Sabtu, 9 November 2013

Peguam Negara ‘double standard’ kes PKFZ, Altantuya

Oleh : NORHAYATI UMOR
SHAH ALAM 9 NOV : Keengganan kerajaan pusat memfailkan rayuan terhadap kes berprofil tinggi membabitkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) disifatkan ‘double standard’.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran berkata, tindakan itu juga dilihat sebagai pilih kasih dan membuktikan sistem perundangan negara tidak bebas dan mempunyai integriti.
PKFZ3Katanya, kegagalan Peguam Negara dalam kes seperti itu menyebabkan masyarakat hilang keyakinan bukan sahaja terhadap kerajaan pusat, tetapi institusi Peguam Negara, polis dan mahkamah serta menjejaskan reputasi negara untuk menarik pelabur.
“Perkara ini serius dan saya terkejut apabila Peguam Negara enggan membuat rayuan dan perkara sama turut terjadi dalam kes Altantuya. Kita boleh lihat dengan jelas Peguam Negara pilih kasih dalam membuat rayuan dalam kes berprofil tinggi,” katanya ketika dihubungi portal Selangor Kini, di sini, hari ini.
Surendran turut memberikan contoh ‘double standard’ dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila Peguam Negara berusaha untuk memenjarakan Anwar apabila membuat rayuan dan turut membawa masuk Datuk Shafei Abdullah sebagai pendakwa walaupun kes terbabit tidak mempunyai asas serta ditolak Hakim Mahkamah Tinggi.
“Tetapi dalam kes PKFZ dan Altantuya, pihak pendakwa tidak begitu minat. Ini menunjukkan ‘double standard’ berlaku apabila intitusi Peguam Negara dan sistem perundangan kita tidak bebas dan mempunyai integriti, selain memperlihatkan pendakwaan terhadap Anwar bermotifkan politik,” katanya.

Bunyi 'Ringtone'..."Soalan Seterusnyaaaaa...!!!" - Ustaz Azhar Idrus

Protes jatuhkan pemerintah: Aktivis perlu bijak pilih taktik dan strategi

Oleh ERICA CHENOWETH

Sejak beberapa tahun lalu, kita sudah biasa dengan ikon-ikon protes. Semasa kebangkitan Arab, imej-imej peserta demonstrasi menjeritkan slogan, mengangkat sepanduk, dan berkonfrontasi dengan pasukan keselamatan menjadi sesuatu yang biasa dilihat.

Tetapi kita juga melihat protes-protes yang gagal dan membawa kesan sebaliknya, seperti di Mesir dan Libya, dua kes paling jelas. Kebangkitan demonstrasi di Sudan baru-baru ini menimbulkan persoalan fundamental: Bagaimana protes rakyat menjejaskan kerajaan autoritarian? Adakah demonstrasi benar-benar kunci untuk menjatuhkan pemerintah autokratik?

Kajian menunjukkan, hakikatnya, demonstrasi hanyalah satu daripada banyak alat kebangkitan rakyat yang boleh digunakan untuk perubahan. Gerakan-gerakan yang berjaya menggunakan pelbagai cara menekan kerajaan yang menentang mereka dan tidak membahayakan aktivis.

Taktik demonstrasi yang kita biasa lihat hanyalah satu daripada banyak taktik. Kempen yang berjaya menggunakan lebih daripada satu taktik.

Saya dan Maria Stephan telah menjalankan kajian mengenai satu persoalan yang luas: "Bila kebangkitan rakyat berjaya?"

Keputusannya menunjukkan kempen pembangkang berjaya apabila dapat menggunakan tiga perkara: (1) menarik penyertaan yang ramai dan pelbagai (2) menbangunkan strategi yang membenarkan mereka mengelak tekanan; dan (3) mencetuskan pembelotan, perubahan kesetiaan atau ketidakpatuhan dalam kalangan elit rejim dan/atau pasukan keselamatan.

Yang paling penting menarik penyertaan, kerana kemampuan untuk mencetuskan pembelotan dan menewaskan gerakan lawan bergantung pada sama ada gerakan kebangkitan disertai ramai peserta dari pelbagai latar belakang. Faktor terpenting ialah kadar penyertaan.

Muktamar 59: Penyandang ada peluang

Mohamad Sabu dilihat mempunyai kelebihan untuk mempertahankan jawatannya selaku Timbalan Presiden Pas pada pemilihan parti bagi sesi 2013-2015.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Mohamad atau lebih popular dengan gelaran Mat Sabu mampu mengekalkan jawatan itu lebih menonjol dan aktif di peringkat nasional.

“Perkara ini yang saya nampak beri kelebihan pada diri beliau kerana beliau lebih arif dengan isu dan masalah yang membabitkan negara," katanya, semalam.

Katanya, dari sudut populariti beliau lebih terkedepan dan dekat di hati para penyokong Pas berbanding pesaingnya.

“Beliau popular dengan pelbagai himpunan. Contohnya Himpunan Bersih dan Himpunan Kebangkitan Rakyat. Ini antara kewibawaan yang ada pada beliau,” katanya.

Selain itu, ketika ditanya berkenaan kemungkinan Mohamad akan memperoleh kemenangan besar apabila pertandingan ini berlangsung secara dua penjuru, Nik Ahmad berkata, pencabarnya Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tidak akan beri laluan mudah kepada beliau.

Usaha UMNO pisah PAS daripada PR tak mungkin

GEORGETOWN - Cadangan agar Umno dan Pas bergabung adalah satu usaha yang mustahil dan tidak mungkin berlaku.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata,  ia juga adalah usaha Umno untuk memisahkan Pas daripada PR.

"Umno cuba memisahkan Pas dari PR. Ia bukan perkara baru yang dilakukan Umno, malah ia sudah berlaku bagi tempoh yang lama tetapi tidak  berjaya.

"Saya percaya, Pas adalah satu parti yang kuat menentang cubaan daripada Umno itu," katanya, pada sidang media sebuah kedai kopi, di Air Itam.

Karpal berkata demikian mengulas cadangan Umno Pulau Pinang agar satu badan khas ditubuhkan bagi menjalankan kajian peringkat akar umbi Umno dan Pas untuk bergabung demi kepentingan orang Islam di negara ini.

Semalam, Ketua Penerangannya, Datuk Shabudin Yahya berkata, sudah sampai masanya ahli kedua-dua parti dbiarkan untuk menentukan  sama ada ia perlu bergabung atau sebaliknya.

Muktamar 59: Calon muktamad, perlu lepasi tapisan insolvensi


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan PAS bagi sesi 2013-2015 hari ini mengumumkan secara rasmi senarai nama-nama calon yang akan bertanding bagi mengisi jawatan peringkat pusat parti itu.

Bagaimanapun jelas Pengerusinya Asmuni Awi, senarai itu tetap bergantung kepada laporan dari Jabatan Insolvensi bagi memastikan nama-nama calon yang bertanding bebas dari bankrapsi sebelum layak bertanding.

"Senarai nama yang kita umumkan hari ini telah dimuktamadkan dan ke semua mereka akan bertanding pada pemilihan di Muktamar Tahunan PAS ke-59 yang akan diadakan pada 22 November nanti.

"Namun pihak Jawatankuasa Pemilihan akan membuat semakan di Jabatan Insolvensi bagi mengenal pasti ke semua mereka bebas dari bankrup dan jika ada antara mereka tersenarai, kita akan mengeluarkan nama-nama dalam senarai yang dicalonkan," jelas beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Katanya lagi, mereka yang telah disenaraikan masih boleh menarik diri tetapi nama akan tetap disenaraikan dalam borang pencalonan nanti.

Muktamar 59: Suhaizan - dinamik, inklusif, peduli


KUALA LUMPUR: Membawa motto 'Dinamik, Inklusif, Peduli', calon Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berikrar akan menterjemahkannya dalam lima agenda utama yang dibawa bersama.

Ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini, Suhaizan berkata kelima-lima agenda yang dibawa beliau itu terangkum dalam motto yang digunakan, di mana dinamik itu dari sudut tarbiyah, inklusif dari sudut dakwah dan peduli dari sudut rakyat.

Jelas beliau, lima agenda utama yang akan dibawa itu ialah mendepani isu-isu masyarakat dengan lebih berkesan, perlu dilihat inklusif bukan eksklusif, menjadi 'check and balance' kepada parti, memposisikan pemimpin muda yang berbakat dan memperkukuh agenda tarbiyah untuk menyatukan pemuda PAS.

Mengulas lanjut, Suhaizan berkata beliau akan membawa Pemuda PAS ke hadapan dalam mendepani isu-isu masyarakat dengan lebih berkesan agar ia benar-benar menepati sasaran dan matlamat yang diperjuangkan.

"Bukanlah Pemuda hari ini tidak ke hadapan dalam mendepani isu rakyat, cuma masih banyak isu rakyat yang masih tidak benar-benar memberi kesan mendalam. Jadi, saya berikrar untuk membawa badan ini ke arah tujuan tersebut," jelas beliau.

Muktamar 59: 'Hentikan majlis hentam calon'


Jawatankuasa Pemilihan PAS memberi amaran kepada semua pihak yang terlibat dengan pemilihan termasuk lajnah di peringkat negeri supaya menghentikan penganjuran majlis yang diadakan dan kemudiannya bertukar untuk menjatuhkan calon yang bertanding.

NONEPengerusi jawatankuasa itu, Asmuni Awi berkata pihaknya telah mendapat aduan dua atau tiga kes di mana lajnah di peringkat negeri mengadakan majlis rasmi kemudian "ditukar untuk mempromosi seorang calon, dan pada masa yang sama menjatuhkan calon yang lain".

"Kita tidak akan berkompromi kalau ada penganjuran majlis tertentu yang dibuat untuk mempromosi diri, dan pada yang sama untuk menjatuhkan orang lain.

"Bagi badan perhubungan negeri dan lajnah-lajnah negeri, jangan menggunakan majlis rasmi dan ditukar untuk mempromosi seorang calon dan menjatuhkan calon lain.  Ini sudah berlaku, saya terima aduan, dan saya beri peringatan supaya  tidak mengulanginya. Perbuatan ini amat dikesalkan.

"Kita telah mengeluarkan garis panduan, berdasarkan kaedah 6 tatacara pemilihan baru-baru ini. Saya berharap semua calon, ahli, penyokong dan lajnah negeri, atas nama apa sekalipun supaya mematuhi aturan ini," katanya dalam sidang media pagi ini.

Muktamar 59: JK Pemilih alu-alukan debat terbuka antara calon


KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi mengingatkan semua calon untuk berkempen secara sihat tanpa menyerang mana-mana calon lain.

Tegas beliau, mana-mana calon yang dilihat berkempen dengan menjatuhkan calon lain akan dirujuk ke Lembaga Disiplin parti untuk tindakan susulan.

"Calon, ahli dan penyokong boleh berkempen, tetapi kempen yang sihat, tapi kita tidak akan berkompromi jika terdapat mana-mana majlis yang dianjurkan bertujuan mempromosi diri, dan dalam masa sama menjatuhkan calon lain, termasuk melalui media sosial, tegas beliau pada sidang media di Pusat Media PAS, di Jalan Raja Laut, pagi tadi.

Tambah beliau, sekiranya pihak jawatankuasa menerima aduan berkaitan perkara tersebut, calon berkaitan boleh dirujuk ke Lembaga Disiplin parti dan seterusnya boleh digugurkan kelayakan untuk bertanding jika disabitkan kesalahan.

Malah, Asmuni berkata jika calon yang didapati melanggar tatacara pemilihan itu memenangi jawatan yang ditandinginya, kemenangan tersebut boleh digugurkan.

Justeru, Asmuni turut mengingatkan badan perhubungan negeri-negeri, lajnah-lajnah parti untuk tidak menyalahgunakan majlis rasmi mereka untuk mempromosikan calon-calon.

Muktamar 59: Mampukah Mat Sabu dapat sokongan ulama?





 
Jika disoroti dua kali percubaan Mohamad Sabu merebut jawatan timbalan presiden - 2009 dan 2011 - beliau berdepan pertembungan tiga penjuru. Percubaan kali pertamanya gagal tetapi menang pada penggal berikutnya.

Kegagalan persaingan kali pertama dengan Nasharudin Mat Isa - yang mewakili kumpulan proulama - kerana pepecahan sokongannya dengan Datuk Husam Musa yang turut menawarkan diri bertanding jawatan itu, mewakili kumpulan profesional.

Bagaimanapun percubaan aktivis PAS itu bagi kali kedua berjaya, selepas sokongan penyandangnya Nasharuddin dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpecah.

Namun, dalam pemilihan PAS kali ini, Mohamad berdepan dengan situasi jauh berbeza apabila beliau dicabar Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam persaingan dua penjuru.

Sudah pasti, kedua-dua calon khususnya Mohamad berdepan risiko untuk mempertahankan jawatannya kerana akan berdepan saingan sengit, apatah lagi sokongan kumpulan proulama dilihat padu pada Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam 22 November depan.

Mampukah tokoh mesra dipanggil 'Abang Mat' ini mampu mempertahankan jawatan yang disandangnya di kala beliau berdepan dengan kumpulan proulama - yang menjadi teras kekuatan PAS sejak dahulu lagi?

Samseng Politik: Kereta ADUN Ayer Keroh disimbah cat merah lagi

Kereta Anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh dari DAP Khoo Poay Tiang disimbah cat merah di rumahnya di Bukit Beruang di Melaka, hari ini.

Khoo berkata kejadian dipercayai berlaku selepas 5 pagi sewaktu beliau dan keluarga tiada di rumah.

NONE"Saya keluar rumah 5 pagi tadi untuk menghadiri program parti di luar Melaka dan mendapat panggilan mengenai kejadian itu daripada jiran pada 11.30 pagi," katanya ketika dihubungi di Melaka hari ini.

Beliau berkata kejadian simbahan cat pada kereta jenis Honda CRV itu adalah kejadian kedua tahun ini selepas kejadian pertama pada 31 Jun lepas.

"Saya menyerahkan tindakan lanjut kepada polis... Saya minta mereka yang tidak berpuas hati berjumpa dengan saya untuk berbincang," katanya yang telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Supt Muhammad Koey Abdullah berkata polis akan menjalankan siasatan terperinci termasuk jika ia mempunyai kaitan dengan kes sebelum ini.

Polis juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di rumah Khoo dan mengesan jap jari pada plastik mengandungi cat yang dibaling bagi mengenal pasti mereka yang terlibat, katanya.

-Bernama

Jutawan Malaysia terlibat skandal rasuah terbesar Tentera Laut


Berita ini telah menggemparkan negara kuasa besar dunia Amerika Syarikat, tetapi ramai rakyat Malaysia yang tidak sedar berita ini. Seorang jutawan Malaysia telah didakwa terlibat dalam skandal rasuah Tentera Laut Amerika Syarikat yang melibatkan jutaan dolar, rasuah seks, konsert Lady Gaga serta percutian mewah. Pegawai tinggi Tentera Laut AS didakwa membekalkan maklumat sulit perjalanan kapal-kapal perang Amerika Syarikat kepada jutawan Malaysia tersebut.

Maklumat sulit ini digunakan untuk mengeksploitasi perkhidmatan yang dibekalkan apabila kapal-kapal perang ini berlabuh di Malaysia dan beberapa negara lain.

Di kala negara dikejutkan dengan rahsia yang tidak rahsia apabila kedutaan Amerika menjadi pusat perisikan, dunia dikejutkan dengan berita jutawan Malaysia merasuah pegawai tinggi Tentera Laut Amerika. Ini secara tidak langsung “menghalalkan” kerja-kerja perisikan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat di Malaysia.
Persoalan timbul, jika jutawan Malaysia tersebut didakwa terlibat merasuah pegawai tinggi Tentera Amerika, apakah ada kemungkinan jutawan tersebut boleh melakukan perkara yang sama kepada pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia?

Pendapatan Berkurangan Apabila Kapal Tentera Laut AS Tidak Lagi Berlabuh di Port Klang
9 Nov 2013

Apa masalah Petronas dengan orang Melayu, wahai Tun Mahathir?

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad
Sekali lagi isu Petronas tidak membantu bahkan meminggirkan syarikat-syarikat Melayu terpapar di muka depan dada akhbar. Kali ini yang membuat kenyataan itu tidak lain dari Penasihat Petronas sendiri Tun Mahathir. Sangat pelik tetapi benar. Aduan dibuat oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), pemilik syarikat vendor bumiputera dan pengusaha stesen minyak Petronas.

Ini bukan kali pertama kali aduan dan gesaan dibuat oleh MTEM dan pihak-pihak yang didakwa. Untuk tahun ini sahaja sudah  tiga kali. Bermula bulan Februari dan berlanjutan ke bulan Mac.

Menjadi lebih pelik dan sedikit mengaibkan ialah yang membuat gesaan dan kritikan itu adalah Penasihat Petronas sendiri. Sukar membaca maksud di sebalik laporan seperti ini. Apakah Tun sudah tidak punya ‘aura’ atau ‘pengaruh’ dalam Petronas lagi ataukah Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO baru ini memang jenis tak layan gesaan atau ‘ugutan’ seperti yang dilaporkan di sini.

Maka bukan kerana Tun sudah tidak ada pengaruh tetapi memang CEO atas isu-isu seperti ini, bukan kata Penasihat, kalau Perdana Menteri sendiri campur-tangan sekali pun dia memang bertegas ‘bo layan’ atau tak peduli campur-tangan ‘orang politik’. Apakah begitu hakikatnya? Sukar juga untuk membuat penilaian yang tepat dan adil.

Apa pun, tanpa memihak dan untuk menulis secara objektif, saya selaku Pengarah Pusat Penyelidikan telah pun membuat beberapa gesaan secara terbuka kepada Petronas. Saya masih ingat bulan Mei (29hb) penulisan kami terbit di dua portal news The Malaysian Insiders dan Harakahdaily dan dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan lain. CEO Petronas Tan Sri Shamsul Azhar menjawab sendiri.

Buat peringatan umum, Petronas diperbadankan pada 17 Ogos, 1974 sebagai syarikat minyak nasional Malaysia, mendapat hak keseluruhan pemilikan dan kawalan sumber petroleum di negara ini. Ia telah berkembang daripada hanya menjadi pengurus dan pengawal selia sektor huluan Malaysia kepada syarikat minyak dan gas bersepadu sepenuhnya dan dalam senarai Fortune Global 500 syarikat terbesar di dunia.

BERSIH 4.0 bakal diterajui kepimpinan baru

Gerakan pembaharuan pilihan raya BERSIH akan dikendalikan oleh barisan kepimpinan yang baru selepas dua tahun dilancarkan oleh para perintisnya.

NONEKetika dihubungi, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah mengesahkan satu pemilihan akan diadakan pada 30 November depan.

"Proses pencalonan di kalangan NGO dalam BERSIH sudah diadakan, dan keputusannya akan diumumkan tidak lama lagi," katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, Maria enggan mendedahkan maklumat terperinci mengenai pencalonan tersebut, atau pencalonannya sendiri, kerana ia akan diumumkan pada Isnin.

Drama Sabtu: PERKASA sokong komuniti Tamil, minta PM batal ke Sri Lanka

Dalam sebuah majlis bersama komuniti Tamil, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya tidak menghadiri perhimpunan negara Komenwel di Sri Lanka pertengahan bulan ini.

ibrahim ali and perkasa deepavali open houseIni kerana, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata ia boleh mengundang rasa sensitif di kalangan komuniti Tamil di negara ini yang tersinggung ekoran kezaliman yang menimpa masyarakat itu di negara tersebut.

"Keadaan tegang. Perkasa (berpendapat) elok PM kita, demi keselamatan tak payah hadir sidang komanwel dan wakilkan kepada menteri luar Malaysia.

"(Ini demi) menjaga perasaan kaum India yang tak senang hati dengan apa berlaku di Sri Lanka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di rumah terbuka sempena Deepavali oleh Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam) di Gombak hari ini.

Lebih separuh biik soal siasat PDRM tiada CCTV


KUALA LUMPUR: Peruntukan yang diberikan untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di lokap-lokap dan bilik-bilik soal siasat tidak digunakan sepenuhnya dan diambil lewa oleh PDRM sungguhpun termaktub dalam Kaedah-Kaedah Lokap, 1953 (Legislation Number 328 Tahun 1953).

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian berkata, ini menjadi salah satu punca kes kematian dalam tahanan kerap berlaku di negara ini.

Katanya, menurut jawapan lisan Menteri Dalam Negeri di Dewan Rakyat pada 7 November, daripada sejumlah 730 buah lokap dan sebanyak 389 belum dipasang CCTV.

Bagi bilik soal siasat (BSS) pula, daripada sejumlah 107, sebanyak 57 bilik tidak dilengkapi dengan CCTV.

Katanya lagi, merujuk kepada kes Cheah Chin Lee, 36,  yang dijumpai mati ketika berada dalam lokap Tanjong Tokong pada 13 Ogos 2012, laporan bedah siasat yang mendapati mangsa “menggantung diri sendiri” amat mencurigakan.

Alasan-alasan lain yang digunakan oleh PDRM sekiranya terdapat kematian dalam tahanan ialah mangsa mengalami masalah kesihatan. Mendiang dijumpai mati selepas lima jam ditahan di dalam lokap.

“Di dalam kes ini, terdapat rakaman CCTV tetapi tidak ada rakaman audio menyebabkan kesukaran kepada mahkamah untuk mengenalpasti kejadian tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Siapa yang mengaku negara ini selamat di diami.....angkat tangan!

Kejadian merampas dan melarikan kanak-kanak berumur 20 bulan di Jalan Terasik 7, Bangsar semalam adalah kejadian yang amat mengejutkan dan satu kemalangan besar bagi Sarah Joseph, seorang ‘expat’ bahasa itu. Jika di ambil semasa berada di dalam kawasan rumah sekali pun tidak boleh menjamin keselamatan manusia, di mana kah tempat yang benar-benar selamat untuk kita diami?
Kadang-kadang kita mahu juga bertanya, di mana kah yang dikatakan Malaysia sebagai negara yang selamat? Benarkah negara kita selamat untuk melindungi rakyatnya dari kemalangan seperti yang di alami oleh Sarah Joseph ini? Jika selalunya kita mendengar kanak-kanak hilang di curi orang, sekarang tahap jenayah telah meningkat ke tahap yang paling tidak boleh di fahami lagi, iaitu merampas anak yang sedang di beri makan oleh ibunya.
Apakah malang atau sialnya duduk di negara seperti ini? Jika anak dalam pangkuan ibu  pun boleh di rampas apakah kesalahan yang lebih buruk dari itu yang akan di lalui oleh masyarakat biasa di bawah ini?
Apakah tindakan kerajaan khususnya Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Menterinya akan lakukan? Apa yang di fikirkan oleh Ketua Polis Negara atau sesiapa yang bertanggungjawab dalam hal isu keselamatan seperti ini? Apakah cukup dengan kita berdoa sahaja atau ada cara yang perlu di lakukan untuk memberikan keselamatan kepada rakyat dan manusia yang mendiami negara ini?
Tahap keselamatan di negara ini lebih jauh rendah dari keselamatan di negara Afrika dan negara yang berperang di timur tengah. Apakah operasi cantas tidak boleh memberikan jaminan tentang keselamatan negara kita.

Mahathir serang Umno dan Kerajaan, Semuanya Tak Betul Di Matanya..!!!

Sebagaimana yang diramalkan oleh banyak pihak, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad bersuara lagi mengenai UMNO. Dalam tulisan terbaru di blognya, beliau mengkritik cara kempen UMNO dan BN dalam pilihanraya kecil Sungai Limau yang menyaksikan calon BN kalah kepada calon Pas dengan kekurangan 1084 undi.

Mahathir menyifatkan pemberian wang dan hadiah ketika kempen di Sungai Limau tidak berjaya memikat hati pengundi, malah menganggapnya suatu pembaziran dan kekalahan calon BN adalah bukti bahawa pengundi menolak budaya itu yang telah pun ditunjukkan sejak PRU 13 lagi.

"Ini jelas sejak PRU 13, yang tidak sokong, tetap tidak sokong juga. Wang yang diberi adalah suatu pembaziran, tidak kira sama ada wang kerajaan atau bukan kerajaan.

"Sokongan kepada parti politik diasaskan kepada perjuangan serta tingkah laku pemimpin dan calon. Kalau datang dengan Mercedes atau motosikal 1000cc, saguhati dan apa yang diberi tidak akan menawan hati," demikian antara intipati tulisannya.

Sanggahan Mahathir mengenai cara kempen BN ini memang ada benarnya, malangnya itulah yang sebenarnya telah diamalkan sejak sekian lama. Di era Mahathir pun, ketika kempen pilihanraya, itulah juga cara kempennya. Pemberian wang, hadiah, kain batik, kain pelikat dan projek-projek pembangunan adalah cara kempen yang sudah sebati dengan UMNO dan BN sejak dulu lagi.

Ketika kempen pilihanraya, tidak banyak yang bercerita tentang apakah perjuangan UMNO dan sasaran masa hadapan yang mahu dilakukannya kepada rakyat. Yang banyak dicurahkan oleh janji-janji pembangunan dan seumpamanya saja. Dan melalui janji pembangunan, pemberian wang dan saguhati itulah UMNO dan BN menang pilihanraya selama ini.

Kenapa Mahathir tidak mengkritiknya sebelum ini dan hanya berbuat demikian setelah BN kalah di Sungai Limau?

Adakah jika BN menang dalam pilihanraya Sungai Limau tempohari, kritikan Mahathir tetap sama?

Kritikan Mahathir terhadap amalan pemberian wang dan saguhati ini adalah serangan terbarunya terhadap UMNO dan kerajaan yang dipimpin oleh Najib Razak. Ini juga memperlihatkan bekas Perdana Menteri itu semakin kerap bersuara mengenai UMNO, kerajaan dan Najib sejak pemilihan UMNO pada 19 Oktober lalu yang menyaksikan anaknya, Mukhriz hanya mampu mendapat tempat keempat dalan perebutan kerusi Naib Presiden UMNO walaupun dilihat calon yang popular.

Sebaik usai pemilihan itu, Mahathir seperti meluahkan rasa kecewanya dengan kekalahan Mukhriz. Katanya, beliau memang sudah menjangka anaknya yang juga MB Kedah akan tewas dalam pertandingan itu kerana beliau bukanlah calon pilihan Perdana Menteri.

Peguam Negara diminta jelaskan kenapa tiada rayuan kes Ling Liong Sik



Dr Ling memberi kenyataan kepada media sejurus mahkamah membebaskan beliau daripada pertuduhan kes PKFZ, Oktober lalu. 
Dr Ling memberi kenyataan kepada media sejurus mahkamah membebaskan beliau daripada pertuduhan kes PKFZ, Oktober lalu.Jabatan Peguam Negara mesti menjelaskan mengapa ia tidak memfailkan rayuan terhadap pembebasan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik atas pertuduhan menipu Putrajaya berhubung urusan pembelian tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Pengerusi DAP Karpal Singh, seorang peguam veteran terkenal, berkata rayuan sepatutnya telah difailkan.
"Malangnya itu  adalah hak Peguam Negara. Tetapi AG perlu memberi penjelasan. Perkara itu tidak sepatunya dibiarkan begitu sahaja.
"Kes ini juga tidak berakhir dengan pembebasan. Mesti ada suatu siasatan mengenai kerugian besar yang ditanggung dalam PKFZ," katanya dalam satu sidang akhbar di Air Itam hari ini.
Dr Ling,70, didakwa menipu kerajaan persekutuan apabila tidak mendedahkan kepada kabinet kadar faedah tambahan sebanyak 7.5% setahun pada harga pembelian tanah untuk projek PKFZ, sedangkan ia telah ditetapkan pada RM1,088,456,000 oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta berasaskan RM25 sekaki persegi, termasuk kadar faedah.
Beliau juga berhadapan dengan dua pertuduhan berasingan iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada kabinet bahawa 7.5% setahun adalah kadar tambahan kepada harga tanah.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Tingkat 4 di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya di antara 25 September dan 6 November 2002 .
Dr Ling telah dibebaskan pada 25 Oktober oleh Mahkamah Tinggi atas tuduhan menipu  Putrajaya dalam kes perjanjian tanah PKFZ.
Tempoh akhir 14 hari bagi pihak pendakwa untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu tamat semalam.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmadi Asnawi semasa membebaskan bekas Presiden MCA itu berkata, pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mengapa 40% pengundi Cina Sungai Limau berkecuali?

Namun persoalan ditimbulkan penyokong BN ialah ‘rahsia’ di sebalik kira-kira 760 orang pengundi Cina tidak keluar mengundi sedangkan pada PRU lalu, mereka tidak bersikap demikian.

Oleh Sobri Ahnad
PETALING JAYA: Angin perubahan seperti diharapkan oleh BN tidak menjadi kenyataan, apabila calon PAS, Mohd Azam Abd Samat, 37, memperolehi  12,069 undi  mengatasi calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, dengan majoriti 1,084 undi dalam PRK Sungai Limau pada 4 November lalu. Sekali gus, PAS mengekalkan rekod tanpa kalah sebanyak 6 kali berturut-turut.
Walaupun, Ketua Bahagian Umno Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilaporkan telah menerima kira-kira 300 ahli PAS menyertai Umno di sepanjang tempoh berkempen, tetapi  usaha itu tidak cukup untuk memberikan kemenangan kepada BN.
Sebelum ini, segelintir ahli PAS mendakwa pengundi akan beralih arah kepada BN kerana dipengaruhi  tawaran pakej pembangunan insan dan infrastruktur yang bernilai RM15 juta, termasuk RM2.25 juta diperuntukkan kepada tiga buah Sekolah Cina, serta RM3 juta sumbangan Yayasan Felda bagi membaikpulih rumah penduduk setempat oleh Giat Mara.
Namun, dakwaan itu ternyata meleset, BN hanya memperoleh 10,985 undi daripada jumlah pemilih berdaftar seramai 27,222 orang, kecuali peti undi Bukit Choras yang merekodkan peningkatan undi tinggi untuk BN, berbanding jumlah undian PRU-13 lalu.
Adakah peningkatan itu, semata-mata kesan dari pengumuman BN meluluskan peruntukan kira-kira RM400 ribu kepada Madrasah Darul Ulum, atau sememangnya pengundi di situ telah bersedia menyahut cabaran berani berhijrah oleh BN?
Penganalisa politik berpendapat, meskipun DUN Sungai Limau mempunyai pengundi Melayu teramai dengan 92.5%, namun pengundi Cina sekitar tujuh peratusa daripada keseluruhan pengundi, masih merupakan faktor utama sebagai penentu kemenangan, sama ada PAS atau BN.
Wakil Rakyat DUN Gurun, Dr Leong Yong Kong, mendakwa seramai 892 pengundi Cina telah mengundi BN, manakala baki 293 lagi mengundi PAS dalam PRK itu. Pola keluar mengundi dapat dikesan di peti undi Sungai Limau Dalam (480 orang), Sungai Limau Luar (204 orang) dan Batu 17 (208 orang).

2 bertanding Timbalan, 5 Naib Presiden

Ulama: Tiada pertandingan

Pemuda: Sengit tanding 3 penjuru

Muslimat: Siti Zailah pertahankan jawatan

Abducted British toddler found

Witness: Typhoon Haiyan 'was incredibly intense'

High death count feared in Philippines

Typhoon Haiyan stronger than Katrina and Sandy combined

Jawapan UAI Tentang Hukum "Zikir Menari"

Hukum Tidur Dengan 'Tomboy' - Ustaz Azhar Idrus

Pergi KULIAH Dengan MEREMPIT, Kalau MATI Kira Macamana? - Ustaz Azhar Idrus

Takut Belajar Ilmu Akhirat, Takut ALLAH Marah Kalau Tak Amal - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Jual Pakaian Secara Bergambar Melalui Internet - Ustaz Azhar Idrus

Malaysia Aman: Bayi warga Britain dilarikan di depan rumahnya

Seorang bayi lelaki warga Britain berusia setahun lapan bulan dilarikan dua individu di hadapan rumahnya di Jalan Terasik 7, Bangsar, hari ini.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mangsa dikenali sebagai Freddie Joseph dipercayai dilarikan seorang suspek lelaki bersama seorang wanita ketika bayi itu bersama ibunya sedang minum petang di halaman rumah mereka.
  
"Ketika kejadian pukul 6.10 petang itu, ibunya Sarah Joseph berusia 38 tahun yang masuk sekejap ke rumah terdengar bunyi bising di luar lalu keluar semula untuk melihat apa yang berlaku.
  
"Dia yang ternampak seorang lelaki cuba melarikan anaknya terus menerpa ke arah lelaki berkenaan untuk menyelamatkan anaknya itu sambil menjerit meminta tolong sehingga berlaku pergelutan," katanya dalam satu sidang media di ibunegara.

Akibat daripada pergelutan itu, ibu bayi berkenaan mengalami kecederaan di pergelangan tangan kanan, katanya.

Mohamad vs Mohd: Why should anyone care about the PAS elections?


Who was that again?
This was the response from a Selangor-based national PKR leader when told that Datuk Mohd Amar Nik Abdullah would be the sole challenger to Mohamad Sabu, PAS’s incumbent deputy chief.
This article, however, is not meant to deride Mohd Amar, who is Kelantan deputy menteri besar, or in anyway lobby for Mohamad.
But the reflexive response from the PKR leader, who requested anonymity, is an indicator of what is at stake in the upcoming PAS party elections later this month.
The 58-year-old Islamist party is the largest component in Pakatan Rakyat (PR) in terms of membership. It also has hopes of replacing Umno as the party that represents Malay-Muslims as seen in its slogan “PAS ganti Umno”.
If PR manages to one day rule the country, PAS as the dominant Malay-Muslim party will have a crucial voice in determining government policies and the country’s direction.
So, the PAS deputy president is expected to be a leader with intelligence and charisma who is comfortable on the national stage and also with all Malaysian communities.
Who fills the post of deputy president and the make up of the party’s central committee will also determine whether the party goes back to becoming inward-looking and conservative or whether it continues to reach out to a larger pluralistic audience.
Also of importance is whether the new leadership continues to stay the course with PR, seeing as how there have been rumblings after the May 5 elections from certain leaders who wanted PAS to reconsider its relationship in the coalition.
Mohd Hisomudin Bakar of the independent think tank, Ilham Centre, believes that delegates who will vote for the post of deputy chief and 18 members of the party’s central working committee (CWC) are looking for leaders with vision.
“They want leaders who can plan, who can chart a direction for the party to take it to the next level,” said Hisomudin.
Going by the results of PAS's kawasan annual general meetings (PAS’s version of divisions), Hisomudin believes that the party’s grassroots want their delegates to make rational, practical choices for the CWC and the senior posts. 

Muktamar 59: Saingan sengit isi kerusi Timbalan, Naib Presiden

KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan PAS ke-59 akan menyaksikan pemilihan untuk jawatan tertinggi di peringkat pusat dan dewan-dewan bagi penggal 2013-2015, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon bertahan, Mohamad Sabu yang akan dicabar Datuk Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Sementara itu, kerusi Naib Presiden pula menggamit pertandingan lima penjuru. Tiga yang mempertahankan jawatan masing-masing iaitu Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub akan berdepan dengan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK PAS Pusat, Datuk Ustaz Abu Bakar Chik.

Seramai 61 orang akan bertanding untuk kerusi AJK PAS Pusat.

Bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pula, tiga pencalonan disahkan iaitu Suhaizan Kaiat, Kamarulzaman Mohamad dan Zulhazmi Sharif. Ia ekoran ketua pemuda sekarang, Ustaz Nasrudin Hassan mengundur diri daripada jawatan itu.

Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi dan Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob pula bertanding bagi mengisi kerusi timbalan ketua yang dikosongkan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Kerusi Naib Ketua Pemuda juga menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan Ir Mohd Khairul Nizam Khairuddin. Ia dikosongkan oleh Dr Raja Ahmad Iskandar yang bertanding timbalan ketua.

Seramai 26 orang akan bertanding untuk mengisi kerusi AJK Dewan Pemuda.

Bagi Dewan Muslimat PAS, jawatan Pengerusi Tetap menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Norhashimah Deraman, Nor Azlin Md Samsudin dan Saadiah Abu Bakar manakala jawatan Timbalan Pengerusi Tetap akan diputuskan di dalam muktamar.

Ketua Dewan Muslimat pula memperlihatkan pertandingan antara Ustazah Nuridah Salleh dan penyandang, Siti Zailah Mohd Yusof.

Sementara jawatan Timbalan Ketua Muslimat yang kini disandang Dr Siti Mariah Mahmud akan dicabar oleh Dr Najihatussalehah Ahmad.

Calon bertahan bagi kerusi Naib Ketua, Mumtaz Mohd Nawi pula akan dicabar oleh Dr Rosni Adam manakala 23 calon bertanding untuk mengisi AJK Dewan Muslimat.

Tiga jawatan utama Dewan Ulama PAS Pusat telah dimenangi tanpa bertanding. Mereka ialah Ketua, Datuk Ustaz Harun Taib, Timbalan Ketua, Datuk Ustaz Ahmad Yakob dan Naib Ketua, Datuk Dr Mahfodz Mohamad.

Ustaz Hamdan Mohamad dipilih sebagai Pengerusi Tetap manakala pelantikan Timbalan Pengerusi Tetap akan diputuskan dalam muktamar.

Hampir 1,300 perwakilan dari seluruh negara akan menyertai muktamar ini yang akan diadakan di Shah Alam bermula 20 November ini.

Muktamar 59: Ahli PAS yang rugi bila terpaksa memilih calon kurang popular untuk timbalan presiden

oleh Zulkifli Sulong


Pihak paling rugi apabila berlaku pertembungan antara Mohamad Sabu dengan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah untuk jawatan timbalan presiden PAS adalah ahli PAS keseluruhannya.
Ini kerana, pilihan utama mereka Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa tidak menyertai pertandingan itu. Mereka hanya dapat memilih di kalangan kurang popular sahaja padahal mereka perlu menentukan orang nombor dua dalam parti Islam itu.
Tuan Ibrahim dan Husam semalam, menjelang tarikh tutup pengesahan pertandingan parti pada 5 November,  mengumumkan mereka hanya akan bertanding jawatan naib presiden dan menolak untuk bertanding timbalan presiden.
Semasa pencalonan diterima, Tuan Ibrahim dilaporkan mendapat pencalonan terbanyak iaitu lebih 50% daripada 103 pencalonan yang sah daripada kawasan di seluruh negara.
Husam pula dikatakan mendapat pencalonan kedua terbanyak. Namun sehingga kini ia tidak didedahkan kepada umum. Pihak jawatankuasa pemilihan PAS yang diketuai Asmuni Awi hanya memaklumkan jumlah pencalonan yang diterima kepada calon berkenaan sahaja.
Dalam poll yang dibuat sebuah laman pro PAS, Tranungkite.net, Tuan Ibrahim menjadi calon paling popular di kalangan ahli PAS manakala Husam ditempat kedua. Keputusan ini selari dengan peratusan pencalonan yang mereka terima.
Menurut poll itu, Mohamad berada di tempat ketiga manakala Nik Amar tempat keempat selepas seorang lagi calon Salahudin Ayub yang sejak awal mengumumkan hanya bertanding bagi jawatan naib presiden sahaja.
Tuan Ibrahim ketika mengumumkan hanya menerima pencalonan untuk naib presiden berkata, berasa tidak mampu untuk memikul jawatan yang lebih tinggi daripada itu.
Husam pula dalam kenyataannya berkata, pencalonan paling banyak yang beliau terima adalah untuk jawatan naib presiden.
"Saya anggap ia adalah isi hati, pedoman dan pilihan akar umbi PAS jawatan mana yang mereka ingin saya tempatkan diri saya," kata Husam dalam kenyataannya.

Utusan UMNO Aka Suara UG: Mat Sabu dicabar ulama

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden Pas pada Muktamar Ke-59 parti itu akhir bulan ini dijangka menyaksikan pertembungan sengit satu lawan satu antara penyandangnya, Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.
Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu dilihat bakal berdepan cabaran getir daripada Mohd. Amar yang dicanangkan sebagai mewakili kepimpinan ulama.
Tiga pemimpin Pas yang turut dicalonkan untuk jawatan nombor dua parti iaitu Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub serta Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan menarik diri.
Husam memilih untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden manakala dua lagi rakan sejawatannya, Salahuddin dan Datuk Mahfuz Omar berkemungkinan besar mengambil keputusan serupa.
Tuan Ibrahim pula memutuskan akan mencabar tiga penyandang jawatan Naib Presiden tersebut dan beliau mungkin turut disertai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad menarik diri daripada persaingan merebut jawatan Naib Presiden dan memilih untuk mempertahankan jawatan AJK Pas Pusat.

Pakatan, wake up!

Some wonder whether Pakatan leaders are suffering political fatigue - the 'strong opposition watchdog' seems to be in slumber and acts too slow.

It is high time Pakatan Rakyat (PR) leaders stir themselves back into action. Why so?
Consider recent events: a hike in RON95 petrol price from RM1.90 to RM2.10 in early September, announcement of the GST (Goods & Services Tax) implementation in April 2015 and re-delineation of electoral boundaries beginning end of this year.
PR leaders should organise ceramahs to inform the rakyat about the impact of the GST on one’s pocket. BN are already launching their nationwide efforts to explain the GST to the citizens.
Although Pakatan have organised some forums – the pace is very slow.
Pakatan needs to present their side of the argument as the BN Government will do everything in its power to present the GST as a people-friendly tax.
Pro-GST economists will inform the rakyat that many goods are zero-rated but will not tell the rakyat that most goods are not.
Under the present system of Sales & Service Tax (SST), over 3,000 items are tax-exempted but under the GST system, over 1,000 items only are to be given tax-exemption.
Low-income earners need to buy soap – previously they do not pay tax on the soap, now they will. The same goes for stationery, toothpaste, detergent and other daily necessities, not to mention shoes, bags, etc.
Does this not show clearly that the poor will be taxed?
A taxi driver told this columnist that the GST is a method of ‘forcing’ the poor to pay taxes through the purchase of items needed for daily living, therefore low-wage earners will have less money in their pockets once GST is implemented.
“The BN government is trying to deceive me by saying that GST is good. How is it good for me when I have less money in my pocket?
“Only stupid people will believe the government,” said the taxi driver who goes by the surname of Ng.

Muktamar 59: ‘Tak semua yang kalah dibenci’

Penganalisis politik berpendapat, tidak semua pemimpin Pas yang kalah pada PRU13 lalu dibenci, sehingga tidak melayakkan mereka bertanding dalam pemilihan parti, November ini.

Pensyarah Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, kebolehan setiap ahli dalam parti itu tidak boleh dipandang rendah.

Justeru, katanya, semua ahli Pas termasuk pemimpin utama parti yang tewas pada PRU13 lalu layak bertanding pada Muktamar Pas ke-59, dijadualkan bermula 22 November ini.

“Kalah dalam PRU ukuran lain, (pemilihan) parti ukuran lain. Kalah dalam parti dan pilihan raya ialah faktor lain. Sesiapa saja yang sesuai untuk bertanding, boleh bertanding (dalam pemilihan parti), kalau sudah ‘ukur baju di badan sendiri’.

“Hak memilih (untuk pemilihan Pas nanti) adalah hak ahli. Sebaik mana pun pemimpin, tak semestinya mereka disokong dan tak semua yang kalah itu dibenci,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

PRU13 pada 5 Mei lalu menyaksikan beberapa pemimpin utama Pas antaranya timbalan presiden, Mohamad Sabu dan dua naib presiden, Salahuddin Ayub serta Datuk Husam Musa kalah di kawasan ditandingi mereka.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tewas kepada Datuk Othman Abdul daripada BN di Parlimen Pendang, Kedah, manakala Salahuddin pula gagal menembusi kubu kuat BN di Johor iaitu masing-masing di kerusi Parlimen Pulai dan Dun Nusajaya.

Muktamar 59: Mat Sabu perlu menang demi hubungan politik PR

Penganalisis politik berpendapat Mohamad Sabu perlu menang dalam Muktamar Pas ke-59, 22 hingga 25 November ini bagi menguatkan hubungan parti itu dengan PR.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata peluang penyandang Timbalan Presiden Pas, Mohamad  adalah "aset"  yang berguna untuk  hubungan politik antara parti perikatan pembangkang yang lain.

Menurutnya, perwatakan dan sikap Mohamad yang disenangi semua pihak terutama rakan PR akan turut menyumbang kepada kemenangannya dalam pemilihan muktamar kali ini.

"Orang PR suka dia, dia juga pemimpin popular yang boleh dianggap profesional.

"Dia juga yang banyak bersama PR dalam aktiviti anjuran PR, dalam soal hudud, dia disenangi pemimpin PR lain terutama DAP akan mengeratkan lagi hubungan politik PR dan Pas," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Mahathir mahu saya mati, saya berdoa Mahathir hidup

Lim Kit Siang,
Mahathir mahu saya mati, kerana itu beliau menjalankan misinya dalam Pilihanraya Umum ke-13 dengan berkempen di Gelang Patah untuk menjadikan kawasan itu “kubur” politik saya.

Sebelum pilihanraya umum ke-13, Mahathir menyeru rakyat Johor untuk mengerah tenaga bagi memastikan negeri Johor menjadi “kubur” saya. Seruan beliau itu diberi sambutan hangat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengisytiharkan bahawa saya “terperangkap” di Gelang Patah dan kerjaya politik saya telah “tamat”.

Persaingan di Gelang Patah dalam PRU13 adalah pertempuran politik “hidup dan mati” bagi saya kerana saya berdepan bukan saja dengan Datuk Abdul Ghani Othman yang telah menjadi Menteri Besar selama empat penggal, tetapi juga kerana saya terpaksa berdepan dengan tiga lagi orang kuat Umno – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin dan Perdana Menteri yang paling lama memegang jawatan di Malaysia, iaitu Tun Mahathir sendiri.

Tetapi saya bersedia mempertaruhkan nasib, meninggalkan kerusi parlimen selamat bagi saya, iaitu Ipoh Timur, yang telah saya menangi pada tahun 2008 dengan majoriti lebih dari 21,000 undi, untuk bertanding di Gelang Patah di mana MCA/BN telah menang hampir 9,000 undi majoriti pada tahun 2008 dan 21,666 undi majoriti pada tahun 2004.

Ilham Centre berusaha bawa “iklim” politik kajian di Malaysia


Nama Ilham Centre tidak berapa dikenali sebelum ini. Namun selepas kejayaan demi kejayaan membuat ramalan dengan tepat terhadap keputusan beberapa pilihan raya kecil (PRK) khasnya, badan penyelidik bebas ini mula dihormati.
Badan yang dikendalikan oleh sekumpulan anak muda ini mempunyai misi tersendiri iaitu untuk membawa "iklim" politik kajian di Malaysia, mengubah persepsi masyarakat dan ahli politik terhadap kajian-kajian yang dihasilkan oleh badan penyelidik tempatan.
Penyelidik tempatan tersebut mencuri tumpuan pemerhati politik kerana ketepatan ramalan keputusan dalam siri PRK sejak tahun 2008 lagi, namun Pengarah Eksekutif Muhamad Hisommudin Bakar (gambar) mengakui kajian politik di Malaysia masih  jauh ketinggalan berbanding negara jiran.
"Dalam kesedaran politik di Malaysia, khususnya dalam bidang kajian masih lagi ketinggalan.
"Justeru, semua pihak yang terlibat dalam sistem politik memberi galakan kepada firma-firma yang membuat kajian ini supaya  lebih banyak lagi memberi pandangan bagi dapatan tersebut boleh dikongsi dan seterusnya memperbaiki demokrasi di Malaysia," kata Muhamad Hisommudin yang ditemui The Malaysian Insider.

Gila Talak: Umno Pulau Pinang cadang kajian oleh badan bebas untuk gabung Umno dan PAS


Umno Pulau Pinang mencadangkan agar satu badan khas ditubuhkan bagi menjalankan kajian di peringkat akar umbi Umno dan PAS sama ada mereka mahu dua parti itu bergabung demi kepentingan orang Islam di negara ini.
Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Shabudin Yahya (gambar) berkata sudah sampai masanya, biar rakyat menjadi penentu sama ada kedua-dua parti itu perlu bergabung atau sebaliknya.
Katanya ia juga bagi menggantikan kaedah perbincangan di peringkat pemimpin kedua-dua parti yang telah dilaksanakan sebelum ini dan tidak pernah menemui keputusan bagi mewujudkan kerjasama itu.
"Menerusi kajian oleh badan bebas itu, pemimpin kedua-dua parti boleh menilai sendiri kehendak ahli sama ada kerjasama antara kedua-dua parti itu perlu diwujudkan demi memartabatkan agama Islam dan orang Melayu ataupun tidak.
"Jangan tunggu nasi sudah jadi bubur baru hendak bertindak (jalin kerjasama) kerana PAS dan Umno pernah bekerjasama sebelum ini dan saya percaya lebih 50% daripada ahli kedua-dua parti mahukan kerjasama ini menjadi kenyataan kerana mereka tahu hanya melalui kerjasama ini sahaja Islam dan Melayu dapat diselamatkan," katanya kepada pemberita di Kepala Batas hari ini.

Taikun bayar denda RM200 juta dalam operasi Bank Negara terhadap penghantaran wang haram

Seorang taikun Malaysian terpaksa membayar denda hampir RM200 juta baru-baru ini kerana menghantar wang secara haram melalui penggurup wang dalam tindakan Bank Negara yang bermula kira-kira empat tahun lalu, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan hartawan yang bergelar tan sri itu terpaksa membayar denda itu untuk mengelakkan didakwa di mahkamah yang dijangka dalam seminggu dua ini.
"Perkara ini telah berjaya diselesaikan dan tidak akan dibawa ke mahkamah," kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Sumber lain pula berkata, sejak beberapa minggu lalu, Bank Negara bertindak kepada pengurup wang bagi memastikan mereka membuat penghantaran wang dalam jumlah yang ditetapkan oleh undang-undang.
"Beberapa serbuan telah dibuat dan kita dapat melihat sebahagian mereka telah didakwa di mahkamah tetapi saya tidak tahu bila," kata satu sumber.
Dia tidak menyatakan secara khusus berapa jumlah yang sedang disiasat tetapi ia memerlukan masa untuk diambil tindakan mahkamah.
Siasatan Bank Negara terhadap penggurup bermula sejak 2009 apabila tiga penggurup wang yang besar telah ditarik balik lesen mereka kerana melanggar Akta Pertukaran Wang 1998.
Tindakan ini telah mendedahkan aktiviti haram dalam penghantaran wang yang melibatkan jutaan ringgit tetapi hanya satu kes profil tinggi didedahkan iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yang didakwa menggunakan khidmat pengurup wang untuk menghantar RM10 juta dalam bulan Mac 2008 lalu.
Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang (gambar) atau lebih dikenali sebagai Tian Chua dalam pendedahannya di Parlimen pada 2009 memberitahu isteri seorang menteri dan tokoh korporat bergelar Tan Sri juga dikaitkan dengan penghantaran wang yang banyak melalui pengurup wang.
Menurut Tian Chua, isteri menteri itu dikatakan telah menerima RM600,000 semasa berada di Dubai pada buan Mac 2008 lalu.
Pemaju perumahan dari Malaysian dikatakan telah menghantar wang itu melalui penggurup wang, lapor mingguan perniagaan yang dihormati, The Edge pada 2009.