Rasuah
SEMALAM berlaku lagi peristiwa dalam mana pengawal sebuah kedai emas merompak kedai emas yang dijaganya itu.

Minggu lepas seorang pengawal keselamatan di sebuah bank di Subang Jaya telah membunuh pegawai di dalam bank tersebut dan membawa lari sejumlah wang rompakan yang besar.

Semua orang tidak boleh di percayai kerana ramai yang ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.

Nampaknya di mana-mana sekarang ini tidak boleh dipercayai lagi.

Di negara ini sesiapa boleh membunuh siapa dan mencuri wang dan harta sesiapa.

Berlakunya peristiwa ini menunjukkan yang di negara ini, semua orang mesti berwaspada termasuk terhadap orang yang di amanahkan menjaga kita.

Peristiwa ini amat menakutkan.

Bayangkan pengawal keselamatan yang sepatutnya menjaga keselamatan kedai emas itu sendiri merompak emas yang sepatutnya dijaganya itu.

Siapalah yang perlu dipertanggungjawabkan tentang perlakuan ini? Siapa yang hendak menjaga keselamatan emas yang bernilai jutaan ringgit di setiap kedai emas itu?

Itu sebabnya nilai kemanusiaan itu mesti dijaga sebaik mungkin kerana jika dibiarkan ia akan merebak dan akhirnya tidak boleh di kawal lagi.

Begitulah sedihnya orang ramai jika harta dan wang ringgit mereka diperkosa oleh mereka yang di amanahkan untuk menjaganya.

Itulah sebabnya kerajaan yang rasuah itu adalah kerajaan yang tidak beramanah.

Beratus billion ringgit wang rakyat telah dibazirkan dan dicuri secara sistematik oleh pimpinan kita.