Abdul Fatah Harun 
RANTAU PANJANG - Pas Rantau Panjang kecewa apabila ada pihak tidak bertanggung jawab menerbitkan video menghina Islam (hukum hudud), sehingga ia tersebar luas di laman sosial.
Yang Dipertua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun berkata, setelah melihat video itu berulang kali, beliau yakin lakonan itu sengaja dibuat bertujuan mahu menyakitkan hati umat Islam.

Menurutnya, lakonan dan dialog ceritanya terlalu menyimpang sehingga ke peringkat menghina agama mereka sendiri.

“Walaupun mungkin niat asal mahu mempersendakan Kerajaan Kelantan, namun mereka sebenarnya menjatuhkan maruah agama.

“Saya memberi amaran kepada pihak terbabit, agar tidak mempermainkan aqidah kerana ia boleh menjurus ke jalan yang dikutuk ALLAH SWT,” katanya.