Ahad, 27 Oktober 2013

Sg Limau: Sidang Media PAS 27-10-2013

Syariah boleh dilaksanakan di negara ini – Aziz Bari


PENGKALAN CHEPA: Undang-undang syariah yang turut terkandung hukum hudud boleh dilaksanakan di negara ini  walaupun dianggap bertentangan dengan undang-undang negara yang disifatkan sekular.

Pakar undang-undang perlembagaan,  Dr Abdul Aziz Bari, berkata undang-undang syariah tidak dilaksanakan di Malaysia kerana pemimpin negara itu sendiri yang tidak mahu melaksanakannya, sedangkan ia boleh diperbaiki melalui undang-undang negara yang sedia ada.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis forum perdana bertajuk ‘Hudud penyelesaian masalah ummah’ sempena program Konvensyen Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar, dekat sini, hari ini.

Program yang diadakan di Putik selama dua hari itu turut membariskan dua anggota panel iaitu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Mumtaz Md Nawi dan Pensyarah Kias, Ustaz Muhammad Azhar.

“Alasan yang mengatakan undang-undang negara ini sebagai sekular adalah dari mereka yang tidak selesa dengan undang-undang syariah,” ujarnya.

GST: Kerajaan Bermewah atau Rakyat Mahu Dimewahkan ?

GST (goverment servis tax) akan dilaksanakan mulai April 2015. GST diperkenalkan bagi menggantikan dua cukai yang sudahpun dikenakan iaitu Cukai Jualan (10 peratus) dan Cukai Perkhidmatan (6 peratus).
Bila disifirkan secara angka nampak rakyat beruntung sangat. Kerana kini kerajaan hanya kenakan SATU cukai sahaja GST hanya 6 peratus sahaja, berbanding kini rakyat bayar 16 peratus. GST nampak macam MEMURAHKAN barangan dan perkhidmatan sahaja nanti. Benarkah begitu ?
Ramai penganalisa ekonomi belum lagi membahaskan   buruk baik serta impak positif negatif secara detail lagi.
Rata-rata bersetuju percukaian ini adalah satu bentuk percukaian yang agresif. Dan kita jangkakan kerajaan tidak akan memansuhkan cukai-cukai lain, seerti contoh Cukai Pendapatan sahaja menyumbangkan 47.9% punca pendapatan negara pada 2014 mengikut unjuran Bajet baru-baru ini. Manakala Cukai Langsung lain pula bakal menyumbangkan 2.9 %. Sementara Cukai Tidak Langsung lain pula 14.8 % daripada pendapatan negara sejumlah RM262,151 juta.
Justeru itu, jangan seronok sangat GST bukanlah CUKAI tunggal yang bakal kerajaan kenakan. Dan kita nantikan adakah pemansuhan cukai jualan dan cukai perkhidmataan yangs sedia ada dapat mempertingkat taraf kehidupan rakyat menjadi lebih mewah dan selesa.

Diabetes oh diabetes...

Dr Azman Ibrahim ,
Diabetes atau kencing manis mungkin merupakan nama penyakit yang paling glamour di Malaysia sekarang. Dari pemimpin tertinggi negara hingga kedai kopi di kampung-kampung, topik kencing manis menjadi perbualan.

Ulasannya dalam pelbagai rupa dan bentuk tetapi umum mengaitkannya dengan gula lantas kenaikan harga gula yang diumumkan dalam Bajet 2014 dianggap rahmat dan langkah yang sangat tepat untuk gaya hidup yang sihat. Malah ada menteri yang mengatakan, tanpa gula umur kita akan menjadi lebih panjang dan tenaga kelelakian akan meningkat!

Semenjak dua hari lepas, saya memerhatikan ulasan-ulasan yang dibuat dengan pelbagai nada dan irama termasuklah ada yang mengaitkannya dengan hamba Allah yang telah kembali ke Rahmatullah.

Saya sangat berharap agar tampil di kaca TV atau di dada akhbar mereka yang berkelayakan di Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menghuraikan kekeliruan yang sedang tersebar tetapi malangnya tiada yang tampil. Kekeliruan fakta di kalangan masyarakat umum ini terbiar begitu sahaja dengan membiarkan mereka yang tak berkeahlian terus membebel.

Saya bukannya pakar dalam bidang diabetes tetapi subjek General Medicine (Perubatan Am) antara subjek wajib yang diambil semasa pengajian dulu. Antara yang dipelajari adalah berkenaan penyakit yang sedang heboh sekarang ini.

Izinkan saya membuat sedikit huraian sambil berharap ada yang lebih pakar akan memberikan penjelasan lanjut.

Diabetes atau kencing manis dibahagikan kepada 2 kategori (2 type) iaitu  type 1 dan type 2.

PAS bidas Muhyiddin, pakar ekonomi jadi tulang belakang


PAS menolak pandangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa parti Islam dalam Pakatan Rakyat (PR) itu perlu mendapatkan khidmat pakar ekonomi bagi memberi pemahaman mengenai kebaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) supaya tidak terus mengeluarkan kenyataan salah mengenainya
Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata PAS tidak memerlukan khidmat pakar ekonomi kerana mereka sudah mempunyai penasihat dan pakar dalam bidang GST, percukaian dan ekonomi.
“Kami tahu dan faham apa yang patut dilakukan. PAS juga tahu apa yang diselindungkan kerajaan di sebalik GST kerana kerajaan mahu menambah pendapatan negara ekoran daripada ketirisan yang semakin besar.
“Pelaksanaan GST juga dilakukan demi kepentingan pihak kerajaan sendiri. Kerajaan dilihat tidak memberi komitmen yang tinggi untuk mengatasi ketirisan.
“Bayangkan dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sekarang pendapatan negara kira-kira RM12 bilion maka dengan pelaksanaan GST, pendapatan negara akan meningkat kepada RM23 bilion,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Mahfuz berkata melalui SST yang dijalankan kerajaan sekarang, rakyat sudah diperlihatkan ketirisan yang dilakukan kerajaan begitu besar.

Bajet 2014 Bajet Defisit 16 Tahun Berturut-Turut. 2013 (-4.0%) 2014 (-3.5%). Pendapatan Perkapita Malaysia Naik RM34,126!


Berdasarkan semakan Berita Semasa melihatkan pembentangan Bajet 2014 Malaysia kali ini, kerajaan terus melaksanakan bajet defisit untuk tempoh 16 tahun berturut-turut sejak dari tahun 1998.
Bajet Kerajaan 2014Dan penganalisis dan pakar ekonomi menjangkakan yang mana bajet defisit akan terus digunakan menjelang pembentangan Bajet 2015 kelak. Malahan….
Malahan ada yang menjangkakan kerajaan akan memohon Bajet Tambahan di parlimen suku kedua tahun 2014. (SEPERTI DI SINI)
Walaubagaimanapun, Berita Semasa nampak sudah mula kerajaan sedar dan kelihatan ada sedikit iltizam bagi memperbaiki stuktur kewangan dan dana negara. Apapapun kami sebagai rakyat akan menyokong apa sahaja usaha yang membawa kebaikan kepada kami. Tetapi…..yang kelihatan ada kesilapan, tegur tetap ditegur untuk kebaikan semua…

Pembentangan Bajet 2014 : Reformasi Ekonomi Malaysia

  • Jumlah Bajet 2014 : RM264.2 bilion
  • Perbelanjaan operasi: RM217.7 bilion
  • Perbelanjaan pembangunan: RM46.5 bilion
  • Perbelanjaan mengurus: RM63.6 bilion bagi Emolumen dan 36.6 bilion bagi Perkhidmatan dan Bekalan.
Bajet 2014 Kerajaan
Dengan jumlah perbelanjaan bagi Bajet 2014 kali ini, kerajaan telah menetapkan sasaran untuk Malaysia pada masa akan datang seperti :
  • Defisit fiskal Malaysia diharapkan akan terus berkurangan kepada 3.5 peratus daripada KDNK bagi tahun 2014, berbanding 4 peratus pada tahun 2013.
  • Berbanding pendapatan kerajaan Malaysia sekitar RM220.1 bilion pada tahun 2013, kerajaan Malaysia menjangka akan dapat meraih pendapatan sejumlah RM224.1 bilion (tambahan 4 bilion lagi) pada tahun hadapan
  • Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara 5 peratus dan 5.5 peratus.
  • Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus
  • Eksport barangan diunjur berkembang 2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang 9.6 peratus.
  • Kadar inflasi kekal rendah antara 2 peratus dan 3 peratus.
  • Pendapatan per kapita pada 2014 dijangka mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada 2009 – peningkatan 37 peratus dalam tempoh enam tahun.
Bagaimana? Adakah anda sebagai rakyat Malaysia merasai kemeriahan perkembangan ekonomi negara melihatkan angka-angka di atas?
Bajet 2014 Defisit
KLIK : Untuk Paparan yang lebih jelas

Bajet 2014 Kerajaan : Nasihat Rakyat Malaysia Kepada Kerajaan?

Ibrahim Ali buat lawak....Perkasa akan sokong DAP...ha.ha..ha...!!!

Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) tidak akan teragak-agak untuk menyokong DAP jika parti Gerakan terus menyalahkan mereka sebagai punca kemerosotan pengundi kaum Cina.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya memberi amaran kepada Gerakan supaya tidak menjadikan mereka sebagai alat ‘punching bag’ bagi menutup kelemahan mereka sendiri apabila kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan 13.

“Kalau Gerakan terus jadikan Perkasa ‘punching bag’, Perkasa takkan segan silu lagi kalau berterusan sampai ke PRU14 kita tak tolak kemungkinan akan isytihar dikawasan Gerakan bertanding, ahli Perkasa takkan bagi sokongan.

“Kalau mereka terus serang dan memperlekehkan kita, kita akan beritahu ahli jangan undi calon Gerakan.

“Ada kawasan yang Gerakan lawan DAP dan terpulang kepada Perkasa kalau nak undi DAP dia akan sokong DAP.

“Kalau DAP menang DAP duduk luar kerajaan jadi tiada masalah buat Perkasa,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Gerakan kalah sebelum Perkasa ditubuhkan.

Bajet 2014: Masalah ketiadaan pitis Najib patut berterus terang...!!!

Najib minum air sebanyak lima kali masa bentang Bajet.
Tindakan kerajaan untuk mengenakan cukai baru, GST serta mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak RM0.35 sen semasa pembentangan Bajet Jumaat lalu kini menjadi isu dan pertuturan rakyat marhaen. Rakyat bercakap mengenai perkara ini dengan pelbagai perasaan dan keluhan.

Isu terbaru yang membabitkan rakyat secara langsung ini berpotensi menjadi isu besar di sepanjang tahun ini dan tahun depan. Tidak mustahil juga satu perarakan atau tunjuk perasaan mega akan dilakukan, apabila keadaan gula di dalam tubuh rakyat terlampau rendah apabila amalan mengurangkan gula dilakukan kerana menuruti arahan perdana menteri.

Pembangkang sudah tentu mengambil kesempatan atas apa yang berlaku. Sebagai pihak yang hanya mahu mencari salah kerajaan dan dijadikan modal politik untuk populis dengan rakyat, isu ekonomi ini akan mulai dikembangkan.


Pilihan raya kecil Dun Sungai Limau Kedah yang sedang berjalan kini menjadi gelanggang untuk mencanangkan isu berkenaan. Kenaikan harga gula dan pengumuman cukai GST dilihat satu kemalangan buat UBN di Sungai Limau yang tidak dapat dielakkan.

Sebenarnya kalau hendak dikira kenaikan harga gula dan cadangan mengenakan cukai GST itu tidak patut dijadikan isu dan rakyat boleh menerima dengan baik sekiranya kerajaan atau Najib Razak bijaksana dan berterus terang dengan rakyat serta tidak cuba menipu rakyat mengenai kedudukan sebenarnya tentang permasalahan di sebalik perkara itu.

Tetapi kerana sikap kerajaan yang tidak pernah bercakap benar dengan rakyat, suka mempermain-mainkan rakyat dan menyembunyikan isu-isu yang menyentuh langsung tentang kehidupan mereka, maka berlaku rasa tidak senang hati yang boleh membawa kepada kemudaratan sehingga tidak menstabilkan politik negara.

Woww, Najib Mahu Lelaki Malaysia Kuat Seks Rupanya...

Perdana Menteri, Najib Razak hari ini sudah berada di luar negara iaitu ke Manchester dan London untuk lawatan singkat dan menghadiri Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) bersama 15 ketua negara-negara Islam yang lain. Ini bermakna, sekali lagi Najib tidak akan berada di Parlimen pada Isnin ini ketika Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berucap membahaskan Bajet 2014 yang dibentangkannya pada Jumaat lalu.

Tahun lepas juga Najib tidak berada di Parlimen ketika Anwar membahaskan Bajet 2013. Anwar pada tahun lepas pernah menegaskan bahawa ketika beliau menjadi Menteri Kewangan, beliau tidak pernah terlepas hadir dan mendengar ucapan Ketua Pembangkang membahaskan belanjawan kerana beliau ingin mendengar sendiri pandangan dan cadangan yang dilontarkan demi kebaikan negara.

Walaupun ketidakhadiran ini subjektif sifatnya, tambahan pula Najib ada menteri kewangan kedua dan timbalan menteri kewangan yang boleh hadir di Parlimen ketika ketiadaannya tetapi ia sekurang-kurangnya memberi nilai dari segi pertanggungjawaban dan keprihatinan seseorang pemimpin itu.

Tambahan pula, jika jadual WIEF yang menjadi halangan, bukankah jadual pembentangan bajet diubah-ubah tarikhnya mengikut kesesuaian masa serta jadual Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri.

Bagaimanapun selepas pembentangan Bajet 2014 dan sebelum berlepas ke luar negara, di sebalik bajet kali ini yang dianggap tidak menarik, banyak janji dimungkiri, isu GST yang bakal berterusan dan penghapusan subsidi gula, Najib telah membuat kenyataan yang "tak boleh belah" semalam apabila menyatakan kenaikan harga gula adalah baik untuk kehidupan seks rakyat Malaysia.

Saya juga sudah mula minum teh tanpa gula sejak semalam, kata Najib. Maknanya, keupayaan seks Najib pun tak berada baik sebelum ini..kuang, kuang, kuang.

Kenyataan Najib bahawa penghapusan subsidi gula baik untuk kesihatan dan mampu meningkatkan keupayaan seks bukanlah tidak benar, tetapi tidak sesuai diucapkan oleh seorang Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Kalau Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby yang bercakap mengenainya, barulah sesuai!

Meroyan: Dulu Umno Tuduh PAS Sesat, Kini Kata Sedia Pula Bersatu Dengan PAS..


Umno Sentiasa Bersedia Bersatu Dengan PAS - Muhyiddin

YAN: Umno masih terbuka berhubung cadangannya untuk bersatu dengan PAS.

Dalam lawatan pilihan raya ke Sungai Limau, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti itu selama-lamanya bersedia untuk bersatu dengan PAS.

Muhyiddin berkata, selain perbezaan ideologi politik kedua-dua pihak, PAS dan Umno mengamalkan prinsip-prinsip Islam yang sama.

"Kami mahu melihat masyarakat Islam bersatu," katanya, dengan mengaitkan perpecahan di kalangan umat Islam di dunia Arab telah membawa kepada konflik berterusan dan perang saudara.

Bercakap pada perhimpunan dengan imam, guru agama sekolah dan penduduk di SK Sungai Dedap di sini pada Sabtu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM118,000 kepada 22 pusat Kafa (Kelas Agama Fardhu Ain), Persatuan Guru Kafa Yan, Persatuan Guru Takmir Yan dan Persatuan pegawai Masjid Yan.

BR1M RM650? Bersyukurlah!

Kalau ekonomi bertambah baik jadilah RM1,000 hingga RM2,000, kata Perkasa.

KUALA LUMPUR: Rakyat perlu berhenti merungut dan bersyukur kerajaan Barisan Nasional (BN) masih memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) walaupun jumlahnya tidak sama seperti yang dijanjikan.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, jumlah RM650 itu sudah mencukupi mengikut kemampuan kewangan negara.
“RM650 campur RM300 okay lah tu. Kalau ekonomi bertambah baik jadilah RM1,000 hingga RM2,000.
“Kira bersyukurlah, janji ada. Kalau bagi banyak-banyak tapi negara tak mampu nanti jadi isu pula,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Perkasa di sini hari ini.
BN semasa manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 April lalu berjanji untuk menaikkan kadar BR1M daripada RM500 sehingga RM1200.
Namun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2014 mengumumkan pemberian BR1M meningkat hanya RM150 sahaja menjadi RM650 bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 dan kebawah.
Manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan naik RM50, daripada RM250 kepada RM300.
GLC korup

Kukuh kerjasama politik pelbagai kaum - Hadi


KAPAR: Gabungan serta kerjasama Muslimat PAS dengan Wanita Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) mampu menarik sokongan rakyat pelbagai bangsa kepada PAS seterusnya mengekalkan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Selangor.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, gabungan Muslimat dan wanita DHPP sangat menarik dan mampu mengisi kemenangan di masa akan datang.


Menurut beliau, PAS berjaya memisahkan tembok pemisah dengan rakyat bukan Islam apabila orang bukan Islam mahu menyertai PAS dalam masa mereka tidak menganut agama Islam.


Katanya, disebabkan sokongan itu PAS telah menubuhkan DHPP di kalangan penyokong masyarakat India dan Cina yang menyokong konsep perjuangan PAS.

Tolak syariah umpama nafi kebijaksanaan Allah


PENGKALAN CHEPA: Menolak undang-undang syariah sama seperti menafikan kebijaksanaan Allah SWT selaku pentadbir alam ini, tegas  Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Menurut beliau, sekiranya umat Islam berani mengkritik undang-undang syariah sebagai ‘ketinggalan zaman’, mereka bukan sahaja mencabar kebijaksanaan Allah SWT malah boleh menjejaskan akidah sebagai seorang muslim.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Amal Ma’aruf Nahi Mungkar peringkat kebangsaan yang diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), dekat sini, pagi tadi.

Hampir 2,000 orang hadir pada program yang dianjurkan Kerajaan Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) dan Sukarelawan Pendidikan Rakyat (Kawan).

Ustaz Ahmad menambah, sekiranya warganegara yang berani mengkritik undang-undang negaranya sendiri boleh dianggap sebagai menghina, maka lebih besar kesalahannya jika orang Islam berani mengkritik undang-undang Allah.

Mahfuz: PM perlu tegur Muhyiddin agar beradab



Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menasihati timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar lebih beradab apabila mengaitkan individu yang telah meninggal dunia.
Katanya, Muhyiddin tidak sepatutnya mengaitkan masalah kesihatan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak, yang meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis, untuk mempertahankan langkah pengurangan subsidi gula.
Mahfuz berkata Najib perlu menggesa timbalannya itu bercakap dengan rasa hormat terhadap bekas menteri besar Kedah itu.
"Saya minta PM supaya nasihatkan TPM (supaya) patuh kepada tatasusila.

"Saya cukup kecewa kerana TPM secara khusus merujuk kepada Ustaz Azizan dalam isu ni," katanya pada sidang media di pusat operasi PAS di Sungai Limau pagi ini.

Sg Limau: BN Kedah macam tak sedar sudah jadi k'jaan


JERAI: Kerajaan BN Kedah dinasihati agar bercakap dan bertindak 'dalam keadaan sedar' memandangkan sudah lima bulan mereka memerintah negeri.

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar berkata, BN tidak perlu menunggu kemenangan mereka di Sungai Limau untuk membuat pembangunan kerana BN sudah berkuasa sebagai kerajaan.

"Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada awal kempen baru-baru ini mengakui Sungai Limau sudah berada dalam keadaan baik di bawah Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak namun BN akan melakukan lebih baik lagi jika BN menang di Dun tersebut.

"Saya ucap terima kasih kepada calon BN yang mengakui tentang kebaikan yang dilakukan Allahyarham Ustaz Azizan sepanjang pemerintahan beliau.

"Apa yang dilakukan oleh Allahyarham banyak dibantu oleh calon kita Ustaz Azam yang menjadi petugas kepada parti di peringkat Parlimen Jerai dan Dun.

Pakatan: Tohmahan tidak berasas, Utusan Malaysia terus main api perkauman


Kolumnis Utusan Malaysia Awang Selamat hari ini mendakwa kaum Cina tidak suka ditegur serta pendekatan politik mereka sudah melampau dan berbahaya.Kolumnis Utusan Malaysia Awang Selamat hari ini mendakwa kaum Cina tidak suka ditegur serta pendekatan politik mereka sudah melampau dan berbahaya.Segala tohmahan yang dilontarkan oleh kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat melalui edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini, diselar pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dengan menyifatkan dakwaan akhbar tersebut tidak berasas selain menafikan hak demokrasi yang diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Naib Presiden PKR Datuk Dr Chua Jui Meng berkata, kaum Cina memberikan sokongan yang padu kepada Barisan Nasional (BN) pada tahun 1990 hingga 2004 kerana mereka tidak mengamalkan diskriminasi.
“Pada 1999, kaum Cina yang menyelamatkan Umno kerana 60% orang Melayu telah memberikan undi mereka kepada pembangkang. Selepas itu, mereka tidak menghargai sumbangan kaum Cina.
“Sejak 2004, kaum Cina melihat Dasar Ekonomi Baru seperti tiada penghujungnya dan terus memberi kerugian kepada negara. Pada masa itulah, orang Cina sedar dasar diskriminasi telah kembali dan aspirasi Wawasan 2020 telah dipadamkan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Awang Selamat hari ini mendakwa kaum Cina tidak suka ditegur serta pendekatan politik mereka sudah melampau dan berbahaya selain masyarakat Cina taksub menyokong parti ekstrem DAP serta mahu menuntut hak sama rata dengan orang Melayu.
Chua berkata pada 2008, majoriti kaum Cina menyokong pembangkang disebabkan banyak diskriminasi dan maki-hamun dilontarkan kepada orang Cina seperti mengancam untuk membunuh kaum itu serta banyak isu perkauman yang dimainkan.

Sg Limau: 56 Permit Dikeluarkan Dua Ditolak - PDRM

Sg Limau: Lensa Kempen Ust Azam - 27-10-2013















Sg Limau: PM perlu tegur Muhyiddin agar beradab

Sg Limau: Calon ziarah kematian

Sg Limau; Kumpulan Shafie Afdal Beri RM200 Kepada Pengundi

Sg Limau: UMNO sentiasa buka pintu bersatu dengan PAS - TPM

Bajet 'kurang manis'

SABAK BERNAM – Pengumuman Bajet 2014 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai bajet 'kurang manis’ kerana memberi tekanan kepada rakyat khususnya bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata, selaras dengan pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen berkuat kuasa semalam, bajet kali ini memberi isyarat buruk kepada rakyat terutama dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurutnya, sebanyak 60 peratus penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak perlu membayar cukai sebelum ini, terpaksa menanggung derita untuk membayar GST lebih RM1,000 setahun jika GST dilaksanakan.

“Apa ertinya pemberian BR1M sebanyak RM650 kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah jika mereka terpaksa membayar cukai barangan dan perkhidmatan sebanyak enam peratus?,” katanya.

Suee Lim yang juga Adun Sekinchan berkata, dalam usaha kerajaan mengurangkan defisit perbelanjaan negara dalam bajet kali ini, beberapa kelemahan dikenal pasti antaranya pengurangan peruntukan bajet dalam soal pembangunan rakyat dan pengurusan.

“Bajet bagi sektor pembangunan (insentif dan subsidi kepada rakyat) terlalu kecil dan pada masa sama soal rasuah dan ketirisan tidak dinyatakan dengan jelas dan apakah langkah-langkah kerajaan dalam membendung aktiviti tidak sihat itu.

Sg Limau: Orang tua berkenan dengan Azam macam cucu mereka


JERAI: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau Mohd Azam Abd Samat bukan sahaja disenangi anak muda malah turut disukai orang tua.


Lahir dalam keluarga yang mempunyai latar belakang agama yang kuat dan berdarah pendidik merupakan kelebihan yang dimiliki Azam.

Perkara tersebut terpamer sewaktu Azam hadir meraikan sambutan Hari Warga Emas di Batu 15, dekat sini semalam yang dihadiri 500 warga emas.

Ketika Azam menyantuni hadirin di hadapan pentas, terdengar seorang lelaki 60-an di belakang memberitahu kawan di sebelahnya bahawa dia mengenali Azam sejak Azam kecil dan rapat dengan datuk Azam.

"Saya kenal dia ni (Azam), dulu waktu kecil-kecil selalu ikut tok wan (datuk) mai (datang) rumah. Kalau yang ini jadi calon, elok sangatlah," katanya.

Sementara itu, Azam dalam ucapannya berkata, jika pengundi Sungai Limau memberi peluang kepadanya untuk menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut, beliau akan cuba sedaya upaya berbakti kepada masyarakat, seperti yang dilakukan bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.

Sg Limau: Kempen politik harmoni dicemari SMS fitnah


JERAI: Kempen politik harmoni yang dicapai oleh PAS dan BN di Sungai Limau nampaknya mula dicemari pihak tidak bertangggungjawab dengan memfitnah Pengarah PRK PAS N20 Sungai Limau Datuk Mahfuz Omar.

Menurut Mahfuz,tengah malam tadi sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur fitnah yang menggunakan nombor telefon bimbitnya telah tersebar meluas termasuk di laman sosial.

SMS yang tertera "Calun BN Sg Limau tu Ahmad Sohemi bukan pelajar pondok pak ya tapi jadi cikgu sementara ja. Dia bukan pendidikan agama. Jadi pensyarah pun bidang sains politik ja. Beliau pernah mendapat rawatan mental satu masa dulu. La ni menetap di Tg Malim. Ramai orang tak kenal beliau di DUN Sg limau. Fikirlah".

Jelas Mahfuz, beliau bukan ahli politik yang bodoh untuk mencalarkan imejnya sendiri.

Beliau berkata demikian setelah ditanya banyak pihak berhubung satu SMS yang  memburuk-burukan calon BN Dr Ahmad Suhaimi Lazim.

Mahfuz berkata, sms itu telah di 'print screen' dan sudah tersebar di laman 'Facebook' membuatkan beliau dihujani panggilan telefon bagi mengesahkan perkara itu.

"Wallahi Wabillahi Watallahi. Saya tidak buat perkara-perkara yang menjatuhkan imej saya sendiri," katanya dalam sidang media di Markaz Induk PAS PRK Sungai Limau.

Sg Limau: Jamil Khir kata bapanya hanya amin doa..!!!



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan dakwaan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar bahawa bapanya Baharom Ramli mahu PAS menang dalam pilihan raya kecil Sungai Limau.

Katanya, bapanya tidak menyatakan sedemikian dan hanya mengaminkan doa ketika kunjungan Mahfuz dan calon PAS Mohd Azam Abd Samat, ke rumah tersebut di Kampung Sedaka, Kedah.

Islam mesti bebas dari kerajaan

Penceramah bebas Wan Ji berkata institusi keagamaan (Islam) diletakkan di bawah kerajaan merosakkan imej agama.

KUALA LUMPUR:  Islam tidak wajar diletakkan di bawah sistem pentadbiran kerajaan sepertimana yang ada sekarang kerana ia merosakkan imej Islam.
Jabatan agama Islam di peringkat negeri turut didakwa memburukkan keadaan terhadap imej agama Islam.
“Saya tidak bersetuju institusi keagamaan (Islam)  diletakkan di bawah kerajaan kerana ia merosakkan imej agama.
“ Buang aspek agama daripada kerajaan dan kerajaan akan menjadi lebih Islam,” kata Wan Ji dalam forum anjuran projek dialog  yang bertajuk “Adakah Islam Bertentangan Dengan Hak Asasi”di Bangsar malam tadi.
Beliau yang merupakan pendakwah bebas dan pengasas sekolah pemikiran Syatibi dan Lepak Maqasid memberikan contoh bagaimana imej Islam tercalar kerana pentadbiran agama diletakkan secara langsung di bawah kerajaan.
Contoh yang digunakan ialah perkataan ketua agama Islam.  Di bawah perlembagaan Malaysia, Yang di-Pertuan Agong ialah ketua agama Islam di negeri – negeri yang tidak beraja iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.
“Nabi Muhammad saw sendiri tidak menggelar dirinya ketua agama Islam. Gelaran yang ada ialah Amir-al-Mukminin, bermaksud ketua orang Islam.
“Gelaran ketua agama Islam itu bidaah,” kata Wan Ji dalam forum tersebut yang turut disertai oleh kolumnis laman portal berita The Malay Mail Online Zurairi AR dan peguam Fadiah Nadwa Fikri.
Menurut Wan Ji, tindakan jabatan – jabatan agama Islam yang memaksa masyarakat Islam menuruti sahaja perintah mereka juga bertentangan dengan ajaran Islam.
`Halang berceramah’
“Mereka halang orang dari berceramah, halang masuk gereja… (Khalifah) Umar al-Khattab sendiri pernah sembahyang di gereja.

Laksana GST, makin banyak rakyat kena tanggung beban negara

SHAH ALAM, 27 OKT : Pelaksanaan GST hanya akan meningkatkan harga barangan dan beban cukai yang perlu ditanggung pengguna walaupun selepas pemansuhan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST).
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, Kerajaan Umno-BN mengelirukan rakyat dengan memberi gambaran bahawa kebanyakan harga barangan dan cukai yang dibayar oleh pengguna akan dikurangkan selepas pengenalan GST.
“Yang benar adalah bahawa perkara yang dikenakan cukai di bawah SST adalah jauh kurang daripada apa yang dikenakan cukai di bawah GST,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Kian Ming berkata, antara perkara yang didakwa tidak di bawah cukai jualan tetapi akan di bawah GST termasuk banyak barangan bukan mewah seperti susu, kopi, teh, air mineral , buah-buahan dalam tin , surat khabar , alat tulis, beg sekolah, dan kotak .
Katanya, penggunaan elektrik di atas 200kWh (mana-mana amaun yang melebihi RM50) juga akan dikenakan GST. Harga barang-barang ini pasti akan meningkat selepas GST kerana penghapusan SST mempunyai kesan ke atas harga.
Pada masa ini cukai jualan adalah terhad kepada restoran-restoran tertentu dan perkhidmatan profesional yang diberikan oleh akauntan , arkitek, perkhidmatan kenderaan motor dan pusat-pusat pembaikan, perkhidmatan telekomunikasi , perkhidmatan keselamatan , ejen hartanah, operator perkhidmatan letak kereta ruang dan firma perkhidmatan .
“Liputan yang lebih luas di bawah GST bermakna lebih perkhidmatan akan dikenakan GST berbanding dengan cukai perkhidmatan semasa. Ini bermakna bahawa lebih banyak perkhidmatan hargaya akan meningkat.
“Yang benar adalah bahawa GST akan menaikkan harga majoriti barangan dan perkhidmatan walaupun selepas penyingkiran GST dengan beban kewangan rakyat akan meningkat,” katanya.

Kerajaan Umno-BN boros, rakyat tanggung GST dan pengurangan subsidi

GST Grafik Baru
SHAH ALAM,27 OKT : Pengurangan subsidi dan mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bukan penyelesai kepada masalah ekonomi negara yang berpunca daripada sikap boros kerajaan Umno-BN berbelanja.
Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata perlaksanaan GST hanya boleh dilakukan apabila kerajaan Umno-BN mula bertanggungjawab untuk mengurangkan pengurusan operasinya dan bukannya ianya terus berboros dengan duit rakyat.
Katanya, rakyat tidak diberikan tempoh untuk menyesuaikan diri dengan GST apabila ia diumumkan pada kadar yang sebegitu tinggi pada 6 peratus bermula 1 April 2015.
“Dengan GST, mereka yang tidak mempunyai kereta dan tidak mempunyai pekerjaan tetap sehingga tidak layak membayar cukai pun dikenakan cukai atas setiap pembelian,” katanya dalam satu kenyataan.
Tuan Ibrahim berkata, di Singapura, kadar GST diperkenalkan pada kadar 3 peratus sebelum beransur menjadi 7 peratus.

Bukan gula sahaja penyebab diabetes, Najib juga mungkin penyebabnya....

Dalam ucapan PM Najib di konvensyen tahunan Parti Gerakan semalam, beliau masih lagi menyebut tentang penghapusan subsidi gula semasa pembentangan bajet 2014 jumaat lalu. Beliau berkata mengambil gula berlebihan akan mengurangkan tenaga batin kita. Isu ini menjadi bahan ledakan sms dikalangan rakyat dan kebanyakannya berlawak dan menyalahkan pesakit kencing manis yang menyebabkan Najib menghapuskan subsidi gula itu.
Rupa-rupanya penghapusan subsidi gula itu bukan untuk mengurangkan beban perbelanjaan terhadap subsidi kerajaan kepada rakyat tetapi penyebabnya ialah pesakit kencing manis. Kalaulah tiada pesakit kencing manis tentulah Najib tidak akan tarik balik subsidi gula itu. Baik juga Najib ni. Jadi, penyebab kenapa subsidi gula di hapuskan ialah kerana terlalu ramai yang mengidap penyakit kencing manis. Yang tidak kena kencing manis menjadi mangsanya.
Najib takut jika ramai rakyat yang memakan terlebih gula, nafsu seks kita akan berkurangan, itu pun berita baik. Najib prihatin tentang tahap kemampuan seks rakyatnya. Niat Najib untuk mengatasi masalah seks rakyat kerana gula itu boleh dilakukan dengan mengadakan rancangan seperti BRIM, juga tentang seks ini. Najib hendak jaga semua kehendak rakyat.
Tetapi ramai juga yang tidak lagi berkemampuan untuk melakukan seks walaupun mereka tidak mengambil gula berlebihan. Najib kena selesai masalah ini juga terutamanya dikalangan anak-anak muda yang sedang menghadapi krisis kewangan yang telah menjadi bankrap. Tahun lepas seramai lebih dari tiga ribu anak-anak muda bankrap kerana hutang kad kredit dan tidak akan mampu untuk berkahwin.
Najib terpaksa mengambil tahu rakyat yang terlalu berfikir tentang tahap rasuah negara pun menghadapi masalah seks kerana pemikiran mereka tertumpu meneliti masalah budaya rasuah dalam negara ini.  Mereka ini terlalu kecewa dan mereka tidak lagi mempunyai nafsu untuk seks lagi. Maksud rakyat itu, jika pengambilan gula berlebihan boleh diatasi dengan penghapusan subsidi gula, bagi kumpulan ini pula Najib mesti menghapuskan budaya rasuah ini.
Dengan penghapusan subsidi gula ini nampaknya akan menambah kekurangan kemampuan seks rakyat lagi, kerana kita masih melihat PM Najib tidak mengurangkan perbelanjaan peribadi beliau jika ke keluar negara. Tidak nampak pun usaha untuk mengurangkan perbelanjaan perjalanan beliau. Beliau masih lagi menggunakan wang rakyat dengan menaiki pesawat khas atau jet peribadi. Sejak tiga tahun yang lalu rakyat telah membayar RM100 juta untuk kos perjalanan Perdana Menteri dengan isteri yang jelita dan ayu itu.

Anwar Ibrahim: Isu Lawatan Ke Luar Negara

Anwar Ibrahim: Kerajaan Nak Buat GST Sebab Wang Tak Ada Sekarang

Khalid Samad: GST Membebankan Rakyat

SG LIMAU: MEDIA UMNO MENIPU CAKAP 86 PENYOKONG PR TUKAR HALUAN MENYOKONG UMNO/BN!!

Seorang pemuda bernama Hassan terkejut besar apabila rakaman gambar dirinya sedang bersalaman dengan pemimpin UMNO dei DUN Sg Limau telah digunakan oleh media rasmi lidah biawak UMNO dengan menyatakan beliau dan 86 orang lain telah keluar PAS masuk UMNO, sedangkan rakaman gambar itu tidak ada kena mengena dengan apa yang dihebohkan.

UMNO DAN TIPU LANGSUNG TIDAK BOLEH DIPISAHKAN.
 
 

Utusan Malaysia mahu PAS gantikan Khalid sebagai MB Selangor, bukan Azmin


Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat hari ini mempersoalkan keengganan PAS menyertai kepimpinan tertinggi negeri Selangor setelah wujud perselisihan dalaman PKR bagi memilih Menteri Besar Selangor yang paling layak.
Beliau berkata desas-desus bertiup kencang bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan digantikan dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali (gambar) tidak lama lagi.
“Awang tertanya-tanya mengapa PAS tidak mahu menuntut jawatan Menteri Besar? Adakah PAS tidak cukup keyakinan untuk menggalas teraju kepimpinan dengan sekadar jadi pengekor?
“Adakah parti dalam Pakatan Rakyat (PR) akan menentang habis-habisan jika PAS mengambil tindakan sedemikian? Kebanyakan pemimpin PAS negeri juga dikatakan lebih condong kepada Khalid.
“Isu ini sedang hangat diperkatakan dalam PKR. Bagaimanapun khabarnya Khalid enggan berundur walaupun didesak oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya melalui akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia hari ini.
Menurut Awang Selamat, pihak yang menyokong Abdul Khalid kurang senang dengan tekanan yang dikenakan ke atas beliau kerana mereka berpendapat kejayaan pakatan pembangkang mempertahankan Selangor turut disumbangkan oleh faktor kepimpinan Menteri Besar Selangor itu.
Katanya, beberapa pemimpin PKR Selangor yang menyokong Azmin mahukan Anwar lebih tegas melakukan perubahan kepada jawatan Menteri Besar.

Utusan Malaysia: Politik Cina melampau dan bahaya

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia dalam edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini meneruskan serangan terhadap masyarakat Cina apabila melabelkan kaum itu tidak suka ditegur dan mengatakan pendekatan politik mereka sudah melampau dan berbahaya hasil pengamatan dari sebuah buku ‘The Chinese Dilemma’, tulisan Ye Lin Shing.
Menurut kolumnisnya Awang Selamat, penulis buku itu tidak malu untuk mengakui orang Cina Malaysia bersikap tidak adil terhadap orang Melayu malah katanya, masyarakat Cina taksub menyokong parti ekstrem DAP serta mahu menuntut hak sama rata dengan orang Melayu.
“Rumusan yang boleh dibuat dari buku tersebut, orang Cina di negara ini lebih beruntung berbanding negara lain tetapi masih tidak bersyukur. Penulis menekankan bagaimana sikap pemurah orang Melayu dalam kontrak sosial sebelum merdeka membolehkan kaum Cina mendapat kerakyatan.
“Masyarakat Cina Malaysia juga perlu menghayati nasib dialami warga Cina di Vietnam menjadi orang hanyut dipaksa meninggalkan negara itu serta kaum Cina di Kemboja yang ramai daripada mereka dibunuh atau dihalau.
“Penduduk Cina di Indonesia turut mengalami nasib sama apabila identiti mereka dihapuskan, begitu juga di Filipina, yang kaum Cina dinafikan kerakyatan mereka,'' katanya.
Awang Selamat berkata, buku tersebut menjadi sangat relevan untuk dibaca terutama pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang menyaksikan tsunami kaum Cina menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan orang Melayu.

GST: Dua-dua dapat untung, kata pengampu

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan bermula pada 2015 akan memberi impak menang-menang kepada kerajaan dan rakyat.

Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, pelaksanaan GST secara asasnya untuk menyenangkan rakyat, di samping melebarkan cukai kepada semua kelompok rakyat.

Cukai yang dipungut itu katanya dapat membantu kerajaan menjana ekonomi negara yang kemudiannya dikembalikan dalam bentuk pembangunan kepada rakyat sebagai timbal balik dalam usaha  menuju negara berpendapatan tinggi.

"Asasnya, kedua-dua rakyat dan negara pasti akan untung.

"Rakyat akan menyumbang kepada pendapatan cukai negara.

"Kerajaan pula akan memikirkan bagaimana cukai itu perlu digunakan, namun dalam pada itu, kerajaan perlu memikirkan keuntungan rakyat juga untuk membentuk kestabilan negara," katanya kepada Sinar Harian.

Bajet 2014: Untuk rakyat, dari rakyat

Firman Allah, maksudnya: “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Al-A’raf: 96)

Bajet tahunan kerajaan (annual budget) adalah instrumen utama dalam urustadbir fiskal negara yang memperincikan unjuran pendapatan dan perbelanjaan kerajaan bagi tahun mendatang.

Komponen utama sesebuah belanjawan adalah sumber pendapatan (cukai, bukan cukai, pinjaman) dan agihan perbelanjaan (pengurusan, pembangunan, pembayaran hutang) demi mencapai objektif utama dasar ekonomi negara iaitu memacu pertumbuhan (growth), mengawal kenaikan harga (inflation) dan mengurangkan kadar pengangguran (unemployment). Justeru, setiap instrumen di dalam belanjawan dirangka mengikut keutamaan dan matlamat sosio-ekonomi negara dengan mengambil kira keperluan dan pertimbangan faktor dalaman dan luar negara semasa. Prinsipnya adalah sama, tanpa mengira samada anda seorang Perdana Menteri yang mengetuai sebuah kerajaan (negara) atau seorang Bapa yang mengetuai sebuah keluarga (isi rumah), iaitu “berbelanja ikut kemampuan dan keperluan, bukan ikut kemahuan”.

Sebagaimana diumumkan oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri (Nota: Malaysia mencatat defisit berturut-turut sejak format penjawatan CEO dan CFO kerajaan dipegang oleh individu yang sama bermula 1998), kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM264.2 bilion untuk dibelanjakan pada tahun 2014 (2013: RM261 bilion, 2012: RM252 bilion), dibiayai dengan sumber hasil berjumlah RM224.1 bilion (2013: RM220 bilion, 2012: RM207 bilion), dengan kurangan pendapatan berjumlah RM37.1 bilion atau 3.5% defisit daripada KDNK (2013: 4.0%, 2012: 4.5%)

Ke mana RM264.2 bilion ini diperuntukkan? Sebanyak RM217 bilion (83%) diperuntukkan untuk tujuan pengurusan (2013: RM216 bilion, 2012: RM205 bilion). Perbelanjaan emolumen sebanyak RM63 bilion kekal sebagai komponen terbesar (2014: 29%, 2013: 28%, 2012: 29%) bagi menanggung gaji 1.4 juta penjawat awam serta imbuhan berkaitan, diikuti peruntukan subsidi bernilai RM39 bilion (2014: 18%, 2013: 21%, 2012: 21%) dan perbekalan bernilai RM36 bilion (2014: 17%, 2013: 16%, 2012: 15%). Manakala RM46.5 bilion (17%) diperuntukkan untuk tujuan pembangunan (2013: RM45 bilion, 2012: RM47 bilion) meliputi projek fizikal dan inisiatif tranformasi NKRA dan NKEA dalam sektor ekonomi, sosial dan keselamatan. Nisbah perbelanjaan pembangunan yang rendah (17% daripada keseluruhan bajet, 4% daripada KDNK), adalah satu nisbah yang kurang sihat untuk sebuah negara membangun untuk memacu pembangunan masa depan yang mampan.

Improving Budget Management: Our Obssession with the 55% Debt Ceiling

MPs were supplied with voluminous documents relating to the state of the economy. We were ploughing through the documents to analyse the management of the economy while Najib drone on waxing lyrical, poetic and at times, waxing sarcastic over his thematic budget. 2014 has another theme. The theme of the 2014 budget is “STRENGTHENING ECONOMIC RESILIENCE, ACCELERATING TRANSFORMATION AND FULFILLING PROMISES”. If that makes him happy, so be it.
Giving an artful theme to the budget does not make it a better budget. The devil is in the details.
But where is the promise of giving RM1200 BR1M which he sold the voting public in last May’s elections? Where is the promise to narrow the gap between the rich and the poor?
Najib has reneged on this promise and stated poker-faced about paying out reduced BR1Ms. The scaled down BR1M hand-outs are downsized by the financial capacity of the government. Finally the chickens come home to roost. He has to face reality something the opposition MPs have warned continuously- that out of control spending is bad for the economy.
Public debt is now more than the 55% legislated debt ceiling simply because this government hides the real debt by various tricks. Eventually the weight of public debt will come down crushing. In 2013 alone, the deficit incurred by some GLCs amounted to RM93billion. When opposition MPs say this budget is for the rich, it wasn’t said out of spite. In 2013, the BR1M given to poor people amounted to RM7 billion. Compare this to the freedom given to some GLCs to overspend by RM93 billion. The people who should be grateful are not the ordinary rakyat but the BN politicians and their corporate conspirators for being able to hide from the rakyat the magnitude of their extravagance.  They should be grateful the public hasn’t turned on them yet. Maybe we should do a Louis and Marie Antoinette on them and that is not even Islamic law.
In the coming days, we will dissect his budget. Apart from minor jeering, we did not steal the Finance Minister’s thunder. We jeered only when he made political capital of certain portions of his presentation.
IMPROVING BUDGET MANAGEMENT

Bajet 2014: Gula dan GST


Dua perkara dalam Bajet 2014 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat hangat menjadi perbualan ramai: pemansuhan subsidi gula 34 sen secara serta-merta dan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Pemansuhan subsidi gula sememangnya akan menjejaskan kehidupan rakyat jelata terutamanya orang-orang Melayu kerana penggunaan gula yang tinggi dalam pemakanan mereka.
Sudah pasti harga nasi lemak, kuih-muih dan banyak lagi akan naik dengan mendadak.
Semasa membentangkan Bajet 2014, Najib mengatakan pemansuhan subsidi gula adalah kerana penyakit kencing manis atau diabetes kini menjadi ancaman utama negara.
Hujah itu dijawab dengan serta-merta oleh doktor-doktor pada malam selepas Bajet 2014 dibentangkan bahawa gula bukan satu-satunya punca penyakit kencing manis, makanan berkarbohidrat yang sebenarnya banyak menyumbang kepada penyakit berbahaya itu.
Ini menyebabkan Najib terpaksa menggunakan hujah lain untuk mempertahankan pemotongan subsidi gula apabila berkata, pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan lelaki lemah tenaga batin.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula pergi lebih jauh lagi apabila berkata langkah kerajaan itu mengingatkan semua pihak agar jangan sampai terjadi kepada mereka apa yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak akibat mengambil gula terlalu banyak.
Azizan meninggal dunia baru-baru ini dan menyebabkan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau berlangsung sekarang.

Bajet 2014: Ulang tayang filem lama


DIAM tak diam, ini adalah kali ke-5 Datuk Seri Mohd Najib Razak membentangkan bajet negara atas kedudukannya selaku Menteri Kewangan.


Maknanya sudah empat tahun lamanya dia memegang portfolio berkenaan.

Bagi seseorang dalam waktu sama memegang portfolio lain, apatah lagi selaku Perdana Menteri, apakah ada ruang bagi membolehkannya merancang ekonomi negara secara efektif?

Justeru menerusi empat bajet tahunan lalu apakah kita telah menyaksikan terlaksananya pelbagai transformasi dan perubahan positif lain dalam perlaksanaan?

Tanyalah masyarakat luar bandar – nelayan, petani, penoreh, pengusaha sendiri dan sebagainya – apakah kehidupan mereka mengalami ‘langkauan ke depan besar’ (a great leap forward) sebaik sahaja Najib melantik dirinya sendiri selaku Menteri Kewangan empat tahun lalu?

Selepas Abdullah Ahmad Badawi mempersiapkan pentas untuk Najib beraksi di persada kewangan negara, ramai meletakkan harapan  kepada Najib, selaku pemimpin yang sekurang-kurangnya ada kefahaman asas tentang ekonomi dan untuk setidak-tidaknya memperbetulkan huru-hara ekonomi warisan Pak Lah.


‘Habuk pun tarak’

Kini setelah lima bajet,  kita semakin faham, Najib lebih banyak menyembunyikan handicap kemampuannya dalam perancangan dan urus tadbir ekonomi negara  di sebalik kata-kata dan tema berbunyi gah serta perkataan teknikal mengenai ekonomi yang boleh melopongkan mulut orang kampung.  Walhal realitinyanya ‘habuk pun tarak’.

Bagi Bajet 2014 yang dibentangkan di Dewan Rakyat Jumaat lalu, berlatarbelakangkan  keterujaan rakyat yang kian memudar serta keyakinan semakin terhakis,  Najib berdiri di hadapan dewan penuh dan membentangkan bajet tahun depan dengan disangkakannya disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia menerusi siaran langsung.

MB Selangor: Bajet 2014 gagal imbang hutang negara

SHAH ALAM -  Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal mengimbangi had maksimum hutang negara di bawah 55 peratus dari jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan mengurangkan defisit sebanyak tiga peratus pada 2015.

Menteri Besar Selangor,  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pendekatan yang diambil dalam Bajet 2014 untuk meningkatkan hasil negara melalui pelaksanaan GST dan menaikkan cukai hartanah (RPGT) tidak menepati kehendak perubahan sebenar bagi memastikan kecekapan perbelanjaan dan rasionalisasi untuk mengurangkan keborosan dan ketirisan.

“Perbelanjaan operasi kos rasionalisasi akan meningkat kepada 82.4 peratus pada 2014 dari 80.2 peratus pada tahun ini,” katanya.

Abdul Khalid berkata, Selangor akan mengambil kesempatan ke atas langkah untuk memperkayakan sektor perkhidmatan melalui Blueprint Sektor Perkhidmatan apabila kerajaan persekutuan merancang untuk melancarkannya pada  2014.

Antara subsektor perkhidmatan untuk dipromosikan bahawa Selangor akan menjadi peneraju kepada sektor logistik, penerbangan, pelancongan dan industri berasaskan bio.

Pelaksanaan GST siapa untung?

KHABAR yang bertiup kencang beberapa bulan lalu bahawa kerajaan akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat kelmarin telah mengumumkan GST yang akan dilaksanakan mulai April 2015.

Pengumuman itu dibuat saat pemimpin pembangkang lantang berhujah bahawa GST hanya akan membebankan rakyat dan menindas golongan berpendapatan rendah.

Malah, di luar Parlimen kelmarin turut berlangsung demonstrasi bagi membantah pelaksanaan GST oleh kerajaan.

Namun, pemimpin utama negara itu tetap tenang mengumumkan hasrat kerajaan untuk melaksanakan cukai baharu yang diberi nama GST bermula April 2015.

Najib berhujah, kerajaan sudah mengkaji sedalam-dalamnya dan memutuskan bahawa 2015 adalah masa paling sesuai untuk GST dilaksanakan di negara ini.

Katanya, pelaksanaannya didorong oleh kedudukan inflasi yang rendah serta terkawal selain menangani kelemahan dalam sistem percukaian.

Pelaksanaan GST bagaimanapun katanya, tidak akan melibatkan barang keperluan asas seperti gula, garam, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, belacan serta budu.

Malah, Najib berkata, kerajaan akan memberi pelbagai bantuan sokongan ketika peringkat peralihan.

Beliau, yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan sokongan itu termasuk pertama, pembayaran sekali RM300 kepada penerima isi rumah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kedua adalah kadar cukai pendapatan individu dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan.

Protesters Tell U.S. Government to Stop Snooping

Syrian rebels clash with government forces in Damascus

US protesters call for end to spying

Women braving driving ban in Saudi Arabia

India struggles to handle onion crisis

Israeli encroachment continues threatening Palestinian farms

No evacuation call made, say Cameron flood victims

Going hungry in Myanmar