Isnin, 18 November 2013

Lawatan Rosmah ke Qatar adalah demi kepentingan negara kata Shahidan Kassim..

Sekali dengar dah macam macai-macai UMNO Menteri di Jabatan Perdana Menteri ni..

Dah tahu perkara yang dilakukan oleh Rosmah itu adalah menyalahi etika beliau tetap bersungguh-sungguh untuk menegakkan benang yang basah...

Akhirnya keluarlah jawapan yang hanya boleh diterima akal macai-macai sahaja..

Siapa Rosmah Mansor ini hingga dikatakan oleh Shahidan lawatannya ke Qatar adalah demi kepentingan negara?

Sekeras-keras Mahathir semasa jadi Perdana Menteri dulu tak adalah pulak didengar Siti Hasmah perkuda harta kerajaan ikut suka dia macam si Rosmah ni...

Risikan: Indonesia panggil Duta Besar pulang..!!! Malaysia tegur pun tak berani.....

Marty Natalegawa  
JAKARTA - Indonesia hari ini bersikap tegas berhubung insiden intip dengar perbualan telefon Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Wanita Pertama Indonesia, Ibu Ani Yudhoyono serta beberapa anggota kabinet oleh pihak Australia, dengan memanggil pulang Duta Besarnya ke Australia di Canberra, Nadjib Riphat.
  
Serentak dengan itu Indonesia juga akan mengkaji semula hubungan kerjasama dan pertukaran maklumat dengan Australia.
  
Menteri Luar Negeri Indonesia Marty Natalegawa berkata, pemanggilan pulang Duta Besarnya itu adalah untuk mendapatkan penjelasan tentang apa yang berlaku di Australia.
  
Keputusan itu dibuat kerana Indonesia berpendapat Duta Besarnya tidak akan dapat melakukan tugas dengan baik di tengah isu intip dengar yang sedang hangat diberitakan sekarang, katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.
  
"Saya berpesan agar Duta Besar tidak hanya membawa beg kabin. Kami menunggu jawapan dari pemerintah Australia dan akan melakukan langkah satu per satu secara terukur," kata Marty.

Rosmah guna pesawat kerajaan dan jadi wakil negara hangat di parlimen


KUALA LUMPUR: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur boleh menggunakan pesawat kerajaan.

Menurut Shahidan, isteri Perdana Menteri dibenarkan menggunakan pesawat kerajaan selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri.

Namun, Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali bangkit menegaskan bahawa bukan Jemaah Menteri yang meluluskan sebaliknya ia diluluskan sendiri oleh Perdana Menteri.

"Diluluskan oleh Perdana Menteri, dia adalah pengerusi Jemaah Menteri? Ini adalah konflik kepentingan! Bagaimana Perdana Menteri boleh bagi isteri guna pesawat.

"Mempengerusikan mesyuarat jemaah menteri untuk bagi kelulusan kepada isteri," bidas Azmin.

Azmin mempersoalkan perkara itu dengan merujuk kepada lawatan Rosmah ke program Usahawan Wanita Antarabangsa Qatar Ke-4 pada 10 November baru-baru ini dengan menggunakan pesawat kerajaan.

'Kes PKFZ tak dirayu AG kerana kenyataan Dr M'



 
Kerajaan memutuskan tidak merayu perbicaraan kes Zon Bebas Pelabuhan Klang kerana kenyataan tiga saksi utama menyukarkan kerajaan untuk memenangi kes itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Ia didakwa menyebabkan kerajaan terpaksa membayar faedah tambahan sebanyak RM720 juta.

Menurut Nancy, kenyataan tiga bekas menteri yang memihak kepada Tun Ling Liong Sik menyukarkan pasukan pendakwaan untuk merayu kes itu.

Ayat Mana Ngajar Tak Boleh Kata Orang LEMBU? - Ustaz Azhar Idrus

Isu kenaikan sewa PPRT Selangor: Minit Mesyuarat Kerajaan BN 2007 akan didedah di sidang DUN esok

(2) Tim Menteri Kewangan Gulung RUU Peruntukan Kem Kewangan

(1) Tim Menteri Kewangan Gulung RUU Peruntukan Kem Kewangan

MP PAS Tumpat Bahas Peruntukan 2014 - Kem Luar Negeri

Tak Reti Nak Terima Kasih Bila Orang Bagi Jalan - Ustaz Azhar Idrus

Dato Husam Jawab Isu Projek Kambing & Gaharu

KECOH!! Kerajaan UMNO@BN benar Rosmah wakili negara

MP PKR Batu Bahas Peruntukan Kem Kewangan 2014

MP PAS Hulu Langat Bahas Peruntukan Kem Kewangan 2014

(7) Menteri di JPM Gulung RUU Perbekalan 2014 Peringkat JK

(6) Menteri di JPM Gulung RUU Perbekalan 2014 Peringkat JK

MyKad palsu: JPN kerjasama dengan polis...!!


KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedia bekerjasama dengan polis berhubung kes pembabitan pegawai JPN dengan kegiatan pemalsuan kad pengenalan di Miri, Sarawak.
Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said berkata, JPN tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang didapati menyalahi undang-undang dalam pengeluaran dokumen pengenalan diri.
"Tindakan susulan berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada akan diambil oleh pihak JPN," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JPN, Jainisah Mohd Noor berkata, segala jenis aktiviti pemalsuan MyKad adalah satu kesalahan jenayah dan individu yang terbabit boleh diberkas dan dikenakan hukuman penjara atau denda.

PR selar tindakan Bung Mokhtar hina rakyat

SHAH ALAM 18 NOV : Pakatan Rakyat (PR) menyelar tindakan Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin yang bertindak menghina rakyat selepas diserang bertali arus daripada penyokong pembangkang menerusi laman Twitternya.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, menyifatkan Bung sebagai tidak beradab dan samseng apabila mengeluarkan kata kesat antaranya ‘bodoh’, ‘pelacur’ dan ‘beruk’.
khalid samad mugshotKatanya, tindakan Bung itu menyerlahkan budaya pemimpin Barisan Nasional (BN) yang sememangnya tidak ada hubung kait antara agama, politik, akhlak dan perbahasan.
“Ini bukan kali pertama beliau (Bung) mengeluarkan kata kesat seperti itu dan BN juga tiada usaha untuk menasihatkan adab serta tingkah laku Bung itu,” katanya ketika di hubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Bung diserang menerusi komen di laman Twitternya kerana mengoyakkan usul PR apabila Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengemukakan usul berkenaan potongan gaji lima penasihat di bawah Jabatan Perdana Menteri, di persidangan Dewan Rakyat, pada 14 Oktober lalu.
Bung bertindak demikian kerana mahu ‘membalas dendam’ ekoran pemimpin PR bangun mengoyakkan usul penggantungan Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran, pada sesi pagi hari yang sama.

Banglasia: 500,000 pekerja Bangladesh layak ke Malaysia..!!


DHAKA: Hanya 500,000 daripada 1.4 juta rakyat Bangladesh yang layak bekerja di Malaysia dalam sektor perladangan berdasarkan kepada pangkalan data kerajaan negara ini.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh Norlin Othman berkata sejak Malaysia dan Bangladesh menandatangani perjanjian persefahaman pengambilan pekerja asing dalam sektor perladangan pada hujung tahun lepas, kira-kira 1.4 juta rakyat Bangladesh mendaftar untuk bekerja di Malaysia.

"Setelah membuat tapisan, hanya 500,000 yang layak kerana terdapat permohonan yang tidak memenuhi kelayakan seperti usia yang terlalu tua dan terlalu muda," katanya kepada pemberita Malaysia di sini.

Norlin berkata ada juga permohonan yang ditolak kerana terlebih kelayakan seperti siswazah.

Kami bukan mahu masuk tetapi sudah lama di Sarawak, kata Perkasa


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menafikan dakwaan portal berita hari ini yang mendakwa pertubuhan itu akan menubuhkan cawangan Perkasa di Sarawak setelah mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh ahlinya di Sabah.
Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali (gambar) berkata Perkasa sememangnya sudah bertapak di Sarawak sejak 2009 dan kini mempunyai lebih dari 3,000 ahli di negeri bumi kenyalang itu.
“Perkasa ada di seluruh Malaysia malah Perkasa Sarawak telah dibuka sejak 2009 dan telah mempunyai lebih 3,000 ahli. Hanya ramai yang tidak tahu.
“Perkasa Sarawak telah lama dibuka tetapi tidak bergiat aktif kerana yang di-pertuanya, Abang Abdul Nasser Abang Hadari kini dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan. Kenyataan sebegini dibuat bagi menghalang Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali masuk ke Sarawak,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Sebuah portal berita hari ini mendakwa Syed Hassan menerusi laman sosial Facebook, bercadang untuk mengukuhkan penguasaan Perkasa di Sarawak namun mendapat tentangan beberapa pemimpin di negeri itu enggan menerima Perkasa yang dilabelkan mereka sebagai badan bukan kerajaan (NGO) rasis dan anti Kristian.
Mengulas mengenai dakwaan itu, Syed Hassan berkata pihak yang mendakwa Perkasa rasis harus mempunyai asas yang kukuh sebelum boleh melemparkan dakwaan sedemikian.
“Sejauh mana mereka nampak Perkasa rasis? Ada kita pukul dan menyerang orang. Ada kita mengajak orang di Sabah dan Sarawak membakar Bible?
“Kami telah pun menetapkan hanya Perkasa negeri yang berhak menggerakkan aktiviti di Sabah dan Sarawak. Pendekatan kami di Borneo, Perkasa memberi sepenuh mandat kepada mereka untuk membawa hala tuju Perkasa. Apa yang lebih diutamakan adalah kepentingan Bumiputera di sana dari segi ekonomi," katanya.
Memetik laporan portal itu, Ketua DAP Serian Edward Andrew Luak berkata kerajaan negeri mesti melarang Perkasa dari memasuki Sarawak kerana menurutnya jika kebenaran diberikan maka aktiviti pelampau akan mekar di Sarawak yang mana penduduk negeri itu tidak akan membenarkan perkara itu.
Sementara itu, Naib Presiden PKR Sarawak See Chee How berkata kehadiran Perkasa di Sarawak sebagai agen kepada Umno selain pertubuhan itu hanya mahu mencuba nasib di Sarawak yang terang-terangan tidak akan diterima oleh penduduk Sarawak setelah lama hidup dalam keadaan harmoni dan berbilang kaum.
Syed Hassan berkata dakwaan sedemikian adalah satu kenyataan nakal dan tidak bertanggungjawab yang tidak tahu perjuangan Perkasa di samping sengaja menimbulkan kebencian rakyat kepada Perkasa di Sabah dan Sarawak.
“Perkasa tak boleh komen. Itu urusan Umno. Kami hanya mempertahankan Bumiputera dan tiada kaitan dengan politik. Ahli Perkasa boleh bersama dengan mana-mana parti tetapi jika mereka di kalangan Bumiputera, maka mereka patut bersama Perkasa kerana kami memperjuangkan mereka," katanya.
Dalam kenyataan balas kepada Pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS) Keningau Paul Kadau yang mahu menghalang Ibrahim merasmikan persidangan tahunan (AGM) Perkasa Sabah, Syed Hassan pada Jumaat berkata, Perkasa Sabah kini mempunyai lebih kurang 45,000 ahli sejak 2009 dan tidak pernah bermusuh dengan penganut Kristian Sabah malah mengalu-alukan mereka bersama dalam Perkasa untuk mempertahankan kepentingan kaum Bumiputera.
Katanya, ahli Perkasa Sabah yang terdiri daripada penganut Kristian bilangannya agak ramai kerana keahlian Perkasa dibuka kepada semua rakyat Malaysia berstatus Bumiputera.
Paul menggesa Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menggunakan kuasa eksekutifnya bagi menghalang Ibrahim ke Sabah kerana menurutnya rata-rata warga Sabah tidak menyenangi kehadiran Ibrahim ke sana.
Katanya, larangan itu bagi memastikan keselamatan, perpaduan dan keharmonian semua kaum di Sabah terpelihara ekoran sikap kurang sensitif Ibrahim ketika membangkitkan isu kalimah Allah dan tentangannya terhadap penggunaan kalimah itu dalam Al-Kitab menjadi sebab mengapa beliau harus diharamkan masuk ke Sabah.

Ku Li: Pinda Perlembagaan untuk laksana hudud

Tengku Razaleigh Hamzah 
KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu meminda Perlembagaan negara bagi melaksanakan hukum hudud, kata ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagaimanapun katanya, sebelum berlaku sebarang pindaan bagi melaksanakan hukum itu, ia turut memerlukan persetujuan daripada  semua pihak.

"Kalau Perlembagaan tidak dipinda, bagaimana untuk dilaksanakan di negeri-negeri yang tidak mempunyai kuasa bagi menyelaras perkara tersebut.

"Saya tidak kira pandangan orang lain, kita orang Islam ini memang menyokong hudud, tetapi apakah Perlembagaan negara mengizinkan kita membenarkan negeri untuk mempertimbangkan (pelaksanaan hukum hudud) bagi soal jenayah," katanya.

Namun ketika ditanya sama ada beliau bersedia untuk membahaskannya di Dewan Rakyat, katanya ia bergantung kepada usul dan keputusan daripada Kerajaan Kelantan.

"Kita tengok keputusannya dulu, dia walau macam mana sekalipun kena pinda Perlembagaan, kalau ikutkan keadaan sekarang tidak boleh.

Kalimah Allah boleh guna di Sabah, Sarawak


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengesahkan turut bersama-sama jemaah menteri memutuskan untuk membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah Allah.

Pengesahan tersebut diakui Jamil ketika sesi penggulungan perbahasan bagi Rang Undang-undang Perbekalan di bawah Jabatan Perdana Menteri setelah dibangkitkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, pagi tadi.

Bercakap kepada Harakahdaily, Mahfuz berkata pengesahan itu menunjukkan seorang yang alim tentang agama seperti Jamil turut membuat keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Sabah dan Sarawak di dalam Bible.

"Pengakuan Jamil itu jelas apabila jemaah menteri membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Sabah Sarawak. Maknanya, orang alim, yang tahu pasal agama pun sepertinya juga telah memutuskan boleh menggunakan kalimah Allah itu," tegas beliau.

Dalam perbahasan pagi tadi, Mahfuz membangkitkan soal peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam isu penggunaan kalimah Allah, yang dilihat sekarang menjadi tidak ketentuan.

Polis tembak adik kekasih kerana cinta terhalang..!!




Akibat berang apabila cintanya tidak direstui keluarga teman wanitanya, seorang anggota polis bantuan melepaskan lima das tembakan yang mencederakan adik lelaki kekasihnya dalam satu kejadian di Taman Megah, Kajang, dekat Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kejadian 8 pagi itu, anggota polis itu telah datang ke rumah kekasihnya berumur 26 tahun untuk berbincang hal pertunangan mereka tetapi dikatakan dihalang oleh adik lelaki wanita itu yang berumur 25 tahun daripada memasuki rumah keluarga itu.

Menurut kakak sulung mangsa, berikutan itu, berlaku pertengkaran antara suspek dengan mangsa sebelum dia memanjat pagar dan melepaskan lima das tembakan dengan satu daripadanya mengenai bahu kiri adik lelakinya itu.

Empat lagi tembakan tersasar dan satu daripadanya mengenai kereta Perodua Myvi yang berada di hadapan pagar rumah mangsa.

Dewan Rakyat: Isu biaya jet Rosmah dipersoal bertalu-talu..!! Rosmah mewakili kerajaan Malaysia..???


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor dalam isu pembiayaan kerajaan terhadap jet eksekutif swasta dalam lawatannya ke Qatar awal bulan ini.

Tindakan kerajaan itu hari ini dipersoalkan bertalu-talu oleh beberapa wakil rakyat pembangkang di Parlimen hari ini.

NONEMereka mempersoalkan sama ada Rosmah diperuntukkan keistimewaan itu berdasarkan peraturan kerajaan.

Menjawab soalan tersebut, Shahidan (kanan) menjelaskan lawatan tersebut diluluskan kabinet.

Mendengar kenyataan itu, MP Gombak, Azmin Ali berdiri dan mendakwa kelulusan itu mengandungi elemen konflik kepentingan kerana perdana menteri sendiri mengetuai kabinet.

MP Sepang, Hanipa Maidin turut bangkit dan mendakwa perdana menteri boleh didakwa di mahkamah jika beliau didapati bersalah kerana melanggar prosedur dalam membuat keputusan yang melibatkan konflik kepentingan.

Shahidan: Demi kepentingan negara


Diasak bertalu-talu, Shahidan tidak menjawab kedua-dua pertanyaan tersebut.

Beliau hanya menjelaskan yang ada perkara tertentu dalam mesyuarat jemaah menteri kabinet bersifat rahsia dan tidak boleh didedahkan.

Nancy: Jemput ke pejabat AG cari agen CIA..!!



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata tiada agen perisik CIA pernah bekerja di pejabat peguam negara.

Beliau menafikan sepenuhnya dakwaan itu yang mula ditimbulkan satu portal berita baru-baru ini.

NONE"Adalah dimaklumkan Jabatan Peguam Negara menafikan adanya agen CIA di pejabat tersebut," kata Nancy (kanan) sewaktu bercakap di Dewan Rakyat pagi tadi.

"Jika tak puas hati silalah lawat sendiri pejabat tersebut," katanya lagi.

MP Sepang, Hanipa Maidin yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu memberikan tiga pilihan kepada Nancy.

Pertama, beliau mahu perkara itu disiasat oleh satu suruhanjaya diraja jika ia dakwaan yang benar.

Kedua, beliau menggesa penafian itu dibuat oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail jika dakwaan itu tidak benar.

Ketiga, beliau menggesa agar individu yang membuat dakwaan itu disiasat jika terbukti dakwaan itu palsu.

Polis dan SPRM serbu premis perjudian haram

PR ajak rakyat bantah DBKL naik cukai

(5) Menteri di JPM Gulung RUU Perbekalan 2014 Peringkat JK

(4) Menteri di JPM Gulung RUU Perbekalan 2014 Peringkat JK

(3) Menteri di JPM Gulung RUU Perbekalan 2014 Peringkat JK

(2) Menteri di JPM Gulung RUU Perbekalan 2014 Peringkat JK

'RM2.2mil electric bill justified as many exhibitions are held there'

Status Pakatan Rakyat: Menteri tikam lidah dengan ahli parlimen pembangkang

40% Orang Melayu Berpendapatan Isi Rumah RM1,700 Sebulan Tak Mampu Beli Rumah RM200,000 & ke Atas!

Rumah Mampu Milik
Macam-macam dasar yang diperkenalkan khasnya untuk orang Melayu. Dalam pada masa yang sama satu demi satu tanah rizab orang Melayu yang British tinggalkan untuk orang melayu dahulu semakin hilang dan terlepas kepada orang lain (DI SINI)
Dahulu dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kemudiannya diteruskan dengan Model Ekonomi Baru yang mana fokus untuk membantu orang Melayu supaya benar-benar merasa bergelar majoriti tinggal di tanahair sendiri bukannya sekadar menumpang di sebuah negara yang terknal dengan kekayaan hasil mahsul yang dilimpahkan oleh Tuahn kepada kita. Tetapi……
Tetapi orang Melayu masih lagi dilihat seperti menumpang di tanahair sendiri kerana masih tercari-cari rumah sendiri yang sesuai dengan kehidupan mereka sekarang ini. Apa silapnya? Silap mentaliti orang Melayu sendiri yang masih mengamalkan kehidupan “biar papa asal bergaya” ataupun dasar yang cantik dirangka kerajaan tidak benar-benar sampai membantu rakyat Malaysia umumnya dan orang Melayu amnya di bawah selama ini?
Terbaru, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) berasa risau melihat realiti kalangan Bumiputera sekarang menghadapi cabaran yang cukup sukar dan masih tidak berjaya untuk memiliki rumah mampu milik dengan harga di bawah RM200,000 seunit. Keadaan bertambah parah apabila Bank Negara Malaysia (BNM) terus memberikan arahan untuk bank-bank mengetatkan pinjaman bank Malaysia.

Statistik Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) : Rumah Mampu Milik Orang Melayu

  • 40% Bumiputera di Malaysia hanya mempunyai pendapatan isi rumah purata RM1700 sebulan
  • 40% orang Melayu tidak mampu membeli lambakan rumah oleh kalangan pemaju berharga RM200,000 dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah setahun perlu digandakan kepada 4-8 kali bagi melepasi syarat pembiayaan perumahan yang ditetapkan oleh pihak bank
  • Pemaju perumahan di negara ini yang menawarkan harga rumah antara 12 dan 20 kali lebih tinggi daripada pembiayaan yang mampu dibuat oleh orang ramai.
Mungkin orang Melayu terpaksa berkampung di sekitar Bukit Beruntung ataupun Bukit Sentosa asalkan rumah mampu milik menjadi realiti.

Zunar dan serangan Pirates of Carry BN

Zulkiflee Anwar Haque atau lebih dikenali dengan nama Zunar adalah kartunis politik yang tidak asing lagi di negara kita. Karyanya yang banyak menyentuh isu semasa dan menghentam pemerintah secara langsung sering kali mendapat perhatian bukan sahaja masyarakat tetapi polis suruhan kerajaan.
Atas keberanian beliau menghasilkan kartun berunsur politik, hak asasi dan sebagainya, badan hak asasi yang berpengkalan di Empire State Building, New York City iaitu Human Right Watch menganugerahkan beliau anugerah Hak Asasi Hellman/Hemmett pada 2011.
Beliau juga pernah mendapat pengiktirafan Cartoonist Right Network International (CRNI) dan beberapa anugerah lain seperti Artis In Residence 2011 oleh Bilbao Arte/Fundacion.
Sempena pelancaran buku terbaru beliau berjudul ‘Pirates of Carry BN’ di Amcorp Mall, Petaling Jaya yang dilancarkan oleh Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli, baru-baru ini,
Wartawan Roketkini.com, Aliff Fikri sempat menembual Zunar untuk membincangkan sedikit sebanyak perihal buku terbaru itu. Perbualan juga tidak terhad kepada buku terbaru malah merangkumi hal lain antaranya senario politik semasa, kartun sebagai ejen perubahan, reformasi dan proses lahirnya seorang Zunar.

Apa sebenarnya ‘Pirates of Carry BN’ dan mesej yang hendak disampaikan kepada umum melaluinya?
Zunar (2)Buku ini adalah buku kartun kelapan saya dan ‘Pirates of Carry BN’ ini adalah sebuah buku koleksi kartun yang disiarkan di beberapa laman web termasuk Malaysiakini dan Bruno Manser Fund (BMF).
Kartun itu kebanyakkan daripada selepas Pilihan Raya Umum (PRU) baru-baru ini sehingga sekarang. Seperti biasa semua kartun saya adalah yang mengkritik pemerintah dan mengandungi lebih daripada 130 kartun dwi bahasa.
Bagi saya ini adalah buku yang paling tebal setakat ini. Mesej yang hendak disampaikan adalah berkenaan isu kritikal contohnya rasuah, saya tidak tumpukan hanya kepada kakitangan kerajaan tapi rasuah pada peringkat paling tinggi yang dilakukan Perdana Menteri dan Kabinetnya. Saya juga tekankan isu pembelian kapal selam Scorpene, pembunuhan Altantuya dan perbelanjaan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan benda ini jarang disentuh bukan sahaja oleh kartunis tapi oleh semua media arus perdana di Malaysia. Jadi sebab itu buku ini diterbitkan.
Saya ingin beritahu kepada pembaca bahawa isu ini sangat penting. Kalau kita lihat sekarang ini masyarakat terlalu terperangkap dengan isu remeh seperti nama ‘Allah’, padahal ia langsung tidak penting. Apa yang saya nyatakan tadi sebenarnya lebih penting dan semua orang perlu tahu mengenainya.
Semua orang perlu tahu kebenaran di sebaliknya, saya akui ia sering juga disentuh media arus perdana tapi dalam perspektif berbeza.
Bagaimana pula dengan isu terbaru seperti Akta Barangan dan Perkhidmatan (GST), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)?
Semua ada disentuh kerana ia termasuk dalam kategori hak asasi manusia.
Boleh saudara ceritakan sedikit permohonan saman terhadap polis dan kerajaan di atas rampasan buku terdahulu ‘Cartoon O Phobia’ yang akhirnya ditolak Mahkamah Rayuan?
Kes ini bermula apabila beberapa pasukan polis datang ke pejabat saya untuk menangkap dan merampas buku itu pada 24 September 2010, beberapa jam selepas majlis pelancaran buku itu.
Mereka menangkap dan memasukkan saya ke dalam lokap serta menahan saya mengikut Akta Hasutan, saya hanya dibebaskan 2 hari selepas itu atas arahan mahkamah. Ketika serbuan, mereka merampas ‘Cartoon O Phobia sebanyak 66 naskah. Pada saya tangkapan ini adalah berniat jahat sebab itu saya mengemukakan saman terhadap polis dan kerajaan, saya hanya melukis kartun dan ia tidak menjadi satu kesalahan mengikut Akta Hasutan.

‘Now, Rosmah can fly in jets but…..

Parliament was today told that the PM's wife has the privilege to fly in private jets so long as the cabinet approves it 

KUALA LUMPUR: Minister in the Prime Minister Department Shahidan Kassim said the prime minister’s wife Rosmah Mansor is allowed to travel abroad with private jets belonging to the government should the cabinet endorse her trip.
“She must get approval from the cabinet. If we agree that it is an important visit, then we will allow her to travel with private jet,” he told the Dewan Rakyat today.
Shahidan’s remarks drew immediate fire from the opposition members, with Azmin Ali (PKR- Gombak) asking whether this can be construed as a conflict of interest since the prime minister chairs the cabinet meetings.
In reply, Shahidan said, “the prime minister’s wife represents the country, it is for the interest of the country that we allow her to do so.”
He added that Rosmah is usually abroad to attend the spousal program which would be held in every international event.
Azmin however said the core issue is that not only Rosmah attends the spousal program, she also represented her husband in bilateral meetings with foreign dignitaries, as witnessed during former secretary of United States Hilary Clinton’s last visit to Malaysia.

Iluminati dan komunis: Pentadbiran BN caca marba, mimpi ngeri buat Malaysia


kit siang parlimen

KUALA LUMPUR, 18 NOVEMBER: Lanskap politik negara yang caca-marba dengan permainan sentimen perkauman, penipuan dan kebencian membuktikan kerajaan masih gagal menangani masalah perpaduan kaum atau puak pelampau yang menggugat usaha bersama ke arah negara yang lebih harmoni.
Lebih mendukacitakan, kegagalan mereka sedaya upaya ditutup dengan pelbagai fitnah jahat terhadap DAP dengan pelbagai dakwaan sebagai ejen iluminati dan komunis seperti yang dituduh kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Menyifatkan perkara itu sebahagian daripada ‘Mimpi Ngeri Malaysia’, Ahli Parlimen DAP Gelang Patah itu dalam ucapan perbahasannya hari ini berkata, segala caca marba yang berlaku ke atas negara ini membuktikan gagasan 1Malaysia yang megah dilaungkan selama ini kelihatan makin tidak bermaya malah hampir gagal sama sekali.

Siapa cemburu ‘bromance’ PAS dan DAP?


IMG-20130127-WA016-565x390

Oleh Izmil Amri

SUDAH lebih enam bulan sejak Pilihan Raya Umum ke-13 berakhir. DAP berjaya merekodkan kemenangan paling bersejarah sejak penubuhannya pada 1966. Meskipun belum berjaya meragut takhta Putrajaya daripada pemerintahan United Malays National Organisation; DAP dan rakan Pakatan Rakyat daripada PAS dan KEADILAN telah memberi serangan hebat kepada parti terbabit, sehingga ia kini sekadar wujud sebagai sebuah kerajaan minoriti.
Kita pastinya masih terkenang saat-saat cemas tatkala pihak Pendaftar Pertubuhan bertandang tengah malam buta ke Ibu Pejabat DAP menghantar surat tidak mengiktiraf CEC, selain memberitahu bahawa ia tidak ada masalah jika DAP mahu menggunakan lambang roket bagi kempen pilihan raya.
Kita tentunya masih ingat kepada tindakan refleks daripada PAS dan KEADILAN yang bingkas membantu rakannya dalam DAP yang keributan dengan serangan jahat ROS yang menjadi pencacai UMNO itu.
Takkan kita sudah lupa dengan saat ketika di mana seluruh umat Malaysia berusaha menyampaikan kepada kawan bahawa ada kemungkinan DAP akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung dan logo KEADILAN di Sabah dan Sarawak.
Mana mungkin kita tidak ingat kepada grafik dan visual yang direka pada ketika hampir penamaan calon itu bagi menunjukkan pertautan DAP dan PAS, antara lain menggambarkan bahawa roket sudah benar-benar sampai ke bulan; serta maskot ‘Ubah’ yang dipakai dengan warna PAS dan KEADILAN.
PAS dan KEADILAN adalah rakan baik DAP. Ini semua orang tahu dan terima sebagai satu hakikat besar. Malah PAS dan DAP seakan punya ikatan yang istimewa. Seakan-akan ada ‘bromance’ antara satu dengan yang lain.

Muktamar 59; Sanggupkah Muhyiddin beri jawatan TPM kepada Hadi?




Oleh Timmy Say

Muktamar PAS ke-59 bakal berlangsung minggu ini. Pelbagai tulisan diketengahkan, secara tersurat dan tersirat untuk mempengaruhi minda perwakilan PAS yang bakal pengundi.Dua tahun lepas, muktamar PAS dikatakan penting di mana ia dikatakan menjadi penentu kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) di PRU13.

Apa yang terjadi tidak perlu diulas, para penganalisa yang membuat bidaan mengapa seseorang itu perlu menjawat jawatan tertentu untuk meningkatkan peluang PAS dan PR hilang entah ke mana?
Bukan mereka hilang, tapi yang membacanya lupa.
Kali ini, para penganalisa cuba bermain sentimen yang sama. Apakah keputusan pemilihan PAS kali ini akan menguatkan PR untuk PRU14 atau sebaliknya?
Ada juga tuduhan bahawa jika golongan tertentu menguasai PAS, mereka akan membawa keluar PAS untuk bersama Umno-BN. Oleh itu pandai-pandailah mengundi.
Bukan itu sahaja, ada juga yang membawa ketakutan tidak terhingga jika apa yang ada dikekalkan maka PAS akan hilang sinar Islamnya.
Semua mereka ini menjadi tukang tilik yang hebat, seolah-olah boleh mengetahui apa yang  Tuhan tahu di depan.
Apakah tukang-tukang tilik ini berjaya meramal ketika Nasharuddin Mat Isa menjadi Timbalan Presiden PAS, PAS mampu berjaya menguasai tiga negeri, Kedah, Perak dan Kelantan di 2008?
Bukankah tukang-tukang tilik ini yang meramal PAS dengan Mohamad Sabu sebagai timbalan, Putrajaya akan menjadi milik PR di 2013?

Malaysia Masih Aman: Kerana pagar, berakhir dengan drama 'gengster'


 
Ketika T Sivanesan, 26, membayar kontraktor tempatan RM4,500 untuk membina pagar besi untuk rumah kakaknya pada Mac lalu, beliau berharap anggota keluarganya akan selamat.

NONETetapi akhirnya, keselamatannya tetap terancam dengan drama melibatkan gengster sementara polis pula didakwa dirasuah.

Perkara itu didakwanya dalam laporan polis di Sungai Jarom, Banting minggu lalu.

Dalam laporan keduanya, Sivanesan (kiri) mendakwa, beliau menerima SMS ugutan berbunyi:

Puk**** kamu, ingat kamu besarlah, lan***, lu tekan polis Banting untuk tangkap (nama tidak disiarkan) Dengkil. Kan aku kepala geng Satu Hati Malaysia (nama tidak disiarkan) Puchong.

"Tunggulah lagi 2 hari aku turun bakar rumah lu."

Lebih menakutkan, SMS itu mendakwa polis ini sekarang mencari seseorang untuk menembaknya.

NONE"Polis Banting cakap, cari orang mahu kasi duit (untuk) tembak lu mati," katanya.

Polis mengesahkan kewujudan laporan Sivanesan.

Malaysiakini sudang menghubungi Ketua Polis Daerah Kuala Langat Nordin Manan dan masih menunggu ulasannya berhubung perkara itu.

Satu Hati antara 49 kumpulan samseng yang dikenal pasti polis. Kebanyakan anggotanya dikatakan berbangsa India.

BERNAS diswasta, harga beras bakal naik

SHAH ALAM 18 NOV : Tindakan kerajaan pusat menswastakan syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) mengancam kitaran sumber makanan utama negara dan menyebabkan harga beras pada kawalan syarikat yang memonopoli komoditi itu.
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata tindakan penswastaan industri beras pada monopoli individu hanya mendedahkan harga beras kepada spekulasi yang boleh menjejaskan kehidupan rakyat.
Katanya, kerajaan pusat perlu mempunyai kuasa dan kepentingan dalam industri utama negara khususnya makanan kerana ia adalahperkara asas rakyat Malaysia.
“Penswastaan ini satu perkara yang tidak patut berlaku dan kerajaan pusat perlu campur tangan serta memperbetulkan keadaan supaya tidak dibolot satu syarikat sahaja,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari yang didakwa mengambil alih sepenuhnya syarikat BERNAS untuk keuntungan peribadinya.

MB N9 bebas rasuah....Tapi kirim wang secara haram, tukang kirim pulak yang salah..!!!


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan didapati tidak bersalah atas dakwaan memindahkan sejumlah RM10 juta secara haram.

Menteri Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, hasil siasatan Jabatan Peguam Negara, sejumlah wang RM10 juta yang dikeluarkan itu bukanlah hasil perbuatan rasuah.

"Jabatan Peguam Negara telah meneliti hasil siasatan berkenaan kes ini dan ia bukan rasuah.

"Lebih wajar sekiranya tindakan diambil terhadap pengurup wang tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Loke Siew Fook (DAP - Seremban) meminta Perdana Menteri menyatakan mengapa Peguam Negara belum mengambil tindakan pendakwaan terhadap Mohamad Hassan dalam kes pemindahan RM10 juta secara haram ke London melalui perkhidmatan pengurup wang, Sakamath Ali Money Changer Sdn. Bhd. walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan kertas siasatan.

Katanya, tindakan yang sama juga akan diambil terhadap lebih banyak lagi syarikat pengurup wang atas kesalahan sama dan lesen mereka telah ditarik balik setelah dikenakan kompaun.

PR ajak rakyat bantah DBKL naik cukai taksiran

KUALA LUMPUR - PR hari ini menyeru warga kota untuk sama-sama menyertai bantahan terhadap kenaikan cukai taksiran yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), minggu lalu.

Menurut ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, banyak keluhan rakyat didengarnya berhubung semakan semula nilai cukai taksiran tersebut selepas 21 tahun ia tidak dinaikkan.

"Kita akan kemuka salinan petisyen untuk rakyat yang menyewa atau mendiami unit.

"Kenaikan harus berperingkat bukan secara mendadak. Kenaikan seratus peratus kepada 300 peratus... ini tak boleh kita terima," katanya pada pemberita ketika sidang media, di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau meminta seramai mungkin warga KL menghantar salinan bantahan kepada pihak DBKL.

"21 tahun tidak ada kenaikan semakan semula taksiran, tak boleh salahkan rakyat. Sebab itu kerja pihak berkuasa.

"Kita pinta seramai mungkin orang di KL hendaklah memberi salinan bantahan kepada Pengarah Penilaian Jabatan Pengurusan Harta DBKL," katanya.

Kepentingan ratusan ribu petani dikhianati demi Syed Mokhtar oleh kerajaan UMNO@BN

KUALA LUMPUR 18 NOV : Kepentingan ratusan ribu pesawah padi dikhianati ekoran pengambilalihan Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhrary.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata nasib 173,000 petani Melayu seluruh negara kini jelas terancam hanya kerana kerajaan pusat didakwa ingin mengayakan jutawan itu.
“Kita bicara berkenaan seorang yang bernama Tan Sri Syed Mokhtar atau 173,000 pesawah padi Melayu, 95 peratus Melayu dan bumiputera, dan kalau ikut rangka Pertubuhan Peladang, jumlah ini meningkat sehingga 240,000 orang.
“Kepentingan mereka dikhianati kerana kerajaan pusat menggadai kepentingan mereka dan menyerahkan kepada Syed Mokhtar yang mencatat keuntungan lebih RM800 juta mengikut unjuran yang dibuat Maybank Investment,” katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, 45 peratus pegangan BERNAS yang dahulunya menjadi milik petani dan kakitangan syarikat itu, kini hanya dikuasai Syed Mokhtar.

MB N9 yang miliki wang RM10 juta tidak salah, penghantar wang pula yang salah..!!


Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke bertanya nasib Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan selepas membuat penghantaran RM10 juta melalui pengurup wang ke London. Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke bertanya nasib Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan selepas membuat penghantaran RM10 juta melalui pengurup wang ke London. Tindakan kerajaan membebaskan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menghantar RM10 juta wang secara haram tetapi bertindak ke atas pengurup wang yang menghantar wang itu menimbulkan kemarahan ahli parlimen pembangkang.
Alasan yang diberikan kerajaan adalah Mohamad dibebaskan kerana wang itu bukan dari sumber rasuah menjengkelkan ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Foke atau lebih dikenali Anthony Loke.
"Kami tidak tanya dari mana wang ini. Ini isu lain. Tetapi fakta dia menghantar wang secara haram adalah salah," katanya dalam sidang medianya di lobi Parlimen hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri hari ini berkata, walaupun didakwa menghantar RM10 juta keluar negara secara haram namun tindakan tidak diambil ke atas Mohamad kerana tidak ada elemen rasuah.

(1) Menteri di JPM Gulung RUU Perbekalan 2014 Peringkat Jawatankuasa

Dewan Rakyat kecoh pula isu isteri PM boleh guna pesawat negara

Koyak usul MP: Bung tak gentar dengan serangan cyber trooper

Tidak Tolak Hudud Tapi Perlu Kerjasama Pusat - Ku Li

Hudud: Anwar Musa jadi orang tengah

Hudud: Pusat wajar beri kerjasama

MP PKR Gombak Bahas Peruntukan JPM 2014





MP PSM Sg Siput Bahas Peruntukan JPM 2014

MP PAS Rantau Panjang Bahas Peruntukan JPM 2014

MP DAP Seremban Bahas Peruntukan JPM 2014

"Harga Gula Malaysia lagi mahal dari harga dunia. Ini yg kita tak faham!" - Anwar Ibrahim

Ku Li, Anwar Musa sokong hudud

Laksana hudud: PAS mahu lihat kesungguhan wakil rakyat BN

Intipan: Najib tak cukup berani kritik Amerika, kata Anwar

MP PKR Batu Bahas Peruntukan JPM 2014

MP PAS Temerloh Bahas Peruntukan JPM 2014

Pakatan edar surat contoh bantu warga kota bantah kenaikkan cukai pintu oleh DBKL

Jenayah dan rasuah berleluasa kerana kerakusan BN kejar kuasa

Lim Kit Siang  menyalahkan pemerintah Barisan Nasional (BN) yang rakus mengejar kuasa sehingga terlupa tanggungjawab terhadap rakyat Malaysia.
Ahli Parlimen Gelang Patah dan juga penasihat DAP tersebut mengecam pengabaian tanggungjawab yang diberikan rakyat sehingga menyebabkan nyawa mereka tidak berdosa menjadi mangsa.
"Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Raffli Abdul Malik yang mati ditembak di Kuantan, Pahang; keluarga Allahyarham Norazita Abu Talib, yang menjadi mangsa rompakan Ambank tempoh hari; serta Allahyarham Hussain Ahmad Najadi, yang turut menjadi mangsa tembakan tidak berapa lama dahulu.
"Kesemua mangsa jenayah ini adalah korban-korban tidak berdosa akibat kelalaian dan kerakusan pihak berkenaaan mengejar kuasa dan jawatan, sehingga mengabaikan persoalan integriti, tanggungjawab kepada negara dan impian besar rakyat Malaysia," kata Lim semasa dalam ucapan perbahasan Bajet 2014 peringkat Jawatankuasa hari ini.
Lim membidas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar yang gagal menjalankan tanggungjawab sehingga menyebabkan rakyat Malaysia hilang kepercayaan.
"Walaupun Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri menyifatkan ini sebagai kejadian terpencil, nyawa yang hilang pasti tidak dapat diganti.

‘Progressive PAS a threat to Umno’

Knowing this, Umno is planning co-opt PAS into Barisan Nasional in order to turn it into another mosquito party, says Raub MP Ariff Sabri

PETALING JAYA: A progressive dominated PAS would spell doom for Umno, said DAP MP Ariff Sabri today.
In a blog posting at Sakmongkol AK47, Ariff opined that a progressive PAS could replace Umno anytime and lead the Malay community.
“A sick party like Umno controls the minds of Malays with sick policies and agenda. There must be something wrong with this arrangement.
“The reason being is that because PAS limits its own potential. If PAS becomes a progressive party, Umno is finished,” said Ariff.
PAS will be conducting its party polls on Nov 20, and several mainstream newspapers have declared support for the ulama team to take leadership posts in the party.
While the ulama faction is said to be cosy with the idea of teaming up with Umno to form a unity government, the progressive team, led by PAS spiritual adviser Nik Aziz, is opposed to it.
Ariff reminded those keen to work with Umno to remember how the latter was unceremoniously booted out from the Barisan Nasional (BN) coalition, back in the 70s.
Umno’s agenda
He also said that the only reason Umno wanted the ulama faction to run PAS was because the former knew how to work around the coreligionists to further its own agenda.
“Umno is just furthering its own agenda, which is to stay in power. It wants to add another party under its wings, just as it treats MIC, MCA and the 12 other BN janitor boys.
“Should PAS team up with Umno, all Najib (Tun Razak) will do is give PAS two Cabinet posts and that’s the end of PAS,” said Ariff.

Muktamar 59 : Ke mana PAS selepas muktamar?



Oleh HARIS ZALKAPLI
Pemilihan yang akan dijalankan pada muktamar tahunan ke-59 nanti dinilai oleh banyak pihak sebagai pertembungan dua kumpulan; kelompok ulama dan liberal, progresif.
Kedua-dua kumpulan sudah diletakkan ciri-ciri dan nilainilainya oleh para pemerhati, yang sebahagiannya sangat simplistik dan berdasarkan andaian sematamata dan mengulangi apa yang telah disebut analisis pihak lain.


Di pihak media pro-Umno, sokongan – yang tujuannya tidak semestinya berdasarkan kepentingan PAS – diberikan kepada “kem ulama”, yang diletakkan bertentangan dengan “kem liberal” yang dimaknakan menurut pemahaman mudah sebagai bertentangan dengan Islam arus perdana. Di pihak media liberal pula, dapat diperhatikan kecenderungan untuk memihak kepada pemimpin- pemimpin bukan daripada “kem ulama”.
Malah, ada media yang menunjukkan kecenderungan yang akhirnya muncul dalam bentuk propaganda murahan kepada pihak yang mereka sokong.
Ada pemerhati yang melihat pemilihan kali ini sebagai satu “ujian penting kepada perwakilan muktamar,” ahli-ahli PAS yang akan memilih pemimpin untuk penggal akan datang.
Sesetengah pihak secara simplistik membahagikan pilihan kepada dua iaitu kelompok konservatif dan isolationist yang dicirikan sebagai mesra dengan Umno, mahu keluar daripada gabungan Pakatan Rakyat dan bakal membekukan politik PAS menjadi politik yang hanya menumpukan pada orang Melayu.
Pihak yang berseberangan pula diberikan ciri-ciri dan nilainilai yang berdaya maju, lebih kreatif, mampu berdepan dengan pelbagai khalayak dan pelbagai sifat positif lain.

Muktamar 59: Calon Pemuda Pas, Cara Berbeza, Visi Sama


 


 MUKADIMAH

Pertandingan tiga penjuru merebut jawatan Ketua Pemuda menyaksikan kehadiran wajah baru dan lama. Berbeza prinsip dan visi dalam perjuangan, ketiga-tiganya begitu optimis dalam usaha membangkitkan semangat baru orang muda. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, SUHAIZAN KAIAT, KAMARUZAMAN MOHAMAD dan ZULHAZMI SHARIFF, masing-masing mempunyai agenda tersendiri bagi menambat hati perwakilan menjelangnya Muktamar Pas 22 November depan.


Wartawan Haslina Kamaludin, Norutul Ilham Mad Jari dan Adzhar Jamaluddin bersama jurufoto Mizan Mat Tamin berjaya mendapatkan reaksi ketiga-tiga calon Ketua Pemuda Pas ini bagi merungkai azam mereka.

SUHAIZAN
Dialog, medium penting sampaikan hujah

Bagaimana anda melihat Pemilihan Pas 2013, adakah semakin sengit atau sama sahaja dengan yang sebelum ini?

Pada saya, pertandingan kali ini tidak sengit kerana dua calon lagi Kamaruzaman (Mohamad) dan Zulhazmi (Shariff) adalah sahabat saya, walaupun kita bertanding tapi masih berhubung seperti biasa.

Bezanya tahun ini adalah Pas Pusat memberi garis panduan untuk berkempen dan yang penting kempen itu tidak memburukkan pihak lawan. Jadi dengan itu wujudlah usaha di peringkat kawasan, negeri untuk mengadakan dialog.

Adakah sesi dialog secara terbuka ini penting?

Pada saya ia baik. Berdasarkan pengalaman saya bersama Pas sewaktu di Johor, mereka memilih pemimpin dan tidak ada garis panduan, seperti tunjuk-tunjuk sahaja. Macam kita beli kuih. Saya pernah terfikir mengapa jadi begitu dan mudah sekali pilih pemimpin, seolah-olah rakyat yang memilih pemimpin itu tidak tahu apa yang mereka mahukan. Pada saya, apabila adanya usaha dialog, wacana atau perdebatan, pemimpin itu akan tahu yang dikehendaki anak muda.

Bilakah anda memulakan kempen?

Saya tidak suka panggil berkempen. Saya lebih selesa menyebut sebagai perbincangan dan untuk bertukar-tukar pandangan, makanya komitmen dengan semua pihak ini perlu. Saya sudah mulakan awal lagi. Ada banyak forum sudah dan akan saya sertai. Saya akan menjelajah ke setiap negeri untuk melihat perkembangan di semua kawasan dalam masa terhad begini, memang tidak akan terlaksana. Jadi, saya gunakan medium terbaik iaitu penggunaan media baru yang saya lihat sangat efektif. 

Adakah pandangan anda mengenai media baru ini, khususnya dalam waktu berkempen ini?

Anak-anak muda sudah terbiasa dengan media baru seperti blog, whatssapp, email, Youtube dan sebagainya. Inilah zamannya. Jadi kita mesti manfaatkannya dengan betul. Kalau kita tengok dalam media sosial, baru kita akan tahu apa yang anak-anak muda mahukan. Di situ kita akan dapat manfaatkannya, rugi kalau tidak digunakan.

Apakah pandangan anda melihat persaingan kedua-dua calon?

Muktamar 59: Jangan pilih pemimpin yang pro Anwar - kata bekas exco pemuda UMNO

"Saya pendapat muktamar kali ini dapat kembalikan ulama sebagai pemimpin utama PAS. PAS sewajarnya menolak pimpinan wala' kepada Anwar Ibrahim," 

PETALING JAYA: PAS perlu elak memilih pemimpin yang meletakkan kesetiaan kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Muktamar Tahunan PAS ke-59 yang bakal berlangsung pada minggu ini.
Menurut bekas Exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam, perkara ini harus dielakkan supaya PAS dapat menjadi entiti yang boleh berdiri atas kaki sendiri dan tidak hanya menjadi kuda tunggangan DAP dan juga PKR.
“Saya pendapat muktamar kali ini dapat kembalikan ulama sebagai pemimpin utama PAS. PAS sewajarnya menolak pimpinan wala’ kepada Anwar Ibrahim,” katanya apabila dihubungi FMT hari ini.
Lokman, yang tumpas dalam perebutan Naib Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti tersebut baru-baru ini turut berkata PAS harus bersama dengan Umno untuk merealisasikan hasrat mereka untuk menjadikan Malaysia negara Islam.

Nak Sertai PAS Semula: Hassan Ali Menderita "Sakit Jiwa"?

Hasan sedia sertai Pas semula

SHAH ALAM – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sedia mempertimbangkan untuk kembali menyertai Pas jika parti itu betul-betul memperjuangkan Islam, memartabatkan Melayu, menjaga kesucian institusi diraja dan Perlembagaan negara.

Menurutnya, keputusan beliau juga bergantung kepada kehendak ahli dan penyokong Pas terutamanya pimpinan tertinggi jika mahukannya kembali kepada parti itu.

“Jika keadaan mengizinkan, ertinya jika perjuangan Pas di landasan betul dengan memperjuangkan Islam, keistimewaan Melayu, institusi diraja dan menghormati peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan, saya sedia mempertimbangkannya,” katanya pada sidang media, semalam.

Ketika mengulas mengenai Muktamar Pas ke-59 yang menyaksikan pertembungan golongan ulama dan pemimpin erdogan dalam perebutan jawatan timbalan presiden beliau menegaskan, Pas perlu dipimpin golongan ulama agar perjuangannya kembali kepada matlamat penubuhan asalnya yang kini goyah disebabkan wujud golongan ‘Anwarinas’ yang didakwanya seperti anai-anai yang mahu merosakkan parti itu.

“Namun saya berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan faktor utama kerana ia lebih kepada parasit dalam Pas yang berusaha menjatuhkan perjuangan asal. Saya secara peribadi mahu golongan ulama memimpin Pas, presiden, timbalan dan naib presidennya di kalangan ulama yang mementingkan ilmu dunia dan akhirat dan saya dapati pemimpin sebegitu ada dalam Pas,” katanya yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati).

Dalam pada itu, beliau berpendapat supaya Pas mengkaji semula kedudukan parti itu dalam PR kerana peranan Pas seakan-akan tidak menonjol lebih-lebih lagi selepas PRU13.

Muktamar PAS ke-59 dan serangan media perdana

Akhbar media perdana khususnya Utusan Malaysia dan The Star terus-menerus memalukan gendang pertembungan antara golongan ulama dengan profesional dalam PAS. Isu ini dimainkan sejak sekian lama terutamanya setiap kali menjelang pemilihan pucuk pimpinan di dalam Muktamar PAS.  Gambaran yang diberikan sengaja dibesar-besarkan dan amat menakutkan banyak pihak termasuk daripada kalangan ahli dan penyokong PAS sendiri.

Misalnya akhbar milik Umno, Utusan Malaysia memainkan besar bagi memaparkan isu bahawa golongan ulama di dalam PAS sedang dipinggirkan oleh kelompok profesional yang sedang menguasai kepimpinan PAS. Gambaran yang cuba diberikan adalah kelompok profesianal ini barkiblatkan kepimpinan Anwar Ibrahim dan bukannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi dan para ulama dalam Pas.

Bagi penulis dan editor Utusan, sikap ini adalah amat bahaya kepada perjuangan PAS yang memperjuangkan Islam dalam negera. Ini ditambah lagi hubungan diantara PAS dan parti DAP yang dilihat oleh lidah rasmi Utusan itu sebagai merugikan Melayu dan umat Islam di negara ini. Jesteru, Utusan menyarankan perlu kepada perubahan pucuk pimpinan agar golongan Ulama dapat ‘menyelamatkan PAS dan kembali kepada landasan yang benar-benar dihayati oleh PAS terutamanya memutuskan hubungan dengan DAP dan keluar daripada Pakatan Rakyat.

Sementara itu di dalam akhbar berbahasa Inggeris milik MCA, The Star, penulis pojoknya Joceline Tan yang dikatakan sebagai seorang ‘pakar dalam mengorek maklumat dalaman PAS, sudah dua kali dalam minggu menjelang Muktamar ini memaparkan rencana besar tentang pertembungan antara golongan ‘Erdogan’ dan ulama di dalam PAS. Joceline Tan dalam tulisannya cuba memberi gambaran bahawa kelompok Erdogan lebih setia kepada Anwar Ibrahim dan ini amat tidak disenangi oleh kelompok ulama didalam PAS.

Dakwaan intipan: Najib tak cukup berani kritik Amerika, kata Anwar


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak cukup berani untuk mengkritik Amerika Syarikat ekoran dakwaan kegiatan intipannya di negara ini.
"Sehingga kini tidak ada kenyataan daripada perdana menteri. Dia tidak berani mengkritik tindakan kasar dan tidak boleh diterima Amerika itu," kata Anwar dalam sidang Dewan Rakyat hari ini ketika membahas Bajet 2014 dalam peringkat jawatankuasa.
Baru-baru ini, Edward Snowden mendedahkan kegiatan pengintipan global yang dibuat oleh Amerika dan Australia di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Kenapa AG dibiarkan dalam kes Batu Puteh?





 
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kerajaan kerana gagal meletakkan tanggungjawab kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ekoran kehilangan pulau Batu Puteh dalam pertikaian wilayah di Mahkamah Antarabangsa (ICJ).

Ketua pembangkang berkata, beliau tertanya-tanya kenapa kerajaan tidak mendapatkan penjelasan berhubung kekalahan negara dalam kes yang penting itu.

"Kita hilang pulau tetapi peguam negara tidak pernah dipersoal," katanya semasa perbahasan Belanjawan 2014 di Parlimen hari ini.

Anwar berkata, keadaan itu berlaku sama ada terdapat persefahaman antara kedua-dua pihak atau mereka takut melakukan sesuatu.

"Kenapa mereka takut bertanya soalan supaya penjelasan dapat diberikan oleh peguam negara," soal ketua umum PKR itu.

Abdul Gani mengetuai kes di ICJ pada 2008.

Pada 7 November lalu, Ketua CID Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim membuat akuan berkanun yang antaranya mendakwa pasukan Malaysia memberikan bukti palsu kepada ICJ dalam kes itu.

Menurut beliau, perkara itu diketahui oleh ICJ, sekali gus merosakkan kewibawaan negara dan menyebabkan Malaysia tewas dalam perbicaraan itu.

Kerajaan BN gagal tunai janji turun harga, hadkan pula jangka hayat kereta, dakwa Rafizi


Setelah memungkiri janji untuk menurunkan harga kereta, kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikkan pula harga minyak dan kini  akan menghadkan jangka hayat kereta kepada 12 tahun sahaja.
"Ini akan menindas keluarga berpendapatan sederhana dan rendah serta menutup banyak perniagaan kereta terpakai," dakwa Rafizi Ramli (gambar), ahli Parlimen Pandan.
Beliau terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi bahawa kerajaan akan menimbangkan untuk melaksanakan had jangka hayat kenderaan berikutan saranan oleh Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bahawa kereta berusia 12 tahun ke atas adalah tidak selamat.
Lebih membimbangkan, kata Rafizi, apabila Abdul Aziz turut dilaporkan sebagai berkata bahawa keputusan menetapkan had jangka hayat kenderaan “perlu dibuat segera demi keselamatan rakyat”.
Bagi beliau, pelaksanaan had jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun akan memangsakan beratus ribu rakyat Malaysia.

Pensyarah disiasat kerana cerca pemimpin PAS dalam kempen

Jawatankuasa Pemilihan PAS sedang membuat kajian mendalam terhadap tuduhan seorang pensyarah terhadap dua pemimpin PAS dalam satu majlis anjuran parti itu di Perak baru-baru ini.
Pengerusinya Asmuni Awi berkata, pihaknya sedang menyiasat laporan itu dan setelah cukup maklumat, ia akan diserahkan lepada Lembaga Disiplin PAS untuk diambil tindakan.
Dalam majlis Liqa' Fikri  (bercambahan pemikiran) anjuran Lajnah Tarbiyah PAS Perak itu, seorang penceramah program yang disertai ahli dan pemimpin PAS itu didakwa membuat pelbagai tuduhan terhadap dua pemimpin PAS iaitu Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Dzulkefly Ahmad dan ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Dr Mujahid Rawa.
Penceramah yang merupakan ahli jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Dewan Ulama PAS Pusat itu didakwa menghamburkan kata-kata kesat yang tidak dibenarkan dalam garis panduan menjelang muktamar PAS.
"Kita sedang kaji sama ada tindakan itu perlu diambil ke atas pihak penganjur atau penceramahnya. Apa-apapun, kita hanya akan siapkan laporan dan serahkan kepada Lembaga Disiplin PAS yang dipengerusikan oleh Datuk Wan Mutalib Embong untuk bertindak," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.
Selain kes di Perak itu, Jawatankuasa Pemilihan PAS juga sedang menyiasat satu poster yang dibuat terhadap calon ketua Pemuda PAS, Zulhazmi Sharif.

Perkauman alat selindung aktiviti rasuah pemimpin politik, kata bekas Naib Canselor UM


Isu perkauman digunakan oleh sesetengah ahli politik di Malaysia bagi melindungi kegiatan rasuah yang dilakukan pemimpin terbabit, kata bekas Naib Canselor Universiti Malaya Tan Sri Dr Ghauth Jasmon (gambar).
Beliau berkata isu perkauman juga dimainkan bagi melindungi salah laku selain mengelak mereka yang terlibat daripada dituduh atas aktiviti tidak bermoral itu.
"Jika negara dipenuhi dengan pemimpin rasuah, mereka akan menggunakan isu perkauman untuk melindungi kesalahan bagi menarik perhatian.
"Adalah penting kita memisahkan manusia dengan politik. Di Malaysia, kita selalu diingatkan oleh ahli politik tentang masalah perkauman malah terdapat juga kumpulan tertentu yang menyokong isu tersebut," katanya semasa ucaptama Persidangan Asia Barat dan Afrika 2013 di Kuala Lumpur hari ini.

MP PAS Pokok Sena Bahas Peruntukan JPM 2014 [ 18 Nov 2013 ]

Dewan Rakyat: Kalimah Allah & 10 Point Solution

MP DAP Gelang Patah Bahas Peruntukan JPM 2014 [ 18 Nov 2013 ]

Ketua Pembangkang Bahas Peruntukan JPM 2014 (2 & 3)

Ketua Pembangkang Bahas Peruntukan JPM 2014 (1)

Dewan Rakyat 18 Nov 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

MALAYSIA NEGARA ISLAM YANG WASATIYYAH

Umno hanya lempar senyum ketika lemah - Abang Mat

PETALING JAYA: Ahli dan pemimpin PAS  diingatkan jangan mudah tergoda dengan pujukan Umno untuk bekerjasama kononnya bagi memastikan hak orang Melayu dan agama Islam terus terbela.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan Umno hanya melemparkan senyuman ketika parti itu berada dalam keadaan lemah tetapi apabila kembali kuat, ia tidak lagi peduli kepada pihak yang menghulurkan tangan untuk membantu survival politiknya.

Katanya,  jika BN sanggup menghabiskan wang sebanyak RM46 bilion untuk membina imej Perdana Menteri, Dato' Seri Najib  Razak adalah tidak mustahil bagi parti itu memperuntukkan dua atau tiga bilion ringgit untuk memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat.

"Segala propaganda yang dilakukan BN selama ini  adalah untuk melihat perpecahan di kalangan parti dalam Pakatan Rakyat.  Jika berlaku perpecahan maka itulah yang ditunggu BN," katanya ketika merasmikan Ijtimak  PAS Selangor, di Dewan Sivik, dekat sini, semalam.

Sehubungan itu beliau yakin, jika propaganda Umno-BN dapat dipatahkan tidak mustahil Pakatan Rakyat mampu mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14.

Selongkar misteri Pejabat Peguam Negara

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Naratifnya seakan-akan filem James Bond.  Sememangnya saya tidak berminat dengan cerita-cerita konspirasi, komplot atau pengintipan, yang didakwa berlaku di alam nyata. Saya juga tidak tertarik dengan kisah pengkhianatan atau seumpama double agent, kecuali menontonnya di kaca televisyen.
Tentu ada yang bertanya, kalau begitu, mengapa kontroversi berkaitan Pejabat Peguam Negara, yang dikatakan terdapat dua agen perisik CIA, dan sumbernya dipercayai datang daripada Dr Mahathir Mohamad, mendapat tempat utama pada muka depan Harakah, dua keluaran berturut-turut?
Agen CIA di Jabatan Peguam Negara, yang menyusup masuk membawa agenda jahat Amerika Syarikat? Adegan yang suspens, 'kan? Mengapa tiba-tiba Abd Gani Patail pula, yang selama ini bertindak mempertahankan kerajaan, terutama dalam kes-kes politikal, dijadikan sasaran dan nampak seolah-olah ada usah terancang untuk menyingkirnya.
Segera saya teringat babak-babak mendebarkan 15 tahun lalu, semasa Anwar Ibrahim dipecat dari semua jawatan dalam kerajaan dan Umno, seterusnya diaibkan, dengan bermacam-macam tuduhan. Anwar juga didakwa menjadi ancaman kepada negara apabila dikaitkan dengan CIA dan perisik asing.
Bukankah Dr Mahathir juga "pengarah filem" ketika itu? Tidak terhenti setakat itu, timbul isu terdedahnya rahsia negara kepada pihak luar, dan keselamatan nasional terancam, disulami dengan kisah sensasi tilam, lendir, pelacur datang haid yang dipaksa, lelaki memakai rambut palsu ...
Ingatan saya tidaklah begitu kuat terutama selepas dua kali diserang angin ahmar, tetapi saya sukar melupakan adegan berkaitan percubaan Peguam Negara untuk "membeli" saksi, dengan mengancam membuat pendakwaan berkaitan senjata api yang boleh membawa hukuman bunuh.
Dan di situlah minat saya sebenarnya --  kedudukan, keistimewaan dan kuasa tidak terbatas Peguam Negara, tetapi begitu berkait rapat dengan Perdana Menteri --  sehingga menyebabkan kami memilih kontroversi terbaru ini sebagai laporan utama.
Peguam Negara bukan saja bertindak sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan -- yang adakalanya bercanggah dengan fungsinya untuk mewakili kepentingan umum -- tetapi kuasanya yang "menggerunkan" adalah seperti diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan: "... mempunyai kuasa, dan kuasa itu hendaklah dijalankan menurut budi bicaranya, bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan mengenai sesuatu kesalahan ...."

Selamat tinggal KPF

Irfan ES,
Seperti biasa, kisah ini tidak menjadi sesuatu yang menggemparkan – ia disenyapkan oleh media massa, atau dilagukan sebagai sesuatu yang positif kepada peneroka Felda. Tetapi bagi mereka yang terlibat secara langsung (keluarga peneroka) dan faham tentang isu yang sedang melanda, berita ini merupakan sesuatu yang amat menggerunkan.

Pada 27 Oktober lalu, mesyuarat agung luar biasa Koperasi Permodalan Felda (KPF) telah meluluskan usul penjualan baki 51 peratus saham Felda Holdings yang dimilikinya kepada syarikat bermasalah yang kita kenali Felda Global Ventures Holdings (FGV).

Mulanya saya tidak sedar akan perkara ini akibat terlalu sibuk dengan kerja. Saya tahu menerusi laman Facebook saudara Mazlan Aliman tentang cadangan penjualan ini dalam sebulan lepas, tetapi sangka saya ia akan ditolak dalam mesyuarat agung KPF itu nanti. Cuma hari ini apabila ditanya oleh ayah saya (seorang peneroka Felda), baru saya gali semula perkembangan proses tersebut, dan apa yang saya jumpa amat memeranjatkan.

Hanya satu perkataan boleh saya gunakan untuk menggambarkan penjualan itu – gila!

Asal-usul Felda

Terlebih dahulu mari kita secara ringkas menyusuri asal-usul penubuhan Felda. Tanah rancangan Felda dibuka bagi membantu rakyat yang tidak bertanah agar mendapat tanah pertanian untuk diusahakan (walaupun sebenarnya hanyalah pajakan 99 tahun, bukan hak milik tetap).

Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 digubal membolehkan kerajaan persekutuan membuka tanah yang asalnya di bawah kuasa kerajaan negeri dengan syarat ia kemudiannya diberi kepada rakyat. Maka orang ramai pun masuk ke kawasan-kawasan tanah rancangan ini. Mereka dipanggil peneroka Felda.

Bangladesh bentang karpet merah untuk Najib....Sambutan Khas Buat Pemimpin Banglasia..!!!





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sambutan karpet merah ketika tiba di ibu negara Bangladesh sempena lawatan sulung rasmi tiga hari beliau, bermula semalam.

Ketibaan Perdana Menteri bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, pada 8.05 malam waktu tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal dari Colombo, Sri Lanka disambut rakan sejawatannya, Sheikh Hasina serta Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh Norlin Othman dan menteri kanan Bangladesh.

Kehadiran Najib, atas jemputan Sheikh Hasina, amat bermakna kepada negara ini kerana Malaysia adalah antara negara terawal mengiktiraf kemerdekaan Bangladesh dan negara Islam pertama yang berbuat demikian pada 1971.

GST, rasionalisasi subsidi adalah tanggungjawab ekonomi, kata menteri BN


Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan rasionalisasi yang diumumkan baru-baru ini adalah kebertanggungjawaban ekonomi yang dilaksanakan kerajaan, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar (gambar) hari ini.
Pakar ekonomi Putrajaya tersebut mempertahankan pengenalan polisi fiskal seperti diumum dalam Bajet 2014 baru-baru ini bertujuan untuk memakmurkan negara dan rakyat.
"Pelbagai mekanisma polisi fiskal telah diperkenalkan seperti penstrukturan hasil kerajaan menerusi cukai GST dan rasionalisasi subsidi adalah bertujuan untuk memakmurkan negara dan rakyat.
"Prinsip kerajaan adalah memastikan ekonomi negara berkembang dan pada masa sama tidak boleh mengabaikan kebertanggungjawaban ekonomi untuk mengurangkan bajet defisit dan mencapai bajet berimbang menjelang tahun 2020," kata beliau dalam ucapannya di Persidangan Statistik Kebangsaan Kali Ke-2 di Sasana Kijang, Bank Negara pagi ini.