Isnin, 11 November 2013

Anggota polis dipenjara seumur hidup kerana menculik

Tim. Menteri Luar Negeri Gulong Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Tim. Menteri Pertahanan Gulong Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Kem. Sumber Asli & Alam Sekitar Gulong Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Menteri Pendidikan II Gulong Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Muktamar 59: Pemilihan Pas perkenal format baru

TAKIYUDDIN HASSAN  
MUKTAMAR Pas yang akan bermula pada 22 hingga 24 November depan dilihat amat penting kerana ia adalah yang pertama selepas PRU13.

Ia dianggap sebagai pentas mengkaji semula pencapaian parti itu selepas PRU13 dan terbaru PRK di Kuala Besut, Terengganu dan Sungai Limau, Kedah. Ramai juga menjangkakan usul tahaluf siyasi akan menjadi usul hangat memandangkan ia yang diutarakan Dewan Ulama pada Multaqa' September lalu dikatakan tidak dibentang pada muktamar ini.

Di sebalik kehangatan muktamar ini, Pas turut tampil memperkenalkan format baru pemilihan Pas yang dianggap sebagai penambahbaikan untuk parti itu. Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, Muhamad Adzhar Tajuddin bersama Pengarah Muktamar, DATUK TAKIYUDDIN HASSAN yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu untuk mengetahui maklumat lanjut berhubung pemilihan ini.

Mengapa Shah Alam menjadi lokasi untuk muktamar kali ini?

Pas memilih lokasi Lembah Klang atau lebih spesifik di Stadium Melawati, Shah Alam kerana muktamar kali ini ia melibatkan pemilihan parti. Lokasi muktamar kebiasaannya memang berbeza setiap kali muktamar. Pada 2012, kita adakan di Kelantan dan sebelum itu di Taman Melewar, Selangor.

Apakah tema muktamar kali ini?

Tema muktamar pada kali ini adalah ‘Rahmat Untuk Semua’.

Bagaimana persiapan muktamar kali ini?

Persiapan sudah 85 peratus siap. Sebagai Pengarah Muktamar, saya mendapat kerjasama baik daripada semua petugas urusetia yang 80 peratusnya dari Selangor sendiri iaitu tuan rumah muktamar kali ini.

Kami juga mendapat respons baik daripada kontraktor yang dilantik kerana sentiasa memberi laporan berkenaan tugas yang akan dan telah dilaksanakan.

Ceritakan serba ringkas berkenaan perjalanan keseluruhan muktamar?

Muktamar kali ini akan dijalankan bersama pemilihan parti, melibatkan semua jawatan yang telah diwujudkan Pas Pusat bermula dari jawatan pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, timbalan presiden, naib presiden, jawatankuasa kerja dan sebagainya.
Bagi jawatan presiden pula ia dikecualikan sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini.  Majlis perasmian akan dilakukan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau akan menyampaikan ucapan dasar pada sebelah pagi pada 22 November ini.
Pada sebelah petangnya pula, kita akan menjalankan proses pemilihan parti. Keputusan berkenaan pemilihan ini bakal diketahui pada 23 November sekitar jam 10 pagi.

Berapa anggaran jumlah perwakilan yang akan hadir pada tahun ini?

Kebiasaannya perwakilan tidak akan melebihi 1,300 orang. Jumlah itu termasuk Pas Pusat, Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat. Berbezanya, perwakilan kali ini akan disertai di peringkat kawasan.

Mohamad bantu Presiden lebar pengaruh PAS


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mempertahankan jawatannya dalam pemilihan kali ini sebagai usaha bagi membantu Presiden mengembangkan pengaruh PAS kepada bukan ahli PAS.

Katanya, usaha ini termasuklah membantu mendekatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan badan bukan kerajaan di kalangan bukan Melayu seperti kaum Cina, India dan sebagainya.

"Kita bantu Presiden kembangkan pengaruh PAS kepada orang yang bukan ahli PAS, terutama di kalangan orang Melayu dan Ngo seperti Suaram, Aliran, MTUC, Kesatuan Sekerja, dan banyak lagi.

"Secara tidak langsung, ia membawa pengaruh PAS ke dalam masyarakat supaya mereka terus menyokong PAS dan Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Bahkan katanya, usaha menarik orang Melayu untuk terus menyokong PAS disifatkan sebagai kerja yang berterusan.

Agenda Politik PAS, Tahaluf Siasi dan Golongan Mat Sabu- Bahagian 1

Kepada saya, bila UMNO ajak PAS supaya berunding untuk kepentingan bangsa, ianya suatu lagi sambungan tipu muslihat UMNO. UMNO bercakap kepada PAS bila keadaan mereka lemah. Ini kita kena ingat dan waspada.
Bila kuat, UMNO akan membuli PAS dan memperlakukan PAS sebagai rakan sampingan dan rakan-kebetulan. Untuk PAS merealisasikan cita2 politik Islam nya ialah bukan dengan UMNO.
PAS berbeza dengan DAP dan kita tahu pendirian DAP terhadap pembentukan negara Islam atau pun perlaksanaan hukum Islam. Adakah itu mahu dijadikan alasan untuk tidak berkerjasama? Jikapun DAP tidak bersetuju dengan wawasan politik PAS, adakah tentangan itu mengurangkan keinginan politik PAS? Kalau ianya mengurangkan, ini bermakna agenda politik PAS ephemeral dan transient. Dalam pembahasaan PAS- tidak istiqomah. 
Lebih baik perjuangan PAS bersifat fluid- seperti air meresapi tahap penerimaan rakyat dengan tekanan atau pressure air yang biasa. Tentangan DAP terhadap cita2 Islam PAS bukan suatu perkiraan yang releven kepada PAS. PAS tetap PAS dan DAP tetap DAP.
Kita semua tahu pendirian peribadi Karpal Singh misalnya. Dan pemimpin UMNO sangat suka mengungkit ungkit cabaran Karpal supaya langkah mayat nya dahulu. Karpal tetap kekal sebagai Karpal. Kita tidak boleh melakukan apa2 untuk unKarpalkan Karpal. Tapi kepada saya ini tidak menjadi masaalah seperti yang mahu digambarkan oleh UMNO dan mungkin mempengaruhi sesetengah penyokomg PAS.
Kepada saya pendirian peribadi Karpal tidak material kepada cita2 politik Islam PAS. Pernahkah kita bayangkan- jika suatu referendum dibuat sama ada rakyat mahukan sebuah negara Islam atau tidak, tiba2 70% dari penduduk negara mahukan negara Islam- apa yang DAP atau Karpal boleh buat untuk menyekat kemahuan rakyat itu?
Kehendak majoriti akan dijadikan panduan berkerajaan dan kehendak golongan 30% tetap mendapat perakuan dan tempat dalam kerajaan majority. Dan kita mesti percaya bahawa referendum tersebut akan hanya menjadi reality jika sebahagian besar rakyat meyakini perjuangan PAS. Ertinya, mestilah terlebih dahulu PAS sudah melaksanakan agenda islam nya sehingga rakyat sudah sedia meyakini politik PAS. Jika belum yakin, maka agenda PAS belum lagi akan dapat dicapai. Kejayaan agenda politik PAS tidak bergantung kepada sama ada DAP atau UMNO atau PKR atau MCA setuju atau tidak. Bukan begitu?

Seorang lagi bekas menteri minta tuduhan digugurkan dalam kes PKFZ


Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy (gambar) memfailkan representasi kepada Pejabat Peguam Negara bagi kali kedua untuk menggugurkan tiga pertuduhan menipu terhadapnya berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Pihak defendan memaklumkan perkara itu kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Mahkamah memutuskan 13 Januari sebagai tarikh sebutan semula kes.
Perbicaraan hari ini menjadi buruan media setelah usaha menghubungi peguam dan pendakwa raya menemui kegagalan.
Selepas beberapa panggilan telefon dan kiriman pesanan ringkas sejak pagi tadi kepada Timbalan Pendakwa Raya, Pejabat Peguam Negara Datuk Nordin Hassan dan peguam defendan, salah seorang peguam defendan mengesahkan perbicaraan itu dalam satu pesanan ringkas namun enggan mengulas panjang.
Permohonan sebelumnya kepada Pejabat Peguam Negara untuk tuduhan berkenaan digugurkan telah ditolak.

Hukum Percaya Perubatan Guna Bulu Haiwan, Batu Permata & Kayu - Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: 7 Golongan Mendapat Naungan di Padang Mahsyar

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Perjalanan Hari Akhirat

Benarkah Nabi Tak Suka Warna Oren, Kuning & 'Purple'? - Ustaz Azhar Idrus

Bagaimana Mensyukuri Nikmat? - Ustaz Azhar Idrus

Dr M mum on 'AG ouster plot', wants to see SD

Menteri Di JPM Gulong (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014 (8)

Muktamar 59: Kempen kotor Pas didalangi pihak luar - Suhaizan

Bahang pemilihan Pas yang dicemari dengan kempen memburuk-burukkan calon khusus bagi jawatan Ketua Pemuda Pas semalam di laman sosial Facebook dipercayai didalangi oleh pihak luar yang sengaja menimbulkan provokasi untuk memecahbelahkan perpaduan perwakilan Pas menjelang 22 November ini.

Calonnya Suhaizan Kaiat menegaskan Zulhazmi Shariff dan Kamaruzaman Mohamad merupakan sahabat rapatnya turut bertanding bagi merebut jawatan yang sama, namun mereka masih berhubung seperti biasa dan agak mustahil serangan melalui Facebook itu dilakukan oleh mereka bertiga atau orang dalam parti.

"Saya lihat perkara ini bukan dilakukan dalam parti, dibuat oleh pihak di luar parti yang melihat satu cara untuk memecahbelahkan parti,” katanya ketika diwawancara Sinar Harian Online di Pejabat Agung Pas, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pemilik akaun ‘Fikrah Islamiah Pilihan Kami’ semalam yang memuat naik imej dan mesej kempen yang memburuk-burukkan calon Ketua Pemuda Pas dengan mengubah wajah Zulhazmi dengan gambar menyerupai seekor anjing.

Saya hanya dengar ada agen Amerika di Pejabat Peguam Negara, kata Dr Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad dakwa Pejabat Peguam Negara mempunyai dua agen perisikan Amerika Syarikat tetapi tiada bukti. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 November, 2013.Tun Dr Mahathir Mohamad dakwa Pejabat Peguam Negara mempunyai dua agen perisikan Amerika Syarikat tetapi tiada bukti. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 November, 2013.Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengatakan beliau "hanya mendengar" terdapat dua agen perisikan Amerika Syarikat di Pejabat Peguam Negara namun tidak memiliki bukti berhubung perkara itu.
"Saya dengar. Saya tiada bukti, dua agen CIA ada pejabat di Pejabat AG. Mungkin ada mungkin tidak. Saya tak tahu. AG pun belum sahkan lagi," kata Dr Mahathir merujuk kepada agen perisikan Central Intelligence Agency ketika sidang media Naza World Cup Asia Paintball (NCWA) di Putrajaya.
Bekas perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut dakwaan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim terdapat pertemuan di kediamannya untuk menjatuhkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
"Saya tak tahu," katanya ketika ditanya pemberita.
Minggu lalu, The Malaysian Insider melaporkan, Dr Mahathir bukan sahaja mendapatkan pandangan balas daripada bekas pegawai kanan polis dan peguam kanan berhubung perkara itu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikatakan turut dibawa berbincang oleh Dr Mahathir mengenai tingkah laku Abdul Gani.
Dr Mahathir dikatakan melalui orang kepercayaannya memanggil bekas pegawai penyiasat polis Datuk Mat Zain Ibrahim ke rumahnya.
Mat Zain dibawa bertemu Dr Mahathir oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah pada 10 Ogos lalu, tiga hari selepas hari raya Aidilfitri.

Umno tipu Melayu dalam isu kalimah Allah, PAS gesa tarik balik tuduhan

PAS mendakwa pemimpin politik Umno telah menipu masyarakat Melayu dalam isu kalimah Allah apabila mereka sendiri membenarkan penggunaannya di kalangan masyarakat Kristian.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyifatkan masyarakat Melayu telah diperbodohkan oleh Umno yang menggunakan isu penggunaan kalimah Allah sepanjang tempoh berkempen pada pilihan raya umum ke-13 lalu.
"Orang Melayu kena faham dalam pilihan raya tempoh hari mereka telah ditipu oleh Umno dan macai-macai Umno," kata Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau juga mendesak pemimpin Umno menarik balik kenyataan yang menghentam PAS dalam pendirian melibatkan penggunaan kalimah Allah.
"Apa isunya sebelum ini apabila kerajaan menuduh pihak PAS sedangkan kerajaan sendiri membenarkan?
"Pendirian kerajaan sebelum ini bukan berasaskan agama tetapi berasaskan sentimen politik untuk menghangatkan suasana politik... kerajaan BN (Barisan Nasional) perlu tarik balik semua kenyataan yang memburukkan PAS kerana kerajaan sendiri membenarkan kalimah Allah," kata beliau lagi.
Mahfuz sebelum itu bertikam lidah dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom apabila mengeluarkan kenyataan bercanggah apabila bertegas kalimah Allah hanya ekslusif untuk penganut Islam tetapi pada masa sama Kabinet pula membenarkan penggunaan kalimah suci tersebut di Sabah dan Sarawak.
"Jadi memang betullah keputusan kabinet yang YB (Jamil Khir) juga anggota Kabinet bersetuju membenarkan kalimah Allah digunakan orang Kristian," kata Mahfuz semasa di dalam Dewan Rakyat apabila Jamil Khir menegaskan keputusan tersebut diambil berlandaskan 10 Penyelesaian yang telah dipersetujui sebelum ini.

Muktamar 59: Mahfuz mahu bantu PAS terajui perubahan


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini menyatakan hasrat untuk menawarkan diri mempertahankan jawatan bagi membantu PAS menerajui perubahan yang telah dilakukan parti sebelum ini.

Jelasnya, PAS sebelum ini berjuang untuk membawa perubahan baru dalam lanskap politik negara dan sekarang sudah pun berada dalam arus perubahan sehingga menjadi sebuah parti utama dalam libatan politik Malaysia.

"Jika kita lihat PAS sebelum ini berusaha untuk membawa perubahan sehinggalah kita berjaya melakukannya dan sekarang sudah sampai mana untuk kita menerajui perubahan tersebut agar terus meningkat," jelasnya pada sidang media di lobi Parlimen.

Katanya lagi, PAS perlu mengekalkan perubahan yang sedia ada bagi memastikan ia seiring dengan apa yang berlaku agar tidak ketinggalan dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

"Kita perlu memahami suasana perubahan yang berlaku, perubahan yang sedia ada ini perlu ditingkatkan selain itu kita juga perlu melihat apa perubahan yang berlaku di sekeliling kita.

"Saya pasti budaya ini akan saya bawa di dalam PAS, dan tujuan penawaran bertanding dalam jawatan tersebut adalah bagi memastikan PAS tidak ketinggalan.

Muktamar 59: Mumtaz mahu sambung tugas, suburkan demokrasi


KOTA BHARU: Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Mumtaz Md Nawi yang mempertahankan jawatan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat pada Muktamar PAS Ke-59 nanti mengikut kemampuan yang ada demi untuk kepentingan parti.

Ketika ditemui hari ini Mumtaz memberitahu, beliau menerima pencalonan itu bagi memenuhi hasrat anggota parti sendiri di samping menyuburkan demokrasi dalam parti.

“Saya menerima pencalonan dari kawasan ini kerana berhasrat untuk menyambung tugas dan khidmat, saya sahut seruan ini juga dengan kadar kemampuan yang ada,” ujarnya.

Ketika ditanya berhubung ada calon lain untuk bertanding jawatan itu, beliau mengalu-alukannya.

“Parti kita sebuah parti yang telus dan demokrasi, jadi semuanya layak untuk bertanding bila ada pencalonan,” ujarnya yang memegang jawatan itu sejak dua penggal lalu.

Turut bertanding jawatan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat kali ini ialah Dr Rosni Adam.

Gambar anjing: Zulhazmi tak jadi membuat laporan

Pejabat Agung PAS Pusat sedang menyiasat dalang di sebalik akaun Facebook, 'Fikrah Islamiah Pilihan Kami'.
PETALING JAYA: Calon Ketua Pemuda PAS  Zulhazmi Shariff tidak membuat laporan terhadap seorang pengguna Facebook, ‘Fikrah Islamiah Pilihan Kami yang menggambarkannya sebagai anjing.
“Saya tidak jadi membuat laporan kerana saya menerima panggilan telefon dari pejabat agung PAS yang memaklumkan saya bahawa mereka sedang menyiasat untuk mengenalpasti dalang di sebalik perbuatan ini,” kata Zulhazmi ketika dihubungi.
“Jawatankuasa pemilihan akan menyerahkan kes ini kepada jawatankuasa tatatertib untuk diambil tindakan sekiranya individu tersebut seorang ahli PAS,” tambahnya.
Dia sendiri tidak menyiasat mengenai pemegang akaun tersebut.
“PAS Pusat mempunyai pakar IT sendiri untuk menyiasat perkara ini,” kata Zulhazmi.

Menteri Di JPM Gulong (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014 (7)

Nurul Izzah: Tanpa Demokrasi, Siapa Yang Rugi?

Menteri Di JPM Gulong (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014 (5)

Menteri Di JPM Gulong (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014 (4)

Setelah dapat segala-galanya, saman-menyaman hanya membuang masa bagi Shahrizat


Dalam langkah yang dianggap mengejutkan, Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil hari ini menarik balik saman RM100 juta terhadap Rafizi Ramli dan Zuraidah Kamaruddin berkaitan pelbagai pendedahan yang dilakukan oleh dua Ahli Parlimen PKR berhubung projek pemeliharaan lembu NFC dan kaitannya dengan kedudukan beliau sebagai anggota kabinet.
Dalam saman yang dikemukakan pada 19 Januari lalu, Shahrizat mengemukakan saman bernilai RM100 juta itu atas dakwaan fitnah yang dilakukan terhadapnya berhubung projek NFC yang dimiliki oleh suami dan anak-anaknya.
Atas persetujuan bersama, hari ini saman itu ditarik tanpa syarat. Ramai yang terkejut dengan perkembangan ini.
Dengan menarik balik saman tanpa syarat ini, betmakna Rafizi dan Zuraidah boleh terus membuat pelbagai dakwaan dan pendedahan mengenai projek NFC dan kaitannya dengan Shahrizat.
Beliau yang sebelum ini mengemukakan saman itu atas dakwaan ianya fitnah dan bimbang ia mungkin menjejaskan peluangnya untuk terus bertapak dalam dunia politik, kini nyata tidak peduli lagi sama ada dakwaan yang sama atau pendedahan baru mahu dibuat oleh kedua-dua pemimpin PKR itu.
Menarik balik saman tanpa syarat juga bermakna, dakwaan Rafizi dan Zuraidah sebelum ini bukanlah fitnah tetapi ada asas kebenarannya.
Tidak syak lagi bahawa Shahrizat takut untuk berhujah dan mempertahankan dirinya di mahkamah mengenai projek yang sebelum ini berkali-kali dikatakannya tiada kaitan dengan dirinya walaupun beliau tinggal serumah dan tidur sebilik dengan suaminya.
Melalui samannya sebelum ini, Shahrizat nampaknya telah berjaya menangkis persepsi beliau bersalah dan terlibat dalam projek NFC yang dipunyai oleh keluarganya itu.

Jeng...Jeng: Bukan tugas polis, terpulang SPRM siasat Gani Patail - KPN


Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tuduhan salah laku Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail adalah tanggungjawab SPRM. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 11 November, 2013.Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tuduhan salah laku Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail adalah tanggungjawab SPRM. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 11 November, 2013.Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata bukan tanggungjawab polis mengendalikan pertuduhan salah laku Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Katanya, pertuduhan berhubung penyalahgunaan kuasa mesti dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan satu siasatan dijalankan.
“Ini bukan tanggungjawab polis. Anda harus bertanya kepada SPRM,” katanya sebelum menyampaikan syarahan bertajuk “Polisi Masa Hadapan” di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang hari ini.
Apabila ditanya pertuduhan yang dilakukan oleh Abdul Gani, Khalid berkata dakwaan tersebut berkait dengan beberapa kes yang telah lama selesai termasuk pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu.
“Ia telah diulang lagi dan lagi. Apa lagi yang mereka mahu?
“Segalanya pasti mempunyai had. Anda tidak boleh mempolitikkan semua perkara dan membuat orang ramai keliru,” katanya.

Kerajaan perlu minta maaf kerana politikkan "kalimah Allah"



 
Kerajaan perlu meminta maaf kepada umat Islam dan menarik balik kenyataan memburukkan PAS apabila mereka sendiri membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible di Sabah dan Sarawak, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

NONE"Apa isunya sebelum ini apabila kerajaan menuduh PAS sedangkan kerajaan sendiri membenarkannya?

"Kerajaan BN perlu tarik balik semua kenyataan yang memburukkan PAS kerana kerajaan sendiri membenarkan kalimah Allah (digunakan dalam Bible)," katanya pada sidang media di lobi Parlimen petang tadi.

Menurutnya, keizinan menggunakan kalimah itu dalam Bible untuk penganut Kristian di Sabah dan Sarawak selepas pilihan raya umum selesai tetapi mengheret kes penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald sehingga ke mahkamah rayuan di semenanjung adalah bukti jelas kedua-dua keputusan itu dibuat berasaskan sentimen politik.

"Orang Melayu kena faham dalam pilihan raya tempoh hari mereka telah ditipu oleh Umno dan macai-macai Umno," kata Mahfuz.

Bercakap lanjut, Mahfuz berkata keizinan tersebut juga bertentangan dengan dakwaan kerajaan yang mereka akan mempertahankan kalimah Allah yang merupakan milik eksklusif umat Islam di Malaysia.

"Di mana pula hak eksklusif orang Islam di Sabah dan Sarawak?" tanya Mahfuz secara sinis.

PAS: 'Umno patut minta maaf kepada umat Islam kerana politikkan kalimah Allah'

Menteri Di JPM Gulong (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014 (3)

Isu Peguam Negara: Mat Zain enggan beri kenyataan, tunggu sidang media Shafee


Bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim enggan mengulas penafian peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahawa kehadirannya di kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad pada sambutan Aidilfitri lalu sebagai satu usaha menggulingkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar).
Katanya, laporan media menyatakan Muhammad Shafee akan mengadakan satu sidang media esok dan ulasan lanjut akan diberikan selepas peguam itu selesai memberi kenyataan.
“Pada masa ini saya tidak mahu mengulas panjang sehingga beliau mengadakan sidang media dan selepas itu saya akan bersedia dengan hujah saya.
“Sekarang masih di tengah perjalanan, maka saya kurang selesa untuk memberikan komen. Hari ini saya tidak memberikan komen dan menunggu sidang media beliau,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Muhammad Shafee ketika ditemui di Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini mendakwa pertemuannya bersama Dr Mahathir bukanlah satu plot untuk menggulingkan Abdul Gani tetapi kehadirannya adalah atas alasan menghormati mantan perdana menteri itu.
“Tun sudah tentu tidak terlibat dengan sampah ini (konspirasi untuk mengulingkan Gani),” katanya.
Muhammad Shafee bagaimanapun enggan mengulas lanjut sehingga beliau membaca perakuan bersumpah Mat Zain yang mendedahkan mengenai pertemuan itu baru-baru ini.

Jangan khianati pengundi kata Khalid Samad

Perbalahan dalaman menyebabkan kita (PAS) kalah lima kerusi parlimen di Kedah.

SEREMBAN: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menasihatkan kepimpinan PAS dalam apa jua peringkat agar tidak mengkhianati pengundi dan jangan lupa amanah rakyat yang menyokong mereka.
Merujuk kepada kemenangan PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Kedah, Khalid dalam sebuah program ceramah Anjuran PAS Seremban malam kelmarin berkata masalah dalaman PAS di Kedah menyebabkan PAS kalah banyak kerusi di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lepas.
“Di negeri lain PAS gaduh (lawan) dengan Umno. Tetapi di Kedah, PAS gaduh dengan PAS.
“Perbalahan dalaman menyebabkan kita (PAS) kalah lima kerusi parlimen di Kedah.
“Walaubagaimanapun PAS mengambil iktibar dan belajar daripada pengalaman kekalahan di Kedah (kehilangan negeri Kedah kepada Barisan
Nasional pada PRU-13) itu dan faktor utama kemenangan PAS di Sungai Limau ialah apabila kepimpinan dan ahli PAS di semua peringkat bekerja bertungkus lumus untuk membuktikan bahawa masalah dalaman sudah selesai dan PAS tetap kuat.
“Apa jua masalah, jangan khianati pengundi, jangan lupa amanah rakyat.” kata Khalid.
Khalid juga berkongsi maklumat yang beliau terima daripada adik lelaki beliau yang sebelum itu mendapat maklumat itu daripada abang beliau Tan Sri Shahrir Samad yang merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru (Barisan Nasional).
Usaha bawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat

TPP beri ruang syarikat asing saman kerajaan

PETALING JAYA - Kerajaan Malaysia bakal berdepan dengan ancaman mahkamah baru yang diwujudkan bersama perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) sekiranya perundangan negara tidak dapat memuaskan hati kepentingan pelabur asing apabila perjanjian itu dimuktamadkan pada akhir tahun ini.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa menerusi "Investor To State Dispute Settlement (ISDS)", akan membenarkan mana-mana syarikat mengheret kerajaan Malaysia bagi tuntutan kerosakan dan ganti rugi jika dasar kerajaan itu merugikan kepentingan syarikat asing termasuk pelaksanaan gaji minimum.

"Itu undang-undang rimba, hakim (mahkamah antarabangsa) kadang-kala dibayar oleh pelabur, asalkan ada duit, hakim akan berperanan seperti peguam bela.

GST punca kenaikan tarif elektrik

teo nie ching 01KUALA LUMPUR 11 NOV : Rakyat Malaysia tetap berdepan dengan kenaikan tarif elektrik sebaik pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksana kerajaan pusat, berkuatkuasa 1 April 2015.
Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, berkata walaupun kerajaan pusat memaklumkan GST tidak akan dikenakan ke atas 200 unit (kWh) pertama iaitu RM43.60 sebulan), namun pengguna tidak boleh mengelak daripada membayar cukai jika penggunaan elektrik lebih daripada nilai terbabit.
Katanya, pelaksanaan GST juga akan menjejaskan beberapa sektor lain seperti kesihatan iaitu klinik dan hospital, perniagaan industri, komersial serta sekolah.
“Kenaikan tarif elektrik akan turut dirasai sektor lain contohnya hospital dan klinik. Bagaimana mereka dapat menampung kenaikan tarif elektrik termasuk bayaran cukai sebanyak enam peratus yang dikenakan kerajaan pusat.
“Kerajaan harus kaji semula polisi ini kerana akan menjejaskan banyak pihak. Jika benar apa yang dikatakan ini, terbukti Barisan Nasional (BN) itu tidak lebih daripada slogan ‘Barang Naik’,” katanya dalam pada media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Fitnah Felda Kemahang 3: MP Sekijang mohon maaf kepada Mazlan


KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Anuar Abdul Manap (gambar) hari ini membuat permohonan maaf di mahkamah terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman.

Anuar yang juga Ahli Parlimen Sekijang dan seorang lagi defendan iaitu Ketua Penerangan MBFM Kelantan Wan Zawawi Wan Zain membuat permohonan maaf di hadapan Hakim Rusila Yup setelah mendapat persetujuan kedua-dua pihak.

Mereka menarik balik kenyataan yang menuduh Mazlan Mazlan menyelewengkan wang RM30,000 yang dimenangi peneroka Felda Kemahang 3.

Mereka menuduh juga Mazlan sebagai penakut, pembohong, tidak bermaruah kerana dari jenis tidak tahu malu dan tidak jujur kerana menyelewengkan wang RM30,000.

Selain menarik balik kenyataan tersebut, mereka juga bersetuju untuk membayar ganti jumlah dalam jumlah yang akan ditentukan kemudian.

Kenyataan itu dikeluarkan Anuar ketika berucap di hadapan Wisma Felda, Jalan Semarak, dekat sini, pada 28 Disember tahun lalu.

Ekoran kenyataan itu, Mazlan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Februari lalu dan perbicaraannya bermula hari ini.

"Saya sangat berasa malu dengan tuduhan tersebut sebab itu saya kemukakan saman.

"Tapi hari ini nama baik dan reputasi saya dibersihkan di mahkamah dan saya sangat bersyukur dengan keputusan ini," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Dendam dipercayai punca pegawai Jaip dibunuh

Tembak pegawai Jaip
KUANTAN - Polis Pahang percaya kematian Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Allahyarham Mohd Raffli Abdul Malik yang ditembak semalam bermotifkan dendam.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifudin Ab Ghani berkata, polis percaya tiga suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan tersebut mungkin berdendam atau tidak berpuas hati dengan Allahyarham dengan penguatkuasaan yang dijalankan.
"Bagaimanapun, polis sedang menyisasat dari pelbagai sudut sama ada ancaman di atas penguatkuasaan yang dijalankan arwah terhadap kes berisiko tinggi atau ada ancaman peribadi," katanya kepada pemberita selepas upacara pengebumian jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam di Jalan Bukit Ubi di sini hari ini.
Katanya, selain itu polis turut memberi kawalan keselamatan terhadap waris mangsa bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang ancaman daripada pihak yang mungkin berdendam dengan mangsa.

Ganu Kite: Ahmad Said jadi MB sehingga Mac 2014?

Menurut sumber, ia memang benar kerana orang rapat dengan istana telah melihat surat yang ditandatangani oleh Ahmad Said yang bersetuju memegang jawatan itu sehingga bulan Mac tahun hadapan.

KUALA TERENGGANU: Selepas Datuk Seri Ahmad Said mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu buat penggal kedua Mei lalu, heboh kononnya ADUN Kijal itu akan menjadi Menteri Besar untuk satu tahun sahaja.
Menurut sumber, ia memang benar kerana orang rapat dengan istana telah melihat surat yang ditandatangani oleh Ahmad Said yang bersetuju memegang jawatan itu sehingga bulan Mac tahun hadapan.
Kata sumber itu. lagi, surat itu disimpan di istana dan bila tiba Mac depan, Ahmad Said dikatakan akan melepaskan jawatannya.
Namun demikian sumber itu menghujah sejauh mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berani mengarahkan Ahmad Said melepaskan jawatan pada bulan Mac depan.
Sumber itu berkata, baru-baru ini beberapa pegawai kanan kerajaan Terengganu telah mengadu salah laku Menteri Besar itu kepada Perdana Menteri, sebaliknya Najib telah memberitahu Ahmad Said tentang pertemuan  mereka.
“Ini yang menyebabkan pegawai kerajaan berkata Najib takut ambil tindakan kepada Ahmad Said,” kata sumber itu lagi.

PKR Deputy President: We'll consult lawyers about suing defectors

Menteri Di JPM Gulong (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014 (2)

Shahrizat withdraws RM100 million suit against Rafizi, Zuraida

JIMAK Ketika Darah HAIDH Hampir Kering (Tinggal Sikit-sikit) - Ustaz Azhar Idrus

Dicakar Kucing Ketika Solat, Terkejut Lalu Memukulnya - Ustaz Azhar Idrus

Muktamar 59: Kempen jahat bukan akhlak PAS

PKR Dakwa Laman Sosial Fitnah Lucah Dilindungi

Menteri Di JPM Gulong (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014 (1)

Bil elektrik Seri Perdana antara terendah di dunia - Shahidan

Dewan Rakyat 11 Nov 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

MP: Subsidy cuts for natural gas in the pipeline?

Arah GLC iklan di Utusan, BH, tak adil kepada media lain - PKR

'Ahmad Maslan confusing roles by asking GLCs to advertise in Utusan'

Bailout for Utusan Malaysia?

Umno leaders move in instructing top GLCs to advertise in Utusan is a desperate act to save the dying newspaper, alleges Bayan Baru MP. 

KUALA LUMPUR: Both Prime Minister and the Deputy Finance Minister’s call for top government linked companies (GLC) to advertise more in Malay dailies particularly in Umno owned Utusan Malaysia and Berita Harian are desperate attempts to ‘bail out’ a dying newspaper.
In a press conference today at parliament lobby, the Bayan Baru MP Sim Tze Tzin pointed out that due to several false reportings printed by the daily, Utusan Malaysia drew many lawsuits from victims ranging from members of civil society to political leaders.
“Utusan lost many lawsuits amounting to hundreds of thousands of ringgit, with many more pending in court, all these suits have severely hurt the group’s financial standing.
“Perhaps this is the reason why the masters of the Utusan group, the Umno leaders are asking the GLCs to advertise more in Utusan.This is in order to bail out this struggling newspaper,” he said.
Tzin highlighted that in Dec 2012, Utusan Malaysia’s circulation has continued to drop consistently from 350,000 a day to about 178,000 a day and believes the Utusan’s Group’s debts amount to RM20 million.

Iklan GLC di Utusan, BH bercanggah Akta Persaingan


KUALA LUMPUR: Arahan kerajaan agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negara menambah iklan di akhbar milik Umno termasuk Utusan Malaysia dan Berita Harian didakwa bercanggah dengan semangat Akta Persaingan 2010 yang dikuatkuasakan bermula Januari 2012 lalu.

Pengarah Eksekutif, Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tindakan kerajaan itu bukan sahaja legally wrong, malah juga morally wrong.

Katanya, akta persaingan yang dikuatkuasakan tahun lalu itu bertujan untuk menggalakkan inovasi, meningkatkan kecekapan ekonomi dan menyediakan pasaran lebih baik.

Apabila pasaran menjadi lebih baik, syarikat-syarikat akan berkembang maju dan dapat menyediakan apa yang pengguna inginkan dengan kos lebih efektif berbanding dengan pesaing mereka.

"Namun dengan arahan agar GLC beriklan dengan Utusan dan Berita Harian sahaja bermakna kerajaan telah menutup hasrat untuk wujudkan persaingan sihat tersebut," katanya kepada Harakahdaily.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, kelmarin berkata kerajaan mengarahkan 35 syarikat berkait kerajaan (GLC) utama negara menambah iklan di akhbar-akhbar milik Umno termasuklah Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Ahmad Maslan keliru antara k'jaan & Umno

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan keliru antara peranan sebagai timbalan menteri dan ketua penerangan Umno apabila menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membeli lebih banyak iklan dalam Utusan Malaysia, kata Anggota Parlimen Bayan Baru.

Sim Tze Tzin berkata, Ahmad perlu mengutamakan kepentingan seluruh rakyat Malaysia dalam menjalankan tugasnya dan bukan menjaga kepentingan Umno yang menggunakan akhbar itu untuk menyebarkan propagandanya.

NONE "Beliau perlu sentiasa ingat bahawa sebagai timbalan menteri yang diberi tanggungjawab dan kepercayaan oleh orang ramai untuk berkhidmat kepada mereka, beliau perlu sentiasa mendahulukan keutamaan rakyat Malaysia," kata Sim (kanan) pada sidang media di Parlimen pagi tadi.

Tambahnya lagi, GLC perlu membuat pertimbangan bebas dan sebarang keputusan untuk beriklan di mana-mana akhbar perlu dibuat secara profesional.

"Mereka tidak wajar tunduk kepada tekanan politik untuk berbuat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip perniagaan mereka.

"Mandat GLC adalah menjaga kepentingan negara, bukan kepentingan Umno," katanya lagi.

Turut dibidas sekutu dalam BN

Shahidan pertahan bil utiliti kediaman PM paling rendah di dunia

Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan bil utiliti di kompleks kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana paling rendah di dunia, berdasarkan pemerhatian yang dilakukannya tetapi tidak dinyatakan secara spesifik.
Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini mendedahkan jumlah bil utiliti di kompleks kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Seri Perdana mencecah lebih RM2.5 juta pada 2012.
"Mengenai bil utiliti di kompleks PM, saya boleh katakan ia paling rendah di dunia, berdasarkan pemerhatian saya.
"Ini kerana sistem berjimat-cermat paling terbaik diamalkan di pejabat Perdana Menteri," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum itu, Shahidan juga membidas MP Gelang Patah, Lim Kit Siang kerana mempertikaikan jumlah bil utiliti tersebut kerana kononnya paling mahal tetapi tidak memberikan fakta mengenai negara yang dijadikan perbandingannya.
Daripada RM2.5 juta tersebut, sebanyak RM2,237788.13 adalah untuk pembayaran bil elektrik dan baki RM311, 174.25 untuk bil air.

Peguam kanan nafi wujud plot guling Gani Patail


Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) menafikan dakwaan pertemuan di kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Seri Kembangan pada sambutan Aidilfitri tahun ini adalah plot untuk menggulingkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Peguam Umno itu berkata, beliau berada di rumah Dr Mahathir pada Aidilfitri lalu kerana menghormati bekas perdana menteri itu.
“Tun sudah tentu tidak terlibat dengan sampah ini (konspirasi untuk mengulingkan Gani),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mahkamah Persekutuan hari ini.
Shafee bagaimanapun enggan mengulas lanjut sehingga beliau membaca perakuan bersumpah (SD) bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendedahkan mengenai pertemuan itu baru-baru ini.
Bekas polis itu menyediakan SD selepas pertemuan di rumah Dr Mahathir pada 10 Ogos.

MCA menipu di Sungai Limau, pengundi Cina setia dengan Pakatan Rakyat

MCA didakwa menipu ketika mengumumkan pengundi Cina kembali kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kerana sokongan pengundi Cina kekal dengan Pakatan Rakyat.
Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw, berkata sokongan Cina kepada PAS serta Pakatan Rakyat dan BN kira-kira sama banyak sahaja semasa pilihan raya kecil dan pilihan raya umum.
"Saya boleh katakan, 50 peratus pengundi Cina sokong calon PAS dan 50 peratus lagi sokong BN dalam pilihan raya kecil itu," katanya yang turut berada di Sungai Limau untuk membantu calon PAS.
Menjelang PRK Sungai Limau, pemimpin MCA berkata hanya 10 peratus sahaja pengundi Cina menyokong BN dalam pilihan raya umum lalu di Sungai Limau.
Dalam PRK Sungai Limau pula, undi Cina kepada BN dikatakan meningkat kepada 70 peratus.
"MCA bohong. Mereka hanya mahu wujud persepsi sahaja. Mereka sengaja beri angka kecil semasa pilihann raya umum untuk tunjukkan Cina sudah beralih kepada BN dalam PRK," katanya.
Hu, 58, adalah penyokong PAS daripada masyarakat Cina Kelantan yang berasal dari Kedah dan  mengetuai badan bukan Islam dalam PAS.

GST : Idris Jala cuba kelirukan rakyat

Dr Rosli YaakopMantan Timbalan Gabenor Negara, Dr Rosli Yaakob menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bahawa orang kaya akan membayar lebih cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah mengelirukan.
Katanya, orang miskin membayar cukai lebih tinggi berbanding orang kaya kerana perkiraannya adalah mengikut peratusan bahagian pendapatan.
Rosli berkata, sebagai contoh adalah orang miskin dengan pendapatan RM1,000 sebulan berbelanja sebanyak RM160 dikenakan cukai sebanyak 16 peratus, manakala orang kaya yang berbelanja pada kadar sama dengan pendapatan RM10,000 hanya membayar cukai sebanyak 1.6 peratus sahaja.
“Daripada jumlah mutlak, kita tidak sangkal kebenaran kenyataan beliau tetapi kenyataan itu amat mengelirukan jika mengambil kira peratusannya, bahagian pendapatan yang dibayar orang kaya adalah lebih kecil daripada keseluruhan pendapatan mereka.

Shahrizat batal saman, Rafizi terus bongkar skandal NFC

rafiziSHAH ALAM 11 NOV : Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli akan terus menyiasat skandal penyelewengan RM250 juta dana Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) yang ada kaitannya dengan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Rafizi melalui laman twitternya menegaskan akan terus mencari pihak yang sepatutnya bertanggungjawab dalam kes NFC itu, walaupun Shahrizat menggugurkan saman ke atas beliau dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.
Katanya, penarikan dilakukan Shahrizat itu berkemungkinan disebabkan akan lebih banyak lagi pendedahan terhadap skandal NFC itu di mahkamah.
“Saya akan terus menyiasat dan mencari kebertanggungjawaban isu NFC walaupun selepas kes saman ini digugurkan,” katanya.
Rafizi menyatakan demikian ekoran pembatalan saman RM100 juta oleh Shahrizat Jalil terhadapnya dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin setelah Ketua Wanita Umno itu menarik balik saman tersebut.

NFC: Saya akan terus siasat, cari penanggungjawaban – Rafizi

RafiziKUALA LUMPUR 11 NOVEMBER: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli tekad akan terus menyiasat untuk mencari penanggungjawaban terhadap skandal penyelewengan RM250 juta dana projek National Feedlot Corporation (NFC).
“Saya akan terus menyiasat dan mencari kebertanggungjawaban isu NFC ini walaupun selepas kes saman ini digugurkan,” kata Rafizi.
Beliau mengulas pembatalan saman RM100 juta oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil terhadapnya dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin setelah Ketua Wanita Umno itu menarik balik saman tersebut.
Penarikan saman itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera pagi ini.
Dalam saman yang difailkan pada 19 Januari tahun lalu, Shahrizat mendakwa Rafizi dan Zuraida membuat kenyataan fitnah berhubung pendedahan mereka mengenai projek NFC.
nfc shahrizat familyNamun pada 9 Mac pula, Rafizi dan Zuraida memfailkan saman balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu  berhubung satu ucapan didakwa berbaur fitnah yang diujarkan bekas menteri tersebut.
Jelas Rafizi sebelum ini, langkah itu diambil untuk memastikan kes melibatkan syarikat NFC yang diusahakan keluarga menteri itu terus dibawa ke mahkamah.
Saman balas itu diambil kerana khuatir pihak plantif mungkin mengambil keputusan melengah-lengahkan perbicaraan ini atau menarik balik saman dalam masa terdekat untuk mengelakkan dokumen penting dan pemimpin tertinggi BN diseret ke mahkamah untuk memberi keterangan.

Rafizi, Zuraidah JUBILANT as Shahrizat drop RM100 MILLION NFC suit


KUALA LUMPUR - PKR leaders Rafizi Ramli and Zuraida Kamaruddin were jubilant after Umno women's chief Shahrizat Jalil agreed to drop her RM100 million lawsuit against them for allegedly defaming her over the RM250 million NFC debacle.
According to lawyers, the "ceasefire" came about after all parties mutually to stand down and terminate the suit.
Notwithstanding, Rafizi who is the MP for Pandan made it clear that he would still continue to blow the whistle on the NFC or National Feedlot Corporation scandal as and when he had information on it.
"I will continue to investigate and search for the accountability in the NFC issue even though this case has been dropped," Rafizi told reporters at the courthouse.


Rafizi and Zuraida, the MP for Ampang, had agreed to withdraw their counter claim against Shahrizat.
In dropping her suit, Shahrizat who was the former women, family and community development minister, did not ask for cost and nor liberty to file afresh. Neither did Rafizi and Zuraidah.
Today's agreement was recorded before High Court judicial commissioner Vazeer Alam Mydin Meera in chambers.
The defamation suit was filed by Shahrizat on January 19, 2012, who claimed that Zuraida and Rafizi had made defamatory statements against her in relation to the failed NFC project.


Sultan berjiwa rakyat, disanjung lagi disukai

Sultan berjiwa rakyat, disanjung lagi disukai
GELARAN ‘Sultan berjiwa rakyat’ begitu sinonim dengan baginda yang merupakan Sultan Kelantan ke-29, walaupun diputerakan sebagai anak raja namun jiwa tersebut sudah wujud sejak azali menyebabkan baginda disenangi semua golongan.
 
Merupakan putera sulung Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid, baginda yang diberi nama Tengku Muhammad Faris Petra, berkenan menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebaik dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 Oktober 2010.
 
Difahamkan, pemilihan gelaran tersebut sebagai kesinambungan kepada sejarah salasilah negeri Kelantan apabila sultan terakhir menggunakan gelaran Sultan Muhammad IV, berkebetulan pula dengan nama baginda Muhammad, menyebabkan gelaran tersebut menjadi pilihan pertamanya.
 
Baginda yang begitu disanjung tidak kekok untuk menjalankan aktiviti bersama rakyat, malah baginya melakukan perkara disukai tanpa mengira pangkat dan darjat akan lebih memberi kepuasan.
 
Sikap baginda yang tidak pernah berkira untuk membantu rakyat dalam kesusahan dan kesempitan, ditimpa musibah serta berdepan masalah kesihatan juga boleh menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.
 
Tubuh Yayasan Sultan Kelantan
 
Sikap terpuji itu turut diadaptasikan dengan penubuhan Yayasan Sultan Kelantan, bertujuan untuk mengetengahkan penjagaan kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat negeri ini.
 
Tidak mustahil jika baginda mempunyai tempat yang begitu istimewa di hati rakyat tanpa mengira usia, dan latar belakang, malah kehadiran dalam masyarakat sentiasa ditunggu-tunggu walaupun sekadar kunjungan ringkas.
 

Jenazah pegawai Jaip selamat dikebumikan

 Jenazah pegawai Jaip selamat dikebumikan
KUANTAN - Jenazah Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Allahyarham Mohd Raffli Abdul Malik yang mati ditembak semalam, selamat dikebumikan hari ini.
Lebih 500 anggota keluarga, saudara-mara serta rakan Allahyarham berada di tanah perkuburan Jalan Bukit Ubi di sini ketika jenazah dikebumikan pada pukul 10.20 pagi tadi.
Terdahulu jenazah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Tengku Ampuan Afzan di Indera Mahkota.
Mohd Raffli, 49, maut selepas ditembak tiga das oleh seorang daripada tiga suspek yang datang berjumpanya tengah hari semalam di kediamannya di Indera Mahkota 2 di sini.
Suspek kemudian melarikan diri menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback warna putih.
Polis mengesahkan kes bermotifkan bunuh. - Bernama

Muktamar 59: Awas jarum musuh dalam kempen pemilihan PAS

ANALISIS: Menjelang pemilihan PAS kali ini, akhbar-akhbar media perdana akan memberikan ruang yang secukupnya untuk melagakan pihak-pihak yang bertanding sempena Muktamar Tahunan PAS ke-59 kali ini.

Akhbar milik Umno seperti Utusan Malaysia yang terkenal dengan kes kalah saman fitnah, sikap tegasnya menolak hukum Allah dan pernah menuduh PAS parti sesat serta menghina ulama seperti Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tiba-tiba menjadi akhbar yang sayangkan PAS apabila membuat liputan bersungguh-sungguh terhadap pemilihan kali ini.

Begitu juga akhbar milik MCA seperti The Star yang sebelum ini mengambil setiap peluang untuk menakut-nakutkan bukan Islam kepada PAS, tiba-tiba dilihat cuba mempromosi PAS pula.

Para calon yang sedang bertanding dinasihatkan berhati-hati dengan taktik dan soalan yang diberikan akhbar-akhbar ini. Kesemua tulisan mereka untuk memuji mahupun mengkritik seseorang sebenarnya sudah dimasukkan jarum untuk memecahkan PAS.

Suspek bunuh pegawai AmBank adalah warga Indonesia...siapa dalang IC Palsu..??

Suspek yang ditahan berhubung kes pembunuhan pegawai AmBank dalam satu rompakan lebih dua minggu lalu dikenal pasti sebagai warga Indonesia dari Sulawesi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata suspek dikenali sebagai Laode Ardina Laode Rasila, 35, dari Desa Latugoh, Kacamatan Lawa, Sulawesi.
Katanya, Laode Ardina menggunakan dokumen pengenalan palsu dengan nama sebagai Ardi Hamzah dari Sabah untuk memohon pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.
“Beliau dikatakan membeli pengenalan palsu daripada seorang lagi warga Indonesia sebelum memohon pekerjaan itu,” katanya.
Laode Ardina yang menyamar menembak mati pegawai AmBank, Norazita Abu Bakar pada 23 Oktober sebelum melarikan RM450,000.
Polis percaya sejumlah besar wang disimpan oleh rakan Laode Ardina, seorang lagi warga Indonesia yang dikenali sebagai Joemar.
 “Kami tahu suspek yang berada dalam tahanan melakukan jenayah dengan bantuan seorang rakan yang masih lagi bebas,” kata Khalid kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Semalam, polis menahan Laode Ardina di Johor semasa cuba melarikan diri ke luar negara.

BENARKAH IC PEROMPAK AMBANK PALSU..!!!


Betulkah IC perompak AMBANK palsu.
  1. IC dikeluarkan di negeri Sabah yang terkenal sebagai tempat penganugerahan IC kepada warganegara asing khususnya dari kalangan pendatang Filipina dan Indonesia.
  2. Sebagai jabatan yang pernah berbohong bukanlah mustahil bagi JPN untuk delete segala maklumat berkaitan pemilik IC sebelum buat pengishtiharan bahawa data ic berkenaan tidak ditemui sekaligus membuktikan ia palsu. Trick seumpama ini pernah dilakukan oleh JPN. Ini boleh dilakukan oleh JPN demi menyelamatkan maruah mereka dari menerima kemaluan yang besar. Ingat lagi kes data IC sah pada waktu pagi dan data IC tidak ditemui pada waktu petang?

  1. Untungnya kali ini sebab belum sempat penyiasat persendirian buat siasatan pengumuman dah pun dikeluarkan bahawa IC berkenaan adalah palsu. Agaknya kalau ada pihak yang buat siasatan lebih awal barang kali lain ceritanya.
  2. Untuk tambah perisa maka dibuatlah cerita bahawa IC berkenaan dibeli dengan harga RM200 sahaja. Supaya menunjukkan ia benar benar IC palsu. Peliknya siapa yang buat cerita RM200 ni. Sedangkan pemilik IC yang didakwa palsu itu belum ditangkap.
  3. Satu lagi persoalan bagaimana agaknya Syarikat Kawalan Keselamatan yang terkenal satu Malaya tersebut bayar gaji pada pekerjanya. Apakah syarikat yang terkenal itu bayar gaji secara cash. Agak mustahil untuk mereka berbuat demikian.
  4. Secara logiknya sebagai syarikat yg jaga hampir kesemua bank di Malaysia, tak logik kalau mereka tidak mengambil manfaat dari kecanggihan sistem bank yang mereka kawal...dalam hal ini sudah barang pasti mereka akan bayar gaji melalui bank in akaun simpanan setiap pekerjanya termasukah si perompak tersebut dan gaji tidak dibayar secara cash. Kalau syarikat gergasi bayar gaji secara cash leceh lah...
  5. Persoalannya kalau gaji dibayar secara bank in dalam akaun, bagaimana pemilik IC palsu berjaya membuka akaun bank. Tidakkah semua bank menggunakan tumb scanner atau alat bio matrik untuk sahkan pemilik IC sebelum apa apa akaun tersebut dibuka.
  6. Apakah sistem bank pengesanan bank begitu longgar sehingga pemilik IC palsu pun boleh buka akaun. Mesti bank tak nak mengaku....sistem kami canggih sebab kami dah guna sistem bio matrik untuk kesan kesahihan, sedangkan pihak SPR sendiri baru terfikir nak nak guna sistem tersebut....
  7. Cuma nak ingakkan ini semua cuma andaian saya kepada sebuah jabatan yang pernah sekali sekala menipu....hehe.

Al-Wathan Mesir: Kenyataan rasmi PAS petang ini


KUALA LUMPUR: PAS akan mengeluarkan kenyataan rasmi petang ini berhubung laporan akhbar prokerajaan reim kudeta Mesir, Al-Wathan yang mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslim.

Akhbar itu yang memetik kenyataan bekas pemimpin Ikhwan yang telah keluar dari Ikhwan, Tharwat Kharbawi mendakwa bahawa Tuan Guru Abdul Hadi sebagai ketua kepada lima orang jawatankuasa pengurusan yang bertanggungjawab menguruskan tanzim di seluruh dunia selama tiga tahun.

Beliau juga mendakwa, tanzim antarabangsa ikhwan telah meletakkan fasal baru dalam undang-undang tubuhnya iaitu jawatan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Mesir yang disandang Dr Muhammad Badie hanya simbolik sahaja manakala yang sebetulnya adalah jawatankuasa pengurusan antarabangsa.

"PAS sedang meneliti kandungan laporan akhbar Al-Wathan dari Mesir yang menyiarkan berita mengenai Presiden PAS.

"Satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan lewat hari ini mengenai hal ini oleh Setiausaha Agung PAS," kata setiausaha politik kepada Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, kepada Harakahdaily.

Muktamar 59: Mat Sabu 10 tahun ke hadapan berbanding Mohd Amar - Penganalisis


Nama Mat Sabu dikenali ramai. Gambar fail.Nama Mat Sabu dikenali ramai. Gambar fail.Penyandang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mempunyai kelebihan 10 tahun ke hadapan daripada segi politik berbanding pencabarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bagi perebutan jawatan kedua tertinggi parti Islam itu, kata Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Kebangsaan (MPN), Profesor Ulung, Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.
Dr Shamsul berkata, pengalamannya dalam perjuangan parti serta kepimpinan yang sangat luas menyebabkan nama Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu lebih dikenali masyarakat.
“Mungkin kerana sikapnya yang suka turun padang, bersalam dengan orang ramai, bagi seminar dan forum menjadikan beliau lebih menonjol.
“Namanya juga sering disebut berbanding Mohd Amar. Mungkin Mohd Amar hanya terkenal di Kelantan,” katanya dipetik daripada akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian.

Kempen anti GST, TPPA Pakatan Rakyat bermula di Lembah Pantai


Kita perlu bersedia menjaga ekonomi negara, kata Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 November, 2013.Kita perlu bersedia menjaga ekonomi negara, kata Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 November, 2013.Pakatan Rakyat (PR) memulakan kempen anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) di kawasan Parlimen Lembah Pantai malam tadi.
Dengan kehadiran lima panel yang terdiri daripada pemimpin ketiga-tiga parti dalam PR - PAS, PKR, DAP - ceramah di Dewan Gasing Indah, Petaling Jaya itu menyaksikan sekitar 150 penduduk setempat hadir mendengar penerangan berhubung GST dan TPPA.
"Kita bukan menjalinkan kerjasama dengan Barrack Obama, dia baik. Kita tandatangan TPPA dengan syarikat korporat Amerika Syarikat (AS) yang hanya mementingkan keuntungan," kata Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen dalam ucapannya malam tadi.
"AS sendiri ditadbir oleh syarikat korporat,” kata ketua Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR itu lagi.
Dalam ceramah anjuran PAS dan Pejabat ahli Parlimen Lembah Pantai itu, Wong Chen bagaimanapun turut mengakui pembangkang tidak akan berupaya menghalang sekiranya Putrajaya bertekad untuk menandatangani perjanjian yang disifatkannya sebagai "bentuk penjajahan baru AS."
"Kita tiada kuasa untuk menghalang TPPA di Parlimen. Memang susah, (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) komited untuk menandatangani perjanjian dengan korporat AS.
"Kita perlu bersedia menjaga ekonomi kita sekiranya TPPA ditandatangani,” katanya.
Wong Chen mendakwa, AS meletakkan 400 peguam mereka untuk meneliti terma perjanjian berkenaan, sedangkan Malaysia dakwanya hanya meletakkan kurang 30 peguam untuk meneliti TPPA.
"Macam mana hendak lawan?.
"Kita tidak tolak perjanjian bebas kerana ia baik untuk membasmi kemiskinan, namun kita hendak pastikan ia tidak disalahgunakan," katanya.

NFC: Shahrizat tarik balik saman RM100 juta terhadap Rafizi, Zuraida


Kes saman RM100 juta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dibatalkan setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menarik kembali saman yang dikemukakan.
Dalam saman yang difailkan pada 19 Januari tahun lalu oleh Ketua Wanita Umno itu, beliau mendakwa Zuraida dan Rafizi membuat kenyataan fitnah berhubung dakwaan terhadap projek National Feedlot Corporation (NFC).
Penarikan saman itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera.

Debat antara pimpinan : Bersediakah PAS memulakan tradisi keilmuan sebegini?

Prof Mohammad Agus Yusoff


Saya dijemput untuk menjadi moderator debat antara Saudara Suhaizan Kayat dan Zulhazmi Sharif, dua calon Ketua Pemuda PAS pada 13 November ini di Kedah. Saya teruja untuk pergi dan memohon tarikh tersebut ditukar kerana 13 November saya tidak boleh hadir justeru terlibat dengan kuliah kelas Sarjana saya sehingga ke malam.
Saya mahu terlibat dalam forum sebegini kerana inginkan corak baru politik Malaysia, iaitu calon-calon yang menawarkan diri perlu dinilai keberanian dan keyakinan menyampaikan wawasan mereka kepada para ahli. Letih nanti apabila dilantik menjadi pemimpin, tidak cekap dalam menjawab soalan. Atau apabila berada di parlimen diam membisu tanpa banyak peranan yang efektif.
Saya melihat parti lain tidak ada debat sebegini. UMNO tidak mengambil peluang untuk melakukannya dalam pemilihannya yang lalu. Maka apabila Pemuda PAS melakukannya saya gembira. Saya selalu berharap agar forum sebegini dijadikan suatu tradisi dalam pemilihan pemimpin bagi semua parti supaya ahli mempunyai maklumat untuk mengenali kebolehan dan wibawa para pemimpin yang bakal mereka pilih.

Dapat Cara Haram..Tumbang Pun Haram Jadah: Dengarnya Lebih Dari Dua ADUN Perak Sedang 'Berbulu' Dengan Zambry

Walaupun Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir menyatakan isu kemungkinan dua orang ADUN dari negeri itu akan melompat parti merupakan hanya khabar angin dan mainan politik semata-mata, wajah beliau yang dilihat kurang ceria sejak kebelakangan ini mungkin menggambarkan hakikat sebenarnya gelora politik yang sedang berlaku di negeri itu.

Mulutnya mungkin berkata tiada apa-apa tetapi gambaran suram pada wajahnya yang disedari oleh ramai orang kebelakangan ini seperti menunjukkan kemungkinan itu ada kebenarannya.

Zambry ketika ini seperti sedang menghadapi tekanan daripada kelompok tertentu serta dalam misi menyelesaikan masalah yang jika gagal diselesaikan dengan baik, bakal menyebabkan kerajaan BN Perak tumbang dan digantikan dengan Pakatan Rakyat.

Beberapa maklumat yang diperolehi daripada negeri Perak juga mengakui kejadian melompat parti oleh ADUN BN Perak memang tidak mustahil kerana ketika ini semakin ramai yang tidak puas hati dan sedang "berbulu" dengan Menteri Besar Perak itu.

Dua hari lalu, dilaporkan melalui laman Twitter bahawa dua orang ADUN BN Perak bakal melompat parti menyertai Pakatan Rakyat dan mereka berkenaan sudah pun mengadakan pertemuan dengan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Meskipun tidak disebut nama dua ADUN berkenaan, adalah dilaporkan mereka itu adalah ADUN senior di Perak.

Mereka dikatakan kecewa kerana tidak diberi kedudukan dan jawatan dalam kerajaan negeri, selain Zambry juga didakwa tidak lagi memberi perhatian dan semakin kurang meminta nasihat daripada pemimpin-pemimpin lama sama ada dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri mahu pun parti.

Sikap ini nyata berbeza ketika mula-mula menjadi Menteri Besar Perak dahulu di mana Zambry ketika itu sering meminta nasihat dan pandangan daripada mereka, tetapi selepas PRU 13 lalu perkara itu tidak lagi dilakukannya dan ini menyebabkan mereka rasa tidak lagi dihargai.

Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin

Oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar.


Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi dan seterus pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.
MANGSA NAFSU SOMBONG
Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya. Apatah lagi jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan. Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi s.a.w:
“Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; ‘kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?”. Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya.

Komplot bunuh penggempur Syiah

KUANTAN – Sekumpulan tiga lelaki berjubah hitam dan berkopiah putih bertindak kejam apabila berkomplot menembak mati seorang ustaz yang terkenal dengan ketegasannya dalam menggempur ajaran Syiah dan maksiat di negeri ini dalam kejadian di Indera Mahkota 2 di sini semalam.
Kejadian menggemparkan pada pukul 1.55 petang itu mengakibatkan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik, 49, terbunuh selepas terkena tembakan dari jarak dekat di dada dan kerongkongnya.
Difahamkan, mangsa merupakan seorang yang tegas terutama dalam membanteras isu Syiah dan maksiat di negeri ini.
Jaip tahan imam disyaki pengikut Syiah  
Allahyarham Ahmad Raffli (tengah) bersama pegawainya menunjukan batu turbah, kain kafan, tasbih dari tanah Karbala dan buku-buku yang dirampas ketika menahan seorang imam di Kuarters Ladang Risda Pekoti Timur.

Muktamar 59: Populariti kelebihan Mat Sabu - Penganalisis

Populariti adalah sandaran terbaik buat penyandang Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bagi mempertahankan kedudukan itu berbanding pencabarnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Kebangsaan (MPN), Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu lebih 10 tahun terkedepan daripada pencabarnya dalam arena politik.

Menurutnya, disebabkan pengalamannya dalam perjuangan parti serta kepimpinannya sangat luas, maka nama Mat Sabu lebih dikenali masyarakat.

“Mungkin kerana sikapnya yang suka turun padang, bersalam dengan orang ramai, bagi seminar dan forum menjadikan beliau lebih menonjol.

“Namanya juga sering disebut berbanding Mohd Amar. Mungkin Mohd Amar hanya terkenal di Kelantan,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Peningkatan jenayah berterusan bukti Malaysia tidak lagi selamat


Penculikan bayi warga Britain, Freddie Joseph di Bangsar Jumaat lalu menggambarkan keadaan jenayah dalam negara. Gambar fail.Penculikan bayi warga Britain, Freddie Joseph di Bangsar Jumaat lalu menggambarkan keadaan jenayah dalam negara. Gambar fail.PAS menyifatkan Malaysia tidak lagi selamat berhubung kejadian jenayah berat semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih bermain angka statistik untuk menyakinkan rakyat bahawa negara berada dalam keadaan selamat.
"Peningkatan kadar jenayah berat kini menuntut kerajaan supaya meneliti kelemahan ketara dalam kawalan kemasukan senjata api ke negara ini. Kebanjiran warga asing yang tidak terkawal turut menjadi penyumbangnya.
"Rakyat Malaysia kini sudah berasa tidak selamat. Apakah undang-undang, hukuman serta sistem keadilan yang ada sekarang sudah tidak ditakuti penjenayah sehinggakan penguatkuasa sudah berani dibunuh?
"Adakah kerana penjenayah tahu mereka mudah terlepas daripada tuduhan atau kecuaian polis dan penguatkuasaan menjadi punca penjenayah semakin berani," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.