Ahad, 10 November 2013

Jenayah bunuh: Kerajaan jangan tipu diri sendiri


KUALA LUMPUR: PAS merakam ucapan takziah kepada keluarga Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Mohd Rafli Ab Malik (gambar) yang terkorban dalam kejadian tembakan petang tadi.

“PAS mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam ini,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Katanya, pemergian Mohd Rafli merupakan satu kehilangan seorang pegawai penguatkuasa yang sentiasa tegas dalam menjalankan tugasnya.

“Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya,” ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Tambahnya, tragedi itu sangat mengerunkan rakyat Malaysia dan amat dikesali dalam keadaan pihak kerajaan menjamin negara dalam keadaan aman.

Semalam, ujarnya rakyat dikejutkan dengan penculikan Freddie.

Sebelum ini, seorang pegawai operasi AmBank Norazita Abu Bakar terkorban dalam kejadian rompakan di bank oleh seorang warga asing yang memilik IC palsu.

‘Penahanan suspek tembak isteri tak mampu hilangkan kesedihan saya’

SHAH ALAM 10 NOV : Suami Allahyarham Norazita Abu Talib yang ditembak mati dalam kejadian rompakan di Ambank USJ Sentral 2, Subang Jaya, 23 Oktober lalu hari ini melahirkan rasa lega selepas suspek utama kes itu ditangkap polis di Johor Bharu awal pagi tadi.
kes-tembak-3Bagaimanapun, Irwan Kamaruddin, 37, berkata penangkapan suspek yang merupakan Pengawal Keselamatan itu tetap tidak dapat menghilangkan kesedihan dan penderitaan yang terpaksa ditanggung beliau dan dua anaknya yang memerlukan belaian seorang ibu.
“Saya puas hati dengan tertangkapnya suspek dan berharap dia akan mendapat hukuman yang seberat-beratnya tetapi macam mana sekalipun masih tidak dapat hilangkan kesedihan kami sekeluarga.
“Saya percaya pihak pendakwa akan bersedia dengan bukti dan saksi bagi memastikan suspek tidak terlepas dari hukuman yang setimpal.
“Bagaimanapun kita sebagai seorang Islam, saya terima yang pergi tetap pergi tidak dapat dikembalikan lagi walaupun pembunuh itu menerima hukumannya nanti,” kata Irwan ketika dihubungi Selangor Kini hari ini.
Mengulas lanjut, Irwan melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak polis dan orang awam yang menyalurkan maklumat sehingga membawa kepada penangkapan tersebut.
Irwan juga berharap agar kejadian yang menimpa isteri beliau dijadikan pengajaran kepada semua pihak bertanggungjawab.

Abim kecam pembunuhan ketua penguatkuasa JAIP

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Rafli Abdul Malek.
Pengerusi Abim Amidi Abdul Manan berkata, pembunuhan tersebut satu tindakan tidak wajar kerana Islam tidak membenarkan nyawa diambil secara sesuka hati.
"Memandangkan pelbagai khabar angin tersebar menerusi media, Abim menyeru masyarakat agar bertenang serta memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan selanjutnya.
"Kami menggesa agar langkah sewajarnya diambil bagi mengelakkan perkara ini berulang. Satu mekanisme kawalan keselamatan perlu difikirkan bagi penjawat awam yang berhadapan dengan risiko keselamatan nyawa," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Amidi turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham dan menyifatkan Ahmad Rafli sebagai seorang pegawai berdedikasi serta bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah.
Ahmad Rafli meninggal dunia hari ini selepas ditembak oleh penjenayah di rumahnya di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang sekitar jam 2 petang tadi.

Suspek bunuh pegawai bank sembunyi di rumah kosong sepanjang pelarian

KUALA LUMPUR - Suspek kes bunuh dan rompak pegawai AmBank di Subang Jaya menjadikan bangunan serta rumah kosong sebagai lokasi persembunyian selama 19 hari ketika dalam buruan polis.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek bersembunyi di beberapa buah rumah serta bangunan kosong sekitar Lembah Klang dan Johor.

"Bagaimanapun, suspek dipercayai melarikan diri menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk keluar dari Lembah Klang menuju ke Johor sejurus selepas kejadian pada 23 Oktober lepas.

"Ketika berada di sana (Johor), suspek juga cuba mendapatkan bantuan sindiket pemalsuan dokumen pasport bagi melarikan diri ke negara jiran," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada kira-kira 7 pagi tadi.

Syria: Who holds the key to Geneva II?

Tidak Rayu: KJ tuntut AG perjelas kes PKFZ


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menuntut Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan menjelaskan alasan untuk tidak mengemukakan rayuan ke atas keputusan mahkamah yang melepas bekas menteri pengangkutan Datuk Seri Ling Liong Sik berhubung skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Katanya, Gani perlu menjelaskan perkara tersebut atas kepentingan awam.

"Saya rasa ia satu kes yang mempunyai kepentingan awam dan penjelasan  perlu dilakukan oleh peguam negara jika beliau tidak mahu mengemukakan rayuan dan apakah alasannya (untuk tidak mengemuka rayuan).

"Ini (PKFZ) satu kes yang sangat pengting dan saya fikir masyarakat umum mahu tahu apakah alasan di sebaliknya?,” katanya kepada pemberita di Bukit Jalil petang ini.

Ling yang merupakan bekas presiden MCA pada 25 Oktober lalu dilepaskan dari tuduhan menipu kerajaan dalam kese projek PKFZ yang bernilai berbilion ringgit.

Bekas menteri itu dituduh gagal mendedahkan kepada kabinet berhubung kadar faedah 7.5 peratus setahun atas harga pembelian tanah untuk projek PKFZ, yang menyebabkan kerajaan menanggung kos tambahan RM720 juta setahun.

Muktamar 59: Nik Amar bertanding untuk suburkan demokrasi



KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti bagi memberi ruang kepada perwakilan untuk ‘memilih’.

Katanya, setelah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menarik diri bertanding jawatan tersebut, beliau menerima tanggung jawab bagi memenuhi hasrat perwakilan yang turut mencalonkannya untuk bertanding jawatan tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung hasratnya menerima pencalonan jawatan Timbalan Presiden PAS di pejabatnya, di Kota Darulnaim,  tengahari tadi.

Amar berkata demikian sebagai reaksi awalnya berhubung hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden bagi menentang penyandang, Mohamad Sabu pada Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-59, November ini.

“Kebetulan Datuk Tuan Ibrahim menarik diri daripada bertanding timbalan presiden, jadi saya bersedia menawarkan diri.

“Andainya Tuan Ibrahim masih bertanding, saya tidak akan bertanding jawatan itu,” ujarnya.

Wajarkan pimpinan PAS hanya dari kalangan ulama?

Jika PAS menyertai pilihan raya kerana suka-suka, lebih baik PAS menjadi NGO seperti Abim, Ikram atau mungkin menjadi seperti tabligh.


PAS adalah sebuah parti politik yang bercita-cita untuk mendapatkan kuasa pemerintahan. Itulah matlamat utama kenapa PAS menyertai pilihan raya. Jika PAS menyertai pilihan raya kerana suka-suka dan tidak meletakkan matlamat kemenangan yang jelas, lebih baik PAS menjadi NGO seperti Abim, Ikram atau mungkin menjadi seperti tabligh.
Apabila jelas cita-cita menyertai pilihan raya, PAS mesti memahami bagaimana kuasa pemerintahan yang diidam-idamkan itu berjalan dan apakah struktur yang menggerakkan sebuah kerajaan. Dari situlah, PAS mesti menyediakan dirinya agar mampu dan dilihat mampu untuk memikul amanah, iaitu menyediakan pemimpin-pemimpin parti bagi menghadapi cabaran mengurus sebuah kerajaan. Barisan kepemimpinan dan kompetensi sebuah parti itu sendiri akan mencerminkan sejauh mana parti itu bersedia memimpin sebuah negara.
Kerajaan sebuah negara bukan hanya mengurus bab agama sahaja, bukan fokus pada hukum jenayah sahaja. Mari kita lihat secara kasar apakah skop kerja sebuah kerajaan.
Kerajaan Malaysia hari ini mempunyai 22 kementerian dan Jabatan Perdana Menteri. Kementerian ini mewakili portfolio tertentu. Di bawah setiap kementerian terdapat berpuluh-puluh agensi, jabatan, institusi, suruhanjaya, majlis, perbadanan, syarikat, pusat pembangunan dan penyelidikan, lembaga, akademi, yayasan, bahagian dan unit.
Contohnya di bawah Kementerian Kesihatan, bidang-bidang yang dinaungi oleh kementerian ini termasuk amalan perubatan, peranti perubatan, kejururawatan, kualiti makanan, pergigian, pembangunan kesihatan, pendidikan kesihatan, latihan, khidmat farmasi, perubatan tradisional, sains kesihatan, kejuruteraan perubatan, telekesihatan, psikologi, perubatan dan kesihatan kanak-kanak, pengawalan fatmaseutikal kebangsaan, 104 buah hospital kerajaan, jabatan kesihatan negeri-negeri dan pejabat kesihatan daerah-daerah.
Pentadbiran sebuah negara juga terlalu luas skopnya, tidak hanya tertumpu kepada bidang keagamaan sahaja. Antara sektor-sektor lain yang termasuk dalam skop pentadbiran kerajaan ialah:

PKR elected reps who quit party must abide by agreement to give up seat, says party president


PKR president Wan Azizah, seen here with Anwar, has demanded two PKR elected reps in Sabah give up their seats after they quit in the past week. - The Malaysian Insider pic, November 10, 2013.PKR president Wan Azizah, seen here with Anwar, has demanded two PKR elected reps in Sabah give up their seats after they quit in the past week. - The Malaysian Insider pic, November 10, 2013.In light of one assemblyman leaving and another on the verge of quitting, PKR wants to enforce agreements its elected officials in Sabah had signed to vacate their assembly or parliamentary seats if they left the party, said president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Wan Azizah said it was looking at its options but conceded the action would be difficult considering such agreements had been successfully challenged in court before.
“They had nonetheless made a moral agreement of their obligation to the people that elected them. They had betrayed the trust given to them by the electorate,” she said.
On Friday, Sabah PKR vice-chairman and Matunggong state assemblyman Datuk Jelani Hamdan quit his party post, claiming he could no longer work with party leaders.
He also said he would ultimately leave the state opposition party as well, though he stopped short of saying if he was hopping over to the Barisan Nasional (BN).
Jelani's decision to quit PKR is the second to hit Sabah PKR and the third to hit the opposition coalition in the state in less than a week.
Its Kadamaian assemblyman Jeremy Malajad had earlier announced his departure to become a Barisan Nasional-friendly independent state assemblyman.
The first to do so was Luyang assemblyman and former Sabah DAP chief Dr Hiew King Cheu, who resigned as state party adviser.
Wan Azizah described the defections and quarrels among Sabah PKR leeaders as a “local misunderstanding that has been brewing for a while”.
She admitted there was a problem between local leaders and Sabah PKR chief Datuk Seri Lajim Ukin.
See Chee How, a lawyer and one of two PKR Sarawak assemblymen, said the party could go as far as initiating legal action to force them to vacate their seats.
He said PKR legal experts had “studied precedent cases” and “plugged the loopholes” when drawing up their anti-hopping agreement.

Berita ekstrem perkauman dan berat sebelah punca GLC jauhi Utusan Malaysia


Pemimpin DAP Zairil Khir Johari (pic) menggesa Utusan Malaysia supaya menyedari hakikat rakyat Malaysia tidak lagi membaca berita yang esktrem perkauman dan berat sebelah, susulan desakan supaya syarikat bukan kerajaan (GLC) mengiklan dalam akhbar berbahasa Melayu milik Umno tersebut.
Semalam, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan memgakui pernah menulis surat kepada pemimpin tertinggi atau pengerusi GLC supaya membelanjakan peruntukan iklan mereka kepada akhbar itu.
"Perkara ini menunjukkan pengisian ataupun kandungan dalam Utusan Malaysia itu sendiri tidak menarik.
"Orang ramai tidak suka membaca berita fitnah dan berat sebelah," kata Ahli Parlimen Bukit Bendera itu kepada The Malaysian Insider.
Menyifatkan akhbar Utusan Malaysia sudah tidak lagi relevan kerana bermotifkan politik, Zairil bertegas corak penulisan dibawa akhbar tersebut tidak kena dengan peredaran zaman di mana rakyat mahukan berita yang lebih segar dan positif.
"Kandungan mereka terlalu bermotif politik dan ekstrem perkauman, rakyat tidak suka membaca perkara sebegini," katanya.
Dalam pada itu, beliau juga mempertikaikan kredibiliti dan kebertanggungjawaban akhbar tersebut yang seringkali kalah dalam kes-kes saman yang dikenakan kepada mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Akhbar Umno itu sering berhadapan kes-kes saman daripada para pemimpin Pakatan Rakyat. Antaranya adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin daripada PAS.

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: "Hijrah"

TGNA | Kuliah Jumaat 01 Nov 2013

Peguam Negara: Zahid perlu bersuara dan membuktikan ketegasannya bukan pura-pura


Sejak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan sedang memberi tekanan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dengan memanggil beberapa individu penting ke rumahnya untuk membincangkan perkara itu pada Ogos lalu, semakin ramai yang bercakap mengenainya.
Dengan tindakan terbaru Peguam Negara tidak memfailkan rayuan dalam kes yang melibatkan bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik dalam skandal PKFZ, sekali lagi kecaman terhadapnya turut bertambah.
Tindakan Peguam Negara tidak memfailkan rayuan dalam kes yang berprofil tinggi ini mengulangi apa yang dilakukannya dalam kes rakan karib Datuk Seri Najib Razak, Razak Baginda yang dibebaskan mahkamah kerana dituduh membunuh Altantuya Shariibuu, suatu gambaran seolah-olah mereka berpuas hati dengan keputusan yang tidak memihak kepada pendakwaraya itu.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini menggesa Peguam Negara menjelaskan kepada umum tentang kewajarannya tidak memfailkan rayuan dalam kes melibatkan Ling itu memandangkan ia merupakan kes yang menjadi perhatian umum.
Dalam kes tekanan kepada Peguam Negara, Abdul Gani dengan mengaitkannya dalam pelbagai perbuatan salah saku, kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dan adanya pengintip CIA diambil bekerja dengannya, selain bekas pegawai kanan polis, Mat Zain Ibrahim dan peguam terkenal, Shafie Abdullah yang dipanggil Mahathir ke rumah, turut dijemput ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ketika ditanyakan tentang pengintip CIA di pejabat Peguam Negara itu, Ahmad Zahid dilaporkan berjanji akan menyiasat dan akan memaklumkan kepada Mahathir sebaik mengetahui kedudukan sebenarnya.
Dalam reaksinya mengenai maklumat yang diperolehi oleh Dr Mahathir bahawa ada pengintip CIA bekerja di pejabat Peguam Negara, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap berdiam diri Najib mengenai perkara itu sedangkan ianya adalah isu besar yang melibatkan kepentingan negara.

Raja Melayu: Untuk ditakuti atau hormati?


Kita tidak mahu Raja dibenci, kita mahu mereka dihormati, kata Syed Husin. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 November, 2013.Kita tidak mahu Raja dibenci, kita mahu mereka dihormati, kata Syed Husin. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 November, 2013.Apakah rasa hormat yang ikhlas kepada Raja-Raja Melayu oleh masyarakat boleh dikembalikan dengan mengurangkan keistimewaan yang selama ini memberikan kuasa yang unik pada institusi tersebut?
Bolehkah Raja-Raja Melayu, yang sejak lima tahun kebelakangan ini dipersendakan, dijadikan bahan skandal dan dikritik di laman web sosial Facebook oleh masyarakat Melayu, dijadikan sebagai sebuah institusi yang bebas daripada pengaruh politik?
Lanjutan itu, bolehkah Raja-Raja Melayu yang bebas dijadikan pengadil di dalam pertarungan politik sengit di antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat (PR) dan sekutu mereka yang semakin mencetuskan ketegangan kaum dan agama?
Persoalan-persoalan ini merupakan thema utama di dalam buku terbaru Dr Syed Husin Ali yang bertajuk “The Malay Rulers: Regression or Reform?” (Raja Melayu: Melangkah Depan atau Mundur Kebelakang?)
Malah hasrat profesor kajian sains sosial itu menulis buku tersebut adalah bagi memulakan dialog masyarakat yang boleh mengembalikan rasa hormat dan kepercayaan kepada institusi itu yang sepatutnya menjadi tungak sistem politik negara ini.
“Kita tidak mahu Raja kita dibenci. Kita mahu agar mereka dihormati,” kata Dr Syed Husin di dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider baru baru ini.
Tidak kebal lagi
Buku ringkas 83 muka surat itu merupakan versi Bahasa Inggeris terbaru sebuah buku bahasa Melayu yang ditulis lebih 20 tahun dahulu yang bertajuk “Isu Raja dan Pindaan Perlembagaan”.
“Setelah 20 tahun berlalu, saya mengambil keputusan untuk meminda buku asal itu bagi meneliti perubahan status institusi akibat kesan daripada pindaan perlembagaan”.
Beliau merujuk kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan pada Disember 1992 yang memberi kesan mendalam kepada kuasa dan kedudukan Raja-Raja Melayu.
Dalam peristiwa itu, yang sekarang digelar Krisis Perlembagaan 1993, Dewan Rakyat pada era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamed, telah meluluskan pindaan Perlembagaan yang membolehkan Raja-Raja Melayu dikenakan tindakan mahkamah.
Sebelum itu, perlembagaan memberi Raja-Raja Melayu dan keluarga mereka kekebalan (immunity) daripada tindakan undang-udang. Sehingga zaman 90-an segenap ahli keluarga Raja Melayu telah menyalahgunakan keistimewaan itu.

Tanah Kg Hakka telah dipindah milik kepada pemaju oleh MPN

Kita juga mendapat tahu bahawa pemaju mencagarkan tanah tersebut kepada sebuah bank untuk mendapatkan pinjaman, kata PSM.
SEREMBAN – Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan menyangkal kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa tanah Kampung Hakka di Mantin dijual kepada pemaju.
“Mohamad dalam laporan media baru-baru ini berkata bahawa tanah Kampung Hakka, Mantin dijual kepada pemaju.
“Walaubagaimanapun hasil carian kami di Pejabat Tanah Negeri Sembilan mendapati tanah Kampung Hakka, Mantin tidak dijual kepada pemaju Mega 9 Housing Sdn Bhd, sebaliknya dipindah hak milik oleh Majlis Perbandaran Nilai (MPN) kepada Mega 9 Housing Sdn Bhd.
“Hasil siasatan kami mendapati rekod di Pejabat Tanah Negeri Sembilan menunjukkan urusan pindah hak milik dari MPN kepada Mega 9 didaftarkan pada tahun 2005 dan penyerahan pula pada Ogos 2011.

Terumbang ambing kerana miskin

Suhaimi Ahmad menceritakan kesukaran hidup di Kuala Lumpur apabila usia sudah menjadi tua dan tiada pekerjaan.
PETALING JAYA: Hatta Mohamad berusia 65 tahun tidak bekerja, ekoran itu hidupnya terumbang ambing di Kuala Lumpur. Tidurnya tidak menentu, namun bernasib baik selalu mendapat makanan percuma.
Di zaman muda beliau melakukan pelbagai pekerjaan, antaranya di stesen minyak, syarikat perkapalan dan yang terakhir syarikat pengangkutan barang.
Beliau mula kehilangan pekerjaan kira-kira lima tahun lalu kerana kecederaaan tangan kanannya ketika bekerja di stesen minyak di Gombak.
Hatta adalah warga kota yang miskin.
“Saya menghabiskan masa di sini sahaja, apa lagi yang boleh dii lakukan pada usia begini. Siang berjalan-jalan, malam tidur sahaja.
“Tidur yang susah sedikit, kena tunggu kedai tutup dulu kerana saya tidur di kedai,” katanya dengan tersenyum.
Menurut kenalannya, Hatta seorang yang jujur, penyabar dan pandai berkawan ekoran tidak suka mencampuri urusan orang lain.

Kemiskinan bandar tidak mengenal bangsa

Perangkaan Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri jumlah keseluruhan isirumah tegar di negara kita termasuk di Sabah dan Sarawak ialah 15,805.
PETALING JAYA:  Kemiskinan tidak mengenal kaum dan agama. Tetapi jika bandar-bandar besar masih ramai golongan miskin ia sesuatu yang malang.
Namun kenyataannya kemiskinan bandar tidak menenal bangsa dan agama.
Menurut perangkaan yang diberikan oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri jumlah keseluruhan isirumah  tegar di negara kita termasuk di Sabah dan Sarawak ialah 15,805.
Manakala jumlah isi rumah miskin pula ialah 108,000. Isi rumah miskin tegar di Sabah ialah 8,457  dan di Sarawak ialah 1,801. Bagi isi rumah miskin  pula Sabah mencatatkan jumlah terbesar iaitu 42,400 diikuti oleh Sarawak 12600.
Dalam kata lain, jumalh isi rumah miskin tegar  di Malaysia Timur ialah 10, 258 iaitu 64.9%, manakala isirumah miskin bagi kedua-dua negeri tersebut ialah 55, 000 iaitu 51.11%.

Rumah, pengangkutan punca warga bandar miskin

Mereka membelanjakan kira-kira 30% untuk rumah dan 30% lagi untuk pengangkutan.

PETALING JAYA: Warga kota terutama golongan berpendapatan rendah berdepan dengan dua masalah utama iaitu rumah dan pengangkutan kerana 60%  pendapatan pengguna dibelanjakan untuk kedua-dua itu.
“Kira-kira 30% untuk rumah dan 30% lagi untuk pengangkutan, tidak kira lah mereka membeli  atau menyewa rumah. Begitu juga sama ada membeli kereta atau menggunakan teksi dan bas setiap hari.
“Jika kedua masalah ini gagal diatasi, maka kemiskinan tidak boleh dihapuskan atau dikurangkan,” kata bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo.
Menurut beliau, akibatnya pendapatan tidak cukup untuk menyekat inflasi, selain kenaikaan harga barangan menyebabkan kos sara hidup semakin meningkat.
Beliau berkata, rumah kos rendah di bandar perlu dibina dengan harga sekitar RM60, 000 seunit dan kos sederhana dalam RM200, 000.
“Rumah kos rendah mesti dibina dalam kawasan bandar, kalau dibuat di pinggir bandar penduduk miskin terpaksa membayar kos pengangkutan yang lebih,” tambah beliau.
Bekas MenterI Besar Selangor itu berkata,  kerajaan boleh mengenakan premium tanah yang rendah untuk mengurangkan kos pembinaan rumah.
Penduduk kampung berhijrah

Typhoon Haiyan survivors still in shock

Smell of Death, scenes of despair after 'Yolanda'

Resident: Tacloban conditions 'worse than hell'

Pihak yang bertanggungjawab memburuk-burukkan calon dalam pemilihan Ketua Pemuda PAS

Menurut laporan Sinar Harian Online, selepas diumumkan nama-nama calon yang akan bertanding dalam Muktamar PAS ke-59 nanti, dilaporkan muncul kempen memburuk-burukkan calon Ketua Pemuda PAS yang dimuat naik ke dalam laman media sosial Facebook. Namun ianya tidak diketahui siapakah individu yang tidak bertanggungjawab itu.


Walau bagaimana pun, berdasar pemerhatian penulis WarkahDaily, situasi seolah ada cubaan untuk menggambarkan seolah-olah cara kempen berkenaan benar-benar wujud dalam pemilihan PAS kali ini.

Menurut Sinar lagi, individu yang tidak bertanggungawab itu cuba memperlihatkan beliau cuba menyokong calon yang dikatakan pro ulamak. Dalam masa yang sama ia memberi isyarat konon golongan penyokong pro ulamak ini menggunakan kempen kotor untuk memenangkan calon kesukaan mereka.

Individu berkenaan juga cuba menonjolkan konon beliau memilih calon Ketua Pemuda yang boleh menobatkan Islam di samping mereka memburuk-burukkan calon lain konon nanti akan menyingkirkan golongan agama daripada PAS dengan memberi contoh seperti Ustaz Nasarudin Mat Isa dan Dato Dr Hassan Ali yang dipecat dari PAS atas sebab disiplin.

Namun apa yang melucukan, menurut laporan Sinar Harian, pemilik akaun laman sosial berkenaan turut memuat naik beberapa mesej berkaitan perjuangan kerajaan perpaduan yang sebelum ini lantang disuarakan oleh Nasarudin Mat Isa dan Hassan Ali. Padahal mereka yang sentiasa gila talak dengan kerajaan perpaduan ini adalah geng-geng Umno.

Wacana calon Ketua Pemuda PAS di Alor Setar


KUALA LUMPUR: Walaupun Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi mengalu-alukan debat secara bersemuka di antara calon-calon jawatan di peringkat PAS Pusat bagi menggalakkan kempen secara sihat, Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah mencadangkan kaedah yang lebih lunak iaitu program wacana.
Ketuanya, Yusrin Adnan dalam satu kenyataan media berkata, program wacana itu dianjurkan bagi memupuk budaya ilmu dalam medan siasah (politik).

Wacana bertajuk “Ke Arah Pemberdayaan Pemuda Harapan Nusa Bersama Calon-Calon Ketua & Timbalan Ketua Pemuda Pas Malaysia 2013-2015” itu ujarnya bukanlah program  debat tetapi lebih kepada percambahan idea di kalangan calon.

“Pemuda PAS Kuala Kedah telah membuat jemputan kepada calon-calon yang layak bertanding bagi jawatan ketua dan timbalan ketua pemuda, dengan harapan dari kami, semua calon-calon  bersedia untuk tampil bagi menyuburkan budaya ilmu dalam kelompok Dewan Pemuda.

Salah guna kuasa mudah berlaku apabila AG ‘berkuasa’ sepenuhnya



SHAH ALAM 10 NOV : Penyalahgunaan kuasa didakwa lebih mudah berlaku apabila kuasa pendakwaan kes terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa Peguam Negara (AG).
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, berkata antara kes yang mempunyai bukti lengkap tetapi tidak didakwa termasuk isu melibatkan Tan Sri Rafidah Aziz ketika beliau masih menjawat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
badrul hisham chegubard ceramah yelow 01“Antara contoh kes, seperti skandal AP (permit diluluskan) yang melibatkan Tan Sri Rafidah dahulu yang didedahkan Ezam Noor (bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan) sebelum ini.
“Masa itu Badan Pencegahan Rasuah (BPR-sebelum ditukar kepada SPRM) ada cukup bukti, kertas siasatan dah lengkap tetapi tiada pendakwaan terhadap beliau dan akhirnya fail siasatan diperapkan begitu sahaja.
“Ini menunjukkan SPRM diberi peruntukkan yang besar tetapi tidak diberi kuasa, tetapi orang yang ada kuasa mendakwa, salah guna kuasa pula dengan melindungi pihak tertentu,” kata Badrul ketika dihubungi Selangor Kini.
Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata kerajaan tidak bercadang memberi kuasa pendakwaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana bimbang berlaku salah guna kuasa.
Badrul Hisham atau juga dikenali sebagai Chegu Bard itu juga percaya keputusan tidak mendakwa dibuat apabila terdapat pihak yang mempengaruhi atau memberi tekanan terhadap peguam negara.
“Ini adalah salah guna kuasa oleh Peguam Negara kerana sepatutnya menjalankan pendakwaan dan bukannya melindungi orang yang disiasat. Kalau begini siasatan SPRM jadi sia-sia sahaja,” kata beliau lagi.

Muktamar 59: Semoga calon terbaik akan menang

MAY THE BEST MAN WIN

Lazimnya dalam mana-mana pertandingan akan ada seorang sahaja yang akan menang, tiada istilah “win-win”, yang ada ialah “you either win or you loose”.

Sebab itu dalam pertandingan yang lebih utama ialah “not about winning” sahaja tetapi ia tentang semangat berlumba-lumba. Namun ada orang yang akan mengatakan, "Itu dalam sukan, tapi politik lain halnya!"

Betulkah sanggahan ini, tentang semangat persaingan dalam politik?

LOGIK POLITIK DALAMAN

Persaingan dalam politik dalaman sememangnya ada ceritanya tersendiri, bagi orang luar yang mengamatinya akan menganggap itulah 'permainan kotor' ahli politik merebut jawatan dalam partinya.

Bagi pesaing dalam perlumbaan organisasi mereka menganggap itu adalah caranya untuk mereka menyumbang kepada partinya dan mereka tidak ada pilihan kerana itu adalah tabiat organisasi.

Hakikatnya para pengkaji organisasi politik menyebut persaingan dalaman adalah kerana beberapa faktor, pertama ialah kepuasan diri pesaing, kedua ialah faktor ganjaran di luar parti khususya apabila parti itu adalah parti yang memerintah atau berpotensi untuk memerintah manakala faktor kelompok pula adalah antara dinamika persaingan dalaman dalam parti.

Tidak semua faktor yang disebutkan merupakan kesalahan, para pengkaji cuma membuat gambaran suasana persaingan dan faktornya, kadar dan bentuk persaingan tidak semestinya sama dalam semua parti dan masa kajian dibuat juga terpulang kepada kedudukan parti itu dalam konteks usahanya mendapat kuasa.

Persaingan juga adalah faktor kepada fenomena konflik yang mewarnai sesebuah organisasi politik. Itulah logik persaingan.

ADAB BERSAING

Kempen pemilihan Pemuda Pas bermula dengan kotor

Kempen pemilihan Pas bermula dengan kotor  
Keratan laman sosial Facebook yang memburuk-buruk calon bagi jawatan Ketua Pemuda Pas Pusat yang dimuat naik, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh Nizam Zain
SHAH ALAM – Kurang 24 jam selepas senarai muktamad calon pemilihan Pas bagi sesi 2013-2015 diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihannya, Asmuni Awi, sudah pun muncul kempen memburuk-burukkan calon parti itu yang dimuat naik ke dalam laman media sosial Facebook hari ini.

Menurut sumber Sinar Harian Online, kempen berbaur hasutan dan cuba menjejaskan undi calon Ketua Dewan Pemuda Pas itu menggunakan akaun ‘Fikrah Islamiah Pilihan Kami’ dengan mengubah wajah salah seorang calon yang bertanding iaitu Zulhazmi Shariff dengan gambar anjing.
Manakala dua lagi pencabar Zulhazmi seperti Suhaizan Kaian dan Kamaruzaman Mohamad pula menggunakan wajah sebenar.
Pemilik akaun tersebut turut memuat naik beberapa mesej yang merujuk kepada perjuangan kerajaan perpaduan yang sebelum ini lantang disuarakan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali.
“Jika aning-anjing liberal ini berjaya menguasai parti, maka lihatlah sendiri akan lebih ramai lagi para pejuang Islam akan menerima nasib yang sama seperti Ustaz Nasarudin dan Dr Hassan Ali.
“Mereka akan terus menerus menjadi kuda kepada PKR dan DAP...maka ketika itu percayalah penyatuan umat Islam Melayu hanya akan tinggal impian,” katanya.

GLC mengiklan di Utusan satu pembaziran


KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, yang mengarahkan 35 syarikat berkait kerajaan (GLC) utama negara menambah iklan di akhbar-akhbar milik Umno termasuklah Utusan Malaysia dan Berita Harian membuktikan GLC-GLC utama negara tidak mahu membazir.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, hal ini jelas apabila dilihat penurunan jumlah edaran akhbar-akhbar tersebut yang menjunam dari 203,704 (2005) ke 130,463 (2012) iaitu penurunan 36% bagi Berita Harian dan dari 213,445 (2005) ke 178,211 (2012) iaitu penurunan 16.5% bagi Utusan Malaysia (1).

Katanya, ditambah pula laporan Consumer & Media View oleh Nielsen yang menyatakan Utusan Malaysia khususnya menyaksikan jumlah pembaca berkurangan 8.6% menjelang PRU13 (2), dan persepsi yang timbul akibat kekalahan demi kekalahan saman ke atas Utusan Malaysia di mahkamah berkait fitnah yang disebar akhbar tersebut.

“Maka mengiklan di akhbar yang jumlah edaran dan pembacanya menurun bukanlah sesuatu yang strategik, terutama bagi GLC-GLC utama negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, realiti hari ini yang sukar difahami Ahmad dan Umno ialah para pembaca letih dan muak disuap propaganda dan fitnah Umno.

Gani Patail patut berundur, kalau tidak Najib dan kabinet berundur

Kegersangan politik politik tanahair, yang telah membawa berbagai-bagai padah yang buruk entah bilakan selesai. Kerajaan hari ini sibuk dengan berusaha untuk memperbaiki keyakinan rakyat terhadapnya, tetapi mereka tidak pun memahami apa kesalahan yang mereka lakukan dan seterusnya mereka tidak tahu bagaimana untuk memperbaikinya.
Bagaimana hendak membetulkan keadaan jika mereka (pemimpin kerajaan) tidak tahu masalah sebenar yang hendak mereka selesaikan itu. Selalu mereka tidak tahu pun apa yang mereka lakukan itu adalah tindakan yang salah. Pendeknya mereka melakukan tindakan salah terhadap isu yang salah dan tidak terjumpa penyelesaian hingga ke akhir.
Sekarang sudah sampai ke tahap yang amat meruncing sehinggakan pimpinan termasuk pucuk pimpinan melakukan tindakan yang salah dan tidak menepati maksud untuk membetulkan kesalahan yang mereka sendiri tidak memahami masalahnya. Negara telah terbiar begitu lama dengan masalah yang terlalu banyak di lakukan kerajaan. Setiap minggu ada sahaja isu yang keluar dan terpampang di mata rakyat.
Hari ini isu besar yang kita dengar ialah isu kewibawaan Peguam Negara, Gani Patail. Isu salah laku Gani Patail berhubung dengan isu kehadiran dua orang agen CIA di pejabat Peguam Negara menjadi hangat apabila salah seorang dari dua bekas Perdana Menteri kita telah bertindak merundingkan apa yang perlu di lakukan terhadap Peguam Negara di atas beberapa isu yang telah di timbulkan oleh beberapa pihak terhadap Gani.

Sokongan Utusan “membawa rebah” kepada Mohd Amar?



Mohd Amar dikatakan mewakili golongan ulama di dalam PAS. 
Mohd Amar dikatakan mewakili golongan ulama di dalam PAS.Pertembungan satu lawan satu bagi jawatan timbalan presiden PAS di antara Mohamad Sabu dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilihat sebagai pertembungan di antara kumpulan anti ulama dan pro ulama walaupun ironinya, Mohamad dan rakan-rakannya dalam Pemuda pada tahun 1982 yang membawa usul kepimpinan ulama dalam parti Islam itu.
Mohamad kini dianggap sebagai mewakili golongan profesional atau Edorgan manakala Mohd Amar dikatakan mewakili suara golongan ulama.
Hari ini Mohamad umpama mendapat “vitamin tambahan” apabila akhbar milik Umno Utusan Malaysia memberikan sokongan terbuka kepada Mohd Amar bagi jawatan timbalan presiden PAS itu.
“Orang PAS ni siapa yang Utusan sokong mereka tolak,” kata seorang aktivis parti Islam itu apabila dihubungi The Malaysian Insider.
“Utusan Malaysia ni akhbar Umno, bila dia sokong, mesti ada agenda jahat,” katanya.
Dalam pemilihan PAS pada 2011, Utusan Malaysia memberikan sokongan kuat kepada Nasharudin Mat Isa dan bekas Timbalan Presiden PAS itu mendapat 224 undi, undi tercorot berbanding Mohamad (420 undi) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399).
Dalam rencana yang ditulis pengarang Utusan Malaysia Zulkiflee Bakar bertajuk “Memperkasa ulama dalam PAS”, beliau mengatakan kemenangan Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan itu penting demi memastikan pengaruh ulama dikembalikan semula dalam PAS.
"Mereka (PAS) mempunyai misi penting untuk dilunaskan iaitu pertama, mengembalikan kekuatan ulama dalam heirarki kepimpinan utama PAS dan kedua, mendesak supaya PAS tidak menjadi ‘lebai malang’ melalui kerjasama dalam pakatan pembangkang.
"Bagi misi pertama, sudah pastilah tumpuan akan diberikan kepada perebutan jawatan timbalan presiden yang kini disandang oleh Mohamad Sabu," kata beliau dalam tulisannya di Utusan Malaysia edisi Ahad, Mingguan Malaysia hari ini.

Suspek pembunuhan pegawai AmBank direman tujuh hari


Suspek dalam pembunuhan pegawai AmBank di reman polis hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 10 November, 2013.Suspek dalam pembunuhan pegawai AmBank di reman polis hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 10 November, 2013.Pengawal keselamatan yang juga suspek menembak mati seorang pegawai operasi AmBank Norazita Abu Bakar dalam kejadian rompakan di bank itu bulan lalu direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Beliau direman bermula hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Perintah reman itu dikeluarkan pada pukul 3.40 petang ini oleh Majistret Nazri Omran di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Pengawal keselamatan yang juga suspek yang menembak mati seorang pegawai operasi AmBank di Subang Jaya bulan lalu dikawal ketat anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi mendapatkan tahanan reman, hari ini.
Polis menahan pengawal keselamatan yang melarikan wang sebanyak RM450,000 di cawangan Ambank di USJ Sentral, Subang Jaya di Johor pagi ini.
Suspek dikenal pasti berasal dari Sabah, berumur 37 tahun dan dituduh menggunakan kad pengenalan palsu untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.

Malaysia Masih Aman: Ketua penguatkuasa JAIP maut ditembak

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mati selepas terkena tiga das tembakan di rumahnya di Indera Mahkota 2 dekat Kuantan hari ini.
Menurut sumber polis, Raflie Ab Malik dipercayai mati di tempat kejadian kira-kira 2 petang.

"Tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian itu," kata sumber polis kepada Bernama di Kuantan.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek itu dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menembak mangsa.

"Suspek juga dipercayai memakai pakaian berwarna hitam dan berkopiah," katanya.

Beliau berkata polis masih menyiasat kes itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad mengesahkan kejadian itu.

- Bernama

 Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون) ..... Moga rohnya di cucuri rahmat dan tempat di kalangan orang-orang yang beriman .. Alfatihah ..Amin.

Suspek tembak pegawai AmBank direman

Najib is worse than Mahathir... and that's not yet including ROSMAH!

It is said that hell broke loose whenever Dr Mahathir Mohamad could not get things done his way. People who knew him would testify to it.
A good example is when former prime minister, Abdullah Ahmad Badawi was quoted in “The Awakening” describing Dr Mahathir as someone who “… believes his way is the only way. When I tried to do things differently, he believed that I was doing things wrongly. But that is Dr Mahathir.”
Full stop. That’s Mahathir to Abdullah Badawi. It was bad enough for Abdullah Badawi to talk in this manner about his predecessor. But recently, a Malay daily flashed the story of the Malaysian maverick’s daughter, Marina Mahathir who said that Najib Abdul Razak is even worse than her father. Really?
If Marina had said it, and she was not quoted out of context, chances are it is true, but let’s set aside the emotions and look at the facts.
M is for Mahathir Mohamad...
The octogenarian, often dubbed the Malaysian Frank Sinatra, belongs to the ‘Me Generation’ of the past. Paul Anka, who penned the lyrics for the popular song, “My Way” described Frank Sinatra as someone who would use words like ‘I ate it up and spit it out.’
This reminds me of Mahathir himself. He would spew out venom, without thinking twice. When former prime minister, Abdullah Ahmad Badawi chose not to proceed with some of the old man’s pet projects, I remember Mahathir blatantly throwing out a tantrum, including quitting the party which he created just to gain some sympathy.
If Frank was what Paul Anka had described him, then, he is as despicable as the recalcitrant Mahathir is even to this day.
Very few good leaders would finish of their own deputies, but the ferocious Mahathir had three whom he raised up, then discarded them whenever he was being challenged. Good leaders are those who would groom up their successors, and for this reason, UMNO Baru has difficulties finding a good leader who can lift the country out of the pits.
What is more despicable in my opinion of Marina’s father is that, although a Mamak by birth, he denied his own Indian roots from Kerala, India. While Marina’s auntie continued using the family name Kutty until the day she died, Mahathir had along the way shed off his Indian roots, and took on his mother’s lineage instead.
This is strange, as there is no culture in this world where the children follow the mother’s lineage. There is nothing wrong being a Mamak, who like the Babas, are from mixed parentage, but Mahathir is ashamed of his “Mamakhood.” He should have taken on the name of his mother, Dr Mahathir bin Wan Tempayan.
We don’t need to go further and dig out the same old stuff which have been written by others, but the fact is – we have a standard of despicability in Dr Mahathir Mohamad. I can only imagine how many people were whistling happily when Mahathir went to campaign for Ibrahim Ali in Pasir Mas, and recently, in the Batu Puteh by-election. The candidates lost!
And when he personally campaigned for his own son, Mukhriz, Mahathir had no reason to blame the Chinese for his son’s defeat in the UMNO Baru vice presidential race; instead, he lashed it out on UMNO’s money politics. I wonder who gave UMNO Baru elites so much money to splash out every time there is a race for the UMNO Baru Vice Presidency! Wasn’t it the man who is dubbed the Malaysian maverick?

Suhaimi Said: Perjuangannya untuk rakyat

Belasungkawa|Dr Syed Husin Ali,
SEORANG pejuang tulen yang gigih untuk keadilan rakyat sudah meninggalkan kita buat selama-lamanya pada 5hb November 2013. Haji Suhaimi @ Sulaiman bin Said menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS) kira-kira jam 6.08 petang, dengan disaksikan oleh isterinya Hajah Hendon Jaafar, anak-anak dan keluarga terdekat.


Pada hari itu saya mendapat mesej menyatakan keadaan Suhaimi tenat. Saya telefon Hendon dan apabila ditanya keadaan Suhami dia menangis dan hanya mengeluarkan perkataan “Teruk”. Dalam tiga kali saya melawatnya di HUKM dan HSAS saya lihat keadaannya semakin membimbangkan. Jadi kali ini saya terus bertolak dari rumah bersama empat orang kawan ke Temerloh.

Kami sampai di HSAS kira-kira jam 4.15. Walaupun belum waktu melawat lagi, kami dibenarkan ke wadnya di tingkat 7. Saya lihat matanya pejam dan nafasnya kuat; pada hidungnya terletak alat membekal oksigen. Saya membisikkan nama pada telinganya, mengucap beberapa kali dan mengingatkannya supaya terus mengucap. Saya percaya dia mendengar.

Setengah jam kemudian kami turun untuk melapangkan tempat bagi keluarga dan sahabat yang menunggu hendak naik. Lepas jam 5 kami beredar dari hospital untuk pulang. Semasa berhenti di Lancang untuk menunaikan solat Asar, kami ditelefon Suhaimi tiada lagi. Saya merasa pilu sekali.

Suhaimi dilahirkan di kampung Lubuk Kawah, Temerloh pada 8 Disember 1944. Beliau membesar dalam keluarga dan masyarakat yang kuat berjuang untuk kemerdekaan dari penjajah. Ayahnya seorang aktivis Angkatan Pemuda Insaf (API), sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Bahkan boleh dikatakan seluruh kampung itu kuat dipengaruhi PKMM. Hampir semua anggota keluarganya terlibat dengan perjuangan parti kebangsaan itu.

Petronas: Usahawan bumiputera rasa dikhianati..!!!

PERASAAN itu dikongsi 13 wakil industri minyak dan gas Bumiputera yang bertemu kelmarin, untuk membincangkan masa depan syarikat milik kaum itu di bawah dasar baru Petronas yang didakwa mengetepikan mereka.

“Kita ini bukan syarikat ali baba. Kita usahawan yang benar-benar melabur dan mencipta teknologi sendiri,” ujar seorang daripada mereka.

Beliau menyangkal persepsi masyarakat yang kerap menganggap syarikat Bumiputera tidak layak dan hanya menjadi orang tengah untuk mengambil keuntungan atas angin.

Selasa  lalu, Sinar Harian melaporkan pelbagai aduan mengenai dasar Petronas yang dikatakan meminggirkan syarikat Melayu, daripada pemberian kontrak bagi kerja-kerja berat di pelantar minyak sehinggalah pembukaan stesen Petronas dan pembekalan produk makanan seperti nasi lemak, roti dan kuih-muih di kedai Mesra Petronas.

Menurut seorang pemain industri, antara faktor masalah ini adalah Petronas kurang fokus kepada pembekalan barangan tempatan, di sebalik penubuhan Program Pembangunan Vendor (VDP) Petronas yang bertujuan menghasil dan membangunkan usahawan pengeluar produk dan perkhidmatan berteknologi tinggi bagi sektor minyak dan gas.

Beliau juga mendakwa berlaku amalan double standard (pertentangan prinsip) dalam syarikat gergasi minyak itu.

“Kalau (syarikat) Melayu buat silap, terus disenaraihitamkan. Tetapi syarikat luar buat silap boleh mereka maafkan berkali-kali. Jika benar mahukan kualiti, kena selari. Syarikat yang buat silap semua perlu dikenakan penalti," katanya.

Statistik Petronas dipertikai

Pakatan tidak akan perintah Malaysia selagi rakyat sokong politik wang


KUALA LUMPUR: Ketika mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkeyakinan bahawa wang dan hadiah tidak akan membantu BN untuk menang pilihan raya, lain halnya dengan pandangan badan penyelidik bebas, Ilham Centre yang menyarankan kepada Pakatan Rakyat supaya mendidik pengundi menolak politik wang sekiranya mahu memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14  akan datang.


Berdasarkan penemuan kajian terkini semasa pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Limau baru-baru ini, Ilham Centre mendapati pengundi tidak kisah mengenai politik wang ataupun habuan gula-gula yang diberikan semasa proses demokrasi sedang berjalan.

"Di Sungai Limau, kita tanya mengenai kewajaran pengundi menerima habuan politik dan 63% kata wajar dan boleh diterima," kata Pengerusi Ilham Center Muhamad Hisommudin Bakar kepada The Malaysian Insider.

Muhamad Hisommudin berkata, sikap sedemikian adalah sesuatu yang membimbangkan kerana menunjukkan satu corak demokrasi yang tidak sihat di kalangan pengundi.

PKFZ rugi RM12.5 bilion, AG buat tak kisah?


KUALA LUMPUR: Tindakan Jabatan Peguam Negara (JPN) untuk tidak memfailkan rayuan terhadap pembebasan Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik atas pertuduhan menipu Putrajaya berhubung urusan pembelian tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sangat membingungkan.

PKFZ telah menyebabkan kerajaan rugi RM12.5 bilion, tidakkah sepatutnya perkara ini diperjuangkan habis-habisan oleh JPN?

Menurut seorang peguam hak asasi manusia Syahredzan Johan yang dipetik laman web The Malay Mail Online sebagai berkata, tindakan JPN wajib dipersoalkan rasionalnya untuk mengambil keputusan sedemikian.

Katanya, JPN selalunya cepat untuk menfailkan rayuan terhadap keputusan yang mempromosikan hak asasi manusia, perlembagaan dan juga kes-kes yang melibatkan pemimpin pembangkang.

“Tapi apabila keputusan kes mengenai rasuah terhadap seorang bekas menteri, JPN tidak mahu merayu pula,” sindirnya.

Syahredzan juga mempersoalkan apakah JPN mengambil pendirian bahawa kes tersebut tiada merit untuk membuat rayuan.

Agen CIA di Jabatan Peguam Negara: Mengapa PM senyap?

KUALA LUMPUR: Dakwaan terbaru mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Jabatan Peguam Negara menggaji dua agen agensi perisikan Amerika Syarikat – CIA adalah sesuatu yang mengejutkan dan memerlukan penjelasan segera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam satu kenyataan medianya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika terdapat pendedahan berhubung rangkaian pengintipan oleh Amerika Syarikat, Australia dan negara-negara lain di negara ini, tindakan Najib yang sehingga kini berdiam diri berhubung pendedahan terbaru ini adalah sangat memalukan.

“Tembok senyap yang mengelilingi Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri menunjukkan simptom kepada masalah lebih besar dihidapi kerajaan Datuk Seri Najib Razak apabila tuntutan kepada ketelusan dan kebertanggungjawaban (akauntabiliti) terus tidak didengar,” ujarnya.

Penangan media sosial

Walaupun sesetengah pemimpin tertinggi negara sebelum ini tidak menggemari media sosial kerana ia membenarkan mereka dikritik secara terbuka dalam suasana media arus perdana berat sebelah, ia terbukti membawa kebaikan malahan membantu kes jenayah diselesaikan.
Sebaik sahaja bayi lelaki warga Britain Freddie Joseph yang berusia setahun lapan bulan dilarikan dua individu di hadapan rumahnya di Jalan Terasik 7, Bangsar pada Jumaat, sebelum mana-mana media mengeluarkan laporan, laman sosial Facebook dan Twitter sudah dibanjiri berita mengenainya.
Kelebihan media sosial terbukti dengan selesainya kes penculikan bayi warga Britain Freddie Joseph dalam masa yang singkat.Kelebihan media sosial terbukti dengan selesainya kes penculikan bayi warga Britain Freddie Joseph dalam masa yang singkat.Pada masa kejadian, ibunya Sarah Joseph, 38, masuk sebentar ke dalam rumah selepas memberi anaknya makan di halaman rumah, sebelum beliau terdengar bunyi bising di luar rumahnya.
Ketika itu, beliau ternampak seorang lelaki cuba melarikan Freddie lalu menerpa ke arahnya untuk menyelamatkan anaknya sambil menjerit meminta pertolongan sehingga berlaku pergelutan.
Akibat pergelutan itu, Sarah cedera di pergelangan tangan kanannya.
Freddie akhirnya ditemui semalam di Taman Tasik Titiwangsa oleh beberapa orang awam lebih kurang jam 12.20 tengah hari dalam keadaan keletihan.
Bayi itu akhirnya kembali semula ke pangkuan Sarah dan warga media sosial meraikannya dengan penuh kesyukuran.
Di Indonesia kerana keterbukaannya, media sosial memainkan peranan lebih besar.
Pemimpin negara atau menteri di negara itu tidak boleh melakukan kesalahan jalan raya dengan sesuka hati.

Polis tahan pembunuh pegawai Ambank pagi ini


Polis menahan pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai bank Norazita Abu Bakar dan melarikan wang sebanyak RM450,000 di cawangan Ambank di USJ Sentral, Subang Jaya di Johor pagi ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) mengesahkan perkara ini akan tetapi enggan untuk mengulas lanjut  dan mengatakan kenyataan akhbar akan dikeluarkan hari ini.
“Syabas Team Ops Cantas BAman, telah berjaya tangkap pmbunuh/perompak kejam Ambank di JB pagi ini. TK Rakyat M'sia yg terus membantu@PDRMsia,” kata Khalid melalui akaun Twitter @KBAB51 hari ini.
Suspek dikenal pasti berasal dari Sabah, berumur 37 tahun dan dituduh menggunakan kad pengenalan palsu untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.

Ejen CIA di Pejabat Peguam Negara: Anwar gesa “rehatkan” Gani

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut agar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail "direhatkan" ekoran dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terdapat dua orang ejen agensi perisikan Amerika Syarikat CIA di Pejabat Peguam Negara.
Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan segera memandangkan terdapat banyak dakwaan negatif terhadap Abdul Gani.
"Dakwaan oleh Dr Mahathir bahawa Pejabat Peguam Negara mempunyai dua ejen CIA adalah mengejutkan dan memerlukan tindakan serta merta daripada perdana menteri dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," kata Anwar dalam kenyataan di Kuala Lumpur lewat malam tadi.
Sebelum ini media melaporkan, Dr Mahathir bukan sahaja mendapatkan pandangan balas daripada bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim dan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahkan menteri juga dibawa berbincang mengenainya.
Menurut sumber, Ahmad Zahid dikatakan turut dibawa berbincang oleh Dr Mahathir mengenai tingkah laku Abdul Gani.
"Gani juga perlu memberi penjelasan terhadap  semua dakwaan ini termasuk yang mengaitkan beliau dengan kegiatan haram dan aktiviti konspirasi yang turut didakwa melibatkan pejabatnya," kata Anwar.

Utusan Malaysia @ Suara UMNO sokong Mohd Amar sebagai Timbalan Presiden PAS


Menjelang pemilihan PAS 22 November akan datang, akhbar milik Umno Utusan Malaysia menyatakan sokongan secara terbuka kepada Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar) dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti Islam itu.
Dalam rencana yang ditulis oleh salah seorang pengarangnya, Zulkiflee Bakar, beliau mengatakan kemenangan Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan penting demi memastikan pengaruh ulama dikembalikan semula dalam PAS.
"Mereka (PAS) mempunyai misi penting untuk dilunaskan iaitu pertama, mengembalikan kekuatan ulama dalam hierarki kepimpinan utama PAS dan kedua, mendesak supaya PAS tidak menjadi ‘lebai malang’ melalui kerjasama dalam pakatan pembangkang.
"Bagi misi pertama, sudah pastilah tumpuan akan diberikan kepada perebutan jawatan timbalan presiden yang kini disandang oleh Mohamad Sabu atau Mat Sabu," kata beliau dalam tulisannya dalam edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia hari ini.

Muktamar 59: Calon perlu lepasi tapisan Insolvensi

Muktamar 59: Tiada kompromi jatuhkan calon lain

Muktamar 59: Jangan perwakilan menjadi lebih hebat dari Umno... lebih umno dari umno..!!!

Walaupun aku lebih suka jawatan Timbalang Presiden PAS sekarang tidak dicabar namun kepada Tuan Haji Mohamad Sabu dan Ustaz Mohd Amar, selamat bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS dengan penuh persaudaraan Islam dan saling hormat menghormati. Kepada penyokong kedua-kedua pihak tak usahlah berlebihan!
Aku bukan pun perwakilan ke muktamar. Orang bertaraf aku tak pernah layak untuk menjadi perwakilan ke muktamar kerana tak mencapai standard menjadi perwakilan apatah lagi untuk menjadi perwakilan ke muktamar yang ada pemilihan jawatan parti!
Hari ini aku terima lagi sms dari seorang sahabat yang bertanya, kalaulah aku perwakilan ke muktamar kali ini siapakah agaknya antara Mat Sabu dan Nik Amar yang aku undi. 
Aku jawab, aku akan undi Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. Aku undi Mat Sabu bukanlah kerana aku tidak suka ustaz Nik Amar tapi aku lebih bersetuju dengan pendapat bahawa Mat Sabu masih diperlukan PAS sebagai Timbalan Presiden buat masa ini, bukannya Nik Amar! Alasan lain mengapa aku akan undi Mat Sabu adalah sama dengan alasan mereka yang bersetuju Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. 
Justru itu aku sebagai ahli bawahan ingin mengingatkan mereka yang bertanding khususnya jawatan Timbalan Presiden PAS dan agen-agen kempen masing-masing agar sentiasa waras dan  bersopan dalam kempen-kempen mereka, jangan gelojoh dan brutal terhadap lawan masing-masing. Hentikanlah tuduhan dan hal-hal yang berunsur fitnah yang  mampu merosakkan jemaah ini. 
Ingat, sejak dahulu Umno sentiasa gagal membunuh karektor para pemimpin PAS. Justru itu janganlah pula ahli-ahli PAS yang menjadi perwakilan dalam muktamar lebih berjaya dan lebih hebat daripada Umno dalam membunuh karektor pemimpin sendiri!

Tahniah Rakyat: Kenaikan Tarif Elektrik Naik Tahun 2014 (Penyelarasan Subsidi Negara).

Tarif Elektrik Naik
Pusingan pertama kenaikan harga minyak telah naik (DI SINI), gula pun sudah mengambil tempat merasai kenikmatan menaikkan harga gula (DI SINI), tambang bas sekolah menunggu masa dan ketika untuk dinaikkan (KLIK SINI).
Astro turut berhasrat menambah keuntungan mereka, dan situasi menjadi lebih mudah apabila mereka memonopoli siaran TV berbayar dengan menaikkan caj mereka baru-baru ini (DI SINI), makanan dan minuman seperti biasa cukup patuh untuk mengikut trend kesan rantaian dengan kerana pengumuman harga minyak naik.
Dan……..senarai ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Banyak lagi pengumuman yang bakal menanti rakyat Malaysia. Antaranya ialah ….
Tarif Elektrik di Malaysia. Menunggu masa dan ketikanya untuk naik tidak lama sahaja lagi.

Faktor Kenaikan tarif Elektrik Naik di Malaysia?

Ketua Seksyen Ekonometrik Jabatan Ekonomi dan Antarabangsa Kementerian Kewangan (Dr Khalid Abdul Hamid)
  1. Bagi memenuhi fiskal dan kewangan semasa negara
  2. Bagi memastikan orang awam memahami bahawa tenaga elektrik mesti digunakan secara berhemah, betul dan tidak dibazirkan
  3. Disebabkan penyusunan semula subsidi kerajaan yang seterusnya,
  4. Kenaikan harga gas dan arang batu global.
  5. Petaling Jaya: Semakan semula tarif elektrik akan dibuat selepas Kementerian Kewangan menyelesaikan kajian berhubung tahap kecekapan penggunaan tenaga di negara ini.
  6. Caj tarif elektrik yang baru mahu disasarkan kepada kelompok sasaran sahaja

Keuntungan TNB Tahun 2013 (RM4.61 Bilion). SEMAK!

Akan berlaku satu lagi gelombang kenaikan kos sara hidup rakyat Malaysia.

Rakyat Kena Kencing: Harga Gula Dunia (US$18.11 per100 lbs). Kerajaan BN Beli (US$26 per100 lbs) ?

Harga Gula Malaysia
Situasi di sini, berulang sekali lagi (DI SINI). Jikalau komoditi utama negara seperti minyak sawit yang diniagakan secara konytrak niga di Bursa Komoditi Kuala Lumpur bagi pasaran luar negara, lain pula ceritanya apabila Malaysia beli harga gula pada pasaran antarabangsa di mana kita Malaysia menggunakan kontrak niaga di New York Mercantile Exachange (NYMEX) & juga Intercontinental Exchange (ICE) di kota New York. Dipendekkan cerita….
Dan dipendekkan ceritanya disebabkan tanaman tebu adalah bermusim, jadi kontrak gula dunia adalah bermusim bermula dengan bulan Mac, Mei, Julai dan Oktober.

Penyumbang Gula Dunia Kepada Malaysia (1.3 Juta Setahun)?

Memang benar, tiada siapa yang mampu meramalkan samada pengeluaran gula dunia turun ataupun meningkat. Tetapi bukankah kita ramai-ramai pakar dan penyelidik tempatan? Di mana mereka selama ini?
Realitinya, selepas mendengar pengumuman kenaikan harga gula yang mendadak sebegini rupa. Pasti ada yang tidak kena dengan kontrak niaga yang dilakukan kerajaan. Tetapi……kerajaan tidak sanggup untuk berkata benar walaupun pahit malah lebih suka mencampak faktor kenaikan dek kerana peningkat bilangan pesakit diabates di Malaysia.

Sejarah Kontrak Niaga Hadapan Harga Gula

  1. Sebelum ini, kerajaan Malaysia telah ikat kontrak niaga hadapan dari tahun 2009 hingga Disember 2011 pada harga US$23.42 bagi setiap 100lbs.
  2. Kerajaan menawarkan sekali lagi kontrak niaga hadapan antara Januari 2012 sehingga 2014 (selama 3 tahun) dengan harga US$26.00 bagi setiap 100lbs.
Kontrak Harga Gula
Sumber asal Bernama & Mstar
Malangnya nasib tidak menyebelahi Malaysia, apabila pengeluaran gula dunia tiba-tiba melambung tingi selepas sahaja kerajaan menandatangani kontrak tersebut.

Raja Kamarul Bahrin: GST ibarat pukat tunda

KUALA TERENGGANU - Perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dikenakan bermula April 2015, ibarat pukat tunda kerana dilihat akan memberikan kesan kepada semua kerana melibatkan 'ikan kecil' dan 'ikan besar'.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah berkata, ia tidak seharusnya berlaku kerana tidak adil untuk 'ikan kecil' yang tidak berpeluang menikmati kehidupan yang lebih lama.

“Jika benar kerajaan ingin teruskan, saya ingin cadangkan, pukat tunda itu diganti dengan pukat jerut. Ini sebab pukat jerut ini saiz lubang pukatnya ada besar dan ada yang sederhana.

“Supaya 'ikan kecil' terlepas dan dapat hidup lebih lama serta membesar, supaya orang miskin dikecualikan dan orang biasa terlepas daripada cukai. Sekarang, hanya sebahagian kecil rakyat yang bayar cukai," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, hari ini.

Melalui GST, katanya, semua orang terpaksa membayar cukai.

Kata beliau, kerajaan tidak boleh mengelirukan rakyat dengan membuat perbandingan dengan GST di Singapura.

TV Mesir Laporkan Zionis Al-Sisi Kini Terlantar Di Hospital

Stesyen television AlFarain yang mendukung kerajaan kudeta mengumumkan Jumaat (8/11/2013) kelmarin, bahawa As-Sisi kini terlantar di hospital.

Dalam akaun facebooknya, wartawan Hamdi Syafiq berkomentar, “Akhirnya mereka akui, As-Sisi di hospital.”

Namun, Syafiq membuat beberapa kemungkinan berkaitan dengan pengakuan television tersebut:

Kemungkinan pertama, pengumuman tersebut untuk menutupi berita tentang banyaknya pembantaian yang dilakukan As-Sisi. Ketika dia sakit, akan ada simpati rakyat kepadanya, dia akan kembali meraih populariti.