Jumaat, 15 November 2013

Pengundi Sg Limau bukan macam pengundi di Felda... yang boleh dijual beli...!!!

 (Pengundi Sg Limau Bukan Anak Ayam Seperti Yang UMNO@BN Nilaikan)



Pengakuan berterus-terang calon BN PRK Sg Limau yang gagal merampas kerusi DUN Sg Limau daripada PAS dalam PRK yang baru berlalu.

Secara tidak langsung, beliau juga mengakui walaupun berkempen mempergunakan segala kemudahan serta jentera kerajaan, pengundi Sg Limau bukanlah sejahil majoriti pakcik dan makcik Felda yang mudah termakan umpan sekilo gula dan sekampit beras.

JAKIM ambil berat pasal Internet jee, yang kat dalam TV dok dedah sana dedah sini apa cerita..??

 ( Sex, Separuh Bogel, Ganas, Sesat,Anti Islam Halal Dalam TV Malaysia.. JAKIM Buat Ape!!)

Dulu Umno tak dapat jangkakan dengan ledakan maklumat melalui internet ini. Setelah pengaruh dan kuasa Umno semakin berkurangan perlulah melakukan sekatan internet bagi menyekat suara rakyat. Itu sifar mudahnya.. jadi Umno gunalah segala jentera kerajaan bagi menghalalkan tindakan mereka.

Umno.. rakyat makin pandai, jangan cuba memperbodohkan kami.  JAKIM.. hang bekerja untuk agama atau Umno ni?
Jakim sokong sekatan internet, elak kehancuran masyarakat

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui khutbah Jumaat hari ini menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan cadangan penapisan dan kawalan kandungan internet supaya media baru itu tidak memporak-perandakan masyarakat dan negara.

Jakim berkata, dalam konteks cabaran anti-Islam melalui teknologi maklumat yang hebat, menjadi tanggungjawab umat Islam untuk menggunakan apa sahaja strategi munasabah termasuklah media sosial bagi melawan, menjawab dan menangkis serangan propaganda tipu muslihat musuh Islam serta gerakan menggugat kedudukan umat Islam khususnya.

Dari mana UMNO rembat duit RM40 juta untuk bantu Utusan?

boikot_utusan_badgeKUALA LUMPUR 15 NOV: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mempersoalkan dari punca manakah RM40 juta dana tambahan yang disuntik ke dalam Utusan Melayu (M) Bhd bagi membantu lidah rasmi Umno tersebut.
“Dari mana Umno boleh dapatkan wang sebanyak itu, apakah Umno ini sebuah syarikat besar yang mampu menjana berjuta-juta ringgit setahun?,
“Perniagaan apa yang Umno buat? kata Johari kepada Keadilandaily.
Bursa Malaysia dilaporkan pada 13 November lalu menyatakan Umno akan menyuntik RM40 juta dalam Utusan Melayu (M) Bhd, syarikat yang menerbitkan akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia, melalui cadangan ‘two-call rights issue (TCRI)’.
Tindakan itu akan melonjakkan pegangan saham Umno dalam Utusan Melayu daripada 49.8% kepada 53.1%.
Dengan jaminan membeli saham terbitan hak itu, kuasa mengundi Umno meningkat kepada kira-kira 67.2% peningkatan lebih dua peratus dalam tempoh enam bulan.
Menurut Johari, dana suntikan itu perlu didedahkan kerana mewujudkan kesangsian bahawa wang syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan digunakan bagi tujuan itu,

Yang aneh dan lucu dalam kempen Sungai Limau

OLEH Subky Latif
Apakah yang TPM Muhyidin kata dan maksud bajet berhubung gula dalam kempen Pilihan Raya Kecil Sungai Limau, tanggapan umum mengenainya ialah gula yang murah dan mudah mendapatnya boleh menyebabkan ramai rakyat hilang kedua kaki.

Maka orang terasa ia menyentuh kejadian yang menimpa Almarhum Tan Sri Azizan Razak yang selepas tamat perkhidmatannya sebagai Menteri Besar Kedah hilang kedua kaki  gara-gara penyakit kencing manisnya. Komplikasi itu membawa maut kepadanya dan PRK itu diadakan kerana mautnya.

Sama ada ia dimaksudkan atau tidak dimaksudkan, apabila dalam situasi berkabung di Sungai Limau, disentuh tentang gula, kencing manis, risiko hilang kaki, maka akan ingat Adun lima penggal Sungai Limau itu.

Kita tak boleh marah keluarganya tersinggung dan tidak boleh salahkan orang terasa  ia menyindir orang tertentu apabila hal itu disebut.

Gula jadi mahal berkupang-kupang dari Bajet 2014 tiada kena mengena dengan menyelamatkan kaki rakyat, tetapi adalah kerana kerajaan tidak tertanggung beban sabsidi, yang mengikut Menteri Idris Jala lebih setahun lalu, beban sabsidi yang banyak menyebabkan risiko negara muflis menjelang tahun 2020.

TPM tahu hal  itu, lalu mengapa gatal sentuh tentang gula menyebabkan kaki  boleh hilang di tempat  dan masa ada orang hilang kaki?

UMcedel dedah rahsia PAS menang di Sg Limau


 KUALA LUMPUR: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) telah mendedahkan rahsia kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau.

Pendedahan itu dibuat semasa Seminar Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Semasa membentangkan kajiannya, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata kejayaan PAS pada PRK Dun Sungai Limau berkait rapat dengan pemilihan calon yang kena dengan cita rasa penduduk setempat.

“Pemilihan calon memainkan peranan yang penting bagi kawasan ini. Calon mestilah memiliki ciri-ciri seperti berkelulusan agama, rapat dengan penduduk setempat dan anak tempatan.

Berdasarkan rekod pilihan raya sejak merdeka, kesemua calon yang menang memiliki ciri-ciri tersebut. Tidak kiralah mereka daripada PAS mahupun Umno.” ujar Dr Shaharuddin.

PRK Sg Limau: Calon BN Sendiri Dedahkan FAMA Disalahguna Beri Berlori Anak Ayam Semasa Kempen

KUALA LUMPUR: Calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang tewas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau lalu mendakwa keputusan pilihan raya itu menggambarkan betapa sukar memenangi hati rakyat walaupun pelbagai pemberian oleh BN sepanjang berkempen.

Beliau yang tampil berkongsi pengalaman berkempen pada pilihan raya itu bersama Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) semalam berkata, pengundi sebenarnya tidak mudah terpengaruh dengan pemberian itu kerana mereka sudah mempunyai calon pilihan sendiri.

“Memang diakui kerajaan menggunakan jenteranya seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dengan memberikan bantuan.

"Adakah kita boleh pastikan dengan bantuan seumpama itu boleh meraih undi? Jawapannya belum tentu.

“Saya lihat satu kawasan itu Fama memberikan pokok pelam dan berlori anak ayam. Saya pasti jumlah undi yang diterima dengan bilangan anak ayam yang diberi tidak sama. Ia seperti memberi bola tanggung dalam bola sepak,” katanya dipetik TMI.

Ahmad Sohaimi turut mengakui peningkatan undi Cina kepada BN tidak berlaku kerana menurutnya jika 1,000 pengundi Cina mengundinya semasa PRK lepas maka beliau mampu memenangi pilihan raya itu.

Kebijaksanaan politik orang Cina di Sungai Limau

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
DAHULU sokongan masyarakat Cina terhadap parti politik kerajaan atau pembangkang dikaitkan dengan teori pendulum. Dalam kaedah sains pendulum adalah berkaitan ayunan bandul, silih berganti ke kiri dan ke kanan.
Pada PRU 1969 undi Cina berpihak pada pembangkang.Sejak itu ia bertukar silih berganti untuk pembangkang dan parti pemerintah.

Namun mulai PRU 1995 sokongan majoriti masyarakat Cina terhadap BN selaku pemerintah berlanjutan ke PRU 1999 dan 2004. Mereka mempunyai sebab yang konkrit mengapa memberikan sokongan padu terhadap BN, semuanya demi survival bangsa Cina.
Sebelum PRU 1995 Setiausaha Agung DAP pada masa itu Lim Kit Siang sudah membayangkan bahawa DAP akan kalah teruk.
Pemimpin PAS, Mohamad Sabu bertanya beliau, mengapa? Jawab Kit Siang, “Sebahagian besar tuntutan orang-orang Cina sejak merdeka telah ditunaikan oleh Dr Mahathir (Mohamad).”
Daripada tuntutan jawatan menteri-menteri kanan dalam Kabinet, dasar meritokrasi dalam banyak bidang hinggalah pendemokrasian pendidikan – semuanya ditunaikan oleh Mahathir.
Menjelang PRU 2008 masyarakat Cina merasa keperitan dalam ekonomi berbanding sebelumnya, maka sokongan berpindah kepada pembangkang yang kemudiannya dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Mereka mengulangi sokongan untuk Pakatan pada PRU 2013, tetapi kali ini bukan kerana memenuhi kehendak rasis sebaliknya mahukan kerajaan alternatif.
Masyarakat Cina datang ke Tanah Melayu di zaman penjajah, hanya untuk bekerja di lombong bijih timah.
Mereka mahu lari daripada kesengsaraan hidup di tanah besar China yang sering dilanda malapetaka. Hari ini mereka menguasai ekonomi Malaysia, dipermudahkan melalui kebijaksanaan berpolitik. Mereka menukar nilai untuk kepentingan dan survival bangsa yang lebih besar.
Saya menyorot kebijaksanaan masyarakat Cina menggunakan kuasa undi sebagai alat tawar menawar demi kebaikan mereka lantaran tertarik dengan perkembangan terbaru sikap politik orang Cina khusus dalam PRK Sungai Limau.

K-Pop fiasco: Who are the culprits?

Expose the firms that broke their promise, says Gerakan Youth.

PETALING JAYA: Gerakan Youth today urged the government to expose the companies that reneged on their promise to sponsor last year’s National Youth Day K-Pop concert.
Speaking to FMT, Gerakan Youth chief Tan Keng Liang said taxpayers should not have had to foot the RM1.6 million bill.
“We should reveal the names of the companies involved,” he said. “There must be accountability. The sponsors must answer to the people.”
According to the 2012 Auditor-General’s Report, taxpayer funds were used to pay for the concert, which featured the South Korean groups U-Kiss, Teen-Top and Dal Shabet.
Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin earlier this week explained that the government had been forced to fork out the RM1.6 million because several sponsors pulled out at the last minute.
Tan said Khairy should not be blamed for the fiasco because the concert was held before he became Youth and Sports Minister.
“The previous minister should be questioned instead of him,” he said.
Khairy’s predecessor, Ahmad Shabery Cheek, claimed last year that the ministry received RM20 million from domestic and foreign corporate sponsors for the event.
Tan added, however, that he supported the idea of using K-Pop concerts as a gimmick for attracting youths to national events.

Pakatan desak potong elaun Duta Khas RM28,000 sebulan

sim-tze-tzimSHAH ALAM 15 NOV : Kerajaan pusat wajar memotong elaun duta khas Malaysia ke luar negara yang tidak membawa sebarang faedah dan impak besar kepada Malaysia sejak mereka dilantik, pada tahun 2010.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, berkata mereka ialah tiga bekas menteri, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (Penasihat khas kepada Perdana Menteri dan Duta Khas ke Amerika Syarikat), Datuk Seri Ong Ka Ting (Duta Khas ke Republik Rakyat China) dan Datuk Seri S. Samy Vellu (Duta Khas ke India and India Selatan dalam bahagian infrastruktur).
Katanya, duta khas diberi gaji dan elaun  RM 27,227.20 sebulan, menjadikan jumlah setahun yang diterima mereka ialah RM980,179.20, selain turut menerima semua keistimewaan dan elaun yang dinikmati menteri kabinet lain.
“Kedutaan Amerika Syarikat, China dan India lengkap dengan pelbagai perkhidmatan dan hubungan Malaysia dengan negara terbabit stabil serta cukup untuk duta berkenaan menjalankan tugas dengan baik juga profesional.

Pasti, Unit Amal aset berharga PAS

TASEK GELUGOR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru semua ahli PAS di setiap peringkat supaya menghargai dan menjaga pasukan Unit Amal dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sebaik mungkin kerana ia merupakan aset penting kepada PAS.

Menurutnya, sejarah membuktikan masyarakat mula 'celik mata' terhadap PAS selepas mengenali pengorbanan pasukan Unit Amal dan menyukai sistem pendidikan dan pendekatan yang diguna pakai di Pasti.

Justeru itu, kejayaan PAS hari ini ada kaitan dengan keaktifan Unit Amal dan Pasti kerana ada setengah pihak mengenali keduanya dahulu sebelum berjinak dengan PAS.

"Jagailah pasukan Unit Amal dan Pasti dengan baik, jangan hampakan rakyat yang telah menaruh harapan terhadapnya. Unit Amal dan PASTI merupakan aset PAS yang berharga," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan 25 tahun Pasti Nurul Iman, Kampung Guar Kepayang, Tasek Gelugor baru-baru ini.

Unit Amal dan Pasti katanya, bukan sahaja terkenal di kalangan orang Islam ataupun penyokong PAS, malah kini sudah menjadi buah mulut masyarakat termasuk bukan Islam kerana sumbangan besar kedua-duanya.

"Ini bererti nama PAS sudah melekat di hati rakyat maka situasi sebegini harus dijagai sebaik mungkin agar tidak berlaku masalah yang akhirnya menjejaskan nama PAS itu sendiri," katanya.

Hala tuju PAS Selangor depani politik negara


SHAH ALAM: PAS Selangor akan memberi tumpuan mengenai hala tuju PAS sebagai parti politik Islam yang kukuh dan berperanan penting dalam mendepani politik arus perdana dalam ijtimak yang akan diadakan, Ahad ini.

Menurut Pesuruhjaya PAS, Dr Abdul Rani Othman, perkara itu perlu ditekankan kepada semua ahli dan pimpinan PAS yang akan menyertai ijtimak itu nanti.

Katanya, ini kerana senario dalam PAS sekarang berlaku tuduhan atau melabel individu atau kumpulan tertentu dengan niat untuk menjatuhkan reputasi pimpinan.

Beliau berkata, sikap melabel pimpinan dengan kelompok tertentu itu sebenarnya hasutan daripada pihak luar tetapi tanpa disedari ahli PAS sendiri yang membawa masuk ke dalam parti.

"Dalam ijtimak nanti kita hendak bagi tahu pimpinan cawangan, kawasan dan negeri supaya jangan bergaduh antara kita kerana ia akan merugikan parti," katanya kepada Harakahdaily.

Tambah beliau, menjelang pemilihan pada Muktamar Tahunan PAS kempen memang boleh dilakukan tetapi biar secara sihat dan jangan ada sikap memburuk-burukkan calon lain.

Tarik profesional muda kukuh Pemuda PAS - Zamri


KUALA LUMPUR: Menarik serta menggembleng lebih ramai tenaga muda profesional daripada pelbagai latar belakang bersama menjiwai perjuangan murni PAS menjadi salah satu agenda utama Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (gambar) sekiranya dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia dalam Muktamar PAS nanti.

Beliau yang merupakan Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) berkata, buah fikiran dan tenaga mereka ini amat diperlukan dalam Dewan Pemuda PAS berdasarkan kepada kepakaran dan kebolehan masing-masing.

"Selalu kita dengar mereka yang profesional ini cenderung kepada PKR dan DAP, dan kali ini kita akan pecahkan dan cuba tarik lebih ramai golongan muda berprofesional untuk memperkuatkan lagi Pemuda PAS," tambahnya.

Namun katanya, perkara paling penting adalah memasyarakatkan Pemuda PAS dengan isu-isu dan permasalahan yang  membelenggu rakyat.

Katanya,  Pemuda PAS perlu sentiasa cakna dan ke depan untuk membela rakyat dan merasai denyut nadi rakyat di pelbagai peringkat dan golongan.

"Tidak harus ada sikap eksklusif tetapi  perlu sentiasa bersikap responsif dengan persekitaran semasa," katanya kepada Harakahdaily.

Zamri juga bercita-cita mahu menjadikan Pemuda PAS sentiasa relevan dengan persekitaran anak muda yakni mereka harus bersikap terbuka dan meraikan kepelbagaian sikap dan perbezaan pendapat dengan hujah dan pendekatan yang matang serta bersifat kontemporari.

Muktamar 59: 'PAS perlu kekalkan status quo'





 
PAS perlu mengekalkan pemimpin sedia ada sebagai tanda protes terhadap budaya fitnah dan adu domba yang cuba dibawa sebuah golongan dalam parti Islam itu, kata timbalan pesuruhjaya III PAS Selangor.

Tanpa menyebut nama mana-mana pihak, Khalid Samad berkata, usaha "golongan muda" itu walaupun bersandarkan slogan "perubahan dan menyelamat", ia sebaliknya merosakkan PAS dari dalam.

"Tolak melalui ‘kekal', cogan kata yang membawa kemenangan di Sungai Limau.

"Kekal budaya politik bersih dan sihat dan kekal saf pimpinan yang sedia ada," katanya yang juga anggota Parlimen Shah Alam.

Menulis dalam blognya semalam, Khalid juga menolak pandangan bahawa jawatan timbalan presiden mestilah seorang ulama kerana ia hanya pandangan bukan ketetapan.

Katanya, berdasarkan Kertas Mesyuarat Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Pusat PAS yang dibentangkan Murysidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini, jelas dinyatakan bahawa jawatan tertinggi parti sebagai "pelaksana".

"Saya hormati pandangan itu tetapi ‘patik mohon derhaka' dalam pemilihan timbalan presiden PAS," katanya.

Pemimpin nilai tambah

NGO Bantah TPPA: US pushing for extreme medical patenting

Cukai pintu naik: Majoriti penghuni bandaraya tak puas hati dengan DBKL

MB : Perantara bebas tentukan jumlah bayaran pengambilalihan air Selangor

BUNG MOKHTAR DAN RAKAN BOLEH MENANGIS BILA BACA TWEET IMAM MUDA NI...!!!

Perisik di pejabat AG, SAMM lapor polis seluruh negara

edy_nor_reduan_sammKUALA LUMPUR 15 NOV: Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) menggesa supaya segala aktiviti yang melibatkan Pejabat Peguam Negara (AG) perlu dibekukan segera dan Tan Sri Gani Patail harus diberkas untuk disoal siasat.
Gesaan tersebut dibuat ekoran dakwaan serius Tun Mahathir mengatakan terdapat dua ejen perisik CIA yang bekerja di pejabat Peguam Negara ketika ini.
“Berdasarkan tuduhan Tun Mahathir(Mohamad) yang dinyatakan dalam akuan bersumpah Mat Zain Ibrahim (bekas Pegawai Kanan Polis), negara mungkin dipengaruhi agenda jahat Amerika Syarikat secara terus melalui pejabat AG.
“Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Polis harus bertindak segera manakala Tun Mahathir harus tampil memberi penjelasan,” kata pengarah propaganda SAMM Edy Noor Reduan (gambar).
Katanya, SAMM tidak menolak kemungkinan kecelaruan dan musibah yang berlaku melibatkan pemalsuan bukti dalam kes fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala pengintipan menyebabkan kehilangan Pulau Batu Puteh di mahkamah antarabangsa.
“Pulau Batu Puteh juga tidak wajar terlepas. Namun apakah mungkin ia diatur demi kedudukan strategik Singapura yang menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat? soalnya.

NGO: 'Nambikei' Najib pecah di Sri Lanka

Seorang pemimpin perniagaan percaya bahawa Datuk Seri Najib Razak menderita amnesia pasca pilihan raya yang membuatkan beliau lupa bahawa beliau perdana menteri untuk seluruh rakyat Malaysia.

p sivakumar miba interview 120609Telahan Presiden Persatuan Perniagaan India Johor (Jiba) P Sivakumar (kiri) itu disimpulkan berdasarkan keputusan perdana menteri untuk hadir ke mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel di Sri Lanka.

Turut menjadi mangsa kritikannya, Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel yang dicadangkannya untuk meletakkan jawatan berhubung perkara itu.

"Orang Tamil mewakili 70 peratus daripada masyarakat India di Malaysia dan perdana menteri masih tidak memberi perhatian kepada gesaan memulaukan mesyuarat itu di Sri Lanka.

"Orang Tamil dibunuh beramai-ramai di Sri Lanka... ini langkah penghapusan kaum. Najib harus lebih sensitif dan menghormati perasaan masyarakat Tamil.

Yang Dipertua Dewan....

Izmil Amri

Tulisan ini hanya rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau pun yang telah mati.

Tuan Speaker, point of order. Saya mohon izin laluan untuk minta penjelasan. Gombak dan Tanjung Karang boleh sambung bergaduh di luar. Tanjung Karang boleh balik ternak udang. Saya tak kisah. Tapi ini saya kena tanya. Boleh atau tidak Dewan yang mulia ini memecat Tuan Speaker?
Ya sabar, jangan menjerit dulu, Tanjung Karang. Awak dengar dulu ni saya nak baca point of order ni. Aturan Mesyuarat ni, hormatlah. Duduk dulu.
Tuan Speaker,
Perkara 3 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menetapkan bahawa, “Bila-bila jawatan Tuan Yang Dipertua itu kosong, baik dengan sebab dibubarkan Parlimen atau dengan lain-lain sebab, maka majlis, sebaik-baik cukup bilang ahlinya, hendaklah memilih Tuan Yang Dipertua”.
Saya nak ingatkan Dewan yang mulia ini bahawa kerusi speaker ini adalah kerusi yang diputuskan melalui undian dan kepercayaan Ahli Dewan. Tuan Speaker berperanan sebagai ‘pengadil’ antara blok kerajaan dan pembangkang. Tuan Speaker bukan kerajaan, dan bukan juga pembangkang; jadi Speaker tidak boleh berat sebelah.
Sikap berat sebelah Speaker adalah penghinaan bukan setakat kepada institusi Yang Diertua, malah merupakan suatu penghinaan kepada institusi Parlimen yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong. Malah tidak salah sekiranya kita mengatakan bahawa Speaker Dewan bukannya entiti yang berdiri paling tinggi dalam institusi Parlimen, jadi harus hormat prinsip-prinsip asas keadilan ketimbang menghina Yang di-Pertuan Agong dengan bertindak secara bias dan tidak adil.
Ya Kinabatangan, ‘ketimbang’ tu maksudnya ‘berbanding’. Duduk dulu, bagi saya habis.
Tuan Speaker,
Peraturan mesyuarat ini pula harus dibaca bersama Perkara 62(1) Perlembagaan Persekutuan; dan dalam soal Speaker Dewan ini, kita juga kena baca Perkara 57. Undang-undang nampaknya tidak membuat sebarang peruntukan terhadap keadaan sekiranya Yang Dipertua Dewan tidak lagi layak menjadi Yang Dipertua dan tidak boleh mengawal Dewan.
Ini sesuatu yang amat pelik bagi saya. Perdana Menteri pun boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong. Tapi Yang Dipertua Dewan seakan-akan makhluk yang tidak boleh disentuh. Ini pelik sekali.
Yang ada cuma Peraturan 99. Apa dia peraturan 99 ini?
“Keputusan Tuan Yang Dipertua berkenaan dengan sebarang perkara tafsir dalam mana-mana jua Peraturan Mesyuarat ini atau berkenaan dengan kelaziman adalah muktamad kecuali jika ada usul bersendiri menentang keputusan Tuan Yang Dipertua; Tuan Yang Dipertua, dari satu masa ke satu masa, boleh mengeluarkan petua berkenaan dengan perkara itu.
Ya, Kinabatangan; saya pun keliru apa bendanya ‘petua-petua’ ini. Jadi saya rujuk juga versi bahasa Inggeris. Versi dalam bahasa Inggeris saya menemukan bahawa kalimat ‘petua’ diterjemah sebagai ‘ruling’. Ini bukan petua, tapi keputusan.
Jadinya Speaker Dewan ini berkuasa betul. Siapa yang disayangi Speaker memang beruntung.
Tetapi saya mahu bangkitkan soal kebolehan Ahli Dewan untuk mengemukakan usul bagi menentang keputusan Speaker. Ini juga wajar dibaca bersekali dengan Perkara 62(1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa “Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan peruntukan undang-undang persekutuan, setiap Majlis Parlimen hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri.”
Bererti Dewan yang mulia ini adalah entiti yang mentadbir diri sendiri atau ‘self governing’, dengan izin.
Tuan Speaker,
Saya sungguh-sungguh mahu minta penjelasan. Adakah Tuan Yang Dipertua ini institusi kebal yang tidak boleh disemak imbang, atau adakah Tuan Speaker juga Ahli Dewan Rakyat seperti ahli Yang Berhormat yang lain?
Apa sebabnya tidak ada peruntukan undang-undang atau peraturan untuk ‘impeach’ Tuan Speaker; atau adakah saya saja yang rabun tak nampak peruntukan itu?

Hudud: DAP tutup mulut, biar Kelantan laksana kata MP BN

Annuar Musa 
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menggesa agar DAP tidak campur tangan berhubung isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

Beliau berkata demikian menerusi laman sosial Facebook miliknya, hari ini.

“Boleh tak gu gu (kawan-kawan) yang baik dengan DAP cakap pada mereka supaya tutup mulut. Tak perlu menyibuk hal pelaksanaan hudud di Kelantan.

“Di Kelantan, DAP tak ada setengah kerusi pun dalam Dewan Undangan Negeri. Kita tak kacau urusan hudud di Pulau Pinang atau Selangor,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata isu pelaksanaan hudud itu melibatkan orang Islam dan biarkan Kelantan melaksanakannya.

“Biar Kelantan buat. Selepas ini orang lain boleh tiru. Ini urusan agama orang Islam di negeri yang badan membuat undang-undangnya 100 peratus Islam.

“Kita tak kacau demo (mereka) pun,” katanya.

Parlimen Malaysia catat sejarah hitam?

HARI ini (semalam) 10 Muharram 1435, di dalam kalendar Islam pada tanggal ini dicatat banyak berlaku berbagai peristiwa besar bersejarah. 
 
Antara peristiwa yang berlaku ada yang realistik dan juga yang berbau bidaah yang perlu hanya dibaca tetapi tidak diyakini.
 
Azmin koyak dan gotel kertas usul tanda protes.
 
Di Malaysia tarikh ini dikongsikan oleh Parlimen Malaysia. Parlimen hari ini (semalam) telah mencatat satu sejarah apabila berlaku pergaduhan besar di antara pembangkang dengan pihak kerajaan. Perbalahan ini juga dalam perkiraan saya paling panjang memakan masa lebih satu jam.
 
Keadaan Parlimen hampir-hampir tidak terkawal dan situasinya lebih dahsyat dari keadaan di stesen kereatapi di Bombay.
 
Ia bermula dari tindakan pihak kerajaan hendak mengemukakan usul bagi menggantung ahli Parlimen Padang Serai (N Surendran) yang didakwa telah melakukan penghinaan ke atas Speaker Pandikar Amin Mulia di lobi Parlimen minggu lepas.
 
Usul itu dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri (Batang Sadong).
 
Wakil pembangkang sepakat bangun memprotes.
 
Sebelum usul itu dibaca untuk diluluskan wakil pembangkang bangun mempertikaikan mengenai keperluan dan kesahihan usul berkenaan. 
 
Mereka juga mendakwa usul berkenaan cacat kerana tidak memenuhi beberapa peraturan. Ia juga dianggap sebagai bersifat ada 'conflit interest' apabila usul itu dibenarkan oleh speaker sedang beliau terlibat dalam dakwaan menghinaannya itu.
 
Antara kecatatan usul itu menurut pihak pembangkang ianya dibawa kerana belum cukup matang dan melanggar peraturan khas Peraturan 27(3) dan tidak merupakan sesuatu yang perlu disegerakan kerana ia tidak berkepentingan umum. 
 
Oleh itu ias juga dianggap sebagai usul haram dan tidak perlu dibawa.
 
Penjelasan dan sikap Speaker (Pendikar Amin Mulia kemudian diteruskan oleh Ronald Kiandee) yang dianggap berdolak dalih dan membuat dua tafsiran dalam satu masa makin menyebabkan wakil pembangkang 'terbakar perut' dengan usul berkenaan. 

KL residents wonder how they'll afford tax hike

70 ahli PKR keluar parti, sandiwara Umno Pandan - Yb Rafizi Ramli

Syarat Kemenangan Untuk Pejuang Islam - Dato Dr MAZA

Pergaulan Antara Lelaki & Perempuan - Dato Dr MAZA

Kerajaan pusat perlu nyata pendirian sertai TPPA

charles parlimen 01SHAH ALAM 15 NOV : Kerajaan pusat didesak menyatakan pendirian berhubung keputusan menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) ekoran media ekonomi antarabangsa mengeluarkan kenyataan Malaysia bersetuju menandatangani TPPA, Disember ini.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata perkara itu menjadi tanda tanya kepada rakyat yang bimbang dengan kesan perjanjian itu.
Katanya, kerajaan pusat sebelum ini menyatakan belum membuat keputusan dalam sidang Parlimen, namun sudah dilaporkan dalam media antarabangsa.
“Ini yang saya tidak faham dan menjadi tanda tanya kepada semua rakyat. Saya hairan kerajaan cakap belum buat keputusan tetapi berita sudah keluar,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Charles berkata, ekonomi bumiputera akan terjejas selepas lima tahun TPPA ditandatangani ekoran kesan perjanjian itu kerana syarikat lain dari luar negara boleh meminta Malaysia membuka syarikat berkenaan kerajaan (GLC) kepada pasaran luar.
“Sebuah majalah perniagaan di Vietnam iaitu Vietnam Briefing melaporkan Malaysia bersama negara itu, Peru dan Brunei bersepakat untuk menerima tempoh bertenang selama lima tahun untuk menambahbaik dasar membabitkan syarikat GLC.

Keluarkan Dari PR: Awas budaya fitnah dalam PAS - Khalid Samad



 
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan, kewujudan budaya fitnah dan adu domba menjelang pemilihan parti itu minggu depan mempunyai agenda tersirat mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat.

Katanya, budaya itu bukan akan menyelamatkan parti Islam itu, sebaliknya bakal meruntuhkannya.

pas youth protest against egypt coup mohamad mat sabu"Di sebalik laungan 'selamatkan PAS' dan 'pertahankan kepimpinan ulama', kononnya; agenda yang tersirat ialah untuk membawa PAS keluar dari Pakatan," katanya yang juga timbalan pesuruhjaya III PAS Selangor.

Menulis dalam blognya semalam, Khalid antaranya merujuk kepada dakwaan fitnah terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (kanan) yang didakwa berfahaman Syiah.

Khalid menegaskan dakwaan tersebut digunakan untuk menjatuhkan beliau itu sebenarnya hanya menjadi pemanjang fitnah lidah Umno dalam PAS.

"Dakwaan Mat adalah Syiah dimulakan oleh pihak musuh dan malangnya dimanfaatkan oleh 'orang PAS' untuk menjatuhkan," katanya.

GST dari perspektif Islam

Zaharudin Muhammad,
Mukadimah

Islam mempunyai sistem cukainya yang tersendiri. Sumber kepada sistem percukaian Islam ialah al-Quran, Sunnah Rasulullah SAW, ijmak dan kias. Ia telah diturunkan bukan sahaja adil bagi manusia keseluruhan, tetapi ia juga merupakan sistem yang mengstabilkan ekonomi, khususnya keseimbangan antara kuasa modal dan kuasa beli rakyat sebagai penjana produktivi.

Asas Ukuran Keharusan Cukai


Sesuatu hukum dirujuk kepada hukum asal yang telah dinaskan oleh sumber al-Quran dan al-Hadis. Hukum asal berkaitan harta orang lain adalah haram diambil melainkan mempunyai sebab yang dibenarkan syariat. Ini berpandukan kepada firman Allah SWT, bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu."
- (An-Nisa’: 29).

Di antara dalil yang lain ialah pesanan Rasulullah sewaktu Haji Wada’ (Haji Selamat Tinggal), antara lain nabi SAW berpesan, bermaksud:

“Wahai orang ramai, sesungguhnya orang yang beriman adalah saudara, tidak halal bagi seseorangpun (mengambil) harta saudaranya melainkan dengan kerelaannya.”
– Riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis ini memaksudkan selain daripada zakat dan perkara-perkara yang dinaskan harus atau wajib diambil seperti zakat, yakni zakat bukan milik si pemunya harta bahkan ia adalah milik si fakir, miskin dan asnaf-asnafnya. Begitu juga tidak termasuk isteri atau anak dibawah tanggungannya kerana ia dianggap sebagai seakan-akan sekutu pemilikan. Adapun selainnya, maka ia adalah milik si pemunya dan tidak boleh diambil melainkan degan kerelaannya oleh sesiapapun termasuk kerajaan.
Dan sabda nabi SAW, Maksudnya:

“Apabila mereka melakukan demikian (Islam) maka darah dan harta mereka mereka adalah terpelihara melainkan (harta boleh diambil) dengan cara-cara yagn dibenarkan oleh Islam.”
– Riwayat Bukhari.

Di dalam kitab Fathul Bari, Syarah Sahih Bukhari menyebut, zakat adalah salah satu cara pengambilan yang dibenarkan oleh Islam (sekalipun tuannya tidak merestuinya).

Ayat di atas menegaskan memakan harta orang lain adalah haram dan dikategorikan bentuk memakannya adalah batil. Ayat tersebut seterusnya menyenaraikan bentuk pengecualian yang mengharuskan mengambil harta orang, salah satunya ialah perniagaan.

JPP BN projek buang masa, rugi dana rakyat – Mat Taib

mat taibSHAH ALAM 15 NOV : Pembangunan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) lantikan kerajaan pusat disifatkan sebagai satu lagi projek membuang masa dan merugikan dana rakyat.
Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhamad Muhamad Taib, berkata hal itu adalah selepas meneliti kebarangkalian berlakunya pertindihan kuasa antara ahli majlis Pihak Bekuasa Tempatan (PBT) dengan ahli pelaksana JPP.
“Secara kasarnya, perkara ini jelas akan berlaku kerana satu kawasan mempunyai dua jawatankuasa dengan peranan sama. Ia akan memecah belahkan hubungan masyarakat dan PBT, jadi lebih baik guna saluran sedia ada iaitu mengekalkan ahli majlis di bawah PBT, tanpa JPP.
“JPP ditubuhkan untuk kepentingan rakyat dan saya khuatir dana yang disalurkan tersekat di tengah jalan. Sampai satu peringkat, projek tidak terlaksana, tetapi pihak yang mengurus projek menggunakan dana itu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.
Muhamad yang juga Ahli PAS, berkata dakwaannya itu bersandarkan kepada kegagalan kerajaan pusat memperincikan mekanisme JPP kepada pengetahuan umum walaupun dana RM63 juta untuk pembangunan entiti itu diumumkan dalam pembentangan Belanjawan Nasional 2014, pada 25 Oktober lalu.

PRK Sg Limau: Undi saya dapat, tak sebanyak anak ayam - Dr Ahmad Sohaimi

KUALA LUMPUR: Calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang tewas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau lalu mendakwa keputusan pilihan raya itu menggambarkan betapa sukar memenangi hati rakyat walaupun pelbagai pemberian oleh BN sepanjang berkempen.

Beliau yang tampil berkongsi pengalaman berkempen pada pilihan raya itu bersama Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) semalam berkata, pengundi sebenarnya tidak mudah terpengaruh dengan pemberian itu kerana mereka sudah mempunyai calon pilihan sendiri.

“Memang diakui kerajaan menggunakan jenteranya seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dengan memberikan bantuan.

"Adakah kita boleh pastikan dengan bantuan seumpama itu boleh meraih undi? Jawapannya belum tentu.

“Saya lihat satu kawasan itu Fama memberikan pokok pelam dan berlori anak ayam. Saya pasti jumlah undi yang diterima dengan bilangan anak ayam yang diberi tidak sama. Ia seperti memberi bola tanggung dalam bola sepak,” katanya dipetik TMI.

Kabinet digesa tolak usaha Umno selamatkan Utusan

Ahli Parlimen DAP, Tony Pua berkata, menteri yang berfikiran waras dalam kabinet perlu menyuarakan bantahan mereka terhadap apa yang didakwanya penyalahgunaan wang pembayar cukai untuk menyelamatkan akhbar harian milik Umno, Utusan Malaysia.
Pua berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - yang juga merupakan menteri kewangan dan presiden Umno - mesti dikecam kerana tindakannya didakwa jelas menunjukkan berlaku konflik kepentingan.

nuj utusan melayu picket  police 160904  securityDalam menyokong pandangan rakan MP dari DAP, Teo Nie Ching, Pua
juga menggesa Suruhanjaya Sekuriti bertindak secara bebas dan tanpa campurtangan Kementerian Kewangan untuk mengecualikan Umno daripada menjalankan tawaran am mandatori untuk membeli kepentingan pemegam saham minoriti Utusan Melayu (M) Bhd

"Berdasarkan peraturan-peraturan semasa, jika kepentingan Umno dalam syarikat itu meningkat lebih daripada dua peratus, ia mesti membuat tawaran untuk membeli saham lain dalam syarikat itu.

"Memandangkan usaha Umno untuk melanggan tawaran hak itu, Umno akan meningkatkan kepentingannya kepada sekurang-kurangnya 53.1 peratus dan dengan itu mencetuskan tawaran am mandatori," tambahnya.

Dana RM40 juta kepada Utusan Malaysia bukti seleweng wang rakyat



DAP menyifatkan suntikan dana tambahan Umno kepada syarikat Utusan Melayu Bhd sebanyak RM40 juta  adalah tindakan terdesak Umno dan membuktikan penyalahgunaan wang kerajaan secara terang-terangan.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berkata pendedahan berkenaan amat mengejutkan dan mendesak Suruhanjaya Sekuriti supaya menjadi sebuah badan bebas tanpa campur tangan daripada kerajaan.
"Berdasarkan peraturan jika kepentingan Umno dalam syarikat tersebut meningkat melebihi 2% ia mesti membuat tawaran pembelian kepada pemegang saham lain.
"Memandangkan usaha Umno untuk mendapatkan tawaran terbitan hak kepada syarikat tersebut, parti itu perlu meningkatkan kepentingan sekurang-kurangnya 53.1% dan dengan itu ia mewujudkan tawaran am mandatori, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pua berkata, DAP mendesak agar Suruhanjaya Sekuriti tegas dalam melindungi integriti kewangan negara dalam pasaran.
Katanya, amat penting bagi suruhanjaya bertindak dengan adil dan harus dilihat telus kepada semua pelabur Malaysia.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata demikian sebagai mengulas mengenai rancangan parti Melayu itu menyuntik RM40 juta dalam Utusan Malaysia melalui cadangan "two-call rights issue (TCRI)".

'Berkelakuan seakan beruk melompat di Parlimen?'

 Ada perkara pelik berlaku di Parlimen semalam.

Pada sebelah pagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri membentangkan usul untuk menggantung ahli Parlimen Padang Serai N Surendran selama enam bulan kerana menghina speaker Pandikar Amin Mulia.

Surendran diusir dari Dewan pada hari sebelumnya kerana enggan berhenti membentangkan usul perobohan kuil Sri Muneswarar Kaliyaman yang berusia 101 tahun.

pakatan mp tearing motion papers 141113 fuziah sallehAhli Parlimen Pakatan Rakyat membalas dengan berdiri dan mengoyakkan notis usul serta cuba untuk menghalang pembentangan usul tersebut. Mereka memanggilnya "usul haram".

Pada sebelah petang pula, Fuziah Salleh, ahli Parlimen Kuantan, membentangkan usul untuk "mengagihkan semula" gaji lima orang penasihat bertaraf menteri, iaitu Rais Yatim, Noh Omar, Shahrizat Abdul Jalil, Johari Baharom dan Hasbi Habibollah.

Ahli Parlimen BN juga berdiri dan mengoyakkan notis usul serta cuba untuk menghalang pembentangan usul tersebut. Mereka juga memanggilnya usul haram.

Kelakuan "membalas balik" antara dua pihak yang menyebabkan perbuatan keduanya dikutuk sesetengah pemerhati kerana tidak matang dan berkelakuan seakan beruk di dalam Parlimen.

Tetapi adakah kedua-kedua aksi tersebut sama?

pakatan mp tearing motion papers 141113 Anda pernah dengar cerita seseorang yang memesan kopi tanpa susu di sebuah kedai kopi? Pelayan memberitahu bahawa kedai tersebut kehabisan susu, namun memandangkan mereka mempunyai gula, maka bolehlah memesan kopi tanpa gula.

Kopi tanpa susu dan kopi tanpa gula kedua-duanya kopi hitam. Akan tetapi, penyangkalan itu cukup penting. Kes sebegini disebut orang sebagai "serupa tapi tak sama".

Satu lagi contoh yang mungkin lebih baik: Orang kaya yang berdiet dan orang miskin yang kebuluran. Kedua-duanya kelaparan, tapi sebabnya amat berbeza.

Apakah sebab-sebab di sebalik tingkah laku blok kerajaan BN dan Pakatan?

Sebab Pakatan tolak usul kerajaan

PAS akan terus kecundang jika tak bijak dalam ekonomi - A Kadir Jasin

Nurul Izzah: On The Auditor-General Report, The Ministers Must Take The Responsibility

Yb Rafizi Kantoikan Menteri Isu GST & Gula Naik

Perang "Usul" Di Parlimen - Rafizi Ramli vs MPs Barisan Nasional

Perang "Usul" Di Parlimen - MPs Pakatan Rakyat vs Yang di-Pertua Dewan Rakyat

PAS tak gadai Islam demi politik, kata Datuk Dr Mujahid

Tak Nak Derma Ke Surau UMNO.."Tiada Masjid UMNO Atau PAS!" - Ustaz Azhar Idrus

Belanja RM270 juta sia-sia, keputusan bahasa Inggeris UPSR merosot


Biarpun RM270 juta dibelanjakan oleh Kementerian Pendidikan bagi program mentor bahasa Inggeris, keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menunjukkan kemerosotan dalam subjek itu oleh murid sekolah bantuan kerajaan, kata Zairil Khir Johari (gambar).
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu berkata, Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud mengumumkan prestasi keseluruhan calon UPSR tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun.
Bagaimanapun, katanya, semakan lanjut DAP menunjukkan terdapat penurunan yang ketara dalam keputusan kertas Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah kebangsaan.
“Bilangan calon yang mendapat gred A untuk subjek Bahasa Inggeris menurun sebanyak 0.2 peratus, manakala jumlah mereka yang mendapat gred B dan C turun sebanyak 2.9 peratus.

Subsidi baja : Hak rakyat Kelantan terus dinafi oleh kerajaan UMNO@BN

Ahli Parlimen PAS Kelantan, mendesak kementerian bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya meneliti pemberian subsidi baja di negeri itu kerana ramai rakyatnya hak mereka atas perkara itu.
parlimentAhli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary, berkata hal itu selaras dengan peruntukan Seksyen 7 (C), Akta SPRM iaitu meneliti amalan, sistem dan tatacara badan awam untuk memudahkan penemuan.
Katanya, disebabkan penafian subsidi itu, kerajaan negeri terpaksa menyediakan RM1.5 juta subsidi kepada rakyat Kelantan.
“Saya percaya kerajaan sengaja buat tidak tahu berkenaan permainan politik terhadap skim bantuan subsidi baja padi ini.
“Kelantan mengalami diskriminasi subsidi baja padi oleh Barisan Nasional (BN) tetapi menjelang Pilihan Raya Umum, calon BN akan memberi kupon baja dan berkempen supaya mengundi parti itu,” katanya pada sidang media, di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Hadir sama pada sidang media berkenaan adalah Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazlan dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Baihaki Atiqullah.

Runtuh Kali Ke 4: DAP desak penjelasan atau menteri berdepan usul potong gaji


Susulan insiden siling runtuh di Hospital Serdang semalam, DAP menggesa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam tampil memberi penjelasan berhubung kejadian itu.
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching, berkata kegagalan Dr Subramaniam memberi penjelasan yang kukuh mengenai insiden itu bakal menyaksikan pembentangan usul pemotongan gaji menteri itu di Parlimen.
"Ia bukan pertama kali kejadian seumpama  berlaku kerana kes semalam adalah kejadian keempat siling hospital berkenaan runtuh sejak ia beroperasi pada 2005,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Kulai itu berkata, Dr Subramaniam perlu memberi penjelasan yang munasabah dan tidak memberi jawapan 'kitar semula' seperti apa yang dilakukan oleh menteri terdahulu, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
"Insiden sama  berlaku selepas enam minggu dan tiada penjelasan munasabah. Atau beliau sekadar mengambil gaji dan melaksanakan tanggungjawabnya secara sambil lewa.

Kenapa merasuah di tempat lain.....di sini kan lebih selamat?

Kejadian rasuah telah terbongkar dalam tentera laut Amerika Syarikat. Rasuah besar melibatkan sebuah syarikat yang berdaftar di Singapura, iaitu Glenn Defence Marine Asia (GDMA) yang dipunyai oleh seorang ahli perniagaan Malaysia, Leornard Francis.
Rasuah yang terlibat dengan tentera laut AS ini melibatkan pengagihan wang tunai, pembiayaan perjalanan kelas pertama bagi beberapa orang pegawai tentera dan pegawai ‘civilian’ dengan penyediaan ‘escort-escort’ wanita jelita bagi perjalanan mereka.
Navy AS telah membatalkan empat kontrak dengan GDMA dan syarikat itu tidak lagi dapat menyambung apa-apa kontrak dengan tentera laut AS itu. Yang menariknya rasuah sebegini mesti ada melibatkan rakyat Malaysia dan sebabnya mungkin kerana Malaysia terlalu berpengalaman melakukan rasuah melibatkan pembekalan alat tentera khususnya dalam pembekalan tentera laut.
Banyak akhbar antarabangsa menyiarkan berita ini dengan meluas dan kesemuanya menganggap satu skandal yang sangat besar dalam sejarah tentera laut negara itu (AS). Tetapi bagi kita di Malaysia angka sebanyak RM640 juta itu terlalu kecil berbanding dengan kontrak pembekalan Scorpene yang melibatkan jumlah kontrak melebihi RM7.6 billion.
Perasuah di negara ini hanya mentertawakan perasuah dalam kes GDMA ini kerana mereka terpaksa menanggung malu hanya kerana rasuah yang melibatkan kontrak RM640 juta sahaja. Perasuah di sini masih selamat walaupun kontrak yang asalnya hanya melibatkan RM3.4 billion telah naik menjadi sehingga RM7.6 billion, lebih dari dua kali ganda dari kontrak asalnya.

PAS tolak Shafee sebagai Peguam Negara

Ia juga mahu Peguam Negara sekarang Tan Sri Abdul Gani Patail disiasat dan memberi penjelasan umum untuk menjawab dakwaan terhadap dirinya. 

PETALING JAYA:  PAS membantah dengan keras sebarang rancangan untuk menjadikan peguam terkemuka Datuk Shafee Abdullah sebagai Peguam Negara.
Pada masa yang sama, ia turut mendesak agar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail disiasat dan memberi penjelasan umum kepada rakyat berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa.
Timbalan Pengerusi II  Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi dalam satu kenyataan berkata usaha ini dibuat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau mengibaratkan Mahathir sebagai jarum yang menyucuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggantikan Gani dengan Shafee.
“Hubungan dan kaitan rapat beliau dengan pemimpin-pemimpin UMNO menjadikan Shafee tidak sesuai untuk menjawat jawatan penting dan strategik seperti Peguam Negara,” kata Ahmad.
Kenyataan Ahmad timbul ekoran beberapa perkembangan mutakhir.
Pada Nov 1, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial menyaman Gani, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan 10 orang lain atas alasan bahawa Gani telah menyalahgunakan kuasa dan mendakwa dirinya dengan niat jahat enam tahun lalu.

Peguam Negara perlu bersihkan diri dari tuduhan

KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail (gambar) harus tampil di hadapan umum bagi menjawab segala dakwaan salah laku membabitkan diri beliau dan tidak hanya mengadakan pertemuan tertutup dengan pegawai-pegawai kanannya bagi menjelaskan kontroversi yang timbul, kata  Timbalan Pengerusi II Lujnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia PAS Pusat, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi.


Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, beliau dimaklumkan wujud pertemuan tertutup antara Abdul Ghani dengan pegawai-pegawai kanan di Jabatan Peguam Negara pada minggu lepas.

Pertemuan itu diadakan oleh Abdul Ghani bagi menjelaskan beberapa tuduhan salah laku membabitkan  dirinya seperti insiden pemalsuan bukti kes ‘mata lebam’ Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemalsuan gambar di dalam perbicaraan tuntutan Pulau Batu Putih di ICJ dan juga kes pendakwaan ke atas Tun Dr Ling Liong Sik berkaitan skandal PKFZ.


“PAS berpandangan penjelasan tertutup adalah tidak memadai. Gani harus berani untuk bertanggungjawab kepada umum dengan memberikan penjelasan kepada rakyat.


Negara Islam desak Malaysia lebih prihatin hak asasi manusia

Andrew Khoo ketika berucap di majlis diskusi pasca UPR anjuran Proham di MBPJ. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 November, 2013.Andrew Khoo ketika berucap di majlis diskusi pasca UPR anjuran Proham di MBPJ. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 November, 2013.Selain negara Barat, negara-negara Islam turut mendesak Malaysia untuk melindungi hak etnik dan agama minoriti serta mengambil lebih perhatian terhadap isu hak asasi manusia dan kebebasan bersuara serta berpersatuan, kata peguam.
Ini membuktikan bahawa menandatangani perjanjian laporan hasil Semakan Berkala Sejagat (UPR) bukan sebahagian daripada agenda Barat yang kononnya cuba menggugat kedudukan Islam di negara ini seperti didakwa sesetengah badan bukan kerajaan (NGO) Islam.
Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, Andrew Khoo, berkata  kontroversi mengenai perjanjian itu tercetus akibat tindakan NGO tersebut dikatakan cuba memperbesarkan isu seperti LGBT atau hak kebebasan beragama sedangkan ia bukan agenda utama dalam perbincangan UPR.
"Berdasarkan senarai  negara yang menyertai persidangan berkenaan kebanyakannya ialah negara Islam seperti Mesir, Tunisia dan Algeria.

RM600 juta lesap, tentera laut AS tamatkan kontrak syarikat Malaysia

Tentera laut Amerika Syarikat (AS) membatalkan kontrak bernilai USD200 juta (RM640 juta) terhadap firma pertahanan yang berpengkalan di Singapura berhubung skandal rasuah yang dikaitkan dengan pegawai kanan pasukan itu.
Pasukan tentera laut itu juga membatalkan pesanan baru dari Glenn Defense Marine Asia (GDMA) yang merupakan pusat jenayah seperti rasuah dan pelacuran, menurut sumber rasmi tentera berkenaan.
“Semua empat kontrak dibatalkan,” kata sumber kepada agensi berita AFP.
AFP turut melaporkan, ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu yang juga ahli perniagaan Malaysia, Leonard Francis dituduh bersubahat memberikan rasuah kepada pegawai tentera dengan memberikan pelacur dan ganjaran lain bagi mendapatkan kontrak lumayan membekalkan kapal AS dengan makanan, air dan bekalan lain dalam lawatan ke pelabuhan di Asia.
“Kami membatalkan semua kontrak semasa, sub-kontrak, arahan tugas dan pesanan dengan GDMA.
“Pembatalan ini bermakna kami tidak boleh mendapatkan kontrak baru atau menghantar pesanan kepada GDMA,” katanya.

Bersihkan imej Ibrahim Libya dan bayar pampasan mangsa Memali

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Berbanding akhbar-akhbar milik Umno dan komponen BN yang lain, The Star yang dikuasai sepenuhnya oleh MCA, tetap dilihat mempunyai keunikan tersendiri.  Sebelum Operasi Lalang, hujung 1987, yang menyaksikan hampir 110 aktivis ditahan ISA tanpa bicara dan penggantungan permit penerbitan beberapa akhbar, termasuk The Star, Watan dan Sin Chew Jit Poh, akhbar ini boleh berbangga dengan kebebasan editorialnya.

Kita masih dapat membaca pandangan kedua, yang tidak digemari elit pemerintah. Malah, tulisan penasihatnya, Tunku Abdul Rahman juga dilihat berani dan berterus terang. Malah,
paparan muka depannya, dengan tajuk besar DETAINED, tentang tangkapan awal 27 Oktober 1987, mudah diingati dan dianggap "klasik".
Sepanjang lebih 25 tahun kemudiannya, meskipun kualiti kandungannya terjejas, terutama apabila membabitkan oposisi, The Star masih memuatkan analisis dan sudut pandangan menarik.
Sekurang-kurangnya masih boleh ditatap berbanding rencana dalam Utusan Malaysia ataupun Berita Harian! Dan saya secara peribadi meminati analisis wartawan kanannya, Joceline Tan, terutama ketika membuat sorotan terhadap situasi parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Nampak adil, tidak bias dan cuba mengangkat isu-isu yang cukup relevan dengan tema utama.
Namun begitu, sikap akhbar ini terhadap Islam cukup menyedihkan. PAS sentiasa digambarkan sebagai parti Islam yang ekstrem dan mengancam kebebasan beragama rakyat bukan Islam.
Kita tidak perlu menunggu lama untuk membaca laporan penuh syak wasangka dan "bermotif jahat" tentang apa-apa perkembangan berkaitan bukan Islam di Kelantan, misalnya mengenai peraturan kecil di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) Kota Bharu.
Ketika PAS dianggap parti kecil dan tercorot dalam Pakatan, serta ditohmah menjadi kuda tunggangan DAP, The Star melihat daripada sudut berbeda. Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang cuba ditonjolkan sebagai bakal Perdana Menteri jika Pakatan menang dalam PRU13. Dalam sudut ini, ia berada dalam posisi bertentangan dengan Utusan Malaysia.
Sokongan perwakilan PAS, dalam muktamar di Kota Bharu pada 2012, kepada Ustaz Hadi sebagai bakal PM dijadikan tajuk muka depan The Star. Tujuannya adalah untuk menakutkan masyarakat bukan Islam, dengan anggapan PAS akan menerajui kerajaan baru dan melakukan pembaharuan yang tidak disenangi non-Muslim.

Muktamar PAS ke-59, siapa yang patut dipilih?

Oleh Dr Azman Ibrahim
Lebih kurang 2 minggu dari sekarang, pada tarikh 22-24 November 2013 ini, Stadium Malawati Shah Alam akan menjadi tumpuan para perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara.

Muktamar Tahunan PAS yang akan menjangkau kali ke-59 bakal berlangsung dengan agenda utama yang menjadi fokus hangat di pihak kawan atau lawan adalah pemilihan kepimpinan baru PAS Pusat bagi sesi 2013/2015, sama ada di peringkat Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat serta Jawatankuasa PAS Pusat. 


Persoalan yang akan terjawab di sana nanti adalah, bagaimana rupa bentuk saf baru yang akan menerajui sebuah Parti Islam paling berpengalaman dalam kancah dakwah, tarbiyah dan politik di peringkat dunia seperti Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Sebagai seorang ahli PAS, izinkan saya membuat beberapa analogi tentang bagaimana bentuk rupa kepimpinan yang menjadi hasrat saya:

Yang pertama, saya ditarbiyah dan diasuh bahawa individu yang menyertai sesuatu parti, gerakan atau pertubuhan adalah kerana beberapa sebab antaranya, kerana ikut-ikutan, berhajatkan jawatan serta kedudukan, kerana nak marah kepada pihak yang satu lagi maka dia masuk gerakan ini, kerana harta atau kerana kefahaman yang mendalam tentang dasar dan prinsip perjuangan.

Saya menyertai PAS kerana kefahaman dan keyakinan yang mendalam tentang dasar dan matlamat perjuangan gerakan Islam yang bernama PAS ini. Maka tentunya saya juga menginginkan ianya dipimpin oleh pemimpin yang bukan sekadar faham tetapi sanggup melakukan yang terbaik demi memperjuangkan apa yang kita yakini.

Yang kedua, saya diajar dengan ungkapan bahawa seseorang pemimpin itu bukan sahaja perlu baik tetapi perlu juga kelihatan baik disebabkan kewujudannya di dalam saf kepimpinan adalah bagi membawa mesej kebaikan yang diperjuangkan parti. Apa yang dibawa dan watak yang diolah oleh seseorang pemimpin bakal mencerminkan apa yang dipimpinnya.

Dishonest politicians and gullible voters

If I had once allowed religion and race to colour my judgment of others, today education and the lessons learned in life no longer allow me to cling to those prejudices.

I have great admiration for boxers such as Muhammad Ali or Mike Tyson but there must be other more civilised and less painful ways to earn a living.
Some years ago while on a trip to Penang I met a civil servant who trains athletes, including boxers. I asked him what he looked for in someone who wanted to be a boxer.
He said the person must have courage. “Everything else can be learnt but courage is innate to an individual. It is all in the mind,” he added.
We all have courage and I have tested mine a few times. I have the courage to marry my wife when I was 21 without permission from my parents nor any money to even buy a pair of trousers, what more a job.
Then when I was working in Penang in the 1970’s earning $600 a month, I had the courage to resign and start selling beef burgers at a stall in Padang Brown because that was what I wanted to do – work for myself.
I relish the thought of starting from scratch in any situation and in any country. I have done this enough times to tell myself that at 66, there are no more challenges for me to overcome.
But I do not have the courage to commit myself to a nine-to-five job. I do not have the courage to make friends.
I prefer my own company because sooner or later any friend or acquaintance will either disappoint me or I disappoint them in one way or another. I do not have the courage to live a normal life as many others do.

Hudud: Kelantan perlu tetap masa

Hudud: Kelantan perlu tetap masa 
KOTA BHARU- Kerajaan Kelantan perlu menetapkan masa untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini selain memberi kefahaman kepada masyarakat secara menyeluruh.
Bagi tujuan itu, pensyarah dan pendakwah, Dr Abdul Basit Abdul Rahman berkata, kerajaan Kelantan perlu menjadikan negara Brunei sebagai contoh dalam usaha mempercepatkan pelaksanaan hudud.
“Brunei menetapkan tarikh enam bulan lagi untuk menjalankan hukum hudud di negara itu dan Kelantan perlu berbuat demikian dengan menyatakan bilakah tarikh hudud akan dilaksanakan.

“Kerajaan negeri juga dicadangkan menyatakan kepada masyarakat mengenai langkah  ke arah pelaksanaan hudud dengan memberi kefahaman serta penjelasan kepada mereka di seluruh negeri ini,” katanya, semalam.

Najib diberi tempoh tujuh bulan laksana tuntutan Cuepacs


Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman di sidang akhbar di Wisma Cuepacs, hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 November, 2013.Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman di sidang akhbar di Wisma Cuepacs, hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 November, 2013.Kesatuan Kongres Persatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs ) hari ini memberi tempoh sehingga sebelum 30 Jun tahun depan kepada kerajaan untuk meluluskan peruntukan penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM)  sebelum mereka bertindak mengadakan satu kongres khas .
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman, berkata menerusi Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Otober lalu, cadangan Cuepacs bagi penambahbaikan 168 skim SSM tidak diluluskan.
"Daripada 279 penambahbaikan skim perkhidmatan yang kita cadangkan, kerajaan hanya meluluskan 81 sahaja.
"Sebelum ini kita memberi masa sehingga November ini untuk melaksanakan tuntutan kami dan sekarang Cuepacs panjangkan tempoh itu dan berharap dalam masa tujug bulan ini, kerajaan dapat menyelesaikan apa yang kita minta, " katanya pada satu sidang media di Wisma Cuepacs Kuala Lumpur, hari ini.

Persoalan Padiberas Nasional (Bernas)

Amin Ahmad

Dewan Rakyat kembali hangat. Antara isu yang dibincangkan ialah berkenaan Padiberas Nasional Bhd (Bernas). Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat menegaskan penyahsenaraian Bernas daripada papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) merupakan 'pengkhianatan' kepada janji yang dibuat kerajaan pada 1995 bagi memastikan kepentingan petani, pengedar beras dan pekerja padi Bumiputera dipelihara.
Menurutnya, selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia pada masa itu, beliau sendiri mengumumkan 45% saham Bernas akan kekal dimiliki pelbagai organisasi mewakili petani, nelayan dan kakitangan Bernas sendiri.
Kritikan beliau ditujukan kepada perkembangan terkini Bernas, apabila majoriti besar saham, lebih 80% dimiliki oleh sebuah syarikat milik tokoh usahawan Melayu, orang ketujuh terkaya di Malaysia menurut majalah Forbes. Oleh kerana pemilikan saham awam kurang daripada 25%, maka Bernas perlu dinyahsenaraikan daripada bursa saham.
Berdasarkan fakta yang ada, Bernas dipertanggungjawabkan mengurus bekalan beras negara, berada di bursa saham sejak lewat 1997 dengan monopoli terhadap import yang dilanjutkan sehingga 2021. Bernas kini menjana keuntungan bersih pada kadar RM164 juta dengan hasil tahunan pada kadar RM3.6 juta setahun.
Kapitalisme gadungan
Ada beberapa isu yang perlu dibincangkan di sini.
Pertama, kita perlu tahu bahawa sepanjang dekad 1990-an, banyak langkah penswastaan dibuat terhadap terhadap agensi yang sebelumnya diuruskan oleh kerajaan. Dalam semua agensi ini, kerajaan mempunyai jumlah saham tertentu, dinamakan saham khas atau saham emas (golden share).
Ia bukanlah penswastaan penuh. Penswastaan jenis ini elok dinamakan sebagai kapitalisme gadungan. Ini boleh difahami, antaranya, sebagai langkah yang mempertimbangkan faktor keselamatan. Justeru, selepas 31% ekuiti Bernas dibeli oleh sebuah syarikat Hong Kong sebelum ini, meskipun patuh kepada Memorandum dan Tataurusan serta Perjanjian Penswastaan yang ditandatangani kerajaan dan Bernas pada 1996, usaha mendapatkan kembali saham tersebut dibuat.
Kedua, Dengan pemilikan saham khas kerajaan, ahli politik parti kerajaan diberi ruang yang besar, termasuk menjadi Pengerusi Bernas. Saya tidak pasti sama ada memang beliau ada membeli saham yang besar untuk berada di jawatan itu. Jika ya, bagaimanakah beliau mempunyai wang yang begitu banyak? Atau, apakah beliau ditawarkan untuk membuat pinjaman tertentu bagi tujuan itu? Apa yang pasti, beliau kini sangat kaya selepas menjual saham-sahamnya.

Muktamar 59: Ingat akhirat sewaktu kempen


KUALA LUMPUR: Mutakhir ini terlalu banyak penulisan yang dihantar melalui medium baru sama ada whatsApp, facebook, twitter dan lain-lain yang melampaui batas susila dan akhlak berjemaah.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tulisan atau gambaran melampaui batas susila akhlak Islam tentu tidak layak mewakili jamaah Islam.

“Saya berharap tulisan-tulisan sedemikian bukan dari kalangan ahli PAS, dan ia sekadar saraf musuh untuk memecahkan jamaah.

“Kita wajib beringat bahawa kita bertanggungjawab nanti di hadapan Allah dengan apa yang kita tulis atau lakaran dalam apa jua bentuk.

“Ingatlah, semua tulisan yang kita muatkan akan dibaca oleh pelbagai kategori manusia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, beliau menyeru ahli-ahli PAS agar menapis setiap berita dan karikatur sebelum dimuat naik atau sebarkan kepada orang lain.

Pemimpin Umno desak Nurul Izzah dikenakan tindakan, kerana dedah bukti 30 SB di London


Tindakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (gambar) mendedahkan terdapat 30 anggota Unit Cawangan Khas (SB) yang diletakkan di London perlu dikenakan tindakan undang-undang bagi menjamin rahsia keselamatan negara terpelihara, kata seorang pemimpin Umno.
Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pemimpin politik yang sengaja membocorkan rahsia atau maklumat sulit strategi keselamatan demi menjaga kepentingan negara.
"Pembangkang di negara ini sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih kuasa termasuk menjual maklumat atau membocorkan rahsia keselamatan negara kepada pihak berkepentingan.

Sunnah Menerangkan & Menjelaskan - Dato Dr MAZA

Hukum Pakai Spek (Cermin Mata) Untuk 'Style' - Ustaz Azhar Idrus

Sedar Dari KOMA, Perlukah QADHA Solat/Puasa Sepanjang Koma Itu? - Ustaz Azhar Idrus

Khutbah Jumaat Jakim berunsur politik paksa Pak Samad solat di Masjid India


Khutbah Jumaat dijadikan medan politik sempit, kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 November, 2013.Khutbah Jumaat dijadikan medan politik sempit, kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 November, 2013.Tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyediakan teks khutbah Jumaat yang berunsur politik tidak menyenangkan Datuk A Samad Said sehingga menyebabkan beliau mendirikan solat Jumaat di Masjid India sejak dua minggu lalu.
Sasterawan Negara itu yang mesra dipanggil Pak Samad berkata, beliau selesa mendengar khutbah di Masjid India kerana tidak perlu memahami kandungan khutbah tersebut yang dibacakan menggunakan bahasa Tamil.
“Saya biasa mendirikan solat Jumaat di Masjid Negara tetapi dua minggu lalu saya solat di Masjid India kerana saya tidak suka khutbah di Masjid Negara apabila khatibnya membaca khutbah bukan berkhutbah.
“Perpindahan itu sengaja saya lakukan supaya saya tidak tahu isi kandungan khutbahnya. Senang hati saya. Khutbah sekarang dijadikan medan politik.
“Dahulu saya bersolat Jumaat di Masjid As-Syakirin KLCC yang menyeru supaya jangan berdemonstrasi tetapi selepas solat, jemaah berdemonstrasi,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider.

Malaysia Boleh: 35 tahun guna kad pengenalan imbas

Shah Alam: “Saya sudah menetap di negara ini sejak 35 tahun lalu dengan hanya menggunakan kad pengenalan rakan yang diimbas,” kata seorang pengawal keselamatan dikenali sebagai Subramaniam, 59, yang ditahan dalam Op Kutip dijalankan Jabatan Imigresen Selangor di sekitar Klang dan Shah Alam, semalam.
Lelaki warga emas terbabit ditahan ketika bertugas di sebuah kondominium di Taman Bayu Perdana, dekat Klang, mendakwa berasal dari Singapura dan berkahwin dengan warga tempatan hingga mendapat dua anak serta empat cucu di negara ini.
“Saya baru bekerja di syarikat keselamatan berkenaan dan ketika memohon pekerjaan, mereka langsung tidak meminta sebarang dokumen pengenalan daripada saya.

“Sepanjang berada di negara ini, saya hanya bersedia dengan kad pengenalan yang diimbas milik rakan kalau-kalau ada pemeriksaan pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Selangor di sini, semalam.
Foto
SUBRAMANIAM ditahan kerana guna kad pengenalan imbas milik rakan (gambar kecil).

Subramaniam turut mendakwa dia keluar dan masuk negara ini tanpa sebarang masalah sejak 1979 walaupun tiada dokumen perjalanan dengan menaiki pengangkutan awam.

Kehebatan Peniaga Melayu: Sihir kedai pesaing

Johor Bahru: Doa seorang peniaga agar Allah memberi petunjuk selepas mengesyaki ada pihak sabotaj perniagaannya termakbul apabila dia mencekup pesaingnya sedang mengenakan ilmu hitam di kedainya di pusat penjaja Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berhampiran Pekan Rabu, di sini.
Abd Rahman Yusuf, 39, yang menjual makanan pada sebelah malam berkata, kejadian berlaku jam 1.30 tengah hari Isnin lalu ketika dia bersama isteri, Sopiah Mat Hussain, 40, lalu di depan gerai mereka dengan kereta.
“Ketika lalu di depan gerai kami, saya dan isteri terkejut apabila melihat seorang lelaki yang turut menjual makanan tidak jauh dari gerai kami memegang gayung berwarna biru dan menaburkan sesuatu di kawasan tapak gerai kami.

“Selepas memberhentikan kereta, saya melihat dengan jelas jiran niaga kami itu menaburkan garam dan beras kunyit di sekitar kawasan gerai kami,” katanya kepada Harian Metro, semalam.