Ahad, 3 November 2013

Kempen PRK Sungai Limau paling aman, kata polis

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau yang akan berakhir lewat malam ini, sebagai yang paling aman ketika ini.
Beliau berkata hanya enam laporan polis dibuat dan tiada kesalahan serius yang dilaporkan sepanjang proses kempen dijalankan.
"Melalui tinjauan yang dilakukan, keadaan terkawal dan kami akan pastikan keadaan ini kekal berterusan sehingga berakhirnya PRK ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan hari ini.
Beliau berkata sehubungan itu polis mengingatkan pengundi berdaftar mematuhi segala arahan yang dikeluarkan polis yang bertugas di 17 pusat pengundian di DUN itu esok.
"Saya minta penyokong dari kedua-dua parti agar tidak mengadakan sebarang perhimpunan dan memarkir kenderaan sesuka hati sehingga menimbulkan kesesakan lalu lintas," katanya.
Berhubung laporan polis yang dibuat Barisan Nasional (BN) semalam tentang patung-patung provokasi yang diletakkan berhampiran beberapa pusat gerak kerjaparti itu, Khalid berkata polis masih menyiasat kejadian tidak bermoral itu.
"Kami sudah terima maklumat tetapi siasatan lanjut masih dijalankan sehingga kini. Bagi saya ini perbuatan tidak elok," katanya.
Khalid turut mengingatkan pengundi DUN itu supaya keluar ke pusat mengundi awal pagi bagi mengelakkan kesesakan selain mengingatkan pengundi agar sentiasa patuh kepada arahan polis bagi melancarkan proses pengundian.

Sg Limau: SPRM, SPR umpama kayu ‎mati

PAS hari ini melahirkan kekesalan kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi "kayu mati" yang gagal menghalang rasuah pilihan raya yang berlaku secara berleluasa dalam PRK Sungai Limau.
Parti itu mendakwa pemberian dilakukan secara terang-terangan dalam bentuk pemberian wang ringgit dan barangan atas pelbagai nama.
"Ia dilakukan secara terbuka oleh pimpinan kerajaan, di samping penggunaan hampir seluruh jentera kerajaan, kecuali Jabatan Kaji Cuaca sahaja yang tidak kelihatan," kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim mendakwa SPRM yang diharap menjadi agensi penguatkuasaan pencegahan rasuah serta pihak polis hanya menjadi pemerhati kosong di atas apa yang berlaku.
"Alasan bodoh yang sering kali didengar ialah ianya bukan diberi oleh calon atau wakil calon, maka ianya bukanlah rasuah," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.
Budaya berkenaan jelasnya diterima umum, menyebabkan penduduk yang terpinggir dan miskin akan bergantung kepada pilihan raya kecil untuk kawasan mereka diberi perhatian, paling tidak, pelbagai janji yang memenuhi impian mereka.
"Bilamana kekuasaan diperolehi melalui rasuah dan salahguna kuasa, bagaimana pemimpin tersebut akan tampil menentang rasuah," katanya.

Sg Limau: Lensa Kempen Ustaz Azam - 3-11-2013 (A)

















SPR dan SPRM ‘tertidur’ di Sg Limau, rasuah berleluasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi ‘kayu mati’ yang gagal menghalang rasuah pilihanraya yang berlaku secara berleluasa dalam PRK N20 Sungai Limau.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pemberian dilakukan secara terang-terangan dalam bentuk pemberian wang ringgit, dan barangan atas pelbagai nama.
Katanya, ia dilakukan secara terbuka oleh pimpinan kerajaan, di samping penggunaan hampir seluruh jentera kerajaan kecuali Jabatan Kaji Cuaca sahaja yang tidak kelihatan.
“SPRM yang diharap menjadi agensi penguatkuasaan pencegahan rasuah serta pihak polis menjadi pemerhati kosong di atas apa yang berlaku.
“Alasan yang sering kali didengar ialah ianya bukan diberi oleh calon atau wakil calon, maka ianya bukanlah rasuah,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.
Tuan Ibrahim berkata, kegagalan Kerajaan Umno-BN untuk mengambil contoh pencegahan rasuah negara luar menjadi bahan ketawa pemerhati asing.
“Kini ia menjadi budaya yang diterima oleh umum, menyebabkan penduduk yang terpinggir dan miskin akan bergantung kepada pilihanraya kecil untuk kawasan mereka diberi perhatian, paling tidak, pelbagai janji yang memenuhi impian mereka,” kata beliau.

Sg Limau: Penentu kelangsungan “Mahathirisme”..!!!

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau bakal menjadi penentu kepada kelangsungan "Mahathirisme" kata Lim Kit Siang, yang mana akan menyaksikan sama ada ia akan menemui kegagalan atau kejayaan esok.
"Pilihanraya kecil Sungai Limau esok akan menjawab persoalan: Apakah Mahathir dan Mahathirisme akan menghadapi kegagalan ketiga atau terakhir sejak enam bulan lalu?" kata Penasihat DAP itu dalam satu kenyataan hari ini di Kuala Lumpur.
Veteran DAP itu menegaskan kemunculan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kempen Barisan Nasional (BN) di Sungai Limau turut bakal menyaksikan sama ada Mahathirisme akan kekal atau tewas selepas "kekalahan ketiga untuk tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya 2013."
"Inilah yang akan terjadi jika calon PAS dan Pakatan Rakyat Mohd Azam Samat mampu mempertahankan kawasan itu, terutama dengan perbezaan undi lebih besar.
"Kemenangan calon Pakatan Rakyat itu akan menjadi berita terbaik bagi negara ini," katanya.
Dr Mahathir sendiri jelas ahli Parlimen Gelang Patah boleh dianggap mewakili puak pelampau yang menjadikan “kumpulan majoriti yang moderat” sebagai tebusan dengan segala pembohongan mereka sehingga menjejaskan usaha pembinaan dan pembangunan negara serta penyatuan warga.
"Dr Mahathir berkata kumpulan pelampau sedang menguasai Malaysia pada ketika Barisan Nasional sedang bergelut untuk menangani masalah kemerosotan sokongan orang ramai terhadap pakatan parti pemerintah itu walaupun ia masih menguasai kerajaan.
"Benar dakwaan Mahathir bahawa kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lemah dan ia merasa perlu untuk melayan 'tuntutan-tuntutan tidak munasabah' daripada puak pelampau untuk mengekalkan sokongan orang ramai," katanya.
Dr Mahathir dan Mahathirisme dakwa Kit Siang (gambar) menanggung kegagalan sejak enam bulan lalu dalam Pilihanraya Umum ke-13 apabila para pengundi Melayu tidak termakan dengan pembohongan dan dusta.

Mahfuz: Stop dirty campaigning, I saw Azizan suffer

Wawacara SinarTV Bersama Calon PAS PRK Dun Sungai Limau

Sg Limau: Replika Potong Kaki Permainan Politik Keji

Sg Limau: Bekas Ahli Parlimen Jerai Nafi Edar SMS Sogok Wang Kepada Pengundi

Sg Limau: Mukhriz Usah Bermuka Muka

Sg Limau: Drama Ahli Pas Masuk Umno terbongkar

Sg Limau: Amal politik ugutan, DAP seru pengundi Cina tolak BN


DAP hari ini menyeru sejumlah 1,800 pengundi komuniti Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau untuk menolak Barisan Nasional (BN) ketika pilihan raya kecil esok kerana parti itu didakwa mengamalkan politik ancaman, dendam dan diskriminasi.
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Teresa Kok (gambar) bagaimanapun menegaskan, pihaknya mengalu-alukan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan peruntukan sejumlah lebih RM2 juta untuk tiga sekolah rendah jenis kebangsaan di kawasan berkenaan.
"DAP menyambut baik perubahan hati kerajaan BN dalam isu peruntukan bagi sekolah Cina," kata ahli parlimen Seputeh itu dalam kenyataannya di Kuala Lumpur.
Tegas Teresa, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir telah berkata tidak akan melayan sebarang permohonan daripada sekolah Cina dengan berkata tidak akan meminggirkan sokongan pengikut mereka yang menyokong BN serta populasi majoriti komuniti Melayu di Kedah.
"Ternyata perubahan itu menunjukkan BN membuat 'U-Turn' kerana mahukan 1,800 pengundi Cina memilih mereka," katanya dalam kenyataan tersebut.

Sg Limau: RM100 tak 'cukup' beli undi ahli Pas oleh Ulama UMNO..!!!

YAN - Hanya kerana wang RM100, seorang ahli Pas di Dun Sungai Limau telah diperalatkan oleh ahli Umno apabila diminta menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dalam satu majlis, dekat sini, malam tadi.

Pesuruhjaya Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menerima aduan tersebut menyifatkan, taktik kotor yang diguna pakai Umno sebelum hari pengundian esok membuktikan parti itu mempunyai moral pekerti yang rendah, semata-mata untuk meraih simpati pengundi di kawasan tersebut.

"Baru sekarang Umno teringat 'skrip' lama itu dan mereka gunakan pelbagai taktik termasuk umumkan ahli Pas masuk Umno pada hari terakhir berkempen, malam tadi.

"Sungguh murah (nilainya) kalau hendak jadi ahli Umno dengan menawarkan wang RM100.

"Kita beritahu ahli Pas supaya jangan menolak pemberian itu, boleh ambil (imbuhan) tetapi kena kekalkan undi dan sokongan kepada Pas esok hari," katanya kepada pemberita di Markas Induk Pas Parlimen Jerai, di sini, hari ini.




LAPORAN BERNAMA HARI INI

351 penduduk Sungai Limau sertai Umno



YAN - Sejumlah 351 orang, termasuk anggota dan penyokong Pas dari lima cawangan dekat sini menyertai Umno kerana percaya parti itu mampu membawa perubahan kepada penduduk di kawasan Dun Sungai Limau.

Borang keanggotaan mereka diserahkan wakil setiap cawangan dari Kampung Permatang Keramat, Kampung Klinik, Kampung Sungai Limau Dalam, Kampung Titi Simen dan Kampung Tok Rama kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Umno bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, di Kampung Kabu 10, dekat sini, semalam.

Rakyat Diseru Keluar Mengundi Esok Untuk Sg Limau DiKEKALkan

Sg Limau: Replika potong kaki permainan politik keji


JERAI: PAS menyifatkan tindakan pihak tertentu mengantung replika patung dipotong kaki sekitar kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau sebagai tindakan tidak beradab.

Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menyedihkan seluruh penduduk di sini, malah paling terasa adalah ahli keluarga Allahyarham Ustaz Azizan Abdul Razak sendiri.

"Saya sangat sedih, ini tidak bertanggungjawab, pokitik keji, tidak bermoral serta memburukkan orang yang telah meninggal dunia. Kita mahu kekalkan politik damai ini.

"Tan Sri Muhyiddin sebelum ini juga sudah mintak maaf. Keluarga Allahyarham pun sudah maafkan. Kedua-dua pihak berjiwa besar," katanya pada sidang media hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung pendirian PAS terhadap isu replika patung kaki yang dipotong yang mencemar kepen hari-hari terakhir di Sngai Limau ini.

Sg Limau: Drama ahli PAS masuk Umno dibongkar

JERAI: Pengumuman yang mengatakan terdapat beberapa kumpulan ahli PAS yang menyertai Umno pada satu program dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam merupakan penipuan yang memalukan.

Ismail Said, 53 tahun berkata, beliau dari Kampung Sungai Dedap diminta hadir pada majlis di Sungai Limau yang dihadiri Jamil Khir dengan janji akan diberi wang RM100.

Malah beliau yang tidak mengetahui apa-apa turut diarahkan menyerah borang kepada menteri berkenaan sebelum boleh diberi wang tersebut.

"Saya telah diperalatkan oleh kenalan, malah tidak mengetahui apa-apa dan yang diberitahu isi borang serta hadir pada satu majlis untuk mendapat wang RM100.

"Saya tetap ahli PAS dan akan terus mengundi PAS, RM100 adalah terlalu murah untuk membeli ahli-ahli PAS bagi menyertai Umno," katanya ketika hadir pada sidang media di Markaz Induk PAS hari ini.

Mengulas perkara itu, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan Umno terpaksa menggunakan skrip lama yang selalu digunakan setiap kali PRK.

Anak muda Sungai Limau tolak politik umpan

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri – pepatah Melayu

Sungai Limau mempunyai keunikan demografi dan sosioekonomi yang tersendiri. Dari jauh, tersergam indah Gunung Jerai yang berketinggian 1,217 meter menjadi puncak tertinggi di utara Semenanjung.

Bongkahan tinggi yang menganjur ke Tanjung Jaga di Selat Melaka ini sejak berabad menjadi panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini malah sering dikaitkan dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.

Sebahagian besar lanskapnya dilatari jelapang padi yang menhijau seluas mata dan berjajaran dengan laut Selat Melaka yang membiru. Cuaca panas di sebelah pagi dan hujan di sebelah petang bukan sahaja sesuai dengan aktiviti pertanian, perikanan dan perusahaan kecil masyarakat di sini, malah dapat menyamankan suhu kempen bersempena Pilihanraya Kecil N20 Sungai Limau.

Pekan kecil ini berada di dalam daerah Yan dan terletak di pertengahan dua bandar yang menjadi nukleus pentadbiran dan perniagaan di negeri Kedah, iaitu Alor Star dan Kulim/Sg Petani.

Walaupun begitu, rentak aktiviti ekonomi dan kehidupan di ‘pekan singgahan’ ini dilihat seperti tidak terkesan dengan limpahan kerancakan aktiviti ekonomi di antara kedua-dua bandar tersebut.

Namun, pekan senyap ini berubah wajah dengan kehadiran menteri dan pengumuman projek yang menjangkau jutaan ringgit dalam sekelip mata.

Sg Limau: Warga emas diingat jangan serah MyKad kepada petugas atau perayu undi BN


JERAI: BN dilihat semakin terdesak apabila mengarahkan petugas-petugas mereka mengawal rumah setiap pengundi dalam kalangan warga emas supaya jentera PAS tidak dapat menemui mereka.

Perkara itu ditemui oleh Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff diiringi petugas jentera Jerai, Ummi dan jentera Muslimat PAS Negeri Sembilan, Zaleha Md Said yang menjalankan kempen di kubu tegar BN, UPU Dulang Besar.

Ketika mengadakan ziarah warga emas yang sedang sakit, jentera BN yang terdiri empat orang lelaki itu hanya dua orang sahaja berada dalam rumah manakala dua orang lagi berada di luar.

Bagaimanapun, dua orang jentera BN itu masuk ke dalam rumah apabila dua orang jentera Muslimat PAS masuk ke dalam rumah berkenaan.

Empat orang jentera BN yang mengawal rumah warga emas tersebut mengaku datang dari BN kawasan Baling dan bertugas di Tabung Haji.

Sehubungan itu, Zailah mengingatkan seluruh pengundi wanita khususnya warga emas supaya tidak menyerahkan Kad Pengenalan (MyKad) kepada mana-mana petugas BN yang datang ketika merayu undi.

Sg Limau: BN dijangka tabur duit sehingga lewat malam

JERAI: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff mengingatkan semua pimpinan, jentera dan petugas pilihan raya kecil Dun Sungai Limau supaya membuat laporan polis terhadap petugas BN yang dijangka akan mengagihkan duit kepada pengundi di saat akhir kempen sehingga jam 12 malam ini.

Menurut beliau, petugas-petugas BN didakwa sedang bergerak dari rumah ke rumah pengundi PAS untuk mengagihkan duit dan meminta supaya pengundi PAS jangan keluar mengundi.

Katanya, tindakan jentera BN yang mengagihkan duit dari rumah ke rumah pengundi PAS membuktikan BN sebenarnya berada dalam keadaan amat tertekan.

"Saya minta semua petugas PAS memantau pergerakan petugas-petugas BN dan kawal simpang-simpang di setiap kampung, jangan biarkan mereka masuk ke rumah pengundi PAS," tegasnya.

Tambah beliau, petugas PAS mesti atur strategi untuk memastikan pengundi tidak terpengaruh dengan dakyah BN untuk menyekat mereka keluar daripada mengundi esok.

"Jika petugas PAS terserempak atau terjumpa dengan kumpulan petugas BN yang sedang mempengaruhi pengundi-pengundi, ambil gambar dan buat laporan polis," katanya.

Sidang Media PAS: Hari Terakhir Kempen PRK N20 Sungai Limau

Imran meredah ombak, daripada tragedi kepada kemenangan


Surat takziah peribadi daripada Datuk Nik Aziz Nik Mat lapan tahun lalu merubah kehidupan Laksamana Pertama (B) Mohd Imran Abdul Hamid. Daripada menyokong kerajaan, beliau mula beralih kepada parti Islam pimpinan Nik Aziz.
Hari ini, Mohd Imran adalah nama besar yang menduduki kerusi parlimen Lumut menewaskan Menteri Pengangkutan ketika itu, Datuk Seri Kong Cho Ha pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Lapan tahun sebelumnya, bapa kepada enam anak ini menerima kejutan apabila kehilangan empat anaknya dalam kemalangan di Grik pada Februari 2005 ketika dalam perjalanan pulang dari Kota Baru.
Menerima takdirnya, beliau berkata surat Nik Aziz memberinya kekuatan untuk menyertai PAS.
"Saya bertanya di dalam hati, lelaki ini tidak kenal saya tetapi menghantar surat," katanya kepada The Malaysian Insider ketika berehat di Parlimen, Kuala Lumpur.
Pesara tentera kepada ahli politik
Namun kurang lima tahun kemudian, beliau bersara dan secara rasmi menyertai PAS dan menjadi ketua di bahagian Sitiawan Barat.
"Selepas 2005 saya mula menyokong PAS secara terbuka kerana saya telah melalui kehidupan yang teruk, apa lagi nak takut.
"Kalau nak ambil tindakan pun saya tak kisah," katanya yang kini berusia 59 tahun.
Mohd Imran berkata, sebagai anggota tentera, beliau dijangka menyokong kerajaan dan ia berlaku disebabkan kematian anak-anaknya.
"Bila kita memakai uniform, kita dilihat menyokong Umno. Mereka beritahu apa yang perlu dipercayai dan mengikut aturan," katanya yang telah 37 tahun berkhidmat.
Pilihan Raya 2013

Demokrasi lebih subur dalam PAS berbanding Umno, kata Kadir Jasin


Datuk A Kadir Jasin (gambar) menyifatkan kesuburan demokrasi lebih menjadi amalan PAS berbanding Umno meskipun kedua-dua parti politik berteraskan Melayu itu memilih untuk mengekalkan penyandang kerusi Presiden mereka.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times itu dalam blognya berkata, perbezaan wujud apabila jawatan presiden dan timbalan presiden tidak ditentukan akar umbi, sebaliknya oleh anggota Majlis Tertinggi.
"Bagi PAS hanya jawatan presiden tidak dicabar, Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden. Jawatan Timbalan Presiden yang kini disandang oleh Mohamad Sabu mungkin menyaksikan pertandingan," katanya dalam laman blog miliknya.
Untuk rekod, lima telah dicalonkan bertanding dalam pemilihan PAS, iaitu Mohamad; dua Naib Presiden Husam Musa dan Salahuddin Ayub; serta Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Mohd Amar Nik Abdullah.
"Setakat ini Husam, Tuan Ibrahim dan Mohd Amar belum memberi kata putus," katanya.

Sg Limau: Pengundi bukan Melayu derhaka kepada PAS kerana RM2.25 juta habuan BN ?

Pengumuman peruntukan RM2.25 juta kepada tiga sekolah Cina di DUN Sungai Limau akan menyebabkan 1,800 pengundi bukan Melayu beralih arah kepada BN.

Oleh Sobri Ahmad
PETALING JAYA: Pada PRU-13 lalu, PAS memenangi kerusi DUN Sungai Limau apabila menewaskan calon BN dengan majoriti 2,774 undi, sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah selama 5 penggal berturut-turut.
Apakah pengundian esok bakal mengesahkan PAS terus unggul di kubu kuatnya itu atau sekadar berputih mata, andai BN berjaya merampas kerusi DUN-20 yang pernah diwakili oleh bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak sebelum ini?
Berbekalkan rekod kemenangan lampau, PAS dijangka tidak menghadapi kesukaran mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau dengan temanya; ‘Kekal’.
Sebaliknya, BN terpaksa berkerja keras mendekati penduduk setempat dengan tawaran pakej pembangunan modal insan dan infrastruktur, untuk meraih sokongan, khasnya pengundi atas pagar kira-kira 14,000 orang yang selama ini memihak kepada PAS. ‘Berani berhijrah’ kah mereka sepertimana slogan BN dalam PRK itu?

Sg Limau: SPR jangka lebih 90% pengundi akan keluar mengundi esok


 (Pemimpin BN sedang mengedarkan habuan PRK...)



 Lebih 90% daripada 27,222 pengundi berdaftar bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dijangka keluar mengundi esok berbanding 89% pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata kadar peratusan yang positif itu berdasarkan kepada semangat yang dilihat sepanjang tempoh berkempen yang berkonsepkan kekeluargaan.
"Kempen PRK DUN Sungai Limau lebih mesra keluarga, tenang dan aman. Peningkatan kadar mengundi adalah kerana semangat setia kawan dan kekeluargaan," katanya kepada pemberita selepas menyemak peti dan peralatan undi, di Dewan Dato' Madi, di sini hari ini.

Sungai Limau bukan demi survival Tun M, kata Muhyiddin



Muhyiddin Yassin (kanan) bersama Mukhriz pada sidang media di Sungai Limau, Kedah. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 3 November, 2013. 
Muhyiddin Yassin (kanan) bersama Mukhriz pada sidang media di Sungai Limau, Kedah. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 3 November, 2013.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak dakwaan pengkritik yang mengatakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau kali ini adalah demi survival politik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Timbalan Perdana Menteri menegaskan kenyataan oleh pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat (PR) Sungai Limau adalah tidak benar tetapi misi Barisan Nasional (BN) adalah untuk mendapatkan sokongan pengundi disini.
"Itu tidak benar, ini bukan soal Tun Mahathir tapi ini adalah PRK.
"Kita nak dapat sokongan pengundi disini," kata Muhyiddin dalam sidang media di bilik operasi BN di Batang Lintang tengahari ini.
Menurut Muhyiddin, kenyataan sedemikian berniat tidak baik untuk mengeruhkan hubungan sesama pemimpin dalam BN.
"Saya tidak tahu kenapa mereka bersikap personal, mereka mempunyai niat tidak baik," katanya lagi.
Sementara itu, Muhyiddin juga membidas pihak tidak bertanggungjawab yang bermain politik kotor apabila bertindak meletakkan replika kaki dipotong seperti dilaporkan oleh media semalam.
"Itulah adalah taktik kotor. Kami tidak menyokong tindakan sedemikian.
"Malahan, petugas BN sendiri yang telah membuat laporan polis mengenai perkara tersebut," kata beliau lagi.
Sementara itu, Muhyiddin menyifatkan dalam tempoh beberapa jam ini adalah yang paling kritikal serta menyeru jentera BN bergerak lebih agresif dan berjumpa dengan semua pengundi.
"Saya harap semua jentera bekerja keras dalam tempoh beberapa jam ini," terang beliau.
Sebelum itu, media melaporkan kehadiran Dr Mahathir ke Sungai Limau untuk memberikan sokongan moral kepada BN dalam misi merampas kubu kuat PAS tersebut.
Bekas perdana menteri itu tiba di pusat operasi induk BN di Batas Lintang, Sungai Limau pada jam 12 tengahari hari ini dan disambut oleh petugas BN di sini.

'Sungai Limau denyut nadi saya' - Ustaz Azam

Menjelang hari terakhir kempen, calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat  yakin mampu mempertahankan Dun Sungai Limau.

Ikuti wawancara khas Sinar Harian menyelami hasrat dan wawasannya kepada penduduk di sini.


Nyatakan hubungan anda dengan kawasan Sungai Limau?

Saya anak kelahiran kampung Gelam 2, Bukit Besar dalam kawasan Dun Sungai Limau. Kedua ibu bapa saya juga anak Sungai Limau sejati.

Saya dibesarkan di sini, sehingga kini menumpahkan khidmat bakti di sini, baik dalam kerjaya mahupun politik.


Apa perbezaan yang anda lihat keadaan Sungai Limau sekarang dan 20 tahun lalu?

Sekarang lebih ramai ulama dan ilmuwan dalam pelbagai bidang berbanding 20 tahun lalu. Ia berlaku seiring perubahan masa. Mungkin juga kerana di sini sejak dahulu terdapat banyak pusat pengajian, khususnya di bidang agama.

Dari aspek pembangunan tentulah lebih baik dari dahulu, lebih-lebih lagi sewaktu Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar.


Apa yang akan anda lakukan jika menang dalam PRK Dun Sungai Limau?

Insya-ALLAH saya akan memberi khidmat dan pembelaan yang terbaik untuk rakyat Sungai Limau.


Mampukah anda laksanakan semua janji dan wawasan. Bagaimana caranya?

Insya-ALLAH dengan kerjasama daripada semua pihak janji dan wawasan itu dapat dilaksanakan. Caranya adalah melalui perbincangan, kerjasama, cadangan, permintaan atau desakan dengan pihak berkenaan.

Semua kaedah yang ada akan saya lakukan. Jika calon BN menang pun dia akan membuat perkara sama. Cuma bezanya, saya percaya, suara pembangkang lebih kuat dan berani.


Kantoi Sg Limau : Ahli PAS dakwa diperangkap untuk serah borang umno ...Tak Tipu Bukan UMNO...!!!



Sg Limau: Kempen Terdesak Macai, Risalah Fitnah Di Tabur Merata


Beratus keping risalah fitnah yang dimainkan oleh UMNO ditaburkan dihadapan sekolah yang akan menjadi pusat pengundi esok hari bagi UPU Kg Selekoh.

Ini semua tanda-tanda Umno di Sungai Limau semakin terdesak dan hilang modal dalam meraih undi dalam PRK N20.
Semua risalah dikutip oleh petugas dimusnahkan dan dipercayai risalah ini akan ditabur lagi..sebab Umno memang suka buat fitnah.

Sungai Limau tidak sehangat di stadium Shah Alam ..!!

Banjaran gunung Jerai yang tenang dan santai.
Memasuki ke Sungai Limau dari simpang Gurun menerusi Guar Chempedak kita akan dihadangi dek satu pemandangan indah gunung Jerai (yang setinggi 968 meter daripada paras laut) yang terlentang tenang di keliling lautan sawah menghijau di sekitarannya. Setiap sudut pemandangan di banjarannya akan menarik perhatian dan mengembalikan nostalgia di zaman kanak-kanak bagi kita si anak kampung.

Anak bandar dan golongan bangsawan tidak akan terusik apa-apa melihat panorama semula jadi itu melainkan ia mungkin mencemuhkan.

Apa lagi serentak dengan ketibaan saya itu senja sudah mula menyongsong melabuhkan diri mahu memberi laluan kepada malam. Ini menambahkan lagi keadaan menjadi damai dan mengugah perasaan. Ia membawa satu pentafsiran yang cukup mengesankan jiwa kehambaan saya.



Air mata saya menitis merenung tali air ini.
Hijauan anak-anak padi sedang membesar memberi satu lagi kedamaian semulajadi. Tumbuh besar itu juga adalah lambang harapan dan harapan rakyat Sungai Limau. Pemandangan bak dalam sebuah lukisan kanvas besar itu seakan meletakkan diri saya menjadi salah satu objek lukisan. Indah, permai dan damai serta menggamit seribu rasa dan daya tak terucapkan. Terasanya ingin saya kekal bersama kedamaian itu tanpa diganggu apa-apa elemen kemanusiaan lain.

Ketenangan banjaran itu memberi gambaran begitulah juga ketenangan pilihan raya kecil DUN 20 Sungai Limau yang akan berlangsung esok, 4 November. Kalau tidak difokos kepada tujuan kemampiran kita ke situ, kita tidak akan terasa bahawa kawasan itu, yang rakyatnya kini sedang membuat perhitungan untuk memilih dan mencari pengganti kepada wakil mereka Azizan Razak yang telah tiada. Al Fatihah. Kesayuan dan kedamaian permandangan di Sungai Limau juga mencengkam ingatan dan rasa rindu kepada arwah.

(Entah di satu sudut pada satu ketika saya seakan terdengar sapaan Allahyarham; "hanga apa habak Sayuti?" Saya tertunduk melempar di kejauhan ke sebuah parit dan menitis air mata apabila mengenang nasib arwah yang dipersendakan musuh dan juga diejak rakan dan kawaannya sendiri. Al Fatihah untuk arwah sekali lagi).

Dan, di Sungai Limau waktu ini dua parti Melayu sedang bertarung untuk meraih sokongan rakyat. Bahawa di dalam perang syaraf di Sungai Limau kini ada individu tertentu di Kedah, para pemuka parti sedang diuji daya keredibiliti mereka menerusi pilihan raya berkenaan. Pilihan raya itu bolehlah disifatkan sebagai ujian pertama buat Mahfuz Omar dan Mukhriz Mahathir di mana mereka berdua adalah ketua parti masing-masing, dan berkebetulan pula pilihan raya kecil Sungai Limau adalah ujian pertama buat mereka di gelangangan politik sejak bergelar sebagai pemimpin utama. Menang kalah pilihan raya itu sedikit sebanyak memberi kesan buat mereka.

Sg Limau: Wajah calon PAS 'penyejuk' pengundi

YAN - Perwatakan periang dan sentiasa tersenyum antara daya penarik calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat sekali gus menjadi 'penyejuk' buat pengundi Dun Sungai Limau bagi meneruskan legasi yang ditinggalkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, kehadiran Mohd Azam dalam setiap program bertemu rakyat di kawasan tersebut diterima baik pengundi tanpa mengira umur dan lapisan masyarakat.

"Kami melihat positif (penerimaan), sokongan rakyat baik muda mahupun tua sangat gembira dengan perwatakan calon kita kerana beliau seorang periang, sentiasa senyum dan tiada muka yang masam.

"...watak dan memek muka beliau sudah menarik perhatian, mendapat sokongan daripada semua lapisan masyarakat, apatah lagi mereka tahu tentang ayah dan datuknya berasal dari Bukit Besar," katanya kepada Sinar Harian Online.

Bagaimanapun kata Mahfuz, beliau mengakui bukan mudah untuk memenangi pilihan raya kali ini berikutan BN kerap menggunakan taktik licik termasuklah pemberian projek segera termasuk insentif kewangan kepada pengundi.

"Bukan mudah untuk kita menang kerana kita berhadapan dengan serangan dan cabaran yang begitu sengit dengan pelbagai pemberian termasuk kewangan kepada pengundi-pengundi," dakwanya.

Sg Limau: Balik dan keluar mengundi, abai SMS palsu



JERAI: PAS menyeru para pengundi di Dun Sungai Limau agar tidak mempercayai khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu yang sedang disebar kononnya tidak perlu keluar mengundi esok kerana calon PAS sudah menang.

Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata, para pengundi diminta tidak mengendahkan sms itu dan perlu keluar beramai-ramai mengundi esok.
"Saya merayu dan menyeru, agar semua pengundi keluar mengundi esok. Ketepikan dakyah sms yang disebarkan itu," katanya pada sidang media PAS di Markaz Induk hari ini.
Beliau mengulas sms yang sedang tersebar yang meminta pengundi agar tidak keluar mengundi kononnya kerana calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat sudah menang.
Sms itu juga turut menawarkan bayaran RM200 hingga RM300 kepada pengundi supaya mereka tidak keluar mengundi.
Selain itu kata Mahfuz, sms tersebut juga dikesan disebar kepada pengundi luar agar tidak pulang mengundi esok dengan alasan sama iaitu kononnya Ustaz Azam sudah menang.

Gabungan NGO bantah Najib hadiri Chogm

Kira-kira 50 hingga 60 ahli Tamilar Progressive Team, Tamilan Utavum Karangkal, Persatuan kehidupan Tamil Malaysia telah menyertai perhimpunan di perkarangan parlimen.

PETALING JAYA: Gabungan  NGO Tamil telah mengadakan perhimpunan aman di parlimen kerana membantah penyertaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke sidang negara-negara Komanwel (Chogm) di Sri Lanka  pada 15-17 November depan.
Wakil gabungan NGO M.A.Kalaimugilan berkata, pihaknya berasa kecewa dengan pendirian Perdana Menteri dalam isu Chogm.
“Kami telah menyerahkan satu memorandum kepada Penolong Setiausaha Perdana Menteri G.Vikineswaran, juga telah menerangkan kenapa perlu PM boikot Chogm.
”Tetapi kami percaya setiausaha Pm dan Kementerian luar negeri gagal menganalisis kelemahan penyertaan PM dalam Chogm,” katanya.

Warga emas ditipu ‘ahli BN’

Dalam kejadian jam 10 pagi, mangsa berusia 79 tahun sedang berjalan seorang diri sebelum disapa empat lelaki berkenaan. 

MIRI: Bagaikan dipukau,seorang lelaki warga tua mengalami kerugian RM10,000 selepas ditipu empat lelaki yang menyamar sebagai ahli Barisan Nasional (BN), dalam kejadian di Tamu Muhibbah, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 10 pagi, mangsa berusia 79 tahun  sedang berjalan seorang diri sebelum disapa empat lelaki berkenaan.
Menurut sumber, salah seorang suspek kemudian memberitahu mangsa bahawa mereka boleh membantunya mendapatkan wang bantuan kebajikan orang tua sebanyak RM550  setiap bulan.
Namun, katanya, mangsa dikehendaki mengeluarkan semua wang simpanannya di dalam bank untuk memudahkan proses pemohonanya.
“Mangsa, pada mulanya menolak bantuan itu, namun akhirnya mengalah dengan pujukan empat suspek terbabit.
“Seolah-olah dipukau, mangsa hanya mengikut permintaan suspek sebelum dia dibawa  kenderaan suspek untuk ke sebuah bank di Jalan Cina, sebelum mangsa mengeluarkan wang simpananya sebanyak RM10,000,” katanya.
Katanya, mangsa diberitahu bahawa wang yang dikeluarkan itu akan disimpan ke dalam akaun bank lain untuk sementara.

Sg Limau: Keluarga Azizan mahu ambil tindakan undang-undang

Keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menggantung patung kaki tertera tulisan ‘Kaki Azizan’.

Anak kelima daripada isteri pertama Allahyarham, Muhammad Rafi’iy Azizan, 32, berkata, kejadian yang berlaku merupakan satu bentuk penghinaan kepada Allahyarham bapanya.

“Kami sekeluarga cukup kecewa, marah dan sedih. Perkara itu jelas mengaibkan dan menghina Allahyarham.

“Saya percaya pihak yang terlibat bertujuan menimbulkan provokasi kepada Pas dan Umno. Sedangkan, sebelum ini kami sudah mengeluarkan kenyataan agar semua pihak menghormati Allahyarham,” katanya.

Menurutnya, pihak yang terbabit juga sepatutnya berkempen mengikut lunas Islam dan undang-undang Perlembagaan.

“Kejadian ini bukan sahaja salah dari sisi Islam, malah moral. Cukuplah dengan segala penderitaan yang ditanggung kami sekeluarga," katanya.

Peneroka Felda bakal ditipu lagi

Undi menyokong menjual 51% saham KPF adalah pengkhianatan, kata Presiden Anak, Mazlan Aliman.

PETALING JAYA: Tindakan ahli Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) yang mengundi menyokong usul cadangan penjualan 51% ekuiti milik KPF di dalam Felda Holdings Berhad kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) seumpama pengkhianat yang mahu membunuh koperasi terbaik di Malaysia itu.
Demkian kata Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan dalam kenyataannya berkata, ini kerana KPF telah dibina 30 tahun dan tiba-tiba kepentingannya hendak diserahkan kepada FGVH.
“FGVH, syarikat yang hidup atas ihsan peneroka, pajak tanah Felda Plantation, pinjam duit KWSP, rugi pelaburan di luar negara dan sahamnya merudum rudum jatuh,” kata Mazlan dalam kenyataannya.
KPF adalah pemegang saham utama (ultimate shareholder) dalam syarikat Kumpulan FHB dengan kadar pemilikan ekuiti seperti berikut:-
1. Felda Holdings 112,200 (unit) 166,582 (juta pelaburan) 51% (ekuiti)
2. Felda Transport Services 14,700 6,770 49%
3. Felda Marketing Services 8,330 3,565 49%
4. Felda Engineering Services 4,900 2,450 49%
5. Felda Security Services 1,411 353 49%
6. Felda Vegetable Oil Products 25,000 34,500 33.3%
7. Felda Rubber Industries 12,000 6,000 28.6%
8. Felda Palm Industries 56,557 58,052 28.0%
9. Felda Agricultural Services 15,000 55,500 23.1%
10.Felda Prodata Systems 2,500 16,825 20.0%
11.Felda Kernel Products 4,000 3,000 16.7%
Jumlah 256,598 353,597
Ahli KPF 207,913 orang