Rabu, 4 Disember 2013

MP Sepang/Puchong 'Check Mate' Tim Menteri - Penggulungan RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013

MP PAS Pasir Puteh Bahas RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013

Benarkah Ada Larangan Azan Di Penang? - Ustaz Azhar Idrus

Susulan Kemalangan UAI..Kenapa Golf Ustaz Tak Teruk?

Hukum Makan PENGUIN - Ustaz Azhar Idrus

Hukum 'Injection' Untuk Menyusu Anak Angkat - Ustaz Azhar Idrus

MP PAS Sepang Bahas RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013

MP DAP Puchong RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013

MP PKR Kuala Kedah Bahas RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013

MP PAS Kuala Krai Bahas RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013

Penggulungan Peringkat Jawatankuasa RUU FI (JABATAN MUZIUM MALAYSIA) (PENGESAHAN) 2013

Laporan PISA: Pelajar tingkatan tiga Malaysia setaraf darjah lima Singapura

PisaKUALA LUMPUR 4 DIS: Laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012 menunjukkan pelajar tingkatan tiga Malaysia setaraf dengan pelajar darjah lima dari Singapura dan Korea Selatan.
Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memetik laporan PISA 2012 yang dekluarkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) 3 Disember lalu.
“Berdasarkan laporan tersebut, pelajar Malaysia mendapat 393 mata, turun daripada 414 mata pada tahun 2009 dalam ujian membaca.
“Bagi mata pelajaran Sains, pelajar Malaysia meraih 420 mata, turun dua mata berbanding 422 dalam tahun 2009,” kenyataan Nurul Izzah dipetik.
Tambahnya, lebih mengejutkan apabila Vietnam menduduki tangga yang jauh lebih tinggi berbanding Malaysia. Dari segi pembacaan, sains dan matematik Vietnam dilaporkan meraih 508, 528 & 514 mata.

Selangor salur RM50,000 bantu mangsa banjir di Pahang

rodziahSHAH ALAM 4 DIS : Kerajaan Selangor mengumumkan bantuan segera berjumlah RM50,000 kepada mangsa bencana banjir yang melanda di beberapa kawasan di Pahang, hari ini.
Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata bantuan itu bertujuan meringankan beban ditanggung ribuan mangsa yang terbabit dalam kejadian banjir yang berlaku, dua hari lalu.
“Bantuan yang kita berikan adalah barangan, makanan dan peralatan sewaktu berada di pusat pemindahan banjir serta beberapa keperluan lain seperti peralatan sembahyang,” katanya.
Rodziah ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis PErhimpunan Penghulu, Ketua Kampung serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Dewan Jubli Perak, Shah Alam, di sini, hari ini.
Katanya, kerajaan negeri juga bercadang memberikan bantuan kepada mangsa banjir yang berlaku di negeri lain seperti Johor dan Terengganu dalam masa terdekat.
“Kita juga mendapat tahu selepas banjir di Pahang yang bermula di Kuantan sudah menjangkau ke Rompin dan saya dapati keadaan lebih teruk di Johor serta Kemaman, Terengganu. Jadi di bawah misi bantuan Selangor, kerajaan negeri tidak menafikan bahawa kita akan membantu mereka,” katanya.

Tarif air Johor bakal naik lagi?

Jimmy_PuahKUALA LUMPUR 4 DIS: Kerajaan Johor dan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Maximus Johnity Ongkili terus berdolak dalih dalam isu kenaikan tarif air di negeri selatan Semenanjung itu.
Adun KEADILAN Bukit Batu, Jimmy Puah We Tse (gambar) berkata tarif berkemungkinan besar akan dinaikkan pada tahun hadapan melibatkan pengguna domestik dan sektor industri.
“Semasa saya meminta pengesahan dari Datuk Hasni Mohammad pada persidangan DUN November lalu, Exco Kerja Raya Johor itu beri alasan ia diserah kepada kerajaan persekutuan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
“Namun apabila Pakatan Rakyat bangkitkan di Parlimen 26 November lalu, Maximus menolaknya.
“Dolak-dalik mereka ini membuktikan tarif air Johor tetap akan naik selewatnya pada Jun 2014,” katanya ketika dihubungi.
Pada 14 November lalu, Hasni turut mengesahkan Syarikat Air Johor (SAJ) Holdings Sdn Bhd mencadang kenaikkan tarif air 20.2 peratus bagi tempoh 2012-2014. SAJ Holdings ialah anak syarikat Ranhill Utilities Bhd yang memonopoli bekalan air Johor sejak 1990-an.
“Umum tahu tarif air Johor tertinggi di Malaysia. Bagi 35 meter padu air terawat, seorang pengguna di Pulau Pinang bayar RM10.70, purata 31 sen setiap liter.

Polis: Dakwaan soalan SPM bocor tidak benar

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh  
KUALA LUMPUR - Polis mendapati tiada kebocoran bagi kertas soalan dua Matematik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa peperiksaan itu bulan lepas.
  
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata pihaknya menyiasat laporan yang dibuat pada 21 November lepas dan memanggil 56 saksi untuk memberi keterangan termasuk pelajar yang menyertai satu seminar yang didakwa membocorkan kertas soalan itu.
  
Siasatan polis mendapati seminar itu, yang dianjur beberapa hari sebelum peperiksaan SPM, hanya membincangkan kertas soalan beberapa tahun lepas serta beberapa soalan ramalan.
  
"Tidak timbul kertas SPM dibocorkan... seminar itu hanya membuat soalan ramalan daripada soalan SPM  tahun-tahun lepas. Laporan itu kita sudah siasat dengan teliti," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini hari ini.

Keadaan banjir di Pahang semakin buruk, hampir 20 ribu dipindahkan


Kuantan mencatat jumlah banjir paling ramai. Gambar The Malaysian Insider, 4 Disember, 2013.Kuantan mencatat jumlah banjir paling ramai. Gambar The Malaysian Insider, 4 Disember, 2013.Keadaan banjir semakin buruk di Pahang dan kini hampir 20,000 mangsa ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen, sehingga pukul 5 petang, sebanyak 19,750 mangsa banjir ditempatkan di 73 pusat pemindahan di lima daerah terbabit.
"Kuantan mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu sebanyak 12,007 yang ditempatkan di 46 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Bandar Kuantan yang dilaporkan lumpuh berikutan bekalan elektrik dan air terputus sebelum ini, kini menerima bekalan secara beransur-ansur.
Di Rompin, sebanyak 3,982 mangsa banjir ditempatkan di 10 pusat pemindahan.

Ahli Parlimen PR buat laporan polis dakwaan Mat Zain terhadap Peguam Negara

Lima ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini membuat laporan polis berhubung pendedahan salah laku Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) oleh Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Mat Zain Ibrahim baru-baru ini.
Menurut ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin, mereka membuat laporan tersebut di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur kira-kira jam 4.38 petang hari ini.
Justeru, beliau berharap dengan laporan polis tersebut maka siasatan terhadap Peguam Negara dapat dilakukan.
"Melalui surat akuan tersebut pada 2.12.2013 mendedahkan salah laku dua individu iaitu Peguam Negara apabila telah sengaja memalukan dokumen laporan perubatan bagi tujuan menutup insiden mata lebam terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

'Amaran' Shahrizat pada menteri: Jangan kedekut





 
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberi 'amaran' kepada tiga menteri supaya memberikan lebih peluang kepada Wanita Umno menganggotai dalam agensi kerajaan yang diketuai mereka.

Jika tidak, Shahrizat berkata Pergerakan Wanita "tahu apa nak buat" kepada ketiga-tiga menteri tersebut - yang menang dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Ketiga-tiga menteri itu adalah anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mereka diamanahkan untuk menjadi wakil Majlis Tertinggi (MT) bagi perhimpunan sayap yang dianggap menjadi tulang belakang parti terbesar Melayu itu.

Dalam ucapannya, Shahrizat mengucapkan terima kasih kepada Ismail yang juga menteri Pertanian dan Asas Tani dan Mustafa yang merupakan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Hezbollah says commander killed

Thai protesters to pause for King's birthday

MP PAS Tumpat Bahas RUU FI (JABATAN MUZIUM MALAYSIA) (PENGESAHAN) 2013

MP PKR Bukit Katil Bahas RUU FI (JABATAN MUZIUM MALAYSIA) (PENGESAHAN) 2013

MP PAS K.T'ganu Bahas RUU FI (JABATAN MUZIUM MALAYSIA) (PENGESAHAN)

MP PKR Batu Bahas RUU FI (JABATAN MUZIUM MALAYSIA) (PENGESAHAN) 2013

Anak Muda dengar semua..

Banjir: Kebesaran Allah di Masjid Al-Fatah, Gambang, Kuantan


KETIKA air banjir menenggelami hampir keseluruhan bandar Kuantan, keajaiban berlaku di Masjid Al-Fatah, Batu 3, Jalan Gambang-Kuantan. Air keruh berlumpur yang membanjiri pekarangan masjid tersebut didapati menjadi jernih apabila memasuki ruang solat masjid.

Banjir: Antara musibah dan rahmat



Saya melihat foto-foto yang dikirimkan oleh biras yang tinggal di Kuantan. Kawasan rumahnya dilanda banjir agak teruk kali ini. Kuantan antara kawasan yang teruk terjejas. Malah banjir kali ini kelihantannya lebih teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya tetapi masih lebih baik berbanding banjir besar tahun 1926 dan 1971.

Saya tidak sempat banjir besar 1926 tetapi masih ingat banjir besar 1971. Dalam kedua-dua banjir besar ini, Kuala Lumpur tenggelam – mengikut cerita orang dan catatan akhbar.

Namun saya berdoa agar banjir kali ini tidaklah seteruk 1926 dan 1971. Tetapi itu semua kuasa Allah, tiada siapa yang boleh menjangka.

Banjir biasanya berlaku apabila hujan turun tidak berhenti-henti sama ada lebat mahu pun renyai untuk tempoh yang lama. Hujan turun ketentuan Allah, tiada siapa yang berani menafikannya hatta orang bukan Islam sekalipun.

Kalau setakat hujan lebat tetapi sekejap – hanya banjir kilat yang berlaku, biasanya di Kuala Lumpur.

Suka saya mengingatkan bahawa banjir kali ini berlaku ketika rakyat kalut dengan kenaikan pelbagai harga barang dan cukai atau bunyi lembutnya subsidi dikurangkan. Ketika hujan mencurah-curah turun – harga petrol dan diesel naik, harga gula naik, tarif elektrik naik dan GST bakal diselaras!

Fokus tangani bencana alam, jangan diskriminasi

kuantan banjirKUALA LUMPUR 4 DIS: Pelan kerajaan pusat bagi menangani bencana alam sangat lemah, meskipun diketahui bahawa daerah Kuantan adalah kawasan rendah dan kerap dilanda banjir.
“Walaupun kawasan sekitar Kuantan mula dinaiki air sejak petang semalam dan beribu penduduk dipindahkan, namun sehingga jam 3 pagi tadi tiada bantuan besar dihantar,” kata ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
Menurutnya, kerajaan pusat mengamalkan politik diskriminasi apabila tidak menjemputnya berbincang mengenai bencana alam dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri, sedangkan beliau adaah ahli parlimen di negeri itu.
Hari ini, Dewan Rakyat menolak usul tergempar tidak bertulis yang dikemuka Fuziah mengikut Peraturan Mesyuarat 14 (1) (h) dan 18 (1) bagi memohon daerah Kuantan diisytihar darurat bagi menyegerakan bantuan.

Tarif elektrik tidak naik di Sarawak, kata SEB

"Sebarang penyemakan atau kenaikan tarif haruslah mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri,” tegas Ahadiah. 

KUCHING: Rakyat Sarawak tidak perlu risau mengenai kenaikan elektrik di negeri ini meskipun berkuatkuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung naik 4.99 sen atau 14.89 peratus iaitu daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kwj kepada 38.53 sen/kwj.
Hal ini ditegaskan oleh Pengurus Komunikasi Korporat, Sarawak Energy Berhad (SEB), Ahadiah Zamhari yang memberi jaminan bahawa tiada kenaikan elektrik di Sarawak.
“Sebarang penyemakan atau kenaikan tarif haruslah mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri,” tegas Ahadiah dalam maklum balas kepada FMT mengenai kenaikan kadar elektrik.
Beliau juga menambah sehingga kini tiada apa-apa maklumat yang diterima daripada kerajaan negeri untuk menaikkan elektrik.
“Sehingga kini, tidak ada surat menyurat antara Sarawak Energy dan kerajaan negeri mengenai cadangan untuk mengkaji semula atau menaikkan tarif elektrik,” tegas beliau
Kenaikan ini diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada sidang media khas di Bangunan Parlimen, Isnin lepas.

Reformasi Pendidikan perlu dijalankan segera

Nurul Izzah menempelak kerajaan Barisan Nasional yang dilihat gagal untuk mengubah sistem pendidikan serta meningkatkan prestasi pelajar di Malaysia. 

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat  (PKR) Nurul Izzah Anwar hari ini meluahkan rasa kecewa terhadap prestasi pelajar Malaysia yang mengalami kemerosotan mendadak seperti yang dilaporkan oleh Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012.
Ahli parlimen Lembah Pantai itu turut merujuk laporan berkenaan yang jelas menunjukkan perbezaan ketara antara pelajar tingkatan 3 di Malaysia yang dikatakan setaraf dengan pelajar tahun 5 dari Singapura dan Korea Selatan.
“Pada 3 Disember 2013, Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) telah mengeluarkan laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012,”katanya.
“Para pelajar Malaysia telah mendapat 393 mata, turun daripada 414 mata pada tahun 2009 dalam ujian membaca. Bagi mata pelajaran Sains, pelajar Malaysia meraih 420 mata, turun dua mata berbanding 422 dalam tahun 2009,”
“Peningkatan dapat dilihat dalam mata pelajaran Matematik, iaitu 421 mata berbanding 404 mata pada tahun 2009, namun demikian, keputusan ini masih lagi di bawah paras purata keputusan sedunia,” ujar beliau didalam satu kenyataan media.
Nurul Izzah kemudian membandingkan negara Vietnam yang menduduki tangga yang jauh lebih baik berbanding Malaysia.
“Dari segi pembacaan, Sains dan Matematik, Vietnam dilaporkan meraih 508, 528 & 514 mata masing-masing,”

KJ Sindir TNB Jangan Fikir Untung Semata

Ampu Tahap Gaban: Shahrizat Gelar Najib 'Chess Grandmaster'

Tiga alasan Kazim tolak tawaran MT Umno

IPOH -  Selepas pelbagai spekulasi dan tohmahan yang diterima pendakwah, Mohammad Kazim Elias terhadap perlantikan beliau sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini, beliau hari ini tampil memberikan penjelasan.

Menurut Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, beliau tetap dengan pendirian untuk menolak tawaran menjadi MT Umno disebabkan tiga perkara iaitu komitmen luar sebagai penceramah, mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah dan ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah.

Biarpun keputusan yang dibuat itu muktamad, Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah itu tetap terbuka untuk memberikan idea dan cadangan yang membina kepada perdana menteri terhadap agenda transformasi agama di dalam Umno.

Mohammad Kazim berkata dalam pertemuan selama sejam dengan Najib di bangunan Parlimen, perdana menteri memaklumkan tawaran untuk melantiknya sebagai anggota MT Umno dibuat selepas mendapatkan pandangan empat Mufti.

"Perdana menteri memberitahu pelantikan saya adalah untuk memberi nasihat kepada ahli-ahli Umno dan memperkasakan agenda umat Islam dari peringkat sekolah rendah hingga menengah.  

"Saya nampak perdana menteri sangat terbuka dalam hal agama dan meminta saya merangka satu sistem pendidikan terbaik bagi membentuk generasi muda menjadi orang yang lebih baik," kata Mohammad Kazim, yang merupakan antara sembilan orang yang dilantik ke jawatan itu pada 29 Nov lepas.

Tarif Elektrik: Sah Timb Men Kewangan Ahmad Maslan Menipu Rakyat

Ini adalah kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan pada November 22, 2013 seperti yang dipetik oleh akhbar bahasa Melayu Berita Harian :

"Kerajaan tidak melihat sebarang keperluan untuk menaikkan kadar tarif elektrik berikutan kestabilan harga minyak dunia. ...

Kalau minyak sedang turun, kenapa pula nak kaji tarif elektrik. .."

Sepuluh hari kemudian, Kerajaan bertindak untuk menaikkan tarif elektrik sebanyak 14.98 peratus daripada 4.99 sen kepada 38.53 sen kWj, berkuat kuasa 1 januari 2014, menghampiri dengan kos sebenar 42 sen per kWh.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Maximus Ongkili telah mengumumkan kadar baru tersebut semalam.

Pendirian berbeza yang diambil diantara kedua-dua BN menteri dalam jangka pendek 10 hari telah menjadi lambang gaya pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak.

Di sebalik peningkatan dalam kadar, Maximus berkata tidak akan ada peningkatan ke atas 70 peratus isi rumah di Semenanjung dan 60 peratus daripada mereka di Sabah dan Labuan yang menggunakan kurang daripada 300 kWj.

PAU2013: Perwakilan Wanita cadang Umno bergabung dengan PAS

Ketua Wanita Umno Kubang Kerian Datuk Zaleha Husin hari ini mencadangkan agar Umno bergabung dengan PAS bagi memastikan kedudukan Islam dan Melayu di negara ini terus terjamin.
Zaleha ketika berucap menyokong usul pendidikan agama dan sosial bagaimanapun khuatir dengan keikhlasan PAS, kerana parti Islam itu mudah berubah fikiran apabila ditegur rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) seperti DAP.
"Kita tidak tahu sejauh mana keikhlasan PAS untuk bermuzakarah. Sudah sampai masanya PAS dan Umno bergabung kerana kita tiada masa. Kalau Umno dan PAS bergabung, tidak mustahil negara ini tidak akan hilang ditelan zaman.
"Muzakarah ini perlu dijadikan agenda utama. PAS ni saya bimbang suka bersandiwara. Pelakon merak kayangan yang hebat," katanya, dan menambah,"Kalau dia nak muzakarah, DAP tarik telinga dia sikit dia jadi lain."
PAS dan Umno jelas Zaleha ketika membahaskan usul dalam Persidangan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur adalah ibarat sebuah bangunan kukuh yang akan runtuh jika kedua-duanya tidak disatukan.

Hadiah PRU13: Orang Umno juga marah elektrik naik, kata perwakilan Wanita Perak

Isu kenaikan tarif bil elektrik turut menerima kritikan perwakilan Wanita Umno ketika persidangan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Wakil Wanita Umno dari Perak Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, bukan setakat rakyat biasa sahaja yang marah akan kenaikan tariff elektrik malah ahli Umno sendiri juga begitu.
"Orang Umno pun marah. Yang bersilat kat bawah kome, yanng berpeluhnya kome. Siapa nak tolong kome?" katanya ketika mencadangkan usul ekonomi sempena Perhimpunan Agung Umno 2013.
"Jika perlu pun naikkan elektrik, kenapa pengumuman dibuat hampir dengan pengumuman keuntungan TNB?" katanya merujuk kepada syarikat pembekal elektrik, Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Kerajaan telah mengumumkan kadar kenaikan tarif elektrik pada 1 Januari 2014 sebanyak 15%.
"Kenapa masa pengumuman pun tak boleh kawal?
"Lain kali maklumkan kepada ahli Umno dahulu supaya kita bersedia untuk berjuang," tambah Ketua Wanita Umno Kampar itu lagi.
PERKAHWINAN KANAK-KANAK
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tualang Sekah itu turut membangkitkan isu perkahwinan kanak-kanak yang menurutnya semakin serius sejak kebelakangan ini.
Jelas beliau, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah merekodkan berlaku sejumlah empat juta perkahwinan anak kecil dalam tempoh setahun.

Kalah Saman Fitnah: Umno suntik RM40 juta lagi, kuasai 67.2% Utusan Melayu



Populariti Utusan Malaysia semakin merosot berbanding empat akhbar berbahasa Melayu tempatan yang lain. Gambar fail. 
Populariti Utusan Malaysia semakin merosot berbanding empat akhbar berbahasa Melayu tempatan yang lain. Gambar fail.

Umno akan menyuntik RM40 juta lagi ke dalam Utusan Melayu (M) Berhad melalui cadangan dua panggilan terbitan hak, lapor The Edge, edisi 18-24 November.
Urus niaga ini akan menjadikan pegangan Umno dalam syarikat penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia itu daripada 49.8% kepada 67.2% jika lain-lain pemegang saham tidak berminat mendapatkan bahagian mereka dalam terbitan hak itu.
Selain kemerosotan pembaca, Utusan juga sering kalah dalam saman yang dibuat oleh pelbagai pihak terhadapnya menyebabkannya kehilangan ratusan ribu ringgit setahun.
Menurut media perniagaan itu, populariti Utusan Malaysia juga merosot teruk berbanding empat akhbar berbahasa Melayu dan hanya meraih 11.1% jumlah pembaca akhbar Melayu berbanding Harian Metro (46.2%), Berita Harian (20.8%), Sinar Harian (15.8%) dan Kosmo! (15.2%).
Antara pemegang saham Utusan Melayu (M) Bhd ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary melalui Nilam Setar (M) Sdn Bhd dengan 14.8% ekuiti, lapor Harakahdaily.
Syarikat tersebut tidak membayar sebarang dividen sejak 2008 akibat kelemahan prestasi kewangan dan operasi.

Temporary Thai truce on eve of king's birthday

Penggulungan Bahas RUU Kewangan (No. 2) 2013 [ Tim. Menteri Kewangan





Peguam dakwa kaum Penan diperdaya buka halangan di Murum

MP: Revealing HIV status to wife should be legal obligation

Batu MP accuses developer of using high handed tactics to bar him from Kg Railway

Duit banyak: MP berbahas simpan berhemah atau belanja secara tiris?

Bila subsidi akan dihapuskan? Ikuti penjelasan Timbalan Menteri Kewangan

MP PKR Pandan Bahas RUU Kewangan (No. 2) 2013

MP DAP Bandar Kuching Bahas RUU Kewangan (No. 2) 2013

MP PSM Sg Siput Bahas RUU Kewangan (No. 2) 2013

MP PAS Pokok Sena Bahas RUU Kewangan (No. 2) 2013

PAS gesa Malaysia iktiraf Hamas untuk bebaskan Palestin

Kerajaan digesa umum awal semua subsidi yang akan dipotong

PAS gesa Malaysia iktiraf Hamas untuk bebas Palestin

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia digesa agar mengiktiraf pergerakan sah Ḥarakat al-Muqawamah al-Islamiyyah (Hamas) di Palestin bagi membolehkan usaha membebaskan negara tersebut dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Malah, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar turut meminta kerajaan berpendirian secara rasmi bahawa Hamas bukan sebuah pergerakan pengganas seperti yang dimomokkan negara barat.

Ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini, Kamarudin berkata pendirian penting dari kerajaan bagi mengiktiraf Hamas perlu dilakukan bagi memastikan Malaysia mampu berperanan melalui Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC).

Tegas Kamarudin, peranan OIC dalam menangani konflik di Palestin perlu lebih aktif dengan Malaysia mampu berperanan bagi mempengaruhi negara-negara Islam lain yang menganggotai OIC.

"Biarpun OIC begitu aktif dalam usaha memperkasakan rakyat dan negara anggota, namun kita sedar negara-negara Islam yang besar seperti Arab Saudi nampaknya tumpuan mereka hanya memastikan Iran semakin lemah, dan konflik kudeta di Mesir terus kekal.

"Oleh itu, peranan Malaysia amat penting dalam pengiktirafan Hamas dan pemimpinnya, Khaleed Meshal serta menumpukan usaha mengimbangi peranan OIC," kata beliau.

Tarif Elektrik: 'TNB cuma pentingkan kantung pemegang saham' - Pemuda Umno

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini membantah kenaikan harga tarif elektrik 14.89 peratus setiap kilowatt yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

Menurut beliau, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai agensi berkaitan kerajaan (GLC) sepatutnya menilai semula kesan itu dan perlu memikirkan tanggungjawab sosial dan khidmat kepada rakyat.

NONE"Bagi Pemuda, kenaikan tarif yang tidak setara dengan peningkatan kos bahan api hanya menguntungkan TNB yang tampak mementingkan kantung pemegang saham, bukan rakyat jelata.

"Kepada TNB dan juga GLC yang lain, Pemuda mendesak janganlah terlalu mementingkan prestasi kewangan semata, tanggungjawab kepada rakyat jangan sesekali dilupa," kata dalam ucapannya di perhimpunan agung Pemuda Umno di Kuala Lumpur hari ini.

Kenaikan 14.89 peratus itu bersamaan 4.99sen setiap kilowatt, sekali gus menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen. Harga semasa 33.54 sen sekilowatt.

Di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 16.9 peratus atau 5 sen daripada kadar semasa 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen/kWj.

Tarif elektrik: Rakyat terus ‘terkena’ permainan licik BN

SUBANG JAYA 4 DIS : Rakyat Malaysia ‘terkena’ lagi apabila kerajaan pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) mengambil langkah untuk menaikkan tarif elektrik sebanyak 15 peratus, berkuatkuasa 1 Januari 2014.
Kenaikan tarif elektrik dijangka mengakibatkan masyarakat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi dua isu penting yang memberi kesan buruk terhadap bebanan kos sara hidup mereka.
Pengarah Startegi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, berkata selain terpaksa membayar tarif elektrik lebih tinggi berbanding sebelumnya, kenaikan itu juga menyebabkan kenaikan harga barangan berikutan peningkatan kos pengeluaran barangan pengguna.
“Pertama, rakyat bukan sahaja terpaksa bayar bil yang lebih tinggi tetapi harga barang juga dijangka meningkat apabila kenaikan ini beri kesan terhadap kos pengeluaran pengilang dan sebagainya.
“Kedua, rakyat terkena sekali lagi kerana kenaikan ini menjejaskan pendapatan bersih perniagaan dan ini memberi kesan kepada peningkatan upah atau bonus golongan pekerja. ‘Bersyukurlah’ kepada BN,” katanya pada sidang media Program Latihan Eksekutif Keadilan di Hotel Subang Empire, di sini, semalam.
Rafizi berkata, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili mennyatakan bahawa kenaikan itu tidak menjejaskan penggunaan di bawah 300 kWh sebulan dan dakwaan itu tidak relevan kerana hanya membabitkan segelintir golongan sahaja.

Fokus Putrajaya, musuh kita Umno - Dr Rani

MERU: Ramai yang menyangka Adun Meru Dr Abd Rani Osman hanya akan terperuk di rumah kecewa, sedih dan hilang semangat apabila diumumkan tidak lagi menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor.

Namun tanggapan itu jauh sekali dan tersasar.

Malah semalam, beliau mengadakan kenduri di Markas PAS Bukit Kapar untuk melahirkan rasa syukur kerana tidak perlu lagi memikul amanah berat sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor yang disandangnya sesi lalu.

Kenduri dengan menu istimewa kambing bakar itu turut dihadiri Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali selaku tetamu khas pada majlis itu.

Mustafa dalam ucapannya berkata, biarpun Dr Rani 'bebas' dari jawatan pesuruhjaya, namun PAS masih menagih sumbangannya untuk membantu parti selaku Adun Meru.

“Saya tanya Dr Rani sebelum datang majlis ini, apakah majlis petang ini. Dr Rani jawab, majlis kesyukuran selepas berjaya dibebaskan oleh pesuruhjaya.

“Dr Rani ini dikira naik jawatan. Daripada penjara ke bebas. Tapi kami tak akan bagi Dr Rani bebas daripada Dun Meru,” kata Mustafa sambil berseloroh semalam.

Duit Rakyat Habis Berbilion: Sistem pendidikan M'sia di tangga 2 tercorot



 
Sistem pendidikan Malaysia kini menduduki tangga kedua terkebelakang di kalangan negara-negara Asia Tenggara menurut penarafan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA), kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Menurutnya, kedudukan Malaysia yang corot di belakang Vietnam tidak dapat diterima kerana negara itu pernah melalui zaman perang dan ekonominya jauh lebih mundur berbanding Malaysia.

"Bukan sahaja Malaysia jauh ketinggalan dengan Singapura yang menduduki tangga kedua pencapaian di seluruh dunia, kini kita dikejutkan dengan peningkatan mendadak sekolah-sekolah di Vietnam yang mengatasi prestasi sekolah-sekolah di negara maju dan Eropah.

"Dalam tahun 2012, Vietnam berjaya memasuki tangga 10 negara teratas dalam mata pelajaran sains dengan menduduki tangga 8 mengatasi Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah lain," kata Rafizi (gambar atas, kedudukan tengah) dalam kenyataannya.

Menurut Rafizi, PISA adalah sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD) bagi pelajar-pelajar 15 tahun yang melibatkan negara-negara dari seluruh dunia.

PAU2013: Umno biarkan dirinya dirogol pembangkang, dakwa Shahrizat...hu.hu..kak jat sampai gitu eh..!!

Ada yang menganggap kita lemah walhal kita berhemah, maka dengan itu kita sebagai ibu tidak boleh membiarkan musuh menyerang bulat-bulat begitu sahaja.

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata sudah tiba masanya bagi sayap itu meningkatkan perjuanganmereka menjadi jentera politik dalam Umno selain sebagai jentera pilihan raya.
Katanya menerusi kombinasi peranan itu Wanita akan membawa kekuatan luar biasa kepada Umno kerana Wanita mempunyai bakat, potensi, pengalaman dan semangat yang jitu untuk menjadikannya realiti.
“Sekian lama, kita Wanita memberi tumpuan kepada kerja-kerja amal, kemasyarakatan, kebajikan dan amal jariah yang lain, kita kuat memperjuangkan isu-isu berkaitan dengan wanita, keluarga dan masyarakat terutamanya pemerkasaan wanita di semua peringkat.
“Bagi menghadapi cabaran politik semasa, Wanita Umno tidak boleh lagi mengehadkan diri sebagai jentera pilihan raya sahaja tetapi perlu memperkuatkan pergerakan kita sebagai jentera politik juga,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya bertemakan ‘Wanita Umno:
Teras dan Tulang Belakang Umno’ di perhimpunan agung pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Shahrizat berkata Umno sering membiarkan pembangkang menipu dan mencucuk hidung rakyat, malah membiarkan diri ‘diganaskan dengan rogol politik’ oleh  pembangkang tanpa serangan balas.
“Oleh kerana kita beradab mungkin ada yang menganggap kita lemah walhal kita berhemah, maka dengan itu kita sebagai ibu tidak boleh membiarkan musuh menyerang bulat-bulat begitu sahaja,” katanya.

OH OH! IT'S THE DUNCE CAP FOR M'SIA: No. 55 out of 65 in OECD PISA education survey

The latest Programme for International Student Assessment (PISA) report has once again revealed dismal results achieved by Malaysian students, despite the Government investing billions of ringgit on education in the last few years.
The PISA report is a triennial study conducted by the Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) involving 510,000 15-year-old students from 65 participating countries worldwide.
Lower than average results
OH OH! IT'S THE DUNCE CAP FOR M'SIA: No. 55 out of 65 in OECD PISA education surveyIn the latest 2012 edition, Malaysia placed 55th overall, cementing our position in the bottom fifth of 65 countries surveyed. To make matters worse, our students performed poorer compared to neighbours such as Singapore (ranked 2nd) and even Thailand (53rd), whose students fared better in all three categories (science, mathematics and reading) compared to Malaysia.
Although Malaysian students recorded a slight improvement in mathematics compared to the 2009 study, increasing their score to 421 from 404, it is still far below the 494 average score for OECD countries.
At the same time, our students’ reading abilities suffered the most, charting an embarrassing 398 (Thailand scored 441) compared to the OECD average of 496. In 2009, we scored 414.
It is a similar story for science, which saw Malaysian students recording 420 against the OECD average of 501, and again showing a decline from three years ago.
Higher than average spending
The latest PISA results would not sting so badly had it not come on the back of record investments ploughed into the Malaysian education sector in recent times.

PISA: Kedudukan Malaysia di belakang Vietnam dalam pendidikan amat mengejutkan


Malaysia menduduki tangga kedua tercorot di Asia Tenggara termasuk di belakang Vietnam dalam keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA) dan ia sangat mengejutkan, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar).
Hanya Indonesia yang berada di belakang Malaysia di kalangan negara Asia Tenggara yang turut serta dalam penilaian itu sementara Singapura dan Thailand di depan Malaysia.
PISA adalah sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah yang dikendalikan oleh OECD (Organisation for Economic Corporation and Development) bagi pelajar 15 tahun yang melibatkan negara dari seluruh dunia.
Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam tiga bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains.
PISA menjadi piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia.
Berikut adalah kedudukan Malaysia berbanding negara jiran dalam penilaian PISA 2012 yang baru diumumkan:



"Ini satu keputusan yang sangat mengejutkan apabila terbukti mutu dan keberkesanan sistem persekolahan kita ternyata jauh ditinggalkan oleh Vietnam, sedangkan Vietnam pernah dimusnahkan dalam peperangan dan ekonominya jauh lebih mundur berbanding Malaysia," kata Rafizi.

Umno anggap mereka selamat jika bersama PAS

Umno akan sentiasa menganggap tawaran muzakarah dari PAS sebagai usaha untuk bersama dengan parti itu, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Beliau berkata, Umno tahu ia akan selamat jika PAS bersama mereka menyebabkan parti itu sentiasa mengeluarkan kenyataan menuju ke arah PAS itu setiap kali pemimpin PAS berkata mereka bersedia untuk muzakarah.
"Cadangan PAS untuk sedia bermuzakarah dengan Umno bukan bermakna mahu bergabung dengan Umno," katanya pada satu majlis malam tadi.
Katanya, muzakarah yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa makna yang luas, dan bukannya bermaksud mahu bersama Umno.
"Muzakarah yang dimaksudkan oleh presiden adalah untuk berbincang isu berkaitan kepentingan Islam dan Melayu serta negara. Itu maksudnya, bukan mahu bersama Umno dan meninggalkan Pakatan," katanya.
Bagi veteran PAS itu, Umno akan sentiasa bangkitkan kononnya PAS ditindas oleh DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat untuk mengelirukan penyokongnya.
"DAP dan PKR tidak tindas PAS, Umno yang tindas PAS," katanya sambil memberikan contoh bagaimana penyokong PAS dinafikan subsidi.

Pakatan Rakyat tuntut penjelasan 1,860 MyKad hilang setiap hari

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjawab isu peningkatan jumlah luar biasa kehilangan MyKad yang dilaporkan pada tahun ini iaitu sebanyak 565, 157.
Beliau berkata, jumlah yang didedahkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam direkodkan bermula Januari hingga 31 Oktober 2013 dengan peningkatan 32% lebih tinggi berbanding tahun lalu.
"Kita hairan kenapa setiap tahun berlakunya peningkatan dalam kes kehilangan atau kecurian MyKad.
"Bayangkan jumlah itu bersamaan dengan 1,860 sehari kes kehilangan mykad dilaporkan maksudnya setiap minit lebih satu kes kehilangan direkodkan dan situasi ini begitu tidak masuk akal," katanya kepada media di Parlimen hari ini.

Bandar Kuantan lumpuh, Dewan Rakyat tolak usul darurat


Sidang Dewan Rakyat hari ini menolak usul Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (gambar) untuk mengisytiharkan darurat bagi kawasan yang terlibat dalam banjir walaupun beberapa bandar di Pahang dan Terengganu termasuk Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar di Pahang serta Kemaman di Terengganu hampir lumpur.
Speaker, Tan Sri Pandikar Aman Mulia, berkata usul tersebut ditolak kerana memerlukan notis selama dua hari secara bertulis.
Fuziah yang mempertahankan tindakannya itu berkata, apa yang diusulkan adalah perkara kecemasan dan Speaker boleh mempertimbang untuk mengenepikan peraturan kerana ia melibatkan nyawa rakyat.
"Saya tahu memang dalam peraturan memerlukan notis selama dua hari tapi Tuan Speaker ini soal kecemasan yang berlaku semalam, tidak mungkin perlukan notis dua hari, kalau macam itu orang mati dah," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim akhirnya bangun memberi penjelasan bahawan bantuan kini digerakkan dengan menghantar pasukan penyelamat termasuk tentera.

MP PAS Tumpat Bahas RUU Kewangan (No. 2) 2013

Tim. Menteri Kewangan Bentang RUU Kewangan (No. 2) 2013

Usul banjir gamatkan Dewan, Bung suruh Fuziah balik Kuantan

MP: Over 500k missing MyKads linked to GE13?

PAU2013: ‘Dakwa mereka yang salah urus perbelanjaan negara’ - Pemuda Umno

Pemuda memandang serius hal ini dan mendesak agar tindakan tegas dapat diambil terhadap mereka yang terbukti bersalah.

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno mendakwa saban tahun kita dengar laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan salah laku dan kecuaian dalam menguruskan aset atau perbelanjaan negara.
Menurut ketuanya, Khairy Jamaluddin, Pemuda memandang serius hal ini dan mendesak agar tindakan tegas dapat diambil terhadap mereka yang terbukti bersalah.
“ Jika ada salah laku yang nyata, kita wajib dakwa, jangan sampai rakyat tertanya-tanya.,” tegas beliau ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda di Perhimpunan Agung Pemuda Umno di PWTC pagi ini.

PAU2013: Umno “tutup” tanpa Wanita, kata Shahrizat...ha.ha..ha..!!!


Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) memulakan Perhimpunan Agung Umno 2013 dengan suara yang amat lantang terhadap kepimpinan parti apabila membayangkan Umno bakal “tutup” tanpa penglibatan sayap pergerakan Wanita parti itu.
Shahrizat dalam ucapan dasar di hadapan 983 perwakilan sayap Wanita itu berkata, tanpa penglibatan Wanita Umno juga, banyak cawangan dan bahagian Umno akan tutup kerana tidak mempunyai keanggotaan yang mencukupi.
"Kalau tiada kami (Wanita) takut tutup bahagian dan cawangan. Program tak cukup (orang)," katanya ketika berucap di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.
Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, tanpa undi daripada Wanita Umno, anggota Majlis Tertinggi parti Melayu akan sukar mengecap kemenangan dalam pemilihan parti lalu.
"Saya nak maklumkan kepada wakil MT. Kalau Wanita tidak bagi semua ni jangan haraplah. Berkeliaran mereka.

PAU2013: Perwakilan Diminta Bersuara Mengenai Peranan Peguam UMNO..??

Dalam kehangatan perhimpunan agung UMNO yang baru bermula semalam dan semua pihak tertunggu-tunggu isu yang bakal menjadi sentuhan perwakilan kali ini, terdapat perwakilan yang berbual-bual di sekitar PWTC membangkitkan mengenai peranan sebenar peguam UMNO yang tidak begitu jelas fungsinya sekarang ini.

Peguam UMNO yang dikenali sebagai Hafarizam Harun itu didapati seperti tidak menjalankan fungsinya yang sebenar sebagai peguam serta jauh berbeza debgan peguam Pas, Hanifa Maidin serta peguam PKR Lateefa Koya yang didapati begitu aktif menjalankan peranan membela ahli dan pemimpin masing-masing yang didapati terlihat dengan tindakan saman atau pertikaian undang-undang.

Hafarizam sebaliknya didapati tidak pernah berperanan langsung jika ahli dan pemimpin UMNO terlibat dalam kes mahkamah dan tindakan undang-undang. Kali terakhir beliau didapati berperanan ialah ketika mewakili UMNO dalam petisyen pilihanraya yang dipertikaikan keputusannya, sama ada oleh Pas atau PKR, beberapa bulan lalu.

Namun selepas itu, kelibatnya langsung tidak kelihatan sedangkan dalam beberapa kes yang saman yang melihatkan pemimpin UMNO, beliau seharusnya turut memainkan peranannya. Misalnya dalam kes Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang disaman oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Hafarizam didapati tidak berperanan langsung sedangkan KJ adalah pemimpin kanan UMNO.

Perwakilan juga turut membangkitkan ketika Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil dipertikaikan peranan dan dicalarkan imejnya berkaitan skandal lembu NFC, Hafarizam juga langsung tidak muncul memberi nasihat guaman kepada Shahrizat tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mempertahankan dirinya.

Rayuan Isu Pelajar2 St Thomas yang dipindah daripada 2 buah Sekolah - MP PKR Kuantan

BN Govt to save RM2b after power subsidy cut

The government will save RM4 billion after reducing subsidies to the power sector but would still have to pay out about RM2 billion in other subsidies to help the lower income group.

By P Vijian
KUALA LUMPUR: The government expects to cut expenditure by RM2 billion annually from the reduction in subsidies for the power sector.
Energy, Green Technology and Water Minister Dr Maximus Ongkili said the government will save RM4 billion after reducing subsidies to the power sector, but would still have to pay out about RM2 billion in other subsidies to help the lower income group.
The government’s annual subsidy bill is between RM10 billion and RM12 billion annually.
“The savings will be about RM4 billion at input level but by the time we take care of the affected people, it might cancel some of it out.
“There will be substantial saving by the government. I am looking at about 50% of the RM4 billion. We are also crunching the exact numbers,” Ongkili told the media after launching a two-day Asian Green Conference in Petaling Jaya yesterday.
On Monday, the minister announced a 15% hike in power tariffs that will be implemented from Jan 1, 2014, when consumers will see new electricity prices ranging from 33.54 sen per kWh to 38 sen per kWh.

PKR anjur program latihan politik, sedia pemimpin pelapis wibawa

DSC_0052aaSUBANG 4 DIS: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganjurkan program Latihan Eksekutif Keadilan bagi memberikan pendedahan awal kepada generasi muda terhadap dunia sebenar politik negara.
Program membabitkan 21 anak tempatan yang masih menuntut di beberapa universiti tempatan, Australia, Amerika Syarikat, Singapura dan Belanda itu akan menjalani pelbagai latihan amali sepanjang latihan berlangsung.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata antara latihan yang akan dijalani penuntut yang sedang bercuti musim panas itu termasuk bertemu masyarakat akar umbi, membuat dasar, bertemu media, pengurusan organisasi, pengurusan media baru dan sejarah parti.
“PKR adalah parti yang lebih ke hadapan dalam menyediakan pemimpin pelapis melalui latihan seperti ini sehingga Barisan Nasional (BN) sendiri cuba meniru kita tetapi tidak mempunyai modul yang tersusun,” katanya dalam Majlis Pelancaran Program Latihan Eksekutif Keadilan, di sini, semalam.

Rekod urus bajet negara turunkan penarafan kredit Malaysia

KUALA LUMPUR: Badan penarafan antarabangsa, Fitch Ratings masih mengekalkan penarafan kredit Malaysia kepada 'negatif' walaupun memuji komitmen kerajaan BN mengurangkan defisit dan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam Bajet 2014 yang diumumkan Perdana Menteri.

Walaupun menyifatkan dua langkah kerajaan itu sebagai "langkah berpotensi yang membina", Fitch Ratings mengekalkan penarafan kredit Malaysia kepada "A-" daripada "A" berdasarkan rekod prestasi kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam menguruskan bajet negara, lapor The Edge edisi 4 Nov.

Isu penurunan perkadaran Fitch pernah dikemukakan wartawan Bloomberg kepada Najib ketika diwawancara di Putrajaya, Oktober lalu.

Keputusan Fitch Ratings menurunkan pengkadaran kredit Malaysia dari A kepada –A secara relatifnya suatu berita  yang memalukan Malaysia dan perkembangannya turut diikuti di seluruh dunia kewangan antarabangsa.

Indeks Persepsi Rasuah masih buruk walaupun peruntukan berjuta, kata DAP


Putrajaya dikecam ekoran kegagalan dalam usaha membanteras rasuah walaupun berjuta wang dihabiskan, kata Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming (gambar) selepas laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dikeluarkan semalam.
Beliau berkata, peningkatan kecil dalam laporan CPI yang diumumkan oleh Transparency International adalah suatu yang tidak boleh diterima sama sekali.
"Peningkatan yang marginal ini sama sekali tidak boleh diterima ketika banyak duit dibelanjakan untuk memperbaiki ketelusan dan mengurangkan rasuah," katanya.
Peruntukan pengurusan untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2013 adalah sebanyak RRM252 juta manakala Jabatan Audit Negara pula RM14 juta.
Malah, peruntukan tambahan berjumlah jutaan ringgit juga disalurkan ke makmal Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 selain iklan-iklan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
"Pencapaian ini sukar untuk dibanggakan.
"Malaysia masih lagi ketinggalan jauh di belakang negara jiran Asia dan Timur Tengah termasuk Singapura (5), Hong Kong (15), Jepun (18), Emiriyah Arab Bersatu (26), Qatar (28), Bhutan (31), Taiwan (36), Brunei (38) dan Korea Selatan (46)," katanya.
Dr Ong berkata, berdasarkan keputusan skor yang dibentangkan semalam, menunjukkan mata yang dikutip Malaysia dalam 9 skop tinjauan adalah hampir sama dengan laporan tahun lalu.

Patut ramai orang macam Yb Dr Rani Othman...

Saya berharap ramai orang-orang macam Dr Rani Othmman, Adun Meru Selangor di dalam Pas yang reda atas apa yang berlaku dan seronok pula dengan apa yang berlaku. Sekiranya orang berpolitik semacam beliau, nescaya dunia politik ini akan reda dan terhindarlah perbalahan atau krisis sesama sendiri yang boleh meretakkan parti kerana merbeut jawatan.


Dr Rani (berdiri) bersama Mat Sabu, isteri dan Prof Che Musa.
Apabila beliau tidak dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor beliau seronok dan gembira, siap dibuat sedikit kenduri sebagai menyatakan kesyukuran. Kenapa? Tentu bagi orang lain bila digugurkan dari jawatan itu merasa sedih atau terkilan. Apa lagi Pas Selangor dibawah pimpinan Dr Rani mendapat kejayaan cemerlang dalam pilihan raya lalu, sepatutnya jawatan itu terus dikekalkan kepadanya.


Mungkin kalau kedudukannya tidak dijelaskan oleh Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali... bahawa Dr Rani telah minta agar jawatannya sebagai pesuruhjaya Pas Selangor tidak diteruskan selepas muktamar ke 59 lalu, mungkin ada orang menganggap penguguran itu ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Tetapi mujurlah Mustapa menjelaskan pengguguran itu adalah atas permintaan Dr Rani sendiri. Menurut Mustapa sebelum muktamar Dr Rani menulis surat kepada presiden agar tugasnya sebagai Pesuruhjaya tidak lagi disambung.

Sebenarnya penolakan seperti itu bukan sekali ini sahaja, (Dr Rani seronok dan redha), tetapi sudah ada kejadian sebelum ini yang memperlihatkan siapa dia Dr Rani sebenarnya. Dia seorang yang tulus dan ikhlas dalam perjuangan dan tidak mengejar pangkat dan kedudukan.

Ustaz Kazim tolak jadi MT Umno

SUNGAI PETANI - Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias mengumumkan menolak pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam satu program ceramah agama Taman Ria, di sini, malam tadi, menurut sumber RTM.
Sabtu lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan sembilan lagi ahli MT parti itu, termasuk Mohammad Kazim.

Mohammad Kazim atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim sebelum ini berkata,  beliau masih belum membuat kputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota MT Umno.

Katanya, sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.

Dewan Rakyat 4 Dis 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Panas!! Isu Kebocoran Soalan SPM 2013 - Usul 18 (1) MP DAP Sandakan

Isu banjir Kuantan Pahang usul tergempar oleh MP PKR Kuantan..

BANJIR BESAR: MP PKR KUANTAN MOHON ISTIHAR DARURAT DIPARLIMEN DAN MOHON BANTUAN DIHANTAR SEGERA

 
 
Bandar Kuantan,Pahang sudah lumpuh di landa banjir besar .. malahan tidak salah dikatakan antara yang terbesar pernah melanda Kuantan sekian lama.

MP PKR Kuantan mohon kerajaan istihar darurat diparlimen dan bantuan segera dihantar untuk menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap.

Kemaman tenggelam, Adun PAS cadang kerajaan isytihar darurat


Kerajaan dicadang mengisytiharkan darurat di Kemaman, Terengganu kerana puluhan ribu terperangkap dalam banjir yang paling besar dalam sejarah bandar itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok Terengganu, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, berkata kerajaan perlu mengabil tindakan segera bagi menyelamatkan mereka yang terperangkap.
"Banjir menenggelamkan seluruh bandar Kemaman. Kita yakin ramai yang terperangkap di kampung terpencil," katanya ketika menghubungi The Malaysian Insider.

Tarif elektrik naik, inflasi meningkat - Tan Sri Dr Zeti

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan menaikkan kadar tarif elktrik yang berkuat kuasa 1 Januari 2014 dijangka akan meningtkatkan kadar inflasi negara.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang dipetik Bernama sebagai berkata, semakan itu dijangka memberi kesan inflasi sementara yang akan naik kepada kadar 3.0 peratus berbanding 2.8 peratus sekarang.

"Penilaian awal kami ialah ia mungkin menyebabkan kenaikan inflasi sebanyak 0.4 peratus. Justeru itu, memandangkan kadar semasa ialah 2.8 peratus, ia boleh mencecah 3.0 peratus," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak Tenaga 2013, di sini semalam.

Isnin lau, kerajaan secara rasminya mengumumkan kadar tarif elektrik naik sebanyak 14.98 % atau 4.99 sen berkuatkuasa Januari tahun depan.

Dengan kenaikan itu harga semasa yang ketika ini 33.5 sen per kwj meningkat kepada 38.53 sen per kwj.

Turut berlaku kenaikan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu sebanyak 5 sen atau peningkatan 16.9 peratus.

SABASUN: Kronologi, Kontroversi & Hukumnya Dalam Islam


Ramai yang masih belum faham kenapa konflik isu Sabasun menjadi hangat semenjak dua menjak ini. Dan apa signifigan dan kesannya kepada sistem sosial dan ekonomi Islam di Malaysia amnya serta di Terengganu khususnya. Apa pula sudut pandang hukum Islam dalam polemik Sabasun ini? Ayuh kita bongkar!

Penjelasan Pemilik Sabasun [Kronologi & Kontroversi]

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana member kesempatan dan ruangan kepada saya untuk sama-sama berkongsi tentang cabaran dan ujian yang terpaksa kami usahawan anak negeri hadapi dengan bermacam-macam kerenah birokrasi untuk maju ke hadapan.


Dan antaranya ialah, izinkan saya bercerita daripada awal. Sabasun mula ditubuhkan pada tahun 1995 bermula dengan kedai kecil duapintu, kemudian dengan izin Allah dengan sokongan pelanggan daripada rakyat negeri Terengganu, pada tahun 1999, kami telah mengusahakan sebuah bangunan baru sebelah kedai lama tersebut iaitu bangunan yang ada sekarang di Sabasun1 di Bukit Kecil.
Sabasun pada permulaan penubuhannya.
Jadi, semasa proses pembinaan bangunan tersebut berlaku, dibelakang bangunan yang terdapat parking percuma sekarang ini. Merupakan sebuah paya pada satu masa dahulu. Paya yang luasnya lebih kurang 1 hektar suku, yang mana pada waktu itu, kami pergi rujuk kepada pejabat tanah, pihak kerajaan tidak punya apa-apa idea untuk membangunkan paya tersebut.
Maka sebab itu, sebagai anak negeri Terengganu, usahawan negeri, kami rasa kami perlu untuk kemohon kepada kerajaan negeri untuk membeli tanah tersebut supaya kami dapat mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Selain member kemudahan kepada pelanggan dan orang ramai dari segi parking percuma.
Malangnya, selepas 3 kali kami memohon, permohonan kami terus ditolak dan ditolak. Dan pada itu, MBKT masuk di tengah, pun nak berebut tanah yang sama. Sepatutnya pihak berkuasa tempatan menjadi fasilitator iaitu pemudah cara kepada kami peniaga, bukannya menjadi ‘compretitor’, berebut tanah yang 1hektar tu, nak juga.
Padahal tanah lain pun rasa banyak lagi. Kenapa berebut tanah belakang tu hok 1 kektar itu. Oleh kerana, kami nak guna sangat tanah tu, MBKT panggil kami, dia cakap, “kalau kami jual pada kamu, dapat guna 1 kali je, kalau kami sewakan kepada kamu, kami dapat makan yang panjang”. Itu jawapan dia. Tidak ada langsung sikap untuk menyokong anak tempatan.
Tetapi lebih kepada menindas. Nak, tak nak, kami terpaksa terima tawaran itu kerana kami nak guna sangat tanah itu. Parking merupakan nadi kepada mana-mana perniagaan. Kalau tak ada parking itu bukan kedai namanya. Walaupun besar dan comel mane pun kedai itu. Tak ade parking, taka de guna kedai itu. Jadi, disebabkan oleh itu, kami sanggup membayar RM4,000 sebulan kepada MBKT semata-mata untuk bagi ruang parking yang percuma kepada orang awam. Dan pada waktu kami memohon untuk membeli tanah tersebut, pada tahun 2000 tanah itu bernilai RM360,000.
Tempat parking Sabasun yang sempit.
Dan pada hari ini, kami menyewa tanah itu lebih setengah juta ringgit kepada MBKT. Dan lebih teruk daripada itu, tanah itu tak boleh dibuat apa-apa hanya untuk parking sahaja. Kami tak dapat tambah ruang kadai, kami tak dapat tambah bangunan. Sebab itu, kami terpaksa sambung sana, sambung sini sebab tak cukup tanah. Nak berniaga tiada tanah. 
MBKT sepatutnya menyokong kami. Kalau MBKT tidak berebut tanah dengan kami, sudah pasti kami dapat tambah ruang dan bangunan baru, kami dapat menyediakan peluang pekerjaan anak negeri. Mereka sepatutnya melihat secara keseluruhan. Bukan secara pentingkan diri dan berebut dengan rakyat. Nak ambil untung sahaja pada rakyat. Sudah tentu kami nak memulakan perniagaan secepat mungkin. ‘In other’, nak saing persaingan yang ditimbulkan oleh syarikat lain.

PAU2013: UMNO masih berjanji...dan berjanji... !!! Rakyat terus dicapati....

Saya telah mengikuti sebahagian ucapan Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yasin semasa beliau merasmikan Perhimpunan Agung 3 sayap parti itu malam tadi. Semasa saya terlihat saluran yang memberikan siaran langsung dari PWTC itu Muhyiddin sedang menyebut tentang Islam yang UMNO menjadi bentengnya, sebagai yang di akui oleh Muhyidin sendiri.
UMNO katanya tetap mempertahankan Islam dan membangunkan Islam itu tanpa kompromi dan UMNO 'commited' untuk mempertahankan kesucian Islam dengan segala tenaga yang ada. Itu sebabnya kata Muhyiddin UMNO mengambil sikap jelas dan lantang tidak membenarkan fahaman songsang dalam Islam seperti syiah dan sebagainya dan beliau menzahirkan niat beliau untuk memasukkan ahli Sunnah waljamaah di dalam perlembagaan negara.
Muhyidin berkata UMNO menentang usaha mana-mana pihak untuk membenarkan kegiatan LBGT dan sebagainya secara bebas. UMNO tidak tahan dengan tindakan seks di luar tabii dan apa-apa yang menentang nilai dan syariat Islam yang suci itu. Banyak lain tentang Islam yang beliau sebut dalam ucapan beliau itu. UMNO tetap mempertahankan nilai Islam dengan tegas tanpa ada kompromi langsung, katanya.
Semua yang di sebut oleh Muhyidin itu sememangnya isu dan tindakan yang baik untuk Islam, Melayu  dan negara. Itu pun perjuangan UMNO dan menjadi sebutan oleh pemimpin UMNO sejak dari dahulu sampai sekarang kerana itulah kebenaran Islam dan landasan perjuangan UMNO itu. Muhyidin menyebut isu ini dengan panjang lebar kerana isu agama menjadi isu besar dalam politik tanahair dan dengan menyebut isu ini tentulah Muhyiddin cuba hendak bermain di padang PAS yang sedang mendapat sambutan ramai sekarang ini.

Profesor didakwa pengganas akhirnya berjaya cabar kerajaan Amerika Syarikat di mahkamah


Profesor Rahinah Ibrahim (gambar) akhirnya berjaya mencabar tindakan Amerika Syarikat (AS) yang memasukkan namanya sebagai pengganas dalam pengkalan data rahsia mereka di mahkamah San Francisco semalam.
Rahinah, dekan fakulti rekabentuk dan arkitek, berjuang selama lapan tahun dalam sistem keadilan Amerika bagi membuang namanya dalam pengkalan data itu selepas ditahan di lapangan terbang San Francisco 2005 lalu ketika dalam perjalanannya dari Malaysia dan singgah di Hawaii.
Menurut laporan Associated Press (AP) yang memetik kenyataan peguam Rahinah, Elizabeth Pipkin, adalah hampir mustahil untuk membuang sebarang nama yang dimasukkan ke dalam data itu. Peguam berkata demikian dalam kenyataan pembukaan dalam perbicaraan di San Francisco.
Rahinah memberitahu AP, namanya tersilap dimasukkan ke dalam pangkalan data itu kerana beliau berasal dari Malaysia dan beragama Islam.
Wanita berusia 48 tahun itu menafikan sebarang kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas ketika disoal siasat oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada 2004.
Sejak penahanannya pada 2005, beliau disekat daripada memasuki AS, lapor AP berdasarkan laporan akhbar Amerika, San Jose Mercury News.
AP juga melaporkan, beliau dilarang memasuki AS walaupun untuk membuat kenyataan dalam perbicaraannya.