Jumaat, 29 November 2013

Ts Khalid nafi bayar RM15 juta kepada Ds Anwar

Tan Sri Khalid Ibrahim 
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan dakwaan kerajaan negeri membayar tuntutan elaun dan sebagainya berjumlah RM15 juta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi negeri.

"Perkara itu tidak betul," katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Dalam pada itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Arfaa' Eza Abdul Aziz ketika dihubungi Bernama, turut menegaskan dakwaan tersebut palsu dan Abdul Khalid tidak pernah membuat sebarang kenyataan dan ulasan mengenai tuntutan berkenaan.

"Pejabat Menteri Besar sendiri tidak pernah keluarkan kenyataan mengenai tuntutan Anwar dan saya berasa hairan bagaimana isu itu boleh timbul malah mendakwa pula ia disiarkan di laman web rasmi kerajaan negeri sedangkan itu tidak benar.

"Saya telah membuat semakan dan tiada berita sedemikian disiarkan namun tidak menolak ini permainan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengeruhkan keadaan sedia ada," katanya.

Beberapa laman blog baru-baru ini melaporkan Anwar didakwa membuat tuntutan kira-kira RM15 juta tahun lalu membabitkan tuntutan elaun pejabat, perjalanan ke luar negara dan  perbelanjaan makan serta minum. - Bernama

PAS gagah memimpin ummah ke medan siasah

Dr Mujahid Yusof


PERJUANGAN memakan masa yang lama, ia tidak dinamakan perjuangan tanpa perjalanan yang panjang dan sebuah pengorbanan yang mahal harganya. Perjalanan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk kekal di persada perjuangan menyaksikan ramai pemimpin PAS yang datang dan pergi, tidak ketinggalan yang pergi ‘meninggalkan’ perjuangan atau yang istiqamah hingga di titik akhir nafasnya.

Patah tumbuh, hilang berganti, begitulah pewaris PAS meneruskan galas-ganti amanah menetapkan garis perjuangan supaya tetap di paksinya. PAS tidak pernah kemarau dengan pelapis yang senantiasa memenuhi ruang legar kepimpinan yang cukup untuk semua kerana setiap individu dalam parti dalam setiap posisinya ada peranan masing-masing, yang utama ialah mencurahkan kebaktian untuk parti.

Walau apapun yang diperkatakan orang tentang PAS dan sejarah panjangnya, muqaddimah ini adalah hakikat yang perlu difahami dan dihayati oleh semua pihak khususnya pejuang-pejuang PAS.

NAMA YANG TERUKIR

Walaupun dalam PAS senarai nama yang tidak diukir lebih ramai dari yang diukir, pun demikian nama yang terukir bukan atas permintaanya tetapi di atas penghargaan dan amanah yang dipikulnya sebagai pengemudi bahtera perjuangan lantas diberikan penghormatan.

Kepimpinan PAS terbentuk melalui daya juang yang tinggi dilatari suasana tekanan pesaingnya Umno yang selalunya memiliki kelebihan dari sudut kelicikan dan kuasa. Keupayaan pimpinan PAS menongkah arus dalam suasana demokrasi yang terhimpit wajib mendapat satu 'tabik spring'!

Elektrik naik: Kaji semula pembelian tenaga IPP

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mencadangkan kerajaan untuk menurunkan kadar pembelian tenaga dari IPP yang menjadi punca kerajaan menaikkan tarif elektrik bermula tahun hadapan.

Pengarah Komunikasi Fomca, Yusof Abdul Rahman berkata kadar pembelian tenaga dari IPP itu mungkin boleh diturunkan apabila IPP terbabit sudah mendapat keuntungan dan mampu membayar balik pinjaman mereka.

Bercakap kepada Harakahdaily, Yusof menegaskan kerajaan boleh mengkaji semula kadar pembelian tersebut yang dikenalpasti antara punca menyebabkan kos pengurusan tenaga meningkat dan seterusnya tarif elektrik perlu dinaikkan.

"Jika IPP sudahpun mendapat keuntungannya, malah sudah mampu membayar balik pinjaman mereka, kadar pembelian tenaga itu boleh dikurangkan. Ia akan membantu mengurangkan kos pengurusan yang tinggi dan mengelakkan kenaikan tarif berkenaan," tegas beliau.

Malah, katanya kerajaan juga boleh mengkaji semula dasar untuk menetapkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar menjana tenaga secara sendiri pada masa akan datang.

Najib lantik Kazim Elias sebagai Ahli MT Umno

PUTRAJAYA: Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias (gambar) adalah antara sembilan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dilantik, demikian diumumkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Lapan lagi yang dilantik dalam MT ialah Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin, Exco Kerajaan Negeri Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani, bekas Naib Canselor UiTM Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohanizam Ibrahim.

Ketika mengumumkan lantikan sembilan anggota MT di pejabatnya di sini, Tengku Adnan berkata mereka melengkapkan jumlah 13 MT tambahan yang diputuskan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut Fasa 9.2.8. Perlembagaan Umno.

"Pelantikan mereka adalah berdasarkan pengalaman mereka yang boleh memberi input yang baik kepada parti dan akan bergerak bersama 25 MT yang dipilih perwakilan pada pemilihan parti bulan lepas," katanya.

Bantahan rakyat bertambah jika tarif elektrik naik 2014



Kerajaan harus menjangkakan bantahan jika cuba memindahkan kos tinggi elektrik kepada awam bermula 2014 kerana ia tidak pernah dilihat menerokai kesemua alternatif lain.

"Menghentikan subsidi tanpa menyelesaikan salah tadbir dan kita mencipta lohong hitam kepada kerajaan untuk terus menyedut wang.

"Ia seperti mengambil alkohol untuk diberikan kepada kaki botol... Tiada jumlah cukai yang dapat menampung ketamakan BN," kata anggota Parlimen Pandan.

Malaysia mungkin menaikkan tarif bekalan elektrik antara enam dan tujuh sen bagi satu kilowatt tahun depan, kata Menteri Tenaga. Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkil semalam.

Bagaimanapun, Ongkili berkata kerajaan akan memastikan kenaikan tarif tidak menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah.

Speaker Selangor: Bantahan kenaikan gaji perlu dibuat dalam Dewan Undangan Negeri


Hannah Yeoh berkata persoalan kenaikan gaji Adun, exco, Speaker dan Timbalan Speaker tidak seharusnya dibincang di luar Dewan Undangan Negeri.Hannah Yeoh berkata persoalan kenaikan gaji Adun, exco, Speaker dan Timbalan Speaker tidak seharusnya dibincang di luar Dewan Undangan Negeri.Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh mengingatkan ahli DUN agar menggunakan peluang berbahas berkenaan kenaikan gaji ketika sidang DUN dan bukannya di luar.
Beliau turut membantah mana-mana pihak yang mempertikaikan kenaikan gaji ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), exco, Speaker dan Timbalan Speaker DUN Selangor.
Yeoh berkata, usul berkenaan perkara itu telah dibahaskan ketika sidang Dewan dan peluang untuk dibahaskan terbuka kepada mana-mana ahli Dewan.
"Saya dah ingatkan kepada ahli DUN BN (Barisan Nasional) dan PR (Pakatan Rakyat) untuk gunakan peluang berkenaan," katanya ketika sidang media sejurus tamat sesi DUN di Shah Alam hari ini.

Khutbah Jumaat seharusnya promosi cinta, bukan kebencian

AMIN ISKANDAR


Khutbah Jumaat seolah-olah digunakan oleh Jakim sebagai medan promosi kebencian.Khutbah Jumaat seolah-olah digunakan oleh Jakim sebagai medan promosi kebencian.Khutbah Jumaat yang seharusnya digunakan sebagai medan untuk menyampaikan ilmu dan pengajaran kepada umat Islam sudah menjadi medan mempromosikan kebencian.
Tren ini semakin menjadi-jadi dan seolah-olah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kini dikawal oleh kelompok-kelompok tertentu yang mempunyai agenda untuk mengucar-kacirkan Muslim di Malaysia.
Jakim yang dibiayai oleh wang pembayar cukai negara selain itu turut menjadi medan propaganda bagi fahaman politik tertentu.
Tidak hairanlah mengapa Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said membuat keputusan untuk tidak lagi menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara sebaliknya berpindah ke Masjid India yang khutbahnya dalam bahasa Tamil.
Hari ini, Jakim mengatakan mazhab Syiah antaranya, mengharuskan penganutnya melakukan liwat dan mempertahankan nikah mutaah (kontrak).
Katanya mazhab Syiah semakin meruncing apabila ada dari kalangan mereka yang berpendidikan tinggi dan berlatar belakang agama memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman ini secara serius terutama kepada para pelajar universiti dan menular kepada masyarakat awam.

Sarawak pun naik gaji adun, kenapa tak bising?

Sarawak pun naik gaji juga, malah awal sedikit daripada Selangor. Namun, kenaikan gaji di Sarawak tidak menimbulkan kritikan dan perhatian media. Walhal kenaikan gaji di Sarawak lebih tinggi daripada Selangor.

Secara umumnya, saya juga kurang bersetuju tentang kenaikan tersebut, namun yang menimbulkan perasaan tidak puas hati saya ialah kenapa Selangor menerima perhatian media dan kritikan. Adakah rakyat Sarawak lebih senang daripada rakyat Selangor? Adakah rizab tunai Sarawak lebih banyak daripada Selangor?

Setahu saya, ramai juga rakyat Sarawak yang miskin. Jika pengkritik mengatakan Selangor tidak wajar naik gaji kerana ramai lagi rakyat Selangor yang miskin, maka apa kurangnya Sarawak?

Selain isu gaji di Selangor, rakyat jangan sampai terlupa tentang kenaikan harga minyak petrol dan diesel, kenaikan harga gula, tol, tarif elektrik dan banyak lagi. Semua kenaikan itu lebih menjejaskan dan menyusahkan rakyat berbanding kenaikan gaji di Selangor dan Sarawak.

Rakyat juga jangan lupa ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan pusat yang didedahkan dalam laporan audit negara. Juga jangan lupa bagaimana seorang suami menteri memperoleh pinjaman mudah RM250 juta daripada dana kerajaan – dan sehingga kini tidak jelas sama ada duit tersebut sudah dipulangkan atau tidak.

Jangan hanya nampak kuman di seberang laut, tetapi gajah di depan mata buat-buat tidak tahu!

Johor pulak pertimbang naikkan gaji 56 Adun, kata Menteri Besar


Kerajaan Negeri Johor sedang mempertimbang untuk menaikkan gaji anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor selaras dengan beban kerja yang ditanggung mereka, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar).
Beliau berkata kajian sedang dilakukan untuk meneliti kenaikan itu, bagaimanapun jelasnya, ia tidak akan terlalu tinggi seperti dinikmati Adun Selangor.
"56 orang Adun Johor mempunyai banyak kerja tetapi kita belum sampai peringkat terdesak untuk menaikkan gaji," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Agro Johor 2013 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Johor, di Projek Pertanian Moden Ayer Hitam, di Kluang hari ini.
Mohamed Khaled menegaskan Johor tidak berasa cemburu dengan kenaikan gaji Adun Selangor dan tidak akan bersaing untuk menyamai apa yang dilakukan kerajaan berkenaan.
Rabu lepas, Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 yang memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar, exco dan Adun dengan timbalan speaker mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.

Cukai pintu: Ku Nan mohon maaf kerana kenyataan bercanggah dengan Timb Menteri


Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) hari ini memohon maaf kepada pemilik hartanah di Kuala Lumpur berhubung kekeliruan mengenai langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaikkan kadar cukai pintu di ibu kota.
Kekeliruan timbul berhubung isu kenaikan cukai pintu apabila Tengku Adnan dan timbalannya Datuk J. Loga Bala Mohan mengeluarkan kenyataan bercanggah antara satu sama lain dalam isu penagguhan cukai pintu.
“Saya mohon maaf, kekeliruan ini tidak akan berlaku jika pegawai-pegawai saya menghantar surat untuk memberitahu pemilik hartanah tentang apa yang ingin kami lakukan berbanding menghantar notis.
“Saya yang bersalah, dan jika pegawai-pegawai itu merujuk terlebih dahulu sebelum dihantar saya pasti menghalangnya,” kata Tengku Adnan.

Rejim Myanmar biadap, NGO Islam serah memorandum


Suhaizan dan Mohd Azmi menunjukkan memorandum yang diserahkan kepada Kedutaan Myanmar. Foto Mohd Nasir Sudin.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia digesa menyatakan pendirian tegas berhubung  kekejaman, pembunuhan beramai-ramai dan penghinaan terhadap umat Islam yang berlaku di Myanmar.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat yang turut sama pada penyerahan memorandum di Kedutaan Myanmar juga meminta kerajaan Malaysia memberi tekanan kepada Myanmar terutamanya dengan memboikot Sukan Sea yang dijadual berlangsung dari 11 hingga 22 Disember di negara tersebut.

"Hari ini kita bersama-sama rakyat Myanmar menyatakan pendirian tegas kita berhubung dengan apa yang berlaku terhadap masyarakat Rohingya (Islam) yang telah dibunuh secara kejam.

"Selain itu kita turut mengecam rejim Myanmar yang membenarkan pihak Rakhine Budha yang menghina Islam dengan mengatakan Agama Islam itu haiwan, ini satu kenyataan yang biadap.

"Atas tindakan tersebut kita gesa Kerajaan Malaysia mengambil tindak tegas dan menyatakan pendirian atas penghinaan tersebut dan tekanan yang perlu dilakukan sekarang adalah menarik diri dari menyertai Sukan Sea," jelas beliau selepas menyerahkan memorandum selepas solat Jumaat tadi. Lebih 1,000 umat Islam bersama etnik Rohingya menyertai bantahan itu.

Isu Gaji: Azmin balas soalan wartawan dengan terima kasih

Tiada ADUN kemukakan kertas perbincangan tangguh kenaikan gaji - MB Selangor

Selangor tiada perancangan naikkan cukai pintu - exco

Fatwa Baru Ker..!!!: Tahaluf siyasi PAS bersama Pakatan haram, kata Nakhaei

Hina Islam : Kerajaan Myanmar Jangan Lepas Tangan

Kuliah Jumaat Medan Ilmu Kota Bahru 29 Nov 2013

Fury in Egypt over harsh sentences

BN Selangor sokong kenaikan gaji ADUN

Penindasan Dan Anti Islam: Duta Myanmar enggan terima memorandum

Kakak Siti Aishah gambarkan perasaan gembira dan sedih selepas pertemuan


Kamar Mahtum Abdul Wahab berjaya bertemu dengan adiknya Siti Aishah di satu lokasi rahsia di London.Kamar Mahtum Abdul Wahab berjaya bertemu dengan adiknya Siti Aishah di satu lokasi rahsia di London.Kakak kepada mangsa "perhambaan psikologi" selama 30 tahun di London, Kamar Mahtum Abdul Wahab menggambarkan perasaan bercampur-baur setelah dapat berjumpa adiknya, Siti Aishah hari ini, kata aktivis Hishamuddin Rais.
Hishamuddin, yang merupakan pengiring Kamar Mahtum sepanjang misi mereka berdua menemui Siti Aishah, berkata demikian menerusi kiriman terbaru di blognya, Tukar Tiub.
“Pertemuan kakak dan adik malam tadi disatukan di kota yang saya sendiri tidak tahu. Semua berjalan lancar. Cikgu Kamar telah bertemu dengan Siti Aishah.
“Gembira dan sedih. Itu komen awal dari Cikgu Kamar. Ketika ini beliau masih berehat di dalam bilik,” katanya menerusi kiriman yang bertajuk ‘Kakak dan Adik’.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom hari ini mengesahkan Kamar Mahtum berjaya menemui Siti Aishah.
Media melaporkan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke London, Datuk Seri Zakaria Sulong, berkata Kamar Mahtum sudah bertemu adiknya di sebuah lokasi rahsia.
"Kamar Mahtum beri Aishah kain dan sejadah. Aishah diminta menulis surat kepada ahli keluarga di Malaysia," lapor stesen televisyen, Astro Awani.
Dalam usaha Kamar Mahtum, 73, menemui Siti Aishah, beliau mengirim surat melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia untuk diserahkan kepada polis Britain supaya pesanannya dapat disampaikan kepada adiknya.
Kamar Mahtum merupakan bekas guru sekolah terbang ke London pada Selasa dalam impiannya untuk bertemu adiknya yang sudah lama terpisah ditemani oleh bekas aktivis mahasiswa 1970-an, Hishamuddin.

MACAI DIAM BILA KM DAN ADUN SARAWAK NAIK GAJI....!!! BILA SELANGOR NAIK RIUH SATU DUNIA...???


Amaran dari Ali Tinju buat Azmin.. "Berhenti ganggu Rosmah.. Kalau tidak... Jeng..Jeng..!!!

Setelah menyepi seketika, Pasukan Elit Senaman Punggung tiba-tiba kini  muncul kembali memeriahkan arena politik negara..

Mungkin tujuannya hanya untuk mengingatkan Najib yang mereka masih ujud lagi.. jadi.. sendiri mau ingatlah.. he.. he.. he..

Sebab diapun cium tangan Rosmah jugak... takkan tak ada apa-apa kot?.. Azeez dah dapat, Ibrahim Alipun dah dapat.. takkan dia tak dapat?

Jika sebelum PRU13 lalu sekumpulan 15 orang daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) ini melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" .. kalau dah lupa sila baca di SINI


Kemunculan mereka kali ini bukan untuk mengancam Ambiga dengan senaman punggung mereka tetapi demi Rosmah Mansor mereka kembali dengan agenda yang sama...

Ali Tinju beri amaran adakan siri kedua tarian menonggeng di hadapan rumah Azmin

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Selangor dan Wilayah Persekutuan, Mohd. Ali Baharom memberi amaran akan mengadakan siri kedua tarian menonggeng di hadapan kediaman Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali jika terus 'menganggu' Datin Seri Rosmah Mansor.

Khutbah Jumaat: Perangi Syiah satu 'jihad' - JAKIM

azlanMimbar Jumaat hari ini menyeru semua umat Islam agar jihad menentang virus Syiah yang kian berleluasa di Malaysia.

Menurut khubah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), umat Islam perlu beringat terhadap ajaran itu dan mencegahnya sebelum parah.

"Sebagai umat Islam, (kita) berkewajipan membuat laporan kepada pihak berkuasa agama di tempat masing-masing, jika mengesyaki, menyedari atau melihat sendiri terdapat mana-mana pihak yang menyebarkan ajaran Syiah yang sesat ini

"Ingatklah bahawa sebarang usaha ke arah membendung ajaran sebegini adalah termasuk dalam erti kata 'jihad' kerana mempertahankan kesucian ajaran agama Islam...," teks khutbah itu dipetik.

Khutbah itu juga mengingatkan umat Islam kepada keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai ajaran itu pada 1996 bahawa umat Islam hendaklah menuruti ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.

Selepas Selangor, Pulau Pinang negeri kedua Pakatan naikkan gaji Adun


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dijangka umum kenaikan gaji Adun dan exco kerajaan negeri. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 29 November, 2013.Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dijangka umum kenaikan gaji Adun dan exco kerajaan negeri. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 29 November, 2013.Pulau Pinang dijangka mengikut jejak langkah Selangor memberi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan exco kerajaan negeri kenaikan gaji melebihi 80% meskipun kenaikan itu tidak setinggi yang diumumkan kerajaan Selangor Rabu lalu.
Dijangkakan kenaikan gaji itu akan diumumkan Ketua Menteri Lim Guan Eng (gambar) di penghujung mesyuarat DUN pada 17 Disember.
Jika pindaan diluluskan, gaji semua 40 Adun akan dinaikkan kepada RM6,000 berbanding sekarang RM4,112.79.
Mereka juga akan menikmati elaun yang lebih tinggi daripada RM2,000 kepada RM5,500 termasuk elaun khas RM1,500, elaun pemandu RM1,500, pengangkutan dan lain-lain RM1,000 serta elaun perumahan RM500.
Kenaikan itu bermakna Adun akan menikmati gaji kasar RM11,500 sebulan yang merupakan kenaikan 88.13%.

Naik Gaji Adun: Mesyuarat tergempar Pakatan 4 Disember


Pakatan Rakyat (PR) Selangor akan cuba menyelesaikan kemelut kenaikan gaji mendadak kakitangan pentadbiran dan wakil rakyat Selangor dalam mesyuarat mereka pada 4 Disember ini.
Mesyuarat itu dijangka akan meminta penjelasan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai kewajaran kenaikan gaji mendadak kakitangan pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.
"Kita akan minta penjelasan kewajaran angka yang diberikan oleh menteri besar ketika mengumumkan kenaikan gaji ini. Ini kerana kita tidak dimaklumkan secara terpenrinci sebelum ia dibentangkan menteri besar," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad (gambar) kepada The Malaysian Insider.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata demikian ketika mengulas skim gaji baru untuk menteri besar, speaker, timbalan speaker, exco dan Adun Selangor sebagaimana yang diumumkan oleh Abdul Khalid baru-baru ini.
Gaji menteri besar akan meningkat dari RM14175.15 kepada RM29,250, bagi exco dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker, dari RM6,109.29 kepada RM22,500, timbalan speaker, dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250.
Ia dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini dan diluluskan.
Pemimpin PKR termasuk Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden yang juga Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali meminta agar ianya dikaji semula kerana kadar kenaikan terlalu tinggi.

Teng: Azmin diam bila RUU naik gaji dibahas

Walaupun lantang mengkritik kenaikan gaji wakil rakyat Selangor, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC), Azmin Ali sebenarnya ada di dalam sidang dewan undangan negeri sewaktu rang undang-undang itu dibentangkan tetapi memilih untuk berdiam diri, kata ADUN Sungai Pinang, Teng Chang Khim.

NONE"Apabila rang undang-undang itu dibentangkan, dibahas dan diluluskan, beliau berada di dalam dewan. Beliau tidak berkata apa-apa walau sepatah pun...

"Kecuali dua ADUN iaitu Sekinchan (Ng Suee Lim) dan Kampung Tunku (Lau Weng San) yang menyokong rang undang-undang itu, tiada seorang pun daripada yang menghadiri sidang membahaskan rang undang-undang gaji itu bercakap atau membangkang.

"Malah sewaktu bacaan kali ketiga pun, mereka ada di dalam dewan.

"Jadi mereka tak bolehlah tampil sekarang dan menyatakan yang mereka tak setuju," kata Teng kepada wartawan hari ini.

Teng: DBKL boleh naikkan cukai pintu, tapi pengiraan tak wajar


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempunyai alasan sendiri untuk menaikkan kadar cukai pintu, namun pengiraan yang dilaksanakan bagi tujuan itu tidak wajar, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Kim (gambar).
Beliau mengakui kenaikan kadar cukai pintu adalah satu keperluan untuk membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memperolehi pendapatan, namun Selangor jelasnya belum berhasrat untuk mengikut langkah DBKL menaikkan kadar cukai berkenaan di negeri tersebut.
"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ada alasan menaikkan cukai pintu tetapi dari segi pengiraannya bagi saya tidak wajar sekali.
"Di Selangor, kita kena ambil kira kenaikan kos untuk pihak berkuasa tempatan, jadi kita tidak boleh mengharapkan cukai pintu tidak naik, tetapi buat masa ini belum ada perancangan," katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Shah Alam.
Selangor bagaimanapun jelasnya akan menaikkan kadar cukai pintu mengikut tahap-tahap tertentu.
"Bila sampai tahap perlu, kita terpaksa menaikkan kadar itu mungkin setahun atau lima tahun dari sekarang, saya tidak boleh jangka kadarnya," kata Adun Sungai Pinang itu lagi.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini berkata bahawa kadar kenaikan cukai pintu bagi Kuala Lumpur akan bermula Januari 2014.

Pasca Muktamar 59: Pas akan bermesyuarat bentuk eksekutif parti 1 Disember

Jawatankuasa kerja Pas Pusat dijangka mengadakan mesyuarat pertama pada 1 Dismber nanti. Mesyuarat ini akan membentuk portfolio dan melantik eksekutif parti Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penenerangan, Pengarah Pilihan Raya dan beberapa AJK tambahan.  Juga Presiden parti akan mengumumkan perlantikan Pesuruhjaya Negeri.


Mustapa, tidak akan dilantik?
Perhatian kini tertumpu kepada jawatan Setiausaha Agung apabila khabarnya penyandang sekarang Mustapa Ali tidak akan dilantik lagi. Ada pun faktor kenapa Mustapa Ali tidak akan dilantik kurang jelas, tetapi itulah yang kedengaran sejak sebelum muktamar lagi. Boleh jadi juga kerana pencapaiannya selama memegang jawatan berkenaan kurang memuaskan atau ada masalah terlalu peribadi.

Elok juga kalau Pas ingin merihatkan 'arkitek' Pas Terengganu itu kerana usianya juga sudah lanjut. Mustapa adalah satu-satunya tokoh Pas yang berkhidmat di beberapa era yang masih ada. Hampir semua jawatan disandangnya kecuali timbalan presiden dan presiden. Rakan-rakan sebaya dengannya sudah pun mengundur diri seorang demi seorang.

Selama menjadi Setiausaha Agung lebih lima tahun beliau juga dilihat gagal untuk meletakkan Pas ditempat teratas dalam persaingan dengan PKR dan DAP di mana jabatan kesetiaushaan parti itu lebih mantap dan kemas khasnya DAP. Seharusnya sebagai seorang Setiausaha Agung berpengalaman beliau mampu mempengaruhi keadaan bagi mengunggulkan Pas.

Beliau nampak kurang cergas dengan tugasnya itu. Keadaan ini bertambah jelas apabila dengan wujudnya tiga orang penolong Setiausaha Agung. Mustapa tidak begitu sibuk, di mana tugas-tugasnya banyak dijalankan oleh penolongnya. Paling menonjolkan kerajinan di antara tiga penolong setiausaha itu ialah Takiyuddin Hassan. 

Dua lagi penolong setiausaha ialah Syed Azman Mohamad Nawawi dan Sabki Ahmad kedua-dua dari Terengganu.

Selangor dalam Persekutuan Tanah Melayu (PTM) dan PTM dengan Perjanjian Persekutuan Malaysia

Sedikit tambahan kepada apa yang saya komen tentang kenaikan gaji Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaannya (Exco). Sesungguhnya apa yang di lakukan oleh TS Khalid Ibrahim merupakan fenomena baru yang sejajar dengan kehendak kemajuan sesebuah negeri yang mengutamakan ‘productivity’. Jika di singkap siapa Khalid ini, beliau merupakan seorang yang terlatih dengan kerja ber 'productivity' dan siapa boleh menyangkal hakikat ini sesuka hati semahu masing-masing. Ia tetap hakikat yang hakiki.
Imbuhan adalah faktor penting dalam usaha sebuah kerajaan atau mana-mana organisasi kerajaan untuk mendapatkan 'productivity' yang baik. Itu sebabnya di dalam badan-badan swasta dan syarikat swasta imbuhan terhadap kakitangan dan pegawai pengurusan itu adalah satu elemen terpenting untuk di tumpukan oleh seorang Ketua Eksekutif dan seseorang Ketua Eksekutif yang baik akan melakukan penilaian yang khusus tentang isu ini.
Keuntungan syarikat dan kerajaan bukan sahaja datangnya dari kepandaian dan kepintaran pegawai dan kakitangan pertubuhan itu tetapi ia juga akan di dasarkan kepada kos pengurusan yang sentiasa bertambah dari masa ke semasa.
Dalam hal Negeri Selangor ini, pimpinan Persekutuan tidak boleh membantah sebegitu sahaja, kerana Negeri Selangor adalah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu dan perjanjian itu masih kekal sampai kehari ini.
Sebagai sebuah negeri yang berdaulat yang mempunyai 'legislature' nya sendiri, kerajaan Selangor boleh membuat keputusan sendiri kerana negeri ini adalah salah sebuah negeri yang memberikan sumbangan kepada kedaulatan kerajaan Persekutuan. Tiada kedaulatan persekutuan jika tidak ada persekutuan yang dianggotai oleh semua negeri yang berada di dalam Persekutuan Tanah Melayu itu.

Kisah peribadi Aishah jadi sensasi media


 
Adik bongsu kepada Siti Aishah Abdul Wahab yang dilapor dijadikan hamba selama 30 tahun di London mendedahkan 'rahsia' penglibatan kakaknya dalam aktiviti radikal komunis.

Bagaimanapun, menurutnya, perkara itu sudah lama diketahui keluarga, lapor Utusan.

Menurut Mohd Tahir Abdul Wahab, 66, Siti Aishah dipercayai terpengaruh dengan fahaman komunis semasa melanjutkan pelajaran di London dengan biasiswa Komanwel, seterusnya menetap di negara berkenaan.

"Mereka tahu Kak Esah telah terpengaruh dengan aktiviti radikal seperti komunis. Sebab itulah sepanjang dia menghilangkan diri, keluarga kami tidak pernah berputus asa mencarinya di London," katanya seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia.

"Ketika itu telah bertiup cerita tentang pengaruh komunisme meresap dalam kalangan pelajar luar negara dan saya rasa dari situlah mengetahui pergerakan Kak Esah.

"Sebab itulah saya yakin percubaan mereka ini untuk mencari Kak Esah bukan mahu dia dibawa balik ke kampung semata-mata malah mahu menyelamatkan dia daripada terus terjebak (komunis).

"Bagaimanapun, usaha abang-abang saya ini menemui jalan buntu sekalipun mereka telah ke rumah Kak Esah di London namun kakak saya itu tetap enggan keluar bertemu. Sehinggalah ada antara abang meninggal dunia pun, Kak Esah belum ditemui," katanya.

Katanya, beliau adalah orang terakhir yang bertemu Siti Aishah pada tahun 1981 di London.

Khutbah Jumaat: Syiah haruskan perbuatan liwat, kata Jakim


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui khutbah Jumaat hari ini menggariskan 10 pegangan akidah penganut Syiah yang antaranya adalah mengharuskan liwat dan mempertahankan kahwin mutaah (kontrak).
Jakim berkata, fahaman Syiah semakin meruncing apabila ada dari kalangan mereka yang berpendidikan tinggi dan berlatar belakang agama telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman ini secara serius terutama kepada para pelajar universiti dan menular kepada masyarakat awam.
“Antara pegangan akidah yang dipegang oleh penganut Syiah di negara kita adalah mendakwa imamah sebagai rukun Islam yang pertama dan termasuk dalam perkara Usuluddin, menafikan kekhalifahan Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman, mengkafir dan memfasikkan para sahabat, mendakwa Al-Quran telah diubah dan berdoa supaya dihapuskan penentang Syiah termasuk pihak berkuasa.
“Manakala lima lagi pegangan mereka adalah mengharuskan perbuatan liwat, menyambut Hari Karbala pada 10 Muharam, mempertahan amalan nikah mutaah, mempertikai kesahihan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mendakwa Syiah adalah pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar,” katanya dalam khutbah Jumaat hari ini yang bertajuk ‘Virus Syiah’.
Menurut Jakim, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa pada 1996 telah membuat keputusan mengharamkan ajaran Syiah di Malaysia dan menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikuti ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah samada dari segi aqidah, syariat dan akhlak.
Katanya, di zaman masyarakat Islam yang sebahagian besar dididik oleh Rasulullah SAW sendiri, racun yang disemburkan Syiah dapat  melemahkan sebahagian masyarakat Islam sehingga menimbulkan huru hara yang berpanjangan.
“Bayangkanlah, bagaimana agaknya jika racun yang berbisa itu disemburkan kepada masyarakat Islam terutamanya kepada orang yang lemah akidahnya, cetek pengetahuan tentang Islam. Tentu sekali dalam masa yang singkat sahaja akan membawa kehancuran yang sangat besar terutama kepada umat Islam dan negara.

DAP gesa “Raja Cicak” disiasat, serbu permis hidupan liar


Dr Ong Kian Ming menunjukkan gambar di pusat perlindungan reptilia di Teluk Bahang. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasbullah Awang Chik, 29 November, 2013.Dr Ong Kian Ming menunjukkan gambar di pusat perlindungan reptilia di Teluk Bahang. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasbullah Awang Chik, 29 November, 2013.DAP mendesak penjelasan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kerana tidak mengambil tindakan tegas terhadap pendedahan media asing berhubung kegiatan Raja Cicak Anson Wong walaupun selepas Perhilitian merampas 50 hidupan liar di pusat perlindungan reptilia miliknya di Teluk Bahang.
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, berkata selepas Anson ditangkap pada 2010, komputer riba dan tiga telefon bimbitnya dirampas dan peranti berkenaan mungkin banyak mengandungi maklumat penting berhubung penyeludupan hidupan liar yang berkaitan dengan Perhilitan.
"Perhilitan mendakwa semua lesen hidupan liar milik Anson dan isterinya, Cheah Bing Shee dibatalkan pada 2010 namun syarikat seperti Sungai Rusa Wildlife, CBS Wildlife dan Bukit Jambul Reptile Sanctuary masih beroperasi.
"Jika Perhilitan dan kementerian serius menghentikan penyeludupan hidupan liar Anson dan isterinya, mengapa tidak menggunakan kuasa mereka di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010 bagi memeriksa permis milik Anson dan isterinya untuk memastikan ada hidupan liar di sana atau tidak," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Adun Rasa Gaji Terlalu Tinggi: Selangor sedia borang serah gaji pada kebajikan, kata Teng


Datuk Teng Chang Kim bercakap kepada media di luar sidang DUN Selangor di Shah Alam hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 29 November, 2013.Datuk Teng Chang Kim bercakap kepada media di luar sidang DUN Selangor di Shah Alam hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 29 November, 2013.Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Teng Chang Kim, berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyediakan borang untuk mereka yang berasakan kenaikan gaji anggota Dewan terlalu tinggi dan hendak diserahkan kepada badan kebajikan.
Kenaikan gaji yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu menimbulkan pelbagai kritikan termasuk daripada partinya sendiri, PKR.
"(Adun) Sekinchan (Ng Suee Lim) dah buat surat, membenarkan Dewan serahkan (lebihan gaji) kepada badan kebajikan," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan itu kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.
Katanya, DUN Selangor amat berbesar hati sekiranya surat berkenaan ditandatangani oleh pihak yang berpendapat kenaikan gaji ahli Dewan Selangor itu terlalu tinggi dan ingin menyerahkan lebihan kepada kerajaan negeri untuk disalurkan kepada badan kebajikan.
"Kami tuliskan surat, kalau ada yang tak tahu buat surat, Sekinchan dalam Dewan dah tunjukkan surat itu," kata Teng.

PRK: Pro-A tersungkur di UM, merosot 6 kerusi, Pro-M menang 26 dari 43 kerusi


 
Kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya menang dalam pilihan raya kampus perdana itu semalam apabila berjaya mendapat 26 daripada 43 kerusi yang dipertandingkan.

Lebih manis apabila kumpulan anti golongan berkuasa itu berjaya menambah lima lagi kerusi berbanding 21 kerusi yang dimenangi pada pilihan raya tahun lalu.

NONEPro-M menguasai tujuh daripada sembilan kerusi umum dan bakinya dikuasai kumpulan Penggerak Mahasiswa (pro-Aspirasi).

Sementara itu, pencapaian kumpulan Aspirasi merosot enam kerusi selepas hanya memenanginya 14 kerusi dalam pilihan raya kampus itu kali ini.

Manakala calon bebas pula menang tiga kerusi - menambah satu kerusi berbanding tahun lalu.

"Pro-M semakin mendapat sokongan dan kepercayaan mahasiswa. Dan kesedaran turun mengundi semakin meningkat iaitu sebanyak 70.11 peratus.

"Peratusan keluar mengundi yang paling tinggi dalam (tempoh) lima tahun," kata Pengerusi pro-M Nasional Edikoup Lakip Sediyanto (gambar atas, kanan sekali).

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan menjadikan kemenangan itu sebagai platform untuk membawa suara, agenda dan harapan mahasiswa ke peringkat nasional.

Peguam salahkan AG gagal dalam kes tembak Aminulrasyid



 
Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail mesti bertanggungjawab apabila tiada pihak dipersalahkan dalam kes kematian remaja sekolah Aminulrasyid Amzah, kata peguam kepada keluarga arwah.

Keputusan mahkamah rayuan membebaskan Koperal Jenain Subi pada Selasa menjadikannya "kegagalan lengkap" dalam memberikan keadilan kepada keluarga mangsa tembakan polis itu, kata N Surendran dan Latheefa Koya.

NONEDalam kenyataan bersama semalam, kedua-dua peguam itu berkata, keputusan itu sekali gus menjadi "kepiluan dan kesedihan yang besar" kepada anggota keluarga.

"Yang paling dipersalahkan AG Abdul Gani Patail, yang mesti bertanggungjawab atas sebuah lagi pendakwaan gagal dalam kes kepentingan awam berprofil tinggi," kata mereka.

"Gani cuma membuat pendakwaan selepas tekanan awam yang besar; pada mulanya pihak berkuasa hanya mahu melambatkan perkara itu dengan mewujudkan inkues dan bukannya pendakwaan jenayah."

Cukai Pintu DBKL: Siapa yang bohong, Adnan atau Loga?

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) mempersoalkan siapa yang bercakap benar dalam isu berkaitan penangguhan kenaikan kadar baharu cukai taksiran pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau yang sebelum itu menjelaskan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr J. Loga Bala Mohan memaklumkan persidangan Dewan Rakyat sebelum ini bahawa kenaikan kadar baharu cukai pintu DBKL akan ditangguh sehingga Mac tahun depan.

Ini bagi membolehkan sesi pendengaran bantahan dilaksanakan mulai Januari depan, yang dianggar mengambil masa tiga bulan.

Namun, katanya kenyataan berbeza dari Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan kenaikan kadar baharu cukai tersebut tidak akan ditangguh sebaliknya berkuat kuasa pada 1 Jan depan.

"Kenyataan siapa yang kita nak dengar, penjelasan di dalam Dewan Rakyat ataupun di luar dewan. Siapa yang bercakap betul dan siapa pembohong, kita tidak tahu.

"Saya mahu kerajaan mengambil tindakan yang tegas dalam soal ini dan perkara ini bukan satu permainan sandiwara semata-mata," jelasnya kepada Harakahdaily.

Pas, Umno perlu gabung jika mahu laksana hudud kata MACAI UMNO@BN

KOTA BHARU – Pas dan Umno perlu bergabung untuk mendapatkan kuota dua pertiga yang diperlukan bagi meminda perlembagaan untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Zainal Keling berkata, hasil daripada gabungan tersebut juga sekali gus dapat melaksanakan undang-undang tersebut di Kelantan.

“Sebagaimana yang kita tahu, Umno tidak pernah menolak hudud, cuma pelaksanaannya tidak dapat dilakukan buat masa sekarang kerana undang-undang tersebut memerlukan banyak penelitian pelbagai aspek, malah tenaga untuk melaksanakannya juga masih belum mencukupi.

“Umno juga tidak perlu membuka mulut untuk menjawab semua persoalan yang menjadi pertanyaan banyak pihak tentang pelaksanaan tersebut, jika perlembagaan tidak dipinda, kita tidak mendapat majoriti dua pertiga, ia tidak akan terlaksana dan kerajaan persekutuan secara automatiknya tidak boleh melaksanakannya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Peneroka Jadi Mangsa: Untung bersih FGVH merudum 89 peratus

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) merudum 89 peratus kepada RM22.9 juta bagi suku tahun ketiga berakhir 30 Sept 2013 (Q3FY13) berbanding RM207.71 juta tahun lalu.

The Sun melaporkan, penurunan ini berpunca daripada penghasilan rendah segmen perladangan, pengilangan, logistik dan segmen-segmen lain FGVH.

Hasil FGVH bagi tempoh tersebut jatuh 15 peratus kepada RM3.22 bilion berbanding RM3.77 bilion.

Bagaimanapun  kumpulan perniagaan Felda itu mengumumkan interim dividen berjumlah 6 sen sesaham bagi Q3FY13 berjumlah RM218.89 juta yang dibayar sebelum akhir tahun ini.

Prestasi lemah bagi Q3FY13 mengakibatkan keuntungan bersih terkumpul FGVH bagi sembilan bulan tahun ini turun 18 peratus kepada RM482.33 juta berbanding RM588.25 juta tahun lalu, walaupun hasil hanya menurun kepada RM8.89 bilion daripada RM9.03 bilion.

Bersih will continue to thrive - Ambiga

Renungan Jumaat: Pesanan dan Kupasan Tok Guru Nik Abdul Aziz di Muktamar 59

Kelantan: Tender terbuka bina lebuh raya rakyat

Hanifa Ahmad 
KOTA BHARU - Kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Rakyat melibatkan laluan sejauh 30 kilometer, Machang-Kota Bharu dijangka bermula tahun depan dan dilaksanakan dalam bentuk tender terbuka.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata, tender tersebut dijadualkan dibuka kepada syarikat yang berminat pada Januari tahun 2014.

Menurutnya, pembiayaan projek yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun dan melibatkan kos kira-kira RM550 juta itu akan dibayar kepada pihak terlibat secara tunai.

“Kita akan buka tender kepada syarikat yang berminat dan mempunyai kewangan serta teknikal yang kuat kerana kerajaan negeri menjangkakan bayaran tertangguh sehingga empat tahun.

“Tender ini akan dibayar dalam bentuk tunai, cuma bayaran tertangguh selepas setahun pembinaannya siap,” katanya kepada media selepas mesyuarat mingguan exco, kelmarin.

Pas tidak berkembang dalam PR kata MACAI UMNO@BN

SHAH ALAM – Keputusan PRU13 yang lalu membuktikan prestasi Pas tidak berkembang dalam gabungan PR, kata penganalisis politik.

Pada PRU12, Pas menang 23 kerusi namun hanya mendapat 21 kerusi pada pilihan raya lalu.

Prof Dr Ahmad Atory Hussain menyifatkan Pas lebih baik berjuang sendirian atau bersama Umno berbanding duduk dalam PR bersama DAP dan PKR.

Ia sekali gus menepis kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menyebut Pas tidak mampu berjuang sendirian di mana kenyataan itu disokong Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

“Pada mulanya mereka kena lihat Pas nampak berkembang daripada segi apa? Kalau daripada segi pengaruh politik, saya rasa mungkin pada PRU12 ya. Pas agak mendapat sambutan daripada orang Melayu.

“Tetapi pada PRU13, sokongan orang Melayu untuk Pas merosot peratus. Ia diakui sendiri Ketua Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda Pas baru-baru ini,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau mengaitkan perkara itu dengan pengurangan kerusi dan kehilangan dua negeri jajahan Pas, Kedah dan Perak.

“Pada PRU12, Pas menang 23 kerusi tapi PRU13, hanya 21 kerusi. Itu tak berkembang. Sepatutnya kekal atau bertambah.

Perwakilan – Pemenang sebenar Muktamar PAS ke-59


Muktamar PAS ke-59 baru sahaja melabuhkan tirainya. Segala teka-teki dan telahan daripada hal pemilihan sudah terjawab secara muktamad. Segala kegawatan dan hingar-bingar pemilihan wajar berakhir. Pemenang diumumkan serta yang tidak terpilih juga reda dengan keputusan.
Dalam tradisi parti Islam ini seingat penulis, tidak ada dakwa-dakwi selepas pemilihan. Apatah lagi untuk membatalkan keputusan pemilihan kerana ada perwakilan yang tidak layak atau cawangan-kawasan yang tidak sah.  Jauh lagilah untuk mendakwa atau membatalkan pemenang kerana menyogok perwakilan atau terpalit dalam ‘politik wang’ atau rasuah.
Ini antara keunikan dan sifat ‘tamayyuz’ Parti Islam Se-Malaysia, PAS . Bukan hendak ‘masuk bakul angkat sendiri’ tetapi sekadar menegaskan ‘imperatif’ atau kemestian yang sudah turun-temurun menjadi amalan budaya parti ini.
Yang menang sebak kerana mengalahkan ‘lawan’ yang diakui punya kelebihan daripada dirinya apatah lagi yang dikalahkan adalah  sifu politiknya dan abang  atau ‘senior’ dalam perjuangan. Yang kalah pula berjiwa besar untuk berdiri memberi hormat kepada yang menang bahkan meredakan suasana haru dan pilu yang mencengkam jiwa masing-masing.
Penulis sememangnya layak merakamkan jutaan tahniah kepada semua calon yang mengambil bahagian. Ya, mereka wajar dirakamkan tahniah kerana kesediaan untuk menggalas tanggungjawab. Itu sahaja cukup untuk mereka mendapat sekalung tahniah.
Yang sah menang lebih layak lagi diucapkan tahniah dan takziah kerana memang sah mereka akan dibebankan dengan tugasan berat kepimpinan. Dalam perspektif Islam, ‘Kepimpinan bukan habuan tetapi beban’.  Memecah tradisi yang lazim, penulis tidak berasa terpanggil untuk mengucapkan tahniah kepada pemenang.  Bukan untuk kali ini.
Lebih penting lagi di sebalik kehangatan berkempen menonjolkan calon masing-masing, persoalan yang berlegar dalam minda perwakilan berpusat di sekitar hal dan orientasi ‘pendekatan serta strategi politik’ pasca-Muktamar atau yang bakal diikuti parti Islam ini. Bukan ‘peribadi atau individu’nya tetapi ‘saf dan gerombolan’nya yang sebenarnya dinanti-nantikan oleh semua. Individu penting tetapi saf adalah lebih penting.
Betul. Calon yang menang inilah bakal menganggotai saf kepimpinan eksekutif bersama Presiden parti yang menang tanpa bertanding dan kini menanti ‘hulubalangnya’. Saf inilah yang akan mewarnai, mengangkat dan menentukan persoalan besar strategi dan pendekatan parti Islam ini. Siapa yang memilih mereka? Perwakilan!
Dek kerana itulah penulis mahu mengajak seluruh anggota parti Islam ini memberikan satu 'tabik hormat’, satu ‘standing ovation’  buat  pemenang ‘sebenar’  yang belum lagi diumumkan dalam pemilihan dalam Muktamar ke-59 ini.

Mahasiswa tak tahu malu hanya memalukan negara.....

Rusni Tajari

“Skor banyak A. Masuk universiti. Kejar pointer tinggi-tinggi. Dapat kerja bagus. Gaji besar. Rumah besar. Hidup senang-lenang. Jadi hamba kapitalis.  Definisi belajar kita? Di mana sumbangan untuk pembinaan tamadun? Persoalan yang sering bermain di minda.”
Forum Idelisme Gen-Y anjuran mahasiswa UIAM bersempena dengan Pesta Konvokesyen kali ke-29 pada 14 november lalu memperlihatkan kepada kita pentingnya perbincangan sebegini dan perlu lagi banyak untuk diketengahkan. Melihat kepada keperluan masa kini, Gen-Y ini merupakan anak muda yang begitu bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara. Dibarisi oleh ahli panel yang tidak asing bagi mahasiswa kini iaitu Anas Alam Faizli, Teach for the Needs (TFTN), Ally Iskandar, personaliti TV3 dan Imam Muda Adan.
Jujur kata, melihat kepada ketiga-tiga barisan ahli panel ini, sudah pasti kita akan dapat sisi pandang yang jauh berbeza kerana mereka daripada latar belakang berbeza. Namun, itulah yang harus diraikan. Soal perbezaan yang ketara dalam memberikan pandangan juga sesuatu yang harus dicerna dan dinilai.
Mengapa Gen-Y?
Jika dikatakan Gen-Y, satu perkara yang bermain di minda ialah mereka golongan yang menjadi harapan kepada pembaharuan. Mungkin  mudah kita fahami bahawa Generasi Y ini sebenarnya golongan muda yang sering dikaitkan dengan idea baru, janggal, pelik malah ada kalanya radikal serta relevan untuk berdepan dengan realiti masa kini. Apa kelebihan yang ada pada Gen-Y ini? Mereka pemuda pemudi tin kosong yang hanya ribut menentang itu dan ini atas nama mahasiswa sahaja? Atau mereka memang tidak punya idealisme tersendiri dan hanya menjadi boneka parti politik sahaja?
Begitu banyak perkara yang merungsingkan dan menjadi kedukaan kepada kita bilamahasiswa ini seolah-olah tidak mampu keluar daripada kerangka yang lebih besar dan berfikir berpuluh tahun kehadapan. Ini bukan omong kosong mahupun lawak kampus. Lihat saja kepada program yang dianjurkan mahasiswa. Boleh dibilang dengan jari saja yang berani untuk membawa program berbentuk intelektual dan mencabar minda. Kalau ada pun hanya bersifat “one-off” dan berpenyakit “grand”, “mega” dan sebagainya.
Program dibuat bermusim dan hanya menatijahkan “star point” ataupun untuk mengumpul markah tertentu yang menunjukkan penglibatan mereka.  Mereka turun ke jalanan atas dasar “Ini untuk assignment”, “kena hantar laporan”. Mahasiswa apa ini? Apakah mereka tidak tahu malu dengan masyarakat di luar sana yang dalam kebingugnan dan mendamba “sang pembebas” yang mampu menyelamatkan mereka daripada belengu politikus dan birokrat rakus yang sentiasa mencari ruang untuk memiliki seberapa banyak yang mereka mahu?
Kesalahan sistem atau kekontangan idealisme?

Wong Tack berkhemah di luar HQ Lynas di Sydney



 
Penentang loji penapisan nadir bumi Lynas Corporation di Pahang telah berkhemah selama empat hari di luar ibupejabat syarikat itu di Sydney dalam usaha untuk memberikan tekanan terhadap pemegang sahamnya.

NONESyarikat itu dijadual mengadakan mesyuarat agung tahunannya hari
ini dan pemegang sahamnya perlu melewati 16 penunjuk perasaan di luar tempat tersebut.

Dalam satu kenyataan akhbar semalam, pemimpin Himpunan Hijau, Wong Tack berkata kumpulannya mahu pemegang saham Lynas dan rakyat Australia mengetahui bahawa 1.2 juta orang telah menandatangani petisyen menentang loji penapisan nadir bumi itu.

"Kami berada di sini di Australia bersama suara lebih satu juta orang untuk memberitahu Lynas bahawa kami akan tutup loji toksiknya," katanya.

NONETambahnya, jika Lynas tidak menutupnya menjelang 29 Jun tahun depan, maka akan ada protes jalanan besar-besaran di Malaysia.

Wong berkata, jika Lynas tidak berbuat demikian, ia akan menjadi tarikh di mana jutaan rakyat Malaysia akan turun ke jalanan untuk menutup loji toksik itu.

"Inilah mesej yang kami berikan kepada Lynas dan pemegang sahamnya, " katanya.

Hamba Di London: Putus tunang, pilih haluan kiri....

Isu hamba: Putus tunang, pilih haluan kiri 
JELEBU  – “Bila pertama kali berita wanita Malaysia menjadi hamba di London disiarkan, saya terdetik itu mungkin Aishah,” kata Shamsuri , 60, adik kepada bekas tunang Siti Aishah Abdul Wahab, 69, yang hilang selepas melanjutkan pelajaran di United Kingdom (UK) pada 1968.

Siti Aishah sebelum melanjutkan pelajaran di UK pernah bertunang dengan seorang lelaki dari daerah ini dikenali sebagai Omar Munir, 70, namun tidak berpanjangan dipercayai disebabkan wanita terbabit memilih jalan untuk terus bersama kumpulan ideologi berhaluan kiri di sana.

Menurut Shamsuri, dia hanya mengenali  Aishah sebagai tunang abangnya dan kali terakhir berjumpa dengan wanita terbabit ketika mengikuti rombongan meminang ke rumah keluarganya di Kampung Gedung Lalang, Ampangan, Seremban.

“Ketika itu saya berumur 14 tahun dan saya mengenali Aishah sebagai seorang yang lemah lembut dan bersopan santun.

“Tapi selepas beberapa bulan bertunang, abang saya mendapat tajaan biasiswa Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk melanjutkan pelajaran ke London dan dia pergi dahulu disusuli Siti Aishah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Belai Hulu, Jelebu di sini, semalam.

BAD POLICIES, RACISM:From Siti Aishah to Azahari, Chin Peng - what‘s wrong with M'sia

The Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar said there was no need to arrest Siti Aishah Abdul Wahab if she returned to the country.
BAD POLICIES, RACISM:From Siti Aishah to Azahari, Chin Peng - what‘s wrong with M'siaAlthough Siti Aishah was on the ‘wanted list’ in Malaysia in the 70’s for her involvement in ‘extremist (I repeat, extremist) communist activities,’ Malaysians who have read about her plight being a slave for 30 years in London, would agree with Khalid to welcome her return with an open heart.
TV3 would probably be flashing the human interest side of the story as part of its version of Jejak Kasih, and everyone would forget Siti Aishah’s earlier years as a leftist.
She is after all a fellow Malaysian, who had her sets of beliefs. They do not call it ‘puppy love’ without a reason. Yes, it was a threat back then, when communism was very much alive. Today, a frail woman of 69, the only way Malaysians should respond is to allow her to be re-united with her family on humanitarian grounds.
Azahari and Noordin Top
Two Malaysians, Dr Azhari Husin and Noordin Mohammad Top were believed to be the masterminds behind several bombings in Indonesia -- the 2003 JW Marriott hotel bombing in Jakarta, the 2004 Australian embassy bombing in Jakarta, the 2005 Bali bombings and the 2009 JW Marriott - Ritz-Carlton bombings, and perhaps, even the 2002 Bali bombing.
If my memory does not fail me, when one of them was killed during a police raid on his hideout in Indonesia, the Malaysian government ordered for a special RMAF flight to collect his body for a proper Muslim funeral in Malaysia. This had initial shocked me, when the death of a “wanted” terrorist was given such a “heroic” treatment that some of our soldiers would dare even to dream of having.
“Gosh! What would our American friends think about Malaysia, a land of the terrorists?” I had asked myself, when I read it in the news. “And what becomes of a government that glorified the ‘martyrdom’ of its citizens out there operating as terrorists?”
But then again, when you think about it, what can a dead man do? Going by the thwarted logics of some, wouldn’t the return of his dead body revive the spirit of terrorism in this nation? Common sense tells us that a dead man for whatever cause he believes in, is as good as gone.
At least, on humanitarian ground, the wishes of his family should be granted that the dead body be given a proper burial in his home ground amidst grieving relatives.
Chin Peng
What a big contrast the political scene was less than six months ago, when an ailing 88-year-old Ong Boon Hua, born and bred in Setiawan, Perak, was hoping to return to Malaysia, but was refused entry by the Malaysian government.

Kelab Penyokong Kerajaan Selangor Jadi Kelab Kongkalikong

Semalam SAMM Johor menjadi antara yang pertama menyuarakan rasa tidak bersetuju terhadap kenaikan gaji yang terlalu tinggi DUN Selangor di kala rakyat masih terbeban dengan kesan kenaikan kos sara hidup yang semakin mendesak.
Hari ini, setelah pelbagai pihak menyatakan bantahan termasuklah komentar Ketua Pembangkang yang menyatakan kenaikan itu terlalu tinggi, Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor membuat pusingan 180 darjah apabila Pengerusinya, YB Azmin Ali membuat kenyataan meminta pentadbiran Kerajaan Negeri mengkaji semula keputusan yang telah diluluskan semalam.

Persoalan yang ingin SAMM Johor lontarkan adalah mengapa semalam sewaktu usul pindaan dibentangkan di Dewan DUN, BBC Selangor tidak menyatakan bantahan atau menolak usul ini daripada diluluskan? Adakah BBC berpandangan bahawa Dewan DUN itu adalah seperti sebuah set penggambaran drama? Di dalam Dewan DUN, mereka mengundi untuk meluluskan usul kenaikan namun apabila berhadapan dengan media BBC membuat pusingan 180 darjah dan meletakkan semua beban kesalahan kepada Menteri Besar seorang.

Duit Rakyat Untuk Macai: Kalahpun dibayar Gaji?.. Patutlah Macai BN berebut nak jadi Calon...

Bagi aku yang menerima gaji untuk berkhidmat untuk rakyat itu bukanlah satu isu yang besar.. kerana yang sepatutnya kita persoalkan ialah kenapa yang tidak nampak apa sumbangannya kepada rakyat di bayar gaji oleh Kerajaan Barisan Nasional?



Gaji Ahli Parlimen ialah RM6508.59. Calon BN yang kalah dalam PRU dan dilantik sebagai Penyelaras Parlimen pula dibayar RM5680.. bezanya cuma RM828 saja..

Apa kerja depa buat?