Jumaat, 6 Disember 2013

Kena Taubat Dan Bangsat: Dulu boleh la ko temberang dan cakap belit bung dan kak jat ooi, skrg zaman youtube...!

Bung: Saya tak persenda usul darurat

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Raden tidak mengaku mempersendakan rakan sejawatnya di Kuantan Fuziah Salleh ketika membuat usul melaksanakan darurat di Kuantan Rabu lalu.
Malah, ahli Majlis Tertinggi Umno dari Sabah itu turut mahu Fuziah "bertaubat" kerana menipu dan sengaja mahu mendapatkan simpati.
"Kenapa beliau ada di Dewan Rakyat sedangkan rakyat memerlukan beliau (di kawasan banjir). Dulu masa Lynas, beliau sanggup berminggu-minggu duduk di Kuantan untuk berdemo," kata beliau ketika ditemui di lobi Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Menurut Bung Mukhtar, Ahli Parlimen Paya Besar, Abdul Manan Ismail yang sepatutnya membentangkan usul pada hari sama telah terus pulang ke Kuantan untuk membantu rakyat di situ.
Beliau yang juga pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) turut menafikan tidak memperdulikan nasib mangsa banjir tersebut.
"Sebelum Fuziah buat usul, Felcra dah hantar bantuan makanan di Kuantan saya arahkan hantar makanan tapi saya terlupa menyentuh
"Ini bermakna saya betul-betul komitmen tinggi ke arah musibah rakyat bukan macam dia," katanya.
Portal Harakahdaily melaporkan hari ini yang Bung Mokhtar seolah-olah mempersendakan usul darurat akibat banjir yang dibawa Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, sebagai satu penghinaan kepada penduduk ibu negeri Pahang.
Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad berkata, usul darurat yang dibawa oleh Fuziah itu tepat kerana apabila diisytiharkan akan melibatkan bantuan tentera dan banyak agensi kerajaan bersegera turun bagi membantu penduduk.

"Berdasarkan rakaman video Bung Mokhtar kelihatan mengganggu ucapan Fuziah sambil tergelak, seolah-olah kesusahan dan nasib hidup atau mati mangsa-mangsa banjir di Kuantan hanyalah gurauan," Suhaimi dipetik sebagai berkata.


Shahrizat: Bangsat betul kenyataan pembangkang



Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil menyelar tuduhan pemimpin Umno lambat dan tidak mempedulikan nasib penduduk Pantai Timur khususnya Kuantan yang dilanda banjir besar.

Beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai 'bangsat' dan tidak berasas.

NONE"Memang pembohongan, memang bangsat betul kenyataan itu.

"Semalam presiden kita sanggup tinggalkan kita di dewan ini. Hanya setahun sekali kita berhimpun tetapi beliau tetap melawat tempat banjir," kata beliau dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Tambah Shahrizat, dewan persidangan lengang kerana ramai menteri, ahli Parlimen, ADUN, ketua bahagian dan perwakilan terutamanya dari Pahang, Terengganu dan Kelantan menumpukan aktiviti bantuan di kawasan terlibat.

"Saya nak tanya mana dia pembangkang? Dari apa yang saya dengar ahli parlimen Kuantan, Fuziah (Saleh) sibuk di Parlimen dan tidak kelihatan di mana-mana kawasan bencana," kata beliau.

Shahrizat turut mengumumkan bantuan dari Skuad Sayang Wanita Umno yang telah berada di tempat banjir membantu Kelab Putra Satu Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi terlibat dalam soal bencana.

Justeru beliau mahu penyokong dan pemimpin pembangkang untuk melihat dan menilai sendiri usaha pihak Umno dan BN dalam membantu perkara ini.

"Apa dia (pembangkang) buat kepada mangsa dan pengundi mereka di Kuantan dan Indera Mahkota hari ini?

"Jika tidak kerana perdana menteri, ADUN, menteri besar BN tidak ada, hanyutlah semua pengundi mereka di sana," kata beliau.


ANTARA DUA DARJAT: PAU2013 DAN RAKYAT JELATA DILANDA MUSIBAH



Inilah realiti yang tidak siapa boleh nafi ... rakyat di Kuantan dan Kemaman dua daerah yang cukup teruk dilanda banjir tetapi para perwakilan UMNO di PAU 2013 .
Termasuklah para pemimpin tertinggi suami isteri anak beranak boleh ada selera makan besar di PWTC malam tadi.Apa punya hati para perwakilan dan pemimpin-pemimpin UMNO ...
Langsung tidak ada rasa ehsan dan simpati langsung kepada rakyat bawahan yang sedang menderita kerana bencana banjir.

Bila nak undi pandai bermuka-muka buat muka sardin seposen .. bila rakyat dilanda duka dan kepayahan langsung tidak menunjukkan rasa simpati sedih sedikit pun.

Bung Mokhtar Dan Kak Jat Patut Malu Melihat Gambar2 ni...siapa yang bangsat dan kena bertaubat....!!!

Foto yang tak mungkin disiarkan dalam Utusan Malaysia atau Berita Harian,jauh sekali untuk mendapat liputan di TV3 atau RTM.Apa apa pun biar foto yang berbicara :

Setiausaha Agung PKR nafi Hamas mula inisiatif dialog BN-Pakatan

(Dari kiri) Saifuddin, Anwar dan Khalid Mishal dalam satu pertemuan semalam. Gambar ehsan Saifuddin Nasution.(Dari kiri) Saifuddin, Anwar dan Khalid Mishal dalam satu pertemuan semalam. Gambar ehsan Saifuddin Nasution.Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menafikan laporan sebuah portal berita yang mengatakan kemungkinan Khalid Mishal dari Hamas yang datang ke Malaysia untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2013 sebagai pihak memulakan inisiatif dialog diantara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Rakyat (PR).
Bagaimanapun menurut Saifuddin, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim lewat malam tadi, PR sentiasa mengambil sikap terbuka cadangan mengadakan dialog dengan BN terutama dalam perkara-perkara yang berkait kepentingan rakyat dan negara.
“Kalau secara kebetulan pertemuan di antara kedua mereka berlangsung di antara pertemuan Khalid Mishal dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beberapa hari sebelumnya, hal ini bukanlah bermakna pemimpin Hamas tersebut memulakan inisiatif ‘perbincangan’ di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat,” kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.

Lawan cukai tanah, bantah GST

Oleh H FANSURI
PENGALAMAN yang terlalu sedikit mengenai ‘penjajahan bentuk baharu’ di Kuala Lumpur berhubung tujuh buah kampung warisan ini bukan menafikan hak kita bagi menyelongkar bentuk penjajahan tanah dalam bentuk yang lain pula
Asalnya, daripada 17 buah kampung, kini sudah tinggal 7 buah saja, begitu kata Pak Daud di Kg Puah Seberang, Sentul.
Hari ini, penjajahan ini sudah hadir dalam wajah berlainan -- percukaian berganda dikenakan ke atas para penduduk kampung di ibu kota.
Tanah itu aset bagi mendapat duit. Sama ada tanah itu dirompak secara sah dan terhormat dengan perundangan atas nama kemajuan dan pembangunan, atau dikenakan kadar cukai keterlaluan, maka hajat kaum kapitalis itu adalah wang.
Kini, selepas Raja Nong Chik ditolak penduduk Kg Baru, maka mereka bertemu dengan musuh baru. Dan seteru baru ini didakwa kononnya kerabat diraja.
Terbaru, Tengku Adnan Tengku Mansor, dalam isu percukaian (cukai pintu), katanya, ia tidak akan dinaikkan dengan mendadak.
Bagaimanapun, rakyat perlu hatihati. Jaminan dan janji Umno ini selalu kosong.
Maka, jaminan baru ini secara tidak langsung mengundang tanggapan lain pula, iaitu cukai pintu tetap dinaikkan, tetapi ia dinaikkan secara senyap-senyap dan bukan dinaikkan secara mendadak.
Apa pun, cukai itu tetap naik juga. Bezanya, cuma antara mati mengejut, ajal mendadak tibatiba atau mati perlahan-lahan tanpa sedar. Apakah tidak boleh kadar cukai itu dilaksanakan seperti biasa?
Cukai pintu

IS UMNO AN INTELLIGENT PARTY? Let Rosmah use govt jet, her safety is PARAMOUNT

IS UMNO AN INTELLIGENT PARTY? Let Rosmah use govt jet, her safety is PARAMOUNTKUALA LUMPUR - In past decades, the quality of everything in Malaysia has been on a steep downtrend. Many of the savvy have attributed this to the fact that an insular culture was spreading and the "unintelligent" were taking control of the country via Prime Minister Najib Razak's Umno party.
Indeed, the ongoing Umno general assembly has given strength to this notion, with all sorts of bizarre calls being unabashedly made in the name of the Bumiputera or to be more precise, the Malays who form 70% of this classification of citizens.
On Thursday, a Youth delegate told his colleagues at the Umno assembly not to be worried by criticism about how they managed to accumulate wealth beyond their means.
It was a bare-faced thumbs-up for corruption. Yet Najib, who is himself dogged by scandals, maintained a deafening silence.
"Don't worry if you own a Land Rover, like our Youth chief (Khairy Jamaluddin Abu Bakar), or a Porsche Cayenne, like announced just now. Don't worry. This means you have capabilities (berwibawa), can control the economy and do everything," Johor delegate Khairul Anwar Rahmat had said on Thursday.
Stand-up comedy
But that was not the pinnacle of foolery and more foolery at the Umno congress.
Today, a delegate from the Federal Territories, Affandi Zahari told his colleagues not to bother with criticism about the lavish lifestyle and excessive spending of Prime Minister Najib Razak and his shopping-crazy wife Rosmah Mansor.
"Rosmah's safety is paramount and if anything happened to her, it will only upset Prime Minister Datuk Seri Najib Razak. This involves the security of his wife. If anything happened to her, it will affect him emotionally," said Affandi, who then slammed the Opposition for making such a big fuss over the issue.
"She was invited and it was an official trip. If she went on a holiday, even I will be unhappy."
Needless to say, he received applause from the audience, as to not clap would pit that person against the now powerful Najib faction.

Morality forgotten

Jangan tak jadi muzakarah PAS-Umno..!!!

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
ISU muzakarah PAS-Umno muncul lagi. Entah kali yang ke berapa. Kali ini ia tercetus ekoran kenyataan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan penangguhan di Muktamar Tahunan PAS ke-59 melahirkan kesediaan bermuzakarah dengan sesiapa sahaja (termasuk Umno) dalam usaha untuk melaksana undang-undang syariah Islam di negara ini. 

Setiap kali muncul isu muzakarah maka para pemimpin Umno akan menyahutnya dengan segera dan dalam nada yang tampak positif, kononnya untuk perpaduan dan penyatuan umat Islam di negara ini. Di hujung setiap siri isu ini berbangkit maka Umno akan muncul sebagai juara perpaduan ummah dan pihak yang sangat ikhlas. Manakala PAS akan menjadi pihak yang ‘angkuh dan menolak perpaduan’ apabila kononnya mengenakan pelbagai syarat terhadap Umno.
Babak stereotaip yang akan muncul selepas itu ialah PAS menolak perpaduan sesama Melayu/Islam sebaliknya lebih sedia berbaik dengan DAP yang kononnya musuh Islam. Isu ini menjadi momokan bertubi oleh Umno di kalangan masyarakat Melayu negara ini, akhirnya sokongan orang Melayu terhadap PAS merosot manakala Umno meningkat.
Sejak isu muzakarah Umno- PAS muncul kali pertama secara serius pada awal 1980-an, sehingga kini ia belum pernah menjadi kenyataan. Kepimpinan tertinggi kedua-dua parti itu tidak pernah bertemu secara rasmi untuk bermuzakarah. Suasana paling kondusif tercipta ialah apabila Presiden PAS, Almarhum Dato’ Fadzil Mohd Noor dan Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad berforum bersama di atas satu pentas berkongsi isu penderitaan rakyat Palestin pada tahun 2002. Itu sahaja.
Itupun bukan bermuzakarah isu dalam negara sebaliknya isu antarabangsa. Selepas itu semua cadangan bermuzakarah menjadi sia-sia.
Mengapa Umno begitu ghairah menyahut cadangan bermuzakarah dengan PAS? Benarkah Umno begitu teruja dengan perpaduan Melayu? Jika kita melihat batang tubuh Umno dari atas ke bawah berkali-kali serta melihat sejarah perjuangan parti politik bernama Umno maka sukar sekali untuk mempercayai parti yang kononnya berjuang atas rasis Melayu itu. Seperti kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, jangan tergoda dengan senyuman beracun Umno.
‘Umno’ (parti sekular) di manamana negara juga adalah sama jahatnya.

Death Knell from PWTC

Hooray- now we know UMNO is going to be finished come GE14. It does not know how to govern Malaysia, a land of many races, each a legal citizen with equal rights before the law. Najib speaks like he’s speaking to a bunch of nitwit JKKKs, sometimes mocking, sometimes raising his voice out of tune. He’s tuneless, out of sync and clueless.

There was nothing said about forging a unified nation. The 1Malaysia slogan is just that- a slogan that became a black hole sucking in money for the consultants. Instead you hear about Malay supremacy being bandied around. It’s ok if others call UMNO racists. Then why should UMNO detest if others are racists too?

UMNO has nothing to say about managing the economy other than talking about BR1M and hand-outs to keep the hoi poloi contented. Instead you hear about the shameless demand for making a few Malays rich because these Malays represent the Malays. Hence UMNO speaks nothing about the widening inequality- the top 5% Malay controlling 42% of the nation’s income while the bottom feeders, made contented by BR1Ms and hand-outs share 12% of the nation’s income.
UMNO speaks about preserving the AP system that has enriched a select few. The Bumiputera-fication of the economy actually means cornering business deals and government businesses by the select few. Bumputera means just that- the Puteras are in the forefront grabbing all resources while the Bumis are left behind. Hence the term bumiPUTERA.

PAU2013: Hentikanlah Gelak Ketawa, Zahid Hamidi Pula Janganlah Melawak Lagi

Perhimpunan Agung UMNO tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kali ini perhimpunan tahunan parti terbesar orang-orang Melayu itu diadakan dalam suasana beberapa negeri mengalami banjir besar dan puluhan ribu rakyat terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing serta tinggal di pusat-pusat pemindahan yang disediakan.

Negeri-negeri yang paling teruk mengalami banjir tahun ini ialah Terengganu, Kelantan, Johor dan Pahang.

Namun demikian, sebagaimana lazim dan sudah menjadi kebiasaan sejak dulu lagi, Perhimpunan Agung UMNO adalah umpama hari raya bagi orang-orang UMNO. Di sinilah mereka bergembira, bertemu kawan-kawan lama daripada serata negeri, berbual-bual dan ketawa dengan penuh suka.

Bagi mereka daripada luar Kuala Lumpur pula, ada juga yang seperti "lembu baru lepas dari kandang" setiap kali tibanya perhimpunan tahunan ini. Sepanjang perhimpunan UMNO berlangsung, Kuala Lumpur macam orang UMNO yang punya, di mana ada kelibat mereka dan dapat didengar suaranya.

Jika yang menjadi pemerhati sibuk berkeliaran, berbual-bual dan bertemu rakan di sekitar PWTC ini, para perwakilan yang berada di dalam Dewan Merdeka pula begitu asyik mendengar ucapan-ucapan perbahasan sepanjang tiga hari perhimpunan ini diadakan.

Perwakilan yang berpeluang berucap biasanya akan mengambil peluang ini menonjolkan kehebatan pidato masing-masing sambil membangkitkan pelbagai isu semasa yang sedang berlaku. Ada yang memuji pemimpin, mengecam pihak pembangkang, mempertikaikan peranan parti-parti komponen dalam BN serta menyerang kaum-kaum lain.

Dr Yusnan Hj Yusof | Kuliah Jumaat 06 Dec 2013

Doa menghadapi banjir oleh TGNA

TGNA | Kuliah Jumaat 06 Dec 2013

PAU2013: Petronas tak rugi, Umno fitnah Pakatan punca pelabur Taiwan lari

PengerangKUALA LUMPUR 6 DIS: Ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bahawa Petronas rugi hampir RM40 bilion akibat kempen Pakatan Rakyat adalah fitnah.
“Umno menjadikan penarikan pelabur Taiwan di Pengerang sebagai alasan untuk menghentam Pakatan Rakyat,” kata Pengerusi KEADILAN Terengganu Azan Ismail.
“Sedangkan projek (Rapid) di Pengerang itu belum berlaku. Hanya kos alternatif (dibelanjakan). Kos alternatif tak boleh dikira sebagai kerugian,” kata Azan kepada Keadilandaily.
“Contoh mudah ialah, apabila ada orang hendak melabur tetapi tak jadi. Takkanlah anggaran keuntungan yang tak diperolehi itu dianggap sebagai kerugian. Ini tak betul,” kata Azan.
Najib semalam dalam ucapan dasarnya di perhimpunan Agung Umno berkata, Petronas kehilangan pelaburan RM40 bilion akibat tindakan ‘khianat’ pembangkang Malaysia menabur fitnah di Taiwan.
Kenyataan Najib diulangi hari ini oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menggesa tindakan undang-undang kepada pihak yang dikatakan punca Petronas rugi hampir RM40 bilion akibat pelabur Taiwan menaik pelaburan di Pengerang.

Bermewah: Umno WP pertahan Rosmah guna jet peribadi, bil utiliti Seri Perdana melampau dan kenaikan tarif elektrik

Penggunaan jet peribadi oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk tujuan rasmi tidak wajar dipersoalkan kerana ia melibatkan isu keselamatan, kata perwakilan Umno Wilayah Persekutuan semasa perbahasan usul ekonomi hari ini.
Affandi Zahari, dalam perbahasannya, berkata keselamatan Rosmah wajar diutamakan kerana sekiranya berlaku sesuatu ke atas dirinya akan menyebabkan Datuk Seri Najib Razak sedih.
"Perkara ini melibatkan keselamatan isteri beliau (Najib), sekiranya berlaku sesuatu ia akan memberi kesan kepada emosi beliau," kata Affandi.
Beliau mempertahankan penggunaan jet peribadi Rosmah kerana ia telah pun diluluskan oleh Kabinet dan lawatannya ke Qatar adalah atas urusan rasmi.
"Beliau (Rosmah) ke sana atas jemputan dan ia secara rasmi. Bukan beliau melancong, saya juga tidak gembira jika beliau buat begitu," kata Affandi lagi.

Beliau juga membidas pembangkang kerana menjadikannya satu isu besar.

Khutbah Jumaat Jakim: Solat, doa tak guna jika amal rasuah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui khutbah Jumaat hari ini mengingatkan umat Islam mengenai bahaya rasuah kerana antara kesan buruk perbuatan itu adalah terluputnya ibadah solat dan doa akibat menggunakan sumber yang haram.
Menurut Jakim, sekiranya rasuah tidak segera dibanteras nescaya umat Islam akan terdedah dengan pelbagai malapetaka dan bencana dalam kehidupan akibat kemurkaan Allah.
“Bayangkan, alangkah ruginya kita disebabkan perbuatan ini, ibadah dan doa menjadi sia-sia. Justeru, ia menjauhkan kita daripada mendapat rahmat Allah.
“Rasuah hanya dilakukan oleh mereka yang tidak yakin dengan pengawasan Allah serta pembalasan-Nya di hari akhirat. Ingatlah bahawa setiap darah daging kita daripada hasil yang haram, tipu daya, khianat dan pecah amanah maka api neraka adalah tempatnya,” katanya melalui khutbah Jumaat hari ini yang bertajuk “Merakyatkan Usaha Membasmi Rasuah”.
Jakim turut menyifatkan mereka yang menolak rasuah adalah manusia hebat kerana menjamin kesinambungan keturunan beriman dan berintegriti serta meningkatkan martabat organisasi warga pengurusan.
Kata badan itu, mereka yang menjauhi rasuah dapat meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pemimpin berani memerangi rasuah serta membuktikan amalan ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji yang diamalkan berjaya mencegah diri daripada terlibat dengan najis rasuah.

PAU2013: Bangsat betul kenyataan pembangkang - Kak Jat

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil menyelar tuduhan pemimpin Umno lambat dan tidak mempedulikan nasib penduduk Pantai Timur khususnya Kuantan yang dilanda banjir besar.

Beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai 'bangsat' dan tidak berasas.

NONE"Memang pembohongan, memang bangsat betul kenyataan itu.

"Semalam presiden kita sanggup tinggalkan kita di dewan ini. Hanya setahun sekali kita berhimpun tetapi beliau tetap melawat tempat banjir," kata beliau dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Tambah Shahrizat, dewan persidangan lengang kerana ramai menteri, ahli Parlimen, ADUN, ketua bahagian dan perwakilan terutamanya dari Pahang, Terengganu dan Kelantan menumpukan aktiviti bantuan di kawasan terlibat.

PAU2013: Perwakilan Umno ajak main 'keras' di S'gor..!!!

Perwakilan Selangor Mohd Haniff Koslan merungut apabila mendakwa permintaan mereka sebagai ahli Umno untuk menjalankan perniagaan di negeri itu "dianaktirikan" dan mereka berdepan dengan karenah birokrasi.

"Kerajaan Selangor bukan kerajaan Umno, tetapi ditadbir tiga parti ideologi berbeza-beza. Bila kita minta (untuk berniaga) dianaktirikan.

"Yang hairannya, kita minta (untuk memohon) ia berpindah kepada satu pihak kepada pihak. Parti ini kata macam ini, parti itu kata macam itu.

"(Apa kata) agensi persekutuan, kita pun main keras. Kalau mereka (Pakatan Rakyat) baling batu dekat kita, kita baling batu balik dekat dia.

"Kita harus memberatkan mereka, sesuatu amat susah juga (kepada mereka)," katanya yang juga ahli perniagaan.

Kenapa UMNO masih memimpin kita?

Ramai dalam kehairanan kenapa UMNO dan BN masih berkuasa walaupun berbagai isu dan kelemahan yang kita ketahui dan sedang diratapi oleh umum. Pimpinan UMNO tidak mahu berubah kerana mereka yakin rakyat tidak memahami isu buruk mereka dan akan terus diberikan kuasa terhadap mereka walau seburuk mana perangai dan sikap mereka.
Kekurangan kesedaran orang Melayu yang masih menyokong UMNO itu sebenarnya diperkuatkan oleh kegagalan pembangkang juga. Malahan pembangkang sebenarnya yang menambah kelemahan dan sikap tidak mahu berubah orang Melayu, khususnya ahli-ahli UMNO, yang dianggap pembangkang sebagai bebal itu.
Itu sebabnya saya tidak pernah menggunakan istilah kasar-kasar terhadap UMNO walaupun selemah mana pun pemikiran pemimpin mereka kerana mereka juga tidak mahu terjebak dalam situasi keluar dari ‘mulut buaya tercampak pula dalam mulut naga’. Isu yang membuatkan pembangkang mendapat kerusi kemenangannya itu bukannya sokongan terhadap parti pembangkang itu seratus peratus.
Mereka mengundi pembangkang kerana rasa marah dan geram mereka terhadap UMNO itu. Setelah pilihanraya berlalu ramai yang saya temui melalui perjumpaan-perjumpaan kecil yang mereka marah dengan UMNO tetapi bolehkah pembangkang menyejukkan jiwa mereka? Saya telah menyebut tentang kekuatan persepsi terhadap sesuatu pertubuhan atau kumpulan itu adalah terletak kepada manusia yang memimpinnya.
Pembangkang masih tidak mempunyai pemimpin yang sebenarnya ‘viable’ untuk dijadikan pemimpin utamanya. Pembangkang sekadar mempunyai pemimpin yang boleh menggerakkan untuk mengumpulkan manusia yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan yang menyandang kuasa kerajaan semata-mata.

WWW1: Mahkamah tolak rayuan Utusan

Utusan sebelum ini diperintahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 beserta faedah 5 peratus setahun sehingga penyelesaian penuh dan kos sebanyak RM30,000 kepada Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Hakim, Yang Arif Zaharah Ibrahim yang mempengerusikan tiga panel hakim memutuskan bahawa keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini adalah benar.

Mahkamah mendapati bahawa hujahan pihak responden adalah benar bahawa Utusan telah memutar belit kenyataan yang dibuat oleh Mohammad Nizar menerusi laman Twitter beliau bertarikh 28 Mei 2012.

Mahkamah juga memutuskan bahawa penulis berita akhbar Utusan Malaysia bertarikh 31 Mei 2012 itu tahu akan kandungan sebenar Twitter Mohammad Nizar itu tetapi sengaja menulis lain daripada apa yang telah dinyatakan olehnya.

Tak Derhaka Eh..!!!: Bank di Johor teruskan cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad

Persatuan Bank Malaysia (ABM) berkata hari ini pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor telah mengesahkan bahawa ia tidak mempunyai bantahan kepada bank-bank komersil terus bercuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad.
Terdapat 17 bank anggota ABM dengan operasi cawangan di Johor.

Pada 23 November, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, mengisytiharkan perubahan hari cuti hujung minggu negeri itu kepada Jumaat dan Sabtu, daripada Sabtu dan Ahad, berkuatkuasa 1 Januari, tahun depan. – Bernama,

Sultan Johor isytihar cuti negeri pada Jumaat dan Sabtu


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (gambar) mengisytiharkan hari cuti negeri itu ialah pada Jumaat dan Sabtu dan tidak lagi Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2014.
Pertukaran cuti itu dilihat akan memberi implikasi pembangunan pesat kepada Wilayah Pembangunan Iskandar.
Pengumuman itu diisytiharkan bersempana sambutan ulang tahun Sultan Ibrahim ke-55.
Sebelum 1994, cuti di Johor ialah pada Jumaat dan Sabtu.
"Keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi membenarkan umat Islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman," titah Sultan Ibrahim.
Spekulasi berhubung penukaran hari itu tersebar setelah dokumen kerajaan negeri disiarkan di internet.

Pada masa ini, Kedah, Kelantan dan Terengganu bercuti pada Jumaat dan Sabtu.

ANWAR IBRAHIM 'KAMU TAN SRI, APA AKU PEDULI!'

Shahrizat: If not for BN, Kuantan folks would have drifted away in the flood..!!!

Shahrizat: Don't underestimate our makciks, they beat the Red Bean Army...ki..ki..ki...!!!

Malu Dan Hilang Maruah: Najib pejam mata membelakangkan perlembagaan Umno dengan melantik Ustaz Kazim...

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pejam mata membelakangkan perlembagaan Umno dengan melantik Ustaz Kazim.

PETALING JAYA: Ramai orang sanggup menghabiskan duit untuk menang kerusi ahli majlis kerja tertinggi (MKT) Umno, tetapi kalah bertanding. Selepas itu ramai yang melobi untuk dilantik sebagai ahli MKT, tetapi ada juga yang menolak tawaran tersebut.
Inilah yang berlaku kepada Ustaz Kazim Elias, seorang penceramah bebas yang pernah jadi ahli PAS. Apabila Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan nama Ustaz Kazim sebagai ahli MKT, orang PAS mendakwa Ustaz Kazim masih ahli PAS.
Sebaliknya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali mengesahkan bahawa Ustaz Kazim sudah dipecat dari PAS pada bulan Mei lalu. Ustaz Kazim mendedahkan bahawa beliau tidak pernah menerima surat pemecatan jadi ahli PAS. Maka beliau mengisytiharkan keluar dari PAS pada hari Isnin lalu ketika menemui Perdana Menteri di parlimen.
Ustaz Kazim Elias penceramah bebas yang muncul dalam program “Kalau Sudah Jodoh “ dalam Astro Oasisy yang tak pernah jadi ahli Umno tiba-tiba diumumkan dilantik sebagai ahli MKT Umno. Ini yang pelik sedangkan dalam perlembagaan Umno, untuk layak jadi ahli MKT, seseorang itu kena penggal jawatan ahli jawatankuasa Umno di peringkat Bahagian selama sepenggal.
Tetapi Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pejam mata membelakangkan perlembagaan Umno dengan melantik Ustaz Kazim. Mungkin inilah transformasi yang mahu dibuat Najib mengambil orang bukan ahli parti menjafi ahli Umno.
Tiba-tiba Ustaz Kazim menolak perlantikan ini. Alangkah malunya Najib. Sepatutnya sebelum membuat pengumuman, Najib berunding dulu dengan Ustaz Kazim.
Entah siapa yang menasihati Najib untuk lantik Ustaz Kazim sebagai ahli MKT. Kenapa penasihat (atau punahsihat?) Najib tidak berunding terlebih dahulu dengan Ustaz Kazim sebelum membawa namanya kepada Najib? Alangkah malunya Najib bukan kepalang.
Salah

Salam 1Melayu: Apa kata MCA & MIC?

Rasa sungguh kesal dan kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh perwakilan Umno yang begitu tebal semangat perkaumannya.

Ketua Bahagian Umno Bukit Mertajam menyarankan supaya slogan 1Malaysia ditukar kepada 1Melayu. Bukankah ini satu kenyataan yang menghasut dan berbaur perkauman?

Inilah taktik kotor Umno dan BN yang bijak menukar warna kulit seperti cicak kubing mengikut selera dan keadaan.

NONESebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Umno mewar-warkan 1Malaysia, tetapi selepas PRU13 mereka tidak lagi segan untuk mencadangkan 1Melayu.

Umno adalah satu parti perkauman yang sentiasa menindas kaum-kaum yang lain.

Semangat asabiah Umno semakin membengkak selepas PRU13 apabila mereka merasakan sebahagian besar golongan bukan bumiputera tidak lagi menyokong BN.

Jika itu adalah benar, BN seharusnya mencari sebab musabab kehilangan sokongan itu.

Selepas mengenal pasti punca kegagalan, BN sepatutnya mencari jalan untuk memenangi semula hati orang-orang bukan bumiputera.

Berita Banjir: Macai UMNO Dan Berita Harian KANTOI Menipu Ubah Tarikh Berita Lama


Semalam di laman sosial golongan macai UMNO heboh menyebarkan keratan akhbar yang menyiarkan berita kononnya TPM, Mhyiddin Yassin "turun padang" melawat mangsa banjir. Apabila disemak dan diteliti ternyata berita akhbar itu adalah manipulasi pihak akhbar cap ayam bernama BERITA HARIAN mengubah berita lama menjadi berita baru. Berita asal disiarkan pada "2012/12/28", berita itu kemudian diulangsiar pada "28-11-13".

Tarikh satu hal, disebutkan di caption gambar tersebut "Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek", sedangkan pada tahun 2013 bulan Nov, jawatan Ahmad Shabery yang sudah bertukar potfolio masih jadi menteri Belia dan Sukan.


keji giler puak2 BN ni.. menipu x hengat... akhirnya kantoi jugak... kahh..kahh..kahh... konon nk tunjuk la .. pemimpin diaorang ni brjiwa rakyat trun ..padang masa bnjir.. rupa2nya .. diaorang tukar tarikh pada cerita lama ke tarih baru... adoii la guling2 tngok ... perangai puak2 tu ...hehehehe

guling2 tngok ... perangai puak2 tu ...hehehehe

Tarikh asal article:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MangsabanjirterimaRM500/Article/

Tarikh yang ditukar:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MangsabanjirterimaRM500/Article/artikel

yng duk jaja cerita ni puak2 kat sini
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=503426169771573&set=a.407263606054497.1073741825.407262292721295&type=1&theater

Perhimpunan Umno abai isu keselamatan negara

PAUKUALA LUMPUR 6 DIS: Perhimpunan Agung Umno 2013 lebih banyak membahaskan mengenai pemusatan habuan ekonomi serta pengekalan kuasa berbanding isu keselamatan negara, kata Naib Presiden KEADLAN, Nurul Izzah Anwar.
Beliau merujuk pendedahan bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim tentang sogokan wang melibatkan Peguam Negara.
“Isu ini melibatkan pencabulan kedaulatan negara kita oleh rakyat kita sendiri,” kata Nurul Izzah dalam kenyataan.
Mat Zain dalam perakuan bersumpahnya mendedahkan Peguam Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail menerima sogokan wang sehingga keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak memihak kepada Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh pada 2007.

1Melayu: Gerakan tuntut permohonan maaf Umno...kita tunggu sape yg kena..!!

Dalam kenyataan keras hari ini, Gerakan Pulau Pinang menggesa Umno mengarahkan Ketua Umno Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir meminta maaf dan menarik balik cadangannya bagi menggantikan slogan 1Malaysia dengan 1Melayu

NONESetiausaha Gerakan negeri Oh Tong Keong berkata, kenyataan rasis itu merosakkan semangat 1Malaysia - slogan perdana menteri dan presiden Umno untuk kerajaan.

Katanya, Musa tidak patut dibenarkan kekal dalam Umno ekoran kontroversi itu akan merosakkan perkongsian dalam BN dan perpaduan nasional.

Oh mendesak kepimpinan tertinggi Umno, termasuk Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan musa menarik balik kenyataan dan meminta maaf kepada bukan Melayu.

"Saya rasa rasis seperti Musa ketinggalan zaman dan tidak patut dibenarkan kekal dalam Umno dan BN.

"Dengan kewujudannya, Umno dan BN hanya akan hilang lebih banyak sokongan," katanya.

Baru Sedar dari Mimpi PAU: Mana Fuziah ketika Kuantan banjir, soal Shahrizat...ha..ha..kak jat baru tau kuantan banjir..!!!

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengecam beberapa pemilik akaun laman media sosial yang mengkritik kepimpinan Umno yang tidak prihatin dengan mangsa banjir di beberapa negeri, sebaliknya lebih fokus kepada Perhimpunan Agung Umno.
Shahrizat ketika sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berkata, kenyataan-kenyataan berkenaan adalah tidak berasas kerana Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan beberapa pemimpin Umno lain telah pun berada di beberapa negeri yang dilanda banjir.
"Kenyataan-kenyataan itu bangsat. Presiden kita semalam meninggalkan dewan untuk melawat mangsa banjir," katanya dan menambah, Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini pula turut berada di kawasan banjir.
"Ketika pemimpin-pemimpin kita berada di sana melawat mangsa banjir, mana pemimpin pembangkang?
"Wanita Umno ingin bertanya mana ahli Parlimen Kuantan ketika kawasan itu dilanda banjir," tegas Shahrizat, yang juga penasihat hal ehwal wanita, merujuk kepada wakil rakyat kawasan berkenaan, Fuziah Salleh.

Pergerakan Wanita Umno jelasnya telah menyediakan 4,000 sukarelawan daripada Skuad Sayang di lokasi-lokasi pusat pemindahan bagi membantu mangsa banjir sejak semalam, katanya.

Khianati Negara: Mat Zain disiasat SPRM isu SD Batu Puteh



Bekas ketua CID Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung akuan berkanun (SD) kontroversinya, terutamanya berhubung pemindahan wang ke akaun asing ekoran kehilangan Pulau Batu Puteh.

Beliau hadir ke SPRM Putrajaya pada jam 10 pagi dan keluar pada jam 7 petang.

NONE"Saya sangat gembira dan berpuas hati berhubung bagaimana kenyataan saya dirakamkan oleh dua pegawai sangat kanan dan berpengalaman semalam.

"Saya tidak akan dedahkan apa yang saya beritahu mereka," katanya kepada Malaysiakini.

"Saya harap perdana menteri tidak akan bersembunyi di sebalik siasatan SPRM dan mengabaikan tanggungjawabnya untuk mendapatkan kebenaran Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk RCI (suruhanjaya siasatan diraja) berhubung Pulau Batu Puteh seperti diakui SD dan juga sebuah tribunal untuk mengadili Peguam Negara Abdul Gani Patail semasa siasatan kes mata lebam."

Mat Zain membuat SD pada 7 Oktober dan memberikan salinannya pada Datuk Seri Najib Razak, Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa, Peguam Cara Negara Idrus Harun dan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berhubung pertemuan yang dihadirinya bersama peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Banjir Besar: PAS gesa kerajaan isytihar ‘kawasan bencana’

KUALA LUMPUR: PAS menyeru kepada pihak kerajaan agar dapat mengisytiharkan kawasan di Kuantan, Pahang dan daerah Kemaman, Terengganu sekarang ini sebagai ‘Kawasan Bencana’ akibat dilanda banjir yang terburuk dalam sejarah negeri berkenaan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pengisytiharan sebagai kawasan bencana ini adalah perlu kerana ianya akan membolehkan proses menyelamatkan nyawa penduduk dan penghantaran bekalan makanan, pakaian, air bersir terutamanya dapat dilakukan dengan kadar yang sangat segera tanpa kerenah birokrasi, dan bencana banjir ini diangkat sebagai perkara-perkara yang sangat perlu disegerakan penyelesaiannya di peringkat nasional.

Menruutnya, realiti yang berlaku sejak dua hari lalu ialah kelambatan dan kekurangan kelengkapan untuk menyelamatkan nyawa penduduk yang dilanda bencana ini, sehingga menyebabkan ada petugas agensi kerajaan yang terlibat juga menyuarakan kekecewaan mereka terhadap kelambatan bantuan selain dari diremehkan oleh pihak atasan mereka.

Tegasnya, bencana banjir ini tidak mengenal parti politik, usia dan status dalam masyarakat.

Banjir di pantai timur bertambah buruk, 42,626 telah dipindah pagi ini

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk dan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sejak malam tadi meningkat kepada 42,626 orang pagi ini.
      
Semalam, jumlah yang dipindahkan sebanyak 37,136 orang.
      
Pahang merupakan negeri paling buruk mengalami kesan musim tengkujuh ini dengan 34,235 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan Bera.  

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 pagi ini beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km62 Jalan Kuantan-Rompin.

"Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling banyak iaitu 27,391 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Rompin menempatkan 2,865 mangsa banjir, Pekan (3,218), Maran, (49), Jerantut (451), Lipis (33), Temerloh (167) dan Bera, daerah terbaharu memindahkan mangsa banjir, mempunyai 61 orang di pusat pemindahan pagi ini.

Banjir Besar: Hentikan retorika di PWTC, segera bantu rakyat - Mapim

MAPIM kesal keadaan yang sedang sangat mendesak di Kuantan dan Kemaman yang ditenggelami air melibatkan puluhan ribu yang menunggu bantuan dan membayangkan bagaimana menghadapi penderitaan pasca banjir bila menghitung barangan rumah yang punah , namun,  perhimpunan di PWTC yang selesa berhawa dingin , para Menteri dan perwakilan  berbahas dan berpantun ditayang ke seluruh  media kerajaan yang sebenarnya adalah milik rakyat.

Jika dipertimbangkan skala penderitaan yang sedang dihadapi rakyat , sepatutnya perhimpunan para pemimpin Melayu yang terus beretorika di PWTC itu ,  merengkas acara dan terus bergagas melihat penderitaan rakyat.

Apa yang dideritai rakyat itu bukan kecil. Melihat gambar yang dipapar dalam media menunjukkan bagaimana sebuah ibu negeri asal Perdana Menteri lumpuh oleh banjir yang luar biasa besar.

Cukup melihat keadaan rakyat kecil , muda , tua , yang uzur , wanita yang menggendong bayi , meredah air , sepatutnya menginsafkan para perwakilan bahawa ini bukan masanya  mempamirkan kepetahan berbicara di PWTC yang disambut dengan tepukan dan gelak ketawa .
Apakah keadaan separah Kuantan dan Kemaman yang memperlihat rakyat berhadapan musibah besar , tiba-tiba para pemimpin dari sayap pemuda , wanita dan putri lantang dan sibuk bercakap soal menghentam parti lawan dan menuntut jawatan.

“Sultan zalim wajib disanggah”: Bekas CEO Johor Corp diminta beri penjelasan

JOHOR BAHARU: Jumaah Majlis Diraja Johor meminta Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Tan Sri Muhammad Ali Hashim (gambarmemberi penjelasan berhubung artikel tulisannya 'Menuntut Hak, Menebus Masa Silam'.
              
Disiarkan sebuah akhbar tempatan Isnin lepas, artikel itu dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja di negeri ini.
              
Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata walaupun tidak menyebut sebarang nama, artikel itu boleh disalah tafsir oleh sesetengah pihak dengan mengaitkannya dengan Sultan Johor.
              
"Artikel tersebut menyebut nama Tanjung Puteri yang merupakan nama asal Johor Baharu, kita khuatir perkataan 'Sultan' pada ayat terakhir artikel tersebut boleh merujuk kepada Sultan Johor.
              
"Penulisan atau tuduhan ini menunjukkan satu perbuatan menderhaka kepada Raja, tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan pandangan rakyat terhadap Raja terpesong selain bertentangan dengan prinsip Rukun Negara," katanya pada sidang akhbar di Istana Besar di sini semalam.
              
Muhammad Ali memuatkan sajak tulisan anak bongsunya yang antara lain menyebut 'Sultan yang adil adalah Sultan yang wajib disembah, Sultan yang zalim adalah Sultan yang wajib disanggah' dalam kolum 'Khalifah Bisnes' yang disiarkan akhbar itu.

Banjir: Rakyat Kuantan mahu Bung Mokhtar mohon maaf

Sehubungan dengan itu, Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad berkata, penduduk Kuantan mahu Bung Mokhtar memohon maaf secara terbuka kerana dilihat jelas mempersendakan mangsa banjir yang sedang berdukacita.

“Bayangkan penduduk Kuantan terpaksa bertungkus-lumus separuh nyawa menghadapi banjir paling buruk dalam sejarah, tiba-tiba Bung Mokhtar tergamak mengganggu sambil mempersendakan usul tergempar yang dibawa Fuziah.

“Bedasarkan rakaman video Bung Mokhtar kelihatan mengganggu ucapan Fuziah sambil tergelak, seolah-olah kesusahan dan nasib hidup atau mati mangsa-mangsa banjir di Kuantan hanyalah gurauan,” katanya.

Bumiputera Ditindas Pemerintah: MBKT, Sabasun Hyper Runcit perlu semuka..!!!

  • MBKT, Sabasun perlu semuka
  • Tengku Ismail (kiri) bersama Setiausaha DPMT, Ahmad Azman Mohd Tajuddin memegang akhbar Sinar Harian Rabu lalu yang memaparkan polemik antara Syarikat Sabasun Hyper Runcit Sdn Bhd dan MBKT.
KUALA TERENGGANU - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Syarikat Sabasun Hyper Runcit Sdn Bhd perlu bersemuka bagi menyelesaikan polemik yang melanda dan mengelak cerita sebenar dimanipulasikan.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu (DPMMT), Datuk Ir Tengku Ismail Tengku Jaafar berkata, perkara ini perlu dipertimbangkan secara rasional dan tidak dihebohkan melalui media supaya mengelak berlakunya salah tanggapan kepada kedua-dua belah pihak.

“Perkara ini perlu ditangani secara rasional. tidak perlu diheboh-hebohkan. Mengenai masalah teknikal dan birokrasi yang dihadapi Sabasun, pihak kerajaan perlu beri kelonggaran kepada mereka dengan mengurangkan karenah birokrasi.

“Mungkin disebabkan pelbagai kesulitan dialami Sabasun menyebabkan mereka telah berputus asa untuk berurusan lagi dengan pihak MBKT.

"Jadi, dalam hal ini saya lihat mereka perlukan pengantara, jika tidak pun kedua-dua pihak bersemuka bagi menyelesaikan isu ini,” katanya.

Katanya, DPMT ingin melihat usahawan Melayu maju, bukan mundur disebabkan masalah begini yang dianggap boleh diselesaikan dengan menggunakan budi bicara pihak berkuasa.

“Jika benar Sabasun tidak cukup kawasan parkir, apa salahnya jika beri kemudahan parkir kepada mereka, jika bangunan mereka tidak cukup luas untuk tampung barang yang dijual, apa salahnya jika beri mereka ruang untuk besarkan bangunan.

“Apa salahnya jika tanah kawasan parkir di belakang Sabasun itu dijual terus kepada syarikat itu supaya mereka boleh terus maju. Jika dilihat pada struktur asal tanah itu, kita tidak nampak sebarang pembangunan yang boleh dibangunkan di situ oleh pihak kerajaan.

Batu Puteh: Perwakilan Umno Johor minta PM siasat dakwaan Mat Zin ...ada berani..???



Perwakilan Johor Zulkarnain Kamisan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyiasat dan memeriksa dakwaan bekas pegawai kanan PDRM, Datuk Mat Zain Ibrahim berhubung isu Pulau Batu Puteh yang dikaitkannya dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail seperti yang dilapor media.

Katanya, rakyat mahu penjelasan berhubung kesahihan dakwaan tersebut.

"Dakwaan ini bukan main-main. Johor meminta perdana menteri menyiasat dan memeriksa kesahihan perkara ini.

"Ini soal maruah negara. Jangan memandang enteng, rakyat mahu penjelasan," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden.

Najib nie dia reti dan faham ka apa itu kemiskinan..!!

Mana lah Najib hendak faham masaalah rakyat.Ia kan datang dari golongan Aristokrat. Dari kechil hingga besar ada amah jaganya.tidak bisa mandi ayer telaga,tidur dalam bilek aircondition,Pergi sekolah chauffer bawa kereta.Dari kechil pergi belajar di England....
Najib boleh bercakap soal kemiskinan tapi dia tidak tahu bagaimana kah pedih nya hidup sabagai saorang miskin, Menjadi penjaja dan burok kasar,anak ramai,dudok rumah setinggan,anak tidak ka sekolah atau jika ka sekolah kena berjalan berbatu batu.
Sama lah juga dengan khairy ketua Pemuda dan Sharizat ketua wanita. Semua mereka datang dari keluarga yang kaya dan senang lenang....

Mereka tidak akan faham apa itu kemiskinan......

Cover Line: Pemimpin MCA dakwa terima ancaman daripada presiden


Seorang pemimpin akar umbi MCA menuduh presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar) menggunakan undang-undang untuk mengancam beliau daripada mendedahkan salah laku dalaman parti.
Pengerusi Jawatankuasa Perlindungan Aset MCA Datuk Yew Teong Look berkata, beliau menerima sepucuk surat daripada peguam Dr Chua ekoran sebuah artikelnya yang disiarkan dalam akhbar harian berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau di mana beliau telah merujuk artikel sebuah blog tanpa nama bertajuk "Do Forensic Audit in Star Publications!" apabila menuduh wujudnya penyelewengan dana parti.
Surat tersebut bertarikh 28 Oktober menyifatkan dakwaan tersebut sebagai "tidak benar", "tidak bertanggungjawab" dan "merosakkan" kredibiliti Dr Chua dan Timbalan Pengerusi eksekutif Kumpulan Media The Star Tan Sri Vincent Lee.
Dr Chua dan Lee meminta jaminan daripada Yew supaya tidak membuat rujukan terhadap blog tersebut ataupun artikel dalam blog itu.
Yew yang juga ketua bahagian MCA Wangsa Maju menggangap surat tersebut sebagai "amaran" untuk menghalangnya daripada mendedahkan salah laku dalam parti.

The govt is in reverse gear

There is already a glut in office space in the Klang Valley and it will be disastrous and suicidal if the Najib administration bulldozes ahead with its planned mega projects.

It was reported in the press that there is currently a glut in rentable space in the Klang Valley of no less than 7.6 million sq ft. The excess is not small by any standard. It would take a long time before these spaces could be absorbed by the market.
But why then the Najib administration plans to put aside more than RM34 billion under the Economic Transformation Programme (ETP) to embark on gigantic projects such as the Tun Razak Exchange, Menara Wawasan, Sungai Besi Development and the former RRI land bank?
There is no indication that the local investors are able to take up these additional floor space created by these mega projects.
The foreign investors from both the American and European markets are not likely to take up these space, too, as their economies back home have yet to improve.
It would be disastrous and suicidal if the Najib administration bulldozes ahead with these mega projects. Malaysia will certainly add on another few to its existing long list of “white elephants”.
The recent Real Property Gains Tax and other measures adopted by the federal government in the so-called efforts to reduce speculation on properties may be good in its intention but certainly would dampen the growth of the housing sector.
The 141 sectors related to the housing industry closely or loosely would inevitably suffer a dip and eventually cause serious damage to the overall domestic economy.
Even the first home-buyer category would not be spared as such measures will affect all our banks and financial institutions and make housing loan approval almost impossible for many home buyers.
Reverse gear

Tarif elektrik naik: Fikir beban rakyat marhaen

  • Ganabatirau
SHAH ALAM – Kenaikan 15 peratus tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dan 17 peratus di Sabah dan Labuan yang bakal berkuat kuasa awal bulan depan tidak kena pada masa dan membebankan rakyat marhaen.

Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau berkata, pengumuman kerajaan Pusat ini tidak kena pada  masanya dan dipercayai membebankan rakyat ekoran kenaikan harga barang dan perkhidmatan kebelakangan ini.

“Peratus kenaikan yang bakal dilaksanakan agak tinggi, sedangkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memonopoli secara keseluruhan konsesi penyaluran tenaga elektrik di negara ini dan ia syarikat yang menguntungkan.

“Umum maklum perbelanjaan mengurus sangat tinggi namun kenaikan itu lebih kepada mengaut untung. Pada pendapat saya tidak kena masa, rakyat marhaen dibebani kenaikan petrol RON95, gula dan bakal berdepan cukai barangan dan perkhidmatan (GST),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

PAU2013: Seorang Lagi Pemimpin 'Cap Ayam' Dalam UMNO

Seorang pemimpin UMNO Wilayah Persekutuan, Shafei Abdullah yang berucap di Perhimpunan Agung UMNO petang semalam mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula pemberian BR1M agar ia hanya diberikan kepada penyokong UMNO serta BN sahaja dan tidak kepada penyokong PR.

Shafei yang juga bekas Setiausaha Politik Najib berkata, walaupun penyokong pembangkang sering mengkritik BR1M tetapi mereka juga tidak segan-silu mengambil bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan itu.

"Oleh itu, saya harap kerajaan dapat mengkaji semula perlaksanaannya agar ada keberkesanan undi dalam pilihanraya umum ke 14 akan datang," jelasnya lagi yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju.

Ternampak bahawa dengan melontarkan idea sedemikian, Shafei masih dihantui kekecewaan akibat kekalahannya bertanding sebagai calon BN di Parlimen Wangsa Maju dalam pilihanraya umum lalu. Beliau seolah-olah tidak dapat menerima kekalahannya dengan kekurangan 5511 undi kepada calon PKR, Dr Tan Kee Kwong sehingga tergamak memberi "cadangan gila" dan tidak masuk akal kepada kerajaan.

Sebagai bekas Setiausaha Politik Najib, beliau seharusnya sedar bahawa BR1M diperkenalkan oleh Najib untuk meringankan beban golongan miskin dan berpendapatan rendah tanpa mengira ideologi dan fahaman politik dengan memberikan mereka bantuan setahun sekali sebanyak RM500 dan untuk tahun depan dinaikkan kepada RM650.

Mencadangkan BR1M hanya diberikan kepada penyokong UMNO dan BN adalah langsung tidak masuk akal kerana wang yang digunakan untuk memberikan bantuan itu bukannya datang daripada tabung UMNO atau BN tetapi daripada wang pembayar cukai.

Banjir Kuantan: Detik Katrina Najib dan Muhyi

Other than the horrific loss of life and property which Hurricane Katrina wreaked on parts of America in 2005, the severity of the natural disaster was eclipsed by the monumental insensitivity of Bush Junior.
Najib dan Muhyidin dengan hanya terbang diruang udara Kuantan tanpa singgah, melakukan monumental insensitivity seperti Bush. 
Seperti biasa Zahid Hamidi menunjukkan keangkuhan dan kedunguan dia. Saya hairan bagaimana pembelajaran yang tinggi sehingga peringkat Ph.D. tidak sedikit pun mengukir kehalusan dalam conduct Zahid. Bila ditanya oleh pemberita adakah banjir di Kuantan akan mendedahkan penduduk kuantan kepada Lynas- Zahid seperti biasa menunjukkan sikap membuli orang. Takkah dia tahu bagaimana hendak menjawab soalan?
Setelah satu hari Kuantan banjir saya mendapat sms dari seorang mangsa banjir- di SMK Bkt Ranging- air, letrik xda, mknan x cukup, yb xda.

Mana YB nak ada- mereka sibuk di PAU. Kepada Bani UMNO, PAU adalah acara terpenting dalam kehidupan orang Melayu.
Bukan dia hendak jawab tapi cuba mengada ngada berkhutbah kepada pemberita mengenai betapa baik nya Najib dan Muhyidin meruangkan masa terbang diudara Kuantan meninjau keseriusan keadaan. Sukalah kita beritahu Zahid, Muhyidin dan Najib hanya terbang diudara Kuantan tanpa singgah pun! Perbuatan mereka sama seperti perbuatan idiotic George (kepada juruhebah Melayu pada siaran Radio Klasik, ini disebut Jorj ya- bukan Jorji) Bush junior yang terbang diudara meninjau kerosakan ketika puting beliung Katrina melanda daerah New Orleans Louisiana dan Mississippi  di Amerika dalam tahun 2005. Kos kerosakan ialah USD81 billion dan ribuan nyawa terkorban.