Sabtu, 2 November 2013

Wang Kerajaan Macam DUIT Mak Bapak Kau di tabur PRK Sg Limau

Sg Limau: Lensa Kempen Ustaz Azam - 2-11-2013




















Sg Limau: Bahang pilihan raya kian terasa

YAN - Bahang pilihan raya kian dirasai setelah hampir 10 hari kempen bermula dengan beberapa tempat mula mengalami kesesakan lalu lintas.

Ia bermula tengah hari Jumaat kerana cuti mingguan di negeri menyebabkan ramai anak tempatan yang bekerja di luar kawasan pulang ke kampung halaman atau menziarahi keluarga.

Orang luar termasuk penyokong parti yang bertanding mulai tiba di kawasan Sungai Limau pada sebelah petang berikutan cuti hujung minggu dan cuti umum sempena Deepavali.

Suasana meriah dan riuh rendah serta kesesakan jelas kelihatan di Sungai Limau Luar, Simpang Tiga Sungai Limau, Simpang Tiga Sungai Daun, Bukit Besar, pekan Sungai Limau Dalam dan Dulang Kecil.
 
Keadaan sesak juga berlaku di sekitar Sungai Limau sehingga Sungai Daun apabila satu lorong jalan utama ditutup untuk membolehkan kerja menurap jalan dilakukan dengan lancar.  

Pekan Sungai Limau Dalam dan Dulang Kecil mulai sesak dari pagi hingga tengah hari dan sebelah malam dengan kenderaan berulang alik bertali arus.

Seorang peniaga warung minuman di Pekan Sungai Limau Dalam yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Din bersyukur dengan kehadiran orang ramai di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Beliau gerbira kerana mampu memperolehi pendapatan tambahan berikutan kunjungan orang ramai yang berterusan dari pagi hingga malam.

Sg Limau: PAS dijangka kekal, majoriti lebih kecil – Ilham Centre

KUALA LUMPUR: Asas sokongan pengundi Sungai Limau kepada PAS kekal dalam peratusan antara 53-55 peratus manakala diikuti rapat oleh Umno BN sekitar 45-47 peratus.

“Selisih peratus ini dilihat tiada perubahan besar berlaku kepada pengundi dalam pilihan raya kecil N20 Sungai Limau,” ujar Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Muhamad Hisommudin Bakar dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sepanjang kajian itu dijalankan faktor identifikasi parti yang terlalu menebal di kalangan pengundi menyumbang kepada pengekalan undi PAS di Dun Sungai Limau.

Dalam pilihan raya kecil ini, ujarnya jelas pertembungan langsung antara PAS dan Umno, bukan Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat.

Berikut ialah kenyataan penuh.

Selepas menghampiri saat-saat akhir tempoh berkempen, asas sokongan pengundi kepada PAS kekal dalam peratusan antara 53-55 peratus manakala diikuti rapat oleh Umno BN sekitar 45-47 peratus. Selisih peratus ini dilihat tiada perubahan besar berlaku kepada pengundi dalam pilihan raya kecil N20 Sungai Limau.

Sepanjang kajian ini dijalankan faktor identifikasi parti yang terlalu menebal di kalangan pengundi menyumbang kepada pengekalan undi PAS di sini.

Dalam pilihan raya kecil ini, jelas pertembungan langsung antara PAS dan Umno, bukan Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat.

Ilham Centre membuat kajian lapangan bermula 28 Oktober dan berakhir pada 1 November 2013 dan berjaya menemubual secara tatap muka dengan 602 responden di kesemua 19 daerah mengundi dalam N20 Sungai Limau.

Kajian ini memfokuskan untuk menilai pendapat di kalangan pengundi berdaftar bagi membekalkan dapatan yang komprehensif, mempunyai hubungkait serta mewakili pandangan populasi di DUN Sungai Limau ini. Kajian ini sebagai rujukan bagaimana dan kenapa pengundi berdaftar mereka menentukan sikap dalam pilihan raya kecil Dun Sungai Limau 2013.

Identifikasi parti dan pengaruh pondok

Sungai Limau : Ketirisan Berlaku Dalam Agihan Bantuan Kerajaan

Patung Kaki: Tindakan Tidak Berakhlak Kempen Di Sungai Limau

(Sg Limau) Leman Raja Lawak: UMNO Memainkan Isu Rakyat Miskin Cukup Kuat

SIRI 2: Ulasan Kempen Akhir PRK Sungai Limau

Oleh Wan Nik Wan Yussof

Menggarap kekuatan calon
Walau pun begitu, pilihan raya kecil Sunga Limau kali ini, bukannya medan yang membicarakan persoalan menyambung tradisi legasi arwah Ustaz Azizan semata-mata. Di sananya bersempah isu yang telah diketengahkan sepanjang kempen (oleh penceramah dan perayu undi). Ia dikira boleh mendorong pengundi membuat keputusan memilih siapa atau parti mana.

Bermula dengan isu-isu pembangunan di Sungai Limau, bergerak kepada isu pembentangan Bajet 2014 kerajaan BN pimpinan Najib, sehinggalah kepada isu-isu peribadi calon di kedua-dua belah pihak.

Oleh itu, timbullah perbandingan betapa semua isu-isu tersebut tlah meletakkan peluang kemenangan seimbang antara PAS dan BN. Maka sekarang penentu kemenangannya adalah terletak pada sejauh mana faktor calon sebagai pendorong untuk para pengundi keputusan.
Dalam hal ini, penilaian umumnya mendapati kekuatan calon PAS, Ustaz Mohd Azam adalah berpotensi besar bagi memastikan pilihan raya kecil ini berpihak kepada PAS. Potensi itu bukan setakat beliau seorang yang mewakili kelompok pengundi muda (berjumlah 60 peratus), malah selaku Ketua Pemuda PAS Jerai yang berpengalaman dalam bidang pendidikan adalah sesuai baginya untuk membawa beberapa agenda hebat yang boleh memukau sikap pengundi agar berpihak kepada PAS.

Sg Limau: Isu kalimah Allah juga diguna untuk meraih undi



JERAI: Isu kalimah Allah nampaknya turut digunakan pihak tertentu dalam meraih undi pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau ini.

Biarpun tidak terdengar ianya dimainkan secara jelas di mana-mana ceramah setakat ini, namun versi kain rentangnya dilihat bertebaran dipasang di simpang-simpang jalan di sini.

Tinjauan Harakahdaily mendapati kain rentang itu turut terdapat di simpang tiga Sungai Daun dan satu lagi di simpang tiga Sungai Limau Luar.

Pada kain rentang yang dikesan dipasang sejak beberapa hari lalu itu tertera gambar Perdana Menteri, dengan tulisan "...Kalimah Allah boleh diguna oleh Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja".

Selain itu tertulis juga di bahagian bawahnya, "terkandung dalam resolusi 10 perkara kabinet Malaysia".

Bagaimanapun tinjauan terbaru hari ini mendapati wajah perdana menteri itu telah digunting dan hanya tinggal tulisannya sahaja.

Sg Limau: Penyelidik ramal PAS menang


Badan penyelidikan Ilham Centre menjangka PAS akan mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau apabila mendapati sokongan untuk parti Islam itu antara 53 hingga 55% menjelang hari membuang undi pada pilihan raya Isnin ini.
Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomudin Bakar dalam kenyataannya kepada media berkata, perolehan ini berdasarkan kajian mereka secara bersemuka dengan 602 pengundi di Sungai Limau sejak 28 Oktober hingga 1 November.
"Sepanjang tempoh kajian dijalankan, kami mendapati faktor identifikasi parti yang terlalu menebal di kalangan pengundi penyumbang kepada pengekalan undi PAS di sini," kata Hisomudin.
Ilham Centre adalah sebuah badan penyelidik yang mempunyai rekod pencapaian baik apabila jangkaan mereka menjelang pilihan raya kecil sentiasa tepat sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada tahun 2008 lagi.

(Sg Limau) Azam Samad: Pilihan Kita Perlu Lahir Daripada Hati, Bukan Lahir Daripada Wang

( Sg Limau) Anwar Ibrahim: Pasal Apa Orang Yang Paling Susah Di Malaysia Nak Sokong UMNO?

Sg Limau: Tawaran Pengundi Pada UMNO@BN..!!


(Sg Limau) Anwar Ibrahim: Masa Depan Kita Yang Tentukan

Anwar Ibrahim: Tazkirah Maghrib Di Masjid Bt 16 Pdg Lumat Sg Limau

Sg Limau: Sidang Media 2-11-2013

Sg Limau: Pak Su Mid nafi mimpi Sohaimi jadi calon

GST: Mencukai orang miskin

Oleh LIEW CHIN TONG
GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) kini cuba dihalalkan dengan bahasa yang kabur lagi misteri. Bunyinya sedap, tetapi mengarut. Antara hujahnya, untuk mengimbangi perbelanjaan dan pendapatan, maka kerajaan harus bertindak tegas untuk melaksanakan GST.

Harga minyak harus dinaikkan, atau dengan istilah merasionalisasikan subsidi minyak – supaya kewangan negara dikekalkan dalam keadaan yang baik. Alasannya mengarut, antaranya tidak bersifat empati terhadap keadaan hidup rakyat jelata, malah tidak mempunyai pemahaman yang menyeluruh terhadap pengaliran, perkembangan dan kemelesetan ekonomi.
Mengapa kerajaan Barisan Nasional melaksanakan GST? Sejak idea GST diketengahkan Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2005, hujah pokoknya, GST adalah cara pengutipan cukai yang paling berkesan. Apa yang dimaksudkan dengan “paling berkesan”? Jikalau dijawab secara jujur, maksudnya, kerajaan boleh mengutip cukai yang lebih tinggi berbanding sekarang dari poket rakyat jelatanya.
Satu lagi hujah penyokongnya, Malaysia tidak boleh ketinggalan, kerana GST sudah dilaksanakan di lebih 140 buah negara di seluruh dunia. Namun demikian, apabila negara lain di serata dunia meluncur di landasan pendemokrasian, penyokong BN tidak pula menyahut bahawa kita perlu memastikan Malaysia tidak ketinggalan.
Hanya tinggal 20 buah negara di dunia yang menetapkan usia pengundi pada umur 21 tahun, dan yang selebihnya telah menetapkan usia kelayakan pengundi di bawah paras umur 21 tahun. Mengapa pula Malaysia tidak terikut-ikut dengan trend ini?

Sg Limau: Anwar ingatkan Melayu, Umno punca kemiskinan mereka

Di setiap ceramah yang disinggahnya semalam sewaktu berkempen untuk PAS, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menurut Anwar, beliau didatangi orang ramai yang menonton TV3 yang mendakwa beliau menyokong rancangan kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan GST bermula April 2015.

"Saya tanya mereka, kenapa percaya pada media-media ini. Mereka ini agen fitnah," kata Anwar dalam ceramahnya semalam.

"GST itu efisien tetapi apa yang kami nyatakan ialah: kecuali sistem keseluruhannya baik, kita tidak sepatutnya dilaksanakan cukai baru itu," jelasnya.

"Kita jangan laksanakannya melainkan ada peningkatan harga padi,
yang sudah 23 tahun tak naik-naik," katanya lagi.

Ketua Umum PKR itu berceramah di empat tempat semalam - Kampung Selengkoh, Pekan Sungai Limau Dalam, Simpang Tiga dan Dulang Besar (Yan Kechil).

Di setiap tempat itu juga jalan raya sesak dengan kehadiran ribuan orang untuk mendengar ceramahnya.

Media sosial menjadikan manusia semakin hilang kemanusiaannya

Tragedi pegawai bank, Norazita Abu Talib yang ditembak dengan kejam oleh seorang pengawal keselamatan dengan tujuan merompak bank tersebut memang meninggalkan  kesan mendalam kepada ahli keluargnya, terutama suami dan anak-anaknya yang masih kecil tetapi kesedihan mereka tambah berganda lagi apabila didapati gambarnya yang terbaring tanpa nyawa dalam keadaan menyayat hati turut tersebar di media-media sosial tidak lama selepas itu.

Berleluasanya penyebaran gambar itu sehingga memaksa suaminya memohon jasa baik orang ramai agar memadam semua gambar itu dan tidak lagi berkongsi gambar tersebut dengan rakan-rakan yang lain dengan gesaan agar kesedihan yang sedang mereka tanggung dapat difahami.
Penyebaran gambar itu menimbulkan persoalan bahawa sementara kita bersedih dan mengutuk kejadian yang sangat kejam itu, namun ada manusia lain yang gembira menjadi wartawan tanpa tauliah dengan menyebarluaskan berita serta gambar mengenai kejadian itu.
Jika hanya gambar perompak yang bersenjata itu saja yang yang dihebahkan, niatnya mungkin dapat difahami tetapi apakah sebenarnya faedah dengan turut menyebarkan gambar pegawai yang ditembak dalam keadaan menyayat hati itu?
Apakah manusia semakin hilang kemanusiannnya kerana media sosial yang semakin meluas sekarang ini menjadikan semua orang berlumba-lumba mahu menjadi pelapor atau wartawan tanpa tauliah?
Dalam keghairahan mahu menjadi pelapor yang paling pantas itu dan kerana tiada editor yang menapis kerja wartawan tanpa tauliah ini, maka hampir semua benda cuba dilaporkan atau dimuatkan dalam media sosial ini.
Penyebaran gambar Norazita barangkali adalah kejadian salah lapor yang paling teruk sekali kerana ianya menambahkan lagi kesedihan keluarga mereka yang sudah pun cukup terpukul dengan cara kematian menimpanya itu.

Sg Limau: Kempen Terdesak Yang Penuh Penghinaan








Apa maksudnya ini?

Tanpa mahu menuduh mana2 pihak disebabkan tidak mempunyai apa2 bukti yang boleh memberikan aku point untuk tuduh sesiapa, aku berharap polis boleh masuk campur dan siasat dalang disebalik ini semua.

Sesungguhnya perkara ini amatlah biadap. Tidak menghormati arwah. Bahkan provokasi ini adalah provokasi yang paling kurang ajar sekali dalam sejarah kempen PRK di Malaysia..


Patung kaki: BN buat laporan polis


Patung kaki: BN buat laporan polis
YAN - BN hari ini membuat laporan polis berhubung patung-patung provokasi yang diletakkan berhampiran beberapa pusat gerak kerja parti itu.
  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Umno Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya menerima laporan terdapat patung kaki berhampiran khemah BN di tiga kawasan tengah hari ini.
  
"Saya berasa amat kesal dengan perbuatan provokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini satu perkara yang tidak wajar berlaku," kata Ahli Parlimen Jerai itu dalam sidang media khas di Bilik Gerakan BN di Sungai Limau Dalam dekat sini hari ini.
  
Beliau berkata, menurut sumber parti patung-patung kaki itu digantung berhampiran khemah BN di Bukit Besar, Titi Batu dan Simpang Tiga, Sungai Limau Luar dekat sini.
  
Difahamkan patung dari paras pinggang ke bawah dengan sebelah kaki dipotong serta tertera perkataan 'kaki ustaz', seolah-olah menggambarkan keadaan bekas wakil rakyat Sungai Limau Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang sebelum ini menjalani pembedahan memotong kaki akibat penyakit kencing manis.

Jamil Khir berkata, BN menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dalang di sebalik perkara itu, selain menolak dakwaan yang perkara itu merupakan perbuatan sabotaj kalangan ahli parti itu sendiri.

Isu Tabur Padi: Suatu Inovasi Orang Kampung Dulu Dulu

Sg Limau: Lensa Siri Kempen Ds Anwar 1-11-2013