Khamis, 7 November 2013

Dr Maza: Berpolitik cara melampau tanpa memikirkan agama bangsa dan negara

7 tahun berlalu, pembunuh Altantuya masih bebas dan KITA TAHU SIAPA MEREKA!

KP Chee, Malaysia Chronicle
7 tahun berlalu, pembunuh Altantuya masih bebas dan KITA TAHU SIAPA MEREKA!Walaupun pengakuan terperinci telah diberi oleh Sirul Azhar bin Haji Umar (IC No: RF12559 ) tentang pembunuhan terancang yang dicatatkan dalam Laporan Polis No: 7380 /06 pada 9 November 2006 pada jam 1635 oleh Inspektor Nom Phot a/l Prack Dit, Mahkamah rayuan pada 23 Ogos tahun ini telah memutuskan untuk membiarkan kedua-dua Sirul Azhar dan pemberi arahan, Kapten Azilah Hadri bebas begitu sahaja.
Umum mengetahui bahawa Kapten Azilah Hadri adalah bekas polis dari unit elit UTK (Unit Operasi Khas Polis Diraja Malaysia) dan pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri yang pada masa itu merupakan Datuk Seri Najib Razak. Dia telah dipanggil oleh Setiausaha peribadi Najib dan ketua keselamatan, DSP Musa Safri, selepas Abdul Razak Baginda melaporkan kepada kawan rapat yang juga rakan bisnes terbesarnya Najib Razak, bahawa dia telah diganggu oleh wanita Mongolia yang menuntut bahagian sogokannya daripada RM540 juta wang rasuah dari transaksi jual beli rahsia kapal selam dari Perancis.

Sirul Azhar menyatakan dalam kenyataan polis bahawa dia telah diarahkan oleh Azilah untuk membantu ‘menguruskan’ wanita bernama Aminah atau Altantuya Shaariibuu yang sering mengganggu seorang tokoh penting. Dia juga menambah bahawa ganjaran wang tunai sebanyak RM50, 000 -100,000 akan diberikan. Saya tidak pasti jika Sirul tahu siapa yang telah membuat tawaran itu, dan jika tahu sekalipun, apa sahaja nama yang disebutnya sudah pasti telah dipadam dari kenyataannya oleh pegawai-pegawai polis yang setia melindungi VVIP dalam Umno Baru.

Pernah buat ‘kerja serupa’ sebanyak 6 kali
Tertuduh ketiga dalam perbicaraan kes pembunuhan kejam ialah Abdul Razak Baginda yang mengemukakan afidavit bersumpah yang ada menyebut bahawa dia telah memperincikan maklumat kepada Kapten Azilah Hadri mengenai masalah dengan si Altantuya.

Razak Baginda juga menambah bahawa Kapten Azilah memberi jaminan bahawa tugas itu akan segera diselesaikan dan dengan riaknya memberitahu bahawa sebelum ini dia pernah menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes yang serupa.

Tiada siapa yang waras akan mengaku melakukan pembunuhan kejam - lebih-lebih lagi apabila mangsa tidak dikenali olehnya dan adalah seorang wanita cantik yang ditinggalkan oleh seorang lelaki Casanova yang rapat dengan ahli politik. Altantuya jelas bukanlah seorang penjenayah tegar. Siapa yang tergamak untuk menembak perempuan itu sebanyak dua kali dengan jarak dekat di kepala walaupun dia merayu untuk tidak di apa-apakan - termasuk anak dalam kandungan? Apa sahaja jenayah yang mungkin telah dilakukan, mengugut umpamanya, dia tetap berhak untuk dibicarakan di mahkamah. Setiap anggota polis tahu bahawa - atau sepatutnya tahu akan hak itu walau dalam apa jua keadaan sekali pun.

Muktamar 59: Tuan Ibrahim tarik diri tanding Timbalan Presiden


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil keputusan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan sempena Muktamar ke-59 bermula 22 November ini.

Keputusan itu dinyatakan dalam satu kenyataan di facebook beliau sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau hanya akan bertanding jawatan Naib Presiden, iaitu jawatan yang pernah disandang beliau empat tahun lalu.

"Pada saya, jawatan (timbalan presiden) itu adalah sangat besar dan di luar kemampuan saya untuk memikulnya buat masa kini, tambahan pula terdapat beberapa nama lain yang layak untuk memikul amanah ini.

"Tambahan pula buat masa ini, saya masih diamanahkan sebagai Pesuruhjaya Negeri Pahang, yang memerlukan tumpuan gerak kerja dan masa yang banyak bagi menghadapi PRU ke-14 akan datang.

"Setelah meneliti ketiga-tiga jawatan yang saya dicalonkan, antara Ahli Jawatankuasa, Naib Presiden dan Timbalan Presiden, maka saya dengan rendah diri menawarkan diri untuk menerima pencalonan sebagai Naib Presiden dalam Muktamar PAS ke-59 kali ini," katanya.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Keputusan penerimaan pencalonan

Terdahulunya, saya ucapkan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada semua kawasan yang telah mencalonkan saya  dalam Mesyuarat Agung PAS kawasan masing-masing.

Buku Iqra': 447 kesalahan, 18 tahun tiada pembetulan



 KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary, mempersoal tindakan kerajaan yang sehingga kini masih belum membetulkan sejumlah 477 kesalahan dalam buku Iqra' yang diajar kepada pelajar sekolah kebangsaan dalam mata pelajaran pengajian al-Quran di seluruh negara.

Bercakap sewaktu membahaskan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat hari ni, beliau berkata, tindakan itu memperlihatkan sikap tidak serius kerajaan, yang memandang remeh terhadap pendidikan Islam khususnya dalam pengajian al-Quran.

Beliau merujuk kepada satu kajian oleh aktivis pendidikan terhadap Buku Iqra' (cara cepat membaca Al-Quran) Rasm Uthmani, karangan Ustaz Haji As'ad Humam daripada Indonesia, yang didapati mengandungi 447 kesalahan dan kekeliruan.

"Kita kesal dengan sikap kerajaan yang seolah-olah memandang remeh soal pengajian Al-Quran.

"Kenapa buku Interlok ditarik balik hanya kerana ada perkataan 'paria', sedangkan dalam Buku Iqra' ada 447 kesalahan tapi terus dibiar untuk digunakan," katanya pada sidang media selepas itu.

Menurutnya, isu ini pernah dibangkit oleh ahli parlimen PAS ketika penggal lalu, namun sehingga kini, kesalahan dalam buku yang diguna sejak 18 tahun itu, tidak dibetulkan.

PAS gesa siasat dalang MyKad palsu pendatang


KUALA LUMPUR: PAS menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat siasatan khas bagi mengenal pasti dalang sebenar yang memberi kad pengenalan (MyKad) palsu kepada pendatang asing.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, kes-kes penemuaan pegawai keselamatan yang disahkan mempunyai MyKad palsu adalah amat besar.

"Kita dilaporkan terdapat kes-kes pengawal keselamatan yang ditangkap dan disahkan memiliki IC palsu dan ia merupakan satu kes besar.

"Kita mendesak kerajaan di bawah KDN membuat suatu siasatan serta kajian khas bagi mendalami isu ini supaya ia tidak berterusan, selain itu juga kerajaan perlu menyiasat siapa dalan sebenar dalam memberi IC palsu," jelasnya kepada Harakahdaily ketika ditemui di lobi Parlimen.

Katanya lagi, sindiket itu telah terbukti menggugat kehidupan malah telah mengorban nyawa rakyat Malaysia.

"Ia tidak boleh dipandang ringan dan tidak boleh diselesaikan melalui proses pentadbiran biasa, membuat pemeriksaan syarikat keselamatan dan tangkap, sedangkan dalang sebenar kita tidak tahu siapa. Mereka tidak perlu dilindungi.

JPP: Kenapa Persekutuan nak langgar undang-undang?


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mendakwa Kerajaan Pusat melanggar Perlembagaan apabila menubuhkan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap negeri.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, fungsi JPP yang dicadangkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah sama dengan tugas ahli majlis PBT.

Beliau berkata, JPP adalah tidak perlu memandangkan kerajaan negeri sudah berkuasa ke atas PBT.

"Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM63 juta untuk tubuh JPP, ini bagi saya memang adalah pelanggaran kepada peruntukan Perlembagaan.

"Kami perintah Kelantan 1990, Kerajaan Persekutuan tubuh JPP, kerajaan dalam kerajaan. Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) juga di bawah kerajaan negeri tapi Kerajaan Persekutuan buat juga JKKK.

"Sekarang kerajaan negeri lantik ahli majlis, Persekutuan pun lantik lagi. Jelas bercanggah dengan undang-undang dan bermotif politik.

Tiada jalan mudah ke syurga

Aspan Alias


Politik ini adalah satu permainan yang aneh. Politik terutamanya di sini, boleh menyatakan yang mustahil dan boleh memustahilkan yang nyata. Politik di sini benar-benar menjadi petunjuk yang dunia semakin hampir kepada kiamat. Perkara yang benar disalahkan dan yang salah pula dibenarkan. Maka kita hidup dalam keadaan yang amat keliru, dan kekeliruan itu boleh merosakkan agama dan pegangan kita apatah lagi kepada kesejahteraan hidup rakyat berbilang kaum ini.
Apabila pimpinan politik sudah keliru, maka kita lihat tindakan mereka itu sentiasa songsang dan meranapkan moral hidup bermasyarakat, bersosial dan beragama. Kekeliruan ini seolah-olah dirancang kerana semua yang terlibat dalam kancah kekeliruan ini, kecuali mereka yang masih teguh dengan iman ketuhanan serta yang cekal menghadapi perubahan negatif masyarakat ini.
Kalau hendak mendapatkan perubahan ke arah perubahan yang positif sekumpulan kecil yang masih kuat pegangan mereka dan tidak mampu diasuh dan diubah oleh kebatilan ini yang akan merobahnya. Kumpulan kecil inilah yang terpaksa bersabar dan menunggu waktu dan saat yang tepat untuk melakukan perubahan dan hanya Tuhan sahaja yang boleh menyempurnakan afa’alNya untuk perubahan melalui kumpulan ini.
Nyata sekali di dalam keadaan hari ini, kita mendengar dan melihat betapa kelirunya hidup jika tidak memahami keadaan kehidupan sebenarnya. Rakyat dan umat keliru dan dalam kita mengakui dunia sedang menghadapi kekalutan ekonomi yang juga melibatkan pendapatan negara kita juga, kita masih mendengar dan terbaca semua pihak diminta berkorban perkara-perkara yang telah dinikmati rakyat. Rakyat bersetuju kerana ini negara kita yang wajar dilakukan apa sahaja demi kebaikan negara tempat mereka berteduh ini.
Tetapi dalam masa yang sama kita melihat dan terbaca, pemimpin utama kita tidak rela melakukan pengorbanan malah telah menyediakan peruntukan berlipat kali ganda jumlahnya untuk menjadi Perdana Menteri dan menguruskan jabatan yang beliau ketuai itu. Najib seolah-olah mempunyai sikap terhadap rakyat seperti sikap ‘kau buat apa yang aku suruh buat, jangan kau buat apa yang aku buat’.

Selangor sah ambil alih 4 konsesi air

Abdul Khalid Ibrahim 
SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor dimuktamadkan untuk mengambil alih dan mengurus sepenuhnya empat syarikat konsesi bekalan air di negeri itu, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata surat rasmi yang diterima pada 9 September lepas daripada kerajaan persekutuan menunjukkan kesepakatan untuk kedua-dua pihak menyelesaikan segera isu pengurusan air demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Benar, pengurusan Syabas telah diberikan kepada kerajaan negeri namun sekarang, kita masih berunding dengan pihak terlibat tentang bayaran dan nilai pengambilalihan tersebut.

"Jika rundingan dapat diselesaikan pada hujung tahun ini, proses mengambil alih akan memakan sedikit masa...mungkin dalam tiga hingga enam bulan.

"Apa yang penting, para pekerja syarikat konsesi air itu tidak akan diberhentikan malah boleh bekerja seperti biasa cuma di bawah pentadbiran baharu saja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kerajaan BN mesti henti soal 'apa lagi Cina mahu?', kata MP BN

Siapa Yang Berani: Putuskan hubungan dengan negara iktiraf Israel - OIC

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) 
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mendesak negara-negara anggota memutuskan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang mengiktiraf keputusan Israel menggabungkan Baitulmaqdis atau memindahkan kedutaan mereka ke Baitulmaqdis.

Dalam satu kenyataan, OIC berkata isu itu yang ditonjolkan oleh Setiausaha Agung badan itu Ekmeleddin Ihsanoglu, adalah antara resolusi yang akan dibincangkan di sesi ke-40 mesyuarat Majlis Menteri Luar OIC pada Disember di Conakry, Guinea.

Ihsanoglu juga berkata sesi khas mengenai Baitulmaqdis akan diadakan di luar mesyuarat itu, bertujuan merencana sebuah visi tentang bagaimana pertubuhan 57 negara anggota itu dapat bertindak di pelbagai peringkat bagi menyekat pencabulan Israel di Baitulmaqdis.

Beliau berkata terdapat perakuan untuk menyelaras usaha Islam di Majlis Hak Asasi Manusia bagi menyekat percubaan Israel menghapuskan perkara tujuh agenda Majlis itu untuk memeriksa situasi hak asasi manusia di Palestin dan wilayah Arab lain yang ditakluki Israel.

PAS tolak Peguam Negara yang dipersoal integritinya


Negara tidak sepatutnya memiliki penasihat undang-undang utama yang dipersoalkan integritinya, kata PAS.
Timbalan Pengerusi II Lujnah Undang-Undang PAS, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (gambar), berkata walau apa pun muslihat Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, PAS berpendapat kerajaan perlu membuka fail siasatan secara menyeluruh terhadap Abdul Gani.
"Mereka perlu mengkaji semula semua laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk dakwaan lain yang pernah dibuat ke atas Abdul Gani," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media bahawa Dr Mahathir sedang menekan Abdul Gani dalam siri pertemuannya dengan beberapa pihak beberapa bulan lalu.
Malaysiakini melaporkan bekas Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dan peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bertemu dengan Dr Mahathir dan berbincang kedudukan Abdul Gani.
Hadir sama adalah bekas setiausaha politik kepada Dr Mahathir, Matthias Chang dan bekas Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusoff yang memberi taklimat kepada Dr Mahathir tentang isu tersebut.
Perbincangan juga berkisar salah laku yang dilakukan Abdul Gani termasuk pemalsuan bukti yang membabitkan kes Ketua Pembangkang , Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Ia bermula apabila Mat Zain menerima panggilan mengejut daripada Shafee yang mahu berjumpa dengannya di kediaman merangkap pejabat di Bukit Tunku pada 10 Ogos.

Peguam Negara bertanggungjawab kes kehilangan Batu Puteh?


 
Pada tahun 2008, Almarhum Sultan Mahmud Iskandar bertitah kepada Dewan Undangan Negeri Johor: "Suka beta ingatkan bahawa beta tidak lupa pada Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh bukan hak Singapura tetapi hak milik Johor. Sampai bila pun beta akan cari ikhtiar untuk mendapatkan semula pulau milik Johor itu."

Lima tahun kemudian, seorang bekas pegawai tinggi polis menerajui usaha supaya kerajaan mengheret mereka yang didakwa bertanggungjawab atas kehilangan pulau itu.

Individu berkenaan adalah bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim - seorang bekas pegawai polis yang kerjayanya berjalinan dengan politik selepas ditugaskan menyiasat kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada tahun 1998.

NONESejak bersara, Mat Zain telah memulakan misi peribadinya untuk menghantar surat terbuka kepada pihak berkuasa atasan, menggesa mereka mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai kerajaan yang didakwa rasuah yang terlibat dalam perbicaraan kes liwat pertama Anwar.

Dan beliau melangkah setapak lagi, kali ini mengenai kes Batu Puteh - atau Pedra Branca menurut Putrajaya - dengan membuat satu akuan bersumpah (SD) mengenai maklumat baru yang diterimanya mengenai perkara itu.

Malaysiakini melihat SD tersebut dan telah dimaklumkan oleh Mat Zain bahawa salinannya telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Gesa tubuh RCI

Jadi pemimpin agama janganlah berbohong

Shahbudin Husin

Ketika kempen pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau baru saja berlalu, perkara paling menarik yang dilakukan oleh BN dalam usaha memenangi kerusi itu ialah dengan mengadakan karnival jualan murah di mana gula hanya dijual RM1 sekilo manakala sekampit beras 5 kilo pula dijual dengan harga RM5 sahaja.
Harga pasaran gula setelah dimansuhkan subsidinya ialah RM2.84 sekilo manakala sekampit beras 5 kilo pula ialah RM13.
Menariknya jualan murah itu ialah kerana ketika pembentangan Bajet 2014, Najib mengumumkan pemansuhan subsidi gula ialah bertujuan mengurangkan pengidap penyakit kencing manis di kalangan rakyat yang dianggap tinggi ketika ini. Malangnya kerana kepentingan kerusi dan kuasa, BN jadi tunggang-langgang dan sanggup mengadakan jualan murah seolah-olah menggalakkan rakyat memakan lebih banyak gula daripada biasa.
Walaupun karnival jualan murah itu kemudiannya dihalalkan oleh SPR dengan mengatakan ia sama sekali tidak berunsur rasuah kerana pembeli tidak dipaksa untuk mengundi calon tertentu, tetapi akal yang waras tidaklah sukar memahami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat daripada  jualan murah gula dan beras itu.
Lagi pula, karnival itu diadakan untuk menyokong calon BN dan sudah pasti terdapat poster dacing serta gambar calon BN di sekitarnya. Tanpa disebut atau disuruh memangkah calon BN pun, pembeli sudah pasti tahu bahawa siapa yang mereka rasa terhutang budi kerana mengadakan jualan murah  beras dan gula itu.
Meskipun mungkin ada pembeli yang rasa tidak terikat untuk mengundi calon BN apabila membeli gula dan beras murah itu, bilangannya tentulah sangat kecil. Kebanyakannya akan membalas budi dengan undi, lebih-lebih lagi orang Melayu yang memang terkenal dengan sikap mengenang budi dan membalas budi.
Golongan yang tidak mahu terikat dengan budi, biasanya tidak akan singgah membeli gula dan beras murah itu. Mereka lebih rela membeli beras dan gula dengan harga biasa daripada menebalkan muka membeli barangan itu dan kemudian rasa terhutang budi pula sambil menambahkan pula kencing manis di kalangan ahli keluarga.
Apabila SPR mengeluarkan kenyataan yang jelas memperlihatkan kecondongannya kepada BN, ia sebenarnya  hanya menambahkan lagi persepsi gelap rakyat terhadap badan yang sepatutnya bebas dalam mengendalikan pilihan raya. SPR seharusnya lebih bijaksana, sesuai dengan kebijaksanaan rakyat yang semakin meningkat sekarang ini.
Hari ini pula, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama, Jamil Khir Baharom mengatakan,  jualan murah gula dan beras di Sungai Limau tempoh hari bukanlah kerana adanya pilihan raya dan ia hanya kebetulan saja diadakan ketika kempen pilihan raya.
 (Doa Ulama Umno Telah Di Makbulkan)

Kata beliau lagi, "Jualan murah ini ada di mana-mana, di pasaraya juga selalu ada jualan murah. Jadi apa yang nak dihairankan. Hanya kebetulan saja jualan murah itu diadakan ketika kempen pilihan raya Sungai Limau".

Sg Limau: PAS tolak dakwaan MCA Kedah

PAS menolak dakwaan MCA Kedah kononnya pengundi Cina lari meninggalkan PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau baru-baru ini.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata pengundi Cina kekal sebagaimana pilihan raya umum lalu manakala sebahagian daripada mereka tidak keluar mengundi.
"Jika benar dakwaan MCA itu bermakna undi Melayu untuk Umno turun mendadak. Apakah Umno bersetuju," kata Mahfuz.
Mahfuz berkata, sebahagian kecil pengundi Cina yang mengundi PAS dalam pilihan raya lalu mengambil jalan selamat kali ini selepas dikelilingi oleh tukang kempen BN khasnya MCA sepanjang kempen.
"Sebahagian mereka memang tidak keluar mengundi kerana menjaga kepentingan mereka dengan BN. Mereka takut jika BN tahu mereka mengundi PAS, mereka akan susah," katanya dalam wawancara khasnya dengan The Malaysian Insider hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kononnya undi Cina untuk BN meningkat dalam PRK Sungai Limau.
Bakal Exco Kedah dari MCA,  Dr Leong Yong Kong dalam kenyataannya kepada media Cina, berkata BN berjaya mendapat 75.27 % undi Cina dalam PRK Sungai Limau iaitu 892 undi daripada 1,185 pengundi Cina yang membuang undi dalam PRK itu.

Pengundi Cina kembali ke pangkuan BN?



Sementara pengundi Cina dilihat mengundi memihak kepada Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau pada Isnin, ia tidak bermakna pendirian politik mereka telah berubah khasnya sekarang ini.
Ahli politik serta penganalisis politik masih berwaspada dengan perkembangan ini dan percaya masih terlalu awal untuk mengatakan yang masyarakat Cina kini telah kembali ke pangkuan BN.
Lagipun, sentimen PRK ini jauh berbeza daripada sentimen yang dialami oleh komuniti itu semasa Pilihan Raya Umum (PRU).
Pada PRK itu, PAS memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau apabila calonnya Mohd Azam Abdul Samat, 37, meraih 12,069 undi sementara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, mendapat 10,985 undi.
Bagaimanapun, kali ini PAS hanya mampu memperolehi majoriti 1,084 undi di kubu kuatnya sejak 1995 itu berbanding majoriti 2,774 undi yang diperolehinya semasa GE13 pada Mei khasnya kerana bilangan keluar mengundi yang lebih rendah selain sebahagian besar undi masyarakat Cina berpihak kepada BN.
Parti-parti komponen BN yang berasaskan masyarakat Cina iaitu MCA dan Gerakan dengan cepat menunjukkan bahawa keputusan di lima pusat mengundi  - Simpang Tiga, Sg Limau, Kabu Sepuloh, Batu Enam Belas and Kampung Titi Batu -  menunjukkan lebih 70% daripada 1,842 pengundi Cina memilih BN.
Adakah keadaan memihak kepada BN?
Timbalan Presiden Gerakan Dr Cheah Soon Hai yang juga Ketua Gerakan Kedah dalam menjelaskan lanjut berkata bahawa 208 daripada 295 pengundi Cina yang mengundi di Batu Enam Belas memilih BN. Ini menunjukkan 70% sokongan Cina bagi BN.
Pada masa yang sama, di Sungai Limau Dalam, 480 daripada 605 pengundi Cina memilih BN (79%) sementara di Simpang Tiga 204 daripada 285 pengundi Cina memilih BN (71%).

Bazir Wang Rakyat: MP PR cadang PM, TPM guna pesawat komersial

Ahli Parlimen PR mencadangkan supaya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menggunakan pesawat komersial untuk penerbangan domestik.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke mendakwa, kerajaan telah membelanjakan RM489 ribu bagi setiap penerbangan yang dilakukan setiap hari pada 2012.

Menurutnya, perbelanjaan tersebut adalah pembaziran keterlaluan yang melibatkan perbelanjaan kerajaan.

"Penerbangan yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri turut melibatkan penerbangan domestik yang boleh dikurangkan perbelanjaannya dengan menggunakan pesawat komersial.

"Setiap kali Perdana Menteri naik kapal terbang, kosnya adalah RM489,000 untuk setiap penerbangan. Jumlah ini adalah melibatkan 372 penerbangan tahun lalu seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim.

SPR: Mana ada pengundi hantu di Sungai Limau

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini menafikan wujudnya pengundi hantu di PRK Dun Sungai Limau pada 4 November lalu.

Menurut pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof,  dakwaan kononnya wujud pengundi haru itu hanyalah 'salah tanggapan' semata-mata.

“Pada SPR tiada istilah pengundi hantu.

“… apa yang berlaku sebenarnya ialah pengundi tersebut mendaftar sebagai pengundi di Dun Sungai Limau, namun pengundi tersebut telah berpindah tetapi tidak memaklumkan hal tersebut kepada SPR,” katanya ketika di hubungi oleh Sinar Harian Online hari ini.

Beliau berkata demikian menggulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim yang mendakwa pada PRK lalu, terdapat pengundi yang tidak dapat dikesan kerana alamat tidak sama dengan tempat pembuangan undi.

Sehubungan itu, Shahidan mendakwa wujudnya "pengundi hantu" di Dun Sungai Limau.

Ada Berani: PAS cabar BN adakan jualan murah di tempat lain..bukan masa PRK jer..!!!

'Mana boleh kebetulan...Kalau kata kebetulan pi la buat (jualan murah) kat kawasan-kawasan lain sama.'

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mencabar Barisan Nasional (BN) untuk mengadakan jualan murah untuk gula dan beras di kawasan-kawasan berpenduduk miskin yang lain.
Mohamad ataupun lebih popular dengan panggilan Mat Sabu, apabila dihubungi oleh FMT hari ini ternyata berang dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom yang berkata jualan murah kedua-dua barangan asas itu dalam tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau sebagai kebetulan.
“Mana boleh kebetulan…Kalau kata kebetulan pi la buat (jualan murah) kat kawasan-kawasan lain sama,” katanya dalam perbualan telefon.
Beliau menambah, terdapat lagi kawasan yang boleh mendapat manfaat dari jualan murah anjuran BN itu, bukan hanya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sahaja.
“Pi buat kat kawasan-kawasan lain (juga), jangan buat kat kawasan ada PRK saja. Kat Baling sana pun ada orang susah, pi buat kat sana,” cabarnya lagi, sambil menyifatkan kenyataan Jamil ini sebagai satu penafian yang boleh ditertawakan.
Jamil, yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Jerai berkata pembangkang menggunakan isu jualan murah barangan asas itu sebagai modal untuk memburukkan BN.
Dilaporkan, harga gula seberat satu kilogram yang biasanya berharga RM2.84 di pasaran dijual dengan harga RM1 dalam jualan murah tersebut manakala sekampit beras seberat lima kilogram pula dijual dengan harga RM5, jauh lebih murah dari harga pasaran iaitu RM13.
Pakatan Rakyat (PR) menyelar perbuatan BN ini dan menyamakannya sebagai satu bentuk rasuah kepada pengundi.
Bagaimanapun, pandangan itu ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

NFC: ‘Muhyiddin should have resigned with Shahrizat’

PKR’s Zuraida Kamaruddin says Muhyiddin was negligent and not transparent in awarding the NFC project to Shahrizat's family.

KUALA LUMPUR: Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin should have stepped down following the exposé of the National Feedlot Centre (NFC) scandal as he was the Agriculture and Agro-Based Industry Minister who awarded project to a company with no capability, Ampang MP Zuraida Kamaruddin said today.
The PKR leader said Muhyiddin had been negligent and acted without any transparency in awarding the NFC project to a company (NFCorp) which was not experienced.
“No consideration was given to the code of ethics on conflict of interest between family members in receiving loans from the government.
“He should have taken responsibility for awarding the contract and resigned immediately,” she said.
Yesterday, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) revealed that the allegations against the NFC scandal were indeed true.
It said the Agriculture Ministry had awarded the project to a company which had no technical or financial capabilities.
The NFC project was awarded to NFCorp, run by the husband and children of then cabinet minister Shahrizat Abdul Jalil.

PR Ulang Gesa Hentikaan TPPA

Hakka makan Hakka, kata penduduk

Kerajaan perlu tangguh GST, kaji pendapatan golongan sederhana dan rendah - MTUC

MP DAP Segambut & PKR Sungai Petani Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP PAS Shah Alam Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP DAP Seputeh Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP PAS Kuala Krai Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP PKR Padang Serai Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP PKR Alor Setar Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP PAS Kota Bharu Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

RM490k every time a government jet is used

Trade negotiator: Malaysians will be made second class investors under TPPA

Law professor: Foreign investors don't care about TPPA

Foreign expert: How neutral are the arbitrators in TPPA disputes?

Pakatan bawa pakar antarabangsa jelaskan risiko meterai TPPA

Pengundi hantu: Pas dakwa Umno tidur

KUALA LUMPUR - Pas mendakwa Umno "tidur" berhubung dakwaan mengenai pengundi hantu yang wujud semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau berlangsung terutama di Bukit Besar, pada 4 November lalu.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, kumpulan pengundi yang wujud di situ telah lama dikesan PR semenjak zaman bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Beliau mendakwa, pengundi yang didakwa BN todak dapat dikesan itu adalah penduduk tetap dan merupakan pelajar sekolah pondok di kawasan berkenaan.

"Ini tak masuk akal. Mereka telah lama di situ, generasi yang berkembang mungkin kita tak kenal, kita sudah lama sedar ia wujud, mungkin sebelum ini Umno tidur.

"Pengundi hantu yang dimaksudkan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri) Shahidan Kasim itu wujud sejak berkurun lamanya.

"...itu bukan pondok durian, tapi pondok orang mengaji agama, bukan pondok polis tepi jalan dan telah ada sejak zaman datuk kepada calon Pas yang mengasaskan penubuhan pondok tersebut.

Reformasi Agihan Kuasa

sim-tze-tzimKUALA LUMPUR 7 NOV : Malaysia perlu melaksanakan desentralisasi kuasa atau reformasi total pada peringkat pengagihan kuasa dalam usaha menjadikan kerajaan lebih cekap.
Ahli Parlimen Bayan Baru (DAP), Sim Tze Tzin, berkata proses desentralisasi membolehkan kuasa diagihkan dengan lebih adil antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Sebagai contoh di Amerika Syarikat, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikutip kerajaan tempatan, bukannya kerajaan pusat.
“Begitu juga di negara jiran Indonesia yang melaksanakan ‘Big Bang Policy’, desentralisasi kuasa kerajaan pusat kepada kerajaan tempatan,” katanya ketika sesi perbahasan Bajet 2014 di Sidang Parlimen malam tadi.
Tze Tzin berkata, kuasa yang seharusnya berada di bawah kerajaan negeri dipindahkan kepada kerajaan pusat, antaranya tanah dan air, sejak merdeka.

Kerajaan UMNO@BN bazir wang rakyat RM167.079 juta guna pesawat eksekutif


anthony


KUALA LUMPUR, 7 NOVEMBER: Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke Siew Fook mempertikai pembaziran melampau kerajaan sebanyak RM167.079 juta wang rakyat apabila menggunakan tujuh pesawat eksekutif membabitkan 372 penerbangan sepanjang 2012.
Loke berkata, merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim di Parlimen, pembaziran keterlaluan itu tidak wajar berlaku ketika kerajaan sendiri menyarankan agar rakyat berjimat cermat.
“Berdasarkan purata yang kami kira, kos setiap penerbangan yang dilakukan membabitkan perbelanjaan lebih RM489,000. Ini satu jumlah yang besar.
“Persoalannya, kenapa Perdana Menteri atau Timbalannya mesti menggunakan pesawat terbabit setiap kali pergi ke mana-mana, kenapa tidak menggunakan pesawat komersil contohnya MAS, yang kosnya sudah tentu tidak begitu banyak,” katanya.
Menurut Loke, kerajaan tidak sepatutnya melakukan pembaziran begitu banyak wang rakyat, sedangkan rakyat sendiri diminta berjimat.
“Bagaimana rakyat boleh yakin dengan kerajaan yang memerintah dengan membazirkan wang rakyat seperti wang bapa sendiri,” katanya.

MP PKR Kapar Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP DAP Kota Melaka Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Dewan Rakyat: Umno yang buat masalah kepada Islam - MP Shah Alam Vs Tanjung Karang

MP PAS Bachok Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Dewan Rakyat 7 Nov 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Karpal desak polis mula siasatan terhadap Peguam Negara


Polis harus segera menyiasat dakwaan ke atas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) tanpa menunggu laporan polis dibuat, kata peguam veteran, Karpal Singh.
Karpal berkata, pada masa lalu polis pernah mengambil inisiatif sendiri dengan memulakan siasatan selepas membaca laporan akhbar.
“Portal berita dan blog bercerita mengenai Abdul Gani. Polis boleh membuat aduan dan memulakan siasatan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, berikutan daripada pendedahan itu, beberapa individu berjumpa dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya pada Ogos bagi membincangkan isu tersebut.
Malaysiakini melaporkan bekas Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dan peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bertemu dengan Dr Mahathir.
Hadir sama adalah bekas setiausaha politik kepada Dr Mahathir, Matthias Chang dan bekas Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusoff yang memberi taklimat kepada Dr Mahathir tentang isu tersebut.
Perbincangan juga berkisar salah laku yang dilakukan Abdul Gani termasuk pemalsuan bukti yang membabitkan kes Ketua Pembangkang , Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Ia bermula apabila Mat Zain menerima panggilan mengejut daripada Shafee yang mahu berjumpa dengannya di kediaman merangkap pejabat di Bukit Tunku pada 10 Ogos.
Pada hari berasingan, Dr Mahathir turut memberi tekanan kepada Abdul Gani dengan memanggil Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berbincang.
Dalam pertemuan itu, Dr Mahathir mendakwa pejabat Peguam Negara melantik dua agen CIA.
Ahmad Zahid bersetuju untuk menjalankan siasatan. Cubaan ini dilihat sebagai ancaman kepada kedudukan Abdul Gani sekarang yang menjawat jawatan itu sejak 2002.

Terima Kasih BN: Harga ikan, udang naik bebankan pengguna

KUALA KANGSAR - Kebanyakan penduduk yang ditemui di sini, mengakui harga ikan dan udang yang dijual di pasar dan kedai runcit naik.

Dengan kenaikan bahan mentah tersebut akan membebankan pengguna, memandangkan harga beberapa barang keperluan lain juga naik sebelum ini.

Penduduk Abdul Momin Khushairy, 39, berkata, harga udang naik sehingga RM6 sekilogram, manakala harga ikan pula RM3 ke RM4 untuk satu kilogram.

“Pagi kelmarin saya ke pasar minggu di Karai kerana harga di sana lebih murah berbanding tempat lain, namun saya terkejut kerana harga ikan dan udang mahal berbanding hari kebiasaan,” katanya

Dalam masa sama, Arbaayah Shariff, 61, turut terbeban dengan kenaikan harga tersebut dan menyifatkan kenaikan kali ini tinggi.

“Kalau dulu saya beli ikan RM5  ikan di pasar dapat banyak kali ini  RM5, tak sampai satu kilogram dan hanya dapat tujuh ekor ikan sahaja.

“Kalau berterusan macam ini, kami terpaksa cari sumber makanan lain,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga yang mahu dikenali Hert, 36, berkata, harga ikan dan udang mahal  mungkin disebabkan nelayan tidak turun ke laut dan bekalan kurang.

"Kami sebagai peniaga tiada jalan lain dan terpaksa naikkan harga," katanya.

Masa depan perjuangan Pakatan Rakyat

Amin Ahmad

November memulakan tirainya dengan penuh peristiwa. Umat Islam menyambut Tahun Baru sempena 1 Muharam, mengikut kalendar Hijrah. Penganut agama Hindu pula menyambut Deepavali. Umumnya, hijrah bermaksud perubahan daripada kurang baik kepada yang lebih baik. Pesta Cahaya pula meraikan kemenangan keadilan ke atas kezaliman.
Dalam tradisi besar dunia, kita sentiasa dapat membaca mesej penting tentang keperluan hijrah, bagaimana menjadikan kehidupan kita lebih baik dari semasa ke semasa, bukan sebaliknya. Lebih baik di sini bukan sahaja dalam ukuran kekayaan wang, tetapi lebih penting lagi ialah nilai murni seperti keadilan, persaudaraan dan keamanan.
Inilah yang mesti sentiasa diingatkan, agar penglibatan pimpinan dan ahli dalam parti sentiasa cuba bergerak dengan idea dan nilai pendorong yang benar, di samping meramaikan lagi kelompok di luar parti agar dapat bersama menghayatinya.  Tanpanya, Keadilan secara khususnya, tidak akan berbeza dengan parti lain.
Politik
Meskipun jumlah majoriti yang diperolehi lebih kecil, kita bersyukur kerana (YB) Mohd Azam Abd Samat, calon PAS, berjaya mempertahan kerusi yang dipertandingkan semula berikutan kematian Tan Sri Azizan Razak, mantan Menteri Besar Kedah. Ia petunjuk penting bahawa Pakatan Rakyat masih sangat diperlukan untuk membawa perubahan dalam negara.
Sepanjang perjuangan, kita mendengar ramai yang datang dan pergi, atas pelbagai sebab. Terlepas apa pun sebabnya, kita berdoa agar diri kita dan mereka akan setia kepada idea dan nilai pendorong yang benar dan pengorbanan yang sedikit atau banyak itu akan dihitung sebagai amal baik kehidupan di dunia.
Perjuangan Keadilan, bersama PAS dan DAP diteruskan dalam mesyuarat ketiga penggal pertama Dewan Rakyat yang bermula pada 21 Oktober 2013 dan dijangka selesai pada 5 Disember 2013. Ramai mendengar pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Apa yang pernah diingatkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) jelas berlaku.
Ekonomi

Apa pun muslihat Mahathir, Gani perlu disiasat


KUALA LUMPUR: Walau apa pun muslihat politik Tun Mahathir, PAS berpandangan kerajaan perlu membuka suatu fail siasatan secara menyeluruh terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dengan mengkaji kembali kesemua laporan polis dan SPRM dan termasuk juga kesemua dakwaan-dakwaan lain yang pernah dibuat ke atasnya.

“Negara ini tidak mampu untuk memiliki seorang penasihat undang-undang utama (top legal advisor) yang integritinya dipersoalkan,” ujar Timbalan Pengerusi II Lujnah Undang-Undang PAS, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sekiranya siasatan yang dijalankan nanti mendapati tuduhan-tuduhan yang dibuat ke atas Gani adalah berasas dan melayakkannya untuk disingkirkan dari jawatannya, maka suatu Tribunal perlu dibentuk berdasarkan peruntukan Perkara 145 (6) dan Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.

Beberapa portal berita online semalam (6 November) melaporkan berkenaan pertemuan beberapa individu ternama tiga bulan lepas dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad khusus bagi membincangkan kes-kes salahlaku yang membabitkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Banjir Lumpur: Penduduk Lembah Bertam bercadang saman TNB






Kumpulan penduduk Kampung Lembah Bertam yang terjejas akibat kejadian banjir lumpur susulan pelepasan air dari alur limpah empangan hidroelektrik di Ringlet akhir bulan lalu bercadang untuk mengemukakan saman ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Peguam M Manogaran berkata, penduduk terbabit bercadang berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan sebanyak RM200,000 yang diperuntukkan TNB kepada seluruh keluarga yang terjejas.

Manogaran dalam satu laporan akhbar theSun berkata, sekurang-kurangnya 100 laporan polis dibuat oleh kumpulan penduduk terbabit.

Katanya, beliau akan bekerjasama dengan satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kumpulan penduduk terbabit untuk mengkaji kemungkinan untuk mengemukakan saman terbabit.

“TNB tidak serius dalam hal ini kerana ia hanya memperuntukkan RM200,000 sebagai gantirugi untuk dikongsi oleh kesemua mangsa.

“Mereka sepatutnya menjalankan siasatan untuk mengenalpasti apa yang silap,” kata bekas MP Teluk Intan, yang turut bertanding untuk merebut kerusi parlimen Cameron Highlands dalam pilihan raya umum ke-13.

Laporan itu turut memetik kenyataan pengerusi jawatankuasa hak asasi Badan Peguam Andrew Khoo yang berpendapat bahawa penduduk kampung mempunyai locus standi untuk mengemukakan saman berkenaan.

PAS cadang subsidi bersasar, bukan tersasar


KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran memberikan subsidi bahan api dan makanan secara bersasar jika benar-benar ingin melakukan penjimatan wang negara.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, subsidi bahan api dan makanan seharusnya hanya diberikan kepada golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah manakala golongan berpendapatan tinggi membayar dengan harga asal.

Beliau berkata, subsidi yang diberikan sekarang dilihat tersasar daripada matlamat sebenar iaitu meringankan beban golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Subsidi petrol dan makanan contohnya, orang miskin dapat orang kaya pun dapat.

"Saya cadang bagi keberkesanan bajet kali ini apa salahnya kerajaan memikirkan subsidi yang lebih bersasar kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah supaya mereka menikmati subsidi bahan api dan makanan dan yang bergaji lebih yang tidak memerlukan subsidi mereka harus bayar harga pasaran.

"Tapi subsidi sekarang yang kaya gaji puluh ribu pun dapat dan yang banyak guna subsidi petrol ialah orang yang ada kemudahan," katanya ketika membahaskan Bajet 2014 di Dewan Rakyat semalam.

Muktamar 59: Penyandang tak terkesan berdepan calon baru

  •  
KUALA LUMPUR - Tindakan perwakilan menghantar sehingga 12 nama calon untuk jawatan naib presiden seharusnya dilihat secara positif memandangkan ramai pihak yang diberi penghormatan untuk berkhidmat kepada parti.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan itu membuktikan Pas tidak ketandusan calon bagi menjawat jawatan ketiga tertinggi dalam parti.

“Itu terpulang kepada perwakilan, tiada masalah kepada penyandang apa jua jawatan sekalipun untuk berdepan dengan orang lain yang menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti.

“Penting bagi saya, adalah untuk berkhidmat kepada parti dan bukannya mencari apa jua kedudukan dalam parti kerana ia bukan ada apa-apa yang boleh mengenyangkan dan memenuhkan poket,” katanya.

Kes tembakan : Masih amankah Malaysia?

SHAH ALAM 3 NOV : Bagaikan situasi di negara asing yang sering ditonton melalui siaran televisyen, masyarakat tiba-tiba sahaja dikejutkan dengan kejadian demi kejadian tembakan maut, sejak April lalu.
Terbaru, pegawai bank, Norazita Abu Talib ditembak mati seorang pengawal keselamatan warga Indonesia ketika sedang membuka bilik kebal di dalam bank Ambank USJ2, pada 23 Oktober lalu.
Insiden berkenaan termasuk antara beberapa kes lain yang dilaporkan media massa membuatkan orang ramai mula resah dan tidak senang duduk dengan tahap keselamatan di Malaysia.
Lebih membimbangkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan Selangor mencatat indeks jenayah tembakan tertinggi berbanding negeri lain dengan jumlah 15 kes, sepanjang Januari hingga Ogos lalu.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mengakui faktor geografi di sempadan seperti Malaysia dan Thailand adalah punca yang menggalakkan aktiviti penyeludupan senjata api seterusnya menyumbang kepada peningkatan kes jenayah.
Pensyarah, Ahmad Isa, 55, berkata kes tembakan yang berlaku adalah sesuatu yang menyedihkan, apatah lagi apabila Malaysia bakal melangkah ke tahap negara maju.
Katanya, masyarakat terpaksa hidup dalam ketakutan dan berwaspada kerana khuatir mereka bakal menjadi sasaran seterusnya oleh penjenayah.

Punca Sebenar Kematian Presiden Palestin, Yasser Arafat Akhirnya Terbongkar


Presiden Palestin, Yasser Arafat yang meninggal dunia pada 2004, dipercayai telah diracun menggunakan bahan polonium berdasarkan satu kajian makmal yang dilakukan di Switzerland.
Stesen televisyen Al-Jazeera yang memetik kenyataan Pengarah Institut Radiasi Fizik Universiti Lausanne, Francois Bochud berkata, ujian tersebut dibuat berdasarkan sampel biologi Arafat yang diperoleh daripada isterinya, Suha Arafat.
Sampel biologi Arafat itu diberikan kepada Suha oleh hospital tentera di Paris, tempat beliau meninggal dunia.
“Kesimpulan yang kami dapat adalah beberapa unsur racun polonium wujud dalam sampel tersebut," katanya.
Untuk mengesahkan perkara itu, Bochud berkata, satu kajian terperinci perlu dilakukan terhadap mayat Arafat.

Kudeta Mesir: Perang besar umat Islam - ketakutan Zionis Al-Sisi memuncak

Seorang pemerhati politik, Salim Azuz, menulis dalam akaun facebooknya hari ini, Rabu 6/11/2013 bahwa As-Sisi ketika ini sedang melakukan rundingan dengan Presiden Mursi, agar Presiden Mursi kembali menempati jabatannya.

Salim mengatakan, dulu Presiden Mursi pernah menawari As-Sisi menjadi perdana menteri, tapi dia menolak. Banyak orang menilainya sebagai orang yang zuhud, tidak mahu jabatan yang tinggi...Namun waktu membuktikan bahwa saat itu As-Sisi ternyata menginginkan jabatan yang lebih tinggi daripada perdana menteri. Setelah merasa gagal mendapatkannya, As-Sisi meminta kepada Presiden Mursi untuk mempertahankan jabatannya sebagai menteri pertahanan. Dia meyakini ada dukungan dan jaminan dari Eropa. Namun demikian Presiden Mursi menolak, tidak bersetuju....

Oleh karena itu, Salim Azuz mempunyai keyakinan, tidak ada lagi jalan bagi As-Sisi selain meninggalkan Mesir, dan pergi ke Dubai bergabung dengan Ahmad Syafiq, Calon Presiden yang dikalahkan Presiden Mursi.....

Beberapa sumber lain menyatakan, menyebutkan adanya usaha beberapa elit militer mendatangi Presiden Mursi, dan mengajukan inisiatif penyelesaian yang mengharuskan militer mengajukan permintaan maaf atas semua yang terjadi, lalu semua kondisi kembali normal seperti sebelum 3 Julai....

Jika benar apa yang dicatatkan oleh pemerhati Politik ini, bermakna Presiden Morsi akan kembali sebagai Presiden Mesir yang sah,..Allahuakbar, semoga benar-benar berlaku.

Beltagi optimis akan binasanya pengkudeta Mesir....

Muktamar 59: Raja Iskandar sahkan bertanding Timbalan Ketua Pemuda PAS

Naib Ketua Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mengesahkan beliau akan bertanding jawatan timbalan ketua pemuda dalam pemilihannya 21 November nanti.
Beliau yang menang dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda PAS Perak baru-baru ini mengesahkan perkara ini dalam satu kenyataan medianya.
"Saya serah jawapan rasmi saya bagi pemilihan pada kali ini dan saya sahkan menolak pencalonan bagi jawatan ketua dan naib ketua bagi memberikan laluan kepada orang lain.
"Saya mengharapkan penerimaan pencalonan untuk jawatan timbalan ketua dan serahkan kepada perwakilan kelak," katanya.
Sebelum ini, ketua Pemuda, Nasrudin Hassan mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatannya dan akan bertanding AJK PAS Pusat.

Muktamar 59: Ulama mampu rebut semula naib presiden PAS


 
Selepas dua tahun, kumpulan pro-ulama dilihat mampu merebut semula sekurang-kurangnya satu daripada tiga kerusi naib presiden PAS yang sebelum ini dikuasai sepenuhnya oleh golongan profesional.

pas muktamar 130610 idris ahmadKebangkitan mereka kali ini antaranya didorong oleh kegagalan mendapat tempat dalam pemilihan 2011 apabila dua 'heavyweight' agamawan PAS - Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Idris Ahmad (kiri) - kecundang kepada penyandang sedia ada.

Kecuali pemilihan lalu, dalam tempoh sepuluh tahun terakhir, ulama sentiasa menjadi pilihan perwakilan sebagai salah seorang naib presiden bagi bergandingan dengan calon-calon profesional PAS.

Tokoh-tokoh pilihan naib presiden sebelum ini, Tan Sri Azizan Razak (2003), Datuk Dr Hasan Ali (2005), Ahmad Awang (2007) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (2009).

Dalam pemilihan kali ini, lima daripada 10 pemimpin yang dicalonkan PAS kawasan terdiri daripada golongan ulama, iaitu Tuan Ibrahim, Mohd Amar, Idris, Datuk Abu Bakar Chik dan Nasrudin Hassan.

pas youth protest against egypt coup mohamad mat sabuNasrudin bagaimanapun mengumumkan tidak akan berentap sebaliknya hanya mahu mencuba nasib sebagai ahli jawatankuasa pusat sahaja. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga tidak berminat turun pangkat dan rela berjuang bermati-matian di gelanggang sedia ada.

Perkembangan semasa menunjukkan Tuan Ibrahim paling berpeluang kembali ke jawatan yang pernah disandangnya empat tahun lalu.

Jumlah pencalonan naib presiden masih belum diketahui. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang bocor kepada media, beliau mendapat pencalonan terbanyak sebagai timbalan presiden – jawatan yang berisiko untuk direbutinya berbanding naib presiden.

Berdasarkan popularitinya, tidak mustahil pencalonan itu diterjemah kepada sokongan padu jika bekas penceramah popular Forum Perdana Ehwal Islam itu bertanding jawatan naib presiden.

Forum pra Muktamar PAS temukan pihak bertelagah


Ahli Parlimen Serdang, Mohamed Hanipa Maidin menyelar kajian Hudud Zaharuddin Muhammad yang beliau anggap mengelirukan. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 November, 2013.Ahli Parlimen Serdang, Mohamed Hanipa Maidin menyelar kajian Hudud Zaharuddin Muhammad yang beliau anggap mengelirukan. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 November, 2013.Selepas saling serang menyerang melalui laman sosial dan melalui majlis berasingan, dua kumpulan yang berbeza pandangan dalam PAS diletakkan di atas satu pentas malam tadi.
Pihak yang selalu menyerang sesetengah pemimpin dalam PAS, ahli Majlis Syura Ulama, Zaharudin Mohamad dan pihak yang selalu diserang iaitu AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) berkongsi pentas.
Turut serta ialah Dr Azhar Yaakob, seorang tokoh ulama PAS dari Kuala Lumpur.
Hanipa nampaknya mengambil penuh peluang itu untuk menyelar beberapa perkara yang dibuat oleh Zaharudin.
Beliau menyelar hasil kajian Hudud dijalankan oleh Zaharuddin akan mengundang kekeliruan di antara undang-undang Syariah dan konvensional.
Hanipa berkata, kajian yang dijalankan Zaharuddin boleh mendatangkan tanggapan negatif terhadap  hukum Hudud kerana akan ada pihak yang melihat peraturan Syariah lebih buruk daripada undang-undang yang diamalkan di negara Barat.
"Dalam Islam, istilah tidak penting tetapi falsafah yang dititikberatkan.
"Inilah masalahnya apabila Islam ingin ditampilkan dalam bentuk undang-undang. Saya merasakan jangan kita terperangkap menerangkan Islam merujuk kepada perundangan.
"Lebih baik dibincangkan isu yang mudah difahami. Islam lebih sesuai ditonjolkan sebagai agama belas kasihan. Asas undang-undang Islam adalah belas kasihan," kata peguam PAS itu dalam forum Pra Muktamar PAS yang diadakan di Kuala Lumpur.

Harga Minyak 3 September 2013 US$108.50 (Jual di Malaysia RM2.10). Terkini, Harga Minyak Turun US$94.80. Rakyat Dapat Apa?

Harga Minyak turun
Harga minyak Turun (KLIK SINI) : Minyak mentah apabila proses (disulingkan) akan menghasilkan beberapa jenis minyak seperti gas, petrol,miyak jet, diesil, kerosin dan bitumen.
Tetapi atas dasar Malaysia mahu berniaga di negara sendiri dengan rakyat Malaysia bagi mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda, Malaysia sanggup membeli minyak dari negara-negara padang pasir di Timur Tengah sana dengan harga murah untuk diproses dan dijual di Malaysia. Manakala….
Manakala hasil minyak Malaysia yang mempunyai gred yang tinggi dijual ke luar untuk kegunaan pesawat komersil dan jet pejuang. Ibarat seperti……
  1. Kita jual air bukit bersih kepada Singapore dengan harga mahal. Tetapi kita proses air loji dan jual kepada anda, anda di sini sebagai rakyat Malaysia dengan harga mahal seperti mana harga air bukit
  2. Beza RON 98,97 & 95 adalah terletak di tahap penyulingan minyak mentah, yang mana nisbah pembakaran minyak RON 95 adalah lebih rendah pada skala penyulingan.
  3. Jadi untung atau tidak cara kerajaan Malaysia berniaga minyak kepada rakyat seperti ini?
harga minyak Malaysia turun
Dan…..kerajaan Malaysia bertambah untung lagi apabila pada ketika naik harga minyak dinaikkan atas alasan harga minyak dunia meningkat. Malangnya apabila harga pasaran dunia turun dunia dan kembali stabil, macam tiada apa-apa yang berlaku pula.

Trend Harga Minyak Dunia Murah Ketika Ini. Sila Semak!!

What’s happening to BN-Hindraf MOU?

Has P Waythamoorthy lost the battle and willingly drowned himself in a worthless MOU?

During field games we have the water boy to run errands for coaches and team managers; and definitely the players themselves.
Looking at our Prime Minister’s Office (PMO), the PM has found a highly qualified water boy to paint the presence of another Indian being part of his team. He is none other than P Waythamoorthy, the chairman of the Hindraf movement.
Appointed as deputy minister in the PMO, he is supposedly assigned to look into the welfare of the Indian community in Malaysia, especially the displaced poor within the community. What that amounts to in spirit and essence to the letter is still cloudy despite him being in the PM’s team post the GE13 in May.
Waythamoorthy is seen not only as a toothless cat but also unable in achieving all that he has laid before the PM prior to the 13th general election. Terms of reference in the so called penned memorandum of understanding (MOU) remain in theory and have just wasted precious paper and ink.
The testimony of the MOU failure was truthfully revealed by Hindraf in their 100 day performance report which was made public.
They actually had the audacity to claim that basically nothing has moved even an inch since Waythamoorthy took office except for the appointment. What a shame indeed in the eye of all the Indians in Malaysia.
First and foremost, as a person with legal training, Waythamoorthy should be well versed with contract laws. Now it is common knowledge that an MOU is not and will never be a contract or agreement between two parties even if it was signatured with golden ink and banded with silver ribbons.
It is what it’s called, an “understanding” and nothing more than that. It is neither binding nor obligatory to all parties descending to its contents. Legally speaking it is not even worth the toilet paper; what more the wordings.

Perak: Kampung bertukar jadi lombong

PADANG SERAI – Kewujudan Kampung Terat Batu, Mukim Sidam Kanan dekat sini yang sarat dengan kesan peninggalan era penjajahan Syarikat Hindia Timur Inggeris mungkin tinggal kenangan berikutan kerakusan beberapa syarikat melombong pasir di kampung itu untuk dijual kepada pemaju perumahan.
Tinjauan wartawan Kosmo! di kawasan itu mendapati keluasan kampung tersebut yang menempatkan batu sempadan kerajaan British dan Siam pada tahun 1831 kini semakin mengecil ekoran kerja melombong pasir itu yang dijalankan secara berterusan sejak tiga tahun lalu.

Patung kaki: Keluarga Azizan tetap ambil tindakan

patung 
ALOR SETAR - Keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak tetap akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggung jawab menggantungkan patung kaki kudung tertera perkataan ‘Kaki Azizan’, ketika kempen PRK Dun Sungai Limau.

Anak kelima Allahyarham, Muhammad Rafi’iy Azizan berkata, biar pun Pas mengekalkan kemenangan di Dun Sungai Limau, pihaknya tidak berhasrat membatalkan tindakan perundangan itu supaya menjadi pengajaran pada masa depan.

“Provokasi itu tindakan melampau dan keterlaluan, disebabkan itu kita tetap teruskan tindakan mengikut prosedur perundangan. Laporan polis juga sudah dibuat dan buat masa ini, kita sedang menunggu hasil siasatan sebelum ambil tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ust Suhaimi: Menghayati Maal Hijrah

FORUM PRA MUKTAMAR PAS KE 59

Dr Khairuddin: GST bercanggah dengan ajaran Islam


KUALA LUMPUR: Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal diperkenalkan kerajaan pada tahun 2015 adalah bercanggah dengan ajaran Islam, demikian tegas Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Khairuddin Aman Razali.

Ketika membahaskan Bajet 2014 semalam, beliau berkata pengambilan cukai oleh kerajaan perlu memenuhi tiga syarat sebagaimana yang disebut oleh tokoh ulama dunia Dr Yusuf Al Qardhawi.

Syarat tersebut katanya, cukai tidak boleh diambil daripada semua lapisan rakyat tanpa mengira kaya dengan miskin.

Tetapi katanya, cukai GST melibatkan cukai yang diambil oleh semua orang kaya dan miskin.

"Cukai dalam Islam ialah perlu diambil dari orang kaya dan diagihkan kepada orang miskin," katanya yang juga Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.

Tambahnya, syarat pengambilan cukai mestilah tidak ada sebarang ketirisan dan penyelewengan dalam kewangan negara, tetapi di dalam negara ini ketirisan tetap berlaku sepertimana yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Sg Limau: PAS menang tanda SPR adil?

 (Gambar Penuh Persoalan Di Dewan SM Agama Yan)



Apabila PAS diumumkan berjaya mengekalkan kerusi Dun Sungai Limau walaupun dengan penurunan majoriti dalam PRK Sungai Limau, 4 November 2013 lepas, maka bergemalah suara-suara yang menyatakan, “Bila PAS menang maknanya SPR Y!”

Saya kata, walaupun PAS menang, hakikatnya SPR tetap bukan referee yang adil! Kalau SPR adil, saya yakin keputusannya akan jauh berbeza. Sebab apa saya menyatakan begitu?

Adil apa, kalau PRK atau PRU dengan makna yang sebenarnya adalah PAS/PR lawan Kerajaan Malaysia bukannya lawan Umno/BN. Cuba BN lawan PAS dengan hanya berbekalkan kekuatan jentera parti sendiri supaya kita boleh berlawan di atas padang yang sama rata dengan SPR menjadi referee yang adil, polis dan majlis perbandaran serta agensi penguatkuasa yang lain bertindak sebagai penjaga garisan. Apa pun keputusan perlawanan, kita tak akan pertikaikan.

Kita ingin melihat dan merasai suasana PRK tanpa ada program agihan anak ayam tajaan Kementerian Pertanian, milo dan gula berharga RM1 tajaan KPDNKK, gimik pecah tanah untuk projek itu dan ini, van dan bas Jabatan Kebajikan Masyarakat ada merata-rata di segenap ceruk kampung, pemimpin-pemimpin BN ke sana ke mari dengan diiringi polis trafik, penggunaan premis milik rakyat seperti sekolah, masjid, balairaya dan dewan orang ramai untuk program kempen BN dan banyak lagi kalau nak disenaraikan.

Apatah lagi dengan fenomena mi segera dimasak di sana-sini. Ratusan juta ringgit projek diluluskan walaupun akhirnya hanya tinggal habuk dan angin. Tak percaya? Pergilah ke Kuala Besut! Silakan anda semua melihat dan menikmati kehebatan pembangunan yang sedang rancak mencacak naik sebagaimana yang dijanjikan dalam kempen PRK Kuala Besut baru-baru ini!

Tan Sri Abu Talib: Siasat Gani bukan buruk-burukkannya......


Mereka yang mempunyai bukti salah laku Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) patut membuat laporan polis bukan memburuk-burukkannya, kata bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman.
"Kita bercakap tentang seorang yang memegang jawatan yang sangat berpengaruh dan pegawai kerajaan yang sangat berkuasa.
"Dia adalah ketua penasihat undang-undang kepada kerajaan yang secara perlembagaannya dilantik oleh Yang Dipertuan Agong setelah dinasihatkan oleh perdana menteri," kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.
Katanya, siasatan hanya boleh dibuat kalau ada laporan polis.
Abu Talib berkata demikian sebagai mengulas laporan mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad memanggil beberapa pihak yang berpengaruhuntuk berbincang di rumahnya di Seri Kembangan Ogos lalu berhubung salah laku ketua peguam kerajaan itu.
Laman web Malaysiakini melaporkan bekas bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dan peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bertemu bekas perdana menteri itu.
Turut hadir dalam pertemuan dalam suasana hari raya itu adalah bekas setiausaha politik Dr Mahathir, Matthias Chang dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Datuk Ramli Yusof yang melaporkan pertembungan mereka dengan Gani.
Perbincangan itu juga menyentuh dakwaan salah laku Gani termasuk pemalsuan bukti dalam kes Mata Lebam 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semuanya bermula apabila Mat Zain menerima panggilan mengejut daripada Shafee mengajak beliau bertemu di rumahnya pada 10 Ogos lalu.