Selasa, 12 November 2013

‘Wanita Kelantan menutup aurat, tergerak hati saya’


KOTA BHARU: "Saya menghantar anak saya ke Pasti kerana saya merasakan bahawa pendidikan agama yang menjamin masa depan anak saya," kata Maria Solastri, seorang warga negara Indonesia beragama Kristian yang menghantar anak lelakinya di sebuah Pasti dalam kawasan Kota Bharu.

Beliau dijemput berucap berkongsi pengalaman dalam Majlis Ihtifal Pasti Al-Bhaidha' Kampung Puteh, dekat sini yang dirasmikan oleh Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat.

Suami Maria berbangsa Tionghua berasal dari Johor dan sekarang menetap di Kelantan.

Menurut beliau lagi, kehidupannya sebelum ini seperti penganut Kristian lain yang hidup dalam keadaan sosial dan berpakaian tidak menutup aurat.

Langat Dua: Kerajaan BN guna Akta Bekalan Air Negara jika gagal capai persetujuan dengan Selangor


Kerajaan pusat boleh mengambil tindakan mengikut Akta Bekalan Air Negara jika gagal mendapat persetujuan kerajaan negeri Selangor untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat Dua.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (gambar) berkata langkah itu dibuat atas kepentingan negara dan memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara.
"Projek ini sepatutnya siap pada Mac 2014 iaitu tahun depan. Ia telah tertangguh kerana kerajaan negeri telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk membekukan kebenaran merancang iaitu 'Development Order'.
"Sehubungan itu, pihak kementerian menggesa kerajaan negeri selangor untuk bekerjasama mencari jalan penyelesaian muktamad mengenai bekalan air di negeri itu, sekali gus mengeluarkan 'Development Order' iaitu kebenaran merancang kepada projek-projek rawatan air Langat Dua ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab Charles Santiago (DAP-Klang) yang mencelah pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat di sini, malam ini.
"Projek Langat Dua ini hendaklah dibenarkan beroperasi dan seharusnya siap pada tahun 2014. Sekiranya persetujuan (membenarkan) tidak dapat dicapai, keadaan air di Selangor akan teruk," katanya. - Bernama

Aerial video shows devastation in Tacloban after Typhoon Haiyan in Philippines

Tim.Menteri Pengangkutan - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Menteri Pertanian & Industri Asas Tani - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Warga pendidik protes sistem SPPBS di Facebook



 
Ekoran kegagalan kerajaan meringankan beban kerja perkeranian guru sekolah rendah, ada kalangan warga pendidik mewujudkan laman Facebook menuntut supaya Kementerian Pendidikan untuk membuat penambahbaikan atau menghapuskan bebanan mereka.

Aduan mereka berhubung Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang dilaksanakan pada 2011 supaya guru berkenaan memasukkan data lengkap dan keputusan peperiksaan pelajar mereka.

azlanBagaimanapun, masalah yang dihadapi para guru di sekolah terbabit adalah mutu perkhidmatan pelayan komunikasi yang memaksa mereka menghabiskan masa berjam-jam untuk memasukkan data tersebut.

Lebih memburukkan lagi, mereka terpaksa bersengkang mata sehingga jam 3 pagi atau 4 pagi, apabila pelayan komunikasi berfungsi lebih baik bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Mereka juga mengadu, hal demikian menjadi lebih teruk dengan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) di mana penekanan kurang diberikan dalam peperiksaan dan kemajuan akademik pelajar berdasarkan kepada kerja yang ditugaskan kepada mereka.

Abdul Gani Patail: Kemelut Penjawat "Personal-to-Holder"

A Kadir Jasin

NAMPAKNYA satu demi satu masalah, kontroversi dan tanda tanya timbul mengenai pentadbiran negara kita.
Saya teringat kepada kata dua saya kepada seorang bekas pemimpin Pemuda Umno Perak. Ketika itu negara mula kacau-bilau di bawah pentadbiran (Tun) Abdullah Ahmad Badawi.
Saya katakan kepada beliau, kalau atau apabila Allah Taala turunkan bala ke atas seseorang pemimpin, semua rakyat jelata akan menerima akibatnya.
Nampaknya bala itu berterusan. Bunuh, rompak, ragut, rogol, rasuah dan salah guna kuasa, masalah ekonomi, pengangguran dan bencana alam terus berlaku atau mungkin lebih buruk daripada zaman Abdullah.
Terbaru, pegawai undang-undang nombor satu negara iaitu Peguam Negara (AG), Abdul Gani Patail, kembali menjadi bahan kontroversi apabila beliau didakwa melakukan “misconduct” (salah laku) yang merugikan negara, termasuk kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura pada tahun 2008. Abdul Gani menjadi AG sejak 2002.
Pada 6 November, sekonyong-konyong, portal berita Malaysiakini menyiarkan berita sensasi berdasarkan satu pertemuan yang dikatakan mengambil tempat di kediaman bekas Perdana Menteri, (Tun) Dr Mahathir Mohamad, kira-kira tiga bulan lalu. Kalauberminat, boleh baca lanjut di sini.
Pertemuan itu dikatakan membabitkan Dr Mahathir, peguam kanan Mohd Shafee Abdullah, bekas Pengarah Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim, bekas setiausaha politik Dr Mahathir, Matthias Chang, dan bekas Pengarah Siasatan Jenayah Perdagangan, Ramli Yusuff.
Dalam laporannya, Malaysiakini mendakwa selain kekalahan Malaysia dalam timbang cara Mahkamah Pengadilan Antarabangsa di Hague, Belanda mengenai Pulau Batu Putih, “misconduct” beliau yang lain termasuklah kes mata lebam Anwar Ibrahim pada tahun 1999. Abdul Gani adalah ketua pendakwa kes liwat pertama Anwar tahun 1998.
Dalam kes mata lebam Anwar itu, pegawai penyiasatnya adalah Mat Zain. Akibatnya, bekas Ketua Polis Negara, Abdul Rahim Noor, didakwa mencederakan Anwar, sabit kesalahan dan dipenjarakan.
Walaupun media arus perdana pro-kerajaan mungkin tidak menyiarkan kontroversi terbaru mengenai Abdul Gani itu, tetapi ia sudah tersebar luas dan dibahaskan dengan hangat dalam media baru. Hari ini lebih banyak orang membaca dan percaya media baru.
AG Kalah Banyak Kes

Abdul Gani Menjadi AG sejak tahun 2002

Setelah gagal dalam beberapa kes besar seperti liwat kedua Anwar, kes rasuah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membabitkan bekas Menteri Pengangkutan (Tun) Ling Liong Sik, dan kes rasuah bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Kasitah Gaddam, dakwaan terbaru terhadap Abdul Gani mempunyai implikasi yang menarik.

PBS Online 2013 Sekolah Menengah & Rendah (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Teruk, Lembap, Kerap Hanged!

PBS Sekolah Online
(Klik SINI : Guru Tertekan)
PBS Online Sesekolah Menengah & Rendah : Ya…Berita Semasa tidak nafikan sama sekali lagi kejayaan sistem seperti ini di negara-negara maju yang lain. Apa salahnya bukan meniru kejayaan di negara lain, jikalau kita berkemampuan untuk mengendalikannya. Mengapa tidak bukan? Persoalannya….
Persoalannya sekarang ini adakah Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berjaya merencana dan menyediakan sistem seumpama itu di Malaysia dengan jayanya :
Hakikatnya….
“Anggur yang sesuai ditanam di Perancis belum tentu sesuai ditanam di Cameron Highlands”
Cuti sekolah akhir tahun bakal bermula minggu hadapan. Biasanya kalangan guru-guru di Malaysia akan turut bergembira merancang percutian bersama anak-anak dan keluarga. Tetapi….
Tetapi cuti sekolah kali agak menekan. Semuanya…..dek kerana sistem baru Kementerian Pendidikan Malaysia Sistem PBS online Sekolah Menengah (Pentaksiran Berasaskan Sekolah)

Sistem PBS Online 2013 Bebankan Guru? Benarkah?

PBS Sekolah Menengah
Jikalau diikutkan pelan perancangannya & tujuan PBS Online Sekolah Menengah semuanya baik-baik sahaja :
  • Sistem PBS Online Sekolah Menengah diperkenalkan setelah bermesyuarat beberapa kali dengan mengambil aspek kepentingan guru, murid dan kepentingan pendidikan Malaysia
  • Sistem PBS Online Sekolah Menengah 2013 bertujuan membuat penilaian potensi pelajar daripada sudut yang berbeza tetapi pratikal
Hasilnya?
Pelbagai rungutan dan aduan demi aduan yang diterima sejak :

Menteri Kesihatan - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Menteri Komunikasi - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Menteri Kerja Raya - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Nurul Izzah: Where Has Our Money Gone?

Kaitkan arak usaha terdesak bagi roboh kuil, kata pengerusi kuil

Siapa Pemimpin Pemuda Yang Hebat ?

Oleh Mohammad Agus Yusoff
Dalam pilihan raya yang lalu, ramai yang bercakap perlunya pemimpin parti politik memahami aspirasi anak muda sebagai asas penting untuk menang dalam pilihan raya. Maka, banyaklah parti politik meletakkan calon anak muda sebagai wakil masing-masing. Setelah 6 bulan pilihan raya berlalu, bagaimana dengan prestasi ahli parlimen muda di parlimen?
Dari barisan pembangkang saya melihat yang aktif di parlimen adalah dari DAP dan juga PKR, itupun beberapa sahaja yang betul-betul aktif. Dari PAS, saya melihat ahli parlimen mudanya sepi. Jika meragui kenyataan saya ini, pergilah ke parlimen, sunyi! Contohnya, semasa perbahasan laporan audit, suara dari ahli parlimen muda PAS tidak ada yang dapat dibanggakan. Dari PKR juga sunyi kerana YB Rafizi Ramli (36 tahun) tidak ada. Mujurnya ada YB Nurul Izzah (33 tahun). Maka saya bertanya, mengapakah begitu sunyi suara ahli parlimen muda pembangkang dari PAS dan PKR di parlimen? Sukar saya mahu mencari jawapannya. Atau mungkinkah saya terlepas pandang?
Tetapi jika dari DAP, saya lihat ramai yang menyerlah. Antaranya ialah Ahli Parlimen Serdang YB Ong Kian Ming (38 tahun), Ahli Parlimen Bukit Bendera 2008 dan Kluang (2013) Liew Chin Tong (35 tahun), dan Ahli Parlimen Serdang 2008 dan Kulai 2013 Teo Nie Ching (32 tahun). Mereka ini aktif dan mempunyai maklumat di tangan untuk berdebat dan membahaskan sesuatu isu. Bagaimana ahli parlimen muda DAP ini boleh aktif? Siapa yang membekalkan mereka maklumat untuk terlibat dalam debat di parlimen atau apakah itu adalah hasil usaha sendiri? Saya sendiri tidak pasti.

Aktivis: 'Polis mabuk' provokasi Penan di Murum


 
Aktivis sosial dan NGO hak asasi memberi amaran terhadap peningkatan masalah di Sarawak, apabila penduduk kampung didakwa diprovok untuk menghadapi "polis mabuk" selepas kampung berkaitan dilimpahkan dengan air untuk projek RM4 bilion projem Empangan Murum.

Sejak 23 September, apabila masyarakat Penan mengadakan hadangan ke tapak empangan, polis sudah menahan lebih 10 orang kampung, termasuk remaja 13 tahun, kata aktivis.

NONEAbun Sui Anyit (kiri), peguam masyarakat itu, mendesak pihak berkuasa menyiasat dakwaan terhadap "pegawai polis mabuk" di empangan itu.

"Kami bimbangkangkeselamatan masyarakat Penan jika pegawai polis mabuk dibenarkan untuk menyertai operasi di empangan, terutamanya mereka yang lengkap bersenjata.

"Penduduk tempatan membuat laporan polis terhadap polis itu semalam," kata Abun dalam kenyataan.

Polis sendiri mengadakan setakan jalan raya untuk menghentikan bekalan makanan, air, ubat serta pekerja sosial dan pemberita daripada masuki tapak empangan yang sudah siap dan menunggu pembendungan air.

DAP kecam peruntukan Parlimen Pakatan disalur kepada Ketua Bahagian Umno


DAP hari ini mengecam peruntukan pembangunan oleh kerajaan persekutuan kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) disalurkan kepada Ketua Bahagian Umno kerana menurutnya perbuatan tersebut adalah satu pengkhianatan kepada rakyat.
Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto (gambar) berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menderhaka kepada 51% rakyat apabila mereka telah mengundi untuk perubahan dan menolak Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu.

Rafizi nafi Aziz orang kanan, keluar parti dan masuk umno...!!

Rafizi
Ahli Parlimen Pandan-PKR, Rafizi Ramli menafikan individu yang didakwa sebagai orang kanan beliau akan menyerahkan borang keahlian Umno kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, malam ini.

Beliau mendakwa, individu yang dikenali sebagai Aziz itu hanyalah seorang ahli biasa PKR Cabang Pandan dan pernah bertugas sebagai petugas pilihan raya di kawasan beliau pada PRU13 lalu.

"Agak nakal apabila Umno memutarbelitkan cerita bahawa Aziz itu orang kanan saya, Aziz hanyalah petugas di kawasan saya bertanding, termasuk kerja-kerja memasang bendera dan pemandu kereta kempen," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut tindakan Aziz yang mendakwa orang kanan Rafizi akan menyerahkan borang keahlian Umno kepada Noh di bekas bilik gerakan PKR, di Pandan, malam ini.

Apakah gaji Najib setimpal prestasinya

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

“TANGAN yang memberi adalah antara tangan yang mengambil balik. Wang ringgit tidak ada tempat tumpah darah, pembiaya/pemodal tidak memiliki patriotism dan tiada kesopanan, matlamat tunggal mereka adalah untuk mendapat keuntungan.”
Kata-kata di atas dituturkan oleh Napoleon Bonaparte pada suatu ketika. Ia menyimpulkan ciri ketamakan dalam sistem ekonomi dikenali sebagai kapitalisme

Di satu tangan, kapitalisme mungkin baik. Lebih banyak diusahakan, lebih tinggi hasil dituai. Namun di sebelah tangan lain, kapitalisme terlampau memupuk sifat tamak, tidak berperikemanusiaan dan mementingkan diri sendiri. Ia bukan sahaja bercanggah dengan asas keperibadian umat Islam tetapi juga tidak secocok dan sealiran dengan norma kemasyarakatan apa agama sekalipun. Dalam sebutan ekonomi sesebuah negara, kapitalisme terlampau mengakibatkan sementara golongan kapitalis – kerajaan dan pemodal – bertambah kaya, rakyat biasa terpaksa dihimpit kemiskinan
Tak perlu melihat jauh bagi memahami bagaimana kapitalisme terlampau beroperasi. Malaysia misalnya adalah sebuah negara kaya. Dulunya, kelapa sawit, getah dan bijih timah serta produk ‘derivative’ komoditi berkenaan menjadi sinonim kepada ekonomi Malaysia. Kini sumber ekonomi negara diperkukuhkan lagi dengan petroleum dan gas asli selain daripada pengimportan pelbagai barangan dihasilkan oleh sama ada pelabur termpatan atau pelabur luar.

Mega 9 disyaki tiada lesen majukan Kg Hakka

Semalam mereka semak Mega 9 tak wujud dalam rekod. Kemungkinan pegawai terlepas pandang, jadi hari ini mereka akan semak sekali lagi untuk pengesahan, kata Setiausaha PSM.

PUTRAJAYA: Pemaju yang bertanggungjawab merobohkan rumah penduduk Kampung Hakka dan membangunkan projek Bandar Baru Mantin, Negeri Sembilan berkemungkinan tidak mempunyai lesen yang diiktiraf kerajaan Pusat.
Syarikat Mega 9 Sdn Bhd ketika disemak dalam data Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia (KPKT) tiada dalam rekod, pegawai kementerian memberitahu.
“Semalam mereka semak Mega 9 tak wujud dalam rekod. Kemungkinan pegawai terlepas pandang, jadi hari ini mereka akan semak sekali lagi untuk pengesahan,” kata Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan kepada FMT hari ini.
Perkara itu dimaklumkan dalam pertemuan empat mata antara wakil penduduk Kampung Hakka Chong Tze Yaw, Ketua Komunikasi Korporat KPKT Jessylina Mat Lazim, serta Atutchelvan di sini hari ini.
“Sekiranya benar didapati tiada lesen berdaftar yang sah dibawah kementerian, maka kredibiliti pemaju dan kerajaan negeri boleh dipertikaikan bagaimana penyelewengan kuasa secara berleluasa boleh berlaku dan kita mahu perkara ini segera dihentikan,” katanya.
Dalam pertemuan itu, menurut Arutchelvan, pihak KPKT turut memberikan jaminan, antaranya berjanji untuk mengaturkan satu pertemuan antara wakil penduduk, pemaju, pihak kerajaan Negeri Sembilan, dan Pusat duduk berbincang bagi mencari jalan penyelesaian bersama.

Kerajaan Pusat tubuh JPP hanya kelirukan rakyat

raja fairuzSHAH ALAM 12 NOV : Tindakan Kerajaan Pusat mewujudkan Jawatakuasa Perwakilan Penduduk (JPP) bagi menyokong program pembangunan masyarakat khususnya di kawasan bandar hanya mengelirukan rakyat kerana ia mempunyai peranan sama ahli majlis.
Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Raja Fairuz Raja Mazlan, berkata konflik dan kecelaruan di kalangan rakyat akan timbul apabila wujud dua pihak memegang peranan sama di sesuatu kawasan.
“Tindakan Kerajaan Pusat ini seolah-olah sengaja mahu menganggu-gugat dan memecah belahkan hubungan yang terjalin antara masyarakat dan ahli majlis,” katanya kepada Selangor Kini,
Fairuz berkata kewujudan entiti di bawah kelolaan Kerajaan Pusat itu bersifat politik yang mempunyai agenda tersembunyi.
“Kewujudan JPP seolah-olah ingin menonjolkan peranan Kerajaan Pusat sebagai juara dalam menyelesaikan permasalahan rakyat.

Kawasan mesti dibersihkan untuk menjauhi lalat berkeliaran


Isu yang dihadapi Peguam Negara nampaknya bertambah serius apabila bekas Pegawai Tinggi Polis Datuk Mat Zain Ibrahim, akan menjadikan akuan bersumpahnya dokumen awam.
Ini kerana Putrajaya (Najib) tidak mengambil sebarang tindakan di atas akaun bersumpah beliau terhadap Gani Patail. Putrajaya menerima akuan bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim lebih sebulan yang lalu tetapi tidak nampak sebarang tindakan diambil ke atas akuan bersumpah itu hingga ke hari ini.
Akuan bersumpah Datuk Mat Zain itu mengandungi semua salah laku Peguam Negara dan apa yang dibayangkan setakat ini hanyalah kandungan dalam 2 daripada 31 muka surat akuan bersumpah itu.
Jika ini berlaku, kita akan menghadapi satu lagi isu besar yang akan menjadi polimik di khalayak ramai dan ia dikatakan hanya sebahagian kecil daripada banyak lagi isu yang selama ini dilindungi oleh mereka yang mempunyai kuasa dan telah menyalahgunakannya.
Mahu tidak mahu, pembongkaran secara terbuka ini satu pengajaran kepada semua pesalah-laku seperti yang dituduh tidak akan dapat dilindungi selama-lamanya. Salah laku kita akan terbongkar juga akhirnya kerana masakan ‘bangkai gajah boleh ditutup dengan nyiru’ sahaja. Langkah terbaik bagi siapa yang telah melakukan atau melindungi jenayah itu ialah dengan bersara sahaja dan hentikan segala  salah laku yang dilakukan.
Isu seperti ini hanya boleh diselesai dan dirungkai kembali oleh seorang Perdana Menteri yang mempunyai wibawa sahaja. Perdana Menteri yang sedang berkuasa mesti mengambil ‘accountability’ ke atas semua salah laku yang dilakukan penjawat awam tinggi negara. Tentulah apa yang terkandung dalam akuan bersumpah itu adalah perkara yang serius dan perlu mendapatkan tindakan segera daripada Putrajaya khususnya Perdana Menteri, Najib Razak.
Jika tidak masakan Datuk Mat Zain begitu serius dan telah berjuang tanpa henti untuk melihat Peguam Negara diambil tindakan kerana apa yang beliau anggap sebagai salah laku yang tidak boleh dilindungi lagi.
Tiada seorang pun dalam kabinet negara memberikan reaksi terhadap apa yang berlaku itu. Dr Mahathir berkata beliau akan memberikan reaksi setelah membaca semua isi kandungan akuan bersumpah yang setebal 31 muka itu.

Ahmad Maslan patut minta GLC tolong orang Melayu, bukannya Utusan Melayu


Dalam usaha membantu syarikat Utusan Melayu yang semakin kerugian kerana semakin kurang orang membaca akhbar terbitannya Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan membuat keputusan menulis surat kepada semua syarikat berkaitan kerajaan atau GLC agar menyalurkan lebih banyak iklan di dalam akhbar tersebut.
Menurut Ahmad Maslan, daripada 35 GLC utama di negara ini, mereka membelanjakan hanya sekitar 3.7% saja daripada keseluruhan peruntukan iklan untuk Utusan Malaysia.
"Ini adalah perbelanjaan yang terlalu amat sedikit," luahnya dengan kecewa.
Selain Utusan Malaysia, GLC terbabit juga turut diminta menyalurkan lebih banyak iklan untuk akhbar Berita Harian.
Kedua-dua akhbar, Utusan Malaysia dan Berita Harian adalah milik Umno dan bantuan dalam bentuk iklan itu, menurut Ahmad Maslan lagi, adalah supaya peranan akhbar terbabit untuk kepentingan negara terus dapat dilakukan dengan jayanya.
Tindakan Ahmad Maslan ini segera mengundang rasa kurang senang pelbagai pihak. Bukan saja pembangkang yang mengecam tindakan itu, bahkan sekutu Umno dalam BN iaitu MCA turut melahirkan rasa kurang senangnya dengan perkara itu.
Jika pembangkang melalui Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tsin menyatakan GLC seharusnya dibebaskan daripada sebarang campur tangan politik kerana ia adalah milik rakyat, MCA melalui Naib Presidennya Gan Peng Sieu pula berkata, bukan tugas kerajaan atau GLC membantu syarikat media seperti Utusan dan Berita Harian.
Sambil menyifatkan tindakan Ahmad Maslan menulis surat kepada ketua-ketua GLC itu sebagai penyalahgunaan kuasa, MCA juga berkata, syarikat media seharusnya dibenarkan bersaing secara sihat berasaskan kemampuan profesionalisme dan kecekapan tanpa mengharapkan bantuan dan subsidi daripada GLC atau kerajaan.
"Mengarahkan bantuan atau subsidi adalah penghinaan kepada kecekapan dan profesionalisme kakitangan syarikat akhbar terbabit," tambah Naib Presiden MCA itu lagi.

Rumusan mahasiswa terhadap Bajet 2014


Dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang terus mapan, berkembang kukuh dan mengurangkan defisit fiskal negara, pada hari Jumaat bertarikh 25 Oktober 2013, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak telah membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2014) dengan bermatlamatkan Memakmurkan Negara dan Mensejahtera Rakyat. Bagi mengekspresikan rangkaan Bajet 2014 yang bertemakan “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji” dengan menggagaskan lima teras utama iaitu, merancakkan aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, mengunggul modal insan, mempergiat pembangunan Bandar dan luar Bandar serta mensejahtera kehidupan rakyat.

Dari sudut prestasi ekonomi pada tahun 2013, dalam tempoh separuh pertama tahun ini, ekonomi negara berkembang sebanyak 4.2 peratus manakala ekonomi dunia berkembang perlahan dengan kadar 2.9 peratus. Malaysia sememangnya tidak terkecuali daripada tempias kelembapan ekonomi global. Seterusnya, peruntukkan bagi Bajet 2014 ialah sebanyak RM264.2 billion yang lazimnya dibahagikan kepada dua bentuk perbelanjaan iaitu RM217.7 billion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM46.5 billion bagi perbelanjaan pembangunan. Daripada peruntukkan tersebut, ia disediakan untuk sektor ekonomi, sektor sosial dan pelbagai lagi perbelanjaan. Kerajaan Persekutuan menjangkakan kutipan hasil sebanyak RM224.1 billion pada tahun 2014 dan memperoleh tambahan sebanyak RM4 billion berbanding tahun 2013.

Blog ‘Negara Pakatan Rakyat’ bukan milik PR

fahmi-fadzilSHAH ALAM 12 NOV : Pakatan Rakyat (PR) menafikan bahawa blog ‘Negara Pakatan Rakyat’ dikendalikan dan dimiliki oleh gabungan parti PKR, PAS dan DAP itu.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengesahkan mereka sama sekali tiada kaitan dengan pengendali blog itu, dan kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam laman berkenaan juga tidak melambangkan dasar atau pendirian politik parti-parti komponen PR.
Menurut beliau, PR tidak pernah mempunyai atau mengendalikan sebarang blog dan hanya mengendalikan laman sesawang pakatanrakyat.my.
“Artikel terbaru blog terbabit menyatakan kononnya PR ingin membela pembunuh pegawai Ambank, dan merupakan kenyataan sama yang pernah dibangkitkan blogger Papagomo terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran yang kemudiannya tampil membuat penafian.
“Kenyataan-kenyataan dalam entri yang keluarkan di blog Negara Pakatan Rakyat juga adalah fitnah semata-mata,” kata Fahmi ketika dihubungi Selangor Kini.
Fahmi berkata demikian bagi mengulas kemunculan blog Negara Pakatan Rakyat di alamat negarapakatanrakyat.blogspot.com yang sehingga kini mempunyai lebih 400 entri dengan 27 pengikut.
Entri terbaru yang bertajuk ‘Layanan Buruk Suspek Bunuh Ambank: Indonesia Perlu Kemuka Bantahan’ paling mendapat perhatian dengan respon tertinggi pembaca.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kjaan Tempatan - (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Maria is next Bersih chairperson

Temple chairman rebuts Ku Nan, rubbishes 'liquor finding'



Hindraf: Kuil bukan urusan kamu, Ku Nan



Persatuan Hindraf Malaysia menyelar Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berhubung kenyataannya yang mempertahankan perobohan kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di ibu negara.

Pengerusinya P Waythamoorthy berkata, beliau tidak mempunyai urusan untuk mentafsirkan sama ada tempat itu sebuah kuil atau hanya tempat pemujaan.

NONESetelah lama senyap, Waythamoorthy (kanan) yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Tengku Adnan juga tiada urusan untuk mengeluarkan kenyataan kepada umum berkaitan agama Hindu.

"Sebagai menteri persekutuan, beliau patut hormati perasaan dan sensitiviti orang Hindu, bukan mewajarkan tindakan tidak berhati perut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Tengku Adnan semalam berkata, kerja-kerja perobohan DBKL di kuil di Jalan P Ramlee itu sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk "mencantikkan" kuil.

Beliau juga menggelar tempat itu hanya sebagai "tempat pemujaan" dan bukannya kuil.

Watch your words, Waytha tells Adnan

Both the Hindraf chief and the DAP sec-gen tick off the Federal Territories Minister for being insensitive to the Hindus with his comments on the Sri Muneswarar Kaliyaman Alayam demolition.

GEORGE TOWN: Civil rights movement Hindraf ticked off Federal Territories Minister Tengku Adnan Tengku Mansor for allegedly insulting Hinduism and Hindus by interpreting on what constituted a Hindu shrine or temple.
The movement’s chairman and Deputy Minister in the PM’s Department P Waythamoorthy said Tengku Mansor should stay away from Hindu religious matters since the minister had no knowledge on practices and beliefs of Hindus.
He called Tengku Adnan to immediately apologise to the Hindu community for the demolition of the 101-year-old Hindu temple, Sri Muneswarar Kaliyaman Alayam, at Jalan P.Ramlee in Kuala Lumpur, merely a week after the Deepavali festival, and also for his unwarranted interference with Hindu religious affairs.
Waythamoorthy said Tengku Adnan should respect Hindu feelings and sensitivities of Hindus instead of justifying an unconscionable act by the Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) to demolish a century-old Hindu temple.
He reminded Tengku Adnan that temple demolition and later insulting Hindus in the name of “forced beautification of temples” was blatant violation of fundamental human rights.
“Having demolished the temple, it is a double insult to say it was demolished to beautify and make it a tourist attraction.
“Hindraf is appalled with Tengku Adnan’s interference in the affairs of Hindu religion.
“He has no business in interpreting what amounts to a shrine or temple.
“We find his explanation of what amounts to a temple, that it has to have water, dome and facing, east, etc is an insult to the Hindu religion.

Protesting Penans claim police were drunk

A Penan lawyer-cum-activist has called on the IGP and the federal government to intervene in the Murum issue.

MURUM: Penan protestors mounting blockades at the Murum Dam site here claimed policemen who intimidated and harassed them were drunk.
Penan activist cum lawyer Abun Sui Anyit said based on ground reports from the blockade site, the police officers stationed in the area were allegedly being provided alcohol by the dam’s main contractors Sarawak Energy Berhad (SEB).
“The police acted aggressively and intimidated the Penans. The Penans could smell alcohol from their mouth when the police spoke to them at the blockade site,” he claimed.
He urged Bukit Aman and the federal government to step in to investigate the human rights violations committed in Murum against the natives, including by the police.
“We are concerned about the safety of the Penans if drunken police forces are allowed to join the operation at Murum Dam and they are facing the Penans with full arms.

Muktamar 59: Siti Zailah impikan muslimat yang berani


KUALA LUMPUR: Siti Zailah Mohd Yusoff yang mempertahankan jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) bersedia memantapkan kepimpinan DMPP dalam menghadapi suasana politik yang semakin mencabar.

Beliau berkata, kepimpinan yang mantap dari sudut jasmani dan rohani amat perlu untuk mendepani isu-isu semasa khususnya melibatkan wanita.

Di samping berazam meneruskan misi dan visi sebelum ini, Siti Zailah juga mahu melihat saf kepimpinan muslimat lebih maju dan berani mendepani segala cabaran.

"Saya akan teruskan dasar muslimat yang sedia ada dan saya melihat dalam suasana politik hari ini perlunya kepimpinan muslimat yang mantap.

"Dalam kita menerajui sebuah organisasi kita perlu kepimpinan yang mantap yang boleh menggerunkan musuh.

"Sebab itu saya harapkan dalam pemilihan kali ini perwakilan memilih saf kepimpinan yang boleh memacu dewan muslimat untuk terus maju, bukan semakin berundur," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Anwar: BERNAS dinyahsenarai untuk kroni


Cadangan menyahsenaraikan syarikat beras nasional BERNAS adalah satu 'pengkhianatan' kepada janji kerajaan pada tahun 1995 yang berikrar untuk memastikan kepentingan petani, pengedar beras dan pekerja padi bumiputera dipelihara, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMenurut Anwar, pada tahun 1995 beliau yang merupakan menteri kewangan pada masa itu mengumumkan 45 peratus saham BERNAS akan kekal dimiliki pelbagai organisasi mewakili petani, nelayan dan kakitangan BERNAS.

Namun kini kata Anwar, sebahagian besar saham BERNAS kini dimiliki tokoh korporat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menerusi pelbagai syarikat dan beliau bakal memonopoli beras di Malaysia seandainya penyahsenaraian itu menjadi kenyataan.

"Bagaimana seorang individu dibenar memiliki monopoli ke atas beras sebegini, yang mungkin mendatangkan kemudaratan terhadap kestabilan harga di masa hadapan, yang merupakan niat asal penswastaan BERNAS?" tanya Anwar pada sidang medianya di lobi Parlimen tengah hari tadi.

Pengganas: The Star biadap, tarik balik laporan


KUALA LUMPUR: Akhbar The Star hari ini memetik nama Almarhum Ibrahim Libya dan mendakwa beliau salah seorang pengganas yang berjaya ditumpaskan oleh pihak berkuasa pada 19 November 1985.

Di bawah tajuk Major Cases Involving Violant Deviant Groups in Malaysia Almarhum Ibrahim Libya disenaraikan bersama pengganas dan kumpulan ajaran sesat yang lain iaitu kumpulan Imam Mahadi, Al-Ma'unah dan Tuhan Harun.

Laporan itu mendapat kecaman daripada Pemuda PAS Malaysia dan Pemuda PAS Kedah yang menyifatkan The Star telah menghina Tuanku Sultan Kedah Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang pernah mencemar duli menziarahi kubur almarhum Ustaz Ibrahim Libya.

Malah menurut Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria, laporan akhbar terbabit telah menggambarkan tahap mentaliti pemilik akhbar yang semakin memualkan.

"Petikan itu adalah satu provokasi untuk mewujudkan satu ketegangan agama di dalam negara dan di kalangan masyarakat.

"Petikan dan siaran itu adalah sesuatu yang amat jahat dan tidak beretika," katanya kepada Harakahdaily.

Tegasnya Dewan Pemuda Kedah, menuntut pihak The Star menarik balik dan memohon maaf segera kepada seluruh umat Islam dan ahli keluarga yang terlibat dalam isu Memali ini.

"Kita tidak teragak-agak akan membuat membuat laporan Polis dan dalam masa tiga hari sekiranya tiada tindakan daripada The Star.

Isu roboh kuil, Kerajaan Pusat digesa jangan bohongi rakyat

surendran pc 01KUALA LUMPUR, 12 NOV : Kerajaan Pusat didakwa terus membohongi rakyat apabila mengatakan kerja perobohan kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di Kuala Lumpur pada Ahad lalu adalah sebahagian daripada usaha mencantikkan kuil.
Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran, berkata kuil berusia lebih 100 tahun itu sekali lagi ‘diserang’ Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas arahan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di mana sebahagian besarnya sudah dirobohkan semalam.
Katanya, tindakan itu sekali lagi membuktikan kegagalan Kerajaan Umno-BN menepati akujanji yang dibuat semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu untuk tidak merobohkan kuil berkenaan.
“90 peratus daripada kuil telah dirobohkan dan tidak lagi boleh digunakan oleh kaum India di situ, sekaligus membuktikan kenyataan yang dibuat Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor adalah satu penipuan.
“Perdana Menteri berjanji tidak akan merobohkan kuil itu dalam akujanji yang dibuat tetapi ia gagal dilaksanakan, malah mereka memberi tanah ini kepada pemaju untuk dibangunkan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Dr Mahathir rayu PPSMI dikembalikan dalam sistem pendidikan....kita lihat siapa yang kena..!!!


Tun Dr Mahathir ketika berucap di Persidangan Antarabangsa Pendidikan Guru dalam Dunia Islam di Petaling Jaya. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 12 November, 2013.Tun Dr Mahathir ketika berucap di Persidangan Antarabangsa Pendidikan Guru dalam Dunia Islam di Petaling Jaya. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 12 November, 2013.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini merayu supaya mata pelajaran Matematik dan Sains kembali diajar menggunakan Bahasa Inggeris seperti kaedah yang pernah digunakan sebelum ini iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Dr Mahathir berkata, meskipun menggunakan Bahasa Inggeris, semangat nasionalisme masih dapat diterapkan kerana ilmu pengetahuan adalah kunci kejayaan sesuatu bangsa.
"Kita jadi realistik. Bahasa Melayu belum lagi menjadi bahasa Sains dan Matematik.
"Saya Melayu dan saya sayang bangsa Melayu, tetapi saya juga mahu orang Melayu berilmu. Saya merayu mata pelajaran Sains dan Matematik dikembalikan dalam Bahasa Inggeris," katanya ketika berucap dalam Persidangan Antarabangsa Pendidikan Guru dalam Dunia Islam di Petaling Jaya hari ini.

PAS kecam laporan The Star gelar Ibrahim Libya pengganas


Ibrahim Libya (kiri) bersama beberapa rakannya. Gambar fail milik keluarga Ibrahim Libya.Ibrahim Libya (kiri) bersama beberapa rakannya. Gambar fail milik keluarga Ibrahim Libya.Calon ketua pemuda PAS, Suhaizan Kaiat hari ini menyifatkan laporan akhbar milik MCA bertajuk “Major Cases Involving Violant Deviant Groups in Malaysia” sebagai biadap kerana menamakan allahyarham Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim Mahmud sebagai pengganas.
Bekas Ketua Pemuda PAS Johor itu, berkata laporan mendakwa mendakwa Ibrahim sebagai salah seorang pengganas yang berjaya ditumpaskan pihak berkuasa pada 19 November 1985.
"Hari ini kita dikejutkan dengan berita diterbitkan The Star memetik nama allahyarham Ibrahim Libya sebagai pengganas yang ditumpaskan pihak berkuasa pada November 1985.
"Saya rasa tuduhan tersebut tidak tepat dan biadap kerana peristiwa Memali yang dimaksudkan oleh The Star adalah peristiwa yang masih gagal disabitkan sebagai aktiviti pengganas melibatkan Ibrahim sebagai pemimpin masyarakat di situ," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suhaizan berkata, sebahagian ahli sejarah dan penganalisis politik menyatakan tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa melalui arahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir ketika itu memiliki agenda tersembunyi.

Menteri Pelancongan Gulong Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

TG Abdul Hadi nafi laporan akhbar Mesir

Presiden PAS nafi beliau adalah Setiausaha Ikhwan Muslim

Bunuh: Tingkatkan keselamatan kakitangan awam

Isu Ibrahim Libya: DPPM beri tempoh 3 hari The Star Mohon maaf

Najib urged to boycott CHOGM summit in Colombo

Al-Wathan Mesir: Presiden PAS nafi, ambil tindakan


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menafikan laporan akhbar pro kerajaan rejim kudeta Mesir, Al-Wathan yang mendakwa beliau ialah Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslim.

Beliau berkata, walaupun beliau dan PAS mendukung demokrasi dan menentang kudeta di Mesir namun adalah tidak munasabah beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslim.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya dan berita ini adalah bohong dan sangat mendukacitakan. Adalah tidak munasabah saya yang duduk di timur jauh melibatkan diri secara langsung dengan apa yang berlaku di Mesir.

"Kita tidak masuk campur (krisis Mesir) cuma hak asasi manusia kita sokong bukan sahaja PAS tapi parti lain di barat yang mendukung demokrasi mahu hak rakyat dikembalikan.

"Mereka nak heret kita terlibat dengan Ikhwan itu adalah tidak benar kerana kegiatan Ikhwan terlibat dengan Asia Barat dan orang Asia Barat di Eropah, jadi tak munasabah nak letak saya sebagai setiausaha agung," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Akhbar itu yang memetik kenyataan bekas pemimpin Ikhwan yang telah keluar dari Ikhwan, Tharwat Kharbawi mendakwa bahawa Tuan Guru Abdul Hadi sebagai ketua kepada lima orang jawatankuasa pengurusan yang bertanggungjawab menguruskan tanzim di seluruh dunia selama tiga tahun.

Muktamar 59: Dr Mariah mahu teruskan agenda wanita Malaysia


KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Dr Siti Mariah Mahmood yang akan mempertahankan jawatan pada pemilihan Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke-53 bagi menyambung visi untuk menguatkan tahaluf siyasi dengan wanita Pakatan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Menurut beliau, dalam tempoh sepenggal kepimpinan DMPP yang dipilih pada muktamar 2011 lalu telah berjaya mengadakan pelan tindakan bersama visi agenda wanita Malaysia.

Bagaimanapun katanya, masih banyak perancangan atau pelan tindakan yang belum dapat dilaksanakan kerana keterbatasan waktu menghadapi Pilihan raya Umum ke-13.

"Banyak perkara sebenarnya yang kita jalankan baru separuh. Dalam masa dua tahun kita tidak sempat buat semua, sebab itu saya menawarkan diri setelah dicalonkan oleh kawasan untuk mempertahankan jawatan Timbalan DMPP," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja turut mengulas tentang penubuhan Ameerah yang baru dilancarkan pada tahun 2011 dan masih dalam proses menuju kemajuan.

Ekonomi negara dijangka meleset akibat GST


SHAH ALAM: Malaysia berkemungkinan mengalami kemelesetan ekonomi selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 2016.

Penganalisa ekonomi, Azrul Azwar Ahmad Tajudin (gambar), berkata kemelesatan itu dijangka berlaku berdasarkan Teori Kitaran Niaga sejak akhir-akhir ini.

Katanya, pelaksanaan GST bakal memberikan kesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seterusnya menyebabkan berlakunya ‘double whammy’ berdasarkan perbelanjaan isi rumah.

Teori kitaran niaga menjadi pendek kerana dulu ia berlangsung selama 10 tahun tetapi sejak akhir-akhir ini menjadi tujuh tahun.

“Kali terakhir berlaku kepada Malaysia pada tahun 2009, jadi kemungkinan kemelesetan berlaku pada 2016. Proses ini hanya mengambil masa setahun selepas GST dilaksanakan bermula 1 April 2015,” katanya ketika ditemui portal Selangor Kini selepas seminar umum yang bertajuk pengurusan kewangan berhemah di Karangkraf, di sini, semalam.

Azrul berkata, trend teori kitaran niaga terbabit menjadi lebih singkat berdasarkan perubahan faktor dalam sistem ekonomi, kewangan negara dan kemajuan teknologi.

Selepas sedar “sokongan membawa rebah” kepada Mohd Amar, Utusan Malaysia kini promosi Mat Sabu

OLEH AMIN ISKANDAR

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dikatakan hanya terkenal dalam arena politik Kelantan.Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dikatakan hanya terkenal dalam arena politik Kelantan.Selepas menyedari sokongan mereka bakal "membawa rebah" kepada calon Timbalan Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini membuat pusingan 180 darjah apabila mempromosikan Mohamad Sabu pula untuk jawatan itu.
Dalam analisis The Malaysian Insider bertajuk Timbalan Presiden PAS: Sokongan Utusan "membawa rebah" kepada Mohd Amar?, didedahkan bagaimana dalam pemilihan PAS pada 2011, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mendapat undi tercorot sebanyak 224 undi berbanding Mohamad (420) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399) walaupun mendapat sokongan kuat daripada Utusan Malaysia.
"Sememangnya daripada segi rekod perjuangan dalam PAS, Mat Sabu dilihat jauh meninggalkan Mohd Amar yang dianggap hanya dikenali sebagai seorang pemimpin di peringkat negeri sahaja.
"Mat Sabu pernah menjadi Ketua Pemuda PAS dan Naib Presiden PAS sebelum ini manakala Mohd Amar pula tewas dua kali dalam percubaan untuk menjadi Naib Presiden.
"Berbanding Mohd Amar, dalam soal bertanding dalam pilihan raya Mat Sabu pernah menjadi Ahli Parlimen Nilam Puri (1990-1995), Kubang Kerian (1995-1999) dan Kuala Kedah (1999-2004)," tulis Pengarang Utusan Malaysia, Zukiflee Bakar dalam artikelnya bertajuk, "Mat Sabu harapan politik PAS".
Timbul persepsi di kalangan perwakilan PAS calon disokong akhbar milik Umno akan menjadi tidak popular kerana parti Melayu itu adalah musuh tradisi PAS sejak zaman berzaman.
Sebelum ini dalam artikel Zulkiflee bertajuk "Memperkasa ulama dalam PAS" pada Ahad, Pengarang Utusan Malaysia itu berkata, populariti Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu menurun dan jumlah kehadiran orang di siri ceramah pemimpin nombor dua PAS itu semakin berkurangan.
"Sememangnya jika apa yang dipaparkan mengenai rentetan perjalanan politik Mat Sabu, tidak ada salah untuk beliau terus kekal sebagai Timbalan Presiden.

Pertahan Kuil: Ahli Parlimen PKR dihalau keluar Dewan Rakyat


Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengarahkan Ahli Parlimen Padang Serai dari PKR, N Surendran (surendran) supaya keluar daripada dewan kerana membangkitkan isu perobohan kuil di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pandikar enggan memberikan laluan kepada Naib Presiden PKR itu yang ingin meminta penjelasan mengenai kontroversi tersebut atas alasan menteri bertanggungjawab sudah memberikan kenyataan dan menjawab isu berkenaan.
Bagaimanapun, Surendran tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut dan bertikam lidah dengan Speaker yang kemudiaannya mengarahkan beliau keluar daripada Dewan Rakyat kerana ingkar arahannya.
Surendran yang ditemui di lobi Parlimen meluahkan kemarahannya dan mengecam Speaker sebagai tidak demokratik kerana tidak membenarkan seorang ahli Parlimen menjalankan tanggunjawabnya sebagai seorang wakil rakyat.
"Ini menunjukkan Dewan Rakyat tidak demokratik dan menghalang  ahli Parlimen untuk menyatakan suara bagi pihak rakyat," katanya.

Surendran: Kalau pakar sangat, Ku Nan jadi samilah...



Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mendakwa kerja-kerja perobohan kuil Sri Muneswarar Kaliyaman merupakan sebahagian usaha mencantikkan kuil itu adalah "putar belit politik peringkat tertinggi", kata Anggota Parlimen Padang Serai, N Surendran.

"Perobohan dia kata usaha hendak mencantikkan - inilah putar belit politik tertinggi yang palsu, tidak tahu malu dan berbohong secara nyata," kata Surendran sewaktu protes ringkas menuntut kerajaan menghentikan perobohan tersebut di pintu pagar Parlimen pagi tadi.

Menurutnya, jika kerajaan benar-benar mahu mencantikkan kuil itu seperti didakwa Tengku Adnan, ia tidak akan dilakukan secara paksa.

Dewan Rakyat 12 Nov 2013: Sesi pertanyaan jawab lisan

Isu Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman : MP PKR Padang Serai dihalau keluar dewan

GLC diarah perbanyak iklan, Utusan menuju kehancuran

Dr-Afif-BahardinGesaan beberapa pimpinan Umno termasuk Perdana Menteri sendiri agar Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk memperbanyakkan iklan di dalam akhbar Utusan Malaysia menunjukkan kedangkalan dan ketumpulan daya fikir pimpinan Umno bukan sahaja dalam urusan mentadbir negara bahkan strategi perniagaan.
Setiap syarikat mementingkan keuntungan. Bagi menjana untung, syarikat perlu mempromosikan produk mereka. Promosi haruslah strategik dan berkesan; menggunakan medium yang popular dan disenangi pengguna. Hakikat syarikat-syarikat (yang biasanya mempunyai pegawai eksekutif pemasaran) tidak menggunakan Utusan sebagai medium untuk meletakkan iklan mereka membuktikan bahawa akhbar itu tidak lagi diterima rakyat dan mempunyai nilai edaran rendah.
Ketidakpopularan Utusan adalah akibat sikap dan polisi mereka sendiri – secara konsisten melaporkan berita yang tidak benar, menyebar fitnah dan seringkali bertindak sebagai lidah rasmi Umno dan menjadi medium untuk menghentam dan mengecam mereka yang tidak sehaluan dengan pemerintah secara keterlaluan.

CGT langkah terbaik ganti GST, kurang beban golongan miskin

azrul_bimbSHAH ALAM 12 NOV : Pelaksanaan cukai keuntungan modal (CGT) adalah langkah terbaik bagi menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan, pada 1 April 2015.
Penganalisis ekonomi, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata CGT yang dikenakan ke atas keuntungan jualan aset seperti jualan saham, bon, hartanah dan emas akan membolehkan kerajaan memperoleh pendapatan RM8 bilion hingga RM10 bilion setahun.
Katanya, pendekatan itu akan dapat mengurangkan beban rakyat miskin daripada terus dihimpit dengan pelaksanaan GST yang disifatkan lebih memberi manfaat kepada golongan berada.
“Kalau boleh kita memang mahu CGT dilaksanakan, tetapi nampaknya tidak akan dilaksanakan. Permulaan CGT jika dilaksanakan lagi mudah kerana mengikut kiraan secara rawak dengan mengambil kira beberapa perkara dan kerajaan boleh meraih pendapatan RM8 hingga 10 bilion,” katanya kepada portal Selangor Kini, di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad, berkata kerajaan boleh melaksanakan sumber lain seperti CGT sebelum GST dilaksanakan.

Maria Chin Pengerusi baru Bersih 2.0


Aktivis, Maria Chin Abdullah (gambar) dilantik sebagai Pengerusi baru Bersih 2.0, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil, selepas hanya beliau seorang dicalonkan dalam pemilihan pertama badan itu yang akan diadakan pada penghujung bulan ini.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan yang akan secara rasminya melepaskan jawatan pada 30 November adalah salah seorang yang mencalonkan Maria bagi jawatan pengerusi itu.
Jawatan Naib Pengerusi Bersih 2.0 akan menyaksikan pertandingan antara Dr Ahmad Farouk Musa dan Syed Ibrahim Syed Noh sementara perlawanan satu lawan satu turut berlaku bagi jawatan bendahari antara Masjaliza Hamzah dan Nahar Md Nor.
Lima calon bersaing bagi dua kerusi ahli jawatankuasa iaitu K  Arumugam, Ng Chak Ngoon, Farhana Halim, Hishamuddin Rais dan New Sin Yew.
Pemilihan akan diadakan di Perpustakaan PJ pada 30 November dan kempen dijangka berlangsung hingga 29 November.
Lima ahli yang dipilih untuk memimpin badan itu di peringkat kebangsaan akan berkhidmat bagi tempoh dua tahun.
Ahli Jawatankuasa Pemilih Bersih 2.0, Stanley Yong, berkata walaupun tiada pertandingan bagi jawatan pengerusi, pengumuman rasmi mengenai jawatankuasa pemandu itu akan hanya dibuat pada 30 November.
Seramai enam ahli jawatankuasa akan dilantik kemudian bagi peringkat negeri, bagi menambah kepada pasukan lima ahli dalam peringkat kebangsaan.
Sebanyak 90 organisasi dalam Bersih 2.0 akan mempunyai satu undi dalam pemilihan pada 30 November ini.

Polis Dedahkan Wajah Suspect Kes Tembak Ketua Penguatkuasa JAIP

Inilah wajah yang telah dikenalpasti sebagai suspect utama dalam kes tembak dan bunuh ketua penguatkuasa jabatan agama islam Pahang baru2 ini. PDRM mulai edarkan lakaran wajah suspect bagi tujuan siasatan.
Lihat gambar ;


Maklumat oleh PDRM ;

Diskripsi Suspek:

Susuk tubuh : Sasa
Warna kulit : Sawo matang
Warna rambut : Beruban
Bulu kening : Halus
Hidung : Sederhana
Bangsa : Melayu
Mulut : Nipis
Warna misai : Beruban
Umur : Lingkungan 55 tahun
Jantina : Lelaki
Ketinggian : 170


Dalam perkembangan yang sama PDRM melarang sebarang bentuk spekulasi mengenai kes tembak ini. Menurut polis, orang ramai dinasihatkan jangan mengaitkan apa2 isu samada syiah ke, tuhan harun ke kongsi gelap dan sebagainya sehingga polis keluarkan kenyataan rasmi. Polis juga mengatakan bahawa berkemungkinan besar motif kejadian berpunca dari dendam. 


So tak boleh nak cakap apa2 la sehingga polis muktamadkan hasil siasatan mereka. Kalau nak tahu juga, cakap2 orang yang depa [penjenayah] memakai jubah hitam ketika melakukan tembakan pun tak betul. Menurut polis, mereka datang berkopiah, berbaju putih dan berseluar hitam. Tak pakai jubah apa pun..

Projek SCORE mangsakan hak milik tanah pribumi Sarawak


SARAWAK Corridor for Renewable Energy ataupun SCORE adalah program pembangunan ‘centre-piece’ kerajaan negeri Sarawak yang dikatakan bakal menjadi pemangkin transformasi Sarawak menjadi sebuah negeri maju menjelang 2020.
Projek yang merangkumi 70,000 km persegi daripada wilayah tengah negeri ini dijangka menempatkan 1.6 juta pekerjaan di samping mengembangkan ekonomi Sarawak 5 kali ganda jauh lebih besar daripada sekarang. Satu wawasan yang amat ‘ambitious’ untuk sebuah negeri yang seringkali distigma sebagai ‘negeri miskin’.

Komponen utama SCORE sebenarnya adalah potensi penjanaan tenaga hidroelektrik yang dianggarkan berjumlah 20,000 MW. Untuk tempoh 2008 sehingga 2020, sejumlah 12 empangan hidroelektrik di Murum, Baram, Linau, Lawas, Baleh, Belaga, Metjawah, Belepeh, Tutoh, Limbang, Batang Ai (tambahan) dan Ulu Air bakal dibina untuk keperluan SCORE, meningkatkan kapasiti penjanaan elektrik di negeri ini daripada sekarang sekitar 1,315 MW kepada 7,249 MW.

Berdasarkan perangkaan 2008 - 2010, pertumbuhan keperluan tenaga elektrik di Sarawak adalah sekitar 13% setahun dan permintaan beban puncaknya buat masa kini, adalah sekitar 1,100 MW. Dengan adanya empangan Bakun (2,400 MW) dan Murum (944 MW), kapasiti penjanaan tenaga elektrik di Sarawak sebenarnya melebihi keperluan rakyat dan sektor komersial di negeri ini.

SB perlu bebas dari manipulasi politik

Setelah berkali-kali kerajaan mengelak dari menjawab dan selepas saya membuat pendedahan dalam Parlimen minggu lepas, akhirnya Ketua Polis Negara (IGP) Khalid Abu Bakar sendiri telah menjawab bahawa jumlah pegawai Cawangan Khas (SB) dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah 10% daripada 115,000 anggota polis iaitu seramai 11,500 orang. (http://www.sinarharian.com.my/semasa/hanya-ada-10-peratus-sb-dalam-pdrm-1.218596).
Jumlah sebenar SB: siapa betul siapa salah, IGP atau laporan kewangan kerajaan?
polis Pertama sekali, jumlah tersebut adalah lebih ramai daripada yang dinyatakan dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014 di mana, di bawah aktiviti “Risikan keselamatan” di bawah PDRM, SB berjumlah 8,916 orang. Jadi, yang mana satu benar, 11,500 mengikut IGP atau 8,916 mengikut laporan kewangan kerajaan? Berapa ramai SB yang kita ada pada masa kini?
PDRM perlu menjawab kepada pembayar cukai bukan hanya parti politik
Keduanya, walaupun saya menyokong penuh perlaksanaan tugas PDRM dengan professional, namun saya tidak bersetuju dengan nada kenyataan IGP bahawa “biar kami yang tentukan” tentang hal ehwal dalam PDRM.
PDRM sebagai penjaga keselamatan rakyat perlu telus kepada rakyat, selaku pembayar cukai. Masalahnya kini, unit SB begitu dirahsiakan sehinggakan jumlah pegawai pun tidak diberikan kepada Parlimen.
Salahguna kuasa SB oleh kerajaan direkod oleh Suruhanjaya Diraja Polis Tun Dzaiddin
Kerahsiaan tentang SB telah menimbulkan kebimbangan bahawa jumlah dan sumber SB yang kian meningkat selepas PRU ke-12 pada 2008 disalahgunakan oleh kerajaan untuk menentang ahli politik dan unsur-unsur yang tidak sehaluan dengan mereka.
Malah, mengikut laporan Suruhanjaya Diraja Polis Tun Dzaiddin 2005, terdapat pelbagai aduan terhadap SB termasuk dakwaan penderaan dan layanan yang menghina oleh SB terhadap tahanan ISA dan juga manipulasi SB oleh parti pemerintah untuk kepentingan politik (Laporan Tun Dzaiddin seksyen 2.11.2, m/s 316 versi Bahasa Inggeris).

Waris mangsa geng minyak saman polis dan kerajaan


Peguam Latheefa Koya (dua dari kiri) berbincang bersama ibu bapa mangsa sebelum memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 November, 2013.Peguam Latheefa Koya (dua dari kiri) berbincang bersama ibu bapa mangsa sebelum memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 November, 2013.Waris kepada tiga mangsa yang ditembak mati oleh polis kerana dipercayai anggota geng minyak memfailkan saman kepada polis dan kerajaan Malaysia hari ini bagi membersihkan nama mangsa.
Peguam  mangsa, Latheefa Koya, berkata polis tidak memberikan butiran lanjut mengenai siasatan kes itu kecuali menuduh mangsa terlibat dengan jenayah.
"Esok genap ulang tahun ketiga mangsa ditembak mati oleh polis dan tuntutan saman hari ini ditujukan kepada kerajaan Malaysia, Ketua Polis Shah Alam dan beberapa anggota polis yang terlibat dalam kes tembakan itu.

Ejen CIA di pejabat Peguam Negara, Najib terus membisu

Najib ganiKUALA LUMPUR 12 NOVEMBER: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menafikan pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa terdapat ejen CIA bekerja di pejabat Peguam Negara, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
“Najib perlu tampil menjelaskan dakwaan Mahathir ini adakah ia benar? Pendedahan itu sangat serius kerana melibatkan campur tangan asing dalam pejabat Peguam Negara dan bakal menjejaskan kedaulatan negara,” katanya kepada Keadilan Daily.
Pada 6 November lalu, The Malaysia Insider melaporkan, Mahathir menimbulkan isu dua pegawai CIA itu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Pendedahan Mahathir itu menunjukkan seolah-olah isu keselamatan, dasar dan pertahanan negara sangat mudah diceroboh pihak asing,” soalnya yang turut mengaitkan pembabitan firma perunding Zionis, Apco Worldwide dalam pentadbiran Najib.
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, Najib sepatutnya menjawab isu itu sebaik didedah pihak media.
“Tindakan membisu membuktikan dirinya seorang pemimpin lemah dan cuai dalam menjaga keselamatan negara. Pendedahan ini sangat serius kerana wujud pelbagai rahsia dan maklumat sulit negara di pejabat Peguam Negara,” katanya.
Sehubungan itu beliau yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju mendesak siasatan segera dibuat terhadap Gani.

Muktamar 59: Pemilihan Pas tidak serupa Umno

Prof Dr Azmi Hassan 
SHAH ALAM - Saingan penyandang dan calon jawatan Naib Presiden Pas tidak boleh disamakan dengan situasi yang berlaku dalam keputusan pemilihan Umno lalu yang mengekalkan semua penyandang.

Prof Dr Azmi Hassan berkata, ini kerana sokongan kumpulan dalam Umno tidak begitu ketara berbanding Pas di mana terdapat pertembungan antara pasukan ulama dan Erdogan.

Malah katanya, situasi ini bukan sahaja diterjemahkan dalam pertandingan naib presiden tetapi timbalan presiden.

“Di antara ketiga-tiga penyandang (Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar), saya pasti salah seorang akan dikorbankan bagi membawa kumpulan ulama diwakili (Ketua Penerangan Pas, Datuk) Tuan Ibrahim (Tuan Man).

“Tuan Ibrahim disokong kumpulan ulama secara tersusun, kalau dibandingkan dengan Datuk Mukhriz, yang bergantung kepada aura sahaja, tiada gerakan berkumpulan,” katanya.

Muktamar 59: Fokus Pas parti masa depan

Salahuddin 
SHAH ALAM - Penyandang Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, berjanji membawa Pas sebagai parti masa depan sekiranya berjaya mengekalkan jawatannya pada pemilihan parti hujung bulan ini.

Menurutnya, fokus utama menjadikan Pas sebuah parti gagah di persada politik negara.

“Jika kekal jawatan sudah pasti fokus saya untuk menjadikan Pas sebagai parti alternatif dan pada masa sama mampu bersaing secara sihat bersama rakan-rakan parti dalam PR. Bagi saya, inilah masanya Pas dilihat sebagai sebuah parti masa depan di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, persaingan dalam merebut jawatan tersebut amat sengit tambahan pula ia melibatkan calon muka baru yang berpengalaman.

“Tambahan pula dengan kehadiran Datuk Abu Bakar Chik di mana kami pernah kerja bersama ketika beliau berkhidmat dalam Pemuda Pas sebelum ini,” katanya.

Muktamar 59: Jangan cemari proses peralihan kepimpinan DPPM


KUALA LUMPUR: “Sepanjang 28 tahun saya menyertai Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) tidak pernah saya saksikan cara kempen dan saraf keji sebegini dalam persaingan mengambil posisi sebagai Ketua DPPM yang baru,” tulis Ketua DPPM, Nasrudin Hassan menerusi facebook.

Justeru, ujarnya jangan cemari kemurnian, keharmonian dan kedamaian warga DPPM dengan saraf tahap ‘macai’ dan out of date begini sama ada saraf untuk menjatuh dan menghina lawan atau saraf untuk mempopularkan diri sendiri dan mencari simpati.

“Semua kategori saraf ini sudah out of date," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar bersainglah atas semangat fastabiqul khairat sementara perwakilan menilai berdasarkan performance yang baik serta komitmen yang tinggi dengan DPPM.

Tambah beliau, bukan nilai melalui pengaruh saraf ‘tak matang’, kebencian yang dicipta serta simpati yang diraih.

“Sebaliknya nilai melakui track record dan keluhuran budi serta akhlak Islamiyah yang selayaknya sebagai pejuang Islam,” ujarnya.

Ujian penting kepada perwakilan Muktamar


Perwakilan PAS yang berhak memilih pucuk pimpinan dalam Muktamar Tahunan PAS ke-59 mulai 22 November ini benar-benar diuji kematangan politik mereka daripada semua sudut dalam membuat pilihan.
Mereka yang berjumlah kira-kira 1,300 orang menjadi tumpuan semua pihak yang menghadiri Muktamar mahupun mereka yang di luar Muktamar. Mengikut perlembagaan PAS, perwakilan yang akan memilih pucuk pimpinan dalam Muktamar.
Mereka ini datang dari pelbagai pelusuk tanah air. Dari kawasan pedalaman hingga ke kawasan semi bandar dan bandar, dengan latar belakang pendidikan dan pendedahan yang berbeza. Ada yang mendapat pendidikan dari Timur Tengah, dari negara Barat, dari India dan Pakistan, Jepun, malah dari Afrika Selatan serta dari rantau sebelah sini dan juga daripada universiti dan kolej tempatan.
Mereka datang daripada pelbagai golongan - ulama, profesional, veteran, aktivis lama dan baru. Semuanya menjadi perwakilan dan mereka ini yang akan menentukan tokoh mana yang layak memimpin PAS pada masa depan. Oleh itu sukar ditentukan aliran pengundian.
Kecuali jawatan Presiden yang dimenangi tanpa bertanding oleh Datuk Seri Abd Hadi Awang, semua jawatan pimpinan Pusat itu dipertandingkan dan ini menyerlahkan suburnya demokrasi di dalam PAS.
Dengan berpegang kepada etika Islam sekian lama, saya yakin, menjelang pemilihan ini tidak akan ada kempen yang melibatkan wang dan pelbagai imbuhan seperti yang berlaku pada parti lawan.
Sehubungan itu, menjelang pemilihan di Muktamar ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi mengingatkan semua calon untuk berkempen secara sihat tanpa menyerang mana-mana calon lain. Beliau berkata, calon yang dilihat berkempen dengan menjatuhkan calon lain akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti untuk tindakan susulan.
"Calon dan penyokong boleh berkempen secara sihat, tetapi kita tidak akan berkompromi jika terdapat majlis yang dianjurkan bertujuan mempromosi diri dan pada masa sama menjatuhkan calon lain, termasuk melalui media sosial," katanya.

Di manakah bekas tahanan EO selepas bebas?


Julai lalu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Polis Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan, berkata sejumlah 2,473 tahanan Ordinan Darurat (EO) dibebaskan pada Julai 2012 setelah Ordinan Darurat 1969 dimansuhkan pada 2011.
Apakah nasib 2, 473 bekas tahanan ini sekarang? Apakah mereka sudah balik ke pangkuan keluarga?
Apakah mereka sudah mendapat pekerjaan yang sederhana dan boleh menyara diri serta keluarga tatkala harga barangan semakin meningkat?
Apakah mereka masih dalam negara di bawah pengawasan polis atas setiap gerak-geri mereka? Ataupun mereka dibenarkan memiliki pasport untuk keluar negara?
Apakah mereka yang menganggur dibantu kerajaan untuk mendapatkan pekerjaan agar mereka tidak terjebak dengan geng-geng kumpulan kongsi gelap untuk mendapatkan sesuap nasi?
Pendek kata, di manakah mereka sekarang?
Tatkala kejadian jenayah berat semakin menjadi-jadi, kerajaan menyalahkan bekas tahanan EO yang kini bebas sebagai punca. Perkara itu dijadikan hujah untuk mengembalikan EO dan ISA, dan akhirnya usaha itu diterjemahkan pada pindaan yang dibuat pada Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (PCA) di mana tahanan tanpa bicara diperkenalkan semula.
Bersenjatakan statistik, pembangkang pula berkata kejadian jenayah berat sememangnya sedang meningkat, sebelum EO dan ISA dimansuhkan dan oleh itu mereka membantah keras pengenalan semula tahanan tanpa bicara yang melanggar hak asasi manusia.

Konspirasi jatuhkan Gani, tunggu pengesahan Mahathir


KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi melibatkan diri dalam kontroversi berprofil tinggi kali ini dalam dakwaan wujudnya komplot menjatuhkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Ketika ditanya mengenai akuan bersumpah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa bahawa ada satu mesyuarat diadakan di rumah beliau membincangkan kesalahan Gani, Mahathir tidak menafikannya, tetapi hanya sekadar menegaskan bahawa beliau akan hanya memberi ulasan selepas membaca akuan bersumpah itu.

Di dalam akaun bersumpahnya, Mat Zain mengakui turut menghadiri mesyuarat tersebut bersama Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di rumah Mahathir ketika Hari Raya Aidilfitri pada 10 Ogos lalu.

Shafee bagaimanapun dilaporkan berkata bahawa mesyuarat berkenaan tidak berbincang untuk menggulingkan Gani dan mendakwa Mahathir tidak mungkin terlibat dengan komplot ini.