Pemaju untuk projek perumahan di kawasan tapak tinggalan candi purba di Lembah Bujang dilaporkan mengakui merobohkan candi tersebut.

bujang valley 011213Jurucakap syarikat pemaju di kawasan tapak tinggal candi Lembah Bujang berkata projek tersebut diluluskan oleh Majlis Daerah Sungai Petani dan Exco antara 1994 dan 1995.

Pemaju berkenaan, Bandar Saujana Sdn Bhd, dalam laporan The Star menjelaskan, pelan bagi projek pembangunan bercampur dikemukakan oleh pemaju terdahulu dan diluluskan pada tahun berkenaan.
Jurucakap syarikat tersebut, Saw Guan Keat berkata tanah tersebut dibeli dari satu lagi pemaju pada Februari tahun ini dan kerja-kerja meratakan tanah di kawasan tersebut dimulakan pada September.
bujang valley 011213Saw juga mengakui bahawa mereka telah memusnahkan tinggalan candi itu.
Sementara itu, bekas exco hal ehwal kesenian dan warisan Kedah Datuk Dr Hamdan Khalid berkata kerajaan pimpinan PAS hanya menyokong kelulusan pengambilalihan tanah di kawasan tapak bersejarah tersebut.
“Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah di bawah (pimpinan) arwah Tan Sri ustaz (Azizan Abdul Razak) sebagai MB sangat-sangat menyokong apa saja projek kerajaan pusat di ketika itu.