Rabu, 27 November 2013

Thai protests target more ministries

London slavery: Siti Aishah was a cute girl

MP DAP Seputeh Bahas Peruntukan 2014 Kementerian Kesihatan

MP DAP Bakri Bahas Peruntukan 2014 Kementerian Kesihatan

MP PSM Sg Siput Bahas Peruntukan 2014 Kementerian Kesihatan

Lajim: Hanya lapan pemimpin PKR Sabah keluar parti

Datuk Seri Lajim Ukin 
KOTA KINABALU - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa hanya lapan pemimpin PKR yang keluar daripada parti itu.   

Beliau berkata tiga daripada mereka adalah ketua cabang dari Kinabatangan, Kota Marudu dan Silam.
  
"Sementara selebihnya adalah terdiri daripada pemangku, naib ketua dan ahli-ahli biasa manakala Cabang Beluran masih belum mendapat kepastian," katanya pada sidang media di Bangunan PKR di sini, hari ini.
  
Lajim memaklumkan pihaknya belum menerima surat peletakan jawatan mereka yang keluar dan menyokong Barisan Nasional (BN) sehingga petang ini.
  
Beliau berkata parti di peringkat negeri akan mengesyorkan kepada presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk memecat keahlian mereka.

MP PAS Pasir Puteh Bahas Peruntukan 2014 Kem. Kesihatan

MP PKR Kuala Kedah Bahas Peruntukan 2014 Kementerian Kesihatan

MP DAP Kampar Bahas Peruntukan 2014 Kementerian Kesihatan

MP PAS Kuala Krai Bahas Peruntukan 2014 Kementerian Kesihatan

MP PKR Gopeng Bahas Peruntukan 2014 Kementerian Kesihatan

MP DAP Sandakan Chepa Bahas Peruntukan 2014 Kementerian Kesihatan

PR ulangi pendirian bantah tuntutan Comango

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat hari ini mengulangi pendirian membantah tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang bercanggah dengan Perlembagaan negara dan menafikan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam kebebasan beragama.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyuarakan bantahan itu sambil menyatakan PR tetap konsisten dalam mempertahankan akidah dan akhlak umat Islam daripada tercemar.

"Isu ini (tuntutan Comango) bagi kita jelas, kita sebagai negara Malaysia dan Islam agama Persekutuan pendirian kita dalam menjaga kepentingan menjaga akidah, akhlak dan menghormati hak orang Islam malah tiada langkah yang mencemar Islam itu konsisten.

"Soal akhlak dan akidah ini tidak hanya terbatas kepada satu badan, kita harus tegas bahawa undang-undang negara mesti memelihara kepentingan akhlak dan akidah masyarakat Islam.

"Jadi apa saja tindakan atau usul yang bertentangan, tidak boleh diterima malah malah ditolak dengan tegas, kami konsisten," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, dekat sini, hari ini.

Selangor: Kenaikan gaji Exco, ADUN berpandukan JPM, Sarawak

khalid ibrahimSHAH ALAM 27 NOV: Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini meluluskan kenaikan gaji Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker, Ahli Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkuat kuasa 1 Januari 2014.
Ia dipersetujui sebulat suara ahli dewan yang turut mengandungi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan diluluskan mengikut Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Negeri (Saraan)(Pindaan) 2013.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ia berpandukan kenaikan sama di Sarawak dan gaji Kerajaan Pusat kepada pegawai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) kendalian Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Bercakap pada sidang DNS), beliau berkata, kenaikan dilakukan selepas mengambil kira peningkatan hasil yang diperoleh Kerajaan Negeri.
“Beban tugas yang dipikul tanpa mengira waktu, keberkesanan melaksanakan tugas dan menunjukkan hasil terus meningkat menjadi pertimbangan,” katanya, menambah kenaikan kali terakhir dibuat pada 2004.

Mesej jelas kepada rakyat Malaysia: DAP, PR akan tawan Putrajaya pada PRU-14 untuk capai Impian Malaysia


lks-sufi_MG_7500 (572)


KETUA Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, satu mesej jelas perlu disampaikan kepada rakyat Malaysia pada Konvensyen DAP negeri beberapa minggu lagi bahawa pemimpin DAP negeri bersama pemimpin peringkat kebangsaan dan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) akan menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bagi mencapai Impian Malaysia.
Katanya, perhatian kini beralih semula kepada DAP selepas Kongres Khas untuk memilih semula barisan kepimpinan DAP kebangsaan, pada 29 September lalu, pemilihan UMNO pada Oktober dan Muktamar PAS ke-59 minggu lalu yang memilih barisan kepimpinan PAS unrtuk tempoh dua tahun.
Beliau berkata, mulai hujung minggu ini, Konvensyen DAP Negeri akan memilih barisan pimpinan baru peringkat negeri dan selari dengan itu pengatur konspirasi UMNO/BN mula bekerja keras untuk memburuk-burukkan pemimpin DAP dan memecah-belahkan parti dan PR.
Pengatur konspirasi UMNO/BN menerusi media cetak dan Internet gagal untuk menghancurkan PR dan parti komponennya iaitu DAP, PAS dan PKR, sebelum, semasa, dan sepanjang enam bulan selepas PRU-13.
“Kesempatan yang baik ini perlu diambil perwakilan Konvensyen DAP Negeri yang akan diadakan sepanjang beberapa minggu akan datang untuk bersatu padu di belakang barisan kepimpinan DAP kebangsaan bagi menyampaikan satu mesej yang jelas kepada UMNO/BN dan semua rakyat Malaysia.
“Mesej jelas perlu disampaikan bahawa DAP di semua peringkat berdiri teguh di belakang pemimpin DAP kebangsaan dan dua rakan kongsi dalam PR iaitu PAS dan PKR, untuk menawan Putrajaya pada PRU-14 bagi mencapai Impian Malaysia –Malaysia untuk semua warga tanpa mengira latar kaum, agama, kelas, atau negeri yang demokrasi, tadbir urus, dan keadilan sosio-ekonomi berkembang dengan baik bagi membolehkan setiap rakyat mencapai sepenuhnya potensi mereka demi kebaikan semua dan demi kecemerlangan negara.
“Saya sudah sebutkan kelmarin bahawa ketiga-tiga parti iaitu DAP, PAS dan PKR mendapat faedah daripada kerjasama dalam PR,” katanya dalam kenyataan media.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, PAS, misalnya, sudah berkembang daripada sebuah parti yang berpengaruh umumnya di utara iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, menjadi sebuah “parti nasional” pada Pilihan Raya Umum ke-13 dengan memenangi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap negeri di Semenanjung, kecuali Negeri Sembilan.
Prestasi DAP (1999 hingga 2013)

PR tekad usaha tingkat sokongan rakyat Sabah


IMG_0492


KUALA LUMPUR, 27 NOVEMBER: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Pakatan Rakyat (PR) perlu berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan sokongan rakyat Sabah, negeri yang mempunyai 26 kerusi Parlimen, termasuk Labuan.
Katanya, Sabah secara logiknya adalah negeri paling bersedia untuk menerima perubahan kerana negeri itu berdepan dengan banyak masalah, termasuk tahap korupsi, salah urus, dan kemiskinan yang tinggi, selain kekurangan peluang kerja dan kebanjiran pendatang haram yang dikaitkan dengan masalah sosial dan keselamatan.
“Walaupun rakyat Sabah dipinggirkan dan kekayaan sumber negeri dirompak kerajaan Barisan Nasional (BN), Sabah terus kekal di tangan UMNO/BN, PR tidak harus berputus asa melihat keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), sebaliknya perlu menggandakan usaha untuk menembusi kawasan luar bandar Sabah.
“Kita perlu memenangi hati rakyat Sabah dengan membuktikan keikhlasan dan komitmen kita terhadap penduduk desa, serta membuktikan menerusi perbuatan bahawa kita tidak akan mengabaikan hak dan keperluan mereka,” katanya ketika melancar kempen Impian Sabah di Ibu Pejabat DAP, hari ini.
Beliau berkata, Impian Sabah, seperti juga Impian Sarawak adalah sebahagian daripada komitmen DAP untuk mengejar Impian Malaysia bagi membentuk negara Malaysia untuk semua rakyat Malaysia.

Kenyataan fitnah: Bekas pemandu saman pelakon Zahida Rafik

courtKUALA LUMPUR 27 NOVEMBER: Bekas pemandu Zahida Mohamed Rafik, Noor Azman Azemi memfailkan saman fitnah terhadap pelakon itu berhubung tuduhan kononnya beliau melarikan RM200,000 wang Zahida yang disiarkan di akhbar.
Noor Azman, 38, memfailkan saman itu hari ini melalui Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur.
Dalam penyata tuntutan, Noor Azman mendakwa Zahida mengeluarkan kata-kata fitnah yang kemudian diterbitkan akhbar Harian Metro pada 3 Mac tahun lepas bertajuk ‘Zahida Rafik Terkedu.’
Pada 5 Mac tahun lepas, dakwa Noor Azman, Zahida sekali lagi mengeluarkan kenyataan palsu dan berniat jahat dengan membuat pengumuman kepada orang awam dan menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang menjumpai Noor Azman atas alasan kononnya Noor Azman melarikan wang tunai miliknya.
Berikutan kenyataan fitnah itu, Noor Azman mendakwa gagal mendapat pekerjaan lain dan diburu pihak polis, hingga direman empat hari.
Sebelum ini, Noor Azman membuat laporan polis pada 13 Mac 2012 mengenai kenyataan palsu Zahida terhadap beliau.
Noor Azman dalam laporan itu menjelaskan, beliau diminta oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Shafie Apdal untuk berurusan secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu dan menyerahkan wang tunai sejumlah antara RM100,000 hingga RM200,000 kemudiannya dimasukkan ke akaun Zahida.

MAS rugi lagi, AirAsia terus untung

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan negara, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) mencatat kerugian bersih RM375 juta bagi suku tahun ketiga 2013.

Kerugian itu dialami walaupun syarikat mencatat perolehan RM3.91 bilion, meningkat daripada RM3.47 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu.

The Edge keluaran 25 Nov melaporkan bahawa kerugian MAS disumbangkan oleh peningkatan pesaing yang menjejaskan hasil dan peningkatan kos diakibatkan daripada kelemahan nilai ringgit (RM) berbanding dolar Amerika.

Akhbar yang sama   juga melaporkan lonjakan keuntungan 46 peratus diperolehi AirAsia X bagi suku tahun ketiga berakhir 30 September 2013.

Lonjakan keuntungan ini didorong oleh kempen promosi besar-besaran.

Perolehan syarikat  meningkat kepada RM601.49 juta berbanding RM486.55 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu.

PENYOKONG UMNO WAJIB BERSYUKUR .... AIR SUAM KINI 70 SEN SEGELAS!!



Pergh!!!! Sudah pasti para penyokong, pendokong dan ahli-ahli UMNO apabila melihat resit ini akan berasa megah dan gembira serta bersyukur.

Mau nya tidak .. sekarang segelas air suam di jual dengan harga 70 sen ... Menunjukkan negara kita kini sudah maju setaraf Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan.

Bersukurlah kita dan ucapkan jutaan terima kasih kepada UMNO dan para pemimpinnya terutamanya Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor.

Kita sudah ubah gaya hidup kita .. dulu tahun lepas paling mahal segelas air suam tuan punya restoran akan caj paling mahal 30 sen .. kini sudah menjadi 70 sen.

Siapalah kita tanpa UMNO/BN ... kalau bukan UMNO/BN yang memerintah negara ini,  pasti kita masih lagi minum air telaga dan sungai serta tinggal dalam hutan atas pokok pakai cawat daun.

Kaum Penan tak akan dibayar pampasan lebih, kata Taib Mahmud


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar, kiri) bertegas dengan pendiriannya bahawa kerajaan negeri tidak akan memberi lebihan bayaran kepada 100 keluarga kaum Penan yang diminta berpindah untuk projek empangan hidroelektrik Murum.
Mendakwa permintaan bayaran itu terlalu tinggi, Taib berkata kerajaan tidak akan memenuhi permintaan itu yang disifatkannya tidak akan diterima di negara lain.
100 keluarga kaum Penan yang membuat sekatan jalan ke empangan meminta pampasan RM500,000 setiap keluarga sementara kerajaan negeri hanya memperuntukkan RM15,000 bagi setiap keluarga.
"Permintaan mereka terlalu tinggi. Kerajaan akan terus menolak permintaan itu kerana tidak munasabah," katanya di Dewan Undangan Negeri Sarawak petang ini.
Ketua Menteri itu turut mengecam kaum Penan dengan mendakwa: "Apa yang mereka cuba capai hanyalah publisiti yang mengapi-apikan setelah menerima wang tajaan dari luar Sarawak."
Katanya, mereka yang terjejas dengan pembinaan empangan yang lebih besar di Baram dan Baleh di sepanjang Sungai Rajang, kerajaan akan merangka pelan penyelesaian yang dapat diterima oleh semua pihak.

Rombongan “misi mencari Siti Aishah” tiba di London


Hishamudin bersama Kamar Mahtum sebelum berlepas ke London malam tadi. Gambar fail.Hishamudin bersama Kamar Mahtum sebelum berlepas ke London malam tadi. Gambar fail.Rombongan dari Malaysia ke London dalam misi mencari Siti Aishah Abdul Wahab, wanita yang dikatakan menjadi tahanan selama tiga dekad tiba di London selepas 14 jam penerbangan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 12.20 pagi tadi, lapor Hishamuddin Rais melalui blognya.
Hishamuddin melalui blog; tukartiub.blogspot.com berkata, waktu ketibaan beliau di London adalah jam 5.30 pagi dan ketibaan rombongan berkenaan yang turut disertai kakak kepada Siti Aishah, Kamar Mahtum Abdul Wahab.
"Maaf, nama hotel tidak dapat diberitahu takut wartawan akan berkampung. Jangan marah," kata Hishamuddin dalam blognya.

Najib should resign instantaniously, together with his cabinet

Seriously, Najib has to throw his towel as the political situation of the country is insufferably unsound. The PM has to be realistically alerted that he is not able to manage this country any longer and must admit that no one within his cabinet is feasible enough to take on the mantle. Not Muhyiddin, not anyone within the UMNO Vice Presidents or none among the supreme council members can fit in to the job of reforming the nation anew.
The nation is at the point of destruction. Without swift and instantaneous actions of the current leaders, the government will plunge into the worst and distressing experience that the nation has never come across in almost six decade of independence. As I have strongly suggested in my last posting, the current set of government leaders, must go without hesitation as that is the only manner for them to grant the nation an excellent favor.
Let us not go back to write reasons or even excuses for the needed change, as there is no more time for debate and public polemics. The time has come for every one to agree that this nation must set new and innovative political reconstructions. Najib and the prevailing set of Cabinet Ministers and party supreme council members (UMNO) are unfit to formulate and initiate the changes we are dreadfully in need.

MKPN: Pemimpin UMNO Tiada Harga Di Mata Najib

Apabila bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mengkritik Najib dengan mengatakan kepimpinannya semakin lemah dan sering tunduk kepada tuntutan kumpulan ekstremis pembangkang, beberapa pemimpin UMNO segera tampil menyanggah pandangan itu. Menurut mereka, keterbukaan Najib tidak seharusnya ditafsirkan sebagai tunduk dan lebih mendengar tuntutan pembangkang.

Namun demikian, dua hari lalu Najib mengumumkan penubuhan Majlis Konsultansi Perpaduan Negara atau MKPN sebagai usaha mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum di negara. MKPN ini diberi tempoh selama enam bulan untuk memberi cadangan kepada kerajaan bagi tujuan itu.

Cuba lihat ahli-ahli MKPN ini:-

Pengerusi - Samsudin Osman
Timbalan Pengerusi - Lee Lam Thye

Ahli majlis:

Ramon Navaratnam
Pheng Yin Huah
Napsiah Omar
Dr Michael Yeoh Oon Kheng
Johan Jaafar
Senator Boon Soom a/l Inong
Dr Mujahid Yusof Rawa
Clarence Bongkos Malakun
John Sikayun
Lim Kok Cheong
Saifuddin Abdullah
Zainal Abidin Abdul Kadir
Rugayah Abdul Majid
Dr Kantayya Mariapan
Prof Madya Dr Madeline Berma
Prof Dr Suresh Kumar a/l Govind
Dr Bilson Kurus
Tan Yew Sing
Lim Chee Wee
Lim Lam Thye
Sadar Jagir Singh
Marina Mahathir
Mohamed Maliki Mohamed Rafiee
Mohamad Anas Omar @ Anas Zubedy
Wardina Safiyyah
Ariff Irwani Azahari
Audrey Goh

Di mana pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO dalam majlis itu? Kalau PAS diwakili oleh Ahli Parlimen dan AJK Pas Pusathya, Dr Mujahid Yusof Rawa, apakah menjadi suatu kesalahan dan dosa bagi Najib untuk melantik Ahli Parlimen UMNO atau dari kalangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO menganggotai majlis itu?

Bangkit isu roboh kuil, 2 MP Pakatan diarah keluar dewan

KUALA LUMPUR: Persidengan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan dua ahli parlimen diarah keluar dewan oleh yang Dipetua Dewan Rakyat.

Sivarasa Rasiah (PKR-Subang) menjadi ahli parlimen pertama dihalau keluar dewan hari ini kemudian dikuti V.Sivakumar (DAP-Batu Gajah).

Kedua dua mereka dihalau ketika sesi perbahasan Belanjawan 2014 peringkat jawatankuasa melibatkan Kementerian Wilayah Persekutuan, krtika cuba membangkitkan isu perobohan sebahagian kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur.

Sivarasa dihalau ketika sesi perbahasan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, manakala Sivakumar dihalau oleh Timbalan Yang Dipertua Datuk Ismail Mohd Said.

Pandikar Amin Mulia mengeluarkan perintah itu selepas beberapa kali mengarahkan Sivarasa duduk dan tidak membangkitkan perkara itu kerana sudah dibangkitkan sebelum ini oleh Anggota Parlimen Padang Serai, N Surendran.

Sivarasa bagaimanapun bertegas mahu bertanyakan perkara itu kepada Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan Jaganathan yang menjawab soalan hari ini.

Ekoran itu, Pandikar menggunakan kuasanya mengarahkan Sivarasa keluar dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 44(2).

Johoreans are paying higher water tariff than most Malaysians

MP PAS Pkln Chepa Bahas Peruntukan 2014 Kementerian Kesihatan

Penggulungan Perbahasan Peruntukan 2014 Kem Perusahaan, Perladangan & Komoditii

MP PAS Sepang Bahas Peruntukan 2014 Kem Perusahaan, Perladangan & Komoditi

MP PKR Pandan Bahas Peruntukan 2014 Kem Perusahaan, Perladangan & Komoditi

MP PAS Pasir Puteh Bahas Peruntukan 2014 Kem Perusahaan, Perladangan & Komoditi

MP PKR Kelana Jaya Bahas Peruntukan 2014 Kem Perusahaan, Perladangan & Komoditi

MP DAP Batu Gajah Dihalau (Pembelaan Isu Kuil)

Penggulungan Perbahasan Peruntukan 2014 Kementerian Wilayah Persekutuan (Part 1 & 2)

Sivarasa booted out for raising temple demolition issue

Timbulkan isu kuil diroboh, Speaker arah Sivarasa keluar dewan

'BN more concerned about Comango than spying'

DBKL tangguhkan kenaikan cukai taksiran kerana tekanan MP dan Rakyat

Isu roboh kuil: Sivakumar pula diarah keluar dewan oleh speaker

KPN: Siti Aishah dikehendaki polis kerana aktiviti komunis

Isu Pengintipan: Anwar Dakwa Kerajaan UMNO 'Lembik'

Umum kenaikan sebelum pilihan raya umum - Hanipa

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) mencabar kerajaan melaksanakan polisi setiap kenaikan dilakukan sebelum pilihan raya umum.

Jelasnya, perkara itu bagi memastikan sama ada rakyat menyambut baik serta menerima alasan yang diberikan atau menolak polisi yang membebani mereka.

"Saya melihat kenaikan cukai pintu yang dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah tidak munasabah serta membebani rakyat.

"Saya cabar kerajaan jika nak melaksanakan kenaikan buat sebelum pilihan raya jangan selepas pilihan raya baru umum segala kenaikan.

"Kita tidak mahu rakyat terus ditipu dengan segala janji-janji mengatakan tidak akan ada kenaikkan tetapi selepas pilihan raya segalanya berlaku," ucap beliau ketika berbahas di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia (KWPKB).

Katanya lagi, kerajaan mahupun DBKL perlu mengambil kira tentang pendapatan rakyat yang semakin tertekan akibat kenaikan harga barang keperluan.

Cover Line: Akuan bersumpah bukan laporan polis, jadi tiada siasatan, kata Menteri Dalam Negeri


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini berkata akuan bersumpah yang dibuat oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim bukanlah laporan polis, oleh itu tiada siasatan diperlukan mengenai dakwaan dalam akuan berkenaan.
Mat Zain telah mengeluarkan satu kenyataan beberapa hari lalu mendakwa bahawa beliau telah menyerahkan satu salinan akuan bersumpah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Akuan berkenaan mengandungi dakwaan salah laku Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengenai kes Pulau Batu Puteh .
Ahmad Zahid berkata pihak berkuasa akan mempertimbangkan untuk menyiasat jika laporan polis dibuat ke atas isu itu. Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa akuan itu tidak dilampirkan dengan laporan polis yang menyebabkan tiada kertas siasatan dibuka.
Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita di pusat latihan polis berikutan pemberian Pingat Kedaulatan Negara kepada pegawai dan kakitangan daripada Cawangan Khas.

Ketua Polis Negara sahkan wanita London Siti Aishah


Seorang wanita dipercayai Siti Aishah dilihat dalam sebuah dokumentari yang disiar rangkaian televisyen Britain ITV pada tahun 1997. - Gambar dari YouTube, 27 November, 2013.Seorang wanita dipercayai Siti Aishah dilihat dalam sebuah dokumentari yang disiar rangkaian televisyen Britain ITV pada tahun 1997. - Gambar dari YouTube, 27 November, 2013.Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan seorang daripada tiga wanita yang diselamatkan selepas 30 tahun menjadi hamba di London adalah Siti Aishah Abdul Wahab.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat sahkan sama ada masih lagi berstatus warganegara Malaysia atau tidak selepas tidak pulang ke negara ini sejak lebih 30 tahun.
"Sekitar tahun 1970an, dia dikehendaki polis Malaysia kerana terlibat dalam kegiatan komunis. Dia dikesan bergerak di kalangan aktivis pelajar yang ada tendesi gerakan kiri," katanya.
Kakak Siti Aishah, Kamar Mahtum (dua dari kiri), bersama aktivis Hishamudin Rais, ketika di KLIA sebelum berlepas ke London, semalam. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 November, 2013.Kakak Siti Aishah, Kamar Mahtum (dua dari kiri), bersama aktivis Hishamudin Rais, ketika di KLIA sebelum berlepas ke London, semalam. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 November, 2013."Bagaimanapun, Siti Aishah lari ke London di mana kita terus mengawasi pergerakan beliau. Oleh kerana United Kingdom mengamalkan kebebasan bersuara, Siti Aishah bergerak di kalangan aktivis pelajar di sana," kata Khalid.
Khalid menjelaskan, "Siti Aishah bukan lagi menjadi buruan polis kerana apa yang dilakukan sudah 30 tahun berlalu, jadi tidak perlulah kita jadikan ia isu lagi sekarang."
Oleh itu katanya, jika Siti Aishah mahu pulang ke Malaysia, dia bebas berbuat demikian kerana polis tidak lagi akan menangkap dia.
Kakak Siti Aishah, Kamar Mahtum berangkat ke London malam tadi bersama aktivis Hishamudin Rais dalam usaha membawa pulang adiknya itu.

Hentikan persempadanan semula kawasan pilihan raya, tuntut Bersih 2.0


Bersih 2.0 menuntut agar SPR bersikap lebih telus dalam semua aspek. Gambar fail. 
Bersih 2.0 menuntut agar SPR bersikap lebih telus dalam semua aspek. Gambar fail.Bersih 2.0 menuntut dihentikan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang sedang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga masalah berkaitan dengannya diselesaikan.
"Bersih 2.0 sekeras-kerasnya dengan ini, sekali lagi menggesa supaya persempadanan semula yang sedang berlangsung kini dihentikan serta merta sehingga senarai pengundi dibersihkan, dan SPR yang baru perlu dilantik dengan penglibatan langsung masyarakat sivil.
"Kenyataan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ini melengkapkan lagi episod panjang kecurangan dan salah laku yang terpalit ke atas SPR selama ini.
"Walau demikian, kami percaya kecurangan ini boleh dihentikan. Namun ia perlu dilakukan sekarang," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 itu.
Dalam satu kenyataannya hari ini, Bersih mengecam kenyataan umum yang dikeluarkan oleh bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkaitan keahliannya dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Menurut laporan media, beliau telah mengakui bahawa sepanjang tempoh beliau menjawat jawatan Setiausaha dan Pengerusi SPR, tiga persempadanan semula telah dijalankan untuk “mengekalkan kuasa Melayu.”
Beliau turut mengeluarkan kenyataan yang berbunyi, “Kami lakukan secara sah dan teliti. Mereka yang kalah semasa pilihan raya umum lalu mendakwa kami melakukan kesalahan. Jika betul, mengapa Barisan Nasional tewas di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor?"
Bagi Bersih, kenyataan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa penggarisan semula sempadan pilihan raya berdasarkan kaum tersebut dilakukan dengan “cara yang sah” dan “teliti” ternyata satu kenyataan tidak jujur.

Ini Harta Mereka Yang Punya: Dana TP1M diagihkan menurut pertimbangan politik?





 
PKR hari ini mempersoalkan sama ada politik menjadi punca kegagalan negeri Selangor menerima sebarang dana dari Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) berjumlah RM500 juta yang diperuntukkan kerajaan Persekutuan bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).

Dana itu sepatutnya disalur kepada pangsapuri kos rendah dan kos sederhana rendah tetapi Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) mendakwa, tiada satu pun flat kos rendah di Selangor diberikan kelulusan untuk menerima dana itu.

Sementara di Pulau Pinang pula, katanya, hanya empat daripada 119 permohonan dana diluluskan.

Pulau Pinang dan Selangor adalah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

"Menakjubkan apabila tiada satu projek pun diluluskan di Selangor. Selangor dan Pulau Pinang mempunyai kepadatan rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah yang tinggi," kata Sim pada sidang media di perkarangan Parlimen pagi tadi.

MP PKR Subang dihalau keluar dewan.. digantung 10 hari

Sivarasa booted out of Parliament for raising temple demolition issue again

PKR Subang MP R. Sivarasa was booted out from Parliament for bringing up the demolition of the 101-year-old Sri Muneswarar Kaliyaman Hindu temple.
Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kicked out the two-term MP for raising the issue which was already brought up by other MPs previously and had been answered by Federal Territories Minister Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
He will be allowed back into Parliament on Monday.

Bekas pemandu peribadi Zahida fail saman fitnah

zahida rafik
 KUALA LUMPUR - Bekas pemandu peribadi kepada pelakon Zahida Rafik, memfailkan saman fitnah terhadap pelakon wanita berkenaan ekoran penyiaran satu artikel dalam sebuah akhbar harian, tahun lalu.

Saman difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, pagi tadi, melalui Tetuan Daim & Gamany.

Noor Azman Azemi, 39, selaku plaintif menamakan Zahida atau nama sebenarnya Zahida Mohamed Rafiq, 37, sebagai defendan.

Menurut penyataan tuntutan yang dikemukakan kepada mahkamah, Noor Azman yang merupakan anak saudara kepada penyanyi popular era 80-an, Dayangku Intan itu mendakwa, defendan telah mengeluarkan kata-kata fitnah kepada pemberita akhbar berkenaan yang menyebabkan penyiaran sebuah artikel bertajuk ‘Zahida Rafik Terkedu’ pada 3 Mac tahun lepas.

Kenyataan itu dibuat selepas Zahida membuat satu laporan polis yang memohon plaintif disiasat di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

MP BN tak puas hati ‘Reformasi’ bergema di Dewan Rakyat

Hee_Loy_SianKUALA LUMPUR 27 NOVEMBER: ‘Reformasi’ bergema di Dewan Rakyat hari ini sebaik Ahli Parlimen (MP) Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian (gambar) melaungkan ungkapan keramat itu sewaktu memulakan soalan.
Laungan yang menghangatkan Dewan Rakyat itu mencetuskan tidak puas hati beberapa Ahli Parlimen BN dan mereka membuat bising sebelum Speaker menegur agar senyap.
“Saya jemput Tuan Hee Loy Sian,” kata Speaker.
“Terima kasih, Salam Reformasi. Soalan saya nombor dua Datuk Speaker,” kata Hee membuatkan beberapa Ahli Parlimen BN mencebik-cebikkan mulut dan membuat bising.
“Sila Yang Amat Berhormat Menteri,” balas Speaker.
Ketika Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari bangun dan membacakan Bismillahirahmanirrahim…, sekumpulan Ahli Parlimen BN sekali lagi membuat bising kerana masih tidak berpuas hati terhadap laungan oleh pemimpin KEADILAN itu.
“Jam 1 baru ada durian Yang Berhormat, tak payah makan durian sekarang,” kata Speaker menyindir Ahli Parlimen BN itu merujuk durian yang disediakan di belakang dewan persidangan.
Laungan Reformasi mula terkenal dan menjadi semangat anak muda di negara ini sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim difitnah sehingga dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 1998.
Sehingga kini, laungan itu terus bergema dalam mana-mana program anjuran KEADILAN dan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar.

Kerjasama: DAP, PAS dan PKR capai keputusan terbaik

Dalam pilihanraya umum tahun 1999, ketika berdepan dengan cabaran empat parti Barisan Alternatif yang terdiri dari DAP, PAS, PKR, dan Parti Rakyat, juru strategi dan propaganda Umno/BN menggunakan pendekatan lidah bercabang dalam kempen mereka dengan memberi amaran kepada orang Melayu bahawa “DAP + PAS = Islam Hancur” dan pada masa yang sama mereka memberitahu Cina bahawa undi untuk DAP sama dengan undi untuk PAS dan Negara Islam, sebuah negara yang tidak mempunyai babi, alkohol, kuil, gereja, karaoke, dan sekolah Cina; semua perempuannya perlu menutup kepala; perempuan cantik tidak akan mendapat kerja; dan hukuman potong tangan dan kaki akan dilaksanakan.

Umumnya, pengundi Melayu dalam pilihanraya tahun 1999 tidak terpedaya dengan helah tersebut, sedangkan pengundi Cina menjadi mangsa pembohongan dan gertakan Barisan Nasional. PAS lalu muncul sebagai pemenang terbesar dalam Barisan Alternatif apabila ia berjaya memenangi 27 kerusi parlimen, 98 kerusi negeri, dan membentuk kerajaan negeri Terengganu selain Kelantan yang memang telah dikuasainya, manakala DAP berdepan kekecewaan besar apabila berjaya mendapatkan hanya 10 kerusi parlimen dan 11 kerusi DUN. PKR memenangi 5 kerusi parlimen dan 4 kerusi DUN.

Dalam Pilihanraya Umum 2013, berdepan dengan cabaran Pakatan Rakyat, penyusun strategi dan propaganda Umno/BN kembali menggunakan pendekatan lidah bercabang dan menyebarkan pembohongan. Mereka mengingatkan Melayu bahawa PAS akan menjadi boneka DAP, manakala Cina pula diingatkan bahawa DAP akan menjadi alat PAS.

Tidak seperti Pilihanraya Umum 1999, pengundi Cina tidak termakan umpan Umno/BN dalam pilihanraya tahun 2013. Bagaimanapun, tidak seperti Pilihanraya Uum ke-10, pembohongan yang disebarkan oleh Umno telah memberi dampak pada pengundi Melayu.

Natijahnya, Umno berjaya mendapat keputusan lebih baik dalam PRU13 berbanding tahun 2009 dengan menambah 9 lagi kerusi, iaitu dari 79 kepada 88 kerusi, hasil daripada perubahan undi di kalangan pengundi Melayu luar bandar.

Berdasarkan sempadan kawasan pilihanraya sekarang, dengan mengambil kira undi 55 peratus sebagai “kerusi selamat”, BN kini mempunyai 82 kerusi selamat dan 51 kerusi majoriti tipis, manakala Pakatan Rakyat mempunyai 60 kerusi selamat dan 29 kerusi tipis.

DAP lancar “Impian Sabah dan Sarawak” pecah deposit tetap BN

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang semasa sidang akhbar Pelancaran Kempen Impian Sabah di Ibu Pejabat DAP. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 November 2013. 
Pemimpin DAP, Lim Kit Siang semasa sidang akhbar Pelancaran Kempen Impian Sabah di Ibu Pejabat DAP. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 November 2013.DAP telah melancarkan inisiatif terbaru untuk memenangi hati dan pemikiran rakyat pedalaman Sabah dan Sarawak,  sebagai sebahagian daripada usaha parti itu untuk berkempen dalam pilihan raya umum akan datang.
Impian Sabah adalah satu inisiatif untuk membantu membekalkan sumber dan infrastruktur yang diperlukan seperti sistem bekalan air kecil dan empangan mikro hidro elektrik ke kampung-kampung terpencil dan miskin di kawasan pedalaman negeri ini.
Ia adalah satu daripada strategi terkini dalam pergerakan DAP Impian Malaysia yang bermula selepas pilihan raya umum ke-13.
Ia juga mengikuti jejak langkah inisiatif Impian Sarawak yang dimulakan September lepas.
Seperti Impian Sarawak , projek-projek di dalam Impian Sabah lebih kecil dan dibiayai sama ada daripada sumbangan orang ramai atau penaja korporat. Projek-projek dilaksanakan oleh ahli-ahli parti dan sukarelawan atau yang bukan dalam parti.
Pelancaran Impian Sabah sebagai persediaan DAP menghadapi PRU14. Gambar The Malaysian Insider oleh Aifi Abd Halim, 27 November, 2013.Pelancaran Impian Sabah sebagai persediaan DAP menghadapi PRU14. Gambar The Malaysian Insider oleh Aifi Abd Halim, 27 November, 2013.Bagi projek pertama, Impian Sabah akan membina sebuah sistem air graviti di sebuah kampung Kadazandusun dipanggil Kampung Samparita Laut di Kota Marudu.
Menurut setiausaha publisiti DAP Tony Pua, kampung berkenaan yang tidak mempunyai bekalan air ironinya adalah kawasan Parlimen Datuk Dr Maximus Ongkili, menteri yang bertanggungjawab bagi perihal air negara.
"Inilah waktu terbaik untuk melancarkan 'Impian Sabah' untuk menghantar 'Agen-agen Impian Malaysia'," ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya pada pelancaran itu.

Tak Hadir Mahkamah: Waran tangkap terhadap blogger Papagomo

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang mengendalikan blog kontroversi Papagomo.

NONEHakim Mohammad Adib Husain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan yang difailkan oleh bekas isteri Wan Muhammad, Bellina Omar Sharifuddin Chin supaya dikeluarkan waran tangkap berikutan kegagalan plaintif hadir di mahkamah.

Wan Muhammad terbabit dalam kes mahkamah dengan bekas isterinya kerana didakwa melanggar hal berkaitan penjagaan dua anak perempuan pasangan tersebut.

Pada 2 September, mahkamah memerintahkan penulis blog itu supaya mengembalikan kedua-dua kanak-kanak yang berusia empat dan dua tahun itu, kepada bekas isterinya, tetapi Wan Muhammad tidak berbuat demikian.

Kalau mansuh AP, mansuh juga lesen judi, selar Perkasa ke atas cadangan Daim


Perkasa tidak bersetuju dengan saranan Daim Zainuddin untuk menghapuskan AP yang dikatakan akan menjejaskan peniaga Bumiputera. Gambar fail. 
Perkasa tidak bersetuju dengan saranan Daim Zainuddin untuk menghapuskan AP yang dikatakan akan menjejaskan peniaga Bumiputera. Gambar fail.Perkasa hari ini membidas kenyataan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang mencadangkan pemansuhan Permit Import (AP) kereta kerana ia bakal menghapuskan rezeki Bumiputera.
Naib Presiden Perkasa Malaysia Dr. Zubir Harun menegaskan, sekiranya AP kereta import ingin dihapuskan, kerajaan perlu menghapuskan lesen-lesen perjudian termasuk lesen nombor ramalan.
"Jangan ada pihak mudah mendapat keuntungan dengan perniagaan yang umat Islam tidak boleh sertai seterusnya menjana dana untuk perniagaan lain sehingga Bumiputera tidak mampu bersaing dalam apa juga perniagaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Tun Daim sebelum ini mencadangkan kerajaan agar mempertimbangkan cadangan memansuhkan AP bagi membantu mengurangkan kos memiliki kereta di negara ini.
"Memansuhkan AP bermakna harga kereta lebih murah untuk rakyat," katanya.
Perkasa bagaimanapun melahirkan rasa hairan semasa Tun Daim menjawat jawatan Menteri Kewangan dahulu, beliau tidak terfikir menghapuskan AP.
"Janganlah sudah menjadi ahli korporat yang kaya-raya, mahu pula rezeki bangsa sendiri. Hairan....bila cadangan dan hujahan orang asing kata harga kereta akan lebih murah jika AP ini dihapuskan, secepat kilat bekas menteri ini menyokongnya.
"Sedih bila pemimpin Melayu mudah bersetuju dengan orang asing walaupun ia akan merugikan bangsa sendiri," katanya.
Dr Zubir turut mempersoalkan, apakah benar AP import kereta yang hanya sekitar 6% daripada jumlah keseluruhan kereta didaftarkan dalam setahun itu membuatkan harga kereta dalam negara ini tinggi?

Pakatan states sidelined in 1M'sia maintenance fund?

Sidang Media Lebuhraya Rakyat- YB Hj Hanifa Ahmad

Dewan gelak timbalan menteri kata tak semua perkara pakai logik

MP PAS Kuala T'ganu Bahas Peruntukan 2014 Kem. Wilayah Persekutuan

MP PAS Sepang Bahas Peruntukan 2014 Kem Wilayah Persekutuan

MP DAP Kepong Bahas Peruntukan 2014 Kementerian Wilayah Persekutuan

MP PKR Wangsa Maju Bahas Peruntukan 2014 Kem. Wilayah Persekutuan

MP DAP Seputeh Bahas Peruntukan 2014 Kem. Wilayah Persekutuan

Kes hamba London: Reaksi keluarga

MP DAP Cheras Bahas Peruntukan 2014 Kem Wilayah Persekutuan

MP PKR Batu Bahas Peruntukan 2014 Kem. Wilayah Persekutuan

DBKL naik cukai pintu 300% bersifat balas dendam

KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan membantah sekeras-kerasnya tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaikkan cukai pintu 300 peratus secara mendadak dan tidak masuk akal.

Penyelarasnya, Azmir Mustafa berkata, warga kota hidupnya penuh kesempitan, ditambah pula dengan kenaikan harga petrol, kenaikan harga barang-barang keperluan harian, namun kerajaan terus menghukum rakyat yang menolak mereka.

Justeru, ujarnya SAMM menyifatkan tindakan itu adalah satu siri balas dendam terhadap warga Kuala Lumpur kerana hampir semua parlimen kekal di tangan pembangkang sedangkan kerajaan telah 'melabur' dengan jumlah yang besar menjelang PRU13.

Kenyataan penuh seperti di bawah.

Belum pun lagi mencapai tempoh setahun dalam pembentukan kerajaan Malaysia selepas Pilihan raya Umum ke-13, warga Kuala Lumpur telah dikejutkan dengan satu lagi 'bala' yang diberikan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional, iaitu dengan kenaikan cukai pintu sebanyak 300 peratus.

Solidariti Anak Muda Malaysia Wilayah Persekutuan (SAMM Wilayah) membantah sekeras-kerasnya akan kenaikan cukai ini secara mendadak dan tidak masuk akal.

Apa yang ofensif sangat tentang jadi 'seperti ahli politik Umno'?


Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Chong Chieng Jen yang digantung daripada menghadiri sidang dewan kerana mengatakan bahawa Menteri Pelancongan negeri, Datuk Abang Johari Openg seperti 'ahli politik Umno', mahu tahu apa yang ofensif sangat tentang istilah tersebut.

Chong juga ingin tahu mengapa Abang Johari tidak mahu menyokong resolusinya sebagai syarat untuk beliau menarik balik kenyataannya itu.

Dua resolusi yang dicadangkan oleh Chong untuk diluluskan oleh DUN Sarawak ialah Umno tidak baik dan Sarawak tidak mengalu-alukan Umno, manakala yang lain ialah kerajaan negeri akan memastikan Umno tidak dibenarkan menubuhkan cawangan di Sarawak.

bn candidates announcement pbb hq 030411 abang johariDalam perbahasan belanjawan Jumaat lepas, Chong, yang
merupakan ADUN Kota Sentosa, berkata menteri berkenaan (kiri) lebih seperti seorang ahli politik Umno.

Chong berkata, beliau meletakkan dua syarat untuk menarik balik kenyataannya ialah kerana mendakwa terdapat kebimbangan yang wajar bahawa Abang Johari akan membawa Umno ke Sarawak.

"Kita tahu Abang Johari telah lama mempunyai hubungan yang rapat dengan Umno. Beliau mempunyai banyak sokongan dari Umno.

"Kebimbangannya ialah jika beliau memegang jawatan tertinggi (ketua menteri), beliau akan membawa Umno ke Sarawak. Oleh itu, apabila beliau tidak berani menyokong resolusi saya, maka mesti ada sesuatu di belakangnya ," kata Chong.

Ketika menjelaskan penggantungannya itu kepada media, Chong berkata lambat laun akan terdapat perubahan kepimpinan dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan orang yang kemungkinan besar menggantikan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud adalah Abang Johari yang kini merupakan timbalan presiden PBB.

MP DAP Segambut Bahas Peruntukan 2014 Kem Wilayah Persekutuan

MP PKR Lembah Pantai Bahas Peruntukan 2014 Kem Wilayah Persekutuan

Dewan Rakyat 27 Nov 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Artikel Fitnah: Teresa, Utusan capai penyelesaian luar mahkamah

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim hari ini menarik balik dua samannya terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan kolumnis, Datuk Mohd Zaini Hassan berhubung dua buah artikel yang disiarkan dalam akhbar itu pada 2008, lapor Bernama.

Pada 9 Okt 2008, Teresa memfailkan saman itu dengan mendakwa artikel bertajuk ‘Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya’, yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada 10 Sept 2008, membawa maksud beliau seorang yang tidak boleh dipercayai, ahli politik yang jahat, bersikap perkauman dan anti-Islam.

Teresa mendakwa artikel itu disiarkan semula dan diedar di seluruh Malaysia dan dunia menerusi perkhidmatan online Utusan, dan akibatnya, reputasi dan kewibawaan beliau tercemar di dalam negeri dan di peringkat antarabangsa.

38 Pemuda MIC dilarang mengundi 30 Nov ini




Tiga puluh lapan anggota perwakilan Pemuda MIC termasuk ketua Pemuda yang baru dipilih C Sivarraajh dilarang mengundi pada pemilihan parti peringkat nasional pada 30 November, berikutan beberapa keraguan yang timbul.

Ini diumumkan oleh setiausaha agung parti A Sakthivel di ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur hari ini.

Bercakap kepada Bernama ketika dihubungi, beliau berkata keputusan itu dibuat oleh jawatankuasa pemilihan parti berikutan dakwaan berlaku penipuan undi dan salah laku pada pemilihan sayap Pemuda MIC Kebangsaan pada 16 November.

Pada pemilihan itu, Sivarraajh mendapat 278 undi, 44 melebihi undi penentangnya, timbalan ketua pemuda V Mugilan.

Pemimpin politik Sarawak mahu masyarakat faham Perjanjian Malaysia


Pemimpin politik dari Sarawak menggesa kerajaan negeri meminta pendapat awam berhubung Perjanjian Malaysia dengan mengadakan forum awam di negeri itu.
“Ia berguna kepada rakyat untuk memahami perjanjian ini,” kata setiausaha PKR See Chee How (gambar) seperti dilapor Borneo Post.
See mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Tan Sri Dr James Masing ketika mengingatkan Putrajaya berhubung perjanjian itu yang dimeterai pada 1963 berkata, Sarawak dan Sabah perlu mendapat hak yang sama seperti di Semenanjung Malaysia dan bukannya dilayan sebagai negeri ke-12 atau ke-13 persekutuan.
“Apa yang kami mahu adalah semua pihak patuh kepada Perjanjian Malaysia dan menghormati syarat yang telah dimeterai.
“Kami mahu kepentingan dan hak dalam perjanjian itu serta kerajaan persekutuan memenuhi tanggungjawab mereka,” katanya.
See berkata masing-masing tidak perlu risau berhubung semakan perjanjian itu kerana ia tidak akan membawa petunjuk negatif kepada Sarawak.
Parlimen bulan ini menolak usul tergempar dibentangkan Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking dari PKR yang meminta jawatankuasa khas menyemak semula perjanjian 18 dan 20 perkara untuk Sabah dan Sarawak.

Timbalan pengerusi SPR bersara wajib esok...Selamat jalan Wan Ahmad..!!!

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar akan bersara wajib bermula esok setelah berkhidmat dengan suruhanjaya itu selama 16 tahun.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata persaraan Wan Ahmad adalah mengikut Perkara 114 (3) Perlembagaan Persekutuan bahawa seorang anggota SPR adalah terhenti memegang jawatan apabila mencapai umur 66 tahun.

Beliau berkata Wan Ahmad memegang jawatan sebagai timbalan pengerusi itu sejak 17 Disember 2004 dan beliau bertanggungjawab selaku pengerusi Jawatankuasa Panel Penerbitan, Pendidikan Pengundi, Latihan, Penerangan dan Komunikasi SPR.

"Beliau juga telah membantu SPR mengetuai beberapa pasukan kerja dalam SPR untuk mengkaji penambahbaikan SPR dan urusan pilihan raya di negara ini," katanya.

Urusetia SPR dakwa ia 'ikut arahan Abdul Rashid'

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar enggan mengulas kenyataan bekas bosnya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa sempadan pilihan raya sengaja diubah supaya orang Melayu kekal berkuasa.

constituencies delineation forum 080613 wan ahmadBagaimanapun, Wan Ahmad (kiri), yang merupakan setiausaha
SPR semasa persempadanan semula terakhir dijalankan pada tahun 2002, menegaskan bahawa pihak urusesia sekadar menerima arahan dari suruhanjaya tujuh anggota itu, yang diketuai oleh Abdul Rashid.

Dalam SPR, katanya, anggota (suruhanjaya) itulah yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab, manakala setiausaha dan para pegawainya hanya melaksanakan perkara yang diputuskan (oleh mereka) .

Pada tahun 2002, katanya kepada Malaysiakini, beliau merupakan setiausaha SPR, dan bukan dalam kedudukan untuk berbuat apa-apa yang lain, dan beliau hanya melaksanakan keputusan yang dibuat oleh Abdul Rashid sebagai pengerusi pada masa itu.

Wan Omar, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut, terutamanya mengenai apa yang dilaporkan dikatakan oleh Abdul Rashid itu kerana beliau (Wan Omar) belum membaca laporan tersebut.

Police arrest dozens in Egypt

PRU14: PAS takkan berjaya tawan Johor, kata Puad

PAS banyak bergantung kepada sokongan orang Cina. Sebab itu yang dapat kerusi lebih di Johor dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ialah DAP, bukannya PAS 

PETALING JAYA: Umno yakin bahawa usaha PAS untuk menawan Johor pada pilihan raya akan datang tidak akan berhasil kerana sokongan masyarakat Melayu johor masih utuh bersama mereka.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata usaha itu tidak akan berjaya kerana Pakatan Rakyat (PR) banyak bergantung kepada sokongan orang Cina untuk mendapatkan kerusi di Johor.
“PAS sendiri banyak bergantung kepada sokongan orang Cina. Sebab itu yang dapat kerusi lebih di Johor dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ialah DAP, bukannya PAS. PAS gagal mendapatkan sokongan orang Melayu,” katanya apabila dihubungi oleh FMT semalam, mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mengatakan PAS akan musnahkan Umno apabila menawan Johor kelak.
Beliau turut mempersoalkan keutuhan kerjasama parti-parti komponen PR yang disifatkannya sebagai rapuh.
“Saya juga yakin kerjasama dalam PR tak sekukuh mana. Kita boleh nampak dalam muktamar PAS baru-baru ini banyak pihak yang mempersoalkan tahaluf siyasi (kerjasama politik) mereka dalam PR,” katanya lagi.
Beliau berkata, terdapat perpecahan dalam PAS terutamanya dari golongan ulama yang tidak menyenangi tahaluf siyasi bersama PR diteruskan.

Kakak Siti Aishah ikrar tidak pulang selagi tidak jumpa adik


Kamar Mahtum Abdul Wahab membawa harapan untuk bertemu adiknya Siti Aishah di London. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 November, 2013.Kamar Mahtum Abdul Wahab membawa harapan untuk bertemu adiknya Siti Aishah di London. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 November, 2013.Kakak kepada Siti Aishah Abdul Wahab yang dipercayai terkurung selama 30 tahun di kota London akibat "perhambaan psikologi" berikrar melakukan apa sahaja asalkan dapat bertemu adiknya.
Kamar Mahtum Abdul Wahab yang berlepas ke Britian malam tadi berkata, walaupun masih belum pasti 100 peratus Siti Aishah adalah adiknya, tetapi, naluri hatinya tetap teguh dengan kepercayaan itu.
“Jika saya tidak dapat berjumpa dengannya, saya tidak akan pulang ke Malaysia,” katanya kepada The Malaysian Insider di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.
Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.
Dua lagi wanita terbabit ialah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian, 30 tahun.
Akhbar Daily Mail semalam mendedahkan nama wanita termuda di antara ketiga-tiga tahanan itu bernama Rosie Davis.
“Jika dia adalah adik saya, saya gembira. Tetapi, apakah beliau gembira bila berjumpa saya?” kata Kamar, seorang pesara guru.
“Adik saya mungkin berubah, tetapi saya ada firasat. Allah bagi kita ‘the sixth sense.’ Saya akan tetap tahu dia adik saya jika dia benar-benar adik saya.”
Kamar berkata, apa sahaja yang Siti Aishah lakukan, wanita itu sudah membayar segala kesalahannya.
“Mereka harus bantu saya. Mesti tolong saya,” katanya merujuk kepada Pejabat Kedutaan Malaysia di United Kingdom.
“Nak buat apa dia duduk di London. Lebih baik balik sini. Dia pelajar yang pintar. Dia patut lakukan sesuatu untuk negara,” katanya sambil menahan sebak.

Wakil PAS sertai persidangan anti rasuah PBB di Panama


(Gambar: Datuk Kamaruddin bersama Menteri JPM Datuk Paul Low dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim)

PANAMA CITY: PAS turut menyertai Persidangan Anti Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCAC) di Panama City, yang bersidang untuk tahun ketujuh tahun ini bermula 25 hingga 29 November ini.

Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) yang hadir selaku wakil Parlimen Malaysia turut menjadi salah seorang ahli panel pada sesi anjuran Global Organisation of Parliamentarians Against Corruption (GOPAC) di sidang ini.

Selain beliau, turut serta sebagai wakil parlimen Malaysia adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan dan juga dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diketuai  ketua pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Pada persidangan itu juga turut menyaksikan Abu Kassim dilantik sebagai Naib Presiden International Association of Anti-Corruption Authorities (IAACA).

More to quit Sabah PKR??

Defector Jelani Hamdan blamed PKR de facto leader Anwar Ibrahim for the mess in Sabah PKR.

KUALA LUMPUR:  Matunggong assemblyman Jelani Hamdan claims that at least 20 to 25 Sabah PKR leaders from their respective divisions are expected to quit the party in a second wave of resignation.
Sabah PKR is simmering with widespread dissatisfaction following the 13th general election.
Jelani, together with  11 Sabah PKR divisional have thrown their support behind Barisan Nasional, claiming too much interference from national PKR leaders.
“We’ve lost confidence in the PKR leadership at the federal and state levels. Although Sabah PKR was given the autonomy, ironically, the authority comes from an individual,” he told reporters after their resignation from the PKR was announced by Prime Minister Najib Tun Razak here yesterday.
Among those who quit were 10 division chiefs and one division information chief.

Hidup Putera, Musnah Bumi!

Bumi-Putera. Putera dihadapan, bumi dibelakang. yang kaya dan kuat dan gemilang lagi terbilang ialah putera2 bangsawan, putera pemimpin atasan, putera Melayu terpilih. Putera pemimpin UMNO dan yang bersekongkol dengan mereka. Golongan bumi ketinggalan dibelakang dipaksa menerima keadaan mereka sedmikian sebagai ketentuan. 
Kalau UMNO sudah hebat menjalankan dasar diskriminasii positif nya, mengapa kedudukuan ekonomi  orang Melayu masih ketinggalan? Bumiputera Sabah dan Sarawak masih yang tercorot. Sabah dan Sarawak negeri yang termiskin sedangkan negeri2 ini kaya dengan sumber pertumbuhan ekonomi dan rakyat nya sudah ramai yang cerdik?Dasar UMNO yang memiskinkan mereka.
UMNO mengaplikasi kuasa nya keatas rentak ekonomi mulai 1970. 43 tahun selepas nya, kita , terutama UMNO menjerit sana dan sini Melayu ketinggalan dibelakang? Kenapa jadi begini sedangkan pengendali dan pengemudi dasar2 nya ialah UMNO sendiri? 
95% peratus pegawai kerajaan adalah Melayu- KSU2 nya hampir semua Melayu, ketua polis daerah dan negeri hampir semua Melayu. Setiausaha2 kerajaan negeri tidak ada yang bukan Melayu. MB2 nya kecuali Pulau Pinang adalah Melayu dan Bumiputera. Raja2 nya tentulah 100% Melayu jati kecuali satu dua nanti yang akan jadi raja tidak 100% Melayu. Hampir semua lapisan pimpinan dan pembuat keputusan adalah Melayu tapi pendapatan Melayu setakat ini secara purata ialah 4457 sebulan? Cina RM6366, India RM5233 dan Bumiputera lain RM 3843.
Apa hal begini?

SPR nafi persempadan semula bagi pertahan kuasa Melayu Umno..!!

Proses persempadanan semula yang akan dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lama lagi, tidak akan dilakukan dengan tujuan untuk melindungi kuasa politik Melayu, kata Pengerusi SPR, Abdul Aziz Abdul Yusuf.

Sebaliknya, kata beliau, proses itu akan mengikuti prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"SPR tidak menjadikan mempertahankan kuasa Melayu sebagai prinsip untuk membuat proses persempadanan," katanya dalam mesej teks SMS kepada Malaysiakini.

NONEAbdul Aziz ( kanan) menegaskan  bahawa SPR dipandu mengikut
jadual 13 Perlembagaan Persekutuan - Perkara 113, fasal 2, 3, 3A, 6, 7, 8, 9 dan 10, serta Perkara 116 dan 117 serta Bahagian 1 dan 11 Jadual 13.

Bahagian-bahagian Perlembagaan Persekutuan itu antara lain menyatakan bahawa sempadan pilihan raya mesti mengambil kira persekitaran dan jumlah pengundi tempatan.

"SPR memberi pertimbangan tentang jumlah pengundi, keluasan, kemudahan pentadbiran daerah dan kerajaan tempatan, kemudahan perhubungan, kesenangan masyarakat sama ada bandar, separuh bandar atau luar bandar.

"Seberapa boleh menggambarkan komposisi penduduk Malaysia," katanya lagi.

Abdul Aziz  menyatakan demikian sebagai menjawab persoalan mengenai sama ada proses persempadan semula itu nanti, akan dilaksanakan berikut prinsip-prinsip seperti yang dilakukan sebelum ini.

Surat terbuka kepada TNC HEPA UMP

 Datuk,

Sebelum saya meneruskan penulisan saya ini, baik kiranya saya memperkenalkan terlebih dahulu latar belakang diri saya. Saya merupakan mahasiswa tahun akhir bagi jurusan Kejuruteraan Pembuatan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan. Anak jati negeri Selangor kelahiran Sabak Bernam dan menetap di Serendah, Hulu Selangor. Pernah terlibat secara langsung dalam badan kepimpinan pelajar dengan memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012. Demikian serba sedikit biodata ringkas yang dapat saya kongsikan berkaitan diri saya dan saya yakin dan percaya pihak datuk secara peribadi sudah sedia mengenali diri saya.

Suka untuk saya perjelaskan disini bahawa tujuan surat ini dikemukakan bukan bermatlamat untuk mengaibkan serta memburukkan mana-mana pihak, tetapi ia adalah satu bentuk respons spontan yang hadir atas rasa penuh amanah dan tanggungjawab untuk memberi pandangan, kritikan serta tindak balas dengan melontarkan kritikan membina demi keadilan semua pihak. Saya mengenali datuk secara lebih dekat semasa bergelar sebagai YDP MPP UMP sesi 2011/2012, mengikut maklumat yang saya miliki datuk berpindah ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) sekitar tahun 2010 dan dimaklumkan juga datuk merupakan rakan karib Prof Dato’ Daing Nasir semasa di Universiti Sains Malaysia (USM).

 Tujuan utama surat ini dikongsikan adalah hasil tindak balas terhadap peristiwa hitam dalam sejarah PRK UMP kali ini yang berlaku sepanjang proses penamaan calon semalam yang bertarikh 25/11/2013, bersamaan hari ini bertempat di Astaka UMP Gambang. Adalah satu perkara yang amat dikesali apabila terhebahnya berita beberapa orang calon yang tidak dibenarkan bertanding atas alasan yang tidak munasabah daripada pihak datuk.

Menurut keterangan yang saya perolehi secara terus daripada calon yang terlibat antara alasan yang dikemukakan adalah masalah pointer yang tidak konsisten (hal ini tidak tercatat dan digariskan secara bertulis dalam mana-mana peraturan tatacara pemilihan MPP) walaupun terdapat calon yang memang rendah tetapi atas kuasa budi bicara calon tersebut diperkenankan percalonan beliau, calon merupakan mahasiswa yang terlalu aktif berpersatuan dan diarah untuk bertanding pada sesi hadapan, calon tersebut merupakan calon diploma, dan bermacam-macam lagi alasan yang tidak masuk akal dan didatangkan dengan justifikasi yang jelas dan kukuh. Hal sebegini cukup menimbulkan pelbagai keraguan, persoalan yang tidak berkesudahan oleh segenap mahasiswa yang menuntut jawapan secara bertulis dan terbuka.

Berdasarkan pengalaman saya dalam PRK UMP, sesi penamaan calon kali ini menyaksikan begitu ramai calon yang tidak dibenarkan bertanding akibat tidak diperkenankan oleh pihak TNC HEPA mahupun pihak dekan fakulti.Adalah satu malapetaka besar kepada seluruh mahasiswa UMP apabila hak mereka untuk memilih sendiri pemimpin pilihan mereka disusun-atur dan dimanipulasi oleh pihak JHEPA bagi memastikan calon-calon mesra, patuh dan tunduk kepada JHEPA diberi laluan mudah untuk bertanding.

Malaysia Bakal Bankrap Jika BN Terus Memerintah Negara

Pakatan Rakyat (PR) mengecam kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam yang mendakwa negara harus melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika tidak mahu menghadapi kemungkinan bankrap.

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berkata, negara tidak akan terlepas daripada masalah bankrap selagi kerajaan tidak mengurus tadbir kewangan dengan baik dan pelaksanaan GST bukan penyelesaian untuk mengelak daripada masalah itu.

“GST ini bukannya ‘miracle cure’, ia tidak bermakna dengan laksanakan GST negara tidak akan bankrap.

“Isu bankrap bukan kerana sesebuah negara laksana GST atau tidak. Kita lihat Hong Kong, tidak ada GST tapi tetap bankrap. Negara maju lain seperti USA tidak ada GST. Najib kata laksana GST atau hadapi kemungkinan bankrap seperti Greece. Ini salah dan untuk pengetahuan Najib, Greece ada GST, GST mereka adalah 21 peratus tapi tetap bankrap.

“Jadi, isu asas sesebuah negara bankrap bukan dengan melaksana GST, isu pokoknya adalah akibat amalan rasuah, pemborosan, pembaziran dan ketirisan,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

ROS steps into MIC

ROS has ordered the MIC Cheras division to sort out its issues immediately following a complaint received over the manner in which its meetings were held.
PETALING JAYA: The Registrar of Societies (ROS) has directed MIC to iron out problems in its Cheras division as the issue could affect the party’s annual general assembly scheduled for Nov 30.
In a letter to MIC secretary-general A Sakthivel dated Nov 21, ROS  deputy director-general Alias Mamat said they had received a complaint from K Palanisamy, the Cheras MIC division deputy chief, on the running of the division’s 14 branch meetings.
Palanisamy wrote that the meetings were held simultaneously on July 21 at the Cheras MIC division office in Taman Kobena, Cheras.
“The complainant (Palanisamy) stated that he was unhappy with the meetings being held simultaneously and questioned how these meetings were conducted.
“He also alleged that the meetings were not conducted and only documents such as invitations to the meetings were printed.
“He feels this should not have happened and if it did happen, then it could derail the party’s annual general assembly scheduled for Nov 30,” Alias said in his letter to MIC.
The letter was furnished to FMT by sources.
The ROS hoped that the management of the party would take “appropriate” action in the matter.
“The Department (ROS) hopes that appropriate action be taken so that it would not cause problems in the running of the party’s AGM,” said Alias.
Youth election results suspended

When Parliament says spying on M'sia not an urgent issue, you know SOMETHING IS VERY WRONG!

When Parliament says spying on M'sia not an urgent issue, you know SOMETHING IS VERY WRONG!The parliament today rejected an emergency motion filed by Bukit Katil MP Shamsul Iskandar Md Akin to condemn the alleged spying on Malaysia by to condemn the United States, Australia and Singapore.
Worse, there is zero response by Prime Minister Najib Razak as well.
Parliament Speaker Pandikar Amin rejected Shamsul’s motion with excuse saying the Foreign Affairs Ministry had acted on the matter and as such, stressed that there was no urgency to debate the matter.
However, Shamsul disagreed. He argued that a strong message must be sent to those allegedly involved in spying.
“The failure of government especially our prime minister to come out with a strong stance is causing this despicable act to continue,” argued Shamsul.
The PKR Youth chief said other countries leaders like Brazil, Germany and Indonesia had reacted strongly by demanding for apology and cancelling trip to Washington to show their disgust over US and Australia’s spying activities in their countries.
US and Australia’s spying activities was thrust to global limelight by American whistleblower Edward Snowden who revealed the existence of a global espionage network by both countries.
Yesterday, Snowden upped the ante by alleging that Singapore had aided an intelligence group to spy on Malaysia.
US embassy in Kuala Lumpur was listed by Snowden as one of the monitoring station to tap telephones and monitor communication networks using XKeyscore, a top-secret intelligence tool.
Foreign Affairs Minister Anifah Aman said the government expressed grave concern on the alleged spying activities and would be summoning Singapore high commissioner for explanation tomorrow.
The question now is how long this spying activity has been on-going?
And how much data foreign countries now hold on Malaysia and its leaders?
Is this why our leaders are hesitating to make a strong condemnation over the alleged spying activity?

St Thomas schools in Kuantan moved out rather than pay RM1 rent, says priest

Tired of being taken for granted for 60 years, the Catholic church earlier this year suggested that the Education Ministry pay a token rental for the use of its land in Jalan Gambut, Kuantan, on which the St Thomas schools stand.
The response they received was that the school would move out by next month and that the ministry would hand over the keys to the church by June next year.
The parish priest of St Thomas Church, Father Mitchel Anthony Joseph, felt that the ministry’s reaction was rather mean-spirited.
“What can we do if they want to move out instead of paying us minimal rent, and it can be even just RM1? We just did not want to be taken for granted," Mitchell said, stressing that the church was not responsible for the ministry's decision to vacate the St Thomas schools.
He said that for 60 years, the schools had been operating on the land without paying a single sen.
He told The Malaysian Insider that in 2008, the church under the Archbishop of Kuala Lumpur and Montfort Brothers, had informed the ministry that they needed the land back.
However, two years ago, the Kuantan Municipal Council tried to acquire the land on which the secondary school sits, in the church taking the matter to court through a judicial review application.
The Government agreed to withdraw its planned acquisition of the church land and it was recorded in court as “consent of all parties involved” in January this year.

Apa kesudahan muzakarah Pas, Umno.,.!!

SHAH ALAM – Sekali lagi Pas menyatakan kesediaan bermuzakarah dengan Umno, mengulangi kembali hasrat yang dahulunya tidak bernoktah.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden menjelaskan, tujuan itu tidak lain adalah untuk melaksanakan pemerintahan Islam di negara ini, pada sesi penggulungan Muktamar Pas ke-59, Ahad lalu.

Apakah yang sebenarnya yang dimahukan Pas jika bermuzakarah dengan Umno? Adakah Pas mahukan satu perbincangan yang lebih holistik di mana persetujuan Umno untuk melaksanakan hudud?

Atau mungkin Pas mahukan sedikit ruang diberikan kepada mereka mentadbir Putrajaya? Soalan-soalan yang klise inilah sebenarnya bakal menjadi titik noktah pada pertemuan itu nanti, jika ianya benar-benar berlaku.

Ia juga tidak lari daripada persoalan mengenai ketidakadilan sistem pentadbiran kerajaan hari ini yang dianggap banyak penyelewengannya. Namun, sejauh mana isu-isu seperti rasuah, ketirisan dan ekonomi ini dapat memberi ‘mata penting’ kepada Pas.

Abdul Hadi ketika sidang media terakhir muktamar hujung minggu lalu menegaskan, Pas sudah bersedia dengan jentera terutamanya barisan ulama muda berdepan Umno. Namun, apakah hanya barisan ulama dapat menyelesaikan segala kemelut dirasakan tidak adil dalam negara terutamanya kepada pembangkang.

Bagaimana keyakinan Pas untuk menyatakan perkara ini pasti berlaku? Kesediaan seperti ini pernah dilaungkan beberapa kali. Namun apabila Mursyidul Am Pas sendiri, Datuk Abdul Aziz Nik Mat menggeleng tidak menyokong, muzakarah seperti berkubur tanpa batu nisannya. Hasrat itu terlebur sahaja.

Kini, ia kembali semula, juga hasrat daripada Abdul Hadi sendiri. Menerusi ucapan penggulungannya dalam muktamar lalu yang menyebut, ‘mari bersatu demi Islam, satu bahtera, kiblat kita, kiblat Islam dalam masyarakat majmuk.’

Muktamar 59: Makna air mata pemimpin Pas

Makna air mata pemimpin Pas
ADA babak air mata di Stadium Malawati, Shah Alam petang Ahad lalu. Husam Musa sebak ketika berucap. Salahuddin Ayub turut mengesat air mata di tempat duduknya.

Tuan Ibrahim yang kembali semula ke kerusi yang pernah diduduki, pun juga melantun nada syahdu dalam ucapan penangguhan. Semuanya menangisi tersingkirnya Mahfuz Omar dari kerusi Naib Presiden Pas yang mereka masing-masing menangi!
   
Bagi Husam, kerana dialah Mahfuz tersingkir. "Datuk Mahfuz pemimpin yang lebih baik daripada saya tetapi kerana saya dapat lebih 16 undi daripada dia, dia tidak lagi jadi Naib Presiden kita," katanya dalam nada yang tersekat-sekat.

Jangan! Janganlah sesiapa mengatakan Husam berpura-pura atau buat-buat. Inilah semangat setiakawan yang ada dalam Pas. Walaupun dalam perkara lain Pas sudah banyak berubah, semangat setiakawan sesama pemimpinnya masih tidak berubah. Kalau parti lain, bersaing rebut jawatan bukan hanya mencetuskan dendam bermusim malah mungkin dibawa ke liang lahad!

Mahfuz hanya ketawa, menepuk-nepuk belakang rakan-rakannya yang menang ketika mereka datang memeluknya selepas menyampaikan ucapan. Rasanya semua yang ada dalam Stadium Malawati petang itu benar-benar mengkagumi dan menyanjung tinggi Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Namun langit tidak selalu cerah. Esoknya, ketika hadir di Dewan Rakyat untuk membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 bagi Kementerian Pertahanan, kekalahan Mahfuz jadi bahan usikan penyokong kerajaan.
Bagi Mahfuz sendiri, barang kali pada masa itu baru dia terasa azab kekalahan, membalas usikan mereka dengan berkata: "Walaupun tak ada jawatan (dalam parti), saya mai (datang) awai (awal) untuk lawan Umno!"
Berangin sungguh Pesuruhjaya Pas Kedah itu sepanjang perbahasan hingga ada yang mengatakan dia melepas geram kalah dalam pemilihan Pas di Dewan Rakyat.

Patutlah Ibrahim Ali tak jadi Pemandu Teksi... dah dapat habuan rupanya..bila kenyang diam ler dia..!!!!

UiTM
Patutlah hasratnya untuk menjadi Pemandu Teksi sepenuh masa untuk menyara kehidupannya setelah kalah dalam PRU13 lalu dilupakanya begitu saja.. dah dapat habuan rupanya dia..

Ingat lagi tak suatu masa dulu, setelah merasakan dirinya dah tak langsung dipandang oleh Najib, Ibrahim Ali merajuk... kononnya nak jadi Pemandu Teksi sepenuh masa..

Ini laporannya..


KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali hari ini secara serius berkata akan menimbangkan untuk menjadi pemandu teksi sepenuh masa untuk menyara kehidupan beliau.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai status beliau selepas pilihan raya umum ke-13. Veteran politik itu kalah kepada calon PAS, Nik Abduh Nik Aziz di kerusi Parlimen Pasir Mas di Kelantan.

“Saya akan bersama Perkasa sepenuhnya sebagai presiden akan tetapi saya juga perlu menyara kehidupan saya. Saya mungkin akan memohan permit teksi. Saya tidak kisah kerana saya suka dengan kehidupan yang ‘simple’ – sederhana,” tegas Presiden Perkasa.

Ketika ditanya mengenai penglibatan beliau didalam dunia politik Ibrahim berkata dia masih di dalam politik kerana Perkasa adalah satu badan NGO yang politikal.

Selain itu, Perkasa telah sebulat suara untuk tidak masuk campur didalam pilihanraya gkecil Kuala Besut di Terengganu. “Kami tidak akan berkempen untuk sesiapa. Kami akan menjadi pihak yang berkecuali untuk kali ini”

Dua tiga bulan berlalu... tiba-tiba Ibrahim Ali dah tak menyerang Najib lagi dan tak pula menjadi Pemandu Teksi..

Rupa-rupanya dah dapat habuan.. patutlah diam saja dia..

Ibrahim Ali telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah UiTM...

Isu Peguam Negara: Berdiam Diri Bukan Lagi Jawapan Terbaik..!!!

Pendedahan terbaru yang dibuat oleh bekas pegawai kanan polis, Mat Zain Ibrahim bahawa Peguam Negara, Gani Patail menerima sejumlah wang yang besar dalam transaksi yang berlaku di Hong Kong dalam kes kehilangan Pulau Batu Puteh, bukanlah isu yang boleh dipandang ringan. Tuduhan ini jelas membawa maksud bahawa Gani telah menerima rasuah dan kemudian membuat pembelaan yang lemah supaya pulau yang begitu strategik itu jatuh ke tangan Singapura.

Lebih-lebih lagi, Mat Zain membuat dakwaan ini bukanlah di tepi jalan atau melalui surat layang yang mungkin boleh ditafsirkan sebagai tuduhan tanpa bukti dan melulu, tetapi melalui akaun bersumpah yang jelas kewibawaannya. Beliau tentunya tidak akan membuat dakwaan sedemikian dalam akaun bersumpah jika tidak mempunyai bukti mengenainya.

Sebagaimana dakwaan melalui ucapan atau kenyataan dalam sidang akhbar pun terdedah kepada tindakan saman, membuat dakwaan dalam akaun bersumpah pastinya lebih mengundang risiko undang-undang yang lebih besar kiranya dakwaan yang dibuat itu palsu dan tidak berasas.

Oleh itu, sikap berdiam diri Gani Patail dalam hal ini bukanlah tindakan yang boleh diterima. Setelah sekian banyak tuduhan dan dakwaan dikaitkan terhadap dirinya, dakwaan beliau menerima rasuah sehingga mendorong kehilangan Pulau Batu Puteh ini adalah tuduhan yang serius dan memerlukan jawapan. Setidak-tidaknya beliau mengambil tindakan undang-undang terhadap Mat Zain.

Gani tiada alasan lagi untuk berdiam diri dan berharap segala dakwaan terhadapnya akan dilupakan seiring dengan peredaran masa. Berdiam diri hanya membuktikan beliau bersalah dan dakwaan Mat Zain mempunyai asas serta kebenarannya.

Begitu juga dengan Perdana Menteri, Najib Razak turut tidak boleh sekadar berdiam diri dan membisu dalam hal ini. Jika Gani mempunyai tanggungjawab untuk membersihkan namanya jika dakwaan itu tidak benar, Najib pula sebagai Perdana Menteri mempunyai tanggungjawab moral kepada rakyat dalam isu ini.