Khamis, 28 November 2013

Perbandingan tidak tepat, MB saran semak ‘betul-betul’ gaji PM

DNSSHAH ALAM 28 NOV: Kadar gaji Perdana Menteri yang digambarkan media pro-Umno kononnya lebih rendah daripada gaji Menteri Besar, Exco dan Adun, tidak tepat.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyarankan semua pihak supaya membuat semakan terperinci terhadap gaji bulanan Perdana Menteri sebelum membuat perbandingan.
“Semak betul-betul, Perdana Menteri dapat gaji jauh lebih tinggi daripada ini. Boleh jadi gaji beliau (Perdana Menteri) sama seperti pendapatan saya dulu (dua kali ganda) sebelum menjadi Menteri Besar,” katanya.
Bercakap kepada pemberita di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini, Abdul Khalid berkata, kenaikan itu munasabah kerana menggunakan sistem gaji pemimpin negeri di Sarawak sebagai petunjuk.
Meskipun ramai mempertikaikannya, beliau berkata, kadar kenaikan berkenaan sebenarnya jauh lebih rendah daripada pekerja dalam sektor swasta.

Sertai MKPN pengalaman berharga buat saya - Wardina

KUALA LUMPUR: Selebriti Wardina Safiyyah berkata, menyertai Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) merupakan pengalaman berharga buat dirinya.

Baginya, mungkin ramai yang melihat ada lagi orang lain yang lebih layak daripadanya tetapi beliau juga ada kelebihan.

"Mungkin ramai yang melihat ada yang lebih layak daripada saya, tetapi saya sebenarnya juga ada kelebihan tersendiri yang dikurniakan oleh Allah SWT,” ujarnya dipetik Sinar Harian online.

Beliau adalah antara 29 individu yang dilantik sebagai ahli majlis MKPN yang bakal diwujudkan menjelang akhir tahun ini untuk memberi nasihat kepada kerajaan berhubung penyatuan nasional rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup, berkata Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dengan kerjasama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan beberapa siri dialog dan perbincangan meja bulat dengan beberapa pihak bagi mendapatkan input berhubung penubuhan majlis itu.

Naik Gaji Adun: Tak mahu tak apalah! MB kata kat Azmin

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan kenaikan gaji yang agak besar untuk wakil rakyat negeri itu.

Beliau juga sekaligus menolak cadangan ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali supaya menangguhkan dulu pelaksanaannya.
Bercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini, Khalid berkata langkah Dewan Undangan Negeri meluluskan kenaikan gaji itu adalah muktamad.

Khalid berkata Azmin boleh menderma tambahan gajinya itu kepada badan amal jika beliau tidak puas hati.

Katanya, jika Azmin tidak mahu menerima kenaikan gaji itu, itu hak individu untuk menolaknya.

"Jika (beliau) tak mahu, tak apalah," kata Khalid

'Rosmah ke luar negara bukan cari jantan' - Ali Tinju..ha..ha..ha..agak2 lah ampu tu..!!!

KHAS BUAT MACAI: APA LAGI RAKYAT MAHU .... BN BERI NIKMAT!

Berita ini sudah pasti di akan sambut dengan penuh kegembiraan di iringi dengan paluan kompang dan percikkan bunga api oleh para penyokong, pendokong dan ahli-ahli UMNO/BN yang pada PRU 13 lalu tanpa berbelah bagi memberikan undi padu kepada UMNO/BN.

Ini dinamakan BN Beri Nikmat.

Tarif elektrik naik 20 peratus dan harga rumah naik sekurang-kurangnya 5 peratus mulai tahun hadapan selain cukai taksiran di Kuala Lumpur naik beratus peratus. Tol pun bakal naik....

Peneroka Felda Jadi Mangsa: Keuntungan FGV dijangka merudum

Beliau bagaimanapun menyifatkan kejatuhan itu sebagai 'memeranjatkan' kerana ia berlaku semasa ekonomi berada dalam keadaan baik.

PETALING JAYA: Keuntungan Felda diramalkan terus jatuh merudum melebihi 90 peratus pada suku keempat ekoran keadaan ladang yang tidak produktif dan kos tanam semula yang terlalu tinggi.
Penasihat Ekonomi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Dr Rosli Yaakop berkata, Felda Global Ventures Berhad (FGV) perlu mengambil masa enam bulan hingga setahun untuk pulih sebelum mendapat keuntungan semula memandangkan harga hasil minyak sawit mentah (CPO) yang tidak menentu.
Walaupun turun-naik biasa berlaku pada mana-mana syarikat yang baru bertapak di bursa saham, beliau bagaimanapun menyifatkan kejatuhan itu sebagai ‘memeranjatkan’ kerana ia berlaku semasa ekonomi berada dalam keadaan baik.
“Ini memeranjatkan. Jarang ada syarikat yang mengalami kejatuhan begitu mendadak melainkan ketika ekonomi negara sedang gawat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, keuntungan bersih pada suku ketiga FGV yang berakhir pada 30 September 2013 dilaporkan menjunam sehingga 89%, daripada RM207.71 juta kepada RM22.9 juta sejak disenaraikan di bursa saham.
Ia disebabkan kejatuhan harga tandan sawit (FFB) dan CPO, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan FGV.

Kakak Siti Aishah serah surat kepada polis Britain, kata Hishammuddin Rais


Kakak kepada mangsa penghambaan di London, Kamar Mahtum Abdul Wahab mengambil langkah awal bagi bertemu adiknya, Siti Aishah Abdul Wahab dengan menghantarkan sepucuk surat kepada polis British.
Aktivis Hishammuddin Rais (gambar) melalui blognya, Tukar Tiub awal hari ini berkata surat itu diserahkan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Seri Zakaria Sulong semasa pertemuan di London semalam.
Kamar meminta bantuan Zakaria untuk menyerahkan surat itu kepada Siti Aishah.
Suruhanjaya Tinggi itu berurusan dengan pegawai penyiasat Ketua Inspektor Neil Hamilton dalam usahanya untuk bertemu dengan Siti Aishah.

Cukai Pintu DBKL; Kenyataan palsu, Speaker digesa bertindak


Tan Sri Pandikar Amin Mulia

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat mendesak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyegerakan tindakan ke atas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan yang didakwa mengeluarkan kenyataan palsu dan mengelirukan berhubung pelaksanaan kenaikan cukai pintu hartanah di ibu kota.

Menurut ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, kenyataan menteri dan timbalan menteri terbabit bercanggah sambil mempersoalkan sama ada kerajaan akan menaikkan atau menangguhkan pelaksanaan cukai taksiran baru itu.

"Kita hairan bagaimana Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan media hari ini cukai taksiran itu tetap dilaksanakan mulai 1 Januari depan.

"Sebenarnya yang boleh membuat keputusan itu hanya Datuk Bandar dan bukan menteri atau timbalannya. Jika mereka tidak tahu, baik tutup mulut sahaja," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, dekat sini, hari ini.

PAS Wilayah gerak kempen tolak kenaikan cukai pintu DBKL

KUALA LUMPUR: Rakyat khususnya warga kota diminta tidak berasa selesa dengan pengumuman kerajaan untuk menangguhkan kenaikan cukai pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi berkata, penduduk sebaliknya perlu mengambil peluang untuk mengadakan bantahan agar cukai pintu tidak dinaikkan.

"Pengumuman penangguhan kenaikan kadar cukai pintu bukan berita baik untuk rakyat jadi kita jangan keliru.

"Menteri umum untuk tangguhkan sahaja, lambat laun akan laksanakan juga," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata, Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa sedang mengadakan Kempen 'Jom Bantah Kenaikan Cukai Pintu' dengan mengumpul tandatangan penduduk untuk diserahkan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Selain itu katanya, contoh surat bantahan juga akan diedarkan kepada penduduk supaya mereka dapat menyediakan surat bantahan kepada DBKL.

Pertemuan MB dengan PM bincang agenda rakyat - Exco Kelantan

KOTA BHARU: Agenda rakyat dibincang pada pertemuan rombongan kerajan Kelantan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya pagi tadi.

Anggota Exco, Datuk Dr Mohammad Fadzli Hassan yang menyertai sama pertemuan tersebut berkata, perbincangan menyentuh kerjasama untuk faedah rakyat di Kelantan.

Antaranya keperluan asas termasuk rumah, lebuh raya, bekalan air, lapangan terbang, ECER, permohonan menaik taraf KIAS kepada kolej universiti dan pelaksanaan perundangan Syariah di Kelantan.

“Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan tertib. Perjumpaan tersebut antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat, bukan antara Umno dan PAS.

“Sebagaimana Menteri Besar jelaskah ia adalah lawatan mahabbah antara ketua kerajaan negeri dengan ketua kerajaan di peringkat pusat,” katanya dalam laman sosialnya.

Turut hadir pada pertemuan itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan anggota Exco, Datuk Hanifa Ahmad.

United Kingdom sahkan Siti Aishah masih warganegara Malaysia



Pihak berkuasa United Kingdom hari ini mengesahkan status wanita yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London adalah warganegara Malaysia dengan nama berdaftar Aishah Wahab (gambar) dan bertarikh lahir 27 Mei 1944.
Menurut Kementerian Luar memandangkan kes itu masih di peringkat siasatan, akses bagi mendapatkan maklumat lanjut adalah terhad dan tertakluk kepada Akta Perlindungan Data 1998 di bawah undang-undang tempatan United Kingdom.
Pihak berkuasa tempatan masih belum memberikan akses terus kepada mangsa setakat ini.
"Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) akan menghulurkan kerjasama sepenuhnya kepada pihak-pihak terlibat dalam membantu urusan penyiasatan," kata Kementerian Luar dalam kenyataan di sini.
Kementerian Luar melalui STM di London memantau rapi status wanita itu yang sebelum ini dijadikan hamba selama 30 tahun di Selatan London.
Kenyataan itu menyebut STM juga akan mengambil langkah susulan bagi menentukan status mangsa tersebut dari segi undang-undang.

Selangor tidak akan tangguh kenaikan gaji, kata MB


Kerajaan negeri Selangor hari ini menegaskan pendirian mereka untuk tidak menangguhkan kenaikan gaji yang dijadualkan bermula 1 Januari tahun depan kerana telah mendapat persetujuan 100% Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) menegaskan, kedua-dua Adun daripada Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) mencapai kata sepakat berhubung kenaikan tersebut, dan Dewan telah bersetuju perkara itu akan dilaksanakan.
"Saya tak akan pertimbangkan. Ia telah diputuskan Dewan," katanya kepada pemberita selepas sidang DUN di Shah Alam, hari ini.
Malah, Abdul Khalid menegaskan, sebelum perbahasan berkenaan perkara itu dilakukan, beliau telah memaklumkan kenaikan gaji itu hanya akan dilakukan dengan persetujuan Adun PR dan BN.
Adun Pelabuhan Klang itu bagaimanapun berkata, sekiranya ada mana-mana ahli Dewan yang tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut, boleh menyalurkan lebihan pendapatan mereka kepada saluran-saluran lain.
"Adun PR dan BN semua setuju. Semasa dibahaskan tiada bantahan daripada mana-mana pihak.
"Jadi kalau ada yang tidak bersetuju, boleh dermakan kepada sesiapa," katanya.
Beliau turut berkata, sehingga hari ini, selain Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, tiada pihak lain yang menggesa beliau untuk menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji tersebut.
Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) Selangor hari ini menggesa kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan adun negeri itu agar penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan.
Azmin berkata biarpun BBC tidak menolak kenaikan gaji tersebut, kadar yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah terlalu tinggi.

Azmin minta MB Selangor tangguh kenaikan gaji anggota dewan negeri


Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) Selangor Mohamed Azmin Ali (gambar) hari ini menggesa kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu agar penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan.
Azmin berkata biarpun BBC tidak menolak kenaikan gaji tersebut, kadar yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah terlalu tinggi.
Menurut Adun Bukit Antarabangsa itu, sepanjang tempoh cadangan pelaksanaan kenaikan gaji, Abdul Khalid tidak pernah berbincang dengan BBC.
"Kita tidak tahu bagaimana pelaksanaannya dan kerajaan negeri sudah umumkan semalam. Tidak ada perbincangan langsung yang dibuat bersama BBC," katanya yang juga merupakan ahli Parlimen Gombak dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.
Pagi tadi, Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar turut mengulas mengenai kenaikan berkenaan dengan menyifatkan ia terlalu tinggi dan mendadak.

Kenaikan gaji MB, ADUN sesuai dengan keadaan semasa - Ketua Pembangkang BN Selangor

Thai PM survives parliament no-confidence move

Penggulungan Perbahasan Peruntukan 2014 - Kem. Perlancongan

MP PAS Kota Bharu Bahas Peruntukan 2014 - Kem. Belia Dan Sukan

Kerajaan BN Didakwa Pilih Kasih Agih TP1M

MP tables to refer to Deputy FT minister to committee over assessment hike

MP PKR Bukit Katil Bahas Peruntukan 2014 - Kem. Perlancongan

MP PAS Pokok Sena Bahas Peruntukan 2014 - Kem. Perlancongan

Ambiga: Invest in free media for a healthy democracy

Anwar: Assemblymen's massive salary hike inappropriate

MP Serdang dakwa Bekas Pengerusi SPR Beri Kenyataan Palsu

'Ini pertemuan Kelantan-Pusat, bukan PAS-Umno' - Exco Kelantan



 
Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya hari ini merupakan urusan kerajaan negeri dan Pusat dan bukannya Umno-PAS.

Exco penerangan Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, sebagaimana dijelaskan oleh menteri besar, ia adalah pertemuan muhibah antara ketua kerajaan negeri dengan ketua kerajaan di peringkat pusat.

NONE"Ia bukan antara Umno dan PAS," kata Mohamed Fadzli (kanan) yang turut serta dalam lawatan itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Mohamed Fadzli juga berkata, pertemuan itu antaranya membincangkan "agenda rakyat", antaranya berhubung masalah perumah, lebuh raya, kemudahan asas dan pusat pengajian tinggi.

Perbincangan utama, menurutnya lagi, melibatkan perlaksanaan undang-undang Islam di Kelantan.

"Ia adalah pertemuan yang baik untuk faedah rakyat Kelantan," katanya yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan.

Naik Cukai Pintu: Percanggahan kenyataan menteri, timbalan menteri kelirukan rakyat


Ahli Parlimen Kuala Lumpur daripada Pakatan Rakyat (PR) menyelar kenyataan bercanggah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan timbalannya, Datuk J Loga Balan Mohan  berhubung pelaksanaan kenaikan cukai pintu hartanah di ibu kota.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, berkata kenyataan menteri dan timbalan menteri yang bercanggah kini mengelirukan rakyat.
“Kita kesal apabila terdapat percanggahan kenyataan hingga menyebabkan rakyat keliru kerana ia kini menimbulkan persoalan sama ada kerajaan akan menaikkan atau menangguhkan pelaksanaan cukai taksiran baru.
"Sebenarnya yang boleh membuat keputusan berhubung kenaikan cukai hanya Datuk Bandar dan bukan menteri atau timbalan. Oleh itu, jika mereka tidak tahu, baik tutup sahaja mulut,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

OMINOUS TURN: Najib's brother's bank downgraded to 'NEGATIVE' amid asset bubble fears

KUALA LUMPUR - SHARES in CIMB Group Holdings fell in early trade after international rating agency Standard & Poor's revised its rating outlook on several local banks to "negative" from "stable". The stock, however, managed to contain losses by midday as investors focused on buoyant news out of the US and regional markets.
S&P had a day ago revised its rating outlook on four banks, namely CIMB Group Holdings Bhd, AmBank (M) Bhd, RHB Bank Bhd and RHB Investment Bank Bhd (RHBIB) to "negative" from "stable", on rising economic risk due to a prolonged run-up in housing prices and household debt in the country.
S&P also lowered its long-term Asean regional scale rating on CIMB Group to 'axBBB+' from 'axA-' and affirmed its 'axA-2' short-term rating.
Of the four that ended up on the S&P 'hit list', CIMB Group is the largest with the capability to rock Malaysia's financial system in the event of any default or crises.
It is umbrella holding company for the sprawling banking group headed by Nazir Razak, the youngest brother of Prime Minister Najib Razak who is also the country's finance minister.
CIMB is also the fifth largest banking group by assets in Southeast Asia and at the end of June 2013 had over 40,000 staff and approximately 13 million customers.
Others were spared but for how long?
The ratings action was taken even as S&P reaffirmed the ratings and kept the stable outlook on four other banks, namely Malayan Banking Bhd, Public Bank Bhd, CIMB Bank Bhd and CIMB Investment Bank Bhd for their potential for receiving exceptional government support.
S&P said the negative outlook on CIMB Group, RHB Bank, AMBank and RHBIB recognises the potential for deterioration in the banks' asset quality and financial profile, if the consumer debt burden proves excessive in an unfavorable economic scenario.
The ratings agency opined that successive government efforts since 2010 to counteract the stimulatory effect of low interest rates on consumer borrowing and home prices have not been as effective as expected. It however expects more stringent measures in its recent Budget 2014 to curb property speculation to rein in prices moderately.

"You may go...I stay!!"

Masalah yang di sebut di khalayak ramai sekarang ini lebih besar dari isu-isu yang rakyat perbahaskan sebelum pilihanraya yang lalu. Isu-isu bertambah besar dan berat kerana ia melibatkan janji-janji pihak yang memenangi pilihanraya itu. Tidak usah kita kritik pembangkang jika ada lagi janji-janji mereka tidak tertunai kerana mereka tidak dapat untuk menguasai kerajaan persekutuan.
Tetapi yang menjadi isu sekarang ini ialah janji-janji BN khususnya Najib Razak, kerana janji-janji BN jika benar dilaksanakan, masakan masalah dan persekitaran politik negara bertambah meruncing? Janji-jani Najib itu bukannya janji yang susah hendak dilaksanakan jika beliau dan kabinetnya menguruskan negara dengan baik. Rakyat telah memberi lagi peluang kepada BN dalam PRU yang lepas, tetapi kali ini juga keadaan bertambah teruk dan seolah-olah negara kita sudah tiada kerajaan lagi. Semuanya tidak terurus.
Begitu cantik dan menarik segala janji-janji BN Najib. Negara akan menjadi negara termaju dan terhebat jika BN di berikan kuasa lagi. Maka rakyat tertipu lagi malahan apa yang berlaku lebih buruk dari keadaan sebelum pilihanraya lalu. Pendeknya negara kita tidak seperti negara yang mempunyai kerajaan dan pimpinan yang benar-benar bertanggungjawab terhadap negara.
Setelah pilihanraya, isu peribadi pimpinan dan juga ahli keluarga bertambah hebat dan menjadi buah mulut perbualan diantara rakyat yang ramai. Kita tidak ada masa untuk menumpukan usaha membina dan membimbing rakyat ramai tetapi segala tenaga tertumpu kepada masalah pemimpin-pemimpin. Kita berhadapan dengan sikap dan masalah pemimpin yang begitu besar dan entah bila akan dapat di selesaikan.

P'jaya Tinggi M'sia di UK sambut kakak Aishah penuh simpati - Hishammuddin Rais



 
Kakak kepada Siti Aishah Abdul Wahab, wanita Malaysia yang melarikan diri selepas 30 tahun menjadi hamba di London, sudah bertemu dengan perusuhjaya tinggi negara ini di United Kingdom bagi membincangkan perkara itu.

Aktivis Hishammuddin Rais, yang menyertai rombongan Kamar Mautum Abdul Wahab ke London berkata, kakak Aishah meminta supaya kedutaan menguruskan penghantaran suratnya kepada ketua penyiasat polis di kota itu.

y4c ethnic relationship module forum 210307 hishammuddin rais"Pak duta menyambut Cikgu Kamar dengan penuh perasaan yang simpati," katanya.

Menulis di blognya awal pagi ini (waktu Malaysia), Hishammuddin juga berkata, duta Datuk Seri Zakaria Sulong juga menjelaskan, Malaysia telah menghubungi polis London, seperti termaktub dalam perjanjian perhubungan diplomatik kedua-dua negara.

Menurutnya lagi, dalam pertemuan di Belgrave quare itu, turut hadir wakil daripada akhbar tempatan Daily Telegraph dan dua pembantu Zakaria.

Kamar Mahtum kelmarin terbang ke London bagi membuat pengecaman dengan membawa barang milik adiknya.

Mat Zain: Tak perlu laporan untuk aduan disiasat


 
Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim tidak perlu laporan polis untuk siasatan dilakukan ke atas dakwaan beliau terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

NONE"Seksyen 107 dan 107A Kanun Prosedur Jenayah berkaitan maklumat kepada polis dan kuasa mereka untuk menyiasat adalah sangat jelas," kata Mat Zain dalam mesej ringkas kepada Malaysiakini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mengatakan dakwaan dalam akuan bersumpah Mat Zain beberapa hari lalu tidak disiasat kerana tiada laporan polis diterima atas dakwaan yang diberikan.

Mat Zain dalam kenyataannya beberapa hari lalu mendakwa, beliau menyerahkan salinan akuan bersumpah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Akuan berkenaan mengandungi dakwaan salah laku Gani mengenai kes Pulau Batu Puteh .

Ahmad Zahid berkata pihak berkuasa akan mempertimbangkan untuk menyiasat jika laporan polis dibuat ke atas isu itu.

Beliau juga menyarankan perdana menteri menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasatnya kerana badan itu mempunyai skop siasatan yang lebih luas dan menyeluruh.

Kenaikan gaji MB, Exco dan Adun Selangor agak tinggi, kata Anwar


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar), berkata kenaikan gaji pemimpin tertinggi kerajaan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor agak tinggi dan dibuat secara mendadak.
Katanya, walaupun setuju dengan cadangan kenaikan gaji itu, beliau berpendapat kadar kenaikannya tidak munasabah.
"Saya setuju jika gaji dinaikkan tetapi pada pendapat saya menteri besar perlu menilai semua kadar tersebut dan memberi alasan munasabah kenaikan tersebut," katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji untuk semua 56 Adun berkuatkuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.
Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.
Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN  (RM6,109.29 kepada RM22,500); timbalan speaker (RM3,327.50 kepada RM15,750) dan Adun (RM6,000 kepada RM11,250).

Bantahan tolak cukai taksiran KL pada 16 Dis ini


 
Anggota Parlimen pembangkang Kuala Lumpur hari ini menggesa orang ramai agar menghantar bantahan kenaikan cukai taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara beramai-ramai pada 16 Disember ini, sehari sebelum tarikh tutup penyerahan bantahan.

Anggota Parlimen Batu, Tian Chua (kanan) menggesa penduduk KL yang mahu menyerahkan bantahan mereka agar berkumpul di dataran DBKL pada jam 11 pagi pada hari itu.

"Kita boleh menghantarnya secara beramai-ramai daripada menghantarnya secara bersendirian.

"Kita berkumpul di DBKL pada jam 11 pagi," kata Tian Chua pada sidang media bersama anggota Parlimen Kuala Lumpur di lobi Parlimen pagi tadi.

Muzakarah: Pas-Umno dalam situasi menang-menang..!!

SHAH ALAM - Muzakarah antara Pas dengan Umno boleh memberi situasi 'menang-menang' kepada kedua parti itu dalam meraih undi pada pilihan raya akan datang.

Pensyarah Kanan Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Prof Madya Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, situasi tersebut diperolehi ekoran 60 peratus pengundi di Malaysia adalah kaum Melayu yang beragama Islam.

Menurutnya, pengundi Islam ini mempunyai kesedaran politik dan ingin memilih perintah yang memperjuangkan agama syumul itu.

"Pas yang membuka ruang untuk bermuzakarah dan disambut baik oleh Umno mampu menaikkan imej parti masing-masing yang ingin memperjuangkan Islam.

"Pengundi Melayu yang beragama Islam adalah 60 peratus, dan mereka mengharapkan ada satu parti yang boleh memperjuangkan Islam.

"Jadi jika muzakarah berlaku antara Pas dan Umno kedua-dua parti berada dalam situasi menang-menang," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Antara PAS kawan DAP dan UMNO kawan MCA..??

Soalan 'bawa dua isteri pergi Haji' gamatkan Dewan Rakyat

Shooting incident: Kg Hakka villagers claim innocence

Muhyiddin urged to keep his RM 2.5 million pledge to Indian school

Ketua Bhgn UMNO di Wilayah bantah cukai pintu DBKL naik

Cukai pintu KL tetap naik 1 Januari - menteri

Mass rally against assessment hike

MP DAP Seputeh Bahas Peruntukan 2014 Kementerian Pelancongan

MP PAS Kuala Terengganu Bahas Peruntukan 2014 Kementerian Pelancongan







Egyptian women jailed for years over protests

MP DAP Seremban Bahas Peruntukan 2014 Kementerian Pelancongan

MP PKR PJ Selatan Bahas Peruntukan 2014 Kementerian Pelancongan

Dewan Rakyat 28 Nov 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Dua trojan horse bertanggungjawap hancurkan PKR Sabah

Dua individu tersebut masih mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Umno. Musli dikatakan kerap berhubung dengan Setiausaha Agong Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor

oleh Ghani Miyasinn
KOTA KINABALU: Dua nama yang kerap disebut-sebut sebagai trojan horse Umno dalam PKR ialah timbalan ketua penerangan PKR dan anggota MPN,  Musli Oli dan ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan.
Sumber dalaman PKR memberitahu FMT, dua individu tersebut masih mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Umno. Musli dikatakan kerap berhubung dengan Setiausaha Agong Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan menyampaikan maklumat kepada Umno setiap kali menghadiri mesyuarat MPN yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau juga mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Dr  Mohd Salleh Said.
Musli juga dikatakan mendapat dana khas daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal dalam bentuk pemberian projek bernilai lebih 20 juta sebelum menyertai PKR.Dengan wang tersebut dia berjaya mempengaruhi Pengerusi PKR Sabah untuk melantiknya sebagai angota MPN Sabah.
Namun yang ketara menonjol peranannya ialah Jelani Hamdan. Jelani berjaya meyakinkan Anwar Ibrahim untuk dipilih sebagai calun di DUN Matunggong walaupun PKR negeri pada awal-awal lagi menolak cadangan itu.

GMPP: Siapa yang raih lebih untung daripada PTPTN?

Statistik menunjukkan lebih banyak wang PTPTN disalurkan kepada pihak swasta selepas tahun 2007. Contohnya, kolej-kolej yang menawarkan kursus kejururawatan menikmati keuntungan jutaan ringgit daripada wang PTPTN

PETALING JAYA: Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) menempelak kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap yang disifatkan mereka sebagai naif, berkepentingan sendiri serta tidak peka terhadap hak pendidikan untuk semua.
Sebelum ini, Mary berkata golongan yang membayar untuk pendidikan akan lebih menghargainya daripada mereka yang menerima secara percuma.
Sambil menegaskan pendidikan percuma adalah hak rakyat dan bukannya perniagaan, GMPP juga mempersoalkan golongan mana yang mendapat keuntungan dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), anak muda atau pihak korporat.
“Kenyataan beliau yang menyatakan pendidikan harus dibayar untuk dihargai oleh penuntut adalah satu fakta songsang kerana ia tidak menyatakan maksud yang sebenar.
“Statistik menunjukkan lebih banyak wang PTPTN disalurkan kepada pihak swasta selepas tahun 2007. Contohnya, kolej-kolej yang menawarkan kursus kejururawatan menikmati keuntungan jutaan ringgit daripada wang PTPTN manakala ribuan graduan kejururawatan swasta tidak mendapat kerja kerana kelambakan dalam pasaran. Kini, lebih banyak kolej swasta diberi lesen untuk dibuka,” menurut satu siaran media GMPP yang diedarkan semalam.

Pepatah “Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih” tidak pernah berbohong...!!!


Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kertas siasatan tidak dapat dibuka berhubung dakwaan yang dibuat oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah KL, Datuk Mat Zain Ibrahim terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kerana akuan bersumpahnya bukan laporan polis, sebenarnya menimbulkan lebih banyak tanda tanya kepada umum.
Ia hampir mengesahkan kebenaran dakwaan Naib Presiden PKR, N Surendran bahawa ia merupakan konspirasi untuk menutup kesalahan yang dilakukan oleh pegawai kanan kerajaan itu sedangkan akuan bersumpah Mat Zain itu mempunyai merit untuk dilakukan siasatan.
Kenyataan Zahid ini juga bertentangan sama sekali dengan kenyaaan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar sebelum ini yang menyatakan kes yang melibatkan Gani bukanlah bidang kuasa polis untuk menyiasatnya tetapi di bawah SPRM. Khalid tidak menyebut tentang perlunya laporan polis.
SPRM pula sehingga kini masih bisu tanpa bahasa walaupun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed baru-baru ini dilantik sebagai Naib Presiden Persatuan Penguatkuasaan Anti Rasuah Antarabangsa atau IAACA dan Najib juga berbangga dengan pelantikan itu.
Jika dulu siasatan tidak dilakukan kerana dikatakan bukan di bawah bidang kuasa polis tetapi kini dikatakan pula tiada laporan polis dan akuan bersumpah bukanlah laporan polis. Nampaknya macam pelbagai alasan dan helah sedang dicari untuk tidak menyiasat Gani Patail ini.
Secara umumnya juga, isu yang dibangkitkan mengenai Gani adalah melibatkan kepentingan awam, selain pelbagai pihak juga sudah meminta agar polis menjalankan siasatan. Peguam terkenal, Karpal Singh juga berpandangan bahawa polis boleh menjakankan siasatan tanpa menunggu laporan polis kerana ia pernah belaku sebelum ini.
Bahkan, menurut Karpal, polis juga boleh membuat laporan polis mengenainya.
Namun, kiranya Zahid terlepas pandang dan mengatakan siasatan mengenai Gani tidak dapat dilakukan kerana Mat Zain tidak membuat laporan polis, sebaliknya hanya membuat akuan bersumpah, sebenarnya Solidariti Anak Muda Malaysia atau SAMM sudah membuat beberapa laporan polis mengenai Gani.
Apakah laporan polis SAMM itu tidak mencukupi dan memerlukan Mat Zain juga membuat laporan polis?

OKU buat aduan pada SPRM dakwaan 'salahguna dana zakat'

Seorang lelaki kurang upaya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan dana zakat di Johor.

Azizan Jaafar berkata, beliau telah membuat laporan itu bulan lepas selepas beliau mendakwa mendapati nilai bantuan yang berupa barangan yang diterimanya jauh lebih rendah daripada yang dinyatakan dalam arahan penghantaran.

Azizan, yang menjadi kurang upaya ekoran satu kemalangan, menganggarkan kos barangan tersebut ialah RM700 dan bukannya RM4,500 seperti yang dinyatakan.

Berikutan itu, katanya, beliau enggan menandatangani arahan penghantaran tersebut.

NONEMenurutnya, barangan tersebut berupa enam cawan untuk bekam (satu kaedah penyembuhan tradisional) dan sebuah alat pemanas tuala.

Menurut Azizan beliau tahu harga runcit pemanas tuala itu hanya RM480 manakala cawan tersebut yang pernah dibelinya sebelum ini, hanya berharga RM44 setiap satu.

Oleh itu, harga bagi enam cawan tersebut adalah RM264, katanya ketika dihubungi.

Semakan Malaysiakini di internet menunjukkan bahawa pemanas tuala itu selaku pensteril berharga anntara AS$90 (RM290.75) hingga AS$120 (RM387.68). Bagaimanapun, harga pensteril autoklaf industri (industrial autoclave steriliser)  boleh mencecah ribuan ringgit.

E-Stores menjual cawan bekam serendah RM20 untuk sekotak enam biji, bergantung kepada jenama.

Talam tuntut RM324 juta dari Yb Chua Tee Yong kerana dakwaan fitnah....

NONESyarikat pembangunan harta tanah Talam Transform Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Trinity Corp Bhd) memfailkan kenyataan tuntutan di Mahkamah Tinggi menuntut RM324 juta daripada ahli politik Datuk Chua Tee Yong, sebagai ganti rugi atas dakwaan memfitnah.

Menurut doklumen mahkamah yang diperoleh KiniBiz, Tee Yong, anak kepada Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dan anggota Parlimen Labis, Johor, pada Julai 2012 mendakwa wujudnya skandal RM1 bilion melibatkan kerajaan Selangor dan Talam.

Perincian tuduhan itu dilaporkan oleh pihak media.

Talam dalam samannya mendakwa kenyataan Tee Yong kepada The Star pada Julai dan Oktober tahun lepas sebagai fitnah.

MB Kelantan kunjung hormat PM Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (gambar) di pejabatnya di Perdana Putra di Putrajaya.
Ahmad yang ditemui sejurus selepas perjumpaan selama kira-kira 45 minit itu berkata, ia merupakan kunjungan hormat beliau selaku Menteri Besar Kelantan yang baru dilantik.
Beliau berkata, antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah berkaitan dengan pelbagai bantuan yang boleh disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.
"Contohnya berkaitan dengan infrastruktur dan juga hal lain untuk kebajikan rakyat," katanya dan menambah, isu berkaitan politik tidak dibincangkan dalam pertemuan itu.         
Ahmad tiba di bangunan Perdana Putra pada kira-kira jam 9 pagi bersama beberapa anggota exco kerajaan negeri Kelantan, dan beliau diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika memasuki pejabat perdana menteri.
Ahmad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei lalu, menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyandang jawatan menteri besar selama 23 tahun. - Bernama

UMNO lah punca utama MUZAKARAH sering gagal dilaksanakan - Yb Dr Fadli

Naik Gaji Adun: S'gor lebih minat pada kebajikan sendiri kata hisham....!!!

NONEPeningkatan gaji untuk Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seeangor membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat hanya berminat menjaga kebajikan diri sendiri daripada rakyat, kata naib presiden Umno.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, walaupun Pakatan mendakwa memperjuangkan pelbagai isu seperti kemiskinan bandan dan jurang pendapatan, tetapi peningkatan elaun bermula 1 Januari tahun depan menunjukkan sebaliknya.

Katanya, langkah kerajaan Selangor itu bukan sahaja mengabaikan kesusahan rakyat, tetapi juga mengutamakan kedudukan sendiri.

NONEDUN Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 ADUN berkuat kuasa tahun depan, dengan timbalan speaker mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar, speaker dan exco negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima ADUN dan anggota pentadbiran Sarawak.

Ia juga, menurutnya, dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat.

Pulak Dah: Cukai pintu Kuala Lumpur tetap naik 1 Januari, kata Ku Nan...


Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) mendengar penerangan ringkas mengenai jambatan Segambut - Mont Kiara. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasbullah Awang Chik, 28 November, 2013.Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) mendengar penerangan ringkas mengenai jambatan Segambut - Mont Kiara. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasbullah Awang Chik, 28 November, 2013.Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari membetulkan kenyataan timbalannya, Datuk J Loga Balan Mohan bahawa tarikh akhir bantahan kenaikan cukai pintu tetap pada 17 Disember ini dan kenaikan akan bermula Januari 2014.
Beliau berkata, meskipun kenaikan bermula tahun hadapan namun pemilik hartanah dibenarkan menangguhkan pembayaran sehingga satu keputusan muktamad dicapai di antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan warga kota.
“Kita boleh tangguh. Tapi bila kadar itu naik, tetap dinaikkan. Apa yang kami tangguhkan adalah pelaksanaan kerana 17 Disember semua bantahan akan diperoleh dan DBKL akan mendengar bantahan itu sekurang-kurangnya tiga bulan.

Jawapan untuk Noh Omar... "dah sampai masa utk umno & pas bersatu" - Yb Dr Fadzli



Dr Syed Husin Ali kenal Siti Aishah, ragui dakwaan perhambaan


Senator PKR membayangkan keraguannya sama ada wanita warga Malaysia yang baru-baru ini diselamatkan oleh polis Britain di sebuah rumah di London benar-benar terbabit dalam perhambaan seperti yang didakwa atau sebenarnya tidak.
Bercakap kepada media British Broadcasting Corporation, bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali (gambar), berkata Siti Aishah Abdul Wahab adalah seorang daripada “dua atau tiga gadis Melayu” yang terbabit dengan Maoist pada tahun 1960-an dan dua daripada mereka sudah pulang ke Malaysia untuk bekerja.
“Saya agak skeptikal mengenai perhambaan.
“Pada masa itu, kumpulan berkenaan mempunyai ideologi berpusat menyebabkan mereka mudah mengawal ahlinya, walaupun dikaitkan dengan orang lain, keadaan yang sama mungkin boleh berlaku kepada Siti Aishah,” katanya merujuk kepada zaman ketika beliau melanjutkan pelajaran di London dari 1966 hingga 1968.
Ahli politik veteran itu menggambarkan Siti Aishah, pada ketika itu berusia awal 20-an sebagai seorang yang cantik dan sangat pintar serta setia terhadap rakan dan kumpulannya.

Tahniah Buat Macai: Kerajaan UMNO@BN Bercadang Mahu Naikkan Kadar Tol Bermula Januari 2014.

Tamatnya perjalanan seorang manusia dalam SPR......

Sepanjang penglibatannya 16 tahun bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), nama Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bukan asing apabila menjadi individu kedua dalam badan tersebut yang perlu berdepan dengan pergolakan politik negara semakin mencabar.

Mengakui perjalanan karier sebagai orang penting perlu berdepan dengan cabaran sehebat jawatan itu, beliau semakin tabah dan melaluinya dengan meletakkan amanah dan tanggungjawab sebagai perkara paling utama.

Hari ini, genap umurnya 66 tahun yang secara automatik akan melepaskan jawatan itu, beliau yang akan mula bersara tetap menaruh harapan yang tinggi terhadap badan tersebut bagi menerajui pilihan raya di masa-masa akan datang.

Katanya, walaupun terpaksa berdepan pelbagai ragam dan karenah, namun demi menjalankan amanah negara, beliau yakin SPR dapat hadapinya.

“Saya lama dalam SPR, saya secara tidak langsung, saya look forward persaraan ini kerana secara mental saya  penat. Semangat kuat, mental sudah penat selama 16 tahun. Pengalaman saya dalam SPR memang banyak kerana saya masuk SPR  1998, waktu politik mula bergolak susulan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Politik sekarang sudah berubah, politik pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, wujudnya gerakan demonstrasi, jadi sejak 1998 politik di negara kita tidak menurun dan terus meningkat dan bertambah dalam erti  kata lain bergolak, setiap kali kita hadapi pilihan raya, SPR hadapi cabaran yang bertambah-bertambah sehingga PRU 13 baru-baru ini,” katanya ketika ditemubual Sinar Harian di Kompleks Media Karangkraf di sini, semalam.

Pengalaman bermakna

Yang Tak Mampu UMNO@BN Buat: Peruntukan PR Selangor masih berbaki

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor hanya membelanjakan RM3.2 bilion daripada RM3.5 bilion yang diperuntukkan untuk pembangunan dari tahun 2008 hingga tahun lalu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jumlah yang dibelanjakan itu bersamaan dengan 91.53 peratus.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah peruntukan tahunan bagi setiap jabatan untuk melaksanakan pelbagai projek dan program pembangunan dirancang.

“Bagaimanapun, beberapa kekangan seperti isu berkaitan tanah, utiliti dan sebagainya menyebabkan ada beberapa jabatan tidak mencapai tahap 80 peratus di dalam belanja pembangunan.

“Antara jabatan yang tidak mencapai tahap dalam tempoh itu adalah Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Agama Islam, Jabatan Kehakiman dan Syariah dan Jabatan Kerja Raya,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Yaakob Sapari (Adun PKR - Kota Anggerik).

Bukti idea penyatuan PAS Umno hanya tipu daya Umno

KUALA LUMPUR: Penyelesaian penyatuan umno dengan PAS ini sentiasa datang apabila umno berada dalam keadaan tersepit, kata Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

“Apabila Umno berada dalam keadaan tenang, mereka menindas kerajaan PAS, mereka menindas orang Melayu, mereka menindas umat Islam,” ujarnya dipetik blog Gendang Perang.
Berikut petikan tulisan daripada blog berkenaan.

Diharap dengan menonton video bertajuk "Nak berpadu sangat... Ambikkau!!" di bawah dapatlah semua ahli PAS yang menyokong penyatuan umno / PAS untuk berfikir semula.

Nilai keikhlasan mereka.

Menyedari tak semua suka tonton video, admin ambil inisiatif menulis semua isi penting yang menjadi hujah pemimpin PAS dalam video tersebut. YB Ustaz Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan

Inilah hujah bernas beliau,

"Penyelesaian penyatuan umno dengan PAS ini sentiasa datang apabila umno berada dalam keadaan tersepit. Apabila umno berada dalam keadaan tenang, mereka menindas kerajaan PAS, mereka menindas orang melayu, mereka menindas umat islam. Bagaimana umat Islam, orang Melayu...

"Tuan puan yang dihormati sekelian, saya nak bagi tahu.... apabila nak disatukan dengan umno, sentiasa menuding jari kepada PAS. Kononnya PAS tidak mahu bersatu.

SD Mat Zain: Sengaja ditutup untuk melindungi AG?


Keengganan Putrajaya menjalankan siasatan berhubung tuduhan terhadap Peguam Negara oleh bekas polis kanan dilihat sebagai konspirasi untuk “menutup” kesalahan yang dilakukan pegawai kanan kerajaan, kata Pakatan Rakyat.
Mereka berkata akuan bersumpah (SD) oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) membawa merit kepada siasatan tetapi sikap berdiam diri Putrajaya menunjukkan ada unsur untuk menutup perkara itu.
Ahli Parlimen Padang Serai dari PKR, N Surendran, mendakwa ini adalah senario biasa apabila membabitkan rasuah dan salah laku oleh mereka di dalam kerajaan.
“Daripada peringkat tertinggi di Putrajaya hingga ke bawah, sudah jelas mereka mahu menutup tuduhan ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Surendran berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa polis tidak akan menyiasat tuduhan dalam SD Mat Zain berikutan tiada laporan polis dibuat.
Mat Zain berkata, dua hari lalu, beliau menyerahkan salinan SD kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pegawai kanan Putrajaya, menuduh salah laku Gani berhubung kes pemilikan Pulau Batu Puteh.
Menerusi SD setebal 31 halaman itu, Mat Zain mendakwa, jutaan ringgit bertukar tangan dan didepositkan ke dalam akaun bank di Hong Kong berhubung kes Pulau batu Puteh, di mana keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berpihak kepada Singapura.

Muktamar PAS dan harga sepinggan nasi

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Sebenarnya tempoh kepemimpinan PAS yang baru dilantik hujung minggu lalu tidaklah begitu lama. Difahamkan muktamar tahun depan mungkin akan dianjakkan lebih awal, iaitu sekitar pertengahan tahun, seperti lazimnya dahulu.
Muktamar 2013 terpaksa ditangguh bagi memberi laluan kepada PRU13, Mei lalu. Ini bermakna, sesi 2013/15 tidak sampai dua tahun, lebih kurang 18 bulan sahaja. PAS memilih pemimpinnya  setiap dua tahun sekali, berbeda dengan Umno, tiga tahun.
Namun, secara praktiknya, penggal majlis tertinggi Umno mendekati lima tahun, apabila proses pemilihan sering ditangguh - perlembagaan parti membenarkan maksimum 18 bulan -- sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum.
Justeru, kepemimpinan Umno yang terpilih merupakan barisan yang bakal mengetuai parti berdepan PRU. Misalnya, pasukan yang menang baru-baru ini, iaitu gandingan lama, kecuali Ketua Puteri, dijangka mengemudi jentera kempen Umno untuk PRU14 nanti.
Bukanlah disebabkan banyak cacat-celanya tempoh dua tahun itu, tetapi dari satu segi ada pihak melihat ia agak singkat dan mungkin meletihkan jika terpaksa menghadapi proses pemilihan yang nampak tegang, seperti baru-baru ini.
(Keupayaan PAS menyerap impak negatif pertandingan jawatan tertinggi, khususnya posisi Timbalan Presiden, sejak 2003 sehingga 2013, boleh dibanggakan, tetapi ia tidak harus dipandang mudah kerana perselisihan dalaman sebuah parti berdasarkan ideologi, seperti PAS, jika tidak duruskan dengan baik, dikhuatiri membarah dengan cepat. Bermula dengan salah tanggapan, ia merebak menjadi keyakinan palsu yang disebarluaskan dalam program rasmi parti, yang kemudiannya menimbulkan salahfaham yang boleh membahagikan jamaah).
Positifnya, ia mendorong amanah dilaksanakan sebaik mungkin dalam masa terbatas, dengan pengurusan masa yang sistematik. Sekiranya saf kepimpinan perlu ditukar, disebabkan kegagalan atau kelemahan memikul tanggungjawab, maka ahli-ahli parti tidak perlu menunggu waktu lebih lama untuk melakukan pembetulan.
Dari sisi lain, segala penegasan dalam ucapan dasar Presiden PAS, apatah lagi berkaitan "Sepuluh Arahan" khusus kepada dewan-dewan, lajnah, badan perhubungan negeri, kawasan dan cawangan, juga ahli-ahli parti yang dipertanggungjawabkan sebagai Adun, Ahli Parlimen, Ahli Majlis, anggota lembaga pengarah GLC, ketua kampung, perlu diperincikan untuk diterjemahkan secara praktik dalam waktu terdekat.

BERS✔H 2.0 Tuntut SPR Hentikan Segera Persempadanan Semula

Bersih 2.0 menuntut dihentikan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang sedang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga masalah berkaitan dengannya diselesaikan.

"Bersih 2.0 sekeras-kerasnya dengan ini, sekali lagi menggesa supaya persempadanan semula yang sedang berlangsung kini dihentikan serta merta sehingga senarai pengundi dibersihkan, dan SPR yang baru perlu dilantik dengan penglibatan langsung masyarakat sivil.

"Kenyataan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ini melengkapkan lagi episod panjang kecurangan dan salah laku yang terpalit ke atas SPR selama ini.

"Walau demikian, kami percaya kecurangan ini boleh dihentikan. Namun ia perlu dilakukan sekarang," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 itu.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Bersih mengecam kenyataan umum yang dikeluarkan oleh bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkaitan keahliannya dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Menurut laporan media, beliau telah mengakui bahawa sepanjang tempoh beliau menjawat jawatan Setiausaha dan Pengerusi SPR, tiga persempadanan semula telah dijalankan untuk “mengekalkan kuasa Melayu.”

Beliau turut mengeluarkan kenyataan yang berbunyi, “Kami lakukan secara sah dan teliti. Mereka yang kalah semasa pilihan raya umum lalu mendakwa kami melakukan kesalahan. Jika betul, mengapa Barisan Nasional tewas di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor?"

Orang Sabah dan Orang Sarawak

Saya hairan mengapa timbalan menteri dalam negeri memberi amaran bahawa perbincangan mengenai 20 dan 18 perkara adalah treasonous. Orang yang bercakap mengenai penilaian semula mengenai butiran perjanjian Malaysia hanya mahukan semakan keatas butiran2 tersebut-Tidak ada sesiapa pun yang bercakap mengenai secession dari Malaysia. penilaian dan semakan ini perlu kerana butiran dalam perjanjian tersebut tidak terlaksana. Mustahil Wan Junaidi tidak boleh distinguish perkara ini.
Jika tidak kerana kematian Tun Dr Ismail yang dijadualkan mengetuai jawatankuasa penilaian perlaksanaan perjanjian tersebut, mungkin banyak perkara sudah diselesaikan. Kita semua tahu Tun Dr Ismail adalah seorang yang berprinsip dan tidak akan berkompromi mengenai janji. Apatah lagi menggunakan butiran Sabah dan Sarawak sebagai bahan poilitik dan political bargaining chip.
Jika bercakap hendak buat apa? Tangkap dibawah PCA? Jika demikian tangkap lah ahli parlimen yang bercakap mengenai hal demikian. YBM ahli parlimen Gua Musang memberi suatu syarahan mengenai ketidaklasanaan perkara 20 keatas Sabah dan 18 perkara untuk Sarawak. Bahkan Tengku Razaleigh memberitahu bahawa suatu jawatankuasa tertinggi yang diketuai oleh Tun Dr Ismail suatu masa sudah bersiap untuk menilai perlaksanaan 20 point dan 18 point.
Apa Wan Junaidi hendak buat keatas Tengku Razaleigh? Timbalan Menteri ini telah menunjukkan bahawa dia seorang yang paling intolerant dalam parliament dan bersangkaan hanya pandangan nya sahaja yang betul. Sukalah saya nyatan kepada Wan Junaidi, lawyer macam dia, is a dime a dozen. Lawyer pun banyak gred2 nya.
Sayang Tun Dr Ismail meninggal dunia sebelum sempat melihat perjanjian Malaysia dengan Sabah dan Sarawak diimplementasi sepenuhnya. Pemimpin2 semenanjung berikutnya, hanya berminat untuk mengekalkan Sabah dan Sarawak bawah kawalan mereka. Sarawak bernasib baik sebab tidak membenarkan UMNO masuk kesana.
Di Parlimen saya suduk bersebelahan YB Dorrel Leiking. Dia seorang bumiputera Sabah yang sungguh passionate mengenai Sabah dan Malaysia. ketika ramai ahli PKR Sabah keluar untuk menyertai BN, saya yakin, Dorrel Leiking tidak akan berganjak. He is a leadership material dan saya tidak akan terkejut suatu hari nanti dia boleh jadi ketua menteri Sabah. Dorrel Leiking adalah Bumiputera bukan? Takkan UMNO mahu menentang seorang Bumiputera jadi KM Sabah?

TNB POTONG BEKALAN ELEKTRIK KERANA PENGGUNA BERHUTANG SEBANYAK 1 SEN ?

Seorang pengguna di Kuantan,  Pahang, telah menerima notis arahan pemotongan bekalan elektrik dari Tenaga Nasinal Berhad (TNB) kerana berhutang dengan TNB sebanyak 1 sen sahaja.

Hanya berhutang sebanyak 1 sen ...  TNB sanggup potong bekalan ..

Miskin sangat kah TNB sekarang sampai pengguna berhutang sebanyak 1 sen pun di kejar sampai lubang cacing???

Tiap tahun bukan main lagi cerita untung ratusan juta ringgit .. pengguna tertunggak 1 sen pun beri notis nak potong bekalan.

Langsung tiada sifat ehsan sedikit pun.


Macai hutang berjuta dengan TNB tak pe..???

Diambang Bankrap: Hutang negara sekarang hampir di paras siling

KOTA BHARU: Jika dijumlahkan hutang kerajaan sebanyak RM529.6 bilion dengan jaminan kerajaan berjumlah RM147.3 bilion, ia akan membentuk sebanyak RM676.9 bilion.

Jumlah itu menyumbang kepada 68.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sedangkan paras hutang ditetapkan Akta Pinjaman Tempatan (1959) iaitu 55 peratus.

Jaminan kerajaan bermaksud hutang yang perlu dilangsaikan kerajaan sekiranya badan berkanun atau syarikat milik kerajaan gagal melunaskannya.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, situasi sekarang hutang negara berada hanya kurang 1.4 peratus lagi daripada paras siling di bawah Akta Pinjaman Tempatan (1959).

“Perlu diingatkan sekiranya angka hutang melebihi kadar 55 peratus berbanding KDNK, ia telah melebihi angka maksimum yang ditetapkan Akta Pinjaman Tempatan 1959.

“Jika ia berlaku, negara sebenarnya sudah di ambang bankrap,” katanya di sini.

Anti Islam: Mapim gesa Malaysia boikot Sukan Sea di Myanmar

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa Malaysia menimbang penyertaan dalam Kejohanan Sukan  Sea kali ke-27 yang bakal berlangsung di Myanmar bermula 1 Disember ini.

“Mengambilkira tindakan kelompok sami Buddha yang terang-terangan berkempen membenci Islam dan menyebarkan permusuhan terbuka kepada Islam dan syiar agama Islam termasuk membunuh, membakar hidup-hidup  mangsa yang diserang, membakar masjid, memusnah kubur dan madrasah Islam yang  diserang berterusan,  berbulan-bulan sejak Jun 2012, menunjukkan mereka tekad untuk melenyapkan Islam dari bumi Myanmar,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Menurutnya, demonstrasi yang terkini yang didorong sendiri oleh kerajaan Yangoon telah mempamerkan kempen membenci Islam dan masyarakat Islam secara jelas, terus disebar luas.

Katanya, setelah mereka membunuh, merampas, menyiksa, membakar dan menzalimi masyarakat Islam Rohingya, kini jelas mereka sudah secara terang-terangan menyerang Islam sebagai agama suci dan melancarkan kempen untuk menghapuskan seluruh simbol Islam di Myanmar.

Tambahnya, terkini mereka menghina Islam dengan melabelkan Islam sebagai agama haiwan ketika memprotes lawatan delegasi OIC ke Myanmar baru-baru ini untuk meninjau mangsa pelarian Rohingya Muslim yang terpaksa hidup dalam keadaan terancam.

Katanya lagi, kebencian terhadap umat Islam sangat meluap-luap sehingga seorang warga Muslim sama ada rakyat Myanmar atau orang luar akan sentiasa dipandang dengan mata permusuhan oleh semua penganut Buddha di Myanmar.

Kini, ujarnya Myanmar akan menjadi tuan rumah kepada kejuaraan Sukan Sea.

“Pada pendapat kami Myanmar hilang kelayakan untuk menjadi tuan rumah kepada kejohanan yang diadakan itu di Myanmar itu, setelah Myanmar menjadi tuan rumah sebanyak dua kali sebelum ini iaitu 1961 dan 1969.

PAC minta Kastam beri penjelasan rampasan kereta mewah


Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memaklumkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk melihat jumlah luar biasa penjualan kereta mewah di pulau bebas cukai Labuan dan Langkawi selepas rampasan beberapa kereta mewah berikutan tidak membayar duti dan cukai, baru-baru ini.
The Malaysian Insider difahamkan, jabatan tersebut sudah mengesan kenderaan mewah beberapa pemimpin korporat dan pegawai tertinggi kerajaan yang kini berhutang duti tidak berbayar dengan nilai jutaan ringgit.
Sesetengah kenderaan mewah dibawa ke tanah besar menggunakan nombor pendaftaran Gagasan 1 Malaysia atau G1M untuk menyembunyikan fakta ia dibeli di pulau bebas cukai itu yang hanya boleh dibawa keluar selama tiga bulan.
“Kastam sudah diarahkan untuk melihat jika terdapat sindiket atau orang besar ini melarikan diri daripada cukai dengan membeli kereta bebas cukai, tetapi menggunakannya di luar,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
“Kastam harus menyiasat perkara itu kerana ia merupakan hasil kepada kerajaan,” katanya.
Satu lagi sumber daripada PAC mengesahkan permintaan tersebut dan berkata, pegawai kastam akan memberi taklimat kepada jawatankuasa itu pada minggu hadapan berhubung hasil penyiasatan mereka.
“Kami mahu tahu mengapa terdapat jumlah luar biasa kenderaan mewah terjual di Langkawi tetapi tidak dapat ditemui di sana.
“Melainkan penduduk Langkawi semuanya kaya-kaya, apakah terdapat penyelewengan berlaku dan kita mahu kastam menyelesaikannya,” katanya.
Media melaporkan bulan lalu, kastam merampas 22 kereta mewah pelbagai jenama berdaftar di pulau bebas cukai Labuan dan Langkawi, bernilai kira-kira RM25.8 juta kerana tidak membayar duti kastam, menjadikannya rampasan terbesar jabatan itu tahun ini.
Ia dirampas di Lembah Klang dan Perak sehingga membawa kepada penangkapan 12 suspek berumur 20-an dan pemandu lori treler berumur 50 tahun yang membawa empat kenderaan tersebut, menurut laporan New Straits Times.
Kereta mewah pelbagai jenama itu adalah 15 Ferrari, Rolls Royce (1), Lamborghini (3), Bently (1), Porche (1) dan sebuah Nissan GTR 365.