Selasa, 19 November 2013

UAI Geram Isu PASAR PAYANG Nak DIROBOHKAN

Penjara sehari: Ibrahim Ali dakwa beliau mangsa keadaan

Timb Menteri Gulung Peruntukan Kem Pendidikan 2014 - 1 & 2



Isu St Thomas: MP PKR Kuantan Bahas Peruntukan Kem Pendidikan 2014

Rosmah: Seremban-Foch Avenue naik Foh Hup, KL -Qatar naik jet eksekutif

Dewan Rakyat kini, bergema tentang isu pembiayaan jet eksekutif swasta untuk lawatan isteri yang ayu dan genit kepada Perdana Menteri Najib, ke Qatar baru-baru ini. Ramai yang meminta saya memberikan komen tentang isu ini kerana ia melibatkan wang rakyat yang berjuta ringgit.
Komen saya mudah. Sesungguhnya terbang dengan jet eksekutif itu adalah syurga bagi setengah orang. Ramai yang keluar dari kampung sememangnya susah hendak di kawal kerana mereka ini selalu akan mengusung sikap kekampungannya kemana-mana dia pergi.
Rosmah, hanya seorang isteri dan menyibuk untuk melawat negara lain di atas nama lawatan rasmi itu, tidak kena dan sangatlah gila tindakan itu. Kita mesti ingat, dan saya ulangi, membawa keluar seseorang dari kampung itu kerja mudah, tetapi hendak mengeluarkan kampung dari dirinya itu adalah satu usaha yang susah.
Bagi wanita kampung ini, kalau hendak terbang mesti dengan jet eksekutif. Kalau hendak menginap di hotel, hotel itu mesti bertaraf sepuluh bintang dan sewaan biliknya mesti puluhan ribu ringgit semalam. Bilik sewaannya mesti besar-besar, bilik yang boleh berlari-lari dengan suami atau dengan anak dan cucu. Bagi saya, besar mana pun tubuh seseorang itu dia tidak lah perlu bilik yang sebesar itu.
Apa pun yang mereka seperti ini lakukan, selalunya mereka akan terlupa duit siapa yang mereka belanjakan itu. Bukan Rosmah seorang sahaja isteri Perdana Menteri di dunia ini. Dalam dunia ini ada ratusan isteri Perdana Menteri, tetapi tidak pula kita mendengar dengan isteri PM negara lain yang berbelanja seperti ini. Dulu ada kita dengar isteri seorang Presiden yang bernama Imelda dari Filipina yang berbelanja seperti membelanjakan harta mak bapak dia sendiri.

Muktamar 59: PAS miliki tokoh berjiwa besar

Oleh Abd Shukur Harun
KETIKA mengetahui bahawa beberapa tokoh PAS menarik diri daripada dicalonkan ke jawatan lebih tinggi dalam Muktanar Tahunan PAS akan datang, saya teringat kata-kata pengarang Inggeris terkenal, William Shakespeare bahawa ‘bunga ros di mana pun diletakkan, ia tetap berbau harum.’ 

Moral daripada kata-kata pujangga ternama ini ialah bahawa mereka yang berwibawa, di mana pun dia diletakkan,akan tetap memberikan sumbangan besar di mana orang tetap mengetahui serta menghargainya. Saya terkesan dengan kata-kata ini ketika mengamati beberapa tokoh PAS yang dicalonkan oleh kawasan untuk memegang jawatan lebih tinggi telah menarik diri, bahkan sedia dicalonkan di dalam jawatan yang lebih rendah.
Bermula daripada Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS yang banyak dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden menentang Haji Mohamad Sabu, telah menarik diri dan hanya mahu bertanding sebagai Naib Presiden.
Ketika menolak pencalonannya untuk jawatan Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata: “Walaupun saya amat menghargai kepercayaan dan penilaian tinggi yang diberikan oleh PAS kawasan yang mencalonkan saya ke jawatan Timbalan Presiden, pada saya, jawatan itu adalah sangat besar dan di luar kemampuan saya untuk memikulnya buat masa kini, tambahan pula terdapat beberapa nama lain yang layak untuk memikul amanah ini.
“Buat masa ini, saya masih diamanahkan sebagai Pesuruhjaya Negeri Pahang, yang memerlukan tumpuan gerak kerja dan masa yang banyak bagi menghadapi PRU14 akan datang.”

Muktamar 59: Kempen Pas tak off-side

muktamar pas
KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Proses kempen sempena Muktamar Pas ke-59 tidak "off-side", kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi.

Menurutnya, calon-calon yang dipilih "bermain" di dalam padang dan mengikut syarat yang ditetapkan.

"Kita tak terima sebarang aduan daripada calon-calon.

"Mereka main di padang yang dibenarkan," katanya pada sidang media, di ibu Pejabat Pas, di sini, hari ini.

Pas akan memulakan pesidangannya dengan majlis perasmian bermula 20 November, 9 malam di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi Pemuda Pas dan Dewan Jubli Perak SUK bagi Muslimat Pas.

VDP Petronas: Dulu 77, kini tinggal 11 syarikat bumiputera


KUALA LUMPUR: Daripada 77 syarikat bumiputera bertaraf Program Pembangunan Vendor (VDP) yang dilantik, kini cuma tinggal 11 sahaja apabila pengurusan Petronas menutup sebelah mata penghapusan secara sistematik program itu yang kononnya terpaksa dilakukan akibat kegagalan beberapa syarikat serta aktiviti monopoli dan rasuah.

“Tetapi agak menghairankan apabila monopoli masih dibiarkan berlaku di luar program VDP,” dakwa Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, lebih memburukkan keadaan apabila syarikat asing diberi ‘lampu hijau’ 70% untuk menguasai sesebuah kontrak dengan mengguna-pakai perjanjian usahasama yang tidak saksama dan tidak menguntungkan syarikat tempatan.

Berikut ialah penuh kenyataan MTEM.

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mengucapkan syabas kepada Petronas yang telah begitu bermurah hati menganugerahkan kontrak sebesar RM10 billion kepada enam syarikat ‘tempatan’ selama 5 tahun bagi projek ‘Pan Malaysia Integrated Offshore HUC/TMM’ baru-baru ini. Sesungguhnya ia merupakan satu rekod diluar kebiasaan berdasarkan tempoh serta nilai  kontrak yang diwar-warkan.

Selangor belanja RM2.28 bilion rizab simpanan


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan membelanjakan RM2.28 bilion rizab simpanan bagi perbelanjaan pembangunan dan pengurusan pada 2014, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Daripada jumlah itu, katanya, sejumlah RM1.225 bilion diperuntuk kepada perbelanjaan mengurus yang meliputi 53.7 peratus manakala bakinya RM1.055 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Membentang Belanjawan Berimbang Negeri Selangor 2014 , beliau berkata, sebanyak RM430 juta dibelanja bagi membiayai pembangunan enam inisiatif melibatkan kepentingan rakyat.

“Antaranya ialah RM150 juta bagi pembinaan Jambatan Ketiga Klang, pembinaan rumah mampu milik (RM100 juta) dan pembinaan beberapa bangunan sekolah (RM50 juta).

“Selain itu, sejumlah RM50 juta dari rizab simpnanan digunakan untuk pembangunan usahawan dan pemerkasaan belia, pembangunan desa (RM50 juta) dan pemberdayaan wanita (RM30 juta),” katanya.

Selangor bentang bajet berimbang RM1.85 bilion


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini membentangkan bajet berimbang berjumlah RM1.85 bilion bagi 2014, yang merupakan peningkatan kira-kira 13 peratus berbanding RM1.63 bilion tahun ini.

Daripada jumlah itu, kira-kira RM1.225 bilion atau 66.2 peratus diperuntukkan bagi belanja mengurus, manakala lebih RM624.919 juta ataupun 33.78 peratus diperuntukkan bagi  pembangunan negeri, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa membentangkan bajet itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Beliau berkata daripada peruntukan mengurus, sejumlah RM421.748 juta atau 34.43 peratus adalah untuk perkhidmatan dan bekalan,  RM411.801 juta untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap, RM370.552  juta untuk pembayaran emolumen, RM6.416 juta untuk pembelian aset dan  RM14.591 juta bagi perbelanjaan lain.

"Bagi peruntukan pembangunan pula, sejumlah RM388.728 juta atau  62.2 peratus  untuk infrastruktur, RM143.182 juta  atau 22.91 peratus untuk sektor sosial, RM90.401 juta atau 14.47  peratus untuk sektor ekonomi dan RM2.608 juta ataupun 0.42 peratus  untuk sektor perbandaran," katanya.

Belanjawan 2014 Selangor Darul Ehsan

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Yang Berhormat Tuan Speaker dan sidang Dewan yang dimuliakan,
Dengan lafaz Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim, segala puji bagi Allah Subhanahu Wata’ala, selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah, Nabi Muhammad Sallallahu’Alaihi Wassalam, keluarga dan para sahabat Baginda, saya mohon mencadangkan agar Rang Undang-Undang bertajuk “Suatu Enakmen bagi penggunaan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi tahun 2014, dan peruntukan wang tersebut bagi perkhidmatan pada tahun yang sama” dibacakan bagi kali kedua. Terima kasih.
Bismillahirrahmannirrahim. Segala puji bagi ALLAH Subhanahuwataala, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam, keluarga serta sahabat baginda kesemuanya.
Sidang Dewan yang dihormati,
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan selamat sejahtera.
1) Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan rasa syukur yang setulusnya ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, saya bersama rakan-rakan Yang Berhormat sekalian dapat hadir di Dewan Negeri yang mulia bagi negeri Selangor Darul Ehsan.
2) Pertama sekali, bagi pihak Pakatan Rakyat negeri Selangor, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua rakyat negeri Selangor atas keyakinan tidak berbelah bahagi untuk sekali lagi memberi peluang kepada Pakatan Rakyat memikul tanggungjawab sebagai pentadbir dan pengurus aset dan sumber bagi negeri yang termaju di Malaysia ini.
3) Kemenangan besar 44 kerusi, melebihi 2/3 atau lebih tepat lagi mencecah 80% daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Negeri merupakan bukti ampuh bahawa pelbagai tawaran yang bertujuan menjamin kebajikan, kesejahteraan dan kemakmuran seperti yang terkandung di dalam Manifesto Pakatan Rakyat Selangor bagi Pilihanraya Umum Ketiga Belas (PRU13) dengan tema "Meneruskan Kecemerlangan" telah mendapat kepercayaan rakyat. Kejayaan demi kejayaan ditempa sejak meneraju negeri.

Prof Agus: 5 kaedah laksana hudud

 Dr Mohammad Agus Yusoff 
SHAH ALAM - Pensyarah kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohamad Agus Yusoff menjelaskan bahawa terdapat lima kaedah yang sesuai untuk merealisasikan perlaksanaan hudud di Kelantan.

Menurutnya, Jika Pas  benar-benar hendakkan hudud ini dilaksanakan,maka  penyelesaian undang-undang atau politik hendaklah dicari, maka beliau mengesyorkan lima kaedah yang boleh diguna pakai bagi merealisasikan hasrat ini.

"Saya pada awalnya tidak mahu menyentuh tentang hal ini, tetapi melihat kepada banyaknya kesan negatif kepada hukum hudud itu sendiri jika penjelasan tidak dibuat, akhirnya saya muncul memberikan pandangan.

"... ini kerana saya melihat ramai rakyat yang keliru dengan pelbagai pandangan dari pakar dan pemimpin politik yang saling bercanggah. Saya sedih dengan keadaan ini dan sebab itulah saya menyeru supaya kita berhentilah mempolitikkan hudud, sebaliknya carilah kaedah sesuai untuk membolehkan hudud ini dilaksanakan," katanya yang dipetik daripada laman Facebook miliknya.

Pelaksanaan hukum hudud perlu diteliti, kata Naib Presiden UMNO...


Pelaksanaan hukum hudud harus diteliti secara menyeluruh kerana sebaik sahaja menjadi perlembagaan dan undang-undang, ia harus dilaksanakan dengan baik, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar).
Sambil menyarankan hukum hudud dilaksanakan terlebih dahulu di semua negeri di bawah pentadbiran pembangkang, beliau berkata PAS tidak harus meletakkan bebanan pelaksanaan hukum hudud kepada kerajaan pusat.
Seharusnya pakatan pembangkang sudah berpakat mengenai hal ini dan melaksanakannya di negeri-negeri yang mereka terajui, katanya.
"PAS melaungkan mereka sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam namun di dalam manifesto Pakatan Rakyat yang lalu langsung tidak disebut mengenai hukum hudud, sebaliknya meminta kerajaan untuk campur tangan dalam hal ini.
"Mereka (PAS) meletakkan bebanan pelaksanaan hukum hudud ini kepada kerajaan, dan sepatutnya mereka memperincikan dahulu mengenai perkara ini di setiap negeri di bawah mereka termasuk Pulau Pinang dan bukan hanya dilaksanakan di Kelantan," katanya.

Fauzi Tahir, pencabar presiden yang mahu buktikan demokrasi hidup dalam PAS


Fauzi Tahir (gambar) bukanlah nama besar di dalam PAS. Tetapi langkah yang beliau ambil untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyebabkan namanya terkenal ke seluruh negara.
Yang Dipertua PAS kawasan Padang Serai ini mengambil keputusan untuk bertanding jawatan Presiden PAS dalam muktamar PAS ke-59 yang akan diadakan 22 hingga 24 November di Shah Alam, Selangor.
Namun usahanya itu tidak kesampaian apabila beliau hanya mendapat satu pencalonan sahaja iaitu dari kawasannya sendiri, Padang Serai, sedangkan perlembagaan PAS meletakkan syarat sekurang-kurangnya dua pencalonan untuk melayakkan seseorang calon bertanding.
Namun hasrat Fauzi, 55 tahun, untuk membuktikan demokrasi hidup subur di dalam PAS berjaya. Selain mahu membuktikan demokrasi hidup subur, Fauzi juga mahu membuktikan pemimpin bukan maksum di dalam PAS. Mereka ada kelemahan dan kecacatannya selaku manusia biasa.
"Saya mahu beritahu ahli dan semua pihak bahawa dalam PAS ini pemimpin bukan maksum. Jadi ada kelemahannya," kata Fauzi kepada The Malaysian Insider.
Berbekalkan dua hasrat itulah, Fauzi menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden PAS, jawatan yang paling berkuasa dalam menentukan hala tuju parti Islam itu.

JKKK: PAS P Pinang ancam lepaskan jawatan k'jaan

PAS Pulau Pinang hari ini membantah campur tangan tidak munasabah dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan pelantikan wakil parti sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

NONETimbalan pesuruhjaya PAS negeri Fauzi Yusof (kiri) berkata, jika perkara itu berterusan, PAS akan menyemak semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat.

Parti itu juga bersedia menarik balik wakilnya keluar daripada kedudukan negeri atau pihak berkuasa tempatan jika enam tuntutan yang dikemukakan mereka hari ini tidak diendahkan.

Dalam sidang media di Seberang Jaya, Fauzi berkata, kesemua tuntutan itu datang daripada akar umbi dan diajukan kepada exco negeri.

Akar umbi parti itu menuntut ketegasan PAS bersama sekutunya dalam Pakatan dan mahukan parti itu diberi kedudukan dan peranan sesuai dalam kerajaan negeri, kata Fauzi.

Tambahnya lagi, mereka bimbang dengan campur tangan kerajaan dalam Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Maipp) akan menyebabkan pertindihan kuasa seterusnya mengganggu kelancaran pentadbiran.

Fauzi antaranya menuntut suara yang lebih dalam pentadbiran dan menyertai perbincangan berhubung sebarang dasar-dasar negeri sebelum dilaksanakan.

Kena Penjara Sehari: Ibrahim Ali bebas, akan buat rayuan esok untuk bersihkan namanya


Datuk Ibrahim Ali (tengah) bebas selepas menjalani hukuman penjara sehari dan denda RM20,000. Gambar The Malaysian Insider, 19 November, 2013.Datuk Ibrahim Ali (tengah) bebas selepas menjalani hukuman penjara sehari dan denda RM20,000. Gambar The Malaysian Insider, 19 November, 2013.Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menghabiskan sehari  di kompleks mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi menjalani hukuman penjara sehari kerana menghina mahkamah.
Sebaik saja dibebaskan, Ibrahim mendakwa mahkamah salah menjatuhkan hukuman penjara dan denda ke atas beliau kerana menghina mahkamah.
Ibrahim telah dibebaskan selepas sehari ditahan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur dan dibebaskan apabila tamatnya waktu bekerja hari ini dan membayar denda RM20,000 yang dikenakan ke atas beliau.
Ibrahim menegaskan dia tidak bersalah kerana dia bukan pihak yang bertanggungjawab terhadap tulisan yang didapati menghina kehakiman itu.

Hukum Akad Jual Beli - Ustaz Azhar Idrus

NAFKAH ZAHIR Untuk ISTERI (Detail) - Ustaz Azhar Idrus

Lamaran Ditolak..'Boleh Dok Nasihat Ke Mok Dia, Sebab Mok Dia Ada Mari! - Ustaz Azhar Idrus

Persiapan akhir menjelang muktamar ke 59

Parliament heats up as deputy minister accuses Anwar of lying

MP DAP Ipoh Barat Bahas Peruntukan Kem Pendidikan 2014

MP PAS Temerloh Bahas Peruntukan Kem Pendidikan 2014

Emotions run high at Beng Hock negligence suit

Kempen jahat: Tindakan selepas muktamar PAS

MP PKR Batu Pahat Bahas Peruntukan Kem Pendidikan 2014

Lafaz Cerai Ketika Marah - Ustaz Azhar Idrus

Makna 'Khilaful Aula' - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Lelaki Pakai Rambut Palsu - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Buat TATU Dengan Inai - Ustaz Azhar Idrus

Tanam Pisang, Ubi Kayu 'Atas' Kubur - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Makan Buah Yang Tumbuh Di Tanah Wakaf - Ustaz Azhar Idrus

Terima Jemputan Kahwin Ketika Berpuasa Sunat - Ustaz Azhar Idrus

Mimpi Perempuan Selepas ISTIKHARAH..Adakah Itu JODOH Kita? - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Lelaki Penzina Kahwin Dengan Anak Zinanya Sendiri - Ustaz Azhar Idrus

Potongan 2.5 peratus zakat kakitangan awam secara sukarela: Jamil Khir

ISMA dakwa Anwar cuba bawa Malaysia ke arah negara sivil tanpa agama, bangsa

Ringgit susut 5.3 peratus antara Mei hingga Oktober lalu kata Timb Menteri

MP DAP Bukit Bendera Bahas Peruntukan Kem Pendidikan 2014

MP PKR Lembah Pantai Bahas Peruntukan Kem Pendidikan 2014

MP PAS Parit Buntar Bahas Peruntukan Kem Pendidikan 2014

Selangor: RM101 juta peruntukan Skim Mesra Usia Emas diagih kepada 41,945 keluarga

Abdul Khalid Kredibiliti Syed Husin Menjadi Senator 2SHAH ALAM 19 NOV: Selangor membelanjakan RM101,166,500 kepada 41,945 penerima manfaat Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sehingga 31 Ogos lalu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, peruntukan skim terbabit diperoleh daripada peruntukan yang disalurkan syarikat milik kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).
“Wang ini diperoleh daripada KSSB sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat syarikat itu,” kata Abdul Khalid ketika menjawab satu soalan dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor kali ketiga, penggal pertama, di sini, hari ini.
Abdul Khalid berkata, skim yang diwujudkan sejak Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri itu mendapat sambutan baik daripada warga emas.
Sementara itu, ketika menyentuh Tabung  Warisan Anak Selangor (TAWAS), Abdul Khalid berkata setiap bayi yang dilahirkan di hospital luar Selangor berhampiran sempadan negeri juga layak menyertai skim terbabit.
“Adakala, ibu di Selangor terpaksa melahirkan anak mereka di hospital luar Selangor kerana hospital di negeri ini agak jauh dengan kediaman mereka.
“Anak mereka ini layak mendaftar Skim TAWAS dengan syarat ibu dan bapa mereka berasal dari Selangor,” katanya.

Khalid umum rizab Selangor paling tinggi, 2.712 bilion tahun ini


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) hari ini mengumumkan rizab yang dimiliki Selangor kini adalah yang tertinggi pernah dicapai dalam sejarah negeri itu iaitu sebanyak RM2.712 bilion  pada 31 Oktober tahun ini.
Bagaimanapun beliau ketika pembentangan Belanjawan 2014 dilihat mempertahankan tindakannya mengumpul rizab negeri dengan berkata suara-suara yang mengecam beliau datang daripada mereka yang kurang arif mengenai selok belok pengurusan kewangan.
"Ingin saya tegaskan di sini bahawa pembinaan rizab berserta perbelanjaan berhemah mengikut konsep keutamaan yang betul merupakan paksi disiplin fiskal dan sebahagian daripada rangka pengurusan kewangan dan fiskal jangka panjang," katanya dalam Pembentangan Belanjawan 2014 di sidang Dewan Negeri Selangor .

Isu intipan Amerika: Belum ada PM selembik Najib

KUALA LUMPUR 19 NOVEMBER: Najib Razak merupakan Perdana Menteri (PM) paling ‘lembik’ di dunia kerana gagal bertegas dalam isu intipan Amerika dan Australia ke atas negara, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, sebagai pemimpin negara, Najib perlu segera menunjukkan pendirian dan ketegasan berhubung isu keselamatan dan kedaulatan negara, bukan membisu tanpa sebarang tindakan.
Katanya, kegagalan Najib berbuat demikian membuktikan kepimpinan negara tidak konsisten dalam isu tersebut.
“Semalam (Kerajaan) Indonesia tarik semua Duta Besar Indonesia dari Australia kerana pengintipan terhadap Presiden Indonesia.
“Maka Presiden wanita mempunyai keberanian lebih tegas daripada Perdana Menteri Malaysia. Sampai sekarang berminggu-minggu keluar kenyataan ‘lembik’,” katanya pada perbahasan Dewan Rakyat hari ini.

Hina mahkamah: Penjara sehari dan denda RM20 ribu untuk Ibrahim Ali



 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan penulis blog Zainuddin Salleh bersalah atas kesalahan menghina mahkamah.
Kesalahan itu merujuk kepada penerbitan satu tulisan Zainuddin di laman web PERKASA pada 7 Januari lalu yang dianggap mencalar imej Hakim Mahkamah Tinggi Datuk VT Singham.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari ke atas Ibrahim, berkuatkuasa hari ini dan juga denda RM20,000.
Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara empat minggu ke atas Zainuddin, berkuatkuasa hari ini.

Zainuddin dalam tulisannya mendakwa Singham, yang mendengar kes saman difailkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Utusan Malaysia pada masa itu, sebagai pro-pembangkang.
Zainuddin juga mempersoalkan orientasi seksual hakim berkenaan dan menyatakan bahawa hakim tersebut masih bujang.
Hukuman dijatuhkan oleh Hakim Datuk John Louis O'Hara.
Susulan itu, Ibrahim diperintahkan ditahan di lokap kompleks mahkamah Kuala Lumpur sehingga jam 5 petang ini.

Govt jets used to transport ROSMAH'S shopping home? Upset Shahidan invokes the name of GOD on critics

KUALA LUMPUR - Under fire from the Opposition to come up with a good reason why Rosmah Mansor, the unpopular wife of Prime Minister Najib Razak, should be allowed to represent the country on a taxpayers-paid trip to Qatar, an Umno minister Shahidan Kassim invoked the name to God to quell critics.
“May God make those who lie about this issue to repent or increase his wrath on them,” Shahidan, a leader in Najib's Umno party, told a press conference at the Parliament lobby on Tuesday.
Govt jets used to transport ROSMAH'S shopping home? Upset Shahidan invokes the name of GOD on criticsShahidan, who is also Minister in the Prime Minister’s Department, insisted that the majority of lawmakers in Malaysia's Lower House were “thankful” to the 62-year-old Rosmah for having made a “fruitful” 3-day trip to Qatar, where she had attended a summit.
Dubai was her REAL target? Jets used to transport her shopping 'barang'
Rosmah's critics however claimed she had used the trip to go on one of her legendary shopping sprees.
Indeed, after Qatar, Rosmah stopped over at Dubai - the playground and shopping heaven of the fabulously rich and powerful.
She also met Princess Haya, the wife of UAE prime minister Sheikh Mohammed Bin Rashid, at the Burj Khalifa, the world's tallest building.
Nonetheless, Shahidan insisted that Rosmah's trip had a positive effect on the country. He had a day ago confirmed that Rosmah’s trip was funded by the government and that she had flown to the Middle East on the  private jets reserved for top officials.
"We hope the government jets weren't used to transport her shopping goods because the commercial flights wouldn't have enough luggage space," MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle.
The Opposition lawmakers have said they intend to keep pressing Najib for a clear guideline as to who could represent the government on official trips and charge the expenses to public funds.
Malaysia Chronicle

MP PR vs BN Kinabatangan Bahas Peruntukan Kem Luar Negeri 2014

Tim Men gulong Bahas Peruntukan Kem Luar 2014

PAS: Kenapa Umno lantik pengerusi BSN dengan rekod tatatertib?

Benarkah ‘pengundi hantu’ bantu PAS menang di Sg Limau ????

Datuk Mahfuz meminta penjelasan mengenai definasi sebenar istilah ‘pengundi hantu’ dan ‘pengundi luar’ kerana MB juga tinggal di KL tetapi mendaftar sebagai pemilih di Kedah.

Oleh Sobri Ahmad
Isu pengundi luar atau ‘pengundi hantu’ timbul semula selepas PRK Sungai Limau, apabila Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir mempersoalkan bagaimana Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Besar mempunyai jumlah pengundi yang begitu ramai sedangkan di situ cuma sekolah pondok, dan jumlah penduduk sekitar ratusan orang saja.
“Adakah tindakan mendaftar orang luar sebagai pengundi boleh diterima sebagai amalan demokrasi?,” soal beliau.
Kenyataan itu disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyifatkan isu ‘pengundi hantu’ perlu diselesaikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seraya mencadangkan jawatankuasa khas di Parlimen bagi tujuan tersebut.
Sebaliknya, Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar meminta penjelasan mengenai definasi sebenar istilah ‘pengundi hantu’ dan ‘pengundi luar’ kerana Menteri Besar juga tinggal di Kuala Lumpur tetapi mendaftar sebagai pemilih di Kedah.

Malaysia Boleh: Umrah pun boleh dibuat rasuah untuk pemilihan UMNO

Maklumat terkini selepas lebih sebulan pemilihan Umno. Umno Bahagian Lembah Pantai didakwa merasuah perwakilan dengan penajaan pakej umrah selain penginapan di hotel mewah.
Dakwaan itu dibuat oleh bekas ketua cawangan Umno di Lembah Pantai, Asat Ahmad pada 31 Oktober lalu. Dia turut mendakwa terdapat pengedaran senarai “chai” atau barisan calon pilihan.
Asad berkata, pihaknya telah menghantar laporan aduan penyelewangan Umno Lembah Pantai kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Ghazali dan Lembaga Disiplin, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.
Salinan surat aduan tersebut juga telah diserahkan kepada SU Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Asad juga kesal dan bertegas Umno perlu bertindak untuk tidak menyembunyikan atau terus membiarkan mana-mana pemimpin yang merosakkan parti dengan amalan politik wang.
Pemimpin Umno harus berhenti merosakkan parti melalui politik wang dan berharap pucuk pimpinan akan mengambil langkah wajar untuk menangani  masalah yang telah mencapai peringkat barah, kata Asad.
“Keputusan akhir dua pilihan raya umum jelas menunjukkan bahawa rakyat menolak Umno dan parti akan musnah jika keadaan tidak diperbetulkan,”katanya dalam surat yang dihantar kepada The Malaysian Insider.

Belanjawan 2014: Lima teras jadi perbelanjaan terbesar untuk rakyat Selangor

pembentangan-bajet-2014SHAH ALAM 19 NOV: Belanjawan Selangor 2014 adalah kelangsungan untuk memacu negeri ke arah pembangunan berterusan dengan tema ‘Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat’, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Belanjawan kali keenam sejak Pakatan Rakyat (PR) mentadbir menjadi dokumen berprestij tinggi kerajaan negeri demi menjana pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan belanja berhemah demi kepentingan rakyat secara keseluruhan.
“Kemenangan besar PR pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) iaitu 44 daripada 56 kerusi bukti ampuh bahawa pelbagai tawaran yang menjamin kebajikan, kesejahteraan dan kemakmuran dalam manifesto PR Selangor mendapat kepercayaan rakyat,” katanya.
Menyifatkan Belanjawan 2014 sebagai kesinambungan agenda ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’(MES), Abdul Khalid menyindir kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana prinsip asas belanjawan mereka tidak menangani masalah kos apabila hanya menggunakan kaedah subsidi.

Tragedi Memali:The Star mohon maaf


KUALA LUMPUR: Akhbar berbahasa Inggeris The Star hari ini menerbitkan kenyataan memohon maaf atas keterlanjuran menggelarkan Almarhum Ustaz Ibrahim Mahmud @ Ibrahim Libya dan para pengikutnya yang terlibat dalam peristiwa Memali sebagai 'kumpulan ajaran sesat'.


Dalam Nota Pengarang pada artikel utama muka 40 ruangan Pendapat (View) akhbar berkenaan hari ini, The Star memohon maaf kepada ahli keluarga  dan sahabat handai Almarhum Ustaz Ibrahim Libya yang bersedih atas dakwaan tersebut.

Pernyataan maaf The Star itu diterbitkan di akhir surat bertajuk "Memali incident a sad tragedy" (Peristiwa Memali adalah satu tragedi sedih) oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ir Khairil Nizam Khirudin.

Khairil Nizam dalam tulisan tersebut menjelaskan, Mahkamah Tinggi Alor Setar sendiri telah memerintahkan kerajaan membayar pampasan kepada waris bagi individu yang terkorban dalam tragedi tersebut.

TPPA legal fees will cost taxpayers millions

Payments to Shafee for Sodomy II appeal won't be revealed

Egypt to mark protest anniversary

Ibrah dari Sirah - Dr MAZA tibai bajet kerajaan BN

MP PKR Batu Bahas Peruntukan Kem Luar Negeri 2014

Rosmah tak salah guna jet peribadi PM, kata menteri

Shahidan: Kena berbangga, berterima kasih atas kepenatan Rosmah

Dewan Rakyat 19 Nov 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Belanjawan 2014: Selangor belanja RM2.28 bilion rizab simpanan

pembentangan-bajet-2014SHAH ALAM 19 NOV: Kerajaan Selangor akan membelanjakan RM2.28 bilion rizab simpanan bagi perbelanjaan pembangunan dan pengurusan pada 2014, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Daripada jumlah itu, katanya, sejumlah RM1.225 bilion diperuntuk kepada
perbelanjaan mengurus yang meliputi 53.7 peratus manakala bakinya RM1.055 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Membentang Belanjawan Berimbang Negeri Selangor 2014 , beliau berkata,
sebanyak RM430 juta dibelanja bagi membiayai pembangunan enam inisitif melibatkan kepentingan rakyat.
“Antaranya ialah RM150 juta bagi pembinaan Jamabatan Ketiga Klang, pembinaan
rumah mampu milik (RM100 juta) dan pembinaan beberapa bangunan sekolah (RM50 juta).
“Selain itu, sejumlah RM50 juta dari rizab simpnanan digunakan untuk
pembangunan usahawan dan pemerkasaan belia, pembangunan desa (RM50 juta dan pemberdayaan wanita (RM30 juta),” katanya.

Ini Harta Meraka Yang Punya: Rakyat perlu terima kasih dan berbangga dengan Rosmah Mansor kerana lawat Qatar kata Shahidan


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mempertahankan pembiayaan jet eksekutif swasta oleh kerajaan terhadap lawatan isteri perdana menteri ke Qatar.

Beliau malah menggesa anggota Parlimen serta rakyat Malaysia agar berterima kasih kepada Rosmah Mansor atas lawatan tersebut.

Kenyataan itu dibuatnya pada sidang media di lobi Parlimen pagi tadi.

Semalam beliau diasak bertalu-talu oleh MP Pakatan Rakyat berkenaan perkara itu dalam Dewan Rakyat.

NONE"Sebagai rakyat Malaysia kita perlu berbangga dan berterima kasih dengan penat lelah (beliau ke sana).

"Ini lawatan yang kita pergi secara bertanggungjawab dan secara telus. Lawatan ini dibuat setelah dipohon kepada kabinet.

"Bagi pihak ahli-ahli parlimen, kita ucap terima kasih kepada isteri PM kerana hasil lawatan tersebut cukup positif kepada negara," kata Shahidan.

Rosmah pada 10 November hadir ke Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4.

Semalam di Parlimen, lawatan itu menjadi topik perbincangan selepas MP Gombak Azmin Ali, membangkitkannya dan mendakwa ia dibuat menggunakan jet eksekutif atas perbelanjaan negara.

Muktamar 59: Dewan Ulama perlu menjadi ‘Front Line’..!!

Tetapi apakah tugas Dewan Ulama PAS juga mirip kepada Majlis Fatwa Kebangsaan?

Masyarakat Melayu dan Agama Islam tidak boleh dipisahkan. Masyarakat Melayu juga amat menghormati golongan yang beragama tinggi seperti Ulama dan Mufti. Mereka yang dikenali sengan status Ustaz, Ustazah, Imam dan Haji juga cukup dihormati oleh masyarakat Melayu.
PAS merupakan satu-satunya parti di Malaysia yang berteraskan agama Islam sebagai ideologinya. Jika dulu kepimpinan PAS di semua peringkat sama ada nasional, negeri, kawasan dan cawangan, biasanya diketuai oleh golongan Ulama. Kini arus pemodenan bukan sahaja meresapi pembangunan, teknologi, industri dan pendidikan semata-mata tetapi hakikat yang harus diterima oleh semua pihak ialah landskap politik juga telah berubah mengikut arus pemodenan. Golongan professional juga kini sudah mula menonjol dalam PAS.
Maka persoalannya ialah kecuali negeri Kelantan, Terengganu dan sebahagian Kedah; mengapa PAS masih gagal menawan hati masyarakat atau hati pengundi Melayu di kawasan kampung?
Bukankah masyarakat atau pengundi Melayu di kawasan kampung lebih konservatif berbanding dengan Melayu di bandar? Bukankah lazimnya aktiviti keagamaan berkaitan dengan aktiviti masjid dan surau lebih banyak diadakan di kawasan kampung berbanding kawasan metropolitan? Maka kenapa PAS yang berimej Islam gagal menawan hati pengundi Melayu di kawasan kampung?
Mengapa pemimpin PAS yang duduk di dalam Dewan Ulama PAS yang namanya pun sudah bergelar Ulama gagal menembusi kawasan kampung dengan imej Islamik mereka.
Bukankah golongan Ulama disegani oleh orang Melayu? Kenapa Ulama PAS tidak mentarbiyah orang-orang Melayu kampung jika benar ada orang Melayu kampung sudah lari dari perjuangan Islam?

'Ajaran sesat' Ibrahim Libya: The Star akhirnya mohon maaf





 
Akhbar The Star menyiarkan nota permohonan maaf atas tulisan mendakwa Allahyarham Ibrahim Libya dan kumpulan penyokong PAS yang bertempur dengan pasukan keselamatan dalam tragedi Memali pada 1985 sebagai kumpulan ajaran sesat.

Nota permohonan maaf oleh pengarang The Star itu disiarkan bersama dengan kandungan surat oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Khairil Nizam Khirudin yang menjelaskan bahawa Ibrahim dan kumpulan penyokong tersebut tidak seperti yang digambarkan akhbar berkenaan.

Tulisan pada 12 November itu menyenaraikan Ibrahim Libra bersama dengan kes kekerasan melibatkan kumpulan ajaran sesat, termasuk Imam Mahdi, Al-Ma'unah dan Tuhan Harun.

Khairil Nizam dalam tulisan tersebut menjelaskan, Mahkamah Tinggi Alor Setar sendiri telah memerintahkan kerajaan membayar pampasan kepada waris bagi individu yang terkorban dalam tragedi tersebut.

PKFZ, kisah ketidakcekapan dan pembaziran berjuta dana awam oleh kerajaan BN


Banyak pengajaran diperoleh daripada kes PKFZ.Banyak pengajaran diperoleh daripada kes PKFZ.Jika terdapat satu pengajaran yang boleh dipelajari daripada kemelut  Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) , ia adalah hakikat sesetengah rakyat Malaysia yang  tidak pernah belajar daripada kesilapan dan terus-terusan membuat kesilapan.
Dan dalam proses itu, pembazirkan berjuta-juta dana awam berlaku.
Semalam, Menteri Undang-undang Nancy Shukri memberitahu Parlimen bahawa Jabatan Peguam Negara tidak merayu terhadap pembebasan Tun Dr Ling Liong dalam skandal PKFZ kerana kemungkinan berlaku sebaliknya adalah "amat tipis".
Beliau berkata ia adalah sukar untuk mempertikaikan keterangan pembelaan saksi - Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) , Tan Sri Fong Chan Onn (bekas Menteri Sumber Manusia) dan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (bekas Menteri Pelancongan ).

Politik Wang: Pakej umrah, bilik hotel untuk raih undi perwakilan Umno, dakwa pengadu


Selepas lebih sebulan pemilihan Umno berakhir kini timbul pula dakwaan berlakunya unsur politik wang dalam parti apabila perwakilan didakwa telah disogokkan dengan penajaan pakej umrah selain penginapan di hotel mewah bagi meraih undi oleh Umno Bahagian Lembah Pantai.
Lebih dari itu seorang bekas ketua cawangan Umno di Lembah Pantai, Asat Ahmad turut mendakwa terdapat pengedaran senarai "chai" atau barisan calon pilihan.
Asat membuat laporan mengenai salah laku dalam pemilihan itu pada 31 Oktober lalu.
Menurut Asat, pihaknya menghantar laporan aduan mengenai unsur penyelewangan oleh Umno Lembah Pantai kepada Jawatankuasa Pemilihan iaitu pengerusinya, Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Ghazali dan Lembaga Disiplin, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.
Asat berkata salinan surat aduan tersebut juga telah diserahkan kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

PPSMI, PBS: Umno-BN tak puas huru-harakan sistem pendidikan negara..!!



Kali ini kita ingin menyentuh isu pendidikan termasuklah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dicadangkan agar dihidupkan kembali oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pelaksanaan Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) yang ‘membingungkan’ warga pendidik.

Pelaksanaan PBS yang dimulai dengan murid tingkatan satu pada 2011 yang bermatlamat melahirkan modal insan holistik serta seimbang dari segi rohani, jasmani dan emosi dilihat baik bagi menggantikan sistem pendidikan yang berasaskan peperiksaan tetapi dalam menjayakannya terlalu banyak kerja-kerja pengkeranian yang perlu dilakukan oleh guru dan dengan sistem komputer kementerian yang kurang efisien dan kurang membantu, menyebabkan warga pendidik begitu tertekan. Mengenai PPSMI, dulu Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran (kini Pendidikan), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan hanya dimansuhkan sepenuhnya di sekolah rendah pada 2016 manakala di sekolah menengah pada 2021. Kini Dr Mahathir ghairah mahu ‘menghidupkannya kembali’.

Rosmah Mansor kembali ‘mengganas’


Setelah sekian lama agak menyepikan diri daripada sorotan cerita-cerita sensasi, isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor secara tiba-tiba kembali menjadi bahan bualan rakyat. Puncanya hanyalah kerana beliau menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa ke-4 di Qatar, minggu lalu dengan menggunakan jet eksekutif.
Di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim telah disoal bertalu-talu oleh ahli Parlimen PR berkenaan isu tersebut sehingga banyak soalan gagal dijelaskannya dengan meyakinkan. Beliau hanya menjelaskan pemergian Rosmah ke Qatar dengan menggunakan jet eksekutif itu adalah dengan kelulusan kabinet dan untuk kepentingan negara tetapi gagal memberi jawapan yang memuaskan tentang boleh atau tidak isteri seorang Perdana Menteri mewakili kerajaan dalam lawatan ke luar negara dan bagaimana Najib sebagai ketua kabinet terlibat dalam urusan yang melibatkan konflik kepentingan.
Sehubungan itu, di media sosial, alam maya dan di alam nyata, isu Rosmah kembali menjadi perbualan dan rata-rata kecaman lebih banyak kedengaran berbanding kewajarannya mewakili negara dan menggunakan jet eksekutif itu. Dalam masa yang sama, Najib yang meluluskan penggunakan sejumlah wang rakyat untuk perbelanjaan isterinya itu turut dikecam manakala anggota kabinet yang menyokongnya pula dianggap tidak lebih umpama "kabinet dapur" saja peranannya.
Sebelum ini, terutama pada tahun-tahun pertama dan kedua Najib menjadi Perdana Menteri, isu berkaitan Rosmah begitu hangat menjadi perbualan dan kecaman rakyat. Beliau didapati sering berbelanja mewah, memakai pakaian mahal dan ‘bling-bling’, memiliki banyak koleksi beg tangan mewah dan kerap kali mengadakan lawatan ke luar negara menggunakan jet eksekutif kerajaan.
Beliau juga mahu dirinya dipanggil First Lady dengan mengadakan persidangan Wanita-wanita Pertama di Kuala Lumpur dan yang paling sensasi ialah cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan dirinya. Dalam beberapa pilihan raya kecil pula, beliau turut berkempen untuk calon BN, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana isteri Perdana Menteri sebelum ini.
Bagaimanapun kira-kira setahun sebelum PRU13 pada Mei lalu, Rosmah agak menyepikan diri dan jarang menonjol. Beliau seperti sudah menjadi isteri yang baik, tawaduk dan merendah diri. Program persendiriannya makin jarang dan beliau hanya menjadi peneman kepada Najib dalam lawatan di dalam dan luar negara saja.

Muktamar 59: Antara bersama Pakatan atau kaji balik hubungan, kata penganalisis


Para penganalisis dan pemerhati sepakat, pertandingan dalam PAS kali ini adalah antara memperkuatkan kedudukan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) atau mengkaji semula hubungan itu.
Inilah yang boleh dilihat daripada trend kempen yang sedang hangat berlangsung dalam PAS sekarang menjelang muktamar yang bermula 22 hingga 24 November ini di Shah Alam.
"Berdasarkan trend yang ada, saya rasa golongan yang mahu PAS lebih rapat dengan PR akan lebih diterima berbanding dengan golongan yang mahu ia dikaji semula," kata Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomuddin Abu Bakar kepada The Malaysian Insider.
Kumpulan ulama dalam PAS sejak awal lagi mengambil posisi untuk mengkaji hubungan PAS dalam PR dengan dakwaan ia telah melemahkan sokongan Melayu kepada PAS apabila mereka meluluskan resolusi mengenainya semasa Multaqa Ulama SeMalaysia anjuran Dewan Ulama PAS di Alor Setar beberapa bulan lalu.
Namun, kebanyakan pemimpin dan perwakilan PAS dijangka akan menolak idea ini berdasarkan fakta bahawa hubungan dengan PR banyak memberikan manafaat kepada mereka.
Namun begitu, menurut Hisomuddin, ia berbeza dengan trend kempen yang berlaku dalam Pemuda PAS.
Beliau menjangkakan, pemilihan dalam Dewan Pemuda PAS akan lebih dipengaruhi oleh kumpulan iaitu antara kumpulan pro ulama yang dikira konservatif dan kumpulan bukan ulama yang dikira lebih progresif dan  dipengaruhi oleh profesional dalam PAS.

Shahidan dedah sebab Najib tak guna penerbangan MAS


Kerana nak pertahankan tindakan isteri Perdana Menteri yang menggunakan Jet Kerajaan dalam lawatannya ke Qatar baru-baru ini, Shahidan berkata lawatan yang dilakukan Rosmah adalah demi kepentingan negara.

Kepentingan apa bendanya entahlah, sedangkan kita tahu hanya menteri boleh mewakili Malaysia dalam hal ehwal perhubungan dua hala dengan negara lain.

Selain itu Shahidan juga mendedahkan sebab Najib tidak menggunakan penerbangan MAS.. Katanya tak ada kelas....

Ejen Amerika di pejabat Peguam Negara: Hanipa cadang tiga penyelesaian


Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin (gambar) memberikan tiga cadangan untuk kerajaan membersihkan nama ekoran dakwaan adanya ejen CIA di Pejabat Peguam Negara.
Pertama, beliau mahu perkara itu disiasat oleh satu Suruhanjaya Diraja jika ia dakwaan yang benar.
Kedua, beliau menggesa penafian itu dibuat oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail jika dakwaan itu tidak benar.
Ketiga, beliau menggesa agar individu yang membuat dakwaan itu disiasat jika terbukti dakwaan itu palsu, kata Hanipa sebagaimana dilaporkan oleh sebuah laman web.
Hanipa menyatakan perkara ini ketika mengulas jawapan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang menafikan kewujudan ejen CIA di Pejabat Peguam Negara.
"Adalah dimaklumkan Jabatan Peguam Negara menafikan adanya ejen CIA di pejabat tersebut," kata Nancy semalam.

Penduduk KL bersatu bantah kenaikan kadar cukai taksiran DBKL


Sekurang-kurangnya 30 persatuan penduduk di Kuala Lumpur akan bersatu untuk menentang cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menaikkan kadar cukai taksiran yang dilihat terlalu tinggi.
Wakil persatuan penduduk  Bukit Bandaraya, Bangsar Baru, Lucky Garden dan Bangsar Park akan bertemu hari ini untuk membincang cadangan menghimpunkan sekurang-kurangnya 30 persatuan seumpama itu di Kuala Lumpur.
Presiden Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya Datuk Mumtaz Ali berkata, kali terakhir mereka berkumpul adalah ketika membincangkan Draf Pelan Bandaraya KL 2020, dimana mereka telah membentuk persefahaman di kalangan 30 persatuan penduduk untuk mendengar pandangan mereka.
"Dalam mesyuarat esok (Selasa), kita akan berbincang kemungkinan bergabung tenaga dengan mereka semula bagi memastikan suara kita berkesan," kata Mumtaz kepada The Malaysian Insider.
Beliau juga sedang merancang untuk menyediakan contoh surat bantahan untuk digunakan oleh semua penduduk yang terlibat bagi membolehkan mereka membuat bantahan secara individu.
Semalam, ahli parlimen Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur meminta penduduk Kuala Lumpur agar membantah cadangan kenaikan kadar taksiran itu dengan menghantar surat bantahan sebelum 17 Disember.
DBKL sudah mula menghantar notis kepada pemilik rumah dan bangunan di Kuala Lumpur bagi memaklumkan cadangan kenaikan cukai taksiran antara 100 % hingga 1000% atau lebih.
Notis itu bagaimanapun menyebut, jika ada bantahan terhadapnya, ia hendaklah dibuat sebelum 17 Disember.
"Kami mahu penduduk membuat bantahan secara individu. Kami akan kumpulkan surat-surat ini dan akan digabung bersama dengan bantahan daripada persatuan sebelum dihantar.
"Kami buat begini bagi memastikan bantahan kami tidak ditolak dengan alasan tidak banyak bantahan yang mereka terima," jelas Mumtaz.

Marking the second anniversary of a day of bloodshed in Egypt

NASA launches MAVEN to Mars

Palestinians in West Bank clash with Israeli troops

Muktamar Pas Kali Ke-59 Apa Kata Penganalis​is ? Part1 dan Part 2

Ucapan Perasmian Forum Kelantan Pasca Tok Guru | Yab Ust Ahmad Yakob

Wacana Pra Muktamar: Calon Ketua Pemuda Pas Malaysia