Selasa, 26 November 2013

GST atau tidak, negara tetap berdepan risiko bankrap..!!!

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) mengecam kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam yang mendakwa negara harus melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika tidak mahu menghadapi kemungkinan bankrap.

Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Utara) berkata, negara tidak akan terlepas daripada masalah bankrap selagi kerajaan tidak mengurus tadbir kewangan dengan baik dan pelaksanaan GST bukan penyelesaian untuk mengelak daripada masalah itu.

Katanya, GST bukannya ‘miracle cure’, ia tidak bermakna dengan melaksanakan GST negara tidak akan bankrap.

“Isu bankrap bukan kerana sesebuah negara laksana GST atau tidak. Kita lihat Hong Kong, tidak ada GST tapi tetap bankrap. Negara maju lain seperti USA tidak ada GST.

“Najib kata laksana GST atau hadapi kemungkinan bankrap seperti Greece. Ini salah dan untuk pengetahuan Najib, Greece ada GST, GST mereka adalah 21 peratus tapi tetap bankrap,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Jadi, kata beliau isu asas sesebuah negara bankrap bukan dengan melaksanakan GST, isu pokoknya adalah akibat amalan rasuah, pemborosan, pembaziran dan ketirisan.

Kakak Siti Aishah berangkat ke London malam ini


Kamar Mautum  bersama Hishamudin dan Dean Nelson di KLIA untuk penerbangan ke London. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 November, 2013. 
Kamar Mautum bersama Hishamudin dan Dean Nelson di KLIA untuk penerbangan ke London. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 November, 2013.

Keluarga kepada Siti Aishah Abdul Wahab yang dipercayai menjadi "hamba psikologi" selama 30 tahun di Britian berangkat ke ibu kota negara itu malam ini untuk bertemu kembali sesudah berpuluh tahun terpisah.
Menurut Kamar Mautum Abdul Wahab yang merupakan kakak kepada Siti Aishah, pertemuan ini memang sudah lama ditunggu-tunggu oleh keluarga semenjak ibunya masih hidup lagi.
"Saya tidak pasti sama ada dia masih ingat pada saya, akan tetapi saya percaya dia pasti kenal saya" kata Kamar kepada The Malaysian Insider apabila ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi.
"Saya berharap dia berada dalam keadaan baik, terjaga, kesihatannya baik dan mendapat pertolongan dan perhatian diperlukan," katanya sambil air mata berlinangan di pipi.
Kamar yang merupakan bekas guru itu percaya pihak Kedutaan Malaysia akan memberi khidmat sepenuhnya kepada Siti Aishah dan keluarganya di atas semua urusan berkaitan dengan kes ini sehingga beliau pulang ke tanah air.
Turut bersama mengiringi Kamar ke London adalah bekas anak muridnya, Hishamudin Rais dan wartawan The Telegraph, Dean Nelson.

Thai protesters besiege more ministries

Pengulungan Peruntukan 2014 - Menteri Kem. Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatann


MP PKR Bayan Baru Bahas Peruntukan 2014 Kem. Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

MP DAP Batu Gajah Bahas Peruntukan 2014 Kem. Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

MP DAP Bakri Bahas Peruntukan 2014 Kem. Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

MP PKR Petaling Jaya Selatan Bahas Peruntukan 2014 Kem. Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatann

DHPP: Sahabatku Jefri Chua...

Dr Azman Ibrahim

Saya catatkan di sini antara perkara yang paling menyentuh hati berlaku pada hari Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Malawati, Shah Alam baru-baru ini dan saya kreditkan tulisan ini kepada sahabat baik saya Saudara Jefri Chua, Timbalan Pengerusi DHPP Terengganu.

Saya mengenali Jefri Chua sebagai seorang kawan dan sahabat. Selalu apabila ada kesempatan bertemu, kami selalu duduk berbincang, berkongsi pendapat dalam banyak hal, walau tak selalunya pendapat kami selari tetapi beliau mempunyai sikap menghormati pendapat orang lain dan bersedia untuk berbincang.

Di Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini, beliau dengan mesra datang ke tempat duduk perwakilan PAS Setiu, mengambil tempat di sebelah saya dan sambil mengikuti perbahasan dari perwakilan, sebagaimana biasa sikap ramahnya dengan tak pernah surut, beliau berceloteh memberikan pendapat tentang perkara itu ini juga bertanya tentang itu ini... 

Ditunjukkan kepada saya gambar beliau memegang sebuah buku tulisan Datuk Ismail Kamus bertajuk ‘Indahnya Hidup Bersyariat’ yang sedang dibacanya. Saya hanya memberikan komentar ringkas, “buku ini sebuah buku yang baik untuk dibaca, isinya mudah difahami...”

Tanpa diduga, saya terkedu serta mengalirkan air mata, bila beliau bertanya soalan yang tak dijangka, "Apa yang you rasa bila suatu hari nanti saya menjadi seorang Islam?"

Jawab saya, "Sayalah antara manusia yang paling gembira ketika itu dan paling awal mengucapkan tahniah!"

DAP rep suspended from Sarawak assembly for calling local minister “Umno politician”


Fiery Sarawak state legislative assembly opposition leader, Chong Chien Jen (pic), was suspended indefinitely after refusing to retract a claim that Minister of Tourism, Datuk Abang Johari Tun Openg “looks like an Umno politician”.
Chong made the remarks last week while debating the state budget.
Today, the Housing Minister Abang Johari, in winding up points raised during the Budget debate demanded that the Kota Sentosa assemblyman withdraw his remark.
Chong said he would only withdraw the offending words if the assembly tables and adopts a motion to ban Umno from setting up branches in Sarawak.
After a heated exchange between the opposition bloc and backbenchers, speaker Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar then asked a minister to move a motion to suspend Chong which the Minister of Special Functions, Tan Sri Adenan Satem, obliged.
The motion was seconded by Second Finance Minister Datuk Seri Wong Soon Koh.
Chong left the chamber but when he returns to the assembly will depend on when Asfia will let him back.

‘Free education will foster ungratefulness’

Those who pay to further their studies will value education more than those who receive free scholarships, says minister.

KUALA LUMPUR: Those who pay to further their studies in tertiary institutions will value education more than those who receive it for free, Deputy Education Minister Mary Yap opined today.
Yap made this statement when disclosing measures taken by the government to overcome the outstanding debt of the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) at the moment.
“Receiving free tertiary education would foster an attitude of lack of appreciation for education,” Yap said in Parliament here.
“When students pay for their own education… or when parents pay for their children, they tend to be more involved in the well-being and education of their children,” she added.
This prompted Ipoh Timor MP Su Keong Siong to say: “Students will appreciate education if given the chance, not when they have to pay”.
In response, Yap curtly said: “You are entitled to your own opinion.”
Mersing MP Dr Latiff Ahmad then pointed out that the top universities in the world were all paid institutions, and that free education does not equate good performance.
“The Top 10 best universities in the world require payment,” he said.
“This free education as pledged by the Opposition, has any study been made?” he asked.

Candidates fine-tuning the art of war

Pretenders to the MCA throne are going from state to state trying to shore up support for their cause

Before Malaysians bid farewell to 2013, they will witness one last ‘Chinese Opera Show’ in the election of the second largest BN component party, the Malaysian Chinese Association.
Beneath the veneer of calmness and tranquility, intense campaigning has been taking place as candidates are currently dipping their toes in the waters to see if they can muster sufficient support.
The excitement will peak when nominations take place on Dec 16, well ahead of the scheduled battle royal on Dec 21 for the numerous top posts.
“MCA is ready for war. When you want to win a war, then there must be one army. Who wants to go to war to lose,” was PM Najib Tun Razak’s message to delegates at its AGM before the GE13 last year.
“In other words, you may be right but if you are unprepared you will lose out to someone more prepared,” he said in his keynote address before MCA was massacred by Pakatan Rakyat in GE13.
Najib’s words seem to reverberating in MCA. But after its disastrous showing in the general election, there was an open confrontation between president Dr Chua Soi Lek and deputy Liow Tiong Lai.
The party had earlier postponed its election due to the GE but the blame game for its poor performance at the general elections has rocked the party.
Factionalism, allegations of money politics, abuse of presidential powers and leadership failure in regaining the support of the Chinese community have caused a split among the leadership.
Since the divisional elections and the recent EGM which failed to censure deputy president Liow Tiong Lai, the marginal support Chua enjoyed after ousting Ong Tee Keat is eroding.
Party insiders pointed out that the recent divisional elections had voted in new delegates although many “old warlords” aligned to Chua managed to retain their divisional chairmanships.
But the turning point was the EGM which failed to censure Liow which party insiders say was an attempt by the president to dent the chances of his deputy gaining a foothold in his candidacy.
The insiders said that there are about 700 or more newly-elected delegates committed to the “middle-ground” on issues and are not swayed by money politics within the leadership comprising old guards.
Liow was the first to declare his candidacy and Gan Peng Sieu, currently a vice president and speculated to be a “puppet” of Chua, today joined in the race. Ong has also expressed his intention to go for the top slot.
Donald Lim in a recent interview with FMT also indicated he will throw his hat into the ring provided Chua does not contest.

11 'SMALL FRIES' FOR NAJIB: PKR confirms Sabah resignations, core operations UNAFFECTED


KUALA LUMPUR - PKR has confirmed that several of its Sabah members have resigned to join the Umno-BN coalition.
"We regret that they have chosen to take this step but the core of our activities in Sabah remain unaffected by their departure," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.
"All of those who left are not holding significant posts nor are they elected representatives. We cannot stop them as they have the right to freedom of association but they only harm their own reputation by joining such an unprincipled coalition as Umno-BN."
Tian was responding to a news report that 11 mid-level Sabah PKR members had quit, expressing support for the Umno-BN.
The news was announced by Prime Minister Najib Razak himself at a press conference in the peninsula.
"With what has happened and is going to happen, it means that PKR in Sabah is about finished and the BN is getting stronger and continues to gain the trust of Sabahans," said Najib.
According to Bernama news agency, the 11 were "division heads, division deputy heads and division information chiefs from Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan and Semporna."
Najib also said this was the first wave of departures from PKR and that more would be following in their footsteps soon.

Larang Beribadat: Ulama dunia bidas kerajaan Angola

Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi 
SHAH ALAM - Persatuan ulama dunia di bawah kepimpinan Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi hari ini menolak keras laporan berkaitan tindakan pemerintah Angola yang melarang umat Islam mengerjakan ibadat dan merancang untuk menghancurkan masjid-masjid di negara itu.

Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam satu kenyataannya mengajak organisasi dunia membela hak minoriti Muslim di Angola.

"Kita meminta kepada pemerintah Angola untuk menarik kembali keputusannya yang tidak adil ini... bersikap adil lah terhadap minoriti umat Islam, dengan tidak mencampuradukkan umat Islam dengan kelompok radikal dan teroris," ujarnya seperti yang dipetik Islampos.com.

Persatuan ulama itu juga turut menggesa campur tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menyelesaikan masalah ini yang dilihat semakin parah apabila sebuah masjid di  di ibu kota Angola turut dimusnahkan bulan lalu.

Yang tidak pandai pun boleh berjasa dan berbudi kepada rakyat


Najib dan seluruh kabinet Malaysia perlu berterus-terang, daripada mengelak isu sebenar diketahui ramai. Kita hendak tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang ini dan hendak melihat apa yang akan dilakukan beliau dan kabinet keseluruhan untuk menyelesaikan masalah besar yang sedang hadapi kini. Jangan bermain dengan silap mata lagi dan menafikan yang anda dan seluruh ahli kabinet telah gagal mendapatkan penyelesaiannya.
Jika kedudukan kewangan negara sudah tenat mengaku sahaja ia tenat. Kita sudah letih mendengar seorang ahli kabinet kata yang ekonomi kita masih kukuh dan seorang lagi kata sedang menghadapi masalah kewangan.
Kerajaan ingin mencukai rakyat dengan pelbagai cara bagi menambahkuatkan kedudukan kewangan. PM Najib tidak perlu takut dan menerima keadaan buruk ini dengan menunjukkan jiwa mereka yang besar dengan mengaku sahaja yang keadaan kewangan kita sedang dalam ketenatan.
Untuk menunjukkan jiwa besar ahli-ahli jemaah kabinet pula keseluruhan kabinet perlu diajak bersama-sama meletakkan jawatan dan berundur kerana ‘accountability’ ini wajar dipikul semua ahli kabinet secara bersama (collective).
Kepada Najib dan seluruh kabinet dan Majlis Tertinggi Umno serta BN, kita ingin menyakinkan anda semua, negara yang anda semua tadbir ini adalah sebuah negara kepunyaan rakyat yang demokratik.
Sesungguhnya masalah yang berlaku sekarang ini bukannya untuk melonggokkan semua kesalahan kepada Najib dan Rosmah semata-mata malahan ia sepatutnya menjadi tanggungan semua ahli kabinet lantikan Najib itu. Lebih awal mengaku lebih baik untuk rakyat dan Najib serta kabinet sekalian boleh menumpang hasil kebaikan daripada tindakan mereka mengundurkan diri daripada mentabir.

ADUN Semambu Di Gantung Hadiri Dua Kali Sidang DUN !! Jika lebih 6 bulan tergugur jawatan...??

KUANTAN, 26 Nov - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung digantung daripada menghadiri dua kali sidang Dewan Undangan Negeri Pahang kerana enggan tarik balik tuduhannya bahawa Bajet 2014 yang di bentang Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob minggu lalu sebagai "Bajet Lebihan Palsu". Keputusan itu dibuat Yang Dipertua DUN Pahang, Dato' Ishak Mohamad hari ini.

Politik 'Kartun' Orang Sabah Tidak Pernah Berubah!

Mereka tidak pernah fikirkan pengundi mereka
Atau mungkin pengundi mereka hanya 'pak turut'?
Kita pakat-pakat gelak jerlaa.....
Politik Chameleon ker apa?

Pemimpin 11 Cabang PKR Sabah Keluar Parti, Sokong BN


KUALA LUMPUR: Pemimpin 11 cabang PKR Sabah mengambil keputusan untuk keluar parti pada Selasa dan menyokong Barisan Nasional (BN).
Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media di sini berkata mereka mengambil keputusan itu kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan PKR dan memberi kepercayaan kepada kepimpinan BN di peringkat nasional dan negeri.

Rogol Cara Keji Rejim Syiah Syria Hadapi Mujahidin Islam

 ROGOL adalah salah satu cara keji Rejim Bashar al-Assad untuk mengalahkan pejuang dan mujahidin Islam di Syria. Yakni merogol wanita agar mengaku dan mendesak lawannya supaya menyerah. Fakta ini terungkap dalam laporan Jaringan Hak Asasi Manusia Euro-Mediteranian yang diberitakan Al-Arabiya. Selain jadi korban perkosaan, wanita juga kerap diculik dan dijadikan tameng manusia.
"Pelecehan terhadap wanita digunakan sebagai tektik mengalahkan pihak lain dari sudut psikologis dan simbolis," tulis laporan yang dikeluarkan bertepatan dengan Hari Internasional untuk Menghentikan Kekerasan terhadap Wanita itu.

Perkosaan kerap dilakukan tentera rejim pemerintah dalam sebuah operasi militer, penahanan mahupun pos pemeriksaan. Tercatat, peristiwa biadab ini terjadi di tujuh provinsi, termasuk ibukota Damaskus. Jumlah korban perkosaan, sukar dipastikan kerana keengganan korban melapor. 
Salah satu korban yang tercatat masih berusia sembilan tahun. Kanak-kanak malang ini diperkosa di hadapan keluarganya di daerah Baba Amr pada Mac tahun lalu.

Antara Demokrasi di BELGIUM & MALAYSIA..!!

Prof Mohammad Agus Yusoff
Indah sungguh bangunan parlimen Belgium. Tapi, lagi indah ialah praktik demokrasi dan kemajuannya.
Belgium mempunyai 11.2 juta orang penduduk dengan masyarakatnya terbahagi kepada tiga kaum utama: 59% Flemish (Belanda), 41% Wallons (French) dan selebihnya Jerman. Ah, nampak macam sama sahaja dengan negara kita.
Dari segi sistem politik pun sama, dwi parlimen, raja berperlembagaan dan federal parliamentary.
Apa bezanya pula dengan kita? Bezanya Belgium bukan sahaja demokrasi di atas kertas, tapi juga demokrasi pada amalannya. Belgium maju dengan pendapatan per kapita rakyatnya US37,900. Manakala Malaysia pula kurang separuh daripada itu.
Belgium mengamalkan sistem pengundian proportional dalam pilihan rayanya berbanding Malaysia sistem majoriti mudah.
Belgium juga mewajibkan rakyatnya mengundi, tetapi Malaysia tidak. Itulah sebabnya peratusan rakyat keluar mengundi paling tinggi di dunia ialah Belgium.

Persekutuan Malaysia: Sabah dan Sarawak tentukanlah nasib sendiri

Selalunya sesebuah negara, politiknya berkisar tentang masalah yang di lakukan oleh rakyat kerana sistem demokrasi yang membolehkan sesiapa memberikan pandangan dan menentukan hala tuju negara. Demokrasi itu katanya adalah sebuah kerajaan rakyat untuk rakyat dan oleh rakyat. Dari kecil lagi definasi ini telah terpahat kepada pemikiran dan benak manusia yang tinggal dalam negara demokrasi.
Tetapi di sini, satu lagi negara yang katanya mengamalkan sistem demokrasi itu. Tetapi masalah bukan datang dari rakyat, tetapi banyak masalah itu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang memerintah negara demokrasi ini. Cuba kita lihat dan kaji, semua isu yang berbangkit adalah isu pemimpin-pemimpin kita. Isu rakyat hanyalah isu kemiskinan, isu jurang perbezaan pendapatan diantara yang berada dan tidak berada dan isu kemiskinan keseluruhannya dan juga masalah perhubungan diantara kaum yang sangat merbahaya berlaku sekarang ini.
Kesemua isu ini di sebabkan kelemahan pemimpin, bukan sahaja dari kelemahan pemikiran tetapi budaya yang membina pemikiran itu, seperti rasuah yang seolah-olah telah halal di lakukan oleh siapa sahaja yang memimpin. Sekarang ini seolah-olah telah di terima sebagai perkara biasa, siapa sahaja yang memimpin boleh melakukan rasuah dan rasuah itu adalah kemestian di lakukan oleh siapa yang memimpin.
Ada juga yang bertanya kepada saya kenapa saya tidak henti-henti bercakap tentang rasuah sebegitu lama? Mereka kata mereka sudah jemu dengan isu yang tua ini. Jawapan saya mudah. Saya tidak berhenti-henti bercakap tentang rasuah kerana rasuah tidak henti-henti dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan dan kroni yang berada di tepi orang yang berkuasa.

MP DAP Serdang Bahas Peruntukan 2014 Kem. Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

MP PAS Bukit Gantang Bahas Peruntukan 2014 Kem. Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

MP PSM Sg Siput Bahas Peruntukan 2014 Kem. Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

MP DAP Seputeh Bahas Peruntukan 2014 Kem. Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Masyuuk..!!! 11 Pemimpin Cabang PKR Sabah Keluar Parti, Sokong UMNO@BN


KUALA LUMPUR 26 Nov - Seramai sebelas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengisytihar  keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Keputusan yang turut melibatkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah itu dilakukan setelah hilang kepercayaan terhadap parti pimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

11 Cabang PKR tersebut adalah Kota Belut, Kudat, Kota Merudu, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi,Silam, Kalabakan dan Semporna.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan perkara tersebut pada sidang media yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sebentar tadi.

Berikut merupakan 11 Ketua Cabang PKR yang bertindak keluar parti :-

1) Angki Addek (Kota Marudu)
2) Anthony Mandiau
3) Juhani Abd Halim
4) Mohd Jun (Kelabakan)
5) Mustapha Tambuyung (Kinabatangan)
6) Lokuan Ureh (Semporna)
7) Timoty Lim (Sepangar)
8) Apandy Sipin (Persiangan)
9) Soloh Yuna (Kota belud)
10) Jelani Hamdan
11) Jeremmy Malajad (Kedamaian)

MP PAS Sepang Bahas Peruntukan 2014 Kem. Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Penggulungan Perbahasan Peruntukan 2014 Kem. Sains, Teknologi dan Inovasi (Part 1 dan 2)

Lagu PAS Rentak Baru Muktamar59

UCAPAN PENGGULUNGAN PRESIDEN PAS MUKTAMAR 59 (2013)

Gagal turunkan NRW, SYABAS ‘berdosa’ kepada rakyat Selangor

09SHAH ALAM, 26 NOV : Kegagalan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menurunkan air tidak berhasil (NRW) kepada 20 peratus seperti termaktub dalam perjanjian konsesi dianggap sebagai ‘dosa’ kepada rakyat Selangor.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kegagalan SYABAS bukan berpunca daripada kekurangan peruntukan, tetapi disebabkan kelemahan syarikat konsesi itu merancang dan melaksanakan program penurunan NRW secara berkesan.
Beliau berkata, hanya 3,900 juta liter sehari (JLH) air yang sampai kepada pengguna berbanding keupayaan sebenar 4,832 JLH oleh 32 loji rawatan air.
“Kegagalan ini menyebabkan kita kekurangan air terawat dan kerajaan negeri berpedapat SYABAS dan syarikat induknya, Puncak Niaga tidak berupaya daripada segi pengurusan serta kekuatan modal untuk menyelesaikan perkara itu.
“Terdapat kebocoran NRW lebih 30 peratus sedangkan dalam perjanjian yang dimeterai antara kerajan negeri dan SYABAS pada 2011, syarikat konsesi itu berjanji untuk menurunkannya kepada 19.98 atau 20 peratus.
“Tetapi apa yang berlaku sekarang, NRW bukan lagi pada kadar 30 peratus tetapi meningkat kepada 33 peratus,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.
Abdul Khalid berkata, pengurusan air penting kerana membabitkan hak semua rakyat tanpa mengira pangkat atau fahaman politik terutama air adalah perkara utama dalam kehidupan seharian, bahkan SYABAS berjanji menurunkan NRW melalui peruntukan RM784 juta yang diberikan kerajaan negeri dan turut menerima dana tambahan lebih RM1 bilion untuk melaksanakan perkara berkenaan.

Pengkhianat Negara : Elak Bayar Cukai VS Tidak Amanah Belanjakan Duit Pembayar Cukai?

Kalau kita lihat dan buka minda di negara luar, mereka tidak akan menyebut “duit kerajaan, duit kerajaan” kepada rakyat. Mereka berasa malu untuk berkata seperti itu kepada rakyat. Ini kerana itu bukan hak mereka sebenarnya. Hakikatnya…
Pengkhianat NegaraHakikatnya….ia adalah “TAX PAYER MONEY” apa sahaja yang dibelanjakan kerajaan adalah wang pembayar cukai adalah milik anda, anda di sini. Tetapi malangnya istilah seperti ini tidak dipopularkan oleh media-media arus perdana. Ia adalah duit anda, anda yang membanting tulang selama ini di atas bumi Malaysia selama ini bagi membayar tuntutan apa yang dipanggil deretan cukai-cukai di Malaysia. Tidak boleh lari….
Sepatutnya, pihak yang menguruskan & membelanjakan duit-duit anda semua di sini perlulah lebih bertanggungjawab dan amanah dalam menjaga dana dan kekayaan negara selama ini. Tunjukkan contoh dan tauladan yang baik. Barulah orang ikut…
  • Negara kita Malaysia – Syarikat
  • Rakyat Malaysia seperti anda – pemegang saham syarikat
  • Pemimpin negara dan pemimpin politik – Hanya bergelar CEO syarikat sahaja yang perlu mengikut telunjuk dan kehendak rakyat yang bertamadun

Elak Bayar Cukai: Jangan Jadi Pengkhianat Negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mereka yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap melakukan pengkhianatan kepada negara. Ini kerana, katanya kewajipan membayar cukai merupakan satu daripada semangat patriotisme terhadap negara.

Muzakarah perlu terbuka, bincang isu hudud sahaja

PAS perlu fokus mengambil kesempatan menggesa Umno menyokong dan membenarkan pelaksanaan undang-undang syariah hudud di Kelantan. 

SHAH ALAM: PAS Pusat diingatkan supaya mengadakan pertemuan secara terbuka jika serius mahu bermuzakarah dengan Umno.
Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berkata, pertemuan secara terbuka perlu bagi mengelakkan spekulasi liar termasuk desas-desus dakwaan akan berlakunya perbincangan mengenai gabungan kerajaan perpaduan antara Umno-PAS.
“Itu tak timbul. PAS dan Umno tidak boleh bersatu,” katanya ketika ditemui pemberita di uar bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Beliau menyarankan, muzakarah secara terbuka itu termasuk menyiarkan perbincangan secara live di media massa supaya rakyat dapat melihat dan menilai topik yang akan dibincangkan.
ADUN Meru itu menambah, PAS juga perlu fokus kepada tujuan perbincangan asal, iaitu mengenai hal ehwal Islam termasuk mengambil kesempatan menggesa Umno menyokong dan membenarkan pelaksanaan undang-undang syariah hudud di Kelantan.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Ahad lalu menyatakan kesediannya bermuzakarah dengan Umno, tetapi mensyaratkan hanya fokus kepada hal ehwal Islam sahaja.
Beliau ketika ucapan penggulungannya sempena Muktamar Tahunan ke-59 PAS menegaskan, kerjasama berkenaan adalah bagi kepentingan umat Islam di negara ini.

Kepimpinan Pemuda: Harapan kepada Suhaizan Kaiat

Ahmad Syukri Ab Razab

Tulisan ini saya tulis berdasarkan kepercayaan teguh, bahawa PAS adalah parti masa depan, yang berkuasa dalam menentukan halatuju p olitik Malaysia. Perkembangan yang berlaku dalam Muktamar PAS baru-baru ini memberi isyarat jelas bahawa seluruh ahli PAS mahu melihat lonjakan di lapangan kerja kepemudaan.
Mengenal potensi Pemuda
Bercakap soal potensi Pemuda PAS, saya kira semua orang sangat mengenali kekuatan yang dimiliki sayap terpenting PAS ini. Dengan susunan rekrutmen yang kemas, program-program tarbiah yang teratur, serta kerja buat akar umbi yang efisyen, menjadikan Pemuda PAS sentiasa memiliki generasi pelapis kepimpinan yang berkualiti.
Saya kira sudah banyak nama-nama anak muda dalam PAS yang mempamerkan potensi yang boleh dibanggakan. Pemuda PAS sudah miliki penganalisis politik muda seperti saudara Hasbie Muda, barisan peguam muda melalui Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), tokoh ekonomi muda seperti saudara Syahir Sulaiman, dua tokoh Pemuda yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menjadi wakil mereka di  Parlimen.
Namun, polemik mengenai Pemuda PAS yang dilihat terpinggir dalam isu-isu nasional terus menjadi topik perbincangan sejak kebelakangan ini. Saya kira, polemik ini berlanjutan kerana Pemuda PAS tewas dengan sentimen yang membandingkan kepimpinan Pemuda PAS dengan ikon Pemuda lain seperti Rafizi Ramli, Khairy Jamaluddin, atau Pemuda daripada parti lain.
Hebat sangatkah Rafizi?
Kita perlu akui yang sememangnya Rafizi Ramli adalah ikon idea baru untuk Malaysia. Tetapi, pada pandangan saya, Pemuda PAS sebenarnya tidak perlu ‘stuck” atau terperangkap dalam sentimen “ingin bersaing dengan Rafizi”. Terlalu banyak potensi lain yang ada di dalam Pemuda PAS yang boleh digarap untuk melonjakkan nama Pemuda PAS jauh ke hadapan.
Bahkan sekiranya dilihat dengan mata kasar, Pemuda PAS sebenarnya memiliki terlalu banyak kelebihan berbanding organisasi pemuda lain. Jika dilihat dari segi tenaga kepimpinan secara kolektif, Pemuda PAS memiliki banyak wajah pemimpin muda yang belum diketengahkan. Lebih unik, kepimpinan Pemuda dalam PAS ini lahir hasil daripada sistem tarbiah PAS sendiri.
Jika dilihat pula dari segi kekuatan ahli, Pemuda PAS jauh di hadapan berbanding sayap pemuda parti lain. Malah kekuatan itu sering ditumpang oleh parti lain semasa pilihan raya umum (PRU). Tidak keterlaluan jika saya katakan, tanpa kekuatan ahli PAS, PKR mungkin akan lumpuh di beberapa kawasan semasa PRU13 yang lepas.
Bukan setakat ahli yang ramai, Pemuda PAS juga memiliki ahli yang setia. Lihat sahaja program-program  PAS seperti Ijtimak Tarbawi yang dianjurkan di beberapa buah negeri, ribuan ahli PAS turun untuk mendengar amanat pemimpin parti. Begitu juga dengan himpunan-himpunan mega yang pernah berlangsung seperti Bersih 3.0.

Tipu NFCorp: Mahkamah pinda pertuduhan, masukkan nama Dr Mahathir


Nama Dr Mahathir dimasukkan dalam lima pertuduhan. Gambar fail.Nama Dr Mahathir dimasukkan dalam lima pertuduhan. Gambar fail.Mahkamah Sesyen hari ini meminda lima pertuduhan menipu bekas Pengarah Syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) yang dihadapi Datuk Shamsubahrin Ismail dengan memasukkan nama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam lima pertuduhan itu.
Hakim Rozilah Salleh meminda kelima-lima pertuduhan menipu itu dalam penghakimannya semasa memerintahkan Shamsubahrin membela diri atas lima pertuduhan menipu Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail membabitkan wang berjumlah RM1.755 juta, dua tahun lepas.
Rozilah membuat pindaan itu mengikut Seksyen 158 Kanun Tatacara Jenayah.
Hakim itu juga memerintahkan Shamsubahrin, 47, seorang ahli perniagaan membela diri terhadap 17 lagi pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan wang sama (RM1.755 juta).
Dalam keputusannya, Rozilah berkata mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.
Selepas membacakan keputusannya, Rozilah meminta jurubahasa mahkamah membacakan semula kesemua pertuduhan pindaan itu kepada Shamsubahrin. Dia mengaku tidak bersalah terhadap kelima-lima pertuduhan itu.

Pengkhianat Negara: Pulau Batu Puteh Tergadai Pada 2007 Kerana Rasuah....

Bekas pengarah CID dedah sogokan wang dalam kes Pulau Batu Puteh Bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini mendedahkan wujud sogokan wang yang menyebabkan kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh pada tahun 2007. Pendedahan tersebut telah dilakukan dalam bentuk Akuan Bersumpah (SD) setebal 31 muka surat, yang telah juga dihantar Pejabat Perdana Menteri 9 Oktober lalu."Dalam surat iringan kepada Perdana Menteri, saya merayu beliau untuk memfokuskan perhatian kepada perenggan 54 (e),(f) dan (g) SD tersebut, yang melibatkan maklumat mustahak, berkaitan salahlaku Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail, ketika mengendalikan kes Pulau Batu Puteh. "Turut dimuatkan ialah maklumat menyatakan bahawa terdapat wang dalam amaun yang besar, telah bertukar tangan dan dipindahkan kedalam sebuah akaun di-Hong Kong," kata Mat Zain dalam satu kenyataan yang ditandatanganinya hari ini.

Muzakarah: Umno BN wajar sokong usul pelaksanaan syariah

KUALA LUMPUR: Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa Umno BN menterjemahkan kesungguhan mereka bermuzakarah dengan PAS berhubung isu pelaksanaan Undang-undang Syariah.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, jika benar Umno BN ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam perlaksanaan undang-undang syariah ini, maka ahli parlimen mereka perlu menyokong usul tersebut sekiranya dibentang kelak.

"Malah jika dia (Umno BN) betul-betul ikhlas, seelok-eloknya menteri sendiri bawa usul berkenaan perkara ini, mengambil kira kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bermuzakarah berhubung isu ini dengan PAS," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, pengalaman lalu menyaksikan usul-usul yang pernah dibawa oleh PAS bukan sahaja tidak disokong malah tidak sempat dibahas pun kerana ditolak awal-awal lagi oleh kerajaan.

Beliau merujuk kepada satu usul yang pernah dibentang Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung isu penghapusan etnik di Bosnia yang ditolak oleh kerajaan.

Muhyiddin enggan ulas pertukaran cuti Johor ke hari jumaat semula..

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan memberi komen mengenai pertukaran cuti mingguan Johor daripada Ahad kepada Jumaat di negeri itu.

"Ini, saya tidak mahu komen, kata beliau apabila diajukan soalan ketika sidang media selepas merasmikan penutupan latihan amal krisis siber negara 2013 (X-Maya 5) di Damansara hari ini.

NONETerdapat pihak melihat pengumuman Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada hari keputeraannya Sabtu lalu sebagai tamparan kepada Muhyiddin (kiri) yang bertanggungjawab mengubah cuti kepada Ahad 19 tahun lalu.

Johor pernah menjadikan hari Jumaat sebagai cuti hujung minggu sebelum tahun 1994 sebelum ditukar kepada Sabtu dan Ahad di masa pentadbiran Muhyiddin.

Muhyiddin mentadbir negeri di Selatan semenanjung itu selama sembilan tahun bermula 1986 hingga 1995.

Ketika mengisytiharkan pertukaran terkini itu, Sultan Ibrahim bertitah, cuti pada Jumaat dikembalikan memandangkan ia penghulu segala hari dan supaya orang Islam dapat mengambil peluang memperbanyakkan ibadat.

Keluarga Siti Aishah yang menjadi hamba di London dedahkan kisahnya


Kamar Mautum semasa ditemui media selepas mendapat berita mengenai penghambaan wanita itu adalah Aishah, adiknya yang telah lama menghilangkan diri. Gambar ihsan The Telegraph, UK.Kamar Mautum semasa ditemui media selepas mendapat berita mengenai penghambaan wanita itu adalah Aishah, adiknya yang telah lama menghilangkan diri. Gambar ihsan The Telegraph, UK.Sebuah keluarga  dari Jelebu, Negeri Sembilan telah mengesahkan bahawa wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah ahli keluarga mereka yang hilang sejak 30 tahun lalu selepas menyertai kumpulan Maoist di sana.
Guru pencen Kamar Mautum Abdul Wahab (gambar) berkata, beliau yakin kakaknya yang berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah wanita Malaysia yang yang ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Mao sejak 30 tahun lalu.
Katanya, kehilangan Aishah telah menyebabkan kesedihan kepada keluarganya.
Kamar berkata, ibunya memberikan wasiat agar menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang itu, lapor The Daily Telegraph.
"Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya.
"Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya kepada akhbar British itu.
Gambar Aishah sewaktu muda yang disimpan ahli keluarganya. Gambar ihsan The Telegraph, UK.Gambar Aishah sewaktu muda yang disimpan ahli keluarganya. Gambar ihsan The Telegraph, UK.Aishah belajar di sekolah yang paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwell untuk belajar dalam bidang Juruukur Bahan di London.
Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.

PROMO: DI SEBALIK TABIR "USTAZ, MU TUNGGU AKU DATANG!" - 28 NOVEMBER 2013

PAC to table NFC report a week late, now on Dec 3

MP PKR Stampin Bahas Peruntukan 2014 Kem. Sains, Teknologi dan Inovasi

MP DAP Rasah Bahas Peruntukan 2014 Kem. Sains, Teknologi dan Inovasi

MP DAP Bakri Bahas Peruntukan 2014 Kem. Sains, Teknologi dan Inovasi

MP PKR Batu Bahas Peruntukan 2014 Kem. Sains, Teknologi dan Inovasi

MP PKR Gopeng Bahas Peruntukan 2014 Kem. Sains, Teknologi dan Inovasi

MP PAS Hulu Langat Bahas Peruntukan 2014 Kem. Sains, Teknologi dan Inovasi

Bebanan Hutang Pendidikan: 430,148 pelajar belum jelaskan hutang PTPTN bernilai RM4.8 bilion

Nur Jazlan claims misquoted, denied PAC clear Shabery

Guru Tak Cukup: K'jaan BN ulangi tiada jaminan penempatan automatik bagi graduan perguruan

Berita Yang Amat Menggembirakan Macai-Macai.. Bil Elektrik Atas RM70 Kena GST..!!!


Kan dah cakap berkali-kali.. BN menang barang akan naik. Dan ini bukti terbaru, bil elektrik RM70 ke atas akan di kenakan GST.

Macai-macai tegar BN pasti gembira dengan kenaikan tersebut.

Khalid ajak rakyat lawan penentang air percuma Selangor

Syabas berdosa besar kepada rakyat Selangor kerana selama ini gagal menguruskan bekalan air terawat secara mencukupi 

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru rakyat di Selangor menentang mana-mana pihak yang menghalang usaha kerajaan negeri menguasai aset air dan memberikan 20 meter padu air percuma.
“Tugas negeri sekarang selesaikan masalah air dan saya akan bawa rakyat Selangor untuk menentang sesiapa yang tak memberikan kita menguasai aset air negeri ini,” katanya yang kemudian mendapat tepukan gemuruh ahli Dewan  Undangan Negeri.
Beliau berkata sedemikian apabila menerima desakan daripada wakil pembangkang yang meminta penjelasan mengenai krisis bekalan air di Selangor.
Namun mempertahankan pihaknya sudah beberapa kali menerangkan isu ini kepada umum dan tidak punya masa untuk menerangkan secara panjang lebar dalam Dewan Negeri.
Tambahan, katanya masalah bekalan air yang diuruskan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) wujud sejak tahun 2006 dan diakui kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu.
Katanya, Syabas berdosa besar kepada rakyat Selangor kerana selama ini gagal menguruskan bekalan air terawat secara mencukupi yang melibatkan kepentingan semua pengguna tak kira kaya atau miskin memandangkan ia adalah perkara utama dalam kehidupan.
Jelasnya, Selangor menghadapi masalah apabila penswastaan air ini tidak dapat diuruskan dengan cara yang dijanjikan dalam penswastaan air Syabas.

Mufti Kedah enggan ulas isu sumpah laknat

Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad 
SHAH ALAM - Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad hari ini mengambil pendirian enggan "panjang-panjang (cerita)" berhubung cabaran untuk melakukan sumpah laknat oleh Prof. Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bercakap kepada sebuah portal, Sheikh Muhamad Baderudin berkata, "Saya tak nak komen. Saya tak nak mengulas".

Dr Mohd Asri sebelum ini mendakwa Sheikh Muhamad Baderudin telah mengeluarkan kenyataan yang memfitnah dirinya.

Cabaran bermubahalah atau bersumpah laknat  telah dibuat oleh Dr Mohd Asri 23 November lalu selepas timbulnya rakaman video yang didakwa memfitnahnya.

Katanya, jika benar beliau mengeluarkan kenyataan seperti didakwa, maka laknat ALLAH ke atasnya tetapi jika sebaliknya, laknat akan menimpa mufti itu.

Dr Mohd Asri merujuk kepada sebuah rakaman kuliah Sheikh Muhamad Baderudin di YouTube berhubung isu Wahabi yang secara sepintas lalu didakwa menyebut namanya.

Bajet Perak: Tiada apa boleh disuluh kerana tiada bateri


IPOH: Bajet Perak 2014 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tidak memberi harapan baru kepada rakyat negeri itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan tidak prihatin serta serius untuk menyelesaikan permasalahan utama rakyat iaitu kos kehidupan yang semakin meningkat.

Rakyat Perak juga kata beliau mengalami masalah peluang pekerjaan yang sangat minimum dan ia tidak menjadi keutamaan kerajaan untuk menyelesaikannya.

"Apakah pengharapan orang Perak kepada belanjawan itu? Sebagai rakyat negeri Perak, apa harapan baru yang nak dipergantungkan kepada bajet itu? Tidak ada.

"Saya nampak bajet itu tidak memberi harapan baru kepada rakyat negeri Perak. Masalah rakyat negeri Perak yang besar tidak ditunjukkan cara penyelesaiannya," katanya ketika membuat sidang media selepas perbentangan Belanjawan Kerajan Negeri Perak 2014 di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Ipoh semalam.

Kenaikan cukai pintu KL: Menteri beri alasan kos pelupusan sampah naik pula..!!!

Dalam memberikan justifikasi terbarunya kepada pengumuman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaikkan kadar cukai pintu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) hari ini berkata kenaikan itu perlu untuk menanggung kos pengurusan sampah yang tinggi.
Tengku Adnan berkata DBKL kini menanggung kos RM14 juta sebulan bagi tujuan itu.
"Kami membayar RM14 juta sebulan untuk menguruskan sampah yang dibayar kepada Alam Flora. Media seharusnya mendidik rakyat memupuk semangat kitar semula bukannya mencetuskan pergaduhan di antara pemimpin.
"Jumlah sampah yang dipungut ribuan tan sehari. Sebab itu rakyat perlu dididik bagaimana mengurangkan sampah. Makan ikut kemampuan. Jangan makan macam tiada hari esok. Ramai lagi yang tidak dapat makan. Tapi kita pula membuang makanan," katanya ketika ditemui pemberita di Menara DBKL hari ini.
Menurutnya, jenis sampah paling banyak dibuang oleh warga kota adalah sisa makanan.
Tengku Adnan berkata Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan akan mengadakan pertemuan bersama DBKL bagi mendapat penerangan berhubung kemelut kenaikan cukai pintu yang akan berkuatkuasa bermula Januari 2014.

Turun Harga Kereta: Putrajaya akan kaji mansuh permit kereta, kata Mustapa


Cadangan memansuhkan Permit Import (AP) akan dikaji Putrajaya sebelum mengumumkan kajian semula Dasar Automotif Negara (NAP) pada 15 Januari tahun depan, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar).
Mustapha mengulas cadangan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menggesa agar Putrajaya memansuhkan AP untuk mengurangkan harga kereta.
"Kita masih dalam kajian dan sebarang input yang diberikan akan didengar oleh kementerian," katanya.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tersebut yang juga bertanggungjawab menggubal dasar NAP berkata, pihak mengalu-alukan sebarang cadangan melibatkan dasar automotif negara sebelum dibentangkan nanti.
"Saya ucapkan terima kasih kepada input dan cadangan yang beliau berikan akan diteliti serta dikaji," tambahnya lagi.
Daim mengulas kenyataan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd, Roland S. Folger yang berkata jika langkah dilaksanakan akan menjadikan harga kereta lebih murah.
Daim berkata kerajaan perlu mengambil langkah positif dalam Dasar Automotif Negara (NAP), yang akan disemak semula tidak lama lagi, supaya menimbang kepentingan segman penduduk yang lebih besar, dan bukannya beberapa orang tertentu sahaja.

Gantung 2 Persidangan: 'Ini bukan dewan rakyat, ini dewan Adnan'





 
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu daripada PKR Lee Chean Chung digantung dua sesi persidangan bermula hari ini kerana menggelar belanjawan surplus Pahang sebagai "palsu".

Lee ketika dihubungi berkata, beliau dikenakan tindakan itu tanpa diberi peluang mempertahankan diri di hadapan jawatankuasa hak dan keistimewaan DUN.

Seramai 29 orang mengundi menyokong penggantungannya manakala 12 lagi sebaliknya.

Sebelum itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaacob membentangkan usul bawah Peraturan Tetap 36(4) dan 36(6) berkaitan perkataan biadap dan sangkaan jahat.

"Ini menunjukkan demokrasi palsu," kata Lee.

"Ini bukan dewan rakyat (DUN), ini dewam Adnan," tambahnya lagi.

Penggulungan Bahas Peruntukan 2014 Kem. Tenaga, Teknologi dan Air (Part 1, 2 dan 3)

Projek kem tentera terbengkalai, tanah tergadai oleh Kerajaan UMNO@BN..!!!

Parlimen tolak usul tergempar PKR kecam pengintipan ke atas negara

PUTRAJAYA KELUARKAN ARAHAN MENGHARAMKAN SEBARANG AKTIVITI POLITIK PEMBANGKANG (SELANGOR/PENANG/KELANTAN UMNO PEMBANGKANG TAU..!!!)

NOTIS PERINGATAN ...... DILARANG BAGI PENGHUNI MELIBATKAN DIRI DENGAN SEBARANG AKTIVITI POLITIK PIHAK PEMBANGKANG DI SEKITAR PUTRAJAYA ... MANA-MANA PENGHUNI YANG DILAPORKAN MENGINGKARI ARAHAN INI, PIHAK BPH BERHAK MENGENAKAN TINDAKAN TANPA MAKLUMAN BERDASARKAN PERUNTUKAN YANG SEDIA ADA .... HARAP MAKLUM ...  BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH JABATAN PERDANA MENTERI.

Kalau di ikutkan secara rasional dan logik ikut hukum akal .. maka sudah pasti UMNO/BN dari Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang turut sama diharamkan mengadakan sebarang aktiviti politik di Putrajaya!!!!!

Cukai: Label pengkhianat, PM Najib cuba tutup kelemahan sendiri

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berpendapat kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melabelkan "pengkhianat" kepada rakyat yang mengelak membayar cukai membuktikan beliau gagal dalam menguruskan kewangan negara.

Jelasnya, Najib tidak perlu menggunakan istilah 'pengkhianat' jika ingin menambah wang negara, tetapi beliau perlu memperbaiki segala ketirisan serta penyelewengan yang berlaku dalam petadbirannya.

"Jelas kita lihat Najib cuba menutup kelemahannya dalam menguruskan kewangan negara yang semakin teruk sehingga menyebabkan berlaku pembaziran dalam soal perbelanjaan wang negara.

"Najib sanggup melabelkan rakyat sebagai pengkhianat jika mereka tidak membayar cukai dengan harapan rakyat akan membayar cukai mereka bagi menampung kewangan, sedangkan beliau yang gagal memperbaiki ketirisan," jelasnya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menurut Mahfuz lagi, kenyataan Najib itu juga dilihat sebagai mengugut atau menakutkan rakyat dengan mengaitkan negara akan muflis jika rakyat masih lagi berdegil untuk tidak membayar cukai.

"Kenyataan yang cuba melabelkan untuk menghalalkan tindakan mereka melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan mengatakan rakyat pengkhianat atau penderhaka.

Greece ada GST, dan mereka telah muflis

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan menjadi penawar untuk menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus ke lembah kemuflisan, kata tiga anggota Parlimen Pakatan Rakyat.

Mereka mendesak perdana menteri menjelaskan kedudukan kewangan negara dan sama ada Malaysia berhadapan risiko muflis atau dalam kedudukan kewangan yang selesa.

Gesaan itu dibuat oleh Rafizi Ramli (PKR-Pandan), Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Najib dilaporkan berkata, negara akan muflis jika GST tidak dilaksanakan.

Namun, pada masa sama di Parlimen, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kedudukan kewangan negara masih lagi kukuh.

"GST tidak akan menyembuhkan segala-galanya. Hong Kong dan US tiada GST, tetapi mereka tidak muflis.

"Sepanyol dan Greece ada GST namun mereka menanggung kemuflisan," kata Pua.

Kit Siang cadang majlis tertinggi Pakatan tawan Putrajaya PRU14.


Sebuah majlis strategik peringkat tertinggi perlu dibentuk oleh Pakatan Rakyat untuk menyusun rancangan menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang, kata ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Kit Siang berkata majlis tersebut perlu supaya ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat boleh merancang strategi bersama untuk menang.
Katanya setiap komponen PR telah mendapat faedah daripada menjadi ahli PR.
"Tidak diragui lagi bahawa dengan membentuk Pakatan, setiap satu daripada ketiga-tiga parti DAP, PKR dan PAS berjaya merebut lebih banyak kerusi parlimen dan negeri berbanding jika setiap parti ini bertanding secara bersendirian.
"Dengan kerjasama itu juga mereka mampu meningkatkan jumlah keseluruhan kerusi yang dimenangi di seluruh negara," kata veteran DAP itu dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau merujuk ucapan Mohamad Sabu ketika Muktamar Tahunan ke-59 PAS minggu lalu di mana Timbalan Presiden PAS itu berkata parti Islam itu tidak akan berkembang sekiranya tidak mengadakan kerjasama dengan PKR dan DAP.
“Kalau PAS berjuang secara sendirian, sudah tentunya jajahan kita tidak lebih daripada Rantau Panjang (utara Kelantan) sehingga Kemaman (Terengganu).
“Di bawah Pakatan Rakyat, jajahan kita melebar sehingga ke Selangor dan Insya Allah sampai ke Johor,”  kata Mohamad.
Sambil menyokong kenyataan Mohamad, Kit Siang berkata keanggotaan PAS dalam PR telah membantu parti itu memenangi dua lagi kerusi parlimen pada pilihanraya umum lepas.

GST is no magic cure for bankruptcy, say MPs

Dua kem tentera tergadai kerana kecuaian kerajaan UMNO@BN, dakwa Mahfuz

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar hari ini mendakwa kegagalan urus tadbir kerajaan telah menyebabkan dua kem tentera di Johor telah tergadai.
Mahfuz merujuk Kem Majidee dan Kem Tebrau yang sepatutnya dibangunkan bersama oleh Kuasar Corporation Sdn Bhd (KCSB) dengan Koperasi Angkatan Tenterta Malaysia Bhd.
Menurut Mahfuz, sebuah perjanjian ditandatangi pada 10 Julai 1997 untuk membangunkan Kompleks 7 Briged di atas tanah milik Kerajaan Persekutuan melibatkan kos sebanyak RM256 juta.
"Sebagai pelaksanaan Kementerian Pertahanan akan menyerahkan kepada KCSB hak milik tanah kerajaan yang menempatkan Kem Majidee dan Kem Tebrau," katanya.
Mahfuz mengingatkan bahawa Laporan Audit Negara 2012 telah menyatakan kerajaan menanggung kerugian disebabkan pindah milik dua kem tentera itu kepada kontraktor.
Disebabkan kegagalan kontraktor menyiapkan bangunan tersebut, akhirnya tanah tersebut telah digadaikan oleh KCSB kepada Malaysian Building Society Berhad bagi mendapat pinjaman, tambah Mahfuz ketika bercakap kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

"Gasak Sampai Tertonggeng": GST bukan ubat ajaib elak muflis

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini menyelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkata Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah perlu bagi mengelak negara dari muflis.
Kata mereka, GST tidak boleh dianggap ubat ajaib untuk mengelakkan negara dari muflis.
Sambil memberikan contoh Greece yang juga melaksanakan GST, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata sistem cukai baru itu tidak boleh menyelesaikan masalah kewangan negara
"Negara kita sedang mengalami krisis kewangan yang teruk walaupun dinafikan. Sebagai contoh, Greece melaksanakan GST, namun apa jadi dengan negara itu, mereka tetap muflis juga," kata Rafizi dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sementara Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata bantahan terhadap GST adalah kerana cara pelaksanaannya.
"Kita tidak kata sistem (GST) tidak betul, namun ini merupakan masalah korupsi, pembaziran penyelewengan," kata Khalid.

MP PKR Bayan Baru Bahas Peruntukan 2014 Kem. Tenaga, Teknologi dan Air

MP PKR Wangsa Maju Bahas Peruntukan 2014 Kem. Tenaga, Teknologi dan Air

MP DAP Kulai Bahas Peruntukan 2014 Kem. Tenaga, Teknologi dan Air

MP PKR Gombak Bahas Peruntukan 2014 Kem. Tenaga, Teknologi dan Air

MP PKR Kapar Bahas Peruntukan 2014 Kem. Tenaga, Teknologi dan Air

Bakal Ibu: Taska, pengasuh atau berhenti kerja?

Taska
KUALA LUMPUR - Setiap wanita bekerja yang bakal melahirkan anak, sering tidak lari daripada berhadapan dilema di mana hendak ditempatkan si manja apabila kembali bertugas selepas tamat tempoh berpantang.
  
Di Malaysia, dalam soal menjaga si manja terdapat beberapa pilihan bagi kaum hawa yang bekerjaya tetapi ia bukanlah semudah yang dianggap.
  
Antaranya mereka boleh memilih untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada anak dan keluarga.
  
Namun bukan semua wanita berkeluarga mampu meninggalkan pekerjaan kerana rezeki mereka itu penting untuk menampung keperluan keluarga.
  
Pilihan lain, yang mungkin praktikal bagi kebanyakan wanita bekerjaya adalah meminta bantuan keluarga untuk menjaga anak semasa bekerja, mendapatkan orang gaji, atau menghantar kepada pengasuh ataupun pusat penjagaan kanak-kanak.
  
Walau apa jua pilihan yang diambil, sudah tentu ada kebaikan atau kelemahannya. Ramai ibu yang khuatir untuk meninggalkan anak di bawah jagaan mereka yang bukan ahli keluarga memandangkan terlalu banyak kemalangan atau kes penderaan ke atas kanak-kanak dilaporkan oleh media.
  
Bernama cuba mengupas realiti keresahan setiap ibu apabila memikirkan langkah terbaik untuk anak dan pada masa yang sama mereka boleh meneruskan usaha mencari rezeki.
 

BERHENTI KERJA DEMI ANAK
 
Ani Fadhilah Arrif, 23, memilih untuk berhenti kerja setelah melahirkan anak sulung bersama pasangannya, Syafiq Othman, 29 tahun.
  

Orang Asli: We are not stupid anymore

The Orang Asli throughout the country are awakening to the loss of their lands and rights and demand that the government cease these acts of crime.

KUALA LUMPUR: The Orang Asli communities say that they are not stupid anymore and have realised how the government is grabbing their land.
Jaringan Kampung Orang Asli Se-Malaysia (JKOASM) co-ordinator Tijah Yop Chopil said: “I hope the government will be fair in protecting indigenous people’s land and rights”.
“The government must realise that robbing the indigenous people of their land is a crime. They do not comply with the indigenous people’s land laws.” she said
“They have to stop this immediately. We are not stupid anymore,” Tijah said.
Tijah was speaking at the 7th Land Conference of the Indigenous People held at the YMCA Brickfields today.
She also wants the government to respond to Suhakam’s report on the national inquiry pertaining to the Orang Asli land rights.
Suhakam’s report initially listed 18 recommendations but during the five-day land conference which started on Nov 21 and ended today, JKOASM further identified and added 17 new resolutions toward protecting their land rights.
“The government has formed a special task force  to look into this matter. We want assurance from the government’s task force that they will protect the Orang Asli land rights,” said Tijah.

Bekas pengarah CID dedah sogokan wang dalam kes Pulau Batu Puteh yang sebabkan Malaysia kalah

Bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini mendedahkan wujud sogokan wang yang menyebabkan kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh pada tahun 2007.
Pendedahan tersebut telah dilakukan dalam bentuk Akuan Bersumpah (SD) setebal 31 muka surat, yang telah juga dihantar Pejabat Perdana Menteri 9 Oktober lalu.
"Dalam surat iringan kepada Perdana Menteri, saya merayu beliau untuk memfokuskan perhatian kepada perenggan 54 (e),(f) dan (g) SD tersebut, yang melibatkan maklumat mustahak, berkaitan salahlaku Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail, ketika mengendalikan kes Pulau Batu Puteh.
"Turut dimuatkan ialah maklumat menyatakan bahawa terdapat wang dalam amaun yang besar, telah bertukar tangan dan dipindahkan kedalam sebuah akaun di-Hong Kong," kata Mat Zain dalam satu kenyataan yang ditandatanganinya hari ini.
Beliau mempertahankan dakwaannya sebelum ini ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, menuduhnya menjadi punca kepada kekalahan Malaysia dalam perbicaraan di Mahkamah Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2007 tersebut, yang menyebabkan pulau itu terpaksa diserahkan kepada Singapura.
"Dalam perenggan penting ini,telah dirakamkan maklumat menyatakan bahawa Gani Patail telah dengan sengaja,  menyebabkan kekalahan kes Pulau Batu Puteh kepada Singapura,ketika prosiding di-Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berlangsung dalam tahun 2007," katanya lagi.
Mat Zain mengulangi tuduhannya ke atas Gani dengan mengatakan beliau meletak gambar salah ketika perbicaraan tersebut.

Peguam saman AG RM48j, dakwa pendakwaan jahat



Tiga minggu selepas bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ramli Yusuff memfailkan saman, peguamnya Rosli Dahlan juga mengambil tindakan sama hari ini.

Rosli menamakan Peguam Negara Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara Musa Hassa dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamed atas kapasiti peribadi masing-masing.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Dalam salinannya yang dilihat Malaysiakini, Gani digambarkan memainkan peranan di belakang pendakwaan berniat jahat.

Rosli juga menamakan 11 defendan, termasuk ketua bahagian pendakwaan SPRM Abdul Razak Musa, bekas ketua pendakwaan Nordin Hassan dan timbalannya Anthony Kevin Morais, SPRM dan polis.

Usul 18 (1) - MP PKR Bukit Katil: Kecam Pengintipan AS, Australia

Dewan Rakyat 26 Nov. 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Bahas Usul 18 (1) - MP PKR Bukit Katil: Kecam Pengintipan AS

Mimpi dan realiti PPPM 2013-2025 – Bahagian II

Suatu kepincangan sistem pendidikan yang diamalkan lebih mementingkan hanya satu aspek, iaitu aspek Intelek semata-mata. 

Oleh Ahmad Syafiq Amir

Dalam tulisan saya di Bahagian pertama yang lalu, saya telah sebutkan secara jelas situasi serta Laporan PISA dan TIMMS yang memeranjatkan banyak pihak dengan keadaan semasa sistem pendidikan kita.
Lebih mendukacitakan saya sebagai salah seorang ahli masyarakat, ialah apabila hambarnya penglibatan mahasiswa mahupun para bakal guru untuk tampil ke hadapan membincangkan isu ini secara lebih serius dalam mencari konklusi yang jitu.
Maka dalam tulisan saya di bahagian kedua ini, suka saya melihat dan mengajak para mahasiswa di luar sana merenungi Falsafah Pendidikan Cinta dan bagaimana manusia yang bergelar mahasiswa harus segera bangkit dan bukan harus nyenyak didakap mimpi yang ternyata fantasi.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Cinta
Semua yang pernah melalui pendidikan formal tentunya mengetahui apa itu Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dihafal sejak di bangku sekolah lagi. Tidak perlulah saya menulis kembali setiap patah perkataan yang terdapat dalam FPK ini kerana anda dapat mencari dan membacanya di mana-mana walaupun  pada kulit buku latihan anak-anak sekolah.
Tetapi, saya terpanggil untuk bicara di sini lima prinsip teras yang terdapat dalam FPK tersebut, iaitu usaha berterusan untuk memantapkan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial para pelajar, sejak di bangku sekolah rendah sehinggalah akhir hayat.
Walau bagaimanapun, suatu kepincangan yang ketara dilihat apabila sistem pendidikan yang diamalkan sejak berdekad-dekad ini lebih mementingkan hanya satu aspek, iaitu aspek Intelek semata-mata.
Di mana silapnya sehingga empat aspek yang juga terdapat dalam FPK ini tidak diambil serius dan seolah-olah dilupakan dalam sistem kita sendiri. Lebih malang, sistem penilaian yang hanya berasaskan peperiksaan yang ternyata menguji tahap kecerdasan minta intelek pelajar, dan bukannya penilaian yang holistik yang menguji segenap aspek.
Buktinya, benarlah pendedahan yang dikeluarkan dalam artikel sebelum ini bahawa nisbah akademik dan kokurikulum hanya 90:10 sahaja. Persoalannya, mengapa hal ini dibairkan berlarutan agak lama sehingga para pelajar kita sendiri dijadikan bahan ujikaji dan bahan eksperimen yang belum tentu berjaya terhadap sistem-sistem yang pelbagai rupa?
Sudah tiba masaya kandungan falsafah ini dikaji dan diteliti semula oleh para ilmuan dan ahli-ahli akademik. Sudah tiba masanya untuk menghentikan segala macam retorik yang berkepentingan peribadi. Sudah tiba masanya juga para pendidik dan mahasiswa diberi peluang dan ruang untuk bersuara dan melontarkan pendapat sebagai generasi muda yang bersama-sama terlibat dalam sistem pendidikan ini.

Money changed hands over Pulau Batu Puteh, claims ex-CID chief


Former Kuala Lumpur CID chief Datuk Mat Zain Ibrahim today revealed that money changed hands, which led to Malaysia losing its claim on Pulau Batu Puteh to Singapore in 2007.
That revelation was made in Mat Zain's 31-page statutory declaration sent to the Prime Minister's Office on October 9.
"In the accompanying letter to the Prime Minister, I urged him to focus on paragraph 54 (e),(f) and (g) of the SD , which revealed the wrongdoings of Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail, who handled the Pulau Batu Puteh case.
"Also included was information that a large amount of money changed hands and was credited into a bank account in Hong Kong," said Mat Zain.
He also defended his earlier allegation that Abdul Gani was the reason that Malaysia lost the case which was heard at the International Court of Justice in 2007.

Bincang berkaitan Islam, bukan ideologi

mahfuz omar
KUALA LUMPUR - Kesediaan Pas untuk bermuzakarah dengan Umno hanya berhubung kait dengan Islam dan tidak menyentuh ideologi parti, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Bekas Naib Presiden Pas itu berkata, Umno perlu menyatakan pendiriannya jika benar-benar mahu bekerjasama dengan Pas dalam memastikan syariat Islam dapat dilaksanakan dengan baik di negara ini.

"Sekarang terpulang pada Umno atas apa isu sekalipun. Perkara ini bukan sebab nak sertai Umno.

"Kita setuju nak bekerjasama untuk muzakarah. Isu ini berkaitan dengan pelaksanaan syariat Islam di Malaysia," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Zaid jawab Rashid: Melayu sudah ada kuasa





 
Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim menolak hujah bekas bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Rahman berhubung amalan gerimander (gerrymandering) bagi mengekalkan kuasa Melayu.

Katanya, orang Melayu sudah pun memiliki kuasa dan tidak memerlukan lebih daripada itu lagi.

"Apa yang mereka perlu tahu, bagaimana menggunakan kuasa ini.

"Apa gunanya memiliki kuasa apabila ia mendorong kepada salah guna kuasa?" soalnya.

The Malaysian Insider melaporkan Abdul Rashid sebagai berkata, beliau selaku bekas pengerusi SPR, beliau tahu cara mengekalkan kuasa orang Melayu.

Katanya, tiga proses persempadanan semula yang berlaku semasa beliau berada dalam SPR telah mengekalkan kuasa orang Melayu, lapor portal berita itu.

"Kami lakukan secara sah dan teliti. Mereka yang kalah semasa pilihan raya umum lalu mendakwa kami melakukan kesalahan. Jika betul, mengapa BN tewas di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor?" Abdul Rashid dipetik sebagai berkata.

Perkauman, Diskriminasi dan Berbudaya

Kepercayaan seseorang tentang keistimewaan atau kelebihan pada sesuatu bangsa atau kaum (termasuk kaum sendiri) bukanlah suatu perkara yang salah 

Oleh : Mahdzir Ibrahim
Bukan hanya mereka yang tidak bersekolah tinggi atau miskin, siapa jua yang berpendidikan, status hidup atau yang beragama, juga terdedah dengan sikap perkauman, prejudis atau diskriminasi antara kaum mahu pun golongan. Dengan kata lain, mereka ini tidak akan terselamat dari sikap tersebut.
Kepercayaan seseorang tentang keistimewaan atau kelebihan pada sesuatu bangsa atau kaum (termasuk kaum sendiri) bukanlah suatu perkara yang salah. Ia tiada apa-apa nilai pada apa-apa atau mana komuniti. Jika saya nak rasa Melayu itu hebat, hebatlah. Jika kaum India merasa kaumnya istimewa, juga tiada masalah. Tiada siapa boleh mempertikaikan kepercayaan saya atau sesiapa.
Tetapi perlu kita sedari juga bahawa, perasaan atau pun kepercayaan ini akan mudah sekali mendorong ianya menjadi satu sikap yang dizahirkan, baik dengan ungkapan kata-kata kepada umum atau tindakan secara fizikal ke atas seseorang, maka barulah ia sempurna dinilai sebagai – rasis. Jika ada body contact, maka ia dianggap sebagai jenayah.
Dalam faham Nazi, ‘faham’ bahawa kaum yang digelar sebagai Aryan itu, sebagai kaum yang sempurna, tinggi statusnya atau istimewa jenisnya, bukanlah suatu kesalahan moral atau pun jenayah kepada sesiapa pun.
Ia hanyalah idea yang diambil sebagai suatu kepercayaan penganutnya. Tetapi, kepercayaan ini (nazi) menjadi virus hingga mendorong/lahirnya faham politik, sikap politik, tindakan politik dan keputusan politik, maka dari semua aksi dari kepercayaan ini, jadilah ia suatu dasar yang memberi kesan fizikal kepada orang ramai.
Mein Kampf (Perjuangan saya), Hitler mengembangkan teori politiknya selepas memerhatikan dengan teliti dasar-dasar Empayar Austria-Hungary. Beliau percaya bahawa kepelbagaian etnik dan linguistik telah melemahkan bangsanya dan dia juga melihat demokrasi sebagai kuasa yang boleh menggugat kestabilan politiknya. Dari sinilah, aksi politik Nazinya bermula. Dan selebihnya, Nazi tinggal sebagai sejarah hitam di benua eropah.
Inilah beza antara kepercayaan dengan hukum moral, samaada yang diucap atau dizahir dengan pelbagai bentuk.

Gubal dasar khusus elak bank diskriminasi OKU

KUALA LUMPUR: Sekretariat Prihatin OKU menggesa Bank Negara Malaysia menyegerakan penggubalan satu dasar agar golongan OKU tidak lagi berhadapan diskriminasi daripada pihak bank.

Pengerusinya, Mohammad Faizal Che Yusof (gambar) menyatakan demikian sebagai Mstar pada 22 Oktober lalu bertajuk Encounter of the rude kind yang membabitkan seorang OKU penglihatan yang telah dinafikan untuk menjadi penjamin kepada satu pinjaman kenderaan hanya disebabkan beliau cacat penglihatan.

Katanya, kes yang menimpa pengerusi Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Melaka tersebut bukanlah suatu yang baru di negara ini, bahkan ia berlaku dari semasa ke semasa.

Berikutan desakan dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili OKU penglihatan, pihaknya telah difahamkan bahawa pihak Bank Negara Malaysia telah bersedia untuk mempertimbangkan bagi diperkenalkan satu dasar khusus supaya pihak bank dan institusi kewangan tidak lagi bersikap diskriminasi terhadap OKU.

“Kami menggesa kepada pihak Bank Negara Malaysia untuk menyegerakan penggubalan dan pelaksanaan dasar tersebut agar individu OKU termasuklah OKU penglihatan, dan OKU pendengaran tidak lagi berhadapan sikap diskriminasi daripada pihak bank sewaktu berurusan dengan mana-mana bank,” ujarnya dalam satu kenyataan.