Sabtu, 7 Disember 2013

PAS lebih kenal ahli-ahlinya, Mat Sabu bukan Syiah - Datuk Tuan Ibrahim

Rafizi Ramli: Pengundi Melayu Merasakan Pakatan Mungkin Kurang Berkemampuan Menjaga Kepentingan

Rafizi Ramli: Masyarakat Yang Hanya Boleh Maju Jika Berdasarkan Kepada Ilmu

Rafizi Ramli: Pendidikan Percuma Tanggungjawab Kerajaan Pusat

Rafizi Ramli: Isu Hutang Negara

Dr Mujahid Yusof Rawa: Untuk Masa Depan, Parti- Parti Perkauman Sudah Tidak Relevan Lagi

Dr Mujahid Yusof Rawa: Muzakarah Adalah Berbincang Sama-Sama, Tetapi Bukan Sampai Bergabung

Dr Mujahid Yusof Rawa: Pakatan Rakyat Ada Masa Depan Di Kalangan Melayu

Ayah Ammar "Kematian yang menghidupkan" Bhg 5

Ayah Ammar "Kematian yang menghidupkan" Bhg 4

Ayah Ammar "Kematian yang menghidupkan" Bhg 3

Ayah Ammar "Kematian Yang Menghidupkan" Bhg 2

Ayah Ammar "Kematian Yang Menghidupkan" Bhg 1

PM 1Malaya: Disebalik dua jasa besar Rosmah yang menjadi rahsia Najib....

Inilah dua jasa besar Rosmah yang menjadi rahsia dan igauan Najib selama ini.
Jasa pertama Rosmah baik dengan isteri diktator Hosni Mubarak dan dapat membantu membebaskan pelajar Malaysia ketika Ops Piramid yang lalu.
“Beliau (Rosmah) telah menelefon isteri bekas kepada presiden Mesir Suzanne Mubarak bagi membebaskan seorang pelajar Malaysia yang dituduh perisik sewaktu operasi tersebut berlangsung.
“Pelajar tersebut dituduh sedemikian dan kemudiannya dihumban ke penjara, dalam dua jam, pelajar kita dibebaskan,” katanya.
Jasa kedua Rosmah juga baik dengan keluarga memohon jasa baik kerajaan Arab Saudi dengan “jaringan” dengan keluarga diraja, membolehkan pelajar Malaysia dapat singgah di Jeddah tanpa visa.
“Ia diusahakan oleh isteri saya kepada pelajar-pelajar kita. Malah dua kapal terbang Jumbo disediakan secara percuma bawa balik pelajar kita.
“Belum pernah saya beritahu tapi ia adalah sumbangan isteri saya kepada rakyat Malaysia,” terang Najib lagi tentang rahsianya.
Dua jasa Rosmah yang membolehkan Rosmah Mansor menaiki jet eksekutif kerajaan secara percuma.
Rahsia jasa Rosmah ini juga memberi gambaran Rosmah juga menelefon sesiapa sahaja terutama di Malaysia tentang sesuatu perkara atau ‘hajat’ yang diinginkan.
Rahsia Rosmah juga boleh mempengaruhi dalam pentadbiran Najib.

Banjir: 25 lori, kontena Amal S'gor ke Pahang


KUALA LUMPUR: Kumpulan pertama dari Jabatan Amal Selangor yang membawa misi bantuan barangan kepada mangsa banjir berlepas ke Pahang tengah hari tadi.

Pelepasan kumpulan hampir 200 orang yang terdiri daripada Jabatan Amal Selangor, Briged Muslimat dan sukarelawan itu disempurnakan Pesuruhjaya PAS Selngor Iskandar Abdul Samad dalam satu majlis di Gombak pagi tadi.

Misi yang diketuai Pengarah Jabatan Amal Selangor Khairil Anuar Ismail ini membawa barangan keperluan dengan 15 buah lori 5 tan, 10 buah lori 3 tan, sebuah lori kontena, 25 buah kenderaan pacuan empat roda dan 20 buah kereta.

Antara barangan yang dibawa termasuk makanan, selimut, telekung, pakaian baru dan terpakai, pampers dan pelbagai barangan keperluan lain.

MANA JENTERA BANJIR,..NEGERI KAYA DGN. ROYALTI MINYAK ..MB JADI ROBIN HOOD..!!!


Laman Pro UMNO (Terengganu Today) dengan bangga menyiarkan berita kononnya MB Terengganu Ahmad Said menjadi "Robin Hood" menahan lori roti Gardeniea dan mengedar roti berkenaan kepada mangsa banjir walaupun dihalang oleh pemandu lori.

Tulis laman pro UMNO berkenaan Terengganu Today "Dengan petunjuk kebesaran yang Allah S.W.T berikan terdapat dua lori roti Gardeniea yang berada di situ, Dato Seri yang tidak sanggup melihat situasi rakyat dalam kelaparan beliau telah meminta agar pemandu lori tersebut membuka pintu lori bagi mendapatkan makanan (roti) yang ada bagi di agihkan kepada semua yang ada di situ, pada permulaannya, kedua-dua pemandu lori itu tidak membenarkan Dato Seri Ahmad Said membuka lori tersebut."

Satu persoaalan di sini macam mana mangsa banjir boleh kelaparan?
Mana pelan menghadapi banjir oleh kepimpinan dan kerajaan UMNO?




Sebenarnya ke mana pergi pakej bantuan banjir? Siapa yang mengendalikannya dan kenapa tak sampai kepada mangsa banjir?

Paling pelik MB paksa pemandu lori roti bantu mangsa banjir?? Tak boleh ke telefon bertanya pusat bantuan untuk diagihkan?

Syiah: Mat Sabu kaji tindakan saman Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sedang berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ianya berhubung kenyataan Zahid ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di PWTC hari ini yang menuduh Mohamad mengamalkan ajaran Syiah.

Dalam ucapan itu juga, Zahid mengumumkan memberikan kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan pemimpin kedua tertinggi PAS itu.

“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu,” kata Mohamad.

Beliau dalam pada itu dengan keras menafikan tuduhan Zahid tersebut dan menyifatkannya sebagai tuduhan berniat jahat.

PAU2013: Rosmah dapat ‘lesen besar’ untuk terus guna jet kerajaan Malaysia


Satu-satunya perkara yang menarik dalam ucapan penggulungan Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung Umno petang tadi ialah puji-pujiannya atas jasa dan sumbangan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kepada negara. Pujian kepada isterinya sendiri yang dilakukan di pentas Umno ini dengan sendirinya menenggelamkan segala isu lain dan menjadikan perkara-perkara lain tidak lagi menjadi perhatian.
Selain memuji sumbangan dan peranan Permata yang menurut Najib tidak dapat dipertikaikan lagi, beliau juga menceritakan dua jasa dan sumbangan lain yang pernah dilakukan oleh isterinya kepada negara yang tidak pernah diperkatakannya sebelum ini iaitu membebaskan pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir yang disangka pengintip dan membantu pelajar yang menuntut di Mesir pulang ke Malaysia melalui Arab Saudi walaupun tanpa visa.
Menurutnya, kerana hubungan isterinya yang baik dengan isteri Hosni Mubarak, Suzanne, pelajar tersebut dapat dibebaskan hanya dalam tempoh dua jam kerana "networking" yang baik juga dengan keluarga diraja Arab Saudi, pelajar Malaysia bukan saja dapat pulang walaupun tanpa visa tetapi juga disediakan dua buah kapal terbang Jumbo dengan percuma.
Dengan puji-pujian yang membuatkan Rosmah kelihatan tersipu-sipu malu di tempat duduk VVIP, Najib bergurau lagi, "agaknya malam ini dapat bayaranlah", lantas membuatkan Rosmah sekali lagi tersipu-sipu.
Najib juga mengakui bahawa beliaulah yang meminta isterinya melakukan kerja itu. Tidak dapat dipastikan kenapakah Najib meminta isterinya melakukan kerja tersebut sedangkan sepatutnya beliau menggunakan saluran rasmi kerajaan iaitu Kementerian Luar Negeri untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Apakah ini menandakan beliau tidak meyakini Anifah Aman untuk melakukan tanggungjawab itu dan lebih mempercayai kemampuan isterinya?
Atau apakah ini mengesahkan lagi tanggapan umum sebagaimana tulisan Kadir Jasin yang berbunyi, "...jadi benarlah seperti didakwa oleh sesetengah pihak bahawa Umno sudah menjadi parti orang bangsawan, parti 'warlods' dan parti laki-bini."

PAU2013: Naik tarif elektrik sakit jangka pendek saja - Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan kenaikan tarif elektrik negara ini dengan alasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memerlukan wang untuk pelaburan.

Najib menegaskan kenaikan itu bagaimanapun tidak memberi kesan keterlaluan kerana majoriti tidak terjejas.

"(Seramai) 71 peratus pengguna tak dikenakan kenaikan. Jadi kenaikan cuma 30 peratus (kepada) domestik, industri dan komersial. Kita perlu laksanakan tindakan tarif itu, sebab sebagai sebuah badan, TNB perlukan RM 6 bilion setahun untuk pelaburan," kata beliau dalam sidang media selepas Perhimpunan Agung Umno.

Kenaikan tarif dibantah perwakilan Umno sempena PAU ini dengan beberapa perwakilan mendakwa tindakan tersebut tidak tepat dan tidak adil pada masa sekarang.

"Kalau tak lakukan peningkatan tarif, akan jejaskan kemampuan kewangan TNB, tetapi kita nak pastikan rakyat tak terjejas."

Najib turut menjawab rakyat perlu terus bersabar dan berkorban untuk keutuhan kewangan negara.

Perlu bukti untuk tuduh Mat Sabu Syiah, kata Jamil Khir


Berikutan pendedahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu merupakan penganut ajaran Syiah, menteri berkaitan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pembuktian kukuh perlu dibuat untuk menuduh seseorang itu penganut Syiah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, ajaran Syiah bukan melibatkan parti semata-mata, kerana ia adalah berdasarkan iktikad seseorang penganut fahaman berkenaan.
"Kita amat memandang ke hadapan pembuktian Datuk Seri Zahid," katanya ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
"Dalam ajaran Syiah dia bukan libatkan parti semata-mata. Syiah tak tertulis di wajah. Ia iktikad dalaman. Nak mendakwa seseorang itu Syiah, perlu ada pembuktian," katanya.
Ahmad Zahid ketika ucapan penggulungan Naib Presiden Umno memberikan kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana didakwa mengamalkan fahaman Syiah.
Beliau berkata, pihaknya mengetahui bahawa pemimpin nombor dua PAS itu mengamalkan ajaran Syiah.

Syiah: Zahid Hamidi cuba gagalkan rekonsiliasi Najib

PKR mendakwa kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menuduh Mohamad Sabu mengamalkan fahaman Syiah sebagai satu percubaan menggagalkan usaha Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan dialog nasional dan rekonsiliasi dengan Pakatan Rakyat (PR).
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata kenyataan Ahmad Zahid itu tidak adil kerana menjatuhkan hukuman walaupun Timbalan Presiden PAS itu tidak pernah menjalani perbicaraan terlebih dahulu.
“Tatkala Perdana Menteri dan Presiden Umno cuba menghulurkan tangan terbuka kepada Pakatan Rakyat untuk mengadakan dialog nasional untuk rekonsiliasi, Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden Umno pula bagai menghulurkan penumbuk kepada PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Kenyataan Ahmad Zahid amat tidak produktif, berbahaya, dan bagai cuba menggagalkan rekonsiliasi yang diusahakan Najib. Ahmad Zahid perlu menarik balik kenyataan beliau ini,” katanya.
Ahmad Zahid hari ini memberikan kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan Mohamad kerana didakwa mengamalkan fahaman Syiah.

YANG ROSMAH TAK MAMPU BUAT......!!!

PAU2013: Pentaksiran berasaskan sekolah dijangka lebih berkesan menjelang April 2014

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dijangka dilaksanakan secara lebih berkesan pada April tahun depan bagi mengelak ia menjadi bebanan kepada guru.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan memberi jaminan bahawa sistem itu akan ditambah baik dan diperbaiki dengan kadar segera.
"Yang jadi masalah bukan dasar tetapi pelaksanaannya yang menjadi bebanan kepada guru, saya ingin memberi jaminan bahawa perkara ini akan kita atasi dengan sebaiknya," katanya ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan mengarahkan kementerian supaya memperbaiki akses kepada sistem itu bagi guru mengisi prestasi murid tanpa sebarang masalah.
Sistem itu yang merupakan transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik, didakwa membebankan guru ekoran sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam.
Bagi memperkasa pendidikan Islam, Muhyiddin berkata, buat permulaan, modul pendidikan Islam Ulul Albab akan diperluaskan di sebuah sekolah agama terpilih di setiap negeri tahun depan.
"Pada masa ini ada empat sekolah agama bantuan kerajaan di Terengganu yang melaksanakan modul ini. Menerusi modul ini, selain mempelajari mata pelajaran biasa, ia juga dapat disasarkan untuk khatam hafazan (Al-Quran) sebelum tamat SPM dan ini sebahagian besar yang dituntut masyarakat Islam di negara kita," katanya.

PAU2013: Najib puji Rosmah atas “jasanya”

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji isterinya Datin Seri Rosmah Mansor secara terbuka kerana “jasanya” kepada negara.
Dalam ucapan penggulungannya semasa Perhimpunan Agung Umno 2013, Najib memberikan dua contoh pengorbanan Rosmah kepada negara.
“Saya tak pernah berkongsi tentang ini sebelum ini. Apabila salah seorang pelajar kita ditahan di Mesir kerana dituduh sebagai perisik, isteri saya menelefon isteri Presiden Hosni Mubarak (Suzanne Mubarak) dan dalam masa dua jam pelajar itu dibebaskan.
“Bukan itu sahaja, semasa Ops Piramid di mana pelajar kita tersekat di Mesir semasa kebangkitan Arab, melalui hubungannya, kerajaan Saudi menyediakan dua pesawat Jumbo dan bawa pelajar kita ke Riyadh, walaupun mereka tidak mempunyai visa ke Arab Saudi.
"Mungkin malam ini akan dapat bayaran," kata perdana menteri secara berseloroh disambut dengan gelak tawa hadirin.
Rosmah dikritik bulan lalu kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk lawatan peribadinya ke Timur Tengah.

Banjir besar di Chukai atasi rekod 1971

KEMAMAN - Limpahan air melanda Kemaman khususnya di sekitar bandar Chukai dikatakan mengatasi rekod banjir besar di daerah tersebut pada tahun 1971 dan tahun lepas.

Jurutera daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kemaman Abdul Razak Ahmad berkata rekod hujan tertinggi itu melebihi 1,161 milimeter (mm) di Stesen Hujan Jabor dan 1,029mm di Stesen Hujan Padang Kubu.

Katanya satu lagi stesen hujan di Air Putih turut mencatatkan jumlah yang tinggi bagi tempoh berkenaan iaitu 712mm.

"Rekod taburan hujan tertinggi di Stesen Hujan Jabor itu menghampiri separuh daripada purata taburan hujan dicatat seluruh negeri Terengganu iaitu antara 3,000-3,500mm bagi tempoh setahun.

"Jumlah kuantiti air bagi tempoh tersebut agak luar biasa berbanding 500mm sahaja di Stesen Air Putih iaitu catatan taburan hujan tertinggi dari 24 hingga 27 Disember 2012 ketika terjadinya banjir tahun lepas," katanya selepas menghadiri mesyuarat penyelarasan bantuan banjir Kemaman, di sini hari ini. 

Anwar sifatkan Mandela sebagai tokoh hebat, simbol kebebasan

Anwar mandelaKUALA LUMPUR 7 DIS: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Nelson Mandela sebagai pemimpin hebat pada era ini dan kematiannya merupakan kehilangan besar bagi masyarakat dunia.
“Ikon kebebasan yang hebat, Nelson Mandela kini bersemadi selamanya, meninggalkan warisan bukan sahaja untuk Afrika tetapi untuk seluruh dunia dan generasi akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mandela, bekas presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan dan pejuang kebebasan anti Aparteid meninggal dunia di kediamannya di Johannesburg pada Khamis selepas menderita jangkitan paru-paru sejak sekian lama.
Perjuangan Mandela menentang dasar aparteid iaitu undang-undang yang membezakan antara masyarakat kulit putih dan hitam di Afrika Selatan bermula pada 1948 hingga 1991.

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat kepada 39,580, 21 pusat pemindahan di Johor masih dibuka

Jumlah mangsa banjir di Pahang kembali meningkat petang ini kepada 39,580 orang berbanding 38,235 yang direkodkan tengah hari tadi.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga jam 4 petang, lebih 39,000 orang daripada 10,925 keluarga, masih ditempatkan di 121 pusat pemindahan dengan melibatkan 128 kampung yang terjejas akibat banjir di lapan daerah di Pahang.
"Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 34,222 yang ditempatkan di 38 pusat pemindahan banjir," katanya.
Katanya, di Pekan, seramai 3,464 mangsa banjir ditempatkan di 26 pusat pemindahan, Temerloh 847 mangsa banjir di 22 pusat pemindahan, Jerantut 520 (10 pusat), Maran 315 (sembilan pusat), Bera 106 (lapan pusat), Rompin 53 (empat pusat) dan Lipis 53 (empat pusat).
Beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km14 Jalan Temerloh-Bahau.

KJ: Rakyat disuruh ikat perut, tapi laporan audit...!!




 
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sekali lagi mengingatkan kepentingan menarik sokongan anak muda.

Khairy berkata walaupun Perhimpunan Agung Umno (PAU) tahun ini berjaya meletakkan golongan mahasiswa untuk bersama dalam pentas perbahasan, golongan itu hanya sebahagian dari keseluruhan anak muda.

Beliau turut mahu Umno mula mendekati anak muda seawal usia 17 atau 18 tahun bagi memikat hati mereka dalam perjuangan parti.

"Sebahagian besar anak muda tidak sampai ke menara gading.

"Kalau tak didekati dari sekolah, kita ketinggalan dalam blok yang besar," kata beliau dalam ucapan penggulungan PAU ke-67 hari ini.

Khairy juga menyentuh isu paling penting anak muda iaitu kos hidup yang semakin tinggi.

Beliau berkata kira-kira 75 peratus anak muda khususnya di bandar berpendapatan kurang RM3,000 tidak mampu mempunyai simpanan.

Justeru beliau mahu kerajaan menaikkan peruntukan untuk Skim Rumah Transit kepada Kementerian Perumahan untuk membina lebih banyak rumah dalam skim sedemikian.

"Peruntukan tambahan ini perlu kerana 600 rumah yang dibina dalam skim ini tak cukup," kata beliau.

Pemuda 'tulang depan'
Dalam soal sama, Khairy menyokong penuh penubuhan sebuah jawatankuasa di bawah Ketua Setiausaha Negara untuk bertindak ke atas laporan ketua audit negara.

Menurut beliau, tidak adil meminta rakyat berjimat tetapi pada masa sama pelbagai laporan ketirisan dan rasuah tak dapat dijelaskan.

"Bila lihat laporan ketua audit negara yang tak dapat dijelaskan dan pada masa sama suruh rakyat ikat perut, mereka akan marah dan benci kita.

Berselindung di sebalik isu perkauman

Dyana Sofya Mohd Daud

Pada November lalu, bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Tan Sri Dr Ghauth Jasmon telah berkata di Persidangan Asia Barat dan Afrika di Kuala Lumpur bahawa isu perkauman digunakan oleh sesetengah ahli politik di Malaysia bagi melindungi kegiatan rasuah yang dilakukan pemimpin terbabit.
Beliau juga berkata isu perkauman dimainkan bagi melindungi salah laku selain mengelak mereka yang terlibat daripada dituduh atas aktiviti tidak bermoral itu.
Saya tertarik dengan kata-kata beliau memandangkan di Malaysia terdapat satu gabungan parti politik yang masih mengamalkan politk perkauman dan gabungan ini berada di posisi di mana rasuah boleh berlaku secara berleluasa.
Apabila seorang cendiakawan memberi komen sedemikian, kita pasti tertanya-tanya apakah yang beliau tahu, dan ingin mengetahui secara lanjut apa yang dimaksudkan oleh Tan Sri Ghauth Jasmon? Sejauh manakah dan apakah contoh-contoh sifat perkauman dan kegiatan rasuah berkait di negara ini.
Tan Sri Ghauth Jasmon juga berkata "Jika negara dipenuhi dengan pemimpin rasuah, mereka akan menggunakan isu perkauman untuk melindungi kesalahan bagi menarik perhatian.Adakah dengan terus mempromosikan sifat perkauman yang semakin menebal, semakin tersoroklah kegiatan rasuah yang berleluasa?
Sekiranya ini benar, apa-apa gabungan politk yang masih berteraskan politk perkauman seharusnya dihentikan dan tidak lagi relevan kerana ia hanya melindungi kepentingan sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai topeng untuk melindungi kegiatan rasuah mereka dan bukannya membantu atau memperkasakan sesuatu kaum tersebut seperti yang dikatakan, seterusnya menghancurkan negara tercinta ini.
Kita terpaksa akui bahawa masalah perkauman sememangnya wujud di Malaysia tetapi apa yang menyedihkan adalah, kita masih mempunyai pemimpin-pemimpin yang menyokong isu tersebut dan bukannya membantu menyelesaikannya.

Zahid Hamidi gesa Mat Sabu ditahan kerana amal Syiah


Aksi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di PWTC. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 Disember, 2013.Aksi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di PWTC. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 Disember, 2013.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini memberikan kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan pemimpin kedua tertinggi PAS kerana didakwa mengamalkan fahaman Syiah.
Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur berkata, pihaknya mengetahui bahawa pemimpin nombor dua PAS itu mengamalkan ajaran Syiah.
"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang bertanggungjawab memegang portfolio agama.

Syiah: KDN beri kuasa pada Jamil Khir bertindak pada Mat Sabu..!!!

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, kementeriannya memberi kuasa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mengambil tindakan kepada Timbalan Presiden Mohamad Sabu yang didakwanya berfahaman Syiah.

NONE"Alangkah baiknya PAS mempunyai keberanian dan menyatakan komitmen politiknya untuk menolak pemimpin Syiah yang menjadi salah seorang pemimpin parti itu.

"Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS. PAS ketepikan perbezaan politik. Ini soal akidah dan keselamatan negara. Kita hairan bagaimana PAS memilih pemimpin Syiah untuk menjadi orang nombor dua (Mohamad) dalam PAS.

"Jangan berselindung, Jamil Khir, KDN (Kementerian Dalam Negeri) beri kuasa, ambil tindakan pada pemimpin PAS (itu)," kata naib presiden Umno itu semasa ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung tahunan parti itu hari ini.

Zahid bagaimanapun hanya menyebut "orang nombor dua" PAS tanpa menyebut secara langsung nama pemimpin PAS itu.

Mohamad Sabu dipilih sekali lagi sebagai timbalan presiden dalam pemilihan PAS baru-baru ini.
Mohamad ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.

"Tak boleh komen. Saya tak dngar sendiri," katanya ringkas melalui SMS jawapan kepada Malaysiakini.

PAU2013: Mungkinkah kenaikan tarif elektrik akan dibatalkan petang ini?


Hari ini merupakan hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2013. Antara isu yang disentuh dalam perbahasan kali ini ialah mengenai kenaikan elektrik sebanyak 15% mulai Januari depan. Ramai menyifatkan kenaikan itu tidak wajar, bukan saja kerana TNB mencatat untung yang banyak iaitu kira-kira RM4.6 bilion pada tahun lepas tetapi juga kerana rakyat turut dibebankan dengan kenaikan minyak dan gula sebelum ini.
Jika sebelum ini, dalam kenaikan minyak dan gula, suara-suara dalam Umno ramai yang bersetuju dengan kewajarannya tetapi kenaikan elektrik ini mendapat respons yang sebaliknya. Bukan saja suara bantahan itu dapat didengar melalui ucapan perwakilan dalam perbahasan, malah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut menyuarakan bantahannya terhadap kenaikan itu dalam ucapan semasa perhimpunan Pemuda pada Rabu lalu.
KJ menyifatkan kenaikan letrik ini tidak wajar kerana TNB mencatat untung besar dan seharusnya memikirkan juga kepentingan rakyat manakala perwakilan dari Kedah, Osman Aziz pula berkata, dengan pelbagai kenaikaj sebelum ini, rakyat ini bertanya, "apa akan naik lagi selepas ini?"

Nak berunding ni, dengan PAS atau PR? Jangan yang lain digeletek, yang lain pula yang geli...

Cadangan UMNO, untuk bermuzakarah dengan PAS di sambut oleh Anwar Ibrahim dengan cadangan supaya UMNO berbincang dengan Pakatan Rakyat. Anwar berkata UMNO patut memulakan perbincangan dengan PR. Nampaknya DAP juga menumpang untuk bersama-sama turut berbincang dengan parti yang dikatakan oleh Anwar memenangi pilihanraya dengan pertolongan 40,000 pengundi dari Bangladesh itu.
Ramai juga tersentak dengan cadangan Anwar itu dan telah mendapat reaksi yang tidak selesa dari pimpinan dalam UMNO. Mukhriz Mahathir berpendapat perbincangan dengan Anwar dengan Pakatan itu adalah ‘unnecessary’. UMNO hanya mahu berunding dengan PAS sahaja bukan dengan Pakatan Rakyat yang termasuk DAP.
Ramai lagi pimpinan dalam UMNO berpendapat berunding dengan Anwar hanya membuang masa sahaja dan diantara yang berpendapat demikian ialah Shahrizat Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Rata-rata yang berhubung dengan saya hari ini tidak merasakan perlu perundingan itu diadakan dengan Anwar kerana cadangan dari UMNO itu ialah untuk berbincang dan berunding dengan PAS untuk menyatukan dan meleraikan masalah diantara orang melayu dan Muslim.
Nampaknya DAP tidak mahu ketinggalan dalam perundingan ini kerana takut tertinggal dalam perebutan kuasa ini setelah DAP tidak mengotakan janji-janjinya untuk menjadi parti berbilang kaum dalam erti kata sebenarnya. Mungkin DAP sudah terbau yang parti itu tidak mungkin dapat sokongan dari orang Melayu dalam PRU yang akan datang kerana rekodnya semasa dalam PRU yang lalu.
Tetapi DAP adalah parti politik yang boleh memungkin apa-apa sahaja untuk berlaku asalkan dapat bersama merasa kuasa. Mereka telah mendapat sedikit kuasa itu di P Pinang. DAP juga mengambil kesempatan untuk bersama berunding dalam isu ini. DAP menyokong sepenuhnya cadangan Anwar ini dan ini lah kali pertama unjuran DAP untuk berunding dengan UMNO, musuh ketatnya sejak dari dulu.

'Tak duduk minum teh pun boleh muzakarah' - Muslimat PAS kepada Wanita Umno

Siti Zailah Mohd Yusoff 
SHAH ALAM -  Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff menyatakan keraguan dengan pelawaan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk memulakan muzakarah dengan sesi minum teh bersama.
 
Siti Zailah berkata, walaupun Muslimat terbuka dengan ajakan tersebut namun niat sebenar Shahrizat masih diragui.
 
"Kita tak mahu hanya gimik sahaja, mungkin juga gimik sahaja.
 
"Hanya nak ambil gambar yang dimasukkan dalam akhbar atau dilaporkan media kita duduk bersama minum teh, tetapi tak ada sebarang perbincangan atau penyelesaian.
 
"Lagipun saya 'kenal' benar dengan Shahrizat, sudah lama kenal, saya selalu bertembung dengan dia di Parlimen," katanya kepada Sinar Harian Online.
 
Terbaru, Wanita Umno menyatakan kesediaan untuk memulakan langkah pertama bermuzakarah dengan Dewan Muslimat Pas sebaik Perhimpunan Agung Umno (PAU) kali ini selesai.
 

PAU2013: 'Songket dedah pemakainya dara atau janda...'



Perwakilan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif mencuit hati hadirin sewaktu perbahasan usul agama di Perhimpunan Agung Umno 2013 pagi ini.

Arifin menceritakan tentang adat pakaian Melayu yang mempunyai maksud tersirat.

Beliau memberi contoh pakaian tradisi seperti baju kurung, baju melayu dan kain songket.

Menurut beliau, baju kurung dinamakan sedemikian kerana ia 'mengurung' pemakainya supaya bertepatan dengan syariat Islam.

"Kalau pakai samping pula, jika sampingnya atas lutut kalau bujang, bila sudah kawin samping bawah lutut. Jika Ulama, satu pelempang bawah lutut, jika dia orang bergelar (kenamaan) tiga pelempang bawah lutut," kata beliau.

Beliau menambah cara wanita memakai songket turut mencerminkan status pemakainya.

"Songket kalau wanita pakai, kepala kain di hadapan, dia seorang perempuan bujang, kalau kepala songket di belakang, seorang wanita berkahwin, sebelah kanan orang bergelar, kiri seorang janda," tambahnya, menyebabkan Pengerusi Tetap, Tan Sri Amiruddin Badalrudin tergelak besar.

Putrajaya perlu pertimbang keputusan kalimah Allah kerana bertentang Al-Quran, kata sarjana Amerika

Imam Shamsi Ali dari New York menggesa Putrajaya perimbang semula keputusan kalimah Allah. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 Disember, 2013. 
Imam Shamsi Ali dari New York menggesa Putrajaya perimbang semula keputusan kalimah Allah. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 Disember, 2013.

Sarjana Islam terkenal dari New York yang juga pemimpin masyarakat menggesa Putrajaya memandang serius keputusan melarang penganut Kristian menggunakan kalimah Allah kerana bertentangan dengan ajaran Al-Quran.
Imam Shamsi Ali berkata kepada The Malaysian Insider, sebagai umat Islam, beliau tidak dapat menerima keputusan Mahkamah Rayuan kerana "meremehkan kebesaran Tuhan".
"Saya tidak dapat menerimanya kerana pada saya ia bersabit kepercayaan.
"Keputusan itu merendahkan kekuasaan Tuhan Maha Berkuasa, Maha Pencipta, Maha Esa dan Tuhan kepada 1.5 bilion penduduk dunia," katanya yang menyebut keputusan itu mengehadkan Tuhan hanya kepada orang Islam.
Beliau berkata demikian semasa menghadiri Konvensyen Keamanan Global 2013 di Kuala Lumpur.
Sebahagian 400 peserta dari 40 buah negara menghadiri konvensyen empat hari itu yang bertemakan "Perpaduan dalam Kepelbagaian: Membina Keutuhan Sosial melalui Aspirasi Sejagat, Prinsip dan Nilai".
Topik yang dibincangkan termasuk "Etnik global untuk masyarakat sederhana dan menyeluruh", “Bagaimana generasi muda hari ini membentuk dunia hari esok" dan "Bagaimana globalisasi memberi kesan kepada institusi kekeluargaan".
Mengulas lanjut, Shamsi berkata surah pertama dalam Al-Quran tidak menyebut tuhan orang Islam atau raja orang Islam tetapi disebut sebagai Tuhan sekalian alam dan Raja Manusia.
"Maka apabila kerajaan mengehadkan Tuhan kepada orang Islam sahaja, secara asasnya bertentangan dengan ajaran Al-Quran yang bersifat sejagat," katanya.

PRU14 jadi “Tsunami Kristian” jika tujuh ancaman kepada Melayu-Islam tidak ditangani - Perkasa



 
Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Zulkifli Noordin (gambar) mengatakan terdapat tujuh ancaman kepada Melayu-Islam dan jika tidak ditangani akan mampu menukar keputusan Pilihan Raya Umum ke-14  (PRU14) menjadi "Tsunami Kristian".
Zulkifli menggariskan tujuh ancaman kepada survival perjuangan Melayu-Islam di Malaysia iaitu parti Pakatan Rakyat (PR), Singapura, badan bukan kerajaan (NGO) liberal, gerakan Kristianisasi dan Melayu liberal.
“Kalau Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dilabel sebagai 'Tsunami Cina', saya tidak terkejut sekiranya PRU14 kelak akan menjadi 'Tsunami Kristianisasi',” katanya dalam akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini.
Selain itu katanya, DAP adalah ancaman utama bagi bangsa Melayu-Islam kerana sikap cauvinis, rasis, ekstremis dan anti Melayu-Islam begitu menebal dalam parti itu.
“Sikap perwakilan DAP menjerit ‘boo’ kepada Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi apabila dalam keadaan terpaksa meminta maaf atas keceluparan memanggil kakitangan Majlis Perbandaran
Pulau Pinang (MPPP) yang kebanyakannya berbangsa Melayu dengan gelaran 'kucing kurap' membuktikan betapa cauvinis dan rasisnya mereka ini.
“Meminta maaf kepada orang Melayu seperti sesuatu yang hina untuk dilakukan! Ingat semula kenyataan Ketua Publisiti DAP Tony Pua yang melabel pegawai dan kakitangan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebagai 'anjing Umno' cukup membuktikan sikap cauvinis, ekstremis dan pelampau perkauman mereka,” katanya.

Belajar dari Denmark, negara paling bersih rasuah

Muhammadd Imran Ismail

Global Transparency International telah mengeluarkan laporan Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perceptions Index) bagi tahun 2013. Badan Ketelusan Antarabangsa yang berpangkalan di Berlin, Jerman tersebut telah menyusun senarai 177 buah negara mengikut darjah di mana rasuah dianggap wujud berdasarkan data hasil penilaian dan tinjauan.
Senarai tahunan yang dikeluarkan pertubuhan itu sering dijadikan kayu ukur kepada parti politik, pihak polis, sistem keadilan dan perkhidmatan awam dalam mengukur tahap dan usaha memerangi rasuah bagi sesebuah negara.
Perkataan rasuah mungkin memberikan konotasi dan maksud yang berbeza-beza. Pertubuhan ini mentakrifkan rasuah  sebagai penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan untuk keuntungan peribadi. Dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Malahan, perkataan “rasuah” itu sendiri berasal daripada perkataan arab yang berbunyi “al-risywah” yang bermaksud “suap”.
Dalam laporan tersebut, Malaysia telah menduduki tangga ke-53 menyaksikan kenaikan satu anak tangga daripada kedudukan ke-54 berbanding 2012. Malaysia mendapat 50 markah iaitu naik satu mata berbanding 49 markah pada tahun sebelumnya berdasarkan penilaian skor daripada 0 ke 100 (0 paling tinggi rasuah ke 100 paling bebas rasuah).
Purata markah indeks rasuah seluruh dunia adalah 43 dengan hampir 70% negara di dunia ini mendapat kurang daripada 50 markah. Pencapaian dan peningkatan kecil yang diperolehi tidak bermakna Malaysia sudah boleh berpuas hati dan mendabik dada.
Kita seharusnya menoleh ke arah negara yang berada unggul di tangga teratas dalam senarai tersebut. Denmark dan New Zealand berkongsi tempat pertama dengan 91 markah iaitu hampir bersih daripada gejala rasuah.
Sememangnya adalah tidak wajar kita membandingkan Malaysia dengan Denmark. Negara Skandinavia itu jelas mempunyai saiz negara lebih kecil dengan bilangan penduduk hanya 5.6 juta orang, dan mempunyai KDNK per kapita jauh lebih tinggi. Tetapi, adalah wajar untuk kita mengambil ibrah serta telusuri kenapa dan bagaimana negara tersebut secara berterusan berada di kelompok teratas sebagai negara hampir bersih rasuah sejak Indeks Persepsi Rasuah mula diperkenalkan pada tahun 1995.
Sejarah Denmark dalam memerangi rasuah
Untuk belajar cara Denmark menangani rasuah, kita haruslah membelek lembaran sejarah sejak tahun 1860. Sewaktu pemerintahan Raja Christian VII dan diikuti oleh anaknya Raja Frederik VI, negara Denmark sudah mula memperangi korupsi.
Tindakan keras secara seksaan kepada pesalah dikenakan dikalangan kakitangan istana yang memberi dan menerima sogokan. Namun, Raja Frederik VI mendapati undang-undang secara keras tersebut tidak dapat mengurangkan kadar rasuah, lalu Raja tersebut meningkatkan gaji pekerja di samping memberikan pencen yang berpatutan. Raja Frederik VI berpendapat punca rasuah terjadi adalah kerana gaji yang diterima oleh pegawai istana terlalu rendah dan juga disebabkan peri kehidupan yang daif.
Sementelahan itu, Raja tersebut turut mengambil pemeriksa dari luar untuk memeriksa akaun negara dan membenarkan kebebasan kepada rakyat untuk bersuara bagi mendedahkan sebarang kejadian rasuah. Secara tuntasnya, kita boleh lihat sejak 150 tahun yang lampau, negara Denmark sudah mula mengambil prakarsa bagi membendung gejala rasuah yang nyata boleh membobrokkan sesebuah negara dan hasilnya boleh dilihat kini. Ini kerana, tempoh waktu yang singkat sudah tentu tidak mampu mengubah amalan korupsi yang telah menjadi kudis dalam masyarakat dalam sekelip mata.
Pemerintahan dan pentadbiran yang telus

Same old, same old when Umno talks about “ekonomi Melayu”



The Umno general assembly at the Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur, focuses on issues affecting Malays and Bumiputeras. – The Malaysian Insider pic, December 7, 2013. 
The Umno general assembly at the Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur, focuses on issues affecting Malays and Bumiputeras. – The Malaysian Insider pic, December 7, 2013.

The preamble to the resolution on economics at this year's Umno general assembly stated that it would be different from the previous years.
Yet after former second finance minister Datuk Seri Awang Adek Hussein finished his speech, the journalists who've covered past assemblies rolled their eyes, as they tried to dig out what was new.
Much of Awang Adek's seven-point speech was about demands for quotas, loans and openings in the government machinery and government-linked companies (GLCs) for Bumiputeras. That is, Malay entrepreneurs’ demands that are always expressed whenever the Umno grassroots meet to talk about the future of the Malay economy.
The main difference this time was that all of them seized on the new statistic provided by their president – Bumiputeras made up 67% of the population – to press their case for even more aid to reach that ideal target of 30% Bumiputera ownership of wealth in the country.
It’s a familiar ritual: Umno tells the government that more loans need to be given and more contracts are needed to develop Malay small and medium enterprises.
Failure to do so would make the Malays “slaves in their own lands” to “foreign races” which is a code word for non-Bumiputera Chinese (and sometimes Indians).
This time, delegates justified the help for Malays and Bumiputeras on the grounds that they were the ones who handed Umno its 88 seats and returned Barisan Nasional to power.
Yet many of the speakers who debated the economics resolution don’t seem to realise that they are trampling over familiar ground.
More importantly, why despite all that was done by three presidents and prime ministers, starting with Tun Dr Mahathir Mohamad to develop Malay entrepreneurs, has Umno still not reached its 30% wealth share target?

Adakah muzakarah PAS-Umno akan berlaku?

Dato’ Phahrolrazi Mohd Zawawi

Telah sekian kali isu muzakarah PAS -Umno menjadi bualan umum dan terpampang di dada-dada akhbar.
Isu muzakarah PAS-Umno tercetus semula apabila Presiden PAS Abdul Hadi Awang semasa memberi ucapan penggulungan pada Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam baru-baru ini menyatakan kesediaan PAS untuk bermuzakarah dengan Umno.
Apa yang tersirat dalam pemikiran Presiden PAS menyebabkan beliau mengulangi perkara ini ? Sedangkan kita sedia maklum muzakarah PAS-Umno telah disebut lebih dua dekad lalu tetapi tidak pernah menjadi kenyataan.
Setiap kali timbul isu muzakarah PAS-Umno, pemimpin-pemimpin politik dan NGO memberi kenyataan media dan komen masing-masing. Terkini,  dalam majlis perasmian Persidangan Agong Pemuda Umno, Ketua Pemuda Khairi Jamaludin menyambut baik cadangan muzakarah ini.
Adakah kali ini akan menjadi kenyataan ? Ia sukar diramal kerana sehingga kini kedua-dua pihak PAS dan Umno sekadar mengeluarkan kenyataan untuk siaran media tetapi belum ada tindakan susulan iaitu rundingan wakil kedua-dua pihak mengatur untuk majlis ini berlangsung.
Kenapa begitu sukar sekali untuk PAS dan Umno duduk semeja bermuzakarah mengenai kemaslahatan Umat Islam ?
Pertama, sebagai pertubuhan politik PAS dan Umno tidak boleh lari daripada mengambil kira kepentingan politik dalam apa sahaja tindakan lebih-lebih lagi kedua-duanya bertarung di atas gelanggang yang sama. Hampir semua kawasan pilihan raya PAS bertanding menghadapi Umno cuma Umno menggunakan lambang dacing bagi mewakili Barisan Nasional (BN).

Hidup 1Melayu!

Jika tidak berhati-hati, slogan “1Melayu” dan frasa “Sunnah wal Jannah” akan dimanipulasi ultra kiasu.

Terus-terang, saya tidak terkejut dengan saranan Datuk Musa Sheikh Fadzir supaya slogan muluk “1Malaysia” digantikan dengan ucapan “Salam 1Melayu”. Sebaliknya saya menyokong pandangan beliau yang dikemukakan pada 5 Disember 2013.
Mungkin Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan wanita anggun, Datin Seri Rosmah Mansor terkejut dan kecewa dengan “sokongan terbuka” yang saya berikan terhadap gesaan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang itu.
Sebenarnya, slogan “1Malaysia” diperkenalkan dalam keadaan “separuh masak” pada April 2009. Atas sebab itulah juga sehingga kini tidak ada seorang pun anggota Kabinet dan pemimpin parti-parti komponen BN yang akan mampu menjelaskan secara tepat apakah makna sebenar slogan tersebut.
Atas sebab itulah juga seawal 19 Oktober 2010, apabila ditanya orang, saya akan mengatakan bahawa saya lebih memilih “7Malaysia”. Lalu orang akan bertanya “Mengapa 7Malaysia, sedangkan ada satu negara Malaysia sahaja?” dan saya akan menjawab “Mengapa pula perlu meletakkan angka 1?”
Maka akan berhujahlah orang-orang yang “separuh masak” bahawa slogan “1Malaysia” menggambarkan semangat “rakyat Malaysia yang bersatu-padu” dan entah apa-apa lagi ayat-ayat retori tanpa makna. Sebahagian hal ini (termasuk laporan di akhbar) ada saya dokumentasikan di blog.
Jika benarlah segala hujah itu, mengapa pula Musa tiba-tiba tampil “mendedahkan” konsep sebenar penggunaan slogan itu? Berdasarkan hujah wakil Pulau Pinang itu sempena Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), slogan “1Malaysia” tidak sesuai digunakan kerana “kaum lain” gagal membantu Umno Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
“Kita tak payah lagi cakap 1Malaysia; tukar kepada 1Melayu. Buat apa nak tolong depa (mereka); kita tolong depa, depa tikam belakang kita,” tegasnya sepertimana dilaporkan media.

Lebih 38,000 mangsa banjir Pahang berteduh di pusat pemindahan

           
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, mereka yang dipindahkan setakat pukul 9 pagi ini membabitkan daerah Kuantan, Pekan, Temerloh, Jerantut, Rompin, Maran, Lipis dan Bera.
              
"Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 32,880 orang yang ditempatkan di 38 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
              
Katanya di Pekan 3,464 mangsa ditempatkan di 26 pusat pemindahan, Temerloh (839 orang di 22 pusat pemindahan), Jerantut (392 orang di 10 pusat pemindahan), Maran (183 orang di lima pusat pemindahan), Rompin (172 orang di empat pusat pemindahan), Bera (116 orang di lapan pusat pemindahan) dan Lipis (53 orang di empat pusat pemindahan).
              

Sementara itu, beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km14 Jalan Temerloh-Bahau. - Bernama

Anak muda bosan isu muzakarah


Suhaizan

NIZAM ZAIN
KUALA LUMPUR - Pemuda Pas mendakwa golongan muda berasa 'bosan' dengan isu muzakarah yang banyak kali dicadangkan namun tiada pelaksanaannya walaupun ia mendapat maklum balas daripada pimpinan Umno-BN.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Pas lalu itu baik, namun kedua-dua pihak dilihat tidak serius untuk merealisasikannya dan isu itu terus lenyap begitu sahaja seperti sebelum ini.

"Saya lihat anak muda bosan dengan isu muzakarah, berkali-kali disebut tetapi tiada pelaksanaan.

"Anak muda mahu kedua-dua pihak laksanakannya dengan baik, bukan sekadar buat cadangan dan tutup tanpa penyelesaian," katanya semasa sesi wawancara eksklusif bersama Sinar Harian Online di Pejabat Agung Pas.

Banjir: Punca Bantuan Lewat Dihantar...Tunggu Beg Siap Dicetak...!!!


Rakyat sudah mula mempertikaikan mengenai beberapa keping gambar dimana beberapa anggota tentera dirakam sedang memunggah bungkusan dengan logo dan lambang dacing BN untuk di agih-agihkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kemaman Terengganu.

Alasan Logistik Yang Kantoi...!!!!

PAU2013: Meritokrasi, kuota tidak untungkan Melayu

Wakil Melaka berkata, meritokrasi hanya menguntungkan orang yang lebih kuat

KUALA LUMPUR: Wakil Melaka Datuk Akbar Ali berkata sistem meritokrasi dan sistem kuota tidak menguntungkan orang Melayu.
Beliau berkata, meritokrasi hanya menguntungkan orang yang lebih kuat.
Sebagai contoh katanya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasioinal.
“Apabila perlaksanaan PTPTN ditukar dari pinjaman kepada biasiswa, 63% dinikmati oleh bukan Melayu,” katanya membahaskan usul ekonomi di Perhimpunan Agung Umno di PWTC petang ini.
Akbar juga meminta kerajaan membantu kaki tangan awam sebagai tanda membantu orang Melayu.
Katanya, orang Melayu dalam sektor awam adalah 69% manakala sektor swasta 27%.
“Kalau nak tolong orang Melayu kena tolong orang Melayu,” katanya.
Beliau turut menekankan supaya perkongsian kerajaan dan swasta diperkuatkan.

PAU2013: Selepas tiga hari perhimpunan, Umno semakin hilang sentuhan

Isu yang dibahaskan oleh para perwakilan memperlihatkan seolah-olah ahli Umno  tidak hidup di bumi nyata kerana tidak mempunyai relevansi dengan keadaan semasa. Gambar The Malaysian Insider.
Isu yang dibahaskan oleh para perwakilan memperlihatkan seolah-olah ahli Umno tidak hidup di bumi nyata kerana tidak mempunyai relevansi dengan keadaan semasa. Gambar The Malaysian Insider. 

Sepanjang tiga hari Perhimpunan Agung Umno 2013 berlangsung, isyarat diberikan oleh parti Melayu terbesar itu adalah mereka semakin hilang sentuhan dengan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Di kala orang ramai dikejutkan dengan pelarasan demi pelarasan subsidi, daripada minyak, gula dan terbaru elektrik, perbahasan perwakilan Umno dalam perhimpunan kali ini memperlihatkan mereka seolah-olah tidak hidup di bumi nyata sehingga ada yang mencadangkan Putrajaya perlu melahirkan lebih banyak jutawan Melayu untuk memastikan Islam terbela.
Semalam Datuk Mohd Haniff Koslan dari Umno Selangor menegaskan, jutawan di kalangan kaum Melayu masih kecil jika dibandingkan dengan kaum lain, hanya lapan orang daripada 50 jutawan (16%) di negara ini.
"Jutawan Melayu penting sebab orang Melayu beragama Islam. Bila orang Melayu kaya, Islam terbela," katanya semasa membahas ucapan dasar Presiden Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur petang semalam.
Lebih parah lagi apabila perwakilan Umno Pulau Pinang Datuk Shabudin Yahaya mencadangkan agar kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan dengan menambah istilah "Ahli Sunnah Wal Jamaah" bagi mengekang penularan ajaran sesat dan fahaman Syiah.

Wajah UMNO Sebenar...!!!

Filem 2012
Filem 2013

Anwar, the Lone Ranger?

Narinder Singh

Is Anwar courting Umno to save his own neck?

Is Pakatan Rakyat shrivelling away to the point that they may loose the momentum before the next general election?
With the recent moves made by their affiliate PAS in opening possibilities to Umno to form a united Malay stand in the country with Islam as the foundation and binding factor, Pakatan may well be losing their Malay support.
After all how many Malays have benefited under the Pakatan umbrella, and Anwar has definitely lost significant magnetism in keeping his loyal supporters.
Just take Khalid Ibrahim, the Selangor Menteri Besar for an example. Despite projecting a calm image on the front, it is obvious that he has broken ranks with his party boss, Anwar.
If there was one party that took on the tide and piggy-backed Pakatan in the last general election, it is the DAP. DAP knew that with the Malays backing Pakatan, it will be a golden opportunity to get their votes, especially in grey constituencies.
And that is what exactly happened. The so-called ultra-modern Malays, in particular young urbanites, were too carried away and bit the bait with all the various promises made by Pakatan for them.
It was crystal clear that the Chinese tsunami did turn the tables on Barisan Nasional. And it will be foolish to dream on that they will have a change of hearts come the next general election.
BN can kick MCA and Gerakan out for all you care as they will never in the next millennium be able to harness Chinese support back, no matter how much more money they throw to them.
Umno and the rest of their partners may well keep their voters happy in Sabah and Sarawak. Forget about the Chinese here. They are gone for good to the DAP, not even Pakatan.
As mentioned, Pakatan was just the initial catalyst that has outrun its own function by providing DAP the Chinese support.
Now, that brings us to ponder what will Pakatan do when they are basically left with only non-Umno Malay support?

Pakatan looks jaded and tired

 There must be renewal, rejuvenation and a fresh approach and fresh impetus in the way of doing things.

At this point in time, Barisan Nasional seems to be gaining momentum while Pakatan Rakyat seems to be pushed into a corner. One thing for sure is that Pakatan must put some semblance of order in its house in due course so as to avoid floundering during the Sarawak state polls which must be held by 2016 the latest.
Recently though, Pakatan leaders have been finding themselves on the receiving end in the Selangor state assemblymen salary hike issue.
A salary hike is okay but an increase of over 100% is difficult to be explained although it may be justified as the PKR-led Selangor state government can afford it.
Still, this state government which has always boasted about its financial prudence as one of the hallmarks of its administration is now finding itself in a tough spot due to this salary hike move.
What more when Pakatan has always touted that Selangor is a model of cost-conscious management and wise administration.
This being the case, a too-substantial salary hike will certainly be frowned upon by some members of the public at times like this. Yes, the timing is way out indeed.
Of course BN leaders are also having a field day attacking Pakatan over this issue but if the MPs’ salary is also hiked up tremendously, then it is a case of pot calling the kettle black.
Back to the Selangor matter, doing damage control after the pay rise is announced shows that Pakatan leaders did not act in cohesion nor was there much discussion before this move was implemented.
In future any major change in policy involving administration and finance should be discussed and a general consensus be reached before implementation because blunders like this can cause fence-sitters to swing their vote towards BN.
In addition to proper discussion before execution, Pakatan’s plans must also be clearly explained to the citizens.

UMNO hanya layak perintah sebuah Pulau Terpencil sahaja..!!!

Saya percaya bukan semua pemimpin UMNO bodoh. Ada yang tahu UMNO dan negara tidak boleh dibangunkan atas landasan kebencian dan pembohongan. UMNO tidak boleh bertahan jika terus menerus menjuarai rasuah, salah guna kuasa,ekstremisme, incompetence dan perpecahan dalam masyarakat. Bila pemimpin UMNO mahu sedar dari kegilaan mereka? 
Ini bukti yang sangat nyata, UMNO tidak ada kepimpinan dan Najib sebenar nya seorang pemimpin yang kosong lagi lemah. Jika ibarat UMNO itu sebuah kapal, anak2 kelasi kena tukar nakhoda supaya kapal selamat.
Apa sudah jadi kepada wasatho dan wasathiyah?
Cakap2 seperti 1Melayu, cipta jutawan Melayu, peduli apa orang anggap kita rasis semua cakap orang bodoh. Kalau duduk atas pulau berasingan, layak. Sebagai seorang Melayu saya sudah nyatakan kalau serius mengapa tidak beri setiap Melayu yang layak sumber pengkayaan secara lansng? Kenapa beri kepada yang terpilih, orang dan institusi pertengahan?  Kenapa kita mahu mengulangi strateji yang salah? Kerajaan beri RM54 billion saham, sibingung UMNO jual RM52 billion dan hanya tinggal RM2 billion. Senaraihitamkan semua penerima yang menjual saham ini dan haramkan mereka mendapat apa apa lagi.
Kenapa beri Vincent Tan ribuan ekar tapi orang Melayu nak dapat 2 ekar pun susah? Mengapa tidak merdekakan tanah reseb Melayu supaya pemilik tanah reseb Melayu miliki tanah yang berharga tinggi. Jika jual mereka boleh jadi jutawawan.

DAP, PKR PAS difitnah tak apa asal jangan UMNO...Hebatkan..!!!

PAU2013: Rakyat tanya, apa lagi naik lepas ini, kata perwakilan Umno Kedah

Ekoran kenaikan mendadak harga beberapa barangan keperluan asas selepas Pilihan Raya 2013, termasuk terbaru kenaikan kadar 15% bekalan elektrik, perwakilan Umno dari Kedah Datuk Osman Aziz berkata, rakyat kini tertanya-tanya apa lagi harga barangan akan naik selepas ini.
"Bila minyak, gula dan terbaru elektrik naik, rakyat tertanya-tanya apa lagi nak naik lepas ni," kata Osman dari Jerlun.
Beliau yang membahaskan ususl ekonomi sempena Perhimpunan Agung Umno menegaskan, rakyat merasakan tidak masuk akal sekiranya kadar ekonomi meningkat, kenapa harga barangan-barangan berkenaan perlu naik.
Pembangkang jelas Osman melihat isu-isu kenaikan harga barangan keperluan asas itu sebagai "bola tanggung" dan memberikan kelebihan kepada mereka dengan serangan-serangan di laman media sosial.
"Mereka cuba nak jadi juara rakyat. Media pembangkang mula mencanangkan pemikiran negatif," katanya.
Justeru, beliau mengharapkan tindakan proaktif Putrajaya untuk menjawab segala isu berkenaan dan tidak lagi bergantung dengan strategi bersifat defensif.