Sabtu, 16 November 2013

Ustaz Ishak Muar: Hijrah Rasulullah SAW

Forum Kekeluargaan bersama Ustaz Haslin Bollywood

PAS perlu pertahan tahaluf siyasi, jangan tinggalkan PR

 RIDUAN SHAMSUDIN& AMIRUDDIN AHMAD
Ulasan: Bahang Pemilihan Agung PAS semakin panas berikutan pendedahan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad wujudnya adu domba golongan berhaluan kanan dalam parti itu yang ingin membawa PAS meninggalkan Pakatan Rakyat.

Pada sisi lain, Umno telah memulakan serangannya dengan kenyataan Annuar Musa bahawa beliau menyokong pelaksanaan Hudud di Kelantan. Sehari selepasnya MCA menyerang DAP kerana gagal menghalang hukum Hudud dilaksanakan. Sekali lagi DAP dan PAS akan berlaga.

Isu Hudud yang tiba-tiba timbul adalah serangan terancang Umno menjelang Muktamar PAS bagi menaikkan sokongan golongan anti PR kepada barisan calon berhaluan kanan pada pemilihan kelak.
Sebelum ini, spekulasi telah bertiup kencang sejak mutaqa ulama di Kota Sarang Semut, Kedah dua bulan lalu terdapatnya ura-ura PAS akan meninggalkan PR. Malah di peringkat Dewan Ulama, perdebatan isu  tersebut tidak pernah selesai sejak kerjasama PAS bersama-sama PKR dan DAP pada 1999 lalu.

Dewan Ulama menentang kerjasama bersama parti-parti bukan bertunjangkan Islam, apatah lagi yang datang dari serpihan Umno. Alasan dikemukakan, PAS pernah dikecewakan oleh Semangat 46 dalam kerjasama tahun 1989 – 1996.

Sejak itu, mana-mana parti yang bukan memperjuangkan Islam secara total diragui komitmen mereka. Apatah lagi penyokong perjuangan Anwar Ibrahim yang dilihat liberal pada kaca mata ulama PAS. Menentang pendapat itu adalah agenda tahaluf siyasi yang dibawa Presiden PAS almarhum Fadhil Noor, yang kebetulan abang angkat Anwar Ibrahim.

Hadiah: Antara 2 Darjat...!!!

Pelajar 5A UPSR Dapat Hadiah Kereta – Antara Kejahilan Bapa Dan Kedengkian Masyarakat

Pelbagai berita tentang reaksi masyarakat selepas keputusan UPSR diumumkan baru baru ini. Isu hadiah Mini Cooper ini menjadi hangat mengiringi kejayaan seorang anak seorang peniaga ayam yang mendapat 5A di Kota Bharu. Walaupun telah banyak diulas di media sosial dan akhbar, namun pembaca tetap meminta kami memberikan ulasan kami kerana kononnya ulasan kami selalunya berbentuk ilmiah yang adil dan lain dari yang lain.

Kami ucapkan terima kasih dan bersyukur kehaderat Allah atas penilaian positif yang diberi. InsyaAllah akan kami kongsikan ulasan kami secara akademik Islam berdasarkan pertimbangan sunnah dan fitrah sebagai seorang Muslim semampunya. Bagi yang belum membaca berita tersebut, ada kami paparkan di blog kami. Sila klik link berikut. http://prihatin.net.my/v3/2013/11/16/murid-cemerlang-upsr-terima-hadiah-kereta/

"Apes" And The Billion-Ringgit Consultants

A Kadir Jasin

ON last June 27, I published in this blog a posting entitled Malaysian Parliament vs Animal Planet. Can read here.

On Nov 14, judging from media reports, the Dewan Rakyat was transformed from the more respectable Animal Planet into a mere zoo.

It was the climax of yet another uncivilized behaviour of our elected representatives, when the opposition PKR member from Padang Serai, N. Surendran was suspended for six months for allegedly insulting Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia outside the House on Nov 12.

How I wish the government of Prime Minister Mohd Najib Abdul Razak acts equally swiftly and decisively on the plights of the rakyat, like the plan by the Kuala Lumpur City Hall to hike assessment rates by as much as 200% or the spike in deadly shootings around the country.

It is interesting that the National News Agency, Bernama should use the term “allegedly” to describe the circumstance surrounding the Surendran’s suspension.

Does this mean that the charges against the PKR member were never conclusively proven?

According to Bernama, the suspension motion, which was tabled by Minister in the Prime Minister's Department Nancy Shukri amid protest by members of the opposition, was passed via block voting.

The opposition questioned the legitimacy of the motion, triggering a heated argument, which lasted almost 90 minutes.
When the division was called by Deputy Speaker, Datuk Ronald Kiandee, 92 BN parliamentarians voted for the motion while the opposition representatives abstained. 

Ejen CIA di pejabat AG, SAMM buat 9 laporan polis

SAMM PolisSHAH ALAM 16 NOV – Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat sembilan laporan polis di seluruh negara hari ini bagi menggesa polis menyiasat dakwaan wujudnya ejen perisikan Amerika (CIA) di pejabat Peguam Negara.
Ini berikutan laporan media yang mendakwa wujud satu akuan bersumpah menggambarkan penglibatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam membuat tuduhan bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail terlibat – agen perisikan asing (CIA).
edy noor redzuan SAMM 01Selain itu, SAMM Kelantan akan membuat laporan di IPD Bachok esok manakala SAMM Selangor di IPD Sungai Besar pada Isnin ini.
Ketua Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan, berkata polis perlu mengambil tindakan progresif menyiasat dakwaan yang dikemukakan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam akuan bersumpah.
“Kita bertegas pihak polis ambil tindakan untuk siasat perkara ini. SAMM Kebangsaan dan SAMM Wilayah akan membuat laporan polis di IPD Dang Wangi pada 24 November ini.

Peguam setuju ketelusan diperlukan dalam kenaikkan pangkat hakim

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) perlu lebih telus dan terbuka dalam kenaikkan pangkat hakim, kata kumpulan peguam hak asasi manusia Lawyers for Liberty (LFL).
Pengasas bersama LFL, Eric Paulsen memberitahu kepada The Malaysian Insider ketika tiada ketelusan sebenar dalam perlantikan mahupun kenaikkan pangkat para hakim.
Petunjuk paling muda adalah dalam menaikkan pangkat seseorang hakim bergantung kepada keseniorannya tapi ini tidak berlaku. Terdapat lebih banyak hakim baru yang naik pangkat daripada senior.
Paulsen memberi contoh bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Ahmad, dimana sebelum ini merupakan penasihat undang-undang kepada Umno tetapi kemudiaannya secara tiba-tiba dinaikkan pangkat ke Mahkamah Persekutuan.
"Kenaikkan secara cepat Zaki tidak telus dan sudah tentu tidak mempunyai asas kriteria tertentu. Ada hakim-hakim yang lebih kanan daripada Zaki semasa beliau dinaikkan pangkat ke Mahkamah Persekutuan," kata Paulsen.
"Sebaik beberapa tahun dilantik ke Mahkamah Persekutuan, Zaki dilantik pula sebagai Ketua Hakim. Beliau tidak dikenali sangat semasa dilantik di Mahkamah Persekutuan jadi ia timbulkan rasa kurang senang."
Kenyataan Paulsen keluar sejurus ucapan oleh bekas hakim Mahkamah Tinggi Datuk V T Singham buat kali pertama selepas bersara empat bulan lalu berkata di dalam majlis anjuran Majlis Peguam Pahang di Kampus Cawangan Universiti Islam Antarabangsa di Indera Mahkota.
Singham, 65, menyeru pentadbir perundangan untuk adil kepada hakim dan pegawai mahkamah apabila melibatkan soal kenaikan pangkat, kerana ia seharusnya bebas tanpa diskriminasi dan campur tangan pihak berkuasa.

MCA@BN selar DAP gagal halang Hudud di Kelantan


MCA membidas lawannya DAP kerana gagal menghalang rakan komponennya dalam Pakatan Rakyat (PR) daripada melaksanakan hukum Hudud, susulan pengumuman hasrat kerajaan PAS negeri Kelantan meneruskan pelaksanaan undang-undang Islam tersebut.
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Loh Seng Kok (gambar), berkata sebarang kenyataan DAP yang lantang mengkritik pelaksanaan hukum Hudud tidak relevan lagi.
"Kenyataan ketua Mahkamah Syarie Kelantan yang sedia melaksanakan Hudud jika kerajaan negeri sedia menguatkuasakannya membuktikan sebarang kenyataan oleh pemimpin DAP mengenai Hudud  tidak relevan lagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Loh turut membidas PR kerana gagal mencapai kesepakatan dalam isu melibatkan hukum Hudud, dan kritikan selama ini hanya bertujuan melindungi wajah sebenar PAS yang tetap mahu melaksanakan undang-undang Islam tersebut.
"Pemimpin Pakatan sengaja cuba melindungi tindakan PAS.
"Mereka sering berkata hukum Hudud yang dibawa PAS tidak akan dilaksanakan tanpa konsensus. Namun, tiada sebarang tindakan di kalangan pemimpin Pakatan diambil untuk mengkritik PAS," katanya.
Loh berkata, tidak akan ada jalan untuk berpatah balik sekiranya pelaksanaan hukum Hudud tetap diteruskan.
"Ia jelas menunjukkan kerajaan negeri sedia ada meluluskan pelaksanaan hukum Hudud PAS.
"Jika dikuatkuasakan, tiada jalan berpatah balik. Apa janji sekali pun oleh pembangkang, ia pasti sudah terlambat," katanya.

Pendokong Mursi Berdemonstrasi Bantah Sistem Kehakiman Yang Berat Sebelah


Kaherah - “Tolak Pengadilan Balas Dendam”, itulah slogan yang diusung demonstrasi yang dilakukan oleh Pakatan Pro-Demokrasi Anti-Kudeta semalam, Jumaat (15/11/2013) . Demonstrasi diadakan di berbagai wilayah di Mesir.

Dalam pernyataannya, pakatan tersebut menyebutkan bahawa bukti keterlibatan pihak kehakiman dengan kudeta di Mesir sudah sangat jelas. Pakatan berkenaan meminta para elit peradilan agar tidak mengotorkan pakaian kehakiman yang bersih, dan agar menghentikan tindakan-tindakan yang merendahkan martabat kehakiman.

Pakatan itu mengambil contoh pengadilan Presiden Mursi dalam kes terbunuhnya dua orang demonstran di istana Ittihadiyah. Hal itu melanggar perlembagaan di dalam mengadili seorang presiden. Selain itu, pengadilan hanya membahas kematian dua orang penentang Presiden Mursi, sedangkan kematian pendukung Presiden Mursi yang jauh lebih banyak lansung tidak mendapatkan perhatian.

Contoh yang lain adalah adanya 12 orang mahasiswa Al-Azhar yang dihukum 17 tahun penjara dalam kejadian pejabat Syeikh Al-Azhar.

Raja Nazrin: Kekukuhan badan kehakiman, kemantapan sistem keadilan prasyarat untuk kemajuan negara


Badan kehakiman yang kukuh serta sistem keadilan yang mantap merupakan prasyarat bagi pertumbuhan dan kemajuan negara, kata Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah (gambar).
Baginda bertitah, dalam masyarakat demokratik seperti Malaysia, sistem undang-undang menjadi tonggak utama yang menjamin bahawa setiap pihak mendapat layanan secara adil dan saksama.
"Oleh itu, mahkamah dan peguam mempunyai peranan penting dalam memulihara hak, kesaksamaan dan kebebasan yang dijamin perlembagaan," titah baginda ketika menyampaikan ucaptama pada Syarahan Undang-undang Badan Peguam Perak 2013 di
Ipoh hari ini.
Titah baginda sejajar dengan itu, peguam dan hakim perlu memiliki daya intelek serta kepintaran emosi dan sosial yang tinggi untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan pemegang kepentingan terhadap sistem keadilan.
Titah baginda ini kerana setiap warganegara mengharapkan wujudnya sistem undang-undang yang tidak boleh dinodai.

Kerajaan Pusat perlu matang beri peruntukan MP Pakatan

Shamsul Iskandar vs Najib Razak 3SHAH ALAM 16 NOV : Kerajaan Umno-BN yang kini melebihi setengah abad menerajui pemerintahan negara digesa untuk bersikap lebih matang dan terbuka dalam isu pemberian peruntukan pembangunan kepada Ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat (PR).
Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mat Akin, berkata memang terdapat peruntukan kepada setiap kawasan Parlimen namun ianya tidak disalurkan secara terus kepada Ahli Parlimen PR.
Menurut beliau, tindakan itu menyebabkan pelbagai rancangan pembangunan terganggu di kawasan yang dimenangi PR, seterusnya mengkhianati amanah rakyat yang mengundi.
“Kerajaan seharusnya meletakkan titik noktah kepada permasalahan yang berlarutan sekian lama ini dan mengambil pendekatan yang memenangkan rakyat di akhirnya.
“Kalau benar-benar menjunjung demokrasi seperti diuar-uarkan selalu, maka Umno-BN perlu lebih terbuka dan mementingkan rakyat serta jangan politikkan peruntukan ini,” ujar Shamsul yang dihubungi Selangor Kini.

Habis Berpuluh Juta: Kawalan Esscom longgar, sebabkan pelancong Taiwan ditembak, isteri diculik, Najib perlu jelaskan di Parlimen

KUALA LUMPUR, 16 NOVEMBER: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu memberi penjelasan  di Parlimen, Isnin ini mengenai kelonggaran Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sehingga menyebabkan seorang pelancong dari Taiwan ditembak mati dan isteri mangsa diculik kumpulan yang disyaki pengganas Abu Sayyaf di Pulau Pom Pom berhampiran Semporna, awal pagi semalam.
Ketua Parlimen DAP, Patah Lim Kit Siang dalam kenyataan medianya berkata, Najib perlu memaklumkan kepada Parlimen supaya Esscom mengetatkan kawalan keselamatan supaya kejadian pembunuhan dan penculikan oleh pengganas Filipina tidak berulang di Sabah.
Katanya, laporan awal menyatakan bahawa sekumpulan lelaki lengkap bersenjata tiba di pusat peranginan Mandur Pom Pom dan menyerbu restoran serta  melepaskan beberapa das tembakan di pusat peranginan yang ketika itu hanya dilanggani oleh pasangan pelancong dari Taiwan itu.
Mangsa yang dikenali Lim Min Hsu, 57, terkena dua das tembak pada bahagian dada dan rusuk dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala isteri mangsa, Lim Min Hsu, 57, dilarikan kumpulan bersenjata terbabit dengan sebuah bot kecil ke arah Filipina selatan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengesahkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 pagi.
“Pembunuhan dan penculikan di Pulau Pom Pom itu memberi tamparan hebat kepada usaha memulihkan keyakinan pelancong dan orang ramai terhadap kawalan keselamatan di Sabah selepas pencorobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, pada Februari lalu.

Pemegang PhD Perancis dedah kajian terhadap Pekida


Berdasarkan kepada kajian yang dijalankannya selama lima tahun di Malaysia, Pemegang PhD dari Perancis, Sophie Lemiere berkata NGO Pekida atau Tiga Line merujuk kepada kesetiaannya kepada orang Melayu, raja dan Islam.

Katanya, ini dapat dilihat dalam simbolnya  yang berwarna merah (untuk darah), kuning (raja ) dan hijau (Islam).

convertion forum protest 090807 gpms (left) pekida (right)Lemiere berkata berdasarkan temubualnya yang luas dengan anggota-anggotanya dan carian di internet, kumpulan seperti Pekida adalah satu rangkaian kompleks NGO yang diwujudkan oleh kumpulan yang berkaitan dengan militan politik.

Pekida, menurut kajian Sophie,  adalah nama generik yang digunakan untuk menggambarkan satu rangkaian kompleks kumpulan dan NGO.

Pada hakikatnya, tegas beliau, nama Pekida adalah nama salah satu daripada banyak NGO yang diwujudkan oleh rangkaian tersebut untuk memberikan sokongan politik, menghalalkan sebahagian daripada aktiviti mereka, dan memudahkan penerimaan dana dari parti pemerintah.

180910 pekida burn bar council banner sosilawatiLemiere berkata mungkin ada kumpulan lain yang menggelar diri mereka Pekida tetapi di bawah nama lain juga atau mungkin tiada kaitan dengan Pekida .

Menurutnya, dua tanggapan utama yang akan diketengahkan adalah cabaran biasa bagi mana-mana kumpulan untuk terus hidup dan cara terbaik untuk menjamin survival adalah melalui kuasa dan wang.

'Kuasa dan wang jadi pendorong '


Katanya, objektif utama kumpulan itu adalah kuasa, keuntungan dan wang, yang membayangkan bahawa ahli-ahli terlibat dalam kegiatan haram, dan boleh menggunakan tahap keganasan yang berbeza.

Hudud di Kelantan masih perlu kelulusan Putrajaya, kata penganalisis


Kerajaan negeri PAS Kelantan masih perlu mendapatkan kelulusan Putrajaya untuk laksana Hudud. Gambar fail.Kerajaan negeri PAS Kelantan masih perlu mendapatkan kelulusan Putrajaya untuk laksana Hudud. Gambar fail.Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusof, berkata cadangan pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan masih memerlukan kelulusan Putrajaya sekiranya kerajaan negeri PAS masih berhasrat untuk meneruskannya.
Beliau berkata, penguatkuasaan undang-undang jenayah masih lagi tertakluk di bawah kerajaan pusat seperti peruntukan Senarai 1, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan.
"Undang-undang Hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan kerajaan pusat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, katanya, jika kerajaan PAS Kelantan tetap dengan pendirian tersebut mereka perlu melakukannya dengan meminta Parlimen menggubal undang-undang sedemikian bagi membolehkan hukum Hudud dilaksanakan.
"Jika negeri tetap mahu melaksanakan hukum Hudud ini, ia boleh dilakukan dengan meminta kerajaan pusat (Parlimen) membuat undang-undang bagi hal yang sedemikian seperti yang terdapat dalam Perkara 76(1)(c)," katanya.
Agus berkata, bagi mendapatkan kelulusan tersebut kedua-dua pihak kerajaan negeri dan pusat perlu bertolak ansur mengenai pelaksanaan undang-undang Islam tersebut, jika tidak ia akan menimbulkan percanggahan  seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara.
"Jika dilaksanakan juga, maka ia bertentangan dengan Perkara 75 perlembagaan yang menyatakan: Jika mana-mana undang-undang negeri tidak selaras dengan undang-undang Persekutuan, maka undang-undang Persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang negeri dan undang-undang negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu.

Apa Yang Polis Ingin Sembunyikan: 'Anak saya mati akibat tembakan' - Bapa

 'Anak saya mati akibat tembakan'  
Dari kiri: Adun Chenor, Mohd Ariffin Awang Ismail, Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib ketika melawat Abdul Nasir, semalam
MARAN - Keluarga lelaki yang maut selepas kenderaan peronda Lebuh Raya Pantai Timur yang didakwa dibawanya lari terbabas merempuh perhentian bas di simpang Kampung Bukit Lada, dekat sini, kelmarin, mungkin akan mengambil tindakan mahkamah.

Ia berdasarkan laporan bedah siasat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS)menunjukkan lelaki berusia 22 tahun itu meninggal dunia kerana kecederaan di kepala akibat ditembak.

Bapanya, Abdul Nasir Abdullah, 50, seorang guru, menolak dakwaan anaknya itu meninggal dunia akibat hentakan kepala di stering kereta.

Menurutnya, kali terakhir dia menemui mangsa adalah pada 6.30 petang hari kejadian di surau tol Chenor ketika dalam perjalanan pulang ke Kampung Jengka Batu 13.

“Dia  yang sedang menongkat motosikal hanya senyum lihat saya.

“Pada tengah malam itu, seorang saudara telefon beritahu polis jumpa anak saya di tol Chenor.

“Tidak sampai setengah jam kemudian, saya dihubungi lagi memaklumkan, Angah (nama timangan anaknya) rampas pistol dan bawa lari kereta polis,” katanya.

Abdul Nasir berkata, setibanya di Balai Polis Pekan Awah, beberapa anggota polis sedang berkumpul untuk bertindak menahan mangsa.

Menurutnya, dia sendiri dimaklumkan anggota polis terbabit bahawa tiada sebarang tindakan melepaskan tembakan diambil seperti mana arahan pihak atasan mereka.

“Saya berada di balai tersebut sehingga jam 5.20 pagi dan ada beberapa kali anggota polis yang mengekori kereta dipandu anak saya kembali ke balai hantar laporan.

PPSMI: Sampai bila Mahathir mahu berhenti merungut?

Oleh Shahbudin Husin
Seperti yang dijangka, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersuara lagi meluahkan sesuatu yang terbuku di hatinya. Setelah beberapa tegurannya mengenai Umno dan kerajaan tidak berapa didengar sebelum ini, tindakannya terus bersuara seperti ingin memancing perhatian, bukan saja daripada pemimpin Umno tetapi juga rakyat jelata.

Terbaru, beliau merayu supaya kerajaan mengembalikan semula pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris atau PPSMI dengan alasan ia mampu meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa ilmu itu dan semalam di satu program di Muzium Padi di Kedah, Dr Mahathir melahirkan rasa sedihnya mengenai Wawasan 2020 yang diasaskannya tidak lagi menjadi perhatian pemimpin selepasnya.
Menurut Mahathir, selepas beliau meletak jawatan, Wawasan 2020 tidak banyak lagi disebut, sebaliknya digantikan dengan Islam Hadhari dan dalam kepimpinan sekarang digantikan pula dengan transformasi dan NKRA.
“Saya dah tak tahu apa jadi selepas zaman saya," rungutnya lagi.
Sebelum ini, selepas saja anaknya Mukhriz kalah dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno, Dr Mahathir melahirkan kekecewaannya dengan mendakwa kekalahan anaknya adakah disebabkan tidak menjadi calon pilihan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kemudian beliau juga menyatakan politik wang masih berlaku dalam Umno dan turut menyifatkan kepimpinan Najib semakin lemah serta tidak mendapat sokongan rakyat kerana sering tunduk kepada tuntutan ekstrem daripada pembangkang.

Umno sokong PAS laksana Hudud di Kelantan...!!! Apa alasan kerajaan persekutuan pula...???


Pemimpin Umno yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa (gambar) menyokong cadangan pelaksanaan hukum Hudud di negeri Kelantan.
Bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Kelantan itu berkata, pengumuman tersebut adalah sesuatu yang dinantikan dan sesuai pada masanya, malah Brunei juga sudah mengambil pendekatan sama dengan melaksanakannya.
"Urusan agama terletak di bawah bidang kuasa negeri sepenuhnya, jadi kita kena bersatu  bagi mendaulatkan hukum Allah di negeri ini," kata Ahli Parlimen Ketereh itu seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.
Rabu lalu, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad, berkata Mahkamah Syariah Kelantan bersedia melaksanakan hukum Hudud lantaran daripada prasarana yang mencukupi bagi membolehkan hukuman tersebut dilaksanakan.

Kebebasan sistem kehakiman terletak pada integriti hakim, kata bekas hakim


Sistem kehakiman hanya akan bebas selepas hakim berhenti daripada menerima habuan kewangan dan pangkat dalam menjalankan tugas mereka, kata bekas hakim Mahkamah Tinggi ketika berucap kepada peguam dan ahli akademik di Kuantan, hari ini.
Datuk V T Singham (gambar), ketika muncul kali pertama selepas bersara empat bulan lalu berkata, perkara itu bukan kebebasan kehakiman yang perlu diketengahkan.
"Kebebasan sistem kehakiman bergantung kepada integriti dan kesedaran setiap hakim.
"Hakim yang diamanahkan dengan kuasa dan akujanji untuk melaksanakan tugas perlu melakukannya tanpa mengharapkan balasan kewangan atau pangkat.
"Mereka tidak seharusnya menjadi galeri awam," katanya merujuk kepada hakim yang membuat sebarang keputusan bagi mendapatkan perhatian pihak berkuasa.
Singham berkata demikian ketika berucap dalam majlis anjuran Majlis Peguam Pahang di Kampus Cawangan Universiti Islam Antarabangsa di Indera Mahkota
Katanya, perkataan keramat "kebebasan sistem kehakiman" akan sia-sia jika hakim dan pegawai mahkamah tidak bebas dalam membuat keputusan.
"Perkataan itu hanya akan menjadi slogan. Undang-undang dan peguam tidak seharusnya menjadi mangsa jika penghakiman dipengaruhi pelbagai faktor,” katanya.
Singham, 65, turut menyeru pentadbir perundangan untuk adil kepada hakim dan pegawai mahkamah apabila melibatkan soal kenaikan pangkat, kerana ia seharusnya bebas tanpa diskriminasi dan campur tangan pihak berkuasa.

30 SB di London: KPN dakwa Nurul Izzah berimaginasi...!!! Tapi ada kan..???


Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) menyifatkan Nurul Izzah Anwar sebagai individu yang penuh imaginasi susulan pendedahan wujudnya 30 anggota Unit Cawangan Khas (SB) di London, baru-baru ini.
Beliau menafikan dakwaan tersebut dan berkata, jumlah yang diberikan tersebut terlalu besar serta tidak munasabah.
"Apa yang beliau (Nurul Izzah) kata tidak benar. Jumlah itu terlalu besar. Sesetengah orang mempunyai imaginasi yang lebih," kata Khalid ketika ditemui di Masjid Bukit Aman, pagi ini.
Tanpa mendedahkan sebarang butiran, Khalid mengakui terdapat anggota SB ditempatkan di sana tetapi jumlahnya lebih kecil.
Beliau berkata, polis tidak mempunyai perancangan untuk mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen Lembah Pantai tersebut berikutan kenyataannya itu.
"Tidak perlu. Tidak perlu bazirkan masa siasat perkara yang tidak betul," katanya.

Bila UMNO@BN dah pakai undang2 rimba, itulah hasilnya... !!!


Sidang Dewan macam ‘pasar borong’ kata Ahmad Maslan...

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berharap apa yang berlaku dalam sesi Dewan Rakyat semalam tidak berulang di masa depan apabila penyokong kerajaan dan pembangkang bergaduh untuk tempoh satu jam akibat tidak berpuas hati dengan sesuatu isu.

“Semua anggota Parlimen mesti mengikut peraturan mesyuarat…kejadian semalam seperti mengoyakkan kertas usul dan menjerit-jerit tidak sepatutnya berlaku.

Ahmad berkata apa yang berlaku semalam seumpama sebuah “pasar borong” yang hanya membuang masa sahaja
.-fmt

En.Maslan ooi,

Macam mana tak jadi seperti 'pasar borong' apabila hampa yang memerintah menggunakan undang2 rimba dan tak ikut SOP dewan ketika meluluskan sesuatu usul.

Tambah2 lagi pihak hampa pakai redah saja macam pengawai2 DBKL muncul awal pagi untuk merobohkan kuil di Jalan P.Ramlee baru2 ini.

Kalaulah hampa dah berlagak macam samseng,hang ingat depa di sebelah sana nak dok diam kah? Hang pikiaq mai Che Lan ooi...



Trained in the Land of The Spycatcher...

It’s a black day for our parliament. Yesterday, our colleague the MP for Padang Serai( corrected- I always state Bagan) was suspended for 6 months. Presently there is a growing agitation for parliament to censure Nurulizzah, MP for Lembah Pantai.

Our public’s attention is diverted by side issues strategically timed to be aired by UMNO warlords. The nation ought to be engrossed over the 2014 Budget as it explains how the government wants to use the RM264-billion outlay. How it’s going to handle almost RM700 billion public debt (including contingent liabilities and guarantees to GLCs). We must not lose sight of the BN salivating over the prospects of having more money through GST. A second our attention is diverted, their thieving hands are on the dough.

Instead, UMNO warlords are calling for Nurulizzah’s censure because she exposed that our PDRM stationed 30 special branch officers in London. The business of government lies within the purview of parliament.

As a Member of Parliament, Nurul Izzah has the right to question the business of government- in this case, the placement of 30 SB officers in London. In response, the government ought to explain the reason and purpose for stationing the intelligence officers there; is it for the purpose of learning new skills in counter intelligence, are they there for reason of compassionate leave for a much deserved R&R after spying diligently over opposition MPs or what?

Nasihat dan Muslihat..!!

Quran 2: 143 menyebut apa yang selalu dilaungkan oleh presiden UMNO- ummatan–wasatho….wasathiyah tunggak perpaduan ummah atau demikiannya. Saya pun tidak berapa melayani pengayatan slogan demikian- kerana itulah kerja UMNO yakni membuat slogan. Bukanya dia orang nak ikut tapi hanya hendak mengikat minda orang Melayu. Apatah lagi obsesi Najib sekarang ialah mencipta slogan demi slogan. Agak nya kerana penciptaan slogan inilah, maka PM menggaji consultant dan berbelanja RM7.2 billion semenjak 2008.
Ayat Quran tersebut dengan terang menyebut Allah menjadikan umat Islam( bukan umat UMNO) sebagai umat pertengahan supaya menjadi contoh teladan. Dalam bahasa Inggeris kalau kita baca tarjemahan Quran oleh Abdullah Yusuf Ali umpamanya, umat pertengahan ini adalah people of the golden mean yang menjadi contoh teladan oleh kaum lain. Dan untuk melayakkan diri menjadi puak yang boleh dijadikan kayu ukuran, umat Islam pula merujuk perbuatan nya dan diadili akhirnya oleh risalah Nabi Muhamad. Nyatalah untuk menjadi puak golden mean, umat Islam mesti mendekati dirimereka dengan prinsip2 Islam barulah layak dijadikan contoh teladan.
Tak perlulah kita mendalami tuntutan ini- kita hanya menghadkan diskusi kita kepada perkara yang UMNO hendakkan rakyat mengikutnya. Ambil misalnya teladan belanja berhemah dan belanja mengikut kemampuan. Dalam hal ini, kerajaan PM dan PM sendiri gagal dengan teruk. Sejak belasan tahun, kerajaan belanja melebihi kemampuan. Kita ada defisit bajet puluhan tahun. Masaalah kita bukan dengan pendapatan- sebab ekonomi kita berkembang pada kadar yang baik.

Cukup-cukuplah Tun, tak usahlah sebut-sebut lagi PPSMI ..!!

Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang penuh dan sarat dengan ‘contradictions’ dalam hidupnya. Beliau berubah pandangan kepada sesuatu hal mengikut waktu dan senarionya. Sekarang tidak berhenti lagi beliau meminta PPSMI di laksanakan kembali untuk menambah kemahiran murid dan pelajar dalam bahasa Inggeris. Itu sebabnya medium yang terbaik bagi beliau ialah dengan mengajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.
Kalau tidak Dr Mahathir siapa yang bertanggungjawab melemahkan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan murid dan pelajar sekolah selama ini. Bukankah segala-galanya berubah semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran sejurus beliau di terima kembali ke dalam UMNO pada tahun 1974 dahulu?
Dulunya setiap kawasan dan daerah ada sekolah-sekolah jenis Kebangsaan Inggeris dan saya bersekolah dalam salah sebuah sekolah itu. Tetapi semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran beliau mengutamakan politik dan kononnya dengan menukar semua sekolah untuk menjadi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya, maka sejak itu bahasa Inggeris sudah tidak lagi menjadi bahasa pengantar di dalam sistem pelajaran sekolah sehinggalah keperingkat universiti.
Semasa beliau menjadi Perdana Menteri satu generasi yang pandai dan menguasai bahasa Inggeris telah tiada kerana mereka sudah berada dalam zaman persaraan. Sekolah-sekolah di penuhi dengan guru-guru yang tidak tahu berbahasa Inggeris dan selepas itu pula Dr Mahathir menumpukan usahanya untuk mengembali bahasa Inggeris ke sekolah melalui pembelajaran dalam subjek Matematik dan Sains.

Gagasan saran Agama Islam, Pendidikan Moral wajib lulus SPM..!!



Gagasan berharap langkah terbaru mewajibkan dua subjek tambahan dalam SPM dapat melahirkan generasi lebih berkualiti.Gagasan berharap langkah terbaru mewajibkan dua subjek tambahan dalam SPM dapat melahirkan generasi lebih berkualiti.Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) menyarankan agar Kementerian Pendidikan menjadikan Agama Islam dan Pendidikan Moral sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Setiausaha Agung Gagasan Syed Anuar Syed Mohamad berkata sudah tiba masanya Kementerian Pendidikan mengambil langkah itu bagi melahirkan modal insan berkualiti sekali gus mampu menghadapi masa depan yang lebih mencabar, terutama dalam hal berkaitan agama, akidah dan moral.
"Cabaran itu termasuk anasir Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), Shia, ajaran songsang dan sebagainya yang kini menjadi ancaman serius terhadap masyarakat, khususnya umat Islam di negara ini.
"Memang dah jadi budaya dalam kalangan pelajar kalau sesuatu perkara itu tidak wajib, mereka akan ambil mudah dan ambil sikap acuh tak acuh," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahli perniagaan bakal dedah terma penyelesaian kes belasah Ahmad Zahid..!!


Terma penyelesaian luar mahkamah kes belasah antara Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) dan ahli perniagaan, Amir Bazli Abdullah akan didedahkan kepada umum pada 5 Disember ini.
Ia berikutan arahan Mahkamah Tinggi pada Khamis baru-baru ini kepada Amir Bazli supaya hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku sepanjang proses pengantaraan empat bulan lalu.
Peguam Amir Bazli, Karpal Singh, memberitahu The Malaysian Insider, Hakim Vernon Ong sudah mengeluarkan arahan di dalam kamar selepas pertemuan dengan wakil peguam kedua-dua pihak. Ahmad Zahid diwakili oleh peguam Datuk Shashi Menon.
Bulan lalu, Karpal menulis permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk membuka semula kes anak guamnya, Amir Bazli yang menyaman Menteri Dalam Negeri itu.
Pada 18 Julai, Ahmad Zahid dan Amir Bazli bertemu dengan pengantara, Rohani Ismail, yang juga seorang hakim Mahkamah Sesyen di Shah Alam.