Sabtu, 30 November 2013

Nurul Izzah: Masa Depan, Masa Kita

Rafizi Ramli: Masyarakat Yang Hanya Boleh Maju Jika Berdasarkan Kepada Ilmu

Dr Mujahid Yusof Rawa: Untuk Masa Depan, Parti- Parti Perkauman Sudah Tidak Relevan Lagi

Tony Pua: Kita Bantah DEB Kerana Kita Mahu Orang Melayu Menjadi Semakin Pandai & Kaya

DAP bantah DEB kerana mahu Melayu lebih kaya


Rafizi Ramli (kiri) dan Tony Pua bercakap di forum Rafizi Ramli (kiri) dan Tony Pua bercakap di forum
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua, berkata parti itu berkeras menentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) bukan kerana membenci kaum Melayu dan Bumiputera sebaliknya mahu melihat golongan tersebut menjadi lebih kaya yang sekali gus mengukuhkan ekonomi kaum Cina.
Katanya, Dasar DEB hanya mengukuhkan ekonomi kumpulan tertentu dan Malaysia perlu berubah daripada melihat kepentingan ekonomi berasaskan kaum kepada fokus membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
“Kita bantah DEB kerana kita mahu orang Melayu menjadi semakin pandai dan kaya kerana apabila mereka menjadi semakin kaya, ekonomi ahli perniagaan Cina juga semakin meningkat apabila orang Melayu ada kuasa membeli.
“Kenapa mesti keruhkan pemikiran kita mengikut konsep bangsa? Kita perlukan satu dasar yang tidak mengikut bangsa dan pendapatan. Ini bukan kerana saya bantah atau benci orang Melayu tetapi dasar yang lebih baik perlu dikhususkan mengikut pendapatan,” katanya dalam sebuah forum di Petaling Jaya malam tadi.

Selangor: 45 pasangan dirai meriah di Perkahwinan Perdana

Perkahwinan BeliaMajlis Perkahwinan Perdana Belia anjuran Kerajaan Selangor memberi peluang kepada belia pelbagai kaum di negeri itu untuk merasai nikmat mendirikan rumah tangga dengan sambutan sederhana dan meriah.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata program itu diharap dapat mengurangkan bebanan golongan belia menanggung kos perbelanjaan perkahwinan kerana sebahagiannya di tanggung Kerajaan Negeri dan syarikat korporat
“Di samping itu, kita juga dapat mempamerkan adat resam perkahwinan masyarakat berbilang bangsa yang tidak menyalahi syariat agama Islam.
“Ini juga dapat menyemai perasaan kenal mengenal dan hormat-menghormati di antara rakyat pelbagai kaum yang berlainan agama dan budaya atau berlainan kedudukan dan kefahaman kepartian,” kata Abdul Khalid.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Majlis Perkahwinan Perdana Belia 2013 yang diadakan di tapak Selangor Agro Fest 2013 di perkarangan Stadium Shah Alam, di sini.

Kehidupan Mendesak: PPIM Gesa Kerajaan Kaji Semula Kebajikan Rakyat

MT Umno: Ustaz Kazim Elias kesal dicemuh orang ramai













Peniaga Akan Naikkan Harga Barang Jika GST Dilaksanakan - Penolong Kanan Pengarah Kastam II

Selamatkan Malaysia dari ramalan kemiskinan 2030- Nurul Izzah


PETALING JAYA 30 Nov: Dengan memetik kajian dilakukan Pengurusan Kekayaan Bank Amerika, Merill Lynch, Nurul Izzah Anwar berkata Malaysia kini berdepan dengan ancaman kemiskinan menjelang 2030.
“Kajian Merill Lynch meramalkan Malaysia akan jadi masyarakat yang muda dan miskin menjelang 2030.
“Adalah menjadi tanggungjawab generasi kini untuk memastikan kita terselamat daripada ramalan-ramalan yang menggerunkan sebegini dan rantaian belenggu oleh pihak kerajaan,” ujarnya ketika ucap tama dalam Forum Fiqh Tawaqqu ‘Masa Depan Masa Kita’ di sebuah hotel di Petaling Jaya malam tadi.
Menurutnya, rakyat harus sedar mereka ditekan dengan pelbagai dasar kerajaan terutama dalam bidang ekonomi akibat kegagalan urus tadbir dan amalan rasuah yang tidak terbendung.
“Sekiranya rasuah terus berkembang seperti sekarang, sudah tentu pada masa depan ia akan memufliskan negara, melebarkan jurang antara kaya dan miskin, menaikkan harga barang, menyempitkan peluang pekerjaan serta perniagaan dan memaksa majoriti rakyat untuk bergantung kepada bantuan kewangan demi menyara kehidupan.
“Pengenalan dasar lain seiring dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan melebarkan lagi jurang ekonomi di Malaysia yang kekal antara  tertinggi di Asia,” tegas Naib Presiden KEADILAN itu.

Sultan Rakyat....

Gambar mengejutkan!! Jikalau anda tahu..  siapakah gerangan dalam gambar ni? Tidak syak lagi, itulah Sultan Kelantan..


Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan keselamatan kepada Tuanku.. Selamba je Tuanku, tanpa bodyguard hanya dikelilingi oleh ahli jemaah masjid dan makan menggunakan tangan, sehingga jemaah masjid disebelah asyik melihat kehairanan.

Bersihkan daftar pengundi sebelum laksana persempadanan semula

maria chin bersihDaftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum sebarang kerja-kerja persempadanan semula diteruskan, tegas Maria Chin Abdullah.
Pengerusi Jawatankuasa Bersih 2.0 yang baru dilantik itu berkata, gerak kerja dan fokus BERSIH 2.0 masih sama iaitu memperjuangkan lapan tuntutan namun fokus utama adalah untuk menuntut pembersihan daftar pemilih.
Katanya, tanpa daftar pemilih yang bersih, proses persempadanan semula adalah mustahil memandangkan jumlah pengundi sebenar dalam sesuatu kawasan tidak diketahui.
“Buat masa terdekat, keutamaan yang telah digariskan kami jelas; menuntut supaya persempadanan semula dihentikan, memandangkan kepincangan masih berlaku dalam daftar pemilih dan keraguan terhadap kebebasan Suruhajaya Pilihan Raya belum tercabut.
“Dengan pelbagai kepincangan dalam pilihan raya yang lalu, termasuklah gerrymandering, pembahagian tidak adil, dan saiz kawasan pilihan raya yang tidak sekata; kami percaya bahawa persempadanan semula yang akan datang ini akan terus membelit dan merugikan pengundi dalam pilihan raya yang akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan mengenai hala tuju dan fokus Bersih 2.0 selepas lima anggota baru Jawatankuasa Pemandu baru diputuskan hari ini.
Selain beliau yang diangkat sebagai pengerusi, turut terpilih ialah Dr. Ahmad Farouk Musa (Naib Pengerusi), Masjaliha Hamzah (Bendahari) dan Farhana Halim serta New Sin Yew (Ahli Jawatankuasa Pemandu Berportfolio).
Maria juga menegaskan Bersih 2.0 akan turut fokus kepada usaha membina kapasiti rakyat dalam menyusun gerakan memperkembang dan memperjuangkan agenda pilihan raya bersih dan adil yang selama ini diperjuangkan.

Bersih terus desak anggota SPR letak jawatan serta merta

Jawatankuasa baru Bersih 2.0 yang dipilih hari ini akan meneruskan tuntutan supaya semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan, kata Maria Chin Abdullah (gambar).
Pengerusi Bersih 2.0 yang baru itu juga melancarkan petisyen berhubung perkara itu yang akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada Januari.
“Jika tuntutan kami tidak dipedulikan, kami tidak menolak untuk menganjurkan demonstrasi jalan raya,” katanya pada sidang akhbar selepas pemilihan ahli jawatankuasa Bersih.
Maria menang tanpa bertanding sementara Dr Ahmad Farouk Musa menjadi timbalan selepas mengalahkan Syed Ibrahim Syed Noh dengan majoriti tujuh undi. Ahmad mendapat 37 undi sementara Syed Ibrahim mendapat 30 undi. Masjailiza Hamzah pula adalah bendahari Bersih 2.0 yang baharu.

Isu Siti Aishah: KPN beri amaran kepada kolumnis Mariam Mokhtar


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) memberi amaran kepada kolumnis freemalaysiatoday.com Mariam Mokhtar supaya tidak menulis artikel yang boleh disifatkan sebagai berbaur hasutan.
Beliau tidak senang dengan artikel tulisan Mariam bertajuk 'One Ideology, Two Reactions', dalam portal berita itu semalam yang mempertikai layanan berbeza kerajaan berhubung kepulangan dua anggota radikal komunis kelahiran Malaysia – abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dari Bangkok, Thailand dan Siti Aishah Abdul Wahab, yang terpengaruh dengan ideologi politik komunis serta didakwa dijadikan hamba di London selama 30 tahun.
"Lebih baik dia (Mariam) berhati-hati, jika tidak kami akan mengambil tindakan terhadapnya.
"(Artikel) Ini amat berbaur hasutan. Jangan siarkan semata-mata kerana hendak menarik orang melawat laman web kamu.
“Ia juga boleh mengundang kami (polis) untuk datang menangkap kamu," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam hari ini. Seminar itu dirasmikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Khalid kecewa kerana kolumnis itu tidak dapat membezakan tahap kesalahan yang dilakukan Siti Aishah dan Chin Peng.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia tidak pasti status dokumen pengenalan diri Siti Aishah


Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Seri Zakaria Sulong yakin Siti Aishah Abdul Wahab (gambar) merupakan warganegara Malaysia akan tetapi tidak dapat memastikan sama ada beliau masih mempunyai dokumen pengenalan diri bagi membuktikan kewarganegaraan.
Katanya dokumen pengenalan diri bagi memudahkan proses mengenal pasti identiti kewarganegaraan. Dokumen pengenalan diri yang dimaksudkan adalah pasport, kad pengenalan diri atau sijil kelahiran.
Astro Awani melaporkan beliau sebagai berkata, status Siti Aishah pada masa sekarang, mungkin tergolong sebagai individu yang menetap melebihi tempoh dan dokumen serta visanya telah tamat tempoh sejak sekian lama.
Menurut Zakaria, sepanjang pertemuan Siti Aishah dan kakaknya, Kamar Mahtum Abdul Wahab yang disaksikan wakil Suruhanjaya Tinggi Malaysia, tiada perbincangan menyentuh isu kewarganegaraan dibangkitkan.

Bukan Sekadar Gaji, Wang Pencen Juga Wajar Diserah Kepada Badan Kebajikan

Oleh Shahbudin Husin
Isu kenaikan gaji anggota pentadbiran dan Adun Negeri Selangor yang menjadi perbualan hangat kini akhirnya menyerlahkan sikap "talam dua muka" sebahagian wakil rakyat negeri itu. Tidak saja Adun BN yang didapati bersikap demikian, bahkan Adun daripada PR juga nampaknya bersikap sama.

Dalam perbahasan mengenai kenaikan gaji itu, sehingga bacaan kali ketiga, semua Adun bersetuju dengannya. Perkara ini didedahkan oleh Exco Selangor, Teng Chang Khim.

Yang paling menonjol bersikap demikian ialah Pengerusi PKR, Azmin Ali yang dilaporkan berada di dalam Dewan ketika perbahasan mengenai kenaikan gaji itu tetapi hanya berdiam diri dan tidak membantah apa-apa, namun apabila menyedari isu menjadi perbualan ramai, beliau mengambil sikap menentangnya dan meminta kerajaan negeri menangguhkannya.

Beberapa Adun BN juga turut mempertikaikan kenaikan gaji yang melibatkan Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker tetapi tetapi seolah-olah bersetuju dengan kenaikan gaji Adun atas alasan bebanan kerja yang semakin bertambah sekarang ini.

Malangnya, semua Adun BN ini bersetuja ketika rang undang-undang mengenainya dibentangkan dan tidak ada seorang pun yang membantah. Kalaulah isu ini tidak timbul, pastilah tidak akan terdedah sikap mereka itu.

Ini menjadikan, sehingga bacaan kali ketiga dilakukan, sokongan yang diperolehi adalah 100 peratus.

Menteri Besar, Khalid Ibrahim semalam menegaskan, kenaikan gaji itu akan tetap dilaksanakan sebagaimana yang dirancang dan tidak akan ditangguhkan, malahan mencadangkan kepada sesiapa yang tidak bersetuju dengannya agar jangan menerima kenaikan itu dan menyerahkan lebihan gaji itu kepada mana-mana badan kebajikan.

Pada mulanya, ramai yang menganggap respon Khalid itu sebagai tidak wajar, kasar serta tidak mencerminkan budi bahasa seorang yang memegang jawatan Menteri Besar.

PRU13: SPR kenal pasti 8 kelemahan

Bedah siasat ini membabitkan 222 kawasan parlimen dan 505 kerusi negeri dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Omar.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenal pasti lapan kelemahan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke 13 pada 5 Mei lalu.
Lapan kelemahan itu bersangkut paut dengan taklimat dan latihan kepada pegawai pilihan raya, hari penaman calon, tempoh resmi berkempen, pengurusan kertas undi pos, hari pengundian, proses pengiraan undi, penumlahan rasmi undi dan penggunaan dakwat kekal.
Bedah siasat SPR ini membabitkan 222 kawasan parlimen dan 505 kerusi negeri dipengerusikan  oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Omar secara serentak mulai 19 Jun hingga 15 Julai lalu.
Ia turut melibatkan ahli-ali panel SPR serta wakil polis dan tentera, kata Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan media hari ini.
Perincian kelemahan adalah seperti berikut:

BERSIH mahu hantar petisyen pada Agong untuk SPR baru

Selepas pemilihannya hari ini, jawatankuasa pemandu baru Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil (BERSIH), akan memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru bagi menggantikan ahli yang sedia ada.

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, yang mengambil alih dari Datuk S Ambiga berkata, untuk fasa seterusnya, gabungan 90 NGO itu akan menjelajah ke seluruh negara bersama dengan enam wakil serantau yang baru yang akan dipilih.

Tetapi yang pertamanya, ia mempunyai tiga permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa untuk melantik ahli SPR.

"Kami menuntut supaya semua ahli Suruhanjaya Pilihan Raya meletak jawatan serta-merta, dan proses persempadanan semula dihentikan sehingga SPR baru dipilih...

"Dan daftar pemilih mesti disemak semula dengan penyertaan masyarakat sivil," kata Maria yang membaca draf surat kepada Yang di-Pertuan Agong, dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya.

Surat itu akan dihantar dalam masa kira-kira sebulan lagi selepas mengumpul tandatangan dari sebanyak NGO yang mungkin.

Mengajak ahli PAS merealisasikan ‘Rahmat Untuk Semua’

Ucapan Dasar Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bertemakan “Rahmat Untuk Semua” sangat bertepatan dengan keadaan semasa. Tema ini mengajak rakyat memahami tentang Islam yang melangkaui batas bangsa dan ruang.
Perkara itu sangat wajar dan perlu didokong oleh semua pihak kerana inilah yang harus diterjemahkan oleh pemimpin dan para petugas PAS di seluruh pelusok negara.


Langkah ini perlu, agar nikmat Islam itu dapat ditebarkan sebagai penyelamat, pendamai, penyelesai masalah dan pembawa kesejahteraan kepada semua umat manusia dan ia mesti dapat disampaikan kepada rakyat secara berkesan.
Tugas ini tidak boleh terhenti hanya semasa pilihanraya semata- mata sebaliknya, PAS perlu berganjak daripada gerakerja dakwah, tarbiyah dan siasah yang bersifat retorik kepada lebih praktikal untuk membuktikan kehadiran PAS memang sangat bermanfaat kepada rakyat.
Tuan Guru Abdul Hadi juga menurunkan 10 arahan langsung kepada semua entiti dalam parti islam itu agar cakna dan segera merealisasikan tema “Rahmat Untuk Semua” yang dibentangkan pada Muktamar Tahunan PAS ke- 59, di Stadium Melawati, 22 November lalu.
Ucapan Dasar Presiden PAS yang dibuku setebal 25 muka surat itu, turut menyentuh pelbagai perkara dalaman parti mahupun politik tanahair termasuk menyinggung siasah antarabangsa.
Tegasnya, tema “Rahmat Untuk Semua” adalah berpaksikan kepada keyakinan bahawa perjuangan Islam yang dilangsungkan PAS menerusi wadah tarbiyahdakwah- siasah yang tidak berpisah, sarat dengan mesej Islam yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul A.S. yang di khatam (tamat) dan disempurnakan dengan Nabi Muhammad SAW bagi membawa “Rahmat” ke seluruh alam.
Ia ujarnya, selaras dengan Firmah Allah SWT bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” – (al- Anbiya: 107)

Muzakarah laksanakan Islam bukan sertai BN

Oleh AZAMIN AMIN
KUALA LUMPUR: Kesediaan PAS bermuzakarah dengan Umno adalah bertujuan untuk melaksana pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini dan tiada kaitan langsung untuk menyertai komponen BN.

Naib Presiden PAS yang baharu, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak timbul soal kebimbangan orang ramai termasuk ahli PAS berhubung niat murni parti Islam itu yang berhasrat untuk memastikan syariat Islam terlaksana di negara ini.
“Ucapan penggulungan Presiden PAS dan usul untuk laksanakan undangundang Islam termasuk di negeri-negeri yang menjadi asas kepada pertemuan yang mahu dibuat dengan Umno.
“Ada perkara-perkara ber kaitan dengan Islam juga mendapat sokongan Muzakarah laksanakan Islam bukan sertai BN ahli-ahli parlimen daripada luar PAS,” katanya.
Beliau berkata demikian , berhubung saranan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan penggulungan di Muktamar Ta hunan PAS ke-59 barubaru ini yang melahirkan kesediaan bermuzakarah dengan Umno dalam usaha untuk melaksanakan pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini.
Ustaz Tuan Ibrahim berkata, sebelum ini berkaitan hudud di Kelantan, Menteri di Jabatan Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Bharom memberitahu, pelaksanaan undang-undang Islam di negeri itu, perlu mendapat sokongan ahli parlimen di Dewan Rakyat.
“PAS dalam masa terdekat, akan membawa private bill berhubung isu Islam dan ianya perlu mendapat sokongan daripada Speaker dan para ahli parlimen yang lain.

Istilah Muzakarah Disalah Erti - Dr Mujahid Yusof Rawa.

Ada Berani: Mat Sabu jemput Umno sertai mesyuarat bantah GST, TPPA


KUALA LUMPUR 30 Nov: Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu menjemput semua parti politik termasuk Umno menghadiri mesyuarat untuk membincangkan ‘himpunan besar-besaran’ bagi memprotes pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Mesyuarat pertama katanya, diadakan awal Disember ini yang turut disertai pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), aktivis rakyat, pimpinan Mahasiswa dan setiap komponen Pakatan Rakyat.
Katanya, antara NGO yang mengesahkan kehadiran setakat ini termasuk 80 pertubuhan yang bernaung di bawah Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).
“Isu GST, ketirisan kerajaan dan TPPA bukan isu orang politik, tetapi melibatkan semua orang sebab itu kita jemput semua termasuk Umno sekutu BN. Satu surat rasmi juga akan dikeluarkan dalam masa terdekat berhubung jemputan itu.
“Jika Umno berpandangan GST dan TPPA ini menjerut wang rakyat, kita berharap mereka hadir dalam mesyuarat itu kelak,” katanya menambah tempat dan tarikh sebenar mengenainya akan dimaklumkan kelak.
Pada 23 November lalu, Muktamar PAS meluluskan sebulat suara usul itu dengan parti Islam itu akan mengetuai himpunan berkenaan yang dijangka diadakan awal tahun depan.

PRU13: Akhirnya SPR akui kelemahan dakwat kekal

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam laporan bedah siasat yang dikeluarkan hari ini mengakui kelemahan melibatkan penggunaan dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Dalam laporan tersebut, SPR mendedahkan mengenalpasti kelemahan dakwat kekal khususnya lambat kering sehingga terkena kertas undi dan mudah tertanggal apabila dibasuh.
"Terdapat dakwat kekal yang terkena pada kertas undi, pelaksanaan tatacara dakwat kekal tidak dijelaskan dengan terperinci.
"Dakwat kekal didapati hilang apabila dicuci dan dakwat kekal didapati lambaat kering menyebabkan terkena pada kertas undi," kata SPR dalam laporan yang diedarkan kepada media hari ini.
Bagaimanapun, SPR berkata, hasil daripada maklum balas yang diperoleh, mereka melakukan penambahbaikan dalam dua pilihan raya kecil yang berlangsung baru-baru ini.
"Berdasarkan maklum balas yang diterima pada hari pengundian, SPR membuat penambahbaikan dalam kandungan bahan dakwat, kaedah penyimpanan, penandaan pada jari daripada dicalit kepada dicelup jari telunjuk kiri pengundi dan menyediakan panduan tatacara penggunaan kepada kerani pengundian.
"Penambahbaikan ini dilaksanakan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut dan Sungai Limau," katanya.
Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian dalam PRU13 lalu selepas ia mudah ditanggalkan walaupun hanya dengan membasuhnya.
Selepas PRU13, agensi pengendali pilihan raya tersebut menerima kritikan hebat daripada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dan juga kumpulan sivil, malah perhimpunan besar-besaran #Black505 juga diadakan di seluruh negara bertujuan memprotes dakwaan penipuan yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa walaupun hilang majoriti undi popular.
Malah, PR mengemukakan saman pada Julai lalu ke atas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta kandungan nitrat perak dalam dakwat berkenaan.

Cukai Pintu: Menteri Wilayah, Datuk Bandar mesti letak jawatan, kata Nurul Izzah

Mereka pelru letak jawatan kerana menimbulkan kekeliruan warga kota, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 30 November, 2013.Mereka pelru letak jawatan kerana menimbulkan kekeliruan warga kota, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 30 November, 2013.Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar) menggesa Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib meletakkan jawatan atas kekeliruan warga kota berhubung kenaikan cukai pintu bermula Januari 2014.
Beliau berkata, ketelusan dan akauntabiliti merupakan isu yang boleh dipersoalkan berhubung kenaikan cukai pintu dengan kenyataan berbeza di antara Tengku Adnan dan timbalannya, Datuk Loga Balan Mohan Jaganathan selain Ahmad Phesal yang dilihat tidak memberikan penjelasan sebenar.
"Mereka semua mesti letak jawatan. Apa guna ada kementerian atau datuk bandar jika isu ini tidak dapat diselesaikan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Isu gaji: Adun PKR Selangor sumbang RM1,000 sebulan isi tabung biasiswa


Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersalaman dengan orang awam di satu majlis di Pulau Pinang hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 30 November, 2013.Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersalaman dengan orang awam di satu majlis di Pulau Pinang hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 30 November, 2013.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari parti itu akan menyumbang RM1,000 sebulan daripada gaji mereka, selepas dikecam pelbagai pihak termasuk pimpinan tertinggi parti itu.
Beliau berkata, jumlah berkenaan atau 20% daripada keseluruhan kenaikan gaji yang yang diterima akan disalurkan kepada program pendidikan di bawah Tabung Pendidikan Keadilan Anak Selangor.
"Saya menerima pandangan semua pihak mengenai kenaikan gaji yang melibatkan wakil rakyat Selangor. Saya juga mendapat penjelasan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai rasional kenaikan gaji tersebut.
"Setelah berbincang dengan Menteri Besar,saya bersetuju bahawa satu Tabung Pendidikan Keadilan Anak Selangor ditubuhkan bertujuan mengagihkan biasiswa pendidikan kecil dan mengendalikan program pendidikan terutama di peringkat sekolah menengah dan pra-universiti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Razaleigh cadang perjanjian penubuhan Malaysia dikaji

Kematian Tun Abul Razak Husein dan timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman menyebabkan urusan penyemakan perjanjian laporan antara kerajaan (IGC) diketepikan sementara waktu, katanya.

KOTA KINABALU: Bekas naib presiden Umno dan  menteri kabinet, Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar perjanjian penubuhan Malaysia disemak selepas kegagalan pada  tahun 1973.
Kematian bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Husein dan timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman menyebabkan urusan penyemakan perjanjian laporan antara kerajaan (IGC) diketepikan sementara waktu, katanya.
Dr Ismail meninggal dunia pada Ogos 1973 diikuti Tun Razak pada Januari 1976.
“Perkara-perkara yang terkandung dalam Perjanjian 20/18 Perkara seharusnya disemak semula selepas 10 tahun penubuhan Malaysia,” katanya dalam satu forum anjuran Angkatan Amanah Merdeka cawangan Sabah itu turut dihadiri Pengerusi Amanah Merdeka Sabah, Datuk Wifred Bumburing dan Pengerusi PKR Negeri, Datuk Lajim Ukin di sini kelmarin.
“Mungkin semakan semula itu harus dipertimbangkan sekarang selepas 50 ulang tahun Malaysia,” cadang beliau.
Menurutnya, Tun Razak telah menubuhkan jawatankuasa dalam tahun 1973 yang dipengerusikan  Dr Ismail untuk mengkaji semula perjanjian IGC.
Katanya lagi,  bagaimanapun jawatankuasa itu tidak bersidang pada tahun itu kerana  Rang Undang-Undang Draf Akta Pembangunan Petroleum (PDA) sedang disediakan.
Tengku Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas menjelaskan bahawa kebijaksanaan pada waktu itu adalah untuk mengutamakan penerimaan PDA oleh Sabah dan Sarawak.
Menurutnya, , hasrat Tun Razak sebenarnya mencerminkan niat baik kerajaan Persekutuan dalam menjaga hubungan dengan Sabah dan Sarawak.
Tengku Razaleigh menambah, ketegangan  mengenai isu-isu berkaitan penubuhan Malaysia berpunca daripada maklumat yang  tidak mencukupi dan pengetahuan rakyat yang tidak jelas.
`Orang ramai mula sedar’
“Hari ini orang ramai mulai sedar tentang kemarahan penduduk  Sabah dan Sarawak mengenai isu ini. Rasa tidak puas hati ini akan memuncak dengan kedatangan 16 September.

Isu naik gaji: Apa Anwar & Azmin mahu?

Saya kurang faham kenapakah isu kenaikan gaji wakil rakyat Selangor menjadi satu isu besar?
Ia menjadi besar kerana sengaja diperbesar-besarkan oleh media massa kerajaan dan ia menjadi lebih besar apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim memberi penekanan hal itu dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali turut pula mengipasnya.

Apakah ada satu agenda tersembunyi antara Anwar Ibrahim dan Azmin Ali?

Anwar sebagai seorang pakar ekonomi untuk Selangor, dia sepatutnya memberi sokongan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim kerana berani menaikkan gaji keseluruhan wakil rakyat di Selangor. Lagi pun kenaikan gaji itu diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor yang sedang bersidang pada waktu ini. Yang melucukan lagi, Azmin Ali adalah juga Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang turut hadir ketika sesi membahaskan usul kenaikan gaji berkenaan.

Jika demikian apakah sebenarnya agenda mereka?

Sepatutnya Anwar Ibrahim mengambil satu sikap berkecuali dalam hal ini, sambil merujuk pandangan kawan-kawan lama dalam PKR seperti Fauzi Abdul Rahman, Tamrin Ghaffar dan beberapa mantan anggota kabinet BN yang sekarang ini sudah menjadi ahli anggota PKR. Malahan dia sepatutnya mengambil pandangan orang lama di Selangor seperti mantan Menteri Besar Selangor yang sekarang ini menjadi anggota PAS.

Kenaikan gaji baru ADUN Selangor dirasai nanti oleh semua wakil rakyat daripada semua parti politik yang ada. Ini bermakna apabila Anwar dan Azmin mengungkit perkara itu mereka juga menyentuh perasaan anggota parti lain dalam komponen PKR.
Adalah amat malang bahawa Anwar sebagai Ketua Umum PKR boleh mengeluarkan kenyataan yang mengguriskan hati Khalid Ibrahim dan ADUN Selangor, tidak kiralah dari parti mana mereka datang. Malahan, nampak sangat Anwar mengikut rentak gendang yang dipalu oleh Azmin Ali yang mengungkit perihal isu kenaikan gaji itu tidak dibincangkan dulu dengan parti PKR.

Apakah tidak terlintas kepada Azmin Ali apabila dia mahukan perkara kenaikan gaji itu dibincang dahulu dengan parti, dia sebenarnya mencabar perwatakan dua insan lain dalam PKR ataupun Keadilan. Satu; dia mencabar kewibawaan Khalid Ibrahim dan satu lagi dia mencabar perwatakan Presiden PKR, Wan Azizah. Kenapakah dia lantang berkokok sedangkan Presiden parti diam membisu? Apakah dia mahu terus memandai dan menunjukkan belang bahawa dia yang sepatutnya menjadi Presiden parti dan bukannya Wan Azizah?

Soalnya sekarang kenapa Khalid Ibrahim mesti berbincang dulu dengan parti PKR? Sedangkan pucuk kepimpinan PKR sengaja menyisihkan Khalid Ibrahim? Anwar lupa, apabila dia mengkritik Khalid Ibrahim secara terbuka selama ini, dia sebenarnya menunjukkan kelemahan kepimpinannya.

Jadi, apakah agenda yang tersembunyi itu?

Dr Asri: Kerajaan jujur, bersih rasuah seperti Selangor layak naik gaji

ru_03.1SHAH ALAM 30 NOV : Anggota pentadbiran kerajaan yang jujur, bebas rasuah dan memiliki kemampuan kewangan kukuh layak menerima kenaikan gaji, kata bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Mengikut perspektif Islam, beliau berkata, langkah itu mampu membendung Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu dari terjebak dalam rasuah.
“Kalau soal akauntabiliti itu betul-betul sudah ditekankan, kemudian dinaikkan gaji sebagai  satu lagi langkah mengangkat akauntabiliti, tidak mengapa.
“Tidak kira Menteri Besar, ADUN atau Ahli Parlimen sekalipun boleh naik gaji kalau benar terbukti mereka tidak pernah ambil apa-apa keuntungan  selain gaji mereka semata-mata,” katanya kepada Selangor Kini.
Bagaimanapun, beliau berkata, sesebuah kerajaan negeri harus terlebih dahulu mengkaji sama ada kenaikan itu memberi kesan negatif dari sudut ekonomi kepada rakyat.
“Bukan Selangor sahaja naik gaji, Ahli Parlimen, Perdana Menteri juga akan naik gaji pada tahun hadapan. Sebelum ini, Sarawak juga naik gaji lebih tinggi dari Selangor.
“Ada laporan 300 peratus kenaikan gaji di Selangor, memanglah. Saya mula-mula terkejut tetapi bila teliti gaji lama memang sangat rendah,” katanya.
1234Dr Asri berkata, langkah menaikkan gaji sama ada pemimpin negeri atau negara untuk mengelakkan rasuah bukan  baru, malah ia dipraktik di Singapura dan negara maju lain.
Katanya,  tuduhan kenaikan itu tidak wajar kerana ada rakyat masih berada di bawah paras kemiskinan tidak timbul kerana ia memudahkan pemimpin membantu golongan sedemikian.
“Dalam kerangka politik Malaysia, perbelanjaan ahli politik besar sebab ramai rakyat datang minta duit. Walaupun bukan wajib diberi tetapi dalam pengurusan politik selalunya  bagi juga, tidak banyak sedikit.
“Bukan YB sahaja, tokoh lain seperti tokoh agama, selebriti pun begitu, orang jumpa orang minta. Kalau gaji rendah, untuk keluarga sendiri tak lepas. Sebab RM10,000 bukan besar untuk seorang tokoh yang ke sana ke mari,” katanya.

Ekonomi `tegangkan’ hubungan Semenanjung-Malaysia Timur - Ku Li

 Tengku Razaleigh Hamzah berkata, jurang pembangunan serta kos hidup yang lebih tinggi di dua negeri Borneo itu, jika dibiar berterusan bakal menggugat kestabilan negara

KOTA KINABALU: Bekas pemimpin veteran Umno dan kabinet, Tengku Razaleigh Hamzah memberi amaran `ketegangan’ di antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak akan menjadi lebih parah apabila keadaan ekonomi Malaysia semakin sulit.
Presiden Angkatan Amanah Merdeka Malaysia (Amanah) itu berkata jurang pembangunan antara wilayah Malaysia Barat dan Malaysia Timur, serta kos hidup yang lebih tinggi di dua negeri Borneo itu, jika dibiar berterusan bakal menggugat kestabilan negara.
“Suka saya memperingkatkan bahawa keperitan, ketegangan dan kesengsaraan di kalangan masyarakat akan cenderung untuk lebih parah pada masa-masa kesulitan ekonomi,” katanya dalam ucap utama berjudul “Cerita Mengenai Penubuhan Malaysia” di forum meja bulat “Malaysia dan Pelanggaran Perjanjian 20 Perkara Bersama Sabah” di Dewan Sekolah Menengah Kian Kok di sini hari ini.
Forum itu dianjurkan ole Amanah cawangan Sabah dan dihadiri perwakilan pertubuhan-pertubuhan politik, kebudayaan, gereja-gereja, pemimpin masyarakat, akademik serta orang perseorangan.
Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang, Kelantan, berkata gambaran bahawa Lembah Kelang menikmati kekayaan yang jauh lebih tinggi (secara benar atau tidak) berbanding dua negeri Malaysia Timur tidak membantu sama sekali.
“Memandangkan masih terdapat kawasan-kawasan di Sabah dan Sarawak, terutamanya di kawasan pedalaman, yang diklasifikasikan sebagai miskin dengan taraf hidup yang jauh di bawah berbanding dengan penduduk bandar, maka tidak hairanlah jika perasaan tidak puas hati terhadap masyarakat Semenanjung dirasakan.
“Kenaikan harga petrol baru-baru ini juga memburukkan lagi keadaan bilamana kos tambahan kedua-dua barang dan perkhidmatan dibebankan kepada pengguna. Ini akan meningkatkan lagi masalah kewangan yang dialami oleh golongan miskin di Sabah dan Sarawak,” katanya sambil menambah kerajaan perlu serius memikirkan cara-cara mengatasi masalah tersebut.

"23 tahun baru kami boleh jumpa PM" - TGNA


KUALA LUMPUR: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pertemuan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu yang luar biasa.
Mantan Menteri Besar Kelantan itu berkata, ketika beliau menerajui pentadbiran negeri selama 22 tahu sebelum ini, pertemuan rasmi sebegitu tidak pernah berlaku.
“23 tahun baru boleh jumpa, payahnya menteri besar pembangkang nak jumpa perdana menteri, saya tidak tahu apa yang menyebabkan (perdana menteri) buka pintu.
“Insya-ALLAH, kita minta doa minta Allah buka pintu hati jangan menjadi syaitan merosakkan hati manusia, ingatkan syurga dan neraka, ingat apa yang kita buat apa sahaja akan mendapat balasan,” katanya semasa kuliah Mingguan di Dataran Ilmu semalam yang dipetik Sinar Harian Online.
Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya.
Turut serta pada pertemuan dua Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hanifa Ahmad dan Datuk Dr Fadzli Hassan.
Pertemuan 45 minit itu membawa kepada perbincangan berkaitan dengan pelbagai bantuan yang boleh disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.

Bagaimanapun, pertemuan itu tidak membincangkan soal kerjasama politik, sebaliknya lebih memfokuskan isu infrastruktur negeri termasuk royalti minyak dan pelaksanaan undang-undang Syariah.

“Bersih 4.0 alone won’t bring change”

Civil society leaders say it is more pertinent to conduct civic education in the rural areas than protesting in the federal capital.

KUALA LUMPUR: Several panelists at a civil society’s forum last night concurred that holding another mega rally such as Bersih 4.0 would do little in helping to achieve the intended change since the authorities are already familiar with the protestors’ modus operandi.
As such, it is more pertinent for the members of civil society to extend the meaning of, “take to the street” to include cultivating civic awareness among rural folks.
At a forum themed, “Wait for the general election or take to the street” last night, NGO Anything But Umno coordinator Harris Ibrahim warned that the people are tired of protests after protests as they were fruitless in the end.
“I am worried that if Bersih 4.0 (for clean and fair elections) is held, we would not get the crowd because people are already fatigued.
“People are very tired. You come out, rally for three four hours and go back, in the end nothing has changed. Umno would not give us the change we want.
“If we understand the aspiration of the people now, we call for a rally, we don’t go back until we get what we want,” he told a crowd of some 100 people.
Agreeing with Harris, Parti Socialis Malaysia (PSM) secretary-general S. Arutchelvan said a short rally would only achieve short-term effect.
“If we were to aim for long-term, we must stay there for long, for example 50 people camping out at the site.
“Besides, the people movement must expand to the rural areas. Now everything is concentrated in KL, it is not the way. The rural folks must join in the protest as well.
“Only with a bottom-up, grassroots-orientated movement, we can bring about changes and really liberalise the people,” he said in his winding-up speech.

Ambiga on re-delineation exercise

Maria Chin sedia pimpin Bersih tuntut reformasi pilihan raya

Pengerusi baru Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah aktif dalam aktiviti NGO sejak muda. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 30 November, 2013.
Pengerusi baru Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah aktif dalam aktiviti NGO sejak muda. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 30 November, 2013.Hampir empat dekad selepas mula menjadi aktivis ketika masih belajar di London dahulu, Maria Chin Abdullah kelihatan masih bersemangat selepas dipilih sebagai pengerusi baru Bersih 2.0 dalam pemilihan pemantau pilihan raya itu, hari ini.
Pada usia 57, kebanyakan wanita akan bersantai dan menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga mereka atau pada masa lapang, tetapi Maria mengaku hanya memiliki waktu terhad kebelakangan ini, malah ketiga-tiga anak yang tinggal bersamanya perlu menguruskan kerja masing-masing sendiri.
"Saya bernasib baik mereka sangat berdikari dan kami cuba untuk menghabiskan masa bersama pada hari Ahad, tetapi kadang-kala sukar. Kami cuba untuk bercuti sekeluarga dalam sekali setahun," katanya.
Kehidupan Maria dihabiskan banyak dalam kegiatan aktivis ketika beliau menuju alam kedewasaan. Aktiviti berpersatuannya bermula sebagai ahli Persekutuan di United Kingdom (UK) dan Pertubuhan Pelajar Eire Singapura-Malaysia pada pertengahan 1970-an, hasrat mulanya sekadar untuk mencari rakan.
Tetapi kemudiaannya hubungan persahabatan tersebut bertukar sebaik pulang ke tanah air, daripada sudut politik mahupun sosial.
"Ada rasuah dan dasar etnik yang dimainkan di Malaysia dan secara semula jadinya kami bimbang," katanya.
Pada masa itu di London, Maria mengakui mengetahui tentang mazhab Mao di sana, terutama kawasan kedai buku di Brixton.
Beliau merujuk kepada laporan media baru-baru ini mengenai Siti Aishah Abdul Wahab, yang merupakan antara tiga wanita diselamatkan bulan lalu dari sebuah rumah di London, selepas mereka didakwa diperhambakan oleh pengamal mazhab Mao. Namun, Maria tidak mengenali Siti Aishah.
Maria kemudiannya pulang ke Malaysia pada 1985 dan terus melakukan kerja advokasi wanita, di mana dia dan beberapa orang lain menubuhkan Awam (Persatuan Pergerakan Wanita).
Sekembalinya di Malaysia, Maria kemudiaan berkawan rapat dengan seorang lagi aktivis, allahyarham Yunus Ali dan kemudiaan berkahwin pada 1993.
Ia selepas Yunus ditahan di bawah Ops Lalang selama dua tahun (1987-89).

Rafizi: Kewangan Bukan Masalah Malaysia Tapi Disalah Tadbir Oleh Kerajaan BN

Bila Mat Said Merajuk: Cari penyelesaian isu penajaan LTDL dan Monsun Cup

Bila Mat Said Merajuk: Isu penarikan oleh kerajaan negeri Terengganu

Muktamar PAS ke 59 : PAS Sudah Sedia Memerintah M'sia?

Pakatan Rakyat mahu M'kini terus pantau kerajaan negeri Selangor

Kerajaan di penghujung hayat

Kerajaan di penghujung hayat adalah kerajaan yang zahir padanya tanda-tanda keruntuhan. Banyak petanda bahawa sesebuah kerajaan itu menuju kepada penghujungnya. Antara tanda yang jelas apabila negara sudah tidak terkawal dengan terlalu banyak konflik berlaku sesama rakyat.
Kerajaan kelihatan bersikap tidak toleransi dan dibenci oleh banyak puak dan pihak yang merasakan mereka tertindas ataupun hak mereka diketepikan dalam negara sendiri. Kebencian merayap dan keinginan rakyat untuk keadaan itu dihapuskan membuak-buak. Akhirnya rusuhan dan pergaduhan kaum dan puak mula tercetus.
Jika kita lihat dalam sejarah, kejatuhan empayar dan dinasti ialah bermula apabila mereka bersikap tidak toleransi sehingga dalam negara berlaku banyak konfliks antara rakyat. Kerajaan bersifat kepuakan dan gagal menaungi inspirasi rakyat yang pelbagai. Politik pecah perintah mungkin menguntungkan golongan politik tertentu untuk sementara waktu, tetapi akhirnya akan menjadikan negara porak peranda.
Firaun mengamalkan politik yang sama dan akhirnya menjatuhkan kerajaannya yang penuh bersejarah. Firman Allah: "Sesungguhnya Firaun telah melampau di bumi (Mesir), dan dia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Dia menindas satu puak  kalangan mereka dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya dia dari golongan yang membuat kerosakan. Dan Kami (Allah) hendak memberikan kurnia kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan Kami (Allah) hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (peninggalan Firaun)" (Surah al-Qasas ayat 4-5).
Malaysia
Jika kita lihat keadaan negara ini, kita dapati lahir ciri-ciri negara atau kerajaan di penghujung hayat. Negara ini sejak kebelakangan ini penuh dengan konflik yang memecah belahkan antara rakyat. Konflik antara agama dalam pelbagai isu yang mana kerajaan kadang-kala mengambil pendekatan yang kurang seimbang. Golongan agama rasmi pula dibiarkan memilih pandangan bersifat yang tidak sesuai serta sempit untuk masyarakat majmuk. Bermula daripada isu larangan orang bukan muslim masuk masjid sehingga ke isu kalimah Allah kelihatan ditangani dengan nada yang mencetuskan ketegangan antara rakyat. Kenyataan bersifat provokasi seakan mendapat tempat dalam media rasmi negara.
Demikian isu perkauman dibangkit dalam pelbagai rupa. Golongan yang bersifat rasis memainkan peranan mereka. Sebelum pilihan raya kita lihat isu agama dan kaum yang bersifat provokatif serta berpotensi mencetuskan ketegangan dan rusuhan seakan digalakkan. Kemudian selepas itu, dipanaskan dengan isu mazhab dan aliran fikir dalam Islam. Pegawai KDN yang sepatutnya bertugas menjaga kedamaian negara, bertindak bagaikan batu api yang boleh mencetuskan kebencian dan salah sangka rakyat terhadap kerajaan.
Golongan agamawan bergaji dan tidak bergaji, dihasut oleh beberapa orang daripada aliran pengkafir umat iaitu Ahbash yang dalam rekod mereka berjaya menimbulkan ketegangan mazhab dan pertumpahan darah di Lebanon sehingga membawa pembunuhan antara aliran di sana. Kini mereka meresap ke dalam negara ini.
Kerajaan tidak boleh terbabit dengan perbalahan aliran fikir. Kerajaan dalam era dunia terbuka hari ini hendaklah bersifat penaung yang melindungi kebebasan setiap rakyat dengan syarat tidak menggugat keamanan awam. Kerajaan yang matang dan demokratik akan menangani perbezaan rakyat dengan cara yang bijaksana. Kerajaan hendaklah tahu apabila kita mengiktiraf kewujudan sesuatu aliran, bukanlah bererti kita mengakui kebenarannya. Jangan keliru antara mengiktiraf kebenaran di sudut akidah ataupun fekah, dengan mengiktiraf hak kewujudan di sudut politik. Kita mungkin tidak mengiktiraf kebenaran agama dan aliran tertentu, tapi kita mengiktiraf kewujudan dalam negara selagi mereka mematuhi undang-undang negara.
Kepelbagaian

Umno hanya guna ustaz sebagai ayam sabung lawan PAS

KEPALA BATAS: Perlantikan individu berlatarbelakangkan agama ke dalam Umno bukan bertujuan sebagai penegur atau pemandu perjalan parti Melayu itu tetapi dilihat lebih kepada sebagai 'ayam sabung' untuk melawan PAS.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad berkata sejarah membuktikan betapa teguran, pandangan dan suara ahli agama terhadap Umno tidak menjadi keutamaan oleh parti itu malah hanya dipandang sepi.
"Umno bukan impikan orang beragama. Mereka hanya memperkudakan golongan terbabit untuk berhadapan dengan hujah PAS semata-mata.  Lepas tu dibuang bagaikan sampah," katanya ketika berceramah di Markaz PAS Pongsu Seribu, di sini semalam.
Ceramah semalam diadakan sempena kemenangan PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N20 Sungai Limau yang turut dihadiri Adun baru SUngai Limau Ustaz Mohd Azam Abd Samat.
Terdahulu beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut mengulas perlantikan pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam.
Katanya, perkara itu bukan sesuatu yang pelik malah sudah dijangka kerana Ustaz Kazim dalam ceramahnya sebelum ini banyak kali tampil dipentas ceramah anjuran Umno dan mengkritik PAS secara terbuka.
"Sudah terang lagi bersuluh apa yang Ustaz Kazim buat.  Kita tidak payah bersusah meneka siapa dirinya, " katanya lagi.

Kes bunuh pegawai Jaip: Polis tahan 13 ahli Tuhan Harun

Polis berjaya merungkai kes pembunuhan ketua penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dengan penangkapan 13 pengikut kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun dan merampas pistol yang dipercayai ada kaitan dengan kes itu.
Tangkapan itu termasuk dua wanita.
Perkara itu diumum oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) menerusi akaun Twitternya @KBAB51 malam tadi.
"Syabas kepada Team Cantas BAman (Bukit Aman), berjaya rungkai kes bunuh Penguatkuasa JAIP. Tangkap 13 orang dan pistol dirampas. Angkara Kump (Kumpulan) Tuhan Harun," katanya.
Ini disusuli dengan kenyataan kedua beliau :"Kejayaan membanggakan oleh STAFOC (Pasukan Petugas Khas mengenai Jenayah Terancang) PDRM. Tahniah sekali lagi. Di antara 13 tangkapan, 2 wanita ahli kumpulan Tuhan Harun".
Khalid bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk maklumat lanjut mengenai penahanan anggota kumpulan Tuhan Harun itu.

Cukai Pintu Naik: PKR tetap bantah walau DBKL tangguh

KUALA LUMPUR - PKR akan tetap menghantar surat bantahan mengenai kenaikan cukai taksiran kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) walaupun pelaksanaannya ditangguhkan.

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, pihaknya akan membentuk semua komuniti bagi meneruskan desakan dan bantahan secara berkelompok agar kenaikan itu dinilai semula.

“Kami akan bersama penduduk dan ahli PKR untuk menandatangani surat bantahan bagi menunjukkan tanda protes,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, kelmarin.
Izzah berkata, kesemua surat bantahan tersebut akan dihantar 16 Disember ini kepada DBKL.

Sebelum ini, pihak DBKL mengeluarkan notis kenaikan cukai taksiran mencecah 300 hingga 500 peratus dengan alasan tidak dinaikkan selama 21 tahun.

Kelmarin, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Dr J Loga Bala Mohan, berkata, kerajaan akan menangguhkan pelaksanaan kenaikan cukai pintu DBKL sehingga selesai sesi pendengaran bantahan pada Mac tahun depan.

Katanya, warga kota boleh mengemukakan bantahan dan aduan hingga 17 Disember ini.

Kewangan bukan masalah Malaysia tetapi...salah tadbir oleh Umno@BN

  • rafizi ramli
PETALING JAYA - PKR mendakwa negara tidak mengalami masalah kewangan sebaliknya urus tadbir negara.
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, negara mempunyai kekayaan tetapi disalah tadbir oleh pemerintah kerajaan BN.

Beliau mendakwa, untuk menyelesaikan spekulasi negara mengalami masalah kewangan, rakyat perlu "buang" BN yang memerintah sekarang.

"Kita tak ada masalah kewangan, kita hanya ada masalah pemerintahan.

"Kita tak miskin, tapi kekayaan itu disalah tadbir, jangan sampai generasi muda kata negara kita ada masalah kewangan.

"Jika 'buang' BN, hilanglah masalah itu (kewangan)," katanya pada Forum Masa Depan Masa Kita, di sini, hari ini.

Kebetulan: Bulan Mei Umum Bersara Ceramah 28 November...29 November Dilantik MT UMNO


18 Mei 2013

(Umum bersara ceramah mulai 28 November 2013 atas alasan...)
29 November 2013



P/s: Sudah dirancang atau kebetulan? 
Hahahaha Kazim oh Kazim!!!
Patutlah...

Macam mana Ahli PAS boleh jadi MT UMNO? 
Sokong UMNO pula?
Respons Si Yeob ini di FB:


Mudah-mudahan Si Yoeb ini nampak jalan kebenaran.

Semoga ustaz Kazim Elias tidak sekadar berperanan baca doa dalam Umno

 Umno semalam mengumumkan pelantikan sembilan ahli MT untuk melengkapkan barisan kepimpinan tertingginya, sesuai usainya pemilihan parti pada 12 Oktober lalu dan dalam menghadapj Perhimpunan Agung Umno minggu depan. Pelantikan yang dibuat dan disahkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak itu bagaimanapun hanya diumumkan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Mereka yang dilantik ialah Nazri Aziz, Hamzah Zainuddin, Sharkar Shamsuddin, Irmohizam Ibrahim, Johari Abdul Ghani, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Dr Asraf Wajdi Dusuki, Prof Ibrahim Abu Shah dan seorang pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias.
Sudah tentu yang paling mengejutkan ialah pelantikan Ustaz Kazim Elias manakala yang lain tidaklah begitu memeranjatkan seperti Dr Asraf dan Prof Ibrahim Abu Shah. Dr Asraf, walaupun menjadi Pengerusi Yadim tetapi beliau memang orang Umno. Ayahnya, Dusuki Ahmad ialah bekas Ahli Parlimen di Kelantan dan pernah menjadi Setiausaha Politik Dr Mahathir dan Dr Asraf juga pernah menjadi calon pilihanraya mewakili BN.
Prof Ibrahim pula memang dikenali sebagai ahli akademik dan pernah menjadi Naib Canselor UiTM tetapi sejarahnya dengan Umno sudah berakar umbi sejak zaman pelajar lagi di mana pernah menjadi pengasas sebuah kelab Umno di luar negara.
Lantaran itu, pelantikan mereka menduduki kerusi MT tidaklah mengejutkan, ia tidak jauh berbeza dengan pemimpin Umno lain yang turut dilantik itu. Tetapi agak berbeza dengan Ustaz Kazim. Walaupun dalam banyak ceramahnya yang boleh ditonton melalui Youtube, kecondongannya kepada Umno dan kerajaan agak jelas, tetapi keahliannya dalam Umno masih belum pasti. Ramai yang mengatakan beliau bukanlah ahli Umno dan dalam sebuah ceramahnya juga, Ustaz Kazim ada mengaku beliau bukanlah ahli Umno.
Menurut Ustaz Kazim dalam ceramahnya, beliau tidak peduli kepada hal-hal lain kerana dalam hatinya hanya ada Allah saja.
Dalam Umno sendiri kedengaran suara-suara yang mempertikaikan kewajaran pelantikan beliau itu. Sementara ada yang berpandangan bagaimana Najib boleh melantik seseorang yang bukan ahli Umno menduduki kerusi MT dan ini seakan mengesahkan lagi bahawa pemimpin Umno tiada harga di mata Presiden Umno dan Perdana Menteri, ramai yang lain kasihan dengan nasib Ustaz Kazim selepas ini.

Hishamuddin Rais: Siti Aishah tak mahu pulang, nafi dihambakan

Siti Aishah Abdul Wahab nafi diperhambakan di kota London. Gambar fail.
Siti Aishah Abdul Wahab nafi diperhambakan di kota London. Gambar fail.Wanita yang dikatakan menjadi mangsa penghambaan selama 30 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab enggan pulang ke Malaysia dan berkata beliau tidak pernah diperhambakan di London, kata aktivis Hishamuddin Rais.
Katanya, Siti Aishah yang mendakwa dirinya tidak diperhambakan masih berpegang kepada ideologi Maoist.
“Siti Aishah berkata dia tidak pernah menjadi hamba kepada sesiapa. Itu adalah ideologi kepercayaannya.
“Dia juga tidak mahu pulang ke Malaysia,” kata Hishamuddin yang berada di London ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Mengulas lanjut,Hishamuddin melalui blognya Tukar Tiub menceritakan butiran lanjut situasi pertemuan Siti Aishah bersama kakaknya, Kamar Mahtum Abdul Wahab.
“Perjalanan enam jam dari kota London dan dua kali bertukar kereta di dua balai polis. Cikgu Kamar jumpa adiknya di satu tempat rahsia. Ada dua pegawai polis wanita dan lapan pegawai polis lelaki.
“Wakil dari kedutaan juga tidak dibenarkan turut serta. Cikgu Kamar memeluk adiknya sambil menangis penuh emosi dan Siti Aishah juga dilihat menitiskan air mata,” katanya mengulas mengenai pertemuan dua beradik itu yang berlangsung selama 40 minit.
Kamar Mahtum merupakan bekas guru sekolah yang terbang ke London pada Selasa dalam impiannya untuk bertemu adiknya yang sudah lama terpisah dan ditemani oleh Hishamuddin.
Pihak berkuasa United Kingdom mengesahkan status Siti Aishah sebagai warganegara Malaysia dengan nama berdaftar Aishah Wahab dan dilahirkan pada 27 Mei, 1944.
Hishamuddin berkata, Aishah dilihat memakai baju merah dan berseluar hitam sementara Kamar Mahtum membawa bungkusan untuk diberikan kepada adiknya.

Muzakarah: Pas sedar siapa lebih baik?

  • Rafizi Ramli 

PETALING JAYA - Pas sedar PR adalah wadah untuk menukar kerajaan BN walaupun memutuskan membuka ruang muzakarah bersama Umno, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, PKR tidak bimbang dengan perkara tersebut bagaimanapun gusar dengan "tindakan" Umno yang cenderung memutar belitkan isu tersebut.

Menurutnya, PR terutamanya Pas perlu berhati-hati dengan ajakan muzakarah tersebut untuk mengelakkan ada pihak lain menimbulkan polimik baru bagi mengalih tumpuan rakyat dalam isu yang dihadapi negara.

"Saya yakin Pas sedar atas dasar kedudukannya dalam PR, kepentingannya dalam PR, saya tidak bimbang dengan muzakarah yang dibuat.

"Kerana saya yakin pimpinan Pas ada kebijaksanaan dalam apa-apa tindakan yang diambil, cuma saya lebih gusar kerana itu akan diputar belitkan oleh Umno.

"Waspada kita bukan sangat kepada niat kepimpinan Pas, saya rasa itu tidak ada orang yang meraguinya tetapi sebaiknya kita perlu berhati-hati supaya Umno tidak memutar belitkannya dan menjadi isu untuk memecahbelahkan PR," katanya kepada Sinar Harian Online, selepas Forum Masa Depan Masa Kita, di sini, semalam.

Anwar, Wan Azizah dan …

Mungkin tiada peluang untuk Anwar Ibrahim menjadi PM tetapi masih ada harapan untuk Malaysia.

“Hakikatnya, dulu Anwar dilihat sebagai bakal Perdana Menteri. Namun, kini semuanya sudah hilang dalam sekelip mata!” – Cerita Kak Wan (2013)
Sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan pada pertengahan tahun 1997, saya terasa bimbang memikirkan masa depan kaum-kaum “Bukan Melayu” di negara ini.
Hal ini adalah kerana Anwar yang saya “kenali” – bukan secara peribadi tetapi menerusi media dan tulisan serta ucapan politik – adalah seorang individu yang ada darah India tetapi bertungkus-lumus menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu.
Apatah lagi, dialah juga yang pada saat-saat terakhir menjadi Menteri Pendidikan (1986-1990), sempat pula menghapuskan – buat sementara waktu – penggunaan istilah “Bahasa Malaysia”, khususnya di sekolah-sekolah.
Demikianlah kuatnya semangat Umno dalam diri Anwar pada waktu itu. Khususnya sebagai Timbalan Perdana Menteri (1992-1998). Rahsia yang diketahui umum adalah bahawa politikus dalam Barisan Nasional (BN) seolah-olah wajib memanipulasi hal-hal perkauman demi memastikan kelangsungan hidup dalam politik.
Walau apa-apa pun, saya tidak juga meloncat-loncat kegembiraan apabila Anwar dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998. Secara kebetulan pula, saya pada waktu itu berada di suatu majlis pembacaan puisi di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Tiba-tiba saya terasa sayu. Bukan kerana memikirkan kandungan buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM tulisan Khalid Jefri yang rancak diedarkan semasa Perhimpunan Agung Umno pada 1996.
Sebaliknya saya terasa sayu memikirkan bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan menjadi “isteri Perdana Menteri”. Saya tidak memikirkan frasa “Wanita Pertama” (First Lady) kerana gelaran itu hanya sah bagi Raja Permaisuri Agung – sebelum dirampas oleh wanita anggun, Datin Seri Rosmah Mansor selepas Datuk Seri Najib Razak menjadi PM pada 2009.
Saya tidak pernah berpeluang bertemu Wan Azizah; apatah lagi sepanjang beliau masih menjadi orang penting dalam Umno dan sudah 99 peratus pasti menjadi wanita terpenting dalam BN sebaik sahaja Anwar menjadi PM, Presiden Umno dan Pengerusi BN dahulu.
Berakhirnya karier politik Anwar

Ustaz Shahril Long: Jangan kamu duduk bersama orang yang memperolokkan ayat2 Allah

Tahniah Ust Kazim, Akhirnya umno jua yang kami jointnya...

Funeral takes place in Cairo for student protester killed by police

Egypt: Deadly clashes in Cairo and Alexandria after adoption of protest law

Anger and violence spill into the streets in Egypt

Palestinian stone throwers clash with Israeli troops

Civilians under fire in Syria

Egyptians on streets to defy new protest law