Ahad, 17 November 2013

Kenapa Melayu UMNO taksub KETUANAN? Kerana ‘brainwash’ atau rasa takut?

Perhimpunan UMNO terbesar telah menjawab persoalan terhadap siapakah calon yang menang dan kalah. Tetapi adakah orang Melayu , terutamanya ahli UMNO , berpuas hati dengan persembahan sarkas yang penuh dengan episod menghentam kaum minority dan kepercayaan mereka atas dasar tidak masuk akal iaitu menegakkan “Ketuanan Melayu"?
Kenapa Melayu taksub KETUANAN? Kerana ‘brainwash’ atau rasa takut?Kenapa orang Melayu begitu taksub untuk menjadi tuan keatas golongan minoriti di negara ini? Adakah mereka telah di “brainwash” oleh pemimpin-pemimpin mereka atau adakah ia hanya sifat buruk mereka, sejenis mekanisme untuk mempertahanan diri dan perasaan takut yang perlu digembar-gemburkan kepada kaum-kaum lain?
Soalan yang sukar walaupun jawapannya senang untuk didapati.
Penutupan perhimpunan UMNO berakhir dengan perasaan tidak puas hati dikalangan ahli dan ada bukti mencukupi ynag menunjukkan bahawa UMNO tidak berpuas hati dengan apa berlaku ke atas orang Melayu selama ini dan oleh sebab itulah perasaan marah dan benci ditunjukkan kepada kaum lain oleh pemimpinnya.
Tetapi bilakah pemimpin UMNO akan mengakui kesilapan dan kelemahan mereka dan berhenti menyalahkan orang bukan Melayu ? Jika mereka belajar untuk benar-benar menghayati “prinsip demokrasi” atau demokrasi tulen dan bukannya demokrasi versi mereka sendiri, semuanya akan menjadi lebih baik untuk seluruh rakyat Malaysia.
Cara pelik UMNO melaksanakan demokrasi palsu setelah mengusir Tunku Abdul Rahman dari kerusi Perdana Menteri patut dipersalahkan sepenuhnya ke atas nasib Malaysia yang sedang munuju ke arah kehancuran.
Terdapat bukti sejarah yang menunjukkan bahawa bukanlah orang Melayu atau Cina atau India yang telah mengkucar-kacirkan negara tetapi gara-gara pemimpin-pemimpin UMNO sendiri yang memimpin sejak tahun 1970 yang telah memesongkan dasar-dasar negara.
Jika Malaysia hari ini berpecah dan berada dalam keadaan kekeliruan dan tidak mempunyai hala tuju, ia adalah kerana helah bodoh pemimpin-pemimpin yang kurang bijak dalam UMNO. Mereka telah menyebabkan keadaan huru-hara dan mengakibatkan negara tenggelam semakin jauh ke dalam pasir jerlus.

UMNO perlu berfikir untuk berubah
Transformasi, iaitu transformasi sebenar adalah jalan keluar bagi rakyat Malaysia. UMNO mesti memahami dan berfikir bukan berdasarkan kaum tetapi dari segi prinsip-prinsip global kerana sekarang kita berada dalam era globalisasi.
Dengan berfikiran sempit dan hanya memikirkan orang Melayu, ini hanya akan mengakibatkan bahaya yang serius dan Negara bakal tenggelam jauh ke dalam paya dan berakhir sebagai sebuah negara yang gagal atau negara penyangak. Tanda-tanda dan gejala-gejala bahawa Malaysia bakal mengalami kelesuan dan kesukaran sebuah negara yang pincang mulai jelas.
Inilah sebabnya mengapa pemimpin-pemimpin UMNO perlu kembali berfikiran waras dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri sendiri . Perlu juga bagi pemimpin-pemimpin UMNO untuk menukar strategi mereka dan bukan lagi hanya mencanangkan tema-tema lama seperti rekod yang sudah rosak .

Usul Muktamar 59: Negeri pentabiran PR diminta laksana hudud

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man 
SHAH ALAM – Usul supaya negeri-negeri di bawah pentabiran PR melaksanakan hudud akan dibentangkan pada Muktamar Pas ke-59, demikian ujar Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, usul tersebut akan terus dibahas diperingkat Pas Pusat sehingga menemui resolusi sekaligus akan dibawa ke peringkat Dewan Rakyat.

Beliau menambah, Pas telah menerima empat usul berhubung isu pelaksanaan undang-undang syariat Islam termasuk hukum hudud pada muktamar kali ini.

"Dalam muktamar itu juga kita akan desak negeri-negeri yang dikuasai PR melaksanakan undang-undang itu, " katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Ke mana PAS selepas muktamar ini?

Polisi warisan ini seolah-olah tidak ke mana, adakah mahu terus kekal sebagai tradisional atau menjadi lebih liberal? 

PETALING JAYA: Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1999 menjadikan PAS semakin terbuka.  Parti Islam itu semakin menghampiri menjadi sebuah parti politik yang moden.
Moden yang yang dimaksudkan itu bukan dari pakaian. PAS bukan lagi sebuah gerakan politik kampung, yang ahlinya petani, nelayan mahupun buruh kasar serta guru agama lepasan sekolah pondok.
PAS moden ini dipenuhi rofesional yang terkandung di dalamnya jurutera, ahli perniagaan, akauntan dan sebagainya. Sebahagian pimpinan telah menguasai polisi parti.
Timbalan Presiden Mohamad Sabu adalah kumpulan profesional, begitu juga tiga Naib Presiden iatu Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa. Episod itu mahu diulangi pada muktamar 22 November ini.
Apa yang pasti PAS kini semakin terbuka supaya menghampiri polisi Pakatan Rakyat yang turut disertai PKR dan DAP.  Tidak syak lagi PAS meninggalkan tradsional kerana memenuhi keinginan rakan kongsinya itu.
Namun ahli PAS telah berada di peringkat persimpangan. Mereka perlu membuat keputusan untuk menentukan hala tuju – moden atau sebaliknya.
Sebahagiannya bimbang kerana permodenan parti akan menyebabkan meminggirkan golongan veteran yang bukan berkelulusan profesional semakin terpinggir.
“Saya mahu PAS yang lama, iaitu PAS yang Islam,” kata Rosli Idris, berusia 73 tahun seorang ahli PAS di Titiwangsa.

Koyak usul MP: Bung terima serangan bertali arus cyber trooper....


 
Bung Moktar SHAH ALAM – Bertindak mengoyakkan usul PR di persidangan Dewan Rakyat Khamis lalu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mengakui menerima "serangan" bertali arus daripada penyokong parti pembangkang itu.

Menerusi komen di laman mikro Twitternya hari ini, beliau berkata, kritikan yang diterima memang "pedas" kerana tidak bersetuju dengan tindakannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) itu berkata, walaupun menerima serangan tersebut, ia tidak akan melemahkan dirinya, sebaliknya, akan terus memberi kekuatan dalam profesionnya.

Facebook ‘Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan’ capai 40,000 ‘likes’

SPBS mansuh Laman Facebook ‘Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan’ yang diwujudkan tidak sampai sebulan lalu sudah mencapai 40,000 ‘likes’
Menurut pengendali laman itu, disebabkan sokongan semakin meningkat difahamkan sudah ada guru mula mendapat ugutan daripada pihak tertentu kerana suara bantahan itu.
“Adalah penting untuk guru-guru menzahirkan kekuatan kita. Saya percaya ada pihak yang takut apabila guru bersatu kerana guru adalah golongan paling hampir dengan masyarakat,” katanya.
Laman Facebook itu diwujudkan adalah satu inisiatif yang digerakkan oleh para guru menerusi satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kesatuan Guru-Guru Malaysia (KGM) sebagai penaja.
SPPBSIa bagi menyuarakan keluhan guru-guru di samping mengumpulkan sokongan daripada semua pihak supaya sistem SPPBS dan PBS yang dilaksanakan sejak tiga tahun lalu dimansuhkan.
Ia kerana SPPBS dilihat gagal menambah baik sistem pendidikan negara selain menambah beban tidak perlu kepada para guru.
Page itu mensasarkan 200,000 like serta 50,000 ahli berdaftar dengan KGM menjelang Disember bagi membolehkan keluhan para guru boleh dibawa ke perhatian Menteri Pendidikan yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dikatakan hampir 80 peratus daripada 400,000 guru terlibat dengan SPPBS dan PBS.

MENYESAL SUDAH TERLAMBAT, DR M: Melayu lemah pendidkan disebabkan dasar jumud kamu!

Oleh Simon Neoh

Terkenal dengan sindiran dan juga minda yang tajam, bekas perdana menteri Mahathir Mohamad baru-baru ini membuat satu lagi kenyataan yang membuatkan saya tergelak.
"Saya orang Melayu dan saya suka bahasa Melayu," dia dipetik sebagai berkata."Tetapi saya juga mahu orang Melayu menjadi terpelajar.Saya memohon agar subjek-subjek ini diajar dalam bahasa Inggeris semula."
 
Jangan tersalah sangka- bukan kerana Mahathir' meminta ' untuk Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris yang membuat saya ketawa , sebaliknya, saya tidak percaya apabila saya membaca bahawa lelaki berusia lapan puluhan yang juga dikenali sebagai lelaki bijak di Malaysia ini mengaku dirinya ‘orang Melayu'.
Ia sama seperti serigala dalam cerita dongeng ‘Little Red Riding Hood’ yang berkata, "Saya nenek kamu". Bukankah dia dahulunya sering menegur dan mencemuh orang Melayu sendiri kerana tidak bersyukur dan sentiasa lupa, dia juga telah menggariskan satu persatu dilema orang Melayu.
Sama ada Mahathir telah lupa bahawa dia anak Mohamad, seorang lelaki Malayali , Iskandar Kutty, yang berasal dari Kerala , India, atau dia telah memilih cara hidup suku Mosuo , dimana budaya mereka adalah " matrilineal " –mengikut keturunan ibu. Apa kena mengena pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dengan Mahathir yang mendakwa dirinya sebagai orang Melayu!
Bahasa yang digunakan adalah semata-mata bahasa pengantar. Melayu, atau Inggeris, bukan isu dengan sistem pendidikan kita, tetapi persekitaran di mana intelektualisme kita sedang ditindas oleh sistem pendidikan Malaysia yang pastinya menjatuhkan standard pendidikan dalam negara!
Orang-orang seperti kita yang telah belajar di luar negara mampu bergerak ke hadapan ,malangnya majoriti rakyat Melayu kita, rakan-rakan yang berasal dari luar bandar, ketinggalan dalam zaman globalisasi ini. Siapa lagi yang harus dipersalahkan kecuali Mahathir sendiri!
Oleh itu, untuk mendakwa dirinya sebagai orang Melayu membuatkan saya ketawa, terutama sekali apabila dia kini bercakap tentang pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris apabila pada suatu masa dahulu, atas nama nasionalisme Melayu, bahasa kebangsaan telah diperkasakan tanpa mengambil kira bahasa-bahasa lain.
Sudah terlambat
Soalan saya ialah: Bukankah Mahathir menjadi Menteri Pelajaran pada tahun 1974 ?Kemudian, dia menjadi Perdana Menteri keempat yang telah berkhidmat untuk tempoh terpanjang dari tahun 1981. Selama lebih 22 tahun sehingga dirinya bersara pada tahun 2003, apa yang telah dilakukan untuk memastikan rakyat Malaysia digalakkan untuk menguasai Bahasa Kebangsaan mereka, tanpa mengabaikan bahasa-bahasa lain , terutamanya bahasa Inggeris?
Masyarakat Cina dan India telah melakukannya dengan baik kerana mereka memilih untuk mengamalkan pelbagai bahasa.Saya boleh jadi contoh yang baik. Saya fasih dalam Bahasa Inggeris dan Melayu. Jika saya bercakap dalam bahasa Melayu melalui telefon, anda mungkin fikir saya orang Melayu, tetapi dengan Mat Salleh , saya boleh bercakap dengan yakin dalam Bahasa Inggeris.

Menjelang Muktamar ke-59: UMNO mahu PAS keluar PR....!!

Ada apa dengan UPR?


Datuk Dr Denison Jayasooria (kiri) berkata proses UPR bukan satu agenda Barat atau forum borak kosong antarabangsa. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.Datuk Dr Denison Jayasooria (kiri) berkata proses UPR bukan satu agenda Barat atau forum borak kosong antarabangsa. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.Ketika rencana ini ditulis, sebuah delegasi daripada Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sampai di Myanmar bagi melawat kawasan Rakhine.
Iaitu tempat peristiwa berdarah tahun lepas di mana ribuan orang Muslim Rohingya negara itu ditetak, diperkosa dan dihalau daripada rumah mereka.
Delegasi itu terdiri daripada anggota suruhanjaya hak asasi OIC yang bertemu dengan Kerajaan Myanmar bagi mendesak agar keselamatan, kebajikan dan hak orang Rohingya dilindungi.
Malah sejurus tibanya delegasi itu di Sittwe, ibukota negeri Rakhine, mereka disambut dengan sebuah protes daripada sekumpulan sami Buddha.
Menurut laporan The Malaysian Insider, kumpulan sami tersebut mendesak agar OIC meninggalkan Rakhine dan berhenti mencabar “kedaulatan Myanmar”.
Tujuan penulis menarik perhatian kepada berita ini adalah bukan untuk mencetuskan permusuhan atau ketegangan antara orang Muslim dan Buddha, atau antara orang Malaysia dan Myanmar.
Tujuan berita ini ditonjolkan adalah untuk menunjukkan bahawa OIC, iaitu pertubuhan terbesar negara-negara Muslim, juga mempunyai badan yang memperjuangkan hak asasi.
Malah menurut bekas pesuruhjaya hak asasi Malaysia (Suhakam) Datuk Dr Denison Jayasooria, pembentukkan suruhanjaya itu adalah bukti kukuh bahawa negara-negara Muslim mengikhtiraf konsep hak asasi manusia (HAM) sejagat.

Suruhanjaya Diraja perlu dibentuk siasat PATI mengundi

Khalid-Samad editSHAH ALAM 17 NOV: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa isu 40,000 warga Bangladesh mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu ditamatkan dibidas kerana kenyataan beliau lebih bertujuan untuk menyembunyikan perkara sebenar berlaku.
Sebaliknya isu ini hanya boleh ditamatkan sekiranya satu panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menjalankan siasatan seperti mana yang dilakukan dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berkata isu ini hanya berjaya didedahkan sekiranya mendapat kerjasama sepenuhnya dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Bila pendatang asing ini mengundi, mereka mengundi sebagai rakyat Malaysia kerana mereka juga ada kad pengenalan seperti rakyat biasa.
“Jadi tidak ada cara kita nak mengesani mereka ini melainkan mendapatkan kerjasama dari JPN dan SPR, di mana bila dibentuk sebuah suruhanjaya diraja maka mereka ini dipaksa atau diarahkan menyerahkan segala maklumat berhubung pendaftaran warga asing secara beramai-ramai dan sebagainya,” kata Khalid.

Kita jadi wakil kepada wakil rakyat – Presiden PAS




MELAKA: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli di peringkat cawangan melaksanakan kerja wakil rakyat untuk mempertahankan kemenangan.

Beliau membuat gesaan itu ketika menyampaikan ucaptama dan merasmikan Konvensyen PAS Melaka kali kedua di Kompleks PAS Bukit Katil, dekat sini pagi ini.

Sehubungan itu, tegasnya kemenangan pertama PAS Melaka di Dun Bukit Baru mesti dipertahankan.

Untuk itu, ujarnya PAS cawangan mesti ditambah untuk melaksanakan kerja-kerja kebajikan bagi membantu wakil rakyat.

Beliau menambah, tugas wakil rakyat PAS seharusnya turut dilakukan oleh ahli-ahli di peringkat cawangan dengan lebih aktif untuk membantu masyarakat.

Justeru, katanya adalah salah menganggap bahawa wakil rakyat sahaja yang menjalankan tugas untuk membantu masyarakat selepas pilihan raya.
“Adalah salah kita anggap wakil rakyat sahaja yang buat kerja, akhirnya tinggal wakil rakyat seorang selepas pilihan raya,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Siapa Percaya: Pengkaji Perancis silap kerana Pekida bebas daripada kuasa dan wang, kata presiden


Dakwaan pengkaji dari Perancis mengatakan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia ditubuhkan kerana kuasa dan wang adalah silap, kata presidennya Jamaludin Yusof.
Jamaludin menegaskan Pekida adalah sebuah pertubuhan yang bebas dan tidak ditubuhkan oleh mana-mana parti politik untuk bertujuan mendapatkan sokongan politik.
"Pekida tidak ditubuhkan oleh parti politik... kami hanya berdamping dengan pemimpin parti politik.
"Pekida juga tidak diterajui oleh pemimpin politik ataupun mempunyai ideologi politik tertentu. Malah ahli Pekida juga mempunyai ahli daripada pembangkang, bukan semua terdiri daripada sebelah pihak kerajaan sahaja," kata Jamaludin apabila dihubungi The Malaysian Insider mengenai kajian terbaru yang dibentang oleh pemegang PhD dari Perancis, Sophie Lemiere semalam.
Lemiere yang dipetik berkata dalam sebuah portal berita semalam berkata, nama Pekida adalah nama salah satu daripada banyak NGO yang diwujudkan oleh rangkaian tersebut untuk memberikan sokongan politik, menghalalkan sebahagian daripada aktiviti mereka, dan memudahkan penerimaan dana dari parti pemerintah.
Dakwaan mengatakan Pekida ditubuhkan untuk memperoleh dana daripada kerajaan juga adalah terpesong, tegas Jamaludin, sebaliknya menegaskan pertubuhan tersebut memperoleh dana menerusi yuran keahlian dan bukannya daripada kerajaan.
"Kami tidak pernah diberikan dana oleh kerajaan, itu saya nafikan.
"Pekida dibiaya menerusi yuran keahlian yang dibayar setiap ahli, tidak ada kerajaan berikan dana secara spesifik ataupun setiap bulan kami terima dana... itu tidak benar," katanya.
Di samping itu, Jamaludin juga berkata ahli di dalam pertubuhannya mempunyai pelbagai latar belakang dan ideologi politik, namun ia bukan menghalang mereka untuk bersatu sebagai sebuah pertubuhan untuk masyarakat Melayu dan juga Islam.
"Pekida adalah sebuah organisasi bebas, malah ahli-ahlinya juga tidak menjadikan perbezaan ideologi politik untuk bermusuhan  sesama sendiri dalam Pekida.

Tawan Putrajaya: Kit Siang gesa tawan Sabah, Sarawak pada PRU14


Penasihat DAP, Lim Kit Siang (gambar) menggesa Pakatan Rakyat (PR) menamatkan penguasaan Barisan Nasional (BN) di negeri Sabah dan Sarawak  jika mahu menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Dominasi kedua-dua negeri tersebut yang dianggap sebagai "deposit tetap" parti pemerintah perlu dipecahkan seperti yang dilakukan oleh gabungan pembangkang itu di Johor pada PRU13 lalu.
"Pada PRU13, Johor yang dianggap 'deposit tetap' BN berakhir, maka PR juga mesti menamatkan negeri Sabah dan Sarawak sebagai "deposit tetap" BN untuk kuasai Putrajaya pada PRU14.
"Salah satu fokus semasa PRU13 ialah menukar Johor daripada salah satu 'deposit tetap' negeri BN bersama Sabah dan Sarawak kepada negeri masa depan untuk Pakatan Rakyat," katanya ketika berucap pada Kongres Kali Keempat Kelab Veteran DAP di Butterworth, Pulau Pinang hari ini.
Lim berkata, cita-cita tersebut sebagai sesuatu yang tidak mustahil dapat dilakukan sekiranya peningkatan sokongan kepada PR pada PRU13 lalu dijadikan ukuran.

Isu Perjanjian Persekutuan Malaysia - TS Dr James Masing bercakap benar

Akhir-akhir ini isu perhubungan yang tidak sihat di antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak semakin lantang, dan masih tidak reda. Isu ini merupakan isu yang baru sahaja di buat secara terbuka dan rakyat, terutamanya di Sabah dan Sarawak mula menyedari dan ramai juga dari Semenanjung memahami situasi sebenar yang berhubung kait dengan penubuhan Persekutuan Malaysia 1963 dahulu.
Suara yang lantang semalam datangnya dari Tan Sri Dr James Masing, seorang Menteri Kanan Kabinet Sarawak yang menuduh pemimpin-pemimpin UMNO dari Putrajaya menyebabkan perhubungan di antara pimpinan Persekutuan dan Sarawak semakin buruk. Ini tidak sepatutnya berlaku jika mereka memahami semangat yang ada dalam pernubuhan Persekutuan Malaysia 1963 dahulu.
Masalahnya pemimpin-pemimpin UMNO terutamanya pemimpin-pemimpin yang muda yang berada di dalamnya tidak memahami semangat penubuhan dan perjanjian Persekutuan Malaysia yang baru itu.
Saya sendiri mengambil isu ini sebagai isu serius kerana apa-apa sahaja yang akan menyebabkan lunturnya perhubungan kerajaan Persekutuan dengan mana-mana kerajaan Sabah dan Sarawak akan menjadikan negara ini tidak aman dan tenteram. Bagi saya secara peribadi saya bersetuju dengan anggapan TS Dr James Masing yang Sabah dan Sarawak sebenarnya adalah ‘equal partners’ dengan Persekutuan Tanah Melayu yang terbentuk beberapa tahun sebelumnya.

Rakyat Borneo perlu sedar keangkuhan Umno

Susulan ketakpuashatian yang diluahkan Tan Sri Dr James Masing hari ini, DAP menggesa Menteri Pembangunan Tanah Sarawak itu menyedari wajah sebenar sikap Umno terhadap layanan kepada negeri-negeri Borneo tersebut.
Masing hari ini menuduh pemimpin muda di peringkat Persekutuan daripada Umno menimbulkan kekecohan di antara Putrajaya dan kerajaan negeri Sarawak.
"Serangan mengejut ini terhadap pemimpin Umno menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak sudah sedar mereka tidak dilayan dengan penghormatan tetapi telah dieksploitasikan," kata Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu menegaskan, perkara tersebut bukanlah yang baru dilakukan oleh Umno, sebaliknya polisi yang ekstrem dan ideologi perkauman mereka menjadi puncanya.
"Masing tersalah dalam menyalahkah pemimpin muda Umno tersebut kerana kurang memahami Perjanjian Malaysia dan bagaimana Malaysia dibentuk.
"Sebaliknya polisi ekstrem dan ideologi Umno yang perkauman lah menyebabkan Umno menjadi tuan manakala yang lain perlu mengikutnya sehingga menimbulkan pergeseran bukan sahaja antara Sabah dan Sarawak tetapi juga kepada semua rakyat yang bukan Melayu dan bukan Islam," katanya.
Dalam pada itu, Lim menyatakan kesediaan kepada rakyat negeri Borneo tersebut untuk membantu mereka menyedarkan keangkuhan Umno bahawa Sabah dan Sarawak juga layak menerima layanan yang adil.

Pakatan Rakyat ambil langkah bijak tangani isu agama, kata penganalisis


Pemimpin Pakatan Rakyat, (dari kiri) Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Gambar fail.Pemimpin Pakatan Rakyat, (dari kiri) Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Gambar fail.Dengan pelbagai isu kontroversi membabitkan agama yang berlaku di negara kini, penganalisis politik menyifatkan pendekatan Pakatan Rakyat  (PR) memberi reaksi tanpa mengambil langkah proaktif merupakan langkah bijak.
Daripada memberikan reaksi berhubung kontroversi agama, PR dilihat lebih kerap mendiamkan diri dan tindakan itu membantu mereka untuk tidak termasuk dalam perangkap Barisan Nasional (BN).
PR baru-baru ini kelihatan lantang memberi kenyataan berhubung isu kontroversi seperti kalimah Allah, penyembelihan lembu di sekolah, dan perobohan kuil 101 tahun kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di kawasan segi tiga emas untuk memberi laluan kepada projek pembangunan.
Penganalisis politik, Khoo Kay Peng, berkata PR digambarkan berada dalam tempoh 'bulan madu" kerana tidak ada keperluan untuk tampil menyatakan pendirian yang jelas dalam isu agama.
"Strategi utama Pakatan ialah dengan tidak menyatakan pendirian jelas apabila melibatkan isu yang kabur seperi agama bagi mengelak diserang oleh Umno.
"Selama ini mereka mengambil langkah tersebut dan membuktikan ia berjaya untuk PR, " katanya.
 Penganalisis Politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Professor Dr Jayum Jawan turut menyokong pendapat tersebut dan berkata, PR memainkan peranan "politik baik" untuk dilihat kepada umum.

Forum Karnival Maal Hijrah 1435: Ustaz Muhammad Nazmi & Ustaz Uda Kasim

Saya sokong GST, Naikkan Harga Gula, Naikkan Harga Minyak negara - Dato Husam

Percukaian Sebenar Menurut Islam - Dr MAZA

Hina Islam: Negara OIC perlu panggil duta Myanmar


KUALA LUMPUR: Negara Anggota OIC digesa memanggil duta Myanmar ekoran penghinaan dan serangan terhadap Islam yang dilancarkan oleh sami-sami Buddha esktrimis atas alasan membantah lawatan menteri-menteri luar OIC baru-baru ini.

Pengerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata penghinaan dengan menyamakan Islam sebagai ideologi binatang bukan sahaja menghina akan tetapi membawa mesej mengistiharkan perang ke atas Islam dan kaum Muslimin.

"Kami melihat kebencian terhadap Muslim dan Islam ini sengaja direncanakan oleh pihak berkuasa kerajaan Myanmar sendiri.

"Kami sangat  kesal dengan sikap dan tindakan para sami ekstrimis yang membawa kain sepanduk yang menghina Islam dan mengaitkan Islam sebagai agama haiwan," katanya dalam satu kenyataan bersama Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura).

Menurutnya, maklumat diperolehi mendapati pihak berkuasa kerajaan Myanmar sendiri yang memberi arahan dan mengeluarkan kebenaran supaya sami-sami tersebut berdemonstrasi membantah lawatan delegasi OIC.

Malah ujarnya ada seorang Menteri yang turut bersama dalam salah sebuah demonstrasi di satu bandar di Myanmar.

"Kami menuntut supaya kerajaan Myanmar menghentikan tindakan liar dan tidak bertamadun ini dan mengingatkan jangan cuba mencabar kesabaran umat Islam seluruh dunia .

"Kami juga mengingatkan kepada Myanmar bahawa negara umat Islam seperti Malaysia telah berjaya mengujudkan suasana harmoni antara orang Islam dan penganut agama yang lain termasuk penganut Buddha .

"Semua agama adalah dilindungi secara undang-undang dan semua agama di Malaysia hidup dengan aman," katanya lagi.

Beliau turut mempersoal kenapa Myanmar dan para sami berkelakuan sedemikian dan terus menyebarkan kempen membenci penganut agama lain di zaman seperti ini.

"Ancaman apa yang ditakuti oleh kerajaan Myanmar dari lawatan OIC? Kecuali jika kerajaan Myanmar sendiri mengamalkan  polisi mendokong keganasan penganut Buddha oleh  estrimis Buddha seperti yang ditunjukkan ke atas kaum Muslimin," katanya.

Sehubungan itu beliau mengesa semua negara Asean dan OIC mengutuk tindakan ganas ini dan menekan kerajaan Myanmar supaya tidak  tunduk kepada estrimis Budhha yang menyebarkan kebencian terhadap agama lain dan bersikap rasis terhadap kaum lain.

“Listen, Listen Listen” buat Bawani terkenal di universiti


Pelajar pengajian undang-undang, K S Bawani (gambar) tidak menyangka fenomena "listen, listen, listen" yang tercetus selepas berlaku pertengkaran mulut di antara beliau dengan Presiden Aktivis Persatuan Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen mengubah hidupnya.
Kejadian yang berlaku awal tahun ini mencetuskan fenomena sejurus selepas klip video berdurasi 24 minit mengenai forum suara mahasiswa anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) itu dimuat naik di laman sosial Youtube.
Video tersebut yang memaparkan Sharifah sebagai moderator program tersebut memarahi Bawani dan mengatakan "listen, listen listen” serta enggan memberi ruang kepada pelajar itu memberikan pandangan pada Disember lalu.
Sharifah turut merampas mikrofon Bawani dan menyamakan masalah manusia dengan haiwan sebagai jawapan kepada pertanyaan pelajar itu mengenai isu pendidikan percuma.
Bagaimanapun, sehingga hari ini, Sharifah dikatakan masih enggan memohon maaf kepada Bawani.
Tetapi ia bukan sahaja membuat Bawani terkenal, malah menjadikan perjuangannya untuk keadilan sosial diketahui.
"Saya semakin terkenal sekarang," katanya sambil tertawa.

Barang Naik: Buat bantahan besar-besaran sekali gus!

Oleh SELENA TAY
HARGA minyak RON95 telah naik pada awal bulan September lalu, Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) telah diumumkan akan dilaksanakan pada bulan April 2015 dan persempadanan semula akan dilaksanakan mulai bulan depan.
Tetapi Pakatan Rakyat masih lagi belum beraksi. Tinjauan rakyat yang dibuat oleh penulis ini yang telah mewawancara lebih 50 orang telah menunjukkan bahawa rakyat sudah bersedia membantah ketiga-tiga perkara yang dinyatakan.

Justeru, bilakah Pakatan akan menganjurkan satu bantahan untuk membantah ketiga-tiga perkara itu? Semua orang yang telah diwawancara berpendapat bahawa Pakatan pada masa kini nampaknya lemah dan lesu - seolah-olah pemimpin Pakatan tidak berupaya bersuara lagi. Ini mendorong mereka bertanya: "Adakah Pakatan sudah menyerah kalah?"
Pemimpin Pakatan sekarang mesti menyusun langkah untuk menganjurkan satu bantahan besar-besaran.

RIBUAN WARGA BUKIT KATIL, MELAKA MENGHADIRI KULIAH BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS.


Ribuan warga Bukit Katil, Melaka majoritinya anak-anak muda sedikit pun tidak berganjak mau mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh Pendakwah terkenal ketika ini Ustaz Azhar Idrus yang berlangsung malam ini 16hb November 2013 di Dewan Rakyat Bukit Katil, Kg Bukit Katil, Melaka berhadapan dengan Masjid Bukit Katil, Melaka.

Bila anak-anak muda dan rakyat mula rapat dan minat dengan Agama maka riwayat UMNO akan hampir tamat dalam masa terdekat... Ini adalah hakikat.

TAHNIAH: MULAI ESOK 18HB NOVEMBER 2013 ... HARGA SEKEPING ROTI CANAI NAIK 20 SEN DAN ROTI SARDIN 50 SEN!!

Sudah pasti berita ini akan membawa kegembiraan dan senyum lebar sampai ke pipi kepada semua para penyokong, pendokong dan ahli UMNO/BN.

Maklumlah berita Barang Naik ... berita yang secucuk dan sinonim dengan dengan UMNO/BN.

Bak kata menteri .. kalau harga roti canai naik jangan beli dan makan roti .. Lagi pun para penyokong, pendokong dan ahli UMNO/BN mana ada makan roti canai kan????? .. Jadi tidak terkesan sedikit pun.

Mungkin ini nak dera dan siksa rakyat yang menentang UMNO/BN pada PRU 13 lalu.

Bersyukurlah .. Kerana UMNO/BN kerana kita Malaysia kini adalah yang termaju, termoden, terselamat dalam dunia.  Kalau tidak percaya pergi tanya kat Biro Tata Negara atau pun Mak Cik-Mak Cik FELDA.

Tanpa UMNO kita rakyat Malaysia masih bercawat daun dan duduk atas pokok.

Tiada lagi alasan untuk tidak menyiasat Gani Patail

Oleh Shahbudin Husin
Meskipun sudah banyak orang bercakap mengenai isu dakwaan salah laku Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dan adanya pengintip CIA diambil bekerja dengannya, tetapi sehingga ini semuanya masih lagi kelabu. Najib yang sepatutnya bersuara menjelaskan keadaan itu, masih lagi berdiam diri. Gani Patail yang dituduh pula hilang entah ke mana, juga membisukan diri dan mungkin sedang menenangkan jiwa ke luar negara.

Polis yang menurut peguam terkenal, Karpal Singh, boleh menjalankan siasatan berikutan isu yang diperkatakan sudah menjadi perbualan umum serta ada kepentingan umum di dalamnya, walaupun bersuara tetapi mengelak untuk menjalankan siasatan terhadap Gani Patail dan Jabatan Peguam Negara.
Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar sebaliknya berkata, isu yang melibatkan Jabatan Peguam Negara ini di bawah bidang kuasa SPRM untuk menjalankan siasatan.
Malangnya SPRM juga jadi bisu dan hilang suara? Siapa sebenarnya yang patut mengambil tanggungjawab ini? Menjalankan siasatan sebenarnya bukan bermaksud Gani Patail bersalah, ia boleh juga bertujuan membersihkan namanya. Tetapi jika siasatan tidak dijalankan, semua pihak berdiam diri dan mengelak untuk bertindak, di mata umum Gani sudah pun kelihatan bersalah.
Untuk itu, siasatan harus dan mesti dilakukan.
Semalam Solidariti Anak Muda Malaysia atau SAMM mengambil tanggungjawab membuat tidak kurang daripada 10 laporan polis di seluruh negara mendesak siasatan dilakukan ke atas Peguam Negara, Gani Patail yang dikaitkan dengan agen perisik CIA, berdasarkan pengakuan Tun Dr Mahathir dalam satu akuan bersumpah yang dilakukan oleh bekas pegawai kanan polis, Mat Zain Ibrahim.

Tan Sri pun Air Kosong... - Ustaz Azhar Idrus

Pemilihan PAS: Kupasan bersama Dr Mujahid

KL's anti-Chogm protest falls flat

Isu Sebenar dari Bajet 2014 - Dato Husam

WACANA PEMUDA: MEMIMPIN KEBANGKITAN

Egyptian army accused of war crimes

Syrian army battles for major strategic highway

Clashes break out in Mozambique ahead of election

State of emergency declared in Tripoli

Pemimpin muda Umno panaskan hubungan Putrajaya dan Sarawak

Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr James Masing, menuduh pemimpin muda di peringkat Persekutuan daripada Umno menimbulkan kekecohan di antara Putrajaya dan kerajaan negeri Sarawak.
Beliau berkata, kurangnya persefahaman Perjanjian Malaysia dan pembentukan Persekutuan Malaysia menyebabkan mereka beranggapan mereka berkuasa.
Tanpa menamakan mereka, Masing yang juga menteri kanan dalam Kabinet Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, pemimpin muda Umno itu seharusnya membaca kembali buku sejarah.
"Mereka perlu diingatkan mengenai persefahaman pembentukan Malaysia, perjanjian yang ditandatangani, kedudukan Sarawak dan Sabah dan Persekutuan serta hak istimewa dan autonomi kami.
"Apabila bercakap dengan kami mereka rasa mereka kuat dan menjadikan kami dari Sarawak ibarat kuli.
"Secara peribadi, saya menyampah dengan pemimpin yang tidak melayan kami dari Sarawak dengan adil dalam pentadbiran," katanya.
Masing berkata, beliau sedih dengan pemimpin Umno yang kerap bertanyakan soalan seperti:"Oh bila keluar Malaysia?" ketika berada di Kuala Lumpur atau Putrajaya ketika menghadiri mesyuarat.
"Saya katalah saya tidak tinggalkan Malaysia. Saya hanya terbang dari Kuching. Itu mungkin kecil, tetapi ia menunjukkan pemikiran mereka.
"Kami dari Sabah dan Sarawak dilihat umpama tambahan kepada Malaysia Barat.
"Hanya empat tandatangan yang membentuk Malaysia - Malaya, mewakili 11 negeri Selat dan negeri Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah (yang dikenali sebagai Borneo British Utara).
"Bukan 11,12 atau 15 tandatangan. Hanya empat. Sarawak dan Sabah adalah wilayah sendiri dan kami perlu dilayan sepatutnya," katanya.

Balada nasi Ganja...

Amin Iskandar

Petang Khamis ketika kesibukan di bilik berita, saya diberitahu oleh pihak atasan tempat saya bekerja bahawa restoran nasi Ganja di Ipoh terpaksa ditutup selama dua minggu kerana dituduh menggunakan najis manusia dalam masakannya.
Walaupun terkejut mendengar cerita itu, kesibukan di bilik berita menyebabkan ianya dilupakan seketika sehinggalah pada waktu malam apabila membaca tentangnya di Facebook dan beberapa laporan media.
Bernama melaporkan “Sebuah restoran yang popular dengan makanan nasi kandar atau lebih dikenali sebagai 'nasi ganja' di Jalan Yang Kalsom di Ipoh, diarah tutup selama dua minggu berikutan gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.
“Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Abdul Rahman Ismail itu berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 28 November.”
Keesokan harinya, pengurus restoran itu menafikan sekeras-kerasnya penggunaan najis manusia dalam nasi kandar terkenal mereka itu.
Kebanyakan rakan yang merupakan peminat nasi Ganja di Jalan Yang Kalsom terkejut dengan berita itu.