Khamis, 5 Disember 2013

Kekurangan logistik punca bantuan lambat sampai kepada mangsa banjir, kata Menteri


Kemudahan logistik yang terhad menjadi punca bantuan lambat disalurkan kepada mangsa banjir di beberapa negeri yang sedang dilanda banjir, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim (gambar).
Beliau berkata kebanyakan bantuan yang lambat atau tidak sampai melibatkan kawasan yang terputus hubungan jalan raya.
"Kita ada minta bantuan bot serta helikopter dari Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, serta bomba namun mereka lebih memerlukannya untuk menyelamatkan nyawa," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya di kementeriannya hari ini.
Beliau berkata, bantuan dapat disalurkan ke kawasan yang perhubungan jalan raya tidak terputus dan yakin semua mangsa banjir akan mendapat bantuan selepas kerja menyelamat selesai.

"Semalam saya turun padang di Kuantan, Pahang melawat mangsa banjir, ini adalah banjir yang terburuk, situasi sangat teruk dengan elektrik dan air tiada, jalan yang saya lalui pun sangat teruk," katanya. – Bernama

Floods in Pahang and Terengganu… Najib’s Katrina moment?

Khairil Nizam Khiruddin

"Brownie... you've done a heck of a job".
The comment above spoken by President George W. Bush best illustrates how he mishandled the Katrina disaster in 2005.
Despite the city of New Orleans being inundated by floods with more than 1,800 people dead and an estimated US$81 billion (RM261.5 billion) in property loss, Bush made just one flyover, viewing the situation from the comfort of his Air Force One.
And then came the above out-of-touch comment that forever defines the Bush Administration for its incompetence.
The Katrina case shows that natural disaster politics can be unforgiving to insensitive political office bearers. And the Najib administration today is risking doing the same thing.
The PM reportedly made a flyover in Kuantan today without even making time to make checks on the ground. If only he realised how serious the situation is.
The last few days saw heavy rainfall on the Peninsular's East Coast, battering Kemaman and Kuantan areas the most.
More than 20,000 people are displaced as homes were submerged by rising water, many at the roof level.
Electricity and water supply has been cut-off, cellular communication is almost non-existent, heavy rains are damaging roads, creating dangerous potholes and reducing visibility.
For most of Monday and Tuesday, all routes into and out of Kemaman were cut off. Words are simply not enough to describe the severity of the problem.
Despite the extraordinary situation, the government's response has been mostly business-as-usual and tepid.
The apparent disinterest from mainstream news media is mind-boggling thus one wonders if there a directive from some high office somewhere to give more coverage on the goings-on at the Umno General Assembly instead of the unraveling flood crisis in the east coast? So this is Rakyat didahulukan?

Banjir: Kemaman bagaikan pulau

    Kemaman bagaikan pulau
KEMAMAN – Keadaan banjir yang semakin buruk menjadikan Kemaman kelihatan bagaikan pulau apabila beberapa kampung di Dun Air Putih dan Dun Chukai 100 peratus ditenggelami air dan pusat bandar di Chukai turut lumpuh.

Bencana banjir kali ini juga disifatkan sebagai banjir yang luar biasa dan paling buruk dalam sejarah kerana kawasan yang tidak pernah tenggelam seperti di Felda Cerul, Bandar Cheneh Baru dan Kampung Mak Chili turut dilimpahi air bah.

Kampung yang paling awal tenggelam secara keseluruhan ialah Kampung Air Putih dan Kampung Teladas di Dun Air Putih iaitu kira-kira jam 10 malam tadi.

Air yang melimpah di Taman Chukai Utama sejak lewat petang kelmarin juga mengakibatkan bekalan elektrik di bandar Chukai dan kawasan kampung sekitar termasuk Kampung Fikri, Dusun Nyior, Pengkalan Pandan dan Kuala Kemaman terpaksa diputuskan secara berperingkat sejak pagi semalam.

Keadaan jalan di Taman Chukai Utama yang menempatkan pelbagai premis bank, pasar raya, kedai dan pejabat yang terpaksa ditutup menjadikan bandar sesak kerana hanya laluan Jalan Sulaimani ke Jalan Jakar boleh digunakan oleh pengguna jalan raya.

Pejabat pasukan penyelamat turut tenggelam

Lebih teruk, Pasukan Bomba dan Penyelamat Chukai yang sibuk dengan kerja membantu mangsa banjir juga berdepan keadaan sukar apabila balai mereka di Taman Chukai Utama turut ditenggelami air.

Situasi sama turut dihadapi Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kemaman apabila pejabat mereka di Kuarters Kerajaan, Jalan Air Putih, turut ditenggelami lebih 1 meter menyebabkan seramai 20 anggotanya yang bertugas terpaksa dipindahkan.

TG Nik Aziz: Banjir satu ujian walau pahit

Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini, mengingatkan mangsa banjir supaya sentiasa bersabar dengan ujian tersebut, kerana baginya ujian daripada ALLAH itu kadang-kadang bertujuan untuk membersihkan dosa dan mengangkat darjat.

Jelas Nik Aziz yang juga merupakan bekas Menteri Besar Kelantan itu, beliau sangat bersimpati dengan semua mangsa yang terlibat, dan berharap agar semua pihak dapat menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir terbabit, oleh yang demikian semua mangsa banjir diharap dapat bersabar sementara menunggu bantuan tiba.

“Saya membaca di dada akhbar bencana banjir di Kuantan,Pahang dan Kemaman Terengganu serta tempat-tempat lain, sangat-sangat simpati saya kepada semua mangsa yang terlibat.

“… apabila berlaku banjir, segala kepayahan terpaksa diharungi, bermula dari kemusnahan harta benda sehinggalah kepada kehilangan ahli keluarga.

PAU2013: PKR syor perwakilan Umno bangkit isu pencerobohan negara..jika berani laa..!!!

NURUL IZZAH
SHAH ALAM - PKR hari ini menggesa perwakilan Umno supaya membangkitkan isu mengenai keselamatan dan kedaulatan negara dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Menurut Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, jika Umno mahu menjadi sebuah parti harapan rakyat, mereka perlu memandang serius isu pencabulan kedaulatan negara yang didedahkan oleh bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim baru-baru ini.

"Isu sogokan wang yang didakwa melibatkan Peguam Negara sehinggakan keputusan ICJ tidak memihak kepada Malaysia di dalam kes Pulau Batu Puteh pada 2007 adalah sesuatu yang perlu dipandang serius oleh semua pihak terutamanya Barisan Nasional.

"Isu ini melibatkan pencabulan kedaulatan negara kita oleh rakyat kita sendiri," katanya yang dipetik daripada kenyataannya, hari ini.

PAU2013: Dituduh ejen pembangkang, guru bidas Pemuda Umno

SHAH ALAM - Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) menyelar kenyataan Ketua Pemuda Umno Melaka, Zali Mat Yasin yang membidas sikap sesetengah guru yang sanggup menjadi ejen pembangkang hanya kerana tidak puas hati dengan sistem pendidikan negara.
SGMM
Ketua Gerak Kerjanya, Mohd Nor Izzat Mohd Johari yang juga pengendali akaun Facebook ‘Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan’ menepis dakwaan tersebut.

“SGMM menyelar kenyataan Ketua Pemuda Melaka, Zali Mat Yasin kerana menuduh guru sebagai ejen politik pembangkang.

“Untuk pengetahuan semua, saya dapat sahkan secara rasmi bahawa akaun Facebook ini telah menyatukan semua pihak, daripada pihak BN atau PR kerana ini adalah masalah pendidikan kepada generasi kita bukan masalah politik.

“Kepada Ketua Pemuda Melaka, lebih baik fikirkan cara nak membantu mangsa banjir di Kuantan daripada tuduhan melulu kepada guru,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Zali Mat Yassin berkata pendidik yang tidak berpuas hati dengan bebanan kerja, penukaran silibus pelajaran sanggup menyebarkan anasir buruk mengenai kerajaan.

PAU2013: Kedah hilang 1 DUN jika candi digazet, kata perwakilan Umno

Candi nombor 11 berhampiran Sungai Batu yang telah dirobohkan.
Candi nombor 11 berhampiran Sungai Batu yang telah dirobohkan.Kedah akan hilang satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya kawasan yang mempunyai candi-candi lama digazetkan sebagai tapak warisan, kata perwakilan Umno Kedah Datuk Tajul Urus Mat Zain dalam Perhimpunan Agung Umno hari ini.
Candi-candi lama jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Dawai itu begitu banyak dan bertaburan di Kedah.
"Candi-candi lama terlalu banyak, ada di tepi sungai, bawah rumah, dan sebagainya.
"Satu DUN akan hilang jika semua kawasan yang mempunyai candi ingin digazetkan," katanya semasa membahaskan ucapan dasar Presiden Datuk Seri Najib Razak ketika Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

PAU2013: Mula-mula video, lepas ini Anwar pula dibawa masuk Dewan Merdeka

Secara umumnya, ucapan Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno di perasmian Perhimpunan Agung Umno tahun ini tiada apa-apa yang menarik dan baru.

Intipati ucapannya adalah ulangan kepada perkara yang telah dilakukannya dan sudah banyak kali diucapkannya sebelum ini.

Stail dan gayanya berucap juga masih seperti yang lama, bermadah dan banyak berperibahasa serta terlihat sedikit menjerit-jerit sehingga kadangkala nadanya seperti mengada-ngada.
Sudah banyak kali rungutan kedengaran bahawa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, beliau tidak perlu menjerit dalam ucapannya tetapi nampaknya Najib mengulanginya lagi.
Sepertimana perhimpunan tahun-tahun sebelumnya di mana nama Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa menjadi sebutan dan tidak lekang dari bibirnya, kali ini sekali lagi nama Ketua Pembangkang itu menjadi sebutan dan sasarannya.
Dan oleh kerana nama Anwar telah disebut oleh Najib, maka sudah tentunya perwakilan yang mula berucap petang ini turut juga menyebut dan mengulang-ulangnya sehingga hari terakhir perhimpunan nanti.
Sekali lagi, dalam sebuah perhimpunan Umno, nama Anwar yang menjadi Ketua Umum PKR disebut dan menjadi popular.
Bahkan tahun ini, nama Anwar bukan saja disebut oleh Najib yang dikaitkan dengan pembohongan berkenaan 40 ribu pengundi daripada Bangladesh, malahan sebuah tayangan video mengenai Anwar turut dipertontonkan kepada perwakilan Umno.
Walaupun tayangan video itu adalah bertujuan untuk menyerang dan mengkritik sikap dan tingkah laku Ketua Pembangkang itu serta ingin menunjukkan sikap tidak bertanggungjawabnya terhadap apa yang pernah dikatakannya, hakikatnya Najib telah melakukan suatu pembaharuan dalam perhimpunan kali ini iaitu dengan membawa wajah dan suara Anwar ke dalam Dewan Merdeka.
Jika sepanjang lima tahun lalu, hanya nama Anwar saja yang disebut, kali ini suara dan gambarnya dalam bentuk video pula yang dibawa oleh Najib untuk ditonton oleh perwakilan Umno.

SPPBS, PBS: Cantik pada kertas tapi...guru dan murid jadi mangsa seperti "tikus makmal"..!!!

SPPBSSHAH ALAM - Isu mengaitkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Pelbagai kelemahan sistem tersebut didedahkan termasuk ia dikatakan menambah beban guru selain menjadikan pelajar seperti ‘tikus makmal’.

Setelah banyak rungutan dibangkitkan, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat keputusan menangguhkan capaian terhadap SPPBS sehingga 31 Disember ini untuk penambahbaikan.

Meskipun begitu, ia tidak dilihat sebagai jalan penyelesaian kerana sistem PBS itu sendiri memberi kesan kepada guru dan pelajar.

Ikuti temu bual Sinar Harian Online dengan Ketua Gerak Kerja Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari bagi menjelaskan lebih lanjut isu tersebut.

SINAR HARIAN ONLINE : Apa sebenarnya isu berbangkit yang melibatkan SPPBS dan PBS?

NOR IZZAT : PBS ini sudah sampai ke tahap paling kemuncak setelah masuk tahun ketiga ia dilaksanakan. Tahun pertama dan kedua, masalah sama berulang cuma tidak mendapat perhatian kerana kita tahu cikgu-cikgu ini takut untuk bersuara. Jadi, saya dan pasukan saya (SGMM), kami kata mungkin untuk tahun pertama dan kedua itu beri peluang untuk sistem itu dilaksanakan sebab kita tahu sistem ini sistem yang baru tapi apabila tahun ketiga, masalah ini tetap berulang. Ia semakin memuncak apabila kebanyakan guru di sekolah ditekan oleh pentadbir dan pentadbir pula ditekan oleh pihak atasan antaranya Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan JPM untuk menyiapkan proses kemasukan ‘band’ kepada murid dalam sistem online.

Apabila perkara itu berlaku, saya dan pasukan (SGMM) buat keputusan untuk ambil tindakan yang drastik terhadap isu ini supaya semua sedar bahawa sebenarnya ada kepincangan dalam sistem pendidikan yang baru ini.

Sehubungan itu, kami ada buka satu akaun ‘page’ di laman sosial Facebook ‘Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan’ pada 30 Oktober lalu. Pada awalnya, guru-guru takut nak ‘like page’ itu kerana kita tahu guru-guru terikat dengan klausa kami yang menurut perintah. Jadi, mereka takut dikenakan tindakan tatatertib. Apabilakita keluarkan fakta, keluarkan perkara yang memang sedang berlaku, akhirnya ramai guru yang sokong malah masyarakat umum juga ada yang sokong.  Setakat hari ini sudah mendapat lebih 52,000 ‘like’. Itu bukan satu kejayaan tetapi satu suara yang menunjukkan bahawa kita guru-guru bukan nak merungut, bukan nak mengadu domba tapi kita nak menyatakan ada sedikit kepincangan yang berlaku dalam sistem pendidikan yang sedang berjalan ini.

AES: Ahmad Maslan gagal jawab kenapa letak bawah OSA

Mahfuz ketika membahaskan Akta Tatacara Kewangan 1957 meminta menteri terbabit menjelaskan mengapa perjanjian AES dengan dua syarikat Beta Tegap dan AES Solution diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Bagi Mahfuz, perjanjian itu tidak sepatutnya dirahsia kerana ia tidak melibatkan keselamatan negara sebaliknya ia melibatkan hak rakyat.

Mahfuz yang bangkit beberapa kali ketika Ahmad Maslan menjawab turut menyelar kerajaan yang tidak ada kuasa untuk dedahkan perjanjian itu menjadi perkara umum.

"Sebenarnya, kerajaan ada kuasa untuk keluarkan perjanjian itu kerana Peguam Negara sendiri mengakui ada kesilapan dalan pelaksanaan AES.

"PM dan kabinet ada kuasa. Isu perjanjian mengapa tak boleh jawab? Kalau kabinet tidak ada kuasa semua menteri letak jawatan!"bidas Mahfuz yang diikuti dengan suara riuh dari kedua-dua belah pihak Pakatan Rakyat dan BN.

PAU2013: .'Sudahlah untung, naikkan tarif elektrik lagi'

Isu kenaikan harga, terutamanya tarif elektrik baru-baru ini, menjadi perhatian dalam perbahasan ucapan dasar presiden dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 hari ini.

Perwakilan Perak Datuk Ahmad Salimin berkata, kenaikan tarif elektrik, harga barang dan petrol sebelum ini dirasakan terlalu drastik serta tidak bertepatan dengan masa dan keadaan.

Tambahnya lagi, ia sekali gus membebankan rakyat.

"Saya ingin menegur berkaitan pengumuman kenaikan harga barang, petrol dan baru-baru ini tarif elektrik.

"Kenaikan ini amat tidak tepat sekali melihat pada keadaan ekonomi rakyat," katanya.

PAU2013: Perwakilan Pulau Pinang syor tukar slogan 1Malaysia kepada 1Melayu kerana tiada sokongan bukan melayu.....

Pemimpin veteran Umno Datuk Musa Sheikh Fadzir mengesyorkan agar slogan 1Malaysia yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak ditukar kepada 1Melayu kerana tidak mendapat sokongan bukan Melayu semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Musa, yang juga perwakilan dari Pulau Pinang, mendakwa masyarakat bukan Melayu telah menikam dari belakang sehingga menyebabkan Barisan Nasional tewas di kebanyakan kerusi yang demografiknya terdiri daripada pelbagai bangsa.
"Kita tak payah lagi cakap 1Malaysia tukar kepada 1Melayu.
"Buat apa nak tolong depa (mereka), kita tolong depa, depa tikam belakang kita," kata Musa, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Pulau Pinang.
Beliau juga mendesak agar kerajaan berhenti dari terus berkempen dan mengadakan program semata-mata untuk mendapatkan sokongan kumpulan tersebut, apabila hasilnya gagal diperoleh.
"Kita sibuk buat 'dinner', sibuk program, nak buat apa?" kata beliau yang disambut dengan sorakan perwakilan lain semasa perbahasan ucapan dasar oleh Najib pagi tadi.

PAU2013: Tayangan percuma Tanda Putera sempena Perhimpunan Agung Umno


Selain bersidang, para perwakilan dan pemerhati Pehimpunan Agung Umno kali ini juga boleh menonton wayang.
Ini kerana filem Tanda Putera akan ditayangkan secara percuma malam ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersempena dengan perhimpunan itu.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruldin ketika sesi perbahasan ucapan dasar Presiden Datuk Seri Najib Razak di PWTC, Kuala Lumpur.
Tayangan filem mengisahkan dua sahabat, Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Ismail Abdul Rahman, akan ditayangkan di Dewan Merdeka, jam 9 malam nanti.
Kontroversi filem berkenaan timbul apabila Penasihat DAP Lim Kit Siang mendakwa filem berkenaan memaparkan fakta salah apabila memaparkan babak remaja berbangsa Cina, yang dikatakan dirinya kencing di tiang bendera Menteri Besar Selangor ketika rusuhan kaum 13 Mei berlaku.

PAU2013: Tuduhan Rapid rugi RM40b kerana PR tidak berasas, kata Ahli Parlimen pembangkang

Datuk Seri Najib Razak menyalahkan Pakatan Rakyat menyebabkan kerajaan rugi RM40 bilion apabila pelabur menarik keluar dari projek Rapid. Gambar Reuters.
Datuk Seri Najib Razak menyalahkan Pakatan Rakyat menyebabkan kerajaan rugi RM40 bilion apabila pelabur menarik keluar dari projek Rapid. Gambar Reuters. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyelar kenyataan Perdana Menteri Datuk Najib Razak menyalahkan mereka ke atas kerugian RM40 bilion yang ditanggung kerajaan akibat penarikan balik pelabur dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor.
Menurut Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin, tuduhan Najib itu langsung tidak berasas kerana hanya berani mencadangkan di Perhimpunan Agung Umno namun bukan saluran betul seperti Parlimen.
"Siapa yang menyebabkan kerugian? Kalau betul tuduhan beliau, maka saya cabar membawa isu ini ke Parlimen berdebat dengan kita.
"Tapi kalau setakat bercakap di Perhimpunan Agung Umno di hadapan penyokong beliau, menuduh tanpa ada bukti. Saya percaya pencinta alam sekitar di Taiwan juga tidak mahu syarikat negara mereka terlibat dalam projek ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tolong..!!! Kami kekurangan makanan, rayu mangsa banjir di Kuantan

Jambatan yang runtuh di Kemaman akibat banjir.
Jambatan yang runtuh di Kemaman akibat banjir.Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan untuk menghantar bantuan segera ke tempat yang dinaiki banjir di Kuantan ekoran dakwaan pelbagai kekurangan yang berlaku kepada mereka.
Antara laporan yang diterima The Malaysian Insider adalah bekalan makanan tidak cukup, kanak-kanak dan bayi menangis kesejukan manakala warga emas pula menggigil kerana terpaksa bertahan di dalam pusat pemindahan yang juga dimasuki air.
Sukarelawan pula tidak menang tangan apabila tempat penempatan banjir pun dinaiki air.
"Kami tak ada alternatif. Dia orang terpaksa bertahan dalam air. Kesian bayi dan warga emas la. Suasana gelap dan sejuk sangat malam ni.
“Bekalan air bersih pun kurang. Kami yang jadi sukarelawan ni petang tadi baru dapat makan sebab bekalan tak cukup," lapor seorang sukerelawan yang bertugas di Kuantan hari ini.

Makin Terdesak: Umno-PAS perlu tamatkan sengketa untuk bermuzakarah, kata penganalisis

SAMM: Say NO to Astro's monoply

Keluar simpanan persaraan swasta pun kena cukai?

Lynas diancam banjir, Zahid enggan layan soalan KiniTV

(3) Bahas Usul Kerajaan Melabur Dalam AES Solution SB

Mahu menteri beri jawapan bertulis awal: Shahidan kata jawapannya Insya allah

AES: Mahfuz minta k'jaan dedah perjanjian atau cadang menteri letak jawatan

(2) MP PAS Pokok Sena Bahas Usul Kerajaan Melabur Dalam AES

RazakSAT fiasco, RM88 mil compensation paid

'Why would a company awarded a contract worth RM142 million be compensated RM88 million when the government has stopped the contract, ask opposition MPs.

KUALA LUMPUR: Opposition MPs today flayed the federal government for paying an exorbitant RM88 million compensation to a company involved in the failed RazakSAT I satellite program, despite the contract being only worth RM142.8 million.
Pan Northern Air Services (PNAS) was awarded a 10 year contract to conduct remote sensing, a type of imaging technology, for an agency under the Ministry of Science, Technology and Innovation.
After the contract was abruptly terminated, PNAS hauled the ministry to court in 2009 seeking compensation for profit losses.
The ministry admitted to Parliament recently, that RM88 million has been paid to PNAS to settle the dispute and claimed that potential losses could have snowballed to a whopping RM330 million if settlement was not done.
Kelana Jaya MP Wong Chen said the compensation paid was equal to 60% of the contract value, which is unusually high.

Isu Ust Kazim: Zaharin bidas 'pembodek' Najib

Bloger Sang Kelembai atau nama sebenarnya Zaharin Mohd Yasin berkata, perlantikan Kazim yang dibuat tanpa meminta persetujuan terlebih dahulu adalah perancangan salah.

Malah katanya, ia lebih kepada tindakan cuba mendapat kredit pribadi atau dengan kata lain 'membodek' bos.

"Akhirnya Ustaz Khazim Elias tolak di lantik MT Umno. Agaknya dia dah istiqirah malam tadi. Satu tamparan hebat pada Umno.

"Ini dia kerja mereka yg tidak merancang dan buat strategi, hanya kerana nak dapat kredit peribadi pada Boss," tulisnya di Facebook.

Selepas enam bulan, Umno dakwa menang undi popular!

Umno dan BN memenangi undi popular di sembilan negeri dalam PRU13.
Umno dan BN memenangi undi popular di sembilan negeri dalam PRU13.Ibu pejabat Umno sudah pasti sangat sibuk sejak enam bulan lalu sehingga tidak sempat untuk mengira kerana hanya kini mereka sedar bahawa mereka yang memenangi undi popular dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu, bukannya Pakatan Rakyat (PR).
Ini dapat dilihat daripada cara Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak melihat isu ini, Barisan Nasional (BN) memenangi undi popular di sembilan negeri berbanding dengan PR di empat negeri sahaja.
Perdana Menteri juga berkata, Umno sebagai sebuah parti yang memenangi lebih undi popular  berbanding ketiga-tiga parti PR - PKR , DAP dan PAS. Jangan kita lupa Umno juga mendapat tambahan sembilan lagi kerusi di Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Sudah tentu ia benar. Jika seseorang memutuskan untuk mengira mengikut prestasi setiap parti dan pergi negeri ke negeri. Tiada siapa yang boleh mempertikaikannya walaupun BN hanya mendapat tambahan kerusi di empat negeri - Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perak.
Umno hilang lebih banyak kerusi di negeri lain, atau adakah ia diambil kira dalam dunia Umno? Juga, mengapa ia mengambil masa enam bulan untuk akhirnya keluar dengan kenyataan, hey kita sebenarnya menanglah.
Jika itu yang boleh mengembirakan Umno, bersoraklah. Lagipun, Umnolah parti yang paling bersedia sekali dalam pilihan raya lalu dalam usahanya mencari 'calon winable'

PISA : Kedua Tercorot Di Asia Tenggara. Punca? Salah Pelajar & Guru!

Berita Semasa mencari-cari juga kalau-kalau laporan terbaru bagi ranking Sistem Pendidikan Malaysia yang menduduki kedudukan kedua tercorot di Asia Tengara yang dikeluarkan melalui penarafan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) mendapat liputan dan diperbincangkan di media arus perdana baik di Buletin Utama TV3, Berita Perdana RTM ataupun Utusan Malaysia. Malangnya, Berita semasa tidak menjumpainya. Sejak…..
Sejak daripada dahulu lagi, Berita Semasa perhatikan setiap kali bertukar Menteri, acapkali sistem pendidikan dan halatuju negara digubah dan dilaksanakan dan menjadi kalangan guru Malaysia dan pelajar-pelajar sebagai bahan eksperimen. Relaitinya, adakah sistem pendidikan Malaysia menjadi lebih baik?
Terbaru, Malaysia telah berada di kedudukan kedua tercorot dikalangan negara-negara Asia Tenggara yang terlibat tertinggal jauh di belakang Singapore, Thailand dan Vietnam. Vietnam dihadapan Malaysia? Negara Vietnam yang terkenal dengan sejarah hitam mereka kerana melalui tempoh zaman perang yang panjang, dan ekonomi Vietnam pada suatu ketika dahulu jaaaau….uuuuuhhh tertinggal di belakang Malaysia. Sekarang?
Walaubagaimanapun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah sedia maklum dengan laporan terbaru PISA 2012 ini dan memberikan beberapa lasan dan punca mengapa ranking Malaysia jatuh ketika ini :

Malaysia Kita: 332 kes keganasan isteri terhadap suami sejak 2008

Sejak 2008, sebanyak 332 kes keganasan rumah tangga terhadap suami dilaporkan berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat,  Datuk Rohani Abdul Karim (gambar) mendedahkan data itu dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Parlimen hari ini.
"Jumlah kes keganasan rumah tangga yang berlaku terhadap suami dari 2008 hingga Julai 2013 adalah sebanyak 332 kes," katanya.
Jumlah kes tertinggi dicatatkan pada 2008 dengan 107 kes.
"Setiap kes keganasan rumah tangga termasuk terhadap suami adalah dilindungi di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994," katanya.
Selain itu, seramai 253, 715 lelaki adalah duda atau bercerai atau berpisah tetap berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
"Angka ini merupakan 3.9% daripada lelaki yang pernah berkahwin.

MP Pakatan sokong desak pecah monopoli Astro


Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata tuntutan SAMM itu merupakan satu tuntutan yang wajar memandangkan mutu perkhidmatan yang diberikan Astro tidak setimpal dengan bayaran yang dikenakan ke atas pelanggan.

"SAMM hari ini telah menghantar satu memorandum bantahan kepada kementerian dan kami menyokong langkah tersebut kerana ia memberi kesan langsung kepada pelanggan Astro itu," kata beliau pada satu sidang media, di parlimen, hari ini.

Tegas Takiyuddin, kerajaan perlu mengawal monopoli Astro dengan membuka lebih banyak ruang stesyen televisyen berbayar, sebagaimana yang pernah dihasratkan kerajaan sekitar 2011.

MALAYSIA KITA: PERASUAH TIDAK PULA MEREKA BURU SEBEGINI RUPA..!!



Sasaran kerajaan BN baiki indeks persepsi rasuah mustahil, kata Kit Siang


Penasihat DAP, Lim Kit Siang (gambar) mendakwa Malaysia mungkin dipintas oleh China dan Indonesia daripada segi kedudukan skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparensi-International (TI) menjelang 2020.
Ini kerana, katanya, sejak 19 tahun lalu negara ini tergolong dalam skor CPI TI merosot malah dipintas oleh negara yang mendapat kedudukan skor CPI lebih rendah pada 1995.
Beliau berkata, jika Malaysia mahu menduduki tangga 30 teratas dalam CPI tahun 2020, negara perlu mencapai peratusan 35 teratas skor CPI dan bukan hanya 50/100, kerana skor lima negara yang berada di tangga ke-26 teratas dalam CPI TI 2013 memperoleh 60 markah dan ke atas.
“Bagaimana Malaysia hendak menjaga air mukanya jika dunia melihat Malaysia lebih rasuah daripada Indonesia dan Cina sebelum berakhir dekad ini?

PAU2013: Siapa yang hendak membetulkan UMNO itu, takkan pimpinan sekarang

UMNO sudah tidak tentu arah dan tidak mempunyai hala tuju perjuangan yang meyakinkan. Sesebuah pertubuhan itu hanya berubah samada untuk kebaikan atau sebaliknya kerana sikap dan nilai mereka yang memimpinnya. Saya tidak bersetuju sesiapa yang mengatakan UMNO itu tidak baik. UMNO itulah yang telah membina negara selama ini bersama rakan-rakan kongsi dalam Perikatan dan BN.
Tetapi UMNO itu kian jatuh dan lemah kerana manusia yang memimpinnya. Manusia yang menjadi pemimpinnya sekarang sudah hilang segala pedoman bagaimana hendak melangsungkan perjuangan parti itu, maka kian hari parti itu di ketepikan dari pemikiran dan sokongan ramai.
Baju dan pakaian walaupun berharga murah tetapi jika si pemakainya mempunyai kedudukan dan dihormati, pakaian yang murah tadi akan nampak mahal dan berharga. Tetapi jika sipemakainya itu tidak baik dan tidak senonoh, pakaian yang mahal sekali pun akan nampak murah. Wanita yang langsing tubuhnya dan jinjang lehernya akan nampak anggun jika memakai pakaian yang tidak berapa mahal. Sebaliknya kepada wanita yang rendah, pakailah pakaian secantik dan mahal mana pun pakaian itu akan tetap nampak murah.
Begitu juga pertubuhan-pertubuhan termasuk parti politik akan dihormati jika pertubuhan itu dipimpin oleh manusia yang dihormati dan disanjung. Dulu-dulunya pemimpin setiap peringkat UMNO dihormati tetapi tidak lagi sekarang ini, kerana pemimpin-pemimpinnya tidak menjaga diri mereka dengan baik yang bersesuaian dengan kehendak niat dan matlamat pertubuhan itu.

PAU2013: Najib jaguh di kampung sendiri, ‘kecut perut’ luar gelanggang UMNO

ng suee lim2SHAH ALAM 5 DIS : Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sebagai jaguh kampung yang kuat bersorak dalam gelanggang sendiri tetapi ‘kecut perut’ ketika berada di luar gelanggang Umno.
Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata, sehingga kini Najib masih gagal untuk berdebat secara terbuka dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun pelbagai pihak mencabar beliau.
“Sehingga kini, tidak ada rekod untuk Najib selaku ketua tertinggi kerajaan berdebat dengan Anwar berhubung isu rakyat walaupun sudah berkali dicabar Anwar sama ada sebelum atau selepas PRU-13 lalu.
“Inilah contoh pemimpin yang hipokrit dan paling penakut apabila tidak berani berhadapan dengan Anwar. Jadi, apa lagi untuk berhadapan dengan pemimpin dan kuasa luar,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Suee Lim berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.
Najb dalam ucapannya mengibaratkan beliau menang set bermain badminton menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada PRU-13 lalu.
Kenyataan yang dibuat Najib itu ekoran kejayaan BN membentuk Kerajaan Persekutuan dengan memenangi 112 daripada 222 kerusi walaupun hakikatnya PR memenangi undi popular 52 peratus, berbanding BN yang hanya memenangi undi 48 peratus rakyat Malaysia, pada PRU-13 lalu.
Sementara itu, Pakatan Rakyat (PR) turut mempertikaikan pengadil Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang secara nyata adalah pro-Barisan Nasional (BN).

‘Some trying to manipulate history’

 Eddin Khoo welcomes the idea to recognise Bujang Valley under the Unesco heritage list but questioned the authorities for not taking any action.

PETALING JAYA: While welcoming the move to recognise Bujang Valley as a World Heritage site under the Unesco list, Pusaka founder Eddin Khoo Bu-Eng has questioned the Malaysian authorities’ failure to gazette the area under the National Heritage Act
Eddin, who set up Pusaka – a cultural centre more than 10 years ago, also expressed his anger at the authorities for neglecting the importance of national history.
“It is a good move to be recognised as a World Heritage site but why is Bujang Valley not gazetted under our own act?” he asked.
He added that reconstructing Lembah Bujang would not solve the problem because there were many questions that need to the answered first.
“The site is under the Tourism and Culture Ministry and they did nothing about it,” said Khoo.
Khoo, a poet and an independent curator, also criticised the National Museum for not issuing any statement on the incident.
“Certain parties are trying to manipulate national history.
“The National Museum has yet to issue any statement and it is a place where you can only see dolls in costumes and their ghost exhibition is a joke.
“On the other hand we have people who are more Islamic than others and trying to construct the history of the Malays,” he added, referring to right-wing Malay nationalist groups.
Bujang Valley is one of the earliest entry points to the peninsula which even pre-dates the Malacca empire. Sailors from India had used Gunung Jerai as a reference point to the ancient maritime city.

Kenaikan cukai pintu: Nurul Izzah ajak rakyat pecat Datuk Bandar

MP Pakatan lapor polis salah laku Peguam Negara

Shamsul bersama ahli parlimen Pakatan RakyatKUALA LUMPUR 5 DIS: Satu laporan polis terhadap salah laku peguam negara, Tan Sri Ghani Patail dan Datuk Shafee Abdullah dibuat oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat diterajui MP Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Beliau bersama ahli parlimen Rasah, Anthony Loke, G Manivannan (Kapar) Steven Sim (Bukit Mertajam) Teo Kok Seong (Rasah) dan Datuk Takiyuddin Hassan (Kota Bharu) membuat laporan di IPD Dang Wangi semalam.
Shamsul bersama ahli parlimen Pakatan Rakyat
Laporan dibuat bagi mendesat siasatan Polis terhadap pendedahan melalui surat akuan bersumpah bekas Pegawai Siasatan Jenayah, Datuk Md Zain Ibrahim yang dibuat pada 7 Oktober 2013.
“Surat Akuan tersebut mendedahkan beberapa perkara yang dilakukan dua individu yang jelas merupakan salah laku jenayah dan perlu tindakan polis dengan segera”

Skim Persaraan Swasta dikenakan cukai, penabung jadi mangsa, kata Rafizi

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa Pindaan Akta Cukai 1967 memangsakan rakyat apabila pengeluaran simpanan  Skim Persaraan Swasta sebelum umur 55 tahun akan dikenakan cukai penuh.
Beliau berkata, tindakan kerajaan itu bertentangan dengan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa melancarkan inisiatif kerajaan untuk mengalakkan pekerja swasta memohon skim tersebut.
Najib yang ketika itu menyatakan keuntungan dan pendapatan skim persaraan swasta dikecualikan daripada cukai.
"Tetapi, kita pelik apabila Timbalan Menteri Kewangan berkata kerajaan berhak mengenakan cukai kerana penabung dalam skim berkenaan mendapat pelepasan cukai adalah tidak munasabah.
"Pembayar cukai mendapat pelepasan cukai maksimumnya sebanyak RM3,000 setahun dengan pindaan akta tersebut bermakna penabung terpaksa membayar cukai tambahan melebihi pelepasan cukai yang diberikan sebelum ini," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Minggu lalu, Perdana Menteri melancarkan komponen akhir skim persaraan swasta menerusi penubuhan Pentadbir Pencen Swasta yang dilengkapkan dengan kelulusan set pertama skim berkenaan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan pembangunan industri pencen swasta.
Beliau berkata, menjadi harapan semua generasi Malaysia mempunyai simpanan aset kewangan yang mencukupi bagi membolehkan mereka menikmati sepenuhnya persaraan kelak.

Banjir: Bung Mokhtar perlu suruh wakil rakyat Umno tinggalkan PAU

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menggesa kesemua wakil rakyat Umno dari kawasan yang terlibat dengan banjir agar tidak hadir atau meniggalkan terus Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2013 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur.


Katanya, pada ketika ini rakyat di beberapa kawasan khususnya di Pahang, Terengganu dan Johor sedang berdepan kesusahan menghadapi banjir, dan sewajarnya wakil-wakil rakyat di kawasan terlibat banjir untuk mengutamakan rakyat di kawasan mereka berbanding PAU ini.

Menurut Nasrudin, tindakan itu perlu sebagai mengambil penegasan kepada kenyataan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) di Dewan Rakyat semalam.

Ketika usul tergempar banjir dikemukakan Fuziah Saleh (PKR-Kuantan) semalam, Bung yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, dalam nada tegas menggesa Fuziah pulang ke kawasan dan tidak perlu hadir ke parlimen untuk memberi tumpuan kepada mangsa banjir.

Umno lebih pentingkan persidangan daripada bantu mangsa banjir - kata bekas calon ketua pemuda umno

Sepatutnya para pemimpin Umno semua berada di kawasan banjir membantu mangsa terutamanya di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

PETALING JAYA: Bekas calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamalulail mendakwa Umno lebih mementingkan persidangan daripada menyelamatkan mangsa banjir di Pahang.
Katanya, Umno sepatutnya menangguhkan persidangan kerana keadaan banjir di Kuantan amat kritikal.
“Sepatutnya para pemimpin Umno semua berada di kawasan banjir membantu mangsa terutamanya di Pahang, Terengganu dan Kelantan,” kata beliau kepada FMT.
Beliau bertanya di mana pemuda dan Kelab Putra Umno di saat saat mereka memerlukan bantuan di musim banjir ini.
“Saya hairan Datuk Aziz Rahim bersusah payah menghantar sukarelawan menyelamatkan mangsa taufan Haiyan di Filipina tetapi saya tak nampak pula mereka hantar sukarelawan Putra ke Pahang,” katanya lagi.
Beliau juga menyentuh kritikan Khairy Jamaluddin terhadap TNB ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda Umno di persidangan pemuda Umno semalam.
“Saya hairan kabinet sudah bersetuju dengan cadangan menaikkan tarif elektrik kenapa pula Khairy bising di luar? Sepatutnya beliau membantah dalam mesyuarat kabinet,” katanya.
Beliau meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkaji semula kedudukan Khairy dalam kabinet kerana beliau tidak bersetuju dengan keputusan yang sudah dibuat oleh kabinet.
“Sebelum TNB buat keputusan, sudah tentu TNB mohon persetujuan kabinet terlebih dahulu. TNB bukannya buat pengumuman tanpa merujuk kepada kabinet,” katanya.

PAU2013: Najib guna analogi badminton pertahankan kemenangan BN

PAU2013: Pembangkang khianat negara, Petronas hilang RM40 bilion pelaburan - Dakwa Najib

(1) MP PAS Pokok Sena Bahas Usul Kerajaan Melabur Dalam AES

MP PAS Tumpat Bahas Usul Menteri Kewangan mengenai Duti Anti Lambakan Negara D-8

Tim Men. Bentang Usul Kerajaan Melabur Dalam AES Solution SB 5-12-2013

Usul mengenai Cukai Duti Eksais (Rokok) - Tim.Menteri Kewangan 5-12-2013

Dewan Rakyat 5 Dis. 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

PAU2013: Umno tak jumud, parti paling popular di Malaysia - Najib

PAU2013: GST sistem terbaik, jangan terpengaruh dakyah pembangkang - Najib

PAU2013: Umno bukan PAS perjuang kemuliaan Islam, kata Najib

PAU2013: Umno kemuka bukti video dakwa Anwar dalang warga Bangla jadi pengundi

PAU2013: Mansuh subsidi kerana 'gula adalah racun' - Najib

PAU2013: Umno nafi BN menang, minyak naik

PENGURUSAN BANJIR DI MALAYSIA YANG TERBAIK DIDUNIA JIKA DI BANDINGKAN DENGAN NEGARA-NEGARA MAJU??


BIAR GAMBAR BERBICARA BAGI MENYOKONG KUAT PADU KATA-KATA MENDABIK DADA SHAHIDAN KASSIM BAHAWA NEGARA KITA DALAM PENGURUSAN BANJIR JAUH LEBIH BAIK DARI NEGARA-NEGARA MAJU.

MALAYSIA DIBAWAH PEMERINTAHAN UMNO/BN LEBIH-LEBIH LAGI BERPENDANA MENTERIKAN NAJIB RAZAK MEMANG TERHEBAT SEANTARO DUNIA DALAM SEMUA SEGI.

Pulak Dah: Tolak jawatan, Ustaz Kazim berdosa kepada agama Islam, kata MT Umno

Penolakan Mohammad Kazim Elias (gambar) atau lebih mesra dipanggil Ustaz Kazim sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno disifatkan sebagai satu dosa kepada agama, kata Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau yang juga ahli MT Umno berkata, cadangan pelantikan Ustaz Kazim adalah penting kerana parti terbesar Melayu itu memerlukan ahli agama selain menggesa pendakwah bebas itu agar jangan terlalu memikirkan kritikan masyarakat.
“Sewajarnya beliau perlu menerima tawaran tersebut memandangkan Umno memerlukan orang agama untuk membantu mereka.
“Jika kita berada di luar dan tidak sama-sama di arus perdana, kita pasti tidak dapat membantu, nescaya kita akan melakukan sesuatu yang saya anggap dosa kepada agama ini,” katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian hari ini.
Media semalam melaporkan Ustaz Kazim menolak pelantikan sebagai ahli MT Umno kerana mahu menjadi pendakwah yang boleh bergerak bebas dalam usahanya memartabatkan perpaduan umat Islam negara ini.

Najib tayang video dedah Anwar "bohong" isu pengundi Bangladesh..!!

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menayangkan video beberapa kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Umno membawa masuk lebih 40,000 pengundi dari Bangladesh ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Video yang ditayangkan ketika Najjib sedang memberikan ucapan dasar di hadapan perwakilan Umno dari seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dilihat memetik kenyataan Anwar yang pernah disiarkan media pro pembangkang seperti Suara Keadilan, TV Selangor, dan KiniTV.
"Begitulah, tuan-tuan dan puan-puan, betapa kuatnya pemimpin pembangkang suka berbohong dan berkalam dusta!" kata Najib sejurus tamat tayangan video berkenaan.
Perdana Menteri itu berkata, isu berkenaan sengaja ditimbulkan kerana pembangkang Pakatan Rakyat (PR) tidak henti-henti mencanangkan kepada pengundi bahawa Barisan Nasional (BN) membawa masuk pengundi Bangladesh untuk mengundi parti pemerintah.
"Perkara ini tampaknya kita tidak dapat bendung-bendung lagi untuk dirungkaikan misterinya," kata Najib.
Beliau berkata, semasa lawatan rasmi ke Dhaka, Bangladesh baru-baru ini, beliau rasa terpanggil untuk mengucapkan "Dhonnobad", atau terima kasih dalam bahasa Benggali kepada Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina kerana menyediakan rakyatnya sebagai pengundi seperti dimomokkan pembangkang.
"Ternyata bak kata orang Pekan, maaf cakap, sampai terkejut Sheikh Hasina sambil menggeleng-gelengkan kepala, dengan tegas beliau menafikan bahawa perkara itu tidak benar sama sekali," katanya.

Monson Cup: Wang Ehsan Hangus RM2.5 Billoin, Rakyat Terengganu "Tidak Cerdik"


"Sejarah kapal layar piala "Monson Cup" yang dimulakan oleh bekas menteri besar Terengganu Dato Seri Idris Juosh dan diteruskan oleh Dato Seri Ahmad Said adalah "Lambang Keangkuhan dan Kerja Bodoh kerajaan Barisan Nasional dan UMNO Negeri Terengganu.

Bajet atau kos sebagai tuan rumah "tanding kapal layar" dianggarkan mencecah RM3 Billoin selama 8 tahun atau RM300 juta hingga RM400 juta wang kerajaan Terengganu hancur dan ditelan serta musnah di sekitar Pulau Duyung. Rakyat hanya dapat angin kosong laut China Selatan. Dan Rakyat Terengganu dapat halwa telingga dihibur dengan artis artis.

Dato Seri Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu sepatutnya membatalkan terus kerja kerja bpdph bekas menteri besar yang terdahulu. Namun Ahmad Said meneruskan kerja dan projek tanding kapal layar kononnya terpahat nama Terengganu dalam peta dunia pelayaran kapal tersebut.

Untuk rekod projek "tanding kapal layar" jelas tidak memberi impak yang besar kepada ekonomi dan rakyat Terengganu. Ianya hanya sekedar memperkaya kroni dan penaja dan individu syarikat peniaga.

Jika wang peruntukan RM2.5 billoin -RM3 billion ( WANG DARI WANG EHSAN ATAU WANG ROYALTI) dibelanjakkan untuk membina rumah mampu milik sebanyak 75,000 unit dengan kos RM45,000 seunit. Jika wang sebanyak itu diberi kepada pelajar kemenra gading dan insituisi awam dan kolej seramai hampir 60,000 pelajar.

Banjir di Pahang ragut mangsa pertama, dua hilang dihanyut arus


Banjir teruk yang melanda memaksa penduduk meninggalkan rumah masing-masing dan mendapatkan perlindungan di pusat pemindahan.Banjir teruk yang melanda memaksa penduduk meninggalkan rumah masing-masing dan mendapatkan perlindungan di pusat pemindahan.Banjir di Pahang meragut satu nyawa, Mohamed Alif Khalid, 21, yang dijumpai lemas petang semalam di Sungai Kampung Sepial, Kuala Tembeling, Jerantut.
Dua beranak, Jamal Ali, 40-an, Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai Megat, berusia belasan tahun, hilang apabila terjatuh ke dalam air semasa memindahkan barang di Perkampungan Sungai Isap kira-kira jam 8.30 malam tadi.
Kejadian berlaku dalam keadaan banjir semakin buruk di Pahang dan negeri-negeri pantai timur dengan jumlah yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semakin meningkat.

Antara Buaya Cayman & Penyangak Cayman RM7.0 Billion - Untuk Ahli UMNO Yang Kurang Peka Sahaja..!!

Bagi ahli UMNO yang sudah arif, pintar dan bijaksana tak payahlah baca hari ini.   Ini untuk golongan yang kurang peka sahaja ok. Di mana ianya lebih mudah saya minta izin berPPSMI sahaja. 

The Cayman is the name of a crocodile that can be found in the tropical regions of the Americas. Here is a picture :


Buaya Cayman makhluk ciptaan Allah. Boleh telan 
se-ekor ayam tanpa gunakan sudu garpu.  

'Caymanas' is a Carib word meaning marine crocodile. Carib refers to a native American tribe that inhabited the region that is now known as the Caribbean.

The Cayman Islands refers to a cluster of islands in the Caribbean which are British territory (worse than colony).  The Cayman Islands have been converted by the British into secret banking and tax havens where all sorts of hot money, money laundering and other illegal activities can be carried out with impunity. Do read on.  Bukan tak ada rujukan. 

Dato Kadir Jasin's blog says something more about 1MDB ploughing their money in the Cayman Islands. Kadir says that 1MDB has actually ploughed RM7.0 Billion in the Cayman Islands. I thought it was "only" RM3.0 Billion.

Here is Dato Kadir Jasin  :   "Adakah beliau berani menghurai mengapa 1MDB, sebuah syarikat milik negara menghantar RM7 bilion ke syurga cukai (tax haven) Cayman Islands sedangkan kita mempunyai tax haven sendiri di Labuan?"

Dato Kadir Jasin bukan calang-calang punya orang. Beliau adalah wartawan senior dan ulung. Berstatus wartawan negara.  Dengar baik-baik apa yang dia sebut.

We have burnt RM7.2 Billion on con-sultans over the past five years.  That money is gone. Burnt.  Now we have sent another RM7.0 Billion of taxpayers' money to the Cayman Islands. Will we ever see this money again? Is this money safe in the Cayman Islands? 

Can the president of UMNO please give us some proof (maybe during his keynote address at the UMNO Assembly) that our RM7.0 Billion is still safe and sound in the Cayman Islands. And not swallowed up by some Cayman crocodile.

Kepada tuan-tuan kekawan UMNO yang tak faham apa pun, RM7.2 Billion for con-sultans plus RM7.0 Billion for Cayman Islands = RM14.2 Billion

Patutlah gomen dekat nak bankrap dah. "Pengkhianat yang tak bayar cukai" pun terkejut beruk. 

Duit semua dah habis pelingkup dengan con-sultan dan buaya Cayman.  Jadi minyak naik, rokok naik, letrik naik, cukai pintu naik, gula naik sedikit sebanyak untuk membantu gomen dapat balik RM14.2 Billion yang dah 'burn' ini. 

Ok folks, terutama sekali kekawan UMNO. Oleh kerana sebegitu banyak sekali khazanah negara dan duit rakyat marhaen telah dilebur (melabur dan melebur bukan sama ok) di Cayman Islands elok kita mengambil tahu sedikit sebanyak mengenai Cayman Islands. 

Apa itu Cayman Islands?

Najib: Saya menang set penentu lawan Anwar...

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata kemenangan BN dalam pilihan raya umum ke-13 tidak wajar dipersoalkan kerana parti itu memenangi pertandingan tersebut mengikut sistem yang diamal sejak sekian lama.
Najib yang menyampaikan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno 2013 hari ini mengumpamakan pilihan raya tersebut seperti perlawanan badminton.
Katanya, walaupun BN mendapat majoriti lebih kecil, Pakatan Rakyat tetap dikira kalah dari segi keseluruhan.
"Kalau saya nak bagi analogi untuk kefahaman ramai, cerita mudahnya begini. Katalah dalam satu perlawanan badminton, Najib melawan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), ke Anwar melawan Najib, mana-mana pun tak kisahlah.
"Dalam set pertama Najib menang 21-15, dalam set kedua Najib kalah 05-21, tetapi set penentu Najib menang 21-16.
"Tentulah dalam perlawanan ini, memenuhi peraturan, pengadil mengisytiharkan Najib menang. Tetapi Anwar membantah tak setuju kerana katanya, jumlah mata terkumpul beliau adalah 52 berbanding Najib 47.

Umno bela nasib Melayu, PAS jaga hati Pakatan, kata Utusan

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini berkata, parti Melayu terbesar itu akan terus membela nasib orang Melayu dan Bumiputera serta membawa limpahan kesejahteraan kepada kaum lain berdasarkan jaminan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengarang kanan berita, Zulkiflee Bakar, berkata Umno tidak perlu berperwatakan seperti parti pembangkang yang tidak menyatakan secara spesifik untuk membela nasib orang Melayu selain bimbang ketegasan itu akan menimbulkan kecurigaan parti komponen.
“Biarpun PAS dianggap salah satu parti yang menguatkan pakatan pembangkang namun parti itu tidak memiliki kekuatan dalam kata sebenar. PAS sehingga ke hari ini tidak pernah secara terbuka menyatakan akan terus membela nasib dan masa depan orang Melayu.
“Tetapi Umno tidak perlu mempunyai keadaan sedemikian kerana memahami kekuatan yang ada kepada parti itu. Ia bukanlah bermaksud Umno meminggirkan kaum lain sebaliknya yakin kekuatan Umno dan kekukuhan membela nasib orang Melayu serta Bumiputera akan mampu membawa limpahan kesejahteraan kepada kaum lain,” katanya melalui artikel bertajuk “Jaminan Umno ibarat balas budi”.
Muhyiddin ketika merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri memberi jaminan akan terus membela nasib dan masa depan orang Melayu dan Bumiputera.
Katanya, Umno sebagai benteng kepada agama Islam mengambil pendirian tegas menolak sekeras-kerasnya tuntutan yang bertentangan dengan hukum Islam, apatah lagi di sebalik kesedaran wujud cubaan tersusun merungkai institusi dan asas Islam.

Puncak Niaga, KPSB accept Selangor offer

The concessionaires has agreed to accept the RM9.65 billion general offer made by the state government's investment firm, Kumpulan Darul Ehsan Bhd.

by Farah Adilla
PETALING JAYA: Selangor’s water sector restructuring looks set to materialise in the near future after concession holders Puncak Niaga Holdings Bhd and Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPSB) agreed to accept with conditions the RM9.65 billion general offers made by the state government via its investment arm, Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB).
The third party Gamuda Bhd, however, objected to the offer but said it is still willing to hold further discussions with KDEB on the terms of the deal.
In an exchange filing yesterday, the Rozali Ismail-led Puncak Niaga group said it has sent a letter of acceptance to KDEB and is hopeful that the latter will favourably agree to the former’s terms and conditions for the conclusion of the deal.
“Puncak Niaga is hopeful that KDEB will favourably agree to the terms and conditions so the consolidation of the Selangor water industry, envisaged by the federal government and the Selangor state government, which is supported by water players such as Puncak Niaga group, will materialise in the near future,” it said.
Among the conditions listed in Puncak Niaga’s letter to KDEB is a demand for payment of total equity contribution to Puncak Niaga to include a compounded return of 15% per annum taken as compensation for the company’s loss of future earnings as a result of the sale of its water concession business to the state government before the date of expiry of the respective concessions.
Puncak Niaga also demands the payment of debts due and outstanding from Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) to Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) in relation to the supply and sale of water to Syabas as the services had already been rendered.
The company said after a detailed analysis of the offers that it has ascertained that the actual total payable to all water concession holders is far below the RM9.65 billion announced earlier by the state government.

Kadar Kenaikan Tarif Elektrik 2014 Naik : Semenanjung (14.89%), Sabah (16%). Kerajaan Dapat Jimat RM4 Bililon Setahun. Rakyat t?

kenaikan elektrik 2014
Jikalau sebelum ini, rakyat Malaysia hanya disuapkan dengan khabar-khabar angin dan juga laporan berita mengenai kajian demi kajian (SEPERTI DI SINI) melibatkan semakan kenaikan tarif elektrik 2014 naik sejurus Pilihanraya Umum ke 13 melabuhkan tirainya pada Mei 2013. Terkini….
Terbaru, rakyat Malaysia bermula Januari 2014 bakal menikmati kadar kenaikan elektrik 2014 naik yang baru sehinggakan ketika menjelang pengumuman kenaikan tarif ini oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada sidang media khas di Bangunan Parlimen, Tenaga Nasional Bhd. (TNB) terpaksa menggantung urus niaga sahamnya berkuat kuasa 2.45 petang hingga 5 petang. sampai begitu sekali?

Kadar Kenaikan Tarif Elektrik 2014 Naik Yang Terbaru?

  • Semenanjung naik : 4.99 sen (14.89%) Iaitu daripada 33.54 sen/KWJ kepaa 38.53/KWJ
  • Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan naik : 5 sen (16%)
  • 4 Faktor Kadar Kenaikan Tarif Elektrik 2014 Naik yang baru ialah kesan penyelarasan harga gas domestik, kesan penetapan harga gas asli cecair, kesan penyelerasan harga arang batu, serta semakan tarif Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Naik tarif eletrik sampai terpaksa gantung urusniaga? Mengapa tidak boleh beroperasi seperti biasa?

Malaysia Perlukan (RM13.7 Bilion Akibat Perbelanjaan Boros + RM27 Bilion Pendapatan GST). Jika Tidak Malaysia Akan Bankrap!

Malaysia Muflis 2014
Siapa sangka, Berita Semasa pun tidak sangka sebuah negara yang dipanggil Malaysia yang dilimpahkan nikmat dan hasil mahsul berupa petroleum, getah, kelapa sawit, balak yang bermutu tinggi, emas, padi, bijih timah, industri elektronik dan kepakaran tenaga sumber manusia yang ramai jika diuruskan dnegan baik. Akhirnya….
Akhirnya terpaksa juga berdepan dengan risiko muflis. Malaysia mahu muflis? Benarkah? Siapa cakap?

Mahu Malaysia Bangkrap? @ Laksanakan GST!

GST Muflis Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan Malaysia akan bankrap akhirnya jika anda, anda semua sebagai rakyat malaysia tidak menyokong pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
  • Jika Malaysia masih tidak melaksanakan GST
  • Kerajaan akan terpaksa pinjam duit lebih banyak dari luar
  • Yang mana akhirnya, Malaysia akan diisytihar bankrap apabila tidak mampu membayar lagi hutang tersebut
  • Sebegitu mudah untuk bankrap hanya kerana tidak melaksanakan GST?
Cuma Berita Semasa agak sedikit pelik dan hairan. Adakah GST satu-merupakan satu-satunya sumber pendapatan negara?
  1. Pertamanya, mana pergi kekayaan pendapatan negara selama ini? Yang keduanya :
  2. Adakah pendapatan tambahan RM27 bilion mampu menyelamatkan negara daripada bankrap, sedangkan realitinya hari ini perbelanjaan tahunan kerajaan mencecah ratusan bilion ringgit setahun, seperti yang dapat dilihat dalam pembentangan bajet setiap tahun? (KLIK SINI)
  3. Hakikatnya, GST lebih memantapkan ekonomi & mempelbagaikan sumber pendapatan kerajaan kerana cukai GST ini akan dinikmati kerajaan secara terus-menerus jika dibandingkan dengan pendapatan minyak & kelapa sawit negara.
Yang boleh buat Malaysia bangkrap bukannya sumber pendapatan negara tetapi apa dia? RASUAH. Ya…Rasuah.

MANA PERGINYA KELAB PUTRA 1MSIA (KP1M) DAN 1M'SIA MALAYSIA DEVELOPEMENT BERHAD (1MDB) APABILA PAHANG, TERENGGANU DAN JOHOR DI LANDA BANJIR BESAR?


Rakyat nak tahu .. kemana pergi menghilangnya Kelab Putera 1M'sia (KP1M) dan 1M'sia Developement Berhad (1MDB) apabila Pahang, terengganu dan Johor kini sedang teruk di landa banjir besar sehingga mengelamkan bandar Kuantan dan Kemaman. .. MANA PERGINYA!!!!!!

Kalau negara luar ditimpa musibah .. pergh!! bukan main kencang dan laju memberikan bantuan.

Terbaru kes taufan haiyan di Filipina. .. sanggup kesana sampai kepala kena hempuk..Paling sakit hati ialah sanggup pula jadikan sebuah bandar pertanian di wilayah Leyte  daerah angkat oleh Kelab Putera 1Malaysia(KP1M) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk dibangunkan semula.


Buat usul susulan kepada Najib Razak untuk kelulusan lagi.

BANJIR: SHAHIDAN KASSIM DI MALUKAN OLEH MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT!

Pada 25hb November yang lalu di dalam dewan parlimen, Menteri UMNO yang jaga parlimen Shahidan Kassim dengan mendabik dada lantang berkata beritahu satu dunia yang Malaysia dibawah pemerintahan UMNO/BN 1M'sia dibawah pimpinan Najib Razak merupakan negara yang paling handal dan bijak mengurus bencana banjir .. lebih bijak dan bagus daru negara-negara maju termasuk Amerika Syarikat.

Hari semalam semasa YB Fuziah Salleh Ahli Parlimen Kuantan mau mengusulkan di parlimen agar Kuantan di istiharkan darurat sampaikan Ahli Parlimen Kinabatangan berkelakuan seperti kebinatangan menggangu kacau usul tersebut, Shahidan Kassim lagi sekali bingkas bangun bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh YB Fuziah Salleh dengan menyatakan, bahawa bantuan segera oleh pihak seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis, Bomba dan Penyelamat telah dikerahkan serta merta tapi telah dinafikan akan kebenaran itu oleh YB Fuziah Salleh.

Nah!!! .. hari ini di buletin utama TV3 .. siaran telivisyen milik UMNO sendiri mengeluarkan kenyatan mohon maaf oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim kerana bantuan memang lambat sampai kepada mangsa-mangsa banjir di Kuantan, Pahang.

Kepada Shahidan Kassim ...dengar baik-baik ya... kalau nak menipu dan membodek melangit ... tolong agak-agak sikit... Kalau dalam parlimen boleh selamba batu menipu .. diluar parliemn lagi kuat menipu tanpa ada sedikit pun rasa malu.

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Pengurusan banjir di negara ini merupakan antara yang terbaik jika dibandingkan dengan negara-negara lain termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

Syabas Ustaz Kazim!!

Oleh Shahbudin Husin
Pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias akhirnya membuat keputusan menolak tawaran yang dibuat oleh Najib untuk menduduki kerusi MT UMNO. Beliau memberi tiga alasan penolakannya iaitu komitmen sebagai pendakwah, mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah miliknya dan mahu menjaga nama baik UMNO daripada terus difitnah.
Dalam sidang akhbar sebelum ini, beliau dilihat begitu teruja dan bersemangat memperkatakan tentang tawaran menduduki kerusi MT itu sehingga menyebut dengan kedudukannya sebagai ahli MT, beliau bukan saja dapat menasihatkan perkara-perkara berkaitan Islam kepada UMNO tetapi juga kepada Perdana Menteri dan isterinya.Lantaran itu, beliau agak kecewa dengan pelbagai kritikan dan tohmahan yang dilemparkan kepadanya tanpa memikirkan sumbangan bermakna yang boleh dilakukannya.
Namun dengan penolakan secara rasmi, bermakna terlepaslah peluang Ustaz Kazim untuk memberi nasihat kepada UMNO, Najib dan juga Rosmah Mansor sebagaimana yang dihasratkannya sebelum ini.
Keputusan beliau menolak tawaran menduduki kerusi MT ini bagaimanapun dilihat adalah pilihan terbaik bagi dirinya sebagai seorang pendakwah. Blog ini juga sebelum ini tidak bersetuju jika beliau menerima tawaran menduduki kerusi MT, bukan saja bimbang dirinya hanyut dalam budaya dan kerakusan UMNO sebagaimana beberapa pemimpin agama yang menyertai UMNO sebelum ini tetapi juga dibimbangi jika perananna nanti tidak lebih hanya sebagai pembaca doa saja dalam majlis-majlis rasmi UMNO.

Only doom and gloom awaits

Malay economic empowerment as promised by Umno is, for most Malays, fool’s gold!

What is happening in Malaysia today is the economic empowerment of a small number of well-connected Malays who have become insanely wealthy through the use of state and federal power to acquire business opportunities from the government, from other people and through the acquisition of assets other people created.
All these economic activities have been fully funded by banks and financial institutions under the control of the Umno-led Barisan Nasional government.
These people are well entrenched in the economic and political hierarchies – positions critical to the financial well being of their corporations where the size of their debts to these financial institutions are of no consequence.
The largest of these corporate empires belongs to Syed Mokhtar AlBukhary- 8th richest Malaysian according to Forbes – with a debt of RM34 billion to match.
All this has been done at the cost of impoverishing the entire country. For now the Umno-led BN can hold it together but only just but not indefinitely. When the Umno-empowered economy fails, our country fails. Have no doubt about that!
Tell me which foreign investor would wish to invest in Malaysia once they know Umno as we know Umno?
Who would keep shelling out massive “rent seeking” outlay to politicians and their nominees just so they can trade “on a level playing field?”
What savvy business operatives would continue to pursue business opportunities with strings attached and without incentives?
I have sat in a corporate boardroom where the business of the day consists of earnest discussions between the board of directors of the company and the ‘Umno representative/chairman’ of the company.
The matter discussed? When can a meeting be arranged by the chairman for the company CEO to meet with relevant ministers or the prime minister to discuss the projects they can ‘negotiate’ in the coming months. Or which tender have been earmarked by Umno for the said company?
At RM20,000 a month plus expenses, the chairman has to earn his keep. He has been drawing his chairman’s fee for eight months without any return in sight – surely a worry for any corporation no matter its size.
Corruption and incompetence

Panel Parlimen cadang gaji ahli Parlimen naik sekali ganda....rakyat nak lihat siapa pula akan bantah kali ini..!!!


Gaji baru ahli Parlimen dijangka dibentangkan hari ini. Gambar fail.Gaji baru ahli Parlimen dijangka dibentangkan hari ini. Gambar fail.Gaji dan elaun mesyuarat ahli Parlimen dijangka dinaikkan lebih sekali ganda iaitu sekurang-kurangnya RM16,000 dan RM500 sehari masing-masing.
Ia dijangka dibentangkan hari ini, seminggu selepas kenaikan gaji di beberapa negeri diumum dan mencetuskan kekecohan di kalangan ahli politik.
Berdasarkan kepada Akta Ahli Parlimen (Saraan), Ahli Parlimen kini memperolehi gaji pokok RM6, 508.59 dan elaun mesyuarat RM200 setiap hari. Terdapat juga beberapa elaun lain yang menjadikan jumlahnya kira-kira RM5, 000 sebulan.
Seorang Ahli Parlimen, yang meminta untuk tidak disebutkan namanya berkata, Jawatankuasa Dewan Rakyat bermesyuarat minggu ini untuk membuat keputusan ke atas gaji dan elaun baru, berikutan kenaikan gaji bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang.
"Gaji seorang mungkin sehingga RM16, 000 iaitu setaraf dengan Jusa A atau gaji setiausaha bahagian. Dengan kenaikan elaun itu, ia boleh menjadikan gaji kami sehingga RM35,000 sebulan, " kata ahli Parlimen veteran itu kepada The Malaysian Insider.
Sumber lain berkata, Jawatankuasa Dewan, yang diketuai oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, mencapai persetujuan mengenai gaji dan elaun baru itu.
Terdapat enam anggota lain dalam jawatankuasa itu, termasuk dua ahli Parlimen pembangkang.
Gaji ahli Parlimen dan wakil kerajaan yang dipilih sekarang dikawal oleh Akta Ahli Parlimen (Saraan).
Ini termasuk gaji Perdana Menteri (RM22,826.65 ), Timbalan Perdana Menteri (RM18, 168.15), Menteri Kabinet (RM14, 907.20 ),Ahli Dewan Negara (RM4, 112.79 ), Ahli Parlimen (RM6, 508.59 ) dan Ketua Pembangkang (tambahan RM3, 846.59 ).