Selasa, 5 November 2013

Sg Limau: Tanpa rehat, hari ini terus bertugas, Tahniah YB Ustaz Azam

Kalau nak kira dalam tempoh berkempen sehingga PRK semalam,, satu tempoh yang cukup memenatkan,, 
Namun bila dah mengambil tanggungjawab sebagai pemimpin, maka tugas terpaksalah dilaksanakan...tanpa nak ambil cuti berehat sekadar sehari dua...


YAN, 5 Nov -- Anggota Undangan Dewan Negeri (ADUN) Sungai Limau yang baharu, Mohd Azam Abd Samat (tiga, kiri) berjumpa dengan penduduk Lampung Titi Serong ketika menghadiri Kem Tahfiz di Pusat Tahfiz Fityan Sungai Limau di sini hari ini.
Pas memenangi kemenangan tipis dengan majoriti undi sebanyak 1,084 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Dr. Sohaimi Lazim dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau semalam. 
--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA

Tak perlu berjubah macam calon BN semasa berkempen, hanya sekadar berkemeja dan bersandal,,, memang seorang yang humble,,, amat sesuai dengan suasana penduduk kampong....

Sg Limau: Potensi PAS tawan semula Kedah PRU14

Pilihanraya kecil N.20 Sg Limau sudah melabuh tirainya. Kedua dua jentera parti bertanding 'all out' berkempen dalam usaha mencapai misi masing masing. PAS dengan motto Kekal Kemenangan dan BN dengan slogan Berani Berhijrah.

Kemuncaknya, PAS berjaya mengekalkan kemenangan walaupun dengan majoriti yang merosot, namun bagi percubaan pertama oleh seorang anak muda, bagi saya ia satu pencapaian yang sangat baik kerana jentera PAS bukan hanya berhadapan jentera BN, tetapi jentera kerajaan yang dimanipulasi oleh kerajaan BN.

Kita pula jangan lupa, perlawanan padang yang tidak rata sebeginilah yang mencabul semangat demokrasi yang dilaung-laungkan oleh parti pemerintah. Setiap kali berhadapan pilihanraya umum dan kecil, pasti jentera kerajaan akan dikerah tanpa rela untuk memenangkan parti pemerintah sehingga jutaan kantung Negara dikikis. Jika pada PRK N.01 Kuala Besut sebanyak RM476juta dilaburkan (jumlah tertinggi dicatatkan dalam sejarah PRK), PRK N.20 Sg Limau tidak kurangnya, apabila lebih kurang RM15juta dilaburkan dengan ‘gula-gula’ pilihanraya oleh jentera kerajaan samada melalui projek pembangunan dan pinjaman modal kepada usahawan tani melalui MARA, TEKUN, Agrobank dan sebagainya.

Usaha sebegini murni jika diberi sebelum PRK, tetapi menjadi ‘gula-gula’ dan ‘umpan’ apabila diumumkan semasa kempen rancak berlangsung. Dimana integriti dan semangat demokrasi parti pemerintah? Adakah di Parlimen dan dihadapan rakyat berdegar-degar laungkan mendukung demokrasi tetapi dari segi pelaksanaan tidak langsung ambil peduli? Sangat retorik.

Kempen Mukhriz tidak berjaya

Dari segi strategi kempen, mana-mana lokasi di Sg Limau meriah dan penuh dengan orang ramai samada orang tempatan dan orang luar yang membantu jentera masing masing sebagaimana pilihan raya-pilihan raya kecil yang lepas. Kreativiti kedua-dua parti dalam berkempen juga menghangatkan lagi suasana yang sedia panas cuacanya daripada pagi hingga ke petang. Cuma hujan kadang kala pada lewat petang hingga ke malam hari, namun sambutan tetap meriah di sekitar Sg Limau.

Selepas penamaan calon, tidak banyak poster, banner, bendera dan bunting calon dilihat, namun ia semakin rancak dipasang, digantung dan dipacak oleh jentera masing-masing selepas beberapa hari kempen. Bunting dan poster Mukhriz Mahathir selaku MB Kedah tidak juga banyak kelihatan digantung di merata tempat sehinggakan ramai yang agak keliru, siapakah yang bertanding sebenarnya? Gambar profil dan imej Mukhriz yang kelihatan warak, berjubah dan berkopiah, seolah-olah menjadi pertaruhan jentera BN bagi menawan hati pengundi Sg Limau yang sinonim dengan kehidupan Islamik. Maka, slogan Berani Berhijrah dipertaruhkan oleh BN bagi menampakkan imej Islam bagi menambat pengundi.

Sg Limau: Keputusan Rasmi PRK 13 Dan Keputusan Rasmi PRU13




 (Keputusan PRU 13)
(Keputusan 2004 - 2013)

Sg Limau: Majoriti turun bukan sebab pilih BN - Ustaz Azam

YAN - Penurunan majoriti undi Pas pada PRK Dun Sungai Limau bukan kerana pengundi beralih kepada BN tetapi kekangan tertentu termasuk mereka tidak dapat keluar mengundi.

Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat berkata, ia disebabkan hari mengundi diadakan pada hari bekerja.

“Saya masih belum membuat analisis mengenai penjumlahan undi, cumanya saya difahamkan undi BN hanya meningkat sebanyak 450.

“Ramai pengundi Pas yang tinggal di luar kawasan tidak sempat balik dan ada yang duduk dalam Dun Sungai Limau, tetapi bekerja di luar tidak dapat menunaikan tanggungjawab kerana bekerja,” katanya.

Beliau menyifatkan kekurangan undi Pas kerana ramai ahli tidak balik mengundi semalam.

“Saya percaya ramai yang tidak balik mengundi sebab maklumat dari bilik gerakan kita pun sedemikian. Ramai pengundi tidak sempat untuk balik mengundi,” katanya.

Sg Limau: Isyarat Mahfuz beri cabaran sengit kepada Mukhriz pada PRU14

KUALA LUMPUR: Kemenangan PAS pada PRK Sungai Limau, semalam memberi isyarat bahawa Datuk Mahfuz Omar bakal memberi cabaran yang sengit kepada Datuk Mukhriz Mahathir dalam pilihanraya umum akan datang.

Setelah bertarung selama 12 hari dalam kempen pilihanraya yang sengit dan penuh dengan gula-gula politik, PAS akhirnya berjaya mengekalkan kerusi Dun Sungai Limau melalui calonnya, Mohd Azam Abd Samat yang menewaskan calon BN, Dr Ahmad Suhaimi dengan majoriti 1,084 undi.

Menurut Shahbudin lagi, kemenangan PAS, walaupun dengan jumlah undi yang merosot berbanding PRU13 iaitu 2,774 undi tetapi seperti yang selalu diucapkan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, walau dengan kelebihan satu pun tetap dikira menang juga.

Sg Limau: PAS, PR kembali ke persada kuasa politik Kedah

JERAI: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kemenangan pertama PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau adalah kegembiraan pertama di awal tahun baru Hijrah.

Beliau yang memikul tanggungjawab sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Dun Sungai Limau turut menggambarkan ia merupakan isyarat kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk kembali ke persada kuasa politik di Kedah pada pilihan raya umum yang akan datang.

"Ini merupakan kegembiraan pertama kita pada awal tahun baru Hijrah.

"Selain itu juga ia turut menggambarkan satu isyarat kepada kita bahawa PAS dan Pakatan Rakyat akan kembali kepada kuasa politik di Kedah pada pilihanraya akan datang," jelasnya.

Ketika mengulas tentang majoriti yang menurun jika dibandingkan sebelum ini, Mahfuz menjelaskan perkara itu telah dijangka dari awal lagi.

Malah katanya, atas beberapa faktor PAS telah meletakkan sasaran pada majoriti lantai iaitu 500 undi.

"Terdapat beberapa faktor iaitu yang pertama ini merupakan calon baru dan belum dikenali secara menyeluruh di kalangan masyarakat Dun Sungai Limau.

Sg Limau: Kemenangan naikkan martabat rakyat – Ustaz Azam

JERAI: Ustaz Mohd Azam Abd Samat melahirkan kegembiraan di atas kemenangan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK Dun Sungai Limau dengan majoriti 1,084 undi.

Jelasnya, ia merupakan kemenangan Pakatan Rakyat serta kemenangan untuk menaikkan martabat hak rakyat.

"Ini merupakan kemenangan Pakatan Rakyat dan kemenangan kita untuk memartabatkan hak rakyat.

"Sekarang bermulalah tanggungjawab kita kepada rakyat Sungai Limau untuk amanah yang diberikan dengan berkesan, saya mengharapkan amanah ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik," jelasnya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera yang membantu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau sehinggakan dapat mengekalkan kecemerlangan PAS pada Dun yang dikuasai sejak sekian lama.

Sg Limau: Rakyat beri isyarat tidak mudah dibeli

JERAI: Kemenangan PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau merupakan kemenangan bermakna untuk parti itu selain berjaya mengekalkan kemenangan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad yang ditemui memberitahu kemenangan cukup manis buat PAS kerana parti itu bukannya berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) tetapi berdepan dengan jentera kerajaan yang memiliki segala kelengkapan.

"Saya melihat ini satu kemenangan yang cukup manis untuk kita kongsikan dengan seluruh penduduk Sungai Limau dan seluruh rakyat Malaysia.

"Kita berjaya mengekalkan kemenangan dengan majoriti yang memuaskan, kita perlu ingat pertembungan ini bukan antara PAS dengan BN tetapi kita bertembung dengan agensi kerajaan.

"Meraka membawa keseluruhan agensi kerajaan dari Putrajaya ke sini, namun ini merupakan satu isyarat yang jelas bahawa tidak mudah rakyat dibeli," katanya.

Sg Limau: 465 undi BN bernilai RM15 juta

Pada masa ini, BN mungkin boleh berpuas hati dengan kemampuan mereka mengurangkan hampir separuh majoriti PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Limau.

PAS semalam menang dengan majoriti 1,084 undi berbanding 2,774 majoriti undi pada pilihan raya umum dalam bulan Mei yang lalu.

Sungai Limau yang mempunyai 19 daerah mengundi, menyaksikan PAS kehilangan empat daerah mengundi kepada BN - Sungai Limau, Kabu Sepuloh, Sedaka dan Padang Lumat.

Ironinya juga, PAS kini menguasai Sungai Limau dengan hanya menang di sembilan daerah mengundi berbanding BN yang menang di sepuluh daerah mengundi.

Bagaimana pun, analisis menunjukkan BN sebenarnya berbelanja terlalu besar untuk memperolehi peningkatan undi yang terlalu sedikit.

Menurut PAS, BN membelanjakan kira-kira RM15.5 juta dalam kempen mereka di Sungai Limau.

Jumlah itu meliputi RM5.5 juta untuk sekolah menengah agama, RM2.25 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, dan RM1.2 juta untuk sekolah-sekolah lain.

BN juga mengagihkan bantuan sebanyak RM2.8 juta untuk bantuan perumahan dan cermin mata percuma, RM802,700 untuk program Bantuan Azam Tani Mara, RM2.5 juta untuk tukun tiruan dan RM500,000 untuk jeti perikanan.

Selebriti 'gred B'

Ia tidak termasuk RM300,000 untuk Masjid Simpang Empat, RM118,000 untuk guru-guru prasekolah agama Kafa dan 33 masjid, RM30,000 dalam bentuk pinjaman TEKUN serta RM19,700 dalam bentuk zakat dari Agrobank.

Al Fatihah: Suhaimi Said meninggal dunia


suhaimiSHAH ALAM 5 NOV : Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said,68, meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah pada jam 6.00 petang lapor twitter Senator Dewan Negara, Syed Husin Ali.
Suhaimi dimasukkan ke wad sejak 29 Julai lalu, disyaki terkena jangkitan kuman pada tulang belakangnya.
Suhaimi yang juga Ketua Cabang PKR Kuala Krau, merupakan pejuang masyarakat warga Felda sejak tahun 1980-an termasuk pernah terlibat dalam tragedi berdarah semasa Pilihan Raya Kecil di Lubuk Merbau, Kedah.
Jasanya terhadap rakyat khususnya peneroka dan Orang Asal begitu banyak, beliau juga peguam yang gigih membantu rakyat sehingga digeruni sejak zaman Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Beliau dua kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan banyak kali ditangkap dan dikepung ceramahnya oleh pihak polis.

Anwar Ibrahim: An Unbreakable Chain In Dr Syed's Overriding Theme, The Theme Of Social Justice

Anwar Ibrahim: The New Economy Policy Or New Malay Empowerment Is Empowering The Few

Sg Limau: Tahniah Ustaz Azam, tahniah PAS dan tahniah Mahfuz

Kekalahan calon UMNO Shohaimi di N20, Sungai Limau semalam, sememangnya di jangka walaupun dengan majoriti yang mengecil. PAS sendiri dari awal telah menjangka kemenangan tipis kerana ini adalah pilihanraya kecil dalam mana semua pemimpin-pemimpin besar UMNO dan BN dari Kuala Lumpur datang memberikan bantuan kewangan dan projek-projek yang menelan peruntukan yang berpuluh juta ringgit.
Kemenangan ini adalah kemenangan manis bagi PAS dan ia merupakan berita baik dalam menyambut kedatangan tahun baru Hijrah 1435 ini. Saya begitu terharu mendapat berita kemenangan itu dan berharap PAS Kedah akan terus menjadi teraju kepada perjuangan politik yang berteraskan Islam dan kemajuan ummah..
Berbagai cara dan keghairahan yang di tunjukkan oleh pimpinan UMNO semasa pilihanraya itu. Pemimpin besar BN UMNO begitu ghairah sehinggakan Muhyiddin Yassin sendiri tersalah dan terlanjur cakap dengan menggunakan isu nasib yang menimpa Allahyarham TS Azizan sebagai modal kempennya. Muhyiddin telah meminta maaf dan permohonan maaf itu telah di terima oleh keluarga TS Azizan.
Bagi saya kemenangan PAS dan mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau sangat penting bagi parti itu yang baru sahaja kehilangan kerajaan tadbirannya di Kedah dalam PRU  lepas. Kejayaan mempertahankan kerusi ini amat bermakna kerana PAS perlukan suntikan semangat baru bagi meneruskan cita-cita untuk kembali mentadbir kerajaan beberapa tahun lagi.
Bagi saya secara peribadi kemenangan PAS ini juga memberikan keyakinan kepada kepimpinan PAS Kedah yang kini di pegang oleh Mahfuz Omar, yang di lihat sebagai penggerak yang ‘effective’ dan sesuai dengan keadaan serta scenario politik di Kedah itu. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada saudara Azam yang berjaya mempertahankan kerusi N20 itu dan lebih-lebih lagi kepada saudara Mahfuz yang telah berjaya mengkoordinasikan gerakan PAS dalam pilihanraya itu.

Saya mahu jadi warga Brunei

Oleh Subky Latif
TIADA yang dapat mengubat kepiluan saya selepas penculikan Presiden Mesir, Mohamad Morsi melainkan permasyhuran Sultan Hassanal Bolkhiah menjadikan Brunei Darussalam sebuah negara syariah yang melaksanakan kanun Islam enam bulan dari sekarang. 

Reaksi awal saya jika boleh diterima oleh Raja dan rakyatnya agar saya menjadi warga Brunei dan menetap di situ hingga mati kerana beribadat di negara seperti itu akan dilimpahi ganjaran pahala berganda berbanding beribadat di negara sekular seperti Malaysia. Mungkin beribadat sehari di Kuala Lumpur sama seperti beribadat lima atau enam hari di Brunei dan saya tidak bimbang lagi rumah saya dirompak, harta saya dicuri atau saya ditembak di tengah jalan kerana Allah akan gerunkan sekalian sang penjenayah.
Mungkin saya akan menambah seorang lagi penganggur di Brunei yang anggarannya mencapai 20,000 sekarang, tetapi jangan bimbang apabila terlaksananya hudud dan ciri-ciri syariah yang lain, negara itu akan menuju suasana yang dekat dengan pencapaian pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.
Jika zaman Umar Abdul Aziz tidak ada orang yang layak atau mahu menerima zakat, maka Brunei diharapkan dengan kurnia dan izin Allah akan jadi sebuah negara yang lebih makmur berbanding sekarang dengan orang miskinnya paling mi-nimum jika pun tidak sifar kemiskinan dan sifar pengangguran.
Jika saya ada makanan secukup- nya, ada rumah, ada motokar, ada duit bagi sekolah anak cucu sebagai warga Brunei, bukan kerana limpahan kekayaan minyak yang dinikmati oleh negara itu sekarang, tetapi nikmat itu adalah jaminan dan janji Allah atas limpahan berganda daripada pelaksanaan syariah.
Mungkin dunia sangka orang Brunei dikolotkan oleh tiada nikmat demokrasi, kebebasan bersuara dan nikmat lain oleh sebuah negara dan masyarkat maju, tetapi negara-negara Islam yang ada Parlimen dan ada pilihan raya terkialkial untuk melaksanakan hudud dan hendak bercakap tentang syariah pun takut.
Bahkan Brunei tiada apa yang dapat menghalang Sultan Hassanal Bolkhiah untuk mengisytiharkan negaranya menjadi negara kebajikan yang mendaulatkan syariah. Tiada Parlimen yang boleh menghalangnya, tidak majoriti dua pertiga yang boleh menolak perintahnya. Tiada panglima seperti Jeneral Abdel Fattah As-Sisi yang boleh merampas kuasa kerana tidak mahukan hudud.

Gula mahal sebab kilang rosak?

Oleh MAT ZAIN MAT ISA
GULA sepenting minyak. Jika kenaikan harga minyak memberi kesan menyeluruh kepada hampir semua barangan keperluan harian rakyat, maka begitulah juga kesan yang bakal dirasai pengguna ekoran kenaikan harga gula.

Di dalam pembentangan belanjawan negara untuk tahun 2014 di Dewan Rakyat, Jumaat, 25 Oktober lalu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak antara lain mengumumkan pemotongan subsidi gula sebanyak 34 sen bagi setiap kilogram. Ini bermakna harga bahan pemanis itu dinaikkan dengan kadar sama, yakni 34 sen sekilo. Sebelum ini harga sekilo gula ialah RM2.50. Dengan kenaikan itu harganya kini RM2.84 sekilo. Namun, jika hanya gula yang dibeli, pekedai secara automatik akan “membulatkan” harga menjadi RM2.85.
Sebagaimana penggunaan petrol dan diesel melibatkan hampir semua barangan keperluan harian, maka begitulah juga gula. Kita telah melihat bagaimana kesan ke atas kos sara hidup rakyat ekoran kenaikan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter bermula awal September lalu.
Seperti biasa, pada setiap kali berlaku kenaikan harga apa-apa barangan pun, akan ada pihak yang cuba merasionalkannya sekali gus meremehkan suarasuara membantahnya. Maka pada awal kenaikan harga minyak dulu, kerap kita dengar dan baca orang menyebut, “Alahhh... 20 sen je, tak payah la nak kecoh sangat!”
Inilah masalahnya dengan orang kita, suka sangat mengambil ringan (atau sebenarnya memutarbelit fakta dan hujah agar perkara ini dilihat kecil dan ringan). Sedangkan sebenarnya isu ini bukan soal “20 sen je”, kerana boleh dikatakan tidak ada pengguna mengisi hanya seliter petrol atau diesel setiap kali ke stesen minyak.

Ekonomi melangkaui batas perkauman

Oleh LIEW CHIN TONG
POLITIK pembangkang diselubungi suasana yang sayu selepas PRU11 pada tahun 2004. Penyelewengan pilihan raya, terutamanya di Selangor membakar api kemarahan ketika itu.Saya selaku pengarah kempen untuk calon Bukit Bintang, Fong Kui Lun menerima panggilan kawan dari Selangor, kira-kira jam 4 petang pada hari pengundian.

Beliau bertanyakan sama ada waktu tamat pengundian ditundakan sehingga jam 7 petang? Lantas saya membalas, mustahil! Malangnya, inilah yang berlaku tatkala senarai daftar pemilih mencelarukan keadaan, dan hangat dipertikaikan kemudiannya. Kekecewaan sedemikian yang mendorong parti pembangkang untuk kembali ke meja rundingan.
Pada Julai 2005, pemimpin PAS, KeADILan dan DAP mengadakan pertemuan di Port Dickson untuk mencari jalan keluar dari kekalahan PRU11. DAP telah menarik diri dari Barisan Alternatif pada 22 September 2001.
Dengan kata lain, tiada hubungan rasmi antara ketiga-tiga parti pembangkang ketika itu. Dengan senario sebegitu, ramai yang tertanya-tanya, apakah politik pembangkang masih menjadi satu kemungkinan di bawah kuasa Umno-BN yang semakin dominan?
Ketiga-tiga parti pembangkang bersetuju untuk mengetepikan perbezaan, sebaliknya memberi tumpuan kepada reformasi sistem pilihan raya. Untuk lebih dua tahun kita bertungkus-lumus dan akhirnya “reformasi sistem pilihan raya” menjadi tema untuk mengerah massa ke jalan raya dalam perhimpunan Bersih pada 10 November 2007.
Barangkali ia sesuatu di luar jangkaan, memandangkan reformasi sistem pilihan raya pada asalnya bukan isu yang menarik perhatian umum untuk sekian lama. Namun kini ia menjadi tema untuk memobilisasi perhimpunan terbesar dalam sejarah Malaysia.
Ringkasnya, dari tahun 2005 sehinggalah pada 5 Mei 2013, tema yang menjalinkan politik pembangkang dan masyarakat sivil melalui Bersih sebenarnya pendemokrasian politik.
Perhimpunan Bersih mencetuskan gelombang yang dapat diperlihatkan melalui Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.
Malah, perhimpunan Hindraf, perhimpunan anti-ISA, Himpunan Kebangkitan Rakyat 112, siri Himpunan Hijau (anti-Lynas), perhimpunan anti-PPSMI dan sebagainya, memperlihatkan bagaimana rakyat turun ke jalan raya untuk mempertahankan hak mereka, sama ada dari segi pendidikan mahupun keprihatinan terhadap alam.

Gula, kencing manis dan menteri kencing

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
TIDAK ada keraguan gula menyebabkan penyakit kencing manis justeru mengakibat pelbagai komplikasi kesihatan.
Kajian dibuat oleh pelbagai institusi di seluruh dunia termasuk oleh Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia sendiri dan tiga buah universiti tempatan menunjukkan lebih 70 peratus penghidap kencing manis menghadapi risiko buta, strok, kegagalan jantung dan buah pinggang serta kudung kerana gagal mengawal paras gula dalam badan.

Dengan peningkatan penghidap kencing manis sebanyak 15 peratus setahun membabitkan individu berusia 30 tahun, sebagaimana penemuan kajian Persatuan Diabetes Malaysia dan Majlis Pencegahan Obesiti, meletakkan Malaysia di tangga teratas bagi dari segi kadar kenaikan mahupun jumlah penghidap penyakit ini. Tahun lalu sahaja terdapat 2.6 juta penghidap. Angka ini meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-10 dalam senarai WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu) di bawah kategori jumlah penghidap diabetes.
Rakyat Malaysia pada umumnya arif dan sedia maklum akan akibat pengambilan gula berlebihan.
Malangnya sementara sekalisekala terdapatnya kempen  mengurangkan pengambilan gula, tidak ada usaha spesifik dan bersungguh-sungguh dari pihak kerajaan untuk menangani masalah ini.
Ada antara kita tahu gula bukanlah satu-satunya bahan pemanis. Banyak lagi bahan pemanis lain boleh digunakan bagi menggantikan gula pasir diperbuat daripada tebu.
Malangnya produk pengganti gula ini tidak dianggap sebagai makanan tetapi dikategorikan sebagai ubatan dijual di farmasi.
Oleh kerana pengimportannya tidak diregulasikan, maka pihak bertanggungjawab mengimport bahan ini serta farmasi menjualnya meletakkan harga jualan runcit tinggi kepada produk pengganti gula ini.
Malah harga air minuman dan jus buahan berkotak yang tidak bergula atau tidak ditambah gula dijual pada harga jauh lebih mahal dari yang ditambah gula.
Justeru produk tersebut hanya dibeli oleh segolongan berkemampuan atau mereka yang sudah pun dikesan sebagai penghidap diabetes mellitus.

Rakyat Kena Berjimat: Idris Jala kena perinci tujuan sebenar dana besar JPM


WilliamKUALA LUMPUR 5 NOVEMBER: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Idris Jala digesa menyatakan secara teperinci butiran lanjut perbelanjaan jabatan di bawah seliaannya.
Ini berikutan peningkatan mendadak dana untuk JPM yang meningkat 43 kali ganda sejak Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.
Ahli Parlimen Selayang, William Leong (gambar) mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang membangkitkan keraguan ada kemungkinan dana tersebut akan disalahguna bagi tujuan politik.
“Peruntukan tersebut terlalu besar. Kita perlu diberi penerangan terperinci apa tujuan sebenar peruntukan besar tersebut,” kata William ketika dihubungi.
Chin Tong dalam kenyataan Rabu lalu menyebut, jumlah dana bagi JPM meningkat dari RM158,090,000 pada 2010 kepada RM6,855,107,300 dalam Bajet 2014, meliputi 15 peratus dari RM53 bilion jumlah keseluruhan peruntukan untuk pembangunan bagi 2014.

KDN digesa keluar surat tunjuk sebab kepada syarikat keselamatan

surendranSHAH ALAM, 5 NOV : Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa supaya mengeluarkan surat tunjuk sebab dan membatalkan lesen syarikat keselamatan yang terbabit dalam kejadian rompakan sebuah kedai emas di Setapak, minggu lalu, dengan kadar segera.
Desakan itu dibuat kerana sebelum ini, KDN mengambil langkah drastik membatalkan lesen syarikat Kawalan Prima Sdn Bhd apbila pengawal keselamatan syarikat berkenaan menembak mati pegawai bank Ambank Jalan USJ 2, dekat sini, bulan lalu.
Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran, berkata KDN dan Ketua Polis Negara perlu bertanggungjawab berhubung perkara terbabit memandangkan kuasa kelulusan senjata api dikeluarkan mereka kepada syarikat keselamatan.
“Kegagalan dan tanggungjawab ini terletak pada KDN dan Ketua Polis Negara kerana lesen kelulusan senjata api datang daripada kementerian terbabit.
“Bermakna masalah ini adalah kegagalan KDN untuk memastikan syarikat keselamatan yang diberikan lesen itu mempunyai kemampuan dan kebolehan menjalankan tugas tanpa melakukan jenayah,” katanya kepada portal Selangor Kini, di sini, hari ini.

Malaysia paling ramai pembunuh ‘semi-profesional’ - Siri 1

siri 1SHAH ALAM 5 NOV : Kejadiaan pembunuhan menggunakan senjata api dilihat semakin menjadi tren dan pilihan masyarakat masa kini sama ada sebagai kerjaya atau sekadar meraih kepuasan diri.
Hampir setiap hari, negara dikejutkan dengan pelbagai insiden tembakan yang menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat berkenaan tahap keselamatan mereka.
Penganalisis Jenayah Datuk Akhbar Satar, berkata terdapat tiga jenis pembunuh upahan yang dikenalpasti di negara ini antaranya tidak matang (kes perbalahan, cemburu), semi-profesional (dendam, dengki) dan profesional (bunuh tanpa kesan).
Katanya, kebanyakan pembunuh upahan di Malaysia adalah di kalangan semi-profesional yang banyak dilakukan di kawasan awam seperti di lampu isyarat atau kedai makan.
“Pembunuh upahan golongan ini biasanya dapat dikesan pihak polis. Kalau pihak berkuasa tidak ambil tindakan drastik, mereka boleh bertukar kepada penembak profesional yang bertindak membunuh mangsa tanpa kesan dan hal ini yang kita bimbang,” katanya kepada Portal Selangor Kini, di sini, semalam.
Katanya, kejadian pembunuhan menggunakan senjata api dipercayai berleluasa disebabkan perebutan kuasa kongsi gelap untuk mengawal kawasan dan tidak terkecuali didorong sifat dendam.
Beliau berkata, undang-undang sedia ada juga tidak dijamin keberkesanannya jika penguatkuasaan kerajaan tidak diperketatkan.
“Setiap undang-undang adalah baik tetapi penguatkuasaan dan kerjasama orang ramai diperlukan untuk membanteras kes jenayah seperti ini. Orang ramai perlu membantu polis dengan melaporkan kegiatan atau sesiapa yang disyaki terbabit dalam kes jenayah,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, berkata masalah jenayah harus ditangani secara holistik dan bukan tertumpu kepada penguatkuasaan undang-undang sahaja.
Beliau berkata, aspek ekonomi juga harus diberi perhatian serius seperti penguatkuasaan undang-undang dalam mengekang kes jenayah di negara ini.

Penyeludupan senjata api bermaharajalela di sempadan

Kepesatan ekonomi negara dan kekerapan pergerakan keluar masuk penduduk di sempadan Malaysia-Thailand banyak menyumbang kepada kegiatan penyeludupan terutama senjata api.

Kegiatan itu dikesan kembali bermaharajalela di kawasan sempadan dan kini menjadi topik perbualan masyarakat apabila kes bunuh menggunakan senjata api mencatat peningkatan.

Sempadan Malaysia-Thailand berkeluasan 640 kilometer itu terdiri daripada 551 kilometer sempadan darat manakala selebihnya merupakan sempadan perairan yang menjadi sarang kepada beberapa aktiviti penyeludupan yang didalangi kongsi gelap kedua-dua negara.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Polis Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor berkata faktor kelemahan pemeriksaan di kawasan sempadan menjadi punca kegiatan penyeludupan mudah dilakukan kumpulan penjenayah ini.

Beliau berkata hasil risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati pemeriksaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand hanya dijalankan secara rawak membolehkan kumpulan penjenayah menyeludup senjata api dengan mudah.

Namun, katanya, perkara itu tidak boleh dipersalahkan kepada pasukan keselamatan semata-mata kerana ia terjadi disebabkan faktor kepesatan ekonomi di kawasan sempadan yang menjadikan pemeriksaan dilakukan secara rawak.

Muktamar 59: Peluang Mat Sabu menyala kembali

Belum habis penat berkempen pilihan raya kecil DUN Sungai Limau, perhatian semua pihak khususnya penyokong PAS kini bertumpu pada pemilihan jawatankuasa parti pada 21 November depan.

Tentunya, pemerhati politik semakin galak mengintai peluang ayam sabung PAS Mohamad Sabu sama ada boleh mempertahankan jawatan timbalan presiden yang disandangnya sejak dua tahun lalu.

NONESebelum ini wujud desas-desus usaha menyingkirkan Mohamad, namun kemudiannya perkara itu dinafikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Ia ekoran 'lobi' kumpulan proagamawan yang kuat dalam PAS, terutamanya Dewan Ulama, yang mahukan agar jawatan tertinggi dalam parti Islam itu diisi oleh golongan ulama.

Berdasarkan perkembangan semasa, peluang Mohamad - yang telah menyatakan pendirian mempertahankan jawatan itu - dilihat kembali cerah sekalipun berdepan laluan sukar.

Selain beliau, empat lagi tokoh dicalonkan ke peringkat itu, termasuk dua naib presiden - Salahudin Ayub dan Datuk Husam Musa - serta Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tun Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Bagaimanapun, Salahudin dan Husam setakat ini tidak berhasrat mencabar Mohamad, sebaliknya dijangka mempertahankan jawatan disandang. Ia sekali gus, membolehkan Mohamad menarik nafas lega buat masa ini.

pakatan ceramah shah alam 041211 nik azizSebelum ini, kedudukan Mohamad dilihat genting susulan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat - pemimpin parti paling berpengaruh - pada September lalu dengan tidak semena-mena dikatakan memberi isyarat supaya jawatan nombor dua diberikan kepada ulama.

Mujur Nik Aziz (kiri) beberapa hari kemudian menafikannya.

Walaupun sentimen proulama itu tidak mungkin padam dalam sehari dua, tetapi tindakan Tuan Ibrahim dan Mohd Amar yang masih gagal memberikan kata putus untuk berentap, menyalakan semula obor harapan Mohamad yang hampir padam.

Trend pemilihan sejak dua penggal terakhir menunjukkan pemimpin yang mengisytiharkan hasratnya di saat-saat akhir pasti berdepan laluan sukar. Ini berlaku apabila mereka dilihat oportunis dan menangguk di air yang keruh.

Menghalal Cara: Jualan murah gula, beras di Sungai Limau tiada unsur rasuah - SPR

Suruhanjaya Piliihan Raya (SPR) menyifatkan jualan murah gula dan beras oleh Barisan Nasional (BN) semasa tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tidak mengandungi unsur rasuah kerana pengundi masih diberi kebebasan memilih calon pilihan mereka.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata tiada undang-undang pilihan raya yang berkaitan jualan murah dan kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) mesti diperoleh bagi mengadakan jualan tersebut.
“Tiada dalam undang-undang pilihan raya pasal jualan ini. Saya ingat perkara ini di bawah KPDNKK bagi memohon kebenaran mengadakan jualan murah atau jualan amal.
“Apa yang saya tahu ia tidak melanggar peraturan. Saya tidak dimaklumkan mengenai perkara ini. Kalau dibuat jualan kepada orang ramai, tidak menjadi masalah tetapi jika dipanggil pengundi membeli dengan harga murah kemudian menggesa pengundi untuk mengundi calon tertentu, itu tidak dibenarkan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
BN pada Ahad lalu mengadakan karnival jualan murah di Bukit Besar iaitu sebuah kawasan yang terletak kira-kira 19 kilometer dari Bandaraya Alor Setar dengan satu kilogram gula boleh dibeli pada harga RM1 berbanding harga pasaran RM2.84 dan sekampit beras 5 kilogram dijual RM5 berbanding harga pasaran sebanyak RM13.
Abdul Aziz berkata, sesebuah pilihan raya akan dikira sebagai rasuah apabila pengundi diminta untuk mengundi calon tertentu dan pengundi tersebut pula menunjukkan bukti mereka mengundi calon tersebut.

#MillionMaskMarch: Anonymous supporters rally worldwide to protest corru...

Apakah Rahsia Boleh Berpoligami? - Ustaz Azhar Idrus

"Apabila Diberi Amanah Kepada Orang Yang Bukan Ahlinya.." - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Bawa Al-Quran Dalam Beg/Plastik Tanpa Wuduk - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Orang Kafir Baca Al-Quran..'Hercules Pernah Baca Al-Quran' - Ustaz Azhar Idrus

ANWAR IBRAHIM: SAPU BERSIH 2

Suara perkauman makin menakutkan

A Shukur Harun

Lebih 30 tahun lalu, seingat saya, isu perkauman jarang sekali berbangkit atau dibangkitkan dengan nyaringnya di negara ini. Boleh jadi zaman itu belum banyak NGO, lebih-lebih lagi yang diasaskan kepada sesuatu kaum dan agama seperti sekarang.
Bukan tidak ada langsung NGO seperti ini tetapi jarang kedengaran daripada mereka suara perkauman atau pemahaman agama yang sempit. Ini bukan pula bererti mereka tidak cintakan agama dan bangsa masing-masing, tetapi suara mereka tidaklah demikian garang dan tajam seperti sekarang.
Malah pada masa itu isu rusuhan 13 Mei, jarang diingat dan dibangkitkan, walaupun jarak masanya tidaklah begitu jauh. Demikian juga parti-parti politik yang ada pada waktu itu, tidaklah begitu lantang meneriakkan isu perkauman, walaupun parti besar seperti PAS, Umno dan DAP sudah pun kukuh di tengah masyarakat, tetapi suara perkauman dan pelampau agama amat jarang terdengar.
Ini menyebabkan suasana kehidupan masyarakat terasa aman dengan toleransi kaum dan agama terpelihara dengan baik, justeru jarang kedengaran suara perkauman yang membingitkan.
Ini berbeza dengan keadaan sekarang, apabila suara perkauman dan suara pelampau agama begitu garang kedengaran hampir setiap hari, atau pun setiap hari. Ia diteriakkan oleh pelampau perkauman di dalam parti tertentu dan sesetengah NGO, maka keadaan ini sangat menakutkan. Ia diteriakkan dalam ceramah, kenyataan akhbar, malah diteriakkan lebih lantang di pelbagai media.
Keadaan ini benar-benar mengganggu keharmonian kaum dan toleransi beragama dalam masyarakat majmuk yang terbina sekian lama di negara ini.
Seingat saya, sejak lama dulu, pemimpin PAS, parti politik bernuansa Islam, dalam ceramah dan kenyataan mereka sentiasa mengingatkan masyarakat akan hadis Rasulullah bahawa “Bukan dari umatku, mereka yang meneriakkan assobiyah (perkauman).” Oleh itu, PAS berjuang atas dasar Islam bukan perkauman, kata pemimpin PAS.
Seruan ini, yang diulang-ulang di mana saja, kelihatannya berkesan dan semakin ramai yang menyertai PAS hingga kini kerana tertarik kepada dasar PAS yang murni Islam dan tidak perkauman.
Tetapi, menurut pengamatan saya, pemimpin PAS kini semakin kurang mengulang hadis Rasulullah tadi baik dalam ceramah mahupun kenyataan mereka. Padahal, saya kira, ingatan ini sangat wajar diulang lebih-lebih lagi dalam suasana teriakan perkauman semakin lantang di tengah masyarakat.
Mungkin ada hujah bahawa rakyat semakin faham di mana Islam menentang perkauman. Tetapi memandangkan jeritan perkauman semakin nyaring dan menakutkan, maka hadis Rasulullah itu sewajarnya diulang-ulang kembali untuk mengingatkan rakyat akan bahaya perkauman.

Dr Mursi: Saya adalah presiden sah

Mursi: Saya adalah presiden sah 
 Ribuan penduduk Mesir dan pro Mursi berhimpun di luar Mahkamah Perlembagaan di Kaherah.
KAHERAH - MESIR.Lokasi perbicaraan Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Mursi terpaksa diubah pada saat akhir bagi mengelakkan pertempuran berdarah.

Beliau muncul di Mahkamah Perlembagaan di sini semalam, buat kali pertama sejak ditahan 3 Julai lalu bagi menghadapi perbicaraan pembunuhan penunjuk perasaan di istana presiden, Disember tahun lalu.

Tuduhan itu boleh membawa kepada hukuman mati atau penjara seumur hidup.
Sejurus tiba di mahkamah, beliau kemudiannya diterbangkan dengan helikopter ke Akademi Polis di timur Kaherah bagi meneruskan perbicaraan bersama 14 pengikut Ikhwanul Muslimin (IM).

Pengikut IM, termasuk Essam el-Erian, Mohammed al-Beltagi dan Ahmed Abdel Aatie dilaporkan dibawa ke Akademi Polis oleh anggota keselamatan dengan menaiki kenderaan perisai.

Tidak lama selepas sesi perbicaraan bermula, stesen televisyen Al Jazeera melaporkan, perbicaraan itu dihentikan sementara kerana Mursi hadir ke mahkamah dengan memakai sut rasmi dan enggan memakai seragam penjara.

Strategi monarki Najib kuasai kewangan negara

shah_alam_mp_khalid_samad
SHAH ALAM 5 NOV : Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menambah peruntukan sehingga 43 kali ganda di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dilihat sebagai satu strategi ala monarki penuh dalam usaha menguasai kewangan negara. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata strategi itu membolehkan Najib mempunyai kelebihan mengguna wang pembayar cukai sewenang-wenangnya tanpa butiran yang jelas dan dikhuatiri digunakan untuk survival politik Barisan Nasional (BN).
“Dengan cara ini, JPM ibarat menjadi raja dan sultan menguasai penuh segalanya serta tidak boleh dipersoalkan. Dengan ini juga, kewangan negara boleh digunakan sama ada untuk menaikkan imej Perdana Menteri mahupun projek ‘mi segera’ membeli undi ketika pilihan raya bagi memenangkan BN,” katanya ketika dihubungi portal Selangor Kini, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, berkenaan jumlah peruntukan untuk JPM meningkat sehingga 43 kali ganda sejak Najib mengetuai pentadbiran negara, pada 2009.

Pelajar UUM tidak lagi dijajah Umno?

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Selain  mengikuti perkembangan pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau, saya  cukup teruja dengan beberapa keputusan pilihan raya kampus (PRK), terutama yang mencatat keputusan luar jangka, sekali gus mempamerkan keberanian mahasiswa untuk bersuara.

Apabila kumpulan Pro-Mahasiswa (walaupun dengan nama-nama berbeda) mempertahankan kemenangan di Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Wufi), ia bukanlah berita yang mengejutkan; cuma bilangan kerusi yang dibincangkan.
Situasi berbeda di kampus-kampus utara Semenanjung -- Universiti Sains Malaysia, apatah lagi Universiti Utara Malaysia -- meskipun Pro-M belum berjaya sepenuhnya. Sekurang-kurangnya kumpulan Aspirasi (yang disokong kuat pentadbiran universiti) tidak lagi menguasai politik kampus universiti berkenaan secara mutlak.
Kerancakan gerakan pelajar selalunya terserlah jika bukan hanya satu kumpulan yang begitu dominan. Keadaan bertambah buruk apabila Hal Ehwal Pelajar, yang sepatutnya mengendalikan PRK secara bebas dan adil, bertindak menyebelahi Aspirasi. Istilah "pembangkang sifar" sememangnya tidak selari dengan makna sebuah demokrasi yang segar.
UUM pernah diberi jolokan nakal "Universiti Untuk Mahathir" ataupun "Universiti Umno Malaysia" (UUM), untuk menunjukkan warga kampus tersebut "terjajah" dengan satu aliran sahaja. Pentadbiran kanannya, termasuk naib canselor, didakwa bersikap tidak toleran dengan gerakan mahasiswa independen.

Yang menang dan yang kalah di Sungai Limau

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar adalah orang yang paling gembira ekoran kemenangan PAS di Sungai Limau manakala Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pula adalah pihak paling terasa kesan kegagalan Barisan Nasional mengalahkan PAS semalam.
Sementara itu, badan penyelidik bebas Ilham Centre antara pihak yang sangat gembira dengan kemenangan ini ekoran jangkaan mereka menjelang pemilihan adalah tepat manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin pula meleset apabila jangkaan beliau BN akan menang tersasar.
Berikut adalah pihak yang menang dan kalah dalam pilihan raya kecil Sungai Limau.
Yang menang
1) PAS
Sudah pasti pemimpin dan penyokong PAS di seluruh negara paling gembira dengan kemenangan ini. Sudah tentu mereka akan membuat pelbagai kenduri-kendara bagi meraikan kemenangan ini. Pilihan raya kecil ini juga berjaya meredakan ketegangan antara pucuk pimpinan mereka ekoran pemilihan pucuk kepimpinan parti yang akan berlaku 22 hingga 24 November ini.
2) Mahfuz Omar
Beliau menjadi individu yang paling gembira dengan kemenangan PAS kali ini. Beliau baru saja mengambil alih jawatannya ini daripada allahyarham Tan Sri Azizan Razak selepas pilihan raya umum lalu ketika Azizan mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang. Kemenangan ini bakal menjadi modal besar kepadanya yang akan berdepan dengan pemilihan parti kerana beliau akan mempertahankan jawatan naib presiden. Kalau sebelum ini beliau antara penyandang yang paling risau, kini beliau mempunyai harapan yang sangat cerah untuk menang.
3) Ustaz Azam
Mohd Azam Abdul Samat, 37 tahun, adalah Penolong Pengetua Sekelah Menengah Agama Bantuan Kerajaan An-Nahzah, Bukit Besar sebelum dipilih sebagai calon. Beliau tidak dikenali sebelum ini. Selepas menjadi wakil rakyat sudah tentu beliau mempunyai rutin yang berlainan selepas ini.
4) Ilham Centre
Ramalan yang dibuat oleh penyelidik bebas Ilham Centre bahawa PAS akan menang sekitar 53 - 55 peratus dalam pilihan raya ini menjadi kenyataan. Ilham mengulangi ketepatan ramalan menjelang pilihan rayanya yang dibuat sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 2008 lalu. Kerisauan jelas terbayang kepada Pengerusi Eksekutifnya, Mohamad Hisomuddin Bakar apabila berita awal menunjukkan BN menang. Namun selepas terbukti ia hanya perang saraf BN, Hisom antara yang menang dalam pilihan raya kecil ini.

Anak Dr Morsi dilarang masuk ke Malaysia....!!


Pihak berkuasa Mesir melarang anak bekas Presiden Mesir , Osama Morsi untuk datang ke Malaysia lapor agensi berita Mesir, Mena.
Menurut agensi berita tersebut, arahan menyekat Osama itu datang daripada pemerintah negara berkenaan.
Ia merupakan sekatan kali kedua dalam tempoh 24 jam yang dikenakan ke atas Osama.
Osama dikatakan mahu menaiki pesawat Egypt Air ke Malaysia semalam  gagal melepasi pemeriksaan imigresen apabila namanya tersenarai antara individu yang tidak boleh keluar dari Mesir.
Sekatan serupa dikenakan pada Ahad lalu, tetapi pihak berkuasa lapangan terbang Kaherah memaklumkan Osama bahawa ia hanya kesilapan prosedur.
Osama yang mengulas tindakan Mesir itu berkata, ia adalah satu lagi siri pelanggaran undang-undang dan pencabulan hak asasi.
Beliau juga menegaskan kehadirannya di Malaysia untuk menyambung pelajaran dan tiada kaitan sebarang usaha dalam perbicaraan bapanya.
Bapanya, Mohamed Morsi, presiden pertama yang dilantik secara demokrasi bakal dibicarakan semula 9 Januari 2014 atas dakwaan mencetuskan perhimpunan yang mengakibatkan kematian.

Muktamar: Saya tunggu Tuan Ibrahim, kata Husam


Datuk Husam Musa (gambar) hanya akan membuat keputusan untuk bertanding mana-mana jawatan tertinggi parti selepas Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat keputusannya.
Husam berkata, ini kerana tumpuan ahli PAS sekarang adalah kepada pendirian Tuan Ibrahim sama ada mahu bertanding atau tidak khasnya jawatan timbalan presiden.
"Ahli PAS sangat berharap kepada beliau untuk bertanding. Jadi sehingga beliau membuat apa-apa keputusan, saya masih membuat pertimbangan dan berbincang dengan semua peringkat parti," kata Husam ketika dihubungi.
Husam kini dalam misi lawatan kerja ke Kurdistan dan antara yang beliau temui adalah keluarga Salahudin Al-Ayubi, tokoh Islam yang terkenal serta pemimpin parti dan gerakan Islam di sana yang kebetulan pengikut Sunni bermazhab Shafei.

Harga gula dunia turun, mengapa Malaysia mahal? Di PRK Sg Limau gula RM1 sekilo...!!!


Subsidi gula, diabetes dan ketentuan Allah




 
Saya masih lagi tidak mendengar kenyataan rasmi daripada ustaz-ustaz daripada Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU) tentang isu pengurangan subsidi gula (kalimat berhantu menggantikan kenaikan harga gula).

Mungkin isu ini tidak sehebat pengurangan subsidi petrol RON95 yang mendapat respon cepat daripada iLMU lantaran perlunya meredakan kemarahan marhaen terhadap pimpinan tertinggi negara.

Atau mungkin juga boleh saya keluhkan bahawa bingkisan "kenaikan harga ketetapan Allah" itu sebagai kuih penganan sahaja untuk melariskan populariti dalam pemilihan Pemuda Umno 2013 yang lalu.

Oh, berdosakah saya kerana syak wasangka ini?

Saya terkejut apabila mendengar perkara 161 dalam ucapan Bajet 2013. Benarkah itu yang termaktub atau saja-saja memanda perdana menteri menokok?

Oleh kerana tidak berpuas hati, saya menyemak semula teks ucapan bajet 2014. Memang benar, ada ditulis bahawa 2.6 juta rakyat Malaysia berumur 30 tahun ke atas mengidap penyakit diabetes.

Lantas langkah pengurangan subsidi (menaikkan harga) gula akan dilaksanakan serta merta selepas lapan jam pengumuman itu dibuat. Sungguh hebat.

Kemenangan PAS di Sungai Limau bukti Pakatan martabat rakyat

menangYAN 5 NOVEMBER: PAS berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau mengalahkan calon BN dengan majoriti sebanyak 1,084 undi.
Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat mendapat 12,069 undi manakala calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim hanya memperoleh 10,985 undi.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Abdul Rashid Othman di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan.
Mohd Azam menyifatkan keputusan itu merupakan kemenangan besar kepada pimpinan PAS dan pengundi DUN Sungai Limau yang meyakini kepimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan).
“Ini adalah kemenangan Pakatan dan juga untuk memartabatkan hak rakyat serta menunaikan amanah dan tanggungjawab bagi masyarakat  di DUN Sungai Limau,” katanya kepada Keadilan Daily.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang ditemui berkata, rakyat membuat keputusan tepat dengan menolak BN sebagai parti yang tidak relevan untuk dijadikan pemerintah.
“Ia bukan saja membuktikan Bajet 2014 Najib (Razak) ditolak rakyat, tetapi penolakan Umno BN sebagai parti penuh rasuah, korup dan penyelewengan,” katanya.

Sg Limau kekal milik Pakatan bukti Melayu tolak Umno

menang 2YAN 5 NOVEMBER: Kemenangan PAS dalam PRK Sg Limau membuktikan Melayu menolak Umno dan BN yang mengamalkan sikap perkauman.
Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar ketika ditemui selepas pengumuman kemenangan Mohd Azam Abd Samat.
Malah katanya, kemenangan ini adalah tanda rakyat negeri Kedah sedia menolak Umno dan BN di bawah kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.
“Ini merupakan hadiah dan rahmat dari Allah di tahun baru Hijrah, khususnya kepada umat Islam di negeri Kedah dan negara ini amnya.
“Pakatan mampu untuk mengembalikan kegemilangan pemerintahan dalam PRU ke-14 yang akan datang sepertimana yang berjaya ditunjukkan dalam PRU 2008 lalu.
“Langkah untuk kembali ke persada politik di Kedah pada pilihan raya umum yang akan datang, tidak mustahil untuk diraih kembali oleh Pakatan,” ujarnya lagi.

PRK Sg Limau: Matangkah budaya politik kita?

TERJAWAB sudah tanda tanya siapa yang bakal menggantikan Adun bagi kerusi Dun Sungai Limau yang kosong pada September lalu ekoran kematian penyandangan, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Dun Sungai Limau memang kubu kuat Pas dan ianya terbukti dengan hasil kiraan undi yang diumumkan malam tadi meletakkan calon Pas, Mohd Azam Abd Samat di depan dengan majoriti 1,084, menewaskan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Seperti yang diramalkan banyak pihak, Pas kekal di Sungai Limau namun dengan majoriti yang merosot. Tepat sekali ramalan itu.

Azam memperoleh 12,069 undi manakala calon BN mendapat 10,985 undi, jumlah pengundi yang turun membuang undi seramai 85.5 peratus (22,642 pemilih) daripada 27,222 yang sepatutnya turun menunaikan tanggungjawab.

Syukurlah sudah diketahui siapa penyandang barunya, usahlah lagi disebut soal sabotaj kerana mengundi hari biasa!

Sg Limau: Kemenangan Pas Hadiah Untuk Almarhum Ustaz Azizan

http://www.youtube.com/v/yyWbvaWLnlA?version=3&autohide=1&feature=share&autohide=1&showinfo=1&attribution_tag=72EprJbfI-OHIKlH1I8kRA&autoplay=1

Maknai Hijrah dengan tatakelola pentadbiran adil, amanah – Wan Azizah

WAWI RayaSalam Maal Hijrah 1 Muharam 1435H

Setahun berlalu dengan pelbagai peristiwa dan sejarah telah kita catatkan. Sebagai manusia pastinya setiap kali tahun baharu muncul akan ada pengharapan untuk kebaikan.
Begitulah gambaran Hijrah yang tercatat di zaman khalifah Islam ke 2 waktu itu, Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab. Seorang pemimpin yang berperibadi tinggi, berhemah dalam pentadbiran yang mengutamakan kebajikan rakyat. Tegas dan adil menjalankan tanngungjawab.
Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab semasa pentadbirannya menekankan dan menggalakkan kegiatan keilmuan dan pendidikan, mengukuhkan perundangan, ekonomi dan sosial. Baginda adalah wajar dijadikan contoh kepimpinan dalam kerangka memartabatkan agama dan membina bangsa di Malaysia. Insya Allah.
Ayuhlah kita semua menerapi semangat kepimpinan baginda yang mengutamakan hak dan kebajikan rakyat. Kita laksanakan tatakelola pentadbiran yang adil dan amanah. Justeru semangat Hijrah ini dapat dimaknai dan dinilai dengan keikhlasan dalam menjalankan tugas harian. Maka tidak akan timbul pengkhianatan kepada semua pemegang amanah.

Perutusan Anwar sempena Ma’al Hijrah 1435H: Istiqamah memacu perubahan

Tatkala menghimbau peristiwa Hijrah, kita sewajarnya menginsafi iltizam dan tekad Rasulullah SAW yang tetap istiqamah dalam memacu dakwah dan proses perubahan ummah.
Meski pun dihadapkan dengan pelbagai rintangan dan mehnah, namun umat Islam di bawah kepimpinan Rasulullah SAW tetap teguh berpegang kepada prinsip dan keimanan kepada Allah SWT.
Peristiwa Hijrah sememangnya telah membuka dimensi baru dalam sejarah ketamadunan Islam. Sentimen dan faham perkauman berteras semangat kabilah dan suku yang menebal di kalangan masyarakat Arab ketika itu telah berjaya dirobek dan dipecahkan.
Perpindahan umat Islam dari Makkah ke Madinah menyaksikan bermulanya era baru dalam perkembangan dakwah Islam. Penyatuan kaum Ansar dan Muhajjirin merupakan titik tolak kepada pembinaan sebuah masyarakat madani dan pemerintahan negara yang berteraskan prinsip al-adli wal ihsan.

1435H: Jangan biarkan kerajaan terus tipu rakyat


Alhamdulillah setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran kepada Allah yang maha tinggi. Sesudah memuji tuhan pencipta, tentunya membuat kita sedar, dari mana kita memperolehi peluang menguak jendela baru tahun hijrah 1435.

1435H disambut selepas hampir seminggu Perdana Menteri Malaysia membentangkan ‘Bajet Menghukum Rakyat’. 1435H disambut dalam keadaan sebahagian daripada kita masih belum hilang kejutan keputusan penipuan raya PRU13. 1435H disambut dengan dilatari kenaikan harga minyak, harga gula, harga makanan dan ketidaktentuan GST dan TPPA.

Manakala Hijraturrasul adalah merupakan permulaan sebuah negara Islam Madinah. Nabi Muhammad s.a.w. disambut dan diangkat oleh penduduk Madinah sebagai pemerintah mereka. Hijraturrasul menampilkan kepada dunia, bagaimana penerimaan sebuah masyarakat terhadap kepimpinan seorang rasul, tanpa apa-apa penipuan, pemaksaan mahupun apa-apa yang boleh dikaitkan dengan kejahatan.

Tapi tahun 1435H, di Malaysia, kita terpaksa menghadapi pemerintah yang lahir daripada penipuan pilihan raya dan kita tidak keseorangan dalam hal ini.  Saudara kita di Mesir juga mengalami nasib yang sama, menyambut 1435H  di bawah pemerintah zalim, yang bukan pilihan rakyat.

Sg. Limau bukti legasi cemerlang Almarhum Ustaz Azizan


KUALA LUMPUR: Kejayaan PAS mengekalkan kemenangan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau pada pilihan raya kecil (PRK) semalam membuktikan masyarakat di Sungai Limau mengiktiraf  sumbangan PAS dan amat menghargai legasi tinggalan mantan Menteri Besar Kedah , Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Razak.

Dalam satu kenyataan media, Ketua Pemuda PAS Selangor , Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim (gambar) berkata, Almarhum Ustaz Azizan telah banyak menabur bakti kepada seluruh rakyat Kedah umumnya dan Sungai Limau khususnya.

“Begitu juga dalam PRK kali ini, PAS tidak ketandusan pemimpin apabila menampilkan calon muda yang berwibawa, memiliki ilmu, akhlak serta tokoh kepimpinan masa hadapan.

“Semoga sahabat saya Yang Berhormat Ustaz Mohd Azam Abdul Samat terus komited dalam melaksanakan tugas serta tanggung jawab sebagai pemimpin baru masyarakat Sungai Limau dan seterusnya meneruskan kecemerlangan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak,” ujarnya.

Syarhan turut mengucapkan tahniah kepada semua petugas dan pejuang khususnya kepada pemuda-pemuda  Selangor yang telah berkampung di Dun Sungai Limau sepanjang kempen berlangsung.

“Alfatihah untuk Almarhum Ustaz Azizan,” ujarnya.

Sg Limau: Mengapa majoriti PAS merosot?

Penantian terhadap keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau telahpun berakhir dengan PAS mengekalkan kemenangan kali keenam  berturut-turut.

Seperti yang dijangkakan, calon PAS Ustaz Mohd Azam Abd Samat menang mengatasi calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazin dengan majoriti 1,084.

Ustaz Azam mendapat 12,069 undi manakala Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985 undi.

Apa yang menarik dengan keputusan ini, BN turut mengaku mereka sebenarnya tidak kalah, atau dengan kata lain, "kalah dalam menang".

Ini disandar kepada kejayaan mereka mengurangkan jumlah undi majoriti yang diperolehi Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Allahyarham pada PRU13 lalu menang dengan majoriti 2,774 undi.

Apapun justifikasi yang dibuat, ia sekadar alasan klise bagi menampakkan kejayaan yang diperoleh parti masing-masing dan sikap itu adalah biasa bagi parti-parti politik bertanding yang tidak mahu dilihat kalah dan lemah.

Tapi ada menariknya juga bila Umno BN mengaku mereka tidak kalah, dengan kata lain mereka juga menganggap mereka menang.

Apa kesannya? Kesannya adalah terhadap janji Datuk Mukhriz Mahathir yang mahu mengambil Sungai Limau Sebagai Dun angkat Menteri Besar.

SG LIMAU: NAJIB RAZAK CUBA NAK PUJUK HATINYA YANG LUKA DAN LARA


Walaupun tewas di Sungai Limau, saya berbangga dengan usaha dan semangat yang dipamerkan oleh calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim bersama jentera pilihanraya kecil DUN Sungai Limau.

Mereka telah bertungkus-lumus bekerja sehingga dapat mengurangkan majoriti undi yang diperolehi oleh pihak pembangkang. Semoga usaha gigih ini dapat diteruskan, serta janganlah berputus asa. Sesungguhnya perjuangan kita tidak pernah selesai.

Begitulah bunyi ayat dan nada suara yang diluahkan oleh Najib Razak apabila keputusan PRK DUN N20 Sg Limau tidak memihak kepada UMNO/BN sebaliknya calon PAS berjaya mengekalkan DUN Sg Limau dari dirampas oleh UMNO/BN.

Dah kalah mengaku sajalah yang UMNO/BN ditolak oleh rakyat DUN Sg Limau.

Dulu cakap bukan main .. menang majoriti 1 undi pun di kira menang .. yang utama adalah menang dan berapa majoriti tidak menjadi perhitungan.

Jenis berbelit lidah biawak betul Najib Razak ni.

Terimalah kenyataan yang UMNO dah kalah walaupun ratusan juta ringgit janji ditaburkan kepada penduduk Sg Limau.

Yang seronoknya tu tuduh DSAI sudah di tolak rakyat .. akhirnya UMNO juga ditolak tersungkur baham tanah.

Sg Limau: Ke mana hilangnya 1,225 orang pengundi PAS? BN hanya mampu tambah 465 undi..!!!

PAS berjaya mengekalkan kerusi Sungai Limau yang dimenangi Tan Sri Azizan Razak sejak tahun 1995. Tetapi BN patut dipuji kerana berjaya mengurangkan majoriti yang dimenangi PAS enam bulan lalu.

YAN: Seperti diduga, calon PAS Mohd Azam Abd Samat menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.
Mohd Azam, 37, mendapat 12,069 undi dan Ahmad Sohaimi, 52, mendapat 12,069 undi, umum Pegawai Pengurus PRK Abdul Rashid Othman di SMK Agama Yan, Kedah malam ini.
PAS berjaya mengekalkan kerusi Sungai Limau yang dimenangi Tan Sri Azizan Razak sejak tahun 1995. Tetapi BN patut dipuji kerana berjaya mengurangkan majoriti yang dimenangi PAS enam bulan lalu.
Pada 5 Mei lalu, Azizan mendapat 13,294 undi manakala calon BN, Mohd Fadzillah memungut 1,520 undi. Abdullah (Bebas) mendapat 100 undi dan Sobri (Bebas) mendapat 84 undi. Azizan menang dengan majoriti 2,774 undi.
Kejayaan BN mengurangkan majoriti PAS sebanyak 1,690 undi merupakan satu kejayaan yang besar. Apatah lagi sudah lima penggal bekas Menteri Besar Kedah itu bertapak di DUN tersebut.
Yang menjadi tanda tanya kepada kita, ke mana 1,225 orang pengundi PAS yang mengundi Azizan pada Mei lalu? Azizan pada 5 Mei mendapat 13,294 undi manakala Mohd Azam pada 4 November mendapat 12,069 undi. Kenapa mereka seramai 1,225 orang PAS ini tidak keluar mengundi? Adakah mereka tidak suka kepada calon PAS seperti yang didakwa Exco Puteri Umno, Asfalinda Anuar?
Atau adakah mereka ini pengundi luar yang menyokong Azizan selama ini yang tak dapat dikesan oleh Umno Bahagian Jerai seperti yang didakwa oleh bekas calon Bebas, Sobri Ahmad?
BN walaupun kalah harus berbangga kerana dapat meningkatkan 465 undi.Pada Mei lalu, calon BN yang juga sepupu Azizan mendapat 10,520 undi tapi kali ini Dr Sohaimi mendapat 10,985 undi. Adakah 465 orang ini pengundi PAS yang mahu berhijrah kepada BN?

Sg Limau: Lebih 5,000 penyokong Pas rai kemenangan Ustaz Azam

YAN - Lebih 5,000 penyokong termasuk pemimpin parti Pas pelbagai peringkat berkumpul di pusat penjumlahan undi yang berlangsung di SMA Yan, di sini, malam tadi.

Kehadiran mereka yang ternyata gembira sekali gus meraikan kemenangan calon Pas, Mohd Azam Abd Samat yang menewaskan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK Dun Sungai Limau.

Sejurus keputusan diumumkan kira-kira jam 9 malam oleh Pengurus Pilihan Raya Negeri, penyokong yang hadir melaungkan kalimah takbir "Allahuakhbar".

Mohd Azam mendapat kemenangan dengan jumlah undi sebanyak 12, 069, manakala Ahmad Sohaimi mendapat 10, 985 dengan majoriti 1, 084 undi.

Dengan keputusan itu, menjadikan Mohd Azam sebagai Adun Sungai Limau menggantikan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.

Sg Limau: Kemenangan hari pertama tahun Hijrah – TG Nik Aziz


KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kemenangan calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai  Limau semalam sebagai “kemenangan di hari pertama tahun hijrah 1435H”.

Dalam entri terbaru di laman facebook beliau, Tuan Guru Nik Aziz memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT dengan kemenangan itu dan merakamkan tahniah kepada semua petugas, penyokong dan pengundi.

“Syukur Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan kemenangan kepada calon PAS di Dun Sungai Limau Kedah kelmarin (semalam).

“Tahniah saya rakamkan kepada semua petugas, penyokong dan pengundi PAS yang ternyata telah menolak tawaran wang ringgit semata-mata untuk kekal istiqamah bersama-sama dengan PAS.


“Kemenangan di hari pertama tahun hijrah 1435H diharapkan menjadi langkah kanan kita untuk terus melakar sejarah gemilang di pentas politik negara, Insya Allah,” ujarnya.