Jumaat, 22 November 2013

Solat 'Teman' Untuk Si Mati - Ustaz Azhar Idrus

Wajibkah Baca Senafas Setiap Ayat Al-Fatihah Dalam Solat? - Ustaz Azhar Idrus

Hukum 'Pinjam' Tak Beritahu - Ustaz Azhar Idrus

Suami itu Jeneral, isteri itu Major- Suami buat 'general decisions', Isteri buat 'major decisions'

Isu yang masih bergema ialah isu kos perjalanan isteri Perdana Menteri kita. Negara kita sudah ada lima isteri-isteri bekas-bekas Perdana Menteri, Dari Tun Sharifah Rodziah sehingga Tun Hendon yang selepas itu di ambil alih oleh Tun Jeane. Kini kita sedang bersama isteri Perdana Menteri Datuk Paduka Datin Seri Hajjah Rosmah binti Mansor. Dalam ramai-ramai isteri-isteri bekas Perdana Menteri ini tidak ada siapa pun yang boleh menandingi Datuk Paduka Datin Seri Hajjah Rosmah binti Mansor ini dalam hal membelanjakan wang rakyat.
Datin Paduka Rosmah merupakan seorang isteri kepada Perdana Menteri yang paling mahal untuk di tanggung oleh kerajaan dan rakyat Malaysia. Dalam pada kerajaan sedang menyusun dasar yang menjimatkan belanja, isteri PM tidak terlibat dengan pengurangan kos kehidupan semua. Rakyat seperti yang di nasihatkan oleh Perdana Menteri supaya mengubah cara hidup kita semua, isterinya masih tidak mahu mengubah cara hidupnya. Kalau ada pun perubahannya ia adalah perubahan ‘from bad to worst’.
Kita tidak boleh membenarkan yang salah, dan menyalahkan yang benar. Kita tidak boleh mengikut jejak langkah Shahidan Kassim, yang bermatian untuk membenarkan yang salah dengan menggunakan berbagai-bagai alasan yang gila tentang perjalanan yang mahal yang terpaksa di tanggung oleh rakyat terhadap isteri Perdana Menteri, yang ayu dan jelita itu.
Dalam keadaaan ekonomi yang tidak menentu ini, kabinet Malaysia masih meluluskan permohonan isteri Perdana Menteri untuk ke luar negara dengan jet eksekutif. Azalina Othman, mendedahkan yang kabinet yang di pengerusikan oleh Muhyiddin telah meluluskan permohonan Rosmah untuk menggunakan jet eksekutif yang sangat mahal itu.

Antara Isteri Tengku Adnan Dan Isteri Najib

Isu kenaikan cukai pintu yang dicadangkan oleh DBKL baru-baru ini telah menimbulkan keresahan kepada warga kota. Ramai yang terperanjat apabila menerima bil cukai pintu masing-masing. Kenaikan antara 100 peratus hinga 300 peratus yang dicadangkan itu dianggap terlalu tinggi dan membebankan. Setelah dibebankan dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup, kenaikan cukai pintu ini tentunya menambahkan lagi kadar darah tinggi sebahagian besar penduduk Kuala Lumpur.

Sebab itu, bantahan mengenainya kedengaran di mana-mana. Tidak ada yang bersetuju dengan kenaikan yang terlalu tinggi itu. Tidak saja Ahli-Ahli Parlimen PR yang menyuarakan bantahan dan meminta DBKL mengkaji semula kenaikan itu, dua Ahli Parlimen BN di Wilayah Persekutuan iaitu Ahmad Fauzi Zahari dari Setiawangsa dan Johari Abdul Ghani dari Titiwangsa turut juga bersuara.

Bagi Ahmad Fauzi, kenaikan itu tidak sesuai dengan keadaan kehidupan rakyat yang semakin terbeban dengan pelbagai kesan kenaikan yang dilakukan oleh kerajaan sendiri seperti penghapusan subsidi gula, kenaikan harga minyak dan sebagainya manakala Johari pula melihat kenaikan cukai pintu yang terlalu tinggi menyebabkan pemberian BR1M langsung tidak memberi makna kepada rakyat.

SPM: Kertas Matematik, Matematik Tambahan bocor?

SPM
KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan daripada tiga individu yang mendakwa kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, bocor.
Mohd Husaini Jaslee, Nor Izwan Abu Bakar dan Mohd Rizuan Abd Rashid turut menyerahkan salinan yang didakwa kertas soalan bocor itu kepada pemberita pada sidang media di pejabat PPIM di sini hari ini, yang dihadiri Pengarah Latihan PPIM Dr Izham Nayan.
Mohd Husaini, 30, berkata beliau mengetahui perihal kertas soalan yang didakwa bocor itu daripada beberapa pelajar sebuah sekolah di Seksyen 5, Wangsa Maju pada 19 November lepas.
"Kata mereka, kertas itu diedar ketika mengikuti satu seminar SPM 2013 yang dikelola seorang guru di Masjid Mua'adz Bin Jabal, Setiawangsa pada 17 November lepas bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.

Salleh Man nak jadi ahli DAP atau PKR? tanya Hafiz Nordin (Macai..!!)

Penafian Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Salleh Man bahawa wujudnya campur tangan DAP dan PKR dalam urusan pentadbiran hal ehwal agama Islam di negeri itu, dianggap sebagai satu tamparan kepada anggota akar umbi.

Aktivis Pas, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata tindakan Pesuruhjaya Pas itu pelik dan menongkah arus serta boleh diibaratkan sebagai ‘memukul’ anggota Pas dari belakang yang sebelum ini menyuarakan pendirian mereka demi maruah dan masa depan parti itu.

"Apa sebenarnya niat Mohd Salleh mengeluarkan kenyataan yang bercanggah? Perkara yang dibangkitkan dalam sidang akhbar oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas, Muhammad Fauzi Yusoff merupakan suara ahli akar umbi Pas negeri dalam mesyuarat cawangan pada 14 November lalu.

"Mengapa beliau mempertahankan mereka (DAP dan PKR) dan adakah kerana mahu jadi ahli parti itu? Bagi saya penafian yang dibuat tidak bermaruah," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ugut Keluar Pakatan, PAS Pulau Pinang Bertindak Keterlaluan


Hadi akan jumpa pemimpin PR Pulau Pinang SHAH ALAM: PAS akan mengadakan rundingan tertutup dengan pemimpin Pakatan Rakyat bagi membincangkan kemelut isu dalaman antara parti itu dengan pentadbiran di Pulau Pinang.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, setakat ini pihaknya masih belum berjumpa dengan pimpinan PAS Pulau Pinang namun berjanji untuk bertemu dan meyelesaikan masalah itu dalam masa terdekat.

“Sehingga kini saya tak juma lagi rakan di Pulau Pinang, hanya baca melalui media sahaja.

“Saya akan jumpa dalam masa terdekat bila dapat penjelasan dan bincang sama-sama dengan Pakatan.

“Isu ini akan diselesaikan secara dalaman bukan melalui media,” katanya dalam sidang media selepas merasmika n Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati di sini hari ini.

Timbalan Pesuruhjayanya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusof, Rabu lalu membidas kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP kerana gagal mengamalkan sistem kecekapan, akauntabiliti, ketelusan (CAT) terutamanya dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan pelantikan wakil parti sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Muhammad Fauzi berkata kerajaan Pulau Pinang meminggirkan PAS serta tidak menghargai usaha dan sumbangan mereka dalam memastikan pakatan pembangkang kekal relevan di kalangan rakyat terutamanya masyarakat Melayu.

Ekoran itu, beliau berkata pihaknya akan mengkaji semula kedudukan mereka dan tidak menolak kemungkinan keluar Pakatan Rakyat jika kemelut itu berterusan.

Mengulas mengenainya, Abdul Hadi bagaimanapun mengakui masalah pasti berlaku memandangkan kekuatan PAS yang hanya ada satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja di Pulau Pinang.

Pemilihan PAS: Lebih ramai konservatif bakal dipilih


Ahli PAS beratur menunggu giliran mengundi semasa muktamarnya hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 November, 2013.Ahli PAS beratur menunggu giliran mengundi semasa muktamarnya hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 November, 2013.Ketika perwakilan PAS mengundi bagi memilih kepimpinan baru untuk parti pembangkang tertua itu, sumber dalaman menjangkakan perubahan bakal berlaku dalam Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat parti berkenaan.
Meskipun mereka menjangkakan lebih ramai anggota konservatif menduduki jawatan berkenaan, namun empat jawatan tertinggi daripada Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden akan dikawal kumpulan progresif.
Ada kemungkinan Timbalan Presiden sedia ada, Mohamad Sabu akan dikekalkan.
Dengan tiga individu progresif mengisi jawatan Naib Presiden, salah seorang berkemungkinan digantikan oleh kumpulan konservatif.
Trend mengundi, kata salah seorang ahli lama kepada The Malaysian Insider, menimbulkan kebimbangan ahli akar umbi terhadap Bahagian bagaimana ia dilayan oleh Pakatan Rakyat.
Walaupun PAS berkata akan kekal dalam pakatan pembangkang berkenaan, difahamkan ahli dan pemimpinnya masih khuatir bagaimana mereka akan dilayan oleh PKR dalam pengagihan kerusi dan kempen ketika pilihan raya lalu.

Ucapan dasar Presiden, jawab tohmahan musuh

SHAH ALAM: Ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 pagi tadi disifatkan menjawab segala tohmahan musuh selama ini terhadap PAS.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, isu paling besar yang dijawab presiden adalah terhadap tohmahan kononnya PAS sudah terpesong dari perjuangan asal.
"Ucapan Presiden PAS cukup jelas bahawa beliau menegaskan PAS tidak pernah berganjak dari Islam yang menjadi dasar perjuangannya.
"Ini harus difahami oleh semua pihak, bagi saya apa yang diucapnya dan segala tomahan yang dilempar terhadap kita telah terjawab," jelasnya.
Menurut Mahfuz, Tuan Guru Abdul Hadi juga secara jelas menekankan kita tetap meletakkan Islam sebagai dasar sepertimana yang terkandung di dalam perlembagaan parti.
Pesuruhjaya PAS Kedah itu juga turut berpendapat, ucapan tersebut telah menghilangkan semua keraguan permainan politik kotor pihak musuh.
"Saya kira bahawa suatu yang harus diterima dan jangan lagi ada keraguan terhadap dasar perjuangan PAS," sambung beliau.

Masalah teknikal: Pengundian AJK PAS Pusat ditangguh esok

Muktamar: Ucapan dasar menjurus penyelesaian masalah umah

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib menyambut baik ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang disifatknnya sebagai penyelesaian kepada masalah umah.


Jelasnya lagi, Ucapan Dasar Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS kai ke-59 hari ini  tepat dengan matlamat perjuangan PAS dalam konteks politik negara yang  perlu difahami oleh seluruh ahli PAS.

"Saya melihat ucapan Ustaz Hadi adalah yang terbaik dan menjurus kepada penyelesaian umah secara keseluruhan dan penyurai kepada penyelesaian parti dalam menghadapi suasana politik negara," katanya.

Muhammad berharap apa yang disampaikan ini akan menjadikan PAS sebuah parti yang mampu mendominasi kecermalangan dalam politik Malaysia dan terus memperkukuhkan organisasi parti itu.

Tuan Guru Abdul Hadi ketika dalam ucapan dasar yang bertema 'Rahmat Untuk Semua' hari ini menggesa PAS di semua peringkat mempunyai kefahaman yang jelas tentang dasar PAS dan turun kepada masyarakat bagi menjelaskan dasar Islam yang dibawa oleh PAS.

Dalam ucapan tersebut juga beliau meminta agar ahli-ahli PAS secara keseluruhan perlu mempunyai displin, akhlak yang tinggi dan sentiasa mendalami ilmu dan seterusnya terlibat dalam aktiviti majlis ilmu, usrah, tamrin, muqayyam dan sebagainya dengan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan waqi' dan keupayaan masing-masing.

Simptom “perasan kuat” faktor Pemuda PAS tidak lihat realiti sebenar, kata pemerhati


Timbalan ketua Pemuda PAS Kelantan Hafiz Musa berucap semasa Muktamar Dewan Pemuda PAS pada Rabu lalu. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.Timbalan ketua Pemuda PAS Kelantan Hafiz Musa berucap semasa Muktamar Dewan Pemuda PAS pada Rabu lalu. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.Dewan Pemuda PAS mengalami simptom "perasan kuat" mengakibatkan platform muktamar semalam digunakan untuk menghentam kerjasama dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR), PKR dan DAP, kata pemerhati.
Pemerhati melihat Muktamar Dewan Pemuda PAS sebagai sesuatu yang sia-sia kerana tidak digunakan sebaik mungkin untuk melakukan post-mortem pengukuhan parti, tetapi lebihnya menjadi medan untuk mengkritik rakan komponen PR lain.
"Saya rasa mereka ini dah perasan kuat, mereka dilanda 'simpton perasan kuat'.
"Mereka tidak lagi melihat kepada realiti, realiti politik. Adakah mereka berkeyakinan untuk menjadi parti tunggal tanpa bekerjasama dengan PR?" soal pemerhati daripada Universiti Malaya (UM) yang enggan namanya didedahkan apabila diminta mengulas tentang beberapa kenyataan kontroversi semasa Muktamar Dewan Pemuda PAS semalam.

'Sejak 2008, PM dan Rosmah tak naik MAS'


 
Lawatan ke Qatar-UAE bukan tindakan pertama yang menyaksikan isteri perdana menteri Datin Sri Rosmah Mansor menggunakan jet kerajaan tanpa penyertaan Datuk Seri Najib Razak, dakwa PKR.

NONE"Ini bukan kali pertama beliau lakukannya," kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, sambil berkata beliau  sedang mendapatkan lebih maklumat berhubung perkara itu.

Azmin (kanan) berkata, sumbernya dalam Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan, Rosmah dan Najib tidak pernah terbang menggunakan penerbangan negara sejak mengambil alih pentadbiran pada 2008.

Azmin yang juga anggota Parlimen Gombak berkata, lawatan itu menimbulkan dua persoalan, iaitu kelayakan isteri perdana menteri menggunakan jet kerajaan dan sama ada beliau boleh menggantikan kerajaan dalam urusan rasmi.

Semasa lawatan antara 10 hingga 14 November, Rosmah antaranya bertemu dengan perdana menteri Qatar bagi menyampaikan undangan Najib supaya beliau melawat negara ini semasa program Tahun Melawat Malaysia 2014.

Kami mana ada jet peribadi, sindir tokoh wartawan



 
Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin menegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ekoran kenyataannya yang dianggapnya mencabar petugas media berhubung kontroversi tajaan terhadap lawatan Rosmah Mansor ke Qatar.

Beliau mengulas kenyataan Shahidan yang dilaporkan berkata, penampilan negatif media baru terhadap Rosmah boleh menyebabkan pelabur tidak datang ke negara ini.

a kadir jasin interview 060705 smile"Jika kamu seorang yang baik, kamu akan membawa pelabur ke sini. Kamu telah mencipta banyak kebencian terhadapnya. Pelabur akan takut untuk datang ke sini," Shahidan sebagai berkata kepada wartawan.

Dalam blognya semalam, Kadir (kiri) menjelaskan, wartawan dan media massa sudah memainkan peranannya melalui laporan positif yang membantu meyakinkan pelabur untuk menanam modal di negara ini.

"Itulah peranan wartawan - menulis berita dan bukan menjadi wakil negara untuk menarik masuk modal asing.

"Lagipun, mana ada wartawan yang ada jet peribadi atau boleh guna jet eksekutif milik negara untuk ke sana sini menggalakkan pelaburan?" sindirnya.

Muktamar: Saya serah pada Tuhan - Abang Mat


mat sabu 

SHAH ALAM - Penyandang Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu enggan meletakkan sebarang harapan yang tinggi sebaliknya berserah kepada ketentuan Illahi.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu berkata, masa yang ditunggu sudah tiba keputusan itu akan terjawab hari esok.

"Saya berserah kepada Tuhan, kita tunggu jawapan selepas perwakilan buat keputusan," katanya ringkas.

Beliau yang ditemui selepas membuang undi di Muktamar Pas ke-59 itu mendapat tentangan daripada Timbalan Menteri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang turut merebut jawatan Timbalan Presiden.

Ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan berlaku perubahan dalam corak kepimpinan parti jika beliau tewas dalam pertandingan itu, Mat Sabu berkata, beliau tidak dapat menjangkakan perkara itu dan hanya akan diketahui selepas muktamar selesai bersidang.

 "Saya tak tau (berubah), kita tengok lepas muktamar," katanya.

Hadi: TPP lebih banyak mudarat berbanding manfaat

Hadi Awang SHAH ALAM - 'Pas yakin sekiranya Malaysia menandatangi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP),dengan Amerika Syarikat, Malaysia akan mendepani lebih banyak mudarat daripada manfaat, kata Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang.

Menurut Hadi, perkara ini berasaskan kepada dominasi perundangan oleh Amerika, yang memperlihatkan usaha tersembunyi mereka untuk mengangkat agenda bagi melindungi kepentingan korporat negara itu dalam matlamat untuk terus mengekalkan kuasa monopoli perdagangan dunia sekaligus mengkesampingkan kepentingan rakyat di negara-negara rentas lautan pasifik yang lain.

"Wujud tanda-tanda bahawa wakil Amerika Syarikat mengenakan tekanan ke atas negara peserta yang lain khasnya yang kecil dan lemah.

"...supaya menyokong agenda Amerika yang tidak berubah meneruskan konsep liberal kapitalisme yang bersifat global.

Kemelut PAS-DAP di Pulau Pinang akan diselesaikan secara dalaman, kata Hadi


Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) berkata kemelut PAS dengan DAP di Pulau Pinang akan diselesaikan secara dalaman. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 November, 2013.Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) berkata kemelut PAS dengan DAP di Pulau Pinang akan diselesaikan secara dalaman. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 November, 2013.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kemelut dalaman antara parti itu dengan rakan sekutunya DAP akan diselesaikan secara dalaman tidak lama lagi.
"Kita akan selesaikannya secara dalaman dan bukan melalui media. Kita belum lagi menemui mereka (DAP) di sana (Pulau Pinang). InsyaAllah ia akan diselesaikan," katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemelut hubungan kedua-dua parti itu selepas media melaporkan PAS umpama boneka oleh kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP sejak pilihan raya umum 2008.
Selasa lepas, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Fauzi Yusof dilapor meminta kerajaan DAP berhenti campur tangan dalam hal ehwal dan pengurusan agama Islam selain menuntut lantikan lebih ramai pemimpin PAS sebagai anggota majlis negeri.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata walaupun parti itu hanya memperoleh satu kerusi iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, namun kerajaan Pulau Pinang tetap memberikan wakil parti itu peranan yang besar.

Alunan Nafiri Pemuda PAS, Seiring Sekata?

"Bangkitlah kamu beramai-ramai (untuk berjuang pada jalan Allah) sama ada dalam keadaan ringan (mudah bergerak) ataupun dalam keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam); yang demikian amatlah baik bagi kamu jika kamu mengetahui.” (At Taubah: 41)

Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-54 telah melabuhkan tirai pada 21 November, berlangsung dalam suasana penuh muhibbah dan harmonis, diselangi perbahasan yang mencambah dan kritis. Bermula dengan majlis perasmian penuh gilang di tengah metropolis Petaling Jaya bagi mendengar amanat kepimpinan daripada Ketua Pemuda PAS dan Timbalan Presiden PAS, ia turut diserikan dengan pertunjukan aset dan kekuatan Pemuda PAS, seperti Kelab 4WD, Alternative Riding Club, Alternative Cycling Club, Alternative Photography Club, MUSIKA, dan anak-anak cilik Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sebagai manifestasi keterbukaan Pemuda PAS untuk menyantuni citra segenap lapisan anak muda Malaysia.

Bertemakan INFIRU yang bermaksud bangkit dan bingkas, ia sebagai seruan ketangkasan dan kemaraan Pemuda PAS dalam memimpin kebangkitan anak muda bagi mengisi agenda mencorak masa depan Malaysia. Almarhum Prof HAMKA ada menulis mengenai istilah INFIRU yang juga dibawa masuk ke dunia Melayu melalui istilah NAFIRI iaitu sejenis alat muzik untuk membunyikan semboyan perang pada suatu ketika dahulu. Inilah simbolik semboyan yang dikumandangkan oleh Allah SWT dalam ayat 41 Surah at-Taubah agar pemuda PAS bangkit mempersiapkan diri untuk terus ke hadapan tanpa lengah dan lelah di lapangan tarbiah, dakwah dan siasah.

Dalam ucaptama beliau, YB Ketua Pemuda PAS (Mantan) telah menggariskan empat cabaran yang bakal dihadapi oleh Pemuda PAS, iaitu - agenda tarbiah bernilai-tambah; Penguasaan budaya politik baharu; Melahirkan murabitun / sumber manusia kompeten; dan Menyebarluas buah tangan PAS pada masyarakat.

Beliau turut menggagaskan lima halatuju yang perlu direalisasikan oleh legasi kepimpinan beliau, iaitu - Pembinaan keterampilan tokoh pemimpin muda; Penguasaan 60% sokongan pengundi muda; Penggunaan media baru secara optima; Penampilan Pemuda PAS yang prihatin dan berkebajikan; serta Pengukuhan PAS dan Pakatan Rakyat.

Ahli PAS perlu fahami 3 tonggak utama parti

SHAH ALAM: Ahli-ahli PAS perlu memahami tiga tonggak utama PAS sebagai parti siasah, dakwah dan tarbiah.

Sehubungan itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim menyambut baik saranan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS ke-59, pagi tadi.

Katanya, ahli-ahli PAS terutama yang memegang jawatan di dalam masyarakat perlu melaksanakan tugas dengan penuh amanah bagi memenuhi tuntutan tiga tonggak PAS itu.

Begitu juga, ujarnya mereka yang mempunyai jawatan di dalam kerajaan di negeri ini hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas kepada rakyat.

Justeru, katanya Dewan Pemuda PAS negeri akan memberi penekanan dalam pendidikan bagi memastikan aspek jujur dan amanah dapat dilaksanakan.

Ambil ucapan dasar Presiden sebagai arahan


SHAH ALAM: Ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai satu arahan untuk semua pimpinan PAS supaya berganjak daripada pemikiran lama kepada pemikiran dinamik dan progresif.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, pemikiran seperti ini perlu sebagaimana yang diharapkan PAS agar medan politik yang diperjuangan terjamin pada masa akan datang.
"Apa yang ditekankan oleh Presiden ini bukan sekadar ucapan tetapi ia adalah arahan kepada perwakilan yang harus ditunaikan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily selepas mendengar ucapan dasar Presiden yang bertema 'Rahmat untuk Semua'.
Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah tersentuh hati dengan ucapan Presiden yang mengetengahkan tema Rahmat Untuk Semua sesuai dengan agama Islam itu sendiri.
Katanya, Presiden turut menyentuh perkara berkaitan dengan peranan Muslimat yang melahirkan tenaga pelapis untuk meneruskan perjuangan PAS di masa akan datang.

Muktamar: PAS tangguh pemilihan AJK Pusat berikutan kesilapan kertas undi


Muktamar PAS hari ini hanya untuk pemilihan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli.Muktamar PAS hari ini hanya untuk pemilihan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli.Muktamar PAS hari ini menangguhkan pemilihan anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berikutan kesilapan yang berlaku pada kertas undi.
Pengerusi Pemilihan PAS Pusat Asmuni Awi ketika mengumumkan perkara itu berkata pemilihan hari ini hanya akan dijalankan bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.
Katanya pemilihan untuk anggota jawatankuasa akan diadakan esok.
Sebanyak 61 calon menawarkan diri bertanding bagi mengisi 18 kekosongan anggota jawatankuasa.
Mengikut jadual PAS, seramai 1,300 perwakilan dari seluruh negara mula mengundi bagi kesemua jawatan dalam Jawatankuasa Kerja parti itu.
Bagaimanapun proses mengundi yang sudah bermula lebih 30 minit itu berhenti selepas Jawatankuasa Pemilihan menyedari masalah berkenaan dan mengumumkan untuk menangguhkannya.

Muktamar:Pemilihan jawatan AJK PAS Pusat ditangguh esok


SHAH ALAM: Proses pembuangan undi bagi pemilihan kepimpinan PAS sesi 2013-2015 bermula jam 4.00 petang tadi selepas sesi taklimat ringkas oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi.
Bagaimanapun pengundian petang ini hanya bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS.
Sementara bagi pemilihan 12 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang sepatutnya diadakan petang ini ditangguhkan esok bermula jam 8.15 pagi.
Pengundian dijalankan secara berperingkat-peringkat bermula dengan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap, Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Petang ini, perwakilan dewan-dewan dari Negeri Selangor, Melaka dan Perlis membuang undi pada jam 4.30 petang.

Kerjasama PAS dalam Pakatan tak bererti lupa perjuangan asal parti - Perwakilan Muktamar

PAS maafkan Karpal kerana tidak faham Islam - Dewan Ulamak

PAS gesa Putrajaya beri kerjasama laksana hukum hudud - Ketua Muslimat

Tahaluf siyasi mahu perkukuh hubungan bukan keluar Pakatan - Harun Taib

Intipan ejen CIA: Pemuda Pakatan hantar memo kepada Kedutaan Amerika

PAS tetap teruskan kerjasama dengan Pakatan, kata Hadi

PAS sokong usaha Kelantan laksana hudud - Presiden

Ucapan Dasar Presiden PAS-Bhg.5

Ucapan Dasar Presiden-PAS Bhg.4

Ucapan Dasar Presiden PAS-Bhg.3

Ucapan Dasar Presiden PAS-Bhg.2

Ucapan Dasar Presiden PAS-Bhg.1

Video Muktamar Tahunan Pas Ke-59 (22 Nov 2013 - Sesi Petang)

Presiden PAS: Semua dalam pemuda anak saya

Muktamar 59: Suasa pembuangan undi

Ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS sempena Muktamar Muslimat PAS ke 53

Muktamar: Sidang Media Presiden Pas

Muktamar ‘Ini Kalilah’?

Muktamar PAS kali ini memperlihatkan persaingan yang paling sengit, paling tidakpun semenjak Era Kepimpinan Ulama awal 1980-an. Persaingan dan pertandingan merebut jawatan dalam kepimpinan Jawatankuasa PAS Pusat dan dewan-dewan merupakan perkara lazim bagi PAS sebagai sebuah parti politik Islam dan gerakan dakwah Islam bergerak dalam kerangka demokrasi. Kelaziman seperti inilah yang menjadikan PAS terus dinamik dalam menghadapi perubahan zaman sejak awal penubuhannya lagi. Oleh hal yang demikian, terdapat kalangan pemerhati politik dan pengkaji gerakan dakwah tidak melihat apa-apa kelainan dalam Muktamar PAS pada kali ini.

Pandangan ini ada kebenarannya sekiranya Muktamar PAS kali ini sekadar dilihat dari segi persaingan antara individu yang bertanding. Bagaimanapun, sekiranya dilihat kepada gagasan yang dibawa oleh individu yang bertanding, akan dapat diperhatikan dua aliran yang utama iaitu aliran baru yang mahu merubah wajah PAS dan aliran lama yang mahu mengekalkan wajah itu. Kedua-dua gagasan itu diwakili oleh calon yang sesuai bagi merebut beberapa pos penting dalam PAS sama ada peringkat Jawatankuasa PAS Pusat atau dewan-dewan. Lebih daripada itu, kedua-dua gagasan ini mempunyai sokongan ahli-ahli akar umbi, malah dari kalangan mereka yang bukan ahli (penyokong simpati PAS).

Persaingan antara kedua-dua gagasan ini sememangnya sudah ada bibit-bibitnya lebih 10 tahun yang lalu. Bagaimanapun, kedua-dua gagasan ini dikenali dengan jenama yang lain iaitu golongan ulama dan golongan profesional. Berikutan dengan itu, sepanjang dekad yang lalu, persaingan yang wujud dalam PAS lebih dianggap sebagai pertembungan antara golongan ulama dan golongan profesional. Maka setiap kali tiba musim muktamar terutama muktamar pemilihan, akan terpancul ulasan-ulasan bahawa PAS sedang berhadapan dengan kemelut siapa yang seharusnya memimpin, sama ada ulama atau profesional?

Setiap kali terpanculnya ulasan-ulasan tersebut, setiap kali pulalah pemimpin-pemimpin utama PAS menafikan dikotomi ahli-ahli PAS seperti itu. Demi merapatkan semula saf kepimpinan PAS, dikemukakan pula gagasan “memprofesionalkan ulama dan mengulamakan professional”. Terdapat juga usaha lebih kreatif untuk mengendurkan persaingan kedua golongan tersebut dengan menaja kemunculan golongan ketiga yang digelar ‘aktivis’. Namun demikian, apabila menjelang muktamar pada tahun-tahun berikutnya persaingan antara kedua-dua golongan dan dikotomi ahli-ahli PAS kepada ulama dan profesional muncul kembali. Mungkinkah ini menjadi petunjuk bahawa persaingan yang sebenar bukanlah antara golongan ulama dan professional seperti yang disangka?

PAS adalah gerakan islah dan tajdid

SHAH ALAM: PAS adalah gerakan islah dan tajdid (pembaharuan) yang berperanan  membetulkan fahaman salah dalam masyarakat dan negara oleh pengaruh pemikiran asing yang pernah menjajah umat Islam.

Sehubungan itu, PAS ujar Prresidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan terus memperjuangkan rahmat Allah daripada ajaran Islam yang membawa keadilan sejagat.

Ketika membentangkan ucapan dasar bertajuk "Rahmat Untuk Semua" pada majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati, dekat sini, beliau berkata, untuk mencapai tujuan itu organisasi parti perlu menyediakan rangka kerja yang berstruktur, mempunyai objektif dan sasaran kerja yang konstruktif, pejabat yang lengkap, sistem pengurusan konflik dan melaksanakan petunjuk prestasi dalam mencapai sasaran jamaah.

"Sebagaimana yang selalu saya pertegaskan, bahawa PAS bukanlah parti politik semata-mata, tetapi kita adalah sebuah gerakan Islam yang bergerak dalam jalur tarbiyah – dakwah – siyasah mewarisi cita-cita perjuangan yang menjadi tugas kita sebagai khilafah di atas muka bumi ini yang meletakkan politik menjadi agenda penting yang tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam," ujarnya.

Sehubungan itu, jelas beliau, adalah menjadi satu kesilapan sekiranya PAS disamakan dengan parti-parti dan kumpulan Islam yang lain.


Menyentuh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung Mei lalu, beliau berkata PAS dan  Pakatan Rakyat telah turun ke gelanggang demokrasi berhadapan BN di padang yang tidak sama rata.

PAS tetap pilih pendekatan demokrasi

SHAH ALAM: Walaupun berdepan dengan cabaran getir dalam mengharungi pentas demokrasi yang dipesongkan daripada dasar dan konsepnya yang sebenar, PAS tetap memilih pendekatan demokrasi dalam ruang siasah yang ada, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Kita percaya bahawa demokrasi yang adil secara menyeluruh, adalah mampu untuk menyelesaikan masalah dalaman umat Islam yang jahil agamanya, serta tidak sabar dalam menyampaikan risalah dakwah.

"Sebarang kecacatan yang berlaku terhadap sistem demokrasi, adalah akibat dari pencabulan dan campurtangan pihak yang menggunakan demokrasi untuk mengekalkan kuasa politik dan ekonomi mereka," ujar beliau.

Ketika membentangkan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati dekat sini sebentar tadi, beliau berkata memperjuangkan demokrasi bukan bermakna melunturkan  cita-cita Islam PAS, malah parti Islam itu akan terus bertegas mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan mengikut tafsiran yang sebenar seperti termaktub dalam perlembagaan.

PAS juga tambahnya, menyeru kerajaan supaya tidak menandatangani sebarang persetujuan yang bercanggah dengan Islam di peringkat antarabangsa termasuk menerusi sesi pendengaran Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kerajaan juga mestilah menolak mana-mana cadangan yang bertentangan dengan status quo undang-undang persekutuan mengenai kedudukan agama Islam dalam negara dan sebarang usaha untuk membawa rakyat dalam negara kita ini untuk mengamalkan gaya hidup bebas songsang yang terbabas dari tabii kehidupan penciptaan manusia," tegasnya.

Hadi: Padam Segera Cerita Dongengan Umno - BN

Muktamar 59: Kecurangan ekonomi negara berulang saban tahun

SHAH ALAM: Kecurangan terhadap ekonomi negara berulang saban tahun dan bukti kelemahan serius pengurusan kerajaan BN didedahkan berulang ganti melalui Laporan Ketua Audit Negara, tegas Presiden PAS, datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"PAS berpandangan bahawa perkara sebegini berlaku kerana wujudnya tangan-tangan ghaib yang lebih tinggi dan lebih berkuasa, yang bertindak mengatur segala operasi perolehan dan pengurusan kerajaan, lantas membenarkan penyelewangan dan pembaziran berterusan berlaku dengan terang dan nyata," ujarnya ketika membentangkan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-59, dekat sini, pagi tadi.
Beliau memberi contoh penurunan penarafan Malaysia sebagai A minus (A-) dari ‘Stabil’ pada bulan Julai kepada ‘Negatif ‘ oleh  Fitch Rating, sebuah Badan Penarafan Antarabangsa di Hong Kong.

Implikasi penurunan ‘penarafan’ itu, ujarnya akan menekan kos pinjaman seperti bon dan negara kehilangan tarikan sebagai destinasi pelaburan.

"Penyakit ini adalah secara khususnya berpunca dari tadbir-urus kewangan negara yang tidak pruden atau bijak. Kerajaan BN khasnya di bawah pentadbiran sekarang mesti bertanggungjawab," tegasnya.

Menyentuh pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Ustaz Abdul Hadi berkata tiada tindakan menyeluruh dalam membaiki ‘kedudukan fiskal-kewangan’ negara yang semakin kritikal.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan BN yang memaksa rakyat menanggung beban kemelesetan ekonomi sedangkan pada masa yang sama kerajaan terus mengamalkan penyelewengan dan pembaziran.

Muktamar 59: Kuasa rakyat sekat kemaraan kuasa besar dunia

SHAH ALAM: “Kuasa rakyat dan kebenaran” akan terus bangkit dan tidak akan dapat disekat lagi walaupun dengan segala kepakaran dan persenjataan yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat serta sekutunya, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Berucap membentangkan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati, dekat sini, sebentar tadi, beliau berkata dunia umat Islam kini berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran apabila maruah serta nyawa umat Islam bagaikan tidak mempunyai apa-apa harga dan nilai seperti berlaku di bumi Syria, Mesir, Myanmar, Kashmir, Afghanistan, Bangladesh dan Palestin.

”PAS amat tersentuh dengan apa yang berlaku di bumi Syria dan Mesir.  Pertumpahan berdarah yang sedang berlaku di Syria mesti dihentikan segera. Konflik kemanusiaan yang amat meruncing ini berlaku berikutan kebangkitan rakyat Syria untuk menumbangkan rejim zalim Bashar al-Assad.

 ”Apa yang kita sedang lihat adalah amat tragis dan memilukan. Kini lebih 100,000 orang rakyat Syria yang kebanyakannya rakyat awam yang terbunuh dan lebih dari 3 juta rakyatnya terpaksa menjadi pelarian di negara-negara jiran,” ujarnya.

 Mengulas perkembangan itu, beliau menyatakan pendirian tegas PAS agar pertumpahan berdarah itu dihentikan segera manakala sebarang usaha campur tangan asing mestilah dihalang.

Ucapan Dasar Presiden PAS: Rahmat Untuk Semua



SHAH ALAM, 22 Nov - Berpaksikan keyakinan bahawa perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS menerusi wadah tarbiyah-dakwah-siyasah yang tidak terpisah, serta membawa mesej Islam yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul, slogan 'Rahmat untuk Semua' dipilih menjadi tema Muktamar PAS kali ke-59.
Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika membentangkan ucapan dasar pagi ini menegaskan bahawa PAS adalah sebuah gerakan islah dan tajdid yang bertanggungjawab untuk memperbetulkan fahaman salah dalam masyarakat dan negara yang dipengaruhi pemikiran asing yang pernah menjajah umat Islam.
Presiden PAS itu turut menyeru supaya organisasi parti hendaklah menyediakan rangka kerja yang berstruktur, mempunyai objektif dan sasaran kerja yang konstruktif, pejabat yang lengkap, sistem pengurusan konflik, petunjuk prestasi dalam mencapai sasaran jamaah.
PAS juga menurut beliau bukanlah sebuah parti politik semata-mata, tetapi juga adalah sebuah gerakan Islam yang bergerak dalam jalur tarbiyah-dakwah-siyasah.
Bagi membawa mesej Rahmat untuk Semua, PAS akan terus menjadi rakan aktif dalam Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana semua parti dalam PR adalah penggerak bersama untuk memperkukuhkan peranan dalam membawa persefahaman politik ini ke tahap yang lebih maju.

Sepuluh Arahan Presiden Bersempena Muktamar PAS Ke-59



1. Semua pihak dalam Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS Negeri dan Wilayah serta Kawasan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas terhadap tema ”RAHMAT UNTUK SEMUA”, dan seterusnya bertindak merangka perancangan dan strategi pelaksanaan agar intipati ini dapat berada dalam masyarakat dan difahami bahawa dasar Islam ini dibawa oleh PAS. Jadikanlah tema ini sebagai sesuatu yang benar bernafas, bukan sekadar slogan kosong yang sedap didengar sebagai halwa telinga untuk Muktamar semata-mata.
2. Badan Perhubungan PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan juga perlu lebih dinamik dalam gerakerja tersusun yang mempunyai sasaran bulanan dan tahunan, menambahkan ahli yang berkualiti, mendekati medan baharu dalam masyarakat, dan mempunyai sekurang-kurangnya 50% program di kalangan ahli baharu atau masyarakat awam di luar lingkungan ahli jamaah. Penentuan petunjuk prestasi perlu dibangunkan, sebagai sasaran kerja yang lebih terarah. Kukuhkan organisasi parti dengan berbagai ilmu pengurusan, kepimpinan perlu dibajai dengan tarbiyah untuk membentuk diri seterusnya mengikhlaskan niat perjuangan. Usaha yang berterusan untuk mengaktifkan ILHAM, dan modul-modul pembinaan diri ahli di berbagai peringkat mestilah diperkukuhkan dengan menjadikannya sebagai salah satu sasaran tahunan.
3. Sabah dan Sarawak adalah rakan penting dalam pembentukan Malaysia. Rakyat di sana telah bersama dalam referendum yang melahirkan negara Malaysia, maka hargailah hasil yang turut sama dibina oleh rakyat Sabah dan Sarawak ini. Maka seluruh jentera PAS di medan ini perlulah berusaha gigih untuk menyedarkan rakyat tentang hak mereka ini supaya tidak dibuli oleh UMNO-BN disetiap masa dan ketika. Badan Perhubungan PAS di Sabah dan Sarawak pula perlulah melengkap dan memperkemaskan organisasi, mempertingkatkan kerja dakwah, menghilangkan phobia masyarakat di sana terhadap PAS, dan seterusnya merakyatkan PAS supaya diterima sebagai parti yang berupaya menjadi tempat bergantung mereka.

Hadi: Umno jadikan kalimah Allah, hudud senjata politik


Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang (kanan) bersama Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat bersama perwakilan di Muktamar PAS ke-59. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 November, 2013.Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang (kanan) bersama Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat bersama perwakilan di Muktamar PAS ke-59. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 November, 2013.Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadikan isu berkaitan agama Islam sebagai senjata politik untuk meraih sokongan mereka yang semakin berkurangan.
Beliau bagaimanapun berkata, perkara berkaitan serangan terhadap umat Islam itu bukan perkara baru kerana ia berlarutan sejak ribuan tahun dahulu.
"Umat Islam yang ada dalam negara kita ini dikejutkan dengan rentetan serangan isu berkaitan agama Islam yang menjadi agama Persekutuan, di samping suasana yang tidak harmoni cuba dicetuskan oleh kalangan yang ingin mengambil kesempatan daripadanya," katanya ketika berucap di Muktamar Tahunan ke-59 PAS di Shah Alam, hari ini.

Dialog hudud Kelantan: DAP hadir, Umno tak hadir

Hukum Islam Bukan Barangan Dagangan : Hadi

'Reject GST or suffer the economic consequences' - Hadi

Hadi: Jadikan 'PAS tumbang di Kedah' sebagai iktibar

Presiden PAS: Guna 'makhluk asing' atur pendidikan bukti Umno tak yakin dengan anak nusa, bangsa

Video Perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-59

Hadi: We're not passengers, we're active partners in Pakatan

Hadi jamin PAS akan terus jadi rakan aktif Pakatan


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan dasar merasmikan Muktamar PAS ke-59 di Stadium Melawati, Shah Alam. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 November, 2013.Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan dasar merasmikan Muktamar PAS ke-59 di Stadium Melawati, Shah Alam. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 November, 2013.Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi jaminan PAS akan terus menjadi rakan aktif Pakatan Rakyat (PR) dan bukan penumpang semata-mata.
Ia bertujuan untuk memenuhi mesej tema "PAS adalah Rahmat Untuk Semua" yang menjadi tema muktamar PAS ke-59 ini, katanya ketika memberikan ucapan dasar dalam majlis perasmian muktamar PAS di Stadium Melawati, Shah Alam pagi ini.
"Ingatlah, bahawa kita bukan penumpang semata-mata, rakan-rakan kita juga bukan penumpang, tetapi semua parti dalam PR adalah penggerak bersama untuk memperkukuhkan peranan dalam membawa persefahaman politik ini ke tahap lebih maju," katanya.
Kenyataan Abdul Hadi boleh dianggap sebagai menjawab beberapa isu yang berbangkit sejak kebelakangan ini khasnya oleh PAS Pulau Pinang.
PAS Pulau Pinang yang diketuai Timbalan Pesuruhjayanya membuat sidang akhbar khas bagi mengkritik kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin DAP kononnya mereka (PAS) adalah penumpang  sahaja.
Dalam ucapan di depan kira-kira 1,300 perwakilan dari seluruh negara dan lebih 5,000 pemerhati, Abdul Hadi berkata, PAS dan Pakatan Rakyat adalah pilihan majoriti rakyat negara ini sebagaimana yang ditunjukkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

PAS: Jangan guna 'makhluk asing' atur pendidikan kita

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak kerajaan Umno-BN yang menggunakan konsultan luar yang dianggapnya sebagai "makluk asing" untuk menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dengan kos RM20juta.

Katanya, tindakan itu tidak memperlihatkan usaha kerajaan secara bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan isu pendidikan secara umum termasuk pendidikan Islam dalam negara.

"...(Ia) memberikan gambaran bahawa kerajaan Umno-BN tidak yakin dengan anak nusa dan bangsa yang ada dalam negara sendiri tanpa peduli pendidikan hendaklah mengikut acuan setempat yang berbeza di antara satu sama lain.

"Menggunakan 'makhluk asing' untuk mengatur pendidikan kita adalah menempah kegagalan lagi, di mana anak-anak kita hanya sekadar menjadi ujian mereka sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasar Muktamar PAS ke-59 bertajuk "Rahmat Untuk Semua" di Stadium Malawati pagi ini.

Abdul Hadi berkata lanskap pendidikan tinggi juga perlu mengalami perubahan sturuktur yang ketara dan ia perlu ditangani secara berkesan kepada perubahan persekitaran, institusi pengajian tinggi diberikan lebih autonomi dalam berbagai sudut tertentu.

Amaran Hadi: Agama bukan barang dagangan


muktamar pas

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan  bahawa isu-isu agama yang bersendikan al-Quran dan as-Sunnah tidak wajar dijadikan 'barang dagangan' yang boleh dijaja ke sana ke mari.

Apatah lagi kata Abdul Hadi apabila ia dijadikan senjata politik oleh sesetengah pihak seolah-olah perihal agama ini umpama barang dagangan yang boleh dijual beli.

"Umat Islam dikejutkan dengan rentetan serangan isu-isu berkaitan agama Islam.

"Bila timbul isu ini, rakyat awam dijalanan pula diajak untuk memberikan ulasan, maka timbullah isu kalimah ALLAH, hudud yang diulas ditepi-tepi jalan oleh mereka yang bukan ahli.

"Sehubungan itu, Pas menegaskan, bahawa isu-isu agama yang penuh sarat dengan hukum syariatnya... tidak wajar menjadi barang dagangan," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden Pas di Stadium Melawati hari ini.

Hadi: PAS terus jadi rakan aktif Pakatan




MUKTAMAR Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS akan terus menjadi rakan aktif dalam Pakatan Rakyat dan mengingatkan bahawa PAS dan rakan gabungan dalam Pakatan "bukan penumpang".

"Tetapi semua parti-parti dalam PR adalah penggerak bersama untuk memperkukuhkan peranan dalam membawa persefahaman politik ini ke tahap yang lebih maju dan seterusnya memikul amanah yang berat ini," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasar Muktamar PAS ke-59 bertajuk "Rahmat Untuk Semua" di Stadium Malawati Shah Alam, pagi ini.

Muktamar 59: Keputusan Penuh JK DPPM

Berikut adalah data ringkas keputusan penuh Suruhanjaya Pilihanraya bagi pemilihan jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Malaysia bagi sessi 2013/2015.

Data Ringkas
Jumlah pemilih yang layak memilih – 639
Jumlah pemilih yang membuang undi – 638
Kertas undi dlm peti undi ketua – 634 + 4 rosak
Kertas undi dlm peti undi timb – 637 + 1 rosak
Kertas undi dlm peti undi naib – 637 + 1 rosak
Kertas undi dlm peti AJK – 625 + 13 rosak
Calon Ketua Pemuda
1. Kamarulzaman Muhammad - 307
2. Suhaizan Kaiat - 320
3. Zulhazmi Sharif - 7

Calon Timbalan Ketua Pemuda
1. Mohd Khalil Abdul Hadi, Ustaz – 355
2. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob, Dr - 282
Calon Naib Ketua Pemuda
1. Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi – 226
2. Mohd Khairul Nizam Khairuddin, Ir. Hj - 411

Muktamar PAS Pusat Kali ke-59 Bermula



SHAH ALAM, 22 Nov - Majlis perasmian bagi Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-59 bermula dengan pemeriksaan perbarisan Jabatan Amal tepat jam 8.45 pagi, di pentas utama Ekspo Muktamar, Stadium Malawati, Shah Alam.
Pemeriksaan perbarisan itu disempurnakan Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang juga merupakan perasmi muktamar dengan diiringi Setiausaha Agong PAS, Dato' Mustafa Ali dan Pengarah Panatia Muktamar PAS Pusat kali ke-59, Dato' Takiyuddin Hassan.
Sejurus kemudian, Presiden PAS diiringi masuk ke dalam dewan dan mengambil tempat. Para pemimpin PAS Pusat, pemerhati, dan perwakilan bersama-sama berselawat serta menyanyikan lagu Negaraku dan lagu rasmi PAS. Buat pertama kalinya lagu rasmi PAS yang disusun semula dengan rentak yang lebih bersemangat dinyanyikan secara langsung oleh sekumpulan Pumuda.
Majlis diteruskan dengan ucapan aluan Pengerusi Tetap dan bacaan ayat suci al-Quran yang disampaikan Ustaz Tarmizi Ali.
Turut hadir pada perasmian muktamar pagi ini adalah Mursyidul AM PAS, Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib-naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Dato' Husam Musa, ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat, dan Ketua-ketua Dewan.
Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu walau bagaimanapun tidak dapat hadir kerana sesi perbicaraan di mahkamah.

Muktamar: PAS perlu berhenti “menangis seperti bayi” jika mahu perintah Malaysia

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (tengah) menghadiri muktamar Dewan Muslimat pada Rabu. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 November, 2013.Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (tengah) menghadiri muktamar Dewan Muslimat pada Rabu. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 November, 2013.PAS perlu membuat keputusan sama ada mereka mahu bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya atau terus “menangis seperti bayi” dan menjadi “penumpang” dalam usaha mengalahkan Barisan Nasional (BN) yang sudah memerintah Malaysia sejak negara mula merdeka.
Perwakilan PAS Pulau Pinang Mohd, Raduan Ramli semasa perbahasan ucapan Ketua Pemuda PAS semalam terus “membelasah” rakan PR DAP dan mendakwa mereka sekadar menumpang dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.
Sedangkan masih banyak yang perlu dilakukan PAS seperti mempertingkat usaha untuk memenangi sokongan golongan muda Malaysia dalam pilihan raya umum akan datang, seperti kata bekas Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan semasa ucapannya dua hari lalu.
Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, kebanyakan negeri termasuk yang diperintah PR di Pulau Pinang, merekodkan kurang 50 peratus undi golongan muda menyokong pakatan pembangkang itu dalam Pilihan Raya 2013 lalu.
Keputusan pilihan raya umum dari 1999 hingga 2013 menunjukkan dengan jelas pola pengundian terhadap PAS.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramah di Selangor baru-baru ini menyedari  hakikat kekuatan PAS apabila berkata secara sinis: "Jika PAS keluar dari Pakatan, maka PAS akan menjadi lebih kuat. Tetapi jajahan takluk PAS hanya bermula dari Rantau Panjang dan berakhir di Kemaman.”

Muktamar: Pembahasan Usul DPPM

Ulama PAS tolak Hasan Ali, dakwa beliau cuba pecah belahkan parti Islam


Muktamar PAS ke-59 dijangka hangat dengan pelbagai isu.Dewan Ulama PAS menyifatkan gesaan bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali supaya parti Islam itu meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) sebagai cubaan memecahbelahkan parti Islam itu.
Muktamar PAS ke-59 dijangka hangat dengan pelbagai isu. Setiausaha Dewan Ulama Dr Mohd Khairudin Aman Razali menegaskan kenyataan Hasan tidak wajar dijadikan rujukan oleh ahli PAS yang bakal menghadapi pemilihan parti minggu ini.
"Beliau bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan PAS  dan Pakatan. Hasan Ali tidak wajar dijadikan rujukan oleh ahli PAS.
"Beliau mungkin ada hak untuk bercakap, tapi beliau tidak ada hak untuk dijadikan rujukan pemimpin PAS ataupun bercakap mengenai parti," kata Mohd Khairudin apabila dihubungi The Malaysian Insider semalam.
Hujung minggu lalu, Hasan yang dipecat daripada PAS menggesa parti Islam itu mengkaji semula kedudukan parti itu dalam PR kerana peranan PAS seakan-akan tidak menonjol lebih-lebih lagi selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Saya harap ia dapat dicerminkan dalam muktamar kali ini dan keputusannya, PAS meninggalkan PR,” kata Hasan semasa sidang media rumahnya Sabtu lalu.
Mohd Khairudin membidas Hasan sebagai tidak layak bercakap mengenai hal ehwal parti PAS memandangkan sudah dipecat pada tahun 2012. Keputusan tersebut berdasarkan Fasal 82 (9) peraturan parti.
"Bagi isu dan perkara yang dibangkitkan oleh Hasan Ali, ingin saya tegaskan di sini, Hasan Ali telah dipecat dan tidak layak untuk bercakap mengenai PAS ataupun perkara berkaitan dengan PAS," kata Mohd Khairudin.

Muktamar 59: Keputusan pemilihan Pemuda dan Wanita, mesej tersendiri pemilihan kepimpinan tertinggi PAS

Hampir kesemua Exco Dewan Muslimat yang menang terdiri pendokong kepimpinan Ketua Muslimat PAS Siti Zailah.Hampir kesemua Exco Dewan Muslimat yang menang terdiri pendokong kepimpinan Ketua Muslimat PAS Siti Zailah.Kemenangan Suhaizan Kaiat mengalahkan Kamaruzaman Mohamad sebagai Ketua Pemuda PAS yang baru memberikan mesej tersendiri kepada muktamar penuh PAS yang bakal berlangsung besok.
Apatah lagi dengan kemenangan besar golongan progresif di Dewan Muslimat PAS Pusat iaitu Siti Zailah Yusof, Dr Siti Mariah Mahmud dan Mumtaz Mat Nawi yang mengalahkan pencabar masing-masing untuk jawatan ketua, timbalan dan naib ketua Dewan Muslimat PAS.
Bukan setakat itu, hampir kesemua Exco Dewan Muslimat yang menang juga dikira pendokong kepimpinan muslimat yang menang itu.
Mereka adalah Dr Halimah Ali, Aiman Athirah, Khairiah Mohamad, Normala Sudirman, Dr Asiah Ali, Aida Yusof Rawa, Wan Ubaidah Omar, Mastura Mohamad, Datuk Siti Aishah Ghazali, Azizah Khaitib Mat, Wan Hasrina Wan Hassan dan Kartini Ahmad.

Wanita DHPP ikrar beri komitmen

SHAH ALAM: Wakil wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Kumutha Raman memberi jaminan mereka bersedia memberi komitmen yang penuh bersama perjuangan PAS bagi meningkatkan peluang menuju ke Putrajaya.

Menurut beliau, perjuangan yang dilakukan oleh DHPP dan PAS atas landasan yang sama dan ibarat isi dengan kuku.

"Saya berjanji akan memberi komitmen penuh terhadap perjuangan PAS. Saya menyeru agar di setiap kawasan ditubuhkan DHPP khususnya yang membabitkan wanita. Hari ini kita boleh lihat DHPP dianggotai pelbagai kaum seperti Cina, India serta pelbagai agama termasuk Hindu, Buddha dan Kristian.  Kita perlu ke semuanya untuk meningkatkan melangkah jauh ke hadapan," katanya.

Beliau berkata, di kawasan bukan Melayu melebihi 55 peratus peranan DHPP amat perlu dan mesti bergerak sekarang tanpa menunggu tempoh pilihan raya.

"Jika kita mahu ke Putrajaya kita kena fikir sekarang, DHPP bersedia untuk tanggungjawab itu," katanya dalam ucapan penangguhan Muktamar DMPP.

Beliau turut menyeru Lajnah Perpaduan Nasional dan Ketua Muslimat setiap negeri aktifkan DHPP serta memberi motivasi memandangkan Dewan Muslimat sudah 53 tahun.

"Saya cadangkan program agar pelbagai program khususnya sukan kerana boleh mengeratkan silaturahim antara kaum. Kita juga boleh buat program untuk menerangkan tentang budaya dan agama," katanya.

Muslimat lulus lima usul untuk Muktamar Pusat



SHAH ALAM: Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-53 meluluskan lima usul untuk dibentangkan di dalam Muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung di Stadium Malawati.
Lima usul tersebut termasuk satu usul dibahaskan iaitu usul keselamatan negara yang diusulkan oleh Muslimat PAS Kawasan Temerloh dan Maran.
Muslimat PAS Temerloh meminta Muslimat Pusat agar mendesak Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula modul penguatkuasaan undang-undang dengan memberi penekanan aspek asas-asas agama, nilai murni, dan moral ke arah mewujudkan kawalan sosial secara menyeluruh.
Sementara itu dua usul telah diterima tanpa bahas iaitu usul mewujudkan Akademi Seni Islam yang dikemukakan oleh Dewan Muslimat PAS Kelantan.
Perwakilan Muslimat Kelantan menegaskan penubuhan Akademi Seni Islam ini wajar disegerakan memandangkan ramai golongan artis dan selebriti yang terlibat dalam nyanyian dan lakonan telah berhijrah untuk mengamalkan Islam dengan lebih sempurna melalui bimbingan dalam satu platform dakwah.
Usul mempertahankan dan memperkasakan kepimpinan ulama yang dikemukakan oleh Dewan Muslimat PAS Gombak turut diterima tanpa bahas.

Usul Ulamak: Kaji tahaluf perkukuh Pakatan



SHAH ALAM: Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat hari ini menerima sebulat suara usul supaya Majlis Syura Ulamak dan PAS Pusat mewujudkan satu jawatankuasa bagi mengkaji Tahaluf Siyasi bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat menghadapi PRU14.
Usul tersebut dikemukakan bersama oleh Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.
Penjelasan usul berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan, Usta Abdul Hadi Abdul Halim.
Usul itu mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat mewujudkan jawatankuasa khusus bagi mengkaji, menyemak serta menilai kekuatan dan kelemahan, kejayaan dan kegagalan pendekatan Tahaaluf Siyasi dalam Pakatan Rakyat sepanjang ia berlangsung dari sudut mafsadah (kerosakan) dan maslahah (kebaikan) syar'iyyah dengan niat dan tujuan penambahbaikan dan pengukuhan Pakatan Rakyat untuk lonjakan PRU ke 14.
Berikut usul-usul yang diterima untuk dibahas dan lulus tanpa bahas.
Usul-Usul yang diterima untuk dibahas:-
1. Usul Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang:
Maka Dewan Ulamak PAS Pulau Pinang mendesak supaya PAS Pusat mewujud dan menggerakkan mekanisma penyelarasan polisi dan dasar bagi negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat bagi memastikan segala dasar kerajaan negeri dan lantikan perjawatan di peringkat kerajaan negeri dibuat secara persetujuan bersama ketiga-tiga parti

2. Usul Dewan Ulamak PAS Negeri Perak:
Dewan Ulamak PAS Perak dengan ini mengemukakan usul berkenaan bahaya pemikiran liberal dan pluralisme yang menyesatkan pemikiran Umat Islam dan manusia sejagat. Ancaman pemikiran Liberal dan Pluralisme adalah satu ancaman pemikiran oleh sedang dihadapi oleh gerakan Islam di seluruh dunia.
Pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme adalah pemikiran yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam seluruh dunia. Dunia Arab dan negara jiran Malaysia iaitu Indonesia telah terlebih dahulu berhadapan dengan asakan pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme. Fenomena ini tidak dapat disangkal lagi kerana pengharaman pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme telah diwartakan.
Kini bahang pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme sudah sampai ke Malaysia. Sebelum ini, pihak berkuasa agama seperti JAKIM telah menyenaraikan Sister In Islam (SIS) adalah sebuah NGO Islam Liberal yang wujud di Malaysia. Kini, Islamic Renaisansse Front (IRF) didapati membawa dakyah Islam Liberal dan Pluralisme.
Bagi menghadapi dan membendung penularan gejala Islam Liberal dan Pluralisme yang semakin berleluasa ini, maka dengan ini kami daripada Dewan Ulamak PAS Perak mengusulkan beberapa perkara seperti berikut :

Muslimat Lulus Usul Keselamatan Negara



SHAH ALAM. 21 Nov - Menyedari hakikat senario peningkatan kadar jenayah dan pembunuhan dengan menggunakan senjata api semakin meruncing dan amat membimbangkan rakyat mutakhir ini, Muktamar Dewan Muslimat PAS hari ini membahaskan Usul Keselamatan Negera.
Usul tersebut dikemukakan bersama oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Termerloh dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Mara.
"Menyedari hakikat bahawa kebimbangan terhadap kes pembunuhan dari arah dekat dengan menggunakan senjata api seolah-olah lesen untuk memiliki senjata api boleh diperolehi begitu mudah tanpa tapisan kawalan keselamatan yang bersistematik,
"Angka 74,127 kes dari bulan Januari hingga Jun 2013 walaupun dikatakan menurun indeks jenayahnya, bukanlah suatu angka yang sedikit," ujar wakil Temerloh ketika membentangkan usul berkenaan.
Usul itu mencadangkan Dewan Muslimat PAS Pusat perlu mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar mengkaji semula modul penguatkuasaan undang-undang dengan memberi penekanan aspek asas - asas agama, nilai murni dan moral kearah mewujudkan kawalan sosial secara menyeluruh.

DPPM: Usul tahaluf siyasi diterima sebulat suara


PETALING JAYA: Usul politik berkaitan tahaluf siyasi yang dibawa Dewan Pemuda PAS kawasan Permatang Pauh diterima sebulat suara oleh para perwakilan dengan dua perbahasan sokongan.

Usul tersebut menegaskan berdasarkan suasana politik di Pulau Pinang, usul tersebut dibentangkan dengan dua pindaan, di mana DPP Permatang Pauh tidak bertujuan mencari gaduh, sebaliknya mencari jalan penyelesaian.

Usul itu menyarankan empat jalan yang perlu diambilkira bagi pengukuhan tahaluf siyasi, iaitu PAS Pusat perlu mewujudkan penyelarasan polisi dan dasar kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Majlis Pakatan Rakyat perlu mewajibkan mesyuarat sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi mengukuhkan tahaluf siyasi," kata perwakilan Permatang Pauh, Mohd Shafirol Rozali ketika mengemukakan usul, di Dewan Sivik, malam ini.

Selain itu, usul itu turut menegaskan sebarang lantikan dalam mana-mana kerajaan negeri dari kalangan ahli PAS mestilah mendapat persetujuan PAS kawasan, negeri mahupun cawangan.

DPPM: Usul pemuda Gombak ditolak, langgar perlembagaan parti


PETALING JAYA: Usul mempertahankan kepimpinan ulama ditolak para perwakilan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kerana disifatkan bercanggah dengan perlembagaan parti.

Usul tersebut dikemukakan Pemuda PAS Gombak dan disokong oleh Pemuda PAS Klang.

Bagaimanapun Pemuda Lembah Pantai, Kluang, Lumut bangun membahaskan supaya menolak usul itu.

Antara hujah yang dikemukakan bagi menolak usul tersebut kerana mengikut perlembagaan parti, jawatan bagi presiden, timbalan dan naib presiden boleh dilantik dari kalangan ahli PAS.

Perlembagaan tidak menyebut mereka perlu terdiri dari kalangan ulama ataupun bukan ulama.

Mereka juga mengemukakan hujah bahawa usul yang mengatakan institusi ulama diserang adalah tidak kukuh ekoran tiada sebarang bukti berhubung tuduhan tersebut.

Selepas perbahasan hangat, Pengerusi Tetap DPPM, Misbahul Munir Masduki meminta para perwakilan bangun bagi menyatakan pendirian sama ada menerima atau menolak usul tersebut.

Menurut Misbahul, usul tersebut perlu diperbaiki kerana kurang jelas tetapi tidak bermakna Pemuda PAS menolak ulama.

Berikut ialah usul DPP Gombak, mempertahankan kepimpinan ulama.

"Sedar atau tidak PAS sudah menjadi sebuah parti yang disegani kerana kematangannya dalam meniti usia perjuangan yang ke-62 tahun. Sepanjang perjalanan untuk mempersada perjuangan Islam, lebih separuh dari tempoh tersebut PAS dipimpin oleh golongan ulama.

Siti Zailah kekal ketua Muslimat PAS

Siti Zailah Mohd Yusof dipilih sebagai ketua Muslimat PAS manakala Dr Siti Mariah Mahmud terpilih sebagai timbalannya.

Berikut adalah keputusan penuh pemilihan Muslimat PAS

Senarai Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS 2013-2015

jumlah perwakilan berdaftar dan layak mengundi 681
jumlah perwakilan mengundi - 665

jumlah kertas undi dalam peti undi - 665 kertas undi

Pengerusi Tetap
* Norhashimah Deraman - 387
* Nor Azlin Md Samsudin - 208
* Saadiah Abu Bakar - 56

Timbalan Pengerusi Tetap
* Nor Azlin Md Samsudin

Ketua
* Siti Zailah Mohd Yusoff - 468
* Nuridah Salleh - 189

Timbalan Ketua

* Dr Siti Mariah Mahmud - 429
* Dr Najihatussalehah Ahmad - 229

Naib Ketua
* Mumtaz Mohd Nawi - 457
* Dr Rosni Adam - 201

 Ahli Jawatankuasa
* Aida Yusof Rawa - 409
* Aiman Athirah Sabu - 457
* Dr Asiah Ali - 444
* Azizah Khatib Mat - 360
* Dr Halimah Ali - 476
* Kartini Ahmad - 306
* Khairiah Mohamed - 454
* Kintan Man - 219
* Mastura Mohammad - 392
* Noor Hanim Ismail - 274
* Noraini Hussin - 166
* Normala Sudirman - 446
* Rohani Ibrahim - 300
* Rosiah Salleh - 253
* Salamiah Mohd Nor - 209
* Datuk Siti Ashah Ghazali - 372
* Siti Faridah Samad - 260
* Wan Aisyah Wan Ariffin - 243
* Wan Hamidah Wan Daud 171
* Wan Hasrina Wan Hassan - 331
* Dr Wan Maseri Wan Muhamad - 279
* Wan Ubaidah Omar - 393

Suhaizan Kaiat menang jawatan ketua Pemuda PAS


 
Suhaizan Kaiat berjaya dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS yang baru.
Manakala anak presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi pula dipilih sebagai timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS yang baru.

Suhaizan (kiri) yang juga ketua Pemuda PAS Johor mendapat 320 undi untuk menewaskan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohammad yang mendapat 307.

Seorang lagi calon, Zulhazmi Sharif hanya mendapat tujuh undi.

Sementara itu, Khalil mendapat 355 undi menewaskan Raja Iskandar Raja Yaakob yang mendapat 282 undi.

Seramai 638 perwakilan mengundi hari ini bagi memilih kepimpinan Pemuda PAS 2013-2015

Bagi pemerhati, kemenangan Suhaizan yang dilihat mewakili kecenderungan aliran bukan ulama dalam PAS.

Bagaimanapun, cabarannya di depannya masih tidak mudah apabila kebanyakan besar exco yang terpilih hari ini tergolong dalam kategori 'chai' lawannya Kamaruzaman Mohamad.
Suhaizan dalam ucapan kemenangannya mencadangkan nama Dewan Pemuda PAS Pusat dikomersialkan sebagai Pemuda PAS Malaysia sebagai langkah meremajakan dan mendekatkan pergerakan itu kepada masyarakat umum.
Selain itu, beliau turut berjanji untuk memperkasakan pergerakan pemuda dari semua segi seperti tarbiah serta memberi berita gembira apabila membayangkan untuk menaikkan gaji guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).
"Mereka, guru-guru PASTI mempunnyai tangga gaji rendah sedangkan mereka banyak berkorban.

"Saya dan exco baru akan menyemak semula gaji guru PASTI di seluruh negara," kata beliau.

Ahmad Hamimi Taib Azamuddin (433)
Syed Abdul Kadir Syed Hussin al Jufri (433)
Ahmad Fadhli Shaari (417)
Mohd Shahrir Sulaiman (415)
Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (404)
Zaharuddin Muhammad (379)
Ahmad Yahya (337)
Mohd Faizul Salleh (371)
Mohd Fadhli Ghani (359)
Mohd Zawawi Hassan (358)
Nurul Islam Mohd Yusof (355)
Mohd Sany Hamzan (340)

DPPM: Sesuaikan dakwah dengan anak muda

DPPM perlu ubah strategi hadapi PRU14

Ulama PAS maafkan Karpal kerana belum sempat belajar Islam

DPPM: Giatkan dialog dan penerangan kepada DHPP

Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia Kali ke-54 (Sesi Petang)

Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Kerja DPPM 2013-2015

Suhaizan dipilih Ketua Pemuda PAS