Isnin, 28 Oktober 2013

Malaysia Masih Aman: Remaja dipukul 20 pelajar di asrama

Muktamar PAS dan pemimpin yang rendah diri

Yusuf Arif

22 November adalah tarikh muktamar PAS Pusat. Sebagai sebuah parti besar yang yang berusia 62 tahun, muktamar ini menjadi perhatian penting kepada rakyat Malaysia yang meletakkan harapan tinggi kepada PAS.
Bukan sekadar itu, bahkan dunia juga memerhati perkembangan PAS secara dekat, apabila kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terlibat secara langsung dalam beberapa rundingan damai dalam menyelesaikan beberapa konflik di Asia Barat khusus di Yaman, Syria dan Mesir.
Kejayaan beliau mempengaruhi gerakan Islam untuk mengambil jalan moderat khususnya mempromosikan kerjasama politik dan demokrasi di negara Islam, menjadi titik penting kepada pemerhatian dunia kepada PAS.
Oleh itu, pemilihan kepimpinan yang berlaku dalam muktamar kali ini cukup penting kepada masyarakat Malaysia dan dunia amnya. Namun beberapa muhasabah penting perlu dilakukan oleh kepimpinan PAS dalam mengenengahkan PAS sebagai sebuah parti harapan rakyat.
Ramai tokoh PAS yang boleh dimajukan ke hadapan untuk memimpin, tetapi tersekat dek sikap merendah diri dan tidak mahu bertembung yang menguasai diri. Jika dahulu tokoh seperti Dr Harun Din yang menolak sebarang pencalonan melibatkan pertandingan, kini perkara itu menjalar kepada tokoh seperti Tuan Ibrahim Tuan Man, Suhaizan Kayat dan lain-lain. Kedua-duanya ada bakat , pengalaman tersendiri. Beberapa kali dicalonkan ke jawatan penting tertentu, tetapi kerap menolak. Berbeza Mohamad Sabu dan Mahfuz yang sejak awal bertanding Ketua Pemuda, Naib Presiden beberapa kali dan Timbalan Presiden. Ada masa kalah dan ada masa menang. Tetapi mereka tidak mengalah, berundur, merajuk atau berkonflik. Terus maju ke depan, walaupun dilihat seperti tegang sedikit di musim pemilihan. Parti tidak pecah disebabkan mereka berlawan tetapi terus maju ke depan.
Suhaizan yang terlibat dalam PAS sejak tamat pengajian, bermula sebagai pemimpin cawangan, kawasan, negeri dan Pusat. Lulusan Sarjana Sains Komputer UTM ini pernah dipecat sebagai pensyarah UTM pada 2002 disebabkan aktif PAS ketika itu, sebelum terjun sepenuh masa dalam PAS.

7 YRS ON, Altantuya's bigwig killers stay elusive to the law but we all know who they are!

Despite a detailed confession of pre-meditated murder from Sirul Azhar bin Haji Umar (IC No: RF12559) recorded in Police Report No: 7380/06 on 9 November 2006 at 1635 hrs by Inspector Nom Phot a/l Prack Dit, the Court of Appeal on August 23rd this year decided to let both Sirul Azhar and his instigator Capt. Azilah Hadri walk free.
7 YRS ON, Altantuya's bigwig killers stay elusive to the law but we all know who they are!It has been established that Capt. Azilah Hadri was from the elite UTK (Special Operations Unit of the Royal Malaysian Police) and had served as personal bodyguard to then defence minister and deputy prime minister Najib Razak. He was summoned by Najib’s ADC and security chief, DSP Musa Safri, after Abdul Razak Baginda reported to his close friend and biggest client Najib Razak, that he was being harassed relentlessly by a very determined Mongolian woman demanding her share of a RM540 million kickback from a top secret French submarine deal.
Sirul Azhar stated in his police statement that he was recruited by Azilah to assist in “taking care” of a nuisance named Aminah alias Altantuya Shaariibuu. He even added that a cash reward of RM50,000 –100,000 was involved. I doubt Sirul knew who had made the offer, and even if he did, whatever name he mentioned would have been deleted from his statement by police officers eager to protect the VVIPs in Umno Baru.
'Taken care' of at least 6 others!
The third accused in the gruesome murder trial was Abdul Razak Baginda who submitted a sworn affidavit to the effect that he had briefed Capt. Azilah Hadri on the problem of Altantuya.
Razak Baginda said Capt. Azilah had assured him he was quite up to the task, even boasting that he had previously “taken care” of at least six others.
Nobody in their right mind would confess to cold-blooded murder - more so when the victim is unknown to them and happens to be a pretty woman given the brush-off by some well-heeled and politically connected casanova. Altantuya was obviously not a hardcore criminal. Who would have had the heart to shoot her twice in the head point blank even as she was pleading for her life – and that of her unborn child? Whatever crime she might have committed, blackmail for example, she deserved her day in court. Every policeman knows that – or should in any case.
However, Capt. Azilah Hadri and Sirul Azhar weren’t ordinary cops. They were commandos with the UTK, trained as crack sharpshooters and willing to carry out orders without question. Whose orders? Surely they would not obey Abdul Razak Baginda – a mere civilian, albeit one with political clout? The orders had to come from a superior police officer, in this instance Najib Razak’s ADC, former DSP Musa Safri, who has since been promoted and transferred to a different state.
Political masters must take the ultimate responsibility
Why was Musa Safri never called as a witness during the trial, which ran a record 159 days? He was security chief and ADC to Najib Razak and Rosmah Mansor. Whatever action he took would have been at their behest, in the interest of their personal security. DSP Musa Safri was clearly a loyal servant to his political masters. They are ones who must accept ultimate responsibility for the actions of their loyal servants – particularly if these actions involved abduction and cold-blooded murder, topped by the use of military-grade plastic explosives to destroy evidence of a dead body carrying an unborn child.
We must not forget that somebody in the Immigration Department deliberately deleted from the computer database all entry records of Altantuya Shaariibuu and her companions. Who would have the authority to order such a criminal act? In October 2006 when the drama unfolded the Ministry of Home Affairs (which controls the Immigration Department) had recently been restructured and, although Mohd Radzi Sheikh Ahmad was nominally in charge, it was a period of confusion without clear lines of command.
There must be someone very high in the power hierarchy to accomplish these grievous misdeeds without a hitch (almost). Who does all the evidence point to? Who is the common denominator in this complex web of intrigue?

Sg Limau: Ustaz Azam terharu dengan sokongan masyarakat

JERAI: Sebilangan besar penduduk Dun Sungai Limau mengakui calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau Ustaz Mohd Azam Abd Samat seorang yang tidak lekang dengan senyuman dan lemah lembut ketika berbicara.

Membuka topik senyum dengan empunya diri, Ustaz Azam, 37, berkata sejak kecil ibunya sentiasa berpesan agar sentiasa senyum ketika bertemu atau berurusan dengan orang lain.

"Saya diajar oleh emak supaya sentiasa senyum. Kita kena sentiasa baik sangka dengan orang Insya Allah orang pun tak ada masalah dengan kita.

"Kalau tanya pelajar saya pun mereka tahu saya bagaimana, mereka kata saya sentiasa senyum," katanya sambil ketawa kecil ketika ditemui Harakahdaily sewaktu rehat tengah hari di Markaz Induk PAS PRK Sungai Limau, Batu 15 semalam.

Bertanya mengenai rutin kempen sehari-hari, Azam berkata rutin harian tidak banyak berubah cuma ditambah dengan program-program bertemu masyarakat.

"Tak banyak yang berubah sebab saya seorang guru, selalu bertemu denan palajar dan ibu bapa, solat berjemaah di masjid cuma dalam tempoh kempen ini apa yang dilakukan mesti mendekatkan kita dengan masyarakat.

Anwar Ibrahim: Kamu Biarkan Rasuah, Kamu Biarkan Ketirisan, Kami Akan Lawan Habis-Habisan

Sg Limau: Lensa Kempen Ustaz Azam - 28-10-2013


















MP PKR Wangsa Maju Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

MP PAS Shah Alam tegur BN Legong Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Anwar Ibrahim: Untung Syarikat Gula Menjejak RM1 Billion, Rakyat Miskin Patuh Bayar Tambahan

Anwar: Debating budget like 'talking to the deaf'

Anwar: Najib tak hadir bahas bajet kerana 'angkuh kuasa'

MP DAP Bagan Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Harga Gula Naik, Minyak Naik Untuk Rakyat, Perdana Menteri Tunjuklah Contoh Yang Baik

Dewan Rakyat: MP Baling ... angkat bakul (2)

Dewan Rakyat: Shah Alam tegur Baling ... angkat bakul

TG Hadi Awang : Kerajaan Perlu Terapkan Ilmu dan Iman sistem pentadbiran

Anwar Ibrahim: Tarik Subsidi Daripada Rakyat, Bagi BR1M

Mana Nak Bela Melayu?.. MP PAS Rantau Panjang Bahas (D.R. 21/2013) Rang Undang-undang Perbekalan 2014

Membongkar salah faham dan persepsi salah perjuangan menentang TPPA

Oleh Anas Alam Faizli
Sudah beberapa bulan berlalu selepas Perjanjian Perkongsian Rentas Pasifik (TPPA) meraih perhatian awam dan rundingan rahsia sejak 2010 terbongkar kepada orang awam. Sejak itu, dialog, bengkel, kempen kesedaran, berita media dan perbincangan di antara pelbagai pertubuhan gerakan awam sudah dijalankan.

Bantah TPPA, suara terbesar setakat ini dalam usaha penentangan TPPA secara berterusan, telah berjaya membuka jalan untuk meningkatkan kesedaran awam dan menarik pelbagai pihak, pakar-pakar industri, dan kerajaan untuk membincangkan keburukan yang mungkin diakibatkan oleh TPPA kepada rakyat Malaysia secara menyeluruh.
Sungguhpun begitu, terdapat juga penentang-penentang TPPA yang lain; terdiri daripada personaliti politik, kumpulan berkepentingan tertentu, serta kumpulan pro-perlindungan yang mewakili pihak-pihak tertentu.
Walaupun begitu, isu TPPA sebenarnya lebih besar daripada itu. Kesannya nyata dan akan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kepercayaan politik, kaum dan kepentingan peribadi.
Penting ditegaskan di sini bahawa Bantah tidaklah menentang perdagangan bebas secara prinsipnya, tetapi yang ditentang ialah TPPA; yakni terhadap pemberian laluan percuma kepada rakan dagangan untuk sewenang-wenangnya mempunyai hak menentukan urusan mengawal selia perdagangan dalam negara kita dan akhirnya, kedaulatan dan hak kita.
TPPA bukanlah suatu perjanjian perdagangan yang adil mahupun perdagangan bebas sama sekali, memandangkan hanya 6 daripada 29 bab rundingan melibatkan perdagangan, manakala bab-bab selebihnya berpotensi mengancam kedaulatan Malaysia dan pembangunan ekonomi negara.
Lantas, saya dengan rendah diri di sini cuba untuk membongkar beberapa mitos mengenai TPPA, dan mengapa penentangan terhadapnya mengatasi dan melebihi daripada memenuhi kepentingan pihak tertentu sahaja.
1. Menentang TPPA ialah pro-perlindungan
Penyokong TPPA selalu berpegang kepada janji pasaran terbuka yang didakwa menjadi salah satu faedah utama TPPA. Syarikat tempatan boleh menembusi pasaran Amerika dan 12 buah negara lain dan faedah perdagangan bebas dan liberalisasi pasaran kelihatan memihak kepada mereka. Ada yang menggunakan analogi bahawa TPPA adalah seperti 6 atau 8 lorong lebuhraya yang akan membuka laluan besar kepada syarikat tempatan kita sebaik sahaja Malaysia meratifikasikan TPPA.
Dibandingkan dengan laluan sempit dan buruk yang sedang digunakan, penentangan terhadap TPPA akan dilabelkan sebagai perlindungan yang akan melepaskan potensi besar yang menanti peniaga-peniaga ini. Adakah ini benar?
Perlindungan sememangnya dipandang jelek oleh banyak pihak. Jika kita membaca buku teks ekonomi dan perdagangan antarabangsa, kita tidak mungkin tidak terserempak dengan kritikan terhadap perlindungan yang mempunyai peranan besar dalam The Great Depression. Walaupun kita bersetuju secara prinsipnya bahawa perlindungan itu boleh dipersalahkan (walaupun hakikatnya, Amerika yang memulakannya), ia bukanlah boleh dilhat dengan mudahnya sebagai “laluan sehala”.
Menentang TPPA mungkin menyebabkan anda berada dalam kem yang menyebelahi polisi perlindungan (sekiranya ia benar wujud), tetapi adakah TPPA menjamin yang Amerika sendiri tidak akan turut menggunakan kaedah perlindungan untuk selamanya demi melindungi syarikat-syarikatnya sendiri?

TG Hadi Awang: Senjata bukan kaedah utama tangani jenayah

KUALA LUMPUR - Kerajaan memerlukan aspek pembangunan modal insan untuk menangani masalah keselamatan negara yang semakin meningkat, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata penggunaan senjata bukan kaedah utama untuk mengatasi masalah keselamatan di Malaysia.

Menurutnya, kelemahan pembangunan modal insan yang tidak tepat dan sesuai akan meningkatkan kes jenayah seperti tembak pegawai bank dan sebagainya.

"Isu keselamatan, kita lihat jenayah makin banyak berlaku semakin hari semakin meningkat, di sana (jenayah) ada kelemahan tak boleh atasi masalah ini dengan senjata sahaja, mesti ada aspek pembangunan insan.

"Kelemahan pembangunan insan yang tidak tepat dan kena dengan naluri kita ia akan tetap berlaku jenayah kerana manusia dliahirkan ada roh dan jasad," katanya dalam perbahasan Bajet 2014, di persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Kelantan pastikan kanun syariah jadi kenyataan

KOTA BHARU: Selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II diluluskan persidangan Dun Kelantan pada 1993, kini kerajaan negeri mengambil langkah lebih serius memastikan perundangan tersebut dapat dilaksanakan.

Tahun hadapan kerajaan negeri menyedia peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menyediakan prasarana ke arah pelaksanaan perundangan tersebut termasuk melatih hakim-hakim.

Dan semalam juga demontrasi hukuman sebatan dalam Islam dipertonton kepada orang ramai sempena Konvensyen Amar Ma’ruf Nahi Mungkar peringkat kebangsaan yang diadakan di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Nasuruddin Daud berkata, perundangan tersebut tetap akan dilaksanakan biar pun ditolak kerajaan pusat.

“Kita tetap akan laksanakan biar pun kerajaan pusat menolaknya,” katanya ketika membentang kertas kerja Amar Makruf Nahi Mungkar Pengalaman Kerajaan Kelantan di Putik hari ini.

Turut membentang kertas kerja pada konvensyen tersebut anggota Exco Kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali, bekas anggota Exco kerajaan Teregganu, Datuk Abu Bakar Chik dan Pengasas Yayasan Amal Malaysia, Husin Ismail.

Turut sama mengikuti konvensyen berkenaan mantan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Mohamad dan Timbalan Mufti, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamad.

GST sumbang kenaikan inflasi negara

Gst biasa
KUALA LUMPUR 28 OKT : Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilihat boleh menjadi punca kepada kenaikan inflasi, jika isu berkenaan terus dipandang ringan kerajaan pusat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kemungkinan besar penyalahgunaan kuasa berlaku membabitkan kerajaan pusat sebagai jalan mudah untuk meningkatkan hasil dengan segera.
Katanya, hal itu kerana GST sentiasa dianggap berada pada kadar yang lebih rendah berbanding tahap cukai pendapatan.
“CIMB Research meramalkan pelaksanaan GST pada ketika penyelewengan berleluasa dan penguatkuasaan yang lemah akan membolehkan inflasi kepada tahap lima peratus lebih tinggi daripada tahap sekarang.
“Komuniti perniagaan seluruhnya juga menjangkakan penambahan kos sebanyak RM2 bilion untuk penyediaan sistem dan pematuhan perundangan,” katanya dalam ucapan perbahasan Belanjawan Negara 2014, di Parlimen, di sini, hari ini.
Anwar berkata, pelaksanaan itu akan merangsang kerajaan pusat yang boros untuk menaikkan kadar GST ketika berlaku kesempitan hasil.

Perkara membingungkan dalam bajet 2014

Oleh Timmy Say
Sepintas lalu, perbandingan antara Bajet 2013 dan Bajet 2014 adalah sebagaimana jadual di bawah.Inilah bajet yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat lalu. Sila ikuti jadual di atas ketika membaca analisa kedai kopi di bawah.


Masalah utama yang membelenggu negara ialah ketirisan dan kebocoran di dalam pembelanjaan kerajaan. Antara bajet 2014 dan 2013, Najib berkata, pendapatan negara bakal bertambah sebanyak RM15.5 bilion. Daripada pertambahan itu, lebihan RM12.6 bilion digunakan untuk perbelanjaan.
 Jadual 1.
Disebabkan pertumbuhan pendapatan melebihi tambahan perbelanjaan, maka Najib dengan bangganya mengumumkan kadar defisit akan berkurangan sebanyak 0.5% lagi di 2014.
Yang membingungkan ialah mengapa perlu lebih berbelanja RM12.6 bilion? Sepatutnya perbelanjaan mengurus perlu berkurangan jika kerajaan melakukan sesuatu pembaikan pada ketirisan dan kebocoran pengurusan kewangan negara seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.
Lebih menyayatkan hati ialah lebihan RM12.6 bilion bukan digunakan untuk pembangunan negara.
Malah pertambahan RM12.6 bilion ini tidak dapat menampung pertambahan perbelanjaan mengurus 2014, iaitu RM15.8 bilion.
Oleh itu, peruntukan pembangunan dipotong sebanyak RM3.2 bilion, melebihi pengurangan defisit antara 2013 dan 2014 yang berjumlah RM2.9 bilion.
Apa yang menelan lebihan RM15.8 bilion di dalam perbelanjaan mengurus pula?

Akhirnya Mahathir mulai menyerang, apakah Najib bakal tersungkur?


Sebagaimana yang diduga banyak pihak bahawa kekalahan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir merebut jawatan Naib Presiden Umno pasti akan menyebabkan rasa tidak senang bapanya, akhirnya menjadi kenyataan juga.
Hari ini bekas Perdana Menteri selama 22 tahun mendakwa politik wang masih wujud dalam Umno sehingga menyebabkan mereka yang tidak layak berjaya menang dalam pemilihan baru-baru ini.
Walaupun tanpa menyebut siapa yang tidak layak tetapi mengamalkan politik wang itu, tetapi kenyataan Mahathir itu jelas menggambarkan kekecewaan terhadap kekalahan anaknya itu.
Sebelum pemilihan dan sepanjang kempen, Mukhriz dilihat calon paling popular untuk memenangi salah satu jawatan Naib Presiden Umno.
Ke mana beliau pergi, sambutan yang diberikan cukup hangat. Dengan kemenangan tipis dalam PRU 13 serta kejayaan merampas kembali Kedah daripada PAS dan terlihat adanya keperluan terhadap pemimpin muda untuk meniup angin segar dalam Umno, Mukhriz dilihat antara pemimpin yang memenuhi kriteria itu.
Malangnya, populariti yang diterimanya tidak diterjemahkan dalam bentuk undi. Mukhriz hanya berjaya mendapat tempat ke-empat dengan 91 undi di belakang Hishammuddin Hussein yang mendapat 100 undi.
Kekalahannya antara lain ialah kerana beliau tidak memberi wang kepada ketua-ketua Umno cawangan dan perwakilan yang bakal mengundinya.
Berbanding calon-calon lain, bukanlah rahsia lagi ada yang memberi antara RM300 sehingga RM1,000 kepada para perwakilan.
Sehubungan itu, dakwaan Mahathir bahawa sehingga berjuta wang yang mengalir dalam pemilihan kali ini, memang sesuatu yang tidak dapat disangkal lagi.
Bayangkan dengan 146,500 perwakilan, jika RM200 atau RM300 saja diberikan kepada perwakilan, sudah puluhan juta jumlahnya.
Sebelum pemilihan juga, Mahathir sudah merasakan peluang tipis bakal dihadapi anaknya berikutan beliau bukanlah calon pilihan Najib.
Semua itu juga terbukti benar, apatah lagi 14 bahagian di Pahang, negeri yang sinonim dengan Najib, langsung tidak memberi undi kepada Mukhriz.

Pakar ekonomi Bank Dunia ramal subsidi minyak akan dipotong kerajaan BN tahun depan


Pakar ekonomi Bank Dunia ramal subsidi minyak akan dipotong tahun depan. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 Oktober, 2013.Pakar ekonomi Bank Dunia ramal subsidi minyak akan dipotong tahun depan. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 Oktober, 2013.Pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil Sander meramalkan kerajaan akan memotong subsidi minyak kali kedua tahun depan bagi menangani defisit fiskal yang dihadapi selama 15 tahun berturut-turut.
September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, sekaligus menimbulkan kemarahan dan kritikan daripada orang ramai dan juga pembangkang Pakatan Rakyat (PR).
"Kelihatannya mungkin ada satu lagi pusingan (rasionalisasi subsidi minyak)," kata Frederico semasa ditemui sebaik berakhir Dialog Pasca Bajet 2014 anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia di Bukit Kiara hari ini.
Frederico yang bertugas di Jabatan Asia Timur dan Pasifik, Membasmi Kemiskinan dan Pengurusan Ekonomi, berkata berdasarkan pembentangan Bajet baru-baru ini adalah isyarat jelas Putrajaya akan mengambil langkah rasionalisasi tersebut pada tahun depan.

Bajet 2014: Hapus pembaziran & baiki perlaksanaan dulu

Seperti yang dijangkakan, perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pengurangan subsidi (untuk satu barang sahaja buat masa kini dan mungkin lebih banyak untuk masa akan datang) dan peningkatan peruntukan perbelanjaan diselitkan dalam Belanjawan 2014.

Ini dilakukan bawah lima teras rangka kerja perdana menteri, bersama-sama harapan untuk mengurangkan fiskal defisit negara.

Secara terus terang, dari perspektif perancangan, saya percaya belanjawan mengandungi beberapa langkah yang diperlukan untuk meningkatkan taraf ekonomi melalui pembangunan infrastruktur asas untuk rakyat.

Ia juga untuk meningkatkan pembangunan modal insan dengan memberi fokus kepada kemahiran dan pengetahuan yang baik, peningkatan aktiviti ekonomi untuk meningkatkan pelaburan dana domestik dan asing dan penstrukturan sistem percukaian.

Bagaimanapun, ini adalah pandangan umum yang sama mengenai perancangan bajet, setiap tahun.

Apa lagi langkah seterusnya? Adakah kita sebagai rakyat hanya perlu duduk dan tidak mengendahkan apa yang disampaikan dan berfikir bahawa setiap apa yang disampaikan akan mengukuhkan lagi ekonomi seperti yang disampaikan oleh perdana menteri?

Sebuah belanjawan hanyalah pelan, sekiranya tiada langkah-langkah yang diambil semasa pelaksanaan, maka kita mungkin melihat peningkatan fiskal defisit yang lebih banyak untuk 2014 jika dibandingkan dengan 2013.

Tumpu pada isu berkaitan kos dahulu

Seperti yang disebut dalam artikel sebelum ini, apa yang kita hadapi lebih kepada masalah kos dan bukannya masalah hasil.

Masalah kos yang dihadapi dari segi pembaziran dan kehilangan sumber disebabkan pengurusan sumber yang tidak berkesan dan tidak cekap.

Antara perkara yang timbul di fikiran saya apabila membaca belanjawan itu, adalah jumlah peruntukkan RM46.5 bilon untuk pembangunan.

Memetik ucapan perdana menteri:

"Daripada peruntukan pembangunan yang berjumlah RM46.5 bilion ringgit itu, sejumlah RM29 bilion ringgit disediakan untuk sektor ekonomi.

"Sebanyak RM10.5 bilion ringgit bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. Seterusnya RM3.9 bilion ringgit diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan.

PAS: Dr Mahathir umpama singa cedera, Najib akan kena lebih teruk

PAS yakin Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat perkara yang lebih besar lagi selepas menyerang secara terbuka kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata Dr Mahathir umpama singa yang cedera selepas kekalahan anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir dalam pemilihan Umno lalu.
“Saya jangka serangan Dr Mahathir terhadap Najib akan lebih teruk lagi berbanding serangannya ke atas Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebelum ini," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Dr Mahathir hari ini menyifatkan pentadbiran Najib lemah disebabkan melayan kehendak ekstremis pembangkang serta semakin kurang mendapat sokongan.
Bekas Perdana Menteri itu belum pernah mengkritik pentadbiran Najib sejak Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya pada April 2009 malah pernah memuji pemerintahan Najib lebih baik berbanding Abdullah.
“Keadaan politik sekarang tidak stabil kerana wujud persepsi kerajaan lemah dan orang yang tidak betul memimpin negara.
“Kita mempunyai kerajaan yang lemah kerana kurang sokongan rakyat selain memenuhi keperluan ekstremis dalam puak pembangkang.

Adakah MyKad palsu ada kaitan PRU13?

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan langkah kerajaan mendesak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil tindakan segera memastikan semua pengawal keselamatan di lebih 600 syarikat kawalan keselamatan mengesahkan MyKad pengawal keselamatan masing-masing.

Ia berikutan kes pembunuhan seorang pengurus bank di ibu negara yang dilakukan oleh seorang pengawal bank yang menggunakan kad pengenalan palsu.

“Lebih dari itu, DPPM mendesak supaya kesemua syarikat keselamatan di negara ini mengesahkan pekerja mereka dengan mengenalpasti latar belakang, rekod perkhidmatan sebelum ini, keluarga dan lain-lain,” ujar ketua Penerangan DPPM, Dr Riduan Mohd Nor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Berikut adalah kenyataan beliau.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan langkah kerajaan mendesak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil tindakan segera memastikan semua pengawal keselamatan di lebih 600 syarikat kawalan keselamatan mengesahkan MyKad pengawal keselamatan masing-masing.

Ia berikutan kes pembunuhan seorang pengurus bank di ibu negara yang dilakukan oleh seorang pengawal bank yang menggunakan kad pengenalan palsu.

GST: 'Kami akan lawan habis-habisan' - Pakatan

KUALA LUMPUR - PR akan "lawan" habis-habisan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal bermula pada 1 April 2015.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PR akan mengadakan bantahan ke seluruh negara mengenai pelaksanaan GST tersebut.

Menurutnya, pelaksanaan GST itu adalah suatu jenayah apabila kerajaan masih membiarkan ketirisan dan rasuah terus berlaku sebaliknya membiarkan rakyat menanggung beban.

"Pelaksanaan GST... kami akan turun membantah di seluruh negara.

"Ini jenayah.. kami akan lawan habis-habisan," katanya pada perbahasan Bajet 2014, di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambahnya, PR mengulangi pendirian tempoh untuk melaksanakan GST masih belum sesuai sehingga rakyat mencapai pendapatan di tahap memuaskan.

"Kami berpendirian bahawa GST masih belum boleh dilaksanakan dan perlu terus dikaji sehingga pendapatan rakyat berada pada satu tahap yang memuaskan, kutipan cukai pendapatan diperbaiki seluruhnya dan sehingga kedudukan ekonomi negara berada pada tahap yang lebih memberangsangkan," katanya.

Najib lupa daratan atau kufur nikmat?

Perdana Menteri Najib merupakan seorang Perdana Menteri yang berlagak seperti anak nakal. Seorang anak nakal ini tidak akan faham masalah yang ada pada orang lain atau adik atau ibu bapa mereka. Anak nakal selalunya kuat berbelanja, maklum sajalah wang ringgit itu bukannya dia yang mencarinya. Dia hanya pandai berbelanja dan berbelanja tidak kira di waktu baik atau waktu buruk.
Pembentangan bajet baru-baru ini menunjukkan sikap berpura-pura Najib, yang dengan selamba beretorik dengan slogan wasatiyah, dan berbagai-bagai yang lain yang melambangkan kerajaan beliau berbelanja secara berhemah dengan wang rakyat yang ada. Tetapi di dalam berslogan hebat itu beliau telah memperuntukan Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan yang sangat besar dalam sejarah negara, iaitu sebanyak RM16.45 billion.
Bajet bagi Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2010 adalah  RM11.88 billion, bagi tahun 2012 sebanyak 13.72 billion dan bajet bagi 2014 adalah  RM16.45  billion. Peruntukan Jabatan Perdana Menteri lebih besar dari peruntukan belanjawan Kementerian Pertahanan dan ini merupakan keadaan yang amat susah untuk diterima oleh rakyat ramai.
Jabatan-jabatan penting di bawah JPM tidak menelan belanja yang sebegitu besar. JAKIM hanya di peruntukan kurang dari RM800 juta, dan Jabatan Implimentasi dan Koordinasi (ICU) tidak melebihi RM400 juta. Agensi-agensi penguatkuasa di bawah JPM seperti Penguatkuasa Maritim tidak pun sampai berbelanja sampai RM 400 juta.. Ini bermakna jumlah yang RM14 billion itu hanyalah untuk kegunaan Pejabat Perdana Menteri sahaja.

BR1M masih belum cukup untuk tampung pengurangan subsidi

BR1M-Anwar
KUALA LUMPUR 28 OKT : Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) masih tidak mencukupi untuk mengimbangi pengurangan subsidi seperti yang dibentangkan Kerajaan Pusat, pada 25 Oktober lalu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata dengan potongan subsidi RM7.29 bilion, ia jauh melebihi kenaikan bayaran BR1M untuk 2014.
Katanya, secara kesimpulannya perbezaan sebanyak RM5.6 bilion yang dikutip kerajaan masih kekal dibiayai penerima BR1M kerana pengurangan subsidi, walaupun jumlah bantuan itu ditambah.
“Jumlah penerima BR1M yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan adalah 4.8 juta isi rumah, manakala angka Jabatan Perangkaan Negara adalah pada 2.56 juta isi rumah.
“Sekiranya jumlah sebenar isi rumah yang layak adalah benar lebih rendah, adakah ini satu lagi bentuk kebocoran yang bakal direstui Barisan Nasional (BN),” soalnya dalam sesi perbahasan, di Parlimen, di sini hari ini.
Sejumlah RM7.29 bilion subsidi dikurangkan untuk 2014 menjadikan jumlah sebenar RM39,408 bilion berbanding 2013 iaitu RM46.698 bilion dan penambahan bayaran BR1M dianggarkan bertambah RM1.7 bilion.
Anwar turut mempersoal tindakan kerajaan pusat yang masih belum menunaikan janji berhubung pemberian BR1M pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Anwar dedah Najib sembunyi kenaikan harga minyak masak

minyak-masak-1KUALA LUMPUR 28 OKT : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sengaja menyembunyikan kenaikan harga minyak masak dan memilih untuk mengumumkan secara terbuka pemotongan subsidi gula.
Beliau turut mempersoalkan tindakan berkenaan ketika pengeluaran minyak sawit sedang melonjak dan rakyat masih dikejutkan dengan kenaikan harga gula.
Anwar berkata, pihaknya tertanya punca Najib ‘segan’ untuk mengumumkan kenaikan harga minyak masak yang bakal dihadapi akibat pengurangan subsidi yang bernilai RM505 juta yang sama dengan penghapusan subsidi gula dalam ucapan Belanjawan Negara 2014, pada 25 Oktober lalu.
“Kenapa kerajaan pilih untuk mengurangkan subsidi dan menyembunyikan kesan pengurangan subsidi minyak masak. Dalam situasi semasa, yang mana pengeluaran minyak mentah kelapa sawit dunia berada pada tahapp yang tertinggi,” kata Anwar dalam ucapan perbahasan Belanjawan 2014, di Parlimen, di sini, hari ini.
Anwar turut mempersoalkan tindakan kerajaan pusat yang tidak memilih inisiatif untuk memperuntukkan subsidi minyak kelapa sawit (CPO) kepada setiap isi rumah.

GST untuk buah, perubatan, bukan udang karang

Walaupun kerajaan menegaskan bahawa masyarakat berpendapatan rendah akan terkesan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST), beberapa perkara dilihat tiada dalam senarai yang dikecualikan.

Senarai itu juga mengandungi barangan yang dianggap mewah, seperti udang karang dan tiram - sama ada segar, beku atau dijeruk, dan kulat trufel.

NONEWalaupun barangan seperti beras dan belacan tidak akan dikenakan GST, seperti janji perdana menteri dalam ucapan Belanjawan 2014, barang seperti susu segar dan susu formula bayi tidak termasuk.

Tiada dalam senarai daripada teks belanjawan yang diedarkan kepada media Jumaat lalu juga tidak termasuk kelengkapan dandanan diri, perubatan dan buah-buahan segar.

"Bagaimanapun rang undang-undang masih belum diluluskan, jadi saya harap lebih banyak barangan akan ditambah ke dalam senarai, yang sudah menyeluruh sekarang ini," kata presiden Chartered Tax Institute Malaysia SM Thaneermalai.

MP DAP Serdang Bahas (D.R. 21/2013) Rang Undang-undang Perbekalan (Bajet) 2014

Sg Limau: SPR jangan bacul - Pemuda PAS

Dr M: Politik wang kekal dengan Umno

MP PAS Marang Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan (Bajet) 2014

Anwar: Subsidy removal gives sugar tycoons RM1bil more

Sg Limau: Keluarga Azizan gesa Muhyiddin mohon maaf

PR turun setiap negeri, bantah laksana GST


GST Grafik BaruKUALA LUMPUR 28 OKT : Pakatan Rakyat (PR) akan turun ke setiap negeri bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dibentang dalam Belanjawan Negara 2014, pada 25 Oktober lalu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bantahan itu akan dilakukan kerana kerajaan pusat tidak harus melaksanakan GST dalam masa terdekat.
Katanya, rakyat tidak harus dibebankan dengan GST dengan tujuan ‘membayar’ hutang negara yang meningkat setiap tahun dan beliau turut menjangkakan kadar GST akan meningkat kepada lapan peratus, menjelang 2016.
“Ini jenayah dan kamu biarkan ketirisan, rasuah yang perlu ditanggung rakyat. Jadi kami (PR) akan lawan habis-habisan. Bantahan ini juga dilakukan supaya generasi akan datang tidak perlu menanggung hutang negara.

Pelaksanaan GST: Rakyat Sabah dan Sarawak lebih terbeban

Ahli Parlimen Sandakan, Wong Tien FattKUALA LUMPUR 28 OKT : Rakyat Sabah dan Sarawak akan lebih terbeban jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan oleh kerajaan pusat, dalam masa terdekat.
Ahli Parlimen Sandakan, Wong Tien Fatt, berkata bebanan itu akan berlaku disebabkan rakyat Sabah berpendapatan jauh lebih rendah daripada rakyat di Semenanjung.
Katanya, kos sara hidup rakyat negeri itu juga akan meningkat disebabkan harga barangan yang tinggi melalui polisi ‘karbotaj’ pelaksanaan GST sebanyak enam peratus.
“Rakyat Sabah memang akan terbeban jika GST diteruskan kerana majoriti rakyat berpendapatan 30 hingga 40 peratus lebih rendah daripada Semenanjung.
“Selain pendapatan yang rendah, rakyat Sabah juga mempunyai masalah harga minyak yang lebih mahal dari Semenanjung,” katanya pada sidang media, di Parlimen, hari ini.
Tien Fatt juga turut mendesak supaya semua barang di Sabah dan Sarawak diselaraskan apabila  GST diperkenalkan dalam tempoh setahun akan datang.
“Jika GST diteruskan, rakyat Sabah terpaksa membayar harga barang lebih mahal daripada sepatutnya. Kita harap jika betul mahu melaksanakan GST, kerajaan pusat perlu menyelaraskan harga semua barang di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung,” katanya.

Naik harga gula, mana peratusan diabetes turun


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempertikai tindakan kerajaan yang mengumumkan pengurangan subsidi gula pada Bajet 2014 menyebabkan kenaikan 34 sen sekilogram tanpa mengambil kira kos kehidupan rakyat yang amat tinggi.

"Bajet 2014 tidak ada langsung faktor yang boleh kita megahkan dan dapat melegakan keluhan serta rintihan rakyat atas bebanan sara hidup yang semakin tinggi.

"Yang mengejutkan kita adalah pengumuman pengurangan subsidi gula menyebabkan kenaikan harga gula.

“Bagi saya ia bukan melegakan hati rakyat tetapi menambah kerisauan rakyat untuk hadapi kesan-kesan sampingan nanti," jelasnya.

Tambah beliau lagi, walaupun kerajaan turut mengatakan kenaikan harga tersebut bagi mengurangkan penyakit diabetes.

Namun, ujarnya kerajaan sehingga sekarang gagal menunjukkan angka peratusan penurunan penyakit tersebut hasil dari kenaikan harga gula.

Bajet 2014 tidak tepati janji – PAS Sarawak


KUALA LUMPUR: Antara perkara yang ingin PAS Sarawak sentuh mengenai Bajet 2014 adalah peruntukan bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut akan dipasang dalam tempoh tiga tahun melibatkan kos RM850 juta.

Bagi Timbalan Pesuruhjayanya, Jofri Jaraiee hasrat kerajaan untuk meningkatkan akses internet ke luar bandar di Sabah dan Sarawak memang dialu-alukan.

“Tetapi adalah lebih baik kabel di dasar laut digantikan dengan penggunaan satelit walaupun kos agak mahal tapi untuk jangka masa panjang ianya lebih efektif dan kos penyelenggaraan lebih mudah kalau dibandingkan dengan kos penyelenggaraan kabel di dasar laut,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, satelit perkhidmatan Internet Moden biasanya diberikan kepada pengguna melalui satelit geopegun yang boleh menawarkan kelajuan data yang tinggi, dengan satelit baru mencapai kelajuan data hiliran sehingga 15 Mbps.

Berikut kenyataan beliau.

GST, siapa yang mahu?


Media kawalan rejim yang memerintah akan melakukan bermacam-macam perkara bagi membina persepsi bahawa apa yang dilakukan oleh pemerintah adalah bagus dan diterima oleh rakyat.

Perhatikan muka hadapan akhbar The Star hari ini (28 Oktober 2013) bertajuk ‘Add More Items, Please!’ (Tolong Tambah Lebih Banyak Barangan!) yang memberitakan kononnya para pengguna meminta agar kerajaan menambah lebih banyak jenis produk yang dikecualikan daripada GST (goods and services tax – cukai barangan dan perkhidmatan).

Ia menunjukkan seolah-olah rakyat bersetuju dengan GST, manakala kerajaan pula digambarkan sedia menerima maklum balas dan cadangan daripada orang ramai berkenaan barangan mana yang boleh dipilih untuk tidak dikenakan cukai.

Sejak bila pula rakyat bersetuju dengan GST?

Buat apa hendak dicukai orang ramai – para petani, para nelayan, peniaga-peniaga kecil, masyarakat kelas bawahan dan pertengahan dan sebagainya – bagi menanggung kos segala ketirisan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemerintah?

Najib Menghilang: 'Berbahas bajet macam bercakap dengan pekak'

Ketua pembangkang menyamakan perbahasan berhubung Belanjawan 2014 "seperti bercakap dengan orang pekak" apabila Datuk Seri Najib Razak, perdana menteri dan menteri kewangan. Tidak hadir untuk mendengarnya.

NONE"Berbahasa dalam Parlimen di sini, seperti bercakap dengan orang Pekak," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) semasa sesi itu.

Sebelum itu, Anthony Loke Siew Fook (DAP-Seremban) membangkitkan bahawa tiada menteri kanan dalam Parlimen untuk mendengar perbahasan ketua pembangkang berhubung belanjawan.

Hanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menteri kanan yang hadir semasa perbahasan hari ini.

Membandingkan zamannya menjadi menteri kewangan, Anwar berkata, setiap Isnin - hari pertama perbahasan belanjawan - beliau pasti akan datang mendengar perbahasan ketua pembangkang ketika itu Lim Kit Siang.

Katanya, walaupun "sakit telinga", ia sebahagian daripada amalan demokrasi.

Mansuh subsidi gula, taikun untung RM1b

Syarikat taikun gula termasuk Central Sugar yang dimiliki jutawan Syed Mokhtar Al-Bukhary, boleh mencapai keuntungan hampir RM1bilion ekoran penghapusan subsidi gula dalam Bajet 2014 yang diumumkan Jumaat lalu, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga bekas menteri kewangan berkata ekoran penghapusan subsidi itu juga, industri gula itu akan dimonopoli satu lagi syarikat, Malaysian Sugar Manufacturing, yang dimiliki Felda Golbal Ventures.

Membahaskan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, Anwar berkata pendapatan kasar industri gula sekitar RM4 bilion setahun dan pada kebiasaannya keuntungan sebelum cukai syarikat gula adalah sekitar sembilan peratus.

"Setelah kemasukan syarikat dimiliki Tan Sri Mokhtar ke dalam sektor ini, keuntungan sebelum cukai telah melonjak naik kepada 15 peratus.

"Dengan penghapusan subsidi, keuntungan sebelum cukai syarikat-syarikat di dalam sektor ini, dijangka melonjak ke 20 hingga 25 peratus, dengan pengumpulan keuntungan hampir RM1 bilion, akibat pengukuhan monopoli oleh kedua syarikat ini," katanya.

Politik wang masih wujud dalam Umno, kata Dr Mahathir

Politik wang memainkan peranan dalam memastikan seseorang calon yang tidak layak memenangi jawatan dalam pemilihan Umno baru-baru ini, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, rasuah masih belum dapat dihapuskan dalam pemilihan Umno dan wang masih terus diberikan.
“Banyak wang yang diberi hingga nilai berjuta ringgit dan itu menjadikan mereka yang tidak layak telah dipilih disebabkan wang yang diberi,” katanya di Putrajaya pagi ini.

Bil elektrik rumah Najib & Rosmah RM250 sejam?

KUALA LUMPUR -  Ahli Parlimen Seremban-DAP, Anthony Loke hari ini mendakwa kediaman rasmi perdana menteri telah membelanjakan RM250 untuk bil elektrik dalam tempoh satu jam.

Beliau berkata demikian merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan kos perbelanjaan bil elektrik dan air sepanjang tahun 2012 adalah sebanyak RM 2.2 juta dan RM300,000.

Menurutnya, perbelanjaan untuk bil air dan elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya telah meningkat dalam tempoh dua tahun sebanyak 40 peratus daripada RM6,000 kepada RM8,000 setiap hari.

"Bagaimana Najib boleh minta rakyat berjimat cermat, sedangkan beliau setiap hari melakukan pemborosan, membazirkan elektrik RM8,500 setiap hari bagi bil elektrik.

"Saya rasa ia keterlaluan, tidak ada rasa untuk kurangkan perbelanjaan tersebut, mereka tidak menunjukkan contoh yang baik dengan perbelanjaan bil elektrik tersebut.

"Kalau di Amerika, 'White House' itu bukan sahaja kompleks kediaman rasmi Presiden Amerika, tetapi pejabat rasmi, tetapi di Malaysia, Kompleks Seri Perdana hanya kediaman rasmi tapi ada lagi pejabat perdana menteri ada pejabat  lain, itu perbelanjaan lain," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Bajet 2014: Dapat BR1M RM650, bayar GST RM850 - Guan Eng

LIM Guan Eng
KETUA Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan enam peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetap akan membebankan rakyat terbanyak sungguhpun mereka layak menerima RM650 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tiap-tiap tahun. 
Guan Eng semasa mengulas Bajet 2014 membuat unjuran itu berdasarkan satu kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Idris Jala berhubung hasrat Kerajaan Pusat mahu melaksanaan GST kelak. 
"Berdasarkan angka-angka yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Idris Jala, GST sebanyak tujuh peratus akan membawa masuk (pendapatan) RM27 bilion setahun atau setiap seorang daripada 27 juta rakyat Malaysia menanggung beban tambahan sebanyak RM1,000. 
"Enam peratus GST (ertinya) setiap rakyat Malaysia (dianggarkan) menanggung beban RM850 setiap tahun, sedangkan BR1M yang diterima RM650 sahaja setiap tahun.
"Bagaimana mungkin beban hidup setiap rakyat Malaysia (dianggarkan) bertambah RM850 setahun, sedangkan BR1M yang berpendapatan rendah sekeluarga hanya menerima RM650 tiap-tiap tahun.
"Secara puratanya, jika 10 ahli (dalam satu) keluarga pun akan mendapat RM650, tetapi, perlu membayar kira-kira RM8,500 dari (pelaksanaan) enam peratus GST ini," ujar Guan Eng di Kuala Lumpur baru-baru ini.

MP: Sabah not ready for GST

Keluarga Azizan terguris dengan kenyataan 'potong kaki' Muhyiddin

Rakyat Miskin: Bil elektrik, air Seri Perdana lebih RM2.5 juta

Ketua Pembangkang Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan (Bajet) 2014 (2)

Ketua Pembangkang Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan (Bajet) 2014 (1)

Dewan Rakyat 28 Oktober 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Anwar Ibrahim: GST Hanya Diperkenankan Bila Tahap Pendapatan Meningkat Di Malaysia

Azizan's son demands apology from Muhyiddin over diabetes remarks

Malaysia Timur tidak boleh guna Allah, kata Zahid Hamidi


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini bertegas dengan pendiriannya bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh akhbar mingguan Katolik, Herald untuk merujuk kepada Tuhan walaupun di Sabah dan Sarawak.
Kenyataan Ahmad Zahid itu bertentangan dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lalu yang memberi jaminan kepada penganut Krisitian di Malaysia Timur mereka bebas menggunakan perkataan Arab itu.
Beliau menekankan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengharamkan penggunaan kalimah Allah dalam Herald adalah berasas, namun menegaskan injil terjemahan bahasa Melayu Al-Kitab boleh menggunakan Allah untuk merujuk kepada Tuhan.
"Injil secara teknikalnya bukan penerbitan. Ia boleh digunakan dalam Al-Kitab, tapi bukan dalam Herald," kata Ahmad Zahid kepada wartawan di pejabatnya selepas bertemu menteri dari Kemboja pagi ini.

Pemilihan UMNO: Yang tak layak menang kerana wang - Dr M



Ramai orang yang tidak layak menang dalam pemilihan Umno baru-baru ini ekoran wang yang ditaburkan mereka, dakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
.
"Kita diberitahu bahawa mereka menghapuskan rasuah dalam pemilihan Umno baru-baru ini, saya tidak yakin.

"Saya rasa banyak wang terlibat, sehingga berjuta ringgit dan ramai orang yang tidak patut diundi mendapat undi kerana wang yang mereka belanjakan," katanya dalam ucapan di Putrajaya hari ini.

Bajet 2014 hukum siapa?

Salam hormat!
Sebelum ini saya menyatakan "buruk siku" jika pemberian BR1M itu mahu diambil balik semula olih kerajaan secara taktikal melalui kutipan cukai GST, jadi dengan ini jelaslah bahawab buruk kaki tangan bukanlah kerana diabetes semata mata.

Alasan disebabkan banyak makan minum bahan yang mengandungi gula bolih mendatangkan penyakit kencing manis sama dengan alasan kepala bolih menjadi botak sekiranya menyenduk nasi dibahagian tengah periuk nasi,jadi pesan atau petua orang orang tua sekiranya mengambil nasi didalam periuk mestilah disodek dan dihabiskan dibahagian keliling disebelah tepi dahulu dan bukan dikorek tengah tengahnya.Walhal botak itu berkait dengan keturunan atau pun selalu stress. Begitu juga dengan petua melarang mencabut gigi kapak sekiranya tidak buruk atau sakit kerana takut nanti mata akan cepat menjadi rabun.Persepsi sebegini bolih mempengaruhi minda sehinggakan perkara yang tidak betul pun kita percaya sebagai benar akhirnya ia menjadi benar.Apa pun alasan yang penting hargai kesihatan kerana hanya orang pernah sakit sahaja mengetahui betapa mahalnya nikmat sihat,seandainya dalam kesakitan maka dikala itu hendak memberi satu senyuman pun kita sudah tidak mampu lagi berbuat demikian.