Isnin, 2 Disember 2013

Thai PM calls for talks

Transformasi Yang Membawa Untung Kepada Rakyat

Merealisasikan slogan 'Rakyat didahulukan' 

KUALA LUMPUR: Tarif elektrik akan naik sebanyak 15 % bagi Semenanjung Malaysia dan 17 % bagi Sabah dan Labuan mulai tahun hadapan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili.
"Purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia akan naik sebanyak 4.99 sen bagi satu kilowatt (KWJ) atau 14.89% daripada kadar purata semasa daripada 33.54sen/kWh kepada 38.53 sen/kWh.
"Bagi Sabah dan Labuan, purata tarif elektrik akan naik sebanyak 5.0 sen setiap KWJ atau 16.9 %, daripada 34.52 sen setiap KWJ kepada 29.52 sen per Kwh," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Isnin.
Bagaimanapun Sarawak tidak akan terjejas dengan kadar terbaru yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014, katanya.
Bagaimanapun, 70.67 peratus atau 4.56 juta daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang menggunakan elektrik pada kadar 300 KWJ dan ke bawah, tidak terlibat dengan semakan itu.
Ketika mengumumkan semakan itu di Parlimen, Ongkili berkata kerajaan akan terus membantu dengan memberikan rebat kepada pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember 2014.
"Ekoran pelaksanaan tarif baharu ini, kerajaan masih menanggung subsidi melalui pelepasan hasil perolehan gas asli sebanyak RM14 bilion setahun bagi pengguna elektrik di Semananjung Malaysia, dengan RM2.4 bilion setahun khusus oleh pengguna domestik kurang daripada 300 KWJ sebulan.
"Bagi Sabah dan dan Wilayah Persekutaan Labuan, subsidi yang ditanggung kerajaan sebanyak RM570 juta setahun, dengan RM155 juta setahun untuk kategori pengguna yang sama," katanya.
Selaras penyelarasan kadar purata tarif elektrik daripada 33.54 sen/KWJ kepada 38.53 sen/KWJ, beliau berkata kerajaan akan menyelaraskan semula tarif elektrik yang melibatkan pengguna domestik, komersil dan industri.

APA TINDAKAN UTK HALANG KENAIKAN TARIF ELEKTRIK..!!!

Apa tindakan yang anda boleh untuk halang tarif elektrik naik??.

Amaran telah diberikan semasa kempen PRU 13 dahulu bahawa jika BN menang GST akan diperkenalkan, harga minyak naik, harga barang naik, cukai naik, tarif elektrik naik.

Tetapi malangnya ramai lagi yang tidak percaya. Sekarang semua kena. Kalau penyokong tegar Umno/BN sahaja yang kena memamg wajar. Tetapi msalahnya semua kena.

Jadi apa yang kita boleh buat??????

Audit 3: Pejabat perwakilan luar negara diminta atasi kelemahan kawalan, pengurusan


Enam Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara diminta mengatasi kelemahan dalam kawalan pengurusan terimaan dan perbelanjaan serta pengurusan aset dan stor.
Laporan Ketua Audit Negara 2012 Siri 3 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini menyatakan pejabat berkenaan ialah Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh dan Canberra, Australia; Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Nepal; Stockholm, Sweden; Helsinki, Finland; serta Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne, Australia.
Pejabat-pejabat itu antara lain didapati tidak mengatur lima aspek kawalan terimaan dengan baik termasuk Daftar Borang Hasil Yang Dikawal (Kew.67), Buku Tunai, Daftar Mel, Borang Hasil dan kemasukan pungutan ke bank.
Ketua Audit Negara berkata semakan Audit terhadap laporan Jabatan Akauntan Negara 2012 mendapati perbelanjaan keseluruhan pejabat perwakilan telah melebihi peruntukan sebanyak RM6.76 juta dengan peruntukan yang diluluskan berjumlah RM354.36 juta berbanding perbelanjaan berjumlah RM361.12 juta (101.9%).
"Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra telah berbelanja melebihi peruntukan berjumlah RM8,732. Perbelanjaan sebenar berjumlah RM3,638,922 berbanding peruntukan yang diluluskan RM3,630,190," katanya.

Kerajaan UMNO@BN buat apa sahaja ambil duit dari poket rakyat

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak lagi mempedulikan nasib rakyat negara ini apabila mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapatkan duit daripada poket rakyat, tegas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Mengulas mengenai kenaikan tarif elektrik sebanyak 15 peratus bermula tahun depan, bagi Mahfuz ianya satu tindakan yang mengecewakan rakyat negara ini.

"Pelbagai kenaikan harga berlaku selepas PRU13 lalu dengan petrol yang memberi kesan berantai. Hari ini pula tarif elektrik naik.

"Malangnya, sebelum PRU bermacam-macam kerajaan menggulakan rakyat sehingga mereka terlupa apa akan berlaku lepas PRU, lupakan kesusahan mendatang," katanya kepada Harakahdaily.

Bahkan kata beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat difahamkan kenaikan tarif elektrik berkemungkinan akan dikenakan GST pada tahun 2015.

MP PKR Lembah Pantai Bahas Peruntukan 2014 Kem. Wanita, Keluarga dan Masyarakat

MP DAP Batu Kawan Bahas Peruntukan 2014 Kem. Wanita, Keluarga dan Masyarakat

MP PKR Ampang Bahas Peruntukan 2014 Kem. Wanita, Keluarga dan Masyarakat

MP DAP Kulai Bahas Peruntukan 2014 Kem. Wanita, Keluarga dan Masyarakat

MP PKR Kuantan Bahas Peruntukan 2014 Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

MP PAS Rantau Panjang Bahas Peruntukan 2014 Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Penggulungan Bahas Peruntukan 2014 Kem. Komunikasi dan Multimedia

Mangsa Regim UMNO@BN Terengganu: Pengurus Sabasun yang kukenali


Saya mengenali secara dekat Che Salmi, pengasas Pasaraya Sabasun yang mesra dikenali sebagai Abang Long sekitar akhir tahun 2011 semasa mula memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Lujnah Pengguna PAS Terengganu.

Antara program awal anjuran Lujnah yang telah diadakan adalah Forum Kepenggunaan. Selain daripada YB Datuk Mahfuz Omar, Pengerusi Lujnah Pengguna PAS Pusat, Che Salmi juga adalah salah seorang ahli panel forum tersebut yang telah dipengerusikan oleh Saudara Zulkifli Sulong, mantan Ketua Editor Harakahdaily.

Mengenalinya sebagai seorang yang ‘simple’, senang diajak berbicara, merendah diri tetapi tegas dan serius dalam memberikan pendapat. Sebelum bersua dengannya buat pertama kali, saya telah mendengar tentang peribadinya sebagai seorang dermawan yang banyak menyumbang untuk pelbagai bentuk aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan.

Sepatah beliau menceritakan diawal perbualan kami bahawa aktiviti perniagaan telah menjadi minatnya semenjak ketika menuntut di Amerika Syarikat lagi.

Ada saya bertanya, “dari mana timbulnya nama SABASUN?”

Jawabnya, “SABASUN berasal dari perkataan SABAR SUNGGUH.”

Mengambarkan bagaimana retetan perjalanan beliau sebagai antara anak Melayu Islam di Terengganu secara khususnya dan di Malaysia amnya yang mula menceburi industri perniagaan runcit bermula dari kecil-kecilan dengan segala kepayahan dan penuh kesabaran sehingga akhirnya berkembang dan menjadi antara pasaraya tumpuan pelanggan sekitar Kuala Terengganu.

Kewujudan Pasaraya SABASUN ini memberikan peluang kepada ramai pengusaha IKS dari kalangan Melayu Islam untuk memasarkan barangan keluaran mereka yang tidak mendapat tempat di pasaraya besar milik bukan bumiputera.

Ketika berforum bersamanya yang bertemakan ‘Barang Naik Harga, Rakyat Tanggung Bahana’, saya menyimpan beberapa bait ungkapan yang dilontarkannya dan kekal diingati sehingga sekarang. Antaranya:

“Apabila harga barang naik, air mata rakyat akan jatuh…”

Ustaz Ahmad teruskan kecemerlangan TG Nik Aziz

KOTA BHARU: Pemuda menyifatkan PAS Kelantan merasai kehilangan seorang murabbi apabila jawatan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Pesuruhjaya PAS negeri digantikan Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Setiausaha Pemuda PAS Kelantan, Borhanuddin Ahmad berkata, bekas pesuruhjaya terbabit banyak menyumbang jasa, tenaga, idea malah seluruh kehidupannya untuk memperkuatkan PAS.

“Namun semestinya realiti kehidupan yang perlu diterima. Biar apa pun Ustaz Ahmad juga merupakan sosok peribadi paling layak meneruskan legasi yang ditinggalkan Tok Guru.

“Semoga Allah merahmati Tok Guru Dato' Bentara Setia dan mudah-mudahan pelantikan Ustaz Ahmad sebagai Pesuruhjaya PAS yang baru akan meneruskan kecemerlangan PAS di Tanah Serendah Sekebun Bunga,” katanya di sini.

Pada mesyuarat kali pertama jawatankuasa PAS Pusat malam tadi, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan Ustaz Ahmad dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Kepimpinan adalah amanah, bukan ghanimah - Saiful Bahri

KUALA LUMPUR: “Kepimpinan adalah amanah dan bukannya ghanimah,” tegas Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat.

Apapun, Adun Paka itu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan pimpinan parti khususnya Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang telah memberi kepercayaan melantik beliau sebagai Pesuruhjaya PAS negeri sesi 2013-2015.

“Terima kasih kepada Pesuruhjaya yang lalu, YB Abdul Wahid Endut yang telah berkhidmat dengan cemerlang sehingga membawa kejayaan besar PAS negeri dalam PRU13 yang lalu,” ujarnya ketika dihubungi petang ini.

Beliau juga mengharapkan semua pimpinan di segenap peringkat, teman-teman, sahabat dan ahli PAS Terengganu semuanya dapat memberi sokongan dan bantuan tidak berbelah bagi untuk meneruskan bahtera perjuangan PAS di negeri ini.

Razman berazam jadikan PAS Perak lebih cemerlang

IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak yang baru, Razman Zakaria (gambar) menganggap jawatan yang baru diamanahkan oleh Presiden PAS, Datuk Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada beliau itu adalah satu tanggungjawab yang besar.

Menurutnya, jawatan tersebut bertanggungjawab mengawal selia seluruh aktiviti serta program bagi mencapai matlamat merealiasasikan dasar dan objektif parti.

"Dalam situasi masyarakat hari ini yang perlagai latar belakang akademik, ekonomi dan sosial memerlukan kesenian memimpin yang tinggi bagi menyatukan pemikiran ditambah lagi situasi politik dan zaman media baru yang juga menjadi satu cabaran yang besar.

"Oleh itu, memikul tanggungjawab sebagai pesuruhjaya ini amat besar dan tidak mungkin dapat disempurnakan tanpa sokongan dan kefahaman daripada semua peringkat ahli jamaah dan masyarakat," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Walaubagaimanapun, Razman menghormati dan mengucapkan terima kasih kepada pimpinan tertinggi yang memberikan kepercayaan kepada beliau memimpin PAS di peringkat negeri Perak.

Kematian 3 beradik: Pelajar ditahan bantu siasatan

  • Adzaman Mohd Jan
ALOR SETAR - Polis menahan seorang pelajar berusia 16 tahun bagi membantu siasatan kematian tiga beradik dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pelajar berkenaan yang juga kenalan mangsa ditahan di rumahnya di Perlis kira-kira jam 11.30 malam, semalam.

“Pelajar itu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes itu.

“Setakat ini pihaknya menemu bual lebih 10 individu termasuk keluarga dan rakan mangsa bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui media di pejabatnya, hari ini.

Dilantik atau tidak kedalam Majlis Tertinggi, tidak akan membawa apa-apa perubahan


Perlantikan ahli tambahan kepada Majlis Tertinggi UMNO seramai sembilan orang itu sekarang menjadi berbualan hangat. Tindakan Najib tidak melantik Menteri-Menteri Besar yang tidak bertanding atau kalah dalam pemilihan parti baru-baru ini sekarang menjadi isu besar dan ini juga menambah beban yang sudah sedia berat di bahu Najib. Kebanyakan Menteri-Menteri Besar sekarang berada di luar Majlis Tertinggi dan ini amat susah untuk menyelenggarakan hal dan isu parti dari bawah kepada peringkat tertinggi parti.
Ramai yang merungut kerana Mukhriz Mahathir tidak di lantik menganggotai MT. Mereka mempersoalkan Mukhriz hanya kalah tipis kepada Hishamudin dalam pemilihan jawatan Naib Presiden maka adalah layak dari sudut moralnya Mukhriz dilantik menduduki jawatankuasa tertinggi parti itu. Mukhriz juga merupakan ketua kepada gerakan BN untuk mengambil alih kerajaan negeri Kedah dari kerajaan Pakatan Rakyat maka kata setengah pihak, Mukhriz wajar di lantik sebagai tanda menghargai kejayaan UMNO Kedah dalam pilihanraya yang lalu.
Itu pandangan pihak yang berkehendakan Mukhriz. Tetapi bagaimana pula Sabah? Bukankah Sabah merupakan penyelamat kepada kuasa kerajaan Persekutuan dalam pilihanraya yang lalu. Kenapa Ketua Menteri nya tidak dilantik kedalam badan penguasa tertinggi parti? Musa Aman memainkan peranan penting dalam memberikan kuasa pimpinan persekutuan dalam pengekalan kuasa UMNO dan BN.
Kenapa dilantik pemimpin yang selalu membebankan UMNO seperti Nazri Aziz dan beberapa orang yang lain? Kenapa menggalas mereka yang membebankan parti sedangkan yang memberikan tali hayat kepada parti tidak dipedulikan dan tidak dipertimbangkan langsung? Apakah pertimbangan yang dibuat oleh Najib ini satu pertimbangan yang betul dan adil?

Talk to Al Jazeera - Yingluck Shinawatra: "This is unlawful"

Ayah Ammar: "Kematian Yang Menghidupkan" Bhg 2

Ayah Ammar: "Kematian Yang Menghidupkan" Bhg 1

MP PAS Sepang Bahas Peruntukan 2014 Kem. Komunikasi dan Multimedia

MP DAP Seputeh Bahas Peruntukan 2014 Kem. Komunikasi dan Multimedia

MP PKR Bayan Baru Bahas Peruntukan 2014 Kem. Komunikasi dan Multimedia

MP PAS Pasir Mas Bahas Peruntukan 2014 Kem. Komunikasi dan Multimedia

Penggulungan Bahas Peruntukan 2014 Kem. Sumber Manusia

MP PR Bahas Peruntukan 2014 Kem. Sumber Manusia

Mudah Lupa: Mahathir lupa korupsi dizamannya yang masih belum selesai

Dr Mahathir Mohamad berkata amalan korupsi di negara ini kian bertambah dan undang-undang berkaitan dengannya kurang licin tidak seperti zamannya. Aduh, enak dan sedap sekali bicara Pak Mahathir. Sayang beliau tidak mengemukakan bukti atau fakta 'kegiatan' korupsi serta tangkapan dan hukuman di sepanjang tempoh beliau menjadi perdana menteri, 1982 hingga 2002.

Logiknya kerana Mahathir lama berkhidmat sebagai perdana menteri berbanding dengan Abdullah Ahmad Badawi lebih kurang empat atau lima tahun dan Najib baru empat tahun tentu era beliau lebih banyak kejadian korupsi berbanding dengan zaman Abdullah dan Najib.

Di zaman Abdullah juga berlaku pindaan akta BPR menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dimana suruhjaya itu diwujudkan untuk memberi kesan pencegahan lebih efektif lagi.

JANGAN KETAWA; SIAPAKAH YANG MENGANGGOTAI KUMPULAN SKOT GEMPUR DEMI PERTAHANKAN MARUAH ROSMAH MANSOR!



SKOT TEMPUR  .... Satu kumpulan khusus untuk mempertahankan maruah Rosmah Mansor telah di wujudkan oleh satu persatuan yang diberinama Persatuan Veteran Tentera Melayu yang di kepalai oleh seorang individu cukup "hebat" dan "berani" luar biasa bekas anggota tentera berpangkat Prebet ... namnya Ali Tinju ... yang juga pakar tarian punggung.

Ali Tinju dan kumpulannya pernah membuat tarian punggung di depan rumah mantan Pengerusi Bersih Datuk Ambiga
Sreenevasan dan juga baru-baru ini memberi amaran keras kepada YB Azmin Ali untuk tidak terus mengkritik Rosmah Mansor jika berdegil juga maka  suatu tarian punggung akan diadakan didepan rumah Azmin .

Alasannya ialah Rosmah Mansor ke luar negara bukan cari jantan.

Apakah peranan sebenarnya kumpulan Skot Tempur nanti apabilka di serang dan di kritik oleh rakyat? .. Adakah mereka akan dikerah untuk membuat tarian punggung di depan semua pengkritik Rosmah Mansur?

Apa-apa pun .. lebih afdal dan elok sangat kita lihat siapakah dia ahli kumpulan yang menyertai Skot Tempur ini.

Tubuh pasukan untuk pertahankan maruah Rosmah Mansor konon .. tetapi buat kerja yang menjatuhkan maruah sendiri.

DARUL RUNTUH: SILING DEWAN CANSELOR TATI UNIVERSITY COLLEGE (TATiUC), KEMAMAN, RUNTUH.

Siling Dewan Canselor TATI University College (TATiUC), Jalan Kijal, Teluk Kalung, Kemaman, Terengganu runtuh pagi tadi.

Dari rakaman gambar di atas memang nampak cukup jelas sebahgian dari siling bangunan tersebut runtuh ... tiada kemalangan jiwa di laporkan .. punca, kerugian dan impak kerosakan masih lagi disiasat.

Memang sesuai dan padan sekali semenjak Terengganu dibawah pemerintahan UMNO/BN negeri Terengganu mendapat jolokan nama Terengganu Darul Runtuh.

OKTOBER TNB UMUM UNTUNG RM4.61 BILLION ... DISEMBER MENTERI UMUM TNB AKAN NAIKKAN TARIF ELEKTRIK 15%!!




Mungkin RM4.61 billion tidak mencukupi oleh itu perlu di naikkan lagi tarif elektrik 15%!!!!!!!!!... Inilah negara ku Malaysia yang diperintah UMNO/BN dibawah kepimpinan pemimpin terhebat sekali dalam sejarah dunia moden Dato' Seri Najib b Tun Abd Razak .. Presiden UMNO yang paling hebat luar biasa berjiwa rakyat!!!!!

HIDUP UMNO!!!! ... HIDUP KETUANAN MELAYU!!! ... HIDUP NAJIB!!!!!

Konsep telus bantu Selangor capai pelaburan RM53.2 bilion

sidang dun bersidang 7SHAH ALAM 2 DIS : Selangor terus mendahului negeri lain dengan jumlah pelaburan RM53.2 bilion daripada 1,560 projek perkilangan yang diluluskan bagi tempoh 2008 hingga Ogos lalu.
Exco Pelaburan, Ean Yong Hian Wah, berkata pelaksanaan dasar pelaburan yang telus dan pragmatik oleh kerajaan negeri antara faktor yang berjaya menarik lebih ramai pelabur asing ke Selangor.
Beliau berkata, penganjuran dan penyertaan misi pelaburan ke luar negara serta jalinan kerjasama dengan dewan perniagaan serata dunia yang giat dijalankan turut menggalakkan aktiviti pelaburan.
Katanya, kerajaan negeri juga menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat multinasional di Selangor bagi membantu mempromosikan negeri itu kepada pelabur di negara masing-masing.
“Kelebihan strategi ini menunjukkan pelabur terus dibantu termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Selain itu, kerjasama antara pelabur dan kerajaan negeri melalui penubuhan Industrial Park Management Committee (IPMC) juga dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi,” katanya ketika menjawab pertanyaan Yeo Bee Yin (DAP-Selangor) berhubung strategi pelaburan ketika sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Biro Kepenggunaan PKR kecam TNB naik tarif elektrik

SHAH ALAM 2 DIS : Biro Kepenggunaan PKR mengecam Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan kementerian Tenaga Hijau dan Air yang menaikkan tarif elektrik sebanyak 15 peratus.
Pengerusinya, Yahya Sahri, berkata kementerian perlu lebih peka terhadap beban rakyat kerana kos barangan semakin meningkat saban hari.
Katanya, kenaikan tarif elektrik itu akan menyebabkan semua kos perkhidmatan, pembuatan dan perindustrian turut meningkat.
“Kami rasa kesal dan dukacita apabila TNB melalui kementerian bertanggungjawa menaikkan tarif elektrik kerana akan menjadi rungutan rakyat disebabkan semua kos akan melambung tinggi.
“Subsidi gula baru ditarik balik dan kini rakyat dikejutkan dengan kadar elektrik yang tinggi. Sudah pasti rakyat akan mendapat derita baru kerana semua kos akan meningkat,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Yahya berkata, dalam manifesto Pakatan Rakyat jelas menginginkan harga minyak turun bagi memastikan kos keseluruhan menjadi lebih murah.
Beliau berkata, pihaknya mendesak menteri yang terbabit supaya menolak kenaikan dengan mengambil kira derita rakyat.

Pusat perlu hormati rakyat Kelantan - Riduan Tee


KOTA BHARU: Kerajaan pusat hendaklah menghormati kehendak majoriti rakyat Kelantan yang memilih PAS terus menerajui negeri ini, kata pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Madya Dr Riduan Tee Abdullah.

“Janganlah diskriminasi mereka kerana Kelantan juga berada di bawah pentadbiran orang Islam.

“Begitu juga kalau ada hak ke atas royalti petroleum hendaklah diberi. Kelantan didiami lebih 90 peratus penduduk Islam hendaklah diberi hak, kalaulah integriti yang diambil kira.

“Hak orang Islam di atas muka bumi untuk melaksanakan syariat Islam juga hendaklah diberi,” katanya pada ceramah khas sempena Hari Integriti Peringkat Negeri di Kota Darulnaim hari ini.

Program tersebut dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan.

Oleh itu Dr Riduan menyarankan pemimpin Umno menerima pelawaan PAS untuk bermuzakarah bagi membincangkan hubungan antara kedua-dua parti orang Melayu tersebut.

Polis Kedah siasat semula kes rogol pasangan remaja, kata Peguam Negara

Polis akan membuka semula siasatan tentang kes rogol remaja 13 tahun dari Kedah yang telah berkahwin dan bercerai dengan lelaki yang dikatakan perogolnya, menurut Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.
Beliau berkata, gadia remaja itu membuat laporan polis di Balai Polis Kulim pada 15 Julai, 2013.
Katanya dia dirogol dua remaja kemudian dirogol oleh Mohd Fahmi Mohamed Alias yang kemudian menjadi suaminya.
"Saya sudah mengarahkan siasatan untuk dibuka semula demi kepentingan umum. Saya perlu mengambil kira kepentingan umum juga.
"Apabila laporan polis dibuat tahun lepas, dua diantara tiga suspek telah ditangkap. Suspek ketiga masih lagi berkeliaran sehingga hari ini walaupun identitinya sudah diketahui oleh pihak polis," kata Abdul Gani dalam sidang akbar di Putrajaya hari ini.

"Di antara dua suspek yang ditahan, salah satu daripadanya telah dikenakan hukuman di mahkamah dan mengaku bersalah. Dia kemudian menghabiskan masa di pusat pemulihan Paya Terubong," katanya.

POWER HIKE:Rafizi slams BN for protecting IPP cronies, warns low-income groups WILL BE HIT, inflation WORSEN

POWER HIKE:Rafizi slams BN for protecting IPP cronies, warns low-income groups WILL BE HIT, inflation WORSEN
KUALA LUMPUR - MP for Pandan Rafizi Ramli has slammed the decision by Prime Minister Najib Razak to hike electricity tariffs by 15% effective January 1, 2014, warning that the move will hit across the board, with the low-income groups not spared the pain as claimed by the authorities.
Rafizi lambasted the Najib administration for protecting cronies including independent power producer firms controlled by tycoons Syed Mokhtar, Ananda Krishnan, Yeoh Tiong Lai, at the expense of the people.
"Real issue is this - if electricity tariff is expensive because national utility TNB has to buy expensive electricity from Independent Power Producers due to lopsided agreements, the natural thing to do if a government cares for the welfare of the people is to renegotiate or undo the lopsided agreement so that tariffs can stay reasonable," Rafizi told Malaysia Chronicle.

Energy, Green Technology and Water Minister Maximus Ongkili had announced at a press conference this afternoon that electricity prices in Peninsular Malaysia would be raised by 4.99 sen to 38.53 sen per kilowatt next year.
Sabah and Labuan would suffer an increase of 5sen.
Consumers, BEWARE: Inflation will WORSEN

Iskandar ikrar PAS terus cemerlang, kukuhkan Pakatan

SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad berikrar akan meneruskan kecemerlangan PAS di negeri ini di samping berusaha mengukuhkan hubungan parti dalam Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, walau siapa yang dipilih menjadi Pesuruhjaya PAS tugas utama mesti meneruskan kecemerlangan PAS Selangor menambah jumlah kerusi negeri pada Pilihan raya Umum ke-14 nanti.

"Saya tidak dapat surat, saya tahu daripada WhatsApp dan dapat panggilan telefon pagi tadi daripada Setiausaha Politik Presiden," katanya ketika ditemui di lobi Annex, SUK tengah hari tadi.

Bagaimanapun, beliau akan menunggu surat rasmi untuk pelantikan pesuruhjaya sebelum membuat sebarang tindakan.

Ketika ditanya mungkin melantik Timbalan Pesuruhjaya PAS di kalangan Muslimat katanya, "jika saya hendak lantik pun saya akan serahkan kepada keputusan mesyuarat PAS Selangor".

Abdul Rani sambut baik Iskandar dilantik Pesuruhjaya PAS Selangor baru

DR.RANI OSMAN PICSHAH ALAM 2 DIS : Keputusan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat melantik Iskandar Abdul Samad sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru disambut baik bekas penyandangnya, Dr Abdul Rani Osman.
Abdul Rani menyifatkan Iskandar adalah pilihan terbaik untuk menggantikan dirinya kerana mempunyai kaliber yang tinggi sebagai pemimpin.
Katanya, permohonan untuk menggantikan dirinya sebagai Pesuruhjaya PAS dinyatakan dalam satu surat kepada Presiden PAS sebulan lalu, apabila Abdul Rani secara sukarela meminta jawatannya diganti individu lain.
“Saya sangat gembira dan akan meraikan perkara ini di Meru. Saya sudah lama hantar surat kepada Presiden berhubung pertukaran jawatan ini. Saya sudah buat yang terbaik, ramai lagi yang lebih bagus dan perlu diberi peluang, tetapi saya tidak akan tinggalkan perjuangan.
“Sesiapa sahaja (pesuruhjaya baru) saya tidak kisah kerana saya akan bantu mereka. Saya tidak kejar jawatan,” katanya ketika ditemui di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.
Beliau turut menyatakan keyakinannya terhadap Iskandar untuk memikul tanggungjawab baru itu dan berjanji akan membantu sebaik mungkin.

Kantoi: PAS telah pecat Kazim pada Ogos lalu - Mustafa

Menurut beliau, surat pemakluman pemecatan keahlian itu juga telah dihantar kepada Kazim sejurus selepas itu dan tiada sebarang rayuan dikemukakan kepada PAS.
Keputusan pemecatan itu dibuat dalam Mesyuarat PAS Pusat pada 25 Ogos lalu.

Katanya, selain Kazim, tiga lagi individu yang turut dipecat ialah bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin, bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Hassan Basri dan bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha.

"Kita dah pecat beliau Ogos lalu, dan kita telah hantar surat kepada beliau.

Audit 3: Kerugian RM10 juta untuk sekolah tentera laut dalam “projek sakit”

Pelantikan kontraktor tanpa melalui prosedur yang betul untuk pembangunan Sekolah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), telah mengakibatkan kerugian sebanyak RM10.2 juta mengikut laporan Ketua Audit Negara 2012.
Projek tersebut dikenali sebagai "projek sakit".
Laporan tersebut mendapati Syarikat Ijhraa (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat kontraktor kelas B, diberi kebenaran istimewa untuk mengambil bahagian dalam projek tender pada Mei 2009 untuk membina KD Pelanduk di Lumut, Perak.
Di antara 43 syarikat yang mengambil bahagian, hanya sembilan sahaja yang telah disenaraipendekkan.
Syarikat Ijhraa telah dipilih walaupun tidak menawarkan harga terendah serta gagal untuk mengikut prosedur.
"Syarikat Ijhraa hanya menghantar dua daripada empat dokumen yang dikehendaki. Dua dokumen yang tidak dihantar adalah Laporan Kewangan Audit dan Laporan Penyelia Projek.
"Laporan Kewangan Audit adalah untuk memastikan modal keupayaan syarikat.

"Bagaimanapun, badan perolehan telah memilih Syakirat Ijhraa kerana jawatankuasa tender telah memutuskan bahawa syarikat tersebut layak walaupun tanpa dua lagi dokumen", menurut laporan audit yang diedarkan hari ini.

Batu Putih: Gagal lapor salah laku Gani, Anwar sifatkan tindakan Shafee jenayah serius

Kegagalan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) melaporkan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan salah laku membabitkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kes Pulau Batu Putih disifatkan sebagai satu jenayah serius oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau mempersoalkan perbuatan Muhammad Shafee yang hanya mendiamkan diri biarpun mengetahui perkara tersebut menjejaskan kedaulatan negara.
Oleh itu, katanya, satu usaha akan dilakukan bagi membuka semula kes untuk menggugurkan Shafee sebagai pendakwa dalam kes rayuan Liwat II.
"Pihak kita bersama barisan peguam termasuk Karpal Singh akan menyegerakan tuntutan menggugurkan Shafee di Mahkamah Persekutuan.

"Mana kredibiliti beliau? Walhal Shafee banyak menyimpan rahsia tentang akaun Peguam Negara di Hong Kong dan jadi pendakwa dalam kes rayuan saya di Mahkamah Rayuan," katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Kepimpinan PAS pada masa depan

Oleh LIM HONG SIANG
SAYA tertarik dengan pengamatan Liew Chin Tong, ahli Parlimen Kluang, juga kolumnis Harakah, dalam satu forum baru-baru ini. Fokus perbincangan tertumpu kepada sayap pemuda dalam parti politik, dan sejauh manakah suara pemuda diangkat sebagai agenda parti politik.
Menurut Chin Tong, masalah penuaan dalam Barisan Nasional berpunca daripada pemerintahan Mahathir Mohamad yang terlalu lama. Mahathir menyandang jawatan Perdana Menteri pada usia 56, dan pada zaman pemerintahan beliau, Najib Razak dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada usia 29 tahun; Mohd Isa Samad sebagai MB Negeri Sembilan pada usia 33 tahun; Rahim Thamby Chik sebagai Ketua Menteri Melaka pada usia 32 tahun.
Sepuluh tahun selepas Mahathir berundur daripada jawatan PM, pemimpin-pemimpin seperti Rahim, Mohd Isa masih tercari-cari tempatnya dalam Umno. Menurut pandangan Chin Tong, untuk 22 tahun Mahathir enggan ‘bangun’ daripada kerusinya, sehingga pemimpin muda gagal melonjakkan diri ke tangga kuasa yang lebih tinggi.
Maka, sayap pemuda menjadi wadah bersuara penting untuk pemimpin muda, kerana mereka berdepan dengan kesukaran untuk memasuki teras pimpinan.
Situasi ini dikaitkan kemudiannya kepada politik Malaysia, yang masih belum menyaksikan pertukaran kerajaan di peringkat persekutuan. Chin Tong menjelaskan bahawa pertukaran kerajaan akan menjurus kepada proses penggantian barisan pimpinan dalam parti politik. Di negara yang menyaksikan pertukaran kerajaan, rata-ratanya setiap dua atau tiga penggal, pemimpinnya akan digantikan selepas ditumpaskan dalam pilihan raya. Maka pemimpin muda akan bangkit menerajui partinya sebagai pembangkang, sehinggalah menjadi pemerintah, dan berundur apabila kuasa kerajaan bertukar tangan.

Kerjasama Umno-PAS warnai Perhimpunan Agung Umno

Permulaan kerjasama Umno - PAS sudahpun kelihatan dan ia bakal terserlah di dalam perhimpunan yang akan bermula esok.

PETALING JAYA: Meskipun musim pemilihan untuk jawatan-jawatan tertinggi telah tamat, perhimpunan agung Umno yang bermula esok tidak kurang serinya.
Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyatakan bahawa Umno perlu mempunyai wawasan untuk mengukuhkan penyatuan dalam kalangan rakyat.
“Kita perlu mengeratkan hubungan antara rakyat kita, dari bandar-bandar paling besar sehingga kampung-kampung kecil.
“Kita mesti menunjukkan bahawa visi masa depan Malaysia adalah serasi dengan kehendak rakyat bahawa Umno mempunyai visi yang jelas untuk masa depan dan bukan setakat berbangga dengan masa lalu,” agensi berita Bernama melaporkan Najib sebagai berkata dalam satu forum antarabangsa hari ini.
Dalam konteks politik  hubungan erat boleh diertikan sebagai kerjasama dua parti Melayu terbesar – Umno dan PAS.
Seruan kerjasama Umno – PAS demi Islam telah pun disuarakan oleh Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang semasa Muktamar PAS ke 59 yang berlangsung dari 22 Nov hingga 24 Nov di Shah Alam.
Empat hari kemudian bibit-bibit permulaan muzakarah Umno – PAS mula kelihatan berikutan lawatan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob pada Nov 28.
Perkara yang dibincangkan meliputi isu pembangunan Kelantan namun ia turut menunjukkan kesudian Umno bekerjasama dengan PAS khususnya demi kepentingan masyarakat Melayu.

Rafizi Ramli: GST Adalah 1 Bentuk Kezaliman Yang Digunakan Oleh UMNO@BN Untuk Rampas Duit Rakyat

Dr Mahathir sahkan lepas jawatan penasihat Petronas

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini mengesahkan telah melepaskan jawatannya sebagai penasihat kepada Petronas, berkuatkuasa semalam.
Dr Mahathir berkata surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.
Beliau berkata sudah masa untuk beliau meninggalkan syarikat petroleum negara itu kerana faktor usia serta ingin menumpukan perhatian kepada kesihatannya.
"Saya sudah 10 tahun bersama Petronas, saya rasa Petronas sudah beroperasi dengan baik dan mempunyai untung banyak," katanya.

'Tengku Adnan kelirukan Dewan isu kuil Muneswarar'



MP Subang R Sivarasa mendakwa Menteri wilayah persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengelirukan Dewan Rakyat dengan menyatakan bahawa perintah mahkamah membenarkan perobohan kuil Sri Muneswarar Kaliyamman Kuala Lumpur.

Sivarasa memberi alasan, mahkamah sendiri menegaskan bahawa tiada perintah dikeluarkan untuk perobohan kuil tersebut.

Dalam penghakimannya pada 30 Mei 2013, Hakim VT Singham berkata penghakiman bertarikh 5 Julai 2012 “tidak termasuk apa-apa arahan perobohan dinding bangunan kuil dan ia jua bukan perintah pengusiran”.

“Tengku Adnan mengelirukan Dewan tetapi persoalannya, adakah dia berbuat demikian dengan sengaja?

“Jika benar, ia adalah penghinaan kepada Dewan dan harus dirujuk kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan.

Ustaz tolonglah Umno, kerana ia zalim

Isu ustaz Kazim dilantik sebagai ahli Majlis Teertinggi Umno agak luas dibincangkan. Secara ringkas,
1. Umno ketandusan tokoh agama untuk ditonjolkan sehingga sanggup kutip dari mana ditemui.

2. Istiqamah dalam perjuangan Islam bukanlah satu perkara mudah. Ia adalah prinsip penting yang sentiasa diingatkan oleh Allah dalam al-Quran, Nabi SAW dalam hadisnya dan para salafussoleh dalam ucapan masing-masing.

3. ‘Kambing yang keseorangan mudah dibaham serigala’. Itulah perumpamaan Nabi SAW supaya sentiasa bersama dalam aktiviti jemaah Islam seperti PAS ini. Kalau hanya mengaku ahli, sedangkan disiplin dan aktiviti parti tidak diikuti, nescaya ia akan memakan diri.

Isu kenaikan gaji: Selamatkah TS Khalid?

Pada PRU ke 14, lebih ramai calon yang akan bertanding kerusi DUN daripada kerusi parlimen di Selangor memandangkan gaji ADUN lebih besar dari gaji ahli parlimen.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Rabu lalu (27 November) meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkuat kuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.
Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.
Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN dari RM6,000 kepada RM11,250.
Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak.
“Kenaikan gaji ini dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat,” katanya.
Heboh seluruh negara kerana kenaikannya terlalu tinggi. Gaji Speaker pun hampir sama dengan gaji Perdana Menteri. Malah gaji ADUN lebih tinggi dari gaji ahli parlimen.
Pada PRU ke 14, lebih ramai calon yang akan bertanding kerusi DUN daripada kerusi parlimen di Selangor memandangkan gaji ADUN lebih besar dari gaji ahli parlimen.
Penasihat PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat kenaikan gaji wakil rakyat di Selangor agak tinggi dan Menteri Besar, Khalid Ibrahim perlu mencari jalan jika ia boleh dikaji semula.

Guna Jet Kerajaan bawa barangan ROSMAH? Shahidan guna nama ALLAH tepis kritikan rakyat


Guna Jet Kerajaan bawa barangan ROSMAH? Shahidan guna nama ALLAH tepis kritikanKUALA LUMPUR: Behadapan kritikan hebat dari pihak pembangkang yang meminta sebab munasabah kenapa Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kurang disenangi rakyat, dibenarkan untuk mewakili negara dalam lawatan ke Qatar yang dibiayai dengan wang rakyat, menteri Umno Shahidan Kassim mempertahankan isteri perdana menteri itu dengan menyebut nama Allah.
"Mudah-mudahan Allah menjadikan orang-orang yang berdusta tentang isu ini bertaubat atau membalas perbuatan mereka," Shahidan, salah seorang pemimpin dalam parti Umno pimpinan Najib berkata kepada sidang akhbar di lobi Parlimen pada hari Selasa.

Shahidan, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menegaskan bahawa majoriti ahli parlimen di Dewan Undangan Negeri "bersyukur" kerana lawatan Rosmah yang berusia 62 tahun itu selama 3 hari ke Qatar di mana dia telah menghadiri sebuah sidang kemuncak, membuahkan hasil.

Dubai misi UTAMA? Guna jet untuk bawa barangan shopping

Pengkritik Rosmah bagaimanapun mendakwa dia telah menggunakan lawatan itu untuk membeli-belah, antara sifat Rosmah yang telah diketahui ramai.

Malah, selepas ke Qatar, Rosmah singgah pula di Dubai – umum mengetahui negara itu merupakan syurga membeli-belah bagi yang terkaya di dunia.

Monopoli Bernas umpama lintah darat hisap darah rakyat miskin

Syed MokhtarAMPANG 2 DIS: Penswastaan syarikat Beras Nasional (Bernas) yang menguntungkan hanya seorang individu umpama lintah darat yang menghisap 200,000 pesawah miskin di negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, penguasaan Bernas oleh jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary antara contoh penyelewengan pimpinan Umno.
Menurutnya, Bernas yang diswastakan pada 1995 dan awal ’96 diluluskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau menjawat Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Menteri Kewangan.
“Bila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir putus nak swastakan Bernas, dia luluskan dulu kemudian barulah kertas sampai kepada Menteri Kewangan,” dedah Ketua Umum KEADILAN itu.
Anwar berkata, ketika itu beliau memberi jaminan di luar dan di dalam Parlimen jika berlaku penswastaan, kerajaan tidak sesekali meminggirkan kepentingan pesawah padi.
“Saya bagi jaminan walaupun kita swastakan, kerajaan tidak akan bertolak ansur untuk pertahankan kepentingan pesawah padi di negara ini,” katanya lagi pada Ceramah Perdana dan Penerangan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) di Padang Tasek Tambahan, Ampang malam tadi.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, kerajaan pada waktu itu menjamin Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) yang juga dianggotai pesawah padi akan diberikan 10 peratus saham.
Begitu juga Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) termasuk nelayan-nelayan kecil memperoleh 10 peratus saham, manakala Pertubuhan Peladang (Mada), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) dan pekerja Bernas masing-masing memperoleh 5 peratus saham meliputi jumlah keseluruhan 45 peratus.
Tauke besar bantah
Menurut Anwar, agihan saham itu yang pada mulanya dibantah kroni Umno berjaya dilaksanakan hanya sehingga beliau dipenjarakan pada 1998.
“Tauke-tauke besar macam Tun Daim (Zainuddin) bantah, dia kata buat apa nak bagi 45 peratus kepada pesawah, peladang sebab mereka tak tahu berniaga.

Siapa jual Lembah Bujang, PAS atau BN?



Seorang pemimpin MIC hari ini menyatakan perasaan terkejutnya dengan langkah kerajaan menjual tanah tempat berdirinya candi bersejarah di Lembah Bujang dan mahukannya ditebus kembali.

murugesan gas pc 280510"Bolehkah kerajaan negeri mendedahkan bila ia dijual?

"Adakah ia dilakukan oleh kerajaan PAS sebelum ini atau kerajaan BN? Walau siapa pun yang melakukan, perkara ini tidak boleh dimaafkan," kata anggota jawatankuasa pusat MIC S Murugesan.

Katanya, ini kerana, Lembah Bujang merupakan tapak bersejarah yang lebih tua daripada kerajaan Melayu Melaka.

"Apa yang mereka fikir ketika menjual tanah itu kepada pemaju?" soalnya.

Beliau juga berkata tidak yakin dengan jaminan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa tanah itu didak akan dibangunkan dalam tempoh segera.

"Lembah Bujang milik seluruh rakyat Malaysia dan sebahagian daripada sejarah dan warisan kita," katanya.

Electricity tariff up 15% in Peninsular, 16.9% in Sabah 2014

Tahniah Macai BN: Tarif elektrik semenanjung naik 14.89% dan sabah 16.9% pada 2014


Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 14.89 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen.

Harga semasa 33.54 sen sekilowatt.

Di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 16.9 peratus atau 5 sen daripada kadar semasa 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen/kWj.

NONEKedua-dua kenaikan itu berkuatkuasa 1 Januari 2014, umum Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili (kanan) petang ini.

Sebelum ini, Tenaga Nasional Bhd meminta dagangan sekuritinya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd digantung mulai 2.30 petang hingga 5 petang hari ini.

Penggantungan dua jam setengah itu dilapor sementara menunggu pengumuman utama syarikat tersebut hari ini, kata gergasi utiliti itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dalam sidang medianya di Parlimen hari ini, Maximus berkata, kerajaan akan terus memberi subsidi kepada pengguna domestik di Semenanjung, Sabah dan Labuan bagi penggunaan bawah 300 kWJ sebulan.

Katanya, demi melindungi kebajikan pengguna domestik, terutamannya golongan berpendapatan rendah, kerajaan memutuskan tidak menaik tarif elektrik kepada 70.67 peratus atau 4.56 juta pengguna daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna di semenanjung.

Kezaliman Kerajaan UMNO@BN: Pasaraya Sabasun milik bumiputera mungkin ditutup, jadi topik hangat di Terengganu

Pasaraya Sabasun di Bukit Kecil, Terengganu.
Pasaraya Sabasun di Bukit Kecil, Terengganu.Tindakan kerajaan negeri Terengganu yang dilihat cuba menghancurkan rangkaian pasaraya tempatan, Sabasun Hyperruncit mendapat tentangan rakyat negeri itu sehingga menjadi perbincangan hangat.
Ia bukan sahaja menjadi topik perbincangan di kedai kopi, masjid serta surau, malah menjadi hanya dalam media sosial di kalangan anak Terengganu dan ahli perniagaan Melayu.
18 tahun lalu, ketika ekonomi negara tidak berapa baik, sepasang suami isteri yang baru pulang dari belajar di luar negara menyahut seruan kerajaan untuk bekerja sendiri dengan menjadi usahawan.
Selepas bekerja keras melalui syarikat mereka, Sabasun, singkatan perkataan 'sabar sungguh', mereka berjaya mempunyai dua pasaraya di Kuala Terengganu, Sabasun 1 di Bukit Kecil dan Sabasun 2 di Wakaf Tembesu dan kini mempunyai kira-kira 550 pekerja yang semuanya adalah rakyat tempatan.
Namun, kini syarikat milik penuh Bumiputera dan sangat berdaya maju itu mengalami dilema.
Sabasun 1 tidak mendapat CF manakala Sabasun 2 pula sedang cuba dihancurkan oleh kerajaan negeri sendiri untuk memberikan laluan  kepada konglomerat pasaraya antarabangsa masuk ke kawasan itu.
Pemiliknya, Che Salmi Che Ibrahim, berkata mereka tidak kisah terpaksa bersaing tetapi usaha untuk menutup pasaraya mereka sangat tidak boleh diterima.
Katanya, Sabasun dibuka pada 1995 dengan hanya kedai runcit dua pintu sebelum mereka mengusahakan sebuah bangunan baru di sebelah kedai berkenaan pada 1999 hingga sekarang yang dikenali sebagai Sabasun 1 di Bukit Kecil.
Berikutan tindakan kerajaan menutup tempat letak kenderaan di jalan utama, mereka mengusahakan tanah paya di belakang kedai untuk dijadikan lot letak kenderaan dengan menyewa tanah itu daripada Majlis Perbandaran Kuala Terengganu.
Pada 2007, pengusahanya mula mencari tapak baru dan memilih Wakaf Tembesu iaitu di sekitar kawasan perindustrian Gong Badak dan pada ketika itu, tapak berkenaan hanya kawasan paya dan gelap.

Laporan Audit: PAC panggil Finas, Universiti Malaysia Terengganu dan JKR

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil tiga lagi agensi di bawah kementerian iaitu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Universiti Malaysia Terengganu berhubung laporan Ketua Audit Negara Siri 3, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar).
Pengerusi PAC itu berkata, ketiga-ketiga agensi berkenaan dipanggil kerana tidak mencapai  rating yang tidak memuaskan hasil daripada laporan Ketua Audit Negara Siri 3 yang dikeluarkan hari ini.
"Daripada mesyuarat Jawatankuasa PAC kita mengambil keputusan akan memanggil  Finas yang di bawah Kementerian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, JKR dan Universiti Malaysia Terengganu pada Januari depan.

"Kita dapati ketiga-tiga agensi itu harus memberi penerangan kepada PAC termasuk mengenai peningkatan kos projek Lebuh Raya Timur sebanyak RM900 juta daripada kos asal, " katanya pada sidang media di Parlimen sebentar tadi.

MT Umno: Kazim Elias istihar keluar PAS, kecewa diibaratkan akan dimakan serigala

Rafizi Ramli: Tiap-Tiap Minggu, UMNO Barisan Nasional Kerja Dia Umum Kenaikan Harga Barang

Anwar Ibrahim: Saya Pertahankan Hak 200 Ribu Pesawah Padi Melayu Miskin

Selangor salary hike: Not the quantum but procedure, says Shahrir Samad

M'sia working with neighboring nations to nab fleeing criminals

'MACC hooks more big fish than Hong Kong counterpart'

Hukum Kata "I LOVE U!" - Ustaz Azhar Idrus

[Berat Menanan] FITNAH Terhadap UAI

Penemuduga Tanya BIRU Ke HIJAU? - Ustaz Azhar Idrus

Bakal Tunang Senyap Teghuhh!..... 'UAI Menyakat JKK!'

Anwar Ibrahim: Isu Elaun Di Selangor Dah Selesai

Tear gas fired in Egypt's Tahrir Square

Hamas cancels anniversary rally in Gaza

Penggulungan Bahas Peruntukan 2014 - Kem. Belia Dan Sukan

Bangkok: Protesters and police play cat and mouse

Renungan Isnin: MUSTAFA ALI akan jadi x-faktor PAS di tolak rakyat.....

Oleh TS Buloh Betong

TAHNIAH diatas saff kepimpinan JK PAS yang baru dilantik oleh perwakilan dan pimpinan PAS.
So far semuanya dilihat sudah cantik dan bergaya untuk memacu PAS bersama PR menghadapi serangan BN.
Namun kini selepas semalam dan Datuk Mustafa Ali diumum sebagai SU Pas maka lubang untuk terus PAS membuka peluang musuh mempermain dan mempengaruhi minda untuk sokongan kepada PAS & PR dengan isu 'spenda putih' beliau.
Walaupun isu itu fitnah namun peluang musuh untuk memainkan lagu itu tetap mereka perdendangkan.
Sudah habiskah barisan kepimpinan PAS dengan terus mengekalkan Mustafa Ali yang terpalit akan isu tersebut. Jika barisan AJK oklah lagi... tapi sebagai SU... yang merupakan antara terpenting dalam barisan kepimpinan.
Jadi fikir-fikirkanlah akan serangan yg akan dihadapi oleh orang bawah dengan hal ini....

MyDistress Tukar SaveMe999 (Aplikasi Telefon Pintar + Sistem Operasi) Menelan Kos Belanja Sekitar RM1 Bilion Patut Atau Tidak?

Saveme 999
Jikalau dahulu, aplikasi popular telefon pintar seperti Mydistress yang disasarkan pengguna di sekitar negeri Selangor bertujuan menghubungkan antar pengguna dan juga pihak polis dengan lebih mudah.
Terkini, kerajaan bertindak melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Malaysian Emergency Response System (MERS 999) bagi memajukan satu aplikasi yang dinamakan SaveMe999 bagi menggantikan aplikasi MyDistress sekaligus dikatakan aplikasi SaveMe999 akan menjadi satu-satunya saluran kecemesan emergency kepada polis untuk rakyat Malaysia kelak. Berminat? Yang memeranjatkan kami pula…
Yang memeranjatkan Berita Semasa pula, cara pelaksanaannya yang pada ketika ini hanya disasarkan kepada golongan kurang upaya apabila mula dilancarkan pada 9 September 2013 yang lalu yang mana belum lagi dilepaskan kepada umum.
Berapa ramai OKU yang ada telefon pintar? Jikalau ada OKU yang bekerja, mampukah mereka daripada segi kewangan untuk memiliki telefon pintar?
  • Contohnya, OKU yang buta adakah akan memakai telefon pintar kecuali jika aterdapat SMART – BRAILE FON, yang boleh sentuh-sentuh itu.
  • Bagi Berita Semasa, dengan kso operasi sehingga RM1 bilion ini adalah lebih baik digunakan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan berbentuk fizikal di bandar-bandar untuk golongan OKU seperti laluan pejalan kaki yang lebih baik, laluan landai untuk OKU yang berkerusi roda. Realitinya apa yang berlaku sekarang ini?

Beza MyDistress VS SaveMe999

  • Aplikasi MyDistress pernah menang anugerah Asia Pacific Information and Communication Technology Alliance (APICTA)
  • Aplikasi SaveMe999 perlu melalui saringan Telekom sebelum disambungkan kepada Polis, Bomba atau Hospital yang mana perlu memberi identifikasi sebanyak dua kali
  • Aplikasi MyDistress lebih mudah di mana boleh menghantar signal kecemasan terus kepada polis
  • Hotline Emergency MERS999 kini diselenggara oleh Telekom selepas Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendapati 32% daripada jumlah panggilan kecemasan kepada MERS999 tidak berjawab. Daripada bulan Januari hingga Ogos tahun lalu, terdapat keseluruhan 23.6 juta panggilan kecemasan, membawa jumlah 7.6 juta panggilan kecemasan tidak berjawab!

Tol Naik 2014 di Malaysia : Pampasan RM400 Juta Tidak Mampu Dibayar Kerajaan Kepada Pemegang Konsesi Lebuhraya!

Tol Naik 2014
Kenaikan tol naik 2014 : Bersiap sedia rakyat Malaysia untuk menghadapi gelombang seterusnya kenaikan tol naik 2014 di Malaysia tidak lama sahaja lagi. Jika anda pernah mengikuti Berita Semasa daripada dahulu lagi, pasti anda masih ingat lagi berita mengenai laporan antara bisnes yang menguntungkan dan lumayan melibatkan taikun-taikun kaya di Malaysia, (SEPERTI DI SINI).
Hampir pasti akan terus untung dan untung dan tanpa kerugian yang dijamin oleh kerajaan. Inilah antara bisnes modal untuk penyedia konsesi lebuhraya di Malaysia selama ini. Indah bukan bunyinya? Nah…
Kenaikan Kadar Tol

Nah….sekarang ini, akibat dek tidak tertahan dan “tidak mampu” untuk membayar pampasan bernilai ratusan juta ringgit bagi mengelakkan pemegang konsesi lebuhraya di Malaysia terus mengumumkan naik tol 2014 setiap 3 tahun sekali lebih-lebih lagi melihatkan kewangan negara yang agak tenat ketika ini, akhirnya kerajaan terpaksa “menghalalkan” perbuatan pemegang konsesi tol di Malaysia menaikkan kadar tol naik 2014 tidak lama sahaja lagi yang akhirnya bakal ditanggung oleh anda-anda di sini…

Semak Senarai Kenaikan Tol Naik 2014 di Malaysia?

Antara senarai tol yang terlibat dengan kenaikan kadar tol kali ini :

DAP mahu PR NS kenalpasti calon MB Melayu

Saya mengulangi pendirian DAP bahawa kita tidak menolak kuasa politik Melayu

SEREMBAN:Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook mahu Pakatan Rakyat Negeri Sembilan memulakan langkah awal dan mengenalpasti siapakah bakal Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.
Bercakap dalam Konvensyen DAP Negeri Sembilan penggal ke-16 di Seremban, lewat petang semalam, Loke berkata pada PRU-13, Pakatan
Rakyat telah berjaya menyakinkan majoriti pengundi di kawasan bandar seperti yang ditunjukkan dalam keputusan yang kita perolehi.
“Namun, kami menerima hakikat bahawa faktor ketakutan yang dibangkitkan oleh Umno terhadap masyarakat Melayu melalui isu
perkauman yang dimainkan masih begitu berkesan di kawasan luar bandar sehingga PAS dan PKR sukar menembusi kerusi-kerusi yang ditandingi oleh Umno.
“Umpamanya, ada di kalangan masyarakat Melayu di Negeri Sembilan yang termakan dengan propaganda Umno kononya orang Melayu akan kehilangan kuasa politik sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan dan pemimpin bukan Melayu DAP akan merampas kuasa Melayu termasuk saya akan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya Pakatan Rakyat menang.
“Sebelum PRU-13 pun telah berkali-kali saya mengulangi pendirian DAP bahawa kita tidak menolak kuasa politik Melayu.
“Yang DAP dan Pakatan Rakyat ingin tolak ialah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang rakus kuasa dan rasuah. DAP akan tetap mendokong peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan bahawa jawatan Menteri Besar akan disandang orang seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Melayu yang beragama Islam. Pendirian DAP dalam hal ini tetap sama dan tidak berubah.

Melagukan angin perubahan dalam PAS

Oleh Izmil Amri
SAYA kurang minat kumpulan Scorpions. Kumpulan rock Jerman yang tua setahun daripada DAP ini bagi saya sama maqamnya dengan kumpulan rock kapak di Malaysia seperti Terra Rossa, Bumiputera Rockers dan barangkali Fabiens. Saya lebih minat Black Sabbath atau Led Zeppelin, mungkin kerana saya sedikit anglophile.

Ada juzuk budayawan yang mahu melonggok Scorpions seiring band rock seperti Sweet Charity dan yang sewaktu dengannya. Tapi bagi saya itu hasil kekaburan mata mereka yang memandang Scorpions dengan kanta ‘orang puteh’. Tapi tak apalah, bukan itu yang saya mahu bicarakan.
Bait-bait lirik lagu kumpulan ini bertajuk ‘Wind of Change’ berkumandang di Muktamar PAS yang baru sahaja selesai. Dr Muhaimin Sulam barangkali peminat Scorpions. Maka digunakan lirik kumpulan rockers tua ini untuk mengukuhkan hujah ucapan penggulungannya.
Dr Muhaimin, dengan imej rambut panjang mayang mengurai di samping wajahnya yang jernih berjanggut membacakan rangkap syair tulisan Klaus Meine ini dengan begitu bersahaja:
Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their dreams
With you and me
Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
In the wind of change
“Bawalah daku ke saat penuh sakti kala malam gilang gemilang, Di tempat anak-anak hari esok berkongsi mimpi bersama kau dan aku; Di tempat anak-anak masa depan akan terus punya impian, dalam hembus bayu perubahan.” Demikianlah lebih kurang terjemahnya.
Lagu ‘Wind of Change’ ini ditulis dengan berlatarkan polisi glasnost yang diperkenalkan Mikhael Gorbachev kepada Kesatuan Soviet Rusia dalam pertengahan dekad 80an. Glasnost secara mudah faham membawa maksud ketelusan dan sentiasa digunakan Gorbachev dalam rangka usaha menstruktur semula Parti Komunis Rusia; atau juga disebut perestroika.
Usaha mengislah Parti Komunis Rusia yang cuba dibawa Gorbachev inilah yang menjadi inspirasi penulisan ‘angin perubahan’ Scorpions lantaran ketika itu juga bermulanya kejatuhan kerajaan blok Timur selepas tamatnya Perang Dingin. ‘Wind of Change’ seakan menjadi lagu tema sejak runtuhnya Tembok Berlin dan popular bagai nak rak di Jerman dan negara Eropah pasca terlungkupnya Parti Komunis Soviet Rusia.
Demikian peranan budayawan, penyair dan rockers yang sentiasa tidak jemu memberi muzik latar kepada sejarah di saat ia berkembang. Bukan setakat meraikan kehidupan dengan syair cinta mahupun lagu penuh kemarahan buat anak-anak muda yang menyampah duduk di rumah dengar bersama kawan ketika lepak di bawah jambatan sambil hangguk-hangguk.
PAS tak cukup rock?

Belajar Mengurus Daripada P Ramlee

Oleh A Kadir Jasin
SEANDAINYA P Ramlee masih hidup, saya yakin kita boleh nobatkan beliau sebagai “management guru” Tanah Melayu.

Beliau sangat peka mengenai P & L (akaun untung rugi) dan konsep “reward & punishment” (anugerah dan hukuman). Malah beliau adalah seorang pemikir dan pengkritik masyarakat yang sangat tajam.


Dalam filem “Ali Baba Bujang Lapok” (1960), penyamun yang membawa balik banyak rampasan diberi bonus. Yang membawa balik sedikit rampasan atas alasan cuti umum dikenakan potongan gaji. Setiap barang yang disamun disimpan di dalam gua dan dihitung.


P Ramlee amalkan sistem "reward and punishment"

Kalau ditakdirkan P Ramlee menjadi Perdana Menteri atau Menteri Kewangan atau kedua-duanya sekali, rasa-rasanya belanjawan negara lebih mantap, seimbang (balanced) dan kakitangan awam diberikan ganjaran mengikut produktiviti bukan mengikut musim pilihan raya.

Bertitik-tolak daripada logik P Ramlee itu maka ahli Dewan Undangan Selangor, termasuklah dari pembangkang Barisan Nasional berhak menerima “bonus” dalam bentuk kenaikan gaji, elaun dan kemudahan. Cuma yang menjadi pertikaian adalah nisbah kenaikan.

Hatta Anwar Ibrahim, boss Abdul Khalid Ibrahim pun berasa kuantum yang Abdul Khalid cadangkan itu terlalu tinggi.

Sejak menjadi Menteri Besar Selangor pada tahun 2008, Abdul Khalid telah membina dan menambah rizab kewangan kerajaan Selangor.