Isnin, 9 Disember 2013

Mangsa banjir Kuantan marah, mahu ‘benam’ Bung Mokhtar

Kemarahan mangsa banjir di Kuantan terhadap pemimpin BN khususnya Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin meluap-luap sehingga mengancam tidak membenarkan beliau menjejakkan kaki di Kuantan.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata luahan kemarahan itu disampaikan kepada beliau ketika beliau sedang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan banjir sekitar daerah terbabit.
“Rata-rata mangsa banjir tahu isu saya membawa usul isytihar darurat di Kuantan, tetapi dibantah keras Bung Mohtar dalam Dewan Rakyat Selasa lalu. Memang ramai yang cukup marah.
“Oleh sebab itu, mereka cukup marah pada Bung Mohtar, mereka anggap Bung Mohtar tidak peka penderitaan mangsa banjir, hingga mereka kata tidak akan benarkan Bung Mohtar datang ke Kuantan tetapi kalau datang juga nak dibenamkan Bung Mohtar,” kata Fuziah ketika dihubungi Selangor Kini hari ini.
Bagaimanapun Fuziah, sebagai pemimpin di kawasan itu menasihati agar mangsa banjir di pusat pemindahan banjir terbabit supaya bertenang dan bersabar dengan tidak terlalu mengikut emosi yang dalam kemarahan.
Kemarahan itu diluahkan gara-gara tindakan Bung Mohtar yang mempersendakan usul perisytiharan darurat di tiga kawasan yang dilanda banjir besar, Kuantan Indera Mahkota dan Paya Besar yang dibawa Fuziah.

Khalid : Lebih baik Najib buang semua menteri, ganti dengan Rosmah

Rosmah-Private-Jet-300x202SHAH ALAM 9 DIS : Tindakan pujian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke atas isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung jasanya seolah-olah mempersetujui Rosmah untuk terus mendapat ‘lesen besar’ untuk menggunakan duit atau kemudahan kerajaan dengan skala yang lebih besar.
Pujian terbabit juga dilihat sebagai menangkis kecaman kepada Rosmah yang menggunakan jet eksekutif ke Qatar, baru-baru ini.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata seharusnya pemimpin atau ahli Umno boleh bertindak menegur tindakan Rosmah itu dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) minggu lalu.
Namun, katanya, sudah menjadi amalan dalam ahli Umno yang bersifat ‘mengampu’ seterusnya mengiyakan perkara yang berlaku.
“Itu yang menjadi masalah dalam Umno ini semua pengampu, walaupun sudah jelas isu itu tetapi masih lagi mahu sokong, dalam PAU sepatutnya beliau (Rosmah) ditegur tapi semua hanya mengiyakan sahaja, ini menjadi masalah kalau ada pemimpin begitu dan pengikut pun begitu.
“Tidak salah jika mereka menegur tetapi bagi saya budaya ini akan berterusan dan jika harapkan teguran pembetulan dilakukan ia tidak akan berlaku kerana budaya politik dalam Umno memang tidak akan berlaku,” katanya ketika di hubungi Selangor Kini, di sini.

Selangor optimis selesai penstrukturan industri air

air-syabas_MBaSHAH ALAM, 9 DIS : Kerajaan Selangor berpandangan positif terhadap pengstrukturan semula industri air di Selangor akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata perbincangan kini adalah tertumpu untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan Puncak Niaga dan pemilik saham Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berhubung pengambilalihan itu.
“Kita rasa optmistik tentang penyelesaiannya apabila penyusunan semula diterima oleh kedua-dua pihak,” kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri di Dewan Jubli Perak, hari ini.
Kerajaan Selangor sebelum ini mengambil keputusan untuk membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membuat tawaran bernilai RM9.65 billion bagi memulakan proses pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air.

Banjir Terengganu, Johor, Pahang makin surut

banjir
KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu, Johor dan Pahang semakin pulih dengan semakin ramai mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah manakala beberapa jalan utama boleh dilalui kenderaan, setakat 5 petang ini.

Di Terengganu, Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri melaporkan beberapa jalan utama iaitu Kuala Terengganu-Kuantan dan Lebuhraya Jerangau-Jabor serta jalan pantai kini dibuka kepada semua kenderaan.  

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (JPS) Terengganu melaporkan paras air di semua sungai utama di negeri itu juga berada di bawah paras amaran.

Jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di negeri itu kian berkurangan kepada 15,876 orang berbanding 22,617 orang pagi tadi.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), mereka terdiri daripada 3,475 keluarga yang berada di 45 pusat pemindahan di Dungun, Kemaman, Kuala Terengganu dan Marang.

Ridhuan Tee dakwa ada pihak dengki dan cuba bunuh karakternya

Pensyarah kanan Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), Profesor Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar) menyifatkan tuduhan-tuduhan yang dibuat ke atas beliau sejak kebelakangan ini adalah usaha untuk membunuh karakternya.
Ridhuan mendakwa, ada pihak-pihak yang dengki kepadanya di UPNM dan mungkin menyebarkan cerita palsu itu.
"Ini adalah 'character assassination' kepada saya," kata Ridhuan kepada The Malaysian Insider.
Ridhuan menafikan beliau mengajar tentang pembersihan etnik di dalam kelasnya sebagaimana didakwa.
Beliau meminta pihak yang membuat dakwaan memberikan bukti atas tuduhan tersebut.
"Berikan bukti bila, di mana saya mengajar sedemikian.
"Jika mereka mempunyai bukti siapa yang berkata demikian, sila nyatakan juga siapa sumber itu," katanya.
Ridhuan mengajar mata pelajaran Hubungan Etnik, serta Kenegaraan Malaysia dan Tamadun Islam Tamadun Asia (TITAS) di UPNM.

GLC berbelanja RM96 juta untuk iklan di akhbar tahun ini, kata Najib


Kira-kira RM96 juta dibelanjakan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membeli iklan di akhbar tempatan pelbagai bahasa tahun ini, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana menteri berkata jumlah terbesar ialah di akhbar berbahasa Inggeris sebanyak RM49 juta, diikuti dengan akhbar bahasa Cina sebanyak RM24 juta, akhbar bahasa Melayu RM22 juta dan Tamil sebanyak RM238,000.
Pengiklanan GLC itu dibuat di akhbar-akhbar utama antaranya The Star dan New Straits Times bagi bahasa Inggeris, China Press dan Guang Ming bagi akhbar berbahasa Cina, menurut Najib yang juga Menteri Kewangan.
Utusan Malaysia dan Berita Harian untuk bahasa Melayu, serta Tamil Nesan dan Makkal Osai untuk bahasa Tamil, katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Mohd Ali, dalam soalannya, ingin tahu jumlah GLC yang telah membelanjakan wang untuk iklan di dalam akhbar bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil sejak dua tahun lepas.
Najib berkata pada tahun lepas, GLC membelanjakan kira-kira RM164 juta untuk iklan dalam semua akhbar dengan RM89 juta untuk akhbar berbahasa Inggeris, RM39 juta berbahasa Melayu, RM35 juta berbahasa Cina dan RM229,000 untuk berbahasa Tamil.
Beliau berkata antara 17 GLC yang membeli iklan dalam akhbar tempatan ialah Axiata Group Berhad, Sime Darby Berhad, Malayan Banking Berhad, CIMB Group Holdings Bhd, Telekom Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad. – Bernama

'JUST MAN UP TO IT': Opposition derides Najib for chickening out on GST-bankruptcy issue

'JUST MAN UP TO IT': Opposition derides Najib for chickening out on GST-bankruptcy issueKUALA LUMPUR - Opposition politicians accused Prime Minister Najib Razak of "hiding the truth" about Malaysia's financial position after he denied ever saying the country would go bankrupt should a controversial Goods and Services tax (GST) be stopped.
"The government controls all the mainstream media, so how can he be misquoted is a real mystery," MP for Kelana Jaya Wong Chen told Malaysia Chronicle.
"He should just man up to what he said and not create further mysteries about what is going on in his government and the Finance Ministry. The lack of transparency and openness is astounding."
Wong Chen was responding to Najib's latest statement, where the PM who is also Finance Minister claimed that he had been “misquoted” by several newspapers.
This, said the 60-year-old Najib, was part and parcel of the “hazards” of being a politician.
“I said if we spend without stop, and there is not enough tax is collected, the country risks becoming like Greece. I never said that without GST, the country will go bankrupt," Najib was quoted as saying by Malaysiakini.
Not the first time, the govt has warned of bankruptcy and then say it was misquoted
On Nov 25,The Star ran an article titled ‘Najib: It’s either GST or facing bankruptcy’. Najib was reported to have said Malaysia needs to implement GST to avoid becoming bankrupt like Greece.
But like debt-ladn Greece, Malaysia's government borrowings are at a record high standing at 53.6% of GDP, just short of the 55% ceiling imposed by Parliament.
This is not the first time the Najib administration has tied itself in knots over the bankruptcy issue. In 2010, two ministers i his department, Idris Jala and Koh Tsu Koon, issued similar warnings that that if debt was not sharply cut, bankruptcy was in store by 2019.

Rosmah buat kerja Menteri, jangan terasa hati kata Prof Jayum

SHAH ALAM - Keaktifan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam persada politik bukan untuk menggantikan peranan Kabinet.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa (MPN), Profesor Dr Jayum Jawan berkata apa yang dilakukan Rosmah adalah sekadar membantu serta mewakili suami dalam perkara tertentu.

Menurutnya, menteri Kabinet tidak perlu terasa hati dengan tindakan isteri pemimpin nombor satu negara itu.

"Saya lihat apa yang dia lakukan bukan untuk menggantikan peranan menteri, tapi beliau hanya mahu membantu atau mewakili tugas suaminya.

"Menteri jangan kecil hati," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Jayum juga berkata, usaha Rosmah dalam kebajikan masyarakat juga adalah perkara yang baik untuk membantu masyarakat dalam peranannya.

Semalam, bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak mengkaji semula peranan menteri-menteri Kabinet selain melantik Datin Seri Rosmah Mansor sebagai menteri.

Black 505 Padang Merbok: 'Tiada latihan rasmi untuk Akta Perhimpunan Aman' dan 'Tidak begitu memahami APA 2012'





 
Seorang anggota polis yang memberi keterangan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berkata beliau “tidak begitu memahami” Akta Perhimpunan Aman 2012, walaupun ditugaskan untuk menangani permohonan bagi mengadakan perhimpunan mengikut undang-undang itu.
Lans Kpl Zieharina Baharuddin berkata tiada latihan rasmi dijalankan kepada pegawai polis tersebut berhubung akta tersebut, dan mereka hanya “mengikut bimbingan pemimpin terdahulu”.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan balas dalam perbicaraan melibatkan empat orang wakil Pakatan Rakyat yang dituduh melanggar akta tersebut susulan perhimpunan 'Black 505' di Kuala Lumpur pada 22 Jun lalu.

MP Pandan Rafizi Ramli, MP Seremban Anthony Loke, ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad dan kakitangan PKR Muhammad Adib Ishar didakwa menganjurkan perhimpunan tersebut tanpa kelulusan.

Umno dinasihat tidak lupa kepada kaum Cina, India - Prof Agus

Selangor anjur Program Smart English dan Pintar Matematik Spies D'Village

"Terima Kasih Pesara Kerana Kembali Kepada BN" - PM Najib

Sen Dr Ariffin Omar [ P.Pinang ] Bahas Bajet 2014

Sen. Dr Syed Husin Ali [ Selangor ] Bahas Bajet 2014

Dewan Negara 9 Dis 2013: Pembentangan Bajet 2014 Oleh Menteri dan Perbahasan Oleh Sen. Dr Syed Husin Ali

Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pnang kecoh isu perkauman oleh Adun BN


Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kecoh apabila berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan negeri dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) berhubung isu gerai makan diroboh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) baru-baru ini.
Kekecohan tercetus apabila Phee Boon Poh (DAP-Sungai Puyu) mahu ketua pembangkang Datuk Jahara Hamid (gambar) menarik balik kenyataannya berhubung isu itu yang disifatkan sebagai rasis.
Phee mendakwa Jahara cuba menimbulkan persepsi perkauman terhadap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) apabila mengatakan PBT hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.
"Saya tak kata PBT hanya ambil tindakan kepada orang Melayu. Kalau ada impression (tanggapan) macam itu saya minta maaf. Saya hanya minta keadilan, penjelasan. Peniaga terbabit bukan baru berniaga sehari, dua... sudah 20 tahun.
"Kalau mahu ambil tindakan, ambil tindakan terhadap semua... jangan pilih-pilih," kata Jahara ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di persidangan DUN hari ini.
Pertikaman lidah itu berjaya dihentikan apabila Speaker Datuk Law Choo Kiang mengarahkan Phee duduk selepas Jahara memohon maaf dan mengarahkan ketua pembangkang itu meneruskan perbahasannya.
Bagaimanapun, dewan kembali kecoh apabila Jahara mahu kerajaan negeri menjelaskan mengenai nama Pulau Mazu yang didakwa sebagai nama baru bagi Pulau Jerejak.
"Adanya satu pulau di sini diberi nama baru Mazu Island. Mazu Island ini adalah Pulau Jerejak yang mana telah diberi nama baru oleh seorang pengusaha yang mempromosikannya dalam bentuk pelancongan.
"Sebuah tokong besar juga dibina tanpa kebenaran. Siapa yang meluluskan semua ini," katanya sambil menunjukkan gambar pengusaha itu bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Tindakan Jahara menunjukkan gambar itu menimbulkan rasa tidak puas hati R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima), Phee (DAP-Sungai Puyu) dan Soon Lip Chee (DAP-Jawi) yang bangkit mempertikaikan tindakan itu.

Syirik Rububiyyah: Muslimat PAS desak ulama Umno kaji ucapan Najib

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mendesak golongan ulama Umno mengkaji ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa hanya Umno tempat Melayu bergantung harapan.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, ucapan hanya Umno tempat Melayu bergantung boleh membawa syirik rububiyyah.

Ini kerana katanya, jika yang mengucapkan itu yakin dan iktikad bahawa tanpa Umno rakyat Melayu akan hilang tempat pergantungan sedangkan Islam mengajar ucapan Allahussomad (hanya Allah tempat bergantung).

"Para ulama dalam Umno seharusnya mengkaji ucapan ini sebab ia merupakan ucapan daripada seorang pemimpin negara. Kita tidak mahu ucapa yang boleh membawa rosaknya akidah rakyat, walaupun daripada pembesar negara," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang mengingatkan supaya Perdana Menteri mesti bertaubat kerana rezeki kerajaan dan rakyat semuanya adalah milik Allah SWT.

Lagi “jasa” keluarga Najib

Seorang lagi ahli keluarga Perdana Menteri Malaysia Datuk Najib Razak turut mencuri tumpuan, mengikut jejak Datin Seri Rosmah Mansor dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang dan Terengganu.
Anak sulung Perdana Menteri, Mohd Nizar, 35, dilihat berada di pusat gerakan bencana diiringi satu rombongan yang besar.
Sebelum ini, Najib dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 memuji isterinya, Rosmah, di atas jasanya kepada negara.
Selain, bertungkus-lumus membantu mangsa banjir, Najib mendedahkan Rosmah juga dikatakan berjasa kerana berjaya membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditangkap pihak berkuasa Mesir akibat disyaki sebagai pengintip dengan hanya menggunakan pengaruhnya menelefon isteri Presiden Mesir Suzanne Mubarak (isteri kepada Hosni Mubarak).
Lebih dari itu, Rosmah juga dikatakan mengguna pengaruhnya dengan keluarga Diraja Arab Saudi untuk membebaskan pelajar Malaysia yang terkandas di Mesir semasa kebangkitan Arab Spring untuk memasuki negara itu tanpa menggunakan visa.
Sebelum ini bekas Ketua Pengarang Kumpulan akhbar The News Straits Times Datuk A. Kadir Jasin dalam tulisannya diblognya, mencadangkan Rosmah perlu diberi jawatan menteri, malah mungkin jawatan perdana menteri.

Jasa Rosmah, menteri lain perlu insafi diri

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta barisan kabinet menginsafi diri apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lebih menghargai jasa isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kepada negara ini.

Malah jelasnya lagi, pengakuan tersebut menunjukkan apa yang dilakukan oleh barisan kabinet itu turut tidak dihargai oleh Najib.

"Mana-mana menteri atau timbalan yang dilantik di dalam kabinet perlulah menginsafi diri dan menilai kembali segala jasa yang mereka lakukan selama ini.

"Kita lihat Najib lebih menghargai jasa isterinya sahaja jika dibandingkan pemimpin lain, kerja teruk-teruk tetapi tidak dihargai, kesian," jelasnya.

Dalam pada itu, Mahfuz juga turut menyatakan pengakuan tersebut membukti Najib tidak mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan masalah di peringkat antarabangsa sehingga terpaksa meminta bantuan isterinya.

"Sekarang sudah jelas bahawa Najib tidak ada kemampuan untuk menyelesaikan masalah rakyat di peringkat antarabangsa termasuk Menteri Luar yang dilantik.

Banglasia: ‘Rusuhan Bangla’ di S’pura, Kerajaan Malaysia perlu ambil iktibar

SHAH ALAM 9 DIS : Kerajaan Malaysia perlu mengambil iktibar daripada kejadian rusuhan pekerja asing Bangladesh yang berlaku di Singapura, semalam ekoran kebanjiran warga asing yang semakin meningkat di negara ini.
Naib Presiden PKR, N Surendran, berkata Kerajaan Pusat seharusnya bertindak untuk mengelakkan perkara yang boleh menggugat keamanan dan keselamatan orang awam daripada berlaku di negara ini.
Katanya, bagi mengelakkan berlaku rusuhan sedemikian, perlu ada satu langkah untuk mengurangkan kebergantungan pekerja asing di negara ini.
Dalam kejadian di Singapura semalam, sekurang-kurangnya 10 anggota polis dan penjawat awam cedera selepas lima kenderaan pasukan itu dan sebuah ambulans dibakar kira-kira 400 perusuh terdiri daripada warga asing dalam kejadian di kawasan Little India republik itu.
rusuhanRusuhan jam 9.30 malam itu, berlaku selepas kemalangan jalan raya, membabitkan seorang pekerja warga Bangladesh yang terbunuh selepas dilanggar bas dalam kejadian di persimpangan Jalan Race Course dan Jalan Hampshire.
“Memang kalau kita lihat di negara ini ada lebih dua juta pekerja asing yang berdaftar dan mungkin lebih tiga juta pendatang tanpa izin dan ini merupakan satu jumlah yang besar.
“Mereka boleh bertindak liar dan ganas mungkin disebabkan mereka menghadapi banyak masalah disebabkan kemiskinan dan ditindas oleh majikan, walaupun kita tidak sokong tindakan ganas itu tetapi jelas mereka akan bertindak ganas.
“Salah satu faktor juga, mereka mungkin didorong melakukan perkara sedemikian atas sebab termasuk tindakan keras yang diambil oleh pihak berkuasa, tindakan memeras ugut mereka dan tindakan meminta rasuah dari pihak penguatkuasa,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.

Zahid Hamidi: Bukti pemimpin PAS terlibat Syiah bakal didedah....kita tunggu dan lihat..!!!


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar), berkata beberapa bukti bahawa pemimpin PAS terlibat fahaman syiah akan diterangkan secara terperinci dalam satu sidang akhbar khas dalam masa terdekat.
Beliau berkata, sidang akhbar itu akan diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi serta pegawainya.
Sehubungan itu, katanya, pemimpin yang didakwa terlibat itu tidak perlu takut atau menafikan penglibatannya dalam fahaman Syiah.

Penganut Syiah ada hak amal kepercayaan mereka, kata bekas mufti



Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar), berkata penganut fahaman Syiah seharusnya tidak diganggu untuk mengamalkan kepercayaan mereka walaupun beliau mempunyai pendapat sama dengan kerajaan bahawa ia mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat.
Dr Mohd Asri berkata, kerajaan juga gagal menerangkan secara jelas dan terperinci mengenai bagaimana fahaman tersebut boleh memberi kesan kepada rakyat.
"Memang benar kalau kita lihat negara yang mengamalkan fahaman Syiah seperti Pakistan dan Iran biasanya akan menjerumuskan kepada kekecohan, huru-hara dan kita tidak mahu ia terjadi di negara ini.
"Sehingga kini, kerajaan hanya mampu bercakap Syiah membahayakan. Fahaman itu harus dihalang, namun apa yang bahayanya? Daripada segi apa? Apakah kekacauan itu sebenarnya kerana ia kenyataan yang mengelirukan dan tidak jelas,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

“Budak-budak baju merah” yang bantu kami, kata mangsa banjir

"I really salute ini budak-budak baju merah. Every time ada disaster you boleh nampak dia orang. They come in quietly, do their work, and then quietly they leave. No fanfare, no TV3," komen seorang bukan Melayu yang kini tersebar luas dalam media sosial.
(Saya sangat tabik budak-budak baju merah ini. Setiap kali ada musibah, awak boleh nampak  mereka. Mereka datang senyap-senyap, buat kerja mereka, dan kemudiannya pergi senyap-senyap. Tanpa laporan media, tanpa TV3).
Budak-budak baju merah adalah anggota Unit Amal Dewan Pemuda PAS. Kini ribuan daripada mereka sedang membantu mangsa banjir khasnya di Kuantan dan Kemaman, kawasan yang paling teruk dilanda banjir.
Mereka bukan dari Pahang dan Terengganu sahaja bahkan datang dari seluruh negara. Bahkan untuk memudahkan urusan, mereka yang bukan anggota Unit Amal juga memakai baju merah Unit Amal ketika datang untuk menolong mangsa banjir. Dengan cara itu, semua orang tahu mereka sedia menjalankan apa saja tugas untuk membantu mangsa.
Selepas bertungkus lumus dengan kerja menyelamat dan membantu mangsa di pusat pemindahan kini mereka bertugas untuk membersih rumah mangsa banjir pula. Malah, mereka juga bersedia untuk menghadapi gelombang kedua banjir ini.
Dalam beberapa kali perhimpunan Bersih, budak-budak baju merah ini yang mengawal orang ramai. Dengan disiplin yang tinggi dan tanpa mengharapkan sebarang upah, mereka menjadi pasukan sukarela yang sangat berkesan.

Dr Mahathir tak pernah minta bantuan Dr Hasmah

Belum pernah seorang Presiden Umno mempertahankan isterinya sendiri di dalam PAU. Mungkin inilah transformasi yang mahu dibawa oleh Najib dalam Umno.

PETALING JAYA: Ketika menggulung perbahasan di hari akhir Perhimpunan Agung Umno (PAU) Sabtu lalu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan cerita secara terbuka mengenai jasa dan peranan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam membantu rakyat Malaysia yang tidak pernah diceritakan kepada umum sebelum ini.
Najib berkata, dalam kejadian pertama kira-kira dua tahun lalu sewaktu seorang pelajar Malaysia telah ditahan di penjara oleh kerajaan Mesir kerana disyaki menjadi ‘perisik.’
“Saya minta isteri saya telefon isteri Presiden Mubarak, Susan Mubarak merayu supaya pelajar kita itu dibebaskan, dalam masa dua jam sahaja dia dibebaskan,” katanya .
Kejadian kedua pula kata Perdana Menteri, berlaku sewaktu pergolakan di Mesir dan kerajaan Malaysia berhadapan dengan masalah tidak cukup penerbangan untuk membawa balik pelajar dalam Operasi Piramid.
Menurut Najib, kerajaan Malaysia terpaksa meminta jasa baik kerajaan Arab Saudi membenarkan para pelajar terlibat menaiki pesawat Charlie, turun di Jeddah dan ke Kuala Lumpur tanpa memerlukan visa.
“Itu satu permintaan yang sukar diberikan oleh kerajaan Arab. Tetapi kerana networking dengan keluarga diraja yang telah diusahakan oleh isteri saya, kerajaan Saudi membenarkan pelajar-pelajar kita,” katanya.
Malah menurut Najib, kerajaan Arab Saudi turut menyediakan dua penerbangan Jumbo 747 secara percuma.
“Inilah antara sumbangan isteri saya kepada rakyat Malaysia,” katanya sambil menjelaskan isterinya turut menjadi sasaran kritikan pihak yang hendak mengkritik beliau.
Menurut beliau, Rosmah turut memainkan peranan besar dalam meningkatkan pendidikan awal kanak-kanak melalui Program Permata selaku penaungnya.
Mendedahkan

'Pesara marah k'jaan BN naikkan cukai pintu'





 
Kumpulan anggota Umno dari kelompok pesara kanan kerajaan hari ini menggesa perdana menteri mempertimbang semula kenaikan cukai taksiran yang mahu dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bermula tahun depan.
Presiden Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Malaysia Tan Sri Aseh Che Mat berkata kebanyakan pegawai kanan yang telah bersara dan menetap di sekita Kuala Lumpur terjejas dengan kenaikan tersebut.

"Kalau ada apa-apa benda nak naik, fikirkanlah jangan libatkan pesara.

"Orang-orang kampung Bukit Damansara hentam saya kenapa banyak sangat naik cukai pintu ini.

"Ramai pesara di Bukit Damansara, Lembah Pantai marah naik cukai pintu, jadi harap Yang Amat Berhormat (Datuk Seri Najib Razak) pertimbangkanlah," katanya dalam ucapan majlis penghargaan pesara kanan kerajaan bersama perdana menteri pagi tadi.

‘Najib should replace ministers with Rosmah’

She could certainly replace Muhyiddin, Anifah, Mustapa and Rohana, says a veteran journalist.

KUALA LUMPUR: Prime Minister Najib Tun Razak should replace non-performing ministers with his wife by appointing her Special Affairs Minister, veteran journalist A Kadir Jasin has suggested.
The former New Straits Times editor-in-chief was responding to the praise Najib heaped on Rosmah Mansor last Saturday when closing the 67th Umno General Assembly.
Writing in his blog The Scribe, Kadir said Rosmah could even replace her husband as Prime Minister.
Najib said in his speech that Rosmah had used her diplomatic connections to rescue a Malaysian student detained in Egypt under suspicion of being a spy. She had also extracted students without visas out of Saudi Arabia.
“Based on the information Najib disclosed, he should re-evaluate the position of Foreign Affairs Minister Anifah Aman, as he is clearly not as effective as Rosmah in solving international crises,” Kadir said.
“The same goes with Minister of International Trade and Industries Mustapa Mohamed; Women, Family and Community Minister Rohani Abdul Karim; and Education Minister Muhyiddin Yassin because Rosmah is also involved in duties that that should actually be under the purview of these ministers.”

Pulak Dah: Saya tak kata negara bankrap tanpa GST - Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan bahawa negara akan muflis jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak dilaksanakan.

Menurutnya, kenyataannya pada akhir November lalu disalah petik dalam laporan akhbar.

Katanya, beliau menerima kesilapan tersebut sebagai salah satu dari risiko kerjayanya sebagai ahli politik.

Jelasnya, beliau hanya menegaskan bahawa Malaysia berisiko menjadi seperti Greece jika negara terus boros berbelanja tanpa mengambil kira jumlah pendapatan yang dipungut.

"Saya kata jika kita belanja tanpa henti tanpa kutipan cukai yang cukup, kita akan jadi macam Greece.

"Saya tak kata tanpa GST negara bankrap," katanya pada majlis penghargaan bersama pesara kanan kerajaan di Putrajaya tengah hari tadi.

NGO selar kerajaan BN pentingkan pelabur luar sehingga menekan rakyat


Aktivis membantah projek pembinaan kilang petrokimia di Pengerang pada September 2012. - Gambar The Malaysian Insider, 9 Disember, 2013. 
Aktivis membantah projek pembinaan kilang petrokimia di Pengerang pada September 2012. - Gambar The Malaysian Insider, 9 Disember, 2013.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) membidas sikap Putrajaya yang terlalu mementingkan pelabur luar sehingga menindas rakyat tempatan.
Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata demikian ketika mengulas tuduhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan pembangkang menyebabkan negara hilang pelaburan RM40 bilion.
"Perlu diingatkan ini bukan isu menyekat pelaburan kepada kerajaan pusat atau sabotaj.
"Tetapi ia adalah isu bantahan rakyat yang tidak mahu menerima kesan pengambilan tanah, implikasi kerosakan alam sekitar serta pemindahan penduduk yang akan menyusahkan rakyat," kata Mohd Azmi dalam satu kenyataan  hari ini.
Najib semasa menyampaikan ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2013 baru-baru ini, mendedahkan Presiden Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas memaklumkan kepada beliau mengenai kehilangan peluang pelaburan dari Taiwan bagi projek Rapid di Pengerang, Johor.
Najib berkata kehilangan tersebut kerana pembangkang menakut-nakutkan pelabur terbabit.
Mohd Azmi menggesa supaya kerajaan Barisan Nasional (BN) mendengar bantahan rakyat dalam isu seperti di Lynas dan Pengerang.

“1Melayu” and Rosmah’s use of government jet debated hotly in Penang assembly


This morning's Penang legislative assembly saw a DAP rep and Barisan Nasional backbenchers trading barbs over "1Melayu" and Datin Seri Rosmah Mansor's use of a government jet.
R.S.N. Rayer (DAP-Seri Delima) brought up the "1Melayu" proposed by Penang Umno veteran Datuk Musa Sheikh Fadzir last week at the Umno general assembly when debating the state's 2014 budget.
Rayer demanded that Musa apologise for suggesting that the "1Malaysia" slogan be replaced with "1Melayu" because non-Malays "stabbed BN" at the 13th General Election.
Rayer went on to tell the opposition in the assembly to state their stand on the matter, which he said was racial in nature.
“Umno (during its general assembly on Saturday) had likened its struggles to the late Nelson Mandela's fight against apartheid in South Africa but here we have Musa making racist statements.
"I think even Malays are uncomfortable with what he said. What is the opposition's stand on this?" he asked, adding that MCA and Gerakan had spoken out on the issue.
Rayer repeatedly demanded that BN reps respond to Musa's statement. At one point, the vocal assemblyperson uttered the word "bodoh" (stupid).
This prompted Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) to tell Rayer to retract the remark but speaker Datuk Law Choo Kiang interjected and said it was unnecessary as the remark was not directed at anyone in the house.
Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (Umno-Teluk Bahang) also tried to end the issue, saying it should not be brought into the state assembly since the remark was made at the Umno general assembly.
Rayer, however, continued.

Anak Sulung Najib lawatan pusat pemindahan banjir dengan bantuan "Berjenama BN"..!!


Bersama-sama dengan bantuan 'jenama BN' untuk mangsa banjir, tokoh ternama yang mewakili gabungan itu hadir di pusat pemindahan utama di beberapa negeri di Pantai Timur.

NONEMohd Nizar, 35, anak sulung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, melawat pusat pemindahan di Kuantan kira-kira 5 petang semalam.

Dikesan memakai baju T yang tertulis perkataan ‘Najib My PM 2013', beliau diiringi oleh rombongan yang agak besar.

Najib adalah ahli parlimen yang lama berkhidmat di Pekan, antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir.

Ditanya jika perkataan pada t-shirt beliau akan ditafsirkan sebagai publisiti untuk bapanya dan BN, Mohd Nizar yang menjawab: "Tidak saya hanya di sini untuk membantu".

 <iframe width="560" height="315" src="//www.youtube.com/embed/oLR2TiwmcME?rel=0" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Najib sekadar 'main wayang' undang Khaled Mesha'al

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) menyifatkan tindakan Umno mengundang Ketua Biro Politik Hamas Khaled Mesha'al ke perhimpunan agung parti itu baru-baru ini hanya sebagai 'main wayang' bagi menunjukkan parti itu dekat dengan isu Palestin.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, jika benar Umno isu Palestin, kenapa sejak sekian lama, tiada kenyataan rasmi dari kerajaan Malaysia mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan sah di Gaza.

Katanya, sebagai sebuah parti yang memerintah tidak memadai dengan hanya menjemput tokoh besar Hamas ini menghadiri perhimpunan agung semata-mata sedangkan tindakan yang sepatutnya dilakukan ialah mengiktiraf Hamas sebagai sebuah pertubuhan yang sah di saat ianya dilabel sebagai kumpulan anti demokrasi dan juga mempunyai hubungan dengan rangkaian pengganas antarabangsa.

Lebih daripada itu lagi katanya Malaysia sepatutnya menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Gaza yang dipimpin oleh Hamas, kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.

Banjir: Antara ujian dan kerosakan akibat tangan manusia

MOHD AZMI ABDUL HAMID

Kami berpandangan sudah sampai masanya kerajaan dan semua pihak dengan jujur meneliti musibah alam yang semakin besar dan semakin kerap di negara ini.

Kami berpendapat bahawa kebanyakan bencana alam berpunca daripada kerosakan yang dilakukan oleh manusia yang terdiri dari kerajaan, perancang, pelaksana, penguatkuasa dan gaya hidup rakyat .

Sekadar menyenaraikan musibah yang sering dianggap bencana alam yang ditentukan Tuhan.  yang telah berlaku dan terus berulang seperti tanah runtuh , jerebu,  banjir besar , bangunan runtuh, kemarau melampau , ribut taufan, tsunami, gempa bumi, kerosakan tanaman dan wabak penyakit.

Tidak sedikit harta bernilai jutaan ringgit dan nyawa yang hilang akibat bencana alam. Kos operasi menyelamat dan bantuan kecemasan serta perbelanjaan pasca bencana juga menelan ratusan juta ringgit lagi.

Namun semua ini, kami teliti, adalah berkait dengan kecuaian dan keangkuhan manusia melanggar peraturan alam yang dicipta Tuhan.

Kesemuanya punya sebab musabab. Sangat naif jika ada yang berhenti pada kalimah takdir Yang Maha Berkuasa, padahal sejumlah ayat Illahi menjelaskan bencana alam adalah akibat perbuatan tangan manusia yang bertindak diluar batasan.

Sesungguhnya semua pihak perlu akur betapa alam ini dengan sistem dan aturannya berfungsi dengan kesimbangan yang amat sensitif. Kesimbangan yang takkan mampu difahami seluruhnya oleh akal manusia yang kerdil.

Setiap unsur alam ini dicipta Tuhan dengan tujuan dan hikmahnya yang tersendiri. Itupun takkan dapat dimengerti sepenuhnya semua nama-namanya, apatah lagi tujuan ia dicipta .

Sama ada berupa unsur alam maha besar dan gagah seperti gunung yang tersergam indah dan kukuh atau laut yang terbentang luas atau organisme yang sangat halus seskala mikro yang tidak dapat terlihat oleh pancaindera kasar.

Kenapa Najib masih tak berani siasat Peguam Negara?

drwanazizahSEBERANG JAYA 9 DIS: Masih tidak ada siasatan ke atas Tan Sri Abdul Gani Patail, meskipun puluhan laporan polis dibuat berhubung pendedahan pemindahan wang ke akaun milik Peguam Negara (AG) itu di Hong Kong.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu takut untuk menyiasat AG setelah salah lakunya didedahkan.
“Najib sepatutnya berani menyiasat segera pelbagai tuduhan salah laku Peguam Negara.
“Kerajaan jangan takut mendakwa sekiranya terbukti berlaku penyelewengan membabitkan kedudukan negara,” kata Dr Wan Azizah.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Keadilandaily selepas menyampaikan sumbangan peralatan sekolah di Taman Siakap, Seberang Jaya semalam.
Bekas Ketua Jabatan Siatasan Jenayah IPK Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim dalam perakuan sumpahnya 7 Oktober lalu mendedahkan, negara mungkin dipengaruhi agenda jahat Amerika Syarikat secara terus melalui pejabat AG.

Thai prime minister dissolves parliament

Beranikah Mat Sabu saman Zahid?

Saya tidak pernah sebut (nama) Mat Sabu, saya sebut 'nombor dua',” katanya ketika ditanya dalam satu sidang media pagi ini berhubung tindakan yang akan dikenakan ke atas Mohamad.

PETALING JAYA: Ramai yang menganggap Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi angkuh apabila mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengambil tindakan kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwanya mengamalkan ajaran syiah.
Hari ini Zahid berkata beliau tidak pernah menyebut nama timbalan presiden PAS Mohamad Sabu ketika menggesa agar “orang nombor dua” PAS dikenakan tindakan kerana mengamalkan fahaman Syiah.
“Saya tidak pernah sebut (nama) Mat Sabu, saya sebut ‘nombor dua’,” katanya ketika ditanya dalam satu sidang media pagi ini berhubung tindakan yang akan dikenakan ke atas Mohamad.
Wartawan seterusnya meminta penjelasan lanjut daripada Ahmad Zahid memandangkan Mohamad Sabu, yang baru dipilih semula sebagai timbalan presiden PAS, dikenali umum sebagai orang nombor dua parti Islam itu.
Ahmad Zahid bagaimanapun tidak menjawab soalan tersebut dan hanya ketawa.
Beliau juga berkata, pegawainya akan mengadakan satu lagi sidang media untuk mendedahkan bukti berhubung dakwaan bahawa “orang nombor dua” itu berfahaman Syiah.
Dalam pada itu Pas menegaskan dakwaan terhadap Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu adalah serangan peribadi dan tidak ada kena mengena dengan parti.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, dakwaan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri itu adalah serangan terbuka dan bersifat peribadi.
Menurutnya, Mohamad atau Mat Sabu wajar mengambil tindakan terhadap kementerian tersebut.
“Itu adalah serangan peribadi, Mat Sabu perlu buat sesuatu.
“Kita tak akan masuk campur. Wajar Mat Sabu bertindak dan ambil tindakan terhadap menteri itu,” katanya .

GAMBAR INI BERBICARA......


Yang pasti, tindak-tanduk ‘dia’ lebih Islam daripada Umno


Timmy Say

Dia dibenci kerana ceramahnya lantang menyerang Umno. Dalam mata dan mindanya hanya memikirkan bagaimana membebaskan Melayu dan Islam daripada cengkaman Umno.
Bagi dia, Malaysia sepatutnya bersih daripada rasuah. Bagi dia, Malaysia sepatutnya sudah maju ke depan. Bagi dia, Melayu dan Islam sepatutnya sudah menjadi bangsa terulung. Bagi dia, Malaysia sepatutnya sudah menjadi model bagi negara Islam di dunia.
Tapi tidak. Semua yang diharapkan tidak berlaku. Malah yang sebaliknya berlaku walaupun perlembagaan Malaysia menyatakan agama rasminya ialah Islam.
Bagi dia, inilah yang mencemarkan nama Islam.
Pemerintahan dengan Islam sebagai agama rasmi, tapi negara gagal ungguli carta bebas rasuah malah dikenali kerana masalah rasuah – ini satu penghinaan pada Islam bagi dia.
Pemerintahan oleh majoriti pemimpin yang beragama Islam, tapi keborosan pentadbiran yang diwar-warkan sebagai wasatiyah cukup memualkan – ini juga adalah satu penghinaan pada Islam bagi dia.
Pemerintahan oleh mereka yang mengaku mereka pejuang Islam yang sepatutnya cintakan ilmu tapi prestasi pendidikan negara di peringkat antarabangsa langsung tidak menggambarkan keunggulan Islam dalam mencapai kegemilangan ilmu – itu satu tamparan pada Islam bagi dia.
Pemerintahan oleh majoriti Muslim yang menjadi kaya tapi rata-rata rakyat yang miskin adalah golongan mereka yang beragama Islam, bagi dia – ini bukan  sahaja satu penghinaan pada Islam malah satu penipuan pada bangsa Islam oleh pimpinan Islam yang memegang kuasa.
Bagi dia, ini semua salah Umno - seperti kata bekas Menteri Besar Selangor Mat Taib, Umno yang tidak merujuk pada Al-Quran dan Hadis semasa membuat dasar dan keputusan.
Bagi dia, untuk menyelamatkan Malaysia, terutama orang Melayu dan Islam, Umno mesti ditumbangkan.

Rayuan Putrajaya terhadap kes Kugan ditangguh..


Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan rayuan Putrajaya terhadap tuntutan saman yang dimenangi keluarga A Kugan, yang mati dalam tahanan.
Panel tiga hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk David Ong, berkata mereka akan memberikan kedua-dua pihak masa sehari untuk penghujahan kerana kes ini membabitkan kepentingan awam yang tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.
Panel itu kemudian menetapkan perbicaraan pada 28 Februari depan.
Ibu Kugan, N Indra (gambar) memfailkan saman berikutan kematian anaknya dan pada Jun lalu, Mahkamah Tinggi menganugerahkan beliau ganti rugi sebanyak RM800,000.

Syiah: Saya tak sebut nama Mat Sabu - Zahid

Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak pernah menyebut nama timbalan presiden PAS Mohamad Sabu ketika menggesa agar “orang nombor dua” PAS dikenakan tindakan kerana mengamalkan fahaman Syiah.
“Saya tidak pernah sebut (nama) Mat Sabu, saya sebut 'nombor dua',” katanya ketika ditanya dalam satu sidang media pagi ini berhubung tindakan yang akan dikenakan ke atas Mohamad.

Wartawan seterusnya meminta penjelasan lanjut daripada Ahmad Zahid memandangkan Mohamad Sabu, yang baru dipilih semula sebagai timbalan presiden PAS, dikenali umum sebagai orang nombor dua parti Islam itu.

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak menjawab soalan tersebut dan hanya ketawa.

Beliau juga berkata, pegawainya akan mengadakan satu lagi sidang media untuk mendedahkan bukti berhubung dakwaan bahawa “orang nombor dua” itu berfahaman Syiah.

Pengguna terkejut harga melambung di Sandakan

Apa yang tidak menyenangkan pengguna di negara ini apabila terdapat peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan, makanan dan minuman sehingga amat membebankan pengguna.

KOTA KINABALU : Tidak dinafikan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api dan menghapuskan subsidi gula adalah langkah pertama pelaksanaan rasionalisasi berkala yang lebih besar.
Memang tidak dinafikan juga langkah tersebut akan memberi impak terhadap pengguna yang akan menanggung kenaikan kos sara hidup berikutan kenaikan harga barang di negara ini.
Namun, apa yang tidak menyenangkan pengguna di negara ini apabila terdapat peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan, makanan dan minuman sehingga amat membebankan pengguna malah tedapat peniaga yang menjualnya tanpa mempamerkan papan tanda harga.
Mengambil contoh melalui aduan yang di terima FMT dari seorang pengguna yang dikenali sebagai Razif Abdullah yang terpaksa membayar tiga gelas minuman sejuk dan sepinggan pisang goreng keju dengan harga RM18.00.
Kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu (6 Disember 2013) apabila Razif bersama isteri dan dua orang anaknya telah pergi ke sebuah restoran di Bandar Utama, Batu 6, Jalan Labuk Sandakan.
Menurut Razif, ketika hendak membayar, beliau amat terkejut apabila diberitahu bahawa harga untuk ketiga-tiga minuman sejuk itu berharga RM12.00 dan pisang goreng keju berharga RM6.00 dengan jumlah semua harga bernilai RM18.00.
“Ini bermakna harga segelas minuman sejuk berharga RM4.00 dan ianya terlalu mahal kepada pengguna untuk membayarnya, saya amat terkejut kerana restoran itu hanya restoran biasa sahaja” katanya.

Anwar: Rasuah punca pendapatan negara merosot, beban hidup meningkat

anwar-ibrahim9 Disember adalah hari Anti-Rasuah Sedunia yang diilhamkan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu hasil dari resolusi 58/4 bertajuk “United Nations Convention against Corruption”. Hari ini diraikan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran awam akan bahaya korupsi dan rasuah serta keperluan akan suatu usahasama antarabangsa bagi menangani bersama permasalahan ini.
Korupsi dan langkah pembanterasan rasuah pada mana-mana peringkat dan kadar, perlu ditangani oleh semua lapisan masyarakat, bangsa dan agama. Kesedaran harus wujud agar mana-mana bakal penerima dan pemberi rasuah boleh terus dihapuskan.
Korupsi dan rasuah yang berkekalan akan mambantutkan pembangunan sosial, melebarkan kesenjangan pendapatan dan menambahkan bebanan kewangan pada rakyat terbanyak. Korupsi dan rasuah yang membarah di Malaysia telah menyebabkan pelbagai ketirisan dan pembaziran dalam kewangan kerajaan seperti yang dibangkitkan sendiri pihak kerajaan di dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara.

Malaysia perlu hukuman rasuah lebih tegas - NOW

RafiziHari ini, 9 Disember 2013 adalah Hari Anti Rasuah Antarabangsa seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Wujudnya Hari Anti Rasuah Antarabangsa membayangkan betapa dunia memahami kerosakan kepada masyarakat dan negara yang berleluasa di seluruh dunia akibat rasuah.
Hari Anti Rasuah Antarabangsa bukanlah satu perkara yang besar di Malaysia. Setiap tahun, ia berlalu tanpa ada sedikit pun kesan kepada usaha membanteras rasuah yang membayangkan ketidaksungguhan Barisan Nasional mencegah rasuah.
Budaya rasuah yang berleluasa dalam setiap aspek kehidupan rakyat Malaysia, baik yang berpangkat rendah atau tinggi, kerajaan atau swasta, telah membawa kesengsaraan kepada rakyat keseluruhannya. Kenaikan harga dan kesuntukan hidup yang dihadapi rakyat mutakhir ini berpunca dari rasuah apabila hasil negara diselewengkan hingga peruntukan rakyat dipotong.
Perang terhadap rasuah tidak boleh diserahkan kepada kerajaan atau SPRM semata-mata. Memang menjadi keutamaan mereka untuk tidak lebih tegas dalam hal berhubung rasuah kerana rasuah telah disistemkan dalam segala urusan kerajaan dan swasta di negara ini yang menguntungkan golongan elit yang berkuasa.
Kami berazam bahawa perang ke atas rasuah perlu dibawa dari bawah oleh rakyat. Wajarlah ia dibawa oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lebih tegas dan berani berhadapan dengan rasuah. Mulai tahun 2014, kami berazam bahawa Hari Anti Rasuah Antarabangsa akan mempunyai kesan yang besar di kalangan rakyat dan agenda membanteras rasuah mencapai sasaran baru menjelang 9 Disember 2014.

Najib 'tak tahu malu', samakan UMNO dengan Mandela

Naib presiden PKR N Surendran berkata tindakan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang mengumpamakan usaha parti tersebut seperti perjuangan tokoh anti perkauman, mendiang Nelson Mandela, adalah perbuatan yang “tidak tahu malu”.

Katanya, beliau pada mulanya terkejut apabila membaca kenyataan Najib yang menyamakan perjuangan Mandela memerangi apartheid di Afrika Selatan dengan tindakan Umno.

Tambahnya, kenyataan itu tidak membantu Umno tetapi mendedahkan kelemahan parti tersebut.

Jelasnya, usaha parti Umno mencerminkan dengan tepat tindakan Parti Nasional kaum kulit putih di Afrika Selatan, yang memaksa pemisahan kaum di negara itu.

“Kita semua tahu tentang perjuangan Mandela. Malah, Mandela sendiri berkata usahanya yang paling besar adalah menentang perkauman,” kata Surendran kepada Malaysiakini.

Singapura akan bertindak ke atas perusuh di Little India


Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong (gambar), berkata rusuhan di Little India malam tadi sebagai 'kejadian yang amat serius' dan kerajaan akan menjejaki pelakunya serta mengambil tindakan tegas undang-undang terhadap mereka.
"Apa jua kejadian yang mungkin mencetuskan rusuhan itu, tiada sebab untuk mereka melakukan keganasan, kemusnahan dan perlakuan jenayah sedemikian rupa," katanya mengenai rusuhan itu dalam laman Facebooknya awal hari ini.
Beliau berkata, beberapa pegawai polis cedera dan kenderaan rosak atau musnah.
"Keadaan kini terkawal dan siasatan sedang dijalankan," katanya sambil menggesa rakyat Singapura supaya bertenang.
Beliau meminta sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat, gambar atau video tentang kejadian itu supaya menyerahkannya kepada polis.
Beliau turut mendoakan pegawai polis yang cedera itu segera pulih.
Seramai 10 pegawai polis cedera dan lima kenderaan polis, sebuah ambulans dan beberapa kenderaan persendirian rosak dalam kejadian rusuhan itu yang tercetus selepas berlakunya kemalangan maut di kawasan berkenaan.
Sebanyak 27 orang, semuanya dari Asia Selatan diberkas berikutan kejadian itu. Tiada rakyat Singapura terlibat.
Menurut polis, pada jam 9.23 malam, satu kemalangan maut berlaku melibatkan sebuah bas dan seorang warga India berusia 33 tahun di persimpangan Jalan Race Course dan Hampshire.
Sejurus selepas itu rusuhan berlaku melibatkan sekumpulan orang awam kira-kira 400 orang yang merosakkan sejumlah kenderaan dan mengakibatkan 10 pegawai polis cedera.

PAS sudah lama tegas ASWJ sebagai akidah ahli

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan PAS sudah lama meletakkan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sebagai teras akidah kepada seluruh ahli PAS.

Beliau menyatakan demikian sebagai respon kepada kenyataan Najib yang dilaporkan berkata perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah akan dimasukkan dalam Perlembagaan Umno iaitu sebagai takrifan kepada Islam.

"kita sudah lama tegaskan perkara ini iaitu sejak PAS ditubuhkan, kita senantiasa menegaskan bahawa ASWJ adalah akidah yang wajib dianuti oleh seluruh ahli PAS dan penganutan kepada akidah selain ASWJ adalah satu kesalahan yang wajib diambil tindakan oleh PAS," tegas beliau ketika dihubungi hari ini.

Beliau juga turut melahirkan rasa pelik kenapa baru sekarang Umno meletakkan perkara ini dalam perlembagaan parti itu. PAS sudah jauh kehadapan dalam perkara ini. PAS sangat konsisten dalam isu ASWJ sebagai teras utama akidah ahlinya sejak penubuhannya lagi.

Tokoh Wanita Popular Disember 2013..!!


PM Thailand bubarkan Parlimen, umum PRU

Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, berkata beliau akan membubarkan Parlimen hari ini dan akan mengadakan pilihan raya “secepat mungkin” susulan daripada demonstrasi anti kerajaan di Bangkok. “Pada ketika ini, apabila terdapat ramai orang berdemonstrasi menentang kerajaan dan cara paling baik adalah menyerahkan semula kuasa kepada rakyat Thailand dan mengadakan pilihan raya. Jadi rakyat Thailand akan menentukan,” kata Yingluck dalam siaran langsung televisyen di Thailand

Angola tutup masjid, bakar al-Quran....apa tindakan Malaysia..???

 Angola tutup masjid, bakar al-Quran
LUANDA - ANGOLA. Sebuah yayasan berpusat di Johannesburg berjaya membongkar perbuatan biadab kerajaan Angola yang menjadi negara pertama di dunia mengharamkan Islam.

Menurut Pengarah Open Society Initiative of Southern Africa, (Osisa), Elias Isaac berkata, mereka menerima laporan kebanyakan masjid di negara itu kini diarah tutup atau dimusnahkan pihak tidak bertanggungjawab.

"Terdapat 78 masjid di Angola dan hanya beberapa dibuka di ibu negara selepas kerajaan khuatir dengan respons masyarakat antarabangsa terhadap dasar Islamofobia yang dilaksanakan di negara tersebut," jelasnya lagi.

Menurut beforeitsnews, , kerajaan Angola turut mengeluarkan notis dan memberi tempoh 73 jam kepada masyarakat Islam di negara itu untuk memusnahkan masjid dan mereka yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan.

Darul Runtuh: Wang RM30 juta lesap..???

Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD
KUALA TERENGGANU: Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah mendesak Kerajaan BN Terengganu memberikan penjelasan ten tang wang rakyat RM30 juta yang dianggap lesap.

Desakan itu, kata Tengku Ibrahim ditujukan kepada Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said melalui suratnya bertarikh 6 November 2013, lalu hingga kini tanpa jawapannya.
Menurutnya, isu pemberian 12,000 ekar tanah hutan kepada 12 buah syarikat kilang papan di Terengganu menjadi “hangat” apabila melibatkan wang rakyat RM30 juta.
Katanya, meski pun perkara tersebut telah dibangkitkan oleh rakyat Terengganu sebelum PRU13, tetapi tidak ada penjelasan dari kerajaan negeri.
“Saya ada tulis surat untuk mendapatkan penjelasan kepada MB Terengganu (Dato’ Seri Ahmad) pada 6 November (2013) lalu mengenai kawasan kayu balak 12,000 ekar dan wang pembayaran sebanyak RM30 juta.
“Pemberian 12,000 ekar tanah balak oleh Kerajaan Terengganu kepada 12 buah kilang-kilang papan di Terengganu, melalui surat rujukan Bil.(55) dalam PHNT (SULIT) 62/SK 1/BHG 7 bertarikh 17 Julai 2012.
“Apa yang menimbulkan persoalan iaitu setiap buah syarikat kilang papan itu dipaksa membayar RM2.5 juta kepada sebuah syarikat peguam di Kuala Lumpur sebelum tanah balak itu diberikan kepada mereka (pengusaha),” jelasnya kepada Harakah di pejabatnya, 4 Disember lalu.

Tsunami Melayu tidak Mustahil!

Sebelum saya hurai megenai isu pokok, saya nak komen mengenai kenyataan KM Melaka. Dia kata, orag Cina tidak perlu berdusta mengenai menyokong oang Melayu dalam PRU13 di Melaka. Saya jawab, orang UMNO yang Melayu pun tipu orang Melayu. Mustahil hanya UMNO sahaja yang boleh tipu dan munafik- Melayu pun jika mereka suka, dibenarkan menipu UMNO. Tak berdosa kalau tipu UMNO. UMNO bukan Allah dan Rasul.
Berapa bahagian UMNO di Melaka yang undi Ali Rustam bila dia bertanding naib presiden UMNO? Melayu UMNO  pun tipu sebahagian dari mereka. Jadi apa nak hairan, jika bangsa lain tidak menyokong UMNO bila sesama UMNO pun, tipu menipu ini perkara biasa. Jadi sebelum KM Melaka melalak sana sini, tengok di halaman sendiri dahulu. 
Kesian Ali Rustam. Ali Rustam saya dengar bergantang gantang menglahabaukan UMNO Melaka.
Tsunami Melayu.
Pemimpin UMNO buta atau apa? Yang memenangkan UMNO ialah Sabah dan Sarawak. UMNO dapat 88 parlimen sebab 14 UMNO itu datang dari Sabah. diSemananjung UMNO hanya menang 74 kerusi. Apa yang nak ek sangat. Kalau takde Sabah UMNO, BN hanya ada 119 kerusi sahaja. Jadi dengan 74 UMNO semananjung dan 14 UMNO Sabah, janganlah nak mengada ngada sangat.apa jadi kalau parti2 Kadazan, Dusun dan Murut yang BN meninggalkan BN? bari UMNO sedar langit tinggi atau rendah.
Adnan Mansor bukanlah dipilih Najib sebab kecerdikan nya. jadi tidak hairan lah jika Adnan Mansor dengan sombong kata Melayu tidak akan melakukan tsunami. Bingung betul pemimpin UMNO ini; Melayu sokong UMNO bukan sebab mereka cinta dan yakin apa yang UMNO perjuangkan. UMNO menang atas bimbang dan ragu dan rasa cemas orang Melayu. Bila hilang semua ini, orang akan melihat UMNO seperti diri nya yang sebetul- penipu dan pembohong dan penindas bangsa sendiri.

Banjir: Surat terbuka kepada Majlis Keselamatan Negara

Nur Adilla Abd Rahim

Keadaan banjir yang berlaku di Pahang dan negeri-negeri di Pantai Timur baru-baru ini begitu mendukacitakan. Melibatkan 40,920 orang mangsa dengan dua mangsa yang terkorban, bencana alam yang disebabkan hujan berterusan tanpa henti ini seperti tidak terurus dengan baik.
Setelah dibawa ke Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, yang memohon agar Kuantan diisytihar darurat, isu banjir ini mula mendapat perhatian oleh pemimpin tertinggi negara.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akhirnya turun padang sampai mengakui dan memohon maaf atas kelewatan bantuan bekalan dan kelemahan pengurusan banjir ini.
Di sinilah timbul satu persoalan baru. Malaysia bukan sebuah negara yang tidak biasa dihantar Tuhan dengan bah. Setiap hujung tahun, dari bulan November hingga Mac angin monsun Timur Laut akan bertiup membawa hujan lebat berterusan di kawasan Pantai Timur.
Hal ini berlaku setiap tahun – SETIAP TAHUN – lantas ketidaksiagaan badan kerajaan tertentu sebelum, semasa dan selepas bencana alam ini berlaku amat menghairankan.
Arahan MKN No. 20
Majlis Keselamatan Negara (MKN) merupakan satu-satunya agensi yang secara rasminya merupakan badan kerajaan yang tertubuh untuk pengurusan bencana di Malaysia. Meskipun sejarah menintakan bahawa MKN didirikan pasca-13 Mei dan pembubaran Mageran, peranan MKN semakin mencapah luas sejak itu. Antara lain:
  • Khidmat keurusetiaan kepada jawatankuasa
  • Memantau amalan serta pelaksanaan dasar dan mekanisme pengurusan bencana berjalan lancar
  • Post-mortem bencana diadakan
  • Menggerakkan SMART untuk operasi mencari dan menyelamat
  • Menyelaras pengendalian latihamal pengurusan bencana dan mencari dan menyelamat
  • Mengawasi langkah pencegahan dan kawalan bencana dijalankan
  • Merancang dan menyelaras serta mengawasi strategi kependidikan, latihan dan pencegahan kepada pegawai-pegawai dan anggota-anggota Jabatan Kerajaan, masyarakat dan Badan-badan Bukan Kerajaan dalam menghadapi dan mencegah bencana
  • Memberi nasihat kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana apabila diminta ke arah kelancaran pengendalian serta pengurusan suatu bencana
Definisi ‘bencana’ yang jelas tercatit dalam Arahan MKN No.20 yang turut terpampang di laman sesawang MKN, ialah;
"...sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat."
"melibatkan sumber, peralatan, kekerapan dan tenaga manusia yang ekstensif daripada banyak agensi serta penyelarasan yang berkesan..."
Arahan MKN No. 20: Dasar dan Mekanisma Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara berdiri atas tiga tujuan utama iaitu;

Takut bini, bini yang menakutkan atau bini yang selalu menakut-nakutkan suami?

Tidak berapa lama dahulu ada rakan-rakan saya berjenaka semasa bersembang didalam satu majlis keramaian yang saya hadiri. Semasa itu isu bertemuan sulit diantara Najib dengan Anwar sedang heboh diperkatakan ramai. Ada seorang sahabat berkata Muhyiddin terasa dirinya tidak selamat lagi jika ada perundingan dan dilaksanakan keputusan perundingan itu. Dalam rundingan itu dikatakan Najib akan terus menjadi Perdana Menteri. Anwar pula akan menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Muhyidin akan menjadi Timbalan Perdana Menteri Kedua. Betul atau tidak persetujuan itu berlaku tidak siapa yang tahu kerana pertemuan itu diuruskan oleh Yusuf Kala, bekas Naib Presiden Indonesia.
Sahabat saya yang bersama saya berkata, “Muhyidin sekarang pun adalah Timbalan Perdana Menteri Kedua kerana Timbalan Perdana Menteri Pertama ialah Najib Tun Razak. Perdana Menteri sebenarnya ialah Rosmah Mansor”. Semasa itu kami mengambilnya hanya sebagai jenaka dan tidak mengambilnya sebagai satu isu serius. Maklum sajalah politik di negara ini, sarat dengan spekulasi yang tidak menentu.
Tetapi Sabtu lepas jenaka diantara kami dimajlis keramaian itu sudah bukan jenaka lagi. Rakan yang berjenaka dengan kami dahulu itu menalifon dan berkata, “Ha bro, betui tak yang teman beritahu dulu? Najib sendiri ‘confirm’ kan yang isterinya sememangnya mempunyai keupayaan yang lebih dari Najib. Isterinya lebih hebat dari beliau sendiri. Ha…isterinya sememangnya bertaraf Perdana Menteri kemampuannya”.
Maksud rakan saya tadi ialah Najib sebenarnya adalah seperti Timbalan kepada Rosmah Mansor. Maka Muhyidin itu adalah Timbalan Perdana Menteri Kedua. Jika kita percaya dengan kata-kata Najib semasa ucapan penggulungan beliau sabtu lalu, sememangnya benar Rosmah itu adalah seperti ‘Perdana Menteri de facto’ kita. Itu lah sebabnya buat kali pertama kita mendengar Najib mengampu isterinya sendiri dihadapan khalayak ramai.