Rabu, 6 November 2013

DOA MUKHRIZ, JAMIL KHIR & CALON BN DI SUNGAI LIMAU TELAH DIMAKBULKAN

Ghani Patail, Najib bakal kepanasan tidak lama lagi?

Shahbudin Husin

Berikutan pendedahan sebuah portal berita mengenai bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang dilaporan sedang memberi tekanan kepada Peguam Negara Ghani Patail dengan memanggil bekas pegawai kanan polis, Mat Zain Ibrahim dan peguam kanan, Shafie Abdullah ke rumahnya untuk berbincang isu itu beberapa bulan lalu, penjelasan lanjut daripada bekas Perdana Menteri itu pastinya sedang ditunggu-tunggu sekarang ini.
Selain agen CIA yang didakwa berada di pejabat Peguam Negara, isu salah laku Ghani dan kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dilaporkan turut menjadi topik perbincangan.
Tambahan pula isu adanya pengintip CIA bertugas di pejabat Peguam Negara ini timbul hampir bertepatan dengan tersebarnya berita bahawa Amerika Syarikat (AS) telah melakukan pengintipan di beberapa negara, termasuk Malaysia. Secara langsung ia bukan sahaja memberi tekanan kepada Ghani Patail tetapi kepada Najib Razak juga.
Sebagaimana yang dilaporkan, dalam pertemuan Mahathir itu, selain isu salah laku Ghani yang bermula dengan kes mata lebam melibatkan Anwar Ibrahim yang turut menjadi perbincangan turut berkaitan ialah kelemahan hujah pihak Peguam Negara sehingga menyebabkan kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.
Dalam hal yang berkaitan pengintip di pejabat Peguam Negara pula, dilaporkan Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi turut dipanggil oleh Mahathir dan ditanya sama ada beliau maklum dengan hal itu. Dalam hal ini, Zahid dikatakan berjanji akan menyiasat mengenainya.

MP DAP Kluang Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP PKR Lumut Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP PKR PJ Selatan Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP DAP Kampar Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP DAP Stampin Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP PAS Pasir Mas Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP PKR Teluk Kemang Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP DAP Batu Kawan Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP PAS Dungun Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP DAP Kota Kinabalu Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP PKR Bayan Baru Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP DAP Sarikei Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP PAS Kubang Kerian Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP PAS Hulu Langat Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Mahasiswa Bantah Proses Pemilihan MPP, Desak Campurtangan Suhakam

Banyak sungguh UMNO/BN bazirkan wang rakyat


ekonomi-pertumbuhan-121218b


UMNO/Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara sejak lebih 50 tahun lalu memang melakukan banyak pembaziran, boros serta membiarkan rasuah berleluasa sehingga hutang negara kini mencecah lebih RM500 juta.
Macam manalah rakyat masih boleh terima dan percayakan BN untuk terus memerintah negara dengan pemborosan, rasuah dan pembaziran sehingga Malaysia kini terkenal negara paling ramai pendatang asing, ‘jenayah besar, tiada penjenayah’, membela kroni daripada jatuh miskin dan papa kedana, sebaliknya membiarkan rakyat menderita dan terbeban dengan kenaikan harga barang.
Walaupun Sungai Limau kubu kuat PAS, tidak mustahil BN akan menang lagi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, 4 November ini sekiranya pengundi ‘memekakkan telinga dan membutakan mata’ apabila mereka ‘disajikan’ dengan pelbagai sogokan dan janji projek pembangunan.
Inilah taktik BN yang memenangkan BN pada PRK DUN Kuala Besut, 24 Julai lalu selepas menawarkan projek bernilai lebih RM500 juta. Tidak tahulah projek yang dijanjikan itu sudah dilaksanakan atau belum, hanya rakyat Kuala Besut yang lebih mengetahui.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula hanya tahu meminta rakyat berjimat, sedangkan kerajaan yang diterajuinya boros berbelanja, membazir dan membiarkan rasuah rasuah berleluasa.
Subsidi gula untuk rakyat miskin dimansuhkan dengan kenaikan 34 sen adalah bukti kerajaan tidak membela rakyat dan membela kroni yang sudah jutawan apabila subsidi gas untuk Loji Janakuasa Bebas (IPP) tidak dihapuskan.
Selain itu, Malaysia terkenal sebagai negara paling ramai penjawat awam di dunia iaitu seramai 1.4 juta atau 10 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja dalam negara.
Pada 2009, nisbah kakitangan awam di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia-Pasifik, nisbah ketika itu 4.68 peratus berbanding 1.4 peratus bagi Singapura, 1.79 peratus (Indonesia), 1.85 peratus (Korea Selatan) dan 2.06 peratus (Thailand)

Berapa gaji anda? Cukup?


sen sen

Oleh Izmil Amri

SOAL gaji adalah sensitif bagi sesetengah orang. Saya kenal seorang teman yang suka bertanya ‘berapa gaji kau?’ kepada orang yang baru ia kenali. Kami semua rasa nak tumbuk beliau kadang-kadang. Namun meski sensitif, kita semua suka bertanya soalan ini. Kita sentiasa mahu tahu bagaimana orang lain mandiri dalam keadaan ekonomi sedia ada.
Tahun sudah saya ada menulis mengenai kisah kawan kepada bapa saudara saya yang sering bertanya berapa gajinya si Perdana Menteri. Tulisan itu boleh dibaca . Tahun ini saya mahu tanya secara terus terang, berapa gaji anda? Cukup tak?
Soalan ini wajar ditanya kerana ada orang yang gajinya sebulan tak habis makan tujuh keturunan. Ini akan saya cerita panjang sekejap lagi.
Jadi adakah anda merasakan bahawa gaji yang anda terima sekarang mencukupi? Cuba renungkan seketika, sambil mengambil kira perbelanjaan harian, bulanan, perkara rencam dan perbelanjaan tak semena-mena seperti pistol mainan yang anak anda meraung-raung minta di kedai semalam.
Beberapa hari lalu ada tersebar keratan akhbar surat seorang pelajar sekolah rendah yang mengadu keluarganya kian tidak mampu menanggung belanja hariannya yang terpaksa membawa hampir sepuluh ringgit sehari untuk makan pada waktu rehat dan sebelum kelas tambahan tengah hari.
Saya masih ingat pada zaman saya sekolah rendah dulu, duit belanja waktu rehat hanya sekeping syiling satu ringgit. 20 sen untuk segelas air soya, 30 sen untuk jajan dan 50 sen untuk mee goreng. Kadang-kadang tak selera makan mee goreng, simpan masuk tabung. Sekeping syiling satu ringgit inilah yang masuk ke poket baju sekolah saya dulu.
Ternyata satu ringgit hari ini kalau dibawa ke sekolah hanya boleh beli air. Mujur tak kena GST.
Umat yang dizalimi
Dalam keadaan subsidi gula ditarik balik beberapa ketika sebelum rakyat Malaysia meraikan Deepavali; kita pastinya akan rasa bahawa pemerintah daripada kalangan Barisan Nasional (BN) ini adalah golongan manusia tidak berhati perut. Subsidi gula yang dinikmati semua, termasuk golongan miskin dan berpendapatan rendah ditarik balik, tetapi subsidi bahan api untuk pengeluar tenaga kaya raya tidak pula diusik.

Intip SMS Dan Panggilan Anda - Pindaan Akta Dalam SOSMA


Ini ialah bentuk ganguan terhadap privacy rakyat Malaysia. Jangan la dekat sini ko nak bagi alasan, kalau tak buat salah, buat apa nak takut orang intip perbualan, surat menyurat, email ataupun mesej2 ko kan.. sesungguhnya alasan itu BODOH yang amat.

Siapa la mampu beri jaminan bahawa ;

1. Intipan hanya melibatkan mereka2 yang dipercayai memberikan ancaman keselamatan dalam negara? Ko nak bagi jaminan tue? Kalau tidak kena bayar saman 10 juta ka?

2. Intipan bukan berasaskan sentimen politik. Sapa nak bagi jaminan tue? Ko juga? Kalau gagal boleh bayar direct rm10juta ke?

Hah.. 

Maaf cakapla. Undang2 macam neh aku akan tentang habis2an. Ia benar2 merosakkan privacy rakyat Malaysia. Sapa tahu apa yang kami bincang, ulas dan mengumpat2 dalam telefon pasal BN ke PR ke apa2 sekalipun.. 

Yang perlu sibuk sampai ke tahap macam tue nak buat apa?

Personally, pada aku andaikata kerajaan aku neh amanah 100%, intipan melalui perbualan atau mesej, aku tak kisah. Sebab aku tahu kerajaan yang amanah akan memastikan tiada mana2 rakyat tertindas dengan apa2 jua sekalipun akta yang mereka akan laksanakan. Itu jujur aku cakap.

Ini juga bermaksud, hanya golongan2 yang mengancam keselamatan negara aje yang akan terjejas. Siyes neh.

Tapi memandangkan rekod pemerintahan BN membuktikan bahawa mereka banyak kali menindas rakyat tak kira la dari sisi dan segi apa sekalipun, makanya undang2 macam neh akan terlihat lebih zalim lagi sebab dilaksanakan oleh kerajaan yang bukan saja tidak amanah bahkan kejam. 

Andaikata mereka merekodkan talian telefon tersebut dengan tujuan menfitnah dan memerangkap kita macam mana? 

Macam mana jika editing dilakukan seolah2 untuk membuktikan kita melakukan jenayah pula?

BN dakwa "pengundi hantu" wujud pada PRK Dun Sungai Limau?

KUALA LUMPUR - BN mendakwa "pengundi hantu" wujud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim mendakwa, pada PRK lalu, terdapat pengundi yang tidak dapat dikesan kerana alamat tidak sama dengan tempat pembuangan undi.

Dakwanya lagi, perpindahan beramai-ramai pengundi ke satu kawasan pengundian telah berlaku pada PRK Dun Sungai Limau tanpa dikesan terutama di kawasan Bukit Besar.

"Dulu pihak pembangkang sebut pengundi hantu. pihak BN tidak tahu pun apa pengundi hantu. Rupanya perangai orang ini kalau dia nak buat nakal kepada seseorang ini, selepas dia menyamun, dia akan kata kita yang menyamun.

"Jadi dia tuduh dulu, seperti juga isu pengundi hantu ini. BN tak pernah buat kerja ini. Kami cari merata tempat tapi tak dapat kesan.

Siasat seluruh ketirisan, elak penjawat awam dikambing hitam

WilliamKUALA LUMPUR 6 NOVEMBER: Segala pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) perlu disiasat secara menyeluruh bukan dengan memperkenalkan akta baru, kata Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wiliam Leong.
Beliau merujuk kenyataan Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa Akta Salah Laku akan diperkenal dengan fokus utama terhadap kecuaian penjawat awam dengan alasan pendedahan LKAN bukan kerana penyelewengan dan rasuah.
“Sama ada pendedahan LKAN itu penyelewengan, rasuah atau ketirisan hanya akan diketahui jika siasatan menyeluruh dilakukan dan bukannya membuat pengumuman tiba-tiba mahu memperkenal akta baru,” katanya kepada Keadilan Daily.
“Saya juga mendesak siasatan itu harus terperinci meliputi semua terlibat termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kabinet jika ada bukti kukuh penglibatan mereka sehingga berlakunya
pembaziran wang rakyat,” tambahnya yang menganggap pengumuman Jazlan itu hanya pandangan peribadi.

Kami hidup suasana harmonis – Cina Kelantan


KOTA BHARU: “Tinggal di Kelantan yang diterajui kepemimpinan ulama tidak pernah menghalang kami melakukan amalan dan budaya mengikut kaum Cina.

“Tidak pernah ada halangan dibuat kerajaan negeri yang ditadbir PAS sejak lebih 23 tahun lalu. Malah kami dapat hidup dalam suasana harmonis,” kata aktivis masyarakat Cina, Chia Chuan Lay.

Beliau berkata, tidak benar sama sekali kalau pihak yang mendakwa orang bukan Islam terkongkong di Kelantan sejak ditadbir PAS.

Malah katanya, di Kelantan terdapat tokong Buddha terbesar di Malaysia sama ada yang dibina dalam keadaan berbaring, berdiri atau duduk.

“Itu secara jelas menggambarkan Islam tidak pernah menghalang penganut agama lain untuk mengamal agama dan budaya masyarakat mereka,” katanya di sini.

Pengerusi DAP semalam dilapor menyarankan supaya parti politik atau persatuan berasaskan kaum dan agama diubah suai supaya boleh disertai semua kaum.

Penyeludupan senjata: Tingkat kawalan di sempadan, henti intip Pakatan

SimKUALA LUMPUR 6 NOVEMBER: Pasukan polis digesa meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan bagi membanteras jenayah penyeludupan senjata api dan berhenti menjalankan intipan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata demikian susulan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah  Polis Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor bahawa faktor kelemahan pemeriksaan di kawasan sempadan punca penyeludupan senjata api semakin
berleluasa.
“Kawalan sempadan perlu dipertingkatkan bagi menghalang senjata api diseludup. Polis sendiri boleh menambah anggota di kawasan sempadan bagi menjalankan pemeriksaan dan risikan benteras jenayah.
“Saya ulangi sekali lagi supaya pihak polis berhenti mencampuri urusan politik. Mereka seharusnya diberi tugasan untuk menjaga keselamatan rakyat dan negara,” ujar Sim menyatakan hanya 13 peratus anggota polis terlibat dalam operasi membanteras jenayah manakala 40 peratus yang lain ditugaskan untuk mengintip pemimpin Pakatan.
Mazlan semalam dilapor berkata, hasil risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati pemeriksaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand hanya dijalankan secara rawak membolehkan kumpulan penjenayah menyeludup senjata api dengan mudah.

Pastikan gaji minimum dilaksana sepenuhnya sebelum GST


gajiKUALA LUMPUR 6 NOV : Kerajaan Pusat perlu memastikan pelaksanaan gaji minimum dilaksanakan sepenuhnya sebelum Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) dikuatkuasakan bermula 1 April 2015.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, berkata Kerajaan Pusat juga perlu memikirkan cara dan bertindak mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan yang kini masih tinggi.
“Kerajaan juga perlu memastikan juga sekurang-kurangnya 50 peratus (rakyat) dapat membayar cukai pendapatan,” kata Steven ketika membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan 2014 di Dewan Rakyat.
Steven berkata, Kerajaan Pusat harus memikirkan cara mengatasi ketirisan sebanyak RM 28 bilion setahun agar wang negara dibelanjakan secara berhemah.
Katanya, Kerajaan Pusat diingatkan untuk memastikan hasil GST dikongsi dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.
“Perkara ini penting untuk dilaksanakan secara 50:50 untuk membolehkan pembangunan setempat,” kata Steven.

‘Special Branch’ zaman Najib lebih ramai daripada era darurat

steven-sim-1-650x400KUALA LUMPUR 6 NOV : Bilangan anggota Cawangan Khas (SB) Polis lebih ramai pada zaman Najib Razak, berbanding ketika darurat pada 1950-an dahulu, kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.
Steven mendedahkan pada tahun 1954 ketika darurat diisytiharkan, anggota SB pada ketika itu hanya seramai 459 orang, iaitu sekadar dua peratus sahaja daripada keseluruhan anggota polis.
“Tetapi pada 2012, di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, terdapat 8,200 anggota SB berbanding hanya sekitar 5,000 anggota pada 2005 di bawah Tun Abdullah Badawi.
“Adakah ini bermakna Malaysia di bawah Najib lebih teruk berbanding zaman darurat dahulu?,” kata Steven sidang Dewan Rakyat ketika membahaskan Bajet 2014.
Steven berkata, pada tahun lepas, SB berjaya menyiapkan sebanyak 380,000 laporan risikan iaitu bersamaan 1,000 laporan setiap hari manakala Jabatan Siasatan Jenayah (CID) pula sekadar berjaya menyelesaikan 60,000 kes pada tahun sama.
“Jumlah kes yang diselesaikan CID itu hanya 15 peratus sahaja daripada kes jenayah dilaporkan.
“Bukankah lebih baik jika kecemerlangan SB melakukan risikan, termasuk risikan politik digunakan untuk membanteras jenayah,” kata Steven.

Sg Limau: Is BN gaining Chinese support?

Politicians from both sides of the divide have different takes on the Chinese support in the Sungai Limau by-election.
PETALING JAYA: The dust has settled on the Sungai Limau by-election but questions abound as to whether Barisan Nasional is slowly regaining the Chinese votes.
PAS retained the seat with its candidate, Mohd Azam Abdul Samat, polling 12,069 votes against BN’s Dr Ahmad Sohaimi Lazim who received 10,985.
The victory was, however, a bitter one because Mohd Azam won it with a reduced majority of 1,084 votes, down from 2,774 in May 5 general election. PAS lost in some polling stations where Chinese make up 10% – 26% of voters.
There are 27,787 voters in Sungai Limau, of which 7% are Chinese.
Does an increase in BN votes in these polling stations mean a growing Chinese support for the ruling coalition?
Gerakan deputy president and Kedah chief Cheah Soon Hai said BN had boosted its Chinese support to 60% -70%, up from 10%-15% in the last general election.
He said this was evident as the increase in BN votes came from polling stations where Chinese form the significant number of voters such as Sungai Limau, Kabo Sepuluh and Simpang Tiga.
He said for example BN lost the Sungai Limau station by 12 votes in the last general election, but won by 265 votes on Monday.
“If you say the increase was due to Malay votes, then it should be in the areas with overwhelming Malay voters.
“There is a return of Chinese votes and you cannot deny the fact,” he said, expressing his disappointment that certain Umno leaders still doubted the figures.
Yesterday, Jerai MCA division chief Huang Keng Chow said BN bagged 892 out of the 1,185 Chinese votes cast on Monday.

Shahidan: Sg Limau had phantom voters

Accusing the Election Commission of being 'toothless' in resolving the problem of phantom voters, Shahidan Kassim intends for issue to be discussed by the PSC .

KUALA LUMPUR: Minister in Prime Minister’s Department Shahidan Kassim today claimed that there are phantom voters and that the issue needs to be resolved, and it will be discussed in a parliament select committee (PSC)
“You look at Bukit Besar which is one of the polling centres in Sungai Limau. There are more voters than residents living there and we were unable to trace them,” said the minister during a press conference at Dewan Rakyat, today.
Normally it is the opposition who would cry foul over the use of phantom voters, allegedly by Barisan Nasional, to win elections. This is the first time an Umno leader, and a minister at that, is acknowledging the existence of phantom voters, and that the voters could be the reason for Umno’s defeat in Sungai Limau.
In the Sungai Limau by-election that took place on Monday, PAS’ Mohd Azam Abd Samat garnered 12,069 votes against Umno’s Ahmad Sohaimi Lazim who polled 10,985 votes.
Shahidan also said that the Election Commission (EC) was powerless to resolve the problem.

PRK Sungai Limau: Blogger Umno 'belasah' Khairy


KUALA LUMPUR: Walaupun para pemimpin Umno cuba memperkecilkan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau, 4 November lalu, lain halnya dengan beberapa blogger Umno.

Paling teruk dikritik ialah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan kejayaan BN mengurangkan majoriti undi PAS sebagai satu 'tamparan hebat' dan 'kemenangan moral buat BN'.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan menyifatkan wakil rakyat baharu Dun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat 'tidak boleh duduk selesa' kerana kejayaan BN menembusi kubu kuat PAS itu.

Bagaimanapun pandangan Khairy disanggah blogger Umno, Alahai Si Luncai yang mahu Ahli Parlimen Rembau itu menarik balik kenyataan tersebut.

"Kalau menang dengan majoriti 1,084 undi dikatakan menerima tamparan hebat, yang kalah 1,084 undi dengan segala kekuatan maksima nak dikatakan apa?

"Aku sekali lagi harap akan ada pihak buat pencerahan. Kita nak mengadap kerja besar PRU14. Kalau kita tak betulkan cara berfikir orang Umno, khasnya pemimpin kanan parti, aku bimbang kita pakat-pakat rasa seronok dengan 'kejayaan' di Sungai Limau," tulisan Alahai Si Luncai dipetik.

Seorang lagi blogger Umno yang berasal dari Kedah muncul dengan komen yang lebih pedas melalui entri "Ini perangai Pemuda Umno kalau hangpa nak tahu".

"Bila majlis, merekalah ke depan, kat atas pentas dan sama VIP dan VVIP.

"Bila pemilehan, mereka lah yang nak kuasai hampir semua jawatan - dari cawangan hingga ke atas Majlis Tertinggi dan pucuk kepimpinan?

"Bila pilihanraya, mereka lah yang menguasai 80% senarai calun?

'Kak Tunda' MCA: RM200,000 apa dari bos?


Pemilihan Pemuda MCA Selangor dihangatkan lagi dengan dakwaan Jessie Ooi - yang mencuba nasib di peringkat tertinggi - menerima bantuan kewangan daripada presiden parti Datuk Seri Chua Soi Lek.

Ooi yang popular dengan gelaran "Kak Tunda" (Miss Tow Truck) bagaimanapun menafikannya.

NONEKatanya, dakwaan itu menyebabkan orang ramai terus bertanya sama ada beliau benar-benar menerima RM200,000 daripada Chua dan ada juga yang mahukan bahagian daripada wang itu.

Dalam sidang media hari ini, Ooi (kanan) menyifatkan dakwaan itu sebagai taktik kotor dan tidak adil terhadapnya.

Pertandingan untuk ketua Pemuda Selangor pada Sabtu ini akan menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Ooi dan Chong Sin Woon, yang kini ketua biro pendidikan MCA.

Dalam MCA, jawatan ketua Pemuda boleh ditandingi calon lelaki atau perempuan.

Chong sebelum ini dilaporkan berkata, terdapat pemimpin negeri campur tangan dalam proses pemilihan. Beliau bagaimanapun tidak menamakan sesiapa.

Chong: Kamu hina ibu pejabat

Menteri Kesihatan cuba menipu atau tidak faham GST, kata DAP


DAP mendakwa, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam sama ada tidak faham atau berdusta tentang kos penjagaan kesihatan yang dikecualikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua (gambar) berkata pengecualian GST kepada produk dan perkhidmatan bermakna cukai tersebut tidak dikenakan oleh pembekal secara langsung kepada pengguna namun hospital masih perlu membayar GST bagi semua produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pembekal.
Subramaniam telah memberi jaminan pada Isnin lalu bahawa kos penjagaan kesihatan tidak akan menerima kesan apabila GST dilaksanakan pada April 2015.
Beliau turut meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi bagi mengelak kekeliruan orang ramai.
Pua dalam kenyataannya hari ini memberikan contoh hospital yang membeli ubat-ubatan daripada pembekal pada harga RM50 akan menjual kepada pengguna dengan 10% keuntungan iaitu pada harga RM55.
Katanya, apabila GST dilaksanakan, hospital akan membayar pembekal RM50 ditambah GST 6% iaitu RM3.

Umno kalah teruk, MCA menang besar di Sungai Limau, kata Kit Siang


Apakah benar Umno pihak yang paling kalah paling teruk manakala MCA adalah pihak yang menang paling besar dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau?
Jika pemimpin MCA boleh dipercayai, inilah realitinya, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang (gambar) dalam kenyataannya.
Menurut Kit Siang, bakal Exco Kedah dari MCA,  Dr. Leong Yong Kong telah memberitahu media Cina, BN berjaya mendapat 75.27 % undi Cina dalam PRK Sungai Limau iaitu 892 undi daripada 1,185 pengundi Cina yang membuang undi dalam PRK itu.
Ini adalah peningkatan sebanyak 732 undi Cina untuk BN berbanding pilihan raya umum lalu kerana MCA mendakwa BN mendapat tidak sampai 10 % undi daripada  1,600 pengundi Cina yang mengundi pada 5 Mei lalu.
Walaupun berbelanja sebanyak RM15 juta, calon BN Ahmad Sohaimi Lazim hanya mendapat penambahan undi sebanyak 465 undi sahaja dalam PRK ini iaitu 10,985 undi berbanding 10,520 undi semasa pilihan raya umum.

Ada isu besar negara bakal meletup?

Mengejutkan! Perkembangan terbaru mengenai satu isu membabitkan negara ini agak menarik dan mungkin boleh mengejutkan banyak pihak. Seperti mana dilaporkan oleh sebuah protal berita, kononnya Dr Mahathir Mohamad kini sedang memberi tekanan ke atas salah laku Pegaum Negara Abdul Ghani Petail yang disyaki terlibat dengan dua orang pegawai CIA menjadi bekerja di pejabat Peguam Negara.

Isu ini adalah serius. Lapor portal berita itu juga keraguan Mahathir terhadap tingkah laku Ghani Petail itu telah sampai ke pengetahuan Menteri Dalam Negeri, Zahid Ibrahim. Dakwah portal itu Mahathir ada memanggil Zahid dan bertanya hal itu.

Zahid pula memberi jaminan akan menyiasat. Apabila Mahathir sedia untuk memanggil Zahid ini bermakna tindakan Mahathir itu bukan bersifat peribadi tetapi demi negara.

Kos perkahwinan orang Melayu semakin mahal?

Salah satu punca yang menjadi keluhan dan kekangan pasangan daripada mendirikan masjid adalah masalah kewangan.

Apabila perkataan perkahwinan disebut, seringkali ianya merupakan subjek yang membahagiakan. Akan tetapi acapkali juga kita mendengar pasangan yang bakal berkahwin mengeluh apabila bercakap tentang perkahwinan.
Salah satu punca yang menjadi keluhan dan kekangan pasangan daripada mendirikan masjid adalah masalah kewangan. Kos perkahwinan orang Melayu boleh mencapai puluhan ribu malah ada yang hingga ratusan ribu mengikut kemampuan.
Tidak dinafikan perkahwinan adalah wajib bagi yang mampu dan majoriti mengimpikan majlis perkahwinan mereka sebagai raja sehari dilangsungkan dalam suasana yang meriah dan akan diingati oleh semua jemputan, terutamanya bagi anak-anak muda yang baru pertama kali ingin berkahwin. Namun tidak semua mampu merealisasikan perkahwinan impian mereka atas faktor kewangan
Lyna, 28, telah mendirikan rumahtangga selama satu setengah tahun berkongsi cerita tentang perkahwinannya dan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh pihaknya dan juga pihak pengantin lelaki.
Kos keseluruhan perbelanjaan perkhawinan Lyna dan pasangannya mencecah hampir RM60,000 untuk persandingan dua hari. Wang hantaran yang diterima oleh Lyna adalah sebanyak RM7,000. Lyna bekerja sebagai pembantu am pejabat kerajaan, mendapat gaji bulanan sebanyak RM1500 dan RM2000 diperolehi pasangannya.
Kekurangan
Oleh kerana kekurangan wang, Lyna telah membuat keputusan untuk memohon pinjaman peribadi sebanyak RM15,000 dari sebuah institusi kewangan bagi tujuan melangsungkan perkahwinannya.
Namun, tanpa disedari, Lyna telah menggunakan hampir kesemua wang tersebut untuk perkara-perkara lain yang tiada kaitan dengan majlis perkahwinannya.
Sejurus itu, Lyna yang juga merupakan seorang bekas pekerja kilang telah memohon bagi mengeluarkan wang simpanannya sebanyak RM32,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menampung kos perbelanjaan perkahwinannya.
Selain itu, Lyna juga mempunyai “tabung kahwin” di mana dia menabung sebanyak RM100 setiap bulan selama dua tahun dan bakal suaminya juga menabung sebanyak RM400 sebulan selama empat tahun.

Bob Lokman: Jangan Sesekali Berhenti Belajar Ilmu Agama

MP DAP Batu Gajah Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP PKR Batu Pahat Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP PAS Kuala Nerus Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP PKR Gopeng Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP DAP Ipoh Tmur Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Mengapa harga gula hanya turun di Sungai Limau?

KUALA LUMPUR: PAS Sarawak mengucapkan tahniah kepada PAS Kedah dan pengundi Dun Sungai Limau kerana telah berjaya mengekalkan kerusi Dun Sungai Limau semasa pilihanraya kecil yang lalu.

Semasa pilihan raya kecil Dun Sungai Limau harga gula diturunkan sehingga RM1 sekilo.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee berkata, walaupun kerajaan telah menghentikan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan alasan untuk mengelakkan penyakit diabetes (kencing manis) tetapi semasa pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau gula dijual dengan harga yang murah.

“Sungguh beruntung penduduk di Sungai Limau kerana dapat membeli gula dengan harga murah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, mengapa hanya semasa kempen PRK Sungai Limau kerajaan dapat menurunkan harga gula tetapi selepas itu harga gula naik semula seperti biasa.

“Mengapa hanya semasa PRK harga gula boleh diturunkan sedangkan apabila tiada PRK harga gula susah hendak diturunkan walaupun harga gula dunia sudah jatuh?

“Di mana keikhlasan kerajaan untuk menjaga kesihatan rakyat?” tanya beliau lagi.

SPRM : Projek NFC dianugerah syarikat tidak berkeupayaan

NFC - SPRM Grafik
SHAH ALAM 6 NOV : Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berpendapat bahawa projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) dianugerahkan kepada syarikat yang tidak memiliki kemampuan teknikal dan kewangan.
SPRM menyatakan bahawa konflik kepentingan di antara menteri kabinet dan syarikat yang memenangi kontrak tersebut tidak diisytiharkan kerana keputusan itu tidak dibincangkan di kabinet.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, berkata Kementerian Kewangan perlu menyediakan satu garis panduan standard, jelas serta telus berhubung pinjaman mudah bagi mengelakkan persepsi negatif atau keraguan.
Katanya, Kementerian Kewangan perlu menyediakan kriteria jelas menentukan jumlah sesuatu pinjaman mudah serta memastikan permohonan dibentangkan di peringkat Kabinet terlebih dahulu untuk kelulusan.
“Kerajaan perlu membuat kajian secara mendalam untuk memilih syarikat yang benar-benar kompeten bagi menjalankan projek NFC sama ada daripada aspek kewangan mahupun pengalaman.
“Untuk itu, proses ‘due diligence’ perlu dilaksanakan terlebih dahulu terhadap syarikat yang bakal dipilih,” kata Abu Kassim dalam satu kenyataan.
SPRM mengemukakan Laporan Tahunan SPRM 2012 dan Ulasan Tahunan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR2012 kepada Jawatankausa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) di Bangunan Parlimen, hari ini.

SB lebih ramai berbanding masa Darurat



MP DAP Steven Sim mempersoalkan peningkatan jumlah anggota polis Cawangan Khas (SB) yang menurutnya menggambarkan bahawa keadaan pada masa sekarang lebih buruk berbanding semasa peringkat pertama Darurat.

Sim (DAP-Bukit Mertajam) berka unit SB yang mempunyai 459 anggota pada 1954, yang membentuk hanya dua peratus dari keseluruhan kekuatan anggota.

Bagaimanapun, terdapat 8,200 orang pegawai SB dalam pasukan polis pada 2012 – meningkat 3,000 orang berbanding semasa pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sg Limau: Kemarahan penyokong Umno setelah kalah..!!!


Untuk pengetahuan penyokong UMNO/BN, bil api &\elektrik penduduk Sg. Limau bukan UMNO/BN yang bayar...

Sg Limau: Umno menang, Mukhriz kalah?


Kehangatan Pilihan Raya Kecil Sungai Limau masih terasa khususnya yang terlibat secara langsung dalam perjalanan PRK tersebut. Sudah ramai yang mengulasnya sama ada yang positif mahupun negatif. Antara yang menarik ialah ungkapan “menang dalam kalah” oleh Umno BN sebaik keputusan PRK diumumkan. Dakwaan Umno bahawa kemenangan mereka disandarkan kepada kejayaan mengurangkan majoriti kemenagan PAS daripada 2,774 Pada PRU13 kepada 1,080 sahaja.

Tidak kisahlah apapun yang mahu diperkatakan, yang penting PAS berjaya mempertahankan kerusi tersebut buat kesekian kalinya. Tahniah Ustaz Azam. Apatah lagi dalam suasana pilihan raya kecil – jelas pertarungan di gelanggang yang tidak sama rata dan pengadil yang diketahui umum memihak kepada Umno-BN. Oleh itu kejayaan mempertahankannya amat manis.

Berbalik kepada soal siapa menang dan siapa kalah. Sudah tentu menjadi adat dalam mana-mana pertandingan, ada kalah dan ada menang. Kali ini giliran PAS untuk menang setelah Umno-BN menang di dalam PRK Kuala Besut.

Bagi saya, dalam PRK Sungai Limau ini ada dua pihak yang menang sebenarnya. Yang pertama ialah pemenang hakiki iaitu rakyat dan pengundi Sungai Limau. Mereka telah membuktikan bahawa maruah mereka tidak mudah dibeli dengan wang ringgit dan kebendaan. Mereka mengundi kerana mahu memilih pemimpin yang berintergriti bukan kerana disogok wang dan sebagainya.

Salahuddin tak pertahan jawatan Naib Presiden PAS???

MP PAS Parit Buntar Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP PKR Indera Mahkota Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Intip: Ancaman baru keselamatan negara

Asabiyyah: PAS sambut baik titah Agong

Lelong Mesra Rakyat Sg Limau: Pembangkang kecam kenyataan SPR

PAS dan PKR menyelar kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berkata jualan murah barangan asas seperti beras dan gula semasa tempoh berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tidak ada unsur rasuah.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak wajar memberi kenyataan sedemikian kerana SPR perlu bertindak seperti pengadil pilihan raya.
“SPR tidak wajar memberikan kenyataan sedemikian. Mereka perlu bertindak seperti pengadil dan menyatakan keinginan untuk menyiasat.
“Jika demokrasi berjalan dengan baik tanpa sebarang dana kerajaan digunakan, kami boleh menang sehingga majoriti 7,000 undi. Media rasmi kerajaan jika mereka bertindak lebih adil dan demokrasi sebenar subur, kemenangan lebih besar PAS juga boleh diraih,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Abdul Aziz semalam berkata jualan murah gula dan beras oleh Barisan Nasional (BN) semasa tempoh berkempen di Sungai Limau tidak mengandungi unsur rasuah kerana pengundi masih diberi kebebasan memilih calon pilihan mereka.
BN mengadakan karnival rakyat di Bukit Besar iaitu sebuah kawasan yang terletak kira-kira 19 kilometer dari Bandaraya Alor Setar dengan menjual barangan keperluan harian pada harga murah.
Satu kilogram gula boleh dibeli pada harga RM1 berbanding harga pasaran RM2.84 dan sekampit beras 5 kilogram dijual RM5 berbanding harga pasaran sebanyak RM13.
Mohamad turut mencabar BN untuk mengadakan jualan murah itu di luar waktu pilihan raya dan di luar Kedah.
“Kenapa tidak buat di luar waktu pilihan raya? Sekarang pergilah jual. Kalau tiada unsur rasuah, pergi jual gula sekarang. Kenapa pada waktu dan kawasan pilihan raya? Tiada etika langsung. Itu rasuah pengundi.
“Saya minta penjual yang mengadakan jualan murah itu buat jualan itu luar dari Kedah. Buat jualan tersebut sebulan sekali. Tiada masalah,” katanya.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sepatutnya berhak memberi kenyataan bagi mengulas terdapat unsur rasuah atau pun tidak dalam kempen jualan murah itu.
Katanya, jika Abdul Aziz terus bersikap sedemikian maka jelas Pengerusi SPR itu memihak kepada parti pemerintah.

Yang pelik tentang GST

GST (Goods and Services Tax) atau dalam bahasa kebangsaannya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) akan dilaksanakan tidak lama lagi secara rasmi. Sejak ura-ura pelaksanaannya beberapa tahun yang lalu sehingga pembentangan dalam parlimen baru-baru, saya sebagai rakyat belum benar-benar faham akan perkara ini.

Cuma yang dicanangkan ialah CBP bakal menguntungkan rakyat kerana hanya satu jenis cukai yang dikenakan. Saya tidak pasti sama ada rakyat akan untung atau tidak tetapi yang peliknya rakyat semakin terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.

Sepatutnya, apabila cukai semakin kurang, harga barangan dan perkhidmatan juga semakin kurang. Hal ini bermakna nilai duit yang dimiliki oleh rakyat bertambah dan tentulah rakyat semakin selesa kehidupannya.

Apabila nilai duit semakin tinggi maka tidak perlulah lagi kepada gaji minimun RM900. Sebab, apabila semuanya semakin murah, dengan gaji RM700 pun rakyat boleh membeli kereta, rumah, kos persekolahan anak dan lain-lain lagi.

Oleh itu, saya menunggu pelaksanaan sepenuhnya CBP dan mahu membuktikan pelaksanaanya menguntungkan rakyat seperti yang didakwa.

Sg Limau: Kerajaan BN tidak hargai penat lelah petani


KUALA LUMPUR: Kerajaan didakwa tidak menghargai usaha dan penat lelah petani di Sungai Limau memandangkan banyak program yang dianjurkan langsung tiada kaitan dengan pekerjaan itu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, sepanjang berkempen di PRK Sungai Limau minggu lepas banyak program yang dibuat kerajaan Pusat tidak menyentuh soal bagaimana untuk membangunkan taraf hidup petani.

Apa yang berlaku katanya, kerajaan menganjurkan kursus binaan kontraktor sedangkan hampir keseluruhan penduduk di situ adalah petani.

"Sungai Limau adalah sawah padi, yang kerajaan buat kursus binaan kontraktor buat apa? Kalau kursus bawa traktor bolehlah.

"Buat kursus, bukan penduduk Sungai Limau yang hadir tapi orang dari Kubang Pasu," katanya semasa membahaskan Bajet 2014 hari ini.

Tambahnya, tindakan kerajaan itu seolah-olah menggambarkan kerajaan tidak tahu apa masalah dan pekerjaan rakyat Sungai Limau, kontraktor atau petani.

Almarhum Hj Suhaimi terus bicara soal perjuangan walau terlantar

Tuan Ibrahim dan Nasrudin turut mengangkat jenazah Allahyarham Suhaimi.

TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mewakili PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Suhaimi Said dan berharap sabar dengan ujian yang ditempuh.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, PAS turut merasakan kehilangan besar tokoh pejuang itu khususnya di negeri ini kerana arwah merupakan pencetus perjuangan membela warga Felda sehingga sanggup merengkok dua kali di bawah ISA.

“Arwah membela nasib rakyat sehingga ke akhir hayat, semasa saya menziarahi di hospital baru-baru ini beliau masih menyebut pasal perjuangan.

“Walaupun arwah merupakan pemimpin PKR, tetapi beliau amat sinonim dengan PAS, pernah menjadi aktivis PAS Temerloh dan mengasaskan markas PAS Darul Amin Sungai Gau. Malah Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam) pertama di negeri Pahang dimulakan di rumahnya.

“Marilah berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan para solehin,” katanya ketika ditemui menziarahi jenazah Allahyarham Suhaimi Said.

Dr Mahathir sasar Gani Patail, dakwa agen CIA di pejabat Peguam Negara


Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) nampaknya sedang menerima tekanan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir bukan sahaja mendapatkan pandangan balas daripada bekas pegawai kanan polis dan peguam kanan sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini bahkan menteri juga dibawa berbincang mengenainya.
Menurut sumber The Malaysian Insider, sekurang-kurangnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibawa berbincang oleh Dr Mahathir mengenai tingkah laku Gani.
Antaranya Mahathir bertanya Zahid apakah beliau sedar atau tidak ada dua pegawai Amerika Syarikat yang didakwanya agen kepada  Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang bekerja di pejabat Peguam Negara sekarang.
Sehubungan itu, Zahid didakwa berjanji akan menyiasat dakwaan Dr Mahathir itu.
Hari ini, Malaysiakini mendedahkan, Dr Mahathir  melalui orang kepercayaannya memanggil bekas pegawai penyiasat polis terhadap kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datuk Mat Zain Ibrahim ke rumahnya.
Mat Zain dibawa bertemu Dr Mahathir oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah pada 10 Ogos lalu, tiga hari selepas hari raya Aidilfitri.

K’jaan Mongolia rancang ke Malaysia ikuti prosiding kes Altantuya

altantuyaKUALA LUMPUR 6 NOVEMBER: Setev Shaariibuu, bapa Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang dibunuh secara kejam dan kerajaan Mongolia ingin tahu apa yang berlaku terhadap rayuan yang mereka bawa kepada Kerajaan Malaysia berikutan pembebasan dua bekas polis yang membunuhnya pada 2006.
Ini berikutan tiada apa-apa perkembangan dan khabar berita daripada Pejabat Peguam Negara selepas lebih dua bulan pembebasan Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar.
Peguam, Karpal Singh yang menjadi peguam pemerhati bagi Shaariibuu berkata, anak guamnya sentiasa berhubung dengannya untuk mengetahui perkembangan rayuan itu.
“Dua minggu lalu, duta Mongolia di Bangkok, yang juga bertanggungjawab terhadap Malaysia, menulis kepada saya untuk bertanya tentang kes ini,” katanya, dipetik The Malaysian Insider.
Beliau berkata, Kerajaan Mongolia berhasrat untuk menghantar delegasi untuk mengikuti prosiding di Mahkamah Persekutuan yang menjadi medan akhir bagi kes rayuan berkenaan.
“Kes ini bukan sahaja menarik perhatian penduduk tempatan, tetapi juga diikuti oleh orang luar di negara lain termasuk di Mongolia,” katanya.
Karpal berkata, rayuan bagi kes pembunuhan berprofil tinggi ini boleh berjalan dengan lebih cepat sekiranya Mahkamah Persekutuan mengambil inisiatif untuk menetapkan tarikh pendengaran.
“Mahkamah Persekutuan boleh membuat pengecualian kepada kes ini yang melibatkan kepentingan orang ramai, bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa, ” katanya.
Karpal membandingkan dengan kes Fitnah II Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh rayuan dengan segera.
Beliau berkata, Putrajaya dikatakan sengaja melengah-lengahkan rayuan terhadap pembebasan Azilah dan Sirul.
Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan itu pada 23 Ogos, hari yang sama rayuan polis itu dibenarkan.
Penghakiman bertulis disediakan pada 26 Ogos.

Masalah bankrap generasi muda petaka negara


KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengambil langkah segera dan efisyen bagi mengatasi fenomena kebankrapan yang sangat meruncing di kalangan rakyat negara ini terutamanya golongan muda.

Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham), Dewan Pemuda PAS Malaysia,  Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi (gambar) berkata, budaya berhutang dan jumlah pendapatan berbanding  kos sara hidup menjadi punca utama fenomena bankrap di kalangan generasi muda.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri baru baru ini mendedahkan,  sejumlah 60 orang diisytiharkan bankrap setiap hari di negara ini dengan golongan berumur 35 hingga 44 tahun mencatatkan angka tertinggi iaitu 34.31 peratus.

Statistik yang dikeluarkan  menteri tersebut memperlihatkan bagi tahun  2007-2013 sahaja, sewa beli kenderaan mencatatkan jumlah tertinggi kebankrapan iaitu 30,451 kes (26.14 peratus); diikuti pinjaman perumahan 20,529 kes (17.62 peratus); pinjaman peribadi 18,053 kes (15.50 peratus); dan pinjaman perniagaan 14,431 kes(12.39 peratus).

NFC asas cadangan penambahbaikan prosedur, kata Abu Kasim


Cadangan penambahbaikan prosedur pembiayaan projek termasuk Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah antara 12 perkara yang ditekankan dalam intipati Laporan Tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang diserahkan kepada  Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ulung.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim (gambar), berkata pihaknya  menyedari kekurangan dan kelemahan daripada segi prosedur dan sistem dalam kerajaan dahulu menyebabkan SPRM bertindak untuk menangani masalah dalam laporan yang diusulkan hari ini.
"Dalam penambahbaikan itu, kita menggariskan semua anggota pentadbiran mengisytiharkan kepentingan sekiranya ahli keluarga terdekat mereka mendapat kemudahan pinjaman daripada kerajaan,"katanya pada sidang media selepas menyerahkan Laporan Tahunan SPRM 2012 di Parlimen hari ini.

Pertemuan Mat Zain dengan Dr M bincang dakwaan 'salah laku' AG





Tiga bulan lalu, seorang bekas pengawai tinggi polis menerima satu panggilan telefon mengejutkan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri, yang menggesa beliau menghadiri pertemuan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Panggilan tersebut dibuat oleh peguam yang dikaitkan dengan Umno, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah manakala bekas pegawai tinggi polis yang dimaksudkan adalah bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim.

Rentetan itu, Mat Zain bertemu dengan Shafee pada 10 Ogos di pejabat yang juga merupakan kediaman peguam tersebut di kawasan elit Bukit Tunku.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-duanya berbincang mengenai dakwaan “salah laku” Peguam Negara Tan Sri Gani Patail, termasuk isu yang mendapat perhatian umum seperti kes Batu Puteh – pulau di perairan Johor yang kini jatuh ke tangan Singapura selepas kes itu berlarutan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 2008.
Beberapa jam kemudian, Mat Zain dan Shafee mengadakan pertemuan dengan Mahathir di Country Heights, Kajang. Bekas perdana menteri itu nampaknya baru saja pulang dari Kedah.

Turut menyertai pertemuan itu adalah bekas setiausaha politik Mahathir, Matthias Chang dan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Ramli Yusuff, yang turut memaklumkan kepada Mahathir mengenai masalahnya dengan Gani.

Perbincangan semasa pertemuan dalam suasana sambutan Hari Raya itu tertumpu kepada dakwaan salah laku Gani.

Ia bermula dengan kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mana Mat Zain merupakan pegawai penyiasatnya. Bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor disabitkan kesalahan dalam kes tersebut dan dipenjarakan.
Liwat I
Mat Zain memberitahu Mahathir bahawa beliau menemui pemalsuan bukti yang didakwa dilakukan oleh Gani seamsa siasatannya.

Gani pada masa itu merupakan salah seorang dari pendakwa utama kerajaan yang menangani kes Liwat I dan dakwaan penyalahgunaan kuasa Anwar.

Dakwaan pemalsuan bukti itu berlaku apabila Gani mengemukakan seorang ahli patologi Dr Abdul Rahman Yusoff sebagai saksi dan memberitahu mahkamah bahawa Anwar mendakwa kecederaan itu mungkin dilakukannya sendiri.

Perkara ini bertentangan dengan beberapa lagi laporan perubatan.

Pemerintah BN Rakus: Ancaman pemusnahan budaya Orang Asal





Masyarakat sivil Malaysia memprotes pencabulan Hak Asasi Bumiputera Sarawak (Orang Asal) dalam pembinaan empangan janakuasa hidroelektrik di Bakun, Murum dan Baram, Sarawak.
Kerajaan negeri Sarawak bawah pemerintahan Ketua Menteri Taib Mahmud telah mencabuli hak Bumiputera Sarawak secara berterusan melalui:
  1. Rampasan tanah milik bumiputera Sarawak untuk pembalakan haram.
  2. Pembinaan tiga empangan mega di Batang Ai, Bakun dan Murum serta pembinaan terancang sembilan lagi empangan di Baram dan daerah-daerah lain yang menyebabkan air sungai melimpah.
  3. Pemindahan monokultur minyak kelapa sawit secara berleluasa ke kawasan milik Bumiputera Orang Asal Sarawak.
  4. Penghasilan sisa toksik, pencemaran dan penggunaan tenaga yang banyak oleh industri-industri peleburan di kawasan industri (SCORE) sepanjang pesisir pantai Sarawak.
Pemusnahan alam sekitar secara terancang dan dahsyat ini membawa kesan yang tidak dapat dibaik pulih kepada komuniti bumiputera Orang Asal.

Mereka telah melindungi hutan sejak zaman-berzaman sebagai sumber makanan, kawasan ladang kecil-kecilan, tempat penempatan (rumah panjang), tempat penyembahan dan tanah pengebumian mereka.

Kehidupan mereka dan adat resam mereka bergantung kepada tanah serta hutan yang tidak diteroka. Tanah adalah jiwa Orang Asal.
Pengusiran Orang Asal daripada tanah-tanah mereka terbukti menjadi pemusnahan budaya. Penempatan semula secara paksa Orang Asal ke Sungai Asap untuk membuka jalan kepada pembinaan Empangan Bakun menyebabkan kemiskinan dan kesusahan dalam komuniti Orang Asal tersebut.

Penempatan baru yang disediakan kerajaan di sebahagian daripada kawasan ladang kelapa sawit dan tidak sesuai untuk penanaman padi bukit dan pelbagai tanaman lain.

Nelayan buat demonstrasi di Parlimen, bantah pengurangan subsidi diesel


Nelayan mengadakan protes di luar bangunan Parlimen hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 6 November, 2013.Nelayan mengadakan protes di luar bangunan Parlimen hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 6 November, 2013.Golongan nelayan hari ini mengadakan bantahan secara aman di depan bangunan Parlimen di Kuala Lumpur berikutan tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan mengurangkan subsidi minyak diesel.
Kira-kira 50 nelayan dari Perak, Selangor, Pahang dan Johor itu mendakwa mereka kehilangan 70% punca pendapatan kerana terpaksa menanggung kos operasi yang meningkat selepas pengurangan subsidi itu.
Wakil nelayan, Cheah Swee Teck, berkata   pengurangan subsidi minyak diesal menjadi beban kepada semua bot perikanan di seluruh negara.
"Bagi bot laut dalam Zon C2 (perairan 30 batu nautika dari tanah besar) menggunakan harga diesel sebanyak RM 2.00 manakala untuk Zon A, B dan C meningkat daripada RM 1.25 kepada RM 1.45," katanya.
Peserta bantahan itu turut mendesak Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Ismail Sabri Yaacob untuk mengkaji semula penggunaan saiz mata 38milimeter (mm) keroncong pukat tunda.
"Penggunaan pukat yang bersaiz mata 38mm di bahagian keroncongnya banyak menjejaskan hasil tangkapan nelayan.

MP DAP Rasah Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Pergi Mu Kehilangan Besar: Almarhum Hj Suhaimi Said Selamat Dikebumikan Pagi Ini..


perginya seorang pejuang rakyat. moga ALLAH meredhai usaha arwah



Sekitar tahun 1980an, nama Suhaimi Said yang sinonim dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) begitu popular. Sebagai peguam yang aktif dalam parti pembangkang, beliau mudah diminta sebarang komen untuk mana-mana akhbar tabloid.
Beliau memulakan karier politiknya dalam PSRM kemudiannya menyertai PAS, UMNO dan berakhir dengan PKR. Beliau menyertai Umno bersama Naib Presiden PAS, Nakhaie Ahmad yang keluar dari PAS.
Semalam Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR itu kembali ke rahmatullah di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.
Allahyarham yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat  PKR dan Ketua Cabang PKR Kuala Krau ialah bekas calon PKR Dun Jenderak dalam pilihan raya umum lalu.
Allahyarham dimasukkan ke wad sejak 29 Julai lalu kerana disyaki terkena jangkitan kuman pada tulang belakang.
Sebagai seorang peguam, Suhaimi banyak membantu memperjuangkan nasib warga Felda sejak tahun 1980-an dan terlibat dalam tragedi berdarah semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Lubuk Merbau, Kedah ketika bergerak aktif dalam PAS.
Beliau pernah ditahan dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika bergiat di dalam PAS.

Sg Limau: Projek dijanji macam air sejuk


KUALA LUMPUR: Para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau layak diberikan ucapan tahniah dan pujian kerana walaupun ditabur dengan pelbagai habuan material dan janji projek bernilai lebih RM15 juta, 12, 069 daripada mereka masih memberikan undi untuk calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad ketika mengulas keputusan PRK Sungai Limau menyifatkan mereka sebagai "pengundi kaya jiwa walaupun miskin harta" meskipun ditawar pelbagai habuan termasuk kambing dan anak ayam.

Ustaz Idris mengakui 'amat gerun' menunggu keputusan pilihan raya apabila waktu pembuangan undi tamat berdasarkan serangan kempen dan umpan BN pada PRK Dun Sungai Limau .

"Sehingga dalam hati saya mengatakan jika menang dengan majoriti satu undi pun tidak mengapa. Kerana PAS bukan melawan BN, tetapi melawan jentera kerajaan negeri dan pusat.

"Projek dijanji macam air sejuk. Menteri dan Exco keluar masuk kampung menaburkan janji sehingga rakyat lupa harga gula baru sahaja naik 34 sen dan minyak 20 sen. Paling kelakar ada Karnival Lelong Mesra Barang Rakyat setiap satu RM1.

MP PAS Pokok Sena Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP DAP Bukit Mertajam Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Dewan Rakyat 6 Nov 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Anwar: Seluruh negara Asean harus bantah intipan Amerika

Anwar JakartaJAKARTA 6 NOVEMBER: Seluruh negara Asean harus membantah keras intipan Amerika Syarikat (AS) ke atas beberapa negara terlibat, kata Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lapor Kompas.com, Anwar berkata, melalui penyatuan semua negara Asean, bantahan lebih mudah dan didengari.
“Kita harus ambil sikap (tindakan), harus tegas, terutama menuntut mereka untuk minta maaf. Segera keluarkan (ungkapan(kenyataan)) siapa saja yang terlibat,” kata Anwar pada pertemuan dengan Ketua Dewan Perwakilan Daerah (DPD) Irman Gusman di Jakarta, semalam.
Katanya, negara-negara Asean seperti Indonesia dan Malaysia yang dikhabarkan diintip Amerika masih berlembut dan tidak tegas.
Menurut Anwar, Indonesia hanya sekadar melakukan bantahan tanpa tindakan lebih jauh.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan, reaksi Indonesia itu lebih baik dibandingkan pemerintah Malaysia yang sama sekali belum mempamerkan bantahan.
“Sampai sekarang pemerintahan Malaysia belum ada pernyataan keras terhadap (isu) ini. Sering kali kita menemukan sikap yang lemah,” kata mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu, lapor portal Indonesia itu dipetik.

Belanjawan Najib hanya punya ‘matlamat’, tanpa ‘visi’!

Gst biasa
Setelah terlibat dalam Perbincangan Meja Bulat (RTD) dianjur oleh ASLI pada Isnin (28 Oktober) lalu dan satu forum semalam (30 Oktober) dianjur oleh Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya oleh Persatuan Mahsiswa, saya kini bersedia tegas dan terang pendirian serta rumusan berkenaan Bajet 2014 ini dengan cara bertulis.
Untuk pengetahuan umum, RTD anjuran ASLI berjodol “Kelestarian Fiskal dan Impak ke atas Sektor Korporat’ dan Forum UM atas tajuk Analisis Bajet 2014. Panelis Forum MU pula terdiri daripada Tan Sri Dr Kamal Saleh, Dr Nungsari dan Prof Rajah Rahsiah dan saya sendiri. Sebahagian besar yang hadir terdiri daripada penuntut Fakulti Ekonomi dan ada dari UPM dan USIM.
RTD ASLI pula dikemudikan oleh Tan Sri Dr Navaratnam dan pendiskusi terdiri daripada Dr Chen Chaw Min mewakili Kementerian Kewangan; Prof Dr Rajah Rahsia dari UM; Mr Khoo Chuan Keat dari Pricewaterhouse Coopers (PwC Malaysia); dan Mr Stewart James Forbes, Pengarah Eksekutif dari Malaysia International Chamber of Commerce & Industry (MICCI).
Saya mulakan dengan menegas kesimpulan bahawa keseluruhan Bajet Najib ini saya sifatkan sebagai bajet yang tidak punya visi atau wawasan. Ia hanya punya matlamat. Keyakinan awal saya lebih mendalam lagi ketika panelis Forum di UM berkongsi rumusan dan kecenderungan yang sama.
Terdahulu daripada pengumuman bajet oleh Najib pada 25 Oktober lalu, saya telah menulis dua makalah tentang ‘langkah-langkah menyejukkan pasaran hartanah’ dan kedua ‘bagaimana GST bakal menyusahkan rakyat’. Terbukti sebahagian besar syor saya dalam makalah pertama kini menjadi polisi kerajaan dalam Bajet Najib. Saya masih mahu membuktikan kebenaran makalah kedua saya tentang GST.
Panelis semacam sepakat dalam Forum UM bahawa bajet ini tidak punya satu kerangka pemikiran yang ‘jelas dan tegas’ dari sisi pandang strategik pembangunan bagi mencapai status negara maju pada tahun 2020.
Sebaliknya ‘pendewaan’ terhadap angka pertumbuhan terus menjadi pegangan kerajaan Umno-BN untuk kesekian lamanya. Ia menyerlahkan penerusan anutan fahaman tersebut.
Selainnya, Bajet 2014 ini hanya ‘memperbanyak kerja yang sama’ atau lebih sinis ‘more of the same’.
Namun dari segi metodologi untuk mencapai sesuatu visi tidak menampakkan kejelasan, bahkan ketidaktentuan, samar dan terkadangkali penuh kontradiksi.

Tahniah Mukhriz, sekali lagi ‘menang dalam kalah’


ANTARA soalan menarik dalam menganalisis keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dun Sungai Limau adalah mengapa berlaku kemerosotan undi PAS serentak menyumbang kepada pengurangan majoriti berbanding pilihan raya umum ke-13 (PRU13)?

Pada PRU13 majoriti diperolehi calon PAS,  Ustaz Azizan Razak adalah sebanyak 2,774 sedangkan kali ini Ustaz Mohd Azam Abd Samat hanya memperolehi majoriti 1,084. Ia mengingatkan kita kepada majoriti yang diperolehi oleh Ustaz Azizan sewaktu mengalahkan Dato’ Mohd Suhaimi Abdullah iaitu sebanyak 1,080 pada PRU 2004 - kurang hanya empat undi.

Sebab yang terang lagi bersuluh mengapa berlaku kemerosotan majoriti kali ini adalah ini pilihan raya kecil, bukan pilihan raya umum. Pelbagai kementerian Kerajaan Pusat, badan berkanun, GLC, pihak swasta yang pro-BN bergabung kekuatan dengan kerajaan negeri dengan kekuatan logistik dan sumber dana yang berjuta-juta menghadapkan serangan kepada PAS sebagai sebuah parti politik!

Analoginya macam Amerika Syarikat sebagai sebuah negara berperang dengan tentera Sulu. Layakkah? Demikianlah rakyat patut bertanya layakkah kerajaan Pusat dan Negeri (atas nama BN) berlawan dengan PAS sebuah parti politik pembangkang? Pihak yang mempersoalkan kemerosotan undi PAS sepatutnya merasa hairan, kerana logiknya PAS bukan setakat patut kalah tetapi hilang deposit!   

Pejuang Rakyat: Allahyarham Suhaimi Said dua kali ditahan di bawah ISA

Allahyarham yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan Ketua Cabang PKR Kuala Krau ialah bekas calon PKR Dun Jenderak dalam pilihan raya umum lalu.

PETALING JAYA: Sekitar tahun 1980an, nama Suhaimi Said yang sinonim dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) begitu popular. Sebagai peguam yang aktif dalam parti pembangkang, beliau mudah diminta sebarang komen untuk mana-mana akhbar tabloid.
Beliau memulakan karier politiknya dalam PSRM kemudiannya menyertai PAS, UMNO dan berakhir dengan PKR. Beliau menyertai Umno bersama Naib Presiden PAS, Nakhaie Ahmad yang keluar dari PAS.
Semalam Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR itu kembali ke rahmatullah di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.
Allahyarham yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat  PKR dan Ketua Cabang PKR Kuala Krau ialah bekas calon PKR Dun Jenderak dalam pilihan raya umum lalu.
Allahyarham dimasukkan ke wad sejak 29 Julai lalu kerana disyaki terkena jangkitan kuman pada tulang belakang.
Sebagai seorang peguam, Suhaimi banyak membantu memperjuangkan nasib warga Felda sejak tahun 1980-an dan terlibat dalam tragedi berdarah semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Lubuk Merbau, Kedah ketika bergerak aktif dalam PAS.
Beliau pernah ditahan dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika bergiat di dalam PAS.
Anak kelahiran Kampung Lubok Kawah, Temerloh,  beliau dilahirkan pada 8 Disember 1944.
Beliau adalah anak kepada pejuang Angkatan Pemuda Insaf (API), sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),Allahyarham memulakan karier politik dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM)  sebelum menyertai PAS.
Ketika bergiat aktif dalam PAS, Suhaimi memperjuangkan hak pemilikan individu untuk peneroka Felda yang dibelenggu Akta Penempatan Berkelompok (GSA) .

Naik Minyak: Kadar Tambang Bas Sekolah Naik Harga (30% @ RM35 sebulan) Bermula 1 Januari 2014?

Harga Tambang Bas Sekolah
Jangan lupa semak laporan Berita Semasa pada 4 September mengenai ura-ura pelaksanaan kenaikan tambang bas sekolah (DI SINI). Terbaru….
Terbaru Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) yang mewakili 14,000 ahli seluruh negara kadar tambang sekolah mereka naik lagi.

Kadar Tambang Bas Sekolah Naik : Alasan Kenaikan?

  1. Tambang bas sekolah naik paling akhir pada akhir tahun 2009. Dan selepas itu tiada kenaikan dilakukan.
  2. Peningkatan kos operasi & penyelenggaran bas sekolah mereka

Cadangan GPPBSM Untuk Kenaikan Kadar Bas Sekolah Naik?

  1. Tambang bas sekolah naik 30% @ RM35 sebulan berbanding kadar bayaran yang ditetapkan sebelum ini RM27.43 (bandar) & RM20.61 (luar bandar) bagi setiap kilometer pertama.
  2. Manakala RM2.20 pada setiap kilometer yang berikutnya.

Sg Limau: Pengajaran daripada undi Cina


Selepas menang di Sungai Limau, PAS menggalas tugas besar mengembalikan sokongan masyarakat Cina untuk menawan semula Kedah. Gambar Fail.Selepas menang di Sungai Limau, PAS menggalas tugas besar mengembalikan sokongan masyarakat Cina untuk menawan semula Kedah. Gambar Fail.Antara kesan daripada pilihan raya kecil Sungai Limau Isnin lalu ialah ada undi masyarakat Cina yang kembali kepada Barisan Nasional (BN) walaupun ia tidak cukup untuk BN menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
Ahli politik dan penganalisis juga ramai menyatakan bahawa kebanyakan masyarakat Cina menjauhi pilihan raya kecil itu, kemungkinan kerana ramai yang tidak pulang mengundi pada Isnin dan ia tidak memberi kesan kepada pentadbiran negeri atau persekutuan.
Untuk rekod, calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat memperolehi 12, 069 undi manakala Dr Ahmad Sohaimi Lazim dari BN mendapat 10, 985 undi. Terdapat 27,222 pengundi berdaftar tetapi hanyak 85.5% yang keluar mengundi.
Bagi BN, peningkatan sedikit dalam undi masyarakat Cina memberi petanda kepada parti seperti MCA dan Gerakan untuk kembali membuktikan semangat mereka selepas kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pinggir Melayu: Petronas diminta perjelas maksud 'tak layak'

Petronas diminta perjelas maksud 'tak layak' 
PETRONAS perlu memberi penjelasan apa kriteria yang digunakan syarikat minyak negara itu untuk mengukur kelayakan syarikat vendornya sebelum menggunakan alasan 'tidak layak' untuk menolak memberi kontrak kepada syarikat Melayu.

Pengarah eksekutif sebuah syarikat yang pernah menyediakan perkhidmatan kepada Petronas mendakwa, terdapat syarikat Bumiputera dan Melayu yang diiktiraf negara dan syarikat luar tetapi diketepikan daripada menerima kontrak Petronas.

“Kenapa negara lain seperti Jepun, Arab Saudi dan syarikat minyak antarabangsa yang mempunyai kedudukan lebih tinggi daripada Petronas boleh bagi projek kepada syarikat Malaysia tetapi kenapa Petronas tak bagi?

“Ada syarikat Melayu yang dapat anugerah dari luar negara kerana teknologi yang dicipta untuk industri gas dan minyak ini sangat bagus, tetapi bila mereka mohon untuk sertai program pembangunan vendor (VDP), ditolak Petronas. Jadi kelayakan macam mana yang diperkatakan?,” soalnya.

Demokrasi Indonesia lebih baik dari Malaysia

anwar
SHAH ALAM, 6 NOV :  Indonesia memiliki sistem demokrasi yang lebih baik berbanding Malaysia, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kata Anwar, di Indonesia hak untuk memberikan pendapat dan pandangan lebih terbuka dibandingkan dengan Malaysia.
“Di Malaysia anda tidak bisa berbicara seperti ini, ini kelebihan yang tidak ada di negara saya,” kata Anwar.
Anwar berkata lagi, Indonesia berpeluang besar menjadi pemimpin pergerakan negara Muslim yang memiliki kelebihan populasi penduduk muslim yang besar serta demokrasi yang stabil untuk menjadi landasan kukuh merealisasikan hal itu.
“Indonesia berpeluang besar memimpin negara-negara Islam di dunia setelah negara Arab mengalami krisis maka pusat perkembangan Islam akan mengarah ke Asia Tenggara.
“Indonesia sebagai negara berpopulasi Muslim terbanyak dengan pertumbuhan ekonomi yang baik berpeluang dalam hal itu,” kata Anwar di Muzium Nasional, Jakarta pada Selasa.

Negara yang laksana GST catat peningkatan inflasi, kata MTEM

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) berkata, sejarah negara luar yang melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan menyaksikan berlakunya peningkatan kadar inflasi selepas pelaksanaannya.
Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd Nizam Mahshar, berkata kurangnya maklumat disampaikan kerajaan berhubung kumpulan yang akan menerima impak akibat pelaksanaan cukai tersebut juga membimbangkan.
Mohd Nizam berkata, Cukai Barangan dan Jualan (SST) sememangnya memberi tekanan kepada pengguna kerana kadar cukainya yang tinggi namun kerajaan perlu mencari mekanisme terbaik sama ada melaksanakan GST atau model percukaian yang lain.
"Kita tahu dalam sejarah banyak negara yang melaksanakan GST, inflasi pasti berlaku. Itu yang kita bimbangkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan tempoh 17 bulan bagi sistem percukaian negara ditukarkan daripada SST kepada GST, maka tempoh yang diberi harus digunakan bagi mengenal pasti masalah.
"Inilah masa pemain industri dan pengguna meneliti dan memberi maklum balas kepada kerajaan. SST yang digunakan sekarang mempunyai masalah kerana kadar yang tinggi maka masalah sistem percukaian semasa perlu diatasi sama ada memperkenalkan GST atau sistem percukaian lain,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insider.
Najib semasa membentangkan Bajet 2014 mengumumkan pengenalan GST pada kadar 6% bermula April 2015 dan memansuhkan SST sebagai salah satu langkah untuk mengukuhkan pengurusan fiskal menjadikan ekonomi Malaysia lebih berdaya tahan.

MPP: Gamis kecam kebiadapan HEP UIAM

KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mengecam dan membantah terhadap kebiadapan HEP UIAM, Dr. Mizan Hitam yang melakukan pencabulan demokrasi ke atas perjalanan Pilihanraya Kampus (PRK) UIAM dan dalam proses pemilihan Presiden MPP UIAM yang telah diadakan pada 4 November) lalu.

Timbalan Presiden Gamis, Eikhwan Ali berkata, tahun lalu, PRK UIAM yang juga di bawah seliaannya telah dicemari dengan peristiwa pembatalan keputusan PRK sehingga terpaksa diadakan semula PRK buat kali kedua. Kata beliau, sebelumnya lagi dan sejak dia berkhidmat di UIAM, telah banyak kali berlaku tragedi malang yang menjatuhkan maruah dan wibawa UIAM dan seluruh warganya sehinggakan UIAM yang dikenali dengan jolokan Taman Ilmu dan Budi bertukar kepada Taman Tangguh dan Batal.

Ini, katanya kerana banyak acara utama yang mendapat sambutan mahasiswa UIAM dibatalkan secara 'adhoc' dan tanpa sebab munasabah.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Saya, mewakili Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dahulukan kenyataan ini dengan kecaman dan bantahan terhadap kebiadapan HEP UIAM, Dr. Mizan Hitam yang melakukan pencabulan demokrasi ke atas perjalanan Pilihanraya Kampus (PRK) UIAM dan dalam proses pemilihan Presiden MPP UIAM yang telah diadakan pada Isnin (4 November) lalu.

Polis akui Selangor ‘destinasi’ utama jenayah

jenayahSHAH ALAM 5 NOV : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengakui Selangor menjadi pilihan sebagai ‘destinasi’ utama kegiatan jenayah seperti kes tembakan dan gejala sosial lain yang dipercayai berpunca daripada kepadatan penduduk.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata rakyat negeri itu terdiri daripada pelbagai kaum dan warganegara asing yang sering berkunjung atas pelbagai urusan, yang mana ada di kalangan mereka didapati mengambil kesempatan melakukan jenayah.
Katanya, jenayah indeks di Malaysia juga secara keseluruhannya banyak dipengaruhi kejadian di Selangor dengan kadar kira-kira 40 peratus.
“Kebiasaannya, jenayah indeks di Malaysia bergantung kepada kadar di Selangor kerana negeri ini termasuk di kawasan Lembah Klang. Walaupun terdapat peningkatan kes jenayah sebanyak lima peratus sehingga Ogos lalu, namun polis Selangor berjaya mengurangkannya kepada enam peratus,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, baru-baru ini.
Shukri berkata, tidak adil bagi sesetengah pihak untuk membuat dakwaan bahawa polis gagal menjalankan tugas dengan baik dalam menangani kes berkenaan, namun beliau tidak menafikan bahawa jenayah di Selangor membimbangkan dan pihaknya sentiasa berusaha memantau serta menangani masalah itu secara agresif.