawak) dan orang Asal dari seluruh negeri ini.
Walaupun hujan renyai dan diawasi anggota polis, peserta himpunan bersemangat berarak sambil melaungkan slogan ‘Hormati hak asasi’ dan ‘Undur Taib Mahmud’.
Mereka membawa kain rentang dan plakad tertera perkataan ‘Tanah kami nyawa warisan kami’ dan ‘Hormati hak kami orang Asal Sarawak’

Jika Syiah menipu, nasionalis sekular apa kurangnya?

Saya terbaca kenyataan seorang pemimpin sebuah parti politik yang menyebut tentang Syiah. Katanya, ciri utama Syiah ialah menipu. Saya sekadar ingin memberikan respons ringkas sahaja.

Jika ciri utama Syiah disebut oleh beliau sebagai menipu, maka nasionalis sekular pun tidak kurang menipu berbanding Syiah.

Tidakkah menipu namanya apabila mewar-warkan kononnya berjuang untuk kepentingan agama namun di dalam masa yang sama bekerja untuk membelakangi syariat agama tersebut?

Tidakkah menipu namanya apabila bermegah-megah dengan binaan masjid yang banyak dan indah tetapi tidak berusaha mendaulatkan hukum Allah SWT? Sedangkan Allah SWT yang disembah di dalam masjid itu ialah Allah yang sama yang berkuasa di luar masjid? Atau mereka menyembah tuhan yang berlainan di dalam dan di luar masjid?

Hakikatnya, nasionalis sekular lebih hebat menipu berbanding Syiah. Syiah ialah musuh yang sudah muncul sejak berbelas abad. Ciri-ciri akidah mereka telah ditulis dan diterangkan oleh para ulama Sunnah di dalam banyak penulisan. Tinggal lagi, menjadi peranan para ulama untuk memastikan umat Islam tidak terjebak dengan penyelewengan Syiah.

Politik kekerasan melalui pengharaman buku


 
We can never be sure that the opinion we are endeavouring to stifle is a false opinion; and if we were sure, stifling it would be an evil still. - John Stuart Mills, On Liberty

Budaya pembulian dan sekatan wacana bukanlah perkara baru dalam amalan politik kekuasaan dalam usaha mematikan semangat kebebasan berfikir.

Malahan budaya pengharaman buku dan wacana diskusi ini menjadi asas kepada kelompok kekuasaan untuk memastikan manusia tidak boleh terdedah kepada wacana yang berbeza kefahaman dan kepercayaan.

Wacana yang bersifat pembulian ini secara alaminya telah mengkhianati semangat kebebasan warganegara dalam meyakini apa yang mereka percaya.

Pengharaman buku Faisal Tehrani oleh pihak berkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan sebelum ini buku Irsyad Manji dan Kassim Ahmad seakan-akan menggambarkan bagaimana pihak berkuasa bertindak menghormati kebebasan intelektual dan kepercayaan yang berbeza.

Ini dilakukan dengan mematikan idea-idea melalui tindakan kekerasan yang sangat cukup tidak beretika. Ia merupakan ketidakadilan dalam mengurus hak kebebasan Individu warganegara.

Kemerdekaan memberi pandangan adalah hak yang tidak boleh diceroboh. Malah setiap warganegara bebas memberi pendapatnya melalui ucapan mahupun tulisan.

DAP tuntut Ridhuan Tee minta maaf dan dipecat dari universiti atas kenyataan seksis


Setiausaha Wanita DAP, Teo Nie Ching (gambar) mengutuk tindakan Profesor Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah yang memanggil Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok sebagai "andartu kiasu".
Teo, yang juga Ahli Parlimen Kulai, berkata dakwaan Ridhuan itu adalah seksis dan membuktikan beliau tidak boleh berdebat dengan menggunakan fakta.
"Sangat memeranjatkan bahawa sebagai Pensyarah Kanan, Ridhuan Tee telah gagal untuk memahami hak seorang individu untuk memutuskan urusan perkahwinan mereka. Ini adalah perkara peribadi dan tidak sepatutnya dijadikan bahan ejekan," kata Teo Nie Ching.
Teo berpendapat Ridhuan harus dipecat daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebagai Pensyarah Kanan demi memastikan bakal tentera Malaysia dapat dididik untuk lebih menghormati wanita.
Dalam kenyataan media Teo hari ini, beliau mengajak Ridhuan untuk menarik balik kenyataan seksis ke atas Kok.
Kok baru-baru ini bertanyakan soalan kepada Timbalan Menteri Pertahanan bahawa dakwaan yang dikenakan Ridhuan tentang ajaran pembersihan etnik berlaku beberapa minggu selepas dakwaan memplagiat artikel.
Ekoran itu, Ridhuan memanggil Kok "andartu kiasu" yang perlu mendapatkan lebih banyak ijazah.
Ridhuan telah menafikan dakwaan mengajar subjek pembersihan etnik di UPNM selepas menafikan dakwaan oleh Kok tentang memplagiat artikel.

Refleksi PISA 2013 buat rakyat Malaysia

Hafizuddin Kamarudin

Mengikut peribahasa Welsh, "Nerth gwlad, ei gwybodaeth" -  yang membawa maksud “The strength of a nation is its knowledge”, yang menekankan kepentingan ilmu dalam sesebuah Negara. Sistem pendidikan yang berkualiti merupakan salah satu cabang dalam menzahirkan kepentingan ilmu pengetahuan di hati rakyat secara teratur dan tersusun.
Keputusan kajian PISA 2012 yang keluar pada 3 Disember 2013 pada kali ini sepatutnya memberikan refleksi kepada kerajaan dan rakyat apa yang harus dilakukan demi memastikan sistem pendidikan kita baik dalam menghasilkan rakyat lebih berkualti.
Keputusan kali ini menunjukan kita agak lemah berbanding negara jiran kita seperti Singapura,Thailand dan Vietnam walaupun keputusan peperiksaan di dalam negara kita sering menunjukkan peningkatan yang baik, namun pada zahirnya tidak mencerminkan kemampuan pelajar pelajar kita semasa kajian PISA dijalankan. Apa yang terjadi sebenarnya? Keputusan ini juga dikeluarkan tatkala Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 sedang giat untuk dilaksanakan.
Dalam menggemilangkan dasar pendidikan yang kita ada, sistem pendidikan kita seharusnya mampu untuk berubah dan berevolusi tanpa menggangu atau menggugat Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Ianya juga mampu menerima kritikan dan beradaptasi dalam dunia yang agak mencabar.
Kelemahan sistem pendidikan pada masa kini perlu diperakui dan perlukan perubahan lebih radikal jika kita mahu menghasilkan rakyat lebih baik. Jika kita masih duduk dalam kerangka “state of denial” kita tidak berupaya untuk ke mana.

'Nenek rasis' tuntut Guan Eng mohon maaf..!!


 
Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Jahara Hamid hari ini kecewa dan berang dengan gelaran "nenek rasis" (racist grandmother) yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng terhadapnya.

Gelaran bermula apabila Jahara mempersoalkan tindakan "pilih kasih" Lim itu berhubung tindakan terpilih berasaskan kaum terhadap perniagaan haram.

Jahara menuntut Lim memohon maaf berhubungan kenyataan yang dibuat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kerana merendahkan martabatnya sendiri sebagai ketua menteri.

Dalam sidang akhbar di DUN hari ini, Jahara berkata, kenyataan Lim itu menghinanya sebagai nenek dan semua golongan itu.

Katanya, sebagai ketua menteri, Lim tidak harus bercakap sedemikian kerana setiap orang perlu diberi hak bersuara.

Lebih-lebih lagi memandangkan kedudukannya sebagai ketua pembangkang, tambahnya, beliau harus dibenarkan menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat.

TG Nik Aziz: Sebelum serang Syiah, bersihkan dahulu taring dan kuku daripada daging mangsa

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bangkit menempelak pihak yang menyerang Syiah dengan berkata: "Jika Syiah menipu, nasional sekular apa kurangnya."
Nik Aziz berkata:"Saya tidak menyatakan Syiah tidak bahaya, tetapi saya agak pelik apabila sang harimau tiba-tiba berlagak baik mengingatkan sekumpulan kambing tentang bahaya serigala.
"Baguslah kalau harimau tiba-tiba ingin menjadi baik, tetapi sekurang-kurangnya bersihkanlah taring dan kuku terlebih dahulu daripada daging mangsa," sindir Nik Aziz.
Beliau juga mencabar pihak berkuasa supaya melakukan tangkapan dan tidak perlu berdolak-dalik jika mahu membanteras Syiah.
"Soalnya, bagaimana ingin membuat tangkapan sedangkan di dalam parti sendiri pun berselindung penganut ajaran sesat," kata bekas Menteri Besar Kelantan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Tanpa menamakan sesiapa Nik Aziz dipercayai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menangkap “orang nombor dua PAS” atas dakwaan syiah.
Ketika dikatakan orang nombor dua PAS itu adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Zahid berkata, beliau tidak pernah menyebut nama Mohamad Sabu.
Nik Aziz berkata, beliau terbaca kenyataan seorang pemimpin sebuah parti politik yang menyebut tentang Syiah dan menyatakan ciri utama Syiah ialah menipu.
"Jika ciri utama Syiah disebut oleh beliau sebagai menipu, maka nasionalis sekular pun tidak kurang menipu berbanding Syiah.

Tingkat integriti pilihan raya guna teknologi....


Di Malaysia, pendaftaran pemilih dan hampir keseluruhan proses pilihan raya berciri insani dengan pelbagai pihak menyalahkan kepincangan sistem pilihan raya itu pada mereka yang terbabit.    
Dalam memastikan integriti serta ketelusan yang lebih tinggi pada keseluruhan proses pemilihan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) percaya sistem pengundian elektronik merupakan pilihan terbaik. 
Bayangkanlah, identiti pengundi ditentusahkan menggunakan sistem biometrik yang mampu menghalang pengundi hantu, termasuk mereka yang mengundi menggunakan kad pengenalan palsu, atau mereka yang mengundi berbilang kali, satu yang menjadi keluhan parti-parti pembangkang.     
Dengan sekali klik pada tetikus atau dengan hanya menekan satu butang, di sebalik memangkah kertas undi, pengundi melengkapkan proses mengundi dengan sekelip mata. Serentak dengan itu undi dikira oleh satu sistem berpusat, di sebalik mengira menggunakan tangan selepas pengundian ditutup, dengan itu tiada peluang bagi mana-mana pihak untuk memanipulasi pengiraan undi. 
Ini bukan sahaja mempercepat keseluruhan proses pengundian tetapi juga menyumbangkan ke arah pilihan raya yang bersih dan adil, yang nampaknya menjadi ungkapan penarik dalam landskap baru politik Malaysia.
Tetapi, pembangkang yang tidak puas hati dengan sistem pilihan raya itu mendakwa sistem elektronik juga terdedah kepada elemen penyelewengan dan meragui SPR dan usaha yang diambilnya untuk memperbaharui proses pilihan raya.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, di Simposium Hal Ehwal Pilihan Raya Antarabangsa ke 7 yang berlangsung baru-baru ini, berkata Malaysia perlu menerima pakai teknologi canggih dalam menguruskan rekod pengundi selain menyampaikan maklumat tepat kepada pengundi.
"Selama ini, kita dapat melaksanakannya secara manual oleh kerana bilangan pengundi tidak ramai tetapi bilangan mereka sekarang ini terus meningkat. Jadi bolehkah kita teruskan dengan sistem manual," katanya.

Myanmar boleh pintas Malaysia dalam hak asasi manusia, kata Suhakam


Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berucap merasmikan Anugerah Hak Asasi Manusia Suhakam 2013 di Kuala Lumpur. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Disember, 2013.Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berucap merasmikan Anugerah Hak Asasi Manusia Suhakam 2013 di Kuala Lumpur. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Disember, 2013.Biarpun Myanmar dikelaskan "negara pariah", tetapi satu hari nanti negara itu boleh memintas Malaysia dalam piawaian antarabangsa hak asasi manusia, kata Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Hasmy Agam.
"Saya tidak terkejut jika satu hari nanti mereka memintas kita. Mereka sudah menandatangani tiga perjanjian utama hak asasi manusia," katanya ketika ditemui pemberita di majlis Anugerah Hak Asasi Manusia Suhakam 2013 di Kuala Lumpur hari ini.
Hasmy berkata, membetulkan sembilan asas hak asasi manusia penting jika Putrajaya ingin memastikan hak semua kumpulan dan individu tanpa mengira latar belakang agama dan kaum dihormati.

Pengurusan bencana negara - Respon MKN

Majlis Keselamatan Negara

Sejak kebelakangan ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendapati banyak pihak mengambil peluang untuk memberikan pandangan dan tidak kurang juga kritikan berhubung pelaksanaan operasi pengurusan banjir terutama di Pahang dan Terengganu. Justeru, MKN terpanggil untuk memberikan respon terhadap surat terbuka daripada Nur Adilla Abd Rahim bertajuk Surat terbuka kepada Majlis Keselamatan Negara bagi menjelaskan keadaan sebenar serta menangkis persepsi negatif terhadap jentera pengurusan bencana negara yang dicanang pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda tertentu.
Penulis menyatakan kehairanan beliau terhadap tahap ketidaksiagaan badan-badan kerajaan tertentu sedangkan Malaysia menghadapi situasi banjir saban tahun. Luahan beliau, hanya apabila Ahli Parlimen Kuantan membawa perkara mengenai banjir di Kuantan ke Dewan Rakyat barulah ia mendapat perhatian pemimpin tertinggi negara. Hal ini memperlihatkan bahawasanya kedua-dua penulis dan Ahli Parlimen Kuantan tidak mengikuti perkembangan semasa.
Banjir yang berlaku di Kuantan bermula pada 2 Disember 2013 dan Ahli Parlimen Kuantan hanya membawa perkara ini ke Dewan Rakyat pada 4 Disember 2013. Pada waktu YB Fuziah Salleh mengutarakan usul berkenaan, anggota tindak balas sudah pun beroperasi selama dua hari bagi mengeluarkan mangsa untuk dipindahkan ke pusat pemindahan dan mangsa yang berjaya diselamatkan adalah seramai 13,460 orang di Kuantan sahaja. Pemindahan seluruh negara setakat jam 12.00 malam 4 Disember 2013 melibatkan 21, 253 mangsa. Sebenarnya, Puan Nur Adilla dalam tulisan ini memberi gambaran bahawa YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan tidak turun ke padang sewaktu banjir mula berlaku serta tidak mengikuti perkembangan banjir di kawasan Parlimen Kuantan yang beliau wakili.
Adalah tidak adil bagi penulis untuk menyimpulkan bahawa operasi menyelamat, memindah, dan pengagihan keperluan kepada mangsa banjir hanya dilakukan oleh MKN setelah ditekan dan didesak oleh ahli politik. Perlu dijelaskan di sini bahawa MKN menguruskan bencana tanpa dipengaruhi sebarang fahaman politik mahupun individu berkepentingan. Prioriti utama adalah menyelamatkan nyawa tanpa mengira latar belakang, kaum, agama, serta fahaman politik seseorang.
Dakwaan penulis dan juga Ahli parlimen Kuantan turut memperlihatkan ketidakfahaman mereka tentang sistem pengurusan bencana negara yang setaraf dengan sistem antarabangsa seperti badan-badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) yang meliputi aktiviti sebelum, semasa dan selepas berlakunya sesuatu bencana.

Syiah: Jakim Tunggu KDN Dedah Bukti Dulu Baru Dakwa...!!

Khir apologises to Seputeh MP for defamation

Sen Syed Shahir Bahas Bajet 2014

Sen Chandran Mohan [ Selangor ] Bahas Bajet 2014

Penukaran nama Pulau Jerejak Fitnah Jahat Pembangkang Penang - KM

Egypt police clash with pro-Morsi students

Selangor kempen anti zina pada malam Tahun Baru 2014

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata berbeza dari program sambutan tahun baru di kebanyakkan negeri.

SHAH ALAM: Ustaz Azhar Idrus – Shiro dan Ustaz Haslin Bahrim – Sepahtu merupakan antara gandingan tokoh agama dan kumpulan pelawak popular yang bakal mewarnai program ambang tahun baru 2014 Negeri Selangor.
Dua gandingan terbabit akan ditampilkan dalam segmen Sembang Santai dalam Program Generasi Idaman Selangor (GEMS) Sempena Ambang Tahun Baru 2014 yang diadakan pada 31 Disember di Dataran Kemerdekaan Shah Alam nanti.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata berbeza dari program sambutan tahun baru di kebanyakkan negeri, GEMS Sempena Ambang Tahun Baru 2014 itu turut memfokuskan Kempen Anti Zina bagi membendung gejala zina di kalangan generasi masa kini.

Umno-Pas: Susah sangatkah hendak muzakarah? - Prof Agus


 Dr Mohammad Agus Yusoff

SUDAH lama kita mendengar hasrat Umno dan Pas untuk bermuzakarah sehingga ada yang sudah bosan untuk mendengarnya. 
 
Walaupun Presiden Pas menyatakan kesediaannya untuk bermuzakarah dan disambut pula oleh Timbalan Presiden Umno semasa berucap dalam Perhimpunan Agung Umno yang lalu, namun realitinya, sehingga kini, masih belum ada apa lagi yang berlaku.
 
Saya tidak faham mengapa dua parti Melayu dan Islam ini begitu sukar untuk bermuzakarah? Syarat yang diberikan oleh Timbalan Presiden Umno mudah sahaja: Pas perlu mengemukakan cadangan tentang skop perbincangan serta pimpinan yang perlu hadir untuk menjayakan usaha tersebut.
 
Jika sayalah pemimpin Pas, saya akan kemukakan apa yang diminta oleh Timbalan Presiden Umno demi untuk memulakan muzakarah ini. 
 
Betul, ada sejarah hitam hubungan Umno-Pas. Betul, Pas tidak mahu lagi terjatuh ke dalam lubang yang sama buat kali keduanya mengingatkan penyatuan terdahulu pada tahun 1974 telah meninggalkan luka dan parut kepada Pas. 
 
Betul, boleh dipersoalkan mengapa Umno hanya mahu bermuzakarah dengan Pas sahaja dan tidak dengan pemimpin Melayu dalam PKR atau NGO-NGO Melayu-Islam yang lain seperti ABIM, ISMA dan IKRAM?
 

Polis Mesir pula anjur bantahan

Polis Mesir anjur bantahan 
 Ratusan pelajar cedera selepas terkena gas pemedih mata di Universiti Al-Azhar.

KAHERAH - MESIR. Selepas saban hari Mesir bergelut dengan protes rakyat, kini tiba giliran polis melakukan tindakan sama.

Kelmarin, ratusan polis melakukan demonstrasi di Kelab Polis menuntut kenaikan gaji selepas mendakwa beban kerja makin bertambah.

Sumber polis berkata, sejak kerajaan membenarkan anggota polis menahan mana-mana individu yang berkumpul melebihi 10 orang di tempat awam, polis diberi hak untuk mengambil tindakan ke atas mereka.

“Mereka menggesa pegawai atasan mencadangkan bayaran gaji setimpal, sesuai dengan tugasan baru itu ” katanya kepada Press TV.

Dalam perkembangan lain, polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penyokong Presiden Mohamed Mursi di Universiti Al-Azhar dan Universiti Mansoura Kaherah.

Ratusan pelajar cedera dan puluhan ditahan selepas dituduh mencabar Perlembagaan baru.

Banjir: Laluan Paka-Kertih ditutup

KEMAMAN - Laluan utama dari Paka ke Kertih di sini ditutup selepas dinaiki air berikutan hujan lebat sejak awal hari ini.

Penolong Setiausaha Keselamatan (Penerangan) Majlis Keselamatan Negara Ahmad Redza Arshad berkata jalan utama itu terpaksa ditutup selepas ditenggelami air kira-kira satu meter.

"Hujan lebat sejak 2 pagi di sekitar Dungun menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air. Air dari Bukit Bauk mengalir laju ke jalan, menyebabkan laluan di Durian Mentangau dilimpahi air dan tidak boleh dilalui semua kenderaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata beberapa kawasan di Marang dan Hulu Terengganu turut dinaiki air sedalam setengah meter, dengan penduduk diminta berjaga-jaga.

"Setakat ini masih di paras amaran, malah tidak ada penduduk yang dipindahkan," katanya.

Tolonglah, bukan salah Rosmah!


Puji-pujian yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap isterinya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, sekali lagi mendedahkan Datin Seri Rosmah Mansor kepada sorotan perhatian ramai. Jika sebelum ini, perhatian kepadanya adalah melalui apa yang dilakukannya sendiri, tetapi kali ini Najib selaku suami pula yang melontarkan umpan supaya kedudukan isterinya diperkatakan orang.
Dalam memuji isterinya yang turut berjasa dan menyumbang sesuatu yang bermakna kepada rakyat dan negara, Najib mendedahkan dua perkara mengenai isterinya yang tidak pernah diberitahunya sebelum ini.
Pertama, mengenai peranan isterinya dalam membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir kerana disangka seorang pengintip manakala yang kedua, mengusahakan agar pelajar Malaysia yang mahu dibawa pulang semasa Ops Piramid dapat singgah di Arab Saudi tanpa visa, sebelum diterbangkan ke Malaysia.
Menurut Najib lagi, jasa pertama isterinya itu dilakukan dengan menghubungi Suzanne Mubarak, isteri Presiden Mesir ketika itu manakala jasa kedua pula dilakukan dengan menelefon keluarga diraja Arab Saudi yang mana Rosmah mempunyai "networking" dengannya.
Dalam kedua-dua jasa itu, ianya dilakukan atas permintaan Najib sendiri.
Selama ini, isu campur tangan Rosmah dalam pentadbiran kerajaan tidak begitu jelas bentuk dan keadaannya. Ada yang mengatakan campur tangannya dalam pelantikan beberapa pegawai kanan kerajaan, pemilihan anggota Kabinet, pengagihan kontrak kerajaan sebagainya. Tetapi semuanya agak samar-samar.

Masyarakat sivil Mesir kecam serangan terhadap perusuh jalanan


Pelajar Universiti Kaherah, penyokong Ikhwanul Muslimin berdemonstrasi di depan pagar utama universiti semalam. Gambar oleh Reuters.Pelajar Universiti Kaherah, penyokong Ikhwanul Muslimin berdemonstrasi di depan pagar utama universiti semalam. Gambar oleh Reuters.Sekumpulan masyarakat sivil hari ini mengutuk serangan ke atas perusuh  jalanan di Kaherah, Mesir dalam kenyataan media hari ini.
Rangkaian dan Pembangunan Arab (ANND), Civicus dan Solidar menyuarakan kebimbangan mereka berhubung undang-undang baru iaitu "Undang-undang untuk hak perhimpunan awam, perarakan dan demonstrasi aman" (Undang-undang 107) yang diluluskan oleh Presiden Interim, Adly Mansour pada 24 November lalu.
Mereka berkata, undang-undang itu menyekat kebebasan rakyat dan melanggar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa yang menekankan hak rakyat untuk melaksanakan demonstrasi aman.
"Kita sudah pun lihat kesan negatif terhadap undang-undang ini ke atas masyarakat sivil di Mesir. Amat merisaukan ialah pada 26 November lalu, pihak keselamatan menahan 70 perusuh di Kaherah di bawah undang-undang ini.

Pengikut Tuhan Harun disahkan tembak penguatkuasa Jaip - Polis


Jenazah Ahmad Rafli Abd Malek dibawa ke hospital untuk bedah siasat selepas ditembak di depan rumahnya, bulan lalu. Gambar fail.Jenazah Ahmad Rafli Abd Malek dibawa ke hospital untuk bedah siasat selepas ditembak di depan rumahnya, bulan lalu. Gambar fail.Seorang daripada 15 pengikut ajaran sesat Tuhan Harun yang ditahan adalah individu yang menembak mati Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Rafli Abd Malek, bulan lalu.
Jurucakap polis menerusi laman Facebook Polis Diraja Malaysia, berkata individu terbabit dikenal pasti selepas siasatan dilakukan terhadap semua suspek yang ditahan.
Polis berkata, pistol jenis Smith & Wesson yang ditemui dalam kereta salah seorang daripada suspek yang ditahan adalah pistol sama digunakan untuk menembak Ahmad Rafli.
Polis kini memburu lapan lagi suspek bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Ahmad Rafli meninggal dunia pada 10 November lalu selepas ditembak di rumahnya kira-kira jam 2 petang.

Fitnah: Khir Toyo minta maaf pada Teresa Kok


 
Bekas menteri besar Selangor Mohamad Khir Toyo meminta maaf kepada anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok atas penyiaran artikelnya di blog lima tahun lalu berkaitan isu azan.

Khir juga bersetuju membayar sejumlah wang yang tidak didedahkan sebagai kos untuk Kok.

Sebagai balasan, Kok bersetuju menarik balik samannya.

Perkara ini dirakamkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah Badjenid hari ini.

Khir membacakan kenyataan maafnya di mahkamah terbuka:

"Saya, Mohamad Khir Toyo, defendan pertama dalam saman ini, tanpa memasukkan liabiliti memohon maaf kepada YB Teresa Kok Suh Sian kerana menyebabkan penerbitan di blog saya www.drkhir.com pada 9 Julai 2008 seperti dinyatakan dalam kenyataan tuntutan."

"Saya menyesal menerbitkannya dan bersetuju membayar kos."

Kok pada Disember 2008 memfailkan tindakan terhadap Khir dan Utusan Malaysia dalam saman RM30 juta setiap seorang.

Apa lagi yang Umno mahu..??

PERHIMPUNAN Agung Umno empat hari mengingatkan saya cerita rakan-rakan sewaktu di universiti dahulu, tentang bagaimana mereka dipau (peras ugut) semasa berada di Kuala Lumpur.

Nampaknya, perangai pemimpin-pemimpin Umno tak ubah seperti kaki-kaki pau, yang berbeza adalah darjatnya. Nampaknya, perhimpunan yang sepatutnya menjadi medan perbincangan  isu-isu yang memberi kesan kepada rakyat, menjadi medan perbincangan tentang bagaimana untuk mengekalkan kuasa dalam tangan mereka.

Sebelum pilihan raya dulu, Presiden Umno pernah berkata mereka prihatin dengan peningkatan kos sara hidup.

Tetapi setelah menang, gerakan “pau” rakyat bermula tanpa belas kasihan. Menurut Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, “rakyat perlu terus bersabar dan berkorban untuk keutuhan kewangan negara.” Bermula dengan kenaikan harga minyak, kemudian pemotongan subsidi gula, pengenalan GST pada 2015 dan yang terbaharu, pengumuman kenaikan tarif elektrik sebanyak 15 peratus.

Mungkin Umno boleh mencanangkan Agensi Penarafan Antarabangsa Moody’s menaiktarafkan kredit Malaysia kepada A3, tetapi kenapa langsung tidak ada yang mempersoalkan tentang ketirisan dan keborosan, serta gejala rasuah berleluasa yang menyebabkan taraf ini diturunkan terlebih dahulu? Nampaknya, mereka cuma berminat untuk mengambil langkah singkat untuk memenuhkan kembali kewangan negara dengan “pau” duit rakyat.

Ini dikatakan “orang lain boros belanja berhutang, rakyat kena ‘pau’ bayarkan.”

Justeru, panggilan rakyat untuk reformasi dan bukan sekadar transformasi ekonomi mesti diambil kira bagi memulihkan dan meningkatkan pendapatan rakyat yang sentiasa mendatar yang akan memperluaskan lagi jurang kemiskinan dengan ‘cukai’ dan kos barang naik meninggi yang akan dipikul oleh majoriti orang Melayu.

Kit Siang: Malaysia perlu jadi negara ajaib untuk lonjak ranking PISA

Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini sekali lagi menyelar sikap berdiam diri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kemerosotan ranking pelajar Malaysia dalam Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA) 2012.
Lim mendakwa, antara punca yang menyebabkan Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan itu berdiam diri adalah kerana tidak mempunyai rancangan padu untuk melonjakkan Malaysia ke dalam kelompok sepertiga teratas dalam PISA 2021.
"Untuk mencatat pencapaian sedemikian dalam empat ujian membabitkan tempoh tiga tahun iaitu 2015, 2018 dan 2021 Malaysia perlu mencatatkan peningkatan 111 mata daripada jumlah yang ada sekarang.
"Ia  sesuatu yang belum pernah dicapai oleh mana-mana negara, maka Malaysia perlu menjadi negara ajaib," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, buat masa ini Malaysia terperangkap dalam kelompok sepertiga tercorot dalam PISA, iaitu di bawah 450 mata untuk matematik.
Lim turut mempersoalkan sasaran Malaysia untuk meningkatkan ranking dalam kelompok sepertiga teratas dalam PISA dan menganggapnya sebagai tidak realistik.
Beliau juga menyifatkan peruntukan RM20 juta membayar perunding asing bagi menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia sebagai “angan-angan mat jenin”.

Samad Said terima anugerah NGO pendidikan Cina



 
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dipilih sebagai penerima Anugerah Semangat Lim Lian Geok, anugerah berprestij dalam bidang pendidikan Cina kali ke-26 yang akan disampaikan pada 15 Disember ini di Kuala Lumpur.

lim lian geok book launching 310710 booksAnugerah yang dinamakan sempena tokoh pendidikan Cina terkenal sebelum kemerdekaan itu (kanan) jarang-jarang diberikan kepada orang Melayu.

Menurut kenyataan penganjur Pusat Pembangunan Kebudaayaan Lim Lian Geok, Samad dipilih kerana terkenal sebagai pejuang sastera yang berani tampil mempertahankan hak bahasa ibunda dan tidak jemu merancakkan gerakan reformasi rakyat.

Beliau atau lebih mesra dengan panggila "Pak Samad" pernah memimpin gerakan mansuh sistem pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pencalonan Samad dicadangkan oleh aktivis Dr Wong Chin Huat.

Syiling Hospital Serdang runtuh lagi kali ke-7





 
Siling Hospital Serdang runtuh lagi buat kali ketujuh, kali ini hampir mencederakan isteri dan empat anak kakitangan hospital tersebut.

Runtuhan siling itu berlaku semalam sekitar jam 1 petang selepas kejadian terakhir pada 4 Disember lalu - lima hari lepas, lapor Utusan Malaysia.

Laporan itu melaporkan kejadian berlaku dalam tandas sebuah rumah kakitangan di Blok D dan kerosakan bukan hanya melibatkan siling rumah malah beberapa bahagian lain.

Antaranya menyebabkan lantai menggelembung dan kerosakan paip air.

Berdasarkan laporan harian itu juga, ramai kakitangan tertekan dengan masalah itu dipercayai berpindah ke kuarters lain atau atau menyewa di luar.

Tahun ini sahaja, antara September hingga Disember, termasuk insiden terbaru itu semalam, sudah empat kali syiling di hospital itu runtuh.

Dalam insiden sebelum ini, hampir 10 keping syiling runtuh di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma, berhampiran kaunter jururawat.

Syiah: Surat terbuka kepada Zahid Hamidi

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Kedah Darulaman

Kepada

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Naib Presiden Umno Malaysia
Pejabat Umno
Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur

TUDUHAN SYIAH TERHADAP PEMIMPIN PAS: INGATLAH KEPADA ALLAH DATUK SERI

Datuk Seri,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) mengecam sikap tidak konsisten  Datuk Seri selaku Naib Presiden Umno dan seorang muslim berkenaan isu tuduhan syiah kepada pemimpin nombor dua PAS dalam ucapan penggulungan Datuk Seri di dalam Perhimpunan Agung Umno 2013.

Datuk Seri mengatakan. "Kita tahu siapa pemimpin syiah dalam PAS, PAS ketepikan perbezaan politik, ini soal akidah dan soal masa depan negara, Kita hairan bagaimana PAS memilih pemimpin syiah itu untuk menjadi orang kedua dalam PAS". Video.  http:// www.youtube.com/ watch?v=G5bp_BocXWE

Pada hari berikutnya Datuk Seri bersilat lidah mengatakan Datuk Seri tidak menyebut nama individu tertentu. Sedangkan ia boleh ditafsirkan dengan jelas bahawa bayangan (innuendo) yang digunakan sangat jelas bahawa tiada orang yang dirujuk selain Tuan Haji Mohamad Sabu yang dipilih menjadi orang kedua dalam PAS.

Datuk Seri,

1. DPPNK menyeru agar kita semua bertaqwa kepada Allah dalam segala urusan kita. Sama ada ucapan dan perbuatan kita. Semua itu akan dipertanggungjawab di hadapan Allah.

Perdana Menteri Wanita: Kenapa Isteri PM Tak Boleh?

Oleh A Kadir Jasin
January 16, 2011

PEMBAHAS “Bawal” dalam perbincangan mengenai tajuk “”Hantu” PRU Ke-13 Bagi BN dan PR.” antara lain, berkata: “komen la sikit pasal lawatan bini PM ke Timur Tengah. Ini lawatan rasmi Dato', siap ada perjumpaan ngan Timbalan Menteri kat sana.

Dah takde ke menteri kat Malaysia ni atau Jawatan sebagai bini PM adalah jawatan kerajaan.”

Terima kasih Sdr Bawal. Sebenarnya beberapa orang pembahas lain juga turut membangkitnya hal ini dan isu-isu lain yang melibatkan kegiatan dan tindak-tanduk isteri Perdana Menteri.

Seperti yang telah tegaskan berulang kali, dalam sistem kita tidak ada satu jawatan yang dipanggil “First Lady” atau Wanita Pertama. Kalaupun ada seorang yang boleh diberikan jolokan “First Lady” atau Wanita Pertama, orang itu adalah Seri Paduka Raja Permaisuri Agung kerana “First Gentleman” atau Lelaki Pertama dalam sistem kita adalah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Hak Guna Duit Negara

Mengenai bolehkah duit negara digunakan membiayai lawatan dan kegiatan isteri Perdana Menteri, saya ingin merujuk Sdr Bawal dan para pembaca sekalian kepada laporan New Straits Times pada 12.11.2010 yang berbunyi:

“NO permanent or contractual staff are provided for Datin Seri Rosmah Mansor, wife of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

In a written reply to Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib said officers from his office sometimes helped his wife in carrying out her official duties.

However, the Members of Parliament (Remuneration) Act 1980 states that the prime minister's wife is entitled to claim food, lodging and winter apparel allowances when she accompanies her husband on his official duties overseas.”

(Tidak ada pegawai tetap atau kontrak diperuntukkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib berkata pegawai dari pejabatnya kadang kala membantu isterinya menjalankan tugas rasminya.

Bagaimanapun, Akta Ahli Parlimen (Gajian) 1980 mengatakan isteri Perdana Menteri berhak membuat tuntutan elaun makan, penginapan dan pakaian musim sejuk apabila mengiringi suaminya dalam tugas rasmi di luar negara.”)

Terpulanglah kepada pembahas dan pembaca membuat interpretasi dan mencari kesimpulan mengenai lawatan Rosmah ke Asia Barat tanpa diiringi oleh Perdana Menteri.

Cadangan Rosmah Masuk Politik

Dalam bahas blog ini, ada beberapa pembahas mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan bertanding pilihan raya umum akan datang. Bagi saya, cadangan sebegini bukan jenaka tetapi boleh dilihat sebagai sesuatu yang serius dan berkemungkinan berlaku.

Malah seorang bekas menteri kanan yang diketahui cucup akrab dengan Mohd Najib dan Rosmah berkata isteri Perdana Menteri itu berpengaruh dan berpotensi memanfaatkan kedudukan istimewanya untuk satu peranan yang lebih besar.

Syiah: Mat Sabu tidak gentar pendedahan Zahid Hamidi

Mohamad Sabu tidak gentar dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendedahkan bukti secara terperinci mengenai pemimpin PAS yang terlibat dengan fahaman Syiah.
Timbalan Presiden PAS itu berkata, beliau sudah biasa dengan tuduhan seumpama itu termasuk ketika pemilihan parti Islam itu baru-baru ini.
“Umur saya sudah 59, kalau terpaksa habiskan sisa-sisa hidup saya naik turun mahkamah dan masuk penjara, saya akan hadapi,” katanya yang dikenali sebagai Mat Sabu ketika ditemui The Malaysian Insider, malam tadi.
Mohamad berkata, sejak menyertai PAS pada awal 1980-an, beliau sudah biasa dipenjarakan termasuk dua kali ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1984 dan semasa Operasi Lalang pada 1987.
“Peguam masih lagi kaji tindakan susulan yang akan dilakukan. Kita tunggu dulu pendedahan dia,” katanya merujuk kepada Ahmad Zahid.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak pasti sama ada Ahmad Zahid memaksudkan dirinya kerana Timbalan Presiden PAS bukan jawatan nombor dua dalam parti Islam itu.
“Di dalam PAS, jawatan tertinggi adalah Mursyidul Am yang dipegang oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Manakala jawatan kedua tertinggi adalah Tuan Guru Datuk Haron Din,” katanya.

SYIAH: SIAPA TIPU SIAPA...???

Zahid: Saya tak sebut nama Mat Sabu

Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak pernah menyebut nama timbalan presiden PAS Mohamad Sabu ketika menggesa agar “orang nombor dua” PAS dikenakan tindakan kerana mengamalkan fahaman Syiah.

“Saya tidak pernah sebut (nama) Mat Sabu, saya sebut 'nombor dua',” katanya ketika ditanya dalam satu sidang media pagi ini berhubung tindakan yang akan dikenakan ke atas Mohamad.
Wartawan seterusnya meminta penjelasan lanjut daripada Ahmad Zahid memandangkan Mohamad Sabu, yang baru dipilih semula sebagai timbalan presiden PAS, dikenali umum sebagai orang nombor dua parti Islam itu.

<iframe width="560" height="315" src="//www.youtube.com/embed/aY8_fNYihD8?rel=0" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak menjawab soalan tersebut dan hanya ketawa.

Beliau juga berkata, pegawainya akan mengadakan satu lagi sidang media untuk mendedahkan bukti berhubung dakwaan bahawa “orang nombor dua” itu berfahaman Syiah.

JPJ Halang & Saman Lori Bantuan Mangsa Banjir

Mana perginya peri kemanusiaan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam membantu mangsa banjir di Kuantan? Saya sifatkan mereka sebagai tidak berhati perut dan kejam.”

Itu kata penyelaras bantuan tersebut, Nordiana Abdul Rahman yang kesal apabila lori muatan barangan mangsa banjir ditahan selepas tol Gombak dan dikenakan saman atas alasan membawa lebih muatan.

Jelas Nordiana, sepatutnya penguat kuasa JPJ yang menahan lori tersebut lebih berhati perut kerana barangan yang dihantar adalah untuk membantu mangsa banjir, bukan untuk dijual di pasar lambak.

“Kalau lebih muatan dan tidak benarkan lori meneruskan perjalanan, apalah salahnya benarkan kami keluarkan barang tersebut sehingga cukup muatan yang dibenarkan?

“Ini tidak, JPJ terus denda pemandu sebanyak RM150 manakala syarikat lori yang membawa barangan tersebut disaman RM450 tanpa ada tolak ansur sedikit pun,”
katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Lebih teruk, Nordiana memberitahu, penguat kuasa JPJ itu yang agak sombong dan kasar turut menggertak pemandu lori untuk membawa lori tersebut ke stesen penimbang yang bakal dikenakan hukuman lebih berat.

‘Tentera Merah’ dan musibah bak kembar seiras

DR RIDUAN MOHAMAD NOR
Dada langit masih suram dengan hujan merembes perlahan memukul atap rumah warga kemaman, Dungun serta daerah lain yang masih diserbu tengkujuh. Banjir yang melanda kali ini telah memunggah puluhan ribu rakyat ke pusat pemindahan banjir. Bak garuda melanggar jajahan, rumah kediaman seperti diterjah tsunami dengan kemusnahan tak terperi, suara tangisan anak-anak yang ketakutan dan kelaparan  bertingkah-tingkah merebut ruang di tempat pemindahan banjir. Langit seperti menumpahkan murkanya pada manusia yang tak henti menuai dosa dan meracik kebejatan noda.

Banjir besar ini seperti ingin mengingatkan kita tentang keberadaan Tuhan yang sering sirna daripada ingatan manusia. Korupsi, mengabaikan solat, melecehkan syariat, penzinaan, penyelewengan seolah-olah sudah tidak mampu dielakkan insan. Banjir menampar manusia yang leka dan menunjal sisi terang akal kita juga bahawa Tuhan hanya menjentik ingatan kita supaya segera bermuhasabah.

Saya menyemak kisah duka banjir kali ini di medan operasi dan juga fenomena media baru yang turut menambah perisa kepada tragedi banjir kemaman, Kuantan serta daerah lain. Nama Unit Amal atau pernah menggalang jolokan Tentera Merah kelihatan begitu hampir dengan relung hati mangsa banjir. Tentera Merah juga pernah mencuit hati mangsa banjir di Johor pada tahun 2007. Membuka ruang fikir masyarakat Johor bahawa gerakan Islam bukanlah jamaah takfir yang membina tembok kaca dengan masyarakat seperti yang cuba digambarkan oleh media perdana.

Rakyat Johor kelihatan kecewa dengan agensi kerajaan yang kelihatan agak lemah menjangkakan banjir besar yang akan menimpa Johor, bumi ditanam uri Umno pada tahun 1946. Sebab itu tidak mudah merombak keyakinan masyarakat Johor kepada parti pragmatis sekular itu sejak puluhan tahun. Tentera Merah yang datang dari seluruh negara mengucur keringat, membersihkan kediaman, memasak makanan, menyelamatkan mangsa banjir serta menenangkan mangsa.

Melayu bergantung kepada Allah, bukan Umno..!!


A Shukur Harun

Mengikuti ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan perbahasan perwakilan di Perhimpuan Agung parti itu minggu lalu yang penuh dengan semangat perkauman, kita boleh merumuskan bahawa Umno berada di 'alam fantasi' kerana pemikiran mereka tidak berjejak di alam realiti negara ini.
Alam realiti itu ialah yang di luar PWTC, tempat Perhimpuan Agung Umno itu diadakan.  Di sana ada lebih 25 juta rakyat pelbagai bangsa dan agama dengan kehidupan yang pelbagai, kepercayaan politik  pelbagai. Semuanya mencerminkan kemajmukan masyarakat majmuk di Malayasia, yang saya kira, Umno dan pimpinannya tidak berupaya memahaminya.
Apabila presiden bertanya, "Ke manalah orang Melayu hendak membawa diri, jika Umno sudah tiada lagi. Di manakah lagi keluh kesah orang Melayu hendak dizahirkan, jika tidak di perhimpunan ini. Jika tidak kepada parti Umno ini". Ini suatu pertanyaan yang sama sekali tidak munasabah, ia boleh menjadi syirik Rububiyah, di luar logik akal dan boleh menjadi bahan kekeliruan yang sangat besar, justeru pertanyaan ini tidak mungkin dapat diterima oleh rakyat yang berfikir matang.
Ini kerana kuasa Allah menentukan segalanya, bukan manusia. Jika Umno percaya bahawa Umno menentukan nasib orang Melayu, ini bermakna melanggar hak Allah untuk menentukan hidup dan rezeki manusia. Cuma, manusia perlu berakhtiar untuk membina kehidupan.
Orang Melayu tetap boleh menjadi kaya raya, tanpa kehadiran Umno, jika rajin berusaha dan menambah ilmu. Tetapi jika mereka malas, walau di zaman Umno masih ada, ia tetap miskin dan ketinggalan. Kecuali mereka menjadi kaya jika melalui jalan mengampu, rusuah, penyelewengan dan sebagainya yang bertentangan dengan Islam.
Sebagai contoh, sebahagian besar orang Melayu di Singapura, walaupun tanpa kehadiran Umno di sana, mereka kini menikmati kehidupan selesa, walaupun tidak menjadi kaya raya. Ini kerana mereka berusaha keras mencari rezeki - bekerja dengan kerajaan dan swasta serta berniga sendiri. Mereka bekerja keras untuk survival.

Pembelaan OKU: Malaysia ‘kalah’ dengan Indonesia – Nurul Izzah

ronasinaSHAH ALAM 9 DIS : Kerajaan Pusat perlu belajar daripada Indonesia yang lebih maju dalam memberi pendidikan kepada golongan kelainan upaya (OKU) bagi memastikan mereka terus mendapat pembelaan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata golongan OKU berhak mendapat kemudahan pendidikan terbaik dan masyarakat perlu ada kesedaran membantu OKU khususnya untuk mendapatkan kemudahan perubatan.

“Dalam peperiksaan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA), negara kita kalah dengan Vietnam malah dalam penyediaan kepada pendidikan kepada OKU pula, kita kalah kepada Indonesia.
“Kita perlu memikirkan masa hadapan dan bergerak ke hadapan untuk mendapatkan yang terbaik untuk anak-anak,” katanya pada majlis pelancaran buku Surat Untuk Anak di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Buku karya Mohd Affandi Ramli itu mengisahkan susah payah beliau dan isterinya, Raja Rohaisham Raja Muhaiddin menjaga dua anak yang lumpuh otak (Cerebral Palsy) sejak lahir.

Hanya doktor wanita di bilik bersalin?

Hidayat Hasni

Isu doktor lelaki bertugas menyambut kelahiran dan mengendalikan masalah bersalin bukanlah isu yang baru.
Namun, baru-baru ini, isu ini kembali hangat terutama di alam maya apabila ada permintaan dari masyarakat agar yang mengendalikan pesakit wanita di bilik bersalin hanyalah doktor perempuan.
Ramai yang sudah mengulas isu ini sama ada dari kalangan agamawan mahupun doktor. Tujuan tulisan kami ini bukanlah untuk menambahkan kekusutan, cumanya berhajat untuk menjelaskan keadaan dan bergerak ke arah penyelesaian.
Apa yang masyarakat terutama orang Islam inginkan?
Mereka mahukan bahawasanya yang merawat dan mengendalikan pesakit masalah perbidanan dan sakit puan terdiri hanya dari kakitangan perempuan.
Ini kerana, bahagian sensitif wanita terdedah sepanjang rawatan dan doktor juga terpaksa memeriksa dan menyentuh bahagian sulit tersebut. Maka tidak patutlah bagi seorang lelaki untuk terlibat dalam hal tersebut.
Apakah pandangan Islam?
Sebahagian sarjana membahagikan aurat kepada berat (kemaluan dan punggung) dan ringan. Melihat kepada aurat berat lebih kuat pengharamannya berbanding aurat ringan .
Asal hukum, aurat haram dilihat. Walaubagaimanapun sekiranya ada “dhorurat”, maka dibenarkan.
Maka bagi tujuan perubatan, dibenarkan doktor lelaki untuk merawat pesakit yang berlawanan jantina kerana memelihara nyawa itu adalah terlebih utama daripada keharaman melihat aurat.
Seperti yang disebut oleh Khatib As-Syarbini As-Syafie: “Adalah harus untuk melihat dan menyentuh bagi tujuan berbekam dan rawatan, walaupun kemaluan, jika ada keperluan kepadanya, kerana pengharaman pada waktu tersebut boleh membahayakan. Maka bagi seorang lelaki merawat seorang perempuan dan sebaliknya adalah dibolehkan dengan syarat tidak ada perempuan yang mampu melakukan rawatan tersebut.”
Tambahan untuk itu, doktor tersebut hendaklah bersama-samanya mahram atau wanita yang dipercayai, tujuannya untuk selamat dari fitnah (kejahatan). Maka inilah peranan chaperone seperti yang ada sekarang.
Ini disebutkan oleh Imam Zakarya Al Ansari: “Dalam proses rawatan yang memerlukan penglihatan (aurat), mestilah wujud bersama pesakit itu mahramnya, atau suaminya atau sesiapa sahaja yang diharuskan melihat (auratnya) tanpa sebarang hajat (pada keadaan biasa).”

Pengkritik desak sistem pendidikan Malaysia dibaik pulih


Putrajaya perlu meyakinkan rakyat Malaysia bahawa sistem pendidikan sekarang mampu melahirkan pelajar lebih baik dalam standard antarabangsa. Gambar fail.Putrajaya perlu meyakinkan rakyat Malaysia bahawa sistem pendidikan sekarang mampu melahirkan pelajar lebih baik dalam standard antarabangsa. Gambar fail.Sistem pendidikan Malaysia kini berada di paras bahaya dan menunjukkan tanda amaran menyebabkan pemimpin pembangkang dan kumpulan tindakan menggesa langkah drastik diambil bagi menyelesaikan situasi itu, termasuk mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk memeriksa di mana silapnya.
Kerja baik pulih perlu dilakukan dalam sistem pendidikan sekarang berikutan pencapaian yang teruk, sehingga mendorong penggubal undang-undang dari Sarawak mendesak penubuhan RCI terutama apabila Malaysia hanya berjaya berada di kedudukan ke-55 daripada 65 negara dalam ranking keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA).
Pencapaian Malaysia dalam penilaian terhadap pelajar 15 tahun menggunakan ujian matematik, membaca dan sains itu dikritik oleh beberapa pemimpin pembangkang yang menggesa sistem pendidikan negara diperbaharui selain mempersoalkan “sistem pendidikan terbaik di dunia” yang dibawa Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata walaupun Malaysia mempunyai dua menteri pendidikan, standard pendidikan negara di peringkat antarabangsa terus turun.

Pemuda PAS fokus belia untuk menang pilihan raya


PAS bukan parti politik semata-mata, kata Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat.PAS bukan parti politik semata-mata, kata Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat.Ketua Pemuda PAS yang baru, Suhaizat Kaiat berazam akan memberikan tumpuan penuh kepada usaha mendekati anak muda daripada pelbagai kalangan sepanjang beliau memegang jawatan ini dan menghadapi segala cabaran mengenainya tanpa resah.
Walaupun sehingga kini belum berjaya menubuhkan kabinet sepenuhnya, Suhaizan berkata, beliau berazam untuk  membawa pemuda PAS ke satu kedudukan yang  boleh membantu PAS memenangi pilihan raya umum akan datang.
"Misi saya adalah mendekati anak muda. Saya akan jadikan ini sasaran saya kerana yakin hanya dengan cara ini Pemuda PAS dapat memberikan sumbangan terbaik untuk parti," katanya dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider.
Suhaizan menang dalam perebutan sengit untuk memimpin Pemuda PAS apabila berjaya mengalahkan dua pencabar iaitu Kamaruzaman Mohamad dan Zulhazmi Syarif.
Suhaizan menang ketika polemik mengenai Pemuda PAS yang dilihat terpinggir dalam isu nasional terus menjadi topik perbincangan sejak kebelakangan ini. Polemik ini berlanjutan kerana Pemuda PAS tewas dengan sentimen yang membandingkan kepimpinan Pemuda PAS dengan ikon Pemuda lain seperti Rafizi Ramli, Khairy Jamaluddin, Anthony Loke atau Pemuda daripada parti lain.
Namun, jika dilihat daripada segi kekuatan ahli, Pemuda PAS jauh di hadapan berbanding sayap pemuda parti lain. Malah kekuatan itu sering ditumpang oleh parti lain semasa pilihan raya umum (PRU). Tidak keterlaluan jika dikatakan, tanpa kekuatan ahli PAS, PKR mungkin akan lumpuh di beberapa kawasan semasa PRU13 lalu.

Kalau Berpura-Pura Tanda Syiah, Dalam UMNO Pun Ramai Penganutnya..!!

Dalam reaksi awalnya mengenai dakwaan yang dibuatnya di penggulungan Perhimpunan Agung UMNO, Sabtu lalu bahawa orang nombor dua dalam Pas iaitu Mohamad Sabu mengamalkan ajaran Syiah, Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, bukti terperinci mengenainya akan dibuat dalam sidang akhbar khas yang akan diadakan tidak lama lagi.

Katanya, Ketua Setiausaha KDN, Abdul Rahim Mohamad Radzi serta pegawainya akan mendedahkan bukti-bukti mengenai dakwaan yang dibuatnya itu dan pemimpin yang didakwa itu tidak perlu takut atau menafikan penglibatannya dalam amalan Syiah itu.

"Kenapa dia perlu takut. Kalau pegawai saya tunjukkan bukti, dia nak cakap apa? Salah satu elemen orang Syiah ialah berpura-pura," tegas Naib Presiden UMNO itu lagi.

Adoyai, takkan sikap berpura-pura boleh dikaitkan dengan Syiah!

Sementara menunggu sidang akhbar khas itu diadakan dan bukti-bukti lain didedahkan, sehingga ini pemahaman Zahid ialah orang-orang yang berpura-pura sudah boleh dikategorikan sebagai pengamal ajaran Syiah. Tidakkah ini lawak jenaka jadinya?

Mengaitkan sikap dan perangai berpura-pura sebagai elemen Syiah adalah terlalu dangkal dan lemah. Pura-pura ialah salah satu sikap dan perangai manusia. Ia tidak ada kena-mengena dengan agama atau amalan Syiah. Berpura-pura juga tidak mengenal agama, bangsa dan warna kulit.

Dalam Islam ada orang yang berpura-pura, di kalangan bukan Islam pun ada. Di kalangan orang putih atau di kalangan orang Negro pun ada sikap itu. Begitu juga di kalangan bangsa dan agama lain. Pendeknya, sikap dan perangai berpura-pura ini boleh didapati di mana-mana saja. Ia ada di Amerika, di negara-negara Arab, di zaman dahulu, zaman sekarang dan zaman akan datang. Di negara kita pun ramai yang berpura-pura.

Ia juga tidak mengenal Islam atau bukan Islam, Syiah atau bukan Syiah.