Khamis, 31 Oktober 2013

Sg Limau : Lensa Kempen Ustaz Azam - 31-10-2013













Bermewah: Idris Jala perlu dedah struktur bayaran Pengarah PEMANDU

ong-jala
KUALA LUMPUR 31 OKT – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pemandu (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala diminta mendedahkan struktur bayaran pengarah agensi berkenaan atas faktor ketelusan.
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, menegaskan pendedahan itu perlu dibuat memandangkan perbelanjaan besar yang berlaku di Jabatan Perdana Menteri berjumlah RM16.45 bilion.
“Saya turut menuntut Idris mendedahkan sama ada terdapat pengarah di PEMANDU menjadi pengarah di syarikat berkenaan kerajaan, syarikat tersenarai awam atau agensi kerajaan.
“Rakyat mahu tahu sama ada akan timbulnya konflik kepentingan berpunca daripada memegang jawatan yang banyak dalam sektor awam juga swasta,” katanya di Lobi Parlimen.
Kian Ming turut memetik kenyataan seorang daripada pengarah di PEMANDU, Goh Wei Liang, dalam portal Malaysiakini yang menyatakan pendapatan di agensi berkenaan adalah kecil.
Laporan terbabit turut menyatakan pendapatan pengarah di PEMANDU di bawah kadar semasa, berbanding penjawat awam lain dengan gaji bulanan RM40,000 dan pendapatan bersih sebanyak RM30,572.92 selepas ditolak cukai berbanding pegawai Jusa A yang menerima gaji bersih RM29,631.53.

KEADILAN desak kedutaan AS, Australia jelaskan isu risikan terhadap Malaysia...Kerajaan UMNO@BN tutup mulut..!!!

snowdenKUALA LUMPUR 31 OKT: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi Australia perlu memberi penjelasan mengenai risikan terhadap Malaysia menggunakan kedutaan dan suruhanjaya tingginya.
Akhbar Der Spiegel dan Sydney Morning Herald melaporkan pendedahan ‘whistleblower’ Edward Snowden bahawa risikan dibuat bagi memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet.
“Operasi risikan ini didakwa dijalankan di bawah operasi ‘STATEROOM’ turut melibatkan Britain dan Kanada,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil.
Tambahnya, tindakan itu turut mendapat kecaman Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Rata-rata aktiviti pintasan dilakukan tanpa pengetahuan duta-duta di kedutaan dan suruhanjaya tinggi tersebut.
ABN_News“Kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia perlu memberi penjelasan tentang dakwaan ini kepada kerajaan dan rakyat Malaysia,” kata Fahmi.
Beliau turut mendesak Putrajaya bertindak tegas dan menghantar nota bantahan kepada kedutaan dan suruhanjaya tinggi tersebut.
‘Ada kemungkinan risikan ini diguna untuk kelebihan strategik negara-negara tersebut. Lebih-lebih lagi tatkala Malaysia terlibat di dalam perbincangan berkaitan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA),” katanya.
Katanya risikan seperti ini pernah berlaku, seperti dibangkitkan kerajaan Timor Timur yang menyatakan risikan pihak Australia diguna untuk memintas komunikasi pejabat kerajaan sewaktu perundingan rizab minyak dan gas di Timor Gap.
“Sebarang risikan yang dilakukan negara luar di dalam Malaysia wajib dikecam dan tidak dibenarkan terus berlaku, demi keselamatan ekonomi dan kedaulatan negara,” tegasnya.

Sg Limau: Pemuda PAS serah memo kepada Agong



JERAI: Dewan Pemuda PAS Kedah hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Yang DiPertuan Agong berhubung dakwaan penyalahgunaan premis awam dan eksploitasi kakitangan kerajaan untuk kempen BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau.

Penyerahan memorandum itu dibuat ketuanya Mohd Nasir Zakaria di Wisma Darul Aman petang ini.

Kandungan memorandum itu antara lain mahu baginda selaku penaung kepada kakitangan awam, agar campur tangan dengan menasihatkan perdana menteri agar tidak menyalahgunakan premis awam dan tidak mengeksploitasi kakitangan kerajaan untuk kempen BN.

Dalam memorandum itu juga turut dilampirkan bebarapa bukti sokongan termasuk program Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama calon BN yang menggunakan pejabat Mada, Bukit Besar pada 26 Oktober lalu.

Selain itu mereka juga mempersoal program Muhyiddin bersama calon BN di SMK Sungai Limau pada tarikh sama yang turut mengerah guru-guru menghadirinya.

Satu lagi program berlangsung pada 31 Oktober iaitu pertemuan Datuk Shafie Afdal dengan seluruh PIBG sekolah bertempat di Sekolah Kebangsaan Sedaka.

Antara 'Berani Hijrah' dan 'Kekal' di Sungai Limau


SUNGAI Limau menjadi medan Datuk Mukhriz Mahathir “menebus” kekecewaan.

Selepas gagal meraih kedudukan dalam hirerki utama Umno, beliau perlu bangkit di Sungai Limau.

Menteri Besar Kedah itu tidak mungkin membiarkan nasib malangnya berulang lagi.

“Mukhriz dianggap wira setelah berjaya menyingkirkan PAS dan Pakatan Rakyat di Wisma Darul Aman. Mukhriz mahu mara dan melonjat ke atas.

“Sebab itulah beliau mengharap nasibnya lebih baik di Sungai Limau. Beliau sedang all out sekarang. Kegagalan 4 November ini bermakna laluan politiknya semakin berliku,” kata seorang pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi di Terengganu.

Mukhriz muncul selepas Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menebas segala semak dan halangan yang ditinggalkan Datuk Mahathir Khalid.

Akhirnya usaha Bashah disepah madunya oleh Mukhriz. Bekas pengerusi Umno Kedah itu dipindah ke Kuala Lumpur bagi mengelakkan Mukriz diganggu dengan kisah lama.

Di saat-saat akhir menjelang hari mengundi pada pilihan raya umum lalu, Mukhriz diumumkan sebagai calon Menteri Besar Kedah.

Laluan anak Dr Mahathir itu kurang berliku kerana ada kemuncup pula melekat pada stokin pemimpin PAS Kedah. Akibat alpa membuang kemuncup tanpa sedar Wisma Darul Aman sudah dikepung Umno.

Jasa Bashah dilupakan

Pertubuhan Switzerland dedah kontrak tenaga RM600 juta, manfaat keluarga Taib Mahmud


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar) sekali lagi mencuri perhatian apabila satu lagi tuduhan yang dibawakan oleh Bruno Manser Fund (BMF) mendedahkan keluarganya mendapat faedah daripada projek kerajaan.
Syarikat yang mempunyai hubung kait dengan keluarga Abdul Taib telah dianugerahkan sebuah kontrak bernilai RM618.6 juta bagi membangunkan saluran empangan Sarawak Energy dimiliki kerajaan negeri mendapat kritikan kumpulan alam sekitar yang berpengkalan di Switzerland.
BMF sebelum ini lantang dalam kritikan terhadap polisi etnik di Sarawak berkata anak sulung Abdul Taib, Mahmud Abu Bekir adalah pengerusi Sarawak Cable Berhad (SCB) yang merupakan anak syarikat memperoleh kontrak tersebut.
"Menurut dokumen milik syarikat, Mahmud merupakan pengerusi SCB dan pemegang saham kedua terbesar dengan 33% (21% secara langsung dan 12% tidak langsung)," kata BMF.

Negara Maju: Setiap hari 60 orang muflis di negara ini, kata Nancy

Golongan berumur 35 hingga 44 tahun mencatatkan angka tertinggi iaitu 34.31 peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

PUTRAJAYA: Sebanyak 60 orang diisytiharkan bankrap setiap hari di negara ini dengan golongan berumur 35 hingga 44 tahun mencatatkan angka tertinggi iaitu 34.31 peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.
Katanya kumpulan kedua tertinggi ialah berumur 45 hingga 54 tahun sebanyak 26.49 peratus, 25 hingga 34 tahun 20.09 peratus serta 55 tahun dan ke atas 11.77 peratus.
“Sehingga September (tahun ini sahaja) sebanyak 16,306 orang diisytiharkan bankrap dan jumlah kes tersebut terus meningkat setiap tahun. Dari 2007 hingga September tahun ini pula, seramai 116,488 orang diisytiharkan bankrap,” katanya.
Nancy berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan sijil pelepasan kebankrapan kepada 30 orang, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Rohana Abd Malek.
Katanya sejak MdI ditubuhkan pada 1924 hingga September tahun ini, sebanyak 251,209 orang disahkan bankrap, dan daripada jumlah tersebut hanya 28 peratus sahaja telah mendapatkan khidmat nasihat MdI bagi meneruskan pentadbiran kes, manakala selebihnya tidak dapat dikesan.
Mengikut statistik MdI, seramai 13,238 orang dikategorikan bankrap pada 2007, diikuti 13,855 orang pada 2008; 16,228 orang 2009; 18,119 orang 2010; 19,167 orang 2011; dan 19,575 orang pada 2012, dengan mereka yang menceburi sektor swasta dan berniaga menunjukkan peratusan tertinggi.
Dalam tempoh masa tersebut (2007-2013), kaum Melayu dan Cina merupakan  kumpulan terbesar menjadi bankrap iaitu masing-masing mencatatkan 45.10 peratus (52,535 orang) dan 32.97 peratus(38,407 orang), berbanding India 12.63 peratus (14,710 orang) dan lain-lain sebanyak 9.30 peratus (10,836 orang).

Pemimpin Bermewah: Mansuh subsidi hukum berat kepada rakyat

GST : Pendapatan rakyat perlu dipertingkat

Enam unit rumah Flat PKNS Jalan Kerinchi musnah dalam kebakaran

Sg Limau: BN slammed for giving RM1mil to Chinese school with only 15 students

Sg Limau: Pemuda PAS bantah BN guna jentera k'jaan

Sg Limau: PAS tak gentar kubu dibolosi jentera BN

MP PKR Kuala Kedah Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP PAS Pengkalan Chepa Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014 (2)

MP PAS Pengkalan Chepa Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014 (1)

MP DAP Lanang Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

PAS persoal adakah BN mempunyai dua calon di Sg Limau

Visual Ops Roboh di Kg Hakka, Negeri Sembilan

Gula punca kantin sekolah naik harga makanan dan minuman

SHAH ALAM 31 OKT : Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima aduan beberapa kantin sekolah sekitar Lembah Klang menaikkan harga makanan dan minuman.
Pengerusinya, Yahya Sahri, berkata pihaknya menerima aduan itu selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik subsidi gula sebanyak 34 sen.
Gula naikKatanya, selain kantin sekolah, peniaga gerai turut menaikkan harga makanan dan minuman dengan bayaran dikenakan hampir sama dengan kopitiam.
“Kita ada terima banyak aduan berkenaan peniaga gerai dan kantin sekolah yang bertindak menaikkan harga makanan dan minuman di kedai premis mereka.
“Tiga anggaran minimum sehari aduan kenaikan harga yang diterima kami. Bagaimanapun, pengadu tidak memberikan maklumat terperinci dan menyebabkan kami tidak dapat membuat pemantauan,” katanya ketika dihubungi Tv Selangor, di sini, hari ini.
Yahya berkata, terdapat empat sekolah yang menaikkan harga makanan dan minuman mengikut aduan yang diterima daripada ibu bapa pelajar.
Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinngi membuat pemantauan dan tindakan terhadap kantin sekolah di seluruh negara supaya tidak menaikan harga makanan dengan sewenangnya.

Kerajaan perlu turun harga bahan api ikut pasaran dunia


KUALA LUMPUR 31 OKT – Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan tindakan kerajaan menaikkan subsidi bahan api sebanyak RM2.326 bilion dalam pembentangan Belanjawan Negara 2014 kerana kerajaan mensasarkan penjimatan sebanyak RM3.3 bilion tahun hadapan.
ron95Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik, berkata pertambahan subsidi menjadikan jumlah perbelanjaan meningkat kepada RM22.341 bilion, namun hanya RM20.015 diperuntukkan dalam Belanjawan Negara 2013.
“Subsidi minyak untuk tahun depan akan meningkat sebanyak 11.62 peratus iaitu daripada RM20 bilion ditingkatkan kepada RM22 bilion. Harga subsidi minyak perlu ditingkatkan bukan dikurangkan.
“Jadi kita ada persoalan besar, kenapa subsidi perlu meningkat secara mendadak kerana pengumuman Perdana Menteri menjelaskan bahawa RON95 dan Diesel ditingkatkan 20 sen membolehkan penjimatan RM3.3 bilion dicatat tahun 2014, pada September lalu,” katanya pada sidnag media, di Parlimen, di sini, hari ini.
Wei Aik berkata, harga minyak semasa dunia menurun berikutan keredaan krisis di Syria dan Iran ke paras USD102 satu tong dan beliau turut mendesak kerajaan menurunkan harga bahan api selaras dengan penurunan harga pasaran dunia.
“Harga bahan api adalah masalah besar yang membebankan rakyat kerana mereka ingin harga diturunkan bukan semakin bertambah,” katanya.
Antara negara yang mengurangkan harga minyak adalah India, Taiwan, Ghana, Vietnam, Bermuda, Afrika Selatan, Georgia dan China, dalam tempoh hampir tiga bulan lalu.

DAP: Deepavali kaum India diragut dengan GST dan pemansuhan subsidi gula


Kegembiraan kaum India menyambut perayaan Deepavali Sabtu ini diragut apabila kerajaan bertindak menghapuskan subsidi gula dan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar).
Lim mempersoalkan penarikan subsidi gula bagi orang miskin namun tidak menyentuh subsidi gas untuk para pengeluar tenaga bebas (IPP) sebanyak RM12 bilion setiap tahun.
"Kenapa bercakap mengenai mengurangkan perbelanjaan apabila hutang negara terus meningkat sehingga RM541 bilion pada hujung tahun ini berbanding RM502 bilion pada 2012," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Malah tindakan kerajaan ingin menurunkan defisit belanjawan 2013 daripada 4% kepada 2.6% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak membawa apa-apa erti kerana lebihan RM14.4 bilion telah dibelanjakan.
"Kerajaan tidak serius ingin mengurangkan defisit apabila secara terang membazirkan wang lebih yang diterima daripada projek-projek ‘gajah putih’ seperti Menara Warisan 100 tingkat bernilai RM5 bilion.
"Malah kerajaan juga enggan mengambil tindakan terhadap kesalahan-kesalahan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang berjumlah RM6.5 bilion," katanya.

Rasuah politik bukan isu lagi dalam kempen Sg Limau

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Saya tidak sempat berada lama di kawasan pilihan raya kecil Sungai Limau, Sabtu lalu. Pergerakan fizikal yang terganggu sejak di KLIA, dan memaksa menapak begitu jauh ke pesawat, turut menghalang usaha menyelami situasi kempen dari dekat.
Walaupun sekadar kunjungan singkat tetapi kehijauan bendang yang memukau seolah-olah menghantar mesej bahawa Parti Islam tetap di hati majoriti pengundi. Difahamkan sawah  sekitar Yan mengeluarkan antara produk terbaik di negeri Jelapang Padi itu.

Seperti lazimnya, berbanding meneropong mood pengundi, perhatian saya lebih tertumpu sejauh  mana kempen dapat berjalan secara adil, demokratik dan beradab.
Seterusnya bagaimana media membuat laporan terhadap proses pilihan raya; mungkinkah meneruskan tradisi lapuk, yakni langsung tidak memberi ruang buat saingan BN?
Dan lebih mendesak, apakah penggunaan jentera kerajaan, kemudahan awam dan wang rakyat terus diperkakaskan untuk menarik sokongan kepada BN, selain rasuah politik yang berleluasa?
Tentu sekali prioriti saya itu langsung tidak menarik, 'kan? Seperti kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, ibarat menunggu ikan keli tumbuh sisik.
Sememangnya Umno-BN tidak dapat bercerai-tanggal dengan amalan korupsi dan salahguna kuasa. "Kalau kembar siam pun boleh dipisahkan, tetapi tidak kepada Umno dan rasuah," kata seorang veteran lama Umno.
Tidak dinafikan program transformasi, seperti dilancarkan Najib Razak, boleh saja dilaksanakan, tetapi ia hanya mimpi di siang hari untuk membayangkan elit penguasa dapat merubah kebiasaan lama -- memperdagangkan kuasa dan pengaruh untuk kepentingan diri dan suku-sakar.
(NKRA untuk menghapuskan rasuah menjadi elemen penting dalam Program Transformasi Kerajaan sejak 2010, tetapi setiap tahun Laporkan Ketua Audit Negara mendedahkan pelbagai kes pembaziran, pemborosan dan penyelewengan).
Ya, pentadbiran kerajaan persekutuan di Putrajaya seolah-olah dipindahkan ke Sungai Limau. Dalam tempoh berkempen, segalanya mahu dilonggokkan kepada pengundi (walaupun berbentuk makanaan tin yang sudah luput tarikh akhirnya), dan bila disoal, hujahnya sama saja, perancangan sudah lama, sebelum Ustaz Azizan Abd Razak meninggal dunia lagi!
Saya tidak pasti, apakah  Sungai Limau turut mempunyai rancangan Felda, tetapi pengerusinya, Isa Samad, turut turun padang berkempen melalui bantuan Yayasan Felda, membaik pulih rumah, RM5,000 setiap satu?

Sg Limau: BN Makin Keliru, Faktor Calon Sukarkan Untuk Menang.....

BN ‘mati angin’ apabila PAS mempelopori politik damai untuk PRK Sungai Limau kali ini. BN yang sudah terbiasa dengan politik putarbelit, fitnah dan menyerang peribadi calon lawan, tiba-tiba kali ini dihadapkan dengan politik lunak PAS.
BN menyedari bahawa langkah menyerang peribadi calon PAS membahayakan diri sendiri kerana tiada isu yang boleh dieksploit. Ustaz Mohd Azam Abd Samat adalah tokoh muda yang terpuji sekalipun terbabit dalam politik namun tidak pernah naik ke pentas menghentam sesiapa.

Di kalangan orang yang mengenali calon PAS, Azam terkenal dengan imej baik dan bersopan santun. Sumber bilik gerakan BN sendiri mengakui bahawa calon mereka sukar untuk mengatasi  kelebihan wibawa calon PAS.
Azam adalah anak kelahiran Sungai Limau. Ibu dan ayahnya juga anak Sungai Limau, justeru mereka mempunyai rangkaian keluarga yang sangat besar di sini. Ke mana sahaja beliau turun berkempen, seolah-olah tidak perlu diperkenalkan lagi. Kelebihan ini tiada pada calon BN meskipun dia juga anak Sungai Limau.
Apapun peribadi calon tidak akan menyumbang peratus yang lebih besar dari sokongan berdasarkan parti. Realiti Sungai Limau sejak PRU 1959, PAS dan Umno wujud secara tradisi dari warisan keluarga.

Sg Limau: PAS letak minimum majoriti 500


JERAI: PAS menjangkakan mampu menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau yang dijadual 4 November ini dengan meletakkan minumum majoriti sebanyak 500 undi.

Pengarah Jawatankuasa Induk PAS bagi PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata sasaran itu mengambil rujukan keputusan yang diperoleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan ketika kali pertama bertanding di Dun itu lima penggal lalu.

Ketika itu katanya, Allahyarham menang sekitar majoriti tersebut dan calon PAS kali ini Ustaz Mohd Azam Abd Samad juga diletakkan kayu aras yang sama.

"Kita jangka majoriti lantai tidak akan kurang daripada 500 undi seperti kali pertama Allahyarham Ustaz Azizan bertanding dulu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya keyakinan semasa PAS terhadap PRK kali ini pada sidang media di Markas Induk PAS di Sungai Limau hari ini.

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, beliau yakin dengan kebijaksanaan pengudi di sini yang akan membuat pilihan tepat pada 4 November ini.

Sg Limau: Kalau mahu BN ambil berat, undi PAS


JERAI: Rakyat di Dun Sungai Limau perlu mengekalkan wakil rakyat dari PAS jika mahu melihat Umno BN mengambil berat terhadap mereka.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu Muhyidin Abdul Rashid berkata, Umno BN hanya mengambil berat terhadap rakyay bila mereka berasa lemah dan ditolak rakyat.

Mengambil pengalaman Terengganu katanya, pemimpin Umno BN sebelum PRU13 lalu sibuk dengan projek yang hanya menguntungkan segelintir kelompok mereka dan tidak memberi manfaat kepada rakyat terbanyak.

Ianya termasuk, penganjuran Piala Monsun, projek zoo, membeli binatang-binatang ternak dengan belanja ratusan juta ringgit yang langsung tidak dirasa manfaatnya kepada rakyat.

"Bila PRU13, kedudukan kerusi jadi PAS 15, BN 17. Baru la mereka berasa tersepit dan mula rapat kembali kepada rakyat.

Sg Limau: Serah balik susu tamat tempoh kepada BN



JERAI: PAS meminta ke semua penduduk yang menerima bantuan susu pekat yang telah tamat tempoh perlu menyerahkannya kembali di bilik gerakan Barisan Nasional (BN).

Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media di Markas Induk PRK Sungai Limau turut menasihati agar mereka yang menerima bantuan susu pekat dari BN perlu memastikan tarikh luput untuk mengelak berlaku keracunan.

"Saya meminta kepada BN agar membuat pengumuman kepada mereka yang menerima susu pekat tersebut mengembalikan kembali susu tersebut dan digantikan dengan yang baru.

"Kalau mereka tak mahu membuat apa-apa pengumuman, saya meminta kepada penduduk yang mendapat susu tersebut agar menyerahkannya di bilik gerakan BN dengan segera.

"Dalam pada itu kepada sesiapa yang mendapat bantuan dari BN perlu memastikan tarikh-tarikh luput agar tidak berlaku keracunan ketika menggunakannya," jelasnya.

Sg Limau: Calon BN terpaksa tukar imej

Selama ini kopiah putih dikaitkan dengan penyokong PAS manakala songkok hitam pula dikaitkan dengan penyokong BN.
YAN: Biasanya poster calon BN dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil  menampilkan gambar calon memakai songkok. Tetapi suasana di PRK Sungai Limau mendorong BN menukar imej calonnya, Dr Sohaimi Lazim dengan menggunakan gambar beliau memakai kopiah putih.
Selama ini kopiah putih dikaitkan dengan penyokong PAS manakala songkok hitam pula dikaitkan dengan penyokong BN.
Sepanduk dan papan iklan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang dipasang di sekitar kawasan PRK Sungai Limau sebahagiannya memaparkan foto beliau dengan kopiah atau ketayap putih.
Imej Dr Ahmad dengan kopiah putih ini menghiasi sepanduk dan papan iklan bertemakan “Berani Hijrah” bagi menyaingi tema “Kekal” calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.
Pengerusi Perhubungan Umno Kedah yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir turut kelihatan berjemaah di beberapa masjid di sekitar Dun Sungai Limau dengan berkopiah putih.
Budaya baru Umno ini amat berbeza dengan pendirian bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainudin Maidin yang mahukan songkok hitam menjadi pemakaian orang Melayu berbanding kopiah putih.
Begitu juga dengan Ketua Bahagian Umno Baling yang juga Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mahukan para jemaah haji Malaysia memakai songkok dan berbaju Melayu ketika menunaikan solat di Masjidil Haram, Makkah.
Sejauh mana pengundi Sungai Limau terpengaruh dengan kopiah putih Dr Sohaimi ini? Mampukah imej ini meningkatkan undi BN? Sama-samalah kita tunggu 4 November ini.

AS, Australia perlu henti risikan ke atas Malaysia


KUALA LUMPUR: Sebarang risikan yang dilakukan negara luar di dalam Malaysia wajib dikecam dan tidak dibenarkan terus berlaku, demi keselamatan ekonomi dan kedaulatan negara, tegas Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Katanya, rakyat Malaysia malah dunia dikejutkan berita mutakhir dari 'whistleblower' Edward Snowden melalui Der Spiegel dan Sydney Morning Herald yang mendakwa risikan Amerika Syarikat menggunakan kedutaan-kedutaannya serta suruhanjaya-suruhanjaya tinggi milik Australia, termasuk kedutaan dan suruhanjaya tinggi kedua-dua negara di Kuala Lumpur.

“Operasi risikan ini didakwa dijalankan di bawah operasi "STATEROOM" dan turut melibatkan Britain dan Kanada. STATEROOM didakwa memintas maklumat radio, telekomunikasi, dan Internet, dan rata-rata aktiviti pintasan dilakukan tanpa pengetahuan duta-duta di kedutaan dan suruhanjaya tinggi tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, katanya Kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia perlu memberi penjelasan tentang dakwaan itu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen dan Datuk Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah megecam tindakan risikan tersebut.

Anwar terkejut Najib, KDN membisu isu perisikan Amerika Syarikat


Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini meluahkan rasa terkejut kerana tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung laporan Kedutaan Amerika Syarikat menjadi pusat operasi untuk aktiviti perisikan.
Ketua Pembangkang itu menegaskan tindakan Najib dan KDN itu dilihat umpama 'nampak terlalu lemah' walaupun perkara ini amat serius.
"Ia perkara serius untuk negara. Kami minta Perdana Menteri, KDN respons perkara ini supaya kita tidak dilihat terlalu lemah.
"Tiada negara yang boleh bertoleransi dengan kegiatan perisikan," katanya ketika sidang media di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini."Tiada negara yang boleh bertoleransi dengan kegiatan perisikan," katanya ketika sidang media di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

MP DAP Raub Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Anwar: Seolah-olah saya sokong GST

PAS gesa naik taraf Lapangan Terbang K.Bharu

BN's 'two' candidates in Sg Limau

Ops roboh Kg Hakka: Wakil rakyat pembangkang, pemimpin NGO ditahan

Thai-Burma Death Railway by David John Boggett

MP PAS Kuala Terengganu Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP PKR Penampang Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Amanat Azizan: Benar atau palsu?

Sehingga kini kesahihan surat itu belum dipastikan. Yang menyampaikan amanat Azizan itu bernama Haji Shukri Haji Ismail. Usaha untuk menghubungi Haji Shukri itu sehingga kini gagal. 

YAN: Macam macam cara nak menang di PRK Sungai Limau. Paling terbaru surat bekas ADUN Sungai Limau, Tan Sri Azizan Ismail disebarkan oleh pihak BN. Kononnya surat itu ditulis oleh bekas Menteri Besar Kedah itu tiga minggu sebelum beliau meninggal dunia.
Sehingga kini kesahihan surat itu belum dipastikan. Yang menyampaikan amanat Azizan itu bernama Haji Shukri Haji Ismail. Usaha untuk menghubungi Haji Shukri itu sehingga kini gagal.
Dalam amanat itu, Azizan menulis: jika kita undi PAS, PKR dan DAP, samalah kita mengkhianati Islam kerana PAS dan PKR tunduk kepada DAP yang anti Islam.
Katanya lagi, di Kedah PAS merosakkan alam sekitar kerana pengambilan balak yang tidak terkawal dan maksiat di merata bandar kerana tunduk kepada DAP dalam pengeluaran lesen rumah urut.
Beliau mendakwa para pemimpin PAS bercakap kalimah Allah tetapi perbuatannya kerana syaitan.
“Oleh itu saya menyokong BN kerana BN sahaja yang membawa ajaran Islam yang betul,” katanya lagi.
Katanya, saya menyeru umat Islam di negara kita supaya menyokong BN dalam PRK Sungai Limau.
Surat ini sudah tersebar dalam Facebook tetapi sehingga sekarang Haji Shukri yang dikatakan saudara Azizan itu tidak dapat dikesan untuk pengesahan.
Pemerhati politik berpendapat bahawa surat ini palsu. Ia sengaja direka oleh pihak BN untuk menarik undi di atas pagar. Bagaimanapun, jika surat ini benar dan ia disahkan oleh Haji Shukri, mampukah ia menarik undi para penyokong PAS yang sudah sebati dengan PAS berpuluh tahun? Sama-samalah kita tunggu keputusan PRK Sungai Limau pada 4 November ini.

GST: Pengguna mula belek resit

BAHANG cukai barangan dan perkhidmatan (GST) semakin terasa meskipun pelaksanaannya setahun lebih daripada sekarang.

Jika sebelum ini resit-resit pembelian barangan dan makanan terus disimpan di dalam dompet ataupun sekadar direnyuk dan kemudiannya dicampak ke dalam tong sampah tetapi kini, selain jumlah baki wang yang dipulangkan, resit turut dibelek pengguna.

Penulis juga tidak terkecuali mula membelek setiap resit pembelian barang dan makanan yang diterima sejak akhir-akhir ini.

Bukan senarai atau harga barangan yang diteliti tapi mata penulis terus mencari perkataan ‘tax’ ataupun GST.

Manalah tahu GST itu sudah mula dilaksanakan sebelum tarikh rasminya kan?

Ada resit yang mencatatkan caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus, ada juga cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus dan ada juga resit yang sudah siap sedia dengan ruangan GST tetapi kadarnya masih sifar peratus.

Penulis beranggapan itu mungkin persiapan awal pihak peniaga. Hanya tinggal ubah angka sifar menjadi angka enam.

Berbalik kepada pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2014, minggu lalu.

Gaji masih rendah, macam mana mahu laksana GST?

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan pakatan pembangkang tidak pernah menolak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mahu dilaksanakan kerajaan.

Azmin berkata, pendirian pembangkang adalah GST merupakan satu sistem percukaian yang telus, efisien dan dalam jangka masa panjang mampu memberi kebaikan kepada sistem ekonomi negara.

Bagaimanapun menurut anggota Parlimen Gombak itu, Malaysia masih belum bersedia untuk laksanakan cukai itu kerana lebih 40 peratus rakyat berpendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan dengan 80 peratus daripadanya adalah orang Melayu dan Bumiputera.

“Sudah pasti, jika dilaksanakan GST akan menekan golongan dalam kelompok berpendapatan rendah dan rakyat miskin,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat di sini, semalam.

SUA PSM ditahan ketika operasi roboh Kg Hakka

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arulchelvan ditangkap lagi semasa cuba menyekat operasi perobohan di Kampung Hakka yang bersejarah di Mantin, Negeri Sembilan pagi ini.

s arutcheclvan arrested in kampung hakkaDia bertengkar dengan polis yang mengawal kawasan operasi perobohan tersebut pada pukul 11.30 pagi ini, apabila dia dan seorang lagi aktivis PSM digari dan dibawa ke dalam kenderaan polis.

Orang ramai di kawasan kampung baru Cina itu menjerit terhadap anggota polis ketika mereka ditangkap.

Pada 30 September lalu,  pemimpin PSM itu dan 11 yang lain ditahan apabila mereka cuba menghentikan perobohan kampung bersejarah itu,  diekori dengan usaha dibuat untuk mendapatkan semakan kehakiman.

Dewan Rakyat: Usul terhadap MP Sepang...

Assad: no peace unless rebels lose support

Dewan Rakyat 31 Oktober 2013: Sesi Pertanyaan jawab lisan

Aussie embassies part of US spy network

Australian media reported that even the Aussie High Commission in Kuala Lumpur is used to gather intelligence for the United States.

SYDNEY: Australian embassies are part of a U.S.-led global spying network and are being secretly used to intercept calls and data across Asia, according to local media reports cited by Xinhua news agency.
The top secret Defense Signals Directorate operates the clandestine surveillance facilities at embassies without the knowledge of most Australian diplomats, Australia’s Fairfax Media reports.
“Fairfax Media has been told that signals intelligence collection takes place from embassies in Jakarta, Bangkok, Hanoi, Beijing and Dili, and High Commissions in Kuala Lumpur and Port Moresby, as well as other diplomatic posts,” Fairfax said on Thursday.
Some of the details are revealed in a secret U.S. National Security Agency document leaked by exiled American former CIA employer and whistle-blower Edward Snowden and published by Germany’s Der Spiegel.
The document shows the existence of a highly sensitive signals intelligence collection programme, codenamed STATEROOM, conducted from sites at U.S. embassies and consulates and from the diplomatic missions of other intelligence partners including Australia, Britain and Canada.

KL jadi pusat RISIKAN AS, Najib jangan jadi Pak Sanggup..!!!

KUALA LUMPUR - Pentadbir di Malaysia terkejut dan bingung berikutan khabar bahawa Amerika Syarikat bermungkin besar menggunakan kedutaannya di Kuala Lumpur untuk mengintip.
GEMPAR: KL jadi pusat RISIKAN AS, Najib jangan jadi Pak Sanggup"Kami amat bimbang dan mengharapkan penjelasan segera dan kenyataan balas daripada duta AS. Jika benar Kuala Lumpur menjadi sebahagian daripada PRISM atau mana-mana program pengintipan Amerika Syarikat yang lain, ini bermaksud kedaulatan negara kita telah dicerobohi," Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin memberitahu Malaysia Chronicle.
"Ini bukan masanya untuk kerajaan terutamanya Najib Razak, membutakan mata terhadap apa yang berkemungkinan besar adalah pelanggaran hak asasi dan syarat-syarat penubuhan misi AS di sini. Najib mestilah berhenti daripada cuba mengambil hati Obama sehingga ke tahap membuka peluang untuk Malaysia digunakan sebagai stesen mengintip ke atas negara-negara jiran kita. Lebih baik kita menjadi tanah jajahan Amerika Syarikat jika begitu."
Sim, ahli parti pembangkang PKR, mengulas berita dari media Australia bahawa AS telah mengesan perbualan telefon dan memantau rangkaian komunikasi dari fasiliti pengawasan elektronik dari kedutaan dan konsulatnya di seluruh timur dan tenggara Asia.
Menurut Sydney Morning Herald, maklumat itu telah dibocorkan oleh pemberi maklumat perisikan Edward Snowden.
Diam membisu
Setakat ini, tiada sebarang maklum balas daripada Kementerian Luar Malaysia, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang berada dalam lawatan kerja ke London.
Pemimpin Malaysia itu telah dijangka mengalu-alukan kedatangan Presiden Barack Obama ke Kuala Lumpur pada awal bulan Oktober, dimana sesetengah pengkritik percaya adalah umpan AS untuk Najib supaya menandatangani perjanjian Trans Pacific Partnership atau TPPA Obama yang berkontroversi.
Walau bagaimanapun, lawatan itu terbantut kerana penutupan sebahagian kerajaan Amerika Syarikat yang memaksa Obama untuk berada dalam negara bagi menyelesaikan pertelingkahan dasar ekonomi dengan pesaing Republikannya.
Presiden Amerika Syarikat itu merupakan tokoh yang popular di Malaysia di mana dia dianggap sebagai 'hero' dalam isu perkauman.
Pegawai-pegawai kedutaan AS di Kuala Lumpur sehingga kini tidak memberi sebarang ulasan mengenai khabar 'mengintip' itu.
Jangan buat bodoh, bertindaklah ke atas perbuatan “jijik" itu

Menteri: Kerajaan belum sedia ambil alih pembinaan rumah kos rendah


Cadangan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) agar pembinaan rumah kos rendah diambil alih oleh agensi kerajaan dan pemaju hartanah negeri masih belum sedia diteliti kerajaan.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar) berkata, kerajaan sememangnya mengambil tanggungjawab untuk membina lebih banyak rumah kos rendah akan tetapi berdepan dengan masalah kapasiti yang terhad.
“Kami mengambil tanggungjawab tersebut namun dalam industri ini, kerajaan mempunyai kapasiti terhad. Saya faham dari mana datangnya cadangan itu. Namun seperti yang saya katakana, kita mencari formula terbaik dan dinamik.
“Apabila rumah kos rendah tidak lagi menjadi keperluan maka kita akan memudahkan beberapa syarat. Rehda dan kerajaan mempunyai hubungan yang baik. Kami ada halatuju yang sama bagi memastikan industri perumahan berkembang dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
“Pihak kerajaan menghargai apa yang telah dilakukan oleh Rehda dengan membina banyak rumah kos rendah. Ia idea yang baik dan akan diteliti kemudian,” katanya kepada The Malaysian Insider selepas menghadiri Jamuan Makan Malam Rehda 2013 di Bukit Kiara, Kuala Lumpur malam tadi.
Timbalan Presiden Rehda Datuk Fateh Iskandar Mohamed Mansor semasa berucap di majlis tersebut mencadangkan agar pembinaan rumah kos rendah untuk golongan berpendapatan rendah dibangunkan oleh agensi di bawah kerajaan persekutuan serta pemaju hartanah negeri.
Katanya, pandangan ini harus diteliti kerajaan supaya rakyat Malaysia dapat memiliki rumah idaman mereka.

Tido Lagi: Ni Kekurangan Gula Dalam Badan..???

PM Haji Najib didapati lena dan tidur disebabkan kepenatan ketika Forum Ekonomi  Islam Sedunia di London baru-baru ini. Gambar beliau tidur telah tersebar di media internet.
Persoalan yang menjadi tanda tanya rakyat ialah adakah Najib kepenatan disebabkan kekurangan gula dalam badan?

Adakah PM Haji Najib sedang mempraktikkan minum air tanpa gula seperti yang disarankannya?

Kekurangan gula dalam badan juga boleh menyebabkan keletihan dan tidak bermaya.

Gambar PM Najib tidur di forum ini mengingatkan kita akan Mantan PM, Pak Lah yang kerap gambarnya tidur dirakam oleh pihak media. Sebagai seorang ketua negara, perlakuan ini hadapan masyarakat antarabangsa sedikit sebanyak memburukkan imej di negara pada negara luar.

Wong Chen : Tangani jenayah secara holistik

SHAH ALAM 31 OKT : Masalah jenayah harus ditangani secara holistik dan bukan hanya tertumpu kepada penguatkuasaan undang-undang semata-mata, tegas Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.
jenayah wong chenWong Chen berkata, aspek ekonomi juga harus diberi perhatian sama serius seperti penguatkuasaan undang-undang dalam mengekang kes jenayah di negara ini.
“Andaikan seorang penjenayah melakukan rompakan bersenjata setiap hari, negara bakal menyaksikan 365 kes jenayah sepanjang tahun.
“Bayangkan kalau 10 ribu penjenayah dengan komitmen yang sama. Jadi berapa banyak anggota polis diperlukan untuk tangani masalah ini?,” katanya ketika dihubungi TVSelangor.
Wong Chen berkata, beliau mengesa Kerajaan Pusat bersikap lebih prihatin dengan pengurusan pentadbiran yang lebih cekap dalam memberi suasana ekonomi yang lebih baik kepada rakyat terbanyak.
Gesaannya itu diambil kira dari kehidupan rakyat yang semakin menekan ekoran desakan ekonomi yang saban hari semakin merunsingkan.
Kata Wong Chen, penjenayah di negara ini seakan komited menjadikan jenayah sebagai satu kerjaya tetap sehingga sanggup menyeludup senjata api dari negara jiran.

Negara Malaysia impian saya


dr mazlyn


Oleh Dr Mazlyn Mustapha

NAMA saya Mazlyn binti Mustapha, saya adalah anak ketiga daripada lima adik-beradik perempuan. Arwah ayah saya adalah seorang jurutera aeronautik dan ibu saya seorang surirumah tangga yang bertungkus-lumus membesarkan kami lima beradik.
Saya lahir, membesar dan tinggal di Petaling Jaya. Ini adalah kampung halaman saya. Saya sering memperkenalkan diri sebagai seorang doktor, kerjaya yang saya tumpukan selama hampir 20 tahun, selepas menduduki peperiksaan SPM di MRSM Taiping dan melanjutkan pelajaran di Dublin, Ireland dan menetap di sana selama 11 tahun termasuk pengajian ijazah, bekerja dan seterusnya menduduki peperiksaan post-graduate.
Saya dan suami, yang juga seorang doktor, pulang ke tanah air pada 2007 untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia yang telah membiayai pengajian kami selama ini. Itulah matlamat kami sewaktu berdikari di perantauan.
Kami berkhidmat di HUSM di mana suami berpeluang meneruskan pengajian dan akhirnya menjadi pakar pembedahan plastik dan rekonstruktif. Kami mempunyai tiga anak, dua lahir di Ireland dan yang bongsu, lahir di Kelantan.

Anak syarikat PKNP rugi: Kerajaan BN Perak didesak selamatkan wang rakyat


howard lee


IPOH, 31 OKTOBER: Kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak digesa bertindak terhadap beberapa syarikat kerajaan negeri berikutan prestasi buruk akibat ketidakcekapan dan keborosan agensi berkenaan di bawah pentadbiran BN seperti dalam laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Perak.
Ia antara lain membabitkan kerugian anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNK), Perak Industrial Resources Sdn Bhd (PIRSB) sebanyak RM8.59 juta.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How, kegiatan utama PIRSB adalah membantu memajukan  sektor ekonomi negeri menerusi penggalakan pelaburan dan penerokaan bidang baru dengan memiliki sembilan anak syarikat.
“Bagaimanapun, hanya lima anak syarikat yang aktif berniaga dalam tempoh pengauditan itu dijalankan,” katanya.
Beliau berkata, skop kajian yang dijalankan oleh unit yang ditubuhkan ini adalah berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara membabitkan penyata kewangan bagi tahun 2009 hingga 2011 yang meliputi aspek kewangan dan aktiviti utama syarikat dengan tumpuan terhadap prestasi kewangan pengurusan sehingga 2012.

BN belanja melampau, ekonomi dalam bahaya


nga kor ming


KUALA LUMPUR, 30 OKTOBER: Kerajaan Barisan Nasional (BN) secara tidak langsung mendedahkan kepincangan pengurusan kewangan negara apabila mempamerkan beban tanggungan dan perbelanjaan melampau dalam Bajet 2014 yang diumumkan minggu lalu.
Menjelaskan lanjut dalam empat poin utama, Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming berkata bajet kali ini terpaksa membuat peruntukan besar dengan keadaan perolehan kerajaan yang tidak seimbang.
“Pertama, bajet ini merupakan bejet defisit 17 tahun berturut-turut sejak 1998. Di bandingkan dengan jangkaan hasil kerajaan, jumlah defisit tahun depan berjumlah RM40.1 billion. Ini satu jumlah defisit yang besar dan jika termasuk bil perbekalan tambahan, jumlah defisit negara sebenar akan berjumlah lebih RM60 billion,” kata beliau.
Katanya, sejak Ahli Parlimen PKR Anwar Ibrahim “direhatkan di Sungai Buloh”, Malaysia tidak pernah menikmati belanjawan lebihan sebaliknya sentiasa terbelenggu dalam keadaan defisit.
“Kedua, bajet ini menonjolkan betapa teruknya hutang negara yang semakin menggunung. Ketika YB Pematang Pauh menjadi Menteri Kewangan, hutang negara kita berada di paras sekitar RM90 billion, dalam tempoh lapan tahun Pematang Pauh menjadi Menteri Kewangan, hutang negara bukan sahaja tidak meningkat sebaliknya berjaya dikurangkan ke paras RM80 billion.

Police arrest student protesters in Egypt

PAS bawa turun penceramah ‘heavyweight’ walaupun Sungai Limau kubu kuat


PAS tidak mengambil mudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau kali ini, apabila menurunkan penceramah ‘heavyweight’ iaitu bekas naib presiden Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib (gambar) dalam misi mempertahankan kubu kuat mereka itu.
Muhammad ataupun dikenali ‘Mat Tyson’ sebelum ini banyak membantu PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, terutamanya dalam merampas kerusi-kerusi kubu kuat Umno di Selangor.
Dalam ceramah pertama di Sungai Limau malam tadi, bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, Umno sekarang jauh bezanya dengan dahulu, di mana parti tersebut lebih mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan kepada negara.
"Berbeza dengan Umno dan pentadbiran kerajaan yang diterajui perdana menteri terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman hinggalah Tun Hussein Onn. Sekarang saya lihat Umno lebih banyak bawa kemudaratan.
"Keadaan sekarang tidak lagi selamat seperti dahulu, lihat sajalah jenayah yang berlaku setiap hari," kata Muhammad dalam ceramah berkelompok di Simpang 3 Luar, Sungai Limau.
Muhammad dilihat berperanan penting dalam memancing penyokong tegar konservatif Umno khususnya di luar bandar.
Semasa PRU13 lalu, Muhammad menjelajah ke seluruh pelosok kawasan pedalaman yang menjadi penempatan masyarakat Melayu di seluruh negara, berkempen atas tiket PAS.
Sementara itu, Muhammad juga menyeru agar pengundi Sungai Limau memilih calon PAS, Mohd Azam Abd Samad sebagai isyarat menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dianggap sebagai punca kenaikan harga barang.

Muhyiddin Dah Pandai Melawak, Katanya Projek Pembangunan Bukan Untuk Beli Undi...

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang kini lebih lapang dadanya berikutan permohonan maafnya telah diterima baik oleh keluarga Allahyarham Ustaz Azizan sedangkan isu keterlanjurannya mengaitkan bekas MB Kedah yang dipotong kakinya dengan pemansuhan subsidi gula menjadi percakapan ramai, dilihat semakin bersemangat meneruskan kempennya untuk memastikan kemenangan BN di Sungai Limau pada 4 November ini.

Beliau bukan saja semakin kerap turun ke menemui pengundi, bahkan semakin rancak mencurahkan wang pembayar cukai rakyat atas nama UMNO dan BN bagi memastikan Pas tewas dalam pilihanraya kecil ini. Setelah pelbagai projek pembangunan dicurahkan sebelum ini, terbaru ini beliau memberi RM400 ribu untuk sebuah madrasah, RM3 untuk jeti nelayan dan kemudian lebih RM2 juta untuk sekolah-sekolah Cina.

Namun kata Muhyiddin, semua projek pembangunan dan curahan peruntukan kewangan itu bukan bertujuan membeli sokongan daripada pengundi Sungai Limau, tetapi hanya kebetulan saja pilihanraya kecil sedang berlangsung.

Katanya, bantuan kepada rakyat adalah program berterusan kerajaan, tidak kira sama ada berlangsung pilihanraya atau tidak.

Hahahaha...ramai yang ketawa mendengar kenyataan Muhyiddin ini. Ada pula yang berkata, TPM yang selama ini dikenali dengan wajah serius dan jarang tersenyum, rupa-rupanya sudah pandai melawak sekarang ini. Lawaknya ialah beliau datang setiap hari ke Sungai Limau dan memberi projek serta pertuntukan di sana-sini tetapi tidak mahu undi.

Maknanya dengan segala yang diberikannya ini, Muhyiddin tak kisah pun jika pengundi Melayu dan Cina terus menyokong Pas. Biarlah Pas menang dan BN kalah lagi untuk kali keenam berturut-turut. Sebabnya Muhyiddin tak mahu segala pemberiannya itu dibalas dengan undi.

Biarlah juga Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi BN Kedah yang telah malu besar kerana kalah bertanding Naib Presiden UMNO dua minggu lalu sedangkan namanya begitu popular di kalangan ahli UMNO, sekali lagi ditimpa malu kerana ditolak oleh pengundi Sungai Limau pula.

Sg Limau: Calon BN pun berkopiah putih


JERAI: Latar belakang dan budaya masyarakat Islam di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau yang taat beragama mungkin mendorong calon BN dan para pemimpin Umno merubah corak pemakaian dan bahan kempen apabila mengenakan kopiah putih yang agak sinonim dengan PAS.

Sepanduk dan papan iklan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang dipasang di sekitar kawasan PRK Dun Sungai Limau sebahagiannya memaparkan foto beliau dengan kopiah atau ketayap putih.

Imej Dr Ahmad dengan kopiah putih ini menghiasi sepanduk dan papan iklan bertemakan "Berani Hijrah" bagi menyaingi tema "Kekal" calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.

Sg Limau: Adakah ‘Kekal’ atau ‘Berani Hijrah’?

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri N.20 Sungai Limau kini sudah pun memasuki ke fasa terakhir kempen yang masih berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum hari pengundian pada Isnin, 4 November 2013.

Pengundi DUN Sungai Limau ini berjumlah seramai 27,222 orang dengan komposisi mengikut kaum iaitu 93 peratus ialah pengundi Melayu, 6.7 peratus pengundi Cina, 0.6 peratus pengundi India dan selebihnya kaum-kaum lain. DUN Sungai Limau ini terletak di bawah Parlimen Jerai yang telah berjaya ditawan oleh Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 yang lalu melalui calonnya, Datuk Seri Jamil Khir Baharom manakala dua lagi DUN iaitu Guar Chempedak dan Gurun juga dikuasai BN.

Kerusi DUN Sungai Limau ini boleh dikategorikan sebagai kubu kuat PAS kerana penyandangnya sebelum ini, Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak telah berjaya mempertahankan kerusi tersebut semenjak tahun 1995 yang pada ketika itu dikenali dengan nama DUN Sala. Melihatkan majoriti yang dimenangi setiap kali pilihanraya tersebut, ia ada turun naiknya bermula pada PRU 1995 dengan majoriti hanya 196 undi, PRU 1999 dengan majoriti meningkat kepada 2621 undi, PRU 2004 dengan majoriti menurun kepada 1080 undi, PRU 2008 dengan majoriti 3212 undi dan yang terkini PRU 2013 dengan majoriti 2774 undi.

Menyorot kembali keputusan PRU 13 yang lalu, daripada keseluruhan 57 saluran mengundi, PAS berjaya memenangi 39 saluran manakala BN menang di 18 saluran mengundi biasa dan undi pos. PAS berjaya menguasai 14 Pusat Daerah Mengundi manakala BN berjaya berkubu di 5 Pusat Daerah Mengundi iaitu Selengkoh, Sungai Daun, Sungai Kering, Dulang Kecil dan Dulang Besar. Hal ini dapat dilihat dengan pencapaian BN memenangi kesemua saluran di kelima-lima pusat daerah mengundi tersebut. BN turut memenangi dua saluran pengundi muda di Pusat Daerah Mengundi Simpang Tiga, dan empat saluran pengundi tua iaitu di Pusat Daerah Mengundi Sungai Limau, Kabu Sepuloh, Sedaka dan Padang Lumat.

Sg Limau: Umno layan rakyat macam roti canai - Bob Lokman


JERAI: Bekas pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman mengingatkan seluruh pengundi Dun Sungai Limau agar mengambil iktibar apa yang telah berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Tampil di pentas ceramah PAS di Padang Lumat, Batu 16 di sini malam tadi, Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, melontar persoalan adakah rakyat di negara ini tidak serik diperlakukan seperti "roti canai" oleh Umno BN.

"Mula-mula dia uli tepung penuh kelembutan, campur majerin, jadikan kecil-kecil sebesar penumbuk, sapu minyak, tutup dengan tuala good morning, perap dan simpan tempat sejuk.

"Tapi bila nak makan, dia cengkam satu-satu, hempas atas meja, lenyek-lenyek, tarik-tarik, kemudian bakar atas tempat panas," katanya.

Menurut beliau, itulah cara Umno melayan rakyat selama ini dengan membelai penuh kasih sayang ketika kempen, namun selepas pilihan raya, rakyat dijadikan mangsa.

Beliau memberi contoh janji BN sebelum PRU13 lalu yang berjanji tidak akan menaikkan harga petrol dan barangan lain, namun selepas pilihan raya, petrol dan terbaru harga gula naik serta merta.

Kuin: Tiga MB, tiga lokasi berubah


JERAI: Perancangan membina kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) telah dibuat sejak zaman Tan Sri Sanusi Junid menjawat Menteri Besar tetapi lokasi pembinaannya berubah setiap kali Kedah mendapat MB baru.

Hanya setelah teraju kerajaan negeri diambil alih oleh PAS pada 2008, hasrat penubuhan kampus tetap Kuin menjadi kenyataan.

Ketika Sanusi Junid menjawat MB, kampus tetap Kuin dicadangkan di Yan tetapi diubah ke Jeneri, Sik di era pentadbiran MB Datuk Seri Syed Razak Syed Zain.

Datuk Seri Mahdzir Khalid pula mengubah cadangan lokasi Kuin ke Suka Menanti apabila mengambil alih teraju negeri. Bagaimanapun masalah pengambilan balik tanah sawah penduduk mengakibatkan projek itu tertangguh.

Hanya setelah Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri kampus tetap Kuin didirikan di Kuala Ketil.

Pemilihan Kuala Ketil sebagai tapak kampus tegap Kuin dibuat atas beberapa faktor antaranya keluasan tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK); matlamat pembangunan bandar baru, perancangan pembangunan masa depan, jaringan perhubungan, pembangunan sosial setempat dan kepadatan penduduk.

Bagaimanapun perkembangan pesat Kuin dengan kampus baru bernilai RM330 juta itu terbantut apabila BN kembali berkuasa di Kedah.

Pemimpin Umno pertahan Perkasa, dakwa kumpulan bukan Melayu juga ekstrem

Ketika Pakatan Rakyat (PR) bersetuju pandangan sempit Perkasa bertentangan dengan usaha transformasi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, pemimpin Umno berhujah wujud juga kumpulan bukan Melayu esktrem lain yang berjuang untuk komuniti mereka.

Pembangkang menekankan keberadaan Perkasa di sisi pentadbiran Najib adalah satu langkah yang silap dan tidak seiring dengan transformasi dibawa beliau kerana mereka sering mencetuskan kontroversi dengan kritikan-kritikan menggugat perpaduan.

Bekas menteri kabinet Datuk Zaid Ibrahim bersetuju dengan pandangan tersebut dan mengecam Perkasa serta menyifatkan kumpulan itu sebagai satu ancaman kepada keamanan dan kestabilan negara ini.

"Kewujudannya memalukan negara, terutamanya orang Melayu," kata beliau dalam satu artikel dihantar kepada The Malaysian Insider semalam.

Mansuh subsidi hukuman berat kepada rakyat

Jom Shopping Deepavali anjuran DUN Gombak Setia 1
GOMBAK 31 OKT : Tindakan kerajaan pusat memansuhkan subsidi barangan keperluan rakyat pada pembentangan Bajet 2014 adalah satu ‘hukuman berat’ kepada rakyat sedangkan pentadbiran kerajaan tidak mengamalkan cara berhemah berbelanja sehingga menyebabkan berbilion wang rakyat.

Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan, berkata golongan berpendapatan rendah dan sederhana akan terus dihimpit dengan kekangan ekonomi hasil daripada tindakan pemansuhan subsidi itu.
“Kita melihat ini sebagai satu bencana kepada rakyat apabila bajet baru-baru ini menarik beberapa subsidi barang keperluan rakyat seperti gula apatah lagi bila menjelang perayaan,” kata beliau kepada TV Selangor.
Hasbullah berkata, kerajaan pusat perlu mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah dan mencari jalan mengatasi defisit negara.
“Kerajaan perlu memikirkan langkah mencari alternatif lain untuk mengurangkan defisit dan kelemahan mereka dalam mentadbir.

PRK UIA: Pro-M menang 22 daripada 25 kerusi


GOMBAK: Wufi meneruskan momentum kemenangan Pro Mahasiswa di seluruh Malaysia apabila memenangi sebanyak 22 daripada 25 buah kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan raya Kampus (PRK) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 2013.

“Walaupun kami berjaya mengekalkan kemenangan di dalam PRK kali ini, namun kami telah mendapat tamparan apabila berlaku kemerosotan undi di beberapa kuliah,” kata Pengerusi Wufi, Muhd Najib.

Walaupu begitu, ujar beliau pihaknya berjaya memenangi kerusi yang sengit di kuliah undang-undang.

Sehubungan itu, pihaknya mengucapkan tahniah dan takziah kepada semua calon yang telah memenangi PRK kali ini.

“Tidak lupa juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih ditujukan kepada semua pihak, khususnya para pengundi dan tenaga jentera yang telah bertungkus lumus berkempen demi memberi kemenangan kepada calon-calon kami,” ujarnya.