Ahad, 24 November 2013

Presiden PAS nafi ulama dipinggir

SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menafikan bahawa kumpulan ulama terpinggir dalam saf kepimpinan baru PAS pusat yang dipilih pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 kali ini.
Menurutnya, perkara itu tidak sewajarnya berbangkit kerana komposisi ulama dan profesional dalam saf kepimpinan baru  PAS adalah seimbang.

"Perkara ini tak timbul. Saya kira dalam Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sahaja ada 9 orang ulama daripada 18 orang," katanya pada sidang media terakhir selepas Muktamar Tahunan PAS ke-59 tditangguhkan kira-kia jam 3 petang ini.

Beliau turut menambah bahawa, bukan jumlah mana-mana kelompok sama ada ulama atau profesional yang perlu dipersoal, tetapi PAS lebih melihat kepada peranan yang akan dimainkan.

"Kita tak mahu macam ulama dalam Umno (tiada peranan). Yang penting kita melihat peranan yang dimainkan nanti," jelas beliau lagi.

Terdahulu beliau diminta memberi komentar oleh wartawan media arus perdana berhubung jumlah ulama dalam saf kepimpinan baru yang didakwa mereka menyaksikan kumpulan ulama tidak mendominasi AJK PAS Pusat.

PAS polls: Full results



KUALA LUMPUR: Following is the full results of PAS’ polls for it Central Working Committee (CWC) seats for the 2013-2015 term, as announced by the party’s elections committee chairman Asmuni Awi at PAS’ 59th general assembly at the Malawati Stadium in Shah Alam today.
President:
Abdul Hadi Awang (won without contest)
Deputy President:
Mohamad Sabu
Vice Presidents:
1. Salahuddin Ayub
2. Tuan Ibrahim Tuan Man
3. Husam Musa
Committee members:
1. Idris Ahmad
2. Mazlan Aliman
3. Mohd Nizar Jamaluddin
4. Amiruddin Hamzah
5. Dr Mohd Hatta Md Ramli
6. Nasrudin Hassan
7. Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz
8. Dr Mujahid Yusof Rawa
9. Dr Dzulkefly Ahmad
10. Mohamed Hanipa Maidin
11. Kamarudin Jaffar
12. Khalid Abd Samad
13. Nik Zawawi Salleh
14. Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
15. Dr Riduan Mohd Nor
16. Dr Mahfodz Mohamed
17. Dr Siti Mariah Mahmud
18. Nuridah Salleh

Wan Azizah : PKR tingkat fungsi wanita untuk perkasa parti

Wan Azizah Kongres PKRSHAH ALAM 24 NOV : Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan meminda perlembagaannya bagi meningkatkan fungsi wanita sebagai langkah awal memperkasakan parti bagi mendepani cabaran masa hadapan.
Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata fungsi wanita dalam parti itu ditingkatkan sehingga 30 peratus membabitkan penggubalan dan membuat keputusan untuk kepentingan semua.
Katanya, beberapa pindaan perlu dilakukan demi memastikan pengurusan parti berada di landasan betul dan selari dengan dasar perjuangan.
“Beberapa fasal yang kita akan pinda dan ubah adalah seperti Fasal 5.14 iaitu mengiktiraf martabat dan peranan wanita sebagai tonggak serta penggerak masyarakat, menghayati falsafah hormati wanita, memastikan wanita bebas daripada diskriminasi juga eksploitasi.
“Mengupayakan wanita untuk mencapai kesaksamaan dalam kepimpinan dan membuat keputusan dengan sekurang-kurangnya pembabitan 30 peratus demi memastikan hak serta kepentingan mereka terpelihara,” katanya.
Dr Wan Azizah berkata demikian dalam ucapan perasmiannya di Kongres Nasional Khas PKR bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, di sini, hari ini.
Kongres itu dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Sri Anwar Ibrahim, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) serta kira-kira 2,000 perwakilan termasuk Sabah dan Sarawak.

Pas perlukan Pakatan Rakyat, kata Mat Sabu

Mohamad Sabu  
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu mengakui parti itu tidak mampu berjuang bersendirian sebaliknya memerlukan rakannya dalam Pakatan Rakyat untuk membantunya melebarkan jajahan khususnya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas Ke-59 di sini, beliau berkata tanpa bantuan DAP dan PKR, Pas hanya mampu aktif di Kelantan dan Terengganu.

"Kekuatan Pas adalah bersama Pakatan Rakyat. Kalau Pas berjuang secara sendirian, sudah tentunya jajahan kita tidak lebih daripada Rantau Panjang (Kelantan) sehingga Kemaman (Terengganu).

"Di bawah Pakatan Rakyat, jajahan kita melebar sehingga ke Selangor dan InsyaAllah sampai ke Johor. Kalau Johor kita dapat tawan, nadi Umno akan tamat di Malaysia," katanya.

Muktamar bertema 'Rahmat Untuk Semua' itu dihadiri 1,129 perwakilan.

KEADILAN beri kuasa mutlak kepada anggota parti- Wan Azizah

SHAH ALAM 24 NOV: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pindaan perlembagan baru parti itu memberi kuasa mutlak kepada setiap anggotanya untuk memilih pimpinan  pada pemilihan parti itu akan datang.
Berucap merasmikan kongres khas KEADILAN di Shah Alam hari ini, beliau berkata, KEADILAN adalah parti pertama di Malaysia melaksanakan pemilihan secara terus oleh ahli, iaitu satu ahli satu undi.
“Kendati begitu, kita juga menerima serangan manakala terdapat kelemahan dalam proses awal pemilihan.
“Perlembagaan baru memberikan kuasa mutlak kepada setiap anggota memilih dengan bebas. Maka adalah diandaikan bahawa anggota cukup terlatih dengan idealisme perjuangan.  Ini adalah untuk memastikan calon yang diamanahkan jujur kepada kewajiban dan tidak dipengaruhi sogokan atau ugutan,” ujarnya.
Katanya, tindakan keras akan diambil kepada mereka yang melanggar etika parti termasuk perbuatan rasuah dalam pemilihan parti yang akan berlangsung tahun depan.

Anwar kritik Khalid: Setia mendengar tapi lambat laksana arahan


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengkritik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mendakwa Menteri Besar Selangor itu lambat melaksanakan arahan. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 November, 2013. 
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengkritik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mendakwa Menteri Besar Selangor itu lambat melaksanakan arahan. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 November, 2013.Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengkritik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila mendakwa Menteri Besar Selangor itu lambat melaksanakan arahan yang diberikan.
Ketua Umum PKR itu berkata, Abdul Khalid seorang pendengar yang baik tetapi tidak mengamalkan apa yang disarankannya.
"Dia adalah seorang sahabat yang paling setia mendengar berbanding pemimpin PKR yang lain. Tan Sri Khalid seorang yang paling patuh mendengar cuma paling lambat laksanakannya kadang-kadang.
"Saya tegur seorang pemimpin dengan perkara yang baik. Saya tegur supaya dia dapat baiki skru longgar sebelum ini," katanya dalam ucapan penutup Kongres Nasional Khas PKR 2013 di Shah Alam hari ini.
Semasa kongres itu, semua perwakilan sebulat suara bersetuju dengan pindaan baru perlembagaan parti yang akan dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada minggu hadapan.
Meskipun sindiran itu ditujukan secara terus kepada Abdul Khalid yang duduk berhampiran dengan Anwar, ahli parlimen Permatang Pauh itu tetap memuji pentadbirannya di Selangor yang dilihat dapat mengurangkan pembaziran berbanding kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelumnya.
Anwar berkata rekod pentadbiran Abdul Khalid lebih baik berbanding menteri besar di negeri lain dan menteri besar sebelumnya di Selangor.
“Bila kita tegur, kita lupa bahawa di bawah pemerintahan Selangor dari segi kepimpinan, kewangan, agihan dan pembaziran jauh lebih terkawal yang bukan sedikit. Saudara boleh teliti akaun pengurusan ekonomi zaman Umno-BN dan zaman Pakatan Rakyat, perbezaannya terlalu jauh.

Henti label undi Muslimat haram

SITI-ZAILAH-MOHD-YUSOF
SHAH ALAM - Dewan Muslimat Pas menggesa tiada lagi unsur label melabel akan berlaku dalam parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, dalam 'post mortem' yang dilakukan, terdapat laporan mengenai dakwaan yang mengatakan haram untuk mengundi muslimat.

"Kita dapat maklumat, ada satu dua kes Dun dan kawasan yang tidak mengiktiraf calon muslimat.

"Paling malang apabila ada yang menegur haram jika mengundi muslimat.

"Ini bercanggah dengan Majlis Syura Ulama dan berharap perkara ini dapat diselesaikan," katanya dalam ucapan penggulungan, hari ini.

Katanya, Muslimat perlu diposisikan jika mahu melihat Muslimat ke depan, untuk bersaing dengan kepimpinan wanita dalam parti lain.

Anwar adalah institusi, kata Saifuddin

Datuk Saifuddin Nasution Ismail 
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah suatu "institusi", kata Datuk Saifuddin Nasution. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas usul cadangan untuk melantik Anwar menjadi Presiden PKR pada Kongres Khas 2013 PKR, hari ini.

Menurutnya, kedudukan Anwar adalah unik dan mampu meningkatkan sokongan rakyat walaupun tidak menjadi Presiden PKR.

Saifuddin juga berkata, Anwar sering kali mendapat perhatian daripada semua parti politik dan sering dikaitkan dalam sesuatu isu.

"Saya berpendapat kedudukannya unik, kedudukan yang berjalan macam sekarang itu pun telah berjalan dengan tertib dan aman, sokongan rakyat telah meningkat juga.

"Dia telah jadi institusi, tiada satu acara pun yang tak dikaitkan dengan beliau, seperti muktamar Pas semalam pun saya tengok ada gambar Anwar juga yang disiarkan dalam televisyen.

Tegur pemimpin secara tertutup, kata Anwar

Konvensyen Nasional PKR
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa teguran terhadap pemimpin PR perlu dibuat secara tertutup.

Menurutnya, pemimpin atau ahli PR yang mempunyai salah faham tentang sesuatu perkara, tidak perlu menegur secara melulu dan terbuka kepada pemimpin lain dalam parti bagi mengelakkan perkara buruk terus berlaku.

Beliau juga berkata, teguran yang ingin dilakukan perlu dibuat sebagai seorang sahabat seperti yang dilakukan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita tak setuju salah faham disuarakan secara terbuka, ini akan jadi dieksploitasikan oleh musuh-musuh," katanya pada ucapan Pergulungan Kongres Nasional 2013 PKR, di sini, hari ini.

Naib Presiden: Usah hanya cantikkan perlembagaan

Konvensyen Nasional PKR 
Susulan usul keputusan pindaan perlembagaan yang diumum Presiden PKR sebentar tadi, perwakilan Sarawak, Abun Sui Anjit berpendapat, cadangan mengenai jawatan Naib Presiden dilantik perlu dilaksanakan dan bukan sekadar "mencantikkan" perlembagaan parti.

"Kita mahu pelaksanaan itu yang penting, bukan hanya cantikkan perlembagaan parti.

"Kuasa autonomi itu harus benar-benar dilaksanakan," katanya ketika pembahasan usul naib presiden dilantik, pada Konvensyen Nasional PKR, di sini, hari ini.

Terdahulu, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengumumkan, PKR akan melantik seorang wakil negeri Sabah dan Sarawak mengisi  jawatan naib presiden parti selepas ia digubal secara rasmi hari ini.

"Selepas menyambut kemerdekaan yang ke-55, PKR, Pas dan DAP telah melancarkan 'Deklarasi Kuching' yang mana kita telah setuju untuk memasukkan perkara ini dalam perlembagaan yang bakal diluluskan.

Ucapan Perasmian Presiden PKR Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Ucapan Perasmian Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat
Kongress Nasional Khas , Parti KEADILAN Rakyat
24 November 2013
Shah Alam Selangor

Bismillahirahmanirahim
Segala pujian hanya pada Allah Tuhan sarwa sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad S.A.W.
Yang dihormati, Pengerusi majlis
Ketua Umum, Saudara Anwar Ibrahim
Saudara Timbalan Presiden,
Saudara Setiausaha Agung.
Pimpinan, perwakilan dan pemerhati dari seluruh negeri dan cabang.
Kita bersyukur kerana selamat kembali menghadiri Kongres Nasional Khas. Namun sebelum itu, wajar kita kenangkan sahabat kita Allahyarham Haji Suhaimi Said. Beliau adalah pejuang rakyat terutamanya nasib peneroka Felda dan masyarakat orang asal. Kepada beliau dan rakan-rakan pejuang yang telah kembali ke rahmatullah, marilah kita hadiahkan Al-Fatihah!.
Saudara dan saudari sekalian,
Saudara dan saudari sekalian.
(Sejarah pemilihan  2010)
Di Malaysia, KEADILAN adalah parti pertama yang melaksanakan pemilihan pimpinan parti secara terus oleh ahli, iaitu satu ahli satu undi. Alhamdulillah, kerana kejayaan  menempa sejarah baru pemilihan yang demokratik. Kendati begitu, kita juga menerima serangan manakala terdapat kelemahan dalam proses awal pemilihan. Terima kasih kepada Jawatankuasa pemilihan ketika itu, para petugas serta sekretariat parti yang bertungkus lumus memastikan kelicinan proses pemilihan.
Dalam mengimbau pengalaman lalu, kita perlu pertingkatkan persiapan jentera pemilihan yang wibawa dan bebas, telus dan cekap. Namun semangat kebebasan dan demokratik dalam sistem pemilihan juga menuntut kemantapan dan kesedaran anggota.
Perlembagaan baru memberikan kuasa mutlak kepada setiap anggota memilih dengan bebas. Maka adalah diandaikan bahawa anggota cukup terlatih dengan idealisme perjuangan. Ini adalah untuk memastikan calon yang diamanahkan jujur kepada kewajiban dan tidak dipengaruhi sogokan atau ugutan.
Etika pemilihan dan calon akan dipantau dengan lebih keras dan teliti. Seseorang yang keterlanjuran melanggar prinsip luhur perjuangan atau keterlibatan dalam kegiatan rasuah dan ugutan akan tersingkir dari menjadi calon.
Para perwakilan dan pemerhati sekalian,
(Pengajaran pemilihan 2010)
Pemilihan parti pada tahun 2010 yang lalu telah banyak mengajar kepimpinan akan pentingnya kelangsungan ukhwah diantara pimpinan cabang, negeri dan pusat kepada ahli di akar umbi. Sebab itu kita unjurkan beberapa siri latihan yang berteraskan Politik Nilai kepada seluruh warga KEADILAN agar memahami wadah dan khittah  perjuangan dan mengamalkan politik yang lebih matang dan beretika. Terima kasih pada Akademi Keadilan, Institut Kajian Dasar, Center For Reform Democracy and Social Iniatives yang berterusan menjalankan aktiviti latihan kepada ahli tentang pentingnya memahami politik nilai dan pencerahan dalam berpolitik. Begitu juga kepada sayap parti Wanita Keadilan dan Iltizam Angkatan Muda yang giat menjalankan latihan ke cabang-cabang.
Justeru, dalam pemilihan yang akan datang, penyususan semula jawatankuasa pemilihan adalah daripada dikalangan mereka yang berpengalaman dalam strategi pemilihan, logistik, data, keselamatan dan petugas serta yang paling penting adalah berintegriti dan amanah dengan tanggungjawab yang diberikan.

2/3 perwakilan tolak usul, AMK perlu sedia pemimpin baru

Shamsul Kongres PKRSHAH ALAM 24 NOV: Angkatan Muda Keadilan (AMK) berdepan dengan cabaran besar di semua peringkat bagi menyediakan kepimpinan muda yang baru dalam tempoh terdekat.
Hal ini susulan penolakan dua pertiga perwakilan Kongres Nasional Khas PKR 2013 terhadap usul Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin atas pindaan mengecualikan had umur bagi jawatan tertinggi sayap parti itu di semua peringkat.
Shamsul berkata, AMK kini perlu bekerja keras dalam tempoh empat hingga lima bulan akan datang bagi menyediakan kepimpinan baru sayap parti itu sebelum melalui proses pemilihan tahun hadapan.
Katanya, pelaksanaan had umur maksimum 35 tahun bagi jawatan AMK dipersetujui melalui pindaan pada 2010, namun atas beberapa sebab beliau meminta dipinda semula.
“Pindaan pertama dilakukan tiga tahun lepas dan waktu itu saya minta dikuatkuasakan pada 2013. Kita bergerak ke hadapan dengan mengambil kira tiada kelompangan dalam kepimpinan dan meminta tahap kedua iaitu kepimpinan utama di peringkat negeri, pusat serta cabang diberi sedikit kelonggaran umur bawah 40 tahun,” katanya.

PKR Timbalan berpeluang jadi presiden

"TAHALLUF SIYASI" akan diteruskan: MAJLIS SYURA ULAMA

Tahaluf siyasi untuk seimbangkan PR

Wakil Sabah, Sarawak Isi Jawatan Naib Presiden PKR

PKR Mahu Perkasa Fungsi Wanita dalam Parti

Pinda Perlembagaan PKR Persediaan Hadapi ROS

Anwar: Ucapan Penutup Kongres Khas - 24-11-2013

Terlalu awal untuk bercakap tentang jawatan presiden, kata Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas dakwaan bahawa beliau akan mengambil alih jawatan Presiden PKR.Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas dakwaan bahawa beliau akan mengambil alih jawatan Presiden PKR.Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, dakwaan yang mengatakan beliau akan mengambil alih jawatan presiden PKR adalah tidak berasas kerana Pendaftar Pertubuhan (RoS) belum lagi meluluskan pindaan perlembagaan parti.
“Terlalu awal untuk bercakap tentang calon presiden. Tunggu keputusan RoS dulu. Apabila RoS luluskan pindaan kelak, baru bercakap tentang hal ini.
“Saya gembira dengan keadaan sekarang,” katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.
Sebelum ucapan Anwar di Kongres Khas Nasional 2013 hari ini, Setiausaha PKR Selangor Amirudin Shari berkata telah tiba masanya Anwar untuk menjadi presiden PKR.
Semasa Anwar dibebaskan pada 2004, beliau dilarang menjawat sebarang jawatan politik untuk tempoh lima tahun.

PKR Selangor cadang Anwar ambil alih jawatan Presiden


Anwar berbual dengan isteri Wan Azizah di Kongres Khas Nasional PKR 2013 di Shah Alam. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 November, 2013.Anwar berbual dengan isteri Wan Azizah di Kongres Khas Nasional PKR 2013 di Shah Alam. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 November, 2013.
Setiausaha PKR Selangor Amirudin Shari mencadangkan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan presiden kerana ia sah mengikut perlembagaan parti itu.
Beliau yang juga pembahas dari Selangor dalam Kongres Nasional Khas 2013 berkata cadangan ini bagi mengesahkan ura-ura kemungkinan Anwar akan mengambil alih jawatan presiden dalam pemilihan parti itu tahun hadapan.
“Organisasi dan kepimpinan yang jelas menurut perlembagaan adalah keperluan untuk PKR mara sebagai sebuah parti masa hadapan.
“Pelbagai rintangan dan cabaran telah dilalui untuk membina organisasi PKR termasuk untuk memposisikan Anwar sebagai pemimpin utama PKR. Inilah saat terbaik untuk Anwar mengambil alih dan menerajui kepimpinan PKR sebagai pemimpin utama parti,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves itu yang merupakan salah seorang daripada 16 pembahas yang berucap di kongres itu.

Wan Azizah: Tindakan keras jika rasuah dalam pemilihan



 
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berikrar untuk mengenakan tindakan keras ke atas perbuatan yang melanggar etika parti termasuk perbuatan rasuah dalam pemilihan parti yang akan berlangsung tahun depan.

Wan Azizah ketika berucap merasmikan kongres khas PKR di Shah Alam hari ini berkata, individu yang didapati melanggar ketetapan itu akan hilang kelayakan sebagai calon.

“Etika pemilihan dan calon akan dipantau dengan lebih keras dan teliti. Seseorang yang terlanjur, melanggar prinsip luhur perjuangan atau terlibat dalam kegiatan rasuah dan ugutan akan tersingkir dari menjadi calon,” katanya.

Jawatan Presiden: Anwar tunggu ROS dulu

Anwar Ibrahim   
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil pendirian untuk menunggu jawapan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung isu lantikan beliau terhadap jawatan presiden parti tersebut.

Beliau berkata, kedudukan yang diperolehinya baik namun beliau tidak nampak keperluan untuk memegang jawatan tersebut.

"Kita tunggu ROS luluskan pindaan dahulu.

"Saya 'enjoy' dengan diri saya sekarang, kenapa saya... (dipilih)," katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai Kongres Nasional 2013 PKR, di Dewan Raja Muda, di sini, hari ini.

Terbaru, Setiausaha PKR Selangor Amirudin Shari mencadangkan  Anwar  mengambil alih jawatan presiden kerana ia sah mengikut perlembagaan parti itu.

Usrah: Utamakan wehdatul fiqh, amal dan qulub

SHAH ALAM: Pengarah Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata lajnah itu memberikan keutamaan kepada wehdatul fiqh, wehdatul amal dan wehdatul qulub kerana tidak semestinya wehdatul fiqh melahirkan wehdatul amal.

Justeru, beliau mengingatkan lajnah tarbiyah seluruh kawasan perlu memberi tumpuan kepada program ijtimak dalam tempoh dua tahun tetapi masuk tahun keempat mesti ditumpukan gerak kerja pilihan raya.

Katanya, kawasan yang aktif terutama dari segi program tarbiyah khususnya dalam usrah agar masalah dalaman menjadi kurang kerana mereka dapat bertemu dan memberi maklumat dengan tepat dan tidak bertelingkah sesama sendiri.

PAS Jalin Hubungan Erat Kesatuan Pekerja


SHAH ALAM, 24 Nov - Golongan pekerja adalah golongan penting kerana mereka merupakan golongan pengundi terbesar dalam negara, tegas Anuar Tahir.
Menyedari hakikat ini Lajnah Pekerja menjalinkan hubungan erat dengan kesatuan pekerja Malaysia melalui kerjasama menganjurkan program-program yang melibatkan golongan pekerja, seminar, bengkel dan kursus.
Beliau, Ketua Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar menyebut tentang teguran ulama dunia Dr. Yusuf Qardhawi yang menyatakan gerakan-gerakan Islam kurang mengambil perhatian terhadap hubungan dengan golongan pekerja.
Justeru, beliau berharap PAS negeri mengambil inisiatif menubuhkan Lajnah Pekerja dan menjalin hubungan erat dengan kesatuan pekerja di negeri masing-masing.
"Melalui kerjasama ini kita dapat mendekati golongan pekerja dan memahami keperluan dan memperjuangkan hak-hak mereka," jelasnya.
Beliau berharap agar pas dan setiap ahli pas boleh bersama-sama bergerak dengan lajnah pekerja untuk memperjuangkan hak pekerja melalui kerjasama dengan kesatuan pekerja.

Majlis Syura Ulama tubuh Unit Audit Syariah

SHAH ALAM, 24 Nov - Unit Audit Syariah (UAS) yang diputuskan dalam Muktamar PAS kali ke-58 telah pun ditubuhkan di bawah Majlis Syura Ulama.
UAS ditubuhkan untuk mengaudit individu dalam kepimpinan parti di semua peringkat termasuk organisasi dalam jamaah, memandu kepimpinan parti supaya berada dalam landasan syariat dan memastikan kenyataan yang dikeluarkan tidak menyalahi peraturan syara'.
Penubuhan UAS tidak bercanggah dengan badan disiplin PAS pusat, meskipun salah satu tujuan penubuhannya adalah untuk mengharmonikan apa yang berlaku dalam jamaah.
Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh yang mewakili Majlis Syura Ulama memaklumkan bahawa UAS dianggotai oleh pakar-pakar yang sangat berwibawa dalam bidang ekonomi, siasah, syariah, falsafah dan aqidah Islam dan mempunyai autoriti yang kuat untuk menjalankan siasatan serta nasihat kepada ahli.
UAS ditegaskan bukan untuk mencari keaiban sesiapa, tetapi ditubhkan untuk memastikan perjalanan parti dan anggota kepimpinan dalam saf, benar-benar diredhai Allah.

Majlis Syura Teruskan Tahaluf Siyasi



SHAH ALAM, 24 Nov - Majlis Syura Ulama PAS telah memutuskan bahawa tahaluf siyasi yang diamalkan PAS menepati kehendak syara' dan akan diteruskan.
Menerusi tahaluf siyasi yang dijalankan, PAS tidak akan mengkhianati sesiapa terutama rakan perjuangan dalam Pakatan Rakyat.
Namun begitu, Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh ketika membentangkan penggulungan hari ini menegaskan kepada semua anggota harakah Islamiah supaya jangan sekali-kali melanggar garis panduan tahaluf siyasi yang telah diputuskan oleh Majlis Syura.
Semua anggota diharapkan dapat memahami garis panduan yang ditetapkan supaya perkara tidak diingini tidak berlaku seperti keluar dari PAS untuk menyertai parti politik yang lain atau meletakkan wala' yang sepatutnya tidak berbelah bahagi kepada jemaah diberikan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain.
Ustaz Nik Zawawi turut menegur tindakan membincangkan isu tahaluf siyasi di kedai-kedai kopi kerana ia bercanggah dengan prinsip berjemaah.

Tuan Ibrahim: Kemenangan ini buat saya sedih

SHAH ALAM - "Saya sedih di atas kemenangan saya kerana seorang Naib Presiden (Datuk Mahfuz Omar) terpaksa melepaskan jawatan itu kepada saya," demikian kata Naib Presiden Pas yang baharu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Namun,tambah Tuan Ibrahim, walaupun kalah, Mahfuz diibaratkan sebagai sebutir berlian yang akan bersinar walaupun diletakkan di mana-mana tempat sekalipun.

"Saya yakin beliau (Mahfuz Omar) yang diibaratkan seperti sebutir berlian yang mana kalau diletak di mana-mana penjuru sekalipun tidak akan hilang serinya," katanya ketika sesi penggulungan ucapan dasar, di sini, pagi ini.
Sehubungan itu, Tuan Ibrahim menganggap tiada istilah kalah selagi mana perjuangan tersebut berlandaskan perjuangan Islam.

"ALLAH tidak soal berapa kerusi yang kita menang.

"...tetapi ALLAH akan tanya apa yang telah kamu buat untuk memenangkan Islam," katanya.

Tuan Ibrahim berjaya dipilih menjadi Naib Presiden menewaskan Mahfuz dan Abu Bakar Chik.

PAS : Jangan Lepas Pandang Undang-undang Rimba



SHAH ALAM, 24 Nov - Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat terkilan dan membuat teguran kepada para perwakilan kerana tiada yang membahaskan tentang perundangan dalam negara.
Timbalannya Hanipa Maidin berkata, perundangan negara pada ketika ini mempunyai beberapa isu besar yang seharusnya mendapat perhatian para perwakilan, jelas Hanifa Maidin dalam ucapan penggulungan pada hari ini.
"Salah satu isu besar dalam perundangan negara pada ketika ini adalah penggubalan Akta Pencegahan Jenayah yang sebenarnya mengembalikan ruh ISA," jelas beliau.
Menurut beliau penglibatan PAS dalam politik merupakan satu pendekatan dakwah kerana hakikatnya dengan berada di parlimen PAS dapat menegur dan menyatakan pendirian terhadap perjalanan pentadbiran kerajaan, sekaligus dapat menyatakan pandangan syariah islam terhadap sesuatu isu yang timbul.
Bahkan katanya, dalam menyampaikan dakwah PAS janganlah terlalu memberi fokus kepada hudud sahaja.

Mahfuz: Saya redha kalah Naib Presiden

Pesuruhjaya PAS Kedah itu memperoleh 504 undi, manakala Husam 520 undi, Salahuddin Ayub (917), Tuan Ibrahim Tuan Man (849), dan Abu Bakar Chik (364).

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menerima keputusan  Naib Presiden PAS yang gagal dipertahankannya dalam sesi pemilihan kali ini.
“Bertanding mesti ada kalah dan menang, tiada apa masalah samalah macam Menteri Besar Kedah (Mukhriz Mahathir) bertanding (Umno) tak menang juga.
“Jadi tiada masalah, saya masih lagi ahli parlimen kawasan Pokok Sena yang akan terus menggalas tanggungjawab untuk membawa misi parti dalam Dewan Rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Melawati di sini hari ini.
Mahfuz gagal mempertahankan jawatan yang disandangnya  dua penggal berturut-turut sebelum ini apabila kalah tipis dengan penyandang, Datuk Husam Musa dengan beza hanya 16 undi.
Pesuruhjaya PAS Kedah itu hanya memperoleh 504 undi, manakala Husam 520 undi, Salahuddin Ayub (917), Tuan Ibrahim Tuan Man (849), dan Abu Bakar Chik (364).
Beliau bagaimanapun menolak dakwaan proses kiraan semula undi semalam menyebabkan kekalahannya dan mahu semua pihak menghormati keputusan 1,086 perwakilan yang memilih.
Beliau turut menepis dakwaan kekalahannya itu ada kaitan dengan prestasi PAS di Kedah semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dan menegaskan tidak adil jika beliau dihukum berdasarkan atas faktor tersebut.

Azam Mat Sabu


Azam Mat Sabu
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu menegaskan Pas dan PR perlu merampas negeri Johor daripada dakapan Umno supaya 'kekuatan' parti itu dapat dihentikan.

Jelas Mohammad Sabu atau lebih mesra dipanggil Mat Sabu, Johor merupakan tanah kelahiran Umno dan sekiranya Pas berjaya menawan Johor dalam PRU akan datang, ia sekaligus dapat menamatkan nadi Umno di Malaysia.

 "Kalau kita (Pas) berjaya menawan Johor dalam PRU akan datang, insya-ALLAH kita berjaya tamatkan 'riwayat' Umno," katanya ketika sesi perbahasan penggulungan hari ini.

Muslimat terbukti berperanan Exco, MP dan Adun

SHAH ALAM: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff telah membuktikan kemampuan menjadi Ahli Parlimen, Adun bahkan berperanan sebagai exco.

Justeru, beliau mengingatkan ahli-ahli supaya jangan ada golongan label melabel sebaliknya mesti merapatkan ukhuwah untuk menghadapi PRU14.

"Kita ada exco di Selangor; Dr Halimah Ali di Kelantan, Mumtaz Md Nawi dan Kedah ketika memerintah, Datuk Aisah Ghazali," katanya dalam sesi penggulungan ucapan dasar Presiden.

Menurut beliau, pada PRU lalu muslimat bertanding tujuh kerusi Parlimen dan 18 Dun di mana pencapaian calon muslimat di Parlimen Kota Raja serta Dun di Seri Serdang mengatasi calon muslimin.

Mat Sabu: Kalau kita kuasai Johor, Umno tamat

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengulangi tekad PAS untuk menawan Johor bersama Pakatan Rakyat bagi memastikan parti Umno tewas dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.
"Pada pilihan raya umum lalu, jalur kekuatan kita melebar dengan cemerlang dan selepas ini (pilihan raya umum ke-14) negeri yang kita akan tawan, insya-Allah, adalah Johor.

"Kalau Johor kita kuasai, nadi Umno tamat denyutannya di Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam.

Mohamad yang baru dipilih semula bagi jawatan itu berkata ahli PAS bagaimanapun masih perlu berhati-hati dengan agenda Umno.
Katanya, Umno dapat membelanjakan wang yang banyak untuk membina imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Oleh itu, beliau berkata Umno mungkin dapat melakukan perkara sama untuk memecah-belahkan Pakatan.
"Bila kena capai, kita kena teruskan (usaha)," katanya sambil menegaskan supaya menguatkan Pakatan Rakyat dan melupakan perkara yang tetek-bengek.

"Jangan hal-hal Umno atau ejennya yang datang mencelah di tengah-tengah (jamaah) kita," katanya lagi.

Dr Dzul: Sokongan Melayu kepada DAP meningkat, PKR, PAS menurun


PKR menerima penurunan tertinggi sokongan masyarakat Melayu.PKR menerima penurunan tertinggi sokongan masyarakat Melayu.Sokongan masyarakat Melayu kepada DAP ketika Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) meningkat, namun sokongan etnik berkenaan terhadap rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain mengalami penurunan, kata Dr Dzulkefly Ahmad.
Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat itu  ketika membentangkan dapatan itu di Muktamar Tahunan PAS ke-59 PAS berkata, PKR menerima penurunan tertinggi sokongan masyarakat Melayu, iaitu sebanyak 7%, dan sokongan Melayu terhadap PAS turut menurun 2%.
DAP bagaimanapun menerima peningkatan sokongan sebanyak 2%.
"Bagaimanapun, sokongan masyarakat Melayu terhadap PAS meningkat di Terengganu dan Johor," kata bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu di Stadium Malawati, Shah Alam hari ini.
Justeru, PAS jelasnya perlu memberikan penekanan terhadap meningkatkan sokongan kumpulan anak muda daripada komuniti majoriti di negara ini kerana mereka akan menjadi penentu dalam PRU14.

Muktamar PAS: harakatul ummah ini tak mampu dipecahkan

DR RIDUAN MOHAMAD NOR

Muktamar PAS kali ke-59 melabuhkan tirainya dengan bergaya dengan puluhan ribu ahli-ahli PAS memadati stadium Melawati selama tiga hari. Muktamar dengan euphoria pemilihan ini telah memancing minat yang besar masyarakat dan pendokong PAS untuk mengikuti dari jauh dan dekat perjalanan majlis gala PAS ini. Bermula dengan ucapan dasar Presiden pada hari pertama yang meletakkan unjuran setahun halatuju bahtera besar ini. Hari pertama juga menyaksikan perwakilan memilih Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Pada hari kedua muktamar bermula seawal pagi dengan para perwakilan bersiap memilih 18 Ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat.

Agenda memilih pemimpin kali ini terasa begitu sulit kerana 61 orang calon yang mempunyai kompetensi yang baik dan mampu menyumbang untuk pemberdayaan jamaah tercinta ini. Media massa dan juga fenomena media baru turut menyimbah rasa menggebu untuk memastikan saff pimpinan adalah tembok batu paling teguh untuk mengasak regim tirani negara ini. Pada hari kedua juga para perwakilan membahaskan ucapan dasar Presiden dan ternyata dengan kelompok kelas menengah yang membesar dalam PAS maka pembahas semakin baik berbanding puluhan tahun yang lepas.Kepelbagaian latar belakang pendidikan pendokong PAS adalah aset besar bahtera jamaah ini .

Pada sebelah petangnya perbahasan usul yang semakin hangat, tingkah meningkah namun masih dalam adab yang tinggi. Petang kedua juga semakin mendebarkan apabila pengumuman jawatankuasa kerja PAS Pusat. Ustaz Idris Ahmad bekas pensyarah UiTM telah mencuat ditempat pertama. Mantan Presiden PMUKM ini adalah juara Pidato Perdana Menteri semasa menjadi anak remaja di Kolej IsIam Kelang dalam dekad 1980-an. Anakanda kepada tuan guru Ahmad Petai ini kini adalah MP Bukit Gantang dan akan menjadi pimpinan masa depan PAS. Mazlan Aliman tokoh masyarakat tani dan rakyat jembel yang sangat cemerlang gerakerjanya mendapat tempat ketiga. Mazlan berpuluh kali mendekam di lokap polis semasa menjadi sesepuh utama pemuda PAS. Anak Johor yang merupakan kubu Umno ini juga sangat cemerlang dalam  perjuangan masyarakat FELDA. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh mantan Menteri Besar Perak, Ir Nizar Jamaluddin.

Abang Mat mahu bantu Presiden perkukuh PAS, PR

SHAH ALAM: Mohamad Sabu yang berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan Muktamar PAS ke-59 bersemangat untuk meneruskan tugasnya yang disifatkan belum selesai.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada para perwakilan, beliau berkata amanah yang telah dipertanggungjawab ini akan digunakan untuk terus membantu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi mengukuhkan PAS dan Pakatan Rakyat.

"Tidak ada nak celebrate apa-apa (atas kemenangan ini) sebab pertandingan ini pertandingan persahabatan.

"Saya akan terus buat kerja, banti presiden untuk perkukuhkan PAS dan perkukuh Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media sejurus diumum menang.

Husam: PAS mahu Hadi jadi perdana menteri- Bernama


Husam ketika sesi penggulungan muktamar PAS. Gambar The Malaysian Insider oleh Afifi Abd Halim, 24 November, 2013.Husam ketika sesi penggulungan muktamar PAS. Gambar The Malaysian Insider oleh Afifi Abd Halim, 24 November, 2013.
PAS mahu Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri negara ini, kata Naib Presiden Datuk Husam Musa hari ini.
Beliau memberitahu Muktamar PAS ke-59 di sini bahawa itulah yang seharusnya menjadi agenda perjuangan parti dan perlu dibincang oleh seluruh saf kepimpinan untuk direalisasikan.
"Saya nak tengok Ustaz Hadi jadi Perdana Menteri sebelum dia mati, walaupun cuma satu hari.
"Kata-kata (perwakilan) konon PAS akan tinggalkan agenda untuk tawan Putrajaya sepatutnya tidak patut diucapkan. Kita sepatutnya susun strategi untuk memastikan kemenangan diperolehi," katanya pada sesi penggulungan muktamar itu di sini.

PAS sedia muzakarah dengan Umno dalam hal Islam, kata Hadi


Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS boleh bermuzakarah dengan Umno dalam hal ehwal Islam. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS boleh bermuzakarah dengan Umno dalam hal ehwal Islam. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.PAS hari ini menyatakan kesediaan untuk mengadakan muzakarah dengan parti lawan, Umno, namun hanya terbatas kepada hal ehwal Islam, kata presiden parti berkenaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi ketika ucapan penggulungannya sempena Muktamar Tahunan ke-59 PAS menegaskan, kerjasama berkenaan adalah bagi kepentingan umat Islam di negara ini.
"PAS bersedia untuk muzakarah dengan Umno dalam isu pelaksanaan Islam.
"Insyaallah, ulama-ulama kita akan turun. Kita ramai ahli-ahli, nak yang tua atau muda pun ada," kata Abdul Hadi ketika sidang media di Stadium Malawati.

'Tiada Islam liberal, Islam ortodoks dalam PAS'

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta anggota parti itu agar berwaspada dengan usaha Umno untuk memecah-belahkan perpaduan mereka seperti menimbulkan dakwaan perbezaan akidah di kalangan para pemimpin PAS.

Beliau mendakwa, tuduhan seperti itu ditimbulkan oleh Umno, sedangkan kalangan ahli PAS hanya berbeza dari segi latar belakang dan pendidikan dan bukannya dari segi akidah.

pas muktamar 231113 mat sabu hadi awang"Syariah Islam tidak ada khilaf (silap) di kalangan ahli pas, semua bersatu di atas satu pentas.

"Tiada dalam PAS, Islam liberal, Islam Ortodhox atau Islam Protestan. Jangan dengar pandangan orang luar. Yang lihat agama ni Ulama," kata Abdul Hadi dalam ucapan penggulungannya di Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam.

Menurutnya lagi kepelbagaian dalam latar belakang ahlinya juga boleh dilihat sebagai kekuatan dan petanda bahawa PAS mempunyai pelbagai kelebihan dan lebih menyeluruh untuk ditawarkan kepada masyarakat.

Mat Sabu: We will destroy Umno

The reinstated PAS deputy president says this would be achieved after Umno's fortress, Johor is conquered.
SHAH ALAM: PAS deputy president Mohamad Sabu is confident that the Islamist party will be able to will “kill Umno” in the next general election by conquering Johor.
“We set our eyes on Johor. The moment we conquer Johor, we will destroy Umno,” he said in his winding speech at PAS’ 59th Muktamar held in Stadium Malawati.
Johor is widely known as Umno’s heartland.
As such, it was important for Pakatan Rakyat to identify Umno’s strengths and weaknesses, said Mohamad Sabu.
“We know how spendthrift they are. Just look at the last general election; ours was the most expensive general election in the world,” he said.
Najib had reportedly spend RM58 billion at the last polls.

Wakil Sabah dan Sarawak dilantik Naib Presiden PKR - Wan Azizah

Keputusan mahkamah mudahkan PAS masuk Felda bantu peneroka

Muktamar: Salahuddin, Tuan Ibrahim, Husam dipilih Naib Presiden

Muktamar: Tubuh skuad prihatin di setiap kawasan

Muktamar: Perwakilan terlepas pandang bahas akta zalim

Tohmahan Dewan Pemuda PAS Bawah Pusat, ketua baru cadang tukar nama

Antara air mata, senyum kegembiraan Naib Presiden PAS

Saya akan terus bantu PAS -Mahfuz

Hargai kelompok seni bersama PAS

Hadi: Umno paling kuat tentang Islam dan akan sentiasa pecahkan PAS

Muktamar Tahunan PAS ke 59_24 Nov 2013

Tak rasmi: Tuan Ibrahim, Salahuddin dan Husam menang Naib Presiden PAS


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dengan Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa dikatakan menang jawatan Naib Presiden PAS secara tidak rasmi.Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dengan Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa dikatakan menang jawatan Naib Presiden PAS secara tidak rasmi.Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa sudah memenangi jawatan Naib-naib Presiden PAS setelah selesai kiraan semula, kata sumber parti.
Bagaimanapun, keputusan rasmi mengenainya hanya akan diumumkan esok di Muktamar PAS.
Menurut sumber, wakil bagi pihak-pihak yang bertanding sudah menandatangani borang pengesahan keputusan itu setelah kiraan kali terakhir dibuat.

Coming soon: Rally to oppose BN’s corrupt practices

TPPA, GST and Rosmah's lavish lifestyle are among factors that led the call for the rally.
SHAH ALAM: PAS has passed a resolution for a rally led by Pakatan Rakyat leaders and non-governmental organisations (NGO) to be held soon.
The rally was proposed in order to reveal all the corruption and abuses of funds done by the government, as revealed by the Auditor-General’s (AG) report.
The motion which was proposed by the PAS central committee and the Dewan Ulama also urged the government to revoke the implementation of the goods and services tax (GST) and Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA).
While debating the motion, PAS deputy president Mohamad Sabu said a rally must be held, other than conducting forums and dialogues, for the people to relay the message to the government.
“The AG’s reports revealed year in and year out the government’s misuse of funds involving billions of ringgit.
“Also recently, misuse of the country’s executive jets by the Prime Minister’s wife (Rosmah Mansor) has been revealed,” he said.
Due to all these, Mohamad Sabu explained the government should have addressed fighting corruption and wastage first before implementing the GST and TPPA.
“Previously, only 5% of the population have to pay tax. With the GST, everyone will be taxed,” he said.

GST: Gasak sampai tertonggeng