Rabu, 13 November 2013

Reformasi penyelamat masa depan

Oleh Nurul Izzah
Mac 2010 masih lagi segar dalam kenangan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Model Ekonomi Baru (NEM); sebuah rancangan pengurusan ekonomi negara yang memberikan sebuah jalan penyelesaian kepada masalah ekonomi negara.

Pengenalan NEM merupakan bukti kerajaan bukan sahaja menyedari ekonomi Malaysia rosak, malah, mereka juga mengetahui cara-cara menyelesaikannya.


Sayang seribu kali sayang, harapan rakyat untuk melihat Malaysia lebih sejahtera punah dengan satu lagi program diperkenalkan pada tahun sama, iaitu Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang menggantikan NEM.

ETP secara amnya cuma memperkenalkan kembali sistem ekonomi berasaskan kroni era 90-an, dengan projek-projek mega yang belum tentu akan memberi manfaat kepada rakyat secara amnya.

ETP tidak akan berjaya menyelesaikan masalah ekonomi Malaysia, kerana masalah ini  memerlukan reformasi ekonomi melalui penstrukturan radikal dan bukan transformasi kosmetik.

Agenda reformasi ekonomi dapat diperjelaskan menggunakan Prinsip 5D Decentralisation, Divestment, Diversification, Discipline (Fiscal)  dan Democratisation:


Decentralisation (Pengagihan semula kuasa serta sumber)

Kerajaan perlu mengagihkan semula kuasa dan sumber-sumber yang ada kepada peringkat lebih rendah seperti kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Perkongsian hasil cukai dengan nisbah 60:40 antara kerajaan Pusat dengan negeri akan dapat merangsang aktiviti-aktiviti dan pertumbuhan ekonomi setempat untuk berlaku dengan lebih pantas.


Divestment (Penyahmilikan saham)

PR sasar rampas 46 lagi kerusi BN untuk tawan Putrajaya pada PRU-14: Lim Kit Siang

SUBANG JAYA, 13 NOVEMBER: Berdasarkan persempadanan sekarang setiap parti komponen Pakatan Rakyat (PR) perlu menetapkan sasaran memenangi 45 kerusi bagi meraih majoriti 48 kerusi bagi menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.
Bagaimanapun, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ia banyak bergantung kepada keputusan di 40 kerusi yang perbezaan undi tipis, termasuk 51 kerusi daripadanya berada dalam tangan Barisan Nasional (BN) dan 29 kerusi yang dimenangi PR.
“Kerusi yang dimenangi dengan perbezaan undi melebihi 55% pada PRU-13 dianggap kerusi selamat, bererti BN mempunyai 82 kerusi selamat dan PR pula dengan 60 kerusi selamat.
“Pada PRU-13, PR memenangi undi popular tetapi gagal menawan Putrajaya kerana BN berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan dengan kelebihan kerusi iaitu sebanyak 133 kerusi, berbanding 89 kerusi yang dimenangi PR,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam amal Pakatan Rakyat, di Empire Hotel Ballroom, Subang Jaya, semalam.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen DAP Gelang Patah berkata, jika PR memenangi 23 lagi kerusi pada PRU-13 lalu, PR akan membentuk majoriti mudah dengan 112 daripada 222 kerusi.
Katanya, pada PRU-14 nanti, selain mengekalkan 89 kerusi Parlimen yang sedia ada, PR perlu menggandakan sasaran iaitu merebut bukan setakat 23 tetapi 46 daripada 51 kerusi yang dimenangi BN dengan majoriti tipis agar PR boleh memenangi 135 daripada 222 kerusi Parlimen iaitu dengan majoriti 48 kerusi.

Jamil Khir Baharom, pelawak berbakat...!!!

Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengetuai hal ehwal agama, berkata penguat kuasa agama akan di bekalkan dengan senjata api. Kenyataan Jamil Khir ini merupakan lawak jenaka yang paling sedap sekali kita dengar sejak akhir-akhir ini. Sebab kenapa penguat kuasa agama perlu di bekalkan senjata api ini ialah untuk mempertahankan diri selepas kejadian pembunuhan ke atas Pengarah Penguat Kuasa Agama Negeri Pahang, Rafli, baru-baru ini.
Mengikut pandangan Jamil Khir, ini merupakan satu cara untuk menjamin keselamatan pegawai penguatkuasa agama yang bertugas untuk menguatkuasakan undang-undang khususnya dalam isu ajaran sesat yang agak meluas di negara ini. Saya terfikir pula insiden yang meragut jiwa rakan saya Datuk Shaharudin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Di Raja kerana di tembak oleh penjenayah di Putrajaya beberapa bulan yang lalu.
Adakah kerajaan akan membekalkan juga senjata terhadap semua pegawai kastam kita bagi menjaga keselamatan mereka? Bagaimana pula dengan rakyat yang bertugas dalam Jabatan dan Kementerian lain yang telah di tembak mati oleh penjenayah lain?
Jika inilah caranya kerajaan atau pimpinan hendak menjaga keselamatan pegawainya dengan membekalkan senjata api, maka setiap pegawai kerajaan mesti di bekalkan dengan senjata untuk mempertahankan keselamatan mereka dalam menjalankan tugas harian mereka.

Agenda Politik Pas, Tahaluf Siasi dan Golongan Mat Sabu (Bahagian Akhir)

Tuan HJ Mohamad bin Sabu atau lebih dinekali sebagai abang Mat Sabu seorang tokoh PAS yang tidak asing. Sebelum mengenali beliau secara peribadi, saya kenal dada nya. Ketika itu, kepada saya, abang mat Sabu tidak berhenti menyeronokkan atau amuse saya. Mat Sabu mempunyai gaya yang tersendiri dan unik mencuit hati para pendengar ceramah yang dia sampaikan. Dan isi yang dia sampaikan boleh difahami oleh rakyat jelata. Tidak spectacular- tapi masuk dalam kepala, tersemat dalam hati.
Episode Mat Indera.
Secara serius saya mendekati abang Mat Sabu ialah ketika saya menulis dalam blog saya mempertahankan pandangan nya mengenai Mat Indera. Ketika itu saya belum bertemu dengan nya. Mat Sabu dibantai dengan teruk kerana mencadangkan Mat Indera sebetulnya adalah seorang pejuang. Ketika itu, pandangan umum yang dibentuk oleh media UMNO menggambarkan Mat Indera sebagai seorang penjenayah dan bandit yang membunuh beberapa orang Polis  Melayu.
Episode tersebut menunjukkan kesediaan Mat Sabu mengambil pendirian yang kontroversial tapi yang dikiranya sebagai menegakkan kebenaran. Mungki ini kualiti kepimpinan yang kita mahu.

Kenyataan palsu: Subramaniam akan diheret ke JK Disiplin Parlimen

abdullah sani 01KUALA LUMPUR 13 NOV : Pakatan Rakyat (PR) akan mengheret bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam ke Jawatankuasa Disiplin Parlimen ekoran memberi kenyataan palsu berhubung pengiktirafan kepada persatuan internal yang diwujudkan Maybank.
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abd Hamid, berkata lebih menghairankan apabila persatuan itu mudah diluluskan dalam tempoh enam hari berbanding persatuan kerja lain yang sudah lama memohon.
Beliau turut melahirkan rasa hairan punca kerajaan berbohong dalam isu pengiktirafan ‘in house union’ yang digelar sebagai MAYNEU dan memberikan beban.
“Perlu tahu kes mahkamah yang ditolak itu adalah kes teknikal dan bukan kerana merit. Apabila ke mahkamah rayuan, ia mengambil atas teknikal dan mahkamah memberi pandangan yang tidak menjurus kepada hak kesatuan,” katanya pada sidang media, di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Abdullah berkata PR juga tidak akan teragak-agak untuk mengetengahkan isu berkenaan di jawatankuasa parlimen bagi membela nasib pekerja.

210,000 siswazah kini menganggur

Pendidian ditransformasikan menjadi satu perniagaan, inilah hasilnya.. dalam perniagaan pengeluaran yang tinggi itu penting demi mengekalkan keuntungan..

Tapi bila pendidikan juga hanya mengejar keuntungan tanpa mempedulikan atau mengambil langkah meningkatkan pelaburan dari luar kedalam negara ini maka negara kini dilambakkan dengan lebih dari 200,000 graduan yang tidak punya pekerjaan..

Yang pasti samada graduan-graduan ini punya pekerjaan atau tidak, Kroni-kroni yang menguasai PTPTN, yang menguasai IPTS. tetap mengaut keuntungan..


56 peratus penganggur ialah siswazah

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Jumlah penganggur di negara ini sehingga Jun lalu adalah sebanyak 375,401 orang dengan 56 peratus daripadanya merupakan siswazah.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd. Muttalib berkata, jumlah siswazah yang menganggur adalah sebanyak 210,263 orang manakala golongan bukan siswazah adalah 165,139 orang (44 peratus).

Satu Perkara Isteri Boleh Tengking & Ugut Suami... - Ustaz Azhar Idrus

Kenapa KFC, McD, Pizza Hut Orang WARAK Tak Suka Makan? - Ustaz Azhar Idrus

Amalan 10 MUHARRAM - Ustaz Azhar Idrus

(2) Debat dengan Menteri Kewangan II - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

(1) Debat dengan Menteri Kewangan II - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

PRU14: Mampukah PAS tawan 24 kerusi lagi?

PAS mungkin dapat merampas lima kerusi di atas, ini bermakna PAS memerlukan 19 kerusi lagi. Dari mana kerusi ini datang?

PETALING JAYA:  PAS, PKR, dan DAP masing-masing perlu menang 45 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lima tahun akan datang bagi membolehkan mereka menang majoriti dan membentuk kerajaan Pusat.
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, jumlah 135 kerusi itu perlu jadi kayu ukur Pakatan Rakyat bekerja dari sekarang dan tidak lagi hanya bergantung kepada memperoleh kemenangan 50 peratus majoriti mudah.
“Sekarang cita-cita kita adalah setiap parti perlu menang 45 kerusi parlimen…saya tak fikir perkara itu mustahil untuk dicapai,” katanya semasa majlis makan malam Pakatan Rakyat di sini malam tadi.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, untuk itu DAP perlu berusaha tambah lagi tujuh kerusi, PKR lagi 15 kerusi dan PAS (24).
Pakatan Rayat semasa PRU13 lalu memperoleh 89 kerusi berbanding BN 133 kerusi; bertambah hanya tujuh kerusi dan masih mengekalkan kemenangan 2/3 majoriti BN.
Mampukah PAS tawan 24 kerusi lagi? Sudah tentu 24 kerusi ini adalah kerusi Umno kerana PKR yang memerlukan 15 kerusi lagi biasanya bertanding di kawasan majoriti Cina.
Analisis

Kalau kita analisis keputusan PRU ke 13, berdasarkan kerusi BN menang dengan majoriti kurang dari 1,000 undi, maka PAS mampu menawan parlimen Ketereh (majoriti 274 undi), Machang (805 undi) , Sungai Besar (399 undi), Kuala Selangor (460 undi) danTitiwangsa (866 undi).

Muktamar 59: Permata 'kepimpinan ulama' dalam perjuangan PAS

Pembaca pelbagai penulisan serta ‘analisa politik dalaman PAS' yang begitu rancak disiarkan di media perdana mahupun media alternatif seperti Facebook dan Twitter sejak beberapa hari lalu amat menarik untuk diulas.

Ini ditambah pula dengan kerancakan pemilihan pucuk pimpinan parti yang bakal menerajui kepimpinan PAS menjelang muktamar yang akan berlangsung.

Kepimpinan ini jugalah yang bakal mewarnai corak dan pendekatan PAS bagi menghadapi cabaran politik akan datang.

NONEGambaran yang cuba dipaparkan adalah pertarungan sebenar aliran-aliran utama dalam PAS, khususnya golongan yang dilabelkan sebagai "kumpulan ulama" dan golongan yang dilabelkan sebagai "kumpulan profesional" dalam kepimpinan PAS.

Isu ini kian hangat diperkatakan apabila adanya pertandingan di peringkat negeri serta pencalonan untuk menerajui jawatan tertinggi dalam PAS.

Dua persoalan utama yang sering diperdebatkan serta dilemparkan kepada umum:

(1) Apakah PAS menggadaikan prinsip perjuangannya setelah menjalinkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP?

(2) Apakah benar-benar wujud pertembungan golongan dua kumpulan ini dalam kepimpinan PAS, terutamanya dalam menangani persoalan penglibatan serta kepimpinan dalam Pakatan?

Realitinya kepimpinan PAS memang terkenal dengan nama-nama ulama tersohor seperti Abu Bakar Baqir yang menubuhkan Hizbul Muslimin, Ahmad Fuad, Burhanuddin Al-Hilmy, Yusuf Rawa serta Datuk Fadzil Mohd Nor.

Kesemua mereka mengingatkan kita tentang pengorbanan besar ulama tersohor untuk perjuangan PAS.

Fikrah Fadzil Nor

Begitu juga tokoh profesional seperti Abbas Alias yang pernah memimpin PAS walaupun berjawatan sebagai pengarah hospital di Kuala Lumpur.

Nama-nama seperti Dr Zulkifli Mohamad serta tokoh-tokoh pendidik agung seperti, Profesor Aminuddin Baki dan Profesor Ungku Omar Ungku Ahmad juga banyak menyumbang kepada perjuangan PAS.

NONENamun bagi saya, nama Fadzil (kanan) adalah yang paling dekat dengan denyutan perjuangan yang saya sendiri lalui.

Almarhum seorang pemimpin ulama yang menguasai konteks, realiti dan cabaran pentas perjuangannya.

Ini intisari kekuatan fikrah almarhum sebagai seorang ulama, sekali gus mempamerkan penguasaan kepemimpinannya.

Beliau juga amat teliti menyorot setiap tindak rencana politiknya dalam menangani pergolakan politik dan persimpangan getir bagi menjamin kesinambungan perjuangan parti.

Husam berjaya kekal injuksi terhadap penulis blog Parpukari


Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar) berjaya mengekalkan perintah injuksi Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada April lalu terhadap penulis blog Parpukari agar tidak terus melemparkan kenyataan fitnah kepada Husam.
Panel tiga hakim Makamah Rayuan Putrajaya diketuai Mohamad Ariff Md Yusof mengarahkan penulis blog itu atau nama sebenarnya Mohamad Salim Iskandar membayar RM5,000 kepada Husam.
Husam berjaya mengekalkan injuksi terhadap Mohamad Salim, 40, daripada terus menerbitkan artikel fitnah bertajuk "Parpukari productions mempersembahkan kisah cinta terlarang 2 benua!" pada Februari tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu Yazid Mustafa memerintahkan injuksi tersebut ke atas Mohamad Salim.

Fitnah: Permohonan maaf NST, kemenangan untuk rakyat, kata NGO


Permohonan maaf yang akan dikeluarkan oleh akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times ekoran artikel mengaitkan empat badan bukan kerajaan (NGO) "menggugat kerajaan" adalah kemenangan untuk rakyat, kata kumpulan berkenaan.
Dalam satu kenyataan hari ini,  kumpulan NGO yang terdiri daripada Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Pertubuhan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0), Centre for Independent Journalism, Merdeka Center, dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) berkata mereka hanyalah menyemarak dan menyuburkan demokrasi.
"Kejayaan hari ini adalah gambaran kedudukan kami dan kemenangan untuk rakyat,” kata kenyataan bersama NGO berkenaan di Kuala Lumpur.
"Hari ini kebenaran mengatasi kekeliruan. Bagaimanapun perjuangan menegakkan kebenaran sehingga perubahan dapat ditegakkan," katanya.
Selain mengemukakan permohonan maaf, NST juga bersetuju membayar RM120,000 kepada empat pihak itu, ekoran menyiarkan artikel lebih setahun lalu yang mendakwa  semua pertubuhan itu terlibat dalam rancangan menggugat kestabilan kerajaan.
NST bersetuju menyiarkan permohonan maaf pada halaman 3 akbar itu dalam tempoh 14 hari, kecuali Sabtu.

Surendran bakal berdepan tindakan penggantungan enam bulan dari dewan


Ahli Parlimen Padang Serai daripada PKR, N Surendran (Surendran) bakal berdepan penggantungan selama enam bulan, ekoran kenyataannya semalam yang mengecam speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Surendran semalam berang selepas dihalau keluar dari Dewan Rakyat kerana cuba membangkitkan isu berkenaan perobohan kuil baru-baru ini.
"Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat N Surendran, Ahli Parlimen Padang Serai hendaklah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat selama enam (6) bulan daripada tarikh keputusan usul ini diluluskan," tulis satu kenyataan yang diedarkan di lobi Parlimen bahawa satu usul mengenai isu tersebut akan dibawa ke Dewan Rakyat untuk diluluskan.
Kenyataan tersebut juga menyatakan Surendran telah menghina speaker dengan kenyataan "complete and utter lies" (fakta yang tidak benar) dan tuduhan bahawa speaker adalah "speaker yang bias".
"Dan bahawa tuduhan-tuduhan itu adalah merupakan satu penghinaan kepada Yang di-Pertua yang menjalankan tugas sebagai Pengerusi Dewan ini dan demikian bererti penghinaan juga kepada Dewan Rakyat yang turut mencemarkan nama baik dan prestij Dewan Rakyat," tulis kenyataan itu lagi.

Kerajaan BN bayar K-pop RM1.6 juta pengiktirafan kerajaan kepada belia, kata Khairy



Khairy tetap mempertahankan tindakan KBS membawa masuk artis K-pop pada sambutan Hari Belia tahun lalu. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 13 November, 2013. 
Khairy tetap mempertahankan tindakan KBS membawa masuk artis K-pop pada sambutan Hari Belia tahun lalu. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 13 November, 2013.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mempertahankan pembayaran RM1.6 juta kepada artis K-pop sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun lalu sebagai pengiktirafan kerajaan kepada golongan belia.
Khairy berkata, langkah tersebut adalah manifestasi penghargaan kerajaan kepada belia terhadap sokongan mereka  dalam proses pembangunan negara.
"Persembahan penyanyi dari Korea iaitu K-pop ialah satu trend dan tarikan kepada belia masa kini terutama dalam menarik golongan belia daripada pelbagai latar belakang.
"Jika dilihat dari sudut positif, perkara tersebut juga satu pengiktirafan kerajaan khususnya kepada golongan belia betapa kerajaan mengambil berat akan minat mereka," kata Khairy di Dewan Rakyat hari ini.
Kerajaan menerima kritikan dan tekanan hebat susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang mendapati Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membelanjakan RM1.6 juta untuk membawa tiga kumpulan K-pop, iaitu U-Kiss, Teen-Top dan Dal Shabet.

KBS bayar K-Pop RM1.6 juta, bukan penaja - KJ

KUALA LUMPUR: Sekali lagi persoalan berkait bayaran RM1.6 juta kepada artis K-Pop ketika sambutan Hari Belia 2012 dijawab untuk kali kedua.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menjelaskan, sememangnya bayaran itu telah dibuat oleh pihak kementerian dan bukan oleh pihak syarikat swasta selaku penaja seperti asalnya.

"Memang benar konsert ini telah dibiayai oleh kementerian.

"Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja dibuat kerana ketika itu ada tawaran pihak swasta untuk menaja.

"Tetapi akhirnya tajaan tidak diberi dan kementerian terpaksa menanggung bayaran untuk konsert K-Pop di Hari Belia Negara 2012," katanya.

MP: Tak adil stereotaip belia Cina dengan K-Pop



 
Seorang MP Pakatan menyelar tindakan kerajaan yang didakwa membuat tanggapan stereotaip dengan menganjurkan konsert K-Pop untuk menarik penyertaan anak muda dari masyarakat Cina ke program seperti Hari Belia 2012.Khalid Samad (PAS-Shah Alam) yang mencelah semasa ucapan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata langkah tersebut tidak adil kerana menganggap golongan anak muda terbabit hanya berminat dengan hiburan K-Pop.
Beliau sebaliknya secara sinis mencadangkan agar kerajaan menganjurkan perhimpunan seperti BERSIH yang mendapat sambutan golongan anak muda.
"Kalau nak tarik orang muda, belia Melayu dan Cina sama-sama, anjurkan BERSIH 3 atau BERSIH 4.
"Tak perlu perempuan pakai baju sedikit ini (artis K-Pop) untuk tarik orang muda," kata Khalid.

Rafizi Nafi Aziz Orang Kanan Keluar Parti

Tak Tipu Bukan UMNO: "Bekas" Ketua Cabang "Palsu" Pandan Antara 70 Ahli PKR Sertai UMNO

Charles Santiago: GST & TPPA Akan Memiskinkan Rakyat Malaysia

Ong Kian Ming: The Government Is Going To Get More Money From You

Wong Chen: Najib's Prime Minister Dept Has Bigger Budget Than The Ministry Of Defence

Tim Menteri Sains Teknologi, Inovasi - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Menteri Kemajuan Luar Bandar - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Bung cabar Khairy campurtangan untuk angkat darjat bolasepak

Khairy: Yes, government paid for K-Pop concert

(2) Menteri Belia & Sukan - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

(1) Menteri Belia & Sukan - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Menteri Wilayah Persekutuan - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Tim Menteri Sumber Manusia - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014 (2)

Harga Gula Dunia Turun: Pelik, kenapa M'sia naik harga gula

Umno akan suntik RM40j dalam Utusan Melayu

 
Umno akan menyuntik RM40 juta pelaburan dalam Utusan Melayu (M) Bhd, syarikat yang menerbitkan akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia, melalui cadangan 'two-call rights issue (TCRI)'.
Menurut satu makluman kepada Bursa Malaysia lewat semalam, ini akan melonjakkan saham Umno dalam Utusan Melayu daripada 49.8 peratus kepada 53.1 peratus.

Bagaimanapun, dengan memberi perjanjian untuk mengambil terbitan hak itu, "saham mengundi" Umno akan meningkat kepada kira-kira 67.2 peratus - peningkatan lebih dua peratus dalam tempoh enam bulan.

Ini akan -  selaras dengan Kod Pengambilalihan dan Penggabungan 2010 - membawa kepada tawaran pengambilalihan mandatori untuk semua saham dalam Utusan Melayu yang belum dimiliki Umno.

NONEBagaimanapun, Umno memohon kepada Suruhanjaya Sekuriti untuk
mendapat satu pengecualian, supaya ia boleh menyokong usaha Utusan Melayu untuk mengumpul dana tanpa menanggung kos faedah selanjutnya.

Terbitan hak adalah satu tawaran oleh sesebuah syarikat kepada pemegang sahamnya untuk membeli saham tambahan (juga dikenali sebagai saham hak), seimbang dengan setiap saham yang sudah dimiliki pemegang saham.

Terbitan hak dua panggilan akan berlaku apabila sesebuah syarikat menerbitkan saham pada harga di bawah nilai tara, seperti yang dihasratkan oleh Utusan Melayu.

Isu Kuil: Saya tak mahu gaduh dengan Waythamoorthy - Ku Nan

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor enggan mengulas gesaan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy supaya beliau meminta maaf dalam isu Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman yang dirobohkan, baru-baru ini.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, ia bertujuan mengelakkan pertelingkahan berlanjutan antara beliau dengan timbalan menteri tersebut.
"Itu saya tak mahu komen lah, tak perlu saya komen. Saya tak mahu gaduh dengan beliau.
"Sebab dia kata tak selari dengan komen, itu saya tidak mahu komen," katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Waythamoorthy membidas kenyataan Tengku Adnan yang dilihat cuba masuk campur dalam hal ehwal agama Hindu dan memberikan kenyataan bercanggah.

‘Berkas segera Gani Patail’

KUALALUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak supaya segala aktiviti yang melibatkan pihak Peguam Negara (AG) dibekukan segera.Ia ekoran pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang mengaitkan Tan Sri Gani Patail sebagai pengintip dan agen CIA.

Pengasas SAMM,Badrul Hisham Shaharin berkata, dakwaan ini sebagai sangat serius.
"Di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88 seksyen 3) memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup di atas kesalahan 'Pengintipan bagi maksud yang mudarat kepada keselamatan atau kepentingan Malaysia'.
"Maka Tan Sri Gani Patail harus diberkas dan dibicarakan sertamerta bagi menjamin negara ini berada dalam kedudukan lebih selamat,"katanya kepada Harakah 6 November lalu.
Beliau juga menggesa agar Tun Mahathir tampil membuat penjelasan lebih terperinci mengenai dakwaan serius yang dilontarnya.

Isu kuil: Pemilik tanah berhak buat pembangunan, kata Ku Nan pulak..!!!


Suasana kecoh ketika kuil berusia 100 tahun itu hendak dirobohkan pada September lalu. Gambar fail.Suasana kecoh ketika kuil berusia 100 tahun itu hendak dirobohkan pada September lalu. Gambar fail.Susulan kontroversi isu roboh kuil di Jalan P Ramlee, baru-baru ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata adalah tidak adil menghalang pembangunan yang ingin dijalankan oleh pemilik tanah berkenaan.
Beliau berkata, walaupun kebenaran diberikan kepada seseorang individu untuk menggunakan tanah tersebut, hak mutlak masih tertakluk kepada pemilik tanah.
"Dalam isu kuil ini, kamu perlu ingat terdapat peraturan dan undang-undang untuk kuil, ada sesetengah tempat di mana kami benarkan untuk mereka gunakannya.

Muktamar 59: Kalau tidak, jadi roti canai parti ini - Nasrudin


KUALA LUMPUR: Pemilihan jawatankuasa peringkat Pusat dan dewan-dewan akan berlaku sempena Muktamar Tahunan PAS ke-59 yang berlangsung di Shah Alam, minggu depan.

“Pemilihnya pula adalah perwakilan yang terpilih, terpilih pula dari kalangan anggota parti yang menjadi pilihan.

“Ertinya calon dan perwakilan telah mempunyai kualiti yang tersendiri,” tulis Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan menerusi facebook.

Hairannya, beliau yang menarik diri daripada mempertahakan jawatan itu bertanya, kenapa surat khabar, facebooker, blogger dan pemerhati dari luar pula yang lebih-lebih seperti mahu mencatur dan menentukan keputusan.

“Mujur bukan mereka yang jadi perwakilan, kalau tidak...jadi roti canai parti ni,” tulisnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Isu Peguam Negara: Tubuh tribunal siasat dakwaan Mat Zain


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa satu tibunal khas dibentuk oleh kerajaan bagi menyiasat pendedahan yang dilakukan oleh Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim terhadap salah laku Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Jelasnya perkara ini tidak boleh dipandang ringan oleh kerajaan kerana ia melibatkan individu yang menguruskan sebuah organisasi yang mengawal sistem perundangan negara.

"Saya gesa agar kerajaan bertindak segera untuk menubuhkan satu tribunal khas bagi menyiasat Peguan Negara berhubung pendedahan yang dilakukan oleh Mat Zain.

"Perkara ini amat penting kerana kita tidak mahu sebuah badan yang mengamalkan sistem perundangan negara dicemari dengan salah laku sedemikian," jelasnya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, kelewatan kerajaan menubuh tribunal tersebut akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada kredibiliti Jabatan Peguam Negara.

PPSMI: Mahathir ulang hujah yang sudah jadi sejarah


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih terperangkap dalam pemikiran kolonial apabila mahu subjek sains dan matematik kembali diajar dalam Bahasa Inggeris, kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau berkata, pandangan Dr Mahathir harus diketepikan kerana kerajaan sendiri akur dengan kehendak rakyat yang menolak Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

"Dr Mahathir ulang dan ungkit isu yang sudah selesai dan keputusan sudah dibuat oleh kerajaan supaya dasar ini dimansuhkan.

"Pandangan Dr Mahathir yang mahu PSSMI ini dikembalikan adalah ke belakang dan Dr Mahathir terperangkap dengan pemikiran kolonial," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Dr Mahathir ketika berucap di Persidangan Antarabangsa Pendidikan Guru dalam Dunia Islam di Petaling Jaya semalam merayu agar subjek sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris kerana berpandangan Bahasa Melayu belum menjadi bahasa sains dan matematik.

Beliau juga dilaporkan berkata, tanpa penguasaan bahasa Inggeris peluang pekerjaan seseorang itu akan menjadi sempit walaupun cemerlang dalam akademik.

Mengulas lanjut, Azmi yang lebih dikenali sebagai Cikgu Azmi berkata, peluang pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris terbuka luas namun subjek sains dan matematik harus diajar dalam bahsa Melayu kerana sesuatu ilmu itu lebih senang difahami apabila diajar dalam bahasa ibunda.

"Dr Mahathir harus sedar bahawa kita tidak menyekat pelajar-pelajar mempelajari Bahasa Inggeris malah peluang untuk belajar terbuka luas dan ada di mana-mana.

K'jaan BN belanja RM4 juta sehari untuk perunding

NONEMP Kelana Jaya Wong Chen berkata kerajaan membayar sekurang-kurangnya RM7.2 bilion kepada firma perunding swasta sejak lima tahun lalu.

Menurut Wong Chen, jumlah tersebut diperolehinya dalam satu jawapan bertulis dari menteri kewangan di Parlimen semalam.
Secara purata, ini menunjukkan kerajaan membayar perunding swasta RM125 juta sebulan atau RM4 juta sehari, katanya.
Tambahnya lagi, perbelanjaan tersebut juga meningkat sebanyak 13.5 peratus setiap tahun bermula dari tahun 2009 sehingga bulan Oktober 2013.
Bercakap dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini, Wong berkata peningkatan ini adalah dua kali ganda lebih besar dari kadar pertumbuhan pendapatan negara.

RM7.2b dibayar kepada syarikat perunding swasta oleh kerajaan BN


KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia telah membelanjakan sejumlah RM7.2 bilion dalam masa lima tahun iaitu dari 2009 hingga Oktober 2013, semata-mata membayar kepada syarikat perunding swasta.

Perkara itu dimaklumkan oleh kerajaan dalam jawapan bertulis kepada soalan Wong Chen (PKR- Kelana Jaya) dan Gooi Hsiao Leung (PKR-Alor Setar) di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan menjelaskan sebanyak RM1,246,817,156.72 dibelanja untuk tujuan itu pada tahun 2009, RM1,632,008,502.20 (2010), RM1,797,658,442.40 (2011), RM1,824,659,329.87 (2012) dan RM721,890,218.56 (Okt 2013).

"Jumalah ini jika diurai, ia menjadi RM125 juta sebulan, atau RM4 juta sehari.

"Ini merupakan penggunaan hasil kerajaan yang sebahagiannya dijana dari cukai rakyat yang cukup tidak bertanggungjawab," kata kedua-dua ahli parlimen itu dalam satu kenyataan bersama.

Syed Mokhtar untung RM3.5 bilion tapi pesawah terus miskin

Dinner PR 01SUBANG 13 NOV: Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari diunjur bakal memperoleh pendapatan bernilai RM3.5 bilion daripada hasil pelaburan beliau dalam syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dalam jangka masa tiga tahun akan datang.
Unjuran pendapatan itu diperoleh berdasarkan keuntungan BERNAS yang terus meningkat daripada hasil komoditi beras yang juga makanan ruji rakyat Malaysia.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keadaan itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) lebih mengutamakan kroni mereka, berbanding kehidupan pesawah padi yang berterusan dibelenggu kemiskinan.
“Lebih menjadi tanda tanaya bagaimana seorang Melayu boleh beli syarikat atau penswastaan dan mencatat unjuran kekayaan pendapatan dalam tempoh tiga tahun akan datang RM3.5 bilion daripada BERNAS, sedangkan pendapatan rakyat miskin itu tidak mencukupi,” kata beliau pada Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat (PR) di Hotel Empire, di sini, malam tadi.
Anwar berkata, ketika beliau menjadi Menteri Kewangan, penswastaan BERNAS hanya boleh diteruskan dengan syarat sebanyak 10 peratus saham syarikat itu diagihkan kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), manakala lima peratus kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Kelantan, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Kedah dan kakitangan BERNAS.

Sebesar manakah empayar Syed Mokhtar Albukhary?

syed mokhtar assets 121113Ketika penutupan pada Jumaat, MMC Corp yang dikuasai Syed Mokhtar Albukhary mempunyai modal pasaran kira-kira RM8.22 bilion.

Ini menunjukkan bahawa pemilikan kepentingan 51.76 peratus Syed Mokhtar mempunyai nilai pasaran sebanyak RM4.25 bilion.

Syarikat utamanya DRB Hicom pula ditutup pada RM2.56, menjadikan modal pasarannya sebanyak RM4.95 bilion. Ini menjadikan pegangan 55.92 peratus mempunyai nilai pasaran sebanyak RM2.77 bilion.


Oleh itu, kepentingan kolektifnya dalam kedua-dua syarikat itu bernilai lebih RM7 bilion.

Awal tahun ini, Forbes menyenaraikan Syed Mokhtar sebagai rakyat Malaysia ketujuh terkaya dengan nilai bersih AS$3.3 bilion atau kira-kira RM10.5 bilion.

MP: Government spent RM7.2bil on private consultants

Wong Chen: Najib, Jangan Menjualkan Negara Kita Kepada Korporasi Amerika

Tim Menteri Sumber Manusia - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014 (1)

Menteri KPDNKK - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

DR 13 Nov 2013 : Usul 18 (1) JK Khas Malaysia

'Government will do research before raising electricity tariffs'

Motion to review Sabah, Sarawak agreements rejected

Dewan Rakyat 13 Nov 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Kalau Tak Tipu Bukan UMNO: Bekas Ketua Cabang Pandan Antara 70 Ahli PKR Sertai UMNO ...ha..ha...Aziz ni bekas ketua cabang..!!!

PANDAN 13 Nov - Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah hilang kepercayaan terhadap pemimpin parti itu kerana terlalu memandang rendah terhadap ahli parti dari akar umbi.

Bekas Ketua Cabang PKR Cabang Pandan Abdul Aziz Jusoh berkata, beliau kecewa dengan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli kerana telah mengaibkan beliau.

"Saya kecewa sebab dia (Rafizi) mengaibkan saya.

"Saya keluar parti, saya tidak puas hati dengan PKR dan saya hilang kepercayaan dengan pemimpin parti yang terlalu pandang rendah dengan orang bawahan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Bebaskan orang Melayu daripada racun Umno, kata penyokong bukan Islam PAS


Umno meracun fikiran orang Melayu, kata Pengerusi DHPP, Hu Pang Chaw. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 13 November, 2013.Umno meracun fikiran orang Melayu, kata Pengerusi DHPP, Hu Pang Chaw. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 13 November, 2013.Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yakin parti Islam itu dan Pakatan Rakyat (PR) akan lebih berjaya dalam pilihan raya umum akan datang jika mampu memecahkan tembok dan membuang racun yang ditanam Umno ke dalam pemikiran orang Melayu.
Pengerusi DHPP, Hu Pang Chaw, berkata “racun” itu yang menyebabkan majoriti orang Melayu masih menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Pertamanya, Umno menanamkan racum kepada orang Melayu bahawa hanya Umno penyelamat mereka.
"Keduanya, orang Melayu diracuni Umno bahawa jika Pakatan menang, DAP akan memastikan Cina jadi perdana menteri.  Agama rasmi negara akan ditukar kepada Kristian dan Melayu akan dihalau daripada bumi sendiri seperti berlaku kepada Melayu Pulau Pinang sekarang," katanya dalam satu temuramah bersama The Malaysian Insider, baru-baru ini.

DBP: Keputusan Sains dan Matematik merudum ketika PPSMI dilaksanakan


Datuk Dr Awang Sariyan ketika menjawab soalan wartawan pada sidang media di Menara DBP hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 13 November, 2013.Datuk Dr Awang Sariyan ketika menjawab soalan wartawan pada sidang media di Menara DBP hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 13 November, 2013.Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini berpegang teguh kepada pendirian kerajaan untuk menarik balik pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana statistik Kementerian Pendidikan membuktikan terdapat kemerosotan keputusan akademik pelajar melalui pelaksanaan dasar itu.
Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Awang Sariyan (gambar), berkata PPSMI tidak mempunyai hala tuju selain Kementerian Pendidikan membuktikan keputusan pelajar merudum dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
"Kami patuh kepada keputusan kerajaan kerana pelbagai institusi pendidikan menjalankan kajian mendalam terhadap kegagalan PPSMI.

Bahasa Melayu hanya mitos dalam PPPM

Oleh DR KAMARUDIN MUSA
PELAN Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), dikatakan membawa dimensi baru dalam memperkukuh kedudukan bahasa Melayu dalam sektor pendidikan, khususnya di sekolah-sekolah vernakular SJK Cina dan SJK Tamil.
Tambahan masa pembelajaran bahasa Melayu daripada 270 minit kepada 300 minit bagi tahap satu SJKC, manakala pada tahap dua, tambahan masa daripada 180 minit kepada 270 minit, dianggap sebagai pelengkap kepada usaha untuk memperkasa bahasa Melayu di sekolah-sekolah.
Tindakan ini secara umumnya dapat dianggap sebagai usaha yang positif, bagi memastikan bahasa Melayu yang telah dipersetujui sebagai bahasa Kebangsaan, sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan negara.
Bagaimanapun, soal atau agenda pengukuhan serta pemertabatan bahasa Melayu ini hanya terpakai dalam konteks SJKC dan SJKT semata-mata, sewajarnya tambahan masa pengajaran bahasa Melayu juga seharusnya terpakai di sekolah-sekolah antarabangsa, memandangkan dalam kandungan PPPM, tidak menyentuh langsung soal kedudukan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Malaysia yang berada/belajar di sekolah-sekolah antarabangsa.
Hakikatnya, ramai kalangan anak-anak golongan elit Melayu yang berada di sekolah-sekolah antarabangsa ini. Berdasarkan perangkaan 2012 terdapat seramai 11,278 orang pelajar Malaysia yang belajar di sekolah-sekolah antarabangsa.

Kempen Jahat: Saya tiada jawapan - Zulhazmi

Zulhazmi: Saya tiada jawapan 
SHAH ALAM - Calon Ketua Pemuda Pas, Zulhazmi Shariff tidak tahu apakah jawapan yang perlu diberikan kepada anak-anaknya ketika diajukan soalan berkaitan mukanya ditukar kepada anjing.

Katanya, anak-anaknya terkejut apabila terlihatkan gambar itu dan hanya mampu tersenyum.

"Anak-anak saya dah sekolah. Seorang berusia sembilan tahun dan seorang lagi enam tahun. Anak-anak zaman sekarang sudah moden. Jadi, mereka boleh melihatnya.

"Mereka bertanya, kenapa muka ayah jadi anjing? Nama betul, tapi gambar lain?" Terkejut dengan soalan itu, Zulhazmi hanya mampu tersenyum dan tidak pasti jawapan apa yang perlu diberikan kepada anak-anaknya.

"Saya kelu. Tidak ada jawapan pasti, tetapi anak-anak seakan menunggu mengapa terjadinya perkara itu," katanya.

"Mujur mereka tidak bertanya beberapa kali. Saya anggap mereka faham apa yang berlaku walaupun sebenarnya tidak," katanya.

Menurutnya,  tidak hanya anak-anaknya, perkara sama turut diajukan oleh isterinya yang sedih dengan kejadian menimpanya.

Digantung kerana simbol Rabaa

Abdel-Zaher 
MESIR - Penyerang kelab bola sepak Al-Ahly, Ahmed Abdel-Zaher digantung tanpa gaji kerana menunjukkan simbol empat jari (Rabaa) selepas menjaringkan gol kemenangan 2-0 ketika menentang kelab Afrika Selatan, Orlando Pirates, Ahad lalu.

Kelmarin, jurucakap kelab bola sepak Mesir itu memaklumkan tindakan tersebut dibuat kerana kononnya Abdel-Zaher, 28,  mencampuradukkan politik dengan sukan.

Sementara itu, Menteri Sukan Taher Abu Zeid turut menggesa Persekutuan Bola Sepak Mesir supaya menggantung dan mendenda pemain tersebut sama seperti yang dikenakan ke atas juara Kung Fu dunia, Mohamed Youssef.

Difahamkan, laporan dipetik dari Al- Arabiya, Youssef dilarang menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun kerana beliau memakai baju T tertera lambang Rabaa dan menunjukkan simbol empat jari tersebut selepas memenangi pingat emas di Rusia pada bulan lalu.

Masjid Taman Perling: Selepas Imam, 3 bilal pula diberi notis berhenti 24 jam..!!

Bilal diberi notis berhenti 24 jam 
JOHOR BAHRU - Selepas pemecatan seorang imam di Masjid Taman Perling, tiga bilal masjid itu pula ditamatkan perkhidmatan.

Notis penamatan jawatan bilal menerusi notis 24 jam diserahkan kakitangan jawatankuasa pentadbir masjid itu kira-kira jam 1 tengah hari, kelmarin.

Tiga bilal itu mendakwa tindakan itu tidak mengikut prosedur, malah menafikan hak bersuara.

Antara isi notis berkenaan mengatakan, pegawai tidak mempunyai surat tauliah sah daripada jabatan agama, melanggar peraturan, etika dan melanggar panduan dan peraturan Jabatan Agama Johor 1999 akan dihentikan.

Menurut Bilal I, Mohamad Kasim Shariff, 54, beliau tidak mendapat penjelasan kenapa ditamatkan perkhidmatan, sebaliknya notis diterimanya menyatakan dirinya tidak mempunyai surat tauliah.

UMNO@BN melindungi kroni Maha kaya!

Bernas tidak menghadapi masalah serupa Blackberry. Harga saham Bernas sedang meningkat malah nilainya kini hampir tiga kali ganda nilai lima tahun dahulu. Ia satu contoh syarikat yang stabil dengan keuntungan bersih tahunan konsisten sekitar RM135 juta setiap tahun sejak 2006, dengan hasil yang meningkat tahun demi tahun dari RM2.1 bilion (2006) ke RM3.6 bilion (2012).

Bernas memang sasaran pengambilalihan mana-mana individu yang sangat kaya. Apabila diambil kira keuntungan yang sihat, monopoli Bernas ke atas lesen AP import beras dan realiti bahawa beras adalah makanan ruji rakyat Malaysia, individu-individu yang sangat kaya pastinya mengidamkan syarikat sebegini.

Niat asal

Kita patut ingat niat asal penswastaan Bernas bukan sahaja untuk memastikan keperluan beras negara dipenuhi (melalui pengurusan Simpanan Stok Negara dan Skim Harga Subsidi Padi) tapi juga untuk memastikan petani dan pengedar bumiputera serta pekerja Bernas mendapat manfaat dari milikan ekuiti daripada penswastaan tersebut.

Hal ini dibangkitkan Menteri Kewangan pada bulan Disember 1995 dalam jawapan kepada Lim Guan Eng di Parlimen, diikuti pembentukan konsortium Budaya Generasi Sdn Bhd pada Januari 1996. Konsortium tersebut membolehkan lebih dari separuh ekuiti Bernas dimiliki persatuan-persatuan petani (Kada, Mada, Nafas), nelayan (Nekmat) dan pekerja Bernas.

Pusingan 1

Hingga hujung 2009, milikan-milikan ini mulai dibeli seorang individu bernama Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary melalui syarikat-syarikat milik beliau (Gandingan Bersepadu Sdn Bhd dan Tradewinds) mengakibatkan beliau memiliki 53.7% Bernas melalui pengambilalihan oleh Maybank Investment Bank Berhad bernilai RM526 juta.

Bernas: Jangan perjudi sekuriti makanan negara


KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mengingatkan kerajaan agar jangan membenarkan pihak berkepentingan keuntungan semata-mata untuk memperjudikan sekuriti makanan utama negara.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, penswastaan LPN kepada Bernas sejak 1994 telah meletakkan bekalan, import dan pengedaran beras kepada monopoli sebuah syarikat konglomerat yang meletakkan beras sebagai komoditi perniagaan dalam pasaran saham.

“Kini Bernas dicadangkan dinyahsenarai dan kami melihat ini bakal menjejaskan bukan sahaja kebajikan seluruh industri pengeluaran padi  negara iaitu petani, pengilang dan pengedar bumiputera, malah sekuriti makanan utama negara itu turut diperjudikan di tangan syarikat yang hanya mengutamakan keuntungan,” katanya.

Beliau berkata, Bernas sebagai sebuah syarikat tidak harus dibiarkan bertindak di luar kawalan kerajaan untuk memastikan sektor bekalan makanan utama sentiasa memenuhi keperluan negara dan bukan menjadi industri yang ditentukan oleh kehendak syarikat semata-mata.

Menurutnya, dengan menyahsenaraikan Bernas, ekuiti syarikat tersebut hanya berada dalam milik syarikat secara mutlak dan menyisihkan golongan terpenting dalam sektor tersebut iaitu petani.

Tambahnya, membiarkan makananan utama negara di tangan syarikat yang memonopoli semua rantai pengeluaran dan pembekalan beras bakal mendedahkan sektor tersebut kepada manipulasi pasaran yang merbahaya kepada sekuriti makanan negara.

Pada tahun 2009, ujarnya rakyat pernah dikejutkan apabila saham Bernas dibeli oleh syarikat asing berpusat di Hong Kong apabila ia menguasai 31% dari saham syarikat tersebut.

Lompat Parti: Keputusan mahkamah sekat parti paksa wakil rakyat kosongkan kerusi

Keputusan Mahkamah Agung lebih 20 tahun lalu menyebabkan parti politik sukar memaksa wakil rakyat mereka mengosongkan kerusi jika memilih untuk meninggalkan parti.
Peguam berkata, pada ketika ini, sebarang langkah untuk parti politik memaksa wakil rakyat mereka mengosongkan kerusi adalah tindakan tidak mengikut Perlembagaan walaupun terdapat perjanjian antara parti politik dan wakil rakyat itu sebelum ini.
Cara untuk keluar daripada masalah itu adalah menyemak semula keputusan Mahkamah Agung pada ketika itu dan meyakinkan Mahkamah Persekutuan pada ketika ini bahawa keputusan tersebut tidak baik untuk kepentingan orang awam.
Peguam Edmund Bon, berkata beliau percaya saman PKR akan gagal kerana parti itu meminta wakil rakyatnya meletak jawatan, satu tindakan yang bertentangan dengan kebebasan berpersatuan.
“Amat menyedihkan, parti itu dan pengundi terpaksa menerima realiti ini kerana kesalahan membuat pilihan,” katanya.
Katanya, salah satu cara lagi adalah dengan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menghukum seseorang yang melompat parti dengan mengosongkan kerusi itu secara automatik dan mengadakan pilihan raya kecil.
Peguam dan Ahli Parlimen DAP, Karpal Singh, berkata dalam isu ini, Parlimen perlu meminda Perlembagaan terlebih dahulu sebelum Dewan Undangan Negeri boleh mengadakan undang-undang anti lompat parti.
“Mahkamah mesti diyakinkan keputusan sebelum ini tidak baik dan bercanggah dengan prinsip demokrasi,” katanya.

PAS: Ibrahim Libya mati syahid


PAS membela Ibrahim Libya yang terbunuh bersama 13 pengikutnya semasa tragedi Memali 1985 sebagai seorang pejuang anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pernah mengunjungi pusara guru agama itu.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar), berkata parti Islam itu tetap menganggap Ibrahim sebagai seorang yang mati syahid dan pejuang rakyat.
"Itu tafsiran mereka. Kami menganggap Ibrahim sebagai seorang yang syahid malah Sultan Kedah sendiri pernah hadir ke kuburnya untuk merenjiskan air mawar.
"Jika pengganas, sultan tidak pergi. Kami tetap menganggapnya seorang pejuang rakyat dan agama Islam yang menentang kezaliman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Siapakah Dalang Sebenar: 22 pengawal milik MyKad palsu ditahan

Kuala Lumpur: Seramai 22 pengawal keselamatan warga Filipina ditahan kerana memiliki MyKad palsu dalam serbuan di sebuah pangsapuri di SS8, Kelana Jaya, di sini, awal pagi tadi.
Serbuan dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Imigresen Putrajaya hasil maklumat awam dan risikan.

Pengarahnya, Wan Zakaria Wan Awang berkata, serbuan jam 1 pagi itu mensasarkan lapan rumah di dua blok pangsapuri berkenaan yang dipercayai dijadikan asrama pengawal keselamatan terbabit oleh majikan mereka.

"Bagaimanapun, hasil maklumat awam dan risikan mendapati kebanyakan pengawal keselamatan yang tinggal di sini menggunakan MyKad palsu. Kita percaya, mereka mendapatkan MyKad itu dari sindiket tertentu.

"Hasilnya, 22 pengawal keselamatan termasuk lima wanita ditahan kerana memiliki MyKad dan kononnya berasal dari Sabah. Namun, semakan JPN membongkarkan MyKad dimiliki mereka adalah tidak wujud dan ada juga yang ditukar gambar," katanya kepada pemberita sebaik tamat serbuan.

Menurutnya, semua yang ditahan akhirnya mengaku warga Filipina dan membeli MyKad itu dengan bayaran RM300 hingga RM500.