Safwan Anang
SHAH ALAM - Selepas semua universiti lain selesai mengadakan pilihan raya kampus, tiga universiti lagi masih ternanti-nanti tarikh pemilihan.

Universiti tumpuan tersebut ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Tidak diketahui sebabnya, wakil Pro-Mahasiswa, Safwan Anang yang juga Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendakwa turut musykil terhadap perkara itu.

“Ini yang kita musykil. Masalahnya apabila kita pergi ke Kementerian Pendidikan, mereka kata pihak kementerian cuma memberi tarikh cadangan, semua tertakluk kepada universiti masing-masing.

“UM sepatutnya adakan pemilihan pada 23 Oktober lalu tetapi pihak pentadbiran kata tertakluk kepada perubahan.

"Jadi, mereka ubahlah. Sampai sekarang tidak umum bila tarikh,” dakwanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.