Khamis, 14 November 2013

Sultan Selangor titah hentikan serta merta penggunaan kalimah Allah dalam Bible, The Herald

Menteri UMNO gagal menjawab kenapa harga gula kita mahal dari negara luar?

Kebersihan: Restoran nasi ganja di Ipoh diarah tutup dua minggu


Nasi kandar atau lebih dikenali sebagai nasi ganja yang popular di Ipoh.Nasi kandar atau lebih dikenali sebagai nasi ganja yang popular di Ipoh.Sebuah restoran yang popular dengan makanan nasi kandar atau lebih dikenali sebagai 'nasi ganja' di Jalan Yang Kalsom di sini, diarah tutup selama dua minggu berikutan gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.
Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail itu berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 28 November.
Operasi bersepadu bermula 5 petang itu melibatkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dan Jabatan Imigresen.
Menurut Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, persekitaran penyediaan makanan yang tidak bersih boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.
Katanya notis itu dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983, jika disabitkan kesalahan boleh didenda atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Nordiyanah Hassan ketika dihubungi mengesahkan arahan tutup premis itu dan operasi dijalankan atas arahan Kementerian Kesihatan. - Bernama

Campur tangan politik jejas integriti PDRM

KUALA LUMPUR: Peningkatan jenayah dan rasuah di negara ini memperlihatkan kegagalan kerajaan membaik pulih imej dan integriti penguatkuasaan awam, kata Dr Izani Husin (PAS-Pengkalan Chepa).

Beliau melahirkan kebimbangan sekiranya kegagalan itu disebabkan wujudnya campur tangan politik.

"Dalam keadaan semasa jenayah meningkat dengan begitu ketara, indeks rasuah tidak menurun, peningkatan pendatang asing, kad pengenalan palsu dan persepsi orang ramai terhadap korupsi di kalangan ahli politik dan polis juga adalah tinggi.

"Dalam keadaan seperti ini seolah-olah kerajaan gagal dari sudut pelaksaan. Adakah ia disebabkan oleh tidak ada kesungguhan politik atau kepimpinan atau campur tangan politik?” soalnya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam jawapannya berkata, berdasarkan ops cantas yang dilaksanakan PDRM, hanya segelintir masyarakat yang memandang negatif sebaliknya sebahagian besar memandang positif usaha membanteras jenayah itu.

Najib PM Paling Boros?

PKR semalam mendedahkan bahawa kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM7.2 billion untuk bayaran kepada khidmat perunding sejak lima tahun lalu. Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen mendedahkan angka itu melalui jawatan bertulis yang diperolehinya daripada Parlimen, sekaligus memberi maksud bahawa jika diperhalusi, bayaran kerajaan kepada perunding adalah berjumlah RM125 sebulan atau juga RM4juta sehari.

Perbelanjaan yang amat besar ini tentunya menimbulkan persoalan siapakah sebenarnya yang sedang mengurus kerajaan sekarang, kakitangan kerajaan atau perunding luar ini?

Ia juga menimbulkan persoalan mengapakah perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan untuk membayar khidmat perunding ini sedangkan negara sudah pun mempunyai kakitangan kerajaan yang bukan saja besar, kira-kira 1.4 juta orang saiznya tetapi juga di dalam perkhidmatan kerajaan juga terdapat mereka yang berpengalaman, berilmu pengetahuan, berkelulusan tinggi dan sebagainya.

Oleh kerana wang RM7.2 bilion ini merupakan wang rakyat, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menjelaskan bagaimana wang sebanyak itu boleh dibelanjakan dan pecahannnya. Apakah sebenarnya jenis perkhidmatan yang diberikan oleh perunding luar ini?

Lebih bertanggungjawab sekiranya Najib atau kerajaan dapat menjelaskan secara detail menyenai perkara ini di Parlimen supaya ianya dapat dibahas dan diperdebatkan kewajaran atau sebaliknya perbelanjaan sebesar itu telah diperuntukkan oleh kerajaan hanya untuk bayaran kepada perunding saja.

PAS ajak orang ramai sokong kempen mansuh SPPBS

SPPBS 
 SHAH ALAM - Lajnah Pendidikan Pas Pusat mengajak semua pihak menyokong kempen memansuhkan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).

Pengerusinya, Datuk Abu Bakar Chik berkata dalam satu kenyataan media, para guru kini sudah berani tampil menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung sistem tersebut.

“Kesedaran guru kini terserlah apabila mereka tampil melalui media sosial dan massa menyuarakan ketidakpuasan terhadap pelaksanaan PBS yang sangat membebankan mereka.

“Keputusan yang dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan PBS seharusnya disokong segera oleh semua pihak,” katanya.

4 Kali Runtuh: Siling wad NICU Hospital Serdang runtuh


 
Beberapa kepingan siling di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Serdang yang sedang dibaiki runtuh awal pagi ini, tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
  
Pengarah Hospital Serdang Datuk Dr Ardi Awang berkata runtuhan yang berlaku pukul 1.30 pagi itu melibatkan kerosakan seluas kira-kira satu meter persegi.

"Bahagian berkenaan sebelum ini telah dikosongkan untuk kerja-kerja ubah suai dan membaiki kerosakan. Memang ada tanda-tanda kerosakan kerana itu pesakit telah dialihkan," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
  
Usaha Bernama untuk menjalankan tinjauan di wad berkenaan gagal selepas dihalang pengawal keselamatan.

Undi Cina tidak beri kesan di Sungai Limau, kata Umcedel


Dr Amir Saifudi memberi taklimat kepada pemberita semasa seminar UMcedel mengenai pasca PRK DUN Sungai Limau di Universiti Malaya. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 November, 2013.Dr Amir Saifudi memberi taklimat kepada pemberita semasa seminar UMcedel mengenai pasca PRK DUN Sungai Limau di Universiti Malaya. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 November, 2013.Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) mendapati undi kaum Cina semasa pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tidak memberi kesan terhadap keputusan pilihan raya ekoran majoriti pengundi di kawasan itu terdiri daripada kaum Melayu.
Penyelidik di Umcedel Dr Amir Saifudi berkata, laporan media yang mendakwa undi kaum Cina berpihak kepada parti politik tertentu tidak tepat kerana pengundi Cina berpegang kepada prinsip tertentu.
"Pengundi Cina berpendapat PRK tidak membawa impak dan perubahan besar kerana mereka lebih mempercayai impak pilihan raya umum (PRU) lalu.

Ahli Parlimen BN koyak kertas usul MP Kuantan

Sesi petang sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini memperlihatkan giliran ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pula mengoyak kertas usul yang dibawa ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.
Ahli Parlimen BN membantah usul berkenaan selepas berlaku kesilapan fakta dalam usul berkaitan potongan gaji lima penasihat di bawah Jabatan Perdana Menteri dan mengoyakkan kertas berwarna merah jambu berkenaan.
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin (gambar) bangun memperbetulkan fakta Fuziah sekaligus mengusulkan ahli Parlimen BN yang lain berdiri dan menolak usul berkenaan.
Fuziah dalam usul yang dibawanya mengandungi kesilapan dari segi jawatan dan juga angka elaun yang diperoleh penasihat terbabit.
Majoriti ahli Parlimen BN bangun dan menjerit "usul haram" beramai-ramai dan kemudiannya menyaksikan usul berkenaan ditolak untuk dibahaskan.
Fuziah dalam usulnya berkata Hasbi Habibollah adalah Penasihat Pembangunan Sarawak, sedangkan jawatan sebenar beliau adalah Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dengan elaun hanya RM1,900.

Ahli Parlimen berbalas koyak kertas usul di Dewan Rakyat



 
Jika pagi tadi beberapa MP pakatan Rakyat mengoyak-ngoyak kertas usul menggantung MP Padang Serai sewaktu ia dibentangkan, petang tadi menyaksikan giliran MP dari BN pula untuk 'membalas dendam'.

MP Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mengoyak usul MP Kuantan, Fuziah Salleh yang mencadangkan agar gaji lima orang penasihat bertaraf menteri yang dibayar sebanyak RM27,227 sebulan setiap seorang untuk tempoh setahun, 'diagihkan semula'.

Membentangkan usul itu di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9), Fuziah berkata ia dimajukan untuk mengelakkan pembaziran Belanjawan 2014 memandangkan lima jawatan itu dilihat sebagai tidak lebih daripada lantikan politik.

Di sebelah pagi, MP Pakatan yang diketuai Azmin Ali (PKR-Gombak) melabelkan usul menggantung Surendran selama enam bulan sebagai 'usul haram'.

Tidak lama kemudian, sebahagian MP Pakatan Rakyat bangkit dan melaung perkataan 'usul haram' berulang-ulang kali.

DAP: Make Umno buy all of Utusan's shares

Usul PM 66(9) MP PKR Kuantan - Potong Peruntukan JPM

Dewan kecoh: Ahli parlimen berbalas-balas koyak usul

MP PKR Sg Petani Bahas Usul MP PKR Bayan Baru - PM 66(9) Potong Gaji Duta Khas (JPM)

MP PAS Tumpat Bahas Usul MP PKR Bayan Baru - PM 66(9) Potong Gaji Duta Khas (JPM)

(1) DR 14 Nov 2013 : PKR Bayan Baru Usul 66(9) Potong Gaji

132,801 peminjam PTPTN disenarai hitam

ptptn
KUALA LUMPUR - Seramai 132,801 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan pinjaman berjumlah RM2.11 bilion telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen sehingga 30 September lepas.
  
Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa sejumlah 1,329,712 peminjam PTPTN perlu membuat bayaran balik pinjaman mereka yang berjumlah RM9.51 bilion sehingga tempoh itu.
  
"Daripada jumlah itu, seramai 903,920 peminjam atau 68 peratus telah membuat bayaran balik berjumlah RM4.82 bilion.
  
"Sebanyak RM4.69 bilion lagi merupakan tunggakan oleh seramai 425,792 peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik dan juga tunggakan oleh peminjam yang dibenarkan membayar ansuran lebih rendah daripada ansuran sebenar," katanya ketika menjawab soalan Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam).

Gantung Surendran: Dewan gamat, MP jerit 'usul haram'



KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini kecoh gara-gara usul yang mahu dibawa oleh pihak kerajaan untuk menggantung N.Surendran (PKR-Padang Serai) dari persidangan dewan selama enam bulan atas tuduhan menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Kekecohan bermula sebelum usul dibentangkan oleh Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ketika mesyuarat sedang dipengerusi oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pertikaian timbul terhadap penafsiran peraturan mesyuarat 44 (2) berhubung maksud tempoh dua hari penggantungan terhadap Surendran pada Selasa lalu.

Surendran ketika itu cuba untuk mengemukakan satu usul tergempar bagi membahaskan dakwaan perobohan kuil Sri Muneswarar Kaliyaman pada Selasa.

Mengapa tidak rujuk Surendran ke JK Hak Parlimen?


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai N. Surendran seharusnya dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sebelum dijatuhkan hukuman, kata Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyifatkan keputusan Speaker menggantung Surendran selama enam bulan adalah tidak demokratik kerana Surendran tidak diberi peluang membela diri.

"Saya kesal atas pengendalian tidak demokratik speaker berkaitan usul dan penggantungan ke atas MP Padang Serai.

"Sepatutnya Surendran dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Kenyataan dibuat Surendran di luar dewan. Sepatutnya dia dirujuk sebab tak ada kepastian sama ada betul atau tidak kenyataan beliau.

"Sepatutnya dia dirujuk ke Jawatankuasa Kebebasan Parlimen dan pihak media yang membuat laporan yang menjadi rujukan kerajaan untuk mengemukakan usul perlu dipanggil untuk menunjukkan bukti bahawa Surendran mengeluarkan kenyataan itu," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Speaker hari ini meluluskan usul menggantung Surendran selama enam bulan atas tuduhan menghina Speaker Dewan Rakyat.

'Kalau ikut Ku Nan, tiada kuil dapat dibina'


 
Jika definisi Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor diguna pakai, tiada satu pun kuil Hindu dapat dibina di Malaysia, kata Hindu Sangam Malaysia.

NONE"Sebab untuk membina kuil berdasar peraturan agama, kami memerlukan sekurang-kurangnya lima ekar tanah untuk semua aspek kuil dipertimbangkan," kata wakil NGO terbesar bagi penganut Hindu itu RS Mohan Shan (kiri).

Keluasan itu diperlukan bagi pembinaan kolam, dewan dan kuil itu sendiri.

Bagaimanapun, menurut Mohan lagi, kerajaan tidak menyediakan tanah untuk semua itu.

"Kerajaan tidak memperuntukkan kita sebarang tanah untuk kuil Hindu.

"Banyak kuil kita dibina secara haram kerana kami tidak mendapat tanah yang sesuai untuknya," katanya ketika dihubungi.

Mohan diminta mengulas dakwaan Tengku Adnan bahawa Sri Muneswarar Kaliyamman, kuil 101 tahun itu yang sebahagiannya dirobohkan Ahad lalu, hanyalah tempat pemujaan.

'Apa yang hebat sangat tentang Gani Patail?'




 
Mat Zain Ibrahim kini tertanya-tanya, mengapakah masih belum sebarang tindakan dijalankan selepas sebulan beliau membuat pengakuan berkanun mengenai kes Pulau Batu Puteh, yang kini menjadi milik Singapura, dan mengirim dokumen tersebut kepada beberapa individu, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu bimbang sekiranya Najib tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas gesaannya agar satu suruhanjaya diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Mat Zain memberitahu Malaysiakini, beliau beranggapan bahawa Najib melindungi Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan mengabaikan tuntutan dalam pengakuan berkanunnya, yang dibuat pada 7 Oktober lalu.

Dewan Rakyat gantung Surendran enam bulan


N Surendran menunjukkan gambar perobohan kuil di lobi Parlimen Selasa lalu. Gambar fail.N Surendran menunjukkan gambar perobohan kuil di lobi Parlimen Selasa lalu. Gambar fail.Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran (gambar) digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat atas kesalahan menghina Speaker Dewan dan menghina Dewan Rakyat.
Keputusan itu dibuat oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee hari ini selepas usul berkenaan penggantungan Naib Presiden PKR itu dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri.
Usul berkenaan bagaimanapun diluluskan tanpa dibahaskan selepas Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar membawa usul belah bahagi selepas lebih sejam sidang Dewan Rakyat terganggu apabila ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) membantah usul berkenaan.
Seramai 92 ahli Parlimen menyokong usul berkenaan, manakala selebihnya tidak mengundi.
Ketika usul berkenaan dibacakan, ahli Parlimen pembangkang turut mengoyakkan kertas pemberitahuan usul tersebut, malah ada yang menjadikannya origami roket.
Mereka turut menjerit "usul haram" dan "tarik balik" usul berkenaan berulang kali sambil menepuk meja.

Gantung MP PKR: Anwar berang Umno hina sistem demokrasi

Kecoh Persoal Usul Peraturan 27(3) Gantung MP Padang Serai : DR 14 Nov 2013

Dewan Huru-Hara Bacaan Usul Gantung MP Pdg Serai : DR 14 Nov 2013

HANGAT Dewan Lulus Usul Peraturan 27(3) Gantung MP Pdg Serai

Of shouting matches & paper planes: Surendran suspended for 6 months

Kritik speaker: Surendran digantung dari Parlimen enam bulan

'PAS not giving up Islamic ideals for political mileage'

(2) Dewan Rakyat 14 Nov 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Pergerakan Syiah didalangi Yahudi?

Syeikh Muhammad Fuad
KUALA LUMPUR – Syiah yang kini dipercayai mempunyai sekitar 300,000 pengikut di negara ini dipercayai didalangi oleh Yahudi yang mempunyai agenda berterusan untuk memecahbelahkan umat Islam di seluruh dunia.

Pengerusi Akidah, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), Datuk Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin berkata, Malaysia antara negara yang menjadi sasaran gerakan itu sejak 40 tahun lalu.

Katanya, rancangan itu bagaimanapun gagal kerana keberkesanan kepemimpinan negara melaksanakan pentadbiran berlandaskan prinsip keharmonian sejagat.

“40 tahun lalu, ada pengikut Syiah datang berhujah di maktab perguruan Islam dan memberi buku kepada mahasiswa bertujuan untuk mengembangkan fahaman mereka tetapi tidak berjaya. ALLAH masih selamatkan negara kita,” katanya pada Seminar

PPSMI bunuh identiti masyarakat secara perlahan?


KUALA LUMPUR: Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidaklah wajar dilakukan walaupun telah ada persiapan yang mantap dari segi guru dan juga bahan pembelajaran apatah lagi jika dilakukan dalam keadaan yang tidak tentu arah.

“Bahasa Melayu adalah harta kita. Janganlah disia-siakan demi sesuatu yang tidak pasti. Persis kata peribahasa Melayu lebih berharga mutiara sebutir dari pasir sepantai. Hargailah bahasa kita sebaik mungkin sepertimana ia sepatutnya,” ujar Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhamad Aliemran Norasid dalam satu kenyataan.


Justeru, katanya PKPIM yang mewakili suara mahasiswa di Malaysia sejak dari awal membantah keras dasar PPSMI yang banyak mendatangkan keburukan.

Beliau berkata, begitu banyak bantahan baik dari pelajar ataupun guru di mana mereka sukar untuk memahami pelajaran, malah membuatkan mereka hilang minat untuk mendalami pelajaran, baik Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Berikut kenyataan penuh beliau.

PKPIM melihat serius kenyataan mantan pimpinan negara dalam usahanya mengembalikan PPSMI.

Pihak kami yang mewakili suara mahasiswa di Malaysia sejak dari awal membantah keras dasar PPSMI ini yang banyak mendatangkan keburukan.

Pembaziran Wang Rakyat: Alasan pentadbiran Najib guna perunding luar disanggah


Bekas pegawai awam kanan dalam kerajaan tidak menerima alasan dan sebab yang digunakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) untuk menggaji pakar perunding swasta bagi menyediakan kajian dan melakar dasar kerajaan.
Ini kerana, kebanyakan mereka yang ditemuramah The Malaysian Insider mempersoalkan mengapa perdana menteri sebelum Najib mampu menguruskan kerja mentadbir negara tanpa membabitkan tenaga perunding luar.
Malah, lima perdana menteri sebelum Najib berjaya membangunkan negara sehingga Malaysia menjadi ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara tanpa menggunakan pakar luar daripada kerajaan.
Mereka berkata, keputusan menggunakan perunding luar sedangkan kerajaan mempunyai pakar penyelidik tersendiri, adalah satu pendekatan yang boleh membawa kepada penyelewengan.
Bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Ramlan Samiran, berkata mengapa kerajaan tidak menggunakan kepakaran anak tempatan yang bersusah payah mendapatkan kelayakan akademik dari dalam dan luar negara.
“Apa sudah jadi dengan semua pegawai kerajaan yang dihantar ke luar negara untuk mendapat ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran.

(1) Dewan Rakyat 14 Nov 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Siasat kaitan KP palsu dengan Projek IC Sabah


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung sindiket kad pengenalan palsu membabitkan warga asing di negara ini dan kaitannya dengan Projek IC di Sabah.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob berkata, penangkapan lebih sepuluh pengawal keselamatan yang disahkan memiliki kad pengenalan palsu adalah serius dan memberi kesan besar kepada keselamatan negara.

Beliau menambah, oleh kerana mereka yang ditahan datang daripada Sabah dan dipercayai rakyat asal Filipina, besar kemungkinan pesalah tersebut mempunyai kaitan dengan Projek IC Sabah.

"Kami mengucapkan tahniah (kepada pihak polis dan imigresen) kerana berjaya membongkar ‘kerakyatan palsu’ dalam negara kita. Sudah tentu rakyat tertanya, adakah mereka yang memiliki kad pengenalan palsu ini mendaftar juga sebagai pemilih bagi melayakkan mereka mengundi pada setiap kali pilihan raya?

"Beberapa tangkapan yang dibuat baru-baru ini mendapati kebanyakan mereka memiliki kad pengenalan palsu yang diperolehi di Sabah. Adakah ini ada kaitan dengan 'Projek I/C' yang pernah didedahkan (oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja)?" soal beliau.

UPSR 2013: 42,646 Calon Dapat Semua A

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 yang diumumkan pada Khamis menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud berkata 42,646 atau 9.15% daripada 466,167 calon mendapat semua A.

Mahkamah syariah Kelantan sedia laksana hudud

Daud
KOTA BHARU - Mahkamah Syariah Kelantan sedia melaksanakan hukuman hudud di negeri ini kerana kemudahan di bangunan baru Kompleks Mahkamah Syariah di Tunjung di sini, cukup dan sempurna.

Bagaimanapun, Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Muhammad berkata, pelaksanaan itu memerlukan kelulusan daripada kerajaan negeri dan pelantikan hakim khas pula harus dibuat.

“Dalam keadaan sekarang, jumlah bangunan dan dewan yang ada, insya-ALLAH hudud boleh dilaksanakan. Mahkamah sudah bersedia pada bila-bila masa sahaja dan tidak ada halangan” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian kompleks berkenaan di sini, semalam.

Hadir mencemar duli menyempurnakan perasmian kompleks bernilai RM25.8 juta itu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Bilal, Imam Masjid Taman Perling Dipecat: Anak Kariah mahu kepastian

Isu bilal, imam dipecat: Kariah mahu kepastian  
Bekas Bilal I, Mohamad Kasim Shariff (kiri) bersama Ismail (dua, kiri) dan beberapa ahli jawatankuasa bertindak bersama serta bekas Bilal II, Muhmmad Yasser A Rashid menghantar bantahan di Pusat Islam Iskandar, semalam.
JOHOR BAHRU - Susulan pemecatan seorang imam dan tindakan menamatkan perkhidmatan tiga bilal Masjid Taman Perling,  satu bantahan rasmi dihantar kepada Jabatan Agama Islam Johor (Jaij).

Serahan bantahan itu dikemukakan Jawatankuasa Kariah (bertindak) masjid tersebut bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan yang dikenakan ke atas imam dan tiga bilal terlibat.

Pengerusinya, Ismail Dahwan berkata, bantahan tersebut dihantar bagi mendapatkan campur tangan dan keputusan jelas isu tersebut daripada Pengerusi Jawatankuasa Agama, Abdul Mutalip.

Menurutnya, antara isi kandungan yang dikemukakan ialah pemecatan ini dilihat tidak dibuat mengikut peraturan dan undang-undang (enakmen) bahkan tidak disebut dengan jelas jenis kesalahan yang menyebabkan individu ini diberhentikan serta-merta.

“Kami juga mengemukakan beberapa perkara lain susulan pemecatan ini sebagai sokongan dan tindakan pihak yang berkenaan bagi mendapatkan penjelasan sewajarnya dan kebenaran.

“Dalam bantahan ini, kami turut melontarkan pandangan ke atas Jawatankuasa Majlis untuk kebaikan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Harga Minyak RON 97 (Turun 10 sen) Selepas (Naik 15 sen). Tanpa Subsidi Harga RON 95 (RM2.73) VS RON 97 (RM2.75)

RON 97 turun
Jikalau dahulu inilah jenis minyak yang menjadi pilihan orang kebanyakan di Malaysia. Seperti yang pernah Berita Semasa kupas (DI SINI). Sekarang?
Tidak lagi…..minyak RON 97 telah dianggap minyak pilihan orang-orang kaya & berkemampuan. Jikalau sebelum ini harag minyak RON 97 telah naik sebanyak 15 sen (DI SINI), hari ini dijangka harga minyak RON 97  turun 10 sen  berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) seperti di sini….

Pekeliling Kementerian Kewangan Malaysia : Harga Minyak RON 97 Turun 10 sen

Minyak RON 97
Bermakna sekarang ini harga minyak RON 97 yang sering diapungkan harganya mengikut harga pasaran dan tidak langsung diberikan subsidi seperti mana diberikan kepada minyak RON 95, jatuh pada harga RM2.75 liter sekarang ini.

Harga Minyak RON 97 Vs Harga Minyak RON 95

  • Harga minyak Ron 97 : RM2.75 (tiada subsidi)
  • Harga minyak Ron 95 : RM2.10 (subsidi bernilai 63 sen)
Adakah selepas ini giliran harga minyak RON 95 yang menjadi pilihan golongan berpendapatan rendah dan serdahana bakal turun pula?

5,000 Graduan Doktor Perubatan Bakal Menganggur Tahun Depan...

ADA terlalu ramai pelajar-pelajar perubatan yang lulus setiap tahun tetapi Hospital pula tidak cukup untuk melatih dan menyediakan peluang pekerjaan buat mereka, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Jika keadaan ini berterusan, tidak akan ada tempat untuk graduan ini untuk menjalani latihan menjelang tahun depan, tambah Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Datuk Dr NKS Tharmaseelan.

"Terlalu ramai graduan perubatan , dan kolej perubatan swasta pula terlalu banyak , hampir 40 sekarang untuk kira-kira 28 juta penduduk negara ini".

"Ini mungkin salah satu per kapita tertinggi di dunia. Untuk beberapa tahun lalu , MMA telah menentang sekeras-kerasnya strategi membanjirkan pasaran untuk mengatasi masalah kekurangan doktor. Walau bagaimanapun , sepertimana jaminan yang telah kerap kita beri bahawa banyak kawasan luar bandar masih kekurangan doktor dan tidak ada kemungkinan untuk doktor menganggur , ramai terus mengikuti kursus perubatan.

"Hari ini, dengan kira-kira 5,000 graduan perubatan setiap tahun, kita mempunyai jumlah tertinggi dalam sejarah Malaysia. "..

PR kecam cadangan DBKL naikkan cukai taksiran sehingga 267 peratus, bebankan warga kota raya


Tan seng giow


KUALA LUMPUR, 13 NOVEMBER: Pakatan Rakyat (PR) mengecam tindakan tidak bertanggungjawab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menaikkan kadar taksiran dan cukai hartanah bandar itu sehingga 267 peratus berkuatkuasa 1 Januari 2014.
Ahli Parlimen DAP Kepong, Dr Tan Seng Giaw berkata, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib tidak seharusnya membenarkan kenaikan secara drastik berlaku kerana ia akan memberi masalah kepada penduduk kota yang sememangnya sudah bergelut dengan kos sara hidup tinggi.
“Kami mengetahui kadar taksiran perlu dinilai daripada semasa ke semasa tapi yang penting ia harus adil dan munasabah kepada semua pihak.
“Datuk Bandar dan Menteri Wilayah Persekutuan perlu mengkaji semula dan mempertimbang dengan seadil-adilnya sebelum membuat keputusan berhubung kadar ini sebelum melaksanakannya,” tegasnya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Pas: Isu Petronas perlu perhatian serius

Dr Dzulkefly Ahmad
KUALA LUMPUR - Petronas digesa menjelaskan secara terperinci objektif syarikat itu sama ada meningkatkan komuniti perniagaan Bumiputera atau membuka perniagaannya secara langsung kepada syarikat asing.

Menurut Pengarah Penyelidikan Pas, Dr. Dzulkefly Ahmad, penjelasan tersebut perlu berikutan  program pembangunan vendor (VDP) yang diwujudkan Petronas bagi membantu syarikat-syarikat Bumiputera, didakwa cuba dilenyapkan secara perlahan-lahan.

“Dalam tahun 2010, ketika Tan Sri Shamsul Azhar mengambil alih kepimpinan Petronas, masih ada 30 vendor di bawah program VDP yang mempunyai tenaga kerja sehingga 10,000 yang terdiri dari Bumiputera.Tetapi hari ini, hanya 11 sahaja yang tinggal,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, semalam.

Islam membentuk minda kritis


Jika seseorang ingin membaiki sesuatu perkara atau peralatan, dia terlebih dahulu hendaklah ada pengetahuan atau ilmu mengenainya. Jika tidak nanti, niatnya yang baik untuk membaiki itu akan menatijah kerosakan semata, bukan memulihkan. Ini yang disebut sebagai tikus membaiki labu, atau tukang besi membaiki komputer. Tanpa ilmu, bukan bertambah baik tetapi bertambah rosak.
Islam juga demikian. Niat yang baik semata untuk mempertahan atau menyampaikan ajaran yang agung ini tidak memadai jika yang melaksanakan tugasan itu tidak cukup pengetahuan dalam perkara yang disampaikan tersebut.
Saya tidak menyatakan seseorang yang hendak berdakwah menyampai mesej Islam mesti menjadi sarjana besar terlebih dahulu. Tidak! Sama sekali tidak. Tetapi, dia hendaklah faham dengan baik bab atau perkara yang disampaikan itu. Umpamanya, jika dia bercakap mengenai cara sujud dalam solat, maka dia jelas tentang hadis-hadis mengenai perkara tersebut.
Jika dia bercakap pendirian Islam terhadap penganut agama lain, dia juga hendaklah jelas dan faham dalam perkara tersebut. Tidak boleh hanya berpijak kepada maklumat yang dikutip tanpa kepastian, atau tidak boleh pulak bercakap hanya atas sesuatu sentimen semata. Firman Allah:
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِين
(maksudnya) “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutku menyeru kepada agama Allah berdasarkan bukti yang jelas nyata. Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Surah Yusuf: ayat 108).
MIMPI BUKAN HUJAH AGAMA

KJ tak perlu mengalah untuk majukan bola sepak, walaupun dikritik Siti Nurhaliza


Bola sepak adalah sukan paling diminati oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini. Tidak kira prestasi pasukan negara meningkat atau makin merosot, sokongan rakyat tidak banyak berubah. Liga tempatan, terutama pertandingan Piala Malaysia yang diadakan saban tahun, sentiasa menarik minat rakyat untuk memenuhi stadium, menonton di kedai-kedai mamak atau di depan tv di rumah masing-masing.
Sokongan rakyat kepada pasukan bola sepak kebangsaan juga sentiasa tinggi walaupun pasukan negara lebih kerap kalah daripada menang.
Sejak puluhan tahun lamanya, pretasi bola sepak negara tidak banyak berubah berbanding negara-negara lain yang menunjukkan peningkatan yang ketara. Jika ditahun 80an dulu, pasukan kita sebaris dengan Korea Selatan dan sering menewaskan mereka di pelbagai pertandingan, hari ini Korea Selatan sudah dikira wakil tetap Asia ke Piala Dunia sedangkan Malaysia masih lagi tercungap-cungap di peringkat kelayakan.
Kelemahan pasukan bola sepak disebabkan pelbagai perkara, antara yang paling banyak disebut ialah kepimpinan FAM sebagai puncanya. Menteri Belia dan Sukan sudah silih berganti tetapi mutu bola sepak tetap ditakuk lama juga.
Hari ini, negara mungkin agak bertuah kerana menterinya bukan saja minat bola sepak tetapi juga boleh bermain bola sepak dengan baik. Berbanding penyandang jawatan itu sebelum ini, kebanyakannya hanyalah "kaki bangku" dan bercakap mengenai bola sepak berdasarkan teori sahaja tetapi KJ nampaknya lebih banyak tahu dan faham mengenai bola sepak.
Sebab itu, apabila Khairy Jamaluddin atau KJ menjadi Menteri Belia dan Sukan, bola sepak adalah sukan yang paling menjadi perhatian dan kerap ditegurnya. Bukan saja memajukan sukan bola sepak itu tugas dan tanggungjawabtetapi tentunya kerana beliau tidak mahu rakyat pelbagai kaum dan berbeza anutan politik, terus-menerus kecewa dengan mutu bola sepak negara ini.
Pelbagai teguran dan kritikan yang diluahkan oleh KJ, jika diimbas daripada pelbagai kenyataannnya, soal mutu bola sepak, kemudahan padang, keselamatan, terjumpanya pistol di tandas stadium, pembangunan di peringkat akar umbi dan sebagainya, semua menjurus ke arah mahu melihat sukan bola sepak meningkat mutunya.
Beliau tidak menegur mana-mana individu secara peribadi. Tegurannya lebih bersifat umum kepada FAM itu sendiri. Sebagaimana biasa, oleh kerana FAM diterajui oleh individu berpengaruh dan Sultan sebuah negeri, teguran dan kritikan KJ mudah saja mengundang respons balas daripada pihak lain.

Warga KL tolak kenaikan cukai, masa depan politik BN makin gelap


Harga hartanah di Kuala Lumpur yang melambung mendorong DBKL menaikkan cukai pintu berlipat kali ganda. Gambar fail.Harga hartanah di Kuala Lumpur yang melambung mendorong DBKL menaikkan cukai pintu berlipat kali ganda. Gambar fail.Tanya Robert Quah mengenai cadangan kenaikan 100% cukai pintu bagi pemilik rumah di Kuala Lumpur dan ini akan menaikkan kemarahannya.
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seputeh itu percaya kenaikan itu akan menjadi punca kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2018.
Beliau tidak berseorangan.  Wakil persatuan penduduk lain turut marah dengan kenaikan cukai pintu yang diumumkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui notis diterima sejak minggu lalu.
Kenaikan cukai pintu di Kuala Lumpur terakhir adalah 21 tahun lalu.
Menurut satu laporan dalam The Star tahun lalu, jumlah hartanah yang menjadi penempatan di Kuala Lumpur berjumlah 1.77 juta unit.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam mempertahankan kenaikan cukai pintu dengan berkata, harga hartanah di Kuala Lumpur juga sudah melambung tinggi.
“Jika sebuah rumah dahulunya berharga RM80,000 dan kini berharga RM700,000, tetapi harga cukai pintu masih lagi rendah, apa yang seharusnya kita lakukan,” katanya di Parlimen semalam.
Quah tidak dapat diyakinkan dengan alasan Tengku Adnan.