Ahad, 8 Disember 2013

Siapa Tak Bayar Cukai Mereka Jahil - Ustaz Azhar Idrus

Cerita JIN Jadi Makmum & HANTU Tumpang Kereta - Ustaz Azhar Idrus

Cara Tarik Makmum Saf Depan Untuk Jadikan Saf Belakang - Ustaz Azhar Idrus

Melangkah TIGA Kali Berturut-turut Dalam SOLAT - Ustaz Azhar Idrus

Tak Sengaja Bercakap Dalam Solat - Ustaz Azhar Idrus

Nga Kor Ming Pengerusi DAP Perak baru


Setiausaha DAP negeri Nga Kor Ming (gambar) hari ini dipilih sebagai Pengerusi DAP Perak yang baru menggantikan sepupunya Datuk Ngeh Koo Ham pada Konvensyen DAP Negeri diadakan di Bukit Merah Lake Town Resort.
Setiausaha Eksekutif DAP Perak, Liew Wai San berkata pada pemilihan itu Nga yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kepayang berada pada tangga ke-14 daripada 24 calon yang bertanding dengan memperolehi 571 undi manakala Ngeh ditangga ke-15 dengan 565 undi.
"Ngeh dilantik sebagai penasihat DAP Perak," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, beliau berkata Ketua Dapsy Perak Wong Kah Woh yang berada pada kedudukan teratas pada pemilihan itu dengan memperolehi 738 undi dipilih sebagai Setiausaha DAP negeri.
Anggota Parlimen Batu Gajah V. Sivakumar yang berada pada tangga kedua dengan memperolehi 730 undi dipilih sebagai Timbalan Pengerusi negeri manakala A. Sivanesan yang mendapat 690 undi pula sebagai Naib Pengerusi.
Seramai 797 perwakilan hadir pada konvensyen itu. – Bernama

'Amal makruf nahi mungkar' atau 'amal mungkar nahi makruf'?

UMNO telah mengenengahkan tiga isu pokok dalam Perhimpunan Agung itu yang selesai semalam. Presiden UMNO, Najib bercakap selepas Muhyiddun Yassin. Beliau telah berkata ada tiga perkara pokok yang dirumuskan oleh Najib pada Perhimpunan itu selama empat hari termasuk perhimpunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri parti itu.

Saya hanya hendak menyentuh satu dari tiga yang dirumuskan Najib semasa penggulungan persidangan agung parti itu semalam, iaitu tentang Islam yang akhir-akhirnya menjadi laungan Najib Tun Razak itu..
Saya tidak nampak kenapa UMNO bercakap dengan panjang lebar tentang Islam ini, kerana perjuangan Islam sebenarnya tidak payah menyebutnya dengan begitu lantang. Perjuangan Islam bukan boleh ditempel-tempelkan sahaja. Ia perlu dilaksanakan tanpa laungan seperti perjuangan agama-agama lain. Bukankah Islam itu adalah 'addin' atau cara hidup yang disebut oleh perwakilan UMNO setiap tahun dalam Perhimpunan Agung nya?
Isu Islam ini disebut setiap kali UMNO bersidang dan sehingga hari ini agama kita tetap tercemar oleh mereka yang melaungkan Islam itu. Perjuangan Islam itu bukannya berjaya jika hanya mendapat pujian dari pemimpin Hammas atau Imam Masjidil Haram. Apabila kita mendapat pujian dari pemimpin Islam dari Palestin dan Imam dari Mekah Almukarramah itu bukannya bermakna kita telah berjaya memperjuangkan Islam.
Islam ini adalah Addin dan meliputi semua bidang kehidupan kita. Apa Islamnya jika kerajaan kita dipandang sebagai kerajaan rasuah dan rasuah itu menjadi masalah dan isu utama kepada kita yang akan memasukkan kedalam perlembagaan negara sebagai Islam ‘ahli sunnah wal jemaah’ itu? Bagaimana hendak dikatakan UMNO itu pelindung Islam di negara ini sedangkan rasuah yang tidak dapat lagi dibendung-bendung berlaku di negara kita?

Panas......!!! Patutlah Kerajaan UMNO@BN tak bekalkan khemah buat mangsa banjir...

Cadangan segelintir mangsa banjir agar kerajaan menyediakan khemah di pusat pemindahan untuk setiap keluarga terutama bagi ibu yang menyusu bayi akan dipertimbangkan.

Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagaimanapun berkata, langkah membekalkan khemah kepada setiap keluarga seperti yang dipraktikkan di Jepun kepada mangsa gempa bumi agak tidak praktikal di negara ini yang berbeza iklim dengan negara matahari terbit itu.

Katanya, sekiranya mangsa banjir perlu tinggal lebih lama di pusat pemindahan mungkin tilam yang lebih selesa perlu dibekalkan berbanding penyediaan khemah.

“Ramai yang suruh kerajaan bekalkan khemah kepada setiap keluarga tapi kalau beri khemah mungkin disuruh pasang pendingin hawa pula kerana suhu di negara ini panas berbeza dengan Jepun yang suhunya sejuk.

“Jika pasang khemah, mungkin orang ramai boleh duduk selama sejam sahaja paling lama kerana panas,” katanya ditemui di pusat pemindahan SK Seri Geliga Kemaman selepas makan bersama mangsa banjir di situ semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia ini berkata, di Jepun bila berlaku gempa bumi, mangsa terpaksa tinggal berbulan-bulan di pusat pemindahan dan ia berbeza dengan keadaan di negara ini khasnya di Kemaman kerana mangsa banjir kalau pindah di pusat pemindahan pun tidak melebihi lima hari.

Mangsa banjir Pahang masih melebihi 40,000 orang

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang berkurangan kepada 40,399 berbanding 40,819 orang pagi tadi.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang,sehingga 4 petang ini kesemua mangsa daripada 11,872 keluarga itu ditempatkan di 149 pusat pemindahan dari 162 penempatan di sembilan daerah yang terjejas banjir.

"Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 34,090 orang di 42 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Di Pekan, masih terdapat 3,385 mangsa di 31 pusat pemindahan, Temerloh (1,007 orang di 22 pusat pemindahan), Maran (921 di 19 pusat), Jerantut (505 di 11 pusat), Raub (213 di 10 pusat), Bera (193 di tujuh pusat), Lipis (49 di empat pusat) dan Rompin (36 di tiga pusat).

Sementara itu, hanya satu laluan utama ditutup kepada semua kenderaan selepas air naik kira-kira satu meter di Km16 Jalan Temerloh-Bera. - Bernama

Beberapa menteri Najib harus dibuang dan diganti dengan Rosmah


Datuk A. Kadir Jasin berpendapat bahawa Perdana Menteri harus melantik isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sebagai menteri supaya tidak dituduh menyalahgunakan kuasa. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.Datuk A. Kadir Jasin berpendapat bahawa Perdana Menteri harus melantik isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sebagai menteri supaya tidak dituduh menyalahgunakan kuasa. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak mengkaji semula peranan menteri-menteri Kabinet selain melantik Datin Seri Rosmah Mansor sebagai menteri.
Katanya, melalui pelantikan itu, tiada pihak yang boleh membantah campur tangan Rosmah atau menuduh Najib dan anggota Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan penggunaan kemudahan kerajaan.
“Saya dah berbuih mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan dilantik menjadi menteri. Malah ke jawatan Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata.
“Walaupun pilihan raya umum telah berlalu, Najib dan penyokong Rosmah masih boleh melakukannya dengan melantik beliau sebagai senator dan seterusnya menteri. Jawatan yang sesuai bagi beliau ialah Menteri Tugas-Tugas Khas,” katanya dalam tulisan di blognya bertajuk “PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa”.

PRU14: Amaran gelombang ‘Tsunami Melayu’

Selepas kejatuhan tsunami Cina pada PRU13 gagal menjatuhkan kerajaan, strategi kini tertumpu untuk mewujudkan tsunami Melayu pada PRU14.

PETALING JAYA: Akhbar Utusan Malaysia sekali lagi memainkan sentimen perkauman, kali ini dengan jangkaan berlakunya ‘tsunami Melayu’ untuk menjatuhkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Utusan, melalui kolumnis Awang Selamat memberi amaran kepada Umno perkara itu tidak mustahil akan berlaku jika parti itu terus lena dalam perjuangan survival politik Melayu.
Katanya, PAS dan PKR kini sedang merangka strategi mendapatkan lebih banyak sokongan majoriti menyaingi Umno dengan memperjuangkan lebih banyak isu Melayu.
“Selepas kejatuhan tsunami Cina pada PRU13 gagal menjatuhkan kerajaan, strategi kini tertumpu untuk mewujudkan tsunami Melayu pada PRU14.
“Waspadalah. Walaupun Umno kuat ia tidaklah kebal.
“Berjihadlah untuk menjadi parti yang disayangi terutama orang Islam, Melayu dan bumiputera. Tiada pilihan,” katanya dalam ruangan ‘Bisik-Bisik’ di Mingguan Malaysia hari ini.
Amaran itu juga turut ditujukan kepada pemimpin Majlis Tertinggi (MT) Umno agar tidak lupa diri kerana mereka yang akan dipersalahkan jika ‘tsunami’ itu benar-benar berlaku.
“Barisan MT jangan terlupa diri dan perjuangan.
“Merekalah yang akan dipertanggungjawabkan jika Umno gagal pertahan kuasa politik Melayu selepas ini,” katanya.

Selangor: Boleh ambil gaji itu tapi kembalikan faedah kepada rakyat, kata Prof Agus

Jangan label muzakarah Umno PAS sebagai 'susah', kata Prof Agus

Zahid bangkit isu syiah alih isu ketirisan, barang naik

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hilang kredibiliti apabila menuduh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengamalkan ajaran Syiah.

Jelasnya lagi, tindakan tersebut turut membuktikan Zahid cuba melaga-lagakan umat Islam di negara ini tanpa sebarang bukti kukuh sepertimana dilakukan oleh agenda zionis di luar negara.

"Saya melihat Zahid sudah hilang kewarasannya serta kredibiliti beliau sebagai menteri dengan melabelkan Timbalan Presiden PAS mengamalkan ajaran Syiah.

"Tindakan tersebut juga tidak ubah sepertimana dilakukan oleh zionis yang memperbesarkan isu Syiah diperingkat antarabangsa dengan tujuan untuk memecah belah umat Islam," jelas beliau.

Zahid ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di PWTC semalam yang menuduh Mohamad mengamalkan ajaran Syiah.

Pasca PRU13: Salahkan kaum Cina, Idris Haron angkuh

MELAKA 8 DIS: Kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron untuk ‘memaafkan’ pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum lalu, disifatkan tidak jujur dan angkuh, kata Pengerusi KEADILAN Melaka , Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Idris kelmarin dilapor berkata beliau bersedia untuk memaafkan masyarakat Cina jika benar kekalahan beberapa kerusi di Melaka pada PRU13 disebabkan kerana tiada sokongan mereka terhadap Barisan Nasional (BN).
“Kenyataan Idris ini jelas menunjukkan beliau setuju bahawa masyarakat Cina wajar dipersalahkan atas kegagalan Barisan Nasional (BN) mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
“Malah BN kalah beberapa kerusi baru termasuk bekas Ketua Menteri Melaka yang menjadi calon di Bukit Katil dan lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara,” ujar Shamsul dalam kenyataan media hari ini.

PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa

A Kadir Jasin

DALAM banyak-banyak tajuk berita media arus perdana dan media baru mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir semalam, satu yang menjadi bahan perbualan adalah puji-pujian yang Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, curahkan kepada isterinya, Rosmah Mansor.

Berucap menggulung perbahasan pada 7 Disember, Mohd Najib memuji Rosmah kerana jasanya kepada negara (baca di sini).

Dia menyebut dua peristiwa di mana Rosmah membantu negara. Pertama menolong membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir kerana disyaki pengintip.

Kedua menggunakan hubungan baiknya dengan keluarga di raja Arab Saudi bagi membenarkan pelajar Malaysia yang lari daripada pemberontakan Mesir untuk masuk ke negara tanpa visa.

Berpandukan maklumat Mohd Najib itu, eloklah beliau menimbang semula kedudukan Menteri Luar Negeri, Anifah Aman, kerana ternyata beliau tidak seberkesan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa.

Begitu juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Mustapa Mohamed, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia Rohani Abdul Karim dan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Mohd Yassin, kerana Rosmah juga terlibat di sana sini dalam tugas-tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri-menteri berkenaan.

Alahai Zahid Hamidi…


Zahid Hamidi telah berbuat sesuatu yang luar biasa dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) kali ini. Beliau telah menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Dalam Negeri untuk mengarahkan rakan sejawatannya dalam kabinet, Jamil Khir Baharom untuk menahan orang nombor dua dalam PAS, Mohamad Sabu kerana dipercayai mengamalkan fahaman Syiah.
Walaupun tidak menyebut secara langsung tetapi apabila beliau menyebut pemimpin nombor dua PAS, ia sangat jelas ditujukan kepada Mat Sabu yang menjadi Timbalan Presiden parti itu.
Tindakan Zahid memberi arahan untuk menangkap seseorang di pentas umum dan secara terbuka dalam PAU terlihat luar biasa, bukan saja kerana tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin sebelum ini tetapi juga menyalahi etika sebagai seorang yang ada kuasa.
Jika benar, beliau mempunyai bukti bahawa Mat Sabu mengamalkan fahaman Syiah, beliau tidak perlu menjerit secara terbuka untuk menangkapnya tetapi terus saja menahannya berdasarkan peraturan undang-undang sedia ada. Lagi pula, tidak perlu memberi arahan secara terbuka kepada Jamil Khir kerana sebagai sesama anggota kabinet, mereka berjumpa dan bermesyuarat setiap minggu dalam mesyuarat mingguan kabinet.
Cara Zahid memberi arahan kepada Jamil Khir juga seolah-olah beliau sedang mengajar menteri yang bertangggungjawab kepada hal-ehwal agama itu untuk bertindak dan bekerja. Dengan memberi arahan juga seperti beliau merasakan dirinya sudah berjawatan lebih tinggi daripada menteri dan tidak sabar-sabar untuk meningkatkan lagi taraf dirinya sebagai pemimpin.
Tetapi jika tidak mempunyai bukti dan asas yang kukuh, beliau tidak seharusnya membuat tuduhan secara terbuka kerana tindakan itu memperlihatkan dirinya tidak jauh bezanya dengan pencacai Umno yang bersepah-sepah di setiap majlis keramaian Umno. Zahid seharusnya tahu membezanya dirinya adalah Naib Presiden Umno yang sudah dua kali mendapat undi tertinggi dan kini berjawatan Menteri Dalam Negeri.

Syiah: PAS sokong Mohamad Sabu saman Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini menafikan tuduhan kononnya Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terlibat dengan ajaran Syiah.

Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, beliau berkata sehingga kini PAS tidak pernah menerima sebarang laporan berhubung tuduhan yang dikaitkan ke atas Mohamad itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di PWTC semalam yang menuduh Mohamad mengamalkan ajaran Syiah.

"Saya sebagai Setiausaha Agung PAS tidak pernah menerima sebarang laporan berhubung pembabitan Mohamad Sabu seperti yang disebut itu.

"Maka bagi saya, wajarlah Mohamad Sabu mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid," kata Mustafa.

Umno gelapkan masa depan Melayu

Perhimpunan Agung UMNO sudah berlangsung tetapi malangnya masih belum kelihatan kesungguhan daripada para pemimpin UMNO untuk membangkitkan isu-isu semasa yang ketara yang akan menggelapkan masa depan Melayu.
Pertama; Orang lain berhutang boros, rakyat kena bayar.
Isu peningkatan kos sara hidup yang semakin menekan rakyat kebanyakan tidak langsung diambil endah, malahan, Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak masih mengekalkan retorik lamanya dengan pendekatan, “rakyat perlu terus bersabar dan berkorban untuk keutuhan kewangan negara.”
Baru-baru ini, agensi penarafan antarabangsa Moody’s telah menaikkan taraf kredit Malaysia kepada A3, dilaporkan atas dasar penyatuan dan pembaharuan fiskal yang berkemungkinan semakin baik, disebabkan langkah-langkah penstrukturan semula subsidi yang telah diambil oleh kerajaan. Persoalan yang gagal diketengahkan di Perhimpunan Agung UMNO adalah, bagaimana pengadaran kredit Malaysia diturunkan terlebih dahulu? Mengapalah tidak seorang pun pemimpin atau delegasi yang membangkitkan kesan dari ketirisan, korupsi dan pemborosan salah urus ekonomi ini?
Akibat keborosan dan ketirisan pemerintah, rakyat terpaksa menanggung melalui ‘cukai pemiutang’’ seperti GST, kenaikan harga petrol, gula, tarif letrik dan cukai pintu DBKL yang berganda pada tahun depan – untuk menaikkan taraf kredit negara untuk membolehkan lebih banyak hutang negara diserahkan kepada mereka yang terpilih dalam Agenda Pemerkasaan Ekonomi Melayu (elit UMNO).
Rakyat sudah pun jelas dan tahu seperti yang diumumkan mantan Presiden UMNO Tun Dr.Mahathir bahawa Najib dan konco-konconya adalah perasuah besar kerana rasuah sekarang dibawah Najib dikatakan berganda lagi dasyat berbanding zaman beliau memerintah.
Apakah membasmikan barah rasuah tidak penting bagi UMNO?
Kedua; Orang menjerit gagah, negara tergadai membisu.
Jeritan-jeritan 1Melayu jelas menunjukkan sikap paranoia yang sengaja melepas pandang isu keselamatan serta pembelaan kedaulatan negara yang seharusnya diutamakan.
Perakuan bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim mengenai kedaulatan negara ke atas Pulau Batu Putih, pencerobohan wilayah Malaysia oleh para pengganas Sulu, isu pemberian kad pengenalan biru dan pembunuhan warga Taiwan di Sabah langsung tidak mendapat perhatian.

Najib pulak cuba memBANGANGkan rakyat dengan kenaikan tarif elektrik?

Memang gila sungguh la Najib ni, sanggup biar rakyat susah dan terus tertekan dengan kenaikan tarif elektrik semata-mata untuk pastikan TNB selesa dengan keuntungan RM6billion setahun konon untuk pelaburan tahunan.

Bukannya selama ni TNB rugi malah untung berbillion setahun. Kalau betul TNB perlukan RM6billion setahun pun, itu untuk pelaburan, takkan TNB bangang sangat sampai tak reti nak cari dana untuk pelaburan yang tentunya akan tambahkan lagi keuntungan depa.

Najib sepatutnya semak balik perjanjian dengan IPP. Sebenarnya IPP yang 'curi' keuntungan TNB, untung mudah atas angin berniaga tanpa risiko dengan untung dijamin oleh perjanjian yang berat sebelah.

Malang sungguh la rakyat Malaysia ada Perdana Menteri yang lebih pentingkan keselesaan syarikat gergasi kaut keuntungan berbilion dari kebajikan rakyat sendiri.

Najib Dedahkan Sendiri Hubungan Intimnya Dengan Rejim Mubarak Yang Zalim Itu

Najib puji Rosmah atas “jasanya”

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji isterinya Datin Seri Rosmah Mansor secara terbuka kerana “jasanya” kepada negara.

Dalam ucapan penggulungannya semasa Perhimpunan Agung Umno 2013, Najib memberikan dua contoh pengorbanan Rosmah kepada negara.

“Saya tak pernah berkongsi tentang ini sebelum ini. Apabila salah seorang pelajar kita ditahan di Mesir kerana dituduh sebagai perisik, isteri saya menelefon isteri Presiden Hosni Mubarak (Suzanne Mubarak) dan dalam masa dua jam pelajar itu dibebaskan.

“Bukan itu sahaja, semasa Ops Piramid di mana pelajar kita tersekat di Mesir semasa kebangkitan Arab, melalui hubungannya, kerajaan Saudi menyediakan dua pesawat Jumbo dan bawa pelajar kita ke Riyadh, walaupun mereka tidak mempunyai visa ke Arab Saudi.


"Mungkin malam ini akan dapat bayaran," kata perdana menteri secara berseloroh disambut dengan gelak tawa hadirin.

ULASAN GB

Pertama, "kisah" yang dibawa Najib itu menjelaskan kepada kita bahawa Najib menyedari rakyat sudah loya malah menyampah dengan isterinya Rosmah. Justeru beliau kena lakukan sesuatu untuk "mengangkat" nama isterinya Rosmah.

Kedua, amat kisah itu amat melucukan kerana ia mendedahkan pekung Najib sendiri dimana hubungannya begitu intim dengan rejim zalim Hosni Mubarak yang telah dijatuhkan oleh rakyat Mesir.

Mustahil “Tsunami Melayu” berlaku pada PRU14, kata Tengku Adnan

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) hari ini menolak amaran akhbar milik parti itu Utusan Malaysia hari ini berkenaan kemungkinan berlakunya “Tsunami Melayu” dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Katanya kehilangan “Tsunami Cina” dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013 tidak akan berlaku kepada kaum Melayu dan Umno akan menambah lebih banyak kerusi dalam PRU14.
“Tsunami Cina berlaku kerana Parti Kelentong Rakyat. Mereka mengelirukan mereka (komuniti Cina) sehingga berfikir (PKR) boleh menjadi kerajaan.
“Lihat apa yang terjadi kepada Umno. Kami menambah kerusi daripada 79 kepada 88 dan saya percaya kita akan menambah kerusi kerana rakyat tahu siapa yang boleh mereka harapkan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur selepas merasmikan pejabat baharu Umno Batu.
“Ia tak akan berlaku,” katanya.
Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat berkata PAS dan PKR akan mengubah strategi untuk lebih memperjuangkan Melayu selepas ini bagi menyaingi Umno dalam mendapatkan sokongan kaum majoriti itu.
Katanya, selepas kejutan "Tsunami Cina" pada PRU13 sebagaimana disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menjatuhkan kerajaan, strategi kini tertumpu untuk mewujudkan “Tsunami Melayu” pada PRU14.
“Awang percaya PAS dan PKR akan mengubah strategi untuk lebih perjuangkan Melayu bagi menyaingi Umno mendapatkan sokongan majoriti.

Najib Dakwa UMNO Keluar Duit Bina Semua Masjid Dan Surau Di Malaysia...!!!

Betul kah ini perdana menteri of Malaysia? Kenapa sebegini dangkal dan teruk pemikiran yang dia ada? Adakah dia sedang dirasuk ketika keluarkan kenyataan ini? Ataupun adakah dia kekurangan gula sehingga menyebabkan akal fikiran dia tergangu yang akhirnya menyebabkan dia keluarkan statement merapu?

Lihat kenyataan Najib kat bawah neh hah ;



Semua orang tahu. UMNO mana ada duit. UMNO pun dapatkan dana dari luar untuk pergerakkan parti mereka. Untuk buat aktiviti kepartian, mereka cenderung mengambil dana dari err.. Allah tahu walaupun kami tak sebut secara tepat disini.. 

Hehe..

Jadi UMNO tak mungkin ada duit untuk bina masjid. Bukan semata2 keluarkan duit untuk bina masjid, surau pun belum tentu. Kalau betul UMNO yang keluarkan duit untuk bina masjid, dah lama dah UMNO namakan surau dan masjid tersebut sebagai 

MASJID UMNO
SURAU UMNO

Tapi UMNO tahu mereka tak boleh nak namakan masjid dan surau seperti itu kerana akhirnya RAKYAT akan minta laporan dan bukti yang jelas tang mana UMNO gunakan duit mereka untuk bina masjid? HARAM ADA.

Hehe.

Namun dalam sedar tak sedar, Najib juga terkantoi bodoh. Dia cakap ;

"Siapa control masjid dan surau sekarang? Secara percuma saja, kita buat susah2..dia amek alih tempat itu, sebab apa? Sebab kita tidak ambil berat perkara ini.. mengimarahkan masjid, surau"

Pakar akademik: Pilihanraya kerajaan tempatan patut dipulih

Persahabatan “nasi ganja” terjalin di Ipoh



Mohd Nihmathullah Syed Mustafa memperlihatkan sajian istimewa nasi kandarnya yang menjadi kegemaran masyarakat di sekitar Ipoh. Gambar The Malaysian Insider. 
Mohd Nihmathullah Syed Mustafa memperlihatkan sajian istimewa nasi kandarnya yang menjadi kegemaran masyarakat di sekitar Ipoh. Gambar The Malaysian Insider.

Ketika zaman manusia mula mementingkan diri sendiri dan menyempitkan fikiran berdasarkan fahaman perkauman, warung “nasi ganja” di Kopitiam Ipoh menyaksikan persahabatan dan keharmonian kaum.
Semasa warung nasi kandar India Muslim itu diarahkan tutup berikutan isu kebersihan baru-baru ini, pemilik kedai Cina berhampiran menunjukkan solidariti.
Pemilik kedai kopi, Ang Kwang Ngiap yang hanya menjual minuman tidak menutup kedainya malah memberi peluang kepada penjual nasi kandar Mohd Nigmatullah Syed Mustafa atas ikatan persahabatan yang kuat.
Sesetengah melihatnya peluang yang baik kerana tanpa nasi kandar, hanya minuman yang dijual di kedai kopi itu kerana tiada penjual makanan lain berhampiran.
Namun ikatan dua lelaki yang telah terjalin sejak 50 tahun ini terserlah apabila kunjungan The Malaysian Insider ke lokasi berkenaan.

APAKAH MEREKA FIKIR UMNO SETARAF DENGAN ALLAH!?...

"Kemanalah orang Melayu hendak membawa diri, jika Umno sudah tiada lagi. Kemanalah perginya hati, ke mana hilangnya rasa, kalau perjuangan umat Melayu sudah tidak berkumandang lagi. Relakah kita perjuangan Melayu terhapus di bumi ini?

"Sanggupkah Melayu akhirnya merempat dan terbangsat di tanah sendiri? Tanpa Umno dimanakah kita? Tanpa Umno di mana sudahnya Melayu? tanya Najib.

Pakatan fokus Tsunami Melayu PRU14, kata Utusan Malaysia


Pakatan akan mengubah strategi sebagai persediaan menghadapi PRU14. Gambar fail. 
Pakatan akan mengubah strategi sebagai persediaan menghadapi PRU14. Gambar fail.

Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat berkata PAS dan PKR akan mengubah strategi untuk lebih memperjuangkan Melayu selepas ini bagi menyaingi Umno dalam mendapatkan sokongan majoriti kaum itu.
Katanya, selepas kejutan"Tsunami Cina" pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagaimana disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menjatuhkan kerajaan, strategi kini tertumpu untuk mewujudkan tsunami Melayu pada PRU14.
“Awang percaya PAS dan PKR akan mengubah strategi untuk lebih perjuangkan Melayu bagi menyaingi Umno mendapatkan sokongan majoriti.
“Selepas kejutan 'Tsunami Cina' pada PRU13 gagal menjatuhkan kerajaan, strategi kini tertumpu untuk mewujudkan 'Tsunami Melayu' pada PRU14,” katanya seperti dilapor akhbar milik Umno itu edisi Ahad, Mingguan Malaysia hari ini.

Pilihanraya PBT di Selangor tahun depan?

PBS perlu dimansuhkan serta-merta

BERIKUTAN kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Persidangan Agung Umno 2013, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bakal diperbaiki April 2014, Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) berharap agar PBS dimansuhkan serta-merta sebelum terlewat kerana tempoh itu sangat lama untuk bakal calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2014.

SGMM telah nyatakan bahawa PBS mempunyai terlalu banyak kelemahan sehingga TPM terpaksa menyatakan PBS akan diperbaiki sedangkan PBS telah dilaksana selama tiga tahun.

Tiga tahun adalah tempoh yang kritikal jika mahu ada lagi penambahbaikkan.

Mansuh dan gantikan sistem peperiksaan menggunakan modul 70 peratus teori dan 30 peratus praktikal.

Mohd Nor Izzat Mohd Johari
Ketua Gerak Kerja SGMM

Perhimpunan Agung Rosmah 2013

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor disertai ahli Majis Tertinggi Umno memotong kek sempena ulang tahun Umno ke-67 di PWTC, Kuala Lumpur. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 Disember, 2013.
Siapa sebenarnya Presiden Umno, sampai berebut-rebut nak pegang pemotong kek dengan Rosmah.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji isterinya Datin Seri Rosmah Mansor secara terbuka kerana “jasanya” kepada negara.
Dalam ucapan penggulungannya semasa Perhimpunan Agung Umno 2013, Najib memberikan dua contoh pengorbanan Rosmah kepada negara.
“Saya tak pernah berkongsi tentang ini sebelum ini. Apabila salah seorang pelajar kita ditahan di Mesir kerana dituduh sebagai perisik, isteri saya menelefon isteri Presiden Hosni Mubarak (Suzanne Mubarak) dan dalam masa dua jam pelajar itu dibebaskan.
“Bukan itu sahaja, semasa Ops Piramid di mana pelajar kita tersekat di Mesir semasa kebangkitan Arab, melalui hubungannya, kerajaan Saudi menyediakan dua pesawat Jumbo dan bawa pelajar kita ke Riyadh, walaupun mereka tidak mempunyai visa ke Arab Saudi.
"Mungkin malam ini akan dapat bayaran," kata perdana menteri secara berseloroh disambut dengan gelak tawa hadirin.
Rosmah dikritik bulan lalu kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk lawatan peribadinya ke Timur Tengah.

TPP: Apa Malaysia perlu korbankan?


Malaysia

WASHINGTON DC - Amerika Syarikat (AS) tahu apa yang mereka mahukan pada saat ini, iaitu menghasilkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyatnya, kerana masalah pengangguran telah lama menjadi isu di negara itu.

Berdasarkan objektif itu, AS membentuk dasar perdagangan dan dasar luarnya, termasuk keputusan untuk menyertai perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang sedang dirundingkan negara itu dengan 11 negara lain, termasuk Malaysia, iaitu Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Matlamat AS dalam TPP adalah jelas, tetapi apa pula objektif utama Malaysia menyertai TPP?

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dalam penerangan mengenai TPP di laman webnya menyebut kerajaan melihat TPP sebagai usaha penting untuk mengembangkan peluang akses pasaran Malaysia, meningkatkan daya saing dan membina keyakinan pelabur.

“(Jika dimuktamadkan) TPP akan menjadi pasaran bebas cukai besar dengan 800 juta penduduk, jauh melebihi pasaran terhad Malaysia dengan 29.5 juta penduduk,” menurut Miti.

APA PANDANGAN PARA "ULAMAK" UMNO MENGENAI KENYATAAN NAJIB INI??



Kata-kata yang terpampang di dada akhbar di atas adalah kata-kata yang boleh menjerumuskan seseorang kepada dosa besar yang paling berat iaitu dosa mensyirikkan ALLAH!

Paparan oleh media seperti ini bukan baru pertama kali, bahkan sudah beberapa kali sebelum ini.  Ini sangat bahaya.  Kerana ia menanamkan dalam qalbu manusia bahawa pihak tertentu (dalam kes ini UMNO) menjadi tempat bergantung dan berpaut manusia.  Usaha seperti ini pastinya mendapat sokongan Iblis dan Dajjal kerana ia bisa menjauhkan manusia dari aqidah yang sebenar.

Mangsa banjir di Pahang lebih 40,000 orang


KUANTAN - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang meningkat kepada 40,819 berbanding 40,008 orang malam tadi.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa daripada 11,746 keluarga itu ditempatkan di 149 pusat pemindahan dari 154 penempatan di sembilan daerah yang tertejas akibat banjir.
"Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 34,426 orang di 42 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Di Pekan, masih terdapat 3,329 mangsa di 31 pusat pemindahan, Maran (1,034 orang di 19 pusat pemindahan), Temerloh (1,002 di 22 pusat), Jerantut (520 di 11 pusat), Raub (209 di 10 pusat), Bera (189 di tujuh pusat), Rompin (57 di tiga pusat) dan Lipis (53 di empat pusat).
Sementara itu, beberapa jalan utama masih ditutup antaranya Km28 Jalan Kuantan-Sungai Lembing, Km72 Jalan Kuantan-Segamat, Jalan Jerantut-Lipis (di Kampung Sepial), Km14 dan 18 Jalan Temerloh-Bera. - Bernama

Syiah “momok baru” kuasai Melayu yang boleh diugut...!!!


Di antara sebab mengapa penjajah dapat menguasai tanah ini selama ratusan tahun adalah kerana kebodohan penduduk setempatnya. Selepas beberapa ratus tahun dijajah, barulah timbul kesedaran untuk memperjuangkan kemerdekaan.
Maka tidak hairanlah mengapa Malaysia hanya diperintah oleh parti politik sama semenjak hari pertama negara mencapai kemerdekaan.
Jika dahulu komunis atau fahaman komunisme merupakan “momok” untuk menakut-nakutkan rakyat, kini muncul momok baru iaitu fahaman Syiah.
Walaupun perdebatan di antara Sunni-Syiah ini sudah lama selesai di peringkat antarabangsa di kalangan ulama-ulama muktabar, di Malaysia ia umpama isu baru.
Umno yang memerintah Malaya semenjak 1957 dan Malaysia semenjak 1963 amat faham dengan kepentingan momok untuk menakut-nakutkan rakyat terutama orang-orang Melayu.
Kemalasan majoriti orang-orang Melayu untuk membaca dan ketidakupayaan mereka untuk menyoal apabila diajarkan sesuatu oleh ustaz-ustaz “separuh masak” memudahkan momok-momok ini untuk terus hidup.
Dalam erti kata lain, Syiah merupakan talian hayat Umno untuk terus menguasai minda orang-orang Melayu bagi memastikan mereka terus berkuasa selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Dengan adanya fahaman Syiah, ahli-ahli Umno dan rakyat Malaysia akan terlupa dengan kenaikan harga petrol, gula dan elektrik yang mereka hadapi.
Momok Syiah ini umpama candu mengkhayalkan. Memerangi Syiah boleh menyebabkan anda terlupa akan kelaparan dan hutang-hutang yang belum berbayar.
Perhimpunan Agung Umno 2013 menyaksikan fahaman Syiah menjadi bahan belasahan daripada perwakilan Umno seluruh negara.
Sehingga terdapat beberapa cadangan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menjadikan Malaysia sebagai negara yang hanya mengiktiraf Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara Islam di dunia, termasuk Afghanistan semasa diperintah Taliban.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak (gambar) semalam dalam ucapan penangguhannya menyahut cabaran itu apabila mengatakan perlembagaan parti itu akan dipinda menjadikan hanya Ahli Sunnah Wal Jamaah diiktiraf Umno.
Selepas ini, umat Islam di Malaysia yang menganut mazhab selain Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak boleh lagi mengundi Umno kerana parti itu tidak mengiktiraf mereka, walaupun sebagai manusia.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi lebih hebat lagi. Beliau menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar menangkap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar bawah) kerana dikatakan menganut fahaman Syiah yang mengancam keselamatan negara.

PAU2013: Najib laung 1Malaysia, perbahasan Umno tunjuk sebaliknya, kata penganalisis


 
Dua fakta dikenal pasti ketika sidang perbahasan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2013 – program transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) dan impian 1Malaysianya gagal.
Ahli partinya menjerit untuk mendapatkan kontrak dan projek dan terus melihat segala-galanya menerusi prisma bangsa Melayu.
Mereka menuntut syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memberikan lebih banyak kontrak awam untuk firma Bumiputera dan mengkaji semula pemberian tunai BR1M dan demi slogan 1Melayu, sikap yang seolah-olah mempersendakan slogan 1Malaysia dan rundingan rekonsiliasi nasional.
Tiada ada langsung disebut dalam perbahasan mengenai tindakan parti atau mengenai rasuah dalam negara, pembaziran, ketirisan atau salah laku oleh mereka yang memegang kuasa – kebimbangan yang dikongsikan rakyat Malaysia yang lain.
“Nada perbahasan itu menggambarkan sentimen ahli akar umbi dan ia situasi yang menyedihkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.
“Sementara negara mahu terus ke arah cadangan Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) terhadap 1Malaysia dan perdamaian dan penyatuan nasional, amat menyedihkan untuk melihat ahli tidak mengikutinya,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan kepada pencapaian Barisan Nasional (BN) yang teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), ramai menyangka Umno akan memberi lebih penekanan mengenai cara memenangi semula sokongan bukan Melayu dengan menunjukkan komitmen mereka bersedia untuk berubah.
Dalam PRU13 pada Mei lalu, BN memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen, kurang tujuh kerusi kepada perikatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) jika dibandingkan dengan pilihan raya pada 2008.

PAU2013: Omongan kosong Presiden Umno


Saya hendak ketawa mendengar ucapan penutup Dato Najib. Dia kata Umno mesti adapt. Hah? Umno nak jadi parti masa depan bukan parti ditelan masa, kata Presiden Umno itu.
Saya sudah dahulu bercakap mengenai perkara ini. Najib baru hendak cakap. Kerana itulah saya sudah kata lama dahulu – if Najib can become PM, anyone else can.
Persoalan yang lebih penting ialah bolehkah kita percaya pengucapan Najib? Bezanya, saya berdoa agar Umno jangan adapt - biarkan ia dengan faham ektremismenya. Amat baik sekali jika idea-idea Zul Nordin diserapkan dalam prinsip Umno.
Tapi bolehkah kita percaya cakap Najib? Saya ada pengalaman lansung dengan dia, maka boleh saya kata secara beralas – cakap lain, perlaksanaannya lain. Faham-fahamlah apa maksudnya ini.
Bagaimana Umno hendak adapt? Kecuali Najib pekak telinganya. Ada perwakilan kata tidak mengapa jika orang kata Umno rasis sebab memang Umno itu rasis; ada perwakilan kata ekuiti Melayu mesti 67% sedang orang Melayu tulen hanya 51% agaknya.
Ada perwakilan kata biar kita wujudkan jutawan Melayu supaya Islam terjaga. Ini saya tidak faham. Bagaimana kejutawanan seseorang dapat membangunkan Islam.
Yang nanti akan jadi jutawawan itu Melayu mana? Zaman DEB dulu kerajaan Umno beri RM54 blllion kepada dato, tan sri, dato sri – semua pembelot-pembelot ini jual hendak kaya. Sekarang ekuiti Melayu tinggal RM2 billion. Jadi mengapa kita nak ulang strategi salah?

Naib presiden Umno keturunan Jawa yang angkuh


Di kejauhan ini saya tetap mengingati negara tercinta. Kepada beberapa negeri yang sedang dilanda banjir dan penduduknya sedang diuji oleh Allah diharap banyak bersabar dan bermujahadah. Teringat juga kepada politik di Malaysia. Walaupun saya seharusnya tidur awal untuk meneruskan perjalanan esok tetapi berita yang saya baca menjadikan mata saya keras, hati juga panas meleking.
Rasa menyesal pula bila akses internet menyebabkan saya terbaca berita yang saya kira sangat buruk, jahat dan terkeluar daripada seorang mulut manusia yang penuh pembohongan dan fitnah. Seorang manusia yang berasa dirinya sudah besar dan hebat, dan mula diratib oleh kawan-kawanya bakal menjadi perdana menteri. Cis, kalau beginilah bakal pemimpin masa depan Malaysia.
Berita itu ialah tentang saranan Naib Presiden Umno keturunan Jawa, bernama Zahid Hamidi yang meminta menteri agama Jamil Khir Bahrum menangkap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana dikatakan berfahaman Syiah.
Manusia Zahid ini membuat cadangan itu ketika menggulung perbahasan di hari akhir persidangan Umno. Katanya seperti mana dipetik daripada laporan, dia serahkan kepada Jamil Khir untuk bertindak ke atas Mohamad Sabu.
Apakah si Zahid ini sudah mempunyai bukti-bukti jelas sehinggakan membuat arahan terbuka begitu atau sekadar nak tunjuk berani? Begitukah? Kalau pun beliau ada bukti cara yang dilakukan sangatlah dangkal.

“Agama dan Bangsa”, talian hayat Umno pada PRU14



 
Dua pesanan utama Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak (gambar) kepada pemimpin akar umbinya untuk dibawa pulang dan diterangkan kepada anggota parti mencerminkan harapan parti itu agar dapat merampas kembali sokongan pengundi Melayu Muslim bandar sekaligus mengekang kemaraan pesaing utama mereka, PAS.
Pesanan pertama adalah Umno akan mengambil alih kedudukan “juara Islam” daripada PAS.
Pesanan-pesanan itu diberikan di dalam ucapan penangguhan Najib di penghujung Perhimpunan Agung Umno 2013 semalam.
Pesanan kedua adalah Umno akan menjadi tempat mencari rezeki bagi usahawan Melayu dan Bumiputera melalui Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.
Pesanan kedua mudah untuk diterjemahkan. Sebagaimana yang sering dikatakan oleh Najib, Umno perlu meningkatkan sokongannya di kalangan komuniti Melayu Muslim.
Manakala Barisan Nasional (BN) yang mana Umno merupakan parti tunjangnya mendapat kuasa untuk membentuk kerajaan di dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 kerana sokongan Melayu Muslim danpada undi golongan Bumiputera Muslim dan bukan Muslim dari Sabah dan Sarawak.
Malah di dalam ucapan perasmiannya beberapa hari lalu, Najib mengingatkan perwakilan Umno bahawa 67% populasi negara terdiri daripada golongan Melayu dan Bumiputera Muslim dan bukan Muslim.
Oleh itu, menggunakan pencaturan mudah, Umno dan BN mampu menguasai tampuk pemerintahan negara sekali lagi di dalam PRU ke14 sekiranya ia mendapat sokongan daripada sekurang-kurangnya 60% populasi negara ini.
Seperti juga yang dikatakan berkali-kali oleh pemimpin akar umbi Umno dan diiktiraf Najib sendiri, mereka ini adalah pengundi tegar gabungan pemerintah itu.
Bagi menggembalikan sokongan Melayu Muslim di bandar Najib berkata, beliau sendiri akan memastikan ketua-ketua eksekutif syarikat berkaitan kerjaan (GLC) membantu kontraktor dan vendor Melayu Muslim.
“Mereka akan mendapat KPI untuk mengukur ini. Kita juga akan minta ‘repot kad’ yang mencatit sejauh mana mereka mencapai sasaran,” Najib berkata sambil disambut dengan tepukan gemuruh anggota dan pemimpin Umno.
Manakala mesej kedua itu adalah lebih halus dari segi matlamat tetapi mempunyai impak yang besar.
Beberapa pemimpin akar umbi Umno menuntut agar kerajaan memerangi fahaman Syiah, hubungan sejenis atau gay, fahaman liberal dan sesiapa sahaja yang didapati menghina Islam.
Perwakilan juga mahu kerajaan mempertahankan kalimah Arab Allah daripada digunakan oleh bukan Muslim. 

Aku bukan Syiah - Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan tuduhan kononnya beliau merupakan seorang penganut ajaran Syiah sebaliknya menegaskan beliau adalah penganut agama Islam mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Mohamad membuat penafian itu sebagai menjawab pendedahan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa ucapan penggulungan Naib Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.

Mohamad ketika dihubungi dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke lura negara selepas melawat mangsa banjir di Kuantan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dalam ucapannya itu meminta JAKIM mengambil tindakan ke atas pemimpin nombor dua PAS yang didakwa pengikut ajaran Syiah.

Dakwaan pemimpin PAS terlibat dengan ajaran Syiah sebelum ini pernah mendapat perhatian selepas isu itu ditimbulkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

Father of convicted Egyptian daughter 'proud'

Mandeep Singh, beaten by the Court again

Jailed Egyptian women to go free

Jailed Islamist women to go free, Egyptian court rules