Khamis, 21 November 2013

Dewan Ulama: GST goes against Islam

Muktamar: Ahli Pas jangan terlalu sensitif

muktamar pas
PETALING JAYA - Lumrah dalam Tahaaluf Siyaasi perlu disertai dengan toleransi dan mengenepikan sikap terlalu sensitif berhubung beberapa perkara.

Perwakilan Pemuda Pas Melaka, Azizan Lim berkata, ahli Pas tidak sewajarnya terlalu terkesan terutama berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh rakan sekutunya dalam menjalin kerjasama politik.

"Ini politik, bukan di Palestin yang perlu berjuang sehingga ke titisan darah terakhir..."

"Apabila rakan tahaaluf yang tidak faham tentang Islam bercakap kita terus melenting, susahlah," katanya ketika sesi perbahasan ucaptama Ketua Pemuda, di sini, hari ini.

Tambah beliau, "adalah lebih baik kita mencari kawan daripada kita mencari musuh yang mungkin seangkatan dengan kita".

Laporan Ketua Audit 2012: 39 berdepan tindakan sivil atau jenayah, kata Ali Hamsa..??


Sebanyak 39 penjawat awam termasuk pesara bakal berdepan tindakan sivil atau jenayah jika didapati bertanggungjawab terhadap ketidakaturan yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa (gambar) berkata mereka yang meliputi 30 penjawat awam dan sembilan pesara itu diberi surat tunjuk sebab untuk menjelaskan tahap penglibatan atau kecuaian mereka dalam ketidakaturan berkenaan.
Jika siasatan lanjut mendapati mereka terbabit, tindakan sivil atau jenayah akan diambil bergantung kepada jenis kecuaian atau perlanggaran yang dilakukan, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Menurut Ali sebanyak tujuh penjawat awam lagi akan dikenakan tindakan tatatertib manakala sembilan didapati tidak terlibat dalam salah laku berkenaan.
Maklumat ini adalah hasil siasatan ke atas 24 kes yang dibuka dan disiasat oleh 13 jawatankuasa siasatan khas yang ditubuhkan sebelum ini, katanya.
Pembentukan jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Ali diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014, bertujuan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap salah laku penjawat awam susulan pelbagai teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.
Dalam laporan itu, sebanyak 319 teguran dibuat membabitkan 81 perkhidmatan awam persekutuan, 21 badan berkanun serta 217 peringkat kerajaan negeri.
Daripada jumlah itu, 94 teguran membabitkan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku dan kecuaian dalam melaksanakan tugas.

DPPM: Pemuda PAS digesa berfikir sebagai anak muda agar dilihat ‘cool’


Muhamad Sabu (kanan) berjabat tangan dengan Nashiruddin Tantawi semasa persidangan Dewan Pemuda PAS. Muhamad Sabu (kanan) berjabat tangan dengan Nashiruddin Tantawi semasa persidangan Dewan Pemuda PAS. Perwakilan dari Johor hari ini menggesa agar Dewan Pemuda PAS mempunyai pemikiran seperti sebahagian daripada anak muda Malaysia dan tidak hanya bergerak secara eksklusif.
Shazli Munir menegaskan, beliau mahu melihat Pemuda PAS  berdamping serta selari dengan kumpulan anak muda di Malaysia.
"Kadangkala kita dilihat eksklusif dalam pendekatan, sebab itu dalam kerangka pemikiran ahli Dewan Pemuda PAS tidak boleh berfikir bahawa ia adalah entiti yang lain berbeza dengan anak muda di Malaysia.
"Kita mesti berfikir sebagai sebahagian daripada anak muda di Malaysia," katanya lagi.
Beliau juga berkata, Pemuda PAS perlu dilihat ‘cool’ di mata anak-anak muda.
"Sekiranya kita terus dilihat sebagai entiti yang berbeza, selagi itulah kita dilihat tidak 'cool' di mata anak muda.
"Cool maknanya tidak poyo. Ini adalah perkara yang disukai anak-anak muda," terangnya lagi.
Beliau juga menggesa supaya Pemuda PAS melahirkan pemimpin yang mempunyai ‘magnet’ seperti Pengarah Startegi PKR Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

DMPP: Bukan semua perlu didedah – Siti Zailah

SHAH ALAM: Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof mengingatkan para perwakilan agar dapat memahami strategi dakwah dan politik parti yang tidak boleh didedahkan kepada umum.

Katanya, para perwakilan muslimat harus faham ada sesetengah strategi yang boleh didedahkan dan ada yang tidak boleh didedahkan.

"Para perwakilan kena faham persidangan yang berlangsung hari ini dapat disaksikan seluruh dunia, seluruh media memberi perhatian.

"Ada perkara boleh dijelaskan dan ada yang tidak boleh dijelaskan. Ini strategi dakwah dan politik parti," katanya di hadapan 638 perwakilan yang memenuhi Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah.

Zailah berkata demikian apabila Perwakilan Pahang Wan Hamidah yang membangkitkan penglibatan Nisa di dalam Dewan Muslimat yang dilihat tidak berani untuk bergerak di atas nama parti.

Namun bagi Zailah penglibatan Nisa yang kini bergerak atas nama NGO adalah strategi parti untuk memperluaskan pengaruh PAS di segenap pelusuk terutama golongan wanita muda.

"Senarai ahli jawatankuasa ada yang terlibat dalam kerajaan mereka baru hendak berjinak dan menyokong kita.

"Apalagi mendedahkan program-program kita kepada umum. Ini sangat bahaya. Kita sudah 53 tahun, sudah matang," katanya.

Perwakilan Pemuda: Pemuda PAS mesti 'cool', jangan 'poyo'

Pemuda PAS digesa melahirkan seorang pemimpin yang 'cool' dan mampu mendampingi segenap lapisan masyarakat.

NONEPerwakilan Johor Shazni Munir berkata, pengolahan dan penambahbaikan tarbiah anak muda penting untuk menjadikan dewan itu tidak berimej eksklusif sehingga dilihat 'poyo' di mata masyarakat.

"Sekiranya kita terus dilihat sebagai entiti yang berbeza, selagi itulah kita dilihat tidak 'cool' di mata anak muda.

"Cool ini maknanya tidak 'poyo'. Jadi ini adalah perkara yang disukai oleh anak-anak muda," kata beliau ketika membahas ucap utama ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan.

Shazni, bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya, membandingkan ketokohan Pemuda PAS dengan pemimpin parti muda parti lain seperti Rafizi Ramli (PKR) dan Khairy Jamaluddin (Umno) yang dilihat menjadi 'magnet' anak muda.

Muktamar ialah hari besar kami yang penuh kenangan

Gerakan Islam ini terus membesar dan didokongi oleh pelbagai jalur masyarakat serta menjadi pesaing utama regim negara ini. Muktamar PASpula menjadi medan pertemuan ahli dan pemimpin untuk merencahi perjalanan bahtera jamaah serta wadah paling tepat untuk introspeksi kegiatan parti sepanjang satu sesi.

Muktamar PAS saban tahun adalah medan ukhuwwah yang sangat membahagiakan, teman-teman yang datang dari seluruh belahan negara, bersampin lengkap seperti ingin diakadnikah, senyum mekar mengambarkan muktamar ialah hari besar dalam kalendar aktivis dakwah negara ini.

Aku memerhatikan secara dekat perjalanan muktamar PAS ialah semenjak di bangku sekolah iaitu pada tahun 1986 di masjid Rusila Terengganu. Peserta muktamar yang datang berbondong-bondong ke Rusila dengan memakai kain pelekat serta berbaju Melayu. Sesekali laungan takbir yang bersemangat menyulam ucapan pembahas dan pimpinan, pada malamnya kampung nelayan bersejarah itu dipadati puluhan ribu rakyat yang hadir untuk mendengar ceramah pimpinan utama dan juga tetamu jemputan muktamar yang diundang dari luar negara.

PAS waktu itu belum mempunyai akhbar sendiri, berita tentang PAS  begitu hodoh di kaca mata media perdana negara ini. Antara medium utama maklumat ialah ceramah dan juga kaset-kaset yang dijual dengan harga yang murah. Kerana jurang maklumat inilah maka muktamar adalah medan ukhuwwah dan medan maklumat paling penting kepada ahli-ahli PAS.

DPPM: Sesuaikan dakwah dengan anak muda – pemuda Johor

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPJ) mahu Pemuda PAS Malaysia melaksanakan gerak kerja politik yang memenuhi kehendak dan keperluan anak muda.

Perwakilan Johor, Shazni Munir berkata, DPPM perlu konsisten membentuk gerak kerja dakwah dan politik baru, sesuai dengan keperluan dan kehendak anak muda.

"Politik adalah mengenai kepentingan dan keperluan.

"Jadi Johor usul gerak kerja politik harus memenuhi kehendak dan keperluan anak muda sama ada di negeri atau Malaysia," kata beliau sewaktu membahaskan ucaptama Ketua Pemuda PAS di Muktamar DPPM hari ini.

Memberi contoh di Turki, Shazni berkata, Endorgan menyelesaikan isu ekonomi selepas menang pada tahun 2004 yang memenuhi kehendak rakyat.

"Yang rakyat tak puas hati dengan Endorgan ialah isu alam sekitar sahaja.

"Dalam keadaan banyak isu yang selesai, rakyat tak ada masalah untuk berkomunikasi dengan kerajaan," katanya.

DUPP terima usul jawatan presiden, timbalan dari ulama

Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) menerima usul tanpa bahas yang mendesak PAS Pusat memasukkan fasal yang memperuntukkan jawatan presiden, timbalan dan sekurang-kurang salah seorang naib presiden terdiri daripada ulama.

Desakan yang dibuat oleh Urusan Ulama PAS Kuala Nerus, Terengganu itu supaya "tidak timbul kecelaruan" dalam pemikiran ahli dan memastikan kelangsungan kepimpinan ulama berhubung kepimpinan di peringkat tertinggi parti itu.

Berdasarkan usul yang diedarkan kepada perwakilan, usul kawasan itu telah dibawa dan diluluskan dalam Muktamar Dewan Ulama PAS Terengganu.

Menyedari kepimpinanan ulama menjadi tonggak kepada PAS yang digagaskan oleh Dewan Pemuda PAS pada 1982, maka menjadi tanggungjawab kepada parti untuk mempastikan kelangsungan kepimpinan ulama supaya difahami dan dihayati oleh seluruh ahli-ahli PAS.

Usul Ulamak: Kaji tahaluf perkukuh Pakatan

SHAH ALAM: Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat hari ini menerima sebulat suara usul supaya Majlis Syura Ulamak dan PAS Pusat mewujudkan satu jawatankuasa bagi mengkaji Tahaluf Siyasi bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat menghadapi PRU14.

Usul tersebut dikemukakan bersama oleh Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.

Penjelasan usul berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan, Usta Abdul Hadi Abdul Halim.

Usul itu mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat mewujudkan jawatankuasa khusus bagi  mengkaji, menyemak serta menilai kekuatan dan kelemahan, kejayaan dan kegagalan pendekatan Tahaaluf Siyasi dalam Pakatan Rakyat sepanjang ia berlangsung dari sudut mafsadah (kerosakan) dan maslahah (kebaikan) syar'iyyah dengan niat dan tujuan penambahbaikan dan pengukuhan Pakatan Rakyat untuk lonjakan PRU ke 14.

Berikut usul-usul yang diterima untuk dibahas dan lulus tanpa bahas.

Usul-Usul yang diterima untuk dibahas:-

1.    Usul Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang:

Maka Dewan Ulamak PAS Pulau Pinang mendesak supaya PAS Pusat mewujud dan menggerakkan mekanisma penyelarasan polisi dan dasar bagi negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat bagi memastikan segala dasar kerajaan negeri dan lantikan perjawatan di peringkat kerajaan negeri dibuat secara persetujuan bersama ketiga-tiga parti

2.    Usul Dewan Ulamak PAS Negeri Perak:

Dewan Ulamak PAS Perak dengan ini mengemukakan usul berkenaan bahaya pemikiran liberal dan pluralisme yang menyesatkan pemikiran Umat Islam dan manusia sejagat. Ancaman pemikiran Liberal dan Pluralisme adalah satu ancaman pemikiran  oleh sedang dihadapi oleh gerakan Islam di seluruh dunia.

Pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme adalah pemikiran yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam seluruh dunia. Dunia Arab dan negara jiran Malaysia iaitu Indonesia telah terlebih dahulu berhadapan dengan asakan pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme. Fenomena ini tidak dapat disangkal lagi kerana pengharaman pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme telah diwartakan.

Plagiat: Kenaikan pangkat Dr Ridhuan Tee di UPNM dikecam


Bekas rakan sekerja Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar) menggambarkan kenaikan pangkat ahli akademik pro kerajaan itu di sebalik pelbagai tuduhan plagiat yang dilemparkan kepadanya sebagai “tamparan” bagi ahli fakulti yang lain.
Senator Dr Ariffin S M Omar berkata, Dr Ridhuan yang dinaikkan pangkat kepada profesor madya di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) awal tahun lalu diselubungi dengan tuduhan plagiat.
“Siasatan dilancarkan tetapi naib canselor dan timbalan naib canselor akademik pada masa itu tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Dr Ridhuan dan sebaliknya beliau dinaikkan pangkat pula,” katanya yang pernah mengajar di UPNM.
Dalam sidang akhbarnya di lobi Parlimen hari ini, Dr Ariffin berkata, kenaikan Dr Ridhuan tidak setaraf dengan pensyarah lain di universiti berkenaan yang bekerja keras untuk dinaikkan pangkat.
“Kita membuang pelajar yang didapati memplagiat kertas kerja mereka. Bagaimana pula jika pensyarah didapati melakukan perkara yang sama? Adakah kita menyatakan tidak apa jika tenaga pengajar yang melakukannya?
“Jika kerajaan serius terhadap impian menjadikan institusi pendidikan kita bertaraf dunia, maka mereka sepatutnya mengambil tindakan terhadap Dr Ridhuan sebagai pengajaran kepada yang lain,” katanya.
Dr Ariffin yang juga naib pengerusi DAP mengajar subjek Pengajian Strategik di universiti itu dari pertengahan 2010 hingga Januari tahun ini.
Beliau mendakwa menerima banyak aduan mengenai Dr Ridhuan daripada kakitangan dan pelajar.
“Ini bukan kali pertama beliau memplagiat kertas kerja kajian. Beliau sudah banyak kali melakukannya tetapi tiada tindakan dikenakan kepadanya hingga kini,” katanya.
Pada sidang akhbar yang sama, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok turut mengedarkan salinan kertas kerja Dr Ridhuan bagi satu projek bahasa Inggeris dan salinan artikel asal oleh Dr Airil Yasreen Mohd Yassin yang diambil daripada laman web Airil Sametok.

Isu jet Rosmah: Muhyiddin sedang diperangkap?


Dalam perkembangan yang semakin membingungkan orang ramai berhubung isu penggunaan jet eksekutif yang membawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan ke Qatar baru-baru ini, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mendedahkan bahawa lawatan ke Qatar itu adalah atas jemputan peribadi dan bukannya urusan rasmi yang melibatkan kerajaan.
Pendedahan ini, jika benar, secara automatik menolak hujah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini yang mengatakan lawatan Rosmah ke Qatar itu adalah atas jemputan kerajaan negara Arab itu dan membawa banyak faedah kepada negara.
Sehubungan itu, Shahidan meminta rakyat berterima kasih atas susah payah dan sumbangan isteri Perdana Menteri itu.
Kalaulah benar juga, lawatan Rosmah ke Qatar itu atas jemputan peribadi, persoalan paling besar ialah mengapakah beliau memohon untuk menggunakan jet eksekutif dan tidak mengeluarkan perbelanjaan sendiri.
Dalam masa yang sama, Azalina yang merupakan bekas Menteri Pelancongan dan dilantik sebagai Pengerusi CCM Berhad baru-baru ini, dipercayai atas pengorbanannya menarik diri daripada bertanding menentang Shahrizat Jalil bagi jawatan Ketua Wanita Umno turut mendedahkan pemergian Rosmah dengan menggunakan jet eksekutif itu diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
Dalam Parlimen sebelum ini, Shahidan hanya menjelaskan pemergian Rosmah dengan menggunakan jet eksekutif dan perbelanjaan kerajaan diluluskan oleh Kabinet, tetapi beliau mengelak untuk menjelaskan sama ada Najib yang mempengerusikan mesyuarat ketika itu ataupun Najib keluar daripada bilik mesyuarat ketika perkara mengenai mengenai lawatan isterinya itu dibincangkan.
Sekali lagi, jika benar Muhyiddin yang memberi kelulusan ini, ternampak bahawa beliau cuai dan tidak berhati-hati dalam memberi kelulusan kerana adalah jelas suatu kesalahan meluluskan pemergian atas urusan peribadi tetapi menggunakan perbelanjaan kerajaan.

Putrajaya lubuk penyamun pecah rumah?


Kewujudan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan dengan reka bentuk bangunan yang indah-indah memang mengkagumkan sesiapa sahaja, tidak kira rakyat tempatan mahu pun pelancong luar negara.
Ramai rakyat tempatan yang berbangga dengan kewujudannya dan menjadikan ia sebagai salah satu tempat yang sering dikunjungi untuk bersiar-siar bersama ahli keluarga.
Bagi pelancong luar pula, Putrajaya hampir menjadi destinasi wajib untuk dikunjungi. Bukan saja keindahan senibina dan reka bentuk bangunannya yang menjadi tarikan tetapi tasik-tasik buatan, jambatan unik dan pelbagai bentuk, taman-taman dan sebagainya turut menjadi tarikan tambahan kepada sesiapa yang berpeluang berkunjung ke sana.
Bagaimanapun, di sebalik keindahan dan gahnya nama Putrajaya itu, pegawai-pegawai kerajaan yang tinggal di kawasan perumahan di situ sebenarnya tidaklah tenang jiwa dan kehidupan mereka sebagaimana tenangnya jiwa pelawat atau pelancong luar menikmati keindahannya. Mereka kini sentiasa diburu kebimbangan berikutan kes pecah rumah yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Kes pecah rumah bukan saja berlaku di kawasan kediaman yang menempatkan rumah-rumah teres tetapi juga di kawasan perumahan berbentuk apartment. Lebih membimbangkan ialah kejadian pecah rumah ini bukan saja berlaku pada waktu malam, ketika penghuni sedang tidur atau ketika rumah tidak berpenghuni tetapi juga berlaku di waktu siang ketika penghuninya sibuk bertugas di pejabat.
Kejadian pecah rumah di waktu siang ini dilaporkan banyak berlaku di kawasan perumahan berbentuk apartment. Beberapa kes dilaporkan sudah berlaku dan terdapat pengadu yang dimaklumkan oleh pihak polis bahawa di kawasan-kawasan tertentu, kes kejadian pecah rumah memang agak tinggi dan penghuni dinasihatkan mengambil langkah-langkah keselamatan lebih ketat.
Dilaporkan kawasan yang kerap menjadi sasaran ialah apartment kos sederhana yang agak terpencil di mana pegawai kerajaan yang tinggal di situ ialah mereka yang berjawatan pegawai dan ke atas.

Ahli Parlimen KL dipaksa tandatangan akuan OSA berhubung kenaikan cukai pintu


Tengku Adnan (kanan) ketika menghadiri pertemuan berhubung kenaikan cukai pintu hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 November, 2013. 
Tengku Adnan (kanan) ketika menghadiri pertemuan berhubung kenaikan cukai pintu hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 November, 2013.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengadakan pertemuan tertutup bersama 11 ahli Parlimen dari Kuala Lumpur hari ini bagi memberi penjelasan berhubung cadangan kenaikan cukai pintu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ahli parlimen yang hadir itu diminta menandatangani perakuan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Bagaimanapun, difahamkan kesemua anggota Parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) enggan menandatangani perakuan tersebut.
DBKL telah menghantar notis kepada pemilik hartanah di Kuala Lumpur memaklumkan cadangan kenaikan kadar cukai pintu di antara 100% dan 1,000%.
Bagaimanapun, notis itu menyatakan jika penduduk mempunyai bantahan, mereka mesti mendaftarkan bantahan itu kepada DBKL sebelum 17 Disember.
Tengku Adnan sebelum ini mempertahankan kenaikan itu dengan mendakwa cukai tersebut tidak dinaikkan sejak 21 tahun lalu.

DBKL: Cukai pintu Kuala Lumpur sah naik bermula 2014


Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib (kiri) hadir ke pertemuan bersama Ahli Parlimen Kuala Lumpur di DBKL. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 November, 2013.Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib (kiri) hadir ke pertemuan bersama Ahli Parlimen Kuala Lumpur di DBKL. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 November, 2013.Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib hari ini mengesahkan pemilik hartanah di ibu kota akan dikenakan tarif cukai baru bermula Januari 2014.
Beliau berkata, kenaikan itu disebabkan peningkatan kadar penilaian semula yang dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Kenaikan cukai pintu bukan disebabkan kenaikan peratusan cukai baru tetapi peningkatan itu adalah penilaian semula hartanah yang dilakukan oleh DBKL.
"Kadar baru itu akan diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas tarikh tutup bantahan berhubung kenaikan cukai baru itu," katanya pada satu sidang media selepas pertemuan bersama Ahli parlimen Kuala Lumpur di Ibu Pejabat DBKL hari ini.

Nama Sahaja Negara Islam, Bidas Dewan Ulama..!!

Perasmian Penuh Muktamar Ke 54 Dewan Pemuda Pas Malaysia

Ucapan Perasmian Muktamar Pemuda Pas Pusat - Mat Sabu

Ong Kian Ming: Budget 2014, What Can We Do About It?

Speaker Dewan tolak Bahas Isu 'Dilisting' BERNAS

Ong Kian Ming: We Don't Want A Repeat Of The Sabah RCI Issue Happening In Peninsular Malaysia

Wong Chen: Our Population Is Growing, We Don't Need External Population To Come In

Nurul Izzah: In Education, Politics Must Be Completely Kick Out

Mat Sabu: Senyuman Umno beracun dan berbisa

PAS sedia kerjasama bincang pelbagai isu

Gabung parti: Umno-BN dalam keadaan emah, kata Mat Sabu

Umno jauhkan Melayu daripada Islam

MP PKR Kuantan Bahas Peruntukkan 2014 - Kem PDNKK

MP PKR Nibong Tebal Bahas Peruntukkan 2014 - Kem PDNKK

MP DAP Kulai Bahas Peruntukkan 2014 - Kem PDNKK

MP PAS Bukit Gantang Bahas Peruntukkan 2014 - Kem PDNKK

MP PKR Pandan Bahas Peruntukkan 2014 - Kem PDNKK

Dewan Rakyat 21 Nov 2013: Sesi Pertanyaan jawab lisan

Ucapan Dasar Ketua Pemuda PAS-Bhg.1 - Bhg. 4

Pemuda PAS lancar kelab dekati anak muda

Ulama PAS bukan tamak, gila kuasa, kata Harun Taib

PRU14: Pas Bakal Bawa Anak Muda Ke Putrajaya

MUKTAMAR DEWAN ULAMA' PAS MALAYSIA KALI KE 52 - UCAPTAMA

PAS: Comango is an effort by homosexuals to exploit human rights

Muktamar Pemuda: Proses undi lancar, keputusan jam 9 malam

MUKTAMAR DEWAN ULAMA' PAS MALAYSIA KALI KE 52 - UCAPAN PERASMIAN

Muktamar Ke-59: Bukan ‘pemilihan’ yang ditunggu-tunggu tetapi...

Sesungguhnya Muktamar PAS ke-59 bakal menempah sejarah dengan pengkisahan atau naratif yang tersendiri. Ia pastinya punya kelainan bukan hanya kerana ini tahun pemilihan. Pemilihan itu sahaja sudah cukup menarik dengan debaran dan bahangnya sedikit luar biasa untuk kali ini.

Yang ditunggu-tunggu semua pihak khasnya media, tempatan dan juga antarabangsa, bukan sahaja keputusan pertandingan jawatan-jawatan penting dalam pemilihan pada muktamar ini. Tentunya akan ada yang menang dan yang kalah. Pertandingan seperti ini sifatnya memang ‘zero-sum’ atau ‘kalah-menang’. Tidak boleh ‘menang-menang’. Ini juga lumrah.

Nah, kalau begitu maka mengapa terlalu kaget atau perlu ‘panik’ dengan debaran dan suhu berkempen yang agak lain macam? Penulis tidak akan cuba melanjutkan ‘sindrom penafian’ sesetengah pihak termasuk dirinya sendiri kadangkali, seolah-olah ‘kesengitan’ itu tidak wujud, guna menyelamat parti yang disayangi.

Benar keputusan itu penting dan pemilihan itu penting. Tidak juga dinafikan. Akan tetapi itu hanya alat atau wasilahnya? Yang menjadi tumpuan dan perhitungan pentingnya ialah ‘apa akan berlaku selepas pemilihan?’ Maksudnya?

Ya. Yang menjadi perhatian semua pihak, kawan dan lawan termasuk media tempatan dan antarabangsa ialah ‘Apa perubahan selepas pemilihan?’

Apakah mereka menjangkakan perubaha ‘Dasar PAS’? Tentunya tidak! Dasar-dasar seperti termaktub dalam perlembagaan parti Islam ini tentunya tidak berubah dan tawaran PAS dalam “Negara Berkebajikan” pastinya kekal.

Yang ditunggu-tunggu ialah tentang hal dan orientasi  ‘strategi pendekatan politiknya’. Itu yang dinanti-nantikan sangat oleh semua.

Ini kunci segala perbualan awam sehingga ke seminar dan wacana politik tanah air di menara gading anjuran kumpulan pemikir atau think-tank termasuk ahli akademik dan pundit politik tanah air.

Muktamar 59: Melihat ribut dalam cawan PAS



Oleh Bridget Welsh

PAS bakal melangsungkan muktamar ke-59 esok bagi sekali lagi memilih kepimpinan baru dalam pemilihan dwitahunannya.

Pemilihan yang sentiasa menjadi penelitian umum, dengan fokus diberikan kepada 'persaingan' antara kumpulan proulama dan progressif atau 'Erdogan'.

Keputusan yang diambil dalam muktamar kali ini akan menentukan halat uju pembangkang dalam beberapa tahun akan datang.

Ia juga akan menentukan sama ada parti Islam itu mampu untuk menjalin kembali rekah yang menonjol sehingga mengalami kemerosotan prestasi pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu, terutamanya di Kedah, atau terus menuju perpecahan dalaman dan ikatan bersama gabungan pembangkang.

DPPM digesa tingkat keahlian PAS

PETALING JAYA: Perwakilan Tumpat, Azhar Ibrahim hari ini menjelaskan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) tidak memandang serius dalam isu keahlian ahli-ahli PAS terutamanya kalangan pendokong dan penyokong PAS.

Azhar yang ketika berucapan pada sesi perbentangan dan perbahasan buku Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan berakhir Disember 2012, turut meminta agar DPPM menjadikan isu keahlian ini dibanggakan oleh semua pihak sepertimana yang dilakukan oleh Umno sebelum ini.

"Walaupun isu ini kecil tetapi kita lihat Umno begitu bangga dengannya sehinggakan mereka boleh menyiarkan dalam akhbar.

"Tetapi itu tidak berlaku dalam PAS terutamanya DPPM yang hanya memandang kecil dalam hal keahlian.

"Sehinggakan dalam buku laporan tidak dinyatakan langsung tentang bagaimana untuk memperkasa serta cara-cara untuk menambah keahlian PAS di semua peringkat," ucap beliau.

Beliau yang mengharapkan agar kepimpinan DPPM yang bakal dilantik nanti akan menjadikan perkara ini sesuatu yang utama bukan lagi isu remeh dan kecil.

DMPP: Timb Pengerusi Tetap calon kedua tertinggi


SHAH ALAM: Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-53 memutuskan untuk Jawatan Timbalan Pengerusi Tetap dipilih daripada calon kedua tertinggi dalam senarai calon Pengerusi Tetap. (Gambar: Perwakilan Muslimat mengundi untuk menentukan kaedah pemiilhan jawatan timbalan pengerusi tetap)

Ini kerana tidak ada pencalonan yng dipilih untuk jawatan Timbalan Pengerusi Tetap.

Menurut Wakil Jawatankuasa Pemilihan Dr Mohamad Zuhdi Jawatankuasa Pemilih mencadangkan dua kaedah kepada perwakilan untuk memilih calon Timbalan Pengersi tetap.

Cara pertama iaitu calon kedua terbanyak dalam senarai calon Pengerusi Tetap automatik dipilih sebagai Timbalannya, kedua ialah melalui proses pencalonan yang akan dibuka semula.

Majoriti perwakilan Muktamar Dewan Muslimat telah memilih kaedah pertama dengan jumlah sokongan seramai 519 perwakilan, manakala cara kedua seramai 48 orang.

Dewan Ulamak aktif gerak media baru



Sebahagian perwakilan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS ke-52.

SHAH ALAM: Dewan Ulamak PAS Pusat telah menggerakkan media baru secara aktif sejak dua tahun yang lalu.

Ini kerana dakwah hari ini menuntut alim ulama sekalian bergerak lebih jauh melepasi rutin biasa dengan melihat ruang besar yang perlu diisi iaitu media baru menerusi penggunaan laman web dan laman sosial seperti facebook, twitter dan lain-lain.

“Maka harapannya ia menjadi ikutan pula pada Dewan Ulamak Negeri untuk menubuhkan khusus jabatan media baru ini,” kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP), Datuk Ustaz Harun Taib.

Beliau juga menggesa peluang berkuasa perlu diambil untuk memperkukuhkan lagi institusi pendidikan rakyat yang diterajui oleh Ulamak Haraki PAS.

Katanya, bukan sahaja institusi yang sedia ada diperkukuhkan malah institusi pendidikan baru mesti dibina oleh alim-ulamak sama ada secara persendirian atau menerusi Urusan Ulamak Kawasan.

Menurutnya lagi, institusi pendidikan rakyat bermula di pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya pengajian tinggi menjadi aset untuk melahirkan generasi masa depan yang berakhlak dan berakademik.

Muktamar Pemuda: Proses buang undi berjalan lancar



PETALING JAYA: Seramai 673 perwakilan daripada 162 kawasan sedang melaksanakan proses pengundian secara berperingkat-peringkat bagi pemilihan jawatan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang baru dalam muktamarnya pagi ini.

Bermula jam 11.15 pagi tadi, mereka mula memilih pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, ketua, timbalan ketua, naib ketua dan 12 ahli jawatankuasa DPPM.

Bagi jawatan ketua, timbalan dan naib ketua, mereka dibenarkan melantik wakil calon sebagai pemerhati sewaktu proses pembuangan  dan pengiraan undi.

Sebelum itu, ketua jawatankuasa pemilihan, Dr Zulqarnain Lukman menyampaikan taklimat pengundian kepada perwakilan.

Pengundian dimulakan dengan barisan exco diikuti kawasan-kawasan.

Keputusan pemilihan dijangka diumumkan pada jam 9.40 malam ini.

Muktamar bersambung jam 12.30 untuk perbahasan ucaptama ketua pemuda dan perbahasan usul-usul.

Muktamar tiga Dewan PAS bermula, fokus pada Pemuda dan Muslimat


Perwakilan Muslimat PAS membuang undi bagi menentukan pimpinan Muslimat parti itu bagi sesi 2013 - 2015. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 November, 2013.Perwakilan Muslimat PAS membuang undi bagi menentukan pimpinan Muslimat parti itu bagi sesi 2013 - 2015. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 November, 2013.Muktamar tiga Dewan PAS bermula hari ini dengan fokus ditujukan kepada pemilihan Dewan Pemuda dan Muslimat berikutan semua tiga pimpinan utama Dewan Ulama sudah dimenangi tanpa bertanding.
Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yakub dan Datuk Dr Mahfodz Mohamad menang tanpa bertanding bagi jawatan ketua, timbalan ketua dan naib ketua Dewan Ulama PAS Pusat.
Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat berlangsung di Dewan Banquet MBSA manakala Muktamar Pemuda di Dewan Sivik Petaling Jaya dan Muktamar Dewan Muslimat di Dewan Jubli Perak, Shah Alam.
Dewan Pemuda dan Muslimat menyaksikan pentandingan secara langsung satu lawan satu kecuali bagi  jawatan ketua Pemuda yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru.
Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat bertemu dengan Kamaruzaman Mohamad dan Zulhazmi Sharif untuk merebut jawatan ketua Pemuda yang ditinggalkan oleh Nasrudin Hassan yang tidak mempertahankan jawatan itu.

Muktamar: Harun Taib mahu PAS laksana Islam tanpa takut


Perwakilan di Muktamar Dewan Ulama PAS yang bersidang di Shah Alam hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 November, 2013.Perwakilan di Muktamar Dewan Ulama PAS yang bersidang di Shah Alam hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 November, 2013.Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib menegaskan tiada tempoh tertentu bagi PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud dan menyeru pemimpin serta aktivis parti itu untuk jelas dan lantang dengan pendirian tersebut.
Biarpun beliau tidak menyebut secara terangan-terangan nama yang diperkatakan itu, Harun turut mengkritik rakan Pakatan Rakyat yang meminta PAS membatalkan pendaftaran parti itu kerana berdasarkan agama, sebaliknya menggesa rakan dalam pakatan pembangkang itu untuk menerima Islam sebagai sebuah ideologi yang mampu mengukuhkan perpaduan kepelbagaian kaum.
Harun berkata demikian dalam reaksinya apabila melihat wujud trend yang kerap membangkitkan konsep negara Islam dan undang-undang jenayah hudud PAS terutama pada musim pilihan raya umum lalu.

Muktamar: Calon p'raya untuk menang, tidak mesti ulamak


SHAH ALAM: Setiap calon PAS yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya adalah calon untuk menang, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Ustaz Harun Taib.

Bercakap menjawab soalan di Muktamar Dewan Ulamak kali ke-52 di Dewan MBSA di sini hari ini, beliau berkata, oleh itu tidak menjadi isu sekalipun calon yang terpilih bertanding adalah bukan dari golongan ulamak.

"Kita buat kerja dengan dengan jujur dan ikhlas. Kalau orang rasa kita layak, sudah tentu kita akan ditonjolkan.

"Calon bukan syarat ulamak sahaja, tetapi calon yang masyarakat nak dan untuk menang," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan Perwakilan dari Urusan Ulamak Ipoh Barat, Ust Norazli Musa.

Norazli ketika sesi pembentangan Laporan Tahunan Dewan Ulamak pagi ini membangkitkan persoalan berhubung ketidakseimbangan calon pilihan raya daripada golongan ulamak.

Beliau bertanyakan, apakah Lajnah Politik Dewan Ulamak ada menetapkan kuota tertentu untuk calon dari ulamak bertanding pada pilihan raya samaada calon parlimen atau Dun.

Menurut Ustaz Harun lagi, ada juga dikalangan calon itu sudah cantik dari segala segi, tetapi isterinya pula jenis tidak bergaul dengan orang ramai.

Muktamar: Pemuda PAS harap Guan Eng akan peluk Islam



Pengarah tarbiyah Dewan Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata beliau gembira dengan kerjasama politik PAS dalam Pakatan Rakyat yang menurutnya memberi lebih banyak ruang kepada parti Islam itu untuk mengembangkan agama tersebut.
Katanya, beliau berharap usaha itu akan turut membolehkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng untuk turut memeluk Islam.

“Memang tugas kita dakwah dengan bukan Islam. Pakatan Rakyat dan tahaluf siyasi (kerjasama politik) melebarkan ruang berdakwah.

“Sasaran kita, gunakan Pakatan sebagai ruang dakwah supaya mereka fahami Islam. Saya ada impian satu hari

Mohd Sabu: 'Senyuman Umno beracun dan berbisa'

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu meminta ahli parti itu agar tidak tergoda dengan 'senyuman' yang diberikan oleh Umno.

pas youth agmSebaliknya, Mohamad mengingatkan pemimpin pelapisnya mengenai  pengkhianatan yang dilakukan tatkala ia bekerjasama dengan PAS satu masa lalu.

"Jangan tergoda senyuman Umno, senyuman beracun dan berbisa"

"Umno bila kuat menindas kita, bila lemah baru mengenyit mata," katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) di Dewan Sivik MBPJ malam ini.

Mohamad menyatakan sebaliknya perlu untuk meneruskan tahalul siyasi (kerjasama politik) dengan Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai bakal kerajaan akan datang.

"Mengenyit mata ku tak balas, melampai tangan, ku tepis tangan itu," ujar beliau diiringi dengan deraian tawa hadirin.
Pertahan alam sekitar
Sementara itu, Mohamad juga mahu PAS ke depan dalam memperjuangkan isu semasa seperti pencemaran alam bagi menangkis stigma parti tersebut yang menjurus pada perjuangan agama semata.

Muktamar: Pas sekarang jadi perhatian, kata Mat Sabu


Mohamad Sabu 
PETALING JAYA - "Kita batuk, bersin, menangis, semua orang perhati," kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu.

Menurutnya, Pas menjadi perhatian kerana parti itu sudah hebat dan besar.

"Pas sekarang dah jadi perhatian. Kita batuk, bersin, nangis semua orang perhati.

"Sebab Pas berada di persada politik antarabangsa dan Malaysia bersama Pakatan...disebut 'kerajaan menunggu'," katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Muktamar Pemuda Pas Malaysia ke-54, hari ini.

Katanya, menjelang Muktamar Pas kali ini, pelbagai cerita disebar baik berbaur sokongan mahupun kritikan.

"Menjelang muktamar, laman web, Facebook dan sebagainya pelbagai ulasan...pro, sokong, bantai, kritik semua itu tak lain tak bukan kerana kita semakin kuat.

"Kalau kecil, tak ada orang peduli kerana kita parti yang hebat dan besar," katanya.

Muktamar: Pas hati-hati diajak perintah bersama


Mohamad Sabu 

PETALING JAYA - Pas terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak demi kepentingan rakyat dan negara, namun, jika diajak memerintah bersama, parti itu memilih untuk berhati-hati.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata, Umno mengintai Pas apabila parti itu hilang 2/3 majoriti undi pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

"Kita sekali-kali tidak menolak untuk berbincang atau bertemu dengan sesiapa bagi kepentingan rakyat dan negara.

"Apabila kita menang besar pada tahun 2008, mereka hilang 2/3 majoriti, mereka cuba mengenyit mata pada kita... melambai-lambai tangan," katanya ketika berucap di majlis Perasmian Muktamar Pemuda Pas Malaysia ke-54, hari ini.

Mohd Sabu: 'Senyuman Umno beracun dan berbisa'

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu meminta ahli parti itu agar tidak tergoda dengan 'senyuman' yang diberikan oleh Umno.

pas youth agmSebaliknya, Mohamad mengingatkan pemimpin pelapisnya mengenai  pengkhianatan yang dilakukan tatkala ia bekerjasama dengan PAS satu masa lalu.

"Jangan tergoda senyuman Umno, senyuman beracun dan berbisa"

"Umno bila kuat menindas kita, bila lemah baru mengenyit mata," katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) di Dewan Sivik MBPJ malam ini.

Mohamad menyatakan sebaliknya perlu untuk meneruskan tahalul siyasi (kerjasama politik) dengan Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai bakal kerajaan akan datang.

"Mengenyit mata ku tak balas, melampai tangan, ku tepis tangan itu," ujar beliau diiringi dengan deraian tawa hadirin.
Pertahan alam sekitar
Sementara itu, Mohamad juga mahu PAS ke depan dalam memperjuangkan isu semasa seperti pencemaran alam bagi menangkis stigma parti tersebut yang menjurus pada perjuangan agama semata.

Muktamar: Kuasai budaya politik baru pasca PRU13 - Nasrudin



 PETALING JAYA: Para pengundi termasuk di kalangan anak muda menghantar mesej yang jelas bahawa mereka sudah muak dengan budaya politik fitnah, ganas, rasis dan kebencian.

“Sebaliknya semasa Pilihan raya Umum yang lalu, tumpuan adalah kepada isu good governance, alam sekitar, kualiti dan integriti calon dan manifesto parti politik,” ujar Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nasrudin Hassan.

Ini, ujarnya adalah bayangan kepada iltizam yang kuat daripada sebahagian rakyat untuk menikmati dan berpartisipasi dalam iklim baru politik di negara ini.
“Lanskap masyarakat kita juga banyak berubah dengan cepatnya tersebar maklumat, khususnya melalui media sosial yang baru seperti facebook  twitters dan sebagainya yang menyebabkan kepalsuan propaganda media arus perdana mudah untuk dipatahkan,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan DPPM ke-54, di sini malam ini.

Muktamar yang bertema 'Infiru' itu dirasmikan oleh Timbalan Presidan PAS, Mohamad Sabu.

Muktamar: Pemuda PAS perlu sasar kuasai 53% undi anak muda


PETALING JAYA: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan memberikan penekanan terhadap tahap penguasaan undi anak muda di kerusi Parlimen yang ditandingi oleh PAS.

Katanya, secara purata mengikut negeri, sebagai neraca komitmen yang telah dan bakal dicurahkan oleh setiap ahli Pemuda PAS untuk mendapatkan lonjakan sokongan dalam PRU14 akan datang.

Secara purata, jelas beliau negeri Sabah dan Sarawak mencatatkan peningkatan sokongan anak muda terhadap calon PAS ke paras 30%, dengan Batu Sapi dan Sibuti berjaya mencatat penguasaan melebihi 40% undi anak muda.

“Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Perak dan Pulau Pinang telah menunjukkan lonjakan ketara namun masih belum melepasi paras 50% undi anak muda, manakala negeri Kelantan, Selangor, Kedah dan Terengganu pula merekodkan sokongan pengundi muda melebihi 50%,” ujarnya ketika menyampaikan ucap dasar pada Muktamar Tahunan DPPM ke-54 di sini, malam ini.

Muktamar dengan tema Infiru itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Muktamar: Nasrudin garis 5 hala tuju kebangkitan anak muda


 PETALING JAYA: Berasaskan cabaran dan strategi am Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), ketuanya, Nasrudin Hassan menggariskan lima Halatuju Kebangkitan Anak Muda yang mestilah dipelopori oleh semua peringkat organ jamaah.

Katanya, hala tuju pertama ialahp embinaan keterampilan tokoh pemimpin muda Pemuda PAS perlu menyedari realiti dan ekpektasi politik baru dengan iltizam menjadi pemain yang terampil dan berkesan dalam medan demokrasi semasa, di samping agenda menggilap potensi untuk membina dan menampilkan tokoh pemimpin muda negara.

Kedua, ujarnya penguasaan sokongan pengundi muda di mana momentum penguasaan 60% undi anak muda yang pernah beliau sasarkan sebelum PRU13 perlu dipertingkatkan bagi menghadapi PRU14 akan datang.

“Saya berkeyakinan dengan penuh iltizam untuk menggagaskan ‘Roadmap Anak Muda Ke Putrajaya PRU14’ dengan sasaran penguasaan minimum 53% undi anak muda di beberapa kerusi marginal yang gagal dimenangi oleh PAS atau PR dalam PRU13.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan DPPM ke-54, di sini malam ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu merasmikan muktamar dengan tema ‘Infiru’ itu.

Beliau berkata, peningkatan 15% hingga 20% undi anak muda, bandar dan luar bandar di setiap negeri dan parlimen untuk membolehkan PAS dan PR memenangi majoriti 120 kerusi di Dewan Rakyat dan mengambilalih Terengganu, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.

Muktamar PAS ke-59 Bermula


 SHAH ALAM, 20 Nov - Para perwakilan dari seluruh negara dilihat mulai membanjiri Bandaraya Shah Alam hari ini bersempena dengan muktamar dewan-dewan yang akan membuka tirai Muktamar Tahunan PAS Kali ke-59.
 
Muktamar ketiga-tiga dewan akan berlangsung serentak di tiga lokasi berbeza di sekitar Kota Anggerik iaitu Dewan Ulama di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam. Manakala Dewan Pemuda di Dewan Sivik MBPJ dan Dewan Muslimat pula diadakan di Dewan Jubli Perak, SUK.
 
Muktamar kali ini juga akan menyaksikan pemilihan pimpinan baru yang akan menerajui setiap dewan bagi sesi akan datang.
 
Muktamar dewan-dewan akan berlangsung dari 20-21 November dan diikuti dengan muktamar penuh pada 22-24 November 2013.

Muktamar: Contohi Sejarah Ratu Balqis Dalam Urusan Negara

SHAH ALAM - Perasmian Dewan Muslimat PAS kali ini disempurnakan oleh Dato' Paduka Hj Husam Musa. Beliau memulakan ucapan dengan memberikan contoh Raja Balqis pada zaman Nabi Sulaiman sebagai model kepimpinan wanita sekarang dalam selok-belok berkerajaan. 
 
Antara teknik yang digunakan Balqis adalah bahasa yang lunak, syura dalam urusan negara, kesan penakhlukan asing, hubungan diplomatik dan sebagainya.
 
Kisah pemaisuri ini memberikan pemahaman sejarah yang panjang tentang turun naiknya sesebuah empayar.Urusan berkerajaan di dalam kalangan muslimat kini memerlukan kebijaksanaan tinggi dan berterusan seiring dengan teladan yang di tunjukkan Balqis.
 
Kisah Balqis ini sebagai ransangan buat generasi muslimat dalam mendepani cabaran membentuk kerajaan gerakan Islam uang berjaya.Jika dilihat pada PRU-13 yang lalu, rakyat sudah memberikan kepercayaan kepada PAS khususnya muslimat. 
 
Maka para pejuang muslimat disaran beliau suapaya tidak mensia-siakan harapan rakyat ini. Menurut Husam lagi, sasaran kita boleh dicapai andai seluruh jentera berpadu tenaga Pakatan Rakyat mampu menguasai 132 kerusi Dewan Rakyat kelak.
 
Penekanan Husam kepada kesedian muslimat untuk PRU-14 akan datang perlu bermula sekarang. Fokus yang ditekankan beliau adalah kerusi marginal iaitu musliamt perlu fokus memenangi kerusi sasaran. Menurutnya lagi, golongan yang masih belum daftar mengundi ini perlu didekati dan diberi kesedaran untuk membuat perubahan. Gerakan pendaftaran perlu berterusan dan dilipat gandakan supaya 4.7 juta rakyat Malaysia yang belum berdaftar kini layak untuk mengundi pada PRU-14.

Muktamar: Semboyan Pemuda Bangkit

Semboyan Infiru yang membawa tema 'Bangkit' dan 'Bingkas' menjadi latar Muktamar Dewan Pemuda kali ke-54. Infiru dipilih sebagai simbolik semboyan agar para pemuda Islam agar bangkit mempersiapkan dan jemaah untuk terus memacu ke medan siasah.
Ketua pemuda PAS, YB Nasrudin Hassan Tantawi dalam ucapannya dekat sini menyeru para pemuda supaya mencontohi semangat jihad Abu Talhah yang bangun berperang meskipun uzur lantaran telah berperang dari zaman Rasulullah sehingga ke zaman Saidina Ali.
Ahli Parlimen Temerloh itu juga meletakkan Ikhwan Muslimin sebagai satu tauladan terbaik kepada Gerakan Islam. Meskipun menghadapi pelbagai mehnah sehingga diharamkan, aktivis Ikhwan Muslimin tidak menghentikan gerak kerja tarbiyah disamping perancangan serta strategi politik yang tidak pernah padam.
Rentetan Revolusi 25 januari 2011, Ikhwan Muslimin telah dianugerahkan Allah kemenangan dalam pilihanraya berikutnya dengan memenangi 235 dari 498 kerusi parlimen. Presiden Mesir yang baru dipilih daripada Ikhwan Muslimin.
Namun begitu, rampasan kuasa oleh pihak tentera yang berlaku pada 3 Julai 2013 menjadikan aktivis Ikhwan Muslimin terus bangkit berjuang mendapatkan hak mereka tanpa putus asa.
Kesabaran Ikhwanul Muslimin perlu dijadikan iktibar kerana perjuangan mereka bertitik tolak dari kefahaman yang jelas mengenai kewajiban berjemaah sekaligus kesedaran untuk bangkit berjuang demi mendaulatkan syariat Allah.

Muktamar: Muslimat Mantap, Perjuangan Berkat, Negara Selamat

SHAH ALAM - Mempertaruhkan visi 'MUSLIMAT MANTAP, PERJUANGAN BERKAT,
NEGARA SELAMAT', Muslimat PAS hari ini bersedia mempersadakan PAS dalam arus mainstream politik negara dan juga negeri.
 
Ketuanya, YB Siti Zailah Mohd Yusof dalam ucaptama perasmian dewan itu menyatakan, visi itu akan terlaksana sekiranya organisasi Muslimat setiap peringkat membuatnya secara terancang.
 
"Jayakannya melalui apa jua program yang bersifat pengukuhan dan pemberdayaan,
 
"Berikan prioriti dalam mengisi program-program bulanan dan tahunan Muslimat,
 
"Baik dalam bentuk seminar, wacana, diskusi, kursus kemahiran organisasi, tamrin, usrah, mukhayyam dan seumpamanya," jelasnya.
 
Tambahnya, kematangan Muslimat menghadapi fitnah musuh yang berusaha memporak perandakan keutuhan organisasi dalam siri-siri serangan professional vs ulamak boleh membantu mereka mencapai visi tersebut.
 
Selari dengan visi itu, beliau menyeru Muslimat PAS bersama-sama menyusun langkah kemaraan untuk Islam.

Perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia